PENGENALAN.
1.1Tafsiran Perkembangan Kanak-Kanak Perkembangan adalah perubahan dengan masa yang bersifat kualitatif dan kuantitatif. (Atan Long,1980) Sifat perubahan ini tidak dapat diukur, tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal. Paul Egan dan Don Kauchak pula berpendapat perkembangan adalah perubahan yang berurutan dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada pembelajaran,
pengalaman dan kematangan. Pada
pandangan pandangan Slavin (1997) pula perkembangan adalah berkaitan dengan mengapa dan bagaimana individu berkembang dan membesar, menyesuaikan diri kepada persekitaran dan berubah melalui peredaran masa. Beliau juga berpendapat, individu akan mengalami perkembangan sepanjang hayat, iaitu perkembangan dari segi fizikal, personaliti, sosioemosional dan kognitif serta bahasa. Menurut Crow dan Crow (1980), perkembangan merupakan perubahan secara ‘kualitatif’ serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Secara am, bahagian perkembangan
manusia
ini
akan
memaparkan
jenis-jenis
dan
tahap-tahap
perkembangan yang dialami dari detik kelahiran sehingga ke akhir hayat. Baltes, Reese dan Nesselrode(1997) menyarankan dengan meningkatnya umur, perubahan evolusi akan berlaku iaitu dalam bentuk sahsiah, kognitif, moral, fizikaldan lain-lain. Antara jangka masa waktu lahir dengan kematangan pelbagai konflik , masalah, dan perkara rumit berlaku. Peristiwa yang berlaku pada zaman kanak-kanak akan member kesan ke atas tingkah laku dewasa mereka. Perkembangan ialah aspek perubahan yang dialami individu yang bersifat kualitatif, tidak dapat diukur tetapi jelas kelihatan berubah melalui peredaran masa. Perkembangan berlaku daripada peringkat permulaan penghasilan sel sehingga akhir hayat.
1.2Pertumbuhan dan Perkembangan
Pertumbuhan merupakan perubahan dalam saiz dan kematangan. Ia merupakan perubahan yang dapat dilihat dengan nyata dan dapat diukur dari satu peringkat ke peringkat yang lain dimana ia bersifat kuantitatif iaitu dapat dikur dan dilihat. Selain pertambahan fizikal, pertumbuhan dari segi saiz dan bilangan organ dalaman juga berlaku. Oleh itu, boleh juga dikatan jika pertumbuhan adalah melibatkan aspek kognitif dan fizikal. Perkembangan pula ditafsirkan sebagai perubahan dalam corak biologi , kognitif dan sosioemosi yang bermula daripada peringkat awal persenyawaan sehinggalah ke akhir hayat. Berbeza dengan pertumbuhan, perkembangan adalah bersifat kualitatif iaitu dari segi fizikal, kognitif, sosial, emosi dan moral yang mana tidak dapat diukur secara kuantitatif. Perkembangan adalah berbeza dengan pertumbuhan dari segi berberapa aspek iaitu jasmani, mental, sosial dan emosi. Dari segi pertumbuhan jasmani, contoh yang menunjukkan berlakunya pertumbuhan ialah tinggi, saiz, berat dan bilangan gigi bertambah
manakala
untuk
melihat
perkembangannya,
kita
dapat
melihat
bertambahnya kemahiran menggunakan anggota seperti mengangkat, berjalan, berlari dan melompat. Pertumbuhan mental berlaku apabila adanya keupayaan memikirkan tentang banyak perkara manakala perkembangan berlaku apabila berkembangnya kemahiran
menggunakan
perkataan
bahasa,
angka,
pemikiran,
penaakulan,
pembentukan konsep dan ingatan. dari segi pertumbuhan sosial,pertambahan pula dapat dilihat apabila mula berinteraksi dengan ahli-ahli bukan keluarga seperti jiran, rakan sebaya dan guru manakala perkembangan dapat dilihat apabila mereka mula menyedari perbezaan antara lelaki dan perempuan serta peranannya, kepentingan disiplin kumpulan serta penyesuaian dengan rakan sebaya. Pertumbuhan emosi dapat dilihat apabila mula tumbuhnya perasaan suka, duka, marah, sayang dan sebagainya manakal perkembangan dapat dilihat apabila mula berupaya menguasai perasaan dan mengawal perasaan ketika marah atau cemburu.
1.3Prinsip Asas Perkembangan
Perkembangan mempunyai prinsip-prinsip yang mengawal aturannya. Dengan memahami prinsip perkembangan, kita mampu meransang perkembangan kanakkanak. 1.3.1 Perkembangan berlaku mengikut aturan
Prinsip yang pertama ialah perkembangan berlaku mengikut aturan dimana ia tidak akan melangkaui tahap yang sepatutnya. Sebagai contoh, kanakkanak akan mula duduk dengan bntuan terlebih dahulu sebelum bediri dan seterusnya berjalan. Ia juga berlaku dari perkara yang konkrit kepada perkara yang lebih abstrak iaitu dalam perkembangan kognitif dan bahasa. 1.3.2 Perkembangan berlaku daripada keadaan umum kepada keadaaan yang
lebih khusus. Prinsip kedua pula menyatakan bahawa perubahan dan perkembangan berlaku daripada keadaan umum kepada keadaaan yang lebih khusus. Ini sejajar dengan perkembangan otot besar terlebih dahulu diikuti dengan perkembangan otot kasar. 1.3.3 Perkembangan dan pertumbuhan merupakan satu proses yang
berterusan. Prinsip ketiga menjelaskan bahawa perkembangan dan pertumbuhan adalah satu proses yang berterusan dimana kanak-kanak hanya menambah kemahiran yang sedia ada dimana kemahiran yang ada dijadikan asas mencapai kemahiran yang baru. Prinsip yang keempat ialah corak dan aturan perkembangan adalah hampir sama yetapi adalh berbeza bagi setiap individu. Ia mengikut faktor-faktor sama ada faktor baka atau faktor persekitaran. 1.3.4 Perkembangan merupakan hasil interaksi diantara kematangan dengan
pembelajaran.
Prinsip yang terakhir menyatakan bahawa perkembangan merupakan hasil interaksi diantara kematangan dengan pembelajaran. Kematangan dipengaruhi oleh faktor genetik manakala pembelajaran adalah hasil dari latihan, proses peniruan atau pengenalpastian yang memerlukan usaha yang berterusan. Proses perkembangan berlaku dalam keadaan yang saling berkait dan meliputi perubahan dari segi bentuk tubuh dan tingkah laku. Perubahan-perubahan tersebut melibatkan perubahan jasmani, emosi, mental dan sosial dari segi kuantiti serta kualiti. Keseluruhan proses perubahan tersebut adalah proses penyuburan. Oleh itu, proses penyuburan merangkumi pertumbuhan dan perkembangan.
1.4Faktor Mempengaruhi Perkembangan Kanak-Kanak
Perkembangan fizikal manusia adalah bergantung kepada dua factor yang mengawalnya. Faktor-faktor yang terlibat ialah faktor endrogen atau faktor ekstogen. 1.4.1 Faktor endogen Faktor endogen ialah faktor yang datangnya daripada diri individu itu sendiri iaitu sejak sejak di dalam kandungan sehingga kelahiran dimana genetik akan dibawa turun temurun sejak dari ibu bapa. Ia juga dikenali sebagai faktor baka iaitu trait genetik yang diwarisi yang menjadikan setiap individu istimewa dan berbeza diantara satu sama lain. Baka ini boleh menguasai penyuburan fizikal dan mental. Baka juga menetapkan had keupayaan, kemampuan mental kita sama ada pandai atau tidak pandai. kadar perkembangan setiap individu, walaupun dalam peringkat pertumbuhan yang sama, tetap berbeza dari segi fizikal, kognitif, emosi dan sosial. Kajian ahli-ahli psikologi telah membuktikan bahawa tidak ada dua orang individu mempunyai kadar perkembangan yang sama. Mereka berpendapat baka dan persekitaran adalah faktor-faktor yang menyebabkan kadar perkembangan manusia dan wujudnya perbezaan individu di antara satu sama lain. Kajian ahli-ahli psikologi
Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan Shieldo (1962) telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza dengan rakan sebayanya. Perbezaan kecerdasan diantara individu boleh diperhatikan daripada prestasi pelajar dalam sesuatu kelas. Kajian ahli-ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengan kecerdasan ibu bapa mereka. Biasanya, ibu bapa yang cerdas pintar akan melahirkan anak yang juga cerdas pintar. Mengikut kajian ahli-ahli psikologi, emosi seseorang individu juga diwarisi daripada baka ibu bapa. Misalnya, ibu bapa yang mempunyai emosi yang kurang stabil dan bersifat pemarah akan melahirkan anak yang agresif dan autokratik. 1.4.2 Faktor ekstogen Faktor ekstogen pula faktor yang datang dari luar diri individu atau merupakan faktor persekitaran. Ini termasuk keadaan di rumah,cara asuhan serta pengalaman sebelum dan selepas kelahiran. Di samping faktor-faktor seperti keluarga, rakan sebaya, status sosio-ekonomi, kebudayaan dan kepercayaan masyarakat, sumber teknologi, guru dan sekolah pula mempengaruhi perkembangan individu dalam setiap peringkat pertumbuhannya. Institusi keluarga merupakan pengaruh utama terhadap perkembangan manusia. Unsur-unsur institusi keluarga yang pengaruhi perkembangan individu ialah suasana rumah, makanan, asuhan dan status sosio-ekonomi keluarga. Adalah telah diketahui umum, perbezaan suasana rumah, makanan, asuhan dan sosioekonomi keluarga melahirkan perbezaan individu mengikut perbezaan kadar perkembangannya.Ini akan mempengaruhi sifat tabii dan personaliti apabila dewasa kelak. Kedua-dua faktor ini memainkan peranan yang penting dalam menentukan perkembangan seseorang kanak-kanak. Pada amnya, perkembangan manusia adalah hasil daripada interaksi baka dan persekitaran.
1.4.3 Perkembangan Fizikal dan Kognitif
Merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan perawakan manusia. Semasa pembesaran kanakkanak akan mengalami perubahan dalam ketinggian, berat badan, menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks. Walaupun bentuk dan saiz tubuh manusia adalah lebih banyak disebabkan oleh pengaruh-pengaruh bukan kebakaan seperti pemakanan, iklim, senaman dan juga pekerjaan, baka merupakan satu faktor yang mempengaruhi perkembangan aspek fizikal seseorang itu. Terdapat dua teori utama yang menjelaskan tentang perkembangan kanak-kanak iaitu teori yang dikemukakan oleh Arnold Gessel dan Robert Havinghurst. Perkembangan kognitif pula membawa maksud kemampuan seseorang untuk memahami, member pendapat dan mengingati perkara yang berlaku di persekitaran individu tersebut. Perkembangan kognitif merupakan proses peningkatan keupayaan pemikiran, pengetahuan dan keintelektualan seseorang kanakkanak dan kemampuan menjana akal budi dalam pelbagai aktiviti penyelesaian masalah, memahami, menganalisa, dan membentuk pengetahuan serta pemahaman baru terhadap pengalaman yang dilaluinya. Teori utama yang digunakan untuk memahami tentang perkembangan kognitif iaitu Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget dan Teori perkembangan Kognitif Lev Vygotsky.
2. KAJIAN LITERATUR
2.1Perkembangan Fizikal
Perkembangan adalah suatu proses yang kompleks. Menurut pendapat Gallahue (1993), pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada tiga kategori asas. Perkembangan ini penting bagi pergerakan diri kanak-kanak tersebut atau untuk interaksi yang berkesan dengan dunia persekitaran mereka. Tiga kategori dalam perkembangan fizikal kanak-kanak ini adalah keseimbangan (stability), pergerakan (locomotion), manipulasi (manipulation). Keseimbangan merujuk kebolehan kanak-kanak mengekalkan kedudukan badan mereka relatif kepada tindakan graviti. Pergerakan adalah aspek yang berkaitan dengan tingkahlaku kanak-kanak tersebut. Manakala manipulasi adalah kemahiran kanak-kanak berhubung dengan objek di persekitarannya. Schmidt dan Wrisberg (2000) menjelaskan bahawa kemahiran fizikal kanak-kanak perlu dlilihat dalam dua kategori iaitu sebagai tertutup atau terbuka. Bagi aspek kemahiran fizikal tertutup bermakna kanak-kanak menjalankan aktiviti dalam persekitaran yang terkawal dan tidak berubah. Aspek terbuka dalam kemahiran terbuka pula bermaksud persekitaran dan situasi bagi kanak-kanak menjalankan aktiviti fizikal sentiasa berubah. Kedua-dua kategori ini perlu dalam memperkembangkan kemahiran kanak-kanak. Contohnya untuk melatih sesuatu pergerakan kanak-kanak memerlukan persekitaran yang tertutup. Manakala dalam sesuatu permainan kanak-kanak akan melalui persekitaran yang terbuka. Perkembangan fizikal mempunyai berberapa prinsip asas bagi memastikan perkembangan seseorang individu stabil dan teratur. Prinsip yang pertama ialah perkembangan mempunyai arah tertentu yang dapat diramalkan iaitu dari tengah badan dan berterusan sehingga ke luar badan. Terdapat dua arah perkembangan iaitu arah dari kepala ke kaki ataupun cephalocaudal dan arah dari tengah ke tepi atau proximodistal.perkembangan bermula dari tulang belakang menuju kearah luar badan dimana pada peringkat prenatal, organ-organ yang terbentuk terlebih dahulu dan diakhiri oleh pembentukan otot halus. Prinsip yang kedua ialah susunan perkembangan adalah serupa bagi semua namun ada yang dahulu dan ada yang kemudian, tapi urutan tidak berubah. Pada umur yang sama, ada kanak-kanak yang berjaya duduk dahulu namun ada yang lebih lambat. Ada juga yang akan terus berjaya berdiri selepas berjaya duduk namun urutan ini tidak akan berpatah balik ke peringkat sebelumnya. Prinsip yang ketiga menyatakan bahawa perkembangan bermula daripada keadaan menyeluruh kepada keadaan tertentu iaitu
mulanya dari umum kemudian kepada yang lebih khusus. Sebagai contoh, apabila bayi merasa sakit, mereka akan menangis. Seperti yang kita sedia maklum, bayi berinteraksi dengan persekitaran dengan tangisan. Ini menunjukkan mereka memberi reaksi yang umum terhadap kesakitan yang dialami. Namun pada peringkat yang lebih tinggi, apabila dia mengalami kesakitan, dia menangis dan sudah boleh menunjukkan di bahagian badan yang sakit dan apabila sudah menguasai kemahiran bahasa, merak mula memberitahu tentang kesakitan itu. Prinsip yang keempat menyatakan bahawa proses perkembangan berlaku secara berterusan iaitu perkembangan berlaku dari bermula dari fertilisasi ovum oleh sperma sehingga ke peringkat kematian. Perkembangan yang berterusan namun ada sesetengah perkara atau bahagian yang akan berhenti pada masa yang tertentu. Prinsip yang kelima menyatakan bahawa perkembangan berlaku mengikut kepantasan yang berbeza namun masih tetap berterusan tetapi aspek perkembangan yang berkaitan pada satu organisma mungkin berbeza. Corak perkembangan berbeza-beza kerana tidak semua kanakkanakmencapai titik perkembangan yang sama pada umur yang sama. Perkembangan berlaku mengikut peringkat iaitu peringkat belum lahir, bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya.Ini bermaksud terdapat perbezaan dari segi kadar perkembanga diantara individu. Ini bergantung kepada faktor tertentu sebagai contoh faktor baka. Ini yang menyebabkan sesetengah kanak-kanak dapat duduk atau merangkak lebih cepat berbanding yang sama umur dengannya. Prinsip yang keenam pula telah mencadangkan bahawa perkembangan adalah salah satu bahagian yang saling berhubung kait dengan bahagian yang lain iaitu wujudnya pertalian yang nyata antara kematangan jasmani dan kematangan mental. Secara prinsipnya apabila umur bertambah dan dengan berkembangnya fizikal, maka kognitif dan mental juga akan berkembang seiring dengan masa. Pemikiran dan tahap pencapaian mental akan bertambah dan berkembang. Kita dapat melihat perbezaan antara kanak-kanak ini dari segi percakapan,emosi dan perbuatan mereka. Terdapat dua teori yang membincangkan mengenai perkembangan fizikal. Teori pertama ialah teori yang dikemukakan oleh Arnold Gesel. Teori ini telah menyatakan menyatakan bahawa kanak-kanak seumpama seperti tumbuh-tumbuhan. Teori ini juga menekankan tentang kesediaan dan kematangan dalam melihat tentang perkembangan. Ia juga mendapati kanak-kanak secara semula jadi bersedia membaca
apabila umur mentalnya sudah mencapai 6 ½ tahun dimana pada umur ini mental meraka sudah mula beransur-ansur untuk matang. Gesel juga melihat kematangan biologi merupakan perubahan fisiologi dan neurologi yang tidak dapat dikawal kerana ia adalah satu tindakan semulajadi badan yang tidak dapat dilihat. Maka, ia menjadi tidak dapat dikawal oleh sesiapa. Gesel juga berpendapat bahawa baka sebagai faktor utama yang mempengaruhi perkembangan diri seseorang individu. Jika seseorang mempunyai baka yang baik, maka dia akan menghasilkan anak yang juga mempunyai baka yang baik namun tidaklah sama. Gesel percaya bahawa perkembangan manusia dipengaruhi oleh faktor kematangan. Kelancaran proses perkembangan individu dipengaruhi oleh kematangan fizikalnya jika kanak-kanak itu mempunyai kematangan individu yang cepat, maka kadar perkembangannya adalah lebih cepat berbanding orang lain. Perkembangan individu juga mengikut jadual waktu yang tetap, urutan dan pola tertentu. Ia adalah sejajar dengan keadaan fizikal mereka dan perkembangan otot-otot mereka. Kanak-kanak perlu diberikan peluang berkembang pada kadar sendiri dan tidak dipaksa melakukan sesuatu hanya kerana telah mencapai peringkat usia perkembangan tersebut. Ini kerana berkemungkinan badan mereka masih belum mampu untuk melakukan sesuatu perkara itu walaupun sepatutnya mereka sudah mampu untuk melakukannya. Ini bukan hanya boleh menjejaskan keselamatan kanakkanak, ia juga boleh menggangu emosi kanak-kanak apabila mereka dipaksa melakukan sesuatu yang mereka tidak mampu jalankan. Teori yang kedua pula ialah teori yang dikemukakan oleh Robert Havingurst. Teori ini menerangkan konsep kajian perkembangan meliputi bidang pertengahan antara 2 teori yang bertentangan. Teori-teori ini ialah teori kebebasan iaitu menyatakan bahawa kanak-kanak akan berkembang dengan lebih baik jika dibiarkan bebas bergerak dan teori kongkongan atau sekatan yang menyatakan kanak-kanak perlu belajar untuk menjadi seorang dewasa yang berjasa,bertanggungjawab melalui kongkongan masyarakat. Kedua-dua teori ini adalah berlawanan dan mempunyai buktibukti tersendiri. Havingurst mendapati terdapat perkembangan kritikal terjadi dalam setiap satu jangka hayat manusia.Antaranya ialah proses yang muncul daripada kematangan fizikal seperti belajar berjalan, bercakap, menjaga tingkah laku dengan berlainan jantina semasa remaja dan penerimaan proses pramenopause. Setiap perkembangan kritikal yang berlaku akan memberikan impak yang besar dalam hidup
mereka. Perkembangan kanak-kanak adalah dipengaruhi oleh persekitaran masyarakat persekitaran mereka. Dia juga menjelaskan. Beliau mendapati terdapat 6 peringkat umur utama iaitu 0 hingga 5 tahun dikelaskan sebagai bayi dan awal kanak-kanak hingga 12 tahun dalam pertengahan kanak-kanak, remaja pada umur 13 hingga 18 tahun, awal dewasa pula pada umur 19 hingga 29 tahun, pertengahan dewasa pula dalam lingkungan umur 30 hingga 60 tahun dan akhir sekali lewat kematangan dalam umur 61 tahun ke atas. Pada setiap perkembangan, manusia mempunyai tugas yang perlu dilaksanakan dan keupayaan menjalankan tugas ini akan memberikan kesan kepada hidup seseorang itu.
2.2Perkembangan Kognitif
Perkembangan kognitif merupakan proses peningkatan keupayaan pemikiran, pengetahuan dan keintelektualan seseorang kanak-kanak dan kemampuan menjana akal budi dalam pelbagai aktiviti penyelesaian masalah, memahami, menganalisa, dan membentuk pengetahuan serta pemahaman baru terhadap pengalaman yang dilaluinya. Perkembangan kognitif merupakan salah satu daripada proses tumbesaran yang dilalui oleh setiap kanak-kanak. Proses ini sangat penting kerana ia akan mempengaruhi kehidupan dan masa depan seseorang kanak-kanak. Perkembangan kognitif sering dikaitkan dengan proses perkembangan intelek seseorang. Proses kognitif melibatkan perubahan-perubahan dalam kemampuan dan pola berfikir, kemahiran berbahasa, dan cara individu memperoleh pengetahuan dari lingkungannya. Aktiviti-aktiviti seperti mengamati dan mengklasifikasi, menghafal sajak atau doa, memecahkan soal-soal matematik, dan menceritakan pengalaman, merupakan proses kognitif dalam perkembangan anak. Struktur kognitif berubah melalui proses organisasi dan adaptasi. Organisasi bermaksud individu mencantum struktur kognitif sedia ada untuk membentuk struktur kognitif baru yang kompleks. Struktur kognitif ini juga dikenali sebagai skema.Pembentukan skema ini memerlukan proses adaptasi, asimilasi, dan akomodasi. Akomodasi bererti mengubahsuai struktur kognitif sedia ada untuk memahami maklumat baru. Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasi (menyesuaikan) persekitaran baru yang belum lagi berada dalam
perolehan kognitif kanak-kanak. Sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan yang dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap, memandang, mencapai, merasa, memegang, serta menggerakkan tangan dan kaki. Bagi gerakan memegang, kandungan skemanya adalah memegang benda yang tidak menyakitkan. Oleh itu, bayi juga akan cenderung memegang benda-benda yang tidak menyakitkan seperti contoh, jari ibu. Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana bayi bertindakbalas dengan persekitarannya. Adaptasi pula mengubah struktur kognitif semasa menemui objek, maklumat atau pengalaman baru melalui asimilasi dan akomodasi. Ia merupakan satu keadaan di mana wujud keseimbangan di antara akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran. Keadaan keseimbangan akan wujud apabila kanak-kanak mempunyai kecenderungan sejadi untuk mencipta hubungan apa yang dipelajari dengan kehendak persekitaran. Asimilasi bermaksud menambah maklumat baru atau perkaya struktur kognitif sedia ada. Proses asimilasi yang berlaku membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasi skema hasil daripada pengalaman yang baru diperolehi. Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal. Oleh itu, kanak-kanak tersebut akan menggunakan skema memegang (skema yang sedia ada) dan sekaligus merasanya. Melaluinya, kanak-kanak tersebut akan mendapat pengetahuan yang baru baginya berkenaan "sebiji epal". Jean Piaget menganggap perubahan ini sebagai suatu proses pembelajaran. Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan magnet akan menyatukan objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap magnet. Apabila kanak-kanak memperoleh maklumat baru maka terjadi ketidakseimbangan dalam pemikiran individu, untuk memperoleh semula keseimbangan,kanak-kanak perlu buat organisasi atau adaptasi pada struktur kognitif.
Rajah 1. Pembentukan skema Dalam konteks ini, kita tidak boleh lari daripada membincangkan teori perkembangan kognitif yang diutarakan oleh Jean Piaget. Beliau berpendapat pemikiran sebagai satu proses yang disedari dan berkembang secara berperingkat-peringkat. Dia berpendapat kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu dalam proses perkembangan
yang dilalui. Menurut beliau lagi, perubahan daripada satu peringkat ke satu peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak mencapai tahap kematangan yang sesuai dan terdedah kepada pengalaman yang relevan. Tanpa pengalamanpengalaman tersebut, kanak-kanak dianggap tidak mampu mencapai tahap perkembangan kognitif yang tinggi. Terdapat empat peringkat yang dikemukakan piaget iaitu peringkat sensorimotor, peringkat pra-operasi, operasi konkrit dan operasi formal. Terlebih dahulu, kita akan melihat mengenai peringkat sensori motor. Pada tahap ini, bayi melihat kepada hubungan antara badannya dengan persekitaran. Kebolehan deria motornya berkembang dari semasa ke semasa. Bayi tersebut mempelajari tentang dirinya dengan melihat, menyentuh, dan mendengar di sekelilingnya kemudian menirunya. Kebolehan untuk meniru tingkah laku dikenali sebagai pembelajaran melalui pemerhatian (observational learning) (Mussen dan Kagan, 1974). Dalam perkembangan sensorimotor ini, terdapat enam sub tahap yang dikategorikan dengan melihat perkembangan kebolehan tertentu pada umur yang tertentu. Yang pertama ialah dari lahir hingga satu bulan bayi hanya mampu melakukan gerakan pantulan. Gerakan pantulan yang diwujudkan lahir melalui tingkah laku pendengaran, penyusunan, gerakan tangan (genggaman dan sebagainya), penyesuaian, pandangan, pergerakan mata dan sebagainya. Gerakan ini belum dapat ditentukan perbezaannya. Sebahagian besar daripada gerakan ini dilakukan ialah untuk keperluan tertentu atau hanya sebagai gerakan pantulan sahaja. Yang kedua pula antara sebulan hingga empat bulan. Peringkat pertama pencapaian untuk penyesuaian dimana bayi mula mempunyai pengertian tentang bahagian badannya yang tertentu. Di tahap ini pengalaman memainkan peranan yang penting untuk pembentukan tingkah laku kanak-kanak. Pengalaman boleh didapati daripada perkembangan di tahap pertama. dengan itu tingkah laku kanak-kanak pada tahap kedua ini sudah bergantung kepada andaian sebab musabab yang tertentu untuk mewujudkan sesuatu situasi baru. Pergerakan sistem sensori mula diselaraskan dengan sistem pandangan dan gerakan tangan. bila mendengar sesuatu bunyi, bayi akan menggerakkan kepala dan matanya ke arah punca sumber bunyi. Contohnya, sekiranya bayi tersebut melakukan sesuatu tingkah laku yang ganjarannya akan mendapat menyeronokkan atau menyenangkan, dia akan mengulangi tingkah laku itu lagi. Yang ketiga ialah empat hingga lapan bulan. Di tahap ini bayi mempunyai persediaan untuk membuat pandangan dan pemerhatian yang
lebih. Kebanyakan tingkahlaku bayi dihasilkan daripada sesuatu proses pem belajaran. Bayi telah dapat melakukan tingkah laku baru seperti mengambil sesuatu barang lalu menggerakkannya. Di waktu ini, bayi boleh membuat tanggapan tentang objek dalam tangannya. Contohnya, bayi itu sengaja memasukkan barang mainan ke dalam mulut dengan tujuan untuk mengetahui atau mengenali barang tersebut. Peringkat keempat pula dari lapan hingga dua belas bulan. Ia dikatakan sebagai masa pengukuhan di mana keadaan yang wujud sebelumnya disesuaikan di antara satu sama lain. Pada tahap ini, perkembangan mental bayi sudah dapat dikatakan sebagai sebagai berada di tahap perkembangan daya kognitif dan kebolehan mental asas pada bayi. Bayi sudah mengetahui sebab akibat sesuatu keadaan berlaku. Contohnya, apabila menggoncangkan sesuatu alat mainan, ia akan berbunyi. Peringkat ke lima, dua belas bulan hingga lapan belas bulan. Pada ketika ini, penemuan makna baru melalui pengalaman yang dilalui oleh bayi berlaku secara aktif. hal ini, bayi memerlukan kecepatan untuk melahirkan keseluruhan rangkaian tingkah laku apabila berada di dalam sesuatu situasi baru. di tahap ini, bayi memperlihatkan kemajuan yang pesat berhubung dengan pemahaman sesuatu konsep dan telah mempunyai konsep yang kukuh tentang sesuatu objek. bayi juga mengalami proses cuba jaya tetapi dalam keadaan yang mudah. Contohnya, kanak-kanak ini akan mencuba pelbagai bunyi dan tingkah laku untuk mendapatkan perhatian. Akhir sekali, lapan belas bulan hingga dua tahun. Berlakunya kombinasi mental di mana kanak-kanak mula mempunyai keupayaan untuk memahami aktiviti permainan dan fungsi simbolik. Pada ketika ini, kanak-kanak dapat mengatasi masalah kaedah cuba jaya dan dapat membezakan jenis-jenis tingkah laku peniruan yang diperhatikan. Seterusnya, peringkat kedua ialah peringkat pra-operasi iaitu dari umur 2 hingga 7 tahun. Menurut Piaget, perkembangan yang paling penting di tahap ini ialah penggunaan bahasa. Kanak-kanak yang berada di tahap ini mula menggunakan simbol di dalam permainan, contohnya mengandaikan buku sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai. Namun begitu, dari segi kualiti, pemikiran kanak-kanak masih lagi di tahap yang rendah berbanding dengan orang dewasa. Contohnya, pemikiran kanak-kanak adalah egosentrik di mana, di dunia ini, keseluruhannya dilihat hanya dari perspektif mereka sahaja. Piaget juga mengatakan bahawa proses perkembangan kognitif kanakkanak menjadi lebih sempurna menerusi tiga kebolehan asas yang berlaku iaitu
Perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah laku yang ketara seperti kebolehan mengira. Selain itu, Piaget juga mengatakan bahawa operasi yang berlaku mesti berasaskan pada tiga fenomena mental yang penting iaitu pengamatan, ingatan dan bayangan. Pengamatan merupakan suatu proses di mana kanak-kanak memberikan sepenuh perhatian terhadap sesuatu yang dilihat. Sementara, ingatan pula ialah satu proses pembinaan, pengumpulan dan pengambilan kembali memori mengenai peristiwa lalu. Manakala, bayangan merupakan satu proses yang menyebabkan sensasi yang statik, selalunya pandangan dan pendengaran yang dikumpulkan di bahagian mental. Bagi tahap ini, Piaget telah bahagikan kepada dua sub tahapiaitu Tahap Pro-konseptual 2 hingga 4 tahun dan Tahap Pra-operasi 4 hingga 7 tahun. Di tahap pra-konseptual, kanak-kanak belum lagi dapat membezakan dan memahami dua atau lebih dimensi pada masa yang sama. Hal ini kerana, mereka belum dapat menyusun penerangan yang ada dalam pemikiran. Kecerdasan di tahap ini selalunya dihuraikan sebagai kaku, tegang, ketidaksanggupan membuat kesimpulan dan tidak menumpukan perhatian terhadap hubungan di antara peristiwa yang berbeza. Terdapat empat kandungan utama proses kognitif dalam tahap ini iaitu 'egocentrism', 'konsep sebab-akibat', 'peningkatan perolehan bahasa' dan 'pembentukan identiti diri'.Satu lagi kekurangan di tahap ini ialah dari segi prinsip pengekalan objek iaitu pengetahuan bahawa kuantiti adalah tidak berhubung kait dengan susunan atau keadaan fizikal sesuatu objek. Kanak-kanak yang tidak memahami prinsip ini tidak akan tahu bahawa jumlah, isipadu atau panjang sesuatu objek tidak akan berubah apabila bentuk dan susunannya berubah. Seterusnya ialah peringkat operasi konkrit iaitu sejak daripada umur 7 tahun sehingga 11 tahun.. Pada tahap ini, kanak-kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik seperti yang berlaku pada tahap praoperasi. Perasaan ingin tahu menjadikan kanak-kanak pada tahap ini akan gemar bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih dewasa. Berkembangnya semangat inkuiri ini seterusnya menyebabkan mereka mula menerima pendapat orang lain. Kanak-kanak akan mula belajar bermain dan bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya kerana pada tahap ini mereka akan mula memasuki zaman persekolahan. Satu lagi perubahan yang dapat dilihat ialah mereka sedikit demi sedikit sudah mula memahami unsur-unsur pemikiran logik. Mereka faham akan konsep-konsep nombor, berat, susunan dan padatan. mereka juga faham akan
konsep pengekalan sesuatu benda atau objek. Pengekalan bermaksud memahami bahawa perubahan objek atau susunan tidak mengubah cirinya atau sifatnya. Pengekalan berlaku pada isipadu atau kuantiti cecair,berat bahan pepejal seperti plastersin dan nombor. Walaubagaimanapun, kanak-kanak pada umur sebegini masih belum memahami atau menaakul tentang perkara-perkara yang abstrak seperti konsep kenegaraan, ketuhanan, makna hidup dan sebagainya. Mereka hanya memahami konsep-konsep yang konkrit atau objektif seperti mengenali haiwan, tumbuhan dan sebagainya. Dengan itu, Inhelder dan Piaget (1958) menegaskan bahawa kanak-kanak pada tahap ini boleh melaksanakan sesetengah operasi ke atas objek lain tetapi tidak boleh beroperasi ke atas operasi atau proses pemikirannya sendiri. Peringkat terakhir ialah operasi formal iaitu dari umur 11 tahun dan keatas. Pada tahap ini Piaget menyatakan bahawa perkembangan kecerdasan kognitif manusia telah sampai ke tahap maksima. Pemikiran dan penghuraian pendapat individu pada tahap ini dikatakan lebih baik dan nyata. mereka dikatakan mampu membuat keputusan dan telah dapat membuat hipotesis melalui pemerhatian. Individu telah mula mencari jalan untuk menyelesaikan masalah berdasarkan rasional dan lebih bersifat sistematik. Piaget menyatakan kaum remaja pada tahap ini didapati patuh dan berhati-hati dengan pendapat dan pegangan. Mereka mula memikirkan tentang diri mereka dan peranan mereka dalam masyarakat. Di samping itu, mereka telah membuat perancangan berdasarkan pegangan dan pendapat yang difikirkan sesuatu dengan nilai dan norma yang terdapat dalam masyarakat. Pada tahap ini juga, pemikiran baru dihasilkan iaitu berbentuk abstrak, formal dan logik. Walaupun pemikiran pada operasi tahap formal bermula semasa zaman remaja, pemikiran sebegini kadangkala jarang digunakan (Burbulus & Linn 1988). Teori yang kedua ialah teori yang dikemukakan oleh Lev Vygotsky. Sumbangan penting teori Vygotsky adalah penekanan pada pembelajaran sosiobudaya yang mempengaruhi tingkahlaku dan pemikiran individu. Vygotsky berpendapat pemikiran kanak-kanak berkembang hasil pergaulan dan interaksi bermakna antara kanak-kanak dengan individu yang lebih berpengetahuan. Beliau juga berpendapat kanak-kanak tidak dapat membina pengetahuan sendiri namun dibina melalui interaksi sosial dengan individu dipersekitaranya. Maklumat hasil interaksi akan digunakan apabila berdepan dengan situasi yang hampir sama. Terdapat dua peringkat perkembangan kognitif
individu. Yang pertama ialah peringkat sosial iaitu maklumat dan pengetahuan diperolehi melalui interaksi dengan individu lain. Peringkat kedua ialah peringkat individu iaitu kebolehan menukar maklumat dan pengetahuan yang diperolehi daripada interaksi sosial kepada kefahaman individu. Zon perkembangan proksimal ialah menerangkan kemahira-kemahiran yang sukar dicapai kanak-kanak Berjaya dilakukan oleh mereka dengan bantuan individu yang lebih mahir. Ia merupakan cara kanakkanak mencapai kemahiran dengan bantuan individu lain Had Atas kemahiran kanak-kanak yang boleh dicapai dengan bantuan individu yang lebih mahir. Zon perkembangan proksimal kemahiran kognitif kanak-kanak dalam proses kematangan. Had bawah kemahiran yang boleh dicapai sendiri oleh kanak-kanak. Merupakan pengetahuan sedia ada.
Perancah (Scaffholding) Perancah membantuperkembangan kognitif semasa zon perkembangan proksimal ia mengubah tahap sokongan dan bantuan yang diberikan kepada pelajar mengikut keupayaan mereka. Apabila pelajar sudah memahami sesuatu konsep bantuan yang diberikan akan semakin dikurangkan sehingga pelajar meguasai kemahiran tersebut. Alat yang penting dalam proses perancah ialah perbualan yang mana akan membantu pelajar menyusun konsep baru sengan lebih sistemtik dengan bantuan individu yang lebih mahir. Selain berinteraksi dengan individu lain, kanak-kanak juga berkomunikasi dengan diri sendiri yang mana dapat menolong kanak-kanak tersebut merancang dan mengawakl tingkah laku mereka perbuatan ini akan
berkembang menjadi komunikasi tanpa verbal dan berubah menjadi suara hati atau dorongan pemikiran apabila dewasa kelak.