Pengenalan Komponen Electronik

  • Uploaded by: siti-auriga-7042
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pengenalan Komponen Electronik as PDF for free.

More details

  • Words: 563
  • Pages: 19
Pengenalan Kepada Komponen Elektronik Oleh : Pelajar 1 Pelajar 2

Perintang Tetap

Simbol   



Mengawal arus elektrik dalam sesuatu litar. Nilainya diukur dalam unit Ohm (Ω ). Semakin tinggi nilai rintangan semakin rendah arus yang mengalir melaluinya. Nilai perintang ditandakan dengan kod warna.

Kod Warna Perintang Warna Hitam Perang Merah Jingga Kuning Hijau Biru Unggu Kelabu putih

Mewakili nombor 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9











Kod warna terdiri daripada 4 lajur Lajur pertama menunjukkan nilai pertama Lajur kedua menunjukkan nilai kedua Lajur ketiga menunjukkan bilangan kosong Lajur keempat menunjukkan nilai toleransi

Cara membaca kod warna Kuning menunjukkan no. 4 Unggu menunjukkan no. 7 Perang menunjukkan bilang kosong, iaitu 1 Emas menunjukkan 5% toleransi Jadi, nilai perintang di atas ialah 470 Ohm Nilai toleransi ialah 470 Ohm X 5% = 23.5 Ohm Jadi, nilai perintang boleh dari 446.5 Ohm hingga 493.5 Ohm

Perintang Boleh Laras Simbo l 

Nilainya boleh dilaraskan antara 0 hingga nilai maksimumnya dengan memutarkan spindelnya.

Perintang Peka Cahaya Simbol 





Juga dikenali sebagai L.D.R, iaitu Light Dependent Resistor. Nilai ringtangan bergantung kepada cahaya yang diterimanya. Semakin banyak cahaya yang diterima, semakin kecil rintangannya.

Diod A

K Simbol







Komponen yang membenarkankan aliran arus elektrik ke satu arah sahaja. Boleh digunakan untuk menukar arus ulang alik ke arus terus. Kutub positif dikenali sebagai anod (A) manakala kutub negatif dikenali sebagai katod (K)

Diod Pemancar Cahaya (L.E.D) A

K Simbol





Diod pemancar cahaya adalah diod yang boleh menyala apabila arus elektrik mengalir melaluinya. Ia selalu disebut L.E.D, iaitu singkatan untuk Light Emitting Diode.

Transistor 





Adalah komponen yang digunakan untuk membesarkan arus atau sebagai suis. Ia diperbuat daripada bahan positif dan bahan negatif. Ia mempunyai 3 kaki   

Kaki pemungut (Collector) – C Kaki tapak (Base) – B Kaki pemancar (Emitter) - E

Simbol Transistor

Penerus Kawalan Silikon (SCR) Simbol 



Penerus kawalan silikon atau SCR berfungsi sebagai suis dan membenarkan arus elektrik mengalir sehala sahaja seperti diod. Ia mempunyai 3 kaki, iaitu :   

Get (G) Anod (A) Katod (K)

Litar Bersepadu (IC) Simbol 





Adalah satu litar yang lengkap dan ringkas di dalam sebuah bekas kecil. Ia juga dipanggil litar terkamil atau cip atau IC (Integrated circuit) Ia boleh mengandungi elemen komponen seperti transistor, diod, perintang dan sebagainya

Kapasitor 







Komponen yang berfungsi sebagai penyimpan dan pembuang cas. Unit sukatannya ialah farad (F). Ia biasanya bernilai kecil dan disukat dalam mikrofarad (µ F). Kapasitor yang bernilai tinggi akan menyimpan lebih banyak tenaga elektrik. Ia juga mengambil lebih masa untuk mengecas dan membuang cas. Terdapat dua jenis kapasitor, iaitu jenis berkutub dan jenis tidak berkutub.

Simbol Kapasitor

Buzer

Simbol 

Komponen yang menukar tenaga elektrik ke tenaga bunyi yang bergetaran.

Geganti Simbol 

Adalah sejenis suis automatik yang dikendalikan oleh arus elektrik

Litar Elektronik 



Litar elektronik adalah sambungan komponen-komponen elektronik secara sistematik supaya arus elektrik dapat mengalir dengan sempurna. Untuk membuat satu litar elektronik, kita merujuk kepada lukisan kerja litar itu.

Jenis-jenis lukisan litar 





Terdiri daripada lukisan skematik dan lukisan bergambar. Lukisan skematik menunjukkan setiap sambungan dan semua komponen dalam simbol. (2 dimensi) Lukisan bergambar pula menunjukkan setiap sambungan dan komponen elektronik dilukiskan. (3 dimensi)

Jenis Lukisan Litar

+

-

Lukisan Skematik

+ Lukisan Bergambar

-

Related Documents

Komponen
June 2020 28
Taller Electronik
November 2019 0
Komponen
June 2020 30