Pengajian Prasekolah Modul 1 Ujian Pra 1.Apakah yang anda faham dengan istilah pendidikan awal kanak-kanak? Pendidikan awal kanak-kanak adalah satu program yang memberi layanan, asuhan dan bimbingan kepada kanak-kanak yang berumur empat hingga enam tahun. Mengikut ‘TheNational association for The Education of Young Children (NAEYC)’ atau Pertubuhan Kebangsaan bagi pendidikan Kanak-kanak Muda, pendidikan awal kanak-kanak adalah seperti berikut: “The termearly childhood refers to the period from birth to age eight,…….Early childhood program provide ‘servises for children from birth through age eight in part day and full day group programs in centers, home and institution kindergardens and primary school and recreational program’.(Morrison, m.s.24) 2.Nyatakan dengan ringkas mengenai istilah pendidikan prasekolah di Malaysia? Pendidikan Prasekolah di Malaysia adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal. 3.Senaraikan tiga tokoh pendidikan awal kanak-kanak dan nyatakan secara ringkas pandangan mereka. Maria Montessori (1870-1952) merupakan seorang tokoh pendidikan di Rome. Beliau berpengalaman mendidik kanak-kanak yang terencat akal. Pada tahun 1899, beliau menubuhkan sekolah kanak-kanak cacat di Rome. Montessori menyokong Froebel dalam pendapat membenarkan kanak-kanak belajar melalui aktiviti bermain. Beliau mengutamakan latihan daya penglihatan, pendengaran dan sentuhan yang bertujuan bagi membolehkan kanak-kanak mendapat pengalaman dan latihan menggunakan deria dengan cekap. Beliau berpendapat dalam mendidik kanak-kanak ia mestilah menghormati kanak-kanak dan haknya. Oleh itu, persekitaran yang terancang, kemahiran hidup, disiplin diri dan arahan adalah prinsip penting dalam pendidikan kanak-kanak. Menurut beliau, pendidikan adalah
1
untuk menolong kanak-kanak membentuk serta membantu perkembangan intelek, fizikal, sosial dan rohani. John Dewey adalah tokoh falsafah yang terkenal di Amerika. Beliau berpemdapatbahawa pendidikan adalah penghidupan tidak semata-mata persediaan untuk hidup tetapi pendidikan adalah satu proses social yang mempunyai segala ilmu, pengalaman, teori, pemikiran dan kenyataan kepada kanak-kanak. Beliau memperkenalkan kaedah projek kepada kanak-kanak kerana kaedah ini berkait rapat dengan aktiviti dan gerak kerja kanak-kanak. Menurut beliau, kanak-kanak haruslah berusaha kea rah mencapai kejayaan. Pada pandangan beliau, dalam menyam,paikan pelajaran kepada kanak-kanak, guru perlu memulakan dengan kumpulan kecil, kemudian seorang demi seorang. Menurutbeliau, pendidikan yang sebenar adalah satu proses yang aktif kepada kanak-kanak berdasarkan keadaan semulajadi mereka. Pendidikan perlu disepadukan dengan kehidupan kanak-kanak. Kanak-kanak perlu dihormati. Pembelajaran perlu dilaksanakan melalui pengalaman dan eksperimen. Friedrich Froebel (1782-1852) adalah seorang tokoh pendidikan dari Jerman. Beliau digelar sebagai “Bapa Tadika”. Pada tahun 1837, beliau menubuh sekolah taman kanak-kanak yang dinamakan “Kindergarden”. Beliau adalah seorang yang kuat beragama dan mengaggap manusia secara semulajadinya adala baik dan dunia adalah tempat bekerja dan manifestasi terhadap tuhan. Menurut beliau “kanak-kanak umpama biji benih, ibu bapa dan pendidik umpama tukang kebun, kindergarden pula ialahtaman untuk kanak-kanak. Oleh itu kanak-kanak perlu belajar dalam persekitaran yang terancang dan kanak-kanak berkembang melaui bermain. 4..Jelaskan secara ringkas perkembangan pendidikan prasekolah di zaman sebelum merdeka dan selepas merdeka. Di zaman sebelum merdeka iaitu pada tahun 1940 an, prasekolah mula dibuka oleh missionary Kristian dengan pendidikan berpengaruh British dengan mengenakan yuran yang sangat mahal dan anak-anak orang berada sahaja belajar di prasekolah itu. Guru-guru prasekolah pula terdiri daripada bekas guru sekolah rendah yang tidak ada latihan dan pengalaman mengajar di prasekolah. 2
Manakala selepas merdeka pula, iaitu pada tahun 1969, Yayasan Asia telah menyumbangkan wang kepada Pertubuhan Pekerja-Pekerja Malaysia bagi mendirikan prasekolah yang mirip kepada projek “Head Start” di Amerika Syarikat. Tadika ini telah ditubuhkan di Negeri Selangor iaitru di Kampung Muniady, Kg Manggis dan Kg sentosa. Kumpulan sasaran terdiri daripada kanak-kanak yang kurang beruntung dari keturunan Melayu, Cina dan India. 5.Terangkan secara ringkas mengenai pendidikan prasekolah yang terkandung dalam Akta Pendidikan 1996. Dalam Akta Pendidikan 1996 atau Akta 550, konsep system pendidikan kebangsaan dimantapkan dengan meliputi semua peringkat persekolahan dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat pendidikan tertinggi. Akta pendidikan 1996 atau Akta 550 adalah dokumen rasmi yang mengandungi peruntukanperuntukan yang berkaitan dengan Sistem Pendidikan Kebangsaan yang merangkumi pendidikan prasekolah sehingga pendidikan tinggi. Akta ini menggariskan beberapa peruntukan khas untuk pendidikan prasekolah yang harus dipatuhi oleh semua prasekolah. Ianya bertujuan untuk melindunggi hak murid, penjaga, pengusaha, dan menjamin kualiti perkhidmatan. Sekiranya melanggar akta dan peraturan yang telah ditetapkan tidak dipatuhi, pengusaha boleh didakwa di mahkamah. Latihan 1 1.Jelaskan matlamat pendidikan prasekolah di Malaysia? Pendidikan prasekolah bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masukke sekolah rendah. Matlamat ini telah dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kea rah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimabng dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
3
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara. 2.Senaraikan lima objektif pendidikan prasekolah. Objektif pendidikan prasekolah ialah:a.Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep kendiri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotic. b.Menggunakan Bahasa Melayu dengan betul dan memperkembangkan kemahiran berbahas untuk berkomunikasi. c.Menggunakan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dengan betul untuk berkomunikasi di sekolahyang menggunakan bahasa pengantar Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. d.Menngunakan Bahasa inggeris dalam interaksiseharian selaras dengan kedudukan sebagai bahasa kedua. e.Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beraga Islam. Tajuk Perbincangan 1.Jelaskan perbezaan pandangan antara dua tokoh Psikologi Islam iaitu Imam AlGhazali dan Ibnu Khaldun mengenai pendidikan awal kanak-kanak. Pada Pendapat Imam Al-Ghazali, pendidikan awal kanak-kanak harus bermula sejak lahir. Seorang bayi jangan diberikan kepada orang lain menjaganya kecuali perempuan yang kuat agama dan mulia tingkah lakunya. Kanak-kanak mesti dididik dengan pelajaran agama, adab sopan, adab makan minum, mencuci badan, berwuduk dan bersembahyang.Kanak-kanak juga dididik supaya memperolehi tingkah laku yang mulia, merendah diri, tidak berbohong, bersederhana dalam perlakuan, tidak berkawan dengan orang jahat dan tidak berbangga. Bersikap tegas dengan kanak-kanak dan jangan membiasakan mereka bersenang-senang, jangan berseronok atau bermanja-manjaapabila bergaul dengan mereka. Jika seseorang kanak-kanak itu melakukan kesilapan, tidak boleh mendenda mereka
4
keterlaluan.Imam Al-Ghazali menggalakkan kanak-kanak bermain kerana main boleh membantu perkembangan fizikal serta menguatkan otak mereka. Ibnu Khaldun pula banyak memperkatakan mengenai persediaan untuk belajar, pemerhatian, motivasi, berusaha, pengukuhan, perbezaan individu dan latihan. Beliau berpendapat kanak-kanak tidak boleh diajar dengan perkara-perkara yang susah. Kanak-kanak juga jangan dibebankandengan perkara-perkara yangt diluar kemampuan mereka. Beliau mencadangkan kanak-kanak di peringkat prasekolah hendaklah diberi contoh-contoh yang konkrit yang boleh difahami melalui pancaindera mereka. Beliau menyarankan pembacaan Al-Quran harus diajar sebelum menghafalnya. Jadual pembelajaran harus disusun dengan baik supaya kanak-kanak dapat memahami apa yang disampaikan. Beliau juga berpendapat masa belajar jangan terlalu panjang kerana boleh menyebabkan lupa. Bagi Ibnu Khaldun juga, bahasa adalah asas kepada semua kanak-kanak semasa pembelajaran. 2.Apakah yang dimaksudkan dengan konsep “Taman Kanak-kanak” yang dinyatakan oleh Friedrich Froebel? Friedrich Froebel menyatakan konsep “Taman Kanak-kanak” perlulah dipenuhi dengan keindahan untuk menarik perhatian kanak-kanak. Sekurangkurangnya ia dicat dengan warna yang terang, mempunyai bilik yang senang dimasuki cahaya, dipenuhi dengan taman-taman, binatang dan gambar-gambar. Taman itu juga mestilah dilengkapi dengan kerusi meja yang sesuai untuk kanakkanak.. Keadaan bilik janganlahsempit kerana menyusahkan perjalanan aktiviti. Kelas-kelas prasekolahperlu dipenuhi dengan pemandangan, bunyi-bunyian dan objek-objek untuk kanak-kanak yang mempunyai bentuk yang mudah, saiz dan warna. Suasana di taman kanak-kanak hendaklah dapat mengawal kanak-kanak daripada pengaruh jahat yang terdapat dalam masyarakat dan bahaya alam semulajadi. Di taman kanak-kanak perlu dipupuk dengan perkembangan mental, fizikal dan social kanak-kanak. Taman kanak-kanak merupakan satu pendekatan terhadap latihan kanak-kanak.
5
3.Huraikan konsep asas dalam pembentukan kurikulum awal kanak-kanak oleh Maria Montessori. Maria Montessori adalah seorang tokoh pendidikan di Rome dan berpengalaman mendidik kanak-kanak yang terencat akal. Beliau menyokong pendapat Froebel yang membenarkan kanak-kanak belajar melalui bermain. Maria Montessori telah mengemukakan beberapa konsep dalam pembentukan kurikulum kanak-kanak iaitu:a. Minda yang mudah menyerap Menurut Montessori, minda kanak-kanak mudah menyerap sesuatu maklumat yang diterima melalui deria mereka, sebelum mereka bersedia untuk diajarkan konsep tersebut. Seorang kanak-kanak mula menyerap kejadian yang berlaku di sekelilingnya dan menyusun pengalaman ini daripada saat kelahiran lagi b. Persekitaran yang tersedia Persekitaranyang menggalakkan perkembangan kanak-kanak adalah persekitaran yang lengkap dengan pelbagaibahanyang akan menyokong pembentukan konsep dan pengetahuan kanak-kanak apabila kanak-kanak memerlukannya. Peranan guru adalah menunjuk ajar cara menggunakan bahan pembelajaran tersebut pada masa yang sesuai. c. Didikan diri Kanak-kanak mampu menjelaskan persepsi mereka dan menyusun pengalaman melalui aktiviti yang sesuai, apabila persekitaran mereka disusun secara lengkap dengan pelbagaibahan pembelajaran yang menarik. Kanak-kanak berkebolehan menyusun pengetahuan mereka apabila mereka terlibat dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Guru tidak perlu mengajar kanak-kanak secara formal. Guru hanya menunjuk ajar dan membimbing mereka dalam pemilihan bahan dan aktiviti.
6
d. Bahan pembelajaran Guru hanya mnunjuk ajar cara yang “betul” bagaimana menggunakan bahan tersebut selepas kanak-kanak memilih aktiviti pembelajarannya secara bebas dan sukarela. Mengikut Montessori, matlamat kurikulum pada peringkat awal adalah bagi memajukan diri kanak-kanak daripada segi; penumpuan perhatian; kemahiran memerhati dan meneliti; kesedaran berkenaan susunan dan peraturan; keseimbangan pergerakan; kesedaran persepsi dan kemahiran praktikal; konsep matematik; kemahiran bahasa; kemahiran menulis dan membaca; kebiasaan dengan seni kreatif; pemahaman berkenaan alam semulajadi; pengalaman dan pemahaman berkenaan sains sosial; pengalaman menggunakan kemahiran berfikir secara kritis melalui pengalaman menyelesaikan sesuatu masalah. e. Tempoh sensitif Tempoh sensitif adalah tempoh yang paling sesuai untuk kanak-kanak menguasai sesuatu kemahiran. Tempoh tersebut dapat dikesan apabila kanakkanak menunjukkan kesediaann dan minat bagi mempelajari sesuatu kemahiran dengan sentiasa menanya soalan dan sentiasa tertarik bagi memerhati dan menyentuh sesuatu bahan pembelajaran. 4. Bincangkan tentang sejarah dan perkembangan pendidikan awal kanak-kanak, pengaruh dan tokoh awal pada masa dahulu mempunyai implikasi kepada pendidik masa kini dalam memilih kurikulum dan strategi pengajaran. Sejarah dan perkembangan pendidikan awal kanak-kanak,adalah satu program pendidikan yang memberi layanan,asuhan, dan bimbingan kepada kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun.Mengikut The National Associantion for the Education of young children (NAEYC) atau Pertubuhan Kebangsaan bagi Pendidikan Kanakkanak Muda,pendidikan awal kanak-kanak merupakan satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke tahun satu di sekolah formal.Pendidikan prasekolah mula berkembang di Eropah pada abad ke -19 dan Amerika pada abad ke-20.Ahli falsafah yang terkenal adalah seperti Johann Heinrich Pestalozzi,Friedrich Froebel,Maria Montessori.Friedrich Froebel adalah orang 7
pertama yang mendirikan tadika di dunia iaitu di Negeri Jerman pada tahun 1837 dan menamakan tadika itu Kindergarden yang bermaksud “Garden of Children”.Prasekolah pertama di dirikan di United Kingdom di tubuhkan oleh Robert Owen pada 1816 di Daerah Scotland dan di beri nama ‘The Infant School”.Di Amerika Syarikat Prasekolah pertama di dirikan pada tahun 1850 oleh Carl Schuz dan seterusnya pada tahun 1860,Elizebert Peabody membuka tadika di Boston.Penubuhan prasekolah di Eropah dan Amerika Syarikat tertumpu kepada kanak-kanak dari golongan yang berada sahaja.Manakala kanak-kanak yang miskin terbiar dan tidak mendapat pendidikan awal.Di Asean,pendidikan prasekolah bermula selepas peperngan Dunia kedua.Pada tahun 1900an prasekolah mula di tubuhkan di Filipina,Singapura dan Thailand.Manakala di Malaysia perkembangan pendidikan prasekolah bermula pada tahun 1940 an. Soalan Aktiviti 1.Apakah status pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Ibunda (Mandarin dan Bahasa Tamil) untuk kelas-kelas prasekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan (aliran Cina dan Tamil)? Status pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris dan Bahasa Ibunda(Mandarin dan Tamil)untuk kelas prasekolah di Sekolah Kebangsaan(aliran Cina dan Tamil) adalah dokumen rasmi yang mengandungi peruntukkan yang berkaitan dengan sistem pendidikan prasekolah yang harus dipatuhi oleh semua prasekolah.Ianya bertujuan untuk melindungi hak murid,penjaga,pengusaha dan menjamin kualiti perkhidmatan.Walau apa-apa pun bahasa lain selain daripada bahasa kebangsaan,boleh di gunakan sebagai bahasa pengantar di tadika,tetapi jika sesuatu tadika menggunakan bahasa selain daripada bahasa kebangsaan,bahasa kebangsaan hendaklah di ajar sebagai mata pelajaran wajib. 2.Bincangkan implikasi-implikasi terhadap prasekolah agensi kerajaan di sekolah berbanding dengan prasekolah swasta. Implikasi terhadap prasekolah agensi kerajaan di sekolah berbanding dengan prasekolah swasta ialah prasekolah agensi kerajaan kebanyakan kemasukan ke kelas prasekolah adalah tidak terhad dan tiada bayaran berbanding prasekolah
8
swasta.Kanak-kanak mendapat perlindungan dan jika tidak mematuhi akta tersebut akan di dakwa. Pada pendapat anda adakah Hak asasi penting menyediakan pendidikan yang sesuai untuk kanak-kanak? Pada pendapat saya,hak asasi sememangnya penting dalam menyediakan pendidikan yang sesuai untuk kanak-kanak.Ini kerana dengan menitik beratkan hak asasi kanak-kanak seseorang guru tidak boleh melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang serta kanak-kanak juga perlu dihormati dan mempunyai hak untuk hidup,dan Negara mempunyai obligasi untuk memastikan kewujudan dan perkembangan kanak-kanak.Dengan wujudnya hak asasi ini,kanak-kanak akan mendapat perlindungan sewajarnya. Soalan Latihan 1.Apakah yang anda faham hak asasi ke atas kanak-kanak yang terkandung dalam perkara 18? Hak asasi kanak-kanak yang terkandung dalam perkara 18 adalah Negara pihak hendaklah menggunakan usaha terbaik untuk memastikan pengiktirafan prinsip bahawa kedua ibubapa mempunyai tanggungjawab bersama bagi didikan dan perkembangan kanak-kanak.Ibubapa atau mana-mana berkenaan penjaga di sisi undang-undang mempunyai tanggungjawab uama bagi didikan dan perkembangan kanak-kanak.Kepentingan yang terbaik kanak-kanak
akan menjadi
perhatian asas.Ibubapa mempunyai tanggungjawab utama untuk membesarkan kanak-kanak dan Negara hendaklah menyokong mereka dalam hal ini.Negara hendaklah memberikan bantuan yang sewajarnya kepada ibubapa dalam pembesaran anak. 2.Perkara 27 menitikberatkan perkembangan fizikal, mental, kerohanian, kemoralan dan social kanak-kanak, huraikan apa yang dimaksudkan? Perkara 27 menitikberatkan perkembangan fizikal,mental,kerohanian,kemoralan dan sosial kanak-kanak bermaksud tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak kepada taraf hidup yang mencukupi bagi perkembangan fizikal,mental,kerohanian,kemoralan dan pembangunan sosial.Ibubapa mempunyai tanggungjawab utama untuk memastikan 9
bahawa kanak-kanak mempunyai taraf hidup yang mencukupi.Kewajipan Negara ialah untuk memastikan bahawa tanggungjawab ini boleh di laksanakan dan boleh termasuk bantuan material kepada ibubapa dan anak-anak.Ibubapa atau orang lain,yang bertanggungjawab bagi kanak-kanak itu mempunyai tanggungjawab utama untuk menjamin,mengikut kebolehan dan keupayaan kewangan mereka,keadaan hidup yang perlu bagi perkembangan kanak-kanak.Negara pihak mengikut keadaan Negara dan mengikut kemampuan mereka, hendaklah mengambil segala langkah yang sewajarnya untuk membantu ibubapa dan orang lain yang bertanggungjawab bagi kanak-kanak itu untuk melaksanakan hak ini dan hendaklah jika diperlukan memperuntukkan bantuan material dan program sokongan terutamanya berhubungan dengan pemakanan,pakaian dan perumahan.Negara-negara pihak, mengambil segala langkah untuk menjamin supaya mendapat kembali nafkah untuk kanak-kanak daripada ibubapa yang mempunyai tanggungjawab kewangan. 3.Perkara 28 dan perkara 29 mempunyai persamaandari segi penekanan yang lebih pada hak-hak pendidikan, apakah perbezaan antara keduanya? Perkara 28 dan perkara 29 mempunyai persamaan dari segi penekanan yang lebih pada hak-hak pendidikan,tetapi ia mempunyai perbezaan.Perkara 28 menitik beratkan hak pendidikan untuk mencapai hak secara berperingkat dan atas dasar peluang yang sama mereka hendaklah menjadikan pendidikan rendah wajib dan diadakan secara percuma,menggalakkan perkembangan pendidikan menengah dalam berbagai bentuk termasuk pendidikan am dan vokasional,mengadakan pendidikan terbuka kepada kanak-kanak dan menawarkan bantuan kewangan jika di perlukan.Mengambil langkah untuk menggalakkan kehadiran secara tetap di sekolah dan megurangkan kadar keciciran.Pendidikan tinggi di adakan kepada semua atas dasar keupayaan.Disiplin sekolah hendaklah selaras dengan hak dan kemuliaan kanak-kanak. Perkara 29 pula pendidikan, untuk mengembangkan personality,bakat dan kebolehan mental dan fizikal kanak-kanak pada tahap potensi yang paling tinggi.Pendidikan hendaklah menyediakan kanak-kanak untuk kehidupan dewasa yang aktif dalam masyarakat yang bebas dan memupuk rasa hormat bagi ibubapa kanak-kanak,identity kebudayaan,bahsa dan nilainya sendiri,dan bagi latar belakang kebudayaan dan nilai orang lain. 10
4.Jelaskan perkara-perkara yang terkandung dalam Akta 308? Perkara yang terkandung dalam akta 308,Suatu Akta untuk menyatukan dan meminda undang-undang yang berhubungan dengan pemeliharaan, pelindungan dan pemulihan kanak-kanak dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkaraperkara yang berkaitan dan bersampingan dengannya.Mengiktirafkan bahawa wawasan negara sebagai negara maju sepenuhnya ialah suatu negara di mana keadilan sosial dan pembangunan moral, etika dan rohani sama pentingnya dengan kemajuan ekonomi dalam mewujudkan suatu masyarakat Malaysia madani yang bersatu padu, progresif, damai, penyayang, adil dan berperikemanusiaan: Mengiktirafkan bahawa seseorang kanak-kanak bukan sahaja merupakan suatu bahagian penting masyarakat sedemikian tetapi juga merupakan kunci kehidupan, pembangunan dan kemakmuran masyarakat itu: Mengakui bahawa seseorang kanak-kanak, oleh sebab ketidakmatangannya dari segi fizikal, mental dan emosinya, memerlukan pelindungan, pemeliharaan dan bantuan khas, selepas kelahiran, untuk membolehkannya turut serta dalam dan menyumbang secara positif ke arah membentuk suatu masyarakat Malaysia madani yang unggul: Mengiktirafkan bahawa tiap-tiap kanak-kanak berhak untuk mendapatkan pelindungan dan bantuan dalam segala hal keadaan tanpa mengira apa-apa jenis perbezaan, seperti ras, warna kulit, jantina, bahasa, agama, asal usul atau kecacatan fizikal, mental atau emosi atau apa-apa status lain: 5.Huraikan hak asasi kanak-kanak mengikut pandangan Islam? Hak asasi kanak-kanak mengikut pandangan islam ialah kanak-kanak ibarat kain yang putih bersih dan terpulang kepada ibubapa/guru untuk mencorakkannya.Kanak-kanak mempunyai hak untuk di sayangi dan di kasihi.Kanak-kanak mudah di pengaruhi,memerlukan jagaan dan perlindungan khas.Ia juga meletakkan penekanan khas ke atas penjagaan utama dan tanggungjawab perlindungan oleh keluarga.Ia juga sekali mengesahkan kmeperluan bagi perlindungan undang-undang dan perlindungan yang lain kepada kanakkanak.Ia meliputi nhak sebelum dan selepas lahir,kepentingan hormat kepada nilainilai kebudayaan komuniti kanak-kanak.
11
Soalan Latihan Pada pendapat anda, mengapakah program transisi perlu. Pada pendapat saya program transisi perlu kerana kanak-kanak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran,guru dan kawan baru serta pendekatan yang lebih formal di tahun satu.Guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif,emosi,kerohanian,jasmani, kanak-kanak secara menyeluruh sebelum memulakan proses pengajaran/pembelajaran secara formal di tahun satu.Ia juga dapat meningkatkan minat dan semangat kanak-kanak untuk datang ke prasekolah tanpa banyak masalah.Selain itu ia dapat membantu kanak-kanak menghadapi perubahan dari rumah dengan sistem pendidikan yang tidak formal dari keluarga tadika /prasekolah. Soalan Latihan 1.Jelaskan konsep transisi dari rumah ke sekolah. Konsep transisi dari rumah ke sekolah merupakan satu proses perubahan yang berlaku dari satu keadaan kepada satu keadaan yang lain.Ia bertujuan untuk membantu kanak-kanak menghadapi perubahan dari rumah dengan sistem pendidikan yang tidak formal dari keluaraga ke tadika/prasekolah. 2.Bincangkan peranan guru dan pembantu prasekolah bagi menjayakan program transisi dari rumah ke prasekolah. Peranan guru dan pembantu prasekolah bagi menjayakan program transisi dari rumah ke prasekolah ialah guru mewujudkan hubungan yang baik dengan ibubapa dan kanak-kanak.Ibubapa akan merasa yakin untuk meninggalkan anak-anak mereka di prasekolah.Guru juga sebagai pendidik,pembimbing, dan pengasuh kanak-kanak.Guru memainkan peranan pengganti ibubapa dan sebagai model yang baik kepada kanak-kanak,dengan ini kanak-kanak merasa suasana prasekolah seperti ndi rumah.Guru juga membantu kanak-kanak menyesuaikan diri dengan rakan dan persekitaran yang baru di prasekolah.Selain itu guru berperanan menangani perbezaan murid yang datang dari latar belakang dan pengalaman yang berbeza dengan memberi layanan yang sesuai.Guru perlu memberitahu peraturan dan disiplin di prasekolah yang berbeza dengan amalan yang berlaku di rumah 12
mereka.Peranan pembantu prasekolah pula melayan kanak-kanak dengan mesra supaya kanak-kanak merasa mereka tidak berada di tempat asing contohnya membawa pergi ke tandas.Membantu kanak-kanak menguruskan diri di prasekolah seperti sewaktu makan,rehat dan bermain.Mengawasi keselamatan kanak-kanak semasa mereka berada di prasekolah dan membantu guru dalam pengurusan kanak-kanak. Soalan latihan 1.Apakah yang terkandung dalam fasa 20, iaitu larangan terhadap penubuhan, pengendalian atau pengurusan tadika? Dalam fasa 20,iaitu larangan terhadap penubuhan,pengendalian/pengurusan tadika ,tiada tadika boleh ditubuhkan, dikendalikan,atau di uruskan melainkan jika tadika itu didaftarkan di bawah akti ini.Seseorang yang melanggar subsekyen(1) adalah melakukan suatu kesalahan. 2.Siapakah yang berhak menetapkan suatu kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum Prasekolah Kebangsaan? Apakah denda yang patut dikenakan apabila melanggar kurikulum yang ditetapkan? Menteri yang berhak menetapkan suatu kurikulum yang di kenali sebagai Kurikulum Prsasekolah Kebangsaan dan hendaklah di patuhi/digunakan oleh semua tadika dalam sistem pendidikan kebangsaan.Kurikulum prasekolah yang ditetapkan di bawah sebsekyen (1) hendaklah menyatakan pengetahuan kemahiran dan nilai yang di jangka akan di perolehi oleh murid-murid pada akhir tempoh pendidikan prasekolah masing-masing.Mana-mana tadika yang bermaksud untuk melaksanakan apa-apa kurikulum sebagai tambahan kepada kurikulum prasekolah kebangsaan hendaklah,sebelum melaksanakan kurikulum tambahan sedemikian memaklumkan ketua Pendaftar tentang maksud itu mengikut cara yang di tetapkan.Seseorang yang melanggarkan subsekyen (1) atau (3) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh di sabitkan ,didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
13
Ujian Post 1.Apakah yang anda faham dengan istilah pendidikan awal kanak-kanak? Istilah pendidikan prasekolah Malaysia ialah Pendidikan awal kanak-kanak adalah pendidikan Prasekolah di Negara kita Malaysia yang merupakan program yang memberi layanan,asuhan dan bimbingan kepada kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun. 2.Nyatakan dengan ringkas mengenai istilah pendidikan prasekolah Malaysia? Pendidikan Prasekolah di Malaysia adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum memasuki tahun satu di sekolah rendah/formal. 3.Senaraikan tiga tokoh pendidikanawal kanak-kanak dan nyatakan secara ringkas pandangan mereka. Tiga tokoh pendidikan awal kanak-kanak adalah seperti berikut: JOHANN HEINRICH PESTALOZZI 1746-1827 Idea beliau,anak-anak perlu di bombing secara perlahan-lahan berdasarkan potensi yang ada padanya.Bimbingan itu perlu bermula daripada pengalaman deria kepada yang abstrak.Percaya bahawa pendidikan diasaskan pengalaman deria.Melalui pengalaman itu kanak-kanak boleh mencapai potensi mereka secara semulajadi.Percaya pengajaran boleh di bentuk berdasarkan objek.Oleh itu pembelajaran konsep hendaklah dengan melalui manipulative seperti membilang,mengukur, merasa dan menyentuh. MARIA MONTESSORI 1870-1952 Berpengalaman mendidik kanak-kanak terencat akal.Kanak-kanak belajar melalui bermain.Mengutamakan latihan daya penglihatan,pendengaran dan sentuhan yang bertujuan bagi membolehkan kanak-kanak mendapat pengalaman dan latihan menggunakan deria dengan cekap.Beliau berpendapat mesti menghormati kanakkanak dan haknya.Persekitaran yang terancang,kemahiran hidup,disiplin diri dan arahan adalah prinsip penting dalam mendidik kanak-kanak.Pendidikan adalah
14
untuk menolong kanak-kanak membentuk serta membantu perkembangan intelek,fizikal,social,emosi, dan rohani kanak-kanak. JOHN DEWEY Berpendapat pendidikan adalah penghidupan tidak semata-mata persediaan untuk hidup tetapi pendidikan satu proses sisoal yang mempunyai segala ilmu,pengalaman,teori,pemikiran dan kenyataan kepada kanakkanak.Memperkenalkan kaedah projek kepada kanak-kanak kerana kaedah ini berkait rapat dengan aktiviti dan gerak kerja kanak-kanak.Pada pandangan beliau dalam menyampaikan pelajaran guru perlu memulakan kumpulan kecil kemudian seorang demi seorang.Pendidikan di sepadukan dengan kehidupan kanakkanak,dan kanak-kanak perlu di hormati. 4.Jelaskan secara ringkas perkembangan pendidikan prasekolah di zaman sebelum merdeka dan selepas merdeka. Perkembangan Pendidikan Prasekolah di zaman sebelum merdeka,pada tahun 1940 Prasekolah mula di buka oleh Missionari Kristian dengan pendidikan berpengaruhkan British dengan mengenakan yuran yang sangat mahal dan anakanak orang berada sahaja belajar di Prasekolah.Guru Prasekolah juga terdiri dari guru bekas sekolah rendah yang tidak ada latihan dan pengalaman mengajar Prasekolah.Manakala zaman selepas merdeka pula,tahun 1969 Yayasan Asia telah menyumbangkan wang kepada pertubuhan pekerja-pekerja Malaysia bagi mendirikan Prasekolah yang mirip kepada projek(Head Start”di Amerika Syarikat.Tadika ini telah di tubuhkan di negeri Selangor iaitu di Kampung Muniady,Kg.Manggis dan Kg.Sentosa.Kumpulan sasaran terdiri daripada kanakkanak yang kurang beruntung dari keturunan melayu,Cina dan India. 5.Terangkan secara ringkas mengenai pendidikan prasekolah yang terkandung dalam Akta Pendidikan 1996. Pendidikan Prasekolah yang terkandung dalam Akta Pendidikan 1996.Dalam akta Pendidikan 1996/akta 550 konsep sistem pendidikan kebangsaan di mantapkan dengan meliputi semua peringkat persekolahan dari peringkat prasekolah hingga peringkat pendidikan tinggi.Akta 1996/akta 550 adalah dokumen rasmi yang mengandungi peruntukkan yang berkait dengan sistem Pendidikan kebangsaan 15
yang merangkumi pendidikan prasekolah sehinggi pendidikan tinggi.Akta ini mengariskan beberapa peruntukan khas untuk pendidikan prasekolah yang harus di patuhi oleh semua prasekolah.Ianya bertujuan untuk melindungi hak murid,penjaga,pengusaha dan menjamin kualiti perkhidmatan.Sekiranya melanggar akta dan peraturan yang di tetapkan tidak di patuhi,pengusaha boleh di dakwa di mahkamah.
16
Pengajian Prasekolah Modul 2 Soalan Pra ujian 1.Berikan deskripsi bentuk fizikal bayi yang baru lahir Deskripsi bentuk fizikal bayi yang baru lahir adalah lebih cenderung untuk mendengar suara wanita semasa lahir.Bayi lebih suka mendengar dan tenang apabila mendengar suara ibunya.Bayi mempunyai keupayaan jarak penglihatan yang terhad kerana deria penglihatan masih lagi dalam proses membuat perhubungan antara mata,saraf dan otak.Sewaktu berumur 1 hari daya penglihatan bayi adalah 1/10 inci,2 bulan jarak penglihatan bayi adalah 1/20 inci,8 bulan 1/80 inci dan 6 tahun 1/300.Fizikal bayi yang baru lahir berbeza dari bayi yang lebih tua.Bayi akan kelihatan agak ganjil dari segi bentuk muka,bentuk kepala,warna kulit dan pembesaran alat kelamin. Bayi mempunyai kepala bersaiz 1/3 dari saiz badan mereka.Bayi mempunyai dahi yang lebar,hidung yang pesek dan kecil dan mata yang besar.Bayi yang baru lahir juga akan menghadapi empat cabaran utama selepas di lahirkan iaitu bernafas dengan sendiri,menukar sistem peredaran darah,mengawal suhu badan dan mencerna makanan.Bayi mudah terperanjat,dan sedar akan keadaan sekelilingnya. 2.Apakah factor-faktor yang mempengaruhi perkembangan fizikal kank-kanak? Faktor yang mempengaruhi perkembangan fizikal kanak-kanak ialah faktor budaya,biologi,social dan faktor genetik, iaitu penting dalam menentukan kadar perkembangan fizikal kanak-kanak terutamanya ketinggian dan bentuk tubuh badan,Secara amnya kanak-kanak mempunyai ibubapa yang tinggi juga akan menjadi kanak-kanak yang lebih tinggi jika di bandingkan dengan kanak-kanak lain. 3.Sejauh manakah factor genetic mempengaruhi tumbesaran fizikal kanak-kanak? Faktor genetik mempengaruhi tumbesaran fizikal kanak-kanak terutamanya bagi ketinggian dan bentuk tubuh badan.Secara amnya kanak-kanak yang mempunyai ibubapa yang tinggi juga akan menjadi kanak-kanak lebih tinggi jika di bandingkan dengan kanak-kanak yang lain.Keadaan kanak-kanak itu di besarkan juga mempengaruhi kadar pertumbuhan fizikal kanak-kanak.Kanak-kanak yang mendapat khasiat pemakanan yang cukup dan lengkap akan mengalami 17
pertumbuhan fizikal yang lebih baik berbanding dengan kanak-kanak yang menghadapi masalah kekurangan zat makanan. Soalan Pasca-ujian 1.Terangkan pendapat Gesell dan Havinghurst mengenai perkembangan kanakkanak. Pendapat Arnold Gesell mengenai perkembangan kanak-kanak adalah mengfikut pola-pola tertentu.Perkembangan juga berbeza antara seseorang individu dengan individu lain.Perkembangan individu adalah unik,ianya juga perlu di hormati dan tiada paksaan dalam sesuatu perkembangan itu baik dari segi perkembangan fizikal,perkembangan emosi atau perkembangan kognitif.Lima peringkat perkembangan Arnold Gesell: i.Peringkat 1 dari 0-1 tahun > pada usia 1 bulan bayi boleh menangis untuk meminta sesuatu daripada orang dewasa yang menjaganya,samaada meminta perhatian belaian atau makanan. > Pada usia 4 bulan bayi akan berupaya untuk menggunakan mata untuk mengikut objek yang bergerak di hadapannya. > Di usia 7 bulan bayi akan berupaya menggenggam,merangkak,duduk. > Pada usia 12 bulan kanak-kanak sudah berupaya berlari. ii. Peringkat 2 dari 1 tahun-2 tahun >kanak-kanak mula berlatih ,memperkukuhkan otot kaki untuk berjalan dengan lebih stabil dan mula boleh berlari. > Kanak-kanak juga tahun perkataan” jangan” dan memahami makna perkataan itu di mana kanak-kanak berhenti dari melakukan sesuatu perbuatan yang mereka lakukan apabila mendengar “jangan”. > Kanak-kanak menguasai bahasa namun percakapan adalah pelat.
iii.Peringkat 3 dari 2 tahun-3 tahun 18
>kanak-kanak boleh berjalan sendiri dengan pengawasan ibubapa. >Kanak-kanak sudah mampu menggunakan ayat mudah iv.Peringkat 4 dari umur 3 tahun-4 tahun. >kanak-kanak mampu menunggang basikal roda 3. >kanak-kanak sudah boleh mendengar arahan dan mematuhi arahan ibu bapa. v. Peringkat 5 dari usia 4 tahun ke atas >kanak-kanak mula bersosialisasi dan berkawan. > mereka juga suka bertanya tentang perkara –perkara atau benda yang mereka tempuhi atau lihat disekeliling mereka. >Pada peringkat ini kanak-kanak sudah bersedia di hantar ke prasekolah. Pendapat Robert Havinghurst menyatakan bahawa perkembangan kanak-kanak di pengaruhi oleh faktor budaya,biologi,dan sosial.Ketiga-tiga faktor ini membentuk perkambangan kanak-kanak.Tahap perkembangan kanak-kanak 0-6 tahun,kanakkanak mengalami perkembangan yang pesat dan mereka mula bercakap dan berinteraksi dengan orang dewasa sekeliling mereka.Pada umur 6 tahun,kanakkanak boleh bertolak ansur,bertimbang rasa dan mendengar pendapat orang lain.Mereka juga dapat membezakan antara salah dan betul namun pertimbangan mereka adalah kurang matang. 2.Pada pendapat anda bilakah guru memainkan peranannya dalam membantu perkembangan fizikal kanak-kanak? Pada pendapat saya,guru memainkan peranannya dalam membantu perkembangan fizikal kanak-kanak adalah semasa melakukan aktiviti fizikal di kelas/semasa melakukan permainan luar mahupun permainan dalam kelas.Perkembangan fizikal biasanya merujuk kepada perkembangan motor kasar kepada aktiviti penggunaan kaki seperti berlari,melompat,menendang bola.Penggunaan motor kasar bagi tangan pula,membaling,memukul malah mengangkat objek berat.Selain itu guru juga boleh meminta kanak-kanak menyusun kasut/selipar semasa datang ke sekolah,merangkak/menjulur setiap pagi. 19
3.Nyatakan perkembangan fizikal kanak-kanak pada usia 5 tahun. Perkembangan fizikal kanak-kanak pada usia 5 tahun adalah aktif,lincah,pintar,dan mempunyai pendirian kendiri.Pada masa ini mereka mula mengalami perubahan pada rupa bentuk badan dan tidak lagi mempunyai saiz kepala yang besar,kaki yang pendek,bentuk badan yang bulat.Sekarang kaki mereka mula memanjang dan mereka akan merasakan ketinggian mereka mula berubah.Wajah mereka akan menyerupai ciri-ciri muka anggota keluarga mereka dan akan kehilangan rupa bentuk kanak-kanak kecil.Aktiviti yang di minati melompat,berlari,membuat aksi akrobatik secara berkumpulan bersama rakan sebaya.Mereka juga mahu menonjolkan diri mereka kepada orang dewasa ataupun kanak-kanak lain dengan aksi mereka.Kanak-kanak mula bersosialisasi dan berkawan,suka bertanya tentang perkara/benda yang mereka tempuhi/lihat di sekeliling mereka.Kanak-kanak mengalami perkembangan yang pesat dan mereka mula bercakap dan berinteraksi dengan orang dewasa sekeliling mereka. Soalan Pra ujian 1.Apakah kepentingan pergerakan kepada kanak-kanak? Kepentingan pergerakan kepada kanak-kanak adalah untuk membina kekuatan otot,keseimbangan dan sokongan tubuh badan kanak-kanak.Aktiviti/pergerakan ini juga akan merangsang keyakinan diri kanak-kanak.Pada peringkat awal ini aktiviti lantai amat sesuai bagi kanak-kanak ialah berbaring,meniarap,berguling,merangkak,menjulur baik untuk perkembangan motor kasar kanak-kanak(Doherty & Brennan 2008)Selain itu ia juga untuk meningkatkan koordinasi pergerakan fizikal kanak-kanak. 2.Bagaimanakah guru boleh membantu kanak-kanak mencapai perkembangan fizikal yang optimum? Guru boleh membantu kanak-kanak mencapai perkembangan fizikal yang optimum dengan cara memberi kanak-kanak pemakanan yang berkhasiat yang cukup dan lengkap akan mengalami pertumbuhan fizikal yang baik berbanding dengan kanakkanak yang menghadapi masalah kekurangan zat makanan.Selain itu guru perlu merancang dan menjalankan/melakukan aktiviti fizikal yang sesuai dengan kanakkanak mengikut kemampuan masing-masing. 20
3.Apakah aktivitti-aktiviti motor kasar yang bersesuaian dengan kanak-kanak prasekolah? Aktiviti motor kasar yang sesuai dengan kanak-kanak prasekolah: i.berjalan-boleh dilakukan dengan berbagai cara yang lebih kreatif seperti berjalan kehadapan,ke belakang,dalam bulatan,ketepi,berjalan dengan laju/perlahan,berjalan secara sendirian/berkumpulan. ii.berlari-harus dilakukan di tempat luas dan lapang,berlari dengan perlahan,lari berganti-ganti,berlari sambil membawa bola,berlari berhenti dll. iii.skipping-menggunakan tali secara sendirian/melompat tali secara kumpulan. iv.galloping-berlari seperti kuda v.membaling/menyambut bola-menggolek bola,menahan bola yang bergolek,membaling/menyambut bola secara individu/kumpulan,permainan bola dan monyet. vi.mengimbang badan-berjalan meniti sekeping papan yang diletakkan di atas tanah,meniti seutas tali di letakkan di atas tanah,membawa bola di dalam sudu,menjunjung pundi kacang hijau di atas kepala. vii.berkawad seperti askar viii.meniru pergerakan haiwan. 4.Senaraikan perkembangan motor kasar kanak-kanak dari usia 2 hingga 6 tahun. Perkembangan motor kasar kanak-kanak dari usia 2 hingga 6 tahun. Pada usia ini kanak-kanak sudah mampu berlari dengan selamat,daya keseimbangan mereka lebih baik,sudah mampu menaiki/menurun tangga tanpa bantuan,kanak-kanak dengan sempurnanya menunggang/mengayuh basikal roda tiga.Selain itu kanak-kanak boleh berdiri di hujung jari kaki,boleh melompat,meloncat-loncat,melontar/menyepak bola,kanak-kanak menggerakan badan apabila mendengar irama yang digemari,mampu memanjat dengan baik,daya imbangan badan yang tinggi,koordinasi mata/tangan membolehkan mereka memukul bola dengan menggunakan pemukul. 21
Soalan Pra ujian 1.Apakah masalah yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak yang agak terkemudian dalam perkembangan motor halusnya? Masalah yang mungkin di hadapi oleh kanak-kanak yang agak terkemudian dalam perkembangan motor halusnya ialah kanak-kanak tersebut akan lambat menguasai pembelajaran,tidak dapat melakukan aktiviti yang sama seperti kanak-kanak lain,kanak-kanak takut/malu untuk melakukan aktiviti,susah untuk melakukan pergerakkan dan akan menangis apabila tidak dapat melakukan sesuatu yang di minta guru.Selain itu kanak-kanak tersebut akan lambat menguasai perkembangannya dalam aspek menyeluruh sekiranya tanpa dibimbing@didorong oleh guru mahupun ibubapa. Refleksi 1.Nyatakan empat tahap perkembangan kognitif menurut pandangan Piaget. Empat tahap perkembangan kognitif menurut pandangan Piaget: i.motor deria ( 0- 2 tahun) ii.praoperasi ( 2- 7 tahun) iii.operasi konkrit (7 -12 tahun) iv.operasi formal ( 12 tahun ke atas) 2.Pada pandangan anda bagaimanakah kanak-kanak berfikir dan menyelesaikan masalah? Pada pandangan saya kanak-kanak berfikir dan menyelesaikan masalah melalui: Pada peringkat praoperasi perkembangan kognitif kanak-kanak berfikir menggunakan symbol,ia meningkatkan kebolehan mengambil kira yang lepas dan akan datang,meramal tindakan serta berfikir lebih fleksibel.Fikiran praopersi mudah dijelaskan melalui tugasan keabadian.Daripada tugasan ini kanak-kanak seolah-olah merasa tertipu dengan apa yang mereka lihat.Mereka belum dapat menyedari bahawa tranformasi mungkin tidak dapat mengubah identity objek tersebut.Kanakkanak prasekolah berfikir secara egosentik dan mengandaikan orang lain 22
mempunyai perspektif sama dengannya.Selain itu kanak-kanak berfikir dengan banyak bertanya serta belajar dari pengalaman yang sedia ada. 3.Terangkan ciri-ciri perkembangan kognitif kanak-kanak? Ciri-ciri perkembangan kognitif kanak-kanak: *mengumpul/menyusun objek mengikut siri/kumpulan * lebih berhati-hati semasa membuat keputusan * dapat membezakan antara khayalan/kenyataan *penggunaan bahasa dengan lebih pesat *semakin berminat dengan perkataan dan nombor * mengetahui warna * boleh mengikut tiga arahan yang tidak berkaitan * sesetengah kanak-kanak mengalami konsep pengekalan,nombor,ukuran 4.Pembelajaran di prasekolah dapat membantu meningkatkan kemahiran kognitif kanak-kanak. Berikan contoh-contoh kemahiran kognitif tersebut. Kemahiran kognitif kanak-kanak prasekolah: i.membina sikap positif terhadap persekitaran (boleh merekacipta,membina,meneroka,berjaya mengikut pelbagai aktiviti) ii.memperolehi konsep dan maklumat yang menjurus kepada pengekalan kemahiran yang di perlukan untuk berdikari(belajar mengenalpasti alat dan kegunaan,celik IT ) iii. membina kemahiran pemikiran lojik (menyelesaikan masalah,menyusun,mengelas objek) iv.memupuk minat untuk terus belajar (membantu merancang tema kelas,menambah aktiviti permaianan,merancang kerja yang akan datang) v.membina kefahaman konsep tertentu berdasarkan pengalaman lepas@untuk mendapatkan kefahaman baru(mengingat kembali pengalaman yang baru di lalui)
23
vi.membina kemahiran/kebolehan mendengar untuk memahami maksud dan tujuan orang lain (boleh mengikuti arahan mudah,menunjukan minat mendengar pelbagai bahan) 5.Apakah pandangan Teori Bruner tentang perkembangan kognitif kanak-kanak? Pandangan Teori Bruner tentang perkembangan kognitif kanak-kanak adalah Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak ini membolehkan seseorang menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak. Individu yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menyelesaikan masalah kompleks yang berkaitan dengan matematik dengan mudah serta boleh membuat perkaitan,menyoal,menganalisis,mensintesis,mengira
dan
menggunakan
komputerdengancekap.Dari segi perkembangan kognitif kanak-kanak pula, ia menyatakan bahawa bermain memberi kesan ke atas perkembangan kognitif kanakkanak. Ia terbukti mempunyai perkaitan dengan proses pembinaan pengetahuan melalui interaksi dan persekitarannya. Kegunaan permainan ini dari segi perkembangan kognitif kanak-kanak adalah; (a) Membantu kanak-kanak dalam perkembangan intelek. Secara tidak langsung permainan ini membantu kanak-kanak dalam perkembangan inteleknya seperti memahami konsep awal matematik dan belajar memerhati situasi yang berlaku di sekelilingnya. Konsep awal matematik yang digunakan dalam permainan ini adalah seperti konsep seriasi, konsep nombor, operasi nombor, konsep wang dan penyelesaian masalah. 6.Terangkan konsep Zone of Proximal (ZPD) yang dikemukakan oleh Vygotsky. Konsep Zone of Proximal(ZPD) yang di kemukakan oleh Vygotsky ialah konsep pembelajaran membina (konstruktivisme) berasaskan bantuan.Beliau mengaitkan pembelajaran konstruktivisme dalam perkembangan minda kanak-kanak.Ia juga mengamalkan konsep perkembangan terdekat,konsep tahap jurang@jarak yang di kenalpasti antara tahap perkembangan sebenar individu dalam menyelesaikan masalah tanpa di bantu dengan tahap maksimum potensi perkembangan individu yang dibantu/dibimbing oleh orang dewasa/dibimbing secara kolaborasi daripada rakan sebaya yang lebih pandai/berpengalaman. 24
1.Apakah yang anda faham tentang skema? Skema adalah struktur kognitif /mental yang membolehkan individu mengurus menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran.Ia juga proses mencipta,memperhalus,membuat perubahan,menyusun dan mengurus skema.Pendek katanya skema ialah pengetahuan sedia ada/kemahiran,perkembangan yang berbeza mengikut peringkat umur. 2.Bagaimana skema berfungsi memperkaya dan memantapkan pemahaman kita. Skema berfungsi memperkaya dan memantapkan pemahaman kita dengan cara kebolehan memahami melalui deria,tahap memahami konsep asas cthnya konsep asas nombor/membilang secara hafalan,memahami sesuati apabila di sertai dengan bukti konkrit cthnya memahami konsep nombor dan mengaitkan dengan objek.Ringkasnya penyerapan/asimilasi merupakan proses kognitif di mana seseorang menyatukan maklumat baru/pengalaman baru kedalam skema yang sedia ada,iaitu penyerapan maklumat baru ke dalam struktuk sedia ada.Asimilasi berlaku sepanjang masa kerana manusia sentiasa melalui pelbagai maklumat/pengalaman. 1.Apakah kemahiran-kemahiran kognitif yang boleh dipertingkatkan melalui pembelajaran diprasekolah? Kemahiran kognitif yang boleh dipertingkatkan melalui pembelajaran di prasekolah adalah: i.membina sikap positif terhadap persekitaran (boleh merekacipta,membina,meneroka,berjaya mengikut pelbagai aktiviti) ii.memperolehi konsep dan maklumat yang menjurus kepada pengekalan kemahiran yang di perlukan untuk berdikari(belajar mengenalpasti alat dan kegunaan,celik IT ) iii. membina kemahiran pemikiran lojik (menyelesaikan masalah,menyusun,mengelas objek) iv.memupuk minat untuk terus belajar (membantu merancang tema kelas,menambah aktiviti permaianan,merancang kerja yang akan datang)
25
v.membina kefahaman konsep tertentu berdasarkan pengalaman lepas@untuk mendapatkan kefahaman baru(mengingat kembali pengalaman yang baru di lalui) vi.membina kemahiran/kebolehan mendengar untuk memahami maksud dan tujuan orang lain (boleh mengikuti arahan mudah,menunjukan minat mendengar pelbagai bahan) 1.Bincangkan aktiviti-aktiviti pembelajaran di prasekolah yang boleh meningkatkan perkembangan ko0gnitif kanak-kanak dengan menggunakan pendekatan projek? Aktiviti pembelajaran di prasekolah yang boleh meningkatkan perkembangan kognitif kanak-kanak dengan menggunakan pendekatan projek,kemahiran kognitif peringkat prasekolah terdiri daripada pengelasan,konsep ruang,konsep nombor,proses sains dan penyelesaian masalah.Kemahiran ini mudah di dikuasai oleh kanak-kanak dengan menggunakan bahan manipulatif yang memberi peluang kepada mereka belajar melalui pengalaman membuat,membina dan meneroka.Selain itu terdapat juga aktiviti yang menggunakan projek untuk meningkatkan perkembangan kognitif kanak-kanak,antaranya ialah menanam pokok sayuran/buahan/bunga dalam pasu untuk di jalankan di kelas prasekolah.Aktiviti projek memasak makanan yang ringkas oleh kanak-kanak,cthnya membuat donat,sandwish,rojak serta jus buahbuahan.Kesemua aktiviti projek ini merangkumi kemahiran/perkembangan kanakkanak. Latihan m/s 43 Contoh aktiviti untuk meningkatkan kemahiran proses sains kanak-kanak prasekolah: 1
Kemahiran mengelas
Mengelas daun mengikut tekstur,mengelas haiwan mengikut
2
Kemahiran meramal
habitat,mengelas haiwan yang serupa, Meramal apabila batu di baling dalam air,membuat aktiviti campuran pelbagai warna,meramal campuran bahan yang
3
Kemahiran membuat inferens
larut dalam air(gula,minyak,garam) Membuat kitaran hidup haiwan,mengenal
4
Kemahiran menyelesaikan
anggota badan, Menyejukkan air minuman 26
masalah
panas,menyusun puzzle haiwan,
1.Bincangkan contoh scaffolding yang boleh diberikan oleh guru atau ibu bapa untuk membolehkan kanak-kanak mengembangkan kemahiran baru. Contoh scaffolding yang boleh di berikan oleh guru atau ibubapa untuk membolehkan kanak-kanak mengembangkan kemahiran baru,ialah memberi bantuan mengikut tahap yang diperuntukan pada ZPD,Damping-layan iamemberi perhatian dan komunikasi.Galakan/saran memberi teguran secara positif supaya tidak membunuh minat kanak-kanak.Kongsi/bina bersama,memperkukuhkan idea murid,berkongsi selesaikan masalah,guru merancang idea,petunjuk,murid buat keputusan.Selain itu tunjuk cara untuk menunjukkan cara kepada kanakkanak.Penerangan guru/ibubapa menggunakan laras bahasa supaya kanak-kanak jelas.Maklum balas daripada kanak-kanak,mendengar dengan cara yang betul. Perbincangan m/s 47 1.Kebanyakan hasil penyelidikan bahasa mendapati bahawa jangka masa pemerolehan bahasa yang paling kriktikal di kalangan kanak-kanak ialah antara umur 1 tahun hingga 5 tahun,sekiranya jangka masa ini terlangkau,maka perkembangan bahasa akan terhalang.Mengikut teori perolehan bahasa Nativis dan Behavoris ia TPB Model Nativis LAD menekankan spekulasi rasionalis tentang proses mental yang dialami oleh seseorang individu sewaktu belajar bahasa. Individu tersebut sebagai manusia dipandang selalu aktif dan kreatif. Jiwa manusia selaku pelajar selalu aktif dan kreatif mengolah kemasukan bahasa yang diterimanya. Keaktifan dan kekreatifan ini tidak bergantung pada adanya stimulus atau peneguhan yang berasal dari faktor eksternal lingkungan terutama orang tua. Keaktifan dan kekreatifan terjadi kerana struktur kejiwaan memang bersubstansi demikian.Di dalam struktur kejiwaan manusia terdapat sebuah piranti yang mengurusi pemerolehan bahasa. Menurut TPB Model Nativis LAD, setiap manusia normal yang dilahirkan ke dunia sudah diperlengkapi dengan sebuah piranti pemerolehan bahasa. piranti itu lazim disebut LAD (Language Acquisition Device) atau LAS (Language Asquisition System) (Chomsky, 1965:55). Dalam bahasa Indonesia dapat disebut PPB (Piranti Pemerolehan Bahasa) atau SPB (System Pemerolehan Bahasa) . Jadi manusia lahir membawa LAD, bukan bahasa 27
tertentu,manusia lahir membawa kemampuan untuk melakukan pemerolehan bahasa, bukan kosong sama sekali (Baradja, 1986:7). Tanpa adanya LAD mustahil seseorang dapat menguasai bahasa pertama dalam waktu yang singkat dan menguasai sistem bahasa yang demikian rumit dan abstrak.Adanya LAD dalam struktur kejiwaan manusia sebagaimana diyakini oleh TPB Model Nativis LAD didukung oleh bukti-bukti neurobiologis atau kajian neurolinguistik yang dikerjakan oleh TPB Model Neurobiologis. Dalam struktur anatomis manusia ternyata juga terdapat bagian-bagian otak dan saraf-saraf tertentu yang mengurusi bahasa. Berdasarkan kajian neurobiologis ditemukan bahwa hemisfer serebral kiri otak manusia bertugas mengurus bahasa.Berkaitan dengan hipotesis tentang sistem bahasa yang dipelajari tersebut diatas perlu dikemukakan dua hal. Pertama, LAD tidak berisi bahasa tertentu sebab LAD tidak berhubungan secara langsung dengan bahasa tertentu. Oleh kerana itu, bahasa apakah yang di hipotesis oleh pelajar bergantung pada bahasa apakah yang menjadi masukannya, bahasa apakah yang menjadi data linguistiknya. Kedua, LAD pada dasarnya “mesin” pengelolahan bahasa yang terdapat pada struktur kejiwaan manusia sehingga selalu siap menerima data masukan linguistik apapun tanpa pemilihan tertentu. Bahasa apapun boleh diolahnya. Tidak ada bahasa tertentu yang diistimewakan oleh LAD untuk di hipotesiskan bahasa apapun yang menjadi masukannya pasti di hipotesiskan. (Crystal, 1979:36).Adanya dua hal tersebut diatas membuat pelajar bersikap bertindak lentur. pelajar dapat memperoleh belajar bahasa apapun dengan baik meskipun data linguistik yang masuk dalam data LAD berbeda-beda. Misalnya, anak-anak dapat memperoleh bahasa Inggris sebaik mereka memperoleh bahasa Cina kerana mesin pengolahnya sama, yaitu LAD. Demikian juga anak-anak yang memproleh bahasa Indonesia dapat dengan baik pula memperoleh bahasa Inggeris ( jika mengaktifkan pelajar dalam pemerolehan bahasa) sebab LAD tidak berisi bahasa tertentu (Baradja, 1986:7). 2.Kanak-kanak memperolehi bahasa berdasarkan sistem bahasa di atas melalui komunikasi di antara seorang individu dengan individu lain.Dan apabila peniruan merupakan prinsip yang menentukan perolehan bahasa anak, maka kita dapat berharap bahawa anak mampu menghasilkan pola-pola bahasa yang agak berbeza dari pola bahasa yang pada kenyataannya dia hasilkan. Apabila peniruan merupakan prinsip yang menentukan, maka kita dapat berharap bahawa anak akan 28
membuat kekeliruan dalam unsur gramatika, dan apabila percakapannya dibetulkan oleh orang yang mengasuhnya, maka segera saja dia memakai ucapannya sebagaimana yang diguna orang tuanya. Ilustrasi dari pernyataan ini dapat digambarkan sebagai berikut,seorang anak belum dapat menggunakan sebuah pola , meskipun dia diberitahu pola yang benar selama beberapa kali. Misalnya seorang anak mengatakan “ tidak duduk sini” untuk melarang orang duduk di suatu tempat.Ibunya membetulkan dengan mengatakan, “jangan duduk di sini”. Pada kenyataannya anak tersebut masih mangabaikan pembetulan ibunya. Meskipun sudah diingatkan berkali-kali dia tetap mengatakan “tidak duduk sini”. Kesimpulan yang dapat dilihat dari contoh ini adalah anak belum mencapai tahap penggunaan pola larangan sebagaimana yang diharapkan. Dengan kata lain, pemerolehan bahasa lebih merupakan pematangan gramatika batin anak dari pada peniruan.Prinsip yang menentukan pemerolehan bahasa anak, kita dapat berharap bahawa anak-anak tidak menghasilkan pola-pola yang pada kenyataannya mereka hasilkan. Apabila peniruan saja sudah cukup, tentunya kita tidak dapat menjelaskan sebagaian pola yang dipakai anak dalam percakapan mereka. Misalnya anak yang mengatakan menyapu dengan mesapu, bukan merupakan hasil tiruan dari orang dewasa di sekitarnya.Ini menunjukkan bahwa anak berperanan secara cerdik , cerdas dan kreatif dalam mengeluarkan bahasanya. Pemerolehan bahasa tidak sekadar hasil peniruan semata-mata, 3.Bincangkan aktivitti-aktiviti yang sesuai untuk membantukanak-kanak prasekolah menguasai bahasa. Aktiviti yang sesuai untuk membantu kanak-kanak prasekolah menguasi bahasa ialah menggalakkan kanak-kanak bercakap/berintraksi dengan guru/rakan di kelas,membuat aktiviti bacaan,untuk meningkatkan kemahiran membaca serta untuk membetulkandan meningkatkan sebutan/percakapan kanakkanak.Mengadakan pertandingan pidato,sajak,dan membaca.Dengan adanya aktiviti ini,kanak-kanak dapat menguasai bahasa dan tidak malu untuk berintraksi di khalayak ramai
Pengajian Prasekolah Modul 3
29
Ujian Pra 1.Apakah yang anda fahami tentang perkembangan emosi kanak-kanak? Perkembangan emosi kanak-kanak bermula dengan kebolehan murid memahami dan menguruskan emosi sendiri, diikuti dengan pencapaian emosi yang positif. Kebolehan menguruskan emosi membantu membina keyakinan diri, semangat berdikari dan sikap positif terhadap pembelajaran.Keupayaan mengurus emosi diri sendiri membolehkan murid memahami emosi, keperluan dan menghormati pandangan orang lain untuk membina kemahiran sosial dalam masyarakat berbilang kaum yang mesra dan harmoni.Apabila sosioemosi kanak-kanak berkembang secara sihat dan positif, mereka dapat belajar mengawal emosi, pemikiran dan tindakan supaya dapat menyesuaikan diri dalam kehidupan bermasyarakat.Apabila dikatakan kanak-kanak mempunyai tahap sosioemosi yang memberangsangkan, ini bermakna mereka mempunyai sesuatu perasaan sebagai reaksi bagi menyesuaikan diri dengan kehendak masyarakat dengan cemerlang. Walau bagaimanapun, sosioemosi yang ditunjukkan oleh kanak-kanak dalam bentuk yang keterlaluan tidak baik
dipandang
mempelajari
oleh
masyarakat.
bagaimana
Ini
menyesuaikan
bermakna, bentuk
kanak-kanak
sosioemosi
seharusnya
mereka
dalam
masyarakat. 2.apakah tahap-tahap perkembangan emosi kanak-kanak berdasarkan teori perkembangan sosial Erikson? Tahap-tahap perkembangan emosi kanak-kanak berdasarkan teori perkembangan social Erikson, Tahap 1 (Peringkat bayi hingga 2 tahun dan Peringkat 2 – 3 tahun) Peringkat awal pantulan ketawa/menangis, 3 bulan suka/duka, 6 bulan takut,jijik dan marah, 12 bulan gembira,kasih sayang, 18 bulan cemburu mulai timbul,
30
2 tahun keriangan terserlah, Emosi tidak tenteram,lebih banyak perasaan mahu di kasihi,mahu tumpuan lebih,takut kegelapan,mulai cemburu,mempunyai perasaan malu,tidak suka di arah.
Tahap 2 (peringkat 3-4 tahun,5-6 tahun) Perasaan ingin menjadi dewasa,kanak-kanak lelaki suka meniru pergerakkan bapa,kanak-kanak perempuan suka meniru pergerakkan ibu,perasaan romantic hadir,kanak-kanak tertarik kepada orang yang berlainan jantina,takut kegelapan,kebakaran,kematian,tahap cemburu amat tinggi,sering merasa di ketepikan,perasaan dan jiwa semakin stabil,pergantungkan kepada keluarga semakin berkurangan,lebih berdikari dan bersemangat melakukan yang disuruh,semangat untuk terus hidup semakin tinggi,belajar membezakan betul/salah. 3.Bagaimanakah anda menggalakkan perkembangan emosi positif kanak-kanak? Cara menggalakkan perkembangan emosi positif kanak-kanak ialah bekerjasama dalam kumpulan membuat tugasan/projek,tolong-menolong mengemas/membersih kawasan dalam/luar kelas,membuat rutin harian menyusun kasut/selipar di tempat khas apabila masuk kelas,sentiasa memberi galakan,dorongan serta pujian apabila kanak-kanak membuat sesuatu kerja/tugasan yang betul@sebaliknya. 4.Nyatakan kategori kecerdasan emosi menurut D.Goleman. Kategori kecergasan emosi menurut D.Goleman ialah: i.mengenal emosi dan kesannya -sedar emosi yang dirasai dan sebabnya,sedar akan kaitan antara perasaan dan pemikiran,perlakuan dan pertuturan,sedar bagaimana perasaan mempengaruhi prestasi. ii.pengurusan emosi sendiri -mengurus perasaan dan emosi dengan baik,tenang dan positif semasa tertekan/stress,berfikiran waras dan focus dalam tekanan,bertanggungjawab atas prestasi diri. 31
iii.memotivasi emosi negetif -berorientasikan hasil dengan motivasi tinggi untuk memenuhi objektif dan piawaian,memberi matlamat mencabar dan mengambil risiko yang munasabah, iv.mengndali perhubungan -peka kepada emosi orang lain,bersedia mendengar,bersedia memberi bantuan,menghormati dan bergaul dengan semua orang. 5.Bagaimanakah guru mengaplikasikan pengetahuan terhadap perkembangan emosi kanak-kanak dalam bilik darjah? Guru mengaplikasi pengetahuan terhadap perkembangan emosi kanak-kanak dalam bilik darjah dengan cara sentiasa memberi dorongan dan pujian apabila kanak-kanak melakukan tugasan samaada betul/salah,memberi perhatian yang lebih kepada kanak-kanak yang bermasalah,sentiasa menjaga emosi kanak-kanak,jangan mengeluarkan kata –kata yang kesat kepada kanak-kanak keran ia akan menambahkan masalah. Konsep dan perkembangan emosi. Perasaan dan emosi seperti tangisan, sedih, takut dan gelak ketawa mencorakkan warna kehidupan, membentuk sikap dan personaliti serta menggerakkan arah kehidupan seseorang manusia. Perkataan emosi ini berasal daripada perkataan Greek “emovere” yang membawa maksud “untuk keluar”. Maka untuk itu, emosi akan ditonjolkan keluar sebagai satu bentuk bagi memenuhi kepuasan seseorang. Emosi boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan yang dialami oleh seseorang manusia yang melibatkan beberapa perubahan proses fisiologi, diri dan psikologi.Perubahan ini melibatkan satu set tindak balas automatik, viseral iaitu meluap-luap dan komunikasi emosi seperti ekspresi muka, perkataan, isyarat dan tingkah laku lain yang dipaparkan oleh seseorang itu. Manusia yang normal dilihat sebagai individu manusia yang mengalami situasi yang pelbagai dan berkehendakkan reaksi bagi melahirkan emosi yang juga berbeza. Pengurusan emosi merujuk kepada kemahiran menguruskan perasaan dan pembentukan konsep atau menyanjung diri. Konstruk yang terakhir adalah kemahiran sosial. Ia merujuk kepada kemahiran menjalinkan perhubungan atau persahabatan dengan orang lain seperti kemahiran komunikasi 32
dan kemahiran berunding.Individu yang memiliki tahap kecerdasan emosi yang tinggi adalah seorang individu yang boleh mengawal perasaan dan tindakan sendiri, mempunyai daya ketahanan untuk mencapai matlamat hidup, boleh mengurus perasaan negatif serta mudah menjalinkan persahabatan dengan orang lain.Bahagian kedua pula adalah motivasi. Ia merupakan satu kebolehan yang menghampiri kemahuan atau kehendak seseorang individu dan mengetahui apa yang perlu dihampiri dan apa yang mahu diusahakan atau digerakkan untuk bertindak terhadap sesuatu perkara.Bahagian seterusnya adalah rasa hati. Ia merupakan satu kebolehan mencipta pelbagai suasana hati dan menukarkannya kepada suasana yang lain seperti suka-duka, cinta-benci, marah-sayang dan sebagainya. Bahagian keempat adalah mulut. Ia merupakan satu kebolehan menyedari dan memandu getaran yang berkaitan dengan kawasan oral iaitu kawasan mulut.Bahagian kelima pula adalah rongga hidung yang merupakan satu kebolehan menyedari dan memandu getaran yang berkaitan dengan kawasan nasal iaitu kawasan hidung. Bahagian terakhir adalah dorongan keseksualan. Dorongan keseksualan merupakan satu kebolehan menyedari untuk menerima dan menunjukkan getaran yang boleh melahirkan tarikan. Modeling tahap emosi yang lebih tinggi boleh meninggikan perkembangan emosi anak. Menurut Parikh pula, ibubapa yang menggalakkan anak-anak mereka terlibat dengan perbincangan isu-isu secara terbuka dan demokratik boleh meninggikan perkembangan emosi. Begitu juga, ibubapa yang menggunakan teknik induktif dalam disiplin.Konsep rumahku syurgaku dan sekolah penyayang amat penting dalam meningkatkan kecerdasan emosi anak-anak. “Melentur buluh hendaklah dari rebungnya” perlulah dijadikan pedoman oleh ibubapa dan para pendidik. Semakin awal kemahiran kecerdasan emosi yang diberikan kepada anak-anak adalah semakin baik dan berkesan. Anak-anak yang diberikan kemahiran emosi akan kelihatan riang, lebih berkeyakinan dan lebih berjaya dan cemerlang di sekolah. Kecerdasan emosi yang diberikan latihan dan diamalkan boleh menjadi tabiat dan kebiasaan dalam kehidupan anak-anak.Kehidupan dalam keluarga merupakan sekolah awal untuk mempelajari emosi. Perkara-perkara seperti bagaimana anakanak itu merasa tentang diri mereka, bagaimana orang lain memberikan tindak balas terhadap tingkah laku mereka, bagaimana pula mereka memikirkan perasaan itu, apakah pilihan-pilihan yang perlu dibuat, bagaimana mengeluarkan perasaan yang 33
mengharapkan sesuatu dan bagaimana menghindarkan diri dari rasa takut, tertekan dan sebagainya. Pernahkah anda terfikir tentang emosi kanak-kanak? Andakah anda mempertimbangkan emosi kanak-kanak sewaktu berinteraksi dengan mereka Sememangnya saya mempertimbangkan emosi kanak-kanak sewaktu berintraksi dengan mereka.Ini kerana di Prasekolah,emosi kanak-kanak memang seharusnya di jaga kerana emosi kanak-kanak mudah terganggu pada usia tersebut.Saya sebagai guru perlu menghormati emosi kanak-kanak dan tidak seharusnya kita mengeluarkan kata-kata yang kasar/kesat kepada kanak-kanak kerana ia akan menjejaskan emosi kanak-kanak,serta membuat kanak-kanak memberontak,takut untuk hadir ke sekolah,merajuk dan menangis. Kejayaan individu bergantung kepada IQ dan bukan EIC seseorang. Bincangkan Kejayaan individu bergantung kepada IQ dan bukannya EIC seseorang.Kecerdasan intelektual (IQ) membolehkan seseorang untuk belajar di universiti dan kolej atau pun memegang jawatan profesional. Bagaimanapun, ia bukanlah satu jaminan yang seseorang manusia yang bijak dan pandai akan sejahtera dalam hidup. Kemahiran mengawal dan menggunakan emosi (EQ) secara bijak sebenarnya memainkan peranan yang penting dalam menjamin kesejahteraan hidup seseorang.Selain itu,seseorang individu tidak seharusnya bergantung kepada IQ semata-mata,ia perlu juga di sertakan usaha kerana usaha itu tangga kejayaan. Andaikan anda mengalami satu situasi yang memerlukan anda menguruskan emosi sendiri, jelaskan bagaimana anda menanganinya? Cara saya mengatasi /mengurus emosi sendiri ialah solat untuk ketenangan hati,tenang dan positif semasa tertekan/stress menghadapi masalah,berfikiran waras dan fokus dalam tekanan,sabar,bertolak ansur serta perlu perbincangan dan cari kawan untuk meluahkan masalah.Dengan cara ini kita akan dapat mengurus emosi kita,kerana jika kita tidak dapat mengurusnya dengan baik/sempurna ia akan memburukkan keadaan.Contohnya jika pasangan suami isteri berselisih faham
34
mereka perlu tenang dan bertolak ansur .Jangan pentingkan diri sendiri dan beremosi jika tidak akan berlakulah perceriaan. Cuba anda kaitkan kemahiran mengendalikan emosi ini dengan kecerdasan Interpersonal yang dikemukakan oleh Gardner. Kaitan kemahiran mengendalikan emosi dengan kecerdasan interpersonal yang di kemukakan oleh Gardner. Kecerdasan interpersonal merupakan satu kebolehan seseorang individu itu berinteraksi, memahami kemahuan, motivasi, perasaan, fikiran dan perlakuan seseorang yang lain.Kecerdasan intrapersonal merupakan satu kebolehan seseorang individu itu memahami kemahuan, matlamat dan perasaan diri sendiri.Daripada kajian yang telah dijalankan oleh Beauport dan Gardner inilah ciri-ciri penting dalam kecerdasan emosi di mana darjah kecerdasan dalam otak limbik yang disarankan oleh Beauport serta darjah kecerdasan interpersonal dan intrapersonal yang dikenalpasti oleh Gardner digabungkan.Dengan adanya kemahiran mengendalikan emosi,ia akan menjadi seseorang itu lebih menghargai individu lain serta memahami emosi seseorang.
Anda mampu menangani emosi anda hari ini? Fikirkan pandangan tokohtokoh tentang kawalan emosi marah Ya,saya mampu menangani emosi saya hari ini,dengan pelbagai cara mengawal emosi marah ia akan membuat kita terasa tenang dan mudah memahami sesuatu masalah.Pandangan tokoh-tokoh tentang kawalan emosi marah.Untuk itu, setiap individu itu perlu diajar dan dibimbing cara-cara mengawal perasaan marah, kurang sabar dan agresif dengan menggunakan cara yang positif. Di antara cara-cara mengawal emosi agar sentiasa stabil dan sederhana, kita semua boleh mencuba beberapa perkara seperti mengenal emosi diri sendiri, mengurus emosi diri sendiri, mengenali emosi orang lain, memotivasikan emosi yang negatif dan mengendalikan perhubungan melalui komunikasi.Salah satu cara mengawal emosi agar sentiasa stabil dan sederhana adalah mengenal emosi diri sendiri. Seseorang individu itu perlulah cuba mengenal pasti atau cuba menyedari apakah emosi yang sedang dihadapi yang berlegar di fikiran serta apakah punca kepada timbulnya emosi 35
tersebut. Kemudiannya, cuba kuasai emosi tersebut. Dengan kata lain, fikiran boleh menyebabkan wujudnya satu perasaan dan setelah wujudnya perasaan, maka timbullah keinginan untuk diperlakukan melalui perbuatan atau perlakuanosi marah,Cara lain mengawal emosi agar sentiasa stabil dan sederhana adalah mengurus emosi diri sendiri. Dalam konteks ini, seseorang individu itu perlulah pandai mengambil peluang mengawal emosi yang sedang menguasai diri. Emosi itu datang tanpa diundang tetapi diri sendiri yang menentukan berapa lama emosi itu menguasai diri dan apakah ia mendatangkan positif atau negatif.Cara yang seterusnya adalah mengenali emosi orang lain. Dalam konteks ini pula, seseorang individu itu perlu mengenali perasaan diri sendiri dahulu, kemudiannya barulah cuba untuk mengenali, memasuki dan menjelajahi emosi individu yang lain pula atau dengan kata lain empati. Cara ini perlu bagi mengelakkan kekeliruan emosi terutamanya apabila ada individu lain yang mahu mencurahkan emosi mereka. Cara yang keempat dalam mengawal emosi agar sentiasa stabil dan sederhana adalah memotivasikan emosi yang negatif. Dalam konteks ini pula, seseorang individu itu perlulah menjadikan emosi yang negatif itu sebagai satu alat untuk meningkatkan keupayaan dalam berfikir, merancang dan menyelesaikan sebarang masalah. Emosi yang negatif sebagai pemangkin kepada perubahan emosi yang positif.Cara yang terakhir adalah mengendalikan perhubungan melalui komunikasi. Setelah mengenali emosi orang lain dan berjaya serta berupaya mengurus diri sendiri, maka perhubungan yang positif dan keakraban dapat dibentuk dan diwujudkan. Perhubungan dan keakraban ini boleh diwujudkan dengan lebih baik lagi melalui komunikasi dan ia boleh mengekspresikan pemikiran secara aktif tanpa diwarnai dengan kemarahan.Melalui beberapa perkara yang diterangkan di atas, ia boleh digunakan untuk mengawal emosi agar stabil dan sederhana, beberapa unit organisasi yang terlibat perlu membantu seseorang individu. Di antara unit organisasi yang perlu membantu adalah seperti ibu bapa dan sistem pendidikan di Malaysia.
Ujian Pra 1.Apakah yang anda faham tentang konsep sosialisasi?
36
Konsep sosialisasi,perkembangan sosial merujuk kepada kanak-kanak berintraksi dengan kanak-kanak lain dan dengan orang dewasa dalam kehidupan mereka.Kemahiran sosial termasuk berkongsi,berkerjasama dan mematuhi peraturan.Kemahiran ini melibatkan komunikasi secara lisan @bukan lisan.Dalam sosialisasi,perkembangan kanak-kanak berlaku secara peniruan dan modelling.Kanka-kanak belajar melalui pemerhatian mereka terhadap persekitaran.Persekitaran mewujudkan ransangan yang akan di tiru oleh kanakkanak.Melalui proses ini,kanak-kanak akan membentuk suatu idea bagaimana tindakan di laksanakan dan apakah kesannya. 2.Pada tahap perkembangan yang manakah kanak-kanak sentiasa dalam keadaan ketidakpercayaan? Kanak-kanak sentiasa dalam keadaan ketidakpercayaan ialah pada tahap 1 kepercayaan lawan ketidakpercayaan(0-18 bulan) > mempengaruhi perkembangan bayi melalui pengalaman, > belajar untuk mempercayai@tidak mempercayai orang lain, > memperbgaruhi sikapnya terhadap hidup dan interaksinya dengan orang lain > kepercayaan akan memudahkan individu menghadapi serta mengatasi masalah dalam hidup. > bayi mula membentuk perasaan percaya lawan tidak percaya.Perasaan percaya pada persekitaran dan orang lain akan wujud sekiranya bayi tersebut mendapat penjagaan yang baik dan penjaganya terutama daripada ibu.Sebaliknya jika bayi tersebut tidak mendapat penjagaan yang sempurna maka akan timbul perasaan tidak percaya pada tahap ini.Cara penjagaan bayi akan memperngaruhi emosi dan perasaan percaya dalam diri bayi tersebut. 3.Apakah strategi pembelajaran yang sesuai untuk mengajar mengenai bangsa dan budaya? 37
Strategi pembelajaran yang sesuai untuk mengajar mengenai bangsa dan budaya. > guru mesti mempunyai pengetahuan yang secukupnya mengenai semua bangsa yang terdapat dalam kelasnya dengan mengkaji tentang sejarah dan budaya bangsa, > berhati-hati terhadap sikap,kelakuan,dan penyataan mengenai bangsa di dalam kelas contoh”bising macam keeling karam” > gambar yang di dapati di dalam kelas mestilah menggambarkan perpaduan kaum, > elakkan prejudis semasa memilih gambar/bahan pengajaran, > gunakan bahan bercetak filem,video, sebagai bahan tambahan buku teks untuk merancangan perpaduan, > gunakan tekniknpembelajaran koperatif,dan kumpulan untuk mengalakkan perpaduan. Bagaimana anda menyediakan rancangan pengajaran yang mengaplikasi asppek peniruan dalam pembelajaran Cara saya menyediakan rancangan pengajaran yang mengaplikasi aspek peniruan dalam pembelajaran ialah: Meniru pergerakan haiwan berjalan,berenang dan membunyi suara haiwan, Meniru pergerakan kawan, Guru meminta kanak-kanak menyalin semula berdasarkan perkataan yang di beri, Membaca dengan bimbingan gur/rakan, Meniru cara kawan menyusun kasut/beg setelah masuk kelas.
Bincangkan bagaimana media massa elektronok mempengaruhi perkembangan sosial kanak-kanak.
38
Cara media massa elektronik mempengaruhi perkembangan sosial kanak-kanak ialah contohnya radio dan televisyen,kanak-kanak akan terikut-ikut perwatakan,percakapan,penampilan didalam rancangan tv yang di minati contohnya dari cerita animasi/kartoon.Selain itu media massa elektronik juga boleh mempengaruhi sosial kanak-kanak dengan cara menyediakan rancangan yang berunsurkan pembelajaran,kerana dengan itu kanak-kanak akan seronok dan berpengalaman untuk membuat sesuatu melalui apa yang telah dilihat.Ini kerana kanak-kanak mudah belajar melalui pengalaman.Kanak-kanak juga boleh belajar melalui pemerhatian terhadap persekitaran@tv,kerana ia akan mewujudkan rancangan yang menjadi ikutan kanak-kanak. Jelaskan bagaimana ibu bapa dapat membantu anak-anak mereka membentuk persekitaran sosial yang kondusif untuk perkembangan kanak-kanak. Ibubapa dapat membantu anak-anak mereka membentuk persekitran sosial yang kondusif untuk perkembangan kanak-kanak.Ibu bapa merupakan agen yang utama dalam perkembangan dan pendidikan anak-anak. Remaja yang mempunyai tahap kecerdasan emosi yang tinggi dan memuaskan adalah berasal daripada keluarga yang mempunyai ibu bapa yang juga mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi dan memuaskan. Dalam hal ini, ibu bapa yang arif dan berpengalaman dalam banyak perkara perlulah menjadi mentor iaitu pembimbing atau penasihat serta jurulatih kepada anak-anak mereka pada setiap peringkat umur dan keadaan. Mereka iaitu ibu bapa bolehlah menggunakan peristiwa-peristiwa emosi dalam kehidupan anakanak seperti marah, suka, duka, geram, irihati, takut, murung dan sebagainya dengan menjelas dan menyatakan bahawa emosi-emosi sedemikian merupakan situasi yang normal. Tetapi ia perlu diseimbangkan mengikut kesesuaian dan tidak menjejaskan diri dan individu yang lainnya. Selain itu juga, ibu bapa perlulah menjelaskan kepada anak-anak tentang cara bagaimana membaca bahasa badan dan memahami perasaan diri dan individu yang lain iaitu yang dikenali sebagai empati. Ibu bapa juga boleh memberikan kepada anak-anak yang remaja satu atau dua pekerjaan yang membolehkan mereka menyelesaikannya dengan baik. Cara ini perlulah dimulai dari kecil dan amat penting pada usia remaja. Jika mereka boleh berdikari, mereka harus memiliki nilai-nilai yang kuat yang ibu bapa tanamkan sebaik mungkin. Ibu bapa seharusnya memerhati dan kemudiannya menegur sekiranya 39
perkara yang dilakukan terkeluar dari landasan yang sepatutnya. Cara lain yang boleh digunakan oleh ibu bapa dalam meningkatkan kecerdasan emosi anak-anak yang berada di usia remaja adalah meminta maaf sekiranya ibu bapa bersalah sekalipun kesalahan itu kecil pada tanggapan diri ibu bapa tersebut. Meminta maaf atas kesalahan yang ibu bapa lakukan menunjukkan kepada anak-anak remaja bahawa ibu bapa tersebut menghormati mereka sebagai seorang yang dewasa. Ibu bapa tersebut dapat mengurangkan perasaan takut terhadap sikap yang kurang serta ia boleh mencegah wujudnya sifat kebencian antara ibu bapa dan anakanak.Ibubapa dalam membantu persekitaran yang kondusif juga boleh menyediakan persekitaran yang sihat/selamat contonhya jangan bergaduh didepan anak-anak,menunjukan sikap baik depan anak,memberi kasih sayang, perhatian yang sempurna.Ini semua supaya anak-anak akan berasa selamat,bahagia,aman dan tenteram bila berada di rumah.Jika tidak berlakulah anak-anak seperti zaman sekarang yang suka lari dari rumah. Pernahkah anda terfikir bahawa perkembangan kanak-kanak turut dipengaruhi oleh jantina. Sebagaiseorang guru anda seharusnya memberi peluang yang sama kepada kanak-kanak lelaki dan perempuan. Perkembangan kanak-kanak mengikut jantina.Sebagai seorang guru, kita seharusnya memberikan peluang yang sama kepada kanak-kanak lelaki/perempuan dengan cara tidak membezakan jantina dari segi: Layanan,tidak boleh member layanan istimewa berasaskan gender.Kanakkanak perlu di layan samarata/adil. Aktiviti P& P semua kanak-kanak menjalankan semua aktiviti yang sama cthnya pelajar lelaki juga di benarkan bermain patung/pondok-pondok.Pelajar perempuan juga dibenarkan membuat aktiviti lasak seperti lasak bermain bola,mengayuh basikal,serta berlari. Penilaian yang sama perlu melalui proses penilaian yang sama dan dinilai dengan adil tanpa prejudis jantina. Penerimaan kanak-kanak perlu di terima seadanya tanpa mengira perbezaan jantina. Peluang mereka di beri peluang yang sama untuk melibatkan diri dalam proses P&P.
40
Kanak-kanak di Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Bagaimanankah pendidikan prasekolah dapat memupuk intergrasi kaum di samping mengekalkan budaya dan tradisi masing—masing? Kanak-kanak di Malaysia terdiri pelbagai kaum.Pendidikan prasekolah dapat memupuk intergrasi kaum di samping mengekalkan budaya dan tradisi masingmasing.Guru boleh menggunakan teknik pembelajaran koperatif dan kumpulan untuk menggalakan perpaduan,menggunakan bahan bercetak filem,vedio sebagai bahan tambahan buku teks untuk meransang perpaduan,guru juga boleh meminta kanak-kanak berpakaian mengikut kaum masing-masing apabila tema pakaian pada hari tersebut.Dengan itu kanak-kanak berasa seronok dan mengenal pakaian kaum masing-masing.Selain itu guru boleh merancangkan aktiviti nyanyian dan mengenal alat muzik mengikut pelbagai kaum di Malaysia
41