Pengajaran Dari Kisah Nabi Daud

  • Uploaded by: zuhadisaarani
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pengajaran Dari Kisah Nabi Daud as PDF for free.

More details

  • Words: 600
  • Pages: 3
Pengajaran dari kisah Nabi Daud NABI Daud a.s pernah mempunyai 99 orang isteri. Pada suatu hari, baginda yang juga menjadi raja, jatuh hati kepada seorang wanita yang sudah mempunyai suami. Ketika hasratnya untuk mengambil wanita itu menjadi isterinya hampir dilaksanakan, Allah S.W.T mengutuskan dua malaikat yang menyerupai lelaki, bertemu baginda dengan membawa satu permasalahan untuk diadili. Salah seorang `lelaki' itu berkata, dia mempunyai seekor kambing betina dan rakannya mempunyai 99 ekor kambing betina. Bagaimanapun, rakannya itu telah memujuk beliau supaya memberikan kambingnya yang seekor. Mendengar cerita lelaki itu, Nabi Daud berkata: ``Sesungguhnya dia (lelaki yang mempunyai 99 kambing) telah berbuat zalim kepadamu dengan meminta kambingmu itu untuk ditambah kepada kambingnya. Dan sesungguhnya kebanyakan daripada orang-orang yang bersyarikat itu sebahagian mereka berbuat zalim kepada sebahagian yang lain, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh.'' Selepas lelaki-lelaki itu beredar, barulah Nabi Daud a.s tersedar bahawa apa yang disampaikan oleh lelaki berkenaan adalah mesej daripada Allah mengenai kesalahannya mahu mengambil isteri orang walaupun sudah mempunyai 99 isteri. (Pada zaman Nabi Daud belum ada syariat beristeri hanya empat) Maka Nabi Daud terus menyungkur sujud dan memohon taubat kepada Allah di atas kesilapannya. Allah mengampuni Nabi Daud dan berfirman: ``Hai Daud, sesungguhnya kami menjadikan kamu pemerintah di muka bumi, maka berilah keputusan di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat kerana

mereka melupakan hari perhitungan.'' Kisah Nabi Daud ini terkandung dalam surah Shaad (38) ayat 17 hingga 26. Pengajaran Salah satu pengajaran daripada kisah Nabi Daud itu ialah kita dikehendaki berlaku adil, khususnya bagi mereka yang menjadi pemimpin. Sesiapa yang tidak berlaku adil pasti akan menerima azab sama ada di dunia atau akhirat. Lawan perkataan adil ialah zalim. Sejarah telah membuktikan bahawa sesiapa yang zalim akhirnya pasti akan menerima azab di dunia ini. Berdasarkan keterangan ayat-ayat Quran tersebut, Allah memperjelaskan bahawa manusia tidak dapat berlaku adil jika tunduk kepada hawa nafsu. Mualim merujuk kepada ayat-ayat ini kerana secara kebetulan membacanya ketika dua peristiwa mendapat perhatian media. Pertama ialah kempen `Satu Suami Satu Isteri' yang dipelopori oleh kumpulan Sisters In Islam. Mualim tidak mahu mengulas panjang tentang perkara ini kerana ia sudah mendapat liputan yang meluas, termasuk kenyataan daripada para mufti. Cuma yang ingin diperingatkan kepada kaum lelaki yang mahu berpoligami, berlaku adillah sebagaimana yang Allah tuntut. Jika tidak adil, tanggunglah azabnya di dunia lagi. Kepada kaum wanita pula, Mualim teringat kepada satu hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah pernah bersabda bahawa lebih banyak wanita menjadi penghuni neraka. Ditanya para sahabat apakah puncanya. Rasulullah menjawab bahawa puncanya ialah kerana banyak wanita tidak mentaati suami mereka. Satu lagi perkembangan yang mengingatkan Mualim kepada isu keadilan ialah serangan Amerika Syarikat ke atas Iraq sekarang. Tiada siapa yang boleh menafikan bahawa apa yang dilakukan oleh Presiden George W. Bush itu amat zalim.

Dunia dipercayai akan semakin bergolak ekoran perang Amerika dan sekutunya ke atas Iraq itu. Bush dan Amerika pasti akan menerima azab di atas kezaliman mereka ini. Cuma lambat atau cepat sahaja. Sebaliknya jika Saddam juga melakukan kezaliman semasa pemerintahannya, serangan ke atas Iraq ini merupakan azab ke atasnya. Mudah-mudahan beliau sudah bertaubat, jika benar beliau melakukan kezaliman. Apa yang berlaku wajar menjadi pengajaran kepada kita rakyat Malaysia, khususnya para pemimpin. Tegakkan keadilan dan jangan melakukan sesuatu atas dorongan hawa nafsu. Jika memimpin mengikut hawa nafsu, tanggunglah azab yang akan menimpa. Dibimbangi azab ini juga akan menimpa orang-orang yang dipimpin kerana mereka turut membiarkan kezaliman. Mudah-mudahan negara kita terpelihara daripada pemimpin yang tidak adil dan zalim. Semoga Malaysia terus aman dan makmur. Terpulanglah kepada kita.

Related Documents

Kisah Nabi Daud
June 2020 11
Kisah Kisah Nabi
November 2019 58
Kisah Nabi
May 2020 60
Kisah Kisah Dari Al Quran
October 2019 30
Kisah Nabi Musa A.s.docx
April 2020 31

More Documents from ""

Hadiah Malam Jumaat
November 2019 37
Dalmation Dots
November 2019 41
Keistimewaan Wanita
November 2019 41
November 2019 31