Pendidikan Bertaraf Dunia

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pendidikan Bertaraf Dunia as PDF for free.

More details

  • Words: 4,312
  • Pages: 26
LOKMANHAKIM AB WAHID

IPG IPOH

RINGKASAN EKSEKUTIF Bismillahir rahmaanirrahim. Hasrat murni kerajaan untuk menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia adalah satu cita-cita yang boleh dicapai walaupun ia memerlukan banyak perancangan, perlaksanaan, pemantauan dan pengorbanan dari pelbagai sudut.

Secara umumnya pendidikan bertaraf dunia bermaksud suatu pencapaian tertinggi atau setaraf dengannya dalam dunia pendidikan berdasarkan pandangan dunia bukan daripada pandangan setempat. Ianya diiktiraf oleh pakar-pakar bukan daripada orang kebiasaan dan bukan juga sekadar memuaskan hajat sesiapa.

Hasrat ini boleh dicapai melalui beberapa strategi diikuti dengan langkahlangkah pelaksanaan yang konkrit dan eksplisit iaitu melalui penyediaan prasarana yang berkualiti, dasar pendidikan terbuka, aplikasi teknologi yang canggih, adanya kurikulum yang terkini, kemas dan bersesuaian dengan kehendak semasa, mempunyai warga guru yang proaktif dan menjalankan penyelidikan dan pembangunan yang berterusan.

Bagi memastikan pencapaian ini menjadi kenyataan ia perlu disertai dengan pemantauan yang berterusan daripada pihak pengurusan dengan sokongan padu daripada warga Kementerian Pendidikan Malaysia serta rakyat keseluruhannya.

1

LOKMANHAKIM AB WAHID

IPG IPOH

Muka surat Senarai Kandungan 1.0 Pengenalan 2.0 Sistem Pendidikan Bertaraf Dunia

3 4

2.1

Matlamat umum

4

2.2

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

5

2.3

Plan Induk Pembangunan Pendidikan

6

3.0

Penentuan dan pemilihan strategi

7

4.0

Cadangan langkah-langkah pelaksanaan ke atas

8

strategi-strategi 4.1 Kurikulum yang kemas kini dan bersesuaian

9

dengan perkembagan 4.2 Dasar Pendidikan Terbuka 4.3 Warga pendidikan yang proaktif 4.4 Prasarana berkualiti 4.5 Aplikasi teknologi yang canggih 4.6 Penyelidikan dan Pembangunan 5.0 Rumusan Bibliografi

1.0

12 14 17 19 22 24 25

Pengenalan

2

LOKMANHAKIM AB WAHID

IPG IPOH

Diantara hasrat wawasan 2020 ialah mahu menjadikan masyarakat Malaysia maju dan saintifik. Untuk itu masyarakat yang maju perlu bersedia untuk menerima sesuatu yang baru dan pembaharuan ini pastinya lebih baik. Agen perubahan utama ialah pendidikan. Pendidikan merupakan wahana terpenting di dalam pembangunan sumber manusia ke arah pencapaian matlamat pembangunan negara. Pendidikan bertaraf dunia atau “world class” akan menentukan kejayaan perubahan insan. ( Mohd Najib , 1997 ). Ini adalah antara kata-kata terawal pemimpin kita mengenai pendidikan bertaraf dunia. Dan yang terkini dalam Sidang Kemuncak Pendidikan 2004 Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi menyatakan “Membangunkan Sistem Pendidikan Bertaraf Dunia merupakan agenda kerajaan saya”. Semua kata-kata ini menunjukkan betapa hasrat dan cita-cita kerajaan yang bersungguh-sungguh untuk merealisasikan sistem pendidikan bertaraf dunia. Apakah maksud sistem pendidikan bertaraf dunia? Mengikut Merian-Webster Online “ world class is defined as being of the highest caliber in the world”. Pada saya bertaraf dunia bermaksud satu pencapaian yang tertinggi atau yang setaraf dengannya di dunia. Dari aspek pendidikan bermaksud apa sahaja yang ada pada negara termaju di dunia juga ada di negara kita. Satu lagi ianya membawa maksud pelengkap kepada negara yang termaju di dunia. Umpamanya dalam teknologi komputer, perisiannya daripada Amerika tetapi perkakasannya dari Malaysia. Tanpa perisian dan perkakasan, teknologi komputer tidak akan

3

LOKMANHAKIM AB WAHID

IPG IPOH

berfungsi. Oleh yang demikian Malaysia menjadi pelengkap kepada Amerika dalam membangunkan teknologi komputer dunia. Dalam membincangkan tugasan ini saya akan memberi penjelasan terhadap istilah-istilah yang terlibat, dasar-dasar kerajaan terhadap pendidikan, matlamat dan wawasan kerajaan, isu-isu terkini yang berkaitan, langkah-langkah yang akan atau telah diambil oleh organisasi saya iaitu Institut Pendidikan Guru IPG bersama contoh-contoh semasa yang akan menjelaskan perkaitan dan menyokong hujah saya mengenai Sistem Pendidikan Bertaraf Dunia.

2.0

Sistem Pendidikan Bertaraf Dunia

2.1

Matlamat Umum

Ingin saya mengimbas kembali sedikit catatan sejarah pendidikan di negara kita yang bermula dari Penyata Razak 1956 sehinggalah yang terakhir iaitu Akta Pendidikan 1996. Semua akta ini dengan jelas menunjukkan kesinambungan dan pertalian kemas antara satu sama lain. Fokusnya untuk memartabatkan mutu pendidikan kita ke tahap yang terbaik.

2.2

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Akta Pendidikan 1996 merupakan lanjutan dan pembaharuan dari Akta

Pelajaran 1961. Tujuan Akta Pendidikan 1996 ini ialah ke arah memantapkan

4

LOKMANHAKIM AB WAHID

IPG IPOH

sistem pendidikan kebangasaan untuk generasi akan datang sejajar dengan kehendak dan cita-cita negara untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia. Di dalam Akta Pendidikan 1996 dengan jelas memberitahu kepada kita bahawa dasar pendidikan adalah berlandaskan kepada hasrat wawasan 2020 dan Falsafah Pendidikan Negara. Ini dijelaskan seperti berikut: DAN BAHAWASANYA pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dari segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatupadu, demokratik, liberal dan dinamik. DAN BAHAWASANYA Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dizahirkan seperti berikut: "Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk menzahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berkhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." (Akta Pendidikan 1996)

5

LOKMANHAKIM AB WAHID

2.3

IPG IPOH

Plan Induk Pembangunan Pendidikan

Plan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010) telah dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 16 Januari 2007 yang lalu mengukuhkan lagi usaha kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia sebagai rakyat berminda kelas pertama. Minda kelas pertama hanya boleh dicapai melalui agenda pendidikan. Enam strategi Plan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang pertama ialah Membina Negara Bangsa, kedua Membangunkan Modal Insan, ketiga Memperkasakan Sekolah Kebangsaan, keempat Merapatkan Jurang Pendidikan, kelima Memartabatkan Profesion Keguruan dan keenam Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan. Semua strategi di atas adalah bukti yang sangat jelas memperlihatkan usaha dan misi kerajaan untuk menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia. Kejayaan atau kegagalan adalah terletak di bahu para pelaksana yang terdiri daripada pelajar, pendidik, pentadbir, masyarakat dan pihak eksekutif .

3.0

Penentuan Matlamat dan Strategi

6

LOKMANHAKIM AB WAHID

IPG IPOH

Matlamat dan strategi hanya terbina dengan adanya visi dan misi bagi sesebuah organisasi. Apabila kita meletakkan sesuatu matlamat untuk dicapai kita perlu merangka strategi serta langkah-langkah ke arah pencapaian matlamat tersebut. Matlamat memandu kita menentukan apakah yang mahu dicapai serta menjadi pengawal hala tuju. Manakala strategi merupakan tindakan-tindakan yang diambil bagi menyempurnakan pencapaian matlamat yang dipilih. Ia dikuti dengan langkah-langkah yang teratur bagi setiap strategi dalam satu rangka kerja. Matlamat yang terbaik biasanya bersifat khusus, boleh diukur, boleh dicapai, realistik dan ada jangka masa.

4.0

Strategi dan langkah-langkah perlaksanaan

7

LOKMANHAKIM AB WAHID

IPG IPOH

Aplikasi teknologi yang canggih Warga pendidikan yang proaktif

Prasarana berkualiti SISTEM PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA Dasar pendidikan terbuka Penyelidikan dan pembangunan

Kurikulum yang kemas kini dan besesuaian dengan perkembangan terkini

Rajah 1 Rajah di atas menunjukkan beberapa cadangan strategi yang boleh dijalankan oleh organisasi pendidikan, khususnya bagi institusi-institusi perguruan Malaysia seperti mana yang terdapat dalam enam strategi Plan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu Memartabatkan Profesion Keguruan dan Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan sebagai usaha untuk menjayakan misi kerajaan iaitu Sistem Pendidikan Bertaraf Dunia.

Cadangan-cadangan tersebut hanya boleh dijalankan melalui penentuan matlamat yang jelas, pemilihan strategi-strategi yang tepat, dan diikuti dengan langkah-

8

LOKMANHAKIM AB WAHID

IPG IPOH

langkah pelaksanaan yang konkrit seperti yang akan dibincangkan di dalam perenggan berikutnya.

4.1

Kurikulum yang kemas kini dan bersesuaian dengan perkembagan terkini

Secara umumnya kurikulum bermaksud satu huraian bersepadu mengenai mata pelajaran-mata pelajaran yang diajar di dalam sesebuah institusi. Dari aspek yang lebih jitu kurikulum membawa maksud satu pernyataan yang mempunyai tujuan , matlamat, kandungan, pengalaman, hasil dan proses bagi sesuatu program pendidikan. Dalam kurikulum juga dinyatakan tentang kelayakan masuk bagi sesuatu program, jangkamasa, struktur organisasi institusi penganjur, syarat-syarat serta sistem penilaian dan infrastruktur yang menyokong kelicinan pelaksanaan . Kurikulum juga menjelaskan tentang kaedah pengajaran dan pembelajaran, maklumbalas dan aspek pengawasan. Ia juga menyatakan dengan jelas bidang pengkhususan profesional. Kemas kini dan bersesuaian dengan perkembagan bermaksud dirancang secara rapi , berwawasan, efektif, selari dan menepati kehendak Falsafah Pendidikan Negara dan tuntutan semasa. Institusi perguruan seperti yang diketahui adalah pusat pengajian yang khusus menghasilkan guru-guru yang akan berkhidmat di sekolah-sekolah dan pusat pengajian. Untuk memastikan bakal-bakal guru ini dapat menyempurnakan

9

LOKMANHAKIM AB WAHID

IPG IPOH

misi pendidikan bertaraf dunia maka langkah-langkah berikut perlu dilaksanakan dalam kurikulum institusi perguruan. Pertama, dengan sentiasa memastikan matlamat kurikulum selari dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Falsafah Pendidikan Kebangsaan secara ringkasnya menghendaki rakyatnya yang seimbang disegi jasmani, rohani, emosi dan intelektual. Rajah 2 menunjukkan pertalian erat di antara kandungan kurikulum perguruan dengan Falsafah Pendidikan Negara.

10

LOKMANHAKIM AB WAHID

IPG IPOH

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

KURIKULUM PERGURUAN ILMU MAJOR

JASMANI ROHANI

PEDAGOGI

EMOSI

AMALAN PROFESIONAL

INTELEKTUAL ASAS DINAMIKA

Rajah 2

Sebagai contoh dalam kurikulum dinyatakan dengan jelas bakal-bakal guru ini mesti cergas dan sihat serta sedia untuk berkhidmat apabila sampai masanya. 11

LOKMANHAKIM AB WAHID

IPG IPOH

Oleh itu kurikulum di institusi perguruan mempunyai program Bina Insan Guru (BIG) yang wajib diikuti oleh semua bakal guru. Program ini secara ringkasnya melatih mereka secara fizikal, rohani, emosi dan intelektual. Ini dapat dilihat sewaktu mereka menjalankan program perkhemahan yang merangkumi aktiviti air dan darat . Program ini juga memastikan bakal guru ini dapat menguruskan diri dan rakan-rakan mereka secara intelek dan mendedahkan mereka kepada hal-hal kepimpinan. Kedua, dari aspek kandungan kurikulum itu sendiri. Memastikan bahawa kurikulum perguruan mesti mempunyai kandungan ilmu yang terbaik dan setaraf dengan kurikulum institusi-institusi perguruan di peringkat dunia serta diiktiraf. Buat masa ini kurikulum institut perguruan mempunyai komponen-komponen ilmu pengetahuan utama seperti komponen ilmu major, amalan profesional, sahsiah guru, ilmu asas dan pedagogi. Ketiga, penggubalan kurikulum Institut Pendidikan Guru (IPG) adalah secara berpusat seperti yang dicadangkan oleh Kementerian Pelajaran dalam PIPP. Melalui kaedah ini maka komponen-komponen kurikulum seperti ICT, R&D, pedagogi, Latihan Keguruan dan Portal-portal Keguruan dapat dimantapkan dan diselaraskan untuk semua IPG. Kempat, memastikan kurikulum yang dilaksanakan bersifat terkini dan sesuai dengan perkembangan semasa. Contoh dengan melaksanakan projek “Program Based Learning” (PBL) anjuran Intel Teach to The Future , bakal guru akan memperolehi pengetahuan yang bersepadu iaitu dari aspek bidang ilmu pengetahuan (content), pedagogi yang merangkumi pelbagai kaedah dan cara

12

LOKMANHAKIM AB WAHID

IPG IPOH

mengajar seperti kajian lapangan, projek, simulasi dan perbincangan. Program ini dapat diakses oleh pengguna-pengguna di seluruh dunia dan boleh bertukar-tukar idea antara satu dengan yang lain. Kelima, memastikan produk Institut Pendidikan Guru berdaya saing, proaktif, berkeyakinan dan bertanggung jawab terhadap negara. Oleh itu kurikulum sedia ada dan yang bakal digubal mesti mengambil kira aspek-aspek tersebut. Contoh, jika guru tidak dilatih untuk bertanggung jawab terhadap negara maka bukan sahaja pendidikan bertaraf dunia malah semua usaha kerajaan akan menjadi hayalan sahaja kerana tidak mendapat sokongan yang sepatutnya dari pelaksana.

4.2

Dasar Pendidikan Terbuka

Kejayaan sesebuah negara adalah terletak di bahu rakyatnya. Malaysia seperti yang dimaklum adalah sebuah negara majmuk (multiracial) yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan budaya. Rakyatlah yang akan meletakkan Malaysia dipeta dunia. Untuk merealisasikan sistem pendidikan bertaraf dunia maka Dasar Pendidikan Terbuka perlu di amalkan. Ini dapat dilakukan melalui yang pertama, peluang sama rata kepada semua pensyarah instutusi pendidikan guru untuk mendapat ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman di peringkat nasional dan antarabangsa. Dengan memberi peluang demikian institusi pendidikan guru tidak akan menghadapi masalah kekurangan kepakaran. Buat masa ini hanya sebilangan kecil pensyarah sahaja yang mendapat peluang untuk meningkatkan

13

LOKMANHAKIM AB WAHID

IPG IPOH

pengetahuan dan kemahiran terutama pendedahan di luar negara. Sudah terbukti dengan jelas pensyarah yang mendapat latihan di peringkat yang lebih tinggi mempunyai kompetensi yang lebih tinggi berbanding dengan yang lain. Contohnya dalam isu keupayaan dan kefasihan berbahasa Inggeris bagi pensyarah-pensyarah sains dan matematik. Kedua, peluang mendapat tempat belajar di institut pendidikan guru. Setakat ini hanya sekitar 6-7% sahaja calon-calon yang berjaya mendapat tempat di IPG. Dengan membuka peluang yang lebih sudah pasti persaingan untuk menjadi yang lebih baik akan bertambah. Dengan itu kualiti bakal guru yang akan di hasilkan juga akan meningkat. Ketiga, membuka atau membenarkan pelajar luar negara mengikuti pengajian di institut pendidikan guru (IPG). Dengan ini mereka akan membawa balik sistem pendidikan negara ini ke negara mereka dan menjadikan kita sebagai model. Kempat, membenarkan atau menggalakkan pelajar dan pensyarah institut pendidikan guru mengakses, bertukar-tukar idea dan pengalaman melalui jaringan internet di seluruh dunia. Contohnya memperolehi pengetahuan melaui “open source software” dan pertukaran maklumat dengan dunia luar. (Anne Moore, Educause Review, September/October 2002.) Yang terkini program Intel Teach to the future anjuran Intel Corporation bersama IPG telah melaksanakan pembelajaran “Project Based Learning” . Pihak IPG telah memasukkan program ini di dalam kerja kursus bagi pelajar-pelajarnya.

14

LOKMANHAKIM AB WAHID

IPG IPOH

Kelima, mengurangkan kerenah birokrasi untuk tujuan peningkatan ilmu bagi komuniti institut pendidikan guru. Contohnya meningkatkan had umur untuk menyambung pelajaran atau kursus-kursus dalam perkhidmatan anjuran IPG dan Kementerian Pendidikan. Selain daripada itu membenarkan masyarakat setempat mengakses apa-apa maklumat daripada IPG dengan mudah.

4.3

Warga pendidikan yang proaktif

Menurut kamus Longman proaktif bermaksud berupaya bertindak sebelum sesuatu berlaku. Dalam lain penjelasan ia bermaksud memastikan sesuatu itu berlaku. Pada saya proaktif lebih banyak membicarakan tentang sikap dan sahsiah pensyarah dan staf IPG itu sendiri. Bagi merealisasikan IPG mencapai tahap pendidikan bertaraf dunia maka langkah-langkah berikut boleh menjadi alat bagi memenuhi hasrat tersebut. Pertama, pensyarah IPG perlu memastikan mereka sentiasa di hadapan dalam aspek pengetahuan profesional daripada pelajar. Dengan ini keyakinan pelajar dan masyarakat terhadap kualiti pensyarah berada pada tahap terbaik. Tidak seperti apa yang pernah berlaku pensyarah IPG didakwa tidak berpengetahuan yang setanding dengan pelajar di bawah seliaannya. Keyakinan masyarakat penting sebelum IPG boleh dinobatkan sebagai bertaraf dunia. Kedua, selalu kita mendengar perkataan berikut di kalangan masyarakat orang Melayu iaitu ‘belum disuruh sudah pergi’ yang bermaksud bertindak dahulu sebelum disuruh orang. Sikap seperti ini perlu ada pada setiap warga guru

15

LOKMANHAKIM AB WAHID

IPG IPOH

di IPG. Betapa mudah dan licinnya pengurusan sesebuah IPG yang memiliki ciriciri ini. Sikap seperti ini menjadikan IPG sentiasa di barisan hadapan dalam semua bidang. Contohnya IPG melatih guru-guru dari Acheh mengikuti KPLI Bahasa Inggeris, sains dan matematik yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana Instutusi Pendidikan Asean. Begitu juga tindakan pihak IPG mengadakan program berkembar dan kolaborasi dengan universiti-universiti luar negara dalam kursuskursus sains, matematik dan bahasa Inggeris. Tindakan ini juga satu contoh tindakan proaktif bukan menanti organisasi lain menjadi peneroka dan IPG menjadi pak turut. Ketiga, memastikan sikap positif pensyarah IPG dalam semua programprogram anjuran Kementerian. Bukan pula menjadi batu api untuk menghalang usaha-usaha murni Kementerian Pendidikan melaksana sesuatu projek. Contoh terdekat yang dapat dilihat adalah usaha menggagalkan projek pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Tidak boleh dinafikan bahawa kualiti pengajaran subjek-subjek tersebut sudah naik mendadak dan tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pensyarah IPG telah meningkat dengan ketara. Contoh saya sendiri yang berasal daripada pendidikan sekolah agama sudah mampu memberi kuliah sains dalam bahasa Inggeris tanpa apa-apa kebimbangan. Saya percaya keyakinan ini hasil keberanian kementerian pelajaran melaksanakan projek yang besar ini. Keempat, proaktif bukan sahaja datang dari kalangan pensyarah IPG tetapi juga daripada para pentadbir dan pelajar-pelajarnya. Umpamanya pihak pengurusan kerap kali didedahkan dengan penemuan-penemuan baru mengenai

16

LOKMANHAKIM AB WAHID

IPG IPOH

peralatan, teknologi, teknik-teknik dan kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran sewaktu mereka dibawa melawat ke luar negeri tetapi apabila pulang pensyarah-pensyarah yang tidak terlibat dan tidak mengetahui diminta memberikan “in-house” berdasarkan modul sahaja. Walau bagaimanapun pensyarah yang menjalankan tugas ini adalah amat dipuji dan inilah contoh proaktif yang sebenarnya. Kelima, semua warga IPG perlu mempunyai sikap dan sahsiah positif iaitu bersedia di segi mental ,fizikal dan emosi untuk memohon atau diberikan tugas yang mencabar. Contohnya menjadi jurulatih fizikal, air dan darat dalam program Bina Insan Guru memerlukan kepada kesabaran dan kekuatan fizikal. Umum mengetahui majoriti pensyarah IPG adalah dalam lingkungan umur empat puluhan. Hanya sifat proaktif sahaja dapat menjayakan hasrat murni kerajaan menghasilkan guru yang berktrampilan di semua sudut seperti yang terdapat dalam Falsafah Pendidkan Negara. Keenam, memastikan pensyarah IPG berupaya mendorong pelajar-pelajar mereka untuk menerokai ilmu dan kemahiran untuk mendapatkan maklumat, menganalisis dan mensintesis maklumat tersebut serta berupaya menggunakannya untuk menyelesaikan masalah. Sikap proaktif pensyarah juga menyebabkan pelajar-pelajar IPG dapat berkomunikasi dan mempunyai hubungan yang erat dengan murid-murid dan masyarakat. Sebagai contoh pensyarah IPG Perlis dapat mendorong pelajar-pelajar KPLI menyediakan taman berdasarkan subjek Kemahiran Hidup di dalam perkarangan maktab. Usaha ini bukan arahan

17

LOKMANHAKIM AB WAHID

IPG IPOH

pihak atasan tetapi satu tindakan proaktif pensyarah berkenaan mengwujudkan suasana kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran.

4.4

Prasarana berkualiti

Dalam ucapan pada 3 April 2006 di Putrajaya yang menyentuh aspek pendidikan bertaraf dunia, Dato’Seri Hishamuddin Tun Hussien menegaskan bahawa kita mesti memastikan sekolah-sekolah kita mempunyai infrastruktur asas dan tidak beroperasi dalam keadaan yang uzur serta merbahaya. Beliau juga memfokuskan ucapan tersebut terhadap prasarana yang lain seperti rumah guru, asrama, dan kemudahan-kemudahan dalam permainan, dan yang utama sekali ialah tentang prasarana untuk pembestarian sekolah. Pada pandangan saya itu adalah ucapan dasar seorang menteri kepada pegawai bawahannya. Untuk merealisasikan hasrat ini beberapa langkah perlu diambil. Pertama, mengenalpasti prasarana yang perlu diberi perhatian dan keutamaan disamping memelihara prasarana yang masih baik. Tugas mengenalpasti ini perlu untuk mengelakkan kita daripada membuat perbelanjaan yang tidak efektif dan mengambil hak orang lain yang lebih memerlukan. Kedua, memastikan pembekal-pembekal, pakar-pakar perunding, kontraktor-kontraktor yang berkait langsung dengan prasarana berkenaan perlu mempunyai kebolehpercayaan dan tanggung jawab terhadap negara yang tinggi. Ini kerana sudah terdapat banyak kejadian dimana mereka ini menyeleweng

18

LOKMANHAKIM AB WAHID

IPG IPOH

dan tidak amanah dalam melaksanakan projek. Umpamanya apa yang berlaku di dalam pembaik pulih sebuah sekolah di Johor yang menelan belanja yang sangat besar tetapi tiada berkualiti Ketiga, memastikan peralatan dan perkakasan dalam pengajaran dan pembelajaran diperolehi daripada pengeluar-pengeluar atau pakar-pakar perunding yang mempunyai rekod urusniaga dan perkhidmatan yang bersih dan ternama. Contohnya perkakasan dan perisian komputer dari jenama Dell , Intel dan Microsoft mempunyai rekod yang sangat baik Kempat, selain daripada perlatan dan perkakasan yang berkualiti kita perlu juga memastikan pengendali dan pengguna peralatan ini tahu menggunakannya dengan efisyen. Pengetahuan dan kemahiran menggunakannya tidak boleh datang dengan sendiri melainkan perlu diperolehi dan dilatih. Oleh itu pengendalipengendali tersebut perlu diberi latihan yang berjadual. Dengan ini peralatan dan perkakasan itu akan dimanfaat sepenuhnya. Peralatan yang biasa di IPG seperti teleskop, komputer, alat audio-video dan berbagai lagi seumpamanya memerlukan perkhidmatan selepas membeli yang baik dan jujur. Kelima, prasarana asas sahaja tidak mencukupi untuk menjadikan pendidikan bertaraf dunia tetapi prasarana sokongan seperti talian jalur lebar, sistem jaringan maklumat, talian tanpa wayar yang berkeupayaan dan berfungsi pada tahap terbaik dan sistem penyelenggaraan dan pemantauan yang cekap. Semua ini perlu dipastikan untuk membolehkan warga IPG yang terdiri daripada staf, pensyarah, pelajar dan masyarakat setempat dapat berkomunikasi dan mendapat maklumat secara terus. Sebagai contoh dengan ketiadaan sokongan

19

LOKMANHAKIM AB WAHID

IPG IPOH

talian jalur lebar pensyarah tidak dapat mengadakan “online” akses semasa pengajaran berlangsung. Ada juga cadangan supaya pensyarah menyimpan maklumat terlebih dahulu dan kemudiannya mengakses secara “off-line”. Langkah seperti ini merupakan langkah ke belakang kerana bukan sahaja membuang masa tetapi bukan lagi berciri “on-line”.

4.5

Aplikasi Teknologi Yang Canggih

Sebelum meneruskan perbincangan mengenai tajuk di atas ingin saya menarik perhatian mengenai teknik-teknik pembelajaran terkini seperti “Project Based Learning”, “Interactive Learning”, “Hands-on Component”, “Access to Scientist”, dan “Virtual Reality” seperti yang terdapat di Iowa State University. Peralatan dan perkakasan seperti “CD-ROM Publishing”, “Assistive Technologies for Students with Disabilities” . “Electronic Whiteboard”, “Smart Board”, “Library Automation” , “Videoconferencing” dan banyak lagi. Semua ini adalah contoh-contoh yang melibatkan penggunaan teknologi canggih. Persoalannya apakah ia mampu dilaksanakan di sini? Pengetahuan dalam komputer adalah sesuatu yang mesti bagi semua pendidik di peringkat rendah dan menengah di Malaysia (Harper,Denis Owen,1984). Apa juga permasalahannya kita perlu terima kerana ini adalah keperluan pendidikan dunia pada masa kini.. Oleh yang demikian bagi menyempurnakan misi pendidikan bertaraf dunia maka kita perlu memastikan bahawa kita yakin dan boleh melakukannya melalui; yang pertama, pengisian ilmu. Setiap pensyarah IPG perlu mengetahui ilmu

20

LOKMANHAKIM AB WAHID

IPG IPOH

berkaitan teknologi canggih samada secara persendirian atau melalui penajaan oleh kerajaan atau pihak swasta. Contohnya apakah maksud “Project Based Learning”(PBL). Ia adalah satu program yang mengintegrasikan pelbagai cabang ilmu dan kemahiran berkaitan sesuatu bidang pelajaran seperti sains, matematik, geografi, sejarah dan sebagainya. Keperluan asasnya ialah komputer, internet berkelajuan tinggi, perkakasan audio-video, laman web dan peralatan komunikasi. Pelajar dengan bantuan pensyarah dikehendaki menyediakan tapak untuk projek ini melalui pembinaan sebuah laman web yang memuatkan semua elemen pembelajaran ke dalam laman ini. Pengguna-pengguna seluruh dunia boleh mengakses laman ini secara online dan mereka boleh bertukar-tukar idea dan pengalaman terkini. Kedua, memastikan pensyarah dan pelajar mahir menggunakan perisian dan perkakasan komputer di tahap yang terbaik. Analoginya mudah walaupun kita mempunyai kapal terbang paling canggih dan paling besar tetapi malangnya ketiadaan pemandu yang dapat mengendalikan pesawat itu dengan selamat dan selesa maka hasilnya tidak membawa apa-apa faedah melainkan kerugian harta benda negara. Buat masa ini masih didapati kesukaran untuk mengakses maklumat daripada laman-laman web dari Malaysia berbanding dengan negara lain yang setaraf khusus berkaitan pendidikan. Pada pandangan saya, ini berpunca daripada kurangnyanya profesional yang berupaya menyediakan tapak tersebut serta kandungannya lanjutan daripada kekurangan dalam modal insan. Ketiga, mewajibkan program-program seperti di atas ke dalam kurikulum IPG. Rasional saranan ini ialah program yang tersebut di atas merupakan” trend”

21

LOKMANHAKIM AB WAHID

IPG IPOH

semasa pendidikan di alaf ini. Jika kita menolak bermakna kita sudah menyimpang dari arus semasa dan dengan tersendiri kita tidak boleh di terima di peringkat dunia. Sebagai permulaan pihak IPG telah memasukkan elemen PBL ke dalam taksiran kerja kursus bagi salah satu program Ijazahnya. Keempat, memastikan semua aplikasi ini mudah di akses oleh pelajar, pensyarah, dan masyarakat dari pelbagai lapisan termasuk orang kurang upaya(OKU). Perlu ada satu makanisma bagaimana ia boleh di akses dengan mudah. Contohnya selain boleh di akses melalui komputer riba, di pusat sumber IPG atau sekolah, ia juga boleh diakses secara percuma di tempat-tempat awam. Kelima, memastikan adanya perkhidmatan lepas beli yang jujur, latihan penggunaan peralatan yang berkala dan pemantauan yang berterusan dari pihak IPG atau Kementerian yang bertanggung jawab. Amalan akauntabiliti di semua peringkat. Dengan langkah begini kita bukan sahaja akan memperolehi teknologi yang bermutu malah pembekal yang bertanggung jawab yang sama-sama menikmati manfaatnya ke tahap maksima.

4.6

Penyelidikan dan Pembangunan

Penyelidikan dan pembangunan adalah sesuatu yang mesti bagi sesebuah organisasi kerana ia membantu meningkatkan keberkesanan terhadap program yang sedang kita laksanakan. Keperihatinan kerajaan mengenai penyelidikan dan pembangunan ada tercatat dalam PIPP iaitu saranan supaya meningkatkan R&D oleh warga KPM. Melalui R&D dapat di ketahui sejauh mana perlaksanaan,

22

LOKMANHAKIM AB WAHID

IPG IPOH

keberkesanan, kekangan-kekangan yang di hadapi seterusnya maklumat ini akan diguna oleh perancang-perancang untuk tujuan mengatasi masalah dan membuat penambahbaikan ke atas program-program sasaran. Di peringkat dunia sumbangan R&D dalam meningkatkan pencapaian sesebuah organisasi adalah sesuatu yang tidak boleh dinafikan. Syarikat Motorola telah membelanjakan AS$60 juta untuk latihan dan penyelidikan, hasilnya syarikat ini memperolehi keuntungan AS$33 bagi setiap AS$1 yang dibelanjakan (Micheal Yeoh, 2003). Bukti ini jelas menunjukkan betapa penyelidikan berupaya memberikan pulangan yang besar hasil daripada maklumat dan tindakan susulan yang diambil. Setakat ini aktiviti R&D memang dijalankan oleh IPG disamping program kajian tindakan yang bersifat tempatan. Justeru, peranan penyelidikan dan pembangunan (R&D ) dalam memenuhi hasrat pendidikan bertaraf dunia maka langkah-langkah berikut perlu dilaksanakan. Pertama, memastikan semua warga KPM khususnya pensyarah IPG dan pelatih guru benar-benar mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang bersesuaian dalam penyelidikan kerana tanpa pengetahuan dan kemahiran ini R&D tidak boleh dijalankan. Hasil penemuan yang diperolehi melalui kaedahkaedah dan instrumen-instrumen yang sah sahaja boleh diberi pengiktirafan. Penghantaran mereka ke kursus berkaitan R&D dan latihan dalaman sangat membantu IPG dalam hal ini. Kedua, pihak pengurusan perlu menentukan secara jelas apakah matlamat dan objektif penyelidikan yang akan dijalankan. Apakah sasaran yang mahu dipenuhi? Untuk itu setiap pengurus R&D IPG perlu merangka satu plan kerja

23

LOKMANHAKIM AB WAHID

IPG IPOH

yang mantap. Contohnya, pastikan setiap program yang dijalankan di IPG mesti disusuli dengan R&D dan dilaksanakan melalui satu jadual kerja yang “standard” untuk semua IPG. Ketiga, menerapkan budaya menyelidik di peringkat sekolah rendah lagi dan mewajibkannya diperingkat menengah. Apabila amalan ini menjadi budaya masyarakat Malaysia khususnya warga IPG akan kita saksikan kebanjiran maklumat yang sangat tinggi nilainya. Kempat, sokongan maha penting ialah kewangan. Seperti yang disebutkan sebelum ini mengenai Motorola, faktor kewangan adalah penentu terpenting kejayaan R&D seterusnya organisasi terlibat. Pihak pengurusan perlu menerima hakikat bahawa peruntukan kewangan yang munasabah sangat diperlukan. Contohnya seperti yang pernah saya alami, dengan wang RM1000 untuk urusan perjalanan, makan minum dan penginapan penyelidik adalah sesuatu yang tidak boleh diterima, apatah lagi untuk mengharapkan satu hasil yang terbaik. Kelima, tetapi bukan yang terakhir ialah pentadbir atau pengurus perlu menghormati dan memberi respon yang positif terhadap hasil dapatan atau penemuan penyelidik . Sebagai contoh dengan memberi sokongan kepada mereka membuat pembentangan diperingkat kebangsaan atau antarabangsa. Kemudian memberi satu bentuk insentif sebagai tanda pengiktirafan dan penghargaan pihak pengurusan ke atas penemuan para penyelidiknya.

24

LOKMANHAKIM AB WAHID 5.0

IPG IPOH

Rumusan

Malaysia boleh mencapai pendidikan bertaraf dunia atau setaraf dengan negaranegara maju di dunia dengan menjadikan visi, misi dan dasar-dasar kerajaan sebagai titik permulaaan dalam semua tindakan. Penentuan matlamat yang jelas dan ketepatan dalam pemilihan strategi sangat penting diikuti dengan langkahlangkah perlaksanaan yang berpaksikan kepada Falsafah Pendidikan Negara. Melalui penggubalan kurikulum yang yang mantap, bersesuaian dengan perkembangan terkini, mewujudkan sistem pendidikan terbuka yang memberi peluang pendidikan sama rata untuk rakyat, sikap dan sahsiah guru yang proaktif seperti kata pepatah belum disuruh sudah pergi , penyediaan prasarana berkualiti oleh mereka yang boleh dipertanggungjawabkan dan beretika, mengaplikasi teknologi yang canggih dengan ilmu dan kemahiran, dan akhirnya dengan memastikan program penyelidikan dan pembangunan dijalankan dengan cara bijaksana disamping pemberian insentif kepada para penyelidik. Kejayaan misi ini sebenarnya bergantung kepada keupayaan sistem pengurusan, pentadbiran, penyampaian, pemantauan dan penilaian yang cekap dan berkesan di semua peringkat IPG serta kerjasama dan komitmen semua warga Kementerian Pelajaran Malaysia. Sokongan kewangan yang mantap, pemimpin yang berwibawa, berilmu pengetahuan dan berktrampilan , semua ini akan merealisasikan negara Malaysia mempunyai pendidikan bertaraf dunia menjelang 2020. Insya Allah.

25

LOKMANHAKIM AB WAHID

IPG IPOH

Bibliografi Ab.Halim Abdul Rahim, (2004)., Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum.,Fajar Bakti., Shah Alam. Plan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010., Kementerian Pelajaran Malaysia.,Jan 2007., Putrajaya. Harper, Dennis Owen, (1984).Using Computer-assisted Learning for Teacher Training in Malaysia. Dissertation (Ph.D.), Santa Barbara, University of California, 1984. 348p. Micheal Yeoh, (2003). Wawasan dan Kepimpinan. Nilai dan Strategi Ke Arah Wawasan 2020, Utusan Publication, Kuala Lumpur. Maier, P.,Bamet, L.,Warren, A.&Bruner, D.(1998). Using Technology in Teaching and Learning. London. Othman Alhabshi, (2001). Dasar dan Pelaksanaan Sistem Pendidikan Kebangsaan. UNITAR. Roblyer, M.D.,Edwards,J.&Harrilak, M.A.(1997). Integration Educational Technology into Teaching.New Jersey:Prentice Hall. Schooley, C. (2002, October). Future Direction in the K-12 Education Technology Services. Giga Information Group, Inc.

26

Related Documents