Penderhakaan Hang Jebat

  • Uploaded by: Nur Ain Mohd Amin
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Penderhakaan Hang Jebat as PDF for free.

More details

  • Words: 2,887
  • Pages: 8
FALSAFAH DAN LOGIKAL MELAYU JXEA 11O4

TAJUK: PENDERHAKAAN HANG JEBAT

PENSYARAH: Prof. Dr. Amran Muhammad NAMA: Mohd Faizul Bin Ismail NO. METRIK: JEA 080041

Semesta 1, Sesi 2008/2009 Akademi Penganjian Melayu Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

“Falsafah boleh ditakrifkan sebagai satu penyelidikkan atau pengajian dan ilmu yang berasaskan renungan ( reflective ) dan pertaakulan ( reasoning ) untuk merumuskan sifat, hakikat dan kandungan alam wujud atau alam semesta dilihat secara keseluruhan sebagai satu kesatuan, berdasarkan penelitian dan pengkajian terhadap data dan fakta yang diambil daripada semua aspek alam wujud atau alam semesta.’’ ( B.A.G. Fuller A History of Philisophy, 1955:1 ). Perkataan falsafah pada asalnya berasal daripada bahasa yunani atau Greek purba dan pertama kali digunakan oleh Pythaghoras ( 570-540 sebelum masihi (S.M) iaitu ahli fikir Yunani dalam abad ke-6 S.M. Perkataan falsafah mengandungi gabungan dua perkataan iaitu “ philo’’ bermaksud “cinta’’ dan “sophia’’ bermaksud “kebijaksanaan’’. Oleh itu falsafah boleh diertikan sebagai “cinta dan kebenaran’’. Derhaka bermakna satu perbuatan khianat, belot, durjana,berpaling padah, curang atau perbuatan jahil. Kamus pelajar menerangkan, makna derhaka itu sebagai satu perbuatan tidak taat kepada tuhan, negara, sultan, orang tua dan lain-lain. Kamus dewan dan bahasa edisi ke-3 menafsirkan makna derhaka sebagai satu perbuatan tidak taat atau khianat iaitu satu perbuatan yang menentang satu kekuasaan yang sah. Ini bermakna perbuatan derhaka adalah satu perbuatan yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Perbuatan derhaka ditafsirkan sama dengan perkataan khianat. Perbuatan derhaka pada zaman kesultanan melayu amat dipandang serius. Pelbagai cerita yang telah ditulis mengenai perbuatan derhaka pada zaman dahulu. Cerita-cerita ini ditulis mungkin ada sebab-sebab tertentu . Pada pendapat saya, cerita –cerita ini ditulis adalah untuk dijadikan teladan kepada generasi-generasi yang akan datang. Contoh cerita yang biasa kita baca seperti Hikayat Tun perak, Hikayat Hang Tuah dab sebagainya lagi menjadi sebagai satu cerita sejarah yang banyak memberi teladan malah gambaran terhadap zaman kesultanan melayu pada zaman dahulu kala. Tidak hairan la cerita ini masih menjadi bahan cerita dari generasi ke generasi yang disampaikan kepada anak cucu. Selain itu cerita ini juga boleh dijadikan teladan kepada kita pada masa kini. Tajuk yang akan saya kupaskan adalah berkenaan tentang sejarah wira tanah melayu pada zaman kesultanan melaka. Hang Tuah adalah hikayat yang diketahui oleh umum. Pelbagai cerita tentang kehebatan beliau bersama dengan empat orang lagi saudaranya iaitu Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Kasturi dan Hang Lekiu. Pelbagai kehebatan yang dicipta oleh mereka dalam sejarah tanah melayu dan kisah persahabatan mereka juga amat mengagumkan. Hikayat tentang mereka diceritakan turun-temurun dan sehingga hari ini dan generasi ini masih mengetahui hikayat Hang Tuah ini. Didalam Hikayat Hang Tuah ini ada menceritakan tentang pertarungan antara Hang Tuah dengan Hang Jebat. Pertarungan dua sahabat ini adalah berkaitan dengan penderhakaan yang telah dilakukan oleh Hang Jebat kepada Sultan Mansur Shah. Pertarungan yang telah terjadi didalam istana sultan telah mengakibatkan maruah sultan jatuh dan kerana itulah Hang Tuah diperintahkan oleh Sultan Mansur Shah untuk membunuh Hang Jebat bagi menghilangkan malu yang telah diberikan oleh Hang Jebat itu. Dalam hikayat ini dapat kita lihat tentang kedaulatan sultan dan selain itu memaparkan nilai-nilai setiakawan yang telah ditunjukkan oleh Hang Jebat bagi membela kematian sahabatnya dan juga pendirian Hang Jebat untuk menegakkan keadilan.

Daripada petikan itu, dapat dilihat bergitu besar sekali penderhakaan yang dilakukan oleh Hang Jebat sehingga Sultan Mansur Shah begitu murka. Penderhakaan Hang jebat bukan bermotifkan kuasa dan pangkat. Penderhakaan Hang Jebat adalah untuk mendapatkan keadilan yang sewajarnya. Begitukah semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh Hang Jebat? Sampai sanggup melakukan penderhakaan yang teramat besar kesalahannya? Pada zaman itu dapat dilihat bergitu tinggi martabat sultan sehinngga apa yang dilakukan oleh Hang Jebat adalah kesalahan sehingga dibunuh sendiri oleh kawan baiknya yang selama ini dia pertahankan untuk mendapatkan keadilan iaitu Hang Tuah. Apa yang dapat dilihat dalam petikan itu menunjukkan penderhakaan Hang Jebat bermotifkan sesuatu iaitu untuk mendapatkan keadilan yang sewajarnya. Penderhakaan yang mengemparkan kota melaka pada masa itu sehingga semua panglima, pendekar dan rakyat jelata sehinggakan sultan sendiri tidak mampu untuk mengawal keadaan tersebut.Adakah keadilan yang diingini oleh Hang Jebat tercapai selepas melakukan penderhakaan itu? Pada pandangan saya, apa yang dicari oleh Hang Jebat adalah kematian. Hang Jebat ibarat membunuh diri sendiri. Keadilan yang ingin dicari oleh Hang Jebat itu seperti angan-angan kosong. Ini kerana perintah dan segala arahan sultan ibarat daulat yang dijunjung oleh setiap rakyat dan rakyat perlu patuh pada perintah itu. Tindakkan yang diambil oleh Hang Jebat itu ibarat menconteng arang pada muka sultan. Kemanakah akal yang tuhan bagi pada Hang Jebat? Sehingga berfikir tentang melakukan kesalahan yang amat besar ini? Bagi pendapat saya, semua akal dan pemikiran yang ada pada Hang Jebat pada masa itu telah ditutup oleh nafsu untuk menegakkan keadilan dan mungkin dia telah berfikir habis-habisan sebelum melakukan penderhakaan ini. Kemaluan yang diberikan oleh Hang Jebat ibarat memperlekehkan sultan sehingga istana tempat tinggal sultan ditawan dan dijadikan tempat untuk dia melakukan penderhakaan. Bertapa aibnya Sultan Mansur Shah. Keaiban itu dapat kita lihat pada perintah yang dikeluarkan oleh sultan sehingga mengumpul seluruh rakyat melaka untuk melawan Hang Jebat sekaligus untuk membunuh dia tetapi semua itu adalah perbuatan sia-sia sahaja. Disini ditunjukan tentang kehebatan empunya keris Tamingsari sehingga tiada rakyat bahkan panglima yang handal pun tidak berani mendekati Hang Jebat kerana apa yang pasti kematian akan mengundang kepada rakyat atau panglima yang ingin menentang Hang Jebat. Dalam perenggang kedua ada menyebut “ Rupa manusia sesak penuh tiada bersela lagi; rupa jebang perisai berlapis-lapis, tombak lembing seperti ranggas, tetapi tiada dapat seorang menaiki Hang Jebat’’. Apa yang dapat saya lihat adalah bergitu sia-sia ratusan orang mungkin sampai ribuan orang yang datang bertandang ke istana semata-mata untuk menangkap atau membunuh Hang Jebat tetapi hampa. Harapan sultan untuk menghilang aib yang diberikan oleh Hang Jebat ibarat putus harapan. Tiada senjata yang hebat yang dapat digunakan untuk mengembalikan kehormatan sultan. Saya ibarat kan sultan bagaikan putus akal dan harapan yang dilihat oleh beliau adalah Hang Tuah yang dianggap persalah yang telah dihukum mati tanpa membuat usul periksa yang adil. Ibarat nasi sudah menjadi bubur. Itulah ibarat yang sesuai yang saya berikan kepada sultan kerana sultan harus berfikir dengan teliti setiap tindakan yang diambil.

Selain penderhakaan yang dilakukan oleh Hang Jebat, terdapat juga penderhakaan yang Seri Nara Diraja lakukan. Tetapi penderhakaan yang dilakukan oleh Seri Nara Diraja adalah tidak melakukan perintah yang diberikan sultan kepada beliau. Perintah hukuman mati Hang Tuah yang dititahkan oleh sultan tidak dilaksanakan bahkan Hang Tuah disorok oleh beliau disuatu tempat yang tidak diketahui umum. Penderhakaan yang dilakukan oleh Seri Nara Diraja tidak dimurkai oleh sultan tetapi disambut dengan kegembiraan ibarat sinar harapan yang muncul untuk menghapuskan Hang Jebat. Disini dapat saya katakan bahawa setiap penderhakaan mempunyai peringkat-peringkat tertentu dan sultan mempunyai kuasa mutlak keatas setiap kesalahan yang dilakukan oleh rakyat dinegeri bawah pimpinannya. Seperti penderhakaan yang dilakukan oleh Seri Nara Diraja itu, sultan menyambut khabar berita itu dengan penuh kegembiraan harapan sehingga dikurniakan pangkat tinggi dan kedudukan yang tinggi kerana penderhakaan yang dilakukan oleh beliau. Tetapi pada pendapat saya, Seri Nara Diraja ini pandai mencari peluang kerana apabila sultan menyebut-yebut tentang Hang Tuah barulah beliau berani berterus terang kepada sultan tentang penderhakaan yang telah dilakukan. Selepas sultan mendapat pengkhabaran yang mengembirakan itu, diperintah kepada Seri Nara Diraja untuk menjemput Hang Tuah untuk mengadap baginda. Bergitu mudah sultan memaafkan kesalahan Hang Tuah selepas apa yang difitnahkan kepadanya dahulu sehingga sultan melupakan kemurkaan yang dilakukan oleh Hang Tuah bergitu sahaja. Bahkan sultan menjemput Hang Tuah ibarat wira yang hebat, yang pulang untuk mengembalikan maruah yang telah dijatuhkan oleh Hang Jebat. Bergitu mudah untuk menjatuhkan hukuman dan memaafkan kesalahan yang digolong dalam kesalahan yang berat pada zaman itu bila seseorang itu mempunyai kuasa yang mutlak. Orang yang dahulunya dianggap penderhaka kini mendapat anugerah yang tertinggi dari sultan. Ini semua dapat dilihat apabila sultan menganugerahkan keris diraja kepada Hang Tuah untuk membunuh Hang Jebat dan sekaligus mengembalikan maruahnya sebagai sultan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kuasa sultan adalah mutlak pada masa itu. Semua kata- kata atau perintah yang dikeluarkan oleh sultan harus dituruti tanpa ada sebarang bangkangan daripada rakyat. Pada zaman itu dapat saya lihat juga kesalahan menderhaka adalah satu kesalahan yang sangat besar kesalahannya sehingga membawa kepada hukuman mati. Tidak kemaafan yang dapat saya lihat dari perintah sultan ini dan Hang Tuah harus memikul tanggungjawab ini untuk menghapuskan Hang Jebat penderhaka itu. Selain hukuman bunuh terhadap penderhaka, saya juga terbaca tentang hukuman yang dikenakan terhadap semua keturunan penderhaka. Apa yang saya faham tentang hukuman kepada penderhaka adalah tidak kepada individu sahaja tetapi ia melibatkan semua keturunan. Hukuman yang dikenakan terhadap semua keturunan penderhaka adalah sama dengan hukuman penderhaka itu iaitu hukuman bunuh. Ini dapat saya lihat selepas sultan mengarahkan hukuman bunuh terhadap semua keturunan Hang Jebat sehingga rumah Hang Jebat dimusnahkan supaya semua keturunan dan harta benda milik Hang Jebat lenyap.

Selain itu juga, saya dapat melihat konsep setiakawan dalam petikan ini. Dimana Hang Jebat bersungguh-sungguh untuk menegakkan keadilan terhadap kawan baiknya, Hang Tuah. Apa yang saya hendak katakan adalah penderhakaan Hang Tuah terhadap nilai setiakawan yang telah ditunjukkan oleh Hang Jebat sehingga sanggup membunuhnya. Mungkin penderhakaan ini tidak melibatkan pihak lain, tetapi bila saya membaca kisah ini, saya merasakan tindakan Hang Tuah satu pengkhianatan terhadap persabatan merasa. Memang tidak salah saya mengatakan ini juga satu penderhakaan? Tetapi penderhakaan ini mungkin tidak dapat dilihat oleh sultan atau pun rakyak negeri melaka pada masa itu. Saya merasakan Hang Tuah akan mempunyai perasaan ini setelah mengetahui penderhakaan Hang Jebat adalah disebabkan untuk menuntut keadilan beliau. Disini saya ingin menyentuh sedikit hal yang berkaitan tentang persahabatan. Persahabatan antara Hang Tuah dengan Hang Jebat amat mengangumkan. Bila saya baca cerita permulaan hikayat Hang Tuah ini dapat saya rasakan nilai persahabatan yang ditunjukkan amat mengaharukan. Mereka ini boleh dianggap saudara kandung. Tapi keakraban persahabatan mereka tidak kekal lama sehinggalah berlakunya pertarungan hidup mati ini. Perbezaan tentang prinsip yang ingin mereka berdua pertahankan adalah berbeza iaitu prinsip yang dipertahankan oleh Hang Tuah adalah ketaatan kepada sultan manakala prinsip yang ingin Hang Jebat pertahankan adalah keadilan. Pelbagai persoalan yang saya dapat bila saya membaca petikan ini. Antaranya; adakah Hang Tuah tidak menghargai penderhakaan yang dilakukan oleh sahabat baiknya iaitu Hang Jebat untuk mencari keadilan pada hukuman mati pada beliau? Dan adakah penderhakaan Hang Jebat itu membawa perubahan kepada pemerintah sultan? Disini saya dapat rasakan perbuatan Hang Jebat adalah sia-sia sahaja. Beliau dianggap sebagai pesalah dan hukuman mati yang dititahkan oleh sultan kepada Hang Tuah untuk membunuhnya diterima oleh seluruh rakyat. Sehingga kini penderhakaan Hang Jebat diketahui dan masyarakat mengangap Hang Jebat adalah salah. Kematian di tangan sahabat sendiri mungkin memberi kesan kepada Hang Jebat kerana keadilan yang dituntutnya untuk sahabat dibalas dengan pertarungan untuk membunuhnya. Dalam petikan juga menunjukkan ketaatan kepada sultan. Ini dapat dilihat apabila Hang Tuah diperintahkan untuk membunuh Hang Jebat. Adakah Hang Tuah menerima perintah itu dengan rela hati? Relakah Hang Tuah mengkhianati persahabatan antara mereka berdua yang bagaikan adik beradik? Bagi pandangan saya, jiwa Hang Tuah pada masa itu hanya ada ketaatan kepada sultan. Baginya perintah sultan adalah segala-galanya dan harus dituruti dan dilaksanakan seperti yang disuruh. Hang Tuah menolak semua perkara yang berkaitan dengan diri beliau dan mengutamakan sultan dahulu. Saya ibaratkan matlamat hidup Hang Tuah adalah untuk sultan sahaja dan tiada perkara lain dapat mengugat pendiriannya itu.

Dalam Hikayat Hang Tuah ini dapat dilihat bahawa setiap orang yang melakukan derhaka akan menerima kesan dan akibat yang amat buruk. Derhaka kepada raja akan membawa kepada kemusnahan. Ini kerana raja mempunyai kedaulatan yang tidak boleh dipertikaikan. Penderhakaan yang telah dibuat oleh Hang Jebat bukan sahaja mengundang kematian kepada dirinya, tetapi kesemua ahli keluarganya juga turut terlibat dan dikenakan hukuman sepertinya. Perbuatan derhaka ini juga berlaku di dalam hikayat lain. Contoh penderhakaan yang telah dilakukan oleh Sang Rajuna Tapa terhadap rajanya iaitu Raja Singapura. Sang Rajuna Tapa merupakan bendahari kerajaan Singapura tetapi beliau telah belot dan menderhaka kepada rajanya kerana rasa tidak puas hati kerana tindakan sultan telah menyula anak perempuannya yang tidak bersalah. Hukuman yang diperolehi oleh Sang Rajuna Tapa akibat melakukan penderhakaan itu ialah beliau telah menjadi batu. Cerita dari hikayat ini mempunyai persamaan dengan Hikayat Hang Tuah. Ini kerana, setiap penderhakaan yang dibuat terhadap sultan pasti akan menerima hukuman. Kedudukan sultan yang amat dipandang mulia oleh masyarakat terdahulu memang tidak boleh dipertikaikan. Segala perbuatan yang mendatangkan kemurkaan sultan akan memperolehi hukuman daripada sultan. Rakyat di bawah titah baginda harus menghormati sultan dan kedudukan sultan adalah mulia. Cerita itu juga menunjukkan tindakan yang sia-sia walaupun perderhakaan yang di buat oleh Hang Jebat itu adalah untuk menegakkan keadilan tetapi beliau tetap bersalah dan sultan adalah betul. Derhaka juga dilarang dalam agama. Kepercayaan masyarakat terhadap pembalasan di hari akhirat megukuhkan lagi kedudukan raja. Selain itu juga nilai “daulat dan kesetiaan” yang wujud dalam diri masyarakat tradisional membuat mereka semua setia kepada sultan. Ini dapat dilihat bahawa rakyat tidak boleh merendah-rendahkan kedudukan raja. Selain itu setiap perbuatan derhaka akan ditimpa kecelakaan membuatkan rakyat mentaati sultan. Apa yang jelas dilihat pada cerita dalam Hikayat Hang Tuah ini adalah hiraki kedudukan sultan adalah yang paling tinggi dan dihormati. Kedudukan sultan terus dipandang mulia sehingga hari ini dan rakyat seharusnya tidak melakukan perkara yang mendatang kesalahan yang boleh mendatangkan kemurkaran dari sultan.

HANG JEBAT KESIANGAN DI ISTANA Maka Hang Jebat kesiangan dalam istana, lalu ia hendak mengamuk. Maka Sultan Mansur Shah dengan Raja Perempuan serta dayang-dayang perwara sekalian turunlah dari istana itu, pindah ke istana yang lain. Maka Hang Jebat pun dikepung oranglah. Maka sultan Mansur Shah pun semayam di balai kecil menghadapi orang mengempung Hang Jebat itu. Bendahara Paduka Raja dengan segala Orang Besar-besar hulubalang sekalian ada belaka mengadap. Rupa manusia sesak penuh tiada bersela lagi; rupa jebang perisai berlapis-lapis, tombak lembing seperti ranggas, tapi seorang pun tiada dapat menaiki Hang Jebat itu. Adapun pada zaman itu Hang Jebat bukan barang-barang orang, dibawah Hang Tuah dialah yang terbilang. Maka oleh Hang Jebat semua pintu itu dikancingnya; Maka oleh pintu yang dihadapan jua dibukanya. Maka segala talam, kerikil, batil, ceper, dulang gangsa, dikaparkan dilantai istana itu. Maka diatas itulah dia berlari kesana kemari, gemerencing bunyinya, memberi hebat yang mendengarnya. Maka Sultan Mahmud Syah pun bercakap menaiki dia. Maka Sultan Mahmud Syah pun mengenangkan Laksamana Hang Tuah, titah baginda: “ Sayangnya si Tuah tiada, jikalau ada si Tuah, dapatlah dia menghapuskan kemaluanku!’’ Setelah mendengar titah baginda mengenang Hang Tuah itu, maka Bendahara Paduka Raja dan Seri Nara Diraja dan segala Orang Besar-besar pun bermohonlah hendak menaiki Hang Jebat. Maka tiada diberi Sultan Mansur Shah; titah baginda: “ Jika tuan hamba sekalian salah seorang bermara, jika seribu sekalipun nyawa si Jebat, masa kita samakan dengan tuan-tuan sekalian.’’ Maka segala Orang Besar-besar itu pun diamlah. Maka Sultan Mansur Syah murka akan segala hulubalang muda-muda, oleh tiada mau menaiki Hang Jebat itu. Maka segala hulubalang yang muda-muda itu pun semuanya pergi, hendak menaiki Hang Jebat; sekalian habis terjun menyampakkan dirinya ke tanah. Setelah dilihat oleh Sultan Mansur Syah perihal itu, maka baginda pun mengenangkan Hang Tuah pula. Telah tiga kali Sultan Mansur Syah menyebut-yebut Hang Tuah itu, maka Seri Nara Diraja pun datang sembah; “ Tuanku, patik memohonkan ampun, mengapatah duli tuanku sangat amat mengenangkan Hang Tuah, orang yang sudah mati; patik pun adalah khilaf, kerana belum patut hukumnya mati; kerana Hang Tuah bukan barang-barang hamba ke bawah duli Yang Dipertuan. Maka titah Sultan Mansur Syah, “ Sebab itulah maka kita mengenangkan si Tuah. Jika ia ada, tadilah sudah dihapuskan pekerjaan si derhaka itu; sayang si Tuah tiada!’’ Dilihat Seri Nara Diraja Sultan Mansur syah sangat-sangat mengenangkan Hang Tuah itu, maka Sembah Seri Nara: “ Tuanku, jikalau sekiranya Hang Tuah seperi-perinya ada hidup, adakah ampun duli Yang Dipertuan akan dia?’’ Maka titah Sultan Mansur Syah, “ Adakah si Tuah Seri Nara Diraja taruh?’’ Maka sembah Seri Nara Diraja, “ Tuanku, gila apakah patik menaruh Hang Tuah. Duli tuanku menyuruh membuangkan dia, sudahlah patik buangkan; maka patik bertadang sembah demikian sebab duli Yang Dipertuan sangat mengenang dia. Jikalau ada kiranya ia, adakah ampun duli Yang Dipertuan akan ia?”

Maka titah Sultan Mansur Syah, “ Jikalau ada si Tuah itu, jika seperti Bukit Kaf sekalipun besar dosanya, nescaya kita ampuni. Hanya kepada bicara kita ada juga si Tuah. Jikalau ada segeralah bawa kemari, supaya kita ampuni, kita suruhkan membunuh Hang Jebat”. Maka sembah Seri Nara Diraja, “ Ampun tuanku beribu-ribu kali ampun atas batu kepala patik. Tatkal titah duli Yang Dipertuan menyuruh membunuh Hang Tuah itu, maka fikir patik belum patut Hang Tuah itu dibunuh sebab dosanya itu. Hang Tuah bukan barang-barang hamba ke bawah duli Yang Dipertuan; kalau-kalau ada perkenaan kepada kemudian hari. Sebab itulah maka ia patik taruh pada dusun anak patik, patik suruh pasung; melainkan ampun kebawah Duli Yang Dipertuan juga akan patik”. Maka Sultan Mansur Syah pun terlalu sukacita mendengar sembah Seri Nara Diraja itu. Maka titah baginda, “ Syabas! Bahawa Seri Nara Dirajalah sempurna hamba.” Maka titah baginda kepada Seri Nara Diraja, “ Segeralah si Tuah suruh dibawa ke mari.” Maka Seri Nara Diraja pun menyuruh orang mengambil Hang Tuah; maka Hang Tuah datanglah dibawa orang kehadapan Sultan Mansur Syah. Pucat, kurus, berjalan teranggaranggar. Miskinan Hang Tuah belas segala yang memandang, kerana lama dalam pasungan. Setelah Sultan Mansur Syah melihat Hang Tuah datang, maka dianugerahi baginda ayapan. Setelah sudah Hang Tuah makan, maka oleh Sultan Mansur Syah diambil keris daripada pinggang baginda, dianugerahi pada Hang Tuah; maka titah baginda, “ Basuhkan arang dimuka aku,” Maka sembah Hang Tuah, “ Insya-Allah Taala, baiklah tuanku.” Maka Hang Tuah pun menjunjung duli, lalu pergi mendapatkan Hang Jebat. Rujukan Edisi pelajar- Sulalatus Salatin ( Sejarah Melayu ) A. Samad Ahmad

Related Documents

Penderhakaan Hang Jebat
October 2019 33
Patrol Hang Jebat
May 2020 29
Hang
November 2019 30
Hang
November 2019 31
Hang Ti
November 2019 18

More Documents from ""

Pantun Budi
October 2019 46
Al-ghazali
October 2019 46
Nazam Ajal
October 2019 53
Al-kindi
October 2019 40
Tajus Salatin
October 2019 36
St-01-01
October 2019 48