Pendekatan & Strategi Pengajaran

  • Uploaded by: nadia burn
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pendekatan & Strategi Pengajaran as PDF for free.

More details

  • Words: 1,204
  • Pages: 7
Pengajaran ialah satu aktiviti atau proses berkaitan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu. Ia meliputi perkara seperti aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian. Menurut Thomas F. Green, tujuan mengajar ialah menukar tingkah laku dan kelakuan pelajar melalui pemerolehan ilmu pengetahuan atau kepercayaan baru. Beliau berpendapat, di dalam proses pengajaran, aktiviti latihan atau pelaziman adalah satu usaha menukarkan tingkah laku pelajar. Manakala, teknik tunjuk ajar atau indoktrinasi adalah digunakan untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dan kepercayaan baru. Disini akan diterangkan tentang beberapa strategi dan pendekatan yang digunakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Strategi yang pertama ialah strategi pemusatan guru. Strategi ini melibatkan guru yang memainkan peranan yang utama. Di dalam proses P&P, guru yang akan mengawal persekitaran kelas, memberi penerangan dan murid hanya bertindak sebagai pendengar sahaja. Terdapat beberapa ciri di dalam startegi ini iaitu yang pertama ialah komunikasi antara guru dan murid adalah sehala kerana guru bertidak sebagai penyampai dan murid hanya sebagai penonton. Ciri kepimpinan guru adalah bersifat autokratik iaitu murid-murid tidak berpeluang untuk menyumbangkan pendapat mereka kerana guru yang bertindak mengawal keseluruhan kelas dan memberi arahan. Strategi ini lebih mengutamakan pencapaian objektif pengajaran guru dan penyebaran ilmu pengetahuan lebih diuatamakan berbanding penyebaran nilai murni dan perkembangan emosi. Selain itu, perkara yang diutamakan ialah pencapaian murid dalam keputusan

peperiksaan dan ujian serta teknik pengajaran guru ditumpukan kepada penyampaian fakta secara menghafal. Oleh yang demikian, murid tidak dapat membuat interpretasi sendiri dan mereka menjadi kurang pasif serta sifat-sifat sosial yang positif kurang dapat dipupuk. Seterusnya ialah berkenaan dengan strategi berpusatkan murid. di bawah strategi ini, murid memainkan peranan yang utama. Murid digalakkan untuk bergiat aktif dalam proses P&P dan guru hanya sebagai pemimpin untuk membimbing murid dalam menjalankan aktiviti sama ada secara berkumpulan atau individu. Perkara yang menajdi pertimbangan asas semasa menggunakan strategi ini adalah kaedah kumpulan, inkuiri penemuan, perbincangan, penyelesaian masalah, bermain, simulasi dan sumbangsaran. Perkembangan murid adalah seimbang dan menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Selain itu, ujian formatif ditekankan dan keputusan ujian kerap kali digunakan untuk mengesan kelemahan murid. Penyampaian guru pula ditumpukan kepada pengajaran yang bermakna supaya murid memahami maklumat yang disampaikan dan mereka berupaya membuat kesimpulan sendiri. Di bawah strategi ini, murid dapat melibatkan diri secara aktif serta menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif. Strategi pengajaran yang berikutnya ialah strategi pemusatan bahan. Strategi ini menjadikan guru sebagai fasilitator yang menekankan kepada penggunaan alat bantu mengajar (ABM) seperti slaid, video, gambar, kaset, radio, model, komputer dan sebagainya. Dalam strategi ini, guru menggunakan ABM tersebut ketika proses P&P dijalankan. Ia bertujuan supaya proses P&P

menjadi lebih menarik dan penyampaian maklumat dapat dilakukan secara berkesan. Murid-murid juga dapat belajar dengan bersemangat sekiranya guru pandai menggunakan ABM yang sesuai. Seterusnya ialah penerangan tentang pendekatan yang digunakan dalam proses P&P. Terdapat tiga jenis pendekatan iaitu induktif, deduktif dan elektif. Pendekatan induktif melibatkan aktivit mengumpul dan menafsir maklumatmaklumat, kemudian membuat kesimpulan. Dalam penggunaan kaedah ini, guru akan memulakan pengajarannya dengan memberikan beberapa contoh yang khusus tetapi mengandungi satu prinsip yang sama. Berdasarkan contoh-contoh yang diberikan, murid dibimbing memikir, mengkaji, mengenal pasti dan mentafsir maklumat yang terkandung dalam contoh-contoh khusus itu, kemudian kesimpulan yang diberikan. Di dalam situasi pelajaran yang menggunakan pendekatan induktif ini, guru boleh mengemukakan contoh yang khusus, diikuti soal jawab untuk membimbing murid-muridnya memerhati, mengkaji, mengenal pasti prinsip atau fakta penting. Semasa menjalankan aktiviti P&P, guru tidak digalakkan memberi sebarang penerangan atau menghuraikan kesimpulan itu. Guru hanya membimbing murid melalui aktiviti soal jawab, mentafsir dan membuat kesimpulan daripada contoh yang kemukakan. Kelebihan pendekatan induktif

ini

ialah

murid

melibatkab

diri

secara

aktif, bersifat

saintifik,

menggalakkan murid berfikir dan ia berpusatkan murid. Namun, terdapat juga kelemahannya iaitu sukar mendapatkan kerjasama daripada murid-murid, menggunakan banyak masa apabila murid-murid diminta memberikan contoh, membebankan tugas guru kerana banyak persediaan harus dilakukan dan

kurang bermanfaat kepada murid pandai. Kaedah induktif adalah salah satu kaedah mengajar yang sesuai digunakan untuk pelbagai mata pelajaran, khususnya Matematik, Sains dan Bahasa. Dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti induktif dengan berkesan, guru perlu memahami dan mematuhi prinsip-prinsip penggunaan strategi pengajaran induktif yang dihuraikan seperti berikut :



Sebelum memulakan aktiviti P&P secara induktif, guru harus menyediakan contoh-contoh yang boleh menbantu murid membuat rumusan.



Disamping itu, soalan-soalan harus disediakan untuk membimbing murid mendapat kesimpulan yang berkenaan



Guru tidak harus memberi penerangan atau menghuraikan isi pelajaran yang berkaitan dengan kesimpulan.



Murid dibimbing melalui aktiviti soal jawab untuk mendapat kesimpulan sendiri.



Jenis contoh khusus yang diberikan haruslah dipelbagaikan, tetapi mengandungi ciri yang sama serta mudah untuk membolehkan murid mengenal pastinya.



Contoh khusus yang dipilih haruslah sesuai dan mencukupi.



Alat bantu mengajar harus disediakan untuk membantu murid mendapatkan kesimpulan yang berkenaan.



Aktiviti pembelajaran secara induktif harus melibatkan penggunaan deria-deria murid, khasnya penglihatan, pendengaran, hidu dan sentuh.



Proses P&P berdasarkan kaedah induktif harus mengikut urutan yang tepat, iaitu daripada contoh spesifik kepada umum.

Berikutnya ialah pendekatan deduktif. Ia boleh dikategorikan sebagai sesuatu pendekatan mengajar yang bermula daripada sesuatu atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan dikuti dengan aplikasinya keatas contoh-contoh yang khusus. Kadangkala ia juga digunakanuntuk mendapatkan kesimpulan yang baru daripada rumus yang telah diketahui. Kaedah ini berlandaskan pendekatannya merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana ia memerlukan murid memperolehi kefahaman yang mendalam, pengetahuan yang cukup, serta berupaya memilih rumus yang telah diperolehi dengan tepat untuk diaplikasikan pada contoh yang khusus. Guru memberitahu murid objektif pelajaran pada peringkat awal. Murid dibimbing mengingat kembali hukum yang berkaitan untuk membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau mendapatkan kesimpulan yang baru. Terdapat tiga jenis induktif iaitu menyelesaikan masalah, membentuk kesimpulan baru dan membuktikan hipotesis. Prinsip-prinsip bagi pendekatan deduktif ialah :



Peringkat permulaan masalah atau hipotesis haruslah didedahkan terlebih dahulu.



Murid-murid harus dibimbing mengingat kembali kesimpulan, prinsip atau teori yang membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau hipotesis yang telah didedahkan



Kesimpulan,prinsip atau teori yang digunakan untuk menyelesaikan masalah atau membuktikan hipotesis haruslah duketahui serta difahamkan.



Penggunaan deduktif haruslah mengikut haruslah mengikut prosedur yang betul.



Proses menyelesaikan masalah atau membuktikan hipotesis tidak terhad kepada menggunakan satu kesimpulan, prinsip atau teori yang telah dipelajari.



Guru sendiri tidak perlu melaksanakan cara penyelesaian masalah atau menghuraikan cara membuktikan hipotesis, tetapi membimbing murid melalui aktiviti soal jawab sehingga mereka menjalankan aktiviti penyelesaian masalah.

Kelebihan deduktif ialah ia merupakan cara yang mudah untuk menyampaikan isi-isi pelajaran, menjimatkan masa dan tenaga, amat sesuai untuk murid-murid bertahap kogniif tinggi dan mudah menyempurnakan sukatan pelajaran. Kelemahannya pula ialah kurang bermanfaat untuk murid-murid yang lemah, ia lebih berpusatkan guru dan kurang menggalakkan kemahiran berfikir.

Pendekatan yang terakhir ialah pendekatan elektif. Ia menggunakan kedua-dua pendekatan induktif dan deduktif secara serentak. Dalam konteks pendidikan, ia merupakan gabungan pendekatan-pendekatan yang digunakan sebagai strategi pengajaran untuk melaksanakan sesuatu pelajaran di dalam kelas. Banyak digunakan dalam pengajaran Sains dan Matematik, khasnya menggabungkan pendekatan induktif dan deduktif. Disamping itu, pendekatan ini juga sesuai digunakan sebagai strategi pengajaran dalam aktiviti kumpulan. Khasnya, semasa melaksanakan aktiviti pemulihan dan penggayaan secara serentak. Sehubungan ini, guru akan menggunakan pendekatan dan strategi pemusatan bahan untuk kumpulan bagi aktiviti penggayaan. Strategi pemusatan guru untuk aktiviti pemulihan. Kesimpulannya, setiap strategi dan pendekatan yang digunakan bagi melaksanakan proses P&P mempunyai tujuan, kelebihan dan kelemahan masing-masing. Oleh yang demikian, guru memainkan peranan yang penting dalam menggunakan strategi dan pendekatan yang sesuai dengan tahap keupayaan murid-muridnya supaya proses P&P dapat dijalankan secara menarik dan berkesan,

Related Documents


More Documents from ""