Pendekatan Pedagogi Pendidikan Jasmani Khas : Pendekatan Tanpa Kategori Pendidikan Jasmani Khas (Special Physical Education) Komponen-Komponen Pendidikan Jasmani Khas Bateri Pengukuran Keupayaan Motor Populasi Khas Perlaksanaan Program Pendidikan Jasmani Khas Pendekatan Tradisi Pendidikan Jasmani Khas :Pendekatan kategori Pendekatan Pedagogi Pendidikan Jasmani Khas : Pendekatan Tanpa Kategori Perkembangan Motor Perkembangan Motor & Tingkat Pencapaian (Prestasi) Motor Perkembangan Dan Perubahan Dari Aspek neurofisiologi Perkembangan Dan Perubahan Keupayaan Pemprosesan Maklumat Lampiran Kandungan :
•
Pendekatan Tanpa Kategori
•
Label berdasarkan tahap fungsi psikomotor. Geddes, 1978
•
Label ketidakupayaan berdasarkan fungsi yang terjejas. Stein, 1980
•
Label ketidakupayaan untuk menjalani perkembangan normal. Kerajaan Perseketuan AS, 1984
•
Pengubahsuaian Sikap Terhadap Situasi Ketidakupayaan (Adjustment to disability)
•
Pengubahsuaian sikap di peringkat keluarga
•
Pengubahsuaian sikap di peringkat Sekolah
•
Beberapa prinsip yang perlu diikuti mengenai proses penyesuaian
•
Konsep Perkembangan (Development Concept)
•
Konsep Individu (Indualization Consept)
•
Konsep Fungsi (Fungsional Concept)
Pendekatan Tanpa Kategori
Pendekatan pendidikan yang bertujuan mengurangkan fokus terhadap kategori (label) tradisional dengan kronotasi negatif yang mengiringi sesuatu label. Ianya mengemukakan sistem label alternatif. Menurut :
•
Label berdasarkan tahap fungsi psikomotor. Di mana ia melibatkan keupayaan motor, ujian kemahiran dan pengetahuan tentang bateri ujian. Geddes, 1978
•
Label ketidakupayaan berdasarkan fungsi yang terjejas dan dijelaskan dengan lebih umum. Contohnya CP sebagai satu kumpulan. Stein, 1980
•
Label ketidakupayaan untuk menjalani perkembangan normal. Ianya melibatkan pencapaian individu / motor dan sekuen perkembangan motor. Kerajaan Perseketuan AS, 1984
Label berdasarkan tahap fungsi psikomotor. Geddes, 1978 Keadaan di mana kes kurang / ketidakupayaan psikomotor digolongkan kepada tahap tahap seperti ringan (mild), sederhana (moderate), serius (severe) dan teruk (profound). Di antara ujian - ujian yang dijalankan ialah Ujian Bruniks - Oseretsky dan Ujian Motor Kasar Ulrich. Kanak - kanak dalam kes - kes yang ringan dilihat sebagai mempunyai keupayaan untuk berfungsi secara lebih baik berbanding kanak - kanak kes serius dan teruk. Pendekatan seumpama ini adalah dianggap menggalakkan proses pembelajaran dan keupayaan untuk berfungsi jika dilihat dari perspektif perkembagaan yang meliputi keseluruhan domain kognitif, afektif dan psikomotor. Label ketidakupayaan berdasarkan fungsi yang terjejas. Stein, 1980 Keadaan di mana kes kurang upaya digolongkan mengikut bagaimana sensori, integrasi dan respon motor terjejas. Individu yang terjejas fungsi fungsi penglihatan atau pendengaran digolongkan dalam ketidakupayaan dari segi SENSORI (cacat Visual). Individu yang mengalami masalah pembelajaran (Learning Disability) digolongkan dalam ketidakupayaan INTEGRASI (Rencat Mental). Individu yang mengalami masalah fizikal dan neurologi pula digolongkan dalam ketidakupayaan respon MOTOR (Kecacatan Neorologi). Label ketidakupayaan untuk menjalani perkembangan normal. Kerajaan Perseketuan AS, 1984 Sistem yang memfokuskan kepada keupayaan berfungsi individu (bukan label spesifik) untuk menjalani program Pendidikan Khas. Semua kes kurang upaya atau tidak upaya digolongkan sebagai ketidakupayaan perkembangan (development disability). Isu pokok yang utama dalam pendekatan tanpa kategori ini adalah penilaian seseorang individu berdasarkan tahap fungsi biologi / motor dan bukan dari segi kategori ketidakupayaan yang spesifik. Pendekatan Tanpa Kategori Prinsip am perlaksanaan program khas menerusi pendekatan tanpa kategori - Jansma & French, 1994
Pengubahsuaian Sikap Terhadap Situasi Ketidakupayaan (adjustment to disability) Keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan situasi ketidakupayaan populasi khas melibatkan interaksi kompleks iaitu di antara pihak keluarga dan juga sekolah.
Pengubahsuaian sikap di peringkat keluarga Keluarga merupakan faktor major dalam menentukan kejayaan proses penyesuaian. Keluarga juga perlu menerima situasi atau limitasi yang wujud apabila salah seorang daripada ahli keluarga mereka merupakan kalangan populasi khas. Diantara faktor - faktor yang perlu dielakkan ialah :
○
Pengasingan (isolation)
○
Tolakkan (rejection)
○
Sifat terlalu bergantung harap (dependence)
○
Sifat kasihan dan simpati
○
Sindrom melindungi (overprotection)
Pengubahsuaian sikap di peringkat Sekolah Guru merupakan faktor major bagi kejayaan proses penyesuaian di sekolah (terutamanya penempatan di sekolah am). Perkara pokok ialah untuk melenyapkan kecenderungan "xenophobia" (kegelisahan pada situasi biasa). Di antara faktor yang perlu dielakkan oleh pihak sekolah ialah dengan tidak melakukan perbandingan antara populasi ini dengan
populasi yang lain (samada normal atau khas). Manakala faktor - faktor yang perlu diambil dan diberi perhatian ialah :
○
Memokuskan kepada keupayaan yang sedia ada pada populasi terbabit.
○
Konsisten dalam pengurusan tingkahlaku - Konsep ganjaran dan dendaan yang sama dengan populasi yang lain.
○
Indoktrinasi (pemupukan kefahaman pemikiran) mengenai kesamaan peluang (equal oppurtunity).
Beberapa prinsip yang perlu diikuti mengenai proses penyesuaian
•
Tidak wujudnya reaksi am terhadap penyesuaian kepada situasi ketidakupayaan (tiada 2 individu populasi khas yang serupa) sebagaimana individu yang normal.
•
Kesukaran untuk penyesuaian mempunyai kolerasi tinggi dengan jenis ketidakupayaan.
•
Ketidakupayaan nyata dari segi fizikal akan mengalami proses penyesuaian lebih sukar berbanding ketidakupayaan implisit (seperti kes masalah pembelajaran)
•
Proses penyesuaian melibatkan keseluruhan aspek tentang individu (bukan terhadap ketidakupayaan semata - mata)
•
Label mewujudkan "Self - Fulfilling Prophecy" (jangkaan awal) yang negatif. Situasi sebegini boleh mengakibatkan jangkaan yang rendah terhadap pencapaian prestasi yang mampu dihasilkan oleh individu populasi khas.
Konsep Perkembangan (Development Concept) Fokus utama adalah terhadap perkembagan fizikal yang seiring dengan umur kronologi. Masalah utama di dalam pengendalian populasi khas ialah Umur Perkembangan (UP) tidak sama dengan Umur Kronologi (UK). Pendekatan perkembangan yng dikemukakan ialah pengajaran kemahiran matang secara individu bukan pencapaian individu. Kaedah Pendekatan Perkembangan Pengkelasan kemahiran fizikal dalam satu keselanjaran perkembangan (developmental continuum). Kemahiran fizikal boleh diperluaskan kepada bidang seperti kecergasan, kemahiran motor asas, akuatik serta aktiviti individu dan berkumpulan.
•
Kecergasan
Perkembangan kekuatan Keselanjaran perkembangan bagi aspek kekuatan otot boleh di bina beradasarkan keupayaan menghadapi rintangan progresif seperti berikut :
Tahap Pasif Guru menggerakkan murid mengikut julat pergerakkan yang mampu dihasilkan. Tahap murid adalah bergantung sepenuhnya kepada guru. Tahap Bantuan Murid berada di tahap separa bergantung, bantuan guru masih perlu tetapi sudah berupaya menggerakkan beberapa sendi dengan sendiri. Tahap Aktif Murid mampu mencapai julat pergerakkan yang lengkap di mana hampir bebas daripada bantuan guru. Pada tahap ini murid sudah mencapai kekuatan dan fleksibiliti yang sesuai dengan umur kronologi (UK) Tahap Rintangan Permulaan kemampuan menipulasi daya
Aktiviti Individu dan Berkumpulan Fokus kepada keperluan kanak - kanak untuk terlibat dalam aktiviti permainan. Kanak kanak populasi khas boleh diidentifikasikan menerusi jenis serta tahap permainan yang diceburi. Sekiranya kedua - dua ini dilewatkan berdasarkan persepsi sterotaip, kanak kanak berkemungkinan mengalami ketidakupayaan pada jangka masa yang lebih lama. (jika keupayaan individu lebih tinggi dari persepsi guru - maka individu tidak dapat meningkat ke tahap yang lebih tinggi.)
Konsep Individu (Indualization consept) Konsep yang memfokuskan kepada kaedah penyampaian (instruction), dalam program pendidikan jasmani khas negara maju, proses pendidikan adalah berteraskan penyampaian yang memberi penekanan keperluan keindividualan. Kemahiran penyampaian berlandaskan konsep individu adalah dipupuk menerusi aplikasi konsep - konsep perkembangan dan fungsi dalam perlaksanaan program pendidikan jasmani khas. Pada dasarnya, konsep pendidikan yang dikemukakan adalah berpusatkan kepada murid atau pelajar. Konsep pendidikan adalah berpusatkan keperluan murid. Secara amnya, aplikasi konsep ini melibatkan beberapa angkubah seperti :
•
Penglibatan lebih daripada seorang guru dalam sesuatu pengajaran.
•
Penilaian melalui one - to me, kumpulan kecil atau kumpulan yang besar.
•
Isi pengajaran yang berbeza mengikut spesifik murid.
Pertimbangan paling kritikal adalah dari segi kefahaman mengenai perlunya wujud hirarki dalam tahap penyampaian (dalam proses pengajaran) Hirarki Penyampaian :
Dalam konsep ini adalah bersifat tertutup (closed - loop). Apabila satu objektif pengajaran tercapai dan berdasarkan proses penilaian dan tindakan susulan, keseluruhan proses diulangi bagi tujuan mencapai objektif yang berteraskan yang lebih bersifat panjang. Antara perkara yang utama perlu difahami oleh pendidik ialah :
•
Pengajaran "sebenar" hanya berlaku selepas tahap perancangan.
•
Pengajaran berkesan hanya berlaku sekiranya guru berpengetahuan "memecah" sesuatu kemahiran kepada komponen yang releven.
Konsep Fungsi (Fungsional Concept) Strategi pengajaran atau kokurikulum yang diaplikasikan bagi kanak - kanak di mana perkembangan motor individu berada pada tahap yang amat rendah berbanding rakan sebaya. Konsep ini hanya diambil kira sekirannya jurang di antara UP dengan UK adalah terlalu jauh dalam konteks perbandingan dengan norma. 4 Aspek Penting Dalam Mengaplikasikan Konsep Fungsi
Program yang hendak dijalankan adalah berasaskan komuniti
○
Memokuskan terhadap kemahiran - kemahiran motor yang kritikal dalam konteks interaksi sosial, di mana kemahiran yang membolehkan individu yang terlibat berinteraksi dalam menjalani kehidupan seharian. Contohnya berlari, berjalan dan melompat.
○
Meminimumkan "Visibility" (melenyapkan ketidakupayaan dengan aktiviti - aktiviti yang sama terhadap ansur maju berbeza) terhadap ketidakupayaan yang dialami oleh individu yang terlibat dalam program pembelajaran.
○
Kesesuaian aktiviti yang perlu dijalankan dengan peringkat umur individu. Kesilapan yang sering dilakukan semasa aplikasi. Contohnya menggunakan situasi seumpama ini boleh merendahkan konsep murid terlibat (Aktiviti stereotaip)
○
Kebebasan untuk memilih, dalam konteks pembangunan kemahiran yang dirasakan perlu dikuasai. Renungan :
"Orang belajar sedikit daripada kejayaan, tetapi belajar banyak daripada kegagalan". (Peribahasa Arab)