Pendekatan Mengajar

  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pendekatan Mengajar as PDF for free.

More details

  • Words: 2,111
  • Pages: 9
1.0 Pendekatan Mengajar 1.1 Konsep Pendekatan Mengikut Kamus Dewan pendekatan merupakan cara atau langkah-langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas seperti mengatasi masalah. Pendekatan boleh dimaksudkan sebagai kaedah atau cara bagaimana sesuatu tugasan itu dilaksanakan. Pendekatan di dalam bidang pendidikan merujuk kepada satu set teori pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan kepada objektifnya. Beraksiomatik di sini membawa maksud sebagai kenyataan yang diberikan tidak memerlukan bukti dan alasan. Di dalam konteks pendidikan, konsep pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu iaitu merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk mencapai objektifnya. Sebagai guru yang mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya mestilah mengetahui terlebih dahulu latar belakang mereka. Ini kerana, dengan mengetahui latar belakang mereka, guru tersebut dapat memilih dan merancang pengajarannya dengan menggunakan pendekatan yang sesuai. Guru tidak boleh menggunakan pendekatan yang sama terhadap murid yang berlainan. Ini dikhuatiri proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan tidak berkesan iaitu tidak mencapai objektif. Sekiranya guru dapat mengenal pasti sifat atau keperluan muridmuridnya, maka guru tersebut akan dapat memilih dan menggunakan pendekatan yang sesuai, tepat dan betul supaya proses pengajaran dan pembelajaran berlaku secara efektif. Terdapat pelbagai jenis pendekatan yang akan dihuraikan dalam tajuk ini. Setiap pendekatan adalah berbeza dari segi konsep dan cara penggunaannya merujuk kepada keadaan murid-murid. Kesan daripada penggunaan pendekatan yang sesuai ialah murid-murid akan mudah faham dan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan cepat dan mudah. Tujuan menggunakan pendekatan yang sesuai ini ialah supaya guru-guru dapat mencapai objektif yang diharapkan. Guru yang berkemahiran ialah guru yang bijak menggunakan pendekatan yang tertentu di dalam pengajarannya.

2.0 Pendekatan dan Strategi Pengajaran Induktif Pendekatan pertama yang akan dihuraikan di sini dikenali sebagai pendekatan Induktif. Pendekatan Indukif ialah pendekatan yang melibatkan aktiviti mengumpul dan menafsir maklumat-maklumat kemudian membuat generalisasi dan kesimpulannya. Maksudnya di sini ialah menggunakan pendekatan dengan mengemukakan contoh yang khusus kepada murid-murid kemudian murid-murid akan berfikir seterusnya akan membuat generalisasi atau kesimpulan umum yang berkaitan dengan contoh tersebut. Inilah yang dimaksudkan sebagai pengajaran Induktif dimana guru memberi contoh dan menyoal murid tentang kefahaman mereka dan cuba membuat persamaan dengan situasi lain. Sebagai contoh dalam matapelajaran Matematik dimana guru memberikan contoh-contoh operasi darab kemudian murid-murid cuba bentukkan suatu kesimpulan atau teori umum bagi sebagai penyelesaian masalah tersebut. Ringkasnya adalah seperti berikut : 2x1=2 3x1=3 4x1=4

nx1=n

5x1=5

n = 1, 2, 3 ………

6x1=6 Di dalam pengajaran Induktif ini guru mengemukakan beberapa contoh yang khusus dan diikuti dengan soal jawab untuk membimbing murid-murid memerhati, mengkaji, mengenal pasti prinsip atau fakta penting yang terkandung dalam setiap contoh itu. Dengan cara ini murid mudah ingat dan faham dengan isi pengajaran guru kerana dengan membuat teori atau kesimpulan umum tersebut murid mudah mengingati dan mudah mengaplikasikannya semasa menjawab peperiksaan. 2.1 Jenis Pendekatan Induktif Pendekatan induktif ini mempunyai 5 jenis pendekatan yang boleh digunakan oleh para guru semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan. Pendekatan yang pertama ialah generalisasi. Membentuk satu generalisasi ialah suatu teori yang digunakan bagi mudah memahami dan mudah diaplikasikan pada contoh lain.

Sebagai contoh ialah mencari ciri segitiga yang sama dengan segitiga lain iaitu persamaan segitiga mempunyai tiga sisi, sudut pedalaman ialah seratus lapan puluh dan sebagainya. Pendekatan kedua ialah prinsip hasil ujikaji tertentu. Pendekatan ini merupakan kaedah supaya murid membentuk satu prinsip hasil daripada ujikaji tertentu yang dijalankan. Sebagai contoh mendapat prinsip graviti daripada ujikaji benda-benda yang dijatuhkan dari atas ke bawah. Dengan pendekatan ini guru menjalankan ujikaji terhadap beberapa objek di mana tidak ada satu objek yang dijatuhkan terapung, pasti semuanya terjatuh ke bawah. Oleh itu, murid akan memahami bahawa terdapat pusat graviti di bawah bumi yang menyebabkan manusia boleh berjalan, berlari dan sebagainya tanpa menyebabkan ia terapung-apung. Ketiga ialah membentuk satu hukum daripada pernyataan-pernyataan tertentu. Maksudnya ialah melalui pernyataan yang diberikan oleh guru, murid dapat memahami bahawa contoh tersebut boleh digunakan dalam contoh lain yang sesuai. Sebagai contohnya ialah semasa dalam pengajaran tatabahasa murid dapat mengaplikasikan imbuhan “ber” dalam membuat karangan. Keempat ialah membentuk suatu teorem. Melalui aktiviti-aktiviti induktif daripada guru, murid-murid dapat membuat kesimpulan umum hasil daripada pemahaman mereka. Sebagai contoh mengukur dan mencari hasil tambah sudut-sudut dalam pelbagai jenis segitiga untuk mendapat teorem sudut segitiga. Kelima ialah mendapat satu teori hasil daripada satu urutan pemikiran. Guru memberi contoh perlakuan Sejarah dimana kesan daripada pemerintahan pecah perintah British di Tanah Melayu iaitu kesemua kaum tidak bersatu padu. Contoh lain pula ialah memerhatikan tingkah laku manusia untuk mendapat hasil pembelajaran seperti bagaimana apa yang telah dilakukan oleh seseorang yang telah berjaya dalam pelajarannya. 2.2 Prinsip-prinsip Penggunaan Strategi Pengajaran Induktif Bagi menjalankan aktiviti-aktiviti induktif dengan berkesan, guru perlulah memahami dan mematuhi prinsip-prinsip penggunaan strategi pengajaran induktif. Sebelum memulakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara induktif, guru sediakan contoh-contoh yang sesuai bagi membantu murid membuat rumusan. Di

samping itu soalan-soalan harus disediakan untuk membimbing murid membuat kesimpulan yang berkenaan. Guru tidak harus memberi penerangan atau menghuraikan isi pelajaran yang berkaitan dengan kesimpulan tetapi murid-murid dibimbing melalui soal jawab antara guru dan murid untuk mendapat kesimpulan diri sendiri. Jenis contoh khusus yang diberikan haruslah dipelbagaikan, tetapi mengandungi ciri yang sama dan mudah untuk membolehkan murid mengenalpastinya. Perlu diingat bahawa contoh-contoh khusus yang diberikan mestilah sesuai dan mencukupi. Selepas contoh-contoh khusus yang dikemukakan oleh guru-guru, murid-murid juga digalakkan untuk memberi contoh-contoh yang serupa. Guru tidak harus mengemukakan semua contoh sekaligus, tetapi seelok-eloknya mempersembahkannya satu demi satu. Cara ini boleh menarik perhatian murid serta membolehkan mereka mengenal pasti ciri contoh itu dengan lebih mudah lagi. Alat Bantu mengajar harus disediakan untuk membantu murid mendapat kesimpulan yang berkenaan. Aktiviti pembelajaran secara induktif harus melibatkan penggunaan deria-deria murid, khasnya penglihatan, pendengaran, hidu dan sentuh. Proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kaedah induktif harus mengikut urutan yang tepat iaitu daripada contoh-contoh yang spesifik kepada kesimpulan umum.

3. 0 Jenis Pendekatan Deduktif Konsep deduktif boleh ditakrifkan sebagai sesuatu pendekatan mengajar yang bermula daripada sesuatu atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan diikuti dengan aplikasinya ke atas contoh-contoh yang khusus. Ini bermaksud bahawa guru memberikan rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan tertentu kepada murid dan mengajarkannya kepada murid sehingga murid faham, kemudia murid akan mengaplikasikannya atau juga boleh digunakan sebagai proses menyelesaikan masalah dalam Matematik. Kadang kala pendekatan deduktif ini juga digunakan untuk mendapatkan kesimpulan atau generalisasi yang baru daripada rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan yang telah diketahui. Maksudnya ialah daripada rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan tertentu tersebut, murid-murid dapat memahami sesuatu yang baru, bermaksud mereka mungkin dapat idea yang baru bagi menyelesaikan sesuatu permasalahan. Daripada idea atau pemahaman yang baru itu boleh juga dibentuk rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan yang baru asalkan tidak lari daripada konsep masing-masing. Dalam pendekatan deduktif ini, guru memberitahu murid objektif pada peringkat awal. Murid dibimbing mengingat hukum, prinsip, teorem atau peraturan yang berkaitan untuk membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau mendapatkan kesimpulan yang baru. 3.1 Jenis-jenis Pendekatan Deduktif Seperti juga kaedah pendekatan yang ada pada pendekatan induktif, pendekatan deduktif ini juga mempunyai jenisnya yang tertentu iaitu terdapat tiga jenis. Jenis yang pertama ialah penyelesaian masalah iaitu guru hendaklah berusaha memahamkan murid tentang sesuatu teori, prinsip, hukum, teorem atau peraturan tertentu supaya murid dapat menggunakan teori, prinsip, hukum, teorem atau peraturan tersebut bagi menyelesaikan masalah lain yang timbul tetapi mempunyai cara penyelesaian yang sama asalkan tidak lari dari konsep asal. Sebagai contoh setelah murid mempelajari imbuhan ‘ber’ mereka disuruh membuat beberapa ayat dengan menggunakan imbuhan ‘ber’.

Jenis yang kedua ialah membuat generalisasi baru iaitu setelah guru mengajarkan kepada murid-murid tentang sesuatu teori, hukum, prinsip, teorem atau peraturan tertentu sehingga mereka dapat menguasai konsep tersebut dan kemudian membuat kesimpulan umum yang baru atau teori yang baru bersesuaian dengan kefahaman masing-masing dan tidak lari dari konsep asal. Misalnya setelah murid mempelajari rumus luas segiempat tepat, mereka diminta menggunakan rumus itu untuk mendapat rumus luas segitiga bersudut tegak. Jenis yang ketiga ialah membukti hipotesis. Jenis yang ketiga ini ialah setelah murid belajar hipotesis sesuatu ujikaji, mereka juga boleh melakukan ujikaji lain bagi membuktikan sesuatu hipotesis melalui prinsip dan hukum yang telah dipelajari. Misalnya setelah murid mempelajari teorem sudut-sudut bersebelahan atas garis lurus, mereka diminta menggunakan teorem ini untuk membuktikan hasil tambah tiga sudut dalam sebuah segitiga ialah 180°.

3.2 Prinsip-prinsip Penggunaan Strategi Pengajaran Deduktif Pada peringkat permulaan, masalah atau hipotesis harus didedahkan terlebih dahulu. Murid-murid harus dibimbing mengingat kembali generalisasi, prinsip atau teori yang membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau hipotesis yang telah didedahkan. Generalisasi, prinsip atau teori yang disunakan untuk menyelesaikan masalah atau membukti hipotesis haruslah diketahui serta telah difahamkan. Proses menyelesaikan masalah untuk membuktikan hipotesis tidak terhad kepada menggunakan satu generalisasi, prinsip atau teori yang telah dipelajari. Guru sendiri tidak perlu menggunakan cara menyelesaikan masalah atau menghuraikan cara membukti hipotesis, tetapi membimbing murid melalui aktiviti soal jawab sehingga mereka menjalankan aktiviti penyelesaian masalah sendiri.

4. 0 Jenis Pendekatan Penyerapan dan Strategi Kesepaduan Kesepaduan bermaksud bersatu, bercantum atau bersama, bukan terpisah. Terbahagi kepada dua konsep iaitu konsep penggabungjalinan dan konsep penyerapan dalam KBSR dan KBSM. 4.1 Konsep Penggabungjalinan dalam KBSR dan KBSM Penggabungjalinan ialah suatu proses penyampaian beberapa kemahiran di dalam sesuatu pelajaran. Kemahiran di sini merujuk kepada kecekapan melaksanakan pelbagai jenis aktiviti pembelajaran seperti membaca, menulis, menghurai, mengira, mewarna, menyanyi, melukis, melabel, mengarang, bercerita, berlakon dan sebagainya. Konsep penggabungjalinan tidak terhad kepada penggabungjalinan kemahirankemahiran bahasa dalam satu-satu mata pelajaran sahaja. Konsep ini juga meliputi penggabungjalinan pelbagai kemahiran-kemahiran di antara mata pelajaran-mata pelajaran lain. Pendekatan jenis ini mempunyai beberapa ciri. 4.1.1

Ciri-ciri Penggabungjalinan Ia merupakan integrasi beberapa kemahiran yang terdapat dalam satu mata

pelajaran atau beberapa mata pelajaran. Kemahiran-kemahiran tersebut mestilah saling berkaitan antara satu sama lain. Ia boleh digabungjalinkan sama ada dua atau lebih kemahiran yang ada dalam sesuatu pelajaran itu. Proses penggabungjalinan berlaku di antara kemahiran yang berkaitan secara bersepadu serta menyeluruh. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu pelajaran adalah dipelbagaikan dengan cara yang menarik. Di antara pelbagai kemahiran yang digabungjalinkan, salah satu kemahiran adalah fokus iaitu kemahiran utama manakala kemahiran-kemahiran lain adalah kemahiran sampingan. Maksudnya di sini ialah dalam konsep penggabungjalinan yang menghubungkaitkan antara satu kemahiran dengan kemahiran-kemahiran yang lain ini terdapat banyak kemahiran di mana salah satu kemahiran tersebut adalah kemahiran fokus atau kemahiran utama dan kemahirankemahiran lain yang digabung adalah kemahiran sampingan. Organisasi kemahiran-kemahiran adalah fleksibel. Turutan kemahiran-kemahiran yang digabungjalinkan boleh berubah mengikut situasi. Sebagai contoh dalam pelajaran

Matematik, semasa cuba menyelesaikan masalah berdasarkan petikan, kemahiran yang digunakan ialah kemahiran membaca, berfikir dan menghitung. Terdapat tiga kemahiran dan salah satunya adalah kemahiran fokus iaitu kemahiran menghitung iaitu kemahiran yang diberi penekanan yang lebih. Organisasi kemahiran ini adalah fleksibel dan boleh ditukar mengikut kesesuaian kehendak. Walaubagaimanapun kemahiran utama tetap diberi penekanan yang lebih. Kemahiran-kemahiran yang diintegrasikan melalui strategi penggabungjalinan adalah saling dikukuh dan diterapkan antara satu sama lain. Maksud dikukuh antara satu sama lain ialah kemahiran fokus dibantu dengan menggunakan kemahirankemahiran sampingan yang ada. 4.2 Jenis Penyerapan Selain terdapat kaedah penggabungjalinan, terdapat juga kaedah penyerapan. Kaedah ini menghubungkan sesuatu mata pelajaran dengan satu atau lebih mata pelajaran yang lain. Kaedah ini seolah-olah kaedah penggabungjalinan tetapi kaedah penyerapan adalah lebih besar kegunaannya daripada kaedah penggabungjalinan kerana mengaitkan mata pelajaran lain. Sebagai contoh mata pelajaran Sains boleh diserapkan unsur-unsur keagamaan dengan melihat kehebatan Tuhan mencipta alam. Selain itu boleh juga dikaitkan dengan mata pelajaran Kajian Tempatan tentang kaedah tertentu yang digunakan untuk mengkaji cuaca iaitu dengan tolok hujan. Seperti juga kaedah penggabungjalinan, kaedah penyerapan juga mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Terdapat beberapa ciri yang dapat memberi gambaran serba sedikit tentang perbezaan konsep antara kaedah penggabungjalinan dan kaedah penyerapan. 4.2.1

Ciri-ciri Penyerapan Ia mengandungi beberapa unsur pengetahuan daripada pelbagai pelajaran

samada mata pelajaran Matematik digabungkan dengan mata pelajaran Pendidika Islam dan Kajian Tempatan atau boleh juga dihubungkan dengan mata pelajaran yang lain. Unsur-unsur ilmu pengetahuan ini diserapkan secara bersepadu dalam satu mata pelajaran. Bilangan mata pelajaran digunakan dalam proses penyerapan adalah

fleksibel dan tidak terhad jumlahnya. Walau bagaimanapun, guru harus memastikan gabungan yang dibuat dapat membantu murid memahami isi kandungannya. Seperti juga kemahiran fokus, organisasi unsur-unsur isi kandungan bergantung kepada unsur utama dan unsur sampingan. Walau bagaimanapun, unsur utama tetap diberi penekanan yang lebih. Proses penyerapan boleh berlaku secara serentak dengan proses penggabungjalinan. Unsur-unsur isi kandungan boleh diserapkan ke dalam aktiviti penggabungjalinan pelbagai kemahiran seperti membaca, menulis dan mengira. 4.2.2

Strategi Pelaksanaan Konsep Penyerapan Terdapat beberapa strategi pelaksanaan bagi kaedah ini. Yang pertama ialah

penyerapan unsur-unsur isi kandungan daripada pelbagai mata pelajaran ke dalam mata pelajaran kemahiran-kemahiran Bahasa Melayu. Maksudnya di sini ialah boleh dilakukan penyerapan unsur-unsur isi kandungan daripada pelbagai mata pelajaran ke dalam satu mata pelajaran atau penyerapan unsur isi kandungan beberapa mata pelajaran kepada mata pelajaran yang lain. Misalnya unsur-unsur isi kandungan daripada mata pelajaran Geografi dan Kokurikulum diserapkan dalam mata pelajaran Matematik. Boleh juga dilakukan penyerapan nilai-nilai murni bersama dengan unsur-unsur isi kandungan daripada beberapa mata pelajaran kepada satu mata pelajaran yang lain. Misalnya, nilai-nilai murni seperti cintakan negara bersama unsur-unsur mata pelajaran Sejarah, Geografi diserapkan dalam mata pelajaran Matematik.

Related Documents