Pendekatan Mengajar

  • Uploaded by: LadyZuely
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pendekatan Mengajar as PDF for free.

More details

  • Words: 1,074
  • Pages: 25
Konsep Pendekatan • Mengikut Kamus Dewan pendekatan merupakan cara atau langkah-langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas seperti mengatasi masalah. Didalam konteks pendidikan, konsep pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu – merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk mencapai objektifnya. • Pendekatan didalam bidang pendidikan merujuk kepada satu set teori pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan kepada objektifnya,

Pendekatan dan Strategi Pengajaran Induktif Melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat, kemudian membuat generalisasi dan kesimpulannya. Di dalam situasi pelajaran yang menggunakan pendekatan induktif, guru boleh mengemukakan beberapa contoh yang khusus diikuti dengan aktiviti soal jawab untuk membimbing murid-murid memerhati, mengkaji, mengenal pasti prinsip atau fakta penting yang terkandung dalam setiap contoh itu.

Jenis Pendekatan Induktif • Membentuk satu generalisasi daripada contoh-contoh tertentu. Misalnya mencari ciri segitiga yang sama daripada pelbagai jenis segitiga. • Membentuk satu prinsip daripada ujikaji tertentu. Misalnya mendapat prinsip graviti daripada ujikaji benda-benda dijatuhkan dari atas ke bawah. • Membentuk satu hukum daripada pernyataan-pernyataan tertentu. Misalnya mendapat hukum tatabahasa daripada membuat analisis terhadap struktur ayat-ayat bahasa.

• Membentuk satu teorem melalui aktiviti-aktiviti induktif. Misalnya mengukur dan mencari hasil tambah sudut-sudut dalam pelbagai jenis segitiga untuk mendapat teorem sudut segitiga.

• Mendapat satu teori daripada satu urutan pemikiran. Misalnya memerhati tingkah laku manusia untuk mendapatkan satu teori pembelajaran.

Prinsip-prinsip Penggunaan Strategi Pengajaran Induktif. Untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti induktif dengan berkesan, guru perlulah memahami dan mematuhi prinsip-prinsip penggunaan strategi pengajaran induktif yang dihuraikan berikut : Sebelum memulakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara induktif, guru sediakan contohcontoh yang sesuai bagi membantu murid membuat rumusan. Di damping itu soalan-soalan harus disediakan untuk membimbing murid mendapat kesimpulan yang berkenaan. Guru tidak harus memberi penerangan atau menghuraikan isi pelajaran yang berkaitan dengan kesimpulan. Murid-murid dibimbing melalui aktiviti soal jawab untuk mendapat kesimpulan diri sendiri.

Jenis contoh khusus yang diberikan haruslah dipelbagaikan , tetapi mengandungi ciri yang sama dan mudah untuk membolehkan murid mengenal pastinya. Contoh-contoh khusus yang dipilih haruslah sesuai dan mencukupi.

Selepas contoh-contoh khusus yang dikemukakan oleh guruguru, murid-murid juga digalakkan memberi contoh-contoh yang serupa. Guru tidak harus mengemukakan semua contoh sekaligus, tetapi seelok-eloknya mempersembahkannya satu demi satu. Cara ini boleh menarik perhatian murid serta membolehkan mereka mengenal pasti ciri contoh itu dengan lebih mudah lagi. Alat bantu mengajar harus disediakan untuk membantu murid mendapat kesimpulan yang berkenaan.

Aktiviti pembelajaran secara induktif harus melibatkan penggunaan deria-deria murid, khasnya penglihatan, pendengaran, hidu dan sentuh Proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kaedah induktif harus mengikut urutan yang tepat, iaitu daripada contoh-contoh spesifik kepada kesimpulan umum.

Konsep Deduktif Konsep deduktif boleh ditakrifkan sebagai sesuatu pendekatan mengajar yang bermula daripada sesuatu atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan diiluti dengan aplikasinya ke atas contoh-contoh yang khusus. Kadangkala, pendekatan deduktif ini juga digunakan untuk mendapatkan kesimpulan atau generalisasi yang baru daripada rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan yang telah diketahui. Dalam pendekatan deduktif ini, guru memberitahu murid objektif pada peringkat awal. Murid dibimbing mengingat kembali hukum, prinsip, teori atau peraturan yang berkaitan untuk membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau mendapatkan kesimpulan yang baru.

Jenis Pendekatan Deduktif • Penyelesaian masalah : Misalnya setelah murid mempelajari fungsi imbuhan `ber´ mereka disuruh membuat beberapa ayat dengan menggunakan imbuhan `ber ´ • Membuat generalisasi baru :Misalnya, setelah murid mempelajari rumus luas segiempat tepat, mereka diminta menggunakan rumus itu untuk mendapat rumus luas segitiga bersudut tegak. • Membukti hipotesis : Pendekatan deduktif juga boleh digunakan untuk membuktikan sesuatu hipotesis melalui prinsip atau hukum yang telah dipelajari. Misalnya, setelah murid mempelajari teorem sudut-sudut bersebelahan atas garis lurus, mereka diminta menggunakan teorem ini untuk membuktikan hasil tambah tiga sudut dalam sebuah sigitiga ialah 180°

Prinsip-Prinsip Penggunaan Strategi Pengajaran Deduktif Pada peringkat permulaan, masalah atau hipotesis harus didedahkan terlebih dahulu. Murid-murid harus dibimbing mengingat kembali generalisasi, prinsip atau teori yang membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau hipotesis yang telah didedahkan. Generalisasi, prinsip atau teori yang digunakan untuk menyelesaikan masalah atau membukti hipotesis haruslah diketahui serta telah difahamkan.

Proses menyelesaikan masalah untuk membuktikan hipotesis tidak terhad kepada menggunakan satu generalisasi, prinsip atau teori yang telah dipelajari. Guru sendiri tidak perlu malaksanakan cara menyelesaikan masalah atau menghuraikan cara membukti hipotesis, tetapi membimbing murid melalui aktiviti soal jawab sehingga mereka menjalankan aktiviti penyelesaian masalah sendiri.

Pendekatan Dan Strategi Kesepaduan ( Integratif ) Kesepaduan bermaksud bersatu, bercantum atau bersama, bukan terpisah. Terbahagi kepada 2 konsep iaitu konsep penggabungjalinan serta konsep penyerapan dalam KBSR dan KBSM

Konsep Penggabungjalinan dalam KBSR dan KBSM Penggabungjalinan ialah suatu proses penyampaian beberapa kemahiran di dalam sesuatu pelajaran. Kemahiran di sini merujuk kepada kecekapan melaksanakan pelbagai jenis aktiviti pembelajaran seperti membaca, menulis, menghurai, mengira, mewarna, menyanyi, melukis, melabel, mengarang, bercerita, berlakon dan sebagainya.

Konsep penggabungjalinan tidak terhad kepada penggabungjalinan kemahiran-kemahiran bahasa dalam satusatu mata pelajaran sahaja. Konsep ini juga meliputi penggabungjalinan pelbagai kemahiran-kemahiran di antara mata pelajaran-mata pelajaran lain.

Ciri-Ciri Penggabungjalinan Ia merupakan integrasi beberapa kemahiran yang terdapat dalam satu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran. Proses penggabungjalinan berlaku di antara kemahiran yang berkaitan secara bersepadu serta menyeluruh. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu pelajaran adalah dipelbagaikan dengan cara yang menarik. • Di antara pelbagai kemahiran yang digabungjalinkan, salah satu kemahiran adalah fokus – kemahiran utama manakala kemahiran-kemahiran lain adalah kemahiran sampingan.

Organisasi kemahiran-kemahiran adalah fleksibel. Turutan kemahiran-kemahiran yang digabungjalinkan boleh berubah mengikut situasi. Walaubagaimanapun kemahiran utama tetap diberi penekanan yang lebih. Kemahiran-kemahiran yang diintegrasikan melaui strategi penggabungjalinan adalah saling dikukuh dan diterapkan antara satu sama lain.

Konsep Penyerapan Penyerapan merupakan proses menyepadu atau mengintegrasikan unsur-unsur isi kandungan daripada dua atau lebih mata pelajaran dalam sesuatu pelajaran.

Ciri-Ciri Penyerapan Ia mengandungi beberapa unsur pengetahuan daripada pelbagai pelajaran. Unsur-unsur ilmu pengetahuan ini diserapkan secara bersepadu dalam satu mata pelajaran. Bilangan mata pelajaran digunakan dalam proses penyerapan adalah fleksibel.

Organisasi unsur-unsur isi kandungan bergantung kepada unsur utama dan unsur sampingan. Walau bagaimanapun, unsur utama tetap diberi penekanan yang lebih. Proses penyerapan boleh berlaku secara serentak dengan proses penggabungjalinan. Unsur-unsur isi kandungan boleh diserapkan ke dalam aktiviti penggabungjalinan pelbagai kemahiran seperti membaca, menulis dan mengira.

Strategi Pelaksanaan Konsep Penyerapan

Penyerapan unsur-unsur isi kandungan daripada pelbagai mata pelajaran dalam pelajaran kemahiran-kemahiran Bahasa Melayu

Penyerapan unsur-unsur isi kandungan daripada pelbagai mata pelajaran ke dalam satu mata pelajaran.

Penyerapan unsur isi kandungan beberapa mata pelajaran kepada mata pelajaran yang lain. Misalnya : unsur-unsur isi kandungan daripada mata pelajaran Geografi dan Kokurikulum diserapkan dalam mata pelajaran Matematik.

Penyerapan nilai-nilai murni bersama dengan unsur-unsur isi kandungan daripada beberapa mata pelajaran kepada satu mata pelajaran yang lain. Misalnya, nilai-nilai murni seperti cintakan negara bersama unsur-unsur mata pelajaran Sejarah, Geografi diserapkan dalam mata pelajaran Matematik.

Related Documents


More Documents from ""

Pendekatan Mengajar
December 2019 36
Ujian Personaliti
November 2019 36
Bab 8-pendidikan Khas
April 2020 24