Pengenalan
Teknik menggambar adalah kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik. Dalam buku skrap ini nanti, akan diterangkan kegiatan menggambar secara catan, kolaj, montaj, cetakan, resis, gosokan, stensilan, percikan, gurisan, capan, mozek dan lukisan. Dalam menggambarkan aktiviti tersebut, beberapa prinsip rekaan akan dimasukkan seperti harmoni, penegasan, imbangan, kontra, pergerakan, kesatuan dan kepelbagaian. Disamping itu, setiap teknik menggambar akan disertakan dengan skrip atau langkah-langkah pengajaran yang boeh digunakan bagi bahan tersebut. Folio ini juga member fokus terhadap murid-murid Tingkatan 1 dan 2. Oleh yang demikian, proses kerja adalah berdasarkan kepada huraian sukatan pelajaran pendidikan seni visual Tingkatan 1 dan 2
Catan Proses catan menghasilkan seni dengan menggunakan bahan berwarna atau cat yang disapu ke atas sesuatu permukaan yang rata. Aktiviti melakar gambar yang hendak dibuat dan mewarna dengan cat air dan berus.Bahan yang digunakan ialah cat air, berus, kertas lukisan, tempat pembancuh warna, bahan air dan kain buruk. Langkah-langkah pengajaran:
Kolaj Proses ini membawa mana potong, koyak, gunting, gam, tampal sesuatu bahan ke atas suatu permukaan menggunakan gam. Potongan kertas biasanya berbentuk geometri.Ilustrasi dihasilkan dengan cara menumpul dan menampalkan bahanbahan serti kertas, gambar, keratan akhbar, perca kain, daun-daun dan bahan-ahan kutipan yang lain pada permukaan yang rata. Langkah-langkah pengajaran: Set Induksi Langkah 1
• •
Langkah 2
• • •
Langkah 3
•
Penutup
•
Guru menunjukkan beberapa contoh kolaj Guru member penerangan dan tunjuk cara mengenai aat dan bahan yang akan digunakan dalam kolaj seperti kertas warna, gam dan gunting kecil. Guru membimbing pelajar membuat lakaran corak pada kertas lukisan . Murid mengoyak kertas warna dan kain kepada cebisan kecil. Murid menampal cebisan kertas itu pada lakaran corak bagi menghasilkan imej yag dikehendaki berdasarkan kreativiti masing-masing. Guru membibing murid membuat kemasan seperti menghasilkan bingkai pada gambar tersebut. Pengajaran diakhiri dengan sessi apresiasi dan refleksi
Cetakan Proses ini menggambar atau mencorak yang dihasilkan dengan mengguris atau memotong permukaan plat dan menggunakan bahan pigmen. Kemudian, gambar atau corak tersebut dipindahkan pada permukaan kertas.Proses ini juga dihasilkan melalui teknik cetakan sama ada menggunakan teknik saring, cetakan benam atau timbulan.Bahan-bahan yang digunakan termasuklah blok kayu, lino, profilem dan sebagainya.