Pembinaan Item Ujian Objektif 2

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pembinaan Item Ujian Objektif 2 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,512
  • Pages: 16
PEMBINAAN ITEM UIJAN OBJEKTIF Ujian objektif ialah suatu jenis ujian terdiri daripada item-item (soalan) yang memerlukan calon memberi jawapan dengan cara menanda, membulat atau menggaris gerak balas (respon) yang tepat, melengkapkan ayat dengan perkataan yang sesuai atau memadankan perkara yang berkaitan dengan menggunakan garis lurus. Ujian objektif ini mempunyai ciri keobjektifan yang paling tinggi kerana jawapan calon dapat diperiksa dengan mudah dan tepat. Jawapan yang sama akan diberi markah yang sama oleh sesiapa yang memeriksanya. Ujian objektif biasanya dibina dalam dua jenis kumpulan iaitu jenis bekalan dan jenis pilihan.

SHAH HARITA BT SAHARI

PEMBINAAN ITEM UIJAN OBJEKTIF

ITEM UJIAN OBJEKTIF JENIS BEKALAN Item ujian objektif jenis bekalan merupakan item respons bebas yang memerlukan calon memberi jawapan yang pendek atau melengkapkan ayat dengan perkataan yang tepat. Item jenis bekalan bolehlah dibina dalam bentuk soalan ataupun kenyataan. a) Contoh-contoh item objektif berbentuk soalan: - Siapakah yang digelar Bapa Malaysia?.................................................................... - Berapa gram di dalam satu kilogram?.......................................................................

b) Contoh-contoh item objektif berbentuk kenyataan: - Genggam bara api .................................................................................................... - Nama ibu negara Malaysia adalah ...........................................................................

ITEM UJIAN OBJEKTIF JENIS PILIHAN Item objektif jenis pilihan merupakan item respons tetap yang memerlukan calon menanda, membulat, menggaris atau menyesuaikan gerak balas dengan tepat. Bentuk item objektif jenis pilihan biasanya boleh dibina dalam tiga jenis iaitu: a) Item betul / salah b) Item padanan c) Item aneka pilihan

SHAH HARITA BT SAHARI

PEMBINAAN ITEM UIJAN OBJEKTIF

a) Item betul / salah •

Bentuk item betul / salah mengandungi soalan pokok berbentuk kenyataan samada betul atau salah sebagai pilihan jawapan.



Contoh:

a) Ikan paus merupakan sejenis amfibia.

Betul / Salah

b) Pahang terletak di Malaysia timur.

Betul / Salah

b) Item padanan •

Item ini berbentuk dua kumpulan objek atau perkara yang berkaitan.



Calon dikehendaki menjawab item ini dengan menggunakan garis menanda kedua-dua objek atau yang berkaitan



Contoh:

a) Suaikan operasi darab dengan jawapannya. 5x8 7x3 21 40

SHAH HARITA BT SAHARI

PEMBINAAN ITEM UIJAN OBJEKTIF

b) Suaikan gambar dengan perkataan yang betul.

DURIA N

JAMBU

SHAH HARITA BT SAHARI

PEMBINAAN ITEM UIJAN OBJEKTIF

c) Item aneka pilihan •

Item ini merupakan bentuk ujian objektif yang paling kerap digunakan dalam ujian dan peperiksaan.



Bentuk item aneka pilihan ini mengandungi satu pokok item yang berfungsi sebagai soalan dan diikuti dengan beberapa gerak balas yang berfungsi sebagai pilihan jawapan. Antara beberapa pilihan jawapan tersebut, terdapat satu jawapan yang betul.



Jawapan yang betul ini dinamakan sebagai kunci atau petanda. Gerak balas yang lain pula dinamakan sebagai pengganggu distraktor.



Contoh:

i) Bentuk aneka pilihan berbentuk soalan: -

Yang manakah di antara pernyataan-pernyataan berikut adalah salah?

A. Semua benda hidup boleh bernafas. B. Semua benda hidup boleh berkumuh. C. Semua benda hidup bergerak. D. Semua benda hidup boleh berenang.

ii) Bentuk item aneka pilihan berbentuk ayat tidak lengkap: -

Malaysia dibentuk pada tahun ____________ .

A. 1956 B. 1957 C. 1959 D. 1963 SHAH HARITA BT SAHARI

PEMBINAAN ITEM UIJAN OBJEKTIF

iii) Contoh item aneka pilihan berbentuk cantuman: -

Haiwan yang berdarah panas dan bertelur ialah:

I. Kelawar II. Burung III. Itik IV. Buaya

A. I dan II sahaja B. II dan III sahaja C. III dan IV sahaja D. I dan III sahaja

SHAH HARITA BT SAHARI

PEMBINAAN ITEM UIJAN OBJEKTIF

-

Susunkan proses penilaian dalam pendidikan.

I. Mentafsir II. Melapor III. Mengukur IV. Menguji

A. I, II, III, IV B. II, III, I, IV C. III, IV, I, II D. IV, III, I, II

SHAH HARITA BT SAHARI

PEMBINAAN ITEM UIJAN OBJEKTIF

ARAS KEMAHIRAN ITEM OBJEKTIF ANEKA PILIHAN Item objektif aneka pilihan boleh dibina untuk semua aras kemahiran dalam bidang kognitif di bawah kategori Taksonomi Bloom. Jadual di bawah menyatakan kata-kata kerja yang biasa digunakan untuk setiap kategori aras kemahiran dalam bidang kognitif tersebut. Aras kemahiran dalam bidang kognitif 1. Pengetahuan

Kata-kata kerja Manakah, Apakah, Siapakah,

Aras ini menguji kebolehan calon mengingat

Bilakah, Berikan, Senaraikan,

kembali fakta, erti, istilah, prinsip, hukum, Nyatakan. definisi yang telah dipelajari. 2. Kefahaman

Huraikan, Jelaskan, Terangkan,

Aras ini menguji kebolehan calon memahami,

menukar

dan

Tukarkan, Mengapa.

menjelaskan

fakta, konsep, prinsip, hukum, teori yang telah dipelajari. 3. Aplikasi Aras ini menguji kebolehan calon menggunakan fakta, konsep,hukum, teori,

Tunjukkan,

Kirakan,

Selesaikan,

Demonstrasikan,

Susunkan, Uruskan, Gunakan.

prinsip, pengetahuan, dan kemahiran untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan. 4. Analisis Aras ini menguji kebolehan calon membanding faktor

dan

kesamaan,

menghuraikan

faktor-

perbezaan,

Bezakan,

Bandingkan,

Asingkan,

Tafsirkan,

Bahagikan, Klasifikasikan.

dan

perhubungan di antara satu sama lain.

5. Sintesis

Gabungkan,

Merekabentuk,

SHAH HARITA BT SAHARI

PEMBINAAN ITEM UIJAN OBJEKTIF Aras ini menguji kebolehan calon Bentukkan, mencantumkan,

menggabungkan,

dan Susunkan,

Kumpulkan, Gubahkan,

mengintegrasikan, fakta-fakta atau idea- Karangkan. idea yang berkaitan. 6. Penilaian

Nilaikan, Rumuskan, Tafsirkan,

Aras ini menguji kebolehan calon membuktikan, menilaikan, mengesahkan,

Kritikkan, Bandingkan, Ulaskan, Bezakan, Huraikan, Buktikan

mengkritik, merumuskan, atau memberi pendapat

sesuatu

pernyataan,

ciptaan,

karya, prinsip, teori dan sebagainya.

CONTOH-CONTOH ITEM OBJEKTIF MENGIKUT ARASARAS KEMAHIRAN DALAM BIDANG KOGNITIF SHAH HARITA BT SAHARI

PEMBINAAN ITEM UIJAN OBJEKTIF 1.

2.

3.

Aras Pengetahuan (i)

Siapakah Perdana Menteri Malaysia yang kelima?

a.

Tun Mahathir

b.

Tun Abdul Razak

c.

Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi

d.

Tun Hussein Onn

Aras Kefahaman (i)

Hassan jarang lewat datang ke sekolah. Maksud perkataan lewat ialah:

a.

cepat

b.

tepat

c.

lambat

d.

lebih

Aras Aplikasi (i)

Jangan pedulikan jemputan Ali kerana dia ________________ sahaja.

a.

ajak-ajak ayam

b.

cakar ayam

c.

cakap angin

d.

cakap kosong

4.

Aras Analisis

(i)

Perbezaan kubus dan kuboid adalah kuboid mempunyai _______________ . SHAH HARITA BT SAHARI

PEMBINAAN ITEM UIJAN OBJEKTIF a.

enam permukaan yang berbeza

b.

sisi yang berbeza

c.

isipadu yang lebih besar

d.

bucu yang lebih kecil

5.

Aras sintesis

(i)

Sekumpulan haiwan mempunyai sifat-sifat berikut: •

Berdarah sejuk



Bernafas dengan kulit dan paru-paru



Bertelur dan persenyawaan di luar



Rupa anak tidak serupa dengan ibu bapa

Kumpulan haiwan yang dimaksudkan ialah: a.

mamalia

b.

amfibia

c.

reptilia

d.

ikan

6.

Aras Penilaian

SHAH HARITA BT SAHARI

PEMBINAAN ITEM UIJAN OBJEKTIF (i)

Di antara pendekatan-pendekatan berikut, yang manakah PALING berkesan digunakan untuk menyerap nilai-nilai murni dalam jiwa kanak-kanak?

a.

asuhan di rumah

b.

pengajaran di sekolah

c.

aktiviti kokurikulum

d.

budaya sekolah

PRINSIP-PRINSIP MEMBINA ITEM JENIS BETUL-SALAH: SHAH HARITA BT SAHARI

PEMBINAAN ITEM UIJAN OBJEKTIF 1.

Kenyataan betul atau salah hendaklah berkaitan dengan perkara-perkara penting sahaja.

2.

Kenyataan yang digubal itu hendaklah benar-benar betul atau benar-benar salah sahaja.

3.

Jangan membina kenyataan yang terlalu nyata betul atau terlalu nyata salah kerana ini tidak akan benar-benar menguji calon secara objektif.

4.

Pada prinsipnya, gubal lebih banyak kenyataan dalam bentuk salah daripada kenyataan yang betul, kerana ramai calon biasanya lebih cenderung memilih betul sebagai jawapan apabila mereka kurang pasti sama ada kenyataan itu betul atau salah.

5.

Elakkan daripada menggunakan perkataan seperti ‘semua’, ‘tiap-tiap’, ‘hanya’ dan sebagainya yang merupakan petunjuk kepada salah atau benar kenyataan tersebut.

6.

Elakkan menggunakan kenyataan-kenyataan yang dipetik sebulat-bulatnya daripada buku teks. Ini akan menolong calon menjawab soalan tanpa berfikir panjang.

PRNISIP-PRINSIP MENULIS ITEM ANEKA PILIHAN SHAH HARITA BT SAHARI

PEMBINAAN ITEM UIJAN OBJEKTIF 1.

Pokok soalan harus ditulis dalam bahasa yang mudah difahami . Bentuknya boleh ditulis dalam ayat soalan atau ayat yang tidak lengkap. Kesukarannya hendaklah mengikut aras kemahiran yang ditentukan dalam JPU. Pokok soalan yang berbentuk negatif haruslah dikurangkan atau dielakkan langsung. Jika bentuk negatif terpaksa digunakan, perkataan seperti ‘bukan’ atau ‘tidak’ harus ditulis dalam huruf besar atau digariskan. Rajah dan carta dalam pokok soalan mesti disertakan dengan tajuk yang berkaitan.

2.

Pilihan jawapan atau gerak balas hendaklah ditulis sejajar dengan pokok soalan. Misalnya, jika calon dikehendaki memberi satu angka dalam jawapan, maka semua pilihan jawapan harus ditulis dalam bentuk angka sahaja. Elakkan ulangan perkataan yang sama dalam setiap pilhan jawapan. Pastikan pilihan jawapan mencukupi dan terdapat hanya satu jawapan pilihan sahaja. Bagaimanapun, untuk mengelak tekaan, pengganggu-pengganggu boleh memainkan peranan yang berpatutan. Ini boleh dilakukan dengan berbagaibagai cara seperti menulis pengganggu-pengganggu serupa dengan pilihan jawapan yang betul. Jawapan pengganggu hendak dibentuk seolah-olah diterima sebagai jawapan betul, angka dalam pilihan-pilihan jawapan disusun mengikut turutan menaik atau menurun, dan menyebarkan pilihan jawapan yang betul di antara pilihan A, B, C atau D. Pengganggu seperti ‘tidak ada jawapan’ atau ‘semua yang di atas’ harus dielakkan atau dikurangkan.

3.

Struktur item haruslah dibentuk mengikut format yang biasa diamalkan. Contoh format dengan satu jawapan betul: SHAH HARITA BT SAHARI

PEMBINAAN ITEM UIJAN OBJEKTIF

Pokok Soalan A

Pokok Soalan I

B

II

C

III

D

IV

A B C D

Pokok Soalan I

II

III

IV

A B C D

PRINSIP-PRINSIP PENTAFSIRAN ITEM UJIAN OBJEKTIF Setelah item-item ujian objektif selesai dibina, guru hendaklah menyemak item-item tersebut supaya semuanya bebas daripada sebarang kesilapan sebelum ujian SHAH HARITA BT SAHARI

PEMBINAAN ITEM UIJAN OBJEKTIF dijalankan. Paling penting adalah membuat penilaian untuk memastikan item-item yang telah digubal mematuhi prinsip-prinsip pembinaan item objektif aneka pilihan sama ada perlu dibaiki atau diubahsuai dengan cara yang betul.

1.

Gerak balas-gerak balas tidak disusun mengikut prinsip susunan item objektif aneka pilihan.

2.

Gerak balas memberikan petunjuk yang membayangkan jawapan.

3.

Perkataan yang digunakan dalam pokok item kurang spesifik dan merupakan umum sahaja.

4.

Item yang mempunyai lebih daripada satu jawapan.

5.

Gerak balas atau pilihan jawapan terlalu panjang.

SHAH HARITA BT SAHARI

Related Documents