Pembelajaran Matematik Di Prasekolah

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pembelajaran Matematik Di Prasekolah as PDF for free.

More details

  • Words: 895
  • Pages: 24
IPG M KA MPUS TENGKU AMPU AN AFZ AN , K UALA LIPI S

TUTORIAL TAJUK 2 PEMBELAJARAN AWAL MATEMATIK DI PRASEKOLAH Pengertian Matematik Kepentingan Pembelajaran Matematik Prinsip-prinsip pembelajaran Matematik National Council Teaching Mathematic (NCTM)

PENGERTIAN MATEMATIK

• Matematik berasal dari ‘máthēma’ yang bermaksud mempelajari, menimba, sains, dan ia didatangi untuk menjurus kepada makna yang lebih sempit dan lebih teknikal. • Didefinisikan sebagai pembelajaran atau kajian mengenai corak struktur, perubahan dan ruang, atau dengan kata lain, kajian mengenai nombor dan gambar rajah. • Satu cabang ilmu pengetahuan yang timbul daripada proses ketaakulan terhadap kejadian-kejadian alam sekeliling atau cakerawala.

• Satu sistem logik yang menentukan rumusanrumusan yang terdiri daripada bahasa matematik yang tersendiri daripada simbol, hukum atau operasinya. • Dilahirkan daripada kehendak atau keperluan menyelesaikan masalah dalam kehidupan. • Contoh pemikiran logik yang membentuk konsep nombor kanak-kanak yang memerlukan pengalaman, interaksi sosial, masa, bahasa dan kefahaman berkenaan pemikiran kanak-kanak.

• Dilihat sebagai lanjutan mudah kepada bahasa perbualan dan penulisan, dengan dan tatabahasa yang sangat jelas, untuk menghurai dan mendalami hubungan fizikal dan konsep. • Satu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. • Melibatkan pemikiran ataupun pertimbangan induktif dan deduktif menggunakan nombor dengan berkesan dan menyelesaikan masalah secara saintifik.

KEPENTINGAN DAN PERANAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

• Melatih individu menaakul secara logik dan rasional. • Meningkatkan kemahiran dalam kehidupan seharian seperti urusniaga, perjalanan, makanan, pembelajaran dan membuat kerja. • Memahami dan menyedari konsep ruang, luas, panjang, besar, masa dan simbol dalam matematik.

• Memberi peluang mengembangkan kemahiran mengelas, membanding, turutan, menyukat, graf, membilang dan operasi nombor. • Meningkatkan pengetahuan dan pengalaman tentang asas matematik. • Meningkatkan kemahiran tertentu seperti berfikir. • Meningkatkan perasaan ingin tahu dan suka menyiasat.

• Memberi pelbagai peluang memegang, meneroka bahan, mengubahsuai bahan yang berkaitan dengan idea matematik. • Mengambil bahagian dalam aktiviti bermula daripada aktiviti dunia fizikal kepada idea di dunia yang abstrak.

NATIONAL COUNCIL TEACHING MATHEMATIC [NCTM] President : Hendry Kepner Misi : Saluran untuk orang ramai menyatakan pendapat mengenai pendidikan matematik. Menggalakkan pembinaan visi, kepimpinan dan profesionalisme dikalangan guru. Menyumbang kepada suasana pembelajaran matematik yang berkualiti.

PRINSIP-PRINSIP PEMBELAJARAN MATEMATIK NATIONAL COUNCIL TEACHING MATHEMATICS (NCTM)

PERKONGSIAN / EQUITY •

Suasana perkongsian adalah bergantung kepada usaha untuk melibatkan diri antara murid, guru, keluarga dan masyarakat.  Semua anggota dalam komuniti pendidikan perlu menghormati dan menghargai setiap sumbangan antara satu sama lain.  Pihak sekolah perlu memupuk semua pengalaman, kepercayaan dan cara untuk meneroka Matematik.  Semua keperluan bahan untuk pengajaran yang optimum dan perkembangan individu murid dan guru adalah diperlengkapkan.  Murid didedahkan dalam suasana yang berhadapan dengan cabaran dan pengalaman pembelajaran matematik yang bermakna.

• Elemen dalam Perkongsian  Harapan yang tinggi  Menghormati  Memahami  Sokongan moral yang tinggi kepada murid • Semua perkara dalam elemen ini hendaklah dilaksanakan secara berterusan dalam pengajaran Matematik bagi memaksimumkan pemerolehan pembelajaran murid.

KURIKULUM / CURRICULUM •

Kurikulum yang digubal mestilah berkaitan, berfokuskan kepentingan matematik dan mengikut perkembangan tahap murid. Kurikulum perlu mempunyai perkaitan antara satu topik dan topik yang lain. Murid dapat membina perhubungan dan kemahiran antara topik. Maka, murid akan lebih memahami dengan lebih mendalam dan berkembang. Murid perlu diberi peluang untuk meneroka dunia Matematik yang akan meningkat mengikut tahap perkembangan mereka.

PENGAJARAN / TEACHING • Guru perlu memahami pengetahuan sedia ada murid dan apa yang mereka perlu belajar. Guru perlu menguasai bidang Matematik yang beliau ajari dan bersikap komited kepada murid. Guru perlu mencipta suasana pembelajaran yang menggalakkan budaya pemikiran matematik.

– Pengajaran yang efektif dalam Matematik: • Pilih dan guna ABM yang sesuai. • Gunakan teknik penyampaian arahan yang sesuai. • Menjalankan penambahbaikan yang berterusan dalam diri guru tersebut. • Menentukan topik yang hendak difokuskan pada hari itu. • Mengetahui bagaimana menguruskan murid untuk melakukan aktiviti. • Menyediakan pelbagai soalan mengikut aras kesukaran.

PEMBELAJARAN / LEARNING •

Murid perlu belajar secara aktif melalui pengalaman dan pengetahuan sedia ada.  Murid memahami konsep Matematik terlebih dahulu dan kemudian mampu menggunakannya dalam pelbagai keadaan.  Cara terbaik dalam penguasaan Matematik ialah dengan cara penggabungan pemahaman fakta, konsep dan prosedur.  Pembelajaran perkara asas dalam Matematik adalah penting.  Apabila murid mula menguasai sesuatu topik, maka dia boleh menyelesaikan masalah yang berkaitan atau yang lebih sukar.

PENAKSIRAN / ASSESSMENT • Penaksiran mestilah menyokong kepentingan pembelajaran Matematik dan membekalkan maklumat penting kepada guru dan murid. 

Melalui penaksiran, guru dapat menentukan kaedah terbaik untuk program pengayaan sama ada dalam bentuk pemberian bahan rujukan tambahan, mengajar semula topik yang sukar atau menyediakan sesuatu yang berlainan kepada murid yang memerlukan latihan tambahan.



Guru perlu melalukan pelbagai jenis penaksiran agar memperoleh keputusan yang lebih tepat.



Guru perlu memastikan semua murid diberi peluang untuk mendemonstrasikan apa yang telah mereka pelajari.



Contoh penaksiran: • Soalan • Temu bual • Ujian bertulis

TEKNOLOGI / TECHNOLOGY • Tekonolgi merupakan satu keperluan dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik, ia juga mempengaruhi pengajaran dan memperkukuh pengetahuan murid.  Penggunaan komputer dan kalkulator membenarkan murid mempelajari Matematik secara mendalam melalui cara penggunaan yang betul.

 Teknologi juga membantu murid menyelesaikan masalah yang sukar dengan kemudahan-kemudahan fungsi istimewa.  Teknologi hanya membantu memudahkan pembelajaran murid tetapi bukan sebagai guru sebenar.  Murid perlu memahami sesuatu konsep terlebih dahulu sebelum boleh menggunakan teknologi.  Guru pula perlu menentukan bila murid boleh menggunakan teknologi.

TERIMA KASIH ATAS PERHATIAN ANDA

AKTIVITI Mengikut pemahaman anda… Bagaimana guru dapat mengaplikasikan 6 prinsip NCTM dalam pengajaran dan pembelajaran mereka??

Related Documents