PEMAPARAN ISU AMBALAT DI AKHBAR ARUS PERDANA INDONESIA. STUDI ANALISIS KANDUNGAN KEPADA AKHBAR KOMPAS DAN THE JAKARTA POST
MOHAMMAD ABDUL NAFI AZHARI
TESIS YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEH IJAZAH SARJANA SAINS SOSIAL ( PENGURUSAN KOMUNIKASI)
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA BANGI
2006
2
PEMAPARAN ISU AMBALAT DI AKHBAR INDONESIA: ANALISIS ISI KANDUNGAN KE ATAS AKHBAR KOMPAS DAN THE JAKARTA POST
ABSTRAK
Kajian ini meneliti agenda akhbar mengenai pemaparan isu Ambalat oleh akhbar arus perdana pilihan di Indonesia. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah analisis kandungan bagi mengenal pasti ruang lingkup pemaparan dan orientasi berita tentang isu Ambalat dalam akhbar Kompas dan The Jakarta Post. Ruang lingkup pemaparan meliputi kekerapan pemaparan isu Ambalat, tajuk utama, komunikator berita, nama agensi berita, jenis pemaparan, saiz pemaparan berita, letak pemaparan dan asal berita. Orientasi pemaparan adalah corak atau arah penulisan sama ada dalam positif, neutral atau negatif. Teknik persampelan bertujuan digunakan untuk memilih sampel daripada setiap edaran dua buah akhbar itu selama tempoh dua bulan. Sejumlah 122 kali edarannya telah diambil sebagai sampel kajian. Kajian ini berlandaskan teori penentuan agenda sebagai garis pandu untuk menjawab objekif kajian. Hasil kajian menunjukkan terdapat 163 kali pemaparan mengenai isu Ambalat dalam tempoh dua bulan kajian. Hasil kajian menunjukkan akhbar Kompas memaparkan isu Ambalat sedikit lebih banyak berbanding akhbar The Jakarta Post. Hasil kajian analisis kandungan pun menunjukkan bahawa corak pemaparan isu Ambalat memiliki orientasi positif sejumlah 46.63%, orientasi neutral sejumlah 36.81% dan orientasi negatif sejumlah 16.56%. Kesimpulan daripada hasil kajian ini menyatakan bahawa corak pemaparan serta ruang lingkup akhbar setempat dapat mempengaruhi kepada penentuan agenda publik.
3
THE COVERAGE OF AMBALAT ISSUE IN INDONESIAN NEWSPAPERS: A CONTENT ANALYSIS ON KOMPAS AND THE JAKARTA POST
ABSTRACT
This study examined newspaper coverage on Ambalat issue in two selected Indonesian mainstream newspapers. The study was conducted using content analysis as a research design. The selected newspapers were Kompas and The Jakarta Post. The purpose of the content analysis is to examine the frequencies of newspapers report on Ambalat issue and its orientations. The frequencies of the reports are based on headlines, news communicator, news agencies name, type of news reported, news size reported, news placement and news starting place. News orientations are the way how news is being reported whether it’s positive, neutral or negative. The two months periods of edition was chosen as research samples through purposive technique sampling. This research was based on agenda-setting theory as a conceptual framework to answer research objectives. The findings showed that a total of 163 news items on Ambalat issue were reported in the two months period. Kompas reported slightly more than The Jakarta Post. The findings also found that newspapers coverage’s had 46.63% positive orientation, 36.81% neutral orientation and 16.56% negative orientation. This research concludes that the agenda from local newspapers coverage’s were influencing the public to set up their agenda’s.
4
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN Manusia berkomunikasi untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman. Bentuk biasa komunikasi manusia meliputi percakapan, bahasa isyarat dan penulisan. Komunikasi boleh berbentuk interaktif, disengaja atau tidak disengajakan. Media komunikasi digunakan untuk mengembangluaskan fungsi komunikasi manusia. Melalui saluran media mesej atau maklumat dalam pelbagai bentuk boleh diintepretasikan oleh khalayak dan akan memberikan kesan ke atas sesuatu isu sosial.
Media boleh dianggap sebagai sebuah instrumen yang berpengaruh kerana pemaparannya boleh membawa audien untuk membuat interpretasi masing-masing terhadap sesuatu isu. Media muncul dengan liputan maklumatnya yang memiliki kekuatan dan boleh membuat perubahan pada agenda publik. Media bukan sahaja setakat menghibur, tetapi membekalkan masyarakat dengan maklumat yang terpenting baik untuk sistem politik, institusi ekonomi dan gaya hidup.
Akhbar adalah salah satu media penting yang berpengaruh kepada masyarakat khususnya pembaca sesebuah akhbar itu. Kajian yang dilakukan oleh MediaDNA menunjukkan bahawa akhbar tempatan di United Kingdom meraih nilai tertinggi penggunaannya jika dibandingkan dengan Internet, majalah dan radio (Needs States Research
News
International
2003;
http://www.nmauk.co.uk/nma/do/line/
creativeMediaUse). Andaian ini berasaskan bahawa akhbar bersifat mudah dibawa ke mana-mana dan fungsinya juga memberikan maklumat yang diperlukan dan juga menjadi sebahagian daripada menu seharian pembaca.
5
Akhbar boleh mempengaruhi dan membentuk persepsi terhadap pembaca, iaitu daripada suka menjadi tidak menyukai ataupun daripada tidak mengenal, menjadi menkagumi dan pada akhirnya pembaca boleh membentuk fikiran mengenai isu yang berlaku melalui maklumat yang dipaparkan dalam akhbar tersebut. Persepsi ini bermakna, pengalaman tentang objek, peristiwa atau hubungan-hubungan yang diperolehi daripada pendedahan kepada maklumat dan intepretasi mesej (Rachmat, 1989).
Persepsi ditentukan oleh aspek individu dan persekitaran (Krech & Crutcfield, 1977). Namun aspek yang sangat mempengaruhi persepsi ialah, pendedahan maklumat. Pendedahan maklumat ialah proses secara mental semasa rangkaian rangsangan menjadi menonjol pada kesedaran semasa rangsangan lainnya melemah (Andersen, 1972). Pendedahan berlaku apabila individu menumpu pada salah satu pancaindera sehingga mengketepikan hal yang lainnya.
Bagaimana akhbar boleh mempengaruhi pendedahan dan intepretasi mesej di kalangan pembaca? Terdapat beberapa elemen dalam akhbar seperti tajuk utama yang ditonjolkan, berita berkenaan isu yang berlaku, pendapat dalam bahagian lidah pengarang atau pun boleh juga daripada gambar yang diletakkan pada akhbar itu sendiri. Setiap elemen dalam akhbar itu memiliki kesan emosi dan rasional untuk mempengaruhi pendedahan maklumat dan tindak balas pembaca. Menurut Burgoon & Miller (1985), persepsi bermakna bentuk kepercayaan mengenai apa yang sebenar, dan pengaruh bermakna pada bentuk penilaian baik atau buruknya dari sesuatu isu dan analisis rasional pada isu yang berlaku sehingga pada akhirnya membentuk perilaku atau sikap yang berasas dari persepsi itu.
Fokus kajian ini adalah pemaparan maklumat yang dijalankan secara berterusan oleh media akhbar kepada khalayaknya. Berterusan bermakna isu-isu yang dibekalkan secara berulang-ulang sehingga akan mempengaruhi pemikiran alam tidak sedar kita. Emil Dofivat (1968) menyatakan bahawa proses pemaparan maklumat secara berterusan sebagai satu di antara tiga prinsip penting dalam memujuk perhatian massa.
6
Mengikut Barwise & Gordon (1998), akhbar mempunyai keupayaan dalam proses pembentukan fikiran masyarakat untuk mengetahui apa yang akan diketahuinya, dilihat dan difikirkan terhadap isu semasa yang berlaku. Ringkasnya akhbar akan memberi maklumat kepada masyarakat dan sebagai pembaca mereka akan mencipta persepsi berkenaan dengan berita yang diterimanya. Park (1985) menyatakan bahawa berita adalah maklumat yang utama digunakan oleh individu untuk penyesuaian terhadap persekitaran, pengubah perilaku serta pembentukan persepsi baru.
Akhbar itu sendiri adalah perantara untuk melanjutkan pendapat atau pemikiran manusia. Mengikut McLuhan (1965) akhbar adalah suatu sambungan kepada masyarakat daripada individu, atau media as an extention of a man. Sebelum ada akhbar, manusia sudah pun menyampaikan pendapat dan pemikiran, tetapi dalam bentuk yang berbeza. Namun, pertumbuhan akhbar telah menjadikan ianya sebagai pemangkin yang baik untuk menyampaikan hasil buah pemikiran manusia kepada khalayak.
Kebanyakan kita melihat akhbar sebagai penyampai maklumat sahaja, sebaliknya akhbar juga merupakan sebahagian daripada sistem ekonomi, khasnya pada organisasi akhbar itu sendiri sebagai media perniagaan. Akhbar adalah sebahagian daripada industri penerbitan yang berpengaruh kuat kepada khalayak. Andaian ini dikemukakan oleh Feather (1998 dalam Bungin 2001) bahawa akhbar, masih merupakan media yang paling biasa dan mudah diterima seperti juga buku dan majalah. Meskipun ada sarjana yang menyatakan bahawa media massa adalah alat yang digunakan oleh golongan elit yang berkuasa untuk mengekalkan kekuasaan, kekayaan dan status mereka sendiri, dengan mempopularkan falsafah, kebudayaan dan moraliti menyerupai mereka (Boggs, 1976).
Dalam industri penerbitan terkandung konsep “penyebaran”. Apabila dipandang daripada perspektif ekonomi, maka konsep penyebaran ini dikaitkan dengan nilai penjualan, melalui pemaparan maklumat yang dicetak sama ada dalam majalah, akhbar dan buku. Penyebaran ini merupakan keperluan seharian khalayak
7
yang penting bagi yang menghargai maklumat. Proses ini dinyatakan sebagai penterjemahan maklumat kepada pihak awam.
Akhbar itu juga memiliki misi, iaitu menajamkan pemikiran masyarakat, melalui maklumat yang dicetak dalam pelbagai ruangan dalam akhbar. Maksudnya, liputan berita serta pendapat yang ada dalam akhbar haruslah difahami, dengan upaya memancing pembaca ke ruang fikiran yang lebih kritikal.
Akhbar juga dianggap sebagi media yang telah berakar dalam kehidupan manusia untuk mempengaruhi emosi dan mempertajamkan daya pemikiran mereka. Namun demikian media setakat ini telah dimanfaatkan oleh penguasa media untuk menjalankan peranan tertentu. Akhbar digunakan untuk menyampaikan keputusan dan agenda politik serta ideologi mereka. Merujuk pada teori sistem media, Schramm (1956) memetakan empat konsep media dunia iaitu, konsep media autoritarian, liberal, tanggungjawab sosial dan komunis. Indonesia dan Malaysia sebagai negara membangun memegang ideologi media sebagai media yang memiliki tanggungjawab kepada sosial atau masyarakat. Teori ini merupakan pengembangan lebih lanjut daripada sistem media autoritarian dan libertarian.
Proses demokrasi dalam sistem politik Indonesia, secara am berdampak pada kehidupan sosial dan politik sama ada secara langsung ataupun tidak. Oleh itu kerajaan Indonesia mengambil berat masalah yang muncul dalam pemaparan media. Pembentukan pemberitaan yang merupakan impak daripada keterbukaan yang berlaku mesti dikawal melalui media.
Hal ini bermula daripada pemikiran bahawa akhbar berperanan sebagai penyampai maklumat dan membentuk persepsi masyarakat terhadap isu ataupun persoalan yang disampaikan media. Wujud satu keyakinan bahawa media memiliki pengaruh dalam memupuk minda pembaca ataupun memenuhi kemahuan pembaca berkaitan dengan beberapa isu yang sentiasa menjadi perhatian. Impaknya secara am khalayak memiliki ketergantungan terhadap sumber maklumat daripada sumber berita yang mereka percayai.
8
Tanggung jawab sosial dan peranan akhbar di Indonesia dan Malaysia diwujudkan melalui pemaparan yang dibekalkan kepada khalayak. Contoh yang sangat signifkan adalah bagaimana pihak media melaporkan isu melalui ruanganruangan yang memiliki kesan masing-masing. Seperti isu yang dipaparkan dalam tajuk besar dan gambar pada sesebuah akhbar sudah pasti akan menarik khalayak pembaca. Ruangan lidah pengarang pun yang berisikan pandangan daripada pengarang akan memberi kesan tersendiri kepada khalayak.
Sebahagian besar negara-negara sedang membangun di rantau Asia, menggunakan akhbar sebagai penghubung antara pemerintah dan masyarakat. Selain daripada itu, akhbar juga berfungsi sebagai alat sosialisasi pelbagai peraturan yang dirancang dan diputuskan oleh pemerintah. Hal ini memperlihatkan kedekatan hubungan sama ada antara media dengan
penguasa ataupun media terhadap
masyarakat.
Sebaliknya, di negara maju peranan media begitu bebas dan jarang pemerintah memperalatkan akhbar atau pun golongan elit utama mencorakkan imej positf melalui pemberitaan dalam media massa meskipun secara am diakui bahawa di mana-mana negara pun tidak ada satu media pun yang terbebas daripada pelbagai pengaruh dan agenda yang tersembunyi sama ada elit pemerintah peniaga ataupun sekumpulan kecil orang yang memiliki kuasa.
Sebagaimana akhbar di sebahagian besar negara sedang membangun, akhbar di Indonesia dan Malaysia turut serta berperanan sebagai alat pembujukan. Pelbagai pemberitaan yang disampaikan mesti mengikut pada arahan dan matlamat pemerintah tentang berita yang boleh disampaikan media. Ini adalah kerana media berperanan penting dalam membentuk pandangan masyarakat berkenaan dengan pelbagai isu sama ada isu dalaman negara ataupun isu serantau.
Bermula daripada peranan akhbar inilah pelbagai pemberitaan tentang Indonesia mesti dikawal dengan cara memberi imej yang boleh mempertahankan stabiliti dalaman. Salah satunya cara yang dilakukan media tempatan adalah dengan menjadikan pemberitaan dalam negeri cenderung ke arah positif.
9
Hal tersebut selaras dengan andaian bahawa media memiliki kemampuan untuk mempengaruhi gambaran umum minda secara tersembunyi dengan pelbagai pemberitaan yang mengandungi muatan politik, ideologi ataupun lainnya daripada sekumpulan elit yang berkuasa. Sparks (1986) menyatakan bahawa, “negara dan media adalah dua daripada senjata yang digunakan oleh mereka yang memerintah untuk mengekalkan dan melanjutkan kuasa mereka. Negara ialah jentera yang digunakan untuk memaksa, media adalah jentera yang digunakan untuk membujuk. Kedua-duanya saling melengkapi“.
Liputan berita akhbar tempatan terhadap isu yang berlaku di suatu kawasan adalah penting, kerana arus peredaran maklumat tidak dapat dipisahkan dari aspek global. Menurut Giddens (1990), global merupakan hubungan sosial yang menyeluruh serta terkait dengan aspek-aspek tempatan, sehingga kejadian di suatu tempatan boleh dirancang dari suatu tempat yang jauh dan sebaliknya. Begitu juga dengan liputan ruang lingkup berita, di mana dan dari mana ianya boleh jadi bahan maklumat kepada khalayak ramai.
Dari sudut pemberitaannya akhbar menjadi salah satu sumber untuk menghebahkan kepada khalayak tentang peristiwa dan kejadian penting yang berlaku dalam masyarakat. Maklumat yang dibekalkan oleh akhbar tempatan sangat mempengaruhi keseimbangan liputan berita, meskipun terdapat pelbagai akhbar tempatan daripada berbagai-bagai terbitan. Namun, tiap-tiap dari akhbar itu membuat paparan berita yang beragam setiap hari. Segala hal yang terjadi dalam masyarakat tidak lama kemudian sudah ada beritanya dalam akhbar, apa-apa yang penting difikirkan orang dimaklumatkan dalam pernyataan, dalam pidato, dalam seminar, dalam temubual, dengan segera setelah itu telah dapat dibaca khalayak dalam akhbar (Adinegoro, 1966). Maka tepatlah apa yang dikatakan bahawa akhbar adalah refleksi masyarakat. Mott (1968) juga mendapati bahawa dalam proses penyampaian fakta, pendapat dan hujahan, akhbar adalah media yang penting, kerana ia mampu menarik minat masyarakat.
Seperti kes Ambalat, tarikan isu-isu semasa memang menjadi liputan harian setiap akhbar. Pemaparan isu-isu semasa adalah agenda utama sesebuah akhbar. Maka
10
kajian ini mengkaji pemaparan kes Ambalat oleh dua akhbar utama Indonesia. Analisis kandungan liputan berita dalam akhbar merupakan aspek yang utama dalam kajian saya ini. Isu yang diambil dalam kajian analisis kandungan ini mengenai kes pertikaian wilayah pada blok Ambalat di sekitaran laut Sulawesi antara Indonesia dan Malaysia.
Pemaparan berita oleh akhbar Indonesia tentang dakwaan pemilikan blok Ambalat di laut Sulawesi antara Malaysia dan Indonesia telah menimbulkan reaksi daripada segolongan rakyat Indonesia. Impak daripada pemaparan akhbar itu bila dikaitkan dengan isu yang berlaku antara Indonesia dengan Malaysia mengenai kes Ambalat semakin hangat.
Impak segera yang berlaku ialah adanya sikap tunjuk perasaan di Jakarta dan Sulawesi oleh segolongan kecil masyarakat Indonesia yang berbeza penilaian dan persepsinya mengenai kes Ambalat. Pemaparan berita di akhbar-akhbar Indonesia mengenai percubaan Malaysia menceroboh hak wilayah Indonesia dan reaksi tunjuk perasaan itu telah menjejaskan hubungan dua hala kerajaan Indonesia dan Malaysia.
1.2 AKHBAR DI INDONESIA
Masa mulanya kewujudan akhbar di Indonesia adalah selepas Belanda datang ke Hindia Belanda1 pada tahun 1594 untuk memulakan usaha perdagangan bahan rempah. Kewujudan akhbar selalunya dikaitkan dengan kewujudan mesin cetak. Mesin cetak pertama di Indonesia dibawa daripada Belanda pada tahun 1624 dan digunakan untuk kepentingan Gereja Protestan Belanda.
Sejarahnya dimulai ketika Verenigde Nederlandsche Geoctroyeerde OestIndische Compagnie (VOC) atau Syarikat Perniagaan Hindia Belanda, menyedari faedah daripada media cetak untuk mencetak maklumat peraturan hukum yang termuat di dalam maklumat rasmi kerajaan kepada khalayak. Meskipun mesin cetak sudah wujud akan tetapi tidak ada usaha untuk menerbitkan akhbar bagi masyarakat 1
Disebut Hindia Belanda semasa Indonesia ada di bawah pemerintahan kolonial Belanda.
11
ramai. Pada tahun 1659 usaha pencetakan dimulakan oleh Kornelis Pijl dengan mencetak sebuah Tijtboek, serupa dengan almanak atau buku masa (Graaf, 1969: 12; Encyclopaedie, 1917: 642; Chijs, 1880 dalam Ahmat Adam, 2003).
Pada tahun 1744 di bawah pimpinan Gabenor Jenderal Gustaaf Willem Baron van Imhoff, akhbar pertama wujud di Indonesia. Akhbar itu bernama Bataviase Nouvelles, akhbar yang hanya selembar kertas saiz a4 sahaja dan terdiri dari 2 kolum yang memuat maklumat kerajaan serta menyisipkan sebarang iklan (Ahmat Adam, 2003).
Akhbar di Indonesia pada masa itu adalah sesuatu benda yang hanya boleh dibeli dan dibaca oleh golongan masyarakat bangsawan. Ini adalah kerana semasa itu tidak semua masyarakat pribumi Indonesia boleh membaca tulisan serta faham bahasa Belanda.
Mengikut Ahmat Adam (2003) pertengahan abad ke-19 membuka satu masa baru bagi akhbar di Hindia Belanda. Masa ini ditandai dengan munculnya percetakan milik swasta dan wujudnya akhbar yang juga diusahakan oleh swasta. Sejak itu akhbar banyak diterbitkan di kota-kota besar Hindia Belanda, yang menjadi pusat perniagaan dan perlabuhan kapal-kapal peniaga serta kolonial. Pada tahun 1825, Percetakan Negara milik Belanda di Batavia (sekarang menjadi Jakarta) menerbitkan Bataviaasch Advertentieblad, dan pada tahun 1829 akhbar Nederlandsch Indisch Handelsblad juga terbit di Batavia. Di kota Surabaya wujud akhbar pertama dalam bentuk mingguan dengan nama Soerabayasche Courant pada tahun 1834. Selepas dikota Surabaya maka akhbar wujud pula di kota Semarang pada tahun 1845, juga dalam bentuk mingguan dengan nama Samarangsch Advertentieblad yang pada tahun 1852 berganti nama menjadi De Locomotief, Samarangsch Advertentieblad yang di cetak di percetakan Oliphant & Co yang hampir kesemuanya memiliki kandungan sebatas maklumat kerajaan dan iklan. Seperti di Batavia, Surabaya dan Semarang ialah bandar pusat yang padat dengan perniagaan serta peniaga dari luar negara kerana kedudukannya sebagai bandar pelabuhan bagi kapal-kapal peniaga.
12
Tahun-tahun di antara 1855 dan 1860 menjadi tahap awal sejarah media cetak seperti akhbar dan majalah di Indonesia. Dimulai dari tahun 1856 dan selanjutnya, banyak akhbar yang diterbitkan, walaupun juga banyak yang mati kerana tidak memiliki kandungan yang sesuai bagi masyarakat tempatan dan bankrap kerana kurang mendapat sambutan disebabkan harga yang cukup mahal.
Penerbitan awal akhbar di Indonesia dijalankan oleh orang Belanda. Mengikut Mirjam Matters (2003) pada tahun 1903 barulah wujud akhbar pertama yang diterbitkan oleh orang Indonesia, iaitu Soenda Berita yang ditubuhkan oleh Raden Mas Tirtohadisoerjo. Mengikut Soebagijo Ilham Notodidjojo (1998 dalam Mirjam Matters 2003) Tirtohadisoerjo atau juga dikenal sebagai Raden Djokomono (1875 – 1918) sebagai penubuh akhbar Soenda Berita dan akhbar mingguan dengan nama Medan Priyayi telah mengembangkannya untuk menjadi akhbar harian yang pertama kali di Indonesia. Menurut Haryadi Suadi, sebagai pengamal media, media cetak di Indonesia semakin menonjol pada akhir 1945 dengan terbitnya akhbar yang mempropagandakan kemerdekaan Indonesia seperti, Soeara Merdeka di Bandung atau Berita Indonesia di Jakarta (Pikiran Rakyat, 2004. 23 Ogos). Media akhbar Indonesia sepanjang masa kolonial itu terus berjuang agar wujud meskipun ada masalah kewangan. Perkembangan akhbar di Indonesia mulai dari tahun 1900-an nampak selalunya berubah-ubah dengan jumlah yang tidak tetap setiap tahunnya. Akhbar daripada yang bersifat keagamaan sampailah berorientasi komunis dan kesemuanya seringkali singkat sahaja hayatnya, tak lebih dari kiraan bulan atau tahun.
Hingga kini, akhbar di Indonesia telah melalui beberapa period, dari period Demokasi Terpimpin masa pimpinan Ir. Soekarno, period Pembangunan dan Orde Baru masa pimpinan Soeharto, Habibie penerus orde baru yang “baru”, Abdurahman Wahid sampai Megawati dan sekarang period Indonesia Bersatu di bawah pimpinan Susilo Bambang Yudhoyono, media akhbar terus menjalani proses perkembangannya yang berfungsi sebagai cerminan masyarakat.
13
Seperti yang telah dihuraikan di atas, sejarah perjuangan media cetak atau akhbar itu telah dimulai sejak Indonesia belum lagi merdeka, malah saat-saat kemerdekaan pun disuarakan ke seluruh dunia oleh pihak media. Ciri daripada akhbar semasa pimpinan Ir. Soekarno yang signifikan iaitu konsep akhbar perjuangan yang semata-mata hanya menggalakkan tercapainya kemerdekaan Negara Kesatuan Republik Indonesia. Namun masa itu pun tidaklah lama, kerana kekuatan Parlimen masa itu dari Parti Komunis Indonesia (PKI) menyokong penuh Ir. Soekarno sebagai presiden seumur hidup dan selaku Panglima Besar Revolusi, yang telah menyimpang daripada Undang-undang Dasar 1945 (UUD’ 45) yang seharusnya boleh menjadi pedoman utama dalam kerajaan namun telah menjerumuskan Ir. Soekarno dengan rejim Orde lamanya menjadi pemerintahan berkuasa mutlak. Akhbar masa itu telah pun menjadi mangsa ke diktatoran Ir. Soekarno, dengan memenjarakan tokoh-tokoh politik dan media tanpa sedia adanya proses undang-undang dan menutup berbagaibagai usaha penerbitan akhbar yang menjadi pembangkang pada garis politik demokrasi terpimpin (Jules Archer, 1960 dalam Mirjam Matters, 2003).
Akhbar pada period awal Orde Baru, 1966 – 1974, dapat diilustrasikan secara kuantitatif daripada hasil kajian Judith B. Agassi (1969, dalam Abar Ahmad Zaini: 1995) sebagai berikut. Pada tahun 1966, terdapat 132 akhbar harian di Indonesia dengan jumlah edaran 2 juta per satu hari dan mingguan sebanyak 114 akhbar dengan edaran
1,542,200 per satu hari. Angka ini menunjukkan kuantiti media cetak
mengalami kenaikan berbanding dengan masa Demokrasi Terpimpin. Pada tahun 1965, terdapat 111 surat khabar dengan jumlah edaran 1,432,850 per satu hari dan 84 akhbar mingguan dengan jumlah edaran 1,153,800 per satu hari. Kenaikan ini disebabkan adanya beberapa akhbar yang sebelumnya ditutup dengan paksa oleh pihak kerajaan dan kembali berusaha untuk kembali menerbitkan akhbarnya.
Berpindah dari masa kepemimpinan orde lama ke orde baru, akhbar di Indonesia secara nasional pun seperti hidup dalam sifat yang tertekan. Lebih dramatis lagi bahawa kehidupan media nasional khasnya akhbar ditekan dari seluruh sisi hanya untuk dikuasai oleh kerajaan, seolah para wartawan boleh dibeli, dan usaha penerbitan akhbar pun dapat ditutup bila-bila masa oleh pihak kerajaan apabila tidak sesuai dengan selera penguasa.
14
Di dalam masa yang terus berganti Indonesia mengalami transisi politik, iaitu adalah jeda masa antara satu rejim politik dan rejim yang lainnya (O’Donnel & Schmitter, 1993) maka akhbar selepas rejim Soeharto mengalami kebebasan yang meluas semasa di bawah pimpinan B.J. Habibie. “Perubahan”, itulah yang dijadikan wacana nasional oleh Habibie dan akhbar berperanan penting dalam mendedahkan perubahan itu. Seakan tiada tekanan politik, akhbar boleh melakukan apa saja yang dikehendaki, sesuai dengan selera dan agenda pihak pemilik.
Di bawah Habibie, akhbar berkembang dengan pantas. Surat Izin Usaha Penerbitan atau boleh disebut Lesen Usaha Penerbitan, tidak lagi diperlukan bagi pengusaha penerbitan. Terdapat lebih kurang 5 ribu nama media cetak yang pelbagai isi kandungannya muncul dan tanpa adanya lesen usaha penerbitan (www.polri.go.id). Jelasnya, masa itu akhbar memiliki akses sampai ke titik tengah kekuasaan kerajaan kerana Habibie sendiri yang seringkali bersedia menjadi sumber daripada berita sehingga corak kepemimpinannya dengan sistem pengaturan terbuka membantu sangat pihak akhbar masa itu.
Pada masa Abdurahman Wahid atau yang lebih dikenali dengan julukan Gus Dur, seakan hanya meneruskan apa yang telah dibangun oleh Habibie, namun secara praktikalnya Gus Dur pula seringkali menyalahkan akhbar dalam memaknai pernyataan-pernyataan kontroversinya, sehingga dalam masa kekuasaannya media akhbar lebih sering disalahkan dalam membekalkan maklumat kepada masyarakat.
Selepas Gus Dur, Megawati Soekarnoputri memimpin Indonesia dengan jargon silent is gold atau diam itu emas. Sebagai pemimpin yang jimat dalam bercakap dan bahkan semasa itu, tidak ada jurucakap rasmi kerajaan sehingga masyarakat seringkali keliru memaknai fenomena sosial yang bersumber daripada kerajaan. Namun pada masa yang bersama juga, media sebagai instrumen nasional di bolehkan berjalan secara bebas dan merdeka.
Pada masa ini, menurut kajian Nielsen Media Research (http://www.pikiranrakyat.com/cetak/0703/12/0105) bermula tahun 2001 di Indonesia terdapat dua akhbar sahaja yang menunjukkan edarannya naik secara berterusan, iaitu akhbar Media
15
Indonesia, akhbar harian Jakarta, dengan edaran 1.7 juta per satu hari dan harian Pikiran Rakyat, akhbar harian Bandung, sejumlah 1.2 juta per satu hari. Menurut data kajian dari World Association Newspaper (WAN), terdapat 35 akhbar harian yang tercatat terbit di Jakarta sahaja (http://www.xs4all.nl/~edkremer/html/listas.html). Data yang telah dinyatakan itu menjadi asas bahawa akhbar menjadi penting semasa ini dalam kehidupan.
Dari segi kuantitatif ia menunjukkan bahawa sebahagian besar responden 74% menilai akhbar semakin lengkap dalam menyajikan maklumat tentang peristiwa dan isu semasa. Tiadanya pembatasan yang ketat terhadap jumlah mukasurat lebih memberi
kebebasan
pada
akhbar
untuk
melaporkan
maklumat
(http://www.kompas.com/kompas-cetak/0502/07/Politikhukum/154353.htm).
Kesan
dan impak positif daripada munculnya usaha penerbitan dan akhbar ini tidak boleh diabaikan kerana potensi daripada usaha ini membuat institusi pendidikan dan media semakin merebak bagi golongan pribumi.
Akhbar di Indonesia memiliki fungsi yang terus berkembang, semasa zaman kolonial Belanda, akhbar digunakan sebagai penyampai maklumat yang terhad di antara pihak kerajaan sahaja, namun setelah dimulainya akhbar yang dimiliki oleh pribumi maka akhbar menjadi suatu institusi yang membekalkan maklumat kepada khalayak luas dengan sesuainya pertumbuhan institusi pendidikan bagi pribumi.
1.3 ISU AMBALAT Peristiwa dan isu semasa melibatkan Indonesia dan Malaysia sentiasa menarik perhatian akhbar di kedua-dua negara berjiran ini. Hal ini dimungkinkan oleh persamaan yang dikongsi seperti kedekatan geografi dan ikatan dari segi ekonomi dan politik serantau dan kesamaan sejarah.
Dari semasa ke semasa akhbar telah memaparkan isu yang timbul berkaitan kedua negara, Indonesia dan Malaysia. Isu yang kerap timbul ialah isu tenaga kerja, pembalakan haram, keamanan regional, jerebu, pertikaian sempadan dan sebagainya.
16
Isu wilayah sempadan yang dipertikaikan Indonesia-Malaysia mengenai blok Ambalat yang berada di perairan Laut Sulawesi terus menganggu kestabilan hubungan dua hala kerajaan Indonesia dan Malaysia. Ekoran daripada isu yang dilaporkan oleh media akhbar di Indonesia membawa segolongan masyarakat tempatan untuk melakukan pelbagai tindakan melawan Malaysia, seperti aksi tunjuk perasaan yang terjadi di Makasar, Sulawesi Selatan pada 5hb Mac 2005 (www.kompas.com)
Konflik sempadan antara Indonesia dan Malaysia untuk memiliki blok Ambalat di Laut Sulawesi timbul apabila kerajaan Malaysia melalui Petronas Carigali, pada 16hb Februari 2005 lalu telah memberikan konsesi usaha cari gali di blok kaya minyak dan gas itu kepada syarikat Shell, perusahaan berkongsi Inggeris-Belanda (www.kcm.com). Menurut data daripada Departemen Energi dan Sumber Daya Mineral Indonesia, kawasan ini memang memiliki kandungan minyak yang sangat besar, dikira-kira mencapai 421.61 juta tong, sementara kandungan gas semulajadinya dikira lebih dari 3.3 triliun kaki kubik (http://www.esdm.go.id/).
Kronologi kes Ambalat dari perspektif akhbar Indonesia memaparkan bahawa kes ini bermula semenjak tahun 1967 semasa pihak syarikat Total Indonesie melakukan usaha carigali dan mengelolakan Blok Bunyu dekat Blok Ambalat. Pada tahun 1979 pihak kerajaan Malaysia terbitkan peta baru yang ditolak oleh pihak Indonesia dan negara lainnya. Pada tahun 1999, Indonesia memberikan konsesi usaha carigali minyak dan gas semulajadi kepada Shell di blok Ambalat, namun pada tahun 2001 pihak Shell Company telah menjual hak konsesi carigali di dalam blok Ambalat kepada syarikat minyak milik Italia, ENI. Pihak Syarikat Shell diingatkan pernah melakukan usaha carigali di wilayah itu tanpa ada bantahan dari pihak kerajaan Malaysia, dan pada tahun 2004 kerajaan Indonesia memberikan konsesi untuk usaha carigali kepada pihak Amerika Syarikat, Unocal, namun pada tahun 2005 syarikat Shell kembali mendapat konsesi carigali daripada pihak kerajaan Malaysia pada blok ND6 dan Blok ND7, semenjak itulah berlaku pertikaian pemilikan blok Ambalat dan Ambalat Timur (Kompas. 2005. 3 Mac).
17
Pertikaian wilayah sebenarnya tak perlu terjadi apabila di antara kedua negara memiliki persetujuan sempadan yang diakui oleh kedua belah pihak. Pada gambar peta di bawah ini dapat dilihat sempadan serta wilayah yang dipertikaikan oleh Indonesia dan Malaysia :
Gambar 1.1 Peta wilayah yang dipertikaikan (Pusat Data dan Pengembangan Kajian, Kompas 2005)
18
Menurut Arif Havas Oegroseno, Direktur Perjanjian Internasional Bidang Politik, Keamanan dan Kewilayahan daripada Departemen Luar Negeri Republik Indonesia, bahawa sebab utama kes Ambalat ini ialah pencantuman pemilikan wilayah secara sepihak sahaja oleh Malaysia dalam peta sempadan kontinen Malaysia tahun 1979 (Kompas. 2005. 1hb Mac). Pada gambar di atas dapat dilihat wilayah sempadan yang didakwa milik Indonesia serta wilayah yang didakwa oleh Malaysia dengan pembuatan peta secara sebelah pihak sahaja. Pada gambar di atas pula jelas nampak pertindihan wilayah yang sedang dipertikaikan.
Terdapat banyak wilayah dan pulau di sekitaran sempadan Indonesia-Malaysia yang memiliki potensi menjadi sebahagian wilayah yang dipertikaikan atau disputed territory. Seperti contohnya ialah Pulau Berhala di Sumatera Utara, Pulau Pelampong, Batu Berhanti dan Nongsa di kepulauan Riau serta Pulau Gosong Makassar di Kalimantan Timur. Mengikut kepada Peta wilayah Republik Indonesia di Departemen Kelautan dan Perikanan, pulau-pulau tersebut berada berdekatan dan ada pula yang tepat berada pada garis sempadan Zona Ekonomi Ekslusif (Chusnan Maghribi, 2006).
Konflik itu dibimbangkan akan berpanjangan kerana kedua-dua belah pihak kini telah mengerahkan kekuatan angkatan tenteranya di kawasan sengketa itu. Jika isu ini tidak ditangani secara berhati-hati, ianya mungkin boleh membawa kepada peperangan terbuka di antara kedua-dua negara.
Akhbar di Indonesia mula melaporkan isu blok Ambalat semenjak awal bulan Mac 2005 dan isu ini memuncak semenjak itu juga. Liputan berita di media akhbar menunjukkan peningkatan pada isu wilayah yang dipertikaikan diantara Indonesia dan Malaysia (http://www.acehkita.com). Selari dengan perkembangan isu semasa ini, kerajaan Indonesia telah pun menghantar nota bantahan menolak kewujudan Petronas di Blok Ambalat tetapi tidak mendapat jawapan dari pihak kerajaan Malaysia.
Kuatnya pengaruh media membolehkan kerajaan kedua negara untuk mencipta agenda politiknya kepada khalayak (Syed Arabi, 1999). Hasil daripada itu semua khalayak belum pun tentu faham pada keadaan dan kejadian yang sebenar, sehingga
19
perlu suatu penjelasan daripada pihak kerajaan kepada pihak jurnalis berkenaan situasi pertikaian wilayah ini dengan menyusun agenda menggunakan media sebagai alatnya.
1.4 PERNYATAAN MASALAH Isu mengenai sempadan yang dipertikaikan antara Indonesia dan Malaysia menjadi fokus berita, khasnya dalam media massa di Indonesia. Isu ini mulai memuncak dalam pemaparan
akhbar
Indonesia
pada
seawalnya
iaitu
3hb
Mac
(http://www.acehkita.com) selepas timbulnya dakwaan Malaysia kepada pemilikan pulau di wilayah Ambalat serta insiden pencerobohan sempadan wilayah oleh kapal peronda laut dan udara Malaysia.
Akhbar Indonesia memainkan peranan yang penting dalam menimbulkan agenda kes Ambalat melalui pemaparan berita berkaitan isu tersebut. Semua akhbar utama Indonesia seperti Kompas, Media Indonesia, Koran Tempo, Suara Pembaruan serta akhbar berbahasa Inggeris seperti The Jakarta Post, The Indonesian Times, Indonesian Observer, pun menyiarkan berita tentang kes Ambalat mulai awal bulan Mac 2005. Melihat pemaparan berita yang dibekalkan kepada masyarakat, nampaknya siaran berita kes Ambalat ini telah menarik perhatian khalayak Indonesia dan menimbulkan konflik sementara pada hubungan kerajaan dua hala Indonesia dan Malaysia.
Permasalahan dalam kajian ini adalah, bagaimana akhbar Kompas dan The Jakarta Post memaparkan isu Ambalat serta apakah orientasi daripada pemaparan isu tersebut dalam akhbar?
1.5 TUJUAN KAJIAN Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis kandungan akhbar Kompas dan The Jakarta Post mengenai berita-berita berkaitan pertikaian kes Ambalat di antara Indonesia dan Malaysia. Analisis kandungan berita itu adalah dari segi ruang lingkup pemaparan dan orientasi berita. Ruanglingkup pemaparan dalam kajian ini iaitu,
20
kekerapan isu, tema berita, asal berita, bentuk pemaparan, komunikator berita, agensi berita, saiz berita, letak berita. Manakala orientasi berita adalah corak daripada pemaparan akhbar pilihan kajian sama ada positif, neutral atau negatif.
1.6 OBJEKTIF KAJIAN Secara khusus, objektif kajian ini adalah: 1.
Untuk meninjau kekerapan liputan berita kes Ambalat.
2.
Mengenal pasti tajuk utama berita kes Ambalat.
3.
Mengenal pasti komunikator utama dalam berita kes Ambalat
4.
Mengenal pasti tempat asal berita kes Ambalat.
5.
Mengetahui jenis pemaparan kes Ambalat
6.
Mengetahui agensi berita yang menjadi sumber akhbar pemaparan kes Ambalat.
7.
Mengenal pasti saiz berita kes Ambalat.
8.
Mengenal pasti letak berita isu Ambalat.
9.
Mengetahui orientasi berita dalam pemaparan isu Ambalat.
1.7 RUANG LINGKUP KAJIAN Ruang lingkup kajian ini sudah dihadkan kepada beberapa kategori yang diselaraskan sesuai kepada kajian analisis kandungan akhbar. Ruang lingkup ini juga dijadikan sebagai batasan kajian agar tidak melencong dari matlamat kajian. Ruang lingkup yang dikaji merupakan agenda pemaparan daripada isian akhbar pilihan kajian yang berkenaan dengan isu Ambalat. Agenda akhbar mengenai isu Ambalat dalam kajian ini dihadkan kepada sembilan aspek sahaja, iaitu: 1. kekerapan isu 2. tajuk utama berita 3. asal berita 4. komunikator berita 5. jenis berita 6. agensi berita
21
7. saiz berita 8. letak berita 9. orientasi berita yang kesemuanya ada hubungkait dengan pemaparan dan orientasi berita daripada akhbar pilihan mengenai pertikaian di wilayah Laut Sulawesi dan pemilikan Blok Ambalat di antara Indonesia dan Malaysia.
Pemilihan akhbar yang berbeza bahasa didasari oleh andaian saya sebagai pengkaji yang melihat kedua-dua akhbar memiliki sasaran pembaca yang berlainan dan berperingkat. Seperti akhbar Kompas yang hampir dibaca oleh kebanyakan khalayak pembaca Indonesia daripada kalangan bawah sampai atas sedangkan akhbar The Jakarta Post yang memiliki kumpulan pembaca yang lebih terfokus seperti hanya kalangan menengah dan atasan sahaja yang membacanya kerana pemaparannya yang dalam bahasa Inggeris. Secara ringkasnya, kajian ini menganalisis kandungan ruanglingkup pemaparan akhbar serta orientasi daripada kedua-dua akhbar pilihan kajian. Dengan demikian maka pengkaji akan mengetahui apakah akhbar tersebut sudah memainkan peranannya sebagai pembekal agenda maklumat bagi khalayak, khasnya pada isu semasa yang utama.
Surat khabar Kompas dipilih kerana Kompas adalah salah satu akhbar utama di Indonesia dan diterbitkan secara harian. Kompas ditubuhkan semenjak tahun 1965. Akhbar Kompas terus berkembang dan menjadi sebahagian penguasa media di Indonesia masa ini, yang juga memiliki puluhan media cetak, stesen radio, stesen televisyen serta sejumlah penerbitan dan jaringan kedai buku terbesar di Indonesia. Selain pemaparan berita yang menimbulkan kontroversi, akhbar Kompas juga mempunyai pengaruh luas dalam pembentukan pendapat warga negara Indonesia. Masa ini akhbar Kompas dikenali sebagai akhbar nasional terbesar di Indonesia dengan jumlah pelanggan sebanyak 550,000 sehari dan mencapai 2 juta pembaca di Jakarta
sahaja
(http://tokohindonesia.com/ensiklopedia/j/jakoeboetama).
Contoh
gambar daripada tajuk akhbar Kompas dapat dilihat dalam gambar 1.2 di bawah ini :
22
Gambar 1.2 Platnama akhbar Kompas
Nampak pada gambar di atas bahawa akhbar Kompas terbit semenjak 28 Jun 1965 dengan penubuhnya P.K. Ojong (almarhum) dan Jakob Oetama. Jakob Oetama yang lebih dikenali dengan sebutan J.O. dibesarkan dalam budaya Jawa dan pernah menjadi seorang cikgu, sebelum P.K. Ojong atau Auw Jong Peng Kun, mengajaknya masuk ke dalam dunia jurnalistis.
Kompas bukan hanya sebuah surat khabar yang terbit setiap hari malahan memberikan maklumat dan boleh jadi sebagai pengasas pada sesebuah isu yang menjadi agenda pembicaraan khalayak.
Akhbar The Jakarta Post juga dikenali sebagai akhbar harian yang dinamis dalam liputan beritanya sama ada berita nasional atau antarabangsa. Akhbar ini ialah salah satu dari empat akhbar Indonesia yang terbit dalam bahasa Inggeris dan diterbitkan secara harian. Akhbar The Jakarta Post diterbitkan kali pertama pada 25 April 1983, selain membekalkan maklumat ianya juga turut serta memantapkan penggunaan bahasa Inggeris di Indonesia. Akhbar The Jakarta Post juga pada tahun 1994 dianugerahi International Newspaper Marketing Association –Editor & Publisher Award, dengan jumlah edaran akhbarnya 50,000 sehari. Dengan jumlah orang
yang berlanggan daripada 8,657 pada tahun 1983 menjadi 41,049 pada
Disember
1998
(http://www.thejakartapost.com/about/about_progress.asp).
The
Jakarta Post juga telah menjalin kerjasama dengan pihak media luar negara untuk membolehkan akhbar ini dicapai 24 jam sehari kepada pelanggan di seluruh dunia. Ini adalah kerana akhbar ini telah menjalin kerjasama melalui perkongsian maklumat secara digital dengan media di New York, London, Palo Alto, yang masing-masing media itu dimiliki oleh organisasi Chamber World Network, Reuters dan Dialog. Contoh gambar daripada tajuk akhbar The Jakarta Post dapat dilihat dalam gambar 1.3 di bawah ini :
23
Gambar 1.3 Platnama akhbar The Jakarta Post
Sejarah penerbitan surat khabar ini bermula daripada pembicaraan antara Ali Moertopo, Menteri Maklumat dan Perhubungan Awam masa itu, dengan Jusuf Wanandi yang mewakili pihak kerajaan juga sebagai pengerusi daripada surat khabar Suara Karya serta pengerusi daripada Pusat Strategi dan Kajian Asia Tenggara. Moertopo menyatakan bahawa penerbitan akhbar dalam bahasa Inggeris ini boleh membantu peningkatan komuniti warga asing di dalam negara ekoran daripada pengembangan ekonomi terbuka secara global. Namun yang lebih utama iaitu untuk mengkedepankan perspektif maklumat bangsa Indonesia melawan ketidakseimbangan arus maklumat yang didominasi oleh pihak barat.
Akhbar The Jakarta Post untuk meraih tujuan itu, maka penubuhan akhbar diisi pula oleh para editor, wartawan dan jurnalis yang terkemuka dan berpengalaman. Beberapa nama senior yang ikut dalam barisan editor ialah, Sabam Siagian, Raymond Toruan, Hartoyo Pratiknyo, Vincent Lungga dan pengerusi editor ialah, Endy M. Bayuni. Kesemua nama mereka adalah yang secara kerap memimpin penerbitan akhbar sehingga memiliki pandangan yang luas dan terkait pada segala spectrum sosiopolitik daripada bangsa Indonesia.
Kedua akhbar yang telah dipilih untuk dianalisis dihadkan kepada pemaparan berita isu sempadan blok Ambalat di Laut Sulawesi yang dimuat dalam kedua-dua akhbar tersebut. Masa analisis dihadkan kepada dua bulan sahaja, iaitu bermula dari 1 Mac hingga 30 April 2005. Tempoh ini ditetapkan bahawa kerana pemaparan isu kes Ambalat itu bermula dan mulai menurun dalam tempoh tersebut.
24
1.8 SIGNIFIKAN KAJIAN
Indonesia dan Malaysia merupakan negara yang berada di kawasan Asia Tenggara. Kedua negara memiliki pertalian sejarah, dan budaya yang cukup erat. Dapat pula dikatakan bahawa hubungan keduanya mengalami peningkatan hingga sekarang. Dari segi politik serantau pun, Indonesia dan Malaysia merupakan dua daripada lima negara yang menubuhkan ASEAN. Di sebalik keselesaan hubungan, berasaskan pada catatan sejarah, kedua-dua negara pernah mengalami keretakan hubungan dua hala kerajaan berpunca daripada masalah konfrontasi pada tahun 50-an.
Selari dengan perkembangan masa, Indonesia dan Malaysia adalah kembali sebagai negara berjiran yang sangat dekat dari pelbagai sudut pandang. Kedekatan inilah yang ternyata mencipta kedua negara terlupa untuk membuat batas sempadan yang ada, sehingga munculnya pertikaian yang berkaitan dengan batas sempadanan kedua negara. Kes Ambalat yang muncul pun telah menimbulkan konflik di antara kedua negara dan menjadi isu semasa yang menjadi liputan media serta menarik perhatian khalayak, khasnya di Indonesia. Konsep peranan dan tanggung jawab pihak media adalah penting memandangkan agenda daripada pihak media tidak lari daripada peranan dan tanggung jawab yang dimainkannya. Oleh kerana itu, adalah signifikan untuk dijalankannya kajian ini dengan melihat ruang lingkup pemaparan dan orientasi berita dalam agenda akhbar pilihan kajian arus perdana tempatan. Signifikansi kajian ini juga berasas bahawa akhbar dikatakan berupaya menentukan agenda pemikiran dan perbincangan khalayaknya, selari dengan pernyataan Gerbner et, al (1997) bahawa “media berupaya membentuk realiti sosial di kalangan khalayaknya”.
25
BAB 2
KERANGKA TEORI DAN PENGKONSEPAN
2.1 PENGENALAN
Kandungan bab ini terdiri daripada kerangka teori kajian, kajian-kajian lepas dan pembahasan tentang pengkonsepsian unit analisis kajian. Di dalam bab ini juga akan dibincangkan pendekatan secara teoritis peranan akhbar dalam memberikan gambaran terhadap sesuatu isu yang berlaku di sesuatu persekitaran atau kawasan.
Matlamat kuasa media dalam penentuan agenda publik adalah untuk memfokuskan perhatian khalayak kepada isu semasa yang berlaku. Kuasa ini sangatlah berpengaruh, khasnya kepada publik dalam membentuk persepsi. Tidak hanya maklumat yang bersifat fakta daripada pihak media sahaja yang diperlukan oleh khalayak, malah khalayak juga menggunakannya sebagai medium pembelajaran untuk memahami isu yang dibekalkan oleh media massa.
Akhbar menyediakan ruang untuk memaparkan berita dalam bentuk-bentuk seperti gambar dan laporan utama pada muka surat hadapan, tajuk utama yang dicetak besar, rencana dan lain-lain. Begitu pun dengan televisyen yang menawarkan berbagai-bagai ruang dan masa untuk penyampaian mesej seperti penyiaran berita, forum dan lain-lain. Pendedahan maklumat yang dilakukan secara berterusan dengan efektif melalui media massa mampu mengkomunikasikan matlamat utama setiap mesej yang ditujukan kepada khalayak. Dalam erti kata lain, berita mampu
26
menentukan agenda ke atas khalayak sehingga boleh mengalihkan perhatian kepada isu yang dicipta oleh pendapat khalayak itu sendiri (McCombs, 1973).
Akhbar merupakan medium untuk memaparkan realiti dan ia boleh kekal sebagai bahan rujukan (Emery, Agee & Ault, 1997). Akhbar juga melaporkan tajuk utama yang lebih lanjut berbanding dengan televisyen, kerana tiadanya batas masa penyampaian serta memberikan ulasan daripada lidah pengarang juga rencana.
McCombs dan Shaw (1972) menyatakan bahawa akhbar berperanan untuk membantu pembaca dalam mempertimbangkan apa yang akan mereka lakukan. Mengikut pernyataan McCombs dan Shaw di atas maka dapat dibuat kesimpulan bahawa akhbar telah mengarahkan masyarakat untuk mencipta persepsi dan mengambil keputusan. Di sini pula, institusi yang sangat mustahak untuk dikawal ialah agensi berita yang berfungsi sebagai agen media dalam menentukan bentuk pendedahan maklumat yang akan dibekalkan kepada masyarakat.
Kemampuan akhbar untuk membekalkan gambaran sesuatu isu yang berlaku memang tidak dapat dinafikan lagi, kerana telah dilakukan beberapa kajian lepas oleh para sarjana yang menyimpulkan pandangan bahawa media dapat memberikan maklumat dan seterusnya mempengaruhi pembentukan persepsi ke atas khalayak tentang isu semasa yang berlaku.
2.2 KERANGKA KONSEPSUAL KAJIAN
Akhbar mungkin tidak selalu berjaya membentuk minda pembacanya tetapi akhbar dapat mencorakkan gambaran yang wujud dalam minda pembaca tentang sesuatu isu. Kemudian individu yang membacanya mempelajari isu-isu penting tersebut dan membezakannya daripada isu-isu lain yang disiarkan oleh media massa. Walaupun perubahan sikap dan pendapat jarang dilakukan oleh media massa tetapi ia tetap mampu mengutarakan soalan-soalan kepada pembacanya sebagai bahan renungan. Hal inilah yang menjadi asas daripada fungsi penentuan agenda media massa yang berkembang kemudian.
27
Selari dengan itu Cohen (1963) menyatakan andaian dasar teori penentuan agenda adalah “akhbar bukan setakat penyalur maklumat dan pendapat sahaja. Walaupun ia tidak selalunya berjaya memberitahu publiknya bagaimana untuk berfikir tetapi akhbar berjaya sekali memberitahu khalayak apa yang hendak difikirkan“. Justeru teori penentuan agenda mengandaikan adanya hubungan positif antara penilaian yang diberikan media massa pada sesuatu persoalan yang dianggap penting dengan tumpuan perhatian khalayak.
Teori
penentuan
agenda
berkait
rapat
dengan
konsep
pengampang
(gatekeeping) kerana adanya fungsi pemilihan berita dan kemudian menentukan berita apa yang penting dan ada nilai berita. Pengampang berfungsi untuk menentukan agenda media, agenda publik dan agenda penggubalan dasar. Agenda media bermakna tema dan jenis berita yang ditentukan sehingga dipilih media untuk didedahkan kepada khalayak. Agenda publik bermakna, satu set topik yang diyakini publik sebagai isu penting. Agenda penggubal dasar iaitu pelbagai makna yang dihasilkan oleh pembuat keputusan dan diyakini sebagai agenda tersembunyi daripada pembuat keputusan. Masing-masing agenda tersebut merupakan pembolehubah bebas dan saling mempengaruhi. Kepelbagaian ini dapat dilihat dalam rajah 2.1 dibawah ini:
Rajah 2.1 Proses teori Penentuan Agenda ( Rogers dan Dearing, 1988, dalam Miller, 2002)
Peringkat awal teori penentuan agenda merupakan bahagian daripada proses komunikasi, iaitu bagaimana individu menerima dan mempelajari pelbagai isu yang
28
diberitakan pihak media. Pada peringkat ini media berperanan memberikan penekanan pada isu-isu umum yang sepatutnya mendapatkan perhatian khalayak. Sedangkan pada peringkat kedua daripada teori penentuan agenda ini melakukan pengujian dan penekanan pada bagaimana individu mempelajari sifat dan ciri utama daripada isu yang berlaku. Proses ini lebih menitikberatkan kepada empat hal, subtopics, framing mechanism, affective dan cognitive (Golan & Wanta, 2001). Keempat hal tersebut sangat berkesan dalam mempengaruhi dan mencorakkan minda khalayak pembaca berkenaan dengan agenda media.
Kajian analisis kandungan ini menggunakan teori penentuan agenda sebagai garis panduan untuk mengenal pasti ruang lingkup pemaparan akhbar pilihan kajian yang meliputi kekerapan pemaparan, tajuk utama, komunikator berita, nama agensi berita, jenis berita, asal berita, saiz berita dan letaknya serta bagaimana corak pemaparannya yang berkaitan dengan isu Ambalat. Mengikut pemahaman daripada kerangka teori yang dinyatakan oleh Roger dan Dearing (1988) maka pengkaji membuat kerangka konsepsual kajian yang bersesuaian dengan matlamat kajian ini. Kerangka konsepsual kajian ini dapat dilihat dalam Rajah 2.2 berikut ini :
29
Rajah 2.2 Kerangka konsepsual kajian mengikut teori penentuan agenda
Agenda media dapat ditakrifkan sebagai isu atau berita yang dilaporkan oleh pihak media. Untuk menentukan adanya korelasi di antara agenda media dengan
30
agenda khalayak, maka apa sahaja isu yang dibangkitkan oleh pihak media seharusnya memiliki pertalian dengan agenda khalayak. Namun hal ini tidak selalunya berlaku. Ada masanya sesuatu isu tidak mendapat perhatian atau tidak menjadi bahan pembicaraan khalayak. Meskipun diakui adanya hubungkait antara penegasan yang diberikan pada pelbagai isu oleh media dengan penilaian dan pendedahan maklumat khalayak terhadap gambaran yang dipaparkan pihak media.
2.3 TEORI PENENTUAN AGENDA
Penyelidikan dan teori berkenaan dengan perlakuan media yang menitikberatkan kepada pendedahan kepentingan isu sosial bagi khalayak telah berlaku sejak lama lagi. Antaranya adalah kajian terhadap penentuan agenda yang telah banyak memberi sumbangan kepada perlakuan media dan kesannya ke atas khalayak (Kosicki, 1993).
Semasa khalayak berfikir mengenai isu menonjol yang berlaku, kebanyakan khalayak tahu bahawa ia impak daripada penentuan agenda media. Namun tanggapan yang popular ini seringkali menkategorikan penentuan agenda sebagai pencipta imej buruk dibanding kebaikannya sebagai metodologi yang memiliki kesan rasional serta emosional (Kosicski, 1993). Sesuatu keadaan itu bertukar menjadi suatu masalah atau isu bagi sesetengah pihak yang tidak dinyatakan dalam sebarang bentuk polisi awam, kecuali mereka berjaya menentukan agendanya. Oleh yang demikian, agenda dilihat sebagai kunci kepada sesuatu isu untuk menjadi polisi awam (Smith, 1997).
Teori Penentuan Agenda ini awal mulanya
dikemukakan oleh Maxwell
McCombs dan Donald L. Shaw pada tahun 1972 di dalam makalah The agenda-setting function of the mass media, (Public Opinion Quarterly, 1972: 176-185). Secara tradisinya, teori penentuan agenda meneroka hubungan berita tentang isu politik yang telah dipaparkan oleh media dengan persepsi yang terbentuk.
Sejak dekad 1970-an, teori penentuan agenda mulai muncul dan menjadi popular. Mengikut teori ini, media dapat mempengaruhi pendapat umum dengan cara
31
menarik perhatian khalayak kepada isu-isu tertentu dan mengabaikan isu-isu lain (Wimmer, 1991).
Komunikasi massa berperanan penting di dalam kehidupan sosial manusia sebagai penyampai maklumat kepada khalayak mengenai berita yang terkini dan yang telah berlaku. Akan tetapi perlu difahami juga bahawa perpindahan atau penyampaian berita antara sumber dan audien sepatutnya tidak dibatasi kepada satu aspek proses komunikasi massa sahaja.Teori penentuan agenda ini, mengikut pelopornya memiliki andaian bahawa media mampu untuk mempengaruhi pemikiran khalayak untuk mencipta dan atau merubah persepsi khalayak terhadap isu yang ditonjolkan (McCombs & Shaw, 1972). Dalam pada itu, teori penentuan agenda juga beranggapan bahawa media massa mempunyai keupayaan untuk mempengaruhi khalayak dengan menentukan agenda seperti: (1) Perkara yang akan difikirkan oleh media (2) Fakta yang akan dipercayai oleh khalayak. (3) Penyelesaian terhadap sesuatu isu. (4) Tumpuan perhatian terhadap sesuatu isu. (5) Perkara yang patut diketahui oleh khalayak.
Teori penentuan agenda merupakan sebahagian daripada perspektif teori saintifik, kerana ianya meramalkan khalayak yang terdedah kepada media yang serupa akan mempunyai kesedaran yang sama terhadap isu yang berlaku. Menurut Chaffee dan Berger (1997), teori penentuan agenda adalah teori yang layak untuk digunakan sebagai panduan menganalisis isu sosial dalam media kerana ianya memiliki pelbagai kriteria iaitu, (1) ia memiliki keupayaan menjelaskan mengapa khalayak mengutamakan isu yang sama sebagai isu yang penting, (2) memiliki kuasa analisis terhadap khalayak yang terdedah oleh media yang sama. Maka, mereka akan menerima isu dan membentuk persepsi yang sama dan, (3) ianya tidak kompleks dan mudah untuk difahami.
Teori ini sangat baik untuk menjelaskan mengapa khalayak yang menerima pendedahan media akan memiliki persepsi yang serupa terhadap suatu isu. Walaupun
32
antara khalayak saling berbeza, secara amnya mereka akan merasakan kesamaan pentingnya isu semasa yang berlaku.
Teori penentuan agenda ini, mengikut pelopornya memiliki andaian bahawa media memiliki kesan yang kuat ke atas khalayak untuk memfokus perhatian, dan membentuk persepsi serta pendapat tentang isu yang lagi dipaparkan. Menurut McComb dan Shaw yang menonjol atau yang dibicarakan oleh khalayak sebenarnya dipengaruhi daripada agenda media (Kok, Goh & Holladay 1999).
Mengikut Littlejohn (2002), fungsi penentuan agenda oleh akhbar memiliki dua tahap. Tahap pertama iaitu bermatlamat menggubal berita utama yang terpenting bagi khalayak, dan tahap kedua membuat keputusan bahagian mana daripada berita utama yang terpenting bagi agenda khalayak. Dua tahap dalam penentuan agenda ini menjadi proses bagi fungsi teori penentuan agenda. Proses penentuan agenda ini menurut Rogers dan Dearing (dalam Littlejohn, 2002) terbahagi pada tiga bahagian. Bahagian pertama daripada proses ini ialah kepentingan daripada isu-isu apa sahaja yang akan dibicarakan di dalam ruang media. Kedua, isu-isu yang dibicarakan dalam media akan memberi impak kepada pola pemikiran khalayak, hal ini merujuk sebagai agenda publik. Pada akhirnya agenda publik akan mempengaruhi agenda kerajaan sebagai pembuat dasar dan lebih jauhnya bermakna bahawa agenda media akan menjejaskan agenda publik dan agenda penggubalan dasar.
Teori penentuan agenda telah menjelaskan kuatnya pengaruh media kepada penciptaan persepsi dan pendapat khalayak, namun bagaimana media boleh mempengaruhi khalayak? Dalam kajian ini, akhbar diandaikan boleh memberi pengaruh kepada pembaca melalui pemaparan berita.. Akhbar telah menggunakan muka surat hadapannya untuk menarik pembaca. Muka surat itu dijadikan ’’jendela’’ kepada isi kandungan keseluruhan daripada akhbar tersebut. Langkah tersebut merupakan langkah terawal untuk menarik khalayak membaca akhbar. Maknanya, reka bentuk daripada akhbar itu sendiri sudah menjadi kategori yang boleh mempengaruhi khalayak (Garcia, 1993).
33
Pasternack dan Utt (1986 dalam Garcia 1993) telah melakukan kajian kepada akhbar. Kajian mereka menitikberatkan kepada muka surat depan dan segala yang terkandung di dalamnya. Populasi kajian kepada 20 akhbar di 10 bandar di Amerika Syarikat yang di antaranya saling bersaing dan memiliki edaran 100an ribu lebih. Hasil kajian menunjukkan bahawa 90 peratus daripada pembaca tertarik membaca akhbar kerana gambar berwarna yang diletakkan pada muka surat hadapan sesuatu akhbar, kerana susunatur gambar tersebut mencuba menjelaskan peristiwa utama yang berlaku. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa 81 peratusnya daripada pembaca memilih membaca akhbar kerana tajuk utama yang dicetak besar dan diletakkan pada muka surat hadapan sesuatu akhbar. Tajuk utama daripada sesebuah akhbar pun telah menarik pembaca untuk mengetahui berita yang selengkapnya dalam sesebuah akhbar tersebut.
Gambar yang diletak pada muka surat utama akhbar memberi pengaruh kepada pembaca, menurut kajian oleh Bain dan Weaver (1989 dalam Garcia 1993) gambar tersebut telah ’’menemani’’ pembaca untuk menerusi berita selengkapnya dan memberi kesan emosi kepada pembaca untuk berempati seandainya berada di lokasi peristiwa.
Pemaparan dalam akhbar pun memiliki kesan dalam mempengaruhi pembaca merubah persepsi dan pendapatnya. Kerana pemaparan berita selalunya mencuba memberi tahu khalayak keadaan yang sebenar. Ketika pembaca membaca paparan berita, maka ia menyedari bahawa berita dalam akhbar adalah rakaman daripada fakta yang berlaku (Wrinn, 1977). Apa yang pembaca mahu ketika ia membuka muka surat akhbar ialah, maklumat mengenai apa yang sedang berlaku dan akhbar pun dijadikannya sebagai panduan dalam berinteraksi sosial.
Selepas pemaparan berita, mungkin pembaca akan melihat kepada bahagian atau muka surat lidah pengarang. Dalam lidah pengarang, ia memaparkan komen atau ulasan atau juga hujah daripada berita berkenaan isu semasa yang berlaku. Pemaparan dalam lidah pengarang selalunya merupakan pemikiran yang logik daripada pengarang yang mencuba untuk menerangkan secara ringkas tentang pendapat terhadap isu semasa (Wrinn, 1977).
34
Ramai khalayak yang membaca akhbar untuk mengetahui apa yang sedang berlaku di dunia dan pembaca juga ingin mengetahui apa yang sedang menjadi isu utama di persekitarannya (McCombs, 1983).
Maka, setelah pembaca melihat akhbar dengan gambar dan warnanya yang menarik serta tajuk utama yang meningkatkan rasa keingintahuan isu apa yang berlaku ditambah oleh pemaparan fakta berita yang berlaku dan penerangan secara ringkas dalam muka surat lidah pengarang, maka secara psikologis telah terjadi secara doktrin ke atas pola pemikiran pembaca untuk memiliki persepsi dan pendapat terhadap apa yang sedang berlaku. Hal ini merupakan agenda daripada media untuk mendedahkan maklumat kepada pembaca dan agenda kepada khalayak untuk mengetahui fakta. Maknanya pemaparan berita yang dibekalkan oleh akhbar telah mampu secara kognitif untuk pengaruhi khalayak dalam kesehariannya membaca akhbar.
Khalayak yang membaca akhbar selalunya mempunyai aktiviti lain. Mereka juga selalunya terkait dalam satu komuniti. Perkara itu yang membuat mereka selalu ingin memiliki segala maklumat yang terkini. Maklumat yang berhubung kait dengan berita politik dan urusan awam menjadi pilihan utama mereka, dan ini boleh menjadi contoh kepada keperluan khalayak akan maklumat. Kajian daripada Smith (1986) menyatakan hubungan yang kekal antara pembaca akhbar dengan berita berkait dengan politik begitu juga sebaliknya bahawa akhbar selalu memaparkan berita berkenaan dengan politik.
Teori penentuan agenda menjelaskan betapa kuatnya pengaruh daripada media untuk menentukan isu apa yang penting bagi khalayak. Semenjak tahun 1922, kolumnis akhbar bernama Walter Lippman telah meyakinkan bahawa media memiliki keupayaan untuk menampilkan pelbagai imej ke atas khalayak. Begitu juga dengan penyelidikan yang dilakukan oleh McCombs dan Shaw tentang kempen pemilihan presiden Amerika Syarikat pada tahun 1968, 1972, dan 1976. Fokus kajian mereka menitikberatkan kepada dua faktor utama iaitu: kesedaran dan maklumat.
35
Penyelidikan daripada fungsi penentuan agenda dalam media massa yang dilakukan oleh McCombs dan Shaw cuba untuk mengesan hubungkait di antara kandungan mesej dalam media dengan persepsi pengundi. Maka andaian yang dinyatakan oleh McCombs & Shaw (1977) kepada teori ini ialah,
This impact of the mass media- the ability to affect cognitive change among individuals, to structure their thinking- has been labeled the agenda-setting function of mass communication. Here may lay the most important effect of mass communication, its ability to mentally order and organize our world for us.
2.3 KAJIAN LEPAS
Pemaparan isu-isu semasa oleh sesebuah akhbar penting kerana selalunya ia menyampaikan maklumat yang kita perlukan. Pemaparan itu selalunya meliputi pelbagai aspek, seperti ekonomi, politik, sosial, pendidikan hinggalah kepada hiburan. Penentuan-agenda berlaku.
Semasa 25 tahun awalnya, kajian lalu penentuan agenda telah berkembang kepada lebih daripada 200 jurnal dan lebih banyak lagi buku-buku yang secara spesifik berkait dengan tema penentuan agenda (Rogers, Dearing, & Bregman, 1993). Penilaian heuristik daripada perspektif penentuan agenda sudah tidak dapat dinafikan lagi (Kosicki, 1993) meskipun nilai ini tidak menjadi asas piawai kepada kesempurnaan saya sebagai pengkaji.
McCombs dan Shaw (1972) telah menguji secara empirikal teori ini selama berlangsungnya kempen pemilihan presiden Amerika Syarikat di wilayah Chapel Hill, Carolina Utara, pada tahun 1968. Tujuan kajian mereka adalah untuk mengetahui kesan media terhadap khalayak setempat dan menunjukkan bagaimana media memiliki kemampuan untuk mempengaruhi persepsi khalayak, meskipun khalayak tidak diminta untuk begitu.
36
Selepas kajian pertama, kajian kedua daripada teori penentuan agenda adalah kajian terhadap pola undian suara di mukim Iowa (Arnold & Gold, 1974). Pada kajian ini senang untuk melihat kesan daripada penentuan agenda media dan sumber berita secara interpersonal. Kajian ini melihat apakah hubungkait media mampu merubah kebiasaan cara khalayak untuk mengundi. Hubung kait yang ada mencapai nilai +.87 antara hasil populasi dan undi, maknanya pengundi memilih berasaskan kepada persepsi yang telah dibentuk oleh pendedahan media akhbar serta jawatankuasa tempatan dan motivasi mengundi ini tidak datang dengan sendiri, ianya daripada agenda media sebagai pemangkinnya.
Mengikut Ghoparde (1986), penentuan agenda merupakan konsep yang menjelaskan perpindahan daripada agenda media yang menonjol kepada khalayak sebagai pengguna media. Kajian mengenai penentuan agenda telah pun menunjukkan bahawa terdapat hubungkait dengan apa yang media percayai sebagai hal yang penting dan menonjol bagi membentuk persepsi khalayak. Ringkasnya, penentuan agenda menyatakan bahawa media sangatlah penting ianya akan merefleksikan apa yang akan khalayak fikirkan.
Perubahan yang terjadi kerana refleksi berpunca daripada kekuatan media terhadap komuniti atau kumpulan telah meletakkan fungsi daripada media sebagai pengawas persekitaran. Sebagaimana telah dinyatakan oleh Bryson (1948 dalam Wrinn 1977) maknanya antara media dan perubahan pendapat komuniti memang memiliki korelasi.
Demikian pula dengan apa yang dinyatakan oleh Melvin D. Fleur dan Sandra Ball-Rokeach (1976), bahawa kesan utama daripada media terhadap khalayak adalah cognitive effects, bermakna bagaimana media massa boleh mempengaruhi, merubah, membentuk proses pemikiran dan persepsi serta pendapat daripada khalayak. Mengikut Lippmann (1922) dalam bab pembukaan bukunya yang bertajuk Public Opinion, “the worlds outside and the pictures in our heads”. Lippmann telah menitikberatkan bahawa pihak media massa yang paling berpengaruh ke dalam penciptaan persepsi khalayak.
37
Selari dengan perkembangan media surat khabar maka khalayak pun semakin pandai memilih kandungan berita yang ingin dibaca sebagai bahagian daripada agendanya. Bagaimana isu-isu dipaparkan dalam akhbar sehingga boleh menjadikan khalayak mencipta agendanya? Sebagaimana telah dihuraikan di atas, khalayak dapat melakukannya melalui banyak cara. Media sebagai pihak yang berdiri di antara khalayak dan kerajaan memberikan pilihan kepada khalayak untuk memilih apakah mereka mahu mengetahui perkembangan yang berlaku atau tidak. Faridah Ibrahim (1987) menyatakan bahawa sebahagian besar daripada khalayak memang perlukan akhbar sebagai penghantar maklumat serta pemangkin dalam perubahan sosialisasi individu.
Andaian bahawa media memiliki kekuatan untuk mempengaruhi telah juga dinyatakan oleh Theodore White (1972) dalam bukunya bertajuk The Making of The President. Kajian ini ada hubungkait dengan perbadanan undang-undang sesebuah negara serta agenda kempen yang menggunakan media sebagai penyampai mesejnya. Weaver & Elliot (1985) telah melakukan kajian terhadap akhbar tempatan yang memaparkan bahawa penentuan agenda media mempunyai hubungkait dengan keberhasilan sesuatu kempen.
Matlamat daripada kempen ialah pembentukan imej calon serta penyampaian jargon atau mesej kempen kepada khalayak sebagai pengundi. Media digunakan oleh para pembentuk imej politik untuk membuat agenda yang berisi maklumat daripada calon supaya lebih dikenali secara mendalam oleh khalayak dan berharap akan merubah persepsi dan pendapat khalayak agar mengundi calonnya (Shaw & McCombs,1977).
Sebelum itu, kajian pun telah dilakukan untuk mengukur secara kumulatif pengaruh penentuan agenda daripada media massa (McCombs, 1975). Hasil analisis kajian pada masa itu menunjukkan bahawa perkembangan teori penentuan agenda juga dipengaruhi oleh masa terus berlalu. Ia memberi penekanan kepada kuasa media tanpa bercanggah dengan kepercayaan bahawa individu adalah bebas menentukan kepercayaan atau apa yang hendak mereka percayai.
38
Media massa seperti akhbar tidak sahaja memberi tahu khalayak untuk berfikir sesuatu, namun mereka adalah penentu kuasa atas dirinya sendiri terhadap isu apa yang akan mereka ketahui (Martin, 1976). Dalam hal ini, akhbar nampak lebih berkesan jika berbanding media televisyen kerana memberikan lebih masa bagi khalayak supaya terdedah oleh isu semasa.
Sesebuah akhbar yang baik dan bermutu mempunyai fungsi komunikasi atau tanggungjawab yang amat penting. Menurut Lavine Wackman (1988) para pengurus akhbar dan bilik berita perlu menyelenggarakan dua objektif yang bercanggah. Pertama, mengeluarkan produk akhbar dalam cara yang sistematik agar menepati jangka waktu pengeluaran. Kedua mengeluarkan produk akhbar yang menepati masa, segar inovatif dan bermaklumat serta bermutu. Maknanya apabila akhbar telah menepati itu semua akan mengeluarkan agenda kepada khalayak dengan tepat (Faridah Ibrahim, 1995).
Pendedahan media tidak bergantung kepada jumlah masa diluangkan atau perhatian yang disumbangkan kepada media, dalam hal ini perubahan persepsi berasas kepada jumlah kuantiti pendedahan isu dalam media itu sendiri yang akan ”memandu” persepsi khalayak sesuai dengan isu (Chafee & Izcaray, 1975). Publik akan memberikan perhatian kepada isu bergantung kepada banyaknya liputan yang didedahkannya (Cassata & Assata, 1979). Dengan andaian ini, pengamal-pengamal media sering berusaha untuk mendapatkan ruang atau masa dalam media massa, khasnya akhbar.
Kajian bagaimana pemaparan berita dalam media boleh mempengaruhi persepsi seseorang juga dilakukan oleh Williams & William D (1978) yang mendapati korelasi yang kuat antara media dan penentuan agenda. Hasil kajian mereka menunjukkan korelasi yang baik antara media dan agendanya ke atas pendedahan maklumat bagi khalayak.
Apabila pendedahan maklumat yang dibekalkan oleh media sebagai agendanya ke atas khalayak sudah meraih keberhasilan maka isu utama tersebut akan menjadi topik perbincangan semasa. Atwood & Others (1978) melakukan kajian ke atas 150
39
penduduk luar bandar Illinois selatan dan mendapati korelasi yang signifikan antara kandungan akhbar harian tempatan dengan isu yang dibicarakan oleh penduduk setempat.
Sebagaimana kita ketahui bahawa agenda publik daripada media juga dipengaruhi oleh kepentingan golongan elit. Satu kajian yang dilakukan di negara Ghana untuk mengetahui apakah akhbar tempatan sememangnya menentukan agenda bagi khalayak dan apakah golongan elit tempatan juga memberikan pengaruh kepadanya. Analisis daripada 1,585 responden menunjukkan bahawa akhbar tempatan di Ghana telah mencipta agenda publik yang dipengaruhi oleh golongan elit tempatan yang ada hubungkait dengan penentuan agenda nasional (Anokwa & Salwen, 1986).
Iklan sebagai salah satu elemen daripada mesej massa, pun boleh dikira menggunakan teori penentuan agenda, khasnya iklan dalam akhbar berkait dengan politik. Kaid Lee (2002) mendapati hasil kajian daripada 404 responden menyatakan lebih banyak melihat iklan dalam akhbar. Maknanya aplikasi teori penentuan agenda menunjukkan bahawa akhbar berkesan secara efektif dalam mengkomunikasikan mesej kepada khalayak.
Teori penentuan agenda ini sememangnya berkait langsung dengan pengaruh media massa terhadap perhatian isu oleh khalayak. McCombs, Llamas & Lopez-Escobar (1997) yang mengkaji teori penentuan agenda pada tahun 1995 semasa berlangsung pilihan raya di Sepanyol yang melibatkan peranan akhbar untuk menyebar isu dan mempengaruhi sikap pengundi serta persepsi khalayak. Hasil daripada kajian ini membuktikan bahawa sememangnya khalayak di Sepanyol semasa itu lebih ramai yang mendapatkan maklumat serta terdedah oleh pengaruh mesej kempen dalam media, baik itu cetak atau elektronik.
Beberapa hasil kajian lalu menunjukkan bahawa media berpengaruh pada agenda khalayak meskipun tidak ada persetujuan sebelumnya untuk saling pengaruhi. Di Afrika barat, Ghana, dilakukan kajian terhadap kesan media untuk mendedahkan khalayak dengan maklumat kesihatan tentang AIDS/HIV (Kwansah-Aidoo, 2001).
40
Hasil kajian menunjukkan bahawa media telah pun menjadi ‘’jambatan” agenda kerajaan dengan masyarakat untuk memaklumatkan kesedaran akan kesehatan.
Framing pattern atau pola pembentukan berita selalunya menjadi titik awal kepada agenda media untuk dimaklumkan kepada khalayak. Impak daripada pola pembentukan berita ini akan menjadi orientasi pemaparan berita yang berkesan bagi pembaca. Kajian berkenaan dengan kesan daripada penentuan agenda media dilakukan oleh Kim, Scheuffele & Shanahan (2002) dan implikasi daripada kajian tersebut menyatakan bahawa penentuan agenda media memiliki korelasi pada pola pembentukan berita dan pembentukan persepsi khalayak. Selepas persepsi khalayak tercipta maka ianya akan mempengaruhi agenda kerajaan. Kajian yang dilakukan oleh Lawrence & Birkland (2004) menunjukkan penentuan agenda kepada khalayak boleh menaikkan isu hingga kepada agenda kerajaan sebagai penggubal asas.
Di negara sedang membangun seperti Nigeria, akhbar diperlukan untuk pembentukan pola fikiran dan kefahaman melihat dunia luar yang luas (OjoEmmanuel, 2003). Betapa kuatnya pengaruh media sehingga persepsi dan pendapat khalayak akan mempengaruhi pandangannya terhadap sesebuah isu. Seperti yang dilakukan oleh pihak media barat dengan agendanya untuk melabelkan isu pengganas, khasnya pasca tragedi 9/11 (Craft & Wanta, 2004).
Kajian ke atas teori penentuan agenda ini biasanya dilengkapi dengan kaedah analisis kandungan dengan matlamat untuk mengenal pasti kesan daripada media tersebut. Kajian yang dilakukan oleh Umi Khatab (1991) merupakan kajian untuk mengenal pasti kepada liputan berita-berita berkait dengan keorganisasian dalam pelbagai jenis media massa di Malaysia. Hasil daripada kajian analisis kandungan in mendapati bahawa organisasi kerajaan liputan yang tertinggi dalam semua jenis media massa.
Kaedah analisis kandungan ini lebih kepada kajian analisis data kebelakangan dan menarik kesimpulan dengan cadangan bagi masa yang hadapan. Kajian terhadap akhbar dengan kaedah ini dilakukan oleh Mohd. Dhari Othman (1982) yang melakukan data analisis sejarah perkembangan akhbar dan kandungannya di
41
Semenanjung Malaysia semasa kedudukan British di Tanah Melayu. Hasil kajian ini mendapati bahawa perkembangan akhbar dipengaruhi oleh situasi dan pekembangan pada tempat akhbar itu terbit. Sebagai contoh, kandungan akhbar yang dimiliki kaum Cina dan Tamil yang diterbitkan di Tanah Melayu pada masa itu sangat mengutamakan kandungan yang berisikan maklumat berkenaan dengan budaya, politik, yang memiliki keterkaitan dengan negaranya.
Pemaparan berita sebagaimana penentuan agenda media kepada khalayak selalunya memiliki ideologi dasar pemaparan berita dan asas kewujudan akhbar tersebut, seperti yang dimiliki oleh organisasi media di Turki. Hurriyet ialah akhbar harian yang sangat popular semasa sejarah media Turki, telah dijadikan sebagai bahan kajian yang menunjukkan impak yang hebat dalam pembentukan kesebakaan pendapat serta kesedaran khalayak (Alpkaya & Celebi, 1995). Kajian ini membuktikan penentuan agenda media telah berjaya dalam menyampaikan mesejnya kepada khalayak ramai untuk boleh diterima.
Usaha awal pembentukan berita wilayah sempadan yang dipertikaikan Indonesia-Malaysia mengenai blok Ambalat yang terletak di perairan Laut Sulawesi baru-baru ini juga telah dipilih menjadi topik kajian untuk akhbar pilihan dan seberapa kerap akhbar tempatan melaporkan isu ini. Dalam kajian tersebut juga menyentuh tentang strategi komunikasi antarabangsa oleh Malaysia untuk merespons isu ini (Lai, Latif & Lee 2005).
Kesanggupan mengawal media daripada penentuan agenda boleh dikatakan sebagai proses pembentukan persetujuan sebulat suara antara mereka yang memiliki capaian kepada pihak media secara berterusan.
Penentuan agenda sendiri ialah sebuah konsep yang tiada terhad kepada tindakbalas antara penonjolan isu dalam media dan khalayak. Pengertian daripada fungsi penentuan agenda ialah konsep yang mengutamakan hubungkait yang positif dan kuat antara keutamaan komunikasi massa dan penonjolan isu dalam media terhadap individu sebagai khalayak.
42
2.4 TAKRIFAN KONSEP
Dalam sub-bab ini pengkaji menjelaskan bahawa kajian ini menggunakan takrifan konsep untuk mengendalikan kajian analisis kandungan dalam akhbar. Hal ini dilakukan agar fenomena yang diuji boleh memberi makna yang sesuai, sehingga pembaca boleh memahami konteks di mana perkaitan itu digunakan, terutamanya dalam kajian pemaparan akhbar tempatan Indonesia pilihan yang ada hubung kait dengan isu Ambalat.
2.4.1 Kekerapan pemaparan Kekerapan ini bermakna seberapa kerap pemaparan tajuk berita yang ada hubung kait dengan isu Ambalat dipaparkan oleh akhbar tempatan Indonesia pilihan selama kajian analisis kandungan ini dijalankan. Dalam menilai kekerapan pemaparan tajuk berita ini tidak bergantung kepada panjang atau pendeknya sesuatu isu berita itu, maknanya setiap kali muncul isu Ambalat maka ia diambil kira satu kali pemaparan.
2.4.2 Tajuk utama pemaparan Konsep ini bermatlamat untuk mengenal pasti tajuk yang dipaparkan oleh akhbar pilihan kajian berkaitan dengan tajuk utama yang dipaparkan oleh akhbar pilihan. Sedangkan tajuk utama berita ini akan dinilai berdasarkan kategorinya. Contoh daripada tajuk utama ialah: Blok Ambalat dikelola Indonesia sejak 1967, Malaysia ajak Indonesia Negosiasikan Perbatasan, Pemerintah Siap Buka Komunikasi Diplomatik, Shell Diduga pakai Data Migas Blok Ambalat, Bersikap Tegas namun Kepala Harus Tetap Dingin dan seterusnya.
Setiap daripada tajuk utama yang muncul akan dinilai mengikut urutan isu utama sama ada ianya termasuk kategori politik, sosial atau ekonomi. Dengan penilaian ini maka diharapkan akan diketahui seberapa kerap berita berkait dengan isu Ambalat dipaparkan dan pemaparan itu lebih condong ke arah mana.
43
2.4.3 Komunikator Berita Komunikator berita dalam kajian ini bermakna sumber dominan yang pernyataannya dikutip menjadi pemaparan tentang isu Ambalat yang disiarkan dalam akhbar pilihan kajian. Apabila terdapat sesuatu berita yang mengemukakan beberapa sumber komunikator utama, maka yang dijadikan sebagai sumber utama ialah orang yang dijadikan sebagai rujukan utama oleh pemberita laporan tersebut. Menurut Berlo (1960), Gaziano (1985), McCombs (1997) komunikator utama mempunyai peranan dalam proses komunikasi untuk membekalkan dan memberi pengaruh bagi maklumat tentang sesuatu perkara atau isu.
2.4.4 Agensi Berita Takrifan konsep ini mencuba mengenal pasti agensi yang membuat pemaparan berita berkait dengan isu Ambalat. Contoh dalam kajian ini mungkin lebih diutamakan kepada agensi tempatan seperti Antara (Indonesia) dan Bernama (Malaysia) kerana isu yang dikaji dalam akhbar pun ada hubungkait di antara kedua-dua negara berjiran ini, lalu pejabat berita utama lainnya yang sudah dikenal pasti seperti Reuters, AP, AFP dan lainnya.
2.4.5 Bentuk Pemaparan Bermaksud cara bagaimana isu dipaparkan sama ada dalam bentuk (1) Berita, (2) Rencana, yang lebih fokus pada pembahasan isu berkait iaitu isu Ambalat, (3) Lidah Pengarang / Editorial, (4) Surat Pembaca dan (5) Gambar & kartun.
2.4.6 Asal Berita Takrifan konsep ini lebih bermatlamat mengenal pasti tempat yang lebih kerap memberi atau membangkitkan isu Ambalat yang dipaparkan dalam akhbar tempatan pilihan seperti, Jakarta, Bandung, Surabaya, Nunukan, Makasar, Sulawesi, Kalimantan, Riau, Bali, dan sebagainya. Ringkasnya, asal berita merupakan di mana tempat pemberita mendapatkan maklumat pembacanya.
yang akan disampaikan kepada
44
2.4.7 Saiz Berita Bermakna ukuran fizikal sesebuah berita, seperi kolum atau lajur yang digunakan untuk memaparkan berita yang berkait dengan isu Ambalat. Banyak pengkaji yang menentukannya dengan mengukur mengikut satuan lajur dan kolum dengan menggunakan satuan besaran inci atau centimeter. Merril (1962), Hart (1966), Charles (1979), Chang & Shoemaker (1984), Ramaprasad & Riffe (1987), Martindale & Riffe (1989) dan Levy (2000) adalah sebahagian sarjana yang dalam kajian analisis kandungan akhbarnya menggunakan satuan inci dan sentimeter bagi mengukur satuan fizikal sebuah berita. Dalam kajian ini saya akan menggunakan satuan ukuran sentimeter untuk menentukan panjang dan lebar berita yang digunakan dalam pemaparan berita isu berkait Ambalat.
Budd mendapati bahawa terdapat korelasi yang tinggi di antara mata penonjolan dengan ruang pemaparan. Ini bermakna semakin luas ruang yang disediakan bagi sesuatu berita, maka berita itu dipandang semakin menonjol (Budd et al, 1967). Oleh itu saya sebagai pengkaji memilih ruang pemaparan yang akan dikaji untuk mengetahui kedudukan sesuatu berita mengikut pengarang atau pihak media.
2.4.8 Letak Berita Tempat di mana pemaparan berita yang berhubung kait dengan isu Ambalat diletakkan seperti muka surat utama, muka surat khas luar negara, dalam negara, muka surat ekonomi atau pada forum pendapat dan lainnya.
2.4.9 Orientasi Pemaparan Arah pemberitaan yang menuju pada positif, negatif atau neutral. Mengikut pada Eribo (1993), arah dapat diertikan kepada positif yang bermakna pemaparan berita melaporkan keadaan yang baik, stabil dan aman. Negatif pula diertikan sebagai pemberitaan yang memaparkan konflik, ketidakstabilan politik atau ekonomi. Sedangkan orientasi neutral ialah pemaparan isu yang tidak mengarah kepada positif atau negatif. Maknanya pemaparan isu Ambalat berada pada keadaan tidak berat sebelah.
45
Mengikut Ramaprasad dan Riffe (1987), pemaparan berita positif sebagai berita pembangunan dan pengembangan, nasionalisme dan hubungan antarabangsa, sedangkan pemaparan negatif pula serupa dengan laporan kejahatan, konflik dalaman dan luaran, peperangan dan keadaan politik yang tidak stabil. Orientasi dalam kajian ini dimaknakan sebagai arah pemberitaan yang ditentukan oleh pembuat berita yang boleh memberikan makna besar terhadap pembaca.
2.5 RUMUSAN
Kajian terhadap kandungan media dapat dilihat daripada pelbagai sudut, kerana ianya berkaitan dengan berbagai-bagai aspek sosial seperti polisi kerajaan atau politik, ekonomi dan manusia itu sendiri yang berperanan langsung membentuk persepsi sebagai kesan daripada media. Kajian saya ini akan mencuba memberi gambaran bagaimana agenda akhbar tempatan pilihan boleh memaparkan isu berkaitan dengan Ambalat serta pertikaian sempadan antara Indonesia dan Malaysia yang dipandang daripada perspektif akhbar Indonesia, iaitu akhbar harian Kompas dan The Jakarta post.
Berasas daripada kajian lepas yang sudah dipaparkan di atas, jelas bahawa media akhbar pada dasarnya mempunyai peranan yang besar untuk merumuskan laporan berita. Media dalam memberikan pemaparannya dipengaruhi oleh pelbagai aspek dominannya dalam menentukan arah pemaparan berita, proses ini dinyatakan sebagai agenda media.
Faktor lain yang mempengaruhi penentuan agenda ini mungkin gabungan daripada gatekeeper, editor dan para pengurus serta faktor luaran. Faktor luaran ini mungkin bukan daripada pihak media namun daripada pihak kerajaan atau bahkan pihak persendirian. Faktor-faktor ini yang mempengaruhi proses penentuan agenda media dengan kebergantungannya terhadap golongan elit yang menguasai media, maknanya apabila pihak media memiliki hubungan yang erat antara golongan elit, maka golongan tersebutlah yang akan memutar agenda media kepada publik (Littlejohn, 2002)
46
Teori penentuan agenda ini sebagaimana telah saya paparkan di atas memang memiliki banyak faedahnya dalam perubahan kehidupan sosial tiap individu. Pertama, teori ini memberikan kuasa kepada media untuk mengeluarkan berita mengenai apa yang kita lihat atau dengar dan bahagian berita mana yang menonjol sebagai isu semasa. Konsep daripada penentuan agenda menjelaskan kesan daripada media untuk menimbulkan rasa ingin tahu khalayak akan maklumat penting yang sedang berlaku. Selanjutnya penentuan agenda juga digunakan untuk menetapkan agenda media dan meraih respos sebagai pendapat khalayak.
Penentuan agenda media ini juga penting dalam aspek politik kerana agenda media mempengaruhi agenda khalayak yang akan terus mempengaruhi agenda kebijakan kerajaan atau kerajaan menggunakan agenda media untuk mendengar pendapat khalayak. Kesimpulannya teori penentuan agenda ini memberikan banyak faedah dalam kegunaannya dalam kehidupan sosial kita.
Setiap saluran media juga tetap bersaing antara satu sama lain untuk cakupan dan isu-isu yang menarik. Maka, media berperanan sebagai penentu agenda dan kepentingan sesebuah topik atau isu dalam media massa yang akan mempengaruhi minat publik terhadap topik atau isu tersebut (McCombs & Shaw, 1978).
47
BAB 3
KAEDAH KAJIAN
3.1 PENGENALAN
Bab ini menghuraikan kaedah yang digunakan dalam penyelidikan terhadap analisis kandungan akhbar. Kaedah atau metodologi ialah cara menyiasat dan memperoleh pengetahuan untuk mengenal dunia sosial secara alamiah. Penyelidikan ini menggunakan kaedah analisis kandungan kerana kaedah tersebut sesuai dengan matlamat kajian secara keseluruhannya. Setiap kaedah selalunya ada yang bersifat kualitatif dan kuantitatif. Kaedah analisis yang digunakan untuk kajian ini lebih kepada kaedah kualitatif analisis kandungan berbanding dengan kaedah analisis kuantitatif.
Dalam kajian kualitatif, analisis isi kandungan biasanya merujuk kepada sama ada analisis ayat, salinan temu bual, catatan atau dokumen berbanding catatan yang berasaskan kepada pengalaman langsung. Kajian kualitatif analisis kandungan mengikut pada Patton (2002 : 52) :
“However, content analysis is used to refer to any qualitative data reduction and sense making efforts that takes a volume of qualitative material and attempts to identify core consistencies and meaning“
48
3.2 KAEDAH ANALISIS KANDUNGAN
Kaedah analisis kandungan merupakan suatu kaedah penyelidikan yang membolehkan pengukuran daripada jumlah sesuatu item seperti jumlah kandungan rancangan dalam media akhbar dan unsur-unsur komunikasi dalam media lainnya yang boleh mewakili persampelan penyelidikan. Ini bermakna data yang diperolehi daripada kaedah analisis kandungan ini boleh bersifat kualitatif dan kuantitatif.
Kaedah analisis kandungan ini dipelopori oleh Bernard Berelson (1971) yang menyatakan bahawa analisis kandungan merupakan satu teknik untuk mengkaji mesej komunikasi yang tersurat dan dilakukan secara objektif, sistematik dan kuantitatif. Analisis kandungan juga merupakan kaedah penyelidikan yang digunakan oleh banyak sarjana komunikasi massa yang tidak terlepas daripada kitaran perkembangan tersebut. Mengikut Berelson (1971) kaedah analisis kandungan ini hanya boleh mengkaji makna sesuatu mesej ini seperti yang lazim dianggap oleh penutur bahasa itu. Maknanya analisis kandungan adalah kajian terhadap rakaman komunikasi yang dilakukan manusia secara sosial.
Daripada pendekatan di atas terdapat tiga kriteria yang wujud dalam analisis kandungan iaitu, (1) objektif, bermakna penyusunan kategori yang tepat dan jelas agar pengkaji lain yang membuat kajian dengan kategori yang sama akan meraih hasil yang sama pula. Pendekatan objektif ini akan menghindari timbulnya subjektiviti antara pengkaji dengan hasil kajian. (2) sistematik, bermakna penggunaan suatu kaedah yang tepat dan mudah untuk mendapatkan data yang berkaitan dengan persoalan kajian. (3) kuantitatif, bermakna item kandungan yang dikaji, diberikan nombor khas yang berbeza dengan item yang lain untuk memudahkan semasa pengekodan. Matlamat analisis kandungan adalah ketepatan makna sesebuah mesej. Kuantitatif ini sangatlah penting bagi memenuhi objektif kajian, ianya membantu pengkaji untuk mendapatkan hasil yang maksimum. Data kuantitatif ini juga akan membantu pengkaji semasa membuat analisis dan intepretasi dapatan kajian.
Analisis isi kandungan bukan sahaja digunakan untuk mengkaji isi kandungan sesebuah akhbar, malah segala bahan komunikasi yang telah direkod seperti lukisan,
49
lakaran, tulisan, buku, majalah, rakaman audio, rakaman video, filem, laman web sesawang, mel-e, dan seumpamanya boleh dikaji. Kaedah ini amat berguna kepada penyelidik-penyelidik media massa kerana ia menyediakan suatu cara yang efisien untuk mengkaji kandungan media (Wimmer & Dominick 1991).
Menurut Berger (1991) teknik analisis kandungan ini adalah lebih berkesan untuk mendapatkan gambaran tentang pendapat, sikap, perilaku dan nilai-nilai masyarakat. Analisis kandungan juga dapat digunakan untuk membandingkan mesej komunikasi di antara beberapa media komunikasi yang berbeza, seperti kajian ini yang ingin mengetahui perbezaan ruang lingkup pemaparan berita serta orientasi berkait dengan isu Ambalat dalam akhbar Kompas dan The Jakarta Post.
Demikian luasnya cakupan kaedah ini sehingga banyak aspek yang boleh dikaji melalui pendekatan analisis isi kandungan. Namun demikian menurut Berelson (1971) analisis isi kandungan biasanya dilakukan untuk menjelaskan: (1) maksud dan motif dari seorang penyampai maklumat yang ditunjukkan dalam kandungan komunikasi, (2) untuk mengenal pasti kesan kandungan komunikasi ke atas perhatian dan tingkah laku dan (3) untuk mengetahui tindakan pembaca atau pendengar.
Analisis di sini bermakna pemerhatian secara berterusan kepada aktiviti manusia (Kemp, Morrison & Ross, 1998). Maka analisis kandungan juga bermakna sangatlah penting kerana, ia suatu proses mengenal pasti terhadap kesan maklumat penting yang berlaku sehingga audien mampu mengintepretasikan ke dalam kesehariannya sebagai bekalan maklumat (Rothwell & Kazanas, 1992).
Budd (1967) mendefinisikan analisis isi kandungan sebagai teknik yang sistematis untuk menganalisis kandungan sesuatu maklumat dan juga pengendalian sesuatu maklumat. Analisis kandungan juga merupakan alat untuk memerhatikan dan menganalisis tingkah laku penerima yang mendapatkan mesej dari sumber utama dengan intepretasi data. Menurut Anderson (1989), konsep dasar dalam pendekatan ini ialah merupakan kajian mengenai kehidupan manusia termasuk artifak yang dihasilkan seperti komunikasi yang merupakan satu sains intepretif.
50
Pernyataan di atas bermakna kaedah ini sangat relevan bagi para pengkaji untuk menganalisis pemaparan berita dalam akhbar, ini adalah kerana pemaparan berita dalam akhbar bersifat subjektif dan menampilkan gambaran realiti dalam bentuk teks. Dalam kajian ini, pendekatan kualitatif digunakan semasa membuat penilaian terhadap pemaparan isu Ambalat oleh kedua-dua akhbar pilihan kajian. Pendekatan secara analisis deskriptif ini juga saya gunakan untuk melihat tahap keobjektifan berita yang dipaparkan oleh akhbar pilihan kajian mengenai isu Ambalat dan secara intepretatif untuk mengesan orientasi pemaparan dalam akhbar berkenaan dengan isu Ambalat.
Melalui kaedah ini pelbagai hal dapat dikaji yang ditinjau dari pelbagai aspek, seperti yang dikemukakan oleh Krippendorf (1980) bahawa segala kandungan yang nampak boleh dianalisis dan segala fenomena yang tersurat dinyatakan sebagai kandungan yang boleh dianalisis.
Di samping itu, pemilihan kaedah ini kerana ianya merupakan teknik penyelidikan untuk mendapatkan gambaran objektif, sistematis dan kuantitatif tentang isi kandungan yang ditunjukkan dalam akhbar (Berelson, 1971). Maka kaedah ini juga dapat digunakan untuk melihat pengaruh beberapa fenomena komunikasi, seperti propaganda, trend dan perubahan sosial yang lain (Budd, 1967; Holsti, 1969 dan Kerlinger, 1973). Menurut Budd (1967) pula, kaedah kajian ini juga fokus kepada sesuatu fenomena dalaman yang memiliki matlamat akhir mendapatkan ramalan tingkah laku, dan guna mengetahui mengapa makhluk sosial melakukan sesuatu perkara sehingga tidak sekadar mengkaji terhadap apa yang telah berlaku.
Kaedah kajian ini merupakan satu teknik kajian yang perlu dilakukan dengan bersistematik, maka ia memerlukan semua isi kandungan yang mempunyai hubungkait dengan tema kajian, dan dianalisis terus mengikut kategori yang ditentukan berdasarkan persoalan yang hendak dikaji. Kajian yang sistematis adalah perlu untuk menjamin wujudnya keseimbangan dalam menganalisis data. Oleh itu hanya elemen-elemen yang diperlukan sahaja yang diambil kira untuk memenuhi tujuan kajian ini (Berelson 1971).
51
Analisis kandungan ini juga memungkinkan penyelidik untuk menganalisis kandungan media terbaru, atau membandingkan di antara beberapa jenis sumber media dalam masa yang sama ataupun yang berlainan. Dalam kajian ini, saya sebagai pengkaji menggunakan kaedah analisis kandungan bagi mengenal pasti agenda akhbar arus perdana di Indonesia tentang pemaparan isu Ambalat dan pertikaian wilayah antara Indonesia - Malaysia. Setiap berita dalam akhbar yang dikaji ada hubungkait dengan isu pilihan dan dianalisis dengan berpandukan borang kod yang disediakan. Kajian analisis kandungan terhadap pemaparan dalam akhbar pilihan ini dilakukan dalam tempoh masa dua bulan sahaja iaitu 1 Mac hingga 30 April 2005. Melalui metodologi kajian ianya menjadi sebab yang boleh digunakan sebagai hujah untuk menjadikan sains sosial bersifat saintifik.
3.3 POPULASI KAJIAN
Populasi adalah konsep abstrak yang akan berkesan apabila telah memiliki kategori yang ditentukan. Populasi juga memiliki peranan penting bagi analisis suatu kajian (Neuman, 2000). Kajian ini menggunakan populasi daripada media massa. Ada lima jenis media massa yang dikenali sebagai ’’the big five of mass media“ iaitu televisyen, radio, filem, majalah dan akhbar. Kesemuanya memiliki fungsi komunikasi yang saling melengkapi, iaitu fungsi sosial dan fungsi individu.
Kajian media massa yang saya lakukan adalah terhadap akhbar. Disebabkan isu kajian berkenaan dengan pemaparan akhbar Indonesia tentang isu Ambalat, maka akhbar yang saya pilih ialah akhbar tempatan yang diminati oleh khalayak Indonesia dengan bukti jumlah pembaca yang ramai. Akhbar pilihan kajian tersebut adalah akhbar Kompas dan akhbar The Jakarta Post.
Untuk kajian ini saya memilih akhbar Kompas kerana ia adalah salah satu surat khabar utama di Indonesia dan diterbitkan secara harian. Pada masa kini akhbar Kompas dikenali sebagai akhbar nasional terbesar di Indonesia dengan jumlah pelanggan seramai 550,000 sehari dan mencapai 2 juta pembaca di Jakarta sahaja (http://www.tokohindonesia.com/ensiklopedia/j/jakoeboetama).
52
Alasan memilih akhbar The Jakarta Post juga, kerana ia adalah surat khabar yang dinamis dalam liputan beritanya sama ada berita nasional atau antarabangsa. Akhbar ini ialah salah satu daripada empat akhbar Indonesia yang diterbitkan dalam bahasa Inggeris dan terbit secara harian dengan jumlah edaran akhbarnya 50,000 sehari dan dengan jumlah berlanggan yang terus berkembang dari 8,657 pada tahun 1983
menjadi
41,049
pada
Disember
1998
(http://www.the
jakartapost.com/about_progress.asp).
Alasan saya sebagai pengkaji memilih akhbar yang berbeza dalam bahasa pemaparannya kerana saya ingin mengenal pasti isi kandungan dan ruang lingkup kedua-dua akhbar khasnya pada pemaparan kes Ambalat dan orientasi pemaparannya yang boleh merubah persepsi khalayak mengenai isu semasa yang berlaku. Kerana perbezaan persepsi akan terpengaruhi oleh keadaan persekitaran serta hal yang menjadi pusat pemerhatian khalayak semasa itu.
Populasi dalam kajian ini adalah isian akhbar yang berkenaan dengan berita terkait akan isu-isu Ambalat dan pertikaian wilayah sempadan Indonesia-Malaysia yang diterbitkan dalam akhbar Indonesia Kompas, yang berbahasa Indonesia dan The Jakarta Post, yang berbahasa Inggeris, dengan masa edaran bermula 1Mac hingga 30 April 2005. Isian kandungan akhbar atau unit analisis yang dikaji adalah kekerapan, tajuk besar, komunikator berita, agensi berita, bentuk berita, asal berita, saiz berita, letak dan orientasi berita.
Rasional masa yang dipilih adalah masa ketika pemaparan berita isu Ambalat naik ke permukaan, maka dalam pemilihan populasi saya sebagai pengkaji memilih semua berita dalam akhbar pilihan yang muncul dan ada hubungkait dengan isu utama sebagai bahan analisis.
Disebabkan kerana pemilihan populasi tidak terlalu banyak saya akan cuba meneliti semua jenis berita yang bersesuaian dengan unit analisis kajian. Pemilihan yang kecil dan teliti terhadap isi kandungan yang bersesuaian boleh menghasilkan keputusan yang benar (Berelson, 1971).
53
Kajian ini dilakukan dengan kaedah analisis isi kandungan dengan pendekatan kajian secara kualitatif. Kajian kualitatif tidaklah terlalu fokus sangat kepada kewujudan
populasi
atau
teknik
yang
terperinci
untuk
membuat
sampel
kebarangkalian (Babbie, 2001). Namun kajian kualitatif lebih berfokus kepada bagaimana populasi atau sekumpulan kes kecil, unit atau aktiviti-aktiviti yang memeriahkan kehidupan sosial (Neuman, 2000). Hal serupa yang dinyatakan Neuman (2000) pernah pun dinyatakan oleh Flick (1998 dalam Neuman, 2000) “it is their relevance to the research topic rather than they representativeness which determines the way in which the people to be studied are selected“.
Teknik pemilihan populasi yang digunakan adalah purposive sampling. Maknanya kajian ini dilakukan dengan populasi yang ditentukan secara rasional dan bertujuan oleh pengkaji. Matlamat pengkaji dengan teknik populasi ini ialah untuk menganalisis isi kandungan sehingga boleh mengenal pasti pemaparan kes Ambalat pada akhbar pilihan kajian yang dimulai pada 1hb Mac 2005 dan berlangsung secara berterusan sehingga pada 30hb April 2005. Kedua-dua akhbar berkenaan merupakan akhbar utama dan diminati pembaca di kalangan masyarakat Indonesia. Sebanyak 122 terbitan pada kedua-dua akhbar dalam dua bulan dijadikan sebagai populasi kualitatif kajian. Keadaan populasi akhbar ini dapat dilihat dalam jadual 3.1 di bawah ini:
Jadual 3.1 Populasi kajian Nama akhbar
Tarikh terbitan akhbar Bulan Mac
Kompas
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
14 15 16 17 18 19 20 21 22 23
13 14 15 16 17 18 19 20 21
24 25 26 27 28 29 30 31
22 23 24 25 26 27 28 29 30
Bulan Mac The Jakarta Post
Bulan April
Bulan April
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
14 15 16 17 18 19 20 21 22 23
13 14 15 16 17 18 19 20 21
24 25 26 27 28 29 30 31
22 23 24 25 26 27 28 29 30
54
3.4 PERSOALAN KAJIAN
Dalam kajian ini, pengkaji akan menganalisis isi kandungan akhbar pilihan untuk mencari jawapan kepada beberapa persoalan kajian, iaitu:
(1). Berapa kerapkah akhbar pilihan kajian memaparkan berita isu Ambalat? (2). Bagaimanakah tajuk utama yang dipaparkan akhbar pilihan berkenaan dengan isu Ambalat? (3). Siapakah komunikator berita dalam isu Ambalat yang dipaparkan dalam akhbar pilihan kajian? (4). Dari manakah asal berita isu Ambalat dalam akhbar pilihan kajian? (5). Bagaimanakah jenis berita berkait dengan isu Ambalat dipaparkan dalam akhbar pilihan kajian? (6). Apakah nama agensi berita yang membuat liputan isu Ambalat dalam akhbar pilihan kajian? (7). Berapakah saiz berita berkenaan dengan isu Ambalat dipaparkan oleh akhbar pilihan kajian? (8). Di manakah letak berita berkenaan dengan isu Ambalat diletakkan dalam akhbar pilihan kajian? (9). Apakah orientasi berita tentang isu Ambalat?
3.5 TAKRIFAN KENDALIAN
Dalam kajian ini yang dimasukkan dalam kategori kajian adalah bahan-bahan yang akan dikaji sahaja. Bahan yang dikaji hanya ruang lingkup dalam akhbar yang ada hubungkait dengan peristiwa, kejadian, keadaan, dan situasi isu Ambalat serta pertikaian wilayah sempadan antara Indonesia-Malaysia. Ruang lingkup akhbar tersebut boleh berbentuk pemaparan berita secara am, asal berita dan siapa komunikator berita tersebut, rencana, surat pembaca, saiz berita dan letaknya, lidah pengarang serta gambar dan kartun.
55
3.5.1 Kekerapan Pemaparan Kategori daripada takrifan kendalian ini digunakan untuk mengetahui kekerapan berita dan rencana mengenai isu Ambalat serta pertikaian wilayah sempadan antara Indonesia-Malaysia dalam akhbar. Kekerapan isu ini bermakna berapa kali atau bilangan berita yang disiarkannya. Setiap berita dan rencana yang disiarkan dalam akhbar yang dikaji dikodkan dari segi kekerapan bagi setiap isu berkaitan yang disiarkan dalam akhbar yang dipilih.
3.5.2 Tajuk Utama Pemaparan Kategori ini merujuk kepada tajuk utama yang ditonjolkan dalam akhbar di muka surat depan atau tajuk dariapada pemaparan sebuah rencana yang berkaitan dengan isu Ambalat dan pertikaian wilayah Indonesia-Malaysia. Mengikut pada hasil pemerhatian awal di kedua-dua akhbar pilihan, pengkaji membahagikan kategori ini kepada tiga sub kategori iaitu, (1) kategori tajuk politik dan undang-undang (2) kategori sosial dan budaya (3) kategori ekonomi dan bisnes. Prosedur pengekodan tajuk utama ini juga dipandu dengan intepretasi makna kata sifat yang digunakannya.
Pada kategori pertama, berita yang dipaparkan selalunya berkenaan dengan keadaan politik, undang-undang dan kedaulatan antara kedua-dua negara, Indonesia dan Malaysia seperti, “Republik Indonesia Pertahankan Kedaulatan“, “Menteri Luar Negara Malaysia & Menteri Luar Negara Indonesia Sepakati Perbincangan Penyelesaian Kasus Ambalat“, “Kapal Perang Disiagakan“, “Ambalat Milik Siapa“, “UNCLOS versus peta Malaysia“ dan sebahagian lainnya daripada akhbar Kompas. Pemaparan berita kategori politik dalam akhbar The Jakarta Post adalah seperti, “R.I. Vows Diplomacy in Ambalat Row“, “Susilo-Badawi Agree to Settle Rift Peacefully“, “Susilo Tells TNI to Secure Disputed Area“, “Indonesia-Malaysia Stand by Claims“, dan lainnya.
Sub kategori kedua, selalunya merupakan pemaparan berita oleh kedua-dua akhbar yang berkaitan dengan situasi atau peristiwa yang berlaku di kedua-dua Negara, Indonesia dan Malaysia sebagai kesan dari isu Ambalat seperti: “Kenalilah Tanah Airmu“, “DPR Sepakat Gelar Rapat“, “Saling Serang Hacker Indonesia-
56
Malaysia“, “Hidupkan Budaya Damai R.I – Malaysia“, “Mahasiswa Dukung Upaya Pemerintah untuk Berdamai“, “Presiden Batal Buka Kongres“, “ASEAN dan Beban Ambalat“ dan lainnya. Begitu pula dengan pemaparan berita dalam akhbar The Jakarta Post seperti, “Ambalat, Nationalism and Popular Interest“, “Anti-Malaysian Sentiment puts Universities at Risk“, “RI-KL Warship Collide in Ambalat“, “Securing Public Infrastructure“, “Students Demand Peaceful Solution“, “Migrant’s Plight and Public Service“ serta tajuk utama berita lainnya.
Pada sub kategori yang ketiga, pula pengekodan pemaparan berita yang ada hubungkait dengan isu Ambalat namun pemaparan berita tersebut lebih menuju ke arah perekonomian kedua-dua negara, Indonesia dan Malaysia, yang dilaporkan oleh akhbar Kompas dengan contoh tajuk seperti berikut: “MABES TNI Minta Angaran Pembelanjaan Dinaikkan“, “Pendekatan Ekonomi & Keamanan“, “Masyarakat Tidak Mampu Beli Solar“, “Promosikan Pulau Terluar“, “Pengusaha Singapura Melirik Investasi di Ambalat“, “Indonesia Protes Kontrak Malaysia“ dan lainnya. Begitu pula dengan laporan berita dalam akhbar The Jakarta Post seperti, “Rupiah to Remain Under Pressure on Inflation“, High Dollar Demand“, “Ambalat Diplomacy Budget Cut“, “Govt Seeks more Funds for Military“, “Kadin Suggests Funding Schemes for TNI“, “Ambalat Case Hits Exports“ dan lainnya.
3.5.3 Komunikator Berita Komunikator utama adalah sumber yang dirujuk dalam akhbar apabila menulis berita. Kategori komunikator utama ditentukan dengan memperhatikan sumber laporan pemberita dalam membuat laporan berkenaan dengan isu Ambalat dan pertikaian wilayah sempadan Indonesia-Malaysia. Apabila dalam kategori ini terdapat lebih daripada satu komunikator maka akan ditentukan dengan melihat sumber yang paling dominan. Kategori komunikator utama dalam pemaparan akhbar kajian ini iaitu:
3.5.3.1 Pihak Kerajaan Kategori ini meliputi semua berita yang menjadikan pemimpin negara serta wakilnya, Pihak Kementerian, Pihak Pegawai Kerajaan dan Badan Pemerintahan sebagai sumber
57
utama bagi pemaparan berita berkait dengan isu Ambalat. Mereka yang sesuai dengan populasi kajian iaitu: Susilo Bambang Yudhoyono (Presiden Republik Indonesia), Yusuf Kalla (Wakil Presiden Republik Indonesia), Abdullah Ahmad Badawi (Perdana Menteri Malaysia), Mohamad Najib Tun Abdul Razak (Deputi Perdana Menteri Malaysia), dan apabila ada pendapat berkenaan dengan isu Ambalat daripada pemimpin negara lain ianya masuk dalam kategori ini.
Kategori Kementerian Negara ini meliputi semua berita yang menjadikan menteri-menteri negara, wakilnya atau pun ahli yang mewakli kementerian tersebut dan sebagai komunikator utama bagi pemaparan berita berkait dengan isu Ambalat dalam akhbar pilihan kajian.
Kategori Pegawai Kerajaan ini termasuklah semua
pegawai kerajaan Indonesia dan Malaysia yang dijadikan sebagai komunikator berita dalam pemaparan berita berkenaan dengan isu Ambalat, yang dimuatkan dalam kedua-dua akhbar tanpa mengambil kira sama ada ianya pegawai tinggi atau rendah. Termasuk dalam kategori ini juga pegawai kerajaan daripada luar negeri yang jadi komunikator berita dalam pemaparan berita isu Ambalat.
Termasuk dalam kategori Badan Pemerintahan adalah badan pemerintahan yang dijadikan sumber komunikator berita dalam pemaparan isu Ambalat. Badan pemerintahan yang termasuk dalam kategori ini seperti, DPR (Dewan Perwakilan Rakyat), MPR (Majelis Permusyawaratan Rakyat) atau badan pemeritahan lainnya. Apa yang utama daripada kategori ini ialah pernyataan yang dijadikan laporan bukan dari pendapat individu namun hasil dari kesepakatan badan pemerintahan tersebut.
3.5.3.2 Pihak bukan-Kerajaan Kategori ini memasukkan semua berita yang menjadikan pemimpin masyarakat, Pekerja profesional dan Orang awam sebagai komunikator berita dalam pemaparan berita isu Ambalat. Termasuk dalam kategori Pekerja Profesional adalah semua komunikator dari kalangan profesional seperti pakar undang-undang, kelautan, ekonomi, sosial atau ilmuwan lain yang turut memberikan maklumat berkenaan dengan isu Ambalat. Termasuk dalam kategori Orang Awam ini ialah semua orang
58
awam atau bersendirian yang dijadikan sebagai komunikator berita dalam laporan pemaparan isu Ambalat dalam kedua-dua akhbar pilihan kajian.
3.5.4 Agensi Berita Agensi berita adalah semua pembekal berita termasuk pemberita akhbar tempatan yang digunakan untuk membuat laporan pada akhbar tempatan. Prosedur penentuan agensi berita adalah dengan membaca penjelasan penulis dalam berita, atau pada keterangan di akhir sebuah berita. Apabila terdapat rangkuman tulisan pemberita tempatan yang bersumber daripada berbagai-bagai agensi berita ianya saya golongkan ke dalam agensi pemberita akhbar tempatan, Kompas dan The Jakarta Post. Kategori agensi berita dalam kajian ini adalah: (1) Antara (2) Bernama (3) Antara & Bernama (4) Reuters (5) Associated Press /AP (6) Agence France-Presse / AFP (7) Reuters & AP (8) Reuters & AFP (9) AP & AFP
3.5.5 Jenis Pemaparan Pemaparan adalah cara sebuah berita ditulis dan dihuraikan sehingga dibentuk menjadi sebuah penulisan yang baik untuk dibaca serta mudah difahami oleh pembaca. Penulisan dalam akhbar boleh didefinisikan sebagai suatu laporan tentang sebarang peristiwa atau situasi terkini.
Sesuatu laporan itu walaupun pendek tetapi mempunyai pelbagai makna bergantung kepada individu yang mengintepretasikannya (Warren, 1959). Booth (1971) pula berpendapat bahawa berita adalah kumpulan dan penyebaran maklumat yang berkaitan peristiwa di persekitaran sama ada di dalam atau di luar sesebuah
59
masyarakat. Manakala Metzler (1979) mendefinisikan laporan dalam akhbar sebagai sebuah maklumat atau fakta tentang peristiwa, situasi dan idea termasuk pendapat dan intepretasi yang membantu individu untuk menyesuaikan diri mereka dengan persekitaran. Kategori pemaparan akhbar yang wujud dan akan dikaji pada kedua-dua akhbar iaitu:
3.5.5.1 Berita Kategori ini bermakna laporan yang ditulis dan dihuraikan sama ada ianya dapat berupa hasil pemerhatian pemberita di tempat kejadian dan tidak bercampur dengan pendapat daripada pemberita atau pihak penerbit. Bentuk tulisan ini mempunyai ciriciri adanya Tajuk Utama / Headlines, teras berita dan tubuh berita. Berita juga bermakna sebagai maklumat yang dilaporkan, atau kutipan yang ada hubungkait dengan kategori berita (http://katebrigham.com/documentation/research-news.htm). Menurut Driscoll (1995), sesuatu akan disebut sebagai berita dalam akhbar apabila ia merangkumi 7 kriteria iaitu, (1) terkini, (2) penting, hal yang serius, (3) menarik khalayak untuk membaca, (4) berkaitan, (5) membabitkan hak khalayak untuk mengetahui, (6) membabitkan keperluan khalayak untuk mengetahui, (7) berupa pemberitahuan, mendidik, pembimbing atau menghibur pembaca.
Selain dari itu, kategori pemaparan berita juga memasukkan pemaparan berita yang dikembangkan berdasarkan fakta-fakta pendukung untuk memperkuat hujah penulis. Bentuk tulisan ini mempunyai ciri-ciri adanya tajuk utama, teras berita, tubuh berita dan kesimpulan.
3.5.5.2 Rencana Dalam kajian ini menggolongkan rencana dikategorikan sebagai bentuk rencana biasa dalam satu ruangan yang memaparkan dan membahas secara mendalam sesuatu isu yang berlaku. Dalam surat khabar Kompas, rencana diletakkan pada mukasurat 4 dan bermula pada kolum 1. Sedangkan pada akhbar The Jakarta Post biasanya rencana diletakkan pada mukasurat 6 dan juga bermula pada kolum 1 daripada muka surat tersebut.
60
3.5.5.3 Lidah Pengarang Kategori ini bermakna penulisan oleh ketua pengarang atau daripada penerbit sesebuah akhbar ke atas suatu isu yang berlaku dan biasanya ada hubungkait dengan tajuk utama yang dipaparkan dalam mukasurat pertama pada sesebuah akhbar. Biasanya penulisan ini dimulai dengan pengenalan isi dan kesimpulan. Ciri yang seringkali terkandung dalam bentuk penulisan lidah pengarang bersifat pembujukan, hujah atau bermatlamat memberikan pendapat ke atas isu semasa yang berlaku.
3.5.5.4 Surat Pembaca Kategori ini merujuk kepada segala bentuk tulisan yang disumbangkan oleh pembaca sesebuah akhbar dan berkaitan dengan isu semasa yang berlaku. Dalam kajian kepada dua akhbar Kompas dan The Jakarta Post, kedua-duanya telah memperuntukkan kepada orang ramai ruangan untuk mengkritik atau mengemukakan pandangan terhadap sesuatu isu atau ketidakpuasan hati mereka terhadap sesuatu hasil keputusan.
3.5.5.5 Gambar & Kartun Kategori ini merujuk kepada pemaparan dalam bentuk gambar dan keterangannya sahaja, tanpa disertakan berita yang bersesuaian dengan gambar yang dilaporkan. Sedangkan kategori Kartun merujuk kepada bentuk lukisan, yang biasanya mengandungi makna tertentu yang ingin disampaikan kepada pembaca tentang sesuatu isu.
3.5.6 Asal Berita Tempat yang menjadi asal berita dan rencana bermaksud dari mana asal sesuatu berita dan rencana tentang isu Ambalat dipaparkan, iaitu: Jakarta, Kuala Lumpur, Putrajaya, Samarinda, Bandung, Nunukan, Tarakan Surabaya, Bali dan sebagainya. Perkara ini perlu diketahui untuk mengenal pasti tempat yang paling banyak membangkitkan isu Ambalat yang disiarkan dalam kedua-dua akhbar pilihan kajian.
61
3.5.7 Saiz Berita Kategori saiz berita adalah ukuran fizikal sebuah berita yang digunakan untuk mengukur lajur dan kolum. Kategori ini ditentukan dengan mengukur jumlah kolum sebuah pemaparan berita dan menggunakan kiraan sentimeter (cm). Saiz berita yang telah diukur dapat dikelompokkan dalam 3 kumpulan saiz, iaitu: (1). Luas atau lebih dari 6 kolum pemaparan = lebih dari 34 cm / 13,3 inci. (2). Sedang atau mencapai 4 kolum pemaparan = 14 cm / 5,5 inci. (3). Kecil atau tidak lebih dari 2 kolum pemaparan dan = 7 cm / 2,7 inci.
3.5.8 Letak Berita Kategori letak berita ditentukan dengan memperhatikan kedudukan berita itu dalam penerbitan akhbar. Kategori ini dibahagikan ke atas ruangan seperti,
3.5.8.1 Muka Surat Utama Kategori ini adalah ruangan di mana semua berita yang penting diletakkan dan termasuk muka surat yang paling hadapan dalam kedua akhbar pilihan yang dikaji. Biasanya berita yang diletakkan dalam muka surat utama adalah berita yang memaparkan isu semasa yang paling menonjol.
3.5.8.2 Ruangan Lidah Pengarang Kategori ini adalah Ruangan yang memuatkan pemaparan isu semasa yang berlaku dan berita berkait, dan biasanya memuatkan pendapat daripada akhbar atau penerbit. Dalam muka surat ini biasanya menjelaskan tentang sesuatu isu menonjol dan berbagai pendapat lain.
3.5.8.3 Ruangan Berita Luar Negara Kategori ini adalah ruangan yang memuatkan pemaparan isu semasa yang berlaku dan diletakkan khas di bahagian berita antarabangsa. Muka surat bertajuk “internasional” pada akhbar Kompas dan muka surat bertajuk “World” pada akhbar The Jakarta Post.
62
3.5.8.4 Ruangan Berita Dalam Negara Kategori ini ialah ruangan yang biasanya disediakan bagi berita dalam negeri, seperti dalam akhbar Kompas terdapat muka surat bertajuk “Nusantara” dan pada akhbar The Jakarta Post bertajuk “City”. Dan kedua-dua muka surat itu memaparkan berita khas daripada dalam negeri.
3.5.8.5 Ruangan Muka Surat Ekonomi Kategori ini adalah Ruangan yang memuatkan pemaparan isu semasa yang berkait dengan ekonomi, meski sekali sekala juga memuatkan pemaparan berita ekonomi dan politik yang saling berkaitan. Secara amnya ruangan ini disediakan oleh kedua-dua akhbar bagi berita ekonomi dan pembangunan lainnya.
3.5.8.6 Ruangan Muka Surat Tajuk Rencana Kategori ini adalah Ruangan yang memuatkan segala bentuk rencana dalam akhbar. Rencana ini boleh ditulis oleh sesiapa sahaja, selama ianya hanya memberikan pandangan yang lain daripada penulis lain mengenai isu semasa yang berlaku. Biasanya rencana ini berbentuk naratif dan bergantung pada minat penulis. Matlamat penulisan rencana juga untuk menciptakan kesan emosional terhadap persepsi pembaca. Ruangan ini didapati pada hampir semua akhbar, kerana ianya merupakan satu elemen penting dalam kandungan sesebuah akhbar.
3.5.8.7 Ruangan Muka surat Surat Pembaca Kategori ini adalah Ruangan yang memuatkan respons daripada khalayak atau pembaca mengenai isu semasa yang berlaku. Surat pembaca juga boleh berupa cadangan, pandangan dan kebanyakannya berupa keluhan daripada khalayak terhadap sesuatu. Ruangan ini dianggap sebagai elemen penting dalam akhbar kerana ianya boleh menyampaikan mesej yang bebas dan dianggap sebagai cerminan untuk tahap pembangunan.
63
3.5.8.8 Ruangan Muka Surat Lain-lain Kategori ini dimaksudkan sebagai ruangan yang memuatkan pemaparan berita isu terkait dengan kajian ini dan semua tanggapan dari pembaca pada kedua-dua akhbar yang diletakkan selain daripada ruangan yang dinyatakan diatas.
3.5.9 Orientasi Pemaparan Orientasi berita bermakna sebagai arah pemberitaan yang ditentukan oleh pemberita sehingga pemaparan berita itu dapat memberikan makna terhadap pembaca. Konsep orientasi berita ini akan dikategorikan pada tiga bentuk, positif, neutral, negatif. Prosedur pengkategorian orientasi ini dimudahkan dengan cara memahami intepretasi pemaparan daripada banyaknya jumlah kata sifat yang digunakan oleh pemberita. Apabila dalam pemaparannya terdapat lebih 50% kata sifat yang sama ada cenderung positif, neutral atau negatif maka ia akan dikategorikan mengikut kata sifat tersebut.
3.5.9.1 Orientasi Positif Merujuk kepada Eribo (1993) arah dapat diertikan kepada positf yang bermakna pemaparan melaporkan keadaan yang baik, stabil dan aman. Kategori ini ditentukan dengan cara membaca dan memahami isi kandungan berita dan menentukan arah berita dengan berpandukan kepada sejauhmanakah pemaparan berita menghuraikan isu kedamaian, penyelesaian konflik dan ketenteraman yang berkait dengan isu Ambalat.
3.5.9.2 Orientasi Neutral Kategori ini ialah penulisan dalam akhbar yang menunjukkan kecenderungan kepada sesuatu pihak. Maknanya yang termasuk dalam kategori ini apabila terdapat berita yang tidak mempunyai orientasi positif atau negatif setelah membaca dan memahami isi kandungan pemaparan berita pada kedua-dua akhbar pilihan kajian ini.
64
3.5.9.3 Orientasi Negatif Kategori ini bermakna orientasi penulisan di akhbar yang memaparkan permasalahanpermasalahan yang dihadapi berkait dengan isu Ambalat. Kategori ini juga ditentukan dengan membaca dan memahami isi kandungan berita. Apabila sesebuah berita yang dipaparkan menyiarkan ketidakstabilan, kehancuran, menuju peperangan, dan berbagai-baagi keburukan yang ada hubungkait dengan isu Ambalat maka ianya termasuk dalam ketegori orientasi negatif.
3.6 TEKNIK MENGANALISIS DATA
Data yang sudah diperolehi dan dikutip melalui jadual kod akan direkodkan dengan menggunakan program komputer SPSS (Statistical Programe for Social Science). Data ini dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif. Kaedah statistik deskriptif digunakan untuk melihat taburan kekerapan data yang diperolehi, serta menyusun data dalam bentuk jadual (Mahamood, 2001). Analisis deskriptif menerangkan kekerapan hasil kajian beberapa kategori yang sudah ditetapkan.
Kesemua kategori kajian ini akan dihuraikan secara deskriptif. Dapatan secara peratusan juga akan dihasilkan melalui analisis secara deskriptif. Kategori yang akan dihurai secara deskriptif adalah, kekerapan akhbar melaporkan berita, kategori tajuk utama, agensi pemberita, sumber utama laporan, asal berita, saiz berita, letak berita, jenis berita dan orientasi berita. Namun daripada kesemua kategori yang dikaji secara deskriptif, hanya kategori orientasi berita yang juga turut dikaji secara intepretatif oleh pengkaji dan pembantu kajian.
Pengkajian secara intepretatif bermakna, pengkaji dengan pembantu pengkaji akan menganalisis semua laporan yang dipaparkan dalam akhbar, dengan cara membaca dan memahami isi kandungan berita, penggunaan kata dan kalimat dalam membuat penulisan, sehingga pengkaji dapat memahami bahawa orientasi penulisan akan menitikberatkan kearah positif, neutral atau negatif. Dengan demikian maka kesan daripada pemaparan isu Ambalat ini boleh diketahui orientasinya.
65
3.7 PRAUJIAN PENGEKODAN
Menurut Holsti (1969) ujian kebolehpercayaan adalah sesuatu kaedah untuk menguji semula dengan menggunakan tatacara serta data yang sama untuk memastikan satu jawapan yang sama diperolehi dengan penyelidikan yang dibuat pada kali pertama.
Praujian pengekodan data untuk keperluan kajian ini telah dilakukan sebelum kajian analisis kandungan yang sebenar dilakukan. Pembantu pengkaji yang menjadi juru kod akan diberitahu tentang kategori-kategori yang akan dilihat dan diproses dengan matlamat adalah untuk memastikan pembantu pengkaji mempunyai persamaan makna dalam meneliti isi kandungan yang hendak dikaji.
Mengikut Holsti (1969) coefficient of reliability dapat ditentukan dengan formula berikut ini: [ R ] eliability =
2 (M)_ N1+N2
Di mana: R = keboleh percayaan M = persetujuan jumlah kategori yang dicapai oleh kedua-dua juru kod N1 = jumlah kategori yang dipersetujui juru kod pertama N2 = jumlah kategori yang dipersetujui juru kod kedua.
Praujian ini menguji lima unit analisis isi kandungan iaitu, komunikator berita, tajuk utama, agensi berita, asal berita, orientasi berita. Sebanyak 30 pemaparan daripada kedua-dua akhbar dijadikan populasi untuk keperluan praujian manakala teknik pengambilan sampel yang digunakan ialah teknik sistematik mengikut tarikh.
66
Hasil praujian pengekodan yang diperolehi seperti berikut: Pembolehubah
Komunikator berita
Tajuk utama
Agensi berita
Kekerapan
Jenis Pemaparan
Saiz berita
Letak berita
Asal berita
Orientasi berita
Formula: R = 2(M)_ N1+N2 R=
Kebolehpercayaan (%)
2 (28)_ 28 + 30
= .96
96
2 (28)_ 28 + 30
= .96
96
2 (27)_ 27 + 30
= .94
94
2 (26)_ 26 + 30
= .96
96
2 (27)_ 27 + 30
= .94
94
2 (29)_ 29 + 30
= .98
98
2 (26)_ 26 + 30
= .96
96
R = 2 (27)_ 27 + 30
= .94
94
= .96
96
R=
R=
R=
R=
R=
R=
R=
2 (26)_ 26 + 30
Hasil ujian pra pengekodan di atas merupakan ujian composite intercoder reliability test, ujian ini seringkali digunakan dalam kajian kuantitatif untuk menguji antara angkubah yang mudah dijelaskan, composite measure are frequently used to study variables that have no clear and unambiguous single indicators (Babbie, 1995:149). Nilai komposit kebolehpercayaan dalam praujian kajian ini ialah 95.5% yang bermakna kajian ini layak untuk dilanjutkan.
Dengan nilai kebolehpercayaan yang mencapai di atas +.90 maka kajian ini layak untuk dilakukan. Begitu pula menurut Holsti (1969) dengan arah nilai 0.7 lebih
67
adalah ketepatan untuk ujian kebolehpercayaan antara beberapa kod adalah dianggap darjah yang tinggi. Dan kajian ini dapat diteruskan dan akan mencapai hasil yang boleh diterima, kerana telah mencapai piawai kebolehpercayaan yang dipersetujui.
Nilai kebolehpercayaan alat ukuran yang ditetapkan oleh para pakar adalah berbeza, mengikut pendapat masing-masing. Kaplan dan Saccuzzo (1982) menyatakan bahawa nilai kebarangkalian yang dianggap sebagai nilai yang baik untuk matlamat kajian adalah .70 sehingga
.80. Manakala Anastasi (1982) menyatakan bahawa
kebolehpercayaan yang baik adalah .80 sehingga 0.90. Menurut Cronbach (1984) nilai koefisien kesahihan yang boleh diterima adalah 0.2.
Kebolehpercayaan satu alat ukuran merujuk kepada kekukuhan daripada alat ukuran tersebut. Ertinya ketika seseorang mengukur pada keadaan yang sama menggunakan satu alat ukuran yang mempunyai kebolehpercayaan, maka akan memperoleh hasil yang sama atau hampir serupa dengan proses pengukuran yang sebelumnya (Gravetter dan Forzano, 2003). Manakala kesahihan adalah mengenai kebenaran daripada alat ukuran. Kesahihan alat ukuran merujuk kepada tahap kebenaran alat ukuran mengukur apa yang semestinya diukur.
68
BAB 4 HASIL KAJIAN
4.1 PENGENALAN Bab ini membentang dan menghuraikan dapatan kajian analisis kandungan ke atas pemaparan isu Ambalat dalam dua akhbar pilihan di Indonesia. Kajian analisis kandungan dilakukan terhadap dua buah akhbar tempatan Indonesia iaitu akhbar Kompas, yang berbahasa Indonesia, dan akhbar The Jakarta Post yang berbahasa Inggeris. Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui pola ruang lingkup serta orientasi pemaparan akhbar dalam memaparkan isu berkaitan dengan Ambalat. Ruang lingkup akhbar yang telah dikaji secara deskriptif dan dihuraikan dapatannya adalah kekerapan pemaparan isu, tajuk utama, komunikator berita, asal berita, jenis berita, saiz berita, letak berita, agensi berita dan orientasi berita yang juga dihurai secara intepretatif. Huraian tersebut adalah untuk mengetahui dan mengenal pasti agenda akhbar pilihan kajian ke atas pemaparan isu Ambalat.
4.2 KEKERAPAN PEMAPARAN ISU AMBALAT Kajian analisis kandungan ini dilakukan terhadap akhbar Kompas dan akhbar The Jakarta Post dalam masa dua bulan pemaparan iaitu, sejak bulan Mac hingga April 2005. Selepas analisis isi kandungan dilakukan, kajian mendapati sebanyak 163 kali pemaparan berita berkenaan dengan isu Ambalat oleh dua akhbar. Dari dua akhbar pilihan kajian, akhbar Kompas memaparkan berita berkenaan dengan isu Ambalat, sebanyak 85 kali atau 52.1% dan akhbar The Jakarta Post sebanyak 78 kali atau 47.9% seperti yang dapat dilihat pada jadual 4.1 :
69
JADUAL 4.1 : Kekerapan Pemaparan isu Ambalat dalam Akhbar Akhbar
F
%
Kompas
85
52.1
The Jakarta Post
78
47.9
Jumlah
163
100
Daripada hasil kajian juga didapati bahawa dalam bulan Mac tedapat 124 kali pemberitaan atau 76.1 % yang berkenaan dengan isu Ambalat pada kedua-dua akhbar dan dalam bulan April sebanyak 39 kali atau 23.9 %, seperti yang dapat dilihat pada jadual 4.2 : JADUAL 4.2 : Kekerapan Pemaparan isu Ambalat dalam kedua-dua Akhbar mengikut Bulan Bulan
F
%
Mac
124
76.1
April
39
23.9
163
100
Jumlah
Berdasarkan data yang disenaraikan dalam jadual 4.2 di atas, menunjukkan bahawa pemaparan isu Ambalat cukup kerap dilakukan oleh kedua akhbar pilihan kajian. Kekerapan pemaparan isu Ambalat oleh kedua akhbar kajian ini menunjukkan bahawa isu ini adalah isu yang diagendakan dengan luas terhadap khalayak pembaca surat khabar untuk mendapatkan kesedaran serta maklumat berkenaan isu Ambalat. Khasnya dalam bulan Mac, pemaparan isu Ambalat seakan mencapai kemuncaknya dan pada bulan April kekerapan pemaparan kembali menurun.
Berdasarkan tarikh pula, maka kekerapan pemaparan berita berkenaan dengan isu Ambalat dalam akhbar pilihan kajian dapat dilihat dalam jadual 4.3 berikut ini:
70
JADUAL 4.3 : Pemaparan isu Ambalat mengikut Tarikh
Akhbar
Tarikh
Kompas & The Jakarta Post
Jumlah
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31
Bulan Mac April
Jumlah
2 2 1 2 2 4 9 11 13 6 3 4 6 8 7 7 4 1 3 4 4 8 3 3 4 2 1
7 3 1 2 3 1 6 12 11 14 6 10 3 5 6 11 8 8 5 2 3 5 5 8 4 5 5 3 1
124 (76.1%)
5 1 1 1 2 3 1 6 4 1 3 1 1 1 1 1 1 1 2 1 1 39 (23.9%)
163 (100%)
71
Pencantuman tarikh adalah salah satu elemen penting bagi menjalankan kajian analisis kandungan ini, kerana disebabkan oleh pengkaji memilih untuk mengkodkan semua pemaparan isu Ambalat dalam kedua-dua akhbar kajian sebagai unit analisis dan diselaraskan oleh kategori yang berkaitan. Hal ini pun berkaitan dengan langkah persampelan yang digunakan secara bertujuan (purposive sampling).
Kajian analisis kandungan dalam kedua-dua akhbar, Kompas dan The Jakarta Post, mendapati isu Ambalat muncul sejak 1hb Mac dengan pemaparan berita tentang pendakwaan pemilikan blok kaya minyak dan gas semula jadi di wilayah Ambalat oleh kedua-dua negara, Indonesia dan Malaysia. Pemaparan berita semakin meningkat antara tarikh 8hb Mac hingga 16hb Mac. Perkara ini ada hubungkait dengan berlakunya peristiwa kapal laut dari kedua-dua negara yang berlanggar di wilayah Karang Unarang, Laut Sulawesi serta peristiwa terganggunya pembinaan rumah api di wilayah Karang Unarang, Laut Sulawesi. Selain daripada itu juga pemaparan berita meningkat kerana bermulanya pertemuan para wakil kedua negara pada peringkat Menteri untuk membicarakan kes ini secara diplomasi.
Dalam bulan April, pemaparan berita lebih banyak memaparkan laporan mengenai proses penyelesaian konflik kes Ambalat secara diplomasi sebagaimana yang telah di persetujui oleh kedua-dua pihak Indonesia dan Malaysia. Maka daripada dapatan kajian ini pengkaji sudah boleh menjawab persoalan kajian pada bahagian pertama.
4.3 TAJUK UTAMA PEMAPARAN ISU AMBALAT Hasil kajian yang dilakukan terhadap akhbar pilihan juga untuk mengenal pasti tajuk utama yang sering muncul dalam pemaparan isu Ambalat. Maknanya di sini, ia hanya merujuk kepada tajuk berita yang muncul dalam muka surat utama setiap akhbar pilihan kajian. Dalam kajian ini tajuk utama dibahagikan kepada tiga kategori iaitu, (1) kategori tajuk politik dan undang-undang, (2) kategori sosial dan budaya dan, (3) kategori ekonomi dan bisnes.
72
Setiap kategori itu pula dibahagikan kepada sub-kategori tertentu. Kategori tajuk utama politik dan undang-undang ini dibahagikan kepada empat sub-kategori, iaitu kedaulatan negara, pemilikan wilayah, perbincangan konflik, keamanan dan pertahanan. Kategori sosial dan budaya dibahagikan kepada empat sub-kategori iaitu, nasionalisme, rusuhan, tenaga kerja dan, mesyuarat parlimen. Kategori ekonomi dan bisnes, dibahagikan kepada empat sub-kategori iaitu, anggaran perbelanjaan, pelaburan, kontrak konsesi dan nilai mata wang. Matlamat sub-kategori ini ialah untuk mengenal pasti kemunculan tajuk utama pemaparan berita berkenaan dengan tajuk apa dan adakah hubungkaitnya dengan isu Ambalat.
Bagaimanakah tajuk utama yang dipaparkan akhbar pilihan kajian berkenaan dengan isu Ambalat? Hasil kajian analisis kandungan mendapati bahawa tajuk utama politik dan undang-undang dalam kedua-dua akhbar didapati 50 kali kemunculan atau 30.7%. Sebahagian contoh tajuk utama politik yang muncul seperti “R.I – Malaysia Sepakati Penyelesaian Damai”, “Isu Perbatasan itu tidak Luar Biasa” yang diucapkan oleh menteri Luar Negara Malaysia, Syed Hamid Albar. “R.I – Malaysia Ease Tension”, “R.I pullout Warships” dan lainnya. Setiap kemunculan tajuk utama itu boleh dilihat dalam jadual 4.4 : JADUAL 4.4 : Kekerapan Kemunculan Tajuk Utama Politik dan Undang-undang Bulan Akhbar
Tajuk Politik
Mac
April
Jumlah
Kompas
Kedaulatan Negara
6 (33.3%) 2 (11.1%) 6 (33.3%) 4 (22.2%)
4 (66.7%) 1 (16.7%) 1 (16.7%) (-)
10 (41.7%) 3 (12.5%) 7 (29.2%) 4 (16.7%)
18 (100%)
6 (100%)
24 (100%)
Kepemilikan Wilayah Perbincangan Konflik Keamanan & Pertahanan
Jumlah
73
Bulan Akhbar
Tajuk Politik
The Jakarta Post
Kedaulatan Negara
Jumlah
Mac
1 (4.5%) Kepemilikan Wilayah 5 (22.7%) Perbincangan Konflik 12 (54.5%) Keamanan & Pertahanan 4 (18.2%) 22 (100%)
April
Jumlah
(-) (-) 2 (50.0%) 2 (50.0%) 4 (100%)
1 (3.8%) 5 (19.2%) 14 (53.8%) 6 (23.1%) 26 (100%)
Hasil kajian analisis isi kandungan terhadap tajuk utama sosial dan budaya dalam kedua-dua akhbar didapati 6 kali kemunculan sahaja dan setelah dikira hanya 3.7% daripada keseluruhan jumlah kemunculan tajuk. Daripada 6 kali kemunculan tajuk dengan kategori sosial dan budaya dapat dilihat seperti dalam jadual 4.5 berikut ini : JADUAL 4.5 : Kekerapan Kemunculan Tajuk Utama Sosial dan Budaya Bulan Akhbar Kompas
Tajuk Sosial dan Budaya Nasionalisme
Jumlah
Mac 2 (100%)
April (-)
Jumlah 2 (100%)
2 (100%)
(-) (-)
2 (100%)
April
Jumlah
(-) (-) (-) (-) (-) (-) (-) (-)
1 (25%) 1 (25%) 1 (25%) 1 (25%)
(-) (-)
4 (100%)
Bulan Akhbar
Tajuk Sosial dan Budaya
The Jakarta Post
Jumlah
Mac
Nasionalisme
1 (25%) Rusuhan 1 (25%) Tenaga Kerja 1 (25%) Mesyuarat Parlimen 1 (25%) 4 (100%)
74
Daripada dapatan kajian pengkaji menemukan bahawa dalam bulan April 2005 tidak ada kemunculan tajuk utama yang masuk ke dalam kategori Sosial dan Budaya, maknanya ianya hanya muncul dalam bulan Mac sahaja. Sebahagian contoh tajuk yang muncul seperti, “Mahasiswa Melakukan Demonstrasi Anti-Malaysia”, “Returning Workers Halted”, “DPR Memanggil Dubes” dan lainnya.
Hasil kajian analisis kandungan tajuk utama kategori ekonomi dan bisnes didapati kemunculannya sebanyak 13 kali atau 8% sahaja. Kemunculannya dalam akhbar dapat dilihat dalam jadual 4.6 berikut ini: JADUAL 4.6 : Kekerapan Kemunculan Tajuk Utama Ekonomi dan Bisnes Bulan Akhbar Kompas
Tajuk Ekonomi & Bisnes Anggaran Perbelanjaan
Mac 2 (66.7%) 1 (33.3%)
April 4 (100%) (-)
Jumlah 6 (85.7%) 1 (14.3%)
3 (100%)
4 (100%)
7 (100%)
April
Jumlah
Anggaran Perbelanjaan 1 (16.7%) Pelaburan 2 (33.3%) Kontrak Konsesi 2 (33.3%) Nilai Mata Wang 1 (16.7%)
(-) (-) (-) (-)
1 (16.7%) 2 (33.3%) 2 (33.3%) 1 (16.7%)
6 (100%)
(-)
6 (100%)
Kontrak Konsesi
Jumlah
Bulan Akhbar
Tajuk Ekonomi & Bisnes
The Jakarta Post
Jumlah
Mac
Pemaparan tajuk utama dengan ketegori ini dalam akhbar Kompas didapati hanya 7 kali sahaja semasa dua bulan kajian analisis kandungan ini dilakukan. Contoh tajuk yang muncul iaitu, “Mabes TNI Minta Anggaran Pertahanan Ditambah”,
75
“Konsesi Petronas Terletak di Malaysia” dan lainnya. Berdasarkan data hasil kajian menunjukkan bahawa dalam bulan April tidak ada pemaparan tajuk utama yang termasuk dalam kategori Ekonomi dan Bisnes di dalam akhbar The Jakarta Post.
Sedangkan pemaparan yang bercorak ekonomi dan bisnes pun telah meramaikan pemaparan berita isu Ambalat. Dengan melihat bahawa isu Ambalat ini berkait dengan syarikat-syarikat pencari gali minyak dan gas semula jadi yang berkepentingan di dalam pengelolaannya, maka jelas lah apabila pemaparan berita isu Ambalat juga memiliki corak ekonomi di dalam kedua-dua akhbar seperti, pemilikan konsesi atau impaknya terhadap nilai mata wang, khasnya mata wang Indonesia. Meskipun hanya 13 kali pemaparan atau hanya 8% sahaja, ianya sudah mewakili pemaparan yang berkaitan dengan anggaran perbelanjaan negara, kontrak konsesi, pelaburan dan nilai mata wang.
Pada semulanya pengkaji mengandaikan akan mendapati ramai pemaparan yang berkaitan dengan tajuk utama bercorak sosial, namun hasil kajian ternyata mematahkan andaian tersebut. Hasil kajian mendapati hanya 6 kali atau 3.7% sahaja yang selari dengan unit analisis kajian daripada kedua-dua akhbar yang memaparkan isu Ambalat dengan tajuk bercorak sosial dan budaya.
Kesimpulan terhadap 69 kali tajuk utama yang dipaparkan dalam kedua-dua akhbar pilihan kajian berkenaan dengan isu Ambalat, iaitu kedua-dua surat khabar lebih kerap memaparkan isu Ambalat yang bercorak politik dan berhubung kait antara kedaulatan kedua negara, Indonesia dan Malaysia. Hal ini disebabkan oleh kedua-dua akhbar lebih menjurus kepada corak politik dalam pemaparannya. Sesuai dengan Smith (1986) dalam kajiannya yang menyatakan adanya hubungan kekal antara pembaca akhbar dengan berita berkait politik juga sebaliknya bahawa akhbar selalu memaparkan berita berkenaan dengan politik. Begitu juga kajian yang dilakukan oleh Eveland & Scheufele (2000) bahawa akhbar sememangnya memberikan maklumat berkenaan dengan politik.
76
4.4 KOMUNIKATOR BERITA PEMAPARAN ISU AMBALAT Setelah melakukan kajian analisis kandungan ini maka pengkaji dapat mengetahui pihak mana yang menjadi komunikator dalam setiap pemberitaan yang dipaparkan dalam akhbar pilihan kajian berkenaan dengan isu Ambalat. Semasa kajian ini dijalankan, ruang lingkup pihak “komunikator“ saya bahagi menjadi dua kategori iaitu: pihak pemimpin kerajaan dan pihak bukan kerajaan, yang masing-masingnya terdiri daripada unsur-unsur yang berkaitan dengan isu Ambalat dan pemaparannya dalam akhbar pilihan kajian.
Jumlah kemunculan pihak-pihak tersebut sangat penting untuk mengetahui kesahihan sesuatu berita yang berasaskan pada fakta yang berlaku. Dalam kajian ini pengkaji mendapati pihak “pekerja profesional“ sebagai komunikator berita daripada pihak “bukan kerajaan“ yang kerap kali muncul dalam setiap pemaparan berita.
Para pekerja profesional ini di antaranya iaitu, Wahyu Susilo (Labor Policy Analyst, Migrant CARE Indonesia), Melda Kamil Ariadno (Pensyarah Undangundang Laut, Universiti Indonesia & Pengerusi Badan Pengkaji Undang-undang Antarabangsa), Hasjim Djalal (Pakar Undang-undang Laut Antarabangsa), Ikrar Nusa Bhakti (Ahli Pengkaji LIPI, Bidang Kajian Asia Pasifik), Makmur Keliat (Ahli Center for East Asian Cooperation Studies, Universiti Indonesia), Riswanda Imawan (Guru Besar Fakulti Ilmu Sosial dan Politik, Universiti Gajah Mada), Rizal Sukma (Researcher at Center for Strategic & International Studies - CSIS) dan lainnya. Jumlah komunikator keseluruhannya yang didapati semasa kajian ini dilakukan terhadap kedua akhbar pilihan kajian boleh dilihat dalam carta 4.1 berikut ini:
77
CARTA 4.1 : Kekerapan Kemunculan Komunikator Berita
Carta di atas menjelaskan jumlah komunikator yang kerap muncul dan dikutip pernyataannya sebagai bahan pemberitaan. Pada jadual 4.7 di bawah ini akan menjelaskan jumlah kekerapan komunikator berita yang muncul mengikut akhbar. JADUAL 4.7 : Kekerapan Kemunculan Komunikator Berita mengikut Akhbar
Komunikator Pihak Kerajaan
Bulan Mac April
Jumlah Pihak Bukan kerajaan April
Jumlah
Mac
Akhbar Kompas The Jakarta Post 33 29 (26.6%) (23.4%) 12 4 (41.4%) (40.0%)
Jumlah 62 (50%) 16 (41%)
45
33
78
23 (18.5%) 17 (58.6%)
39 (31.5%) 6 (60.0%)
(50%) 23 (59%)
40
45
85
62
78
Daripada keseluruhan komunikator berita yang muncul, seperti pada jadual 4.7 diatas, yang kerap muncul adalah “pekerja professional”. Mereka seringkali menanggapi isu Ambalat melalui penulisan-penulisan rencana dalam setiap akhbar pilihan kajian. Hasil kajian analisis kandungan terhadap kemunculan komunikator berita dalam kategori Kerajaan atau Pemerintah, data menunjukkan kemunculan Pemimpin Negara sebagai komunikator berita pada isu Ambalat hanya 12 kali berbanding dengan kemunculan daripada pihak Kementerian sehingga 32 kali. Sedikitnya pernyataan yang dikeluarkan oleh kedua pemimpin negara disebabkan kerana kedua pemimpin negara telah memberikan kebenaran ke atas penyelesaian wilayah yang dipertikaikan kepada masing-masing menteri luar negaranya. Para pemimpin negara, seperti yang dipaparkan dalam akhbar Kompas 7 Mac, 2005 telah berbincang melalui telefon untuk menyelesaikan isu ini.
Setelah itu komunikator utama yang sering juga muncul ialah daripada pihak “Kementerian”. Mereka menjadi komunikator berita dalam hampir setiap pemaparan berita berkenaan dengan isu Ambalat. Komunikator yang berasal daripada pihak kementerian diantaranya adalah, Marty Natalegawa (Jurucakap Departemen Luar Negeri Indonesia), Endriartono Sutarto (Panglima TNI), Hassan Wirajuda (Menteri Luar Negeri Indonesia), Juwono Sudarsono (Menteri Pertahanan Indonesia), Arif Havas Oegroseno (Direktur Perjanjian Politik, Keamanan dan Kewilayahan, Departemen Luar Negeri Indonesia), KPH. Rusdihardjo (Duta Besar Indonesia untuk Malaysia).
Komunikator yang sangat penting dalam isu Ambalat ini berasal daripada masing-masing pemimpin kedua negara, Abdullah Ahmad Badawi (Perdana Menteri Malaysia), Susilo Bambang Yudhoyono (Presiden Republik Indonesia), Mohamad Najib Tun Abdul Razak ( Deputi Perdana Menteri Malaysia) dan Yussuf Kalla (Wakil Presiden Republik Indonesia) kerana “suara” mereka sangatlah berpengaruh kepada penggubalan keputusan dan persepsi khalayak terhadap isu yang berlaku. Sebarang pernyataan yang berasal daripada pemimpin negara adalah pernyataan rasmi yang mewakili kedaulatan sesuatu negara dan penting maknanya, begitu pula bagi akhbar untuk memaparkannya. Maka khalayak pembaca akhbar apabila membaca maklumat
79
yang berasal daripada pemimpin negara akan terus memiliki persepsi bahawa isu semasa ini adalah penting adanya.
Pegawai kerajaan juga menjadi komunikator berita dalam pemaparan isu Ambalat dalam kedua-dua akhbar pilihan kajian. Namun daripada kesemua pegawai kerajaan yang dijadikan sumber dan komunikator pemberitaan isu berkenaan ini ia berasal daripada Angkatan Bersenjata kedua-dua negara. Mereka yang kerapkali muncul ialah, Mohammad Zaidi bin Zainuddin (Panglima Angkatan Bersenjata Malaysia), Let.Col. Abdul Manaf (Tentara Udara Diraja Malaysia), Marsekal. Djoko Suyanto (Staff Angkatan Udara Indonesia), Letkol. Guntur Wahyudi (Jurucakap Angkatan Laut Indonesia bagian Timur) dan yang lainnya.
Kesemua nama yang telah dinyatakan di atas adalah orang-orang yang bertugas di sekitaran wilayah yang sedang dipertikaikan, maka pernyataan mereka pun kerap kali dikutip oleh akhbar kajian untuk menjadi sumber pemaparan isu Ambalat. Kesan daripada pernyataan dan atau gambar yang diletakkan mengenai isu Ambalat daripada orang yang bertugas di sekitaran wilayah blok Ambalat sangatlah berpengaruh untuk membantu khalayak pembaca merasa berada di wilayah tersebut dan mengetahui secara langsung. Intepretasi ini selari dengan hasil kajian Bain & Weaver (1989) yang menyatakan bahawa maklumat dan gambar dalam akhbar dapat memberi kesan emosi bagi khalayak untuk berempati seandainya berada dilokasi peristiwa.
Jumlah kekerapan komunikator daripada orang awam pun sama jumlahnya dengan jumlah komunikator daripada pihak pegawai kerajaan. Jumlah yang cukup ramai itu menunjukkan bahawa orang awam pun merespons terhadap isu semasa yang berlaku sebagai isu nasional. Dalam kes ini pengkaji memiliki intepretasi bahawa akhbar pilihan kajian telah memberikan maklumat dan kesedaran kepada khalayak mengenai isu Ambalat, seperti halnya kajian oleh McCombs & Shaw (1977) bahawa kesan penentuan agenda media ini juga menitikberatkan kepada dua hal, kesedaran dan maklumat kepada khalayak secara massa, hal ini juga bermakna akhbar kajian telah memainkan fungsinya sebagai media massa.
80
Data yang signifikan daripada hasil kajian analisis kandungan terhadap kemunculan komunikator berita berkenaan dengan isu Ambalat ini tertumpu kepada “pihak kerajaan”, “pekerja profesional” dan “orang awam”. Apabila kembali melihat jadual 4.7 di atas maka dapat diinteperetasikan seperti berikut, bahawa pihak kerajaan, menunjukkan kekerapan kemunculannya sedikit lebih kerap pada bulan Mac sahaja. Intepretasi pengkaji kepada hasil analisis kandungan menunjukkan bahawa pihak kerajaan pada awal bulan Mac seringkali dijadikan sumber berita untuk memberikan penjelasan ke atas isu Ambalat. Maka pada bulan April kemunculan pihak kerajaan tidak terlalu kerap kerana ianya hanya memberikan pernyataan tentang proses penyelesaian secara diplomasi yang sedang berjalan.
Kerapnya muncul pihak bukan kerajaan seperti “pekerja professional”, pensyarah, pakar-pakar serta pemerhati situasi politik, kerana isu Ambalat menjadi agenda nasional yang memerlukan ulasan, komen atau laporan daripada pihak yang benar-benar mengetahui sejarah dan langkah bijak penyelesaiannya. Dengan demikian kekerapan munculnya para pekerja profesional dalam memberikan respons bagi isu Ambalat ini adalah penting, seperti yang ditulis Prof. Dr. Ir. Jacub Rais. Msc yang berprofesi sebagai ahli UNGEGN ( United Nations – Groups of Experts on Geographical Names) bahawa negara Indonesia perlu segera melakukan pengurusan wilayah garisan pantai dan lautnya serta mencatat semua kepentingan, hak, kewajipan dan batasan yang ada (Kompas. 2005. 11 April). Pernyataan tersebut merupakan cadangan bagi masa hadapan agar Indonesia boleh menghindari kembalinya pertikaian wilayah.
Pihak daripada “orang awam” sebagai unsur daripada pihak bukan kerajaan sebagai komunikator juga kerap muncul pada bulan Mac dan menurun pula pada bulan April. Namun data menunjukkan bahawa pihak orang awam ini biasanya muncul dalam bentuk penulisan rencana dan surat pembaca. Kemunculan pihak orang awam sedikit lebih kerap dalam akhbar The Jakarta Post berbanding akhbar Kompas. Pengkaji menganggap isu Ambalat sebagai isu nasional yang diketahui secara antarabangsa. Ternyata isu ini telah menarik perhatian orang ramai daripada pelbagai peringkat menengah dan atasan, sebagai khalayak pembaca akhbar The Jakarta Post. Mengikut pada hasil dapatan kajian yang sudah dijelaskan, maka pengkaji telah dapat
81
menjawab persoalan kajian mengenai siapakah komunikator yang kerap dikutip pernyataan-pernyataannya berkenaan pemaparan isu Ambalat pada kedua-dua akhbar pilihan kajian.
4.5 ASAL BERITA PEMAPARAN ISU AMBALAT Dari segi asal berita hasil kajian menunjukkan sebanyak 102 kali dari seluruh jumlah pemaparan berita berkenaan dengan isu Ambalat berasal daripada Jakarta dan kotakota yang berdekatan dengan wilayah yang dipertikaikan. Hasil analisis terhadap tempat asal berita boleh dilihat pada jadual 4.8 dan carta 4.2 berikut ini : JADUAL 4.8 : Asal Berita mengikut Akhbar
Asal Berita Jakarta Kuala Lumpur Putrajaya Samarinda Tarakan Nunukan Bandung Bali Lain-lain
Jumlah
Akhbar Kompas The Jakarta Post
Jumlah
51 (60%) 5 (5.9%) 1 (1.2%) (-) 8 (9.5%) 14 (16.7%) (-) 2 (2.4%) 4 (4.7%)
51 (65%) 5 (6.4%) (-) 7 (9.1%) 5 (6.5%) 6 (7.8%) 2 (2.6%) 2 (2.6%) (-)
102 (62.6%) 10 (6.1%) 1 (.6%) 7 (4.3%) 13 (8.1%) 20 (12.4%) 2 (1.2%) 4 (2.5%) 4 (2.5%)
82 (52.2%)
79 (47.8%)
163 (100%)
82
CARTA 4.2 : Asal Berita berkenaan isu Ambalat
[ Jakarta = 62.6% ] [ Kuala Lumpur = 6.1% ] [ Putrajaya = .6% ] [ Samarinda = 4.3% ] [ Tarakan = 8.1% ] [ Nunukan = 12.4% ]
[ Bandung = 1.2% ] [ Bali 2.5% ]
[ Lain-lain = 2.5% ]
Daripada kedua-dua akhbar yang telah dikaji, pengkaji mendapati bandar Jakarta sebagai tempat yang paling kerap muncul, manakala daripada kesemua kemunculan berita terdapat dua asal berita yang tak dapat dikesan oleh pengkaji kerana jenis beritanya termasuk dalam kategori Gambar atau Kartun serta tidak terdapat pernyataan nama tempat daripada pemaparan tersebut.
Didapati asal berita berkenaan dengan isu Ambalat berasal dari Jakarta sebanyak 102 kali atau 62.6% dalam kedua-dua akhbar. Hal ini dikarenakan Jakarta sebagai ibunegara daripada Indonesia dan sebagai pusat pemerintahan sehingga berkait langsung dengan kes Ambalat serta penyelesaiannya. Selain daripada Jakarta, tempat asal berita yang kerap muncul berasal daripada tempat luar bandar iaitu Nunukan, terletak di Kalimantan atau yang dikenali secara antarabangsa dengan
83
sebutan Borneo. Setelah Jakarta, ibunegara Malaysia, Kuala Lumpur, menjadi tempat asal berita yang juga didapati cukup kerap iaitu sebanyak 10 kali atau 6.1%. Perbezaan yang jauh antara Jakarta dan Kuala Lumpur sebagai punca isu Ambalat, membuat pengkaji untuk menyimpulkan bahawa akhbar Indonesia lebih kerap memaparkan isu berkenaan dengan Ambalat berbanding dengan media di Malaysia. Lagipun kajian ini hanya fokus pada akhbar pilihan arus perdana di Indonesia sahaja. Jadual berikut ini menunjukkan asal berita berkenaan isu Ambalat mengikut bulan. JADUAL 4.9 : Asal Berita mengikut Bulan Bulan Asal Berita
Mac
April
Jumlah
Jakarta
77 (62.1%) 8 (6.5%) (-) 4 (3.2%) 8 (6.5%) 17 (13.7%) 2 (1.6%) 4 (3.2%) 4 (3.2%)
25 (64.1%) 2 (5.1%) 1 (2.6%) 3 (7.7%) 5 (12.8%) 3 (7.7%) (-) (-) (-)
102 (62.6%) 10 (6.1%) 1 (.6%) 7 (4.3%) 13 (8.0%) 20 (12.3%) 2 (1.2%) 4 (2.5%) 4 (2.5%)
124 (100%)
39 (100%)
163 (100%)
Kuala Lumpur Putrajaya Samarinda Tarakan Nunukan Bandung Bali Lain-lain
Jumlah
Jadual 4.9 di atas telah menunjukkan bahawa dalam bulan Mac jumlah kemunculan pemaparan berita tentang isu Ambalat kerap daripada tempat yang berkait terus dengan isu ini seperti, Jakarta, Nunukan, Kuala Lumpur dan lainnya. Jumlah yang diketahui dalam bulan Mac selari dengan andaian pengkaji bahawa bulan Mac adalah awal daripada isu Ambalat dijadikan agenda akhbar, dan pada bulan April mulai menurun jumlahnya kerana isu ini sudah tidak lagi mendapat respons seperti
84
awal mulanya daripada khalayak serta pengarang akhbar. Hal ini disebabkan kerana akhbar mendedahkan agenda kepada khalayak bahawa isu ini sudah menuju ke arah positif iaitu penyelesaian secara diplomasi dan tertib, sebagaimana yang telah dipaparkan oleh kedua akhbar pilihan kajian. Setelah melakukan kajian analisis kandungan ini, maka pengkaji dapat mengetahui darimana asal berita yang dipaparkan dalam kedua akhbar pilihan kajian.
4.6 JENIS PEMAPARAN ISU AMBALAT Jenis pemaparan ialah cara bagaimana sesebuah berita dihuraikan dan dibentuk sehingga menjadi sebuah berita yang baik untuk dibaca dan mudah difahami. Bentuk penulisan yang paling kerap digunakan dalam memaparkan isu Ambalat di kedua-dua akhbar pilihan kajian ialah berbentuk “berita”. Jenis pemaparan ini juga dibahagikan kepada lima bentuk penulisan untuk dikaji iaitu (1) Berita, (2) Rencana, (3) Lidah pengarang, (4) Surat pembaca dan, (5) Gambar dan Kartun. Jumlah kekerapan “berita” dalam hasil kajian didapati 89 kali atau 54% dari jumlah keseluruhan. Hasil kajian terhadap jenis berita boleh dilihat dalam jadual 4.10 berikut ini: JADUAL 4.10 : Kekerapan Jenis Berita Jenis Pemaparan
F
%
Berita Rencana Lidah pengarang Surat pembaca Gambar & Kartun
89 37 10 12 15
54.6 22.7 6.1 7.4 9.2
163
100
Jumlah
Analisis juga dilakukan untuk mengenal pasti akhbar manakah yang boleh dinyatakan lebih unggul dalam menyajikan berita berkenaan dengan isu Ambalat selama masa kajian, iaitu awal bulan Mac 2005 hingga hujung bulan April 2005. Masa kajian tersebut juga telah dipersetujui bahawa secara rasional masa tersebut adalah
85
masa di mana pemaparan berita isu Ambalat muncul. Jadual 4.12 berikut ini akan menunjukkan hasil dapatan kajian tersebut. JADUAL 4.11 : Kekerapan Jenis Pemaparan mengikut Bulan Bulan Jenis Pemaparan Berita Rencana Lidah Pengarang Surat Pembaca Gambar & Kartun
Jumlah
Mac 69 (55.6%) 26 (21.0%) 6 (4.8%) 9 (7.3%) 14 (11.3%)
April 20 (51.3%) 11 (28.2%) 4 (10.3%) 3 (7.7%) 1 (2.6%)
Jumlah 89 (54.6%) 37 (22.7%) 10 (6.1%) 12 (7.4%) 15 (9.2%)
124 (100%)
39 (100%)
163 (100%)
Bentuk penulisan yang dikaji bagi pemaparan isu Ambalat pada bulan Mac mendapat perhatian yang kerap daripada kedua akhbar pilihan kajian. Laporan penulisan “berita” yang lebih kerap muncul pada bulan Mac iaitu memaparkan dakwaan keatas wilayah yang kaya minyak dan gas semula jadi dalam blok Ambalat. Selain itu pula, pada bulan April pemaparan dalam kedua surat khabar pilihan serupa dengan bulan Mac hanya jumlahnya sahaja yang berbeza. Bentuk penulisan lebih kepada bentuk “rencana” dan “berita” mengenai pengamanan wilayah yang dipertikaikan dan kedaulatan negara terhadap pemilikan blok Ambalat.
Bentuk penulisan “lidah pengarang”, “surat pembaca” dan “gambar & kartun” juga didapati kewujudannya berkenaan dengan isu Ambalat dan memiliki kesan yang cukup berpengaruh. Meski ianya tidak sebanyak “berita” dan “rencana” namun pemaparan isu Ambalat kedalam bentuk “lidah pengarang” dianggap penting kerana “lidah pengarang” merupakan ruangan yang berisikan pendapat atau persepsi daripada pengarang akhbar. Ruangan tersebut merupakan ciri khas daripada maruah sesebuah akhbar. Begitu juga dengan pemaparan isu Ambalat dalam bentuk “surat pembaca”
86
dan “gambar & kartun” akan lebih memudahkan bagi khalayak pembaca untuk membentuk persepsi kepada isu Ambalat serta kepada akhbar itu juga. JADUAL 4.12 : Kekerapan Jenis Pemaparan mengikut Akhbar
Jenis Pemaparan Berita Rencana Lidah Pengarang Surat Pembaca Gambar & Kartun
Jumlah
Akhbar Kompas The Jakarta Post
Jumlah
49 (57.6%) 22 (25.9%) 7 (8.2%) 4 (4.7%) 3 (3.5%)
40 (51.3%) 15 (19.2%) 3 (3.8%) 8 (10.3%) 12 (15.4%)
89 (54.6%) 37 (22.7%) 10 (6.1%) 12 (7.4%) 15 (9.2%)
85 (100%)
78 (100%)
163 (100%)
Daripada hasil kajian mengenai jenis pemaparan yang kerap muncul maka dapat disimpulkan bahawa akhbar Kompas sedikit lebih kerap memaparkan laporan dalam bentuk “berita” berkenaan isu Ambalat kepada khalayak, berbanding dengan akhbar The Jakarta Post yang juga memaparkan hampir sebanyak akhbar Kompas. Akhbar Kompas sedikit lebih memaparkan berita berkenaan dengan isu semasa, sama ada dalam bentuk “rencana” yang ditulis oleh kebanyakan para pekerja profesional yang berkenaan dengan isu berlaku semasa atau dalam bentuk “berita” secara langsung.
Jumlah daripada pemaparan isu Ambalat dalam bentuk “lidah pengarang”, “surat pembaca” dan “gambar & kartun” sejumlah 37 kali juga memberikan sumbangan kepada khalayak pembaca untuk mendapat maklumat dan kesedaran tarhadap isu semasa. Mengikut data yang ditunjukkan di atas, akhbar The Jakarta Post lebih kerap hanya memunculkan isu Ambalat melalui gambar. Pengkaji berandaikan bahawa meletakkan gambar yang berkenaan dengan isu semasa akan lebih memudahkan khalayak untuk mengintepretasi sesebuah berita dalam akhbar.
87
4.7 AGENSI BERITA Agensi berita adalah organisasi yang membekalkan berita untuk kedua-dua akhbar. Agensi tersebut juga turut dikaji untuk mengetahui mana yang lebih kerap dijadikan sebagai punca beritanya. Agensi berita memainkan peranan penting dalam pembentukan berita kerana berita-berita yang dilaporkan akan sedikit sebanyak mempunyai kandungan yang berbeza-beza. Selain daripada agensi berita yang sudah disenaraikan, pengkaji juga memasukkan akhbar tempatan sebagai unit analisis yang termasuk kedalam kod kategori agensi berita. Akhbar tempatan ini bermakna berita yang dibekalkan oleh para wartawan tentang isu Ambalat yang berasal daripada akhbar pilihan kajian.
Kajian ini juga bermatlamat mengenalpasti kekerapan agensi berita yang merupakan pembekal berita tentang isu Ambalat kepada akhbar Indonesia. Beberapa agensi berita tersebut ialah, Antara (Agensi Berita Indonesia), Bernama (Agensi Berita Malaysia), Antara dan Bernama, Reuters, Associated Press (AP), Agence FrancePress (AFP), Reuters & Associted Press, Reuters & AFP, AFP & AP.
Hasil kajian terhadap agensi berita ini didapati bahawa akhbar pilihan kajian, Kompas dan The Jakarta Post, tidak kerap untuk mendapatkan sumber berita mengenai isu Ambalat daripada agensi berita luar negara yang dikenal luas walaupun isu Ambalat merupakan isu nasional yang dikenal pasti secara antarabangsa. Hasil kajian mendapati akhbar Kompas sebanyak 75 kali atau 46% dan The Jakarta Post 64 kali atau 39.3% yang menjadi pembekal berita sendiri dalam pemaparan isu Ambalat . Untuk data kesemua agensi berita yang muncul dalam kajian ini dapat dilihat dalam jadual 4.13 berikut ini:
88
JADUAL 4.13 : Kekerapan Agensi Berita Agensi Berita
F
%
Antara Bernama Reuters Associated Press (AP) Agence France-Press (AFP) Reuters & AP Reuters & AFP AP & AFP Akhbar Tempatan Jumlah
5 5 4 4 3 1 141 163
3.1 3.1 2.5 2.5 1.8 .6 86.5 100
Agensi berita yang membekalkan maklumat kepada akhbar pilihan kajian tersebut ialah Reuters, Associated Press, Agence France-Press yang menjadi pembekal maklumat daripada perspektif luar negara. Selain itu juga agensi berita Bernama dijadikan sebagai pembekal berita bagi akhbar Indonesia, kerana ianya tergolong dekat dan mempunyai kaitan geografi, etnografi dan budaya serta sudut pandang permasalahan yang bersesuaian dengan isu semasa yang berlaku.
Kemunculan agensi berita luar negara seperti Reuters, AFP, dan AP dalam liputan isu Ambalat hanya sekedar memberitakan isu tersebut daripada sudut pandang lain dan gambar yang berkenaan dengan isu Ambalat. Seperti yang dipaparkan dalam akhbar The Jakarta Post tentang liputan pernyataan Perdana Menteri Malaysia semasa berada di Selandia Baru berkenaan dengan perilaku Indonesia tentang Ambalat (The Jakarta Post. 2005. 22hb Mac.)
Keseluruhan hasil kajian terhadap pemaparan isu Ambalat dalam kedua akhbar kajian yang diketahui pembekal beritanya dapat dilihat dalam jadual 4.14 berikut ini:
89
JADUAL 4.14 : Kekerapan Pembekal Berita isu Ambalat Akhbar Kompas The Jakarta Post
Agensi Antara
Jumlah
(-) Bernama 2 (2.4%) Kompas 73 (89.4%) The Jakarta Post (-) The Jakarta Post & Antara (-) Kompas & Bernama 3 (3.6%) The Jakarta Post & Bernama (-) Reuters 2 (2.4%) Associated Press 1 (1.2%) Agence France-Press 3 (3.5%)
5 (6.4%) 3 (3.8%) (-) 64 (83.3%) 1 (1.3%) (-) 1 (1.3%) 2 (2.6%) 3 (3.8%) (-)
5 (3.1%) 5 (3.1%) 73 (46.7%) 64 (86.5%) 1 (.6%) 3 (1.9%) 1 (.6%) 4 (2.5%) 4 (2.5%) 3 (1.8%)
Jumlah
79 (100%)
163 (100%)
84 (100%)
Daripada dapatan kajian mengenai agensi berita di atas, maka diketahui bahawa akhbar Kompas dan The Jakarta Post masing-masing menjadi pembekal beritanya sendiri bagi pemaparan isu Ambalat yang dibekalkan dalam akhbarnya. Kedua-dua surat khabar pun menggunakan agensi berita daripada luar negara untuk mendapatkan perspektif lain mengenai pemaparan berita yang berkenaan dengan isu semasa yang berlaku di dalam negara terkait.
4.8 SAIZ BERITA PEMAPARAN ISU AMBALAT Berkenaan dengan saiz berita yang dipaparkan oleh kedua-dua akhbar pilihan kajian didapati sejumlah 163 pemaparan yang dikesan dan terdapat 15 pemaparan yang tak
90
dapat dikesan kerana tidak sesuai sebagai unit analisis. Jenis pemaparan tersebut ialah jenis berita ’’Gambar dan Kartun“. Maknanya kajian analisis kandungan ini hanya kepada jenis penulisan “berita”, “rencana”, “surat pembaca”, dan “lidah pengarang”. Khas bagi kategori “Gambar & Kartun“ tidak dikira kepada jumlah saiznya kerana pada setiap hari edaran surat khabar mesti berbeza saiznya. Kajian yang dilakukan terhadap saiz berita juga telah dibahagi kepada 3 kategori iaitu, (1) “luas” atau jumlah pemaparan lebih daripada 6 kolum, yang telah dikira sebelumnya mencapai 34cm panjangnya. (2) “sedang” atau jumlah pemaparan tidak kurang dan lebih daripada 4 kolum atau sesuai dengan 17cm. (3) “kecil” atau jumlah pemaparan yang berjumlah 3 kolum atau kurang dari jumlah tersebut yang sesuai dengan 7cm. Dapatan kajian mengenai saiz berita yang dipaparkan oleh kedua-dua akhbar dapat dilihat carta 4.3 dan pada jadual 4.15 di bawah ini: CARTA 4.3 : Kekerapan Saiz Berita
Kajian statistik sederhana yang dilakukan untuk kembali mengesan saiz pemaparan dalam akhbar kajian berkenaan isu Ambalat apabila mengikut akhbar boleh dilihat dalam jadual 4.15 berikut ini:
91
JADUAL 4.15 : Saiz Berita Pemaparan Isu Ambalat mengikut Akhbar
Saiz Pemaparan >6 kolum (34cm) = 4 kolum (17cm) <3 kolum (7cm)
Jumlah
Akhbar Kompas The Jakarta Post
Jumlah
25 (30.5%) 29 (35.4%) 28 (34.1%)
8 (12.1%) 22 (33.3%) 36 (54.5%)
33 (22.3%) 51 (34.5%) 64 (43.2%)
82 (100%)
66 (100%)
148 (100%)
Hasil dapatan kajian boleh mematahkan hipotesis daripada Budd (1967) yang menyatakan bahawa semakin luas pemaparan maka semakin tinggi pula penonjolan berita. Karena khas pada kes ini, akhbar The Jakarta Post lebih kerap memaparkan berita isu Ambalat pada saiz sederhana padahal isu Ambalat merupakan isu global. Perbezaan saiz pemaparan pengkaji intepretasikan berasaskan daripada gaya pemaparan masing-masing editor akhbar.
Apabila saiz berita dikaji mengikut bulan, maka terdapat perbezaan di antara kedua-dua akhbar pilihan kajian, seperti yang boleh dilihat dalam jadual 4.16 berikut ini: JADUAL 4.16 : Saiz Berita Pemaparan Isu Ambalat mengikut Bulan Bulan Saiz Pemaparan
Mac
April
Jumlah
> 6 kolum (34cm)
24 (21.8%) 39 (35.5%) 47 (42.7%)
9 (23.7%) 12 (31.6%) 17 (44.7%)
33 (22.3%) 51 (34.5%) 64 (43.2%)
110 (100%)
38 (100%)
148 (100%)
= 4 kolum (17cm) < 3 kolum (7cm)
Jumlah
92
Perbezaan ini disebabkan pemaparan yang muncul dalam kedua-dua surat khabar semakin menurun, sama ada dari agenda medianya atau pun perhatian daripada khalayak. Perkara ini disebabkan oleh perhatian khalayak sudah teralih atau pun dialihkan kepada isu lain yang dipaparkan oleh media, yang juga merupakan agendanya. Pada bulan April pemaparan mengenai isu Ambalat menurun kerana isu kedua negara ini sudah mula reda dan sudah memulakan proses perbincangan secara diplomasi untuk menyelesaikan kes wilayah yang dipertikaikan. Data hasil analisis kandungan terhadap saiz ini sebetulnya juga menunjukkan bahawa isu Ambalat merupakan isu nasional yang penting untuk disedari oleh khalayak pemabaca, khasnya pada bulan Mac. Pada bulan April bukan bererti isu ini sudah tidak lagi penting namun akhbar kajian sudah menurunkan agenda terhadap penekanan pemaparan isu Ambalat. Ini dikeranakan oleh pemaparan isu Ambalat pada bulan April sudah berjalan ke arah penyelesaian yang mesti disepakati secara diplomasi.
4.9 LETAK BERITA PEMAPARAN ISU AMBALAT Kajian ini membahagikan kategori tentang letak pemaparan kepada ruang seperti berikut ini: (1) muka surat utama, (2) lidah pengarang, (3) ruangan berita dalam negara, (4) ruangan berita dalam negara, (5) ruangan berita ekonomi, (6) ruangan tajuk rencana, (7) ruangan surat pembaca dan, (8) muka surat lain-lain. Dalam meletakkan berita yang dipaparkan oleh kedua-dua akhbar mengenai isu Ambalat didapati sebanyak 49 kali atau 30.1% terbitan dari kedua-dua akhbar kajian meletakkannya pada muka surat utama. Setelah itu didapati pula sebanyak 42 kali atau 25.8% pemaparan berita berkenaan dengan isu Ambalat diletakkan dalam muka surat dalam negara. Kedua tempat letak berita tersebut adalah yang paling kerap digunakan oleh kedua-dua akhbar untuk memaparkan isu Ambalat. Untuk keseluruhan dapatan kajian mengenai letak berita boleh dilihat dalam jadual 4.17 berikut ini:
93
JADUAL 4.17 : Kekerapan Letak Berita Pemaparan Isu Ambalat Letak berita
F
%
Ruangan Utama Ruangan Lidah Pengarang Ruangan Berita Luar Negara Ruangan Berita Dalam Negara Ruangan Ekonomi Ruangan Tajuk Rencana Ruangan Surat Pembaca Ruangan Lain-lain…
50 6 9 42 3 27 18 8
30.7 3.7 5.5 25.8 1.8 16.6 11.0 4.9
163
100
Jumlah
Untuk taburan peratusan berkenaan dengan letak berita dan akhbar berkaitan dapat dilihat dalam jadual 4.18 berikut ini: JADUAL 4.18 : Letak Berita Pemaparan Isu Ambalat mengikut Akhbar
Letak Berita di Ruangan Ruangan Utama Ruangan Lidah Pengarang Ruangan Berita Luar Negara Ruangan Berita Dalam Negara Ruangan Ekonomi Ruangan Tajuk Rencana Ruangan Surat Pembaca Ruangan Lain-lain
Jumlah
Akhbar Kompas The Jakarta Post
Jumlah
21 (24.7%) 5 (5.9%) 6 (7.1%) 23 (27.1%) 1 (1.2%) 15 (17.6%) 8 (9.4%) 6 (7.1%)
29 (37.2%) 1 (1.3%) 3 (3.8%) 19 (24.4%) 2 (2.6%) 12 (15.4%) 10 (12.8%) 2 (2.6%)
50 (30.7%) 6 (3.7%) 9 (5.5%) 42 (25.8%) 3 (1.8%) 27 (16.6%) 18 (11.0%) 8 (4.9%)
85 (100%)
78 (100%)
163 (100%)
94
Akhbar pilihan kajian lebih kerap meletakkan pemaparan tentang isu Ambalat dalam muka surat utama. Sesuai dengan data yang ditunjukkan dalam jadual 4.18 diatas, hal ini pengkaji intepretasikan bahawa akhbar pilihan kajian memang memberikan perhatian lebih kepada isu ini. Isu Ambalat telah meramaikan agenda akhbar tersebut dan menerima respons yang sangat signifikan daripada beberapa peringkat khalayak awam, khas nya di Indonesia. Dengan meletakkan berita di muka surat utama, maka akhbar ingin menunjukkan bahawa berita tersebut adalah isu semasa yang berlaku dan penting untuk diketahui. Selari dengan yang dinyatakan oleh Garcia (1981) bahawa muka surat utama memainkan peranannya sebagai ruangan untuk menunjukkan isu utama atau “showcase“ bagi akhbar dan isu semasa itu sendiri.
JADUAL 4.19 : Letak Berita Pemaparan Isu Ambalat mengikut Bulan Bulan Letak Berita di Ruangan
Mac
April
Jumlah
Muka surat Utama
45 (35.5%) 3 (2.4%) 7 (5.6%) 27 (21.8%) 3 (2.4%) 22 (17.7%) 12 (9.7%) 6 (4.8%)
5 (12.8%) 3 (7.7%) 2 (5.1%) 15 (38.5%) (-) 5 (12.8%) 6 (17.9%) 2 (5.1%)
50 (30.1%) 6 (3.7%) 9 (5.5%) 42 (25.8%) 3 (1.8%) 27 (16.6%) 18 (11.7%) 8 (4.9%)
124 (100%)
39 (100%)
163 (100%)
Ruangan Lidah Pengarang Ruangan Berita Luar Negara Ruangan Berita Dalam Negara Ruangan Ekonomi Ruangan Tajuk Rencana Ruangan Surat Pembaca Ruangan Lain-lain
Jumlah
Masa kajian adalah elemen penting yang patut diketahui juga pada analisis kandungan akhbar ini. Rasional masa kajian dan hasil analisis boleh menyimpulkan
95
sesuatu, seperti letak berita contohnya pada kajian ini. Pada bulan Mac didapati 124 pemaparan dan bulan April sebanyak 39 kali pemaparan. Jumlah signifikan yang berbeza sememangnya sudah diandaikan pengkaji kerana perbezaan bulan Mac dan April yang merupakan awal mula hingga menurunnya isu Ambalat pemaparan isu Ambalat oleh kedua akhbar.
4.10 ORIENTASI PEMAPARAN BERITA Orientasi ialah arah penulisan berita berkaitan isu Ambalat yang dipaparkan oleh kedua-dua akhbar pilihan. Pengkaji mengkategorikan orientasi kepada tiga jenis, (1) orientasi positif, (2) orientasi neutral dan (3) orientasi negatif. Hasil kajian ini mendapati 76 atau 46.6% pemaparan berita yang berorientasi positif, 60 pemaparan atau 36.8% berorientasi neutral dan didapati sebanyak 27 atau 16.6% pemaparan yang berorientasi negatif. Seperti yang dijelaskan dalam jadual berikut ini: CARTA 4.4 : Orientasi Berita
96
JADUAL 4.20 : Pemaparan Orientasi Berita mengikut Bulan Bulan Orientasi Positif Neutral Negatif
Jumlah
Mac 60 (48.4%) 42 (33.9%) 22 (17.7%)
April 16 (41.0%) 18 (46.2%) 5 (12.8%)
Jumlah 76 (46.6%) 60 (36.8%) 27 (16.6%)
124 (100%)
39 (100%)
163 (100%)
Jadual 4.20 di atas menjelaskan orientasi pemaparan berita berkenaan dengan isu Ambalat mengikut bulan. Sesiapa sahaja yang menjadi komunikator utama dalam pemaparan berita berorientasi tersebut maka jadual 4.21 dan 4.22 di bawah ini akan menunjukkan hasil kajian mengenai orientasi pemaparan. JADUAL 4.21 : Orientasi Berita mengikut Akhbar
Orientasi Positif Neutral Negatif
Jumlah
Akhbar Kompas The Jakarta Post 41 35 (48.2%) (44.9%) 28 32 (32.9%) (41.0%) 16 11 (18.8%) (14.1%)
Jumlah 76 (46.6%) 60 (36.8%) 27 (16.6%)
85 (100%)
163 (100%)
78 (100%)
Mengikut dapatan kajian, akhbar Kompas sedikit lebih banyak memaparkan berita isu Ambalat dengan orientasi positif berbanding dengan akhbar The Jakarta Post. Namun akhbar The Jakarta Post juga menyiarkan berita dengan orientasi yang neutral lebih sedikit berbanding akhbar Kompas. Kedua akhbar pilihan kajian pun memaparkan berita yang memiliki orientasi negatif sejumlah 27 kali sahaja. Walaupun pemaparan berita berorientasi negatif tidak sebanyak orientasi positif, namun ia tetap
97
memiliki peranan kepada khalayak pembaca untuk mencipta persepsi lebih lanjut tentang isu Ambalat, khasnya bagi kedua negara berkait. JADUAL 4.22 : Orientasi Berita mengikut Akhbar dan Komunikator Pihak Kerajaan Akhbar Kompas The Jakarta Post
Jumlah
27 (60.0%) 11 (24.4%) 7 (15.6%)
23 (69.7%) 8 (24.2%) 2 (6.1%)
50 (64.1%) 19 (24.4%) 9 (11.5%)
Jumlah
45 (100%)
33 (100%)
78 (100%)
Positif
14 (35.0%) 17 (42.5%) 9 (22.5%)
12 (26.7%) 24 (53.3%) 9 (20.0%)
26 (30.6%) 41 (48.2%) 18 (21.2%)
40 (100%)
45 (100%)
85 (100%)
Komunikator
Orientasi
Pihak Kerajaan
Positif Neutral Negatif
Bukan kerajaan
Neutral Negatif
Jumlah
Sejumlah komunikator yang di senaraikan dalam jadual di atas adalah komunikator berita yang termasuk kedalam satu kategori iaitu, kategori pihak kerajaan. Dengan jumlah 50 kali pemaparan berorientasi berita positif berasal daripada pihak kerajaan. Jumlah yang ditunjukkan oleh pihak kerajaan menunjukkan respons yang diberikan bagi isu Ambalat. Ini menjelaskan bahawa mereka sebagai komunikator telah menyedari posisi mereka sebagai pengasas dan penggubal kebijakan yang boleh mempengaruhi situasi dan perkembangan isu ini. Begitu pula dengan akhbar pilihan kajian yang memang menyokong segala kebijakan daripada pihak kerajaan dan pemerintah. Dapatan kajian yang menunjukkan bahawa komunikator dengan kategori bukan kerajaan ini mendapati dapatan yang signifikan pada pihak pekerja profesional
98
dan orang awam. Para pekerja profesional ini adalah mereka yang memiliki intelektualiti dan pengetahuan berkenaan dengan pertikaian wilayah yang melibatkan negara Indonesia dan Malaysia. Pengkaji mendapati salah satunya ialah Makmur Keliat yang berprofesi sebagai ahli Kajian untuk Asia daripada Universiti Indonesia, Ikrar Nusa Bakti yang juga berprofesi sebagai ahli Badan ilmu pengetahuan Indonesia bidang kajian Asia pasifik.
Kemunculan beberapa pekerja profesional lainnya seperti pensyarah, pakarpakar dan pengkaji berkenaan dengan isu Ambalat, sangat mempengaruhi terhadap persepsi yang dibentuk oleh khalayak pembaca akhbar nantinya. Hal ini kerana pernyataan yang dibuat oleh mereka sebagai pekerja profesional adalah pernyataan yang penting dan bijak bagi menggubal proses penyelesaian berdasar kepada kefahaman dan pemikiran mereka sebagai pakar dalam bidangnya. Disebabkan kerana ini maka akhbar pilihan kajian pula banyak menampilkan pemaparan berita atau rencana dengan sumber kepada para pekerja profesional tersebut. Jadual 4.23 berikut ini akan menjelaskan orientasi berita mengikut jenis penulisannya. JADUAL 4.23 : Orientasi Berita mengikut Jenis Penulisan
Jenis Pemaparan
Positif
Orientasi Neutral
Berita
50 (65.8%) 21 (27.6%) 2 (2.6%) ( - ) 3 (3.9%)
26 (43.3%) 15 (25.0%) 6 (10.0%) 9 (15.0%) 4 (6.7%)
13 (48.1%) 1 (3.7%) 2 (7.4%) 3 (11.1%) 8 (29.6%)
89 (54.6%) 37 (22.7%) 10 (6.1%) 12 (7.4%) 15 (9.2%)
76 (46.6%)
60 (36.8%)
27 (16.6%)
163 (100%)
Rencana Lidah Pengarang Surat Pembaca Gambar & Kartun
Jumlah
Negatif
Jumlah
Dapatan hasil kajian analisis kandungan terhadap orientasi berita mengikut jenis penulisan yang dipaparkan dalam kedua surat khabar kajian dapat dilihat sesuai
99
dengan jadual 4.23 di atas. Hasil dapatan kajian mendapati sejumlah 50 kali jenis penulisan “pemaparan“ dengan orientasi positif. Mengikut data yang didapati daripada hasil kajian kekerapan bentuk penulisan tentang isu Ambalat yang kerap muncul adalah “berita atau pemaparan“ dan “rencana“, maka dapatan orientasi berita juga berkesan signifikan hanya pada kedua bentuk penulisan tersebut.
Akan tetapi kemunculan pemaparan yang memiliki orientasi positif ini memang sepatutnya ada dalam bentuk penulisan “pemaparan“ dan “rencana“ kerana, kedua bentuk penulisan ini adalah paling kerap dibaca oleh khalayak pembaca akhbar. Biasanya berita atau laporan yang dipaparkan dalam bentuk penulisan “pemaparan“ adalah berita yang penting untuk disedari kewujudannya. Seperti halnya isu Ambalat yang telah menjadi isu nasional dan disedari ramai khalayak, khasnya di Indonesia dan oleh media surat khabar Indonesia sebagai pembekal maklumatnya.
Pemaparan yang memiliki orientasi kerap pula dapat kita lihat pada jenis penulisan isu Ambalat dalam bentuk gambar & kartun. Pemaparan dalam bentuk ini akan lebih pantas membantu khalayak membentuk persepsinya sendiri tentang isu Ambalat ini. Dengan sejumlah 15 kali pemaparan gambar yang berorientasi, maka pengkaji akan menampilkan sebahagian contoh gambar yang diletakkan dalam akhbar pilihan kajian:
GAMBAR 4.1
100
Gambar di atas adalah contoh daripada salah satu gambar yang berorientasi negatif. Gambar tersebut menunjukkan aksi tunjuk perasaan yang dilakukan oleh segolongan kecil rakyat di Jakarta. Akhbar The Jakarta Post pada 9hb. Mac memaparkan gambar ini dengan tajuk “ANTI – MALAYSIA RALLY II“. Orientasi negatif akan terdoktrin secara mudah terhadap khalayak pembaca untuk menciptakan persepsi bahawa dakwaan Malaysia terhadap blok Ambalat telah merusakkan hubungan duahala kerajaan. Kerana andaian daripada pengkaji bahawa, meskipun pemaparan isu Ambalat yang berorientasi negatif tidak terlampau namun hal tersebut cukup mempengaruhi bagi persepsi khalayak pembaca lebih lanjutnya.
Gambar lain yang memiliki orientasi neutral dapat dilihat pada gambar 4.2, yang menjelaskan situasi seminar berkenaan dengan isu sempadan yang turut dihadiri oleh para peserta daripada Indonesia dan Malaysia. Gambar ini diletakkan dalam akhbar The Jakarta Post pada 24hb. Mac 2005. Gambar ini diberikan tajuk “Border Talks” dengan pembicara seminar adalah diplomat kanan daripada Kementerian Urusan Luar Negera, Wiryono Sastrohandoyo, serta bekas pengerusi staff Angkatan Laut, Bernard Kent Sondakh. Seminar ini diadakan dengan matlamat mencari proses penyelesaian bagi wilayah perairan laut Sulawesi yang dipertikaikan.
GAMBAR 4.2
Peletakkan gambar sebagai bentuk penulisan yang sangat efektif bagi membantu khalayak pembaca kedalam pendedahan maklumat. Khalayak pembaca
101
akan lebih mudah untuk mengintepretasi sesebuah maklumat yang berbentuk gambar dan keterangannya (Ames,1989). Maka korelasi antara bentuk penulisan dengan orientasi berita tidak selalunya memiliki pengaruh yang kuat dalam bentuk penulisan ”berita” atau “rencana” walaupun ia meraih kekerapan yang tinggi.
Bentuk penulisan “pemaparan“ dan “rencana“ adalah bentuk penulisan yang dikedepankan oleh kedua akhbar pilihan kajian dalam memaparakan isu Ambalat. Bentuk penulisan ini adalah bentuk penulisan yang mesti dibaca oleh khalayak pembaca. Bentuk penulisan ini juga adalah kebiasaan daripada masing-masing akhbar dalam memaparkan agenda akhbar yang penting seperti isu Ambalat. Maka dengan demikian data hasil analisis kandungan di bawah ini akan menunjukkan hasil kajian antara orientasi berita dengan letak berita.
JADUAL 4.25 Orientasi berita mengikut Ruangan pemaparan
Ruangan pemaparan
Positif
Muka surat Utama Lidah pengarang Berita luar negara Berita dalam negara Berita ekonomi Tajuk rencana Surat pembaca Lain-lain
37 2 6 15 15 2 1 76
Jumlah
Orientasi Neutral
Negatif
Jumlah
8 3 1 17 3 11 11 5
5 1 2 10 1 5 2
50 6 9 42 3 27 18 8
60
26
163
Mengikut data hasil kajian analisis kandungan pada orientasi berita mengikut ruangan pemaparan menunjukkan bahawa pemaparan dengan orientasi positif lebih kerap dalam ruangan muka surat utama sejumlah 36 kali. Dengan jumlah yang ditunjukkan ini maka pengkaji mengintepretasi bahawa memang isu Ambalat di dalam surat khabar pilihan kajian telah menjadi agenda utama untuk dimaklumatkan kepada khalayak pembaca. Setelah akhbar meletakkan pemaparan isu Ambalat di muka surat
102
utama, akhbar kajian juga melanjutkan pemaparan isu Ambalat ini dalam ruangan berita dalam negara. Maka hal ini menunjukkan bahawa isu Ambalat merupakan isu nasional yang kerap dibincangkan kejelasannya oleh khalayak pembaca.
Ruangan tajuk rencana pun ramai memaparkan isu Ambalat, khasnya semasa bulan Mac. Penulis rencana diisi oleh pelbagai tingkatan orang yang menuliskan rasa tidak puas hati,berorientasi negatif, menuliskan penjelasan mengenai batas sempadan yang seharusnya dimiliki oleh Indonesia dan Malaysia, berorientasi neutral, dan ramai yang menuliskan cadangan atau harapan menuju proses penyelesaian secara diplomasi dan tertib yang berorientasi positif.
Intepretasi pengkaji akan pemaparan negatif, meski ia tidak kerap seperti pemaparan dengan corak positif, ia telah memberikan pengaruh kepada agenda khalayak. Maknanya disini telah berlaku kesan agenda media kepada agenda publik.
Antara contoh orientasi berita yang negatif lainnya, dalam akhbar Kompas pada tarikh 8hb Mac 2005 bertajuk …”keburukan pertahanan dan diplomasi daripada Indonesia…” yang ditulis oleh orang awam. Pemaparan seperti ini akan memandu persepsi khalayak pembaca untuk mengurangi perasaan nasionalisme terhadap bangsa sendiri. Sebuah berita berjenis Kartun dalam akhbar Kompas pada 9hb Mac 2005 dengan tajuk “Mau minum Minyak enchik…”, dan sebuah gambar yang menyajikan peristiwa pembakaran bendera Malaysia oleh segolongan kecil masyarakat Indonesia, dengan tajuk “Anti-Malaysia” yang menuntut pemutusan hubungan diplomatik. Kemunculan jenis-jenis berita tersebut dikategorikan negatif kerana menjadi pemangkin bagi pendedahan maklumat yang salah secara meluas kepada isu semasa yang berlaku bagi khalayak. Namun pendedahan maklumat secara kognitif ini pada hujungnya akan terbentuk bukan daripada kesan yang dilihat namun juga daripada peringkat pemikiran minda dan kesedaran khalayak untuk memiliki pengalaman terhadap isu yang berlaku. Maka dengan demikian khalayak akan membuat intepretasi nya sendiri.
Pemaparan berita yang berorientasi positif seperti yang dipaparkan dalam akhbar The Jakarta Post pada 10hb. Mac dengan tajuk besar “RI – Malaysia take
103
steps to mend rift” yang berisikan “…in an effort to prevent xenophobia fueled by the Ambalat dispute from spreading in two countries, Indonesia and Malaysia met in Jakarta and agreed to solve the row peacefully on the negotiating table rather than battlefield…”. Pemaparan ini memberikan kesedaran dan maklumat yang positif dan penting bagi khalayak pembaca untuk mengetahui perkembangan isu Ambalat.
Akhbar Kompas pun ada memaparkan berita tentang pembinaan rumahapi yang sempat tertunda dan akan dilanjutkan pembinaannya, kerana mengikut komunikator berita ini, Komandan Gugus Tempur Laut Armada RI Kawasan Timur, Laksamana Suparno di Nunukan, menyatakan bahawa rumah api tersebut boleh membantu keselamatan pelayaran jalur tempatan ataupun antarabangsa, rumah api itu diperlukan juga kerana sekitaran wilayah Karang Unarang adalah wilayah laut yang dangkal dan banyak karang laut (Kompas. 2005. 13hb Mac). Maka sepatutnya kedua pihak tidak menilai dengan berat sebelah, kerana pembangunan rumahapi tersebut demi kepentingan jalur antarabangsa.
Pernyataan berorientasi neutral daripada Menteri Pertahanan Indonesia, Juwono Sudarsono, yang bercakap kepada pihak media bahawa proses penyelesaian isu Ambalat sebaiknya mengikuti dasar-dasar yang telah disepakati secara antarabangsa, iaitu UNCLOS (United-Nations Convention on the Law of the Sea), kerana kedua negara memiliki pandangan yang berbeza pada garis sempadan wilayah perairannya dan ini sepatutnya dilaksanakan di bawah Kementerian Urusan Luar negara masing-masing secara diplomasi. Ditambahkan dengan pernyataan daripada Presiden Indonesia dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, bahawa tidak akan ada yang mengorbankan hak dan kedaulatan wilayahnya, kerana isu Ambalat ini akan diselesaikan mengikut cara rasmi sesebuah negara, iaitu perbincangan diplomasi (Kompas. 2005. 16hb April).
Meskipun didapati beberapa pemaparan berita yang berorientasi negatif lainnya, namun kebanyakan khalayak di kedua negara, Indonesia dan Malaysia, melangkah menuju arah positif, iaitu menuju penyelesaian pertikaian secara damai dan diplomasi, sehingga tidak memerlukan adanya bentuk kekerasan.
104
GAMBAR 4.3
Perkara ini juga telah dipaparkan oleh kedua-dua akhbar pilihan kajian dengan menampilkan tajuk utama yang berjudul “R.I dan Malaysia sepakati Penyelesaian secara Damai” oleh akhbar Kompas serta Gambar 4.3 di atas, yang menunjukkan perjumpaan antara presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono dengan Menteri Malaysia untuk Urusan Luar Negeri, Syed Hamid Albar, yang diletakkan dalam akhbar The Jakarta Post pada 12 hb Mac yang berorientasi menyokong proses penyelesaian dan pembentukan persepsi khalayak pembaca ke arah yang positif.
Orientasi pemaparan akhbar sangat mempengaruhi kesan daripada pendedahan maklumat bagi khalayak untuk menyikapi isu semasa yang berlaku. Pendapat atau persepsi khalayak ini mempengaruhi keadaan politik, sosial dan ekonomi, khasnya di Indonesia. Pengkaji menarik kesimpulan bahawa akhbar pilihan kajian memang menjadi medium antara khalayak dan kerajaan untuk membekalkan isu Ambalat yang berkesan hampir kepada seluruh tingkatan khalayak.
105
BAB 5
PERBINCANGAN DAN RUMUSAN
5.1 PENGENALAN Dalam bab ini pengkaji membincangkan kesimpulan daripada hasil kajian analisis kandungan akhbar Kompas dan The Jakarta Post berkenaan dengan pemaparan isu Ambalat. Dimensi kajian ini hanya meliputi segi ruang lingkup pemaparannya yang mencakupi, kekerapan pemaparan, tajuk utama, komunikator utama, agensi berita, jenis berita, asal berita, saiz berita, letak berita dan orientasi berita.
Populasi kajian sebenarnya meliputi masa yang singkat, sehubungan dengan itu maka pengkaji memilih untuk menggunakan teknik persampelan bertujuan, yang meliputi jangkamasa 2 bulan dari awal bulan Mac 2005 sampai hujung bulan April 2005. Masa ini dipilih berdasar rasional kemuncak isu Ambalat dalam pemaparan akhbar tempatan Indonesia.
5.2 PERBINCANGAN
Keseluruhannya kajian ini dilakukan untuk melihat dimensi pemaparan akhbar melalui kajian ruanglingkup pemaparan serta orientasinya dalam surat khabar arus perdana tempatan Indonesia. Akhbar tersebut ialah akhbar Kompas yang berbahasa Indonesia dan The Jakarta Post yang berbahasa Inggeris, yang mana kedua-dua akhbar diminati oleh pembaca dengan bukti jumlah pelanggan yang ramai.
Pengkaji memilih surat khabar berbeza bahasa kerana ingin mengenalpasti ruanglingkup pemaparan dan orientasi yang di agendakan oleh pihak akhbar masing-
106
masing. Ruanglingkup pemaparan yang dikaji ialah, kekerapan akhbar dalam memaparkan isu semasa, tajuk utama yang dipaparkan, komunikator berita, jenis berita, asal berita, ruangan letak berita, agensi berita, saiz berita dan orientasi berita.
Akhbar Kompas memiliki pelanggan yang hampir meliputi seluruh wilayah Indonesia, khasnya di ibu negara sedangkan The Jakarta Post diminati pembaca kelas menengah dan atasan, kerana memang surat khabar ini terbit dalam bahasa Inggeris. Berdasarkan andaian ini pengkaji melakukan kajian analisis kandungan terhadap kedua-dua akhbar untuk melihat pemaparan yang diagendakan oleh media terhadap khalayaknya.
Mengapa media akhbar yang dipilih untuk dikaji sedangkan masih terdapat media lainnya yang juga memaparkan dan menyiarkan isu Ambalat? Andaian pengkaji bahawa akhbar boleh mempengaruhi dan mendedahkan maklumat khalayak pembaca daripada suka menjadi tidak menyukai ataupun daripada tidak mengenal menjadi mengkagumi. Proses tersebut dilakukan oleh akhbar dengan membekalkan maklumat secara berterusan dan dengan bentuk pemaparan yang pelbagai. Begitu pula dengan orientasinya maka khalayak pembaca pun akan terdoktrin untuk memiliki kesan terhadap isu Ambalat ini. Andaian daripada Barwise & Gordon (1998) bahawa akhbar mempunyai keupayaan dalam proses pembentukan fikiran masyarakat untuk mengetahui apa yang sebenar berlaku, boleh memperkuat andaian pengkaji tentang media akhbar terhadap khalayak pembaca, khasnya terhadap isu Ambalat ini. Akhbar juga tidak terhad masa pemaparannya sehingga khalayak pembaca boleh lebih terfokus.
Fungsi akhbar adalah untuk pemberitahuan kepada khalayak ramai tentang peristiwa dan kejadian penting yang berlaku dalam persekitaran masyarakat. Seperti isu Ambalat, tarikan isu-isu semasa memang menjadi liputan harian setiap surat khabar. Pemaparan isu semasa adalah agenda utama sesebuah akhbar, maka matlamat kajian ini ialah mengkaji ruanglingkup dan orientasi pemaparan laporan kes Ambalat dalam akhbar pilihan kajian.
107
Isu Ambalat ini menjadi fokus pemberitaan media di Indonesia semenjak awal bulan Mac 2005. Namun secara kronologi kes Ambalat, dari sudut pandang Kompas, menyatakan bahawa blok Ambalat ini sudah menjadi ladang eksplorasi minyak dan gas semulajadi oleh pihak syarikat Total Indonesie melalui hak konsesi daripada pihak kerajaan Indonesia. Pada tahun 1979 pihak kerajaan Malaysia menerbitkan peta baru mengenai batas-batas sempadan wilayahnya. Pada tahun 1999 usaha carigali dalam blok Ambalat diberikan oleh pihak kerajaan Indonesia kepada syarikat Shell untuk mengelolakannya. Namun dengan alasan bahawa syarikat Shell tidak menemukan hasil di dalamnya maka pihak syarikat Shell menjual kontrak konsesi tersebut kepada pihak syarikat minyak milik Italia, ENI untuk mengelola dan melakukan usaha carigali di blok Ambalat tersebut.
Blok Ambalat ini memiliki kandungan minyak yang besar, kira-kira mencapai 421.61 juta tong dan kandungan gas semula jadinya dikira lebih dari 3.3 triliun kaki kubik. Wilayah yang besar itu dibahagi kepada dua wilayah iaitu, Blok Ambalat dan Ambalat Timur, sebagai sebutan oleh Indonesia, atau Blok XYZ dan Blok ND6 / ND 7 sebagai sebutan oleh Malaysia.
Pihak kerajaan Indonesia memberikan hak kontrak konsesi usaha carigali dalam blok Ambalat kepada pihak syarikat minyak Unocal yang dimiliki oleh Amerika Syarikat pada tahun 2004. Setelah mengetahui di dalam blok Ambalat terdapat kandungan minyak yang besar maka pihak syarikat Shell kembali mencuba masuk dan melakukan usaha carigali. Syarikat Shell kali ini mencarigali melalui hak kontrak konsesi daripada syarikat Petronas Carigali, Malaysia. Pihak syarikat Shell memang pernah melakukan usaha carigali di wilayah tersebut. Namun setelah pihak syarikat Shell kembali masuk kedalam blok Ambalat atas kontrak konsesi Malaysia, maka isu pertikaian wilayah dan batas-batas sempadan kedua-dua negara mulai menjadi fokus perhatian.
Pada hujung tahun 2004, isu Ambalat ini sudah pernah menjadi isu dalam media namun isu itu belum lagi menjadi agenda utama kerana pada masa itu dibayangi oleh berita tentang pemulangan pekerja asing tanpa izin Indonesia di Malaysia yang lebih dikedepankan dalam agenda media. Pada bulan Mac 2005 isu
108
Ambalat menjadi sesuatu isu nasional sama ada di Indonesia atau di Malaysia, disebabkan insiden kapal peronda milik kerajaan Malaysia yang menceroboh ke dalam batas sempadan perairan Indonesia.
Kemunculan kembali isu Ambalat, telah menyebabkan pelbagai pihak media mula menyiarkan dan memaparkan isu ini kepada khalayak seperti akhbar Kompas dan The Jakarta Post yang juga mula memaparkan isu ini.
Teori penentuan agenda sebagai panduan pada kajian ini, mengandaikan bahawa media memiliki keupayaan untuk mengalihkan perhatian khalayak dari satu isu terhadap isu semasa lain yang berlaku (McCombs & Shaw, 1972). Teori ini dipelopori oleh dua sarjana, Maxwell E. McCombs dan Donald L. Shaw, berdasarkan penyelidikan tentang fungsi media dan kesannya terhadap khalayak. Ramai pengkaji yang melakukan kajian terhadap kesan media, dan hampir kesemua hasil kajian menunjukkan bahawa media telah mampu mengagendakan isu yang penting dan yang tidak penting kepada khalayak pembaca.
Matlamat media dalam penentuan agenda publik adalah untuk memfokuskan perhatian khalayak kepada isu semasa yang berlaku. Sepanjang bulan Mac hingga April media akhbar pilihan kajian ini turut memaparkan isu Ambalat sehingga isu ini menjadi agenda khalayak pembaca dalam kesehariannya. Pada tahun 1963, Prof. Bernard Cohen, pun telah menyatakan bahawa the news may not be successful in telling people what to think, but it’s stunningly successful in telling it’s reader what to think about. Pengkaji menyimpulkan pernyataan ini bahawa berita sahaja belum tentu dapat mengalihkan perhatian khalayak, namun pendedahan maklumat yang secara berterusan dibekalkan kepada khalayak boleh dapat merubah persepsi tentang isu semasa yang berlaku.
Raymond Funkhouser (1973) telah melakukan kajian terhadap 3 sumber data dan melihat akibat langsung terhadap agenda khalayak. Ketiga-tiga sumber data tersebut ialah untuk melihat pendapat khalayak, ruanglingkup pemaparan majalah mingguan dan, hasil kaji statistiknya. Temuan kajian Funkhouser ini menunjukkan korelasi yang signifikan di antara persepsi khalayak dengan pemaparan media, dan
109
kedua-duanya memiliki korelasi yang tinggi pada data statistik. Bolehlah disimpulkan bahawa media memiliki kesan terhadap pendapat khalayak sekaligus media itu menjadi medium untuk penyampaian pendapatnya.
Apabila pendedahan maklumat yang dibekalkan oleh media sebagai agendanya ke atas khalayak sudah meraih keberhasilan maka isu tersebut akan menjadi topik perbincangan semasa. Dengan demikian pengkaji dalam menjalankan kajian ini akan melihat seberapa kerap akhbar pilihan kajian mendedahkan isu Ambalat ini.
Kajian untuk mengenal pasti kesan daripada media biasanya dilengkapi dengan kaedah analisis kandungan. Kaedah membuat analisis kandungan ini lebih kepada kajian analisis data kebelakangan dan menarik kesimpulan dengan cadangan bagi masa yang hadapan. Kaedah ini dipelopori oleh Bernard Berelson (1971) yang menyatakan bahawa analisis kandungan merupakan teknik untuk menganalisis serta mengkaji mesej komunikasi yang tersurat dan dilakukan secara objektif, sistematik dan kuantitatif.
Hasil kajian terhadap ruanglingkup dua bulan pemaparan kedua-dua akhbar pilihan tentang isu Ambalat telah menunjukkan dapatan yang signifikan di antara unit analisis. Dimulai dengan kekerapan pemaparan isu Ambalat dalam akhbar. Selama dua bulan pemaparan, akhbar Kompas telah memaparkan laporan isu Ambalat sebanyak 85 kali atau 52.1% yang hanya lebih sedikit daripada akhbar The Jakarta Post yang memaparkan sebanyak 78 kali atau 47.9%. Dalam dua bulan keseluruhannya kedua-dua akhbar telah memaparkan isu Ambalat sejumlah 163 kali. Kekerapan pemaparan kedua-dua akhbar ini menunjukkan bahawa isu Ambalat merupakan isu nasional, atau ianya memang agenda daripada akhbar tersebut yang dibekalkan kepada khalayak.
Semasa kajian dijalankan, pada bulan Mac kedua-dua akhbar telah memaparkan isu Ambalat ini sebanyak 124 kali. Apabila mengikut tarikh dalam bulan Mac, pemaparan isu Ambalat mulai sejak 1hb sejumlah 7 kali. Pada mula pemaparan, kedua-dua akhbar kerap melaporkan berita yang berkenaan dengan batas-batas yang bersempadanan antara Indonesia dan Malaysia. Kemudian pemaparan isu Ambalat
110
mulai menjadi fokus agenda akhbar antara 8hb hingga 24hb Mac. Peningkatan pemaparan ini disebabkan kerana insiden kapal peronda yang kembali menceroboh masuk ke dalam wilayah laut Indonesia serta terganggunya pembinaan rumahapi di wilayah Karang Unarang di perairan laut Sulawesi. Pada bulan April terdapat 39 kali pemaparan isu Ambalat oleh masing-masing akhbar kajian. Sejumlah 29 kali pemaparan oleh akhbar Kompas dan 10 kali oleh akhbar The Jakarta Post. Pada bulan April pemaparan isu Ambalat sudah tidak sebanyak pada bulan Mac, namun hampir daripada kesemua pemaparan isu Ambalat dalam ini memaparkan mengenai pembicaraan penyelesaian konflik di antara kedua negara pada peringkat menteri.
Pengkaji juga mengenal pasti tajuk besar yang paling kerap disiarkan oleh kedua-dua akhbar kajian. Pengkaji membahagi tiga kategori tajuk besar iaitu, kategori politik dan undang-undang, sosial dan budaya, ekonomi dan bisnes. Kesemua kategori ini dipilih untuk memudahkan dalam mengkategorikan tajuk besar yang muncul di kedua-dua akhbar. Akhbar Kompas meletakkan tajuk besar berkenaan dengan isu Ambalat sejumlah 33 kali sama ada kategori politik, sosial atau ekonomi dan bisnes. Akhbar The Jakarta Post sedikit lebih banyak meletakkan tajuk besar yang berkaitan dengan isu Ambalat berbanding Kompas iaitu sejumlah 36 kali daripada keseluruhan kategori.
Kajian untuk mengenal pasti tajuk besar pada kedua akhbar pilihan menunjukkan hasil dapatan yang signifikan di antara kategori tajuk besar. Kategori tajuk besar tentang politik dan undang-undang lebih kerap berbanding dengan tajuk besar kategori lainnya. Pengkaji mengintepretasi bahawa kedua akhbar memang memilih untuk lebih kerap lagi dalam memaparkan isu Ambalat ini dengan kesesuaian corak politiknya. Dengan anggapan bahawa perbincangan tentang politik akan lebih mudah untuk dijadikan agenda kepada khalayak. Hal ini disebabkan kerana masa itu pun Indonesia baru saja mengalami pergantian pemimpin negara sehingga ramai khalayak yang membincangkan isu politik, maka apabila akhbar ini mengagendakan isu politik akan lebih mudah untuk mendapatkan kesannya. Hasil kajian ini serupa dengan yang dinyatakan oleh Smith (1986) bahawa akhbar memiliki hubungkait yang kekal antara khalayak pembaca dengan pemaparan politik.
111
Kemunculan komunikator berita dalam kedua-dua akhbar kajian berdasarkan dapatan kajian menyatakan bahawa pekerja profesional seperti pensyarah, pakar undang-undang kelautan dan para pakar dalam bidang strategi wilayah ASEAN, lebih kerap menjadi sumber kepada pemaparan isu Ambalat. Pengkaji menyimpulkan bahawa hal ini terjadi kerana isu Ambalat sudah menjadi isu nasional yang sangat meluas kesannya, dan para pakar ini kerap diminta pendapatnya mengenai penyelesaian isu pertikaian wilayah ini dengan matlamat mereka boleh memberikan pandangan yang bijak berdasarkan asas kepakaran mereka. Selain daripada para pakar, komunikator berita isu Ambalat juga mendapat respons orang awam. Pengkaji menyimpulkan dengan jumlah kekerapan ini bermakna bahawa respons daripada orang awam terhadap isu Ambalat sangat kuat. Hal ini disebabkan juga kerana pemaparan akhbar tentang isu berkenaan secara berterusan. Disebabkan demikian bererti akhbar kajian ini telah memainkan peranan sebagai penentu agenda.
Pegawai kerajaan dan pemimpin negara merupakan komunikator dan sumber berita yang penting dalam pemaparan isu Ambalat. Kemunculan komunikator ini memberikan kejelasan tentang isu Ambalat yang berpunca daripada pusat pemerintahan. Pemimpin kedua negara terkait merupakan komunikator berita yang sangat kuat pengaruhnya terhadap khalayak pembaca. Akhbar kajian melaporkan bahawa presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono, dengan Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Ahmad Badawi, bersetuju dalam perbincangannya di telefon untuk mengadakan mesyuarat peringkat menteri bagi diplomasi penyelesaian isu pertikaian sempadan (Kompas, 2005.7 Mac).
Pegawai kerajaan yang bertugas di sekitaran wilayah blok Ambalat pun menjadi komunikator berita yang kerap dikutip pernyataannya ke dalam pemaparan isu Ambalat di kedua-dua akhbar kajian. Selain daripada pegawai tentera diraja Malaysia dan Indonesia yang bertugas, jurucakap daripada Departemen Luar Negeri Indonesia semasa itu, Marty Natalegawa, merupakan komunikator yang popular memberikan pernyataan tentang isu Ambalat kepada pihak media. Begitu pula dengan menteri luar negara daripada kedua pihak terkait, merupakan pihak yang berhubungkait langsung untuk penyelesaian isu pertikaian sempadan ini.
112
Orientasi pemaparan berita juga ditonjolkan dapatannya dalam kajian ini. Orientasi pemberitaan sangat dipengaruhi oleh sistem media yang diamalkan dan ideologi institusi medianya, serta peranan golongan elit. Dengan andaian ini, maka agenda media sudah ditentukan oleh pihak yang memiliki dan menguasai media tersebut.
Semasa isu Ambalat menjadi agenda nasional dan kerap dipaparkan dalam media, khasnya media Indonesia, pelbagai pemaparan tentang Ambalat keluar sebagai tajuk utama. Dalam kajian ini, akhbar Kompas dan The Jakarta Post pun memaparakan isu tersebut dengan beragam orientasi pemberitaan.
Kedua surat khabar pilihan kajian ini cukup kerap dalam pemaparannya. Dari sejumlah kekerapan pemaparan ini, akhbar Kompas memaparkan isu Ambalat lebih kerap dengan orientasi yang cenderung positif. Begitu juga pemaparan isu Ambalat pada akhbar The Jakarta Post yang tidak beza jauh dengan akhbar Kompas. Selari dengan teori penentuan agenda, bahawa media memiliki agenda yang boleh mempengaruhi agenda publik (McCombs dan Shaw, 1977). Maka disimpulkan bahawa orientasi daripada pemaparan isu Ambalat ini jelas merupakan agenda media yang didedahkan kepada khalyak pembaca sebagai isu yang penting untuk disedari. Dengan adanya corak pemaparan akhbar yang cenderung ke arah positf, neutral dan negatif sudah tentu ia akan pengaruhi pula corak pemahaman.
Corak pemaparan kedua surat khabar yang didapati dari hasil kajian sejumlah 76 kali berorientasi positif, 60 kali berorientasi neutral dan 27 kali yang berorientasi negatif. Dengan demikian pengkaji mengintepretasi bahawa akhbar berkaitan memang memiliki ideologi yang menyokong kepada pemerintah. Dengan bukti hasil kajian yang mendapati sebanyak 76 kali atau 46.6% laporan berorientasi positif. Adanya pemaparan dalam akhbar dengan corak negatif berguna untuk mengagendakan khalayak bahawa salah satu pihak itu memang lebih baik daripada pihak yang lainnya. Dengan demikian kemunculan pemaparan denan corak positif diagendakan oleh surat khabar berkaitan untuk menaikan kembali rasa kepercayaan terhadap pemerintah yang sedang mengalami transisi dan impak daripada pemaparan dengan corak negatif.
113
Intepretasi pengkaji terhadap isu Ambalat, bahawa kes ini terjadi kerana ada pencerobohan sempadan wilayah yang dilakukan oleh Malaysia maka pihak Indonesia pun bereaksi.
Kedua-dua akhbar pun memaparkan berita yang berlainan orientasinya, seperti akhbar The Jakarta Post pada 8hb Mac meletakkan gambar berkenaan isu Ambalat dengan tajuk ’’ANTI-MALAYSIA RALLY : Thousands of people in Makassar, the capital of South Sulawesi province, take to the streets declaring their readiness to fight for Indonesian pride over the Ambalat maritime area that Malaysia claims to be its territory…”
Pemaparan yang seperti ini pengkaji menkodkan ke dalam kategori orientasi negatif. Apabila sesebuah pemaparan menyiarkan ketidakstabilan, kehancuran, menuju peperangan dan pelbagai hal yang merugikan maka ianya adalah negatif. Kategori ini bermakna orientasi penulisan menjurus kepada pelbagai ketidakstabilan yang berkenaan dengan isu Ambalat. Tajuk yang dimunculkan ini adalah salah satu bukti tajuk yang boleh memberikan kesan negatif terhadap khalayak pembaca, dengan menggunakan perkataan “ANTI“ maka khalayak pembaca akan terpengaruh kesan emosional daripada pemaparan ini. Pemaparan ayat “...their readiness to fight for..’’ memberi kesan luas bagi pembaca bahawa rakyat Indonesia sepertinya telah membenci negara Malaysia. Kesan ini terasa lebih kuat kerana tidak hanya berupa gambar sahaja tetapi dilengkapi dengan keterangan kesiapan para pengunjuk rasa.
Aksi segolongan para pelajar pun sempat terakamkan dengan melakukan pengumpulan kekuatan massa untuk melawan Malaysia. Peristiwa yang berlaku di daerah Pontianak, Kalimantan Barat, para pelajar memaklumkan dengan luas kewujudan Front Pemuda KALBAR Ganyang Malaysia. Sedangkan Persatuan Dayak Borneo KALTIM, menyatakan siap mengumpulkan dan menggerakkan kekuatan untuk menjaga kedaulatan negara. Peristiwa di Samarinda, sejumlah 30 pelajar kumpulan Organisasi Mahasiswa dan Badan Swadaya Masyarakat membentuk kumpulan dengan nama Pemuda Ganyang Malaysia. Aksi ini diikuti dengan peristiwa yang sempat membuat hubungan dua hala tergendala, iaitu pembakaran bendera Malaysia di hadapan ratusan orang yang turut melihat perbuatan tersebut. Aksi tunjuk
114
perasaan terjadi juga di Jakarta, di hadapan pejabat kedutaan Malaysia untuk Indonesia, juga di bandar Solo, Jawa Timur.
Pertikaian sempadan Indonesia dan Malaysia ini telah merangsang segolongan kecil untuk melakukan tunjuk perasaan di Indonesia. Ahli Parlimen Indonesia pun memberikan reaksi dan respons atas pertikaian wilayah tersebut. Pengerusi Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) menyatakan bahawa “...wilayah perairan Ambalat adalah wilayah Indonesia, maka wilayah tersebut patut dikawal dengan maksimum dan tidak perlu diadakannya perbincangan hingga ke tingkat mahkamah antarabangsa“ pernyataan ini dikutip daripada akhbar Kompas, 8 Mac 2005. Pemaparan ini digunakan oleh akhbar berkaitan untuk menaikkan kembali rasa nasionalisme khalayak pembaca tentang isu Ambalat.
Pengkaji melihat isu Ambalat sebagai isu nasional yang melibatkan kedaulatan bernegara dari segi politik, ekonomi, sosial budaya serta pertahanan dan keamanan. Di lihat dari sudut pandang mikro, isu ambalat ini melibatkan berbagai pihak syarikat minyak antarabangsa, di antaranya Unocal milik Amerika Syarikat, Shell syarikat minyak kongsi milik Inggeris dan Belanda serta ENI syarikat minyak milik negara Italia. Kesemua syarikat minyak tersebut memiliki hak konsesi terhadap usaha carigali dan pengelolaan minyak serta gas semula jadi dalam kawasan blok Ambalat. Impak daripada isu Ambalat ini mengakibatkan usaha carigali serta pengelolaan tersebut terjadi penundaan malahan apabila berterusan, isu ini dapat merugikan negara-negara terkait, jelas secara ekonomi dan diplomasinya.
Isu Ambalat melibatkan secara langsung negara Indonesia dan Malaysia. Dakwaan timbul daripada masing-masing negara yang mendakwa blok Ambalat adalah miliknya. Pihak-pihak kerajaan daripada Indonesia menyatakan bahawa wilayah blok Ambalat masih berada dalam sempadan Indonesia. Begitu juga pihak Malaysia yang mengeluarkan kenyataan melalui Menteri Luar Negara, Syed Hamid Jaafar Albar pada 2hb Mac 2005, “Malaysia rejects Indonesia's contention that the areas are within Indonesia's maritime territory“.
115
Secara mikro sudah pasti isu Ambalat ini akan melibatkan pemilik akhbar, kerana agenda yang dikeluarkannya daripada kedua akhbar tersebut. Akhbar Kompas dan The Jakarta Post adalah institusi media yang dimiliki oleh pihak swasta dan sudah berdiri lama. Kompas yang sudah terbit sejak tahun 60an dan The Jakarta Post sejak tahun 80an. Kedua akhbar ini memang diminati khalayak pembaca dengan bukti jumlah pelanggan yang ramai.
Apabila melihat korelasi antara ideologi akhbar dengan orientasi pemaparan, kedua-dua surat khabar ini menunjukkan korelasi yang signifikan serta memang berperanan sebagai penyampai maklumat kepada khalayak, namun maklumat ini adalah maklumat yang menyokong kepada pemerintah. Korelasi ini juga dibuktikan dengan hasil kajian yang mendapati pemaparan isu Ambalat berorientasi positif sejumlah 76 kali, orientasi neutral 60 kali dan orientasi negatif 27 kali. Orientasi negatif daripada pemaparan isu Ambalat pengkaji andaikan hanya merupakan pola penyeimbang kepada liputan berita. Keadaan tersebut merupakan antara bukti nyata bahawa tindakan kedua-dua akhbar kajian adalah selari dan bertepatan dengan teori penentuan agenda.
Hasil kajian analisis kandungan pada isu Ambalat dalam kedua akhbar ini juga mendapati pemaparan dengan orientasi negatif, namun hanya sedikit sahaja ianya cukup mencapai 27 kali pemaparan daripada 163 kali jumlah pemaparan selama dua bulan kajian. Kajian mendapati bahawa akhbar The Jakarta Post lebih neutral dalam memaparkan isu Ambalat. Pengkaji menyimpulkan bahawa khalayak pembaca akhbar yang berbahasa Inggeris adalah golongan pertengahan dan atasan. Golongan ini adalah mereka yang selalunya aktif membaca akhbar dalam bahasa Inggeris serta lebih kritis dalam pola fikirnya sehingga tidak mudah mempercayai dan menerima apa yang dipaparkan akhbar.
Akhbar-akhbar yang dikaji itu dilihat cuba menarik perhatian khalayak pembaca dengan cara memberitakan perhatian yang lebih besar kepada isu Ambalat. Khasnya pendedahan maklumat itu bersumber daripada pihak kerajaan dan pakar di bidang yang berkaitan dengan isu. Apabila isu Ambalat bukan bersumber daripada pihak berkenaan maka akhbar mencuba mengurangkan perhatiannya dengan
116
pemaparan berita yang berorientasi neutral. Fenomena ini pengkaji fahami merupakan suatu strategi bagi akhbar kajian untuk mempengaruhi agenda khalayak sebagaimana yang dijelaskan dalam teori penentuan agenda.
Hasil kajian McCombs dan Shaw (1977) pula mendapati, bahawa terdapat keselarasan korelasi di antara orientasi berita yang mendapat liputan dalam akhbar dan keprihatinan pembaca tentang isu semasa yang berlaku. Perubahan pola pemberitaan isu Ambalat dalam kedua-dua akhbar ke arah yang lebih positif boleh menjadikan khalayak semakin sedar tentang isu Ambalat dan proses penyelesaiannya. Oleh itu, dalam kajian ini teori penentuan agenda yang berpandangan bahawa media boleh mempengaruhi khalayak dengan caranya sendiri.
5.3 RUMUSAN Akhbar pilihan kajian telah membuat liputan meluas tentang isu Ambalat di Indonesia. Kajian untuk menjawab “sejauhmanakah ruang lingkup pemaparan isu Ambalat dalam akhbar tempatan di Indonesia?“ telahpun dijawab melalui kajian analisis kandungan yang dijalankan semasa awal bulan Mac hingga April 2005. Begitu pula dengan orientasi daripada pemaparan akhbar yang telah dikaji secara intepretatif, telah menunjukkan corak pemaparannya.
Teori yang digunakan sebagai panduan dalam kajian ini ialah teori penentuan agenda –agenda setting- yang dipelopori oleh McCombs dan Shaw pada awal tahun 1972 di Amerika Syarikat. Teori ini pada tradisinya digunakan untuk mengesan pengaruh media terhadap khalayak. Teori ini juga memiliki andaian bahawa media memiliki keupayaan untuk mempengaruhi pemikiran khalayak dengan menentukan agenda yang akan diliputinya.
Kajian ini merumuskan bahawa akhbar berfungsi untuk menentukan agenda publik tentang isu nasional. Akhbar merupakan media yang bertanggung jawab secara sosial untuk melaporkan isu penting bagi menarik perhatian pembaca. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa kedua akhbar memberi perhatian yang besar terhadap isu
117
Ambalat yang ada hubungkait dengan tema politik serta undang-undang kedua negara terkait. Kebanyakan daripada tajuk membicarakan mengenai masalah kedaulatan negara dan wilayah sempadannya.
Dengan tajuk besar yang mengarah lebih kepada politik ternyata komunikator berita yang paling dominan adalah orang-orang pekerja professional, seperti Melda Kamil Ariadno seorang pensyarah Undang-undang Laut daripada Universiti Indonesia, Hasjim Djalal sebagai Pakar Undang-undang Laut Antarabangsa dan yang lainnya serta daripada pihak kementerian.
Khalayak akan lebih merespon kepada isu Ambalat dikeranakan oleh pelbagai hal seperti, isu ini berkait dengan soal sejarahnya, undang-undang serta aspek-aspek lainnya. Begitu pula akhbar yang lebih kerap memaparkan laporan isu Ambalat daripada pihak-pihak ini juga bermatlamat bagi menjamin kesahihan sesebuah berita yang dilaporkannya. Para pekerja profesional tersebut memilki pengetahuan tentang isu Ambalat, sedangkan pihak kementerian yang memiliki kekuasaan dalam penggubalan asasnya, sehingga pengkaji mengintepretasikan bahawa korelasi antara komunikator berita ini adalah untuk menjelaskan serta meningkatkan kesedaran khalayak pembaca tentang isu Ambalat.
Berita yang dipaparkan berasal daripada ibunegara Indonesia, Jakarta, dengan respons yang berasal daripada berbagai tingkatan komunikator tempatan. Hal ini pengkaji menyimpulkan bahawa akhbar pilihan kajian sememangnya telah memainkan peranan sebagai pembekal maklumat dan penentu agenda terhadap pendapat khalayak, khasnya terhadap isu Ambalat. Asal berita yang juga ramai ialah daripada kota Nunukan yang terdapat di pulau Kalimantan sejumlah 14 kali, dan berdekatan dengan wilayah yang dipertikaikan. Pemaparan berita yang berasal daripada Jakarta seringnya meliputi laporan-laporan daripada pihak kementerian dan pemimpin negara yang membicarakan tentang proses penyelesaian wilayah yang dipertikaikan secara diplomasi.
Pada umumnya, pemaparan isu Ambalat adalah berorientasi positif dan neutral. Didapati hanya sebahagian kecil sahaja yang berorientasi negatif. Isu utama
118
yang banyak berorientasi positif ialah maklumat terhadap khalayak mengenai penyelesaian pertikaian wilayah dan situasi kedaulatan kedua-dua negara yang akan menjamin situasi tetap dalam keadaan aman dan damai. Pemaparan yang berorientasi neutral ialah yang berkaitan dengan asal mulanya isu Ambalat, pembahasan wilayah sempadan dan lainnya yang kebanyakan ditulis dalam bentuk rencana oleh para pakarnya. Pemaparan akhbar pilihan kajian pun ada yang berkesan sentimen.
Berdasarkan hasil analisis kandungan yang dijalankan ke atas dua surat khabar arus perdana itu, didapati bahawa akhbar – akhbar berkenaanlah yang menetapkan atau menentukan penting atau tidaknya sesuatu isu yang dipaparkan. Keadaan ini sesuai dengan pandangan teori penentuan agenda yang dipilih sebagai garis panduan untuk menjalankan kajian ini. Maka pengkaji memberikan rumusan pada kajian ini bahawa: 1.
pemberita akhbar tempatan telah memberi pengaruh yang kuat kepada liputan
pemaparan isu Ambalat di Indonesia kepada khalayak pembacanya, dan mungkin kepada khalayak pembaca secara antarabangsa. 2.
kecenderungan akhbar terhadap sesuatu isu adalah merupakan agenda akhbar
yang dirancangkan serta disepakati bersama antara pemberita, pengarang dan penguasa akhbar.
Dengan demikian rumusan ini dapat disimpulkan bahawa agenda media tentang isu Ambalat ini berpengaruh terhadap khalayak pembaca sebagai hasil daripada hubungan sebab-akibat (causality) dan pada tahap akhir hubungan ini diperkukuhkan oleh peranan daripada komunikator berita yang dilaporkan oleh akhbar sebatas isu berkenaan.
5.4 IMPLIKASI KAJIAN
Implikasi kajian yang diperolehi daripada kajian yang dijalankan ke atas dua akhbar arus perdana Indonesia mengenai isu Ambalat, boleh dilihat dalam tiga aspek iaitu, implikasi terhadap teori penentuan agenda, implikasi terhadap metodologi dan implikasi terhadap pengamal.
119
5.4.1 Implikasi terhadap teori
Kajian ini mendapati bahawa teori penentuan agenda adalah relevan dan menjadi pegangan di kedua-dua surat khabar yang dikaji. Kajian ini juga dengan jelas mendapati bahawa akhbar-akhbar berkenaanlah yang menentukan kepentingan sesuatu isu seperti isu-isu yang berkaitan dengan Ambalat. Contoh yang dapat diambil seperti isu Ambalat ditentukan sebagai isu yang penting oleh akhbar apabila komunikator atau sumber berpunca daripada pihak kerajaan seperti pemimpin negara, pihak kementerian atau badan pemerintah serta daripada golongan pakar bidang ilmu berkaitan dengan isu semasa ini. Manakala isu Ambalat yang orientasinya bertentangan dengan pihak pemerintah akan diketepikan atau dijadikan isu yang neutral.
5.4.2 Implikasi terhadap metodologi
Implikasi terhadap metodologi dalam isu Ambalat ini adalah tepat apabila kajian dilakukan dengan menggunakan kaedah analisis kandungan. Sungguhpun demikian, saya sebagai pengkaji merasa akan mendapati hasil yang lebih baik dan signifikan jika kaedah yang dijalankan turut melibatkan temubual dengan pihak pemerintah dan pakar di bidang yang berkaitan dengan isu Ambalat.
5.4.3 Implikasi terhadap media sebagai instrumen nasional
Berdasarkan hasil kajian ini, kedua-dua akhbar yang dikaji didapati bebas menentukan apakah isu yang mahu diutamakan sebagai agendanya, asalkan ia selaras dengan kepentingan kerajaan. Walaupun kedua-dua akhbar berkenaan menunjukkan respons mereka terhadap isu Ambalat, namun akhbar pilihan kajian tersebut menetapkan isu Ambalat sebagai isu nasional yang penting untuk dibekalkan pada khalayak dengan matlamat mencapai kesedaran akan isu semasa yang berlaku.
120
5.5 BATASAN KAJIAN
Kajian ini terhad kepada bagaimana ruang lingkup dalam agenda akhbar pilihan kajian terhadap isu Ambalat, yang meliputi kekerapan pemaparan, kategori tajuk utama, komunikator berita, agensi berita, jenis pemaparan, asal berita, saiz berita, letak berita dan orientasi pemaparannya. Kajian ini tidak menyelidik pandangan khalayak terhadap agenda akhbar tentang isu Ambalat. Disebabkan kerana kajian ini menitikberatkan kepada ruang lingkup agenda akhbar mengenai isu Ambalat sahaja.
Kajian ini dijalankan hanya dengan berdasarkan kaedah analisis kandungan dengan tumpuan kajian kepada hanya dua akhbar arus perdana Indonesia, Kompas yang berbahasa Indonesia dan The Jakarta Post yang berbahasa Inggeris. Masa kajian juga terhad kepada dua bulan sahaja iaitu bermula dengan munculnya isu Ambalat pada bulan Mac hingga hujung April 2005. Berdasarkan batasan kajian tersebut, maka isu Ambalat yang didapati di luar masa kajian tersebut bukan bahagian daripada bahan analisis pengkaji.
5.6 CADANGAN
5.6.1 Cadangan Kepada Akhbar sebagai Instrumen Nasional
Kajian ini mendapati akhbar pilihan kajian cenderung memaparkan isu Ambalat secara positif dan menyokong penuh kebijakan pihak pemerintah. Juga disarakan agar pihak akhbar dalam pemaparannya mengenai isu Ambalat tidak cenderung kepada perspektif golongan tertentu, sama ada pandangan pihak pemerintah ataupun pandangan pihak akhbar sehingga tidak berat sebelah dalam memaparkan.
5.6.2 Cadangan Untuk Kajian Masa Hadapan
121
Pada masa hadapan adalah perlu dibuat kajian atau satu tinjauan yang menggunakan kaedah soal selidik tentang bagaimana pandangan khalayak atau kaedah temu bual sehingga kajian tersebut boleh mendapatkan intepretasi daripada komunikator nya langsung, khasnya terhadap pihak yang terkait oleh isu Ambalat. Maka dengan demikian akhbar dan pengkaji boleh membentuk atau mempengaruhi pandangan khalayak tentang isu Ambalat mengikut apa yang berlaku.
Kajian-kajian lain pada masa hadapan juga perlu dibuat terhadap media massa yang lain seperti televisyen, radio atau berita dalam laman sawang. Ini kerana ada kemungkinan agenda media tersebut berkaitan dengan isu Ambalat akan diperolehi berbeza. Oleh itu, pada masa hadapan perlu juga dibuat kajian semacam itu. Pengkaji juga mencadangkan agar akhbar tempatan dan luar negara sebaiknya dianalisis bersama untuk melihat keberpihakan masing-masing akhbar.
5.7 KESIMPULAN
Berasaskan hasil kajian yang dianalisis ke atas 122 kali terbitan dua akhbar selama dua bulan, maka dikenal pasti bahawa kekerapan pemaparan isu Ambalat dalam akhbar sejumlah 163 kali. Ini bererti kedua-dua akhbar pilihan kajian memang menjadikan isu Ambalat sebahagian daripada agenda nya. Walaupun adakalanya dalam suatu terbitan akhbar tidak memaparkan isu Ambalat sama sekali, manakala pada terbitan lain, akhbar memaparkan isu Ambalat hingga beberapa tajuk berita.
Kekerapan pemaparan isu Ambalat dalam akhbar pilihan kajian, pengkaji melihat adanya pengaruh kuat daripada pihak-pihak kerajaan sebagai pelaku politik. Kajian ini juga mendapati akhbar Kompas sedikit lebih banyak mengutamakan isu Ambalat berbanding dengan akhbar The Jakarta Post. Kebanyakan isu Ambalat disiarkan secara kerap kesehariannya dalam kedua akhbar pilihan. Ini bererti mengikut agenda akhbar, isu Ambalat dianggap isu yang besar yang patut diketahui secara luas dan menarik perhatian khalayak pembaca. Komunikator utama tentang isu Ambalat yang paling banyak muncul adalah para pakar dalam bidang undang-undang dan
122
sempadan wilayah negara. Kemudian komunikator daripada pihak kerajaan juga kerap menjadi sumber yang banyak dikutip pernyataannya.
Pemaparan akhbar juga membantu untuk meningkatkan kesefahaman khalayak tentang isu Ambalat, ini dibuktikan dengan kekerapan pemaparan dalam akhbar, khasnya akhbar yang dikaji. Keadaan tersebut menyebabkan isu Ambalat dalam pemaparannya di Indonesia telah pun menarik perhatian khalayak.
Isu Ambalat yang dipaparkan dalam akhbar pada umumnya bersumberkan daripada wartawan atau penulis bebas, dan sebahagian kecil bersumberkan daripada agensi berita, seperti Antara, agensi berita Indonesia, Bernama, agensi berita Malaysia, dan agensi berita antarabangsa seperti Reuters, AP dan AFP. Maka dari itu isu Ambalat banyak ditulis oleh para penulis bebas, khasnya dalam bentuk penulisan sebuah rencana.
Tempat asal berita yang paling kerap muncul adalah Jakarta, dan Nunukan. Ini disebabkan kerana kedua tempat itu, Jakarta adalah pusat pemerintah dan Nunukan dekat dengan wilayah yang dipertikaikan. Hal ini juga pengkaji intepretasikan bahawa banyak daripada pihak terkait tinggal di Jakarta dan ramai orang awam pun yang berada di sekitar wilayah Nunukan.
Walaupun pihak akhbar ada memaparkan atau memberikan perspektif yang negatif mengenai isu Ambalat, seperti pemaparan yang menyokong tindakan melawan Malaysia, aksi tunjuk perasaan dan lainnya, namun akbar nampaknya tidak terlalu memfokuskan beritanya ke arah negatif. Ini dibuktikan dengan hasil kajian yang menunjukkan dapatan bahawa akhbar pilihan kajian lebih banyak yang berorientasi positif dan neutral, hanya sedikit sahaja yang berorientasi negatif. Keadaan itu menunjukkan bahawa akhbar memang alat propaganda, dan sebenarnya akhbar hanya merupakan instrumen yang mempunyai kebebasan untuk memaparkan berita yang lebih objektif, meskipun kadang kala dipengaruhi juga oleh golongan elit.
Maka demikian, berasaskan hasil kajian ini, boleh dirumuskan bahawa keduadua akhbar arus perdana itu memiliki agenda tersendiri tentang pemaparan isu
123
Ambalat, yang sepatutnya dipaparkan tanpa ada pengaruh dari pihak manapun termasuk pemerintah. Akhbar memaparkan secara objektif pelbagai isu yang patut diketahui oleh khalayak mengikut agendanya. Dengan demikian hasil kajian ini didapati menyokong dan selari dengan teori penentuan agenda yang berpandangan bahawa media mempunyai agenda sendiri untuk mempengaruhi khalayak dengan cara pemaparan yang kerap tentang isu semasa yang berlaku dan mengabaikan isu lain. Maka dengan memahami teori penentuan agenda sebagai landasan teori dalam kajian analisis kandungan ini, pengkaji mendapati bahawa teori tersebut digunakan seawalnya sebagai instrumen bagi mengukur keberkesanan peranan media dalam pendedahan maklumat. Daripada sebahagian maklumat yang didedahkan tersebut terdapat pelbagai kemungkinan akan menjadi sesebuah topik yang akan difikirkan dan dibicarakan dalam lingkungan khalayak. Dalam kes ini, isu Ambalat telah dipilih oleh media akhbar untuk dijadikan sebagai meklumat yang didedahkan secara berterusan kepada khalyak. Dengan demikian pengkaji mendapati bahawa dalam kajian analisis kandungan ini, akhbar pilihan kajian telah memainkan peranannya sebagai penggubal agenda publik.
5.8 PENUTUP
Pendakwaan serta pertikaian wilayah di sekitar Laut Sulawesi, khasnya di kawasan perairan yang dikenal Indonesia selama ini sebagai Blok Ambalat dan Ambalat Timur, akhirnya disetujui dibawa ke meja perundingan. Keyakinan untuk kembali membincangkan secara diplomasi sempadan laut Indonesia-Malaysia di sekitar Laut Sulawesi merupakan sebuah kabar baik kerana perundingan mengenai sempadan itu tidak pernah lagi terjadi sejak serangkai perundingan pada tahun 1960-an ditutup dengan kegagalan pada tahun 1969.
Melalui sedikit aksi penempatan kapal perang kedua negara, dan juga aksi massa di pelbagai daerah di Indonesia, akhirnya pihak kerajaan Malaysia bersedia membicarakan kembali masalah sempadan tersebut.
124
Sehubungan dengan itu, perjumpaan pertama peringkat menteri daripada kedua negara berlangsung di Bali, 22hb hingga 23hb Mac, mempunyai makna sangat besar kearah penyelesaian sempadan wilayah laut dan landas kontinen di timur pulau Kalimantan Timur tersebut. Pertemuan itu adalah perbincangan awal dalam proses yang diyakini kedua pihak dapat berjalan cukup panjang kerana masing-masing pihak jelas akan bertahan sekuat mungkin untuk mendapatkan wilayah yang memiliki kandungan kaya minyak dan gas semulajadi itu.
Jurucakap Departemen Luar Negeri Republik Indonesia masa itu, Marty Natalegawa, menyatakan bahawa kedua pihak terkait tidak dapat berharap banyak kepada pertemuan pertama kerana itu mungkin baru pada tingkat masing-masing pihak memberikan bagaimana posisinya dan apa asas mereka bagi menguatkan posisi itu. Maknanya, hasil perundingan pertama itu belum dapat memberikan kesimpulan ke atas pemilikan blok kaya minyak itu.
Selanjutnya pertemuan antara Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan Perdana Menteri Malaysia Abdullah Badawi di Bukittinggi, Padang pada 12hb Januari 2006 lepas adalah perjumpaan yang terkini bagi membicarakan persoalan berkait antara kedua negara, salah satunya berkenaan dengan sempadan wilayah, soal blok Ambalat dan batas kontinen.
Indonesia dan Malaysia pun bersepakat untuk menyelesaikan sengketa di lepas pantai Kalimantan Timur dengan terutama menggunakan Konvensi Hukum Laut PBB (United Nations Convention on the Law of the Sea/UNCLOS) tahun 1982. Ini juga kesepakatan yang sangat baik kerana perundingan kemungkinan akan lebih mudah apabila kedua belah pihak berpandukan kepada ketentuan yang sama. Oleh kerana itulah, kemampuan masing- masing pihak dalam memahami dan menginterpretasikan pasal demi pasal dalam UNCLOS akan menjadi faktor yang menentukan kepada hasil penyelesaian secara diplomasi. Namun pada masa sekarang ini patutnya kedua pihak melakukan perkongsian pintar yang akan membolehkan kedua pihak mendapatkan resolusi yang positif serta akan bijak dipandangnya oleh pihak antarabangsa.
125
RUJUKAN
Abar A. Z. 1995. Kisah pers Indonesia 1966 – 1974. Yogyakarta. LKIS. Adinegoro D. 1966. Publisistik dan djurnalistik. Djakarta. Gunung agung. Agee K. W., Ault P. H. dan Emery E. 1997. Introduction to mass communication. Reading MA. Longman. Adam A. 2003. Sejarah awal pers dan kebangkitan kesadaran ke Indonesiaan. Jakarta. Pustaka Utan Kayu. Alpkaya F. dan Celebi A. 1995. “Agenda setting in the media: the case of Hurriyet 1994”. Toplum Ve Bilim /Turkey. Science & Society, 68; 122-157. Altschull, H. J. 1995. Agents of power, the media and public policy. USA. Longman Publisher. Ames. S. E. 1989. Elements of newspaper design. New York. Preager Publisher. Anastasi A. 1982. Psychological testing.5th Ed. New York. Macmillan Publishing Company. Andersen K. E. 1972. Introduction to communication theory and practice. Menio Park, CA. Cummings Publishing Company. Anokwa – Salwen K., dan Michael B. 1986. “Newspaper agenda setting among elites and non-elites in Ghana”. Journalism Quarterly, Vol.61 No.4 (Winter). Arnold D., dan Gold D. 1974. “The facilitation effect of social environtment”. Public Opinion Quarterly, 28; 513-516. Atkin C. K. 1981. Communication and political socialization. Handbook of political communication. Beverly Hills. Sage Publications. Atwood L. E., dan Others. 1978. “Daily newspaper contributions to community discussion”. Journalism Quarterly, Vol.55 No.3; 570-576 (Fall). Babbie E. 2001. The practice of social research, 9th Ed. Belmont CA. Wadsworth. Barwise P. dan Gordon D.1998. TheEconomics of the media. Harlow. Longman. Berelson B., Lazarfeld P. F., dan McPhee W. N. 1954. A study of opinion formation in a presidential campaign. Chicago. University of Chicago Press. Berelson B. 1971. Content analysis in communication research. New York. Hafner Publishing. Berger A. A., 1991. Media analysis techniques. London. Sage Publication.
126
Berlo K. D. 1960. The process of communication: an introduction to theory and practice. San Francisco. Reinehart Press. Brigham K. 2004. (atas talian) http://www. katebrigham.com/documentation/researchnews.htm Boggs C.1976. Gramsci’s Marxism. London. Pluto Press. Booth A. 1971. “The recall of news item”. Public Opinion Quarterly, 34;604 – 610. Brewer P. R., Graf J. dan Willnat L. 2003. “Priming or framing: media influence on attitudes toward foreign countries“. Gazzette. Budd R. W. et al. 1967.Content analysis of communication. New York. The Macmillan. Bungin B. 2001. Erotika media massa. Surakarta. Muhammadiyah University Press. Burgoon J. K. dan Miller, G. R. 1985. Learning Theory Approaches to Persuasion. Human Communication Research, 7 (2): 161-179. Chaffee S. H. 1991. Communication concept I: Explication. Newbury Park, CA. Sage Publication Inc. Cohen B. 1967. The Press and foreign policy. Princeton NJ. Princeton University. Craft S., dan Wanta W. 2004. “U.S. Public concerns in the aftermath of 9-11: a test of second level agenda-setting”. International Journal of Public Opinion Research, 16; 456-463 (Winter). Cronbach L. J. 1984. Essential of psychological testing.4th Ed. USA. Harper & Row Publisher, inc. DeVito J. A. 2000. Human communication: the basic course. New York. Longman – Addison Wesley. Dofivat E. 1968. Handbuch der publizistik. Berlin. Walter de Gryter. Eribo F. 1993. “Coverage of Africa south of the Sahara by Pravda, Izvestia, Trud and Selskaya Zhizn, 1979 – 1987: A content analysis”. Journalism Quarterly, Vol.70, No. 1 (Spring). Faridah Ibrahim. 1995. Pengaruh pengurusan akhbar ke atas bilik berita. Kertas kerja dibentangkan
dalam
Seminar
Fakulti
Sains
Kemasyarakatan
dan
Kemanusiaan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi. 29 Ogos 1995. Faridah Ibrahim dan Rahmah Hashim. 1996. “Images of woman and human rights: a content analysis of Malaysian media during the fourth world conferences on woman in Beijing“. Jurnalistik Komunikasi. 12: 65 – 83.
127
Garcia M. R. 1981. Contemporary newspaper design. A structural approach. Englewood Cliffs, New Jersey. Prentice – Hall. Gaziano C. 1985. “Neighborhood newspaper and neighborhood leaders: influences on agenda setting and definitions of issues”. Communication research: an international quarterly. Vol. 12 No.4. Gerbner G. 1997. The analysis of communication content: Development in scientific theories and computer techniques. New York. John Wiley and Sons, Inc. Giddens A. 1990. The consequencies of modernity. Cambridge. Polity Press. Golan G. dan Wanta W. 2001. “Second level agenda setting in the New Hampshire primary: a comparison of coverage in three newspaper and public perceptions of candidate”. Journalism and Mass Communication Quarterly – 782 : 247-259. Gravetter F. J. dan Forzano B. L. 2003. Research methods for the behavioral sciences. USA. Wadsworth. Hart J. A. 1963. “The flow of news between the United States and Canada”. Journalism Quarterly, Vol. 40. Hawkins J. M. 2004. Kamus dwibahasa: Inggeris – Melayu, Melayu – Inggeris. 3rd Ed. Selangor Darul Ehsan. Gains Print Sdn. Bhd. Holsti O. R. 1969. Content analysis for the social sciences and humanities. Reading, Massachusetts. Addison – Wesley Publishing Company. Judith B. 2005. Doing your research project. A guide for first-time researcher in education, health and social science. 4th Ed. New York. Open University Press – McGraw Hill Education. Johnston A., dan Kaid L. 2002. “Image ads and issue ads in U.S. Presidential advertising: using videostyle to explore stylistic differences in television political ads from 1952 to 2000. Journal of Communication Vol.52 No.2 Kaid, L.L. 1976. “Measures of political advertising”. Journal of Advertising Research, Vol.16 No.5; 49-53. Kaplan R. M. dan Saccuzzo D. P. 1982. Psychological testing: Principles, application and issues. California. Wadsworth Inc. Khattab U. 1991. “Gambaran organisasi melalui media massa di Malaysia- Kajian perbandingan“. Forum Komunikasi, Vol.2 No.1; 57-78. Dlm. Samsudin A.
128
Rahim. 2003. Kumpulan esei isu-isu komunikasi, hal. 295-318 Bangi. Jabatan Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kim S.H., Scheufele D.A., dan Shanahan J. 2002. “Think about it this way: attribute agenda setting function of the press and the public’s evaluation of a local issue“. Journalism and Mass Communication Quarterly, 79;7-25 (Spring). Klaus B. J. 2002. A handbook of media and communication research. Qualitative and quantitative methodologies. London and New York. Routledge. Kok Y.H., Goh A., dan Holladay D.A. 1999. “Using cluster analysis to determine the media agenda”. ASLIB Proceedings, 51; 361-371. Kosicki G. M. 1993. “Problem and opportunities in agenda setting research”. Journal of communication. Vol 43 No.2. Kretch D. dan Crutchfield. 1977. Perceiving the world: the process and effects of mass communication. Urbana. University of Illinois Press. Krippendorf K. 1980. Content analysis: an introduction to its methodology. Beverly Hills. Sage Publication. Kwansah-Aidoo K. 2001. “The appeal of qualitative methods to traditional agendasetting research: an example from West Africa”. Gazette, vol.63; 521-537. Lacy S., Riffe D., Stoddard S., Martin H., Chang K. 2001. “Sample size for newspaper content
analysis
in
multi
year
studies”.
Journalism
and
Mass
Communication Quarterly Vol.78 No.8 (Winter). Lai C. C., Abd. Latif dan Lee K. L. 2005. “Kasus Ambalat – reaksi media Indonesia: framing dan komunikasi antarabangsa”. Official Lauch of SSIG & International Conference on Media and Communication Proceeding, 41. Lavine J. M dan Wackman D. B. 1998. Managing media organization. Effective leadership of the media. New York. Longman. Lawrence R. G., Birkland T. A. 2004. “Guns, Hollywood and school safety: defining the school-shooting problem across public arenas”. Social Science Quarterly, 85; 1193-1207. Littlejohn S. W. 2005. Theories of human communication. 8th Ed. Belmont, CA. Thompson – Wadsworth. Lull J. 1995. Media and communication, culture a global approach. Cambridge. Polity Press.
129
Mahamood Y. 2001. Statistik inferensi untuk sains tingkah laku. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Martin L. J. 1976. ”Recent theory on mass media potential in political campaigns”. The Annals of the American academy of political and social science, 427; 125-133. Matters M. 2003. Dari perintah halus ke tindakan kasar. Jakarta. Pustaka Utan Kayu. McCombs M. E. 1972. Mass communication in political campaign: information, gratification and persuasion. Dlm. Kline F., dan Tichenor P.J. Current perspectives in mass communication research. Beverly Hills, CA. Sage. McCombs M. E. 1982. The agenda-setting approach. Dlm. Nimmo D dan Sanders K. Handbook of political communication. Beverly Hills, CA. Sage. McCombs M. E et al. 1975. Measuring the cumulative agenda-setting influence of the mass media. Minnesota. West Publishing Co. McCombs M. E., dan Shaw D. 1972. “The agenda-setting function of mass media”. Public Opinion Quarterly, 36; 176 – 187. McCombs, M.E., Shaw, D.L., dan Weaver, D.L. 1997. Communication and Democracy: Exploring the Intellectual Frontiers in Agenda-Setting Theory. Mahwah, N.J. Lawrence Erlbaum. McCombs M. E., Llamas J. P., Lopez-Escobar E., dan Rey F. 1997. “Candidates images
in
Spanish
elections:
second-level
agenda-setting
effects”.
Journalism & Mass Communication Quarterly, 74 (4); 703-717. McLuhan M. 1965. Understanding media: the extensions of a man. London. Routledge & Keagan Paul Ltd. McLuhan M., dan Fiore Q. 1967. The medium is the message. Harmandworth. Penguin Melvin L. D., Sandra B. 1992. Theories of mass communication. New York. Addison Wesley – Longman Inc. Merrill J. C. 1991. Global journalism. 2nd ed. New York. Longman. Metzler K. 1979. Newsgathering. Englewood’s Cliff. Prentice – Hall. Miller K. 2002. Communication theories. Texas A & M University. McGraw-Hill Mohd. Helmi Abd. Rahim. 1999. “Kebolehpercayaan dan kesahan dalam kaedah analisis kandungan. Dlm Syed Arabi Idid (Ed). Analisis kandungan: 45 – 46. Bangi. Jabatan Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia.
130
Mohd. Dhari Othman. 1999. “Analisis isi kandungan: satu panduang penyelidikan. Dlm Syed Arabi Idid (Ed). Analisis kandungan: 35 – 44. Bangi. Jabatan Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Mott G. F. 1968. New survey journalism. Washington. Bernas and noble incorporated. Neumann W. L. 2000. Social research methods: qualitative and quantitative approaches. 4th Ed. USA. Allyn & Beacon. Ojo-Emmanuel O. 2003. “The mass media and the challenges of sustainable democratic values in Nigeria: possibilities and limitations”. Media, Culture and Society, 25; 821-840. Othman M. D. 1982. “Malaysian Press: a brief account of newspaper published in British Malaya”. Jurnal Komunikasi Vol.8 Universiti Kebangsaan Malaysia. Park R. E. 1985. Urbanized as measured by newspaper circulation. London. Pergamon Press. Patton, M. Q. 2002. “Qualitative research and evaluation methods. 3rd Ed. London. Sage Publication. Rachmat J.1989. Psikologi Komunikasi. Bandung. Remadja Karya CV. Ramaprassad J. dan Riffe D. 1987. ”Effect of U.S – India relation on New York Times coverage”. Journalism Quarterly, Vol.64. Reece B. L. dan Brandt R. 1999. Effective human relation in organization. Boston. Houghton Mifflin Company. Riffe D. et al. 1993. “The effectiveness of random, consecutive day and constructed week sampling in newspaper content analysis”. Journalism Quarterly Vol.70 No.1 (Spring). Rogers E., Dearing J. W. 1988. Agenda Setting research: where has it been, where is it going? Dlm. Andersen J. A. Communication yearbook. Newbury Park CA. Sage Publication. Rogers E., Dearing J. W. dan Bregman D. 1993. ”The Anatomy of agenda setting research”. Journal of communication. Vol .43. Rothwell W.J. dan Kazanas H.C. 1998. Mastering the instructional design process: a systematic approach. San Francisco. Jossey-Bass Publisher. Rubin R. B. 1996. Communication research strategies and sources. Belmont, CA. Wadsworth Publishing.
131
Samsudin A. R. 2003. Kumpulan esei isu-isu komunikasi. Bangi. Pusat Pengajian Media dan Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia. Schmitter P. C dan O’Donnell G. 1993. Transisi menuju demokrasi. Terj. Hartono. Jakarta. LP3ES. Schramm W., Siebert F., dan Peterson T. 1956. Four theories of the press: the authoritarian, libertarian, social responsibility and soviet communist concepts of what the press should be and do. Chicago. University of Illinois. Schramm W. 1988. The story of human communication : cave painting to microchip. New York. Harper & Row. Schoemaker P. J. 1984. “Media treatment of deviant political groups”. Journalism Quarterly. Vol.68 (Spring). Shaw D. L. dan McCombs M. E. 1977. The emergence of American political issues. The agenda setting function of the press. Minnesota. West Publishing Co. Shaw D. L., Martin L. dan Shannon E. 1992. “The function of mass media agenda setting”. Journalism Quarterly Vol.69 No.4 (Winter). Silverman D. 1997. Qualitative Research: Theory, method and practice. California. Sage Publication. Smith A. 1997. Political communication. New York. Harcourt Brace Javanovich. Smith S. J. 1986. “Crime in the news”. British Journal of Criminology Vol. 24 No.3; 289-295 Stamm K. R. 1985. Newspaper use and community ties toward a dynamic theory. New Jersey. Alex Publishing Corp. Stone E. 1987. Examining newspaper: What research reveals about American’s newspaper. California. Sage Publication. Susnic D. 1961. Some results of the analysis of the contents of the daily paper ‘Borba’. Yugoslavs. Sociologija. Tsfati Y. 2003. “Media skepticism and climate of opinion perception”. International Journal of public opinion research. Vol. 15 No.1 (Spring). Traudt P. J. 2005. Media, audiences, effects: an introduction to the study of media content and audience analysis. Boston. Pearson Education inc. Wanta et al. 1989. “How President’s state of union talk influenced news media agendas”. Journalism Quarterly Vol.66.
132
Wanta W., Lee C. dan Golan G. 2004. “Agenda setting and international news: media influence on public perception of foreign nations”. Journalism and Mass communication quarterly. Vol. 81 No.2 (Summer). Warren S. C., Deutsch M., Jahoda M., dan Seltiz C. 1959. Research method in mass communication. New Jersey. Prentice- Hall. Weaver D., dan Elliot S., Nimley. 1985. “Who sets the agenda for the media? A study of local agenda –building. Journalism quarterly. Vol.62 No. 1 (Spring). Williams W.Jr, William D. 1978. “Structural effects of TV coverage on political agendas”. Journal of Communication, 28; 114-119 (Autumn). Wimmer R. D., dan Dominick J. R. 1991. Mass media research an introduction. 3rd Ed. California. Wadsworth Publishing Company. Wiryanto. 2004. Pengantar ilmu komunikasi. Jakarta. Pt Grasindo Anggota Ikapi. Wrinn M. J. 1977. Elements of journalism. New York. Harper and Brothers.
RUJUKAN UMUM AKHBAR
Kompas. 2005. 2 Februari Kompas. 2005. 1 Mac Kompas. 2005. 3 Mac Kompas. 2005. 7 Mac Kompas. 2005. 11 April. Pikiran Rakyat. 2004. 23 Ogos The Jakarta Post. 2005. 22 Mac
133
RUJUKAN UMUM ATAS TALIAN
http://www.acehkita.com (atas talian) http://www.esdm.go.id (atas talian) http://www.kcm.com (atas talian) http://www.kompas.com (atas talian) http://www.kompas.com/kompas-cetak0502/07/politikhukum154353.htm (atas talian) http://www.pikiran-rakyat.com/cetak/0703/12/0105 (atas talian) http://www.polri.go.id (atas talian) http://www.thejakartapost.com/about.progress.asp (atas talian) http://www.tokohindonesia.com/ensiklopedia/j/jakoeboetama (atas talian) http://www.xs4all.nl/~edkreamer/html/listas.html (atas talian)