1.0 Pendahuluan Semua orang mengetahui akan kepentingan pemakanan seimbang tetapi perkara ini lebih mudah diucap daripada diamalkan terutama dalam kalangan warga kota yang sibuk. Kini, mengamalkan pemakanan seimbang bukan hanya menjadi masalah warga kota saja namun ia turut berlaku pada penduduk di luar bandar dan di kampung. Peningkatan kadar kegemukan dan obesiti adalah petanda paling jelas menunjukkan soal keseimbangan makanan terabai. Namun, perlu diingat tidak semestinya orang yang kurus dan tiada masalah berat badan tidak mengalami perkara ini.Bagi kebanyakan orang, asal dalam sehari sajian kita mengandungi sayur-sayuran, buah-buahan, sumber protein, kalsium dan karbohidrat sudah mencukupi. Namun, ramai lupa soal sukatan sayur dan buah harian iaitu sekurang-kurangnya lima hidangan sehari untuk mendapat semua khasiat yang diperlukan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencadangkan untuk meningkatkan kesihatan kita perlu mengambil lebih daripada lima hidangan sayur dan buah setiap hari dengan mengurangkan jumlah lemak serta mengamalkan senaman secara tetap dan teratur. Selain itu, sayur dan buah yang dimakan pula perlu pelbagai. Lebih berwarnawarni seperti lampu isyarat, lebih baik kerana khasiat yang tiada pada sayur-sayuran hijau akan disumbangkan daripada sayur berwarna merah atau kuning. Kesukaran mengamalkan pemakanan seimbang dialami kebanyakan orang termasuk pakar pemakanan dan perubatan sendiri. Tanpa disedari gaya pemakanan yang kita amalkan kini secara perlahan-lahan akan membawa kita kepada masalah kekurangan zat.
2.0 Kebaikan mengamalkan pemakanan seimbang 2.1 Mencegah penyakit berbahaya Pengambilan makanan berkhasiat, berzat dan seimbang disarankan untuk memastikan anda sihat dan bebas daripada pelbagai penyakit berbahaya. Hal ini kerana, pengambilan pemakanan yang seimbang dalam diet seharian dapat membantu risiko beberapa penyakit termasuk kanser,serangan jantung, angin ahmar, tekanan darah tinggi, lebihan kolestrol, osteoporosis dan spina bifida. Dengan mengamalkan pemakanan seimbang, ianya dapat membantu mengelakkan diri anda daripada didekati penyakit berbahaya. (Berita Minggu, 23 Mei 2004)
2.1.1 Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung Satu kajian mendapati mereka yang mengikuti garis panduan yang disarankan oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) mengalami 28 peratus hingga 14 peratus pengurangan risiko terhadap serangan jantung dan strok berbanding mereka yang tidak mengikuti. Hal ini menunjukkan gaya pemakanan memainkan peranan penting dalam kesihatan seharian kita. Selain itu juga, pengambilan makanan yang seimbang dapat mengurangkan pengambilan lemak, terutamanya lemak tepu akan merendahkan lebihan kolestrol. Lemak tepu berkecenderungan untuk meningkatkan aras kolestrol darah , maka wajar sekalilah ianya dihindarkan sama sekali daripada pemakanan anda. Kebanyakkan orang Eropah dan Amerika memakan makanan yang diketahui tinggi kandungan lemak tepu kolesterolnya. Oleh sebab itulah, mereka yang yang mengambil makanan yang lebih berisiko tinggi untuk mendapat penyakit serangan jantung
berbanding dengan mereka yang mengambil makanan yang rendah lemak dan kolesterol. (Jamaludin Mohammed:2003)
2.2 Makanan Seimbang Elakkan Anemia Anemia atau masalah kurang darah bukan perkara asing dalam masyarakat kita. Secara mudahnya, anemia bermakna kekurangan sel darah merah. Darah boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu sel darah merah, sel darah putih dan Platelet dan plasma. Sel darah merah pula meliputi hemoglobin iaitu protein yang kaya zat besi dan berwarna merah. Tugasnya ialah membawa oksigen dari paru-paru ke organ dan karbon dioksida kembali ke paru-paru untuk dibebaskan ke udara.Sel darah putih berfungsi sebagai sistem pertahanan menentang kemasukan bahan asing ke dalam badan. Platlet pula penting untuk menghentikan pendarahan apabila luka. Anemia bukan penyakit, tetapi satu masalah yang boleh mengganggu tugas harian. Orang yang mengalami masalah anemia cepat berasa letih dan tidak boleh bergiat dalam aktiviti cergas. Amalan pemakanan seimbang dan kaya zat besi biasanya boleh merendahkan risiko mengalami masalah kurang darah. Secara asasnya, pemakanan harian seimbang iaitu yang cukup sukatan sayur
dan sumber protein. Ia penting kerana pemakanan yang seimbang mampu
mengatasi masalah kekurangan darah. Maknanya, seseorang itu akan dapat zat besi, vitamin B12 dan folat mencukupi. Seterusnya, pengambilan zat besi. Zat besi boleh diperoleh daripada sayur-sayuran hijau (juga kaya dengan folat), daging merah dan organ (seperti hati). Daging merah dan organ dalaman juga tidak diambil berlebihan, terutama
bagi individu yang ada masalah jantung dan paras kolesterol tinggi, kerana ia turut mengandungi banyak vitamin B12 yang boleh menyebabkan keracunan hati. ( Diperoleh dari Word Wide Web :http://pmr.penerangan.gov.my)
2.1.3 Makanan Seimbang untuk Diabetesi Penyakit diabetes atau kencing manis sehingga kini belum dapat disembuhkan, tapi dapat dikendalikan. Cara yang antara lain harus ditempuh adalah dengan mengatur menu seimbang. Gaya hidup tidak sihat serta pola makan yang tidak seimbang akan menimbulkan pelbagai penyakit. Selain obesiti atau masalah kegemukan, berbagai penyakit juga timbul, salah satunya adalah penyakit Diabetes Mellitus iaitu sindrom yang ditandai dengan adanya hiperglikemi kronis atau peningkatan kadar gula dalam darah secara terus menerus. Selain itu, terjadinya Diabetes Mellitus juga ditandai dengan adanya gangguan pada metabolisme karbohidrat, lemak, dan protein yang berkaitan dengan kekurangan jumlah atau kerja insulin secara relatif. Normalnya, kadar gula dalam darah adalah 110 mg/dl (gula darah puasa) dan 140 mg/dl (gula darah sewaktu). Namun, pada penderita DM, kadar gula darah puasanya lebih dari 126 mg/dl dan gula darah sewaktu lebih dari 200 mg/dl. Umumnya terjadinya DM disebabkan oleh gaya hidup yang tidak sihat. Hal ini diakibatkan tubuh terlalu banyak dibebani karbohidrat, sehingga harus mengeluarkan insulin lebih tinggi supaya dapat mengambilnya. Akibatnya, kandungan gula dalam darah akan tinggi. Meskipun tidak bisa disembuhkan, DM dapat dikendalikan. Pesakit Diabetes Mellitus tidak perlu bersedih kerana sebenarnya mereka sama seperti orang sihat. Nmun begitu, dengan mengikuti pola pemakanan seimbang, mereka juga sama seperti orang yang sihat. Yang perlu diberi perhatian ialah keteraturan
waktu, keperluan kalori yang diperlukan badan mereka. Komposisi makanan yang dianjurkan untuk diabetesi adalah 10 hingga 15 peratus protein, 20 hingga 25 peratus lemak, dan 60 hingga 70 peratus karbohidrat. Hindari karbohidrat sederhana seperti makanan manis. Makanlah karbohidrat kompleks seperti nasi. Pesakit diabetis dianjurkan menghindari gula. Menurut American Diabetes Association, gula mengandung kalori dan zat-zat yang tidak bermanfaat, sehingga menyebabkan kegemukan dan karies pada gigi. Konsumsi gula yang dianjurkan adalah lima persen dari total kalori atau sekitar tiga sendok makan sehari. Pada penderita diabetes, satu sendok makan gula dapat menggantikan misalnya sebuah pisang. Serat juga hendaklah di masukkan dalam kandungan menu harian agar ianya seimbang. Serat berguna untuk mengendalikan nafsu makan kerana ia membuat perut terisi, sehingga terasa kenyang. Serat berkhasiat untuk diabetesi kerana jenis serat larut seperti oat bran, epal, jeruk, serta kekacang dapat menurunkan glukosa darah. Penderita DM juga disarankan juga untuk membatasi lemak, minyak, dan santan. Sebab, mereka berisiko tinggi untuk terkena penyakit jantung dan pembuluh darah. ( Diperoleh dari Word Wide Web: http://www.gizi.net)
2.1.4 Menjaga Kesihatan Mata Mata adalah sebahagian daripada organ manusia. Ia merupakan bahagian dalam anggota badan manusia yang paling cepat berkembang jika dibandingkan dengan bahagian lain. Saiz bola mata manusia akan berkembang antara lima hingga tujuh milimeter (mm) sahaja sepanjang hayat. Diameter bola mata bayi yang baru dilahirkan adalah 17.5mm, manakala pada orang dewasa adalah 23mm. Isipadu bola mata juga hanya akan bertambah sebanyak 3.5 sentimeter padu dari manusia dilahirkan sehingga ia
dewasa. Ketika bayi baru dilahirkan, ketajaman penglihatannya adalah 6/60, perkembangan ketajaman penglihatan mencapai ke tahap 6/6 ketika kanak-kanak berusia 4 tahun. Sekiranya berlaku masalah atau gangguan dalam proses tumbesaran manusia, seperti penyakit kronik atau kekurangan makanan maka ia akan mengganggu perkembangan mata dan sistem penglihatan. Oleh itu, keseimbangan dalam pemakanan adalah amat penting untuk menjaga kesihatan mata dan sistem penglihatan. ( Rahimah Abdul Kadir:1995)
Makanan yang seimbang mestilah terdiri dari tiga kumpulan makanan utama. Yang pertama ialah kumpulan makanan untuk tumbesaran iaitu makanan yang mengandungi protein seperti ikan, daging, ayam, makanan laut, kekacang, susu dan hasil-hasil tenusu. Kumpulan kedua ialah makanan yang memberi tenaga iaitu makanan berkarbohidrat dan makanan yang berlemak seperti nasi, bijirin, mi, minyak masak dan marjerin. Kumpulan ketiga pula ialah makanan yang dapat mengelak daripada mendapat penyakit iaitu makanan yang berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Telah diketahui bahawa vitamin, garam galian, protein, karbohidrat, lemak dan air memberi kesan ke atas sistem penglihatan.
Vitamin A juga dikenali sebagai Retinol. Retinol berfungsi ke atas sel-sel yang sensitif pada cahaya di retina. Bersama protein iaitu Opsim, vitamin A akan bergabung membentuk Rhodopsin, pigmen yang sensitif kepada cahaya. Rhodopsin banyak terdapat pada sel-sel rod pada retina. Kekurangan vitamin A yang ketara boleh menyebabkan ‘rabun malam’. Pada sel kon, terdapat satu pigmen iaitu visual violet yang berfungsi
untuk penglihatan warna. Vitamin A juga menjadi sebahagian komponen dalam membentuk visual violet ini. Secara amnya vitamin A perlu untuk membolehkan mata melihat dalam keadaan kurang cahaya, memastikan perkembangan tubuh, memastikan kesihatan kulit dan memperbaharui tisu tubuh. Dalam bentuk asli, Retinol (vitamin A) boleh didapati dari hati, ginjal, keju, kuning telur dan mentega. Dalam bentuk kedua, vitamin A adalah keratan yang boleh diperoleh dari sayur seperti lobak merah, bayam, kubis dan tomato. Dianggarkan kira-kira 80,000 orang di seluruh dunia mengalami masalah penglihatan akibat kekurangan vitamin A setiap tahun. ( Rahimah
Abdul
Kadir:1995)
Vitamin B kompleks memainkan peranan penting dalam proses penglihatan. Masalah mata yang dihadapi dari kekurangan vitamin B kompleks termasuklah mata berair, keletihan mata berpanjangan dan sensitif pada cahaya.Dikenali sebagai Tiamin, viatamin B1 merupakan co-enzim bagi tindak balas pembuangan karbondioksida (CO2). Kekurangan Tiamin akan mengganggu metabolisme karbohidrat serta menyebabkan sakit pada bahagian belakang bola mata. Vitamin B1 boleh didapati daripada yis, bijirin, kacang, daging dan hati. Dikenali sebagai Riboflavin, vitamin B2 merupakan co-enzim untuk proses pembebasan hidrogen dari pelbagai struktur halus. Pada mata, kekurangan vitamin B2 menyebabkan rasa panas mata dan berkaitan dengan pembentukan katarak. Sumber vitamin B2 ialah susu, putih telur, hati dan sayuran berdaun.Dikenali sebagai Pirodoksin, vitamin B6 bertindak sebagai co-enzim bagi proses tindak balas pemindahan kumpulan asid amino. Vitamin B6, B15, B2, Vitamin C dan Kolin dipercayai boleh
mengehadkan tekanan kepada mata. Sumber vitamin B6 adalah bijirin, hati dan sayur segar. Dikenali sebagai Sianokobalamin, vitamin B12 berperanan dalam proses pembentukan sel darah merah. Dalam badan manusia, vitamin B12 dihasilkan oleh usus. Pada mata, kekurangan vitamin B12 menyebabkan berlakunya penguraian lapisan yang melindungi hujung saraf. Penguraian ini juga ada kaitan dengan tabiat merokok yang boleh menyebabkan ‘Tobacco Ambyopia’. Sumber vitamin B12 ialah hati, susu, telur dan daging. ( Rahimah Abdul Kadir:1995) Asid folik berperanan dalam sintesis beberapa Nukleotid bagi pembentukan protein nuklear dalam proses pembahagian sel dan pembentukan sel darah merah. Sebahagian besar bola mata terdiri daripada protein, maka kekurangan asid folik boleh menjejaskan kesihatan mata. Selain itu kekurangan asid folik boleh menyebabkan anemia (kurang darah) dan pembentukan antibodi yang berkurangan. Sumber asid folik adalah sayur berdaun, hati, cendawan dan yis. Vitamin C boleh didapati dalam bentuk Bioflavinoid dan asid askorbik. Vitamin C perlu di dalam pemakanan setiap hari. Kanak-kanak yang meminum susu botol kurang mendapat vitamin C berbanding dengan susu ibu. Kepekatan vitamin C agak tinggi dalam cecair bola mata iaitu dalam Aqueous dan Vitreous Humour serta kanta mata. Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan penyakit skurvi, di mana berlaku anemia, gusi berdarah dan sendi-sendi bengkak dan mudah berdarah. Pada mata, kekurangan vitamin C boleh menyebabkan katarak akibat diabetes. Sumber vitamin C adalah buahbuahan segar seperti limau, sayur segar seperti kubis dan tomato. ( Diperoleh dari Word Wide Web http://www.myhealth.gov.my).
Vitamin D & E mempertahankan struktur sklera mata dan mencegah bola mata dari menjadi tegang dan membesar akibat tekanan intraokular. Jadi ia dipercayai boleh mencegah terjadinya Axial Myopia (rabun jauh disebabkan bola mata membesar dari saiz normal). Sumber vitamin D dan E adalah minyak ikan, kuning telur, susu dan marjerin. . ( Diperoleh dari Word Wide Web http://www.myhealth.gov.my). Protein berperanan penting dalam sel hidup. Protein dibentuk dari Asid Aminodan merupakan bahan asas semua benda hidup. Kekurangan protein akan mengganggu proses tumbesaran pada kanak-kanak. Ia juga boleh menyebabkan hilang ketahanan terhadap penyakit. Kajian menunjukkan adanya kaitan antara kekurangan protein dengan keadaan rabun jauh. Protein yang mencukupi dalam diet boleh mengelak berlakunya rabun jauh. Sumber protein adalah daging, telur, ikan, ayam dan susu. . ( Diperoleh dari Word Wide Web http://www.myhealth.gov.my). Karbohidrat adalah sumber tenaga untuk manusia. Tenaga diperlukan untuk setiap aktiviti sel dalam tubuh, termasuk juga sel pada bahagian mata. Tenaga yang dihasilkan perlu untuk aktiviti hidup manusia. Kekurangan karbohidrat boleh menyebabkan rabun jauh pada mata. Sumber karbohidrat adalah nasi, bijirin, gula halus, kanji dan lemak haiwan. . ( Diperoleh dari Word Wide Web http://www.myhealth.gov.my).
Air adalah unsur tubuh paling mustahak. Tubuh manusia dibina dengan 60 peratus air. Air merupakan medium untuk sebarang tindak balas kimia dalam tubuh. Air juga akan mengekalkan bentuk sel dalam tubuh manusia. Antara fungsi air dalam tubuh adalah memberi bentuk dan struktur kepada tubuh, sebagai medium bagi kitaran metabolisme sel danmenstabilkan suhu tubuh. Secara amnya apabila seseorang mendapat makanan
seimbang, ia akan menjadikan seluruh tubuh badan sihat, cergas, responsif dan bertenaga. Makanan seimbang bukan setakat perlu untuk kesihatan mata, tapi ia perlu untuk seluruh perkembangan fizikal dan mental manusia.
(Diperoleh dari Word Wide Web
http://www.myhealth.gov.my). 2.1.5 Pemakanan Seimbang Pesakit Kanser Pesakit kanser disarankan mengamalkan pemakanan yang seimbang dengan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran bagi mengurangkan risiko kanser kolon, perut dan paru-paru. Makanan seimbang dan berkhiasat adalah perlu untuk mengatasi kanser. Peningkatan tahap pemakanan akan membantu menghadapi kesan sampingan kemoterapi, radiasi dan pembedahan . Bagi pesakit kanser payudara, terdapat tiga tahap pemakanan yang seimbang yang harus diamalkan iaitu pemakanan pencegah, pemakanan semasa rawatan, pemakanan semasa pemulihan. Pemakanan pencegah iaitu selepas pengesahan dilakukan, adalah penting untuk menghalang penyebaran kanser primer. Setiap hari makan banyak bahan-bahan antioxidant. Ini termasuk vtamin C, E karotenoid termasuk ‘lycopen’ dan faktor biologik yang terdapat dalam kacang, bijirin, sayur-sayuran dan buah-buah. Kurangkan lemak kepada 20 hingga 25 peratus jumlah kalori, makan lebih karbohidrat, kurangkan gula dan makan protin sebanyak 3-4oz setiap hidangan sehari. Latihkan diri memakan berbagai jenis makanan. ( Rahimah Abdul Kadir:1995)
Pemakanan semasa rawatan merupakan sebahagian daripada rawatan yang lengkap. Memakan makanan yang berkhiasat boleh membantu menjayakan rawatan. Untuk mengekalkan berat badan, makan hidangan yang kecil dan kerap. Ambil protin berlebihan daripada sumber telur, ikan dan ayam dan sekira perlu serbuk protin tambahan digalakkan. Kurangkan hidangan tenusu jika ada masaalah penghazaman Sebagai contoh, cirit-birit boleh terjadi akibat alahan laktos, tairu kultur atau keju keras sepatutnya tidak menjadi masalah. Hindari daripada makanan berempah atau makanan yang menghasilkan gas seperti kacang separuh masak dan sayur-sayuran yang berlebihan daripada keluarga kobis untuk menghindari masaalah tidak selesa perut. ( Rahimah Abdul Kadir:1995)
Pemakanan semasa pemulihan adalah seperti pemakanan pencegahan tetapi menekankan kepada zat pemakanan seperti beta carotene, vitamin K,C, E, selenium dan zink. Mulakan produk tenusu secara perlahan. Sertakan antioxidant bersama vitamin dan zat galian setiap hari. Galakkan 5 hingga 8 hidangan buah-buahan dan sayuran setiap hari. Cadangan pemakanan semasa rawatan kanser ialah dengan makan lebih sayursayuran dan buah-buahan dan kurangkan pengambilan lemak terutama lemak sumber haiwan. ( Rahimah Abdul Kadir:1995)
3.0 Elak Keletihan Semasa Berpuasa
Berpuasa merupakan ibadah yang diwajibkan ke atas umat Islam sebenarnya mempunyai banyak kebaikan ke atas kesihatan manusia. Semasa berpuasa, tubuh mempunyai mekanisme regulasi yang menjadi aktif, kadar metabolisma akan menjadi perlahan, lemak tubuh dan lemak daripada makanan akan digunakan sepenuhnya dan pembuangan bahan toksik secara semulajadi akan berlaku. Terdapat banyak faedah berpuasa seperti memberi rehat pada perut, memusnah serta mengeluarkan bahan buangan berbahaya daripada perut, mengawal tekanan darah serta menguatkan salur darah, meningkatkan fungsi jantung serta buah pinggang, mengawal paras gula dan menurunkan paras kolesterol serta asid urik. Bagi mereka yang menghadapi masalah obesiti, penurunan berat badan akan dapat dicapai semasa berpuasa. Pengambilan makanan yang seimbang perlu pada bulan puasa kerana makanan yang seimbang boleh membantu membaiki profil kolesterol darah, mengurangkan keasidan perut, menghalang daripada sembelit dan masalah penghadaman lain serta dapat menggalakkan gaya hidup yang sihat dan aktif. Jika pada siangnya kita berpuasa, malamnya pula kita amat digalakkan untuk bersahur. Bersahur amat dititik beratkan kerana ia membekalkan tenaga bagi menjalankan aktiviti harian seperti biasa walaupun dengan sekadar meneguk air.Menurut pakar pemakanan Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) dan Pusat Perubatan Kampung Baru, Sarah Sabreina Mohd. Sabidi, air merupakan komponen yang sangat penting di dalam tubuh. Kekurangan air di dalam tubuh akan menyebabkan dehidrasi.Kesannya, banyak proses di dalam badan akan terganggu, kurang tumpuan, mabuk dan mungkin pitam. Masa
bersahur juga baik untuk minum satu atau dua gelas air suam iaitu selepas bangun tidur kerana ia membantu membuang sekresi (cecair) di dalam perut yang tertinggal semalaman. Amalan ini juga boleh mengaktifkan buah pinggang untuk bekerja dan membantu dalam proses penyingkiran bahan buangan serta toksik dalam badan. Semasa bersahur, makan makanan daripada jenis yang dihadamkan dengan perlahan kerana dapat membantu melambatkan proses lapar. Ambil juga makanan daripada kumpulan karbohidrat kompleks yang mengandungi tinggi serat dan boleh bertahan selama lapan jam.Di antara jenis makanan yang dihadamkan perlahan ialah bijirin gandum penuh, beras perang, oat, kekacang, barli, sayur-sayuran, buah-buahan segar dan buah-buahan kering.Makanan yang tinggi serat seperti bijirin penuh, biji-bijian, barli, gandum penuh, oat dan kekacang dapat membantu penghadaman, mengelakkan sembelit dan rasa kenyang bertahan lebih lama. Ia juga mengurangkan keasidan perut dan meningkatkan penghasilan asid hempedu bagi penyerapan lemak.(Diperoleh dari Word Wide Web http://syukran.wordpress.com/2007/09/18/makanan-seimbang-elak-keletihan/)
Selain itu, kita juga boleh mengamalkan diet semasa berbuka seperti yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w. kepada umatnya untuk segera berbuka setelah lebih 10 jam berpuasa dan mencukupilah dengan air, kurma atau jus buah-buahan yang kaya dengan glukos, vitamin dan mineral. Glukos merupakan gula ringkas yang dapat memberi tenaga segera pada tubuh. Vitamin pula diperlukan untuk menukarkan karbohidrat ringkas kepada sumber tenaga tubuh, jus buah penghilang tenaga yang mujarab dan pisang kaya dengan potassium, magnesium dan karbohidrat ringkas.
.(Diperoleh dari Word Wide Web http://syukran.wordpress.com/2007/09/18/makananseimbang-elak-keletihan/) Pengambilan air amat penting semasa berbuka kerana air memberi kesegaran kepada tubuh setelah lama berpuasa, mengelakkan dehidrasi berlanjutan, mengganti semula air yang hilang semasa berpuasa, kekurangan air akan menjadikan metabolisma rendah. Sebaiknya sediakan minuman daripada bahan semula jadi seperti gula merah, madu lebah dan jus buah. Elakkan atau kurangkan pengambilan gula putih, sirap, pewarna dan perasa tiruan. Elakkan minuman berkafein yang berlebihan kerana ia menyebabkan sukar tidur, gastritis, mempercepatkan degupan jantung dan mengurangkan prestasi mental. Kesihatan akan bertambah baik jika tidak makan mengikut nafsu dan mengamalkan makanan seimbang. Berat badan dan risiko penyakit yang berkaitan dengan kegemukan dapat dikurangkan dan melanjutkan jangka hayat.
4.0 Mengatasi Kekurangan Keseimbangan Makanan Antara kaedah mudah untuk mengatasi kekurangan ini ialah pengambilan pil makanan tambahan. Sebenarnya,badan kita memerlukan tujuh jenis nutrien asas setiap hari iaitu karbohidrat, protein, lemak, serat, cecair, garam dan vitamin serta mineral. Bagaimanapun, masalah kekurangan nutrien yang biasanya berlaku hanyalah membabitkan kumpulan terakhir vitamin dan mineral yang dikategorikan sebagai mikro nutrien. Walaupun jumlah yang diperlukan sangat kecil tetapi vitamin sangat penting untuk memproses protein, karbohidrat dan lemak. Malah, ia juga penting untuk
membantu membina sel, tisu dan organ. Inilah sebabnya mangsa kebakaran yang melecur kulitnya akan diberikan multi vitamin dalam makanan mereka bagi mempercepatkan proses penyembuhan. Secara umumnya pengambilan pil multi vitamin setiap hari sudah mencukupi. Tidak perlu mengambil pil vitamin yang berasingan kerana tujuan asalnya ialah untuk menampung kekurangan vitamin dan mineral daripada makanan. Pengambilan vitamin harian dapat membantu kesihatan jantung. Vitamin B6, B12 dan asid folik boleh mengurangkan risiko penyakit jantung seperti aritmia iaitu degupan jantung tidak teratur dan tetap, aterosklerosis (salur darah menjadi keras), masalah koronari jantung, serangan dan kegagalan jantung. Namun, makan pil multi vitamin saja tidak cukup kerana ia perlu disertakan dengan pengambilan serat dan senaman. Pengambilan vitamin harian dapat membantu meningkatkan paras tenaga. Punca utama keletihan ialah tekanan sama ada tekanan kerja, kewangan atau rumah tangga. Selain itu, gaya pemakanan tidak seimbang dan diet yang tidak disarankan doktor juga boleh menyebabkan keletihan. Untuk meningkatkan paras tenaga kita memerlukan vitamin B kompleks, zink, vitamin C, magnesium dan potasium - semuanya terkandung dalam pil multi vitamin. Pada masa sama, kita juga perlu minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari untuk mengembalikan kesegaran tubuh. Antara cara lain yang boleh dilakukan untuk meningkatkan paras tenaga ialah bersenam sekurang-kurangnya berjalan cepat selama 15 minit beberapa kali seminggu, kawal pengambilan gula, minuman mengandungi kafein dan alkohol; tidur secukupnya dan menyimpan 'diari paras tenaga' untuk mengenal pasti bila anda berasa sangat letih atau bertenaga. Seperti namanya, mikro nutrien diperlukan dalam kuantiti yang kecil. Oleh kerana kebanyakan orang tidak tahu sama ada makanan harian kita mempunyai cukup mikro nutrien, jadi pengambilan
sebiji pil multi vitamin sehari sudah memadai. Namun, bagi individu yang menghidap penyakit seperti penyakit buah pinggang kronik, disarankan mendapatkan nasihat doktor terlebih dulu sebelum mengambil sebarang pil makanan tambahan masalah berlebihan sesetengah nutrien tertentu dapat dielakkan. Selain itu, patuhi arahan pengambilan pil multi vitamin seperti yang tertera pada label dan pastikan ia diambil bersama air kosong atau suam dan bukannya teh mahu pun kopi. Ini penting bagi memastikan badan dapat menyerap khasiat yang diperlukan dengan lebih cekap dan berkesan.(Diperoleh dari WordWideWebhttp://www.hmetro.com.my)
5.0 Kesimpulan Secara amnya apabila seseorang mendapat makanan seimbang, ia akan menjadikan seluruh tubuh badan sihat, cergas, responsif dan bertenaga. Makanan seimbang bukan setakat perlu untuk kesihatan badan, tapi ia perlu untuk seluruh perkembangan fizikal dan mental manusia. Kesihatan akan bertambah baik jika tidak makan mengikut nafsu dan mengamalkan makanan seimbang. Berat badan dan risiko penyakit yang berkaitan dengan kegemukan dapat dikurangkan dan melanjutkan jangka hayat.
Diperoleh dari world wide web: http://ms.wikipedia.org/wiki/Gaya_seni_bina_Islam
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS FAKULTI SENI DAN MUZIK SESI 2007/2008 KOD KURSUS:UBM 1022 TAJUK ESEI: PEMAKANAN SEIMBANG NAMA: NURUL IZANI AINUN BINTI AHMAD ZAINI NO MATRIK: D20071030538 KOD DAN NAMA PROGRAM: (AT23 )PENDIDIKAN SENI KUMPULAN:R NAMA PENSYARAH: CIK ANIDA BINTI SARUDIN