Pelaburan Penternakan Ikan.docx

  • Uploaded by: KristtyKaixin
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pelaburan Penternakan Ikan.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,657
  • Pages: 12
Laporan: Penilaian Pelaburan (20%) i. Pengenalan Pelaburan ialah tindakan meletakkan dana bagi satu tempoh untuk memperoleh kadar pulangan yang dikehendaki, dengan menyedari sepenuhnya mengenai risiko yang terbabit. Perkara yang perlu diingat ialah walaupun kadar pulangan boleh dijangka, ia tidak terjamin. Dalam konteks ini, terdapat dua kaedah kewangan yang boleh digunakan untuk membantu aktiviti pelaburan iaitu nilai kini bersih (NPV) dan kadar pulangan dalaman (IRR). Kaedah NPV dan IRR dirujuk sebagai kaedah aliran tunai berdiskaun kerana ia menjadikan nilai masa wang faktor dalam penilaian projek pelaburan modal. NPV mengembalikan nilai bersih aliran tunai diwakili dalam dolar hari ini kerana nilai masa wang, menerima dolar hari ini adalah lebih bernilai daripada menerima dolar esok. NPV mengira nilai kini untuk setiap siri aliran tunai dan menambahnya bersama untuk mendapatkan nilai kini bersih. Seterusnya, IRR adalah berdasarkan NPV. Kadar pulangan terhitung adalah kadar faedah yang sepadan dengan nilai kini bersih 0 (sifar) dalam kaedah IRR.

ii. Isu yang berkaitan Encik Ali telah menerima imbuhan graduiti sebanyak RM 200 000 dan berhasrat untuk membuat pelaburan dalam bidang penternakan. Untuk mendapatkan maklumat, Encik Ali telah datang ke syarikat Panarama Ikan Sdn. Bhd dan berjumpa dengan saya. Sebagai pemilik syarikat Panarama Ikan Sdn. Bhd, saya telah menawarkan dua jenis pelaburan penternakan ikan kepada Encik Ali, iaitu pelaburan penternakan ikan Patin dan ikan Sardin. Berdasarkan nilai pelaburan yang disediakan oleh Encik Ali, saya telah menawarkan Encik Ali tempoh pelaburan selama 5 tahun dan kadar diskaun yang ditawarkan adalah sebanyak 14%. Berdasarkan kepada dua tawaran yang disertakan, saya telah menyediakan satu proposal yang menunjukkan kelebihan kedua-dua pelaburan berdasarkan unjuran kadar pulangan dalaman (IRR) dan nilai kini bersih (NPV)

bagi penternakan ikan tersebut supaya Encik Ali dapat memilih pelaburan yang lebih menguntung.

iii. Kelebihan dan kekurangan Kebaikan teknik NPV termasuklah ia menggunakan aliran tunai dan bukan keuntungan perakaunan dan mengambil kira penjadualan aliran tunai dengan menggunakan aliran tunai terdiskaun atau konsep nilai masa wang. Selain itu, ia mengambil kira semua aliran tunai projek dan kriteria NPV mengikut konsep kekayaan pemilik di mana secara teori, NPV projek mewakili pengukuran eksplisit bagi peningkatan atau penurunan nilai firma dan kekayaan pemilik. Walau bagaimanapun, NPV juga terdapat keburukan. Pertama, pengiraan NPV agak kompleks kerana ia memerlukan kefahaman yang lebih mendalam bagi konsep dan pengiraan nilai kini dan pengiraan NPV memerlukan maklumat ke atas kos modal untuk projek yang sukar untuk dikenal pasti. Seterusnya, IRR juga mempunyai banyak kelebihan. Seperti kriteria NPV, IRR menggunakan aliran tunai dan bukan keuntungan perakaunan sebagai asas pengiraan dan IRR juga mengambil kira nilai masa wang dalam pengiraan. Dalam kebanyakan situasi, teknik IRR memberikan penyelesaian secara selari dengan teknik NPV. Hal ini demikian kerana apabila projek yang mempunyai IRR lebih dari k, maka NPV juga lebih dari 0. (i) Jika k > IRR, NPV < 0 ; projek ditolak; (ii) Jika k < IRR, NPV > 0; projek diterima; dan (iii) Jika k = IRR, NPV = 0; projek diterima. Untuk keburukan IRR, pengiraan IRR adalah lebih rumit berbanding dengan NPV. Maklumat diperlukan ke atas kos modal projek di mana ia agak sukar untuk dikenal pasti dan keputusan sukar dibuat apabila IRR berganda, situasi di mana penyelesaian persamaan matematik bagi IRR memberikan lebih dari satu jawapan.

iv. Pengiraan yang terlibat Projek A: Pelaburan Penternakan Ikan Patin Nilai Kini Bersih (NPV) Nilai pelaburan: RM 200,000 Tempoh pelaburan: 5 tahun Kadar diskaun: 14% = 0.14% Nilai aliran tunai asal: TAHUN

ALIRAN TUNAI ASAL (RM)

0

200,000

1

95,000

2

75,500

3

50,500

4

80,500

5

60,000

Garis masa: 1

0

200,000

95,000

2

3

4

5

75,500

50,500

80,500

60,000

Nilai kini aliran tunai 

Formula

𝑆 𝑃= (1 + 𝑟)𝑛 S= nilai tunai asal

n= tempoh pelaburan

r= nilai diskaun

Pengiraan nilai kini aliran tunai untuk 5 tahun adalah seperti berikut: TAHUN

ALIRAN TUNAI

PENGIRAAN

NILAI KINI

ASAL (RM)

NILAI KINI

ALIRAN TUNAI

ALIRAN

(RM)

1

95,000

95,000 (1 + 0.14)1

83,333.33

2

75,500

75,500 (1 + 0.14)2

58,094.80

3

50,500

50,500 (1 + 0.14)3

34,086.06

4

80,500

80,500 (1 + 0.14)4

47,662.46

5

60,000

60,000 (1 + 0.14)5

31,162.12

JUMLAH

Nilai kini bersih: NPV = nilai kini aliran tunai – nilai pelaburan NPV = RM 254,338.77 – RM 200,000 = RM 54,338.77 Nisbah Keuntungan Indeks keberuntungan (Protitability index) Formula PI:

254,338.77

Di mana

=

nilai masa kini bagi aliran tunai tahunan, =

PI =

pelaburan awal

RM254,338.77

𝑅𝑀200,000.00

= 1.27

Kadar Pulangan Dalaman (IRR) R = 26%

Rajah 1:

Kaedah pengiraan IRR menggunakan perisian Excel

Rajah 2:

Hasil pengiraan IRR menggunakan perisian Excel

Projek B: Pelaburan Penternakan Ikan Sardin Nilai Kini Bersih (NPV) Nilai pelaburan: RM 200,000 Tempoh pelaburan: 5 tahun

Kadar diskaun: 14% = 0.14% Nilai aliran tunai asal: TAHUN

ALIRAN TUNAI ASAL (RM)

0

200,000

1

78,000

2

60,500

3

68,500

4

55,000

5

85,500

Garis masa: 1

0

200,000

78,000

2

3

4

5

60,500

68,500

55,000

85,500

Pengiraan nilai kini aliran tunai untuk 5 tahun adalah seperti berikut: TAHUN

ALIRAN TUNAI

PENGIRAAN

NILAI KINI

ASAL (RM)

NILAI KINI

ALIRAN TUNAI

ALIRAN

(RM)

1

78,000

78,000 (1 + 0.14)1

68,421.05

2

60,500

60,500 (1 + 0.14)2

46,552.79

3

68,500

68,500 (1 + 0.14)3

46,235.55

4

55,000

55,000 (1 + 0.14)4

32,564.42

5

85,500

85,500 (1 + 0.14)5

44,406.02

JUMLAH

Nilai kini bersih: NPV = RM 238,179.83 – RM 200,000 = RM 38,179.83

Nisbah Keuntungan Indeks keberuntungan (Protitability index)

PI =

RM238,179.83

𝑅𝑀200,000.00

= 1.19

Kadar Pulangan Dalaman (IRR) R = 22%

238,179.83

Rajah 1:

Kaedah pengiraan IRR menggunakan perisian Excel

Rajah 2:

Hasil pengiraan IRR menggunakan perisian Excel

v. Analisis perbandingan serta justifikasi Perbandingan antara dua projek

Projek

Penternakan Ikan Patin

Aliran tunai keluar

Penternakan Ikan Sardin

RM 200 000

Nilai Masa Kini, NPV

RM 54,338.77

RM 38,179.83

Indeks Keberuntungan,

1.27

1.19

26%

22%

3 tahun 7 bulan

4 tahun 2 bulan

PI Kadar Pulangan Dalaman, IRR Tempoh dapat balik pelaburan Jadual 1 Terdapat beberapa faktor yang akan mempengaruhi kualiti sesuatu pelaburan. Antaranya termasuklah aliran tunai keluar, tempoh pelaburan, kadar diskaun, Nilai Masa Kini (NPV), Indeks Keberuntungan (PI), Kadar Pulangan Dalaman (IRR) dan tempoh dapat balik pelaburan. Dalam konteks ini, aliran tunai keluar yang dikeluarkan oleh Encik Ali adalah sebanyak RM 200,000 dan tempoh pelaburan yang ditawarkan kepadanya adalah 5 tahun. Seterusnya, kadar diskaun untuk dua jenis pelaburan ialah 14% selama 5 tahun. Berdasarkan jadual 1, terdapat perbezaan antara kedua-dua projek yang ditawarkan kepada Encik Ali. Jika memperhatikan jadual ini, dapat didapati bahawa NPV bagi pelaburan penternakan ikan Patin adalah lebih tinggi berbanding dengan penternakan ikan Sardin iaitu RM 54,338.77 bagi pelaburan penternakan ikan Patin dan RM 38,179.83 bagi ikan Sardin. Dengan ini, jurang NPV bagi keduadua projek ini adalah agak besar iaitu RM 16,158.94 dan nisbah keuntungan untuk penternakan ikan Patin: penternakan ikan Sardin ialah 1.4232: 1.0000. Selain itu, PI bagi projek penternakan ikan Patin iaitu 1.27 juga lebih tinggi berbanding dengan penternakan ikan Sardin yang terdapat hanya 1.19 sahaja. Tambahan pula, peratusan IRR yang lebih tinggi adalah dari penternakan ikan Patin. Sebagaimana yang telah dinyatakan dalam jadual 1, IRR bagi penternakan ikan Patin ialah 26% manakala 22% untuk penternakan ikan Sardin. Jurangnya adalah sebanyak 4% bagi kedua-dua penternakan tersebut. Selain itu, projek penternakan ikan Patin membolehkan Encik Ali mendapat kembali jumlah

wang pelaburannya lebih cepat daripada projek penternakan ikan Sardin. Melalui projek penternakan ikan Patin, Encik Ali hanya memerlukan 3 tahun 7 bulan untuk mendapat kembali wang pelaburannya manakala memerlukan 4 tahun 2 bulan untuk mendapat kembali wang pelaburannya jika memilih projek penternakan ikan Sardin. Oleh itu, projek penternakan ikan Patin adalah projek yang lebih berbaloi untuk Encik Ali.

vi. Cadangan Berdasarkan analisis terhadap kedua-dua pelaburan penternakan ikan Patin dan ikan Sardin, saya mendapati kedua-dua projek penternakan ini boleh dipilih oleh Encik Ali untuk membuat pelaburan. Hal ini demikian kerana keduadua projek penternakan ini mempunyai nilai positif dalam NPV dan juga IRR. Ini bermaksud pelaburan tersebut dapat membawa keuntungan kepada Encik Ali. Walau bagaimanapun, projek penternakan yang lebih baik jika dibandingkan ialah projek penternakan ikan Patin kerana projek ini membawa keuntungan yang lebih banyak berbanding dengan projek penternakan ikan Sardin. Oleh itu, projek penternakan yang akan ditawarkan kepada Encik Ali ialah penternakan ikan Patin. Pertama sekali, penternakan ikan Patin lebih berbaloi kepada Encik Ali kerana NPV, PI dan IRR projek tersebut semua lebih tinggi daripada projek yang kedua. Hal ini dapat membantu Encik Ali mendapat keuntungan yang lebih lumayan. Lebih-lebih lagi, Encik Ali perlu memilih projek penternakan ikan Patin kerana projek ini membolehkannya mendapat kembali jumlah wang pelaburan dengan jangka masa yang lebih pendek berbanding dengan projek penternakan ikan Sardin. Bagi projek penternakan ikan Sardin, projek ini memerlukan 4 tahun 2 bulan untuk mendapat kembali wang pelaburan iaitu RM 200,000. Namun, jika Encik Ali memilih projek penternakan ikan Patin, dia boleh mendapat kembali wang pelaburannya dalam masa 3 tahun 7 bulan sahaja, iaitu sebanyak RM 203,317.29 dan RM 3,317.29 lebih daripada jumlah pelaburan yang dikeluarkan oleh Encik Ali. Oleh itu, jika Encik Ali memilih projek tersebut, beliau akan

mendapat keuntungan yang lebih baik dan mengalami risiko yang lebih rendah. Hal ini demikian kerana sesuatu pelaburan sudah pasti ada risiko, selagi lama tempoh pelaburan, selagi besar risikonya. Oleh itu, pemilihan projek ikan Patin dapat membantu Encik Ali mengurangkan risiko dalam pelaburan dan mendapat balik wang pelaburannya dalam jangka masa yang lebih pendek serta mendapat keuntungan dalam tempoh masa yang singkat. Di sebaliknya, sekiranya Encik Ali membuat pelaburan yang memerlukan jangka masa yang panjang untuk mendapat kembali wang pelaburannya, kemungkinan akan berlaku perkaraperkara yang tidak diingini sehingga merugikan Encik Ali. Justeru, projek penternakan ikan Patin akan ditawarkan kepada Encik Ali supaya dia dapat memperoleh keuntungan yang lebih banyak dan mengurangkan risiko pelaburan.

vii. Kesimpulan Kesimpulannya,

sebagai

pengguna

yang

bijak,

kita

perlu

mempertimbangkan dan mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan dengan pelaburan daripada syarikat berkenaan sebelum membuat sesuatu pelaburan untuk memastikan keuntungan sendiri dapat dijamin. Sebagai rujukan, kita perlu memilih pelaburan yang menawarkan IRR dan NPV yang mempunyai nilai yang lebih tinggi supaya dapat mengurangkan risiko pelaburan kita. Jika kita dapat memilih pelaburan yang betul dan sesuai dengan sendiri, maka pelaburan itu akan banyak membantu dalam kehidupan kita.

Related Documents


More Documents from ""

April 2020 10
Pengenalan Segak.docx
June 2020 2
Gec1033.docx
April 2020 4