Pameran Program Perkongsian Pintar Pembestarian Sekolah

  • Uploaded by: Krull Hzm
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pameran Program Perkongsian Pintar Pembestarian Sekolah as PDF for free.

More details

  • Words: 2,138
  • Pages: 9
Pameran  Program  Perkongsian  Pintar  ke  Arah  Pembestarian  Sekolah Kebangsaan 2007  Tempat  : Sekolah Kebangsaan Ayer Keroh, Lebuh Ayer Keroh, Melaka  Tarikh  : 19 November 2007  Masa  : 8.00 pagi hingga 5.00 petang  Majlis Perasmian oleh: YB Menteri Pelajaran 

Konsep 

Pameran  ICT  ini  merupakan  pameran  bahan  teknologi,  penyelesaian  ICT  dan  kelengkapan  sebenar  yang  telah  dilaksanakan  oleh  pihak  swasta  di  sekolah.  Ia  juga  akan  memperlihatkan  bagaimana  syarikat  swasta,  berperanan  membantu  dan  mendedahkan  teknologi  maklumat dan komunikasi (ICT) serta  bagaimana  kemudahan  ICT  sedia  ada  di  sekolah  boleh  membantu  mempercepatkan  proses  membestari  dan  memperkasakan sekolah.  Melihat  kerjasama  antara  kementerian  dengan  pihak  swasta  yang  berfokus  kepada  ICT  dengan  menunjukkan  penyelesaian/program  yang  dilaksanakan  boleh  disesuaikan  dengan  kemudahan  dan  kemahiran  sedia  ada.  Menunjukkan  kepada  masyarakat  bahawa  idea  dan  konsep  yang  diamalkan  oleh  pihak  swasta  boleh dipraktikkan di pelbagai peringkat sekolah. 

Tujuan  Sebagai  platform  untuk  menghimpun  semua  program  khususnya  dalam  bidang  ICT  yang  telah  dan  sedang  dibuat  oleh  agensi  luar  untuk  membantu  sektor  pendidikan  sebagai  usaha  bersama.  Usaha  ini  adalah  sebagai  strategi  pembestarian  sekolah  untuk  membantu  sekolah  meningkatkan  pembudayaan  ICT.  Di  samping  mengiktiraf  usaha­usaha  yang  telah  dibuat  oleh  semua  pihak  sebagai usaha yang positif dan perlu diteruskan untuk dimanfaatkan dalam sektor  pendidikan. 

Objektif ·

Mempromosikan  inisiatif­inisiatif  ICT  pihak  swasta  dalam  membantu  Kementerian Pelajaran 1 

Mendedahkan  idea  dan  perkembangan  serta  informasi­informasi  terkini  dalam ICT oleh pihak swasta · Meningkatkan  penglibatan  rakan  kongsi  Kementerian  Pelajaran  Malaysia  dalam usaha melonjakkan penggunaan ICT di dalam bilik darjah · Memotivasi  dan  menggalakkan  guru  menggunakan  ICT  dalam  proses  pembelajaran dan pengajaran mereka · Menggalak dan mempertingkatkan perkongsian bahan­bahan pengajaran · Mempamerkan  kebolehan  sekolah  khususnya  guru  dan  pelajar  dalam  menggunakan  kemudahan  ICT  bagi  meningkatkan  kemahiran  dalam  membantu  mempercepatkan  proses  pembestarian  sekolah.  ICT  sebagai  alat  untuk  memudahkan  penyampaian  dan  penerimaan  pengajaran  dan  pembelajaran  dengan  mengabung  jalinprogram  yang  dilaksanakan  oleh  swasta. · Mengiktiraf  peranan  dan  sumbangan  yang  telah  diberikan  oleh  syarikat  swasta dalam  membantu kementerian mengwujudkan budaya penggunaan  ICT  dalam  persekitaran  sekolah  (pengurusan  dan  pengajaran  dan  pembelajaran)  ·

Latar belakang  Pameran  Program  Perkongsian  Pintar  ke  Arah  Pembestarian  Sekolah  Kebangsaan  2007  ini  adalah  sempena  dengan  pelancaran  bulan  memperkasa  Sekolah  Kebangsaan  yang  berlangsung  dalam  bulan  November  2007.  Ia  merupakan  salah  satu  daripada  5  aktiviti  utama  Memperkasa  SK  selain  dari  Wacana  Memperkasa  Sekolah  Kebangsaan,  Karnival  Prasekolah,  Anugerah  Sekolah Cemerlang dan Anugerah Kokurikulum.  Penglibatan  syarikat  swasta  dalam  sektor  pendidikan  telah  bermula  sejak  awal  tahun  2000.  Jumlah  sumbangan  syarikat  swasta  dalam  membantu  sektor  pendidikan  mencecah  puluhan  juta  ringgit  sejak  ia  mula  diperkenalkan.  Sumbangan  dan  bantuan  yang  diberikan  dilihat  sebagai  sesuatu  yang  sangat  berharga  dan  perlu  dimanfaatkan  untuk  kebaikan  sektor  pendidikan.  Program­  program  yang  telah  dan  sedang  dilaksanakan  termasuk  berkaitan  dengan  perkakasan,  perisian,  latihan  ICT,  sekolah  angkat,  aplikasi  dan  penyelesaian  sistem pengurusan.  Kementerian Pelajaran Malaysia melihat perkembangan ini sebagai satu indikator  yang  positif  ke  arah  memantapkan  pendidikan  Negara  dan  menjadikannya  ia  sebagai  kerjasama  pintar  (smart  partnership)  dalam  pendidikan.    Kementerian  Pelajaran  senantiasa  membuka  pintu  dan  membuka  ruang  yang  lebih  kepada  semua  pihak  menyumbang  dan  membantu  bidang­bidang  yang  dikenalpasti  memerlukan  sokongan.  Bagi  mengiktiraf  kerjasama  yang  diberikan,  kementerian  sering  menjemput  pihak  swasta  dalam  program­program  pendidikan  dan  mempelawa untuk turut sama terlibat.  Bermula dengan Konvensyen Kebangsaan Guru Dalam ICT 2006 yang melibatkan  syarikat  swasta  dikenali  sebagai  Smart  Education  Partnerships  (SEP),  kementerian  telah  menjadikannya  sebagai  platform  utama  untuk  mengiktiraf  peranan mereka. Pihak swasta juga perlu melihat bidang­bidang yang bersesuaian  sebelum  merancang  pelaksanaan  program  dengan  pihak  kementerian.  Ini  boleh  dilaksanakan dengan mengambil kira program­program yang sedia ada di sekolah 2

atau  masih  berada  dalam  perancangan  kementerian.  Kepakaran  syarikat  swasta  dalam  bidang  teknologi  sangat  signifikan  dan  boleh  dikongsi  untuk  meningkatkan  kemahiran ICT guru khususnya dan sekolah amnya.  Pameran  Program  Perkongsian  Pintar  ke  arah  Pembestarian  Sekolah  Kebangsaan  2007  sempena  bulan  Memperkasa  Sekolah  Kebangsaan  untuk  pertama  kali  ini  telah  menjemput  agensi­agensi  luar  bagi  membuktikan  bahawa  semua pihak memberikan komitmen penuh untuk memantapkan sektor pendidikan  dinegara  ini.  Syarikat­syarikat  multinasional  seperti  Intel,  AMD,  ORACLE,  Microsoft,  SAMSUNG  dan  IBM  bekerjasama  dengan  syarikat  tempatan  seperti  MAXIS,  Telekom  Malaysia  dan  MDeC  dalam  program  perkongsian  pintar  dengan  kementerian.    Apa  yang  membanggakan  ialah  Kementerian  Tenaga  Air,  dan  Komunikasi  turut  mengambil  inisiatif  membantu  pihak  Kementerian  Pelajaran  Malaysia meningkatkan kemudahan infostruktur ICT sekolah. 

Rasional ·

Pameran  ini  adalah  sebahagian  dari  inisiatif  dan  bentuk  usahasama  yang  telah  dibuat  oleh  pihak  swasta  dengan  kerajaan.  Ia  juga  merupakan  platform pertemuan  semua  pihak  bagi  menghargai  usaha  guru­guru  dalam  penggunaan  dan  inovasi  ICT  di  sekolah­sekolah  menerusi  program­  program yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan pihak  swasta. Di samping itu ia juga bagi mengiktiraf dan menghargai kerjasama  dan  kolaboratif  semua  pihak  dalam  memajukan  pelaksanaan  program  ICT  di  sekolah  sama  ada  usaha  berkenaan  adalah  inisiatif  kerajaan  atau  swasta.

·

Sektor  pendidikan  adalah penyumbang  utama  kepada  pembekalan  tenaga  berkualiti  kepada  negara.  Sehubungan  dengan  itu  tanggungjawab  dan  usaha  bersama  harus  wujud  di  kalangan  sektor  swasta  dengan  kerajaan  bagi menghasilkan sistem pendidikan yang berkualiti dan dapat melahirkan  pelajar yan mampu mencipta dan bersaing di peringkat antarabangsa. 

Harapan ·

Memberikan gambaran sebenar pelaksanaan inisiatif ICT di sekolah oleh  swasta kepada orang ramai bagi membuktikan bahawa penyelesaian  tersebut boleh dilaksanakan

·

Memberikan ruang dan peluang kepada pihak swasta untuk bekerjasama  membantu sekolah

·

Mengiktiraf peranan dan fungsi yang diberikan oleh swasta khususnya  melaksanakan ICT di sekolah

·

Menggalakkan peranan swasta dan memangkin usaha kerajaan dalam  mengembleng tenaga membantu sektor pendidikan 3 

Ringkasan  Pameran  Program  Perkongsian  Pintar  ke  arah  Pembestarian Sekolah Kebangsaan 2007  Intel  –  Latihan  guru,  Excellence  in  Science  and  Math  for  K­12  Education,Technology innovation at Universities, Community learning, dan lain­lain  projek  komuniti  dan  penggunaan  Interaktif  White  Board  dalam  bilik  darjah  oleh  Smart Board. Kumpulan sasaran adalah 80 % penglibatan murid.  SAMSUNG  –  digital  class  room  –  mempamerkan  konsep  penyampaian  Pengajaran  dan  Pembelajaran  menggunakan  peralatan  ICT  dalam  usaha  untuk  meningkatkan  pembudayaan  ICT  di  sekolah.  Kumpulan  sasaran bagi  program  ini  adalah guru dan murid.  Time  Engineering  –  Menjadikan  5  sekolah  sebagai  sekolah  angkat  dengan  memberikan  ruang  kepada  komuniti  setempat  berkongsi  pengalaman  dan  kemahiran  dengan  sekolah.  Sekolah  dibekalkan  dengan  peralatan  ICT  seperti  computer,  pencetak,  LCD,  perisian,  rangkaian  internet  dan  latihan  kepada  guru.  Sumbangan berbentuk kewangan juga diberikan kepada murid sekolah.  Microsoft / Prestariang – Pendedahan penggunaan ICT kepada guru menjadikan  guru  lebih  inovatif  dan  kreatif  dalam  keadah  menyampaikan  pengajaran  serta  menjadikan  suasana  pembelajaran  lebih  menarik.  Guru­guru  yang  dipilih  adalah  dari  mereka  yang  telah  mewakili  Malaysia  dalam  PROGRAM  MICROSOFT  PARTNERS IN LEARNING ­ Innovative Teachers Conference ­  Asia Pacific Seoul  di  Korea  Selatan,  di  Bangkok,  Thailand  dan  di  Siem  Reap,  Kemboja.  Kumpulan  sasaran  adalah  guru  Matematik  dan  guru  Sains  sekolah  menengah  dan  rendah.  Program  ini  menawarkan  ‘multimedia­based  courseware’  yang  diolah  dan  disepadankan dengan kurikulum sekolah serta merangkumi contoh­contoh terbaik  pengintegrasian  ICT  dalam  pelbagai  subjek  untuk  membantu  para  guru  meningkatkan  keyakinan  dalam  membuat  keputusan  dan  pilihan  tentang  bagaimana menggunakan ICT secara efisyen dan efektif.  KTAK/GITN  –  Menyediakan  kemudahan  talian  jalur  lebar  kepada  sekolah  untuk  mengakses  internet  melibatkan  penggunaan  tiga  jenis  teknologi  iaitu  terminal  bukaan  sangat  kecil  (VSAT),  wayarless  dan  talian  asimetrik  digital  pelanggan  (ADSL).  Pemilihan  jenis  teknologi  yang  digunakan  adalah  bergantung  kepada  lokasi  sekolah  serta  kesesuaian  dan  kemudahan  fizikal  sedia  ada.  Kementerian  Pelajaran  Malaysia  telah  meminta  GITN  melaksanakan  Perkhidmatan  Keselamatan  Terurus  (Managed  Security  Services  atau  MSS).    MSS  digunakan  bagi memantau dan mengawasi penggunaan rangkaian keselamatan penggunaan  Internet. GITN  turut terlibat dengan projek­projek seperti penajaan peralatan ICT  bagi  projek  K­Perak  e­Learning  Cluster  No.  1  (KPEC),  pengambilan  25  buah  sekolah angkat seluruh Malaysia (GTL Schools) dan penyediaan portal SchoolNet  yang dikenali sebagai SchoolZone.  IBM  ­  Kidsmart  Early  Learning  –  bahan­bahan  prasekolah  dengan  menumpukan  kepada peralatan berkonsepkan ICT untuk menjalankan aktiviti di kalangan kanak­  kanak prasekolah.  ORACLE  –  Think.Com  merupakan  portal  pendidikan  global  yang  telah  dibina  khusus  untuk  murid  dan  juga  guru  untuk  berinteraksi,  berkomunikasi  dan  juga  berkolaborasi  secara  online.  Ia  disediakan  oleh  Oracle  Education  Foundation 4 

(OEF)  secara  percuma.  Komuniti  sasaran  terdiri  daripada  murid  yang  berusia  di  antara  7  hingga  17  tahun    yang  berada  didalam  pendidikan  formal.  Di  Malaysia,  program Think.Com ini telah dilaksanakan di 822 buah sekolah.  TELEKOM MALASIA BERHAD  Inisiatif  dilaksanakan  secara  meluas  melibatkan  507  buah  sekolah  di  sekitar  negara.  Program­program  yang  dilaksanakan  oleh  Kumpulan  TM  adalah  seperti  berikut: · Projek TM eSchool, Program Celcom Xchange, Projek TM Net Cyber  School, Sekolah Angkat TM / Kementerian Tenaga, Air & Komunikasi /  Khazanah Nasional dan Program Sekolah Angkat K­Perak eLearning  Cluster – GITN  Projek TM eSchool merupakan salah satu program Tanggung jawab Sosial  Korporat Kumpulan TM dalam Sektor Pendidikan. Projek fasa pertama telah  dilancarkan pada 28hb April 2007 di 3 sekolah iaitu SMK USJ 12, Subang Jaya,  Selangor, SMK Seksyen 11, Shah Alam, Selangor dan SM (Laki­laki)  Methodist, Kuala Lumpur.  Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah memperkenalkan  “Klang  Valley  Broadband  Push  Initiative  (KVB90)”  dan  projek  sekolah    angkat  merupakan  salah  satu  aktiviti  dibawah  program  tersebut.  4  sekolah  di  kawasan  Lembah Klang telah dikenalpasti menggunakan konsep eSchool : · SMK  Cyberjaya,  SMK  St.  John,  SK  Taman  Tun  Dr.  Ismail,  Sekolah  Menengah Agama Bestari JAIS  Matlamat dan objektif adalah: · Untuk  menaiktaraf  infrakstruktur  dan  perkhidmatan  jalur  lebar  di  institusi­  institusi awam. · Menggalakkan penggunaan ICT di kalangan guru, pelajar dan ibubapa. · Menggalakkan  penggunaan  aplikasi  sekolah  berasaskan  web  untuk  membantu dan memudahkan pentadbiran harian sekolah. · Membolehkan  guru  dan  pelajar  menikmati  proses  pengajaran  dan  pembelajaran secara online. · Menggalakkan  gaya  hidup  online  dengan  menggunakan  kemudahan  infrastruktur jalur lebar yang disediakan. 

MDeC  –  Konsep  pembestarian  untuk  88  Sekolah  Bestari,  WSMS  yang  telah  dirintiskan di sekolah dan penggunaan SSQS. Demo pembelajaran menggunakan  interactive  white  board.  Mempamerkan  laman  web  MSC  Malaysia,  e­Bahan  dan  LCMS  KTAK/MAXIS – Konsep latihan ICT kepada pelajar sekolah rendah. Mendedahkan  ICT  di  peringkat  awal  persekolahan  dengan  memfokus  kepada  pelajar  tahun  4  untuk  menggunakan  aplikasi  ICT  dalam  kehidupan  seharian.  Mockup  bilik  darjah  seperti di dalam kem latihan kumpulan sasaran pelajar tahun  4 akan dipamerkan.  AMD  –  Mempamerkan  penyelesaian  teknologi  Smart  ThinClient  kepada  sekolah.  Penyelesaian  teknologi  Smart  ThinClient  dapat  membantu  mengurangkan  kos,  mengurangkan  masa  dan  tenaga  guru  mengurus  dan  menyelenggara  makmal  komputer.  Penyimpanan  dan  penyebaran  bahan  Pengajaran  dan  Pembelajaran 5 

dapat  dilakukan  dengan  lebih  berkesan  di  samping  dapat  meningkatkan  penggunaan komputer di sekolah.  KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA  Pelaksanaan  PPSMI  mengikut  fasa  Fasa  1­3,  Fasa  4  dan  5  (ada  elemen,  Audio  Box,  PC  di  makmal  sains)  dan  Fasa  6.  Menunjukkan  perbezaan  dari  segi  susun  atur  perkakasan  yang  dibekalkan  bagi  menunjukkan  kesungguhan  kementerian  dalam  usaha  melengkapkan  sekolah  dengan  kemudahan  ICT.  Bahagian  Perolehan  dan  Pengurusan  Aset  Kementerian  Pelajaran  Malaysia  bertangungjawab  menguruskan  perkara  ini  dengan  kerjasama  Time  System  Integrator dan KUB/MIMOS.



Agensi yang terlibat dalam Pameran Program Perkongsian Pintar  ke Arah Pembestarian Sekolah Kebangsaan 2007  1. 

Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi  Blok E4 & 5, Kompleks Pejabat Kerajaan Parcel E  Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan  62604 Putrajaya  (u.p. Encik Ahmad Amin bin Esa)  Maxis Communications Berhad  Aras 18, Menara Maxis, Kuala Lumpur City Centre  Off Jalan Ampang, 50088 Kuala Lumpur  (u.p. Puan Norliza binti Samsudin)  Warisan Global Sdn. Bhd.  Tingkat 1, Wisma Eng Choon, 55­59, Jalan Ampang  50450 Kuala Lumpur  (u.p. Puan Nurul Ashiqin binti Mohd. Nasir)  GITN Sdn. Berhad  Aras 31, Menara TM, Jalan Pantai Baharu, 50672 Kuala Lumpur  (u.p. Encik Edzlyzam bin Md. Ali) 

2. 

Intel Electronics (Malaysia) Sdn. Bhd.  Lot 102, Tingkat 1, Tower A  HP Towers, No. 12, Jalan Gelenggang, Damansara Heights  50490 Kuala Lumpur  (u. p. Puan Amy Hashmida binti Hashim) 

3. 

SAMSUNG Malaysia Electronics Sdn. Bhd.  3B­9­3A, Aras 9, Blok 3B, Plaza Sentral  Jalan Stesen Sentral 5, KL Sentral, 50470 Kuala Lumpur  (u.p. Cik Lee Shin Mei) 

4. 

TIME Engineering Berhad  Aras 11, Wisma TIME, 249, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur  (u.p. Puan Sharifah binti Kasim)  TIME Systems Integrators Sdn. Bhd.  Aras 8, Wisma TIME, 249, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur  (u.p. Mejar (B) Mohamed bin Kamis) 

5. 

Microsoft (Malaysia) Sdn. Bhd.  Aras 30, Tower 2  Petronas Twin Towers, Kuala Lumpur City Centre  Off Jalan Ampang, 50088 Kuala Lumpur  (u.p. Encik Farad Alhusaini) 

6. 

Prestariang Technology Sdn. Bhd.  Aras 3, Plaza FSBM  3539, Jalan Teknokrat 7, 63000 Cyberjaya  (u.p. Encik Abdul Hamid bin Abdul Rahman) 7 

7. 

IBM (Malaysia) Sdn. Bhd.  Tingkat 19, Plaza IBM  8, First Avenue  Persiaran Bandar Utama  47800 Petaling Jaya  (u.p. Puan Isma Shahtulaswan binti Ismail) 

8. 

AMD Far East Ltd.  Aras 40, Tower 2  Petronas Twin Towers  Kuala Lumpur City Centre  Off Jalan Ampang  50088 Kuala Lumpur  (u.p. En. Zaini Hussain/Puan Erma Zahayu binti Ahmad) 

10. 

Multimedia Development Corporation (MDeC)  MSC Headquarters  2360 Persiaran APEC  63000 Cyberjaya 

14. 

Oracle Corporation Malaysia Sdn. Bhd.  Aras 38, Menara Citibank  165, Jalan Ampang  50450 Kuala Lumpur  (u.p. Puan Hayati binti Harudin) 

17. 

Telekom Malaysia Berhad  Tingkat 51, Aras Utara,  Menara TM, Jalan Pantai Baharu  50672 Kuala Lumpur  (u.p. Puan Zainon binti Haji Ahmad)



ATUR CARA MAJLIS 

1000  1015 

1300 

Ketibaan Tetamu Jemputan  Ketibaan Pegawai­Pegawai Kanan Kementerian Pelajaran Malaysia  Ketibaan Y. B. Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein  §  Lagu Negaraku  §  Bacaan Doa  Ucapan Aluan  §  Pengerusi Jawatan Kuasa Pelaksana  Pameran Program Perkongsian Pintar Ke Arah Pembestarian  Sekolah Kebangsaan  2007  Ucapan Perasmian oleh Menteri Pelajaran Malaysia  §  Y. B. Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein  Persembahan Multimedia  Penghargaan Inisiatif Swasta  Penyampaian Sijil dan Cenderamata  Lawatan ke Tapak Pameran  Jamuan Makan Tengahari


Related Documents


More Documents from "Yus"