Orientasi Tumbuhan

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Orientasi Tumbuhan as PDF for free.

More details

  • Words: 3,659
  • Pages: 21
10 Pengenalan

Pada 18 September 2008 yang lalu, saya, Imran bin Jamaluddin dan ahli kumpulan saya yang lain iaitu Azmil bin Joni , Nur Syamazatulaini binti Abd Samat , Umey ak Chu , Nur Hasliza binti Mohd . Nawi , dan Siti Hafiza binti Ibrahim telah pergi ke Proton City Tanjong Malim , Perak Darul Ridzuan. Kami diberi tugasan untuk membuat kajian mengenai tumbuhan yang ada di kawasan Proton City . Setelah membuat sedikit perbincangan, kami memilih Proton City , Tanjong Malim , Perak Darul Ridzuan sebagai lokasi kajian kami. Hal ini adalah kawasan tersebut merupakan hutan primer dan banyak khazanah hutan yang terdapat di hutan primer ini. Kami telah bertolak pada pukul 7.30 pagi dan sampai di sana kira-kira pada pukul 8.30 pagi . Dalam membuat kajian ini, kami dibimbing oleh Encik Mohd Hairy bin Ibrahim dan Encik Azmi bin Baharom . Mereka merupakan pensyarah kami . Mereka telah banyak membantu kami dalam menyempurnakan kerja kursus kami ini. Dalam membuat kajian ini, kami diberi sedikit penerangan mengenai kajian yang akan kami lakukan dan jenis-jenis tumbuhan yang terdapat di Hutan Simpan Bukit Tapah itu. Dalam kajian ini, kami dapat mengetahui serba sedikit mengenai jenis tumbuhan yang ada di hutan jenis primer ini dan tumbuhan yang mendominasi kawasan tersebut.

1.1

Latar Belakang Kajian 1

Berdasarkan tugasan yang telah diberi, kami memulakan kerja di Proon City , Tanjong Malim , Perak ini dengan mengambil gambar terlebih dahulu. Selepas itu, kami menyenaraikan semua jenis tumbuhan yang ada . Dalam membuat kajian di sini , kami telah mencari dan mengenalpasti mengenai kegunaan dan fungsi tumbuhan tersebut kepada kehidupan manusia. Kami juga mengambil beberapa helai daun untuk dibuat sampel dan sebagai rujukan kami semasa membuat kertas kerja ini nanti. Kami mendapati bahawa terdapat pelbagai jenis tumbuh - tumbuhan besar yang terdapat di kawasan kajian , berbanding dengan tumbuh-tumbuhan jenis renek dan lantai. Namun begitu, masih terdapat tumbuh-tumbuhan renek dan lantai di sesuatu kawasan . Namun begitu , populasinya tidak begitu dominan . Setelah semua data telah kami kumpul, kami terus pergi ke pejabat Proton City untuk mendapatkan nama-nama saintifik bagi setiap jenis tumbuhan yang kami peroleh . Selain itu , kami juga telah mendapatkan maklumat nama saintifik di laman web yang telah di kenalpasti . Kami juga tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan maklumat mengenai tumbuh – tumbuhan di Proton City serta sumbangan hutan tersebut kepada masyarakat setempat , khususnya negeri Perak dan Malaysia amnya . Setelah selesai, kami pulang ke Kolej Aminuddin Baki kira-kira pada pukul 10.00 pagi .

1.2

Penyataan Masalah

2

Dalam membuat kajian mengenai inventori tumbuhan ini, kami dapat menyelesaikan beberapa masalah yang membelenggu kami sebelum kami menyiapkan kerja kursus ini. Antara penyataan masalah yang dapat diatasi ialah:

i. Menghuraikan permasalahan dalam mencari lokasi yang bersesuaian dengan tugasan yang telah diberi oleh pensyarah . ii. Menjelaskan permasalahan dalam mendapatkan nama saintifik bagi setiap jenis tumbuhan yang ada di kawasan yang kami kaji . iii. Mencari faktor-faktor yang mempengaruhi taburan tumbuh – tumbuhan di kawasan yang kami kaji . iv. Menghuraikan punca yang menyebabkan wujudnya beberapa jenis tumbuhan yang mendominasi di kawasan yang kami kaji. v. Mendapatkan fungsi dan faedah tumbuh – tumbuhan di kawasan yang kami kaji dalam mempengaruhi kehidupan seharian manusia .

1.3 Kepentingan Kajian

3

Dalam membuat kajian mengenai inventori tumbuhan ini, kami mendapati bahawa terdapat banyak kepentingan dan sumbangan yang boleh diperoleh. Kepentingan ini merangkumi kepentingan terhadap diri sendiri , masyarakat dan negara. Bukan sedikit sumbangan yang diberi oleh tumbuhan, khususnya hutan kepada manusia. Antara kepentingannya ialah:

i. Hutan membekalkan sumber oksigen utama dunia. Sebagai mana yang kita tahu, semua hidupan di dunia memerlukan oksigen untuk hidup. Tanpa oksigen, hidupan tidak dapat hidup dengan sempurna. Jadi, betapa besarnya sumbangan yang diberikan oleh hutan kepada hidupan di dunia (Longman, K.A & Jenik, J, 1995).

ii. Tumbuhan boleh dijadikan ubat-ubatan dan herba untuk merawat sebarang penyakit. Tumbuhan tropika mempunyai 1001 penawar dalam menyembuhkan sesuatu penyakit, dari gatal-gatal sehinggalah ke penyakit berisiko tinggi seperti darah tinggi dan diabetes.Walaupun ubat-ubatan moden masih mendominasi pasaran, namun herba dan ubat-ubatan berasaskan tumbuhan juga masih boleh menarik perhatian ramai untuk menggunakannya. Secara tidak langsung, tumbuhan herba ini juga dapat meningkatkan pendapatan eksport negara, seterusnya menyumbang kepada peningkatan dalam KDNK negara (Rukayah Aman, 2006). iii. Tumbuhan daripada jenis kayu-kayan boleh digunakan dalam aktiviti pembinaan seperti pembinaan landasan kereta api, jambatan, rumah, perabot dan sebagainya. Hal ini boleh menyumbang kepada wujudnya peluang pekerjaan dalam kalangan penduduk di Malaysia, seterusnya menyumbang kepada pertambahan dalam pendapatan negara (Longman, K.A & Jenik, J, 1995).

4

1.4

Skop dan Batasan Kajian

Kami menggunakan kamera untuk mengambil gambar bagi memudahkan kami untuk mengenalpasti tumbuhan yang terdapat di Proton City . Dalam kajian yang kami lakukan ini , kami mendapati bahawa terdapat banyak jenis tumbuhan yang telah hidup secara semula jadi di Proton City . Di samping itu , terdapat juga tumbuhan yang telah di tanam oleh manusia di Proton City . Sebelum kami mengambil gambar jenis tumbuhan tersebut, kami telah mencari lokasi yang paling sesuai dan mempunyai tumbuhan yang dominan supaya kerja-kerja kajian kami dapat dilakukan dengan sempurna. Kumpulan kami telah mengambil masa yang lama untuk mendapatkan gambar tumbuhan yang terdapat di kawasan yang kami kaji . Hal ini adalah kerana, kawasan yang kami kaji amat besar kawasannya dan pada ketika kami menjalankan kajian , kemi telah menjalankan kajian ini pada bulan puasa . Hal ini menyukarkan kami untuk melaksanakan kerja tersebut dalam waktu yang singkat . Namun begitu, kerja-kerja mengukur di kawasan tersebut dapat dilaksanakan dengan sempurna tanpa melibatkan masalah yang besar .

1.5

Matlamat Kajian

Matlamat kami dalam membuat kajian mengenai inventori tumbuhan ini adalah untuk mengetahui serba sedikit mengenai

jenis dan kategori tumbuhan yang mendominasi skop 5

kawasan kajian kami, menyenaraikan jenis tumbuhan yang mendominasi dan kegunaannya, mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan tumbuhan dan mencari punca yang boleh menyebabkan kepada wujudnya dominasi tumbuhan supaya setiap individu sedar mengenai kepentingan tumbuhan dan hutan keseluruhannya kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, negara amnya dan alam sekitar khususnya, selain menghargai sumbangan dan keindahan alam semula jadi ciptaan Tuhan.

1.6

Objektif Kajian

Objektif yang ingin kami capai dalam membuat kajian mengenai inventori tumbuhan ini adalah untuk: i. Mengenal pasti jenis tumbuh- tumbuhan yang mendominasi Proton City . ii. Menyenaraikan jenis tumbuhan yang terdapat di kawasan tersebut seperti tumbuhan daripada jenis kayu, tumbuhan parasit, tumbuhan renek dan tumbuhan herba. iii. Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi taburan tumbuh -tumbuhan berdasarkan jenis kayu, tumbuhan parasit, tumbuhan renek dan tumbuhan herba. iv. Mengkaji peranan tumbuhan yang boleh mempengaruhi kehidupan manusia dan kegunaannya untuk keselesaan bersama.

1.7

Kesimpulan

Kesimpulannya, kami mendapat banyak input-input terkini mengenai tumbuhan di hutan hujan tropika dan kepentingannya kepada manusia. Dalam membuat kajian mengenai inventori tumbuhan ini, kami sedar bahawa hutan bukan memberi sumbangan yang sedikit kepada manusia 6

. Pelbagai jenis tumbuhan yang terdapat di Proton City ini mempunyai keunikan dan kegunaannya yang tersendiri. Oleh itu, kami berasa sangat bertuah kerana diberi peluang untuk sama-sama memperoleh peluang dan pengalaman yang tidak mungkin kami dapat pada masamasa akan datang.

20 ULASAN 2.1 Hasil Pembacaan

Komuniti tumbuh-tumbuhan merupakan satu fenomena tiga dimensi yang biasanya memerlukan tiga unjuran ortogonal untuk menggambarkan kedudukan, struktur, ketinggian, lebar dan kedalaman sesuatu komuniti. Bagaimanapun, hanya dua satah unjuran yang digunakan dalam menganalisis komuniti hutan iaitu berdasarkan orientasi geotropik negatif atau positif bagi batang utama dan akar barbanding permukaan rata.Oleh yang demikian, secara umumnya struktur inventori tumbuh-tumbuhan yang menegak dan mengufuk dapat di bezakan. Terdapat empat ciriciri yang khusus dalam struktur menegak tumbuhan iaitu :

i. Ketinggian maksimum yang dicapai oleh pokok sudur dan lapisan pokok yang menonjol. ii. Perlapisan pucuk dan bentuk hidupan yang berkait dengannya di atas tanah. iii. Perlapisan akar, rizom dan edafon yang sehubungan dengannya di dalam tanah. iv. Kedalaman maksimum yang ditembusi oleh akar tumbuhan. 7

Secara umumnya, ketinggian tumbuh-tumbuhan di kawasan kajian ini dipengaruhi oleh jumlah hujan, kekerapan hujan, suhu, saliran tanah dan aras nutrien.Keadaan yang paling sesuai bagi pertumbuhan dan kelanjutan usia pokok adalah kawasan yang mengalami musim lembap berselang-seli dengan musim kering, menerima jumlah hujan sekitar 2000 mimimeter dan tanah yang bersaliran baik.

Struktur mengufuk pula merupakan fenomena yang rumit dan analisisnya patut merangkumi berbagai-bagai lapisan di atas dan di bawah tanah. Jelaslah bahawa kedudukan batang dan sudur pokok menentukan corak pucuk dan akar pokok.

2.2

Perkaitan

Inventori tumbuh-tumbuhan merupakan komponen yang terdapat dalam ekosistem dan turut terdapat di dalam sistem fitogeografi. Inventori tumbuh-tumbuhan ini sendiri juga boleh di kelaskan kepada beberapa kelas yang lebih kecil dan spesifik ciri-cirinya. Pengelasan ini dibuat berdasarkan beberapa asas pengecaman iaitu habitat (lokasi), jenis kanopi, jenis batang, jenis daun, rupa batang, dahan, bentuk banir/akar pokok, damar dan ciri-ciri istimewa yang terdapat pada tumbuhan di kawasan kajian .Oleh itu jenis-jenis tumbuhan yang berlainan akan menghasilkan pengelasan yang berlainan berdaarkan ciri-ciri yang telah di tentukan.

3.0

KAEDAH KAJIAN

8

3.1

Pengenalan

Pengenalan kepada tumbuh-tumbuhan jenis landskap membolehkan kita mengetahui jenis tumbuhan landskap serta mengenali jenis-jenis tumbuhan yang sesuai dijadikan sebagai tanaman landskap bagi mengindahkan lagi sesebuah kawasan rekreasi serta pengimbangan kepada ekosistem kawasan tersebut. Tumbuhan yang kebiasaannya terdapat di kawasan rekreasi ialah jenis Palma, Renek dan Pokok Teduhan. Inventori tumbuh – tumbuhan merupakan satu kaedah yang sesuai untuk mengetahui dengan lebih terperinci sama ada dari segi jenis, bentuk, rupa, saiz dan sebagainya. Melalui inventori tumbuhan yang dijalankan kaedah kajian telah dilakukan yang mana kaedah ini meliputi kawasan kajian, keperluan data, kaedah pengumpulan data, kaedah analisis data, keperluan peralatan dan tatacara pelaksanaan kajian. Dengan itu melalui kaedah kajian ini banyak yang perlu dikaji bagi mendapatkan hasil dapatan yang baik dan menjadikan kajian inventori ini berjalan dengan lancar.

3.2

Kawasan Kajian

9

Rajah 3.1 : Kawasan sekitar Proton City, Tanjung Malim, Perak. Sumber : Rakaman Azmil bin Joni, 21 September 2008, UPSI.

Kawasan kajian adalah di kawasan persekitaran di Tasik Proton City, Proton City, Tanjung Malim, Perak merupakan kawasan kajian yang dijalankan. Tasik di kawasan kajian yang dijalankan adalah jenis tasik buatan. Tasik buatan merupakan tasik dihasilkan oleh manusia iaitu pihak pemaju kawasan perumahan yang bertanggungjawab membangunkan kawasan tersebut. Tunbuhan landskap yang terdapat di persekitaran kawasan tasik adalah berbeza dari segi struktur, produktiviti dan komposisi, dibandingkan dengan hutan. Spesies-spesies antara hutan dan tumbuhan landskap juga adalah berbeza-beza.

10

Kawasan kajian yang dijalankan di Proton City, Tanjung Malim ini mempunyai latitude 12° hingga 13° utara manakala longtitudnya adalah 91° hingga 92° timur (Lembar: 3759,2002). Kawasan ini dahulunya adalah kawasan hutan yang meliputi kawasan hutan sekunder, belukar, riang, jerami dan rumput. Jarak perjalanan ke atas kawasan kajian ini adalah lebih kurang dalam 7 km daripada tempat kediaman Kolej Aminudduin Baki yang mengambil masa 1 jam perjalanan sekiranya berjalan kaki dan 10 minit dengan menaiki kenderaan untuk sampai ke kawasan tersebut. Kawasan kajian ini meliputi kawasan perumahan dan perindustrian. Namun terdapat juga kawasan hutan tertier ataupun lebih dikenali sebagai belukar.

3.3

Keperluan Data

Jenis tumbuhan landskap amat berbeza dengan hutan kerana hutan adalah satu komuniti yang besar dimana terdapat pelbagai jenis tumbuhan yang lebih besar, tumbuhan dominan yang mendominasi dari segi jenis tumbuhan yang mana struktur batang yang besar, banir, daun dan sebagainya. Kebiasaannya tumbuhan landskap hanya terdapat di kawasan rekreasi, taman-taman dan kawasan yang dibina khusus untuk tujuan pelancongan. Seperti di kawasan Tasik Proton, tasik buatan ini adalah untuk tujuan rekreasi dan keseimbangan ekosistem di kawasan Proton City itu sendiri. 3.3

Kaedah Pengumpulan Data

Kaedah pengumpulan data yang telah digunakan dalam kajian terhadap jenis-jenis tumbuhan yang terdapat di Tasik Embayu, Bandar Proton,Tg, Malim, Perak adalah melalui dua cara, iaitu 1. Temuramah

11



Temuramah telah dijalankan antara kumpulan kami dengan pengawai perhutanan daerah Batang Padang, Perak untuk memperolehi lebih banyak maklumat yang berguna kepada kajian ini. Temuramah dilakukan untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam dan jelas mengenai jenis-jenis tumbuhan serta serba sedikit sejarah tumbuhan yang terdapat dalam kawasan kajian sebelum terdapatnya pembangunan terhadap kawasan yang tersebut.

1. Pemerhatian •

Selain dari itu, pemerhatian dilakukan untuk mengenal pasti jenis dan nama saintifik tumbuhan yang terpadat di sekitar tasik tersebut secara kasar. Beberapa sampel tumbuhan beserta foto setiap tumbuhan juga telah diambil untuk dijadikan sumber rujukan.

3.4

Keperluan Peralatan Kajian

Peralatan amat penting dalam sesuatu kajian kerana ia membantu untuk mendapatkan bukti, mendapatkan hasil kajian, petunjuk dan sumber rujukan dalam sesuatu kajian. 1. Kamera digital dan MP4 •

Kamera digital digunakan untuk mengambil gambar tumbuhan untuk dijadikan sampel dan mengenal pasti jenis-jenis tumbuhan. MP4 pula digunakan bagi merakam perbualan antara pelajar dengan responden yang terpilih untuk ditemuramah. 12

1. Peta •

Peta turut digunakan untuk mengenal pasti secara lebih tepat lokasi, petunjuk dan jenis tumbuhan yang terdapat di kawasan kajian.

Oleh itu keperluan peralatan adalah perkara penting dalam kaedah kajian. Ini kerana peralatan ini dapat membantu melancarkan kajian yang dijalankan untuk mendapatkan maklumat dan data kajian dengan lebih berkesan serta dapat menghasilkan laporan yang lebih baik.

4.0

4.1

DAPATAN KAJIAN

Pengenalan

Bahagian ini akan menerangkan secara terperinci mengenai dapatan kajian yang dilakukan oleh pengkaji.

Pengkaji

memperoleh

sumber

data

dari

kawasan

kajian

kemudian

akan

menginterprestasikan segala data yang dikumpul ke dalam bentuk jadua dan sebagainya bagi menerangkan serta menganalisis segala data bagi tujuan mendapatkan satu matlamat yang terperinci dan tepat. Pengkaji akan menggunakan segala dapatan dari kawasan kajian serta maklumat yang diperoleh dari buku untuk dijadikan sebagai panduan membuat laporan. Segala maklumat ini akan diperincikan bagi memudahkan segala data kajian dapat dipersembahkan dengan baik dan terperinci. Maklumat yang dikumpulkan akan diadaptasikan ke dalam bentuk yang lebih sesuai bagi memudahkan dapatan kajian ini

dipersembahkan. Segala data yang di 13

temui di kawasan kajian mahupun dari sumber-sumber lain dipersembahkan dalam dapatan kajian.

4.2

Jenis Tumbuhan yang Mendominasi Kawasan Kajian

Mengikut tinjauan dan pemerhatian yang telah kami lakukan, kami mendapati bahawa kebanyakan tumbuhan yang terdapat di kawasan kajian dapat dikelaskan kepada dua ketogeri tumbuhan iaitu tumbuhan monokot (monocotyledonous) dan dikot (dicotyledonous) . Memandangkan kawasan kajian kami merupakan kawasan rekreasi, maka kebanyakan tumbuhan yang mendominasi kawasan ini terdiri daripada tumbuhan- tumbuhan hiasan yang pelbagai dan mempunyai keunikan yang tersendiri. Kami juga mendapati majoriti pokok-pokok yang terdapat di kawasan kajian kami adalah bersaiz sederhana besar dalam anggaran 0 – 49 cm ukur lilit batangnya.

4.3

Justifikasi Tumbuhan dan Nama Saintifik

Setelah pengkaji mengumpul segala sampel daun yang telah pengkaji kutip di kawasan kajian serta mengambil gambar tempat kajian, pengkaji telah membawa segala dapatan kajian pengkaji bagi mengenalpasti nama tempatan dan juga nama saintifik tumbuh-tumbuhan berkenaan. Nama saintifik bagi dapatan kajian tersebut kami rujuk di buku-buku, internet dan juga kami rujuk di pejabat jualan perumahan proton city. Segala maklumat mengenai nama tumbuhan yang terdapat di kawasan kajian bersama nama saintifik terdapat dalam jadual 4.4 di bawah :

14

Jadual 4.3 : Nama Tumbuhan Di Kawasan Kajian Berserta Nama Saintik

Nama Tempatan Bunga Kertas Bunga Daisy Mok (siam) Serdang Pepanggil, penkilai Semun Pokok Semalu Resam Telur Belangkas,resam lumut,resam padi Bunga jarum, pecah periuk Pinang raja Frangipani,cempaka, kemboja Keladi Para-Para Bunga jejarum Daun Pandan Pegaga Jinjir Galphimia Vine Api-api Pokok buluh Bunga raya

Nama Saintifik Bougainvillea Spectabilis Wedelia Trilobata Yucca Glorioso Livistona Chinensis Clerodendrum paniculatum Asplenium Nidus L Mimosa Pudica Dicranopteris Linearis (Burm. F.) Underw Cheilanthes tenuifolia Sw Ixora coccinea L Cyrtostachys renda Plumeria obtuse Colocasia esculenta (L.) Schott Cyperus compactus Ixora javanica Pandanus odorus Centella asiatica Limnoccharis flava (L) Buchenau Tristellateia Australasiae A. Rich Viscum orientale Bamboosa Hibiscus schizopetalus

4.4 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kadar Pertumbuhan Tumbuhan Taburan spesies tumbuh-tumbuhan ditentukan oleh pelbagai faktor iaitu faktor fizikal dan biologikal. Faktor fizikal terdiri daripada faktor iklim, faktor edafik dan juga faktor fisiografi manakala faktor biologikal ialah faktor biotik dan entropogenik.

15

4.4.1

Faktor iklim

Faktor ini merupakan faktor yang utama mempengaruhi taburan tumbuhan. Iklim berbeza dari satu tempat dengan tempat yang lain. Oleh sebab setiap spesies tumbuhan hanya boleh hidup subur dalam keadaan iklim tertentu dan mempunyai had toleransi tertentu. Faktor ini terbahagi kepada faktor suhu, cahaya, kelembapan dan angin.

Faktor suhu Faktor suhu ini boleh mempengaruhi taburan tumbuhan kerana kepentingannya terletak pada haba matahari. Biasanya suhu lebih tinggi akan membolehkan tumbuhan hidup dengan lebih baik namun suhu juga menyebabkan kelembapan bandingan menjadi rendah. Pengaruhnya berbeza mengikut spesies tumbuhan. Lazimnya terdapat tiga peringkat suhu kritikal bagi setiap spesies iaitu suhu minimum, suhu optimum dan suhu maksimum. Keadaan suhu yang rendah menyebabkan tanah beku dan tumbuhan tidak dapat menyerap kelembapan tersebut. Hal ini seterusnya menyebabkan kemarau fisiologi. Keadaan suhu yang rendah juga boleh menyebabkan perubahan kimia pada tumbuhtumbuhan dan akan merosakkan tisu tumbuhan dan seterusnya melambatkan proses fotosintesis. Apabila suhu mencapai 55 darjah Celsius, tumbuhan menjadi tidak aktif dan mati kerana kekeringan akibat kemusnahan tisu-tisu tumbuhan. Keadaan ini disebabkan oleh proses erapotranspirasi (yang disebabkan oleh haba) meningkat, namun apabila suhu tinggi kewujudan kadar kelembapan yang mencukupi tidak memusnahkan tumbuhan.

Faktor kelembapan 16

Sumber kelembapan dipengaruhi dari dalam tanah khususnya bagi tumbuhan daratan. Kelembapan tanih pula bergantung kepada hujan dan factor fizikal tanih terutama dari segi struktur serta kadar kehilangan kelembapan melalui sejatpeluhan dan yang paling penting ialah keupayaannya menyerap air. Contoh tanah yang berstruktur di kawasan beriklim lembap akan menghasilkan tumbuhan seperti rumput manakala kawasan tanah liat, tumbuhan yang dominan ialah tumbuhan paya. Kawasan yang berpasir dan kering pula biasanya didominasi oleh tumbuhan campur. Kelembapan ini juga bergantung kepada bahagian kapilari daripada kelembapan tanih. Bagi kawasan yang mempunyai kelembapan yang tinggii sepanjang tinggi sepanjang tahun, tumbuhan hutan akan wujud sebagai tindakbalas terhadap keadaan tersebut dan sebaliknya bagi kawasan yang kering, tumbuhan rumput akan lebih dominant dan bergantung kepada kelembapan ini juga.

Faktor Edafik Faktor ini menentukan variasi tumbuhan. Di antara kawasan yang mempunyai jenis tumbuhan yang sama dikatakan sebagai tindakbalas kepada faktor edafik di kawasan berkenaan. Kepentingan faktor ini dibahagikan kepada lima fungsi utama sahaja iaitu sebagai medium pertumbuhan kerana disitulah biji benih tumbuhan dapat berlindung dalam tanah dan mendapat bahan mineral serta sokongan untuk hidup. Selain itu, ia merupakan bahan antara di mana air diperolehi dan tanih yang subur boleh menampung jumlah kelembapan dan udara yang mencukupi. Ia membekalkan bahan nutrient seperti nitrogen, fosforus, ferum, potash dan sebagainya. Kepentingan faktor edafik terhadap sebaran tumbuhan yang bergantung kepada kewujudan bahan yang dihasilkan dan elemen yang terkandung dalam tanah. 17

Faktor fisiografi Istilah fisiografi merangkumi ciri- ciri permukaan bumi seperti altitud, cerun, stratum geologi,dan aspek.Ciri- ciri ini merangkumi saliran, hakisan, dan pemendakan kelodak yang seterusnya akan mempengaruhi taburan tumbuh- tumbuhan. Altitud mempengaruhi perubahan iklim dan akan membawa kepada spesies tumbuhan secara menegak, manakala relief pula berperanan mengawal kadar kelembapan sesuatu kawasan, suhunya dan juga penerimaan tenaga matahari. Kecerunan mempengaruhi pengaliran air dan pergerakan tanih. Hakisan paling tinggi kadarnya di pundak bukit dan paling kurang di lembah. Bentuk landskap sedikit sebanyak menentukan banyaknya tenaga suria yang sampai ke permukaan bumi. Ini mungkin dapat menerangkan mengapa komuniti tumbuhan tertentu di tebing tinggi, gua dan di cerun bukit. Cerun dan pendedahan juga menentukan persekitaran iklim terutama di kawasan tanah tinggi dan kawasan sebaliknya. Ini disebabkan kawasan tersebut tidak menerima pendedahan terhadap faktor atmosfera dan ini mengubah dari segi tumbuhan akibat dari perubahan kadar insolasi yang diterima. Substrata geologi terdiri daripada pelbagai jenis batuan yang masing-masing terdiri pula daripada pelbagai jenis mineral. Dipercayai bahawa sifat batuan yang berada di bawah permukaan mempengaruhi keadaan tumbuh- tumbuhan yang tumbuh di situ. Tumbuhan lain tersingkir tersingkir dari kawasan itu kerana tidak dapat menyesuaikan hidup dengan keadaan batuan yang terdapat di situ.

5.0

KESIMPULAN 18

Kesimpulanya, hasil daripada kajian yang telah dilakukan, didapati bahawa kawasan sekitar Tasik Proton City, Tanjung Malim ialah kawasan tasik yang dibuat khas untuk tujuan rekreasi dan keseimbangan ekosistem persekitaran.

Kawasan tasik ini masih mengekalkan

landskap fizikal dengan mengubah bentuk muka bumi dengan menghasilkan tasik buatan manusia. Kawasan ini juga merupakan sebagai pelengkap kitaran air. Pokok-pokok yang bersaiz renek seperti pokok-pokok Bougainvilla dan lain-lain menjadikan tasik ini lebih bernilai dari segi nilai komersialnya. Di bawah pengawasan dan penjagaan Pihak Pengurusan Proton City, tasik ini bebas daripada sebarang aktiviti manusia seperti pencemaran besar-besaran yang boleh merosak dan mengubah landskap fizikal tasik tersebut dan persekitarannya.

Disamping itu juga, landskap fizikal persekitaran tasik ini menjadikan ianya sebagai salah satu nilai komersial rekreasi. Kawasan sekitar tasik ini juga merupakan habitat bagi hidupan seperti Itik dan hidupan akuatik seperti ikan dan lain-lain. Dengan adanya tasik ini, hidupan akuatik akan hidup dalam keadaan asalnya tanpa sebarang gangguan dan ancaman daripada manusia yang melakukan pelbagai aktiviti tanpa menghiraukan keadaan alam sekeliling. Perubahan habitat boleh menyebabkan biologi haiwan terbantut atau terganggu.

Landskap fizikal tasik ini masih lagi dalam keadaan semula jadi walaupun tasik ini adalah tasik buatan manusia. Hal ini kerana, persekitaran tasik ini mempunyai pelbagai tumbuhtumbuhan dan haiwan. Walaubagaimanapun, keindahan kawasan persekitaran tasik tersebut perlu dipelihara agar perubahan yang ketara dari segi perubahan pandang darat fizikal persekitaran kawasan tasik proton city tidak berlaku. Meskipun terdapat pengurusan yang menjaga kawasan

19

tasik tersebut dengan rapi, peranan manusia itu sendiri perlu dengan tidak melakukan perkara yang boleh menjadikan kawasan tersebut tercemar.

6.0

BIBLIOGRAFI

Abdul Aziz Bidin, (1995). Paku-pakis Ubatan Di Semenanjung Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. David H. Engel dan Suchart Phummai, (2002). A Field Guide To Tropical Plants of Asia. Singapore: Times Editions- Marshall Cavendish. Emiliano D. Sotalbo, (2001). Tress, Palms and Bamboo Of The Uiversity Of The Philipines Diliman. Filipina : University of The Philipines Press. Hashim Awang , (1996). Feildwork: Satu Pencarian Dan Pengalaman. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian MelayuUniversiti Malaya. Ismail Ahmad, (1989). Biogeografi : Kajian Tentang Tumbuh-tumbuhan di Daratan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Ismail Ahmad dan Yaakob Mohd, (1993). Flora Of Malaysia. New York : Oxford University Press. Joy Tivy, (1992). Biogeografi : Kajian Tumbuhan Dalam Eksosfera. Penterjamah Rosiyah Latif dan Ngai Weng Chai. Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Mohd Suhaily Yusri Che Ngah, (2008). Pengantar Persekitaran Fizikal. Malaysia ; Universiti Pendidikan sultan Idris M. R. Henderson, (1961). Common Malayan Wildflowers Britain. Longmans, Green and Co. Ltd. Nicholas Pulonin, (1994). Pengantar Tumbuh-tumbuhan dan Beberapa Ilmu Serumpun. Penterjemah: Professor Ir Gembong Tjitrosoepomo. Indonesia : Gadjah Mada Universiti Press. Pengarah Pemetaan Negara Malaysia, (2002). Peta Tanjung Malim, Perak: lembar 3759,2002. Malaysia: Hak Cipta Terpelihara Kerajaan Malaysia. 20

Wilhem L ‘Tshcert, Gerhard Beese translated by Clive king, (1981). Tropical Plants. Jerman:William Collins Sons And Co. Ltd W. H. Lim, B. L. Kho, T. H. Tay dan W. L. Low, (1998). Plants of Putrajaya Wetlands. Kuala Lumpur : Hopak Sdn Bhd. http;//www.protoncity.com.my_maps_protoncity LAMPIRAN

Rajah 1.2 ; Peta Kawasan Proton City. Sumber :http//.www.protoncity.com.my

21

Related Documents

Orientasi Tumbuhan
May 2020 22
Orientasi & Rekruitmen
July 2020 15
Orientasi Ipi.docx
June 2020 16
Tumbuh-tumbuhan
May 2020 28
Tumbuhan Invasif
October 2019 30