OBJEKTIVITI DALAM SEJARAH PENGENALAN Bidang Sejarah adalah merupakan bidang yang amat mementingkan aktiviti penelitian ke atas fakta-fakta sesuatu peristiwa sejarah yang hendak ditafsirkan dengan penuh bertanggungjawab demi mencari dan mewujudkan kebenaran mengenai kehidupan pada masa lalu atau masa lampau. Sejarawan akan mengumpulkan fakta-fakta sejarah dan menghasilkannya dalam bentuk penulisan atau pensejarahan. Semua sejarawan dan ahli sejarah sama ada pada zaman tradisi mahupun pada zaman moden masa kini mengimpikan penulisan sejarah yang sebagaimana terjadi dan tidak terdorong untuk berat sebelah pada mana-mana pihak. Menurut (Donald V. Gawronski) konsep objektif bermaksud menggunakan fakta sejarah tanpa memihak kepada sesuatu (Personal Bias) dan prasangka. Namun, ia mencetuskan persoalan, adakah ahli-ahli-ahli sejarah berupaya menulis ilmu sejarah secara objektif.. Hal ini kerana keobjektifan dalam penulisan ilmu sejarah merupakan sesuatu yang sukar untuk dilakukan kerana ia memerlukan sumber-sumber yang kukuh untuk membuktikan kesahihan sesuatu peristiwa. Walaupun matlamat untuk menulis sejarah secara objektif sukar, namun ia diperlukan kerana penulisannya penting kerana ia benar-benar membuktikan sesuatu peristiwa sejarah yang berlaku sebagaimana terjadinya. Menurut Menurut (Abdul Rahman Haji Abdullah) sejarah objektif dapat didefinisikan sebagai sejarah sebagaimana terjadi. Tujuan kajian dan penulisan sejarah yang paling utama adalah untuk mewujudkan kebenaran sesuatu peristiwa. Hakikat ini secara menyeluruh sama ada pensejarahan itu berbentuk tradisi atau moden.
1
Menurut Leapold Von Ranke (1795-1886) pada kurun ke 19 yang merupakan pengasas agung aliran sejarah objektif menyatakan bahawa penulisan sejarah memang mampu untuk tegakkan kebenaran objektif dengan cara memaparkan secara tepat atau betul peristiwa lalu dan Ranke juga menyatakan bahawa matlamat pengajian sejarah adalah untuk mengambarkan kejadian-kejadian “sebagaimana sebenarnya berlaku (Wie eis engelitch gewesen), yang membiarkan fakta-fakta sejarah bercakap dengan sendirinya tanpa penglibatan sejarawan. Inilah yang dimaksudkan dengan historisisme. Menurut Sartono Kartodirjo (1921-2007). Beliau membahagikan pengertian sejarah kepada dua bahagian iaitu sejarah dalam erti kata sejarah objektif dan subjektif. Pertama sesuatu sejarah yang bersifat subjektif adalah suatu binaan peristiwa yang disusun oleh penulis atau ahlisejarah sebagai satu cerita atau huraian. Cerita itu pula merupakan satu unit atau kesatuan yang merangkumi fakta-fakta untuk mengambarkan suatu bentuk atau peristiwa sejarah, sama ada dari segi proses atau strukturnya. Manakala sejarah dalam erti kata yang objektif pula menurut Sartono, adalah merujuk kepada kejadian atau peristiwa itu sendiri iaitu proses dalam proses menafsir sejarah dalam keadaan yang sebenarnya berlaku. Selain itu, ia juga bergantung pada fakta sejarah yang objektif dan bebas, serta dapat dikaji secara saintif dan kritis. Hal ini dapat dikatakan bahawa beliau menyatakan bahawa sejarah itu terdapat dua jenis kajian yang dilakukan oleh ahli sejarah dalam menafsir dan menceritakan mengenai sejarah lampau dalam penulisan mereka yang mana kedua-duanya iaitu bersifat subjektif dan objektif. Perbahasan mengenai keupayaan ahli-ahli sejarah untuk menghasilkan ilmu yang bersifat objektif menjadi satu perbahasan hebat dalam kalangan ahli sejarah. Keobjektifan dalam sejarah ini sukar untuk dicapai, hal ini diakui kerana dalam bidang penyelidikan sejarah,
2
walaupun berlaku proses pemerhatian dan hasil daripada analisis, ia tidak akan menyamai sains tabii yang menemukan satu kesepakatan yang universal dalam keputusunya. Namun, dalam memberikan tafsiran itulah kerap kali orang tidak dapat mengasingkan di anatara pertalian perasaan dan logic, serta subjektif dan objektif. Menurut Donald V. Gawronski, konsep objektif ber maksud menggunakan fakta sejarah tanpa memihak kepada sesuatu (personal bias) dan prasangka. Menurut Sartono Kartodirjo pula kajian sejarah yang objektif menunjukkan kepada kajian atau peristiwa itu sendiri iaitu proses sejarah dalam keadaan yang sebenarnya berlaku di samping disandarkan kepada tujuan atau sasaran sejarah itu dikaji. Bahkan, ia juga dilihat lebih kontroversi dan memerluksan perbincangan yang lebih meluas dan mendalam. Hal ini dapat dikatakan bahawa keobjektifan dalam sejarah sukar untuk diperoleh walaupun ahli sejarah mempunyai bukti yang kukuh mengenai sesuatu peristiwa yang hendak dikaji namun dari segi penafsiran ahli sejarah terhadap bukti yang diperoleh yang menyeleweng dan menafsir mengikut prasangka dan berat sebelah ahli sejarah tentang sesuatu peristiwa menjadikan ahli sejarah sukar untuk menghasilkan penulisan sejarah yang objektif. Walaupun sejarah yang objektif untuk memaparkan sesuatu peristiwa itu sebagaimana yang terjadi tanpa ada unsur-unsur peribadi ahli sejarah begitu penting untuk menghadirkan satu sejarah yang objektif mengenai sesuatu peristiwa yang lalu. Objektiviti dalam penulisan sejarah itu sebernya wujud pada masa dahulu. Namun, ia hanya menjadi impian kosong ahli sejarah pada masa kini kerana penulisan sejarah sebenarnya sudah banyak menyeleweng daripada fakta yang diperoleh ahli sejarah.
3
2.0 HUJAHAN MENGENAI KEOBJEKTIFAN DALAM PENULISAN SEJARAH Pendirian ahli sejarah terhadap objektiviti pensejarahan telah menyebabkan wujudnya dua aliran utama yang bercangah pendapat tentang keobjektifan dalam sejarah iaitu aliran yang menyokong dan aliran yang menentang dalam membahaskan mengenai keobjektifan dalam pensejarahan, aliran yang menyokong dan menerima dikenali sebagai aliran objektif iaitu golongan yang menolak unsur penyelewengan, prasangka serta pengadilan moral dalam penulisan sejarah. Manakala golongan yang menentang pula iaitu aliran subjektif dimana lebih menekankan penulisan sejarah yang dibuat oleh ahli sejarah lebih bersifat subjektif dan tidak mutlak. Soal kewujudan objektiviti dalam penulisan sejarah sebenarnya wujud iaitu dapat dibuktikan melalui penulisan sejarah oleh Herodotus dan Thucydides, namun ia hanya impian kosong ahli-ahli sejarah lain kerana kebanyakkan penulisan ahli sejarah mengenai sesuatu peristiwa kebanyakkannya menyebelahi satu-satu pihak sahaja dan ahli sejarah mempunyai tujuan tertentu dalam menulis sesebuah sejarah. Tujuan itu sebernarya semua ahli sejarah mempunyai tujuan dalam menulis sesebuah peristiwa sejarah, namun ianya menjadi tidak objektif apabila ahli sejarah menulis dan menafsir sesuatu sejarah itu mengikut tujuannya sahaja. Golongan yang menerima objektiviti dalam pensejarahan dimana mereka menyatakan bahawa penulisan sejarah haruslah bersifat objektif dengan memaparkan sesuatu peristiwa sejarah sebagaimana yang terjadi, iaitu Leopold von Ranke yang dipandang umum sebagai “pengasas agung aliran sejarah objektif”, Herodotus, Thucydides. Manakala, golongan yang menentang objektiviti dalam sejarah ialah Benetto Croce, Carl Becker dan Charles Beard. Ranke merupakan ahli sejarah yang menyokong aliran objektif, Ranke menekankan persoalan
4
keobjektifan dalam sejarah. Beliau menyatakan bahawa bersifat objektif itu ialah ahli sejarah harus menghindari perasaan sentiment, emosi, kesukaan, dan kebencian supaya tidak terlibat dalam usaha menyelidik dan menulis sesuatu peristiwa sejarah. Hakikatnya, keobjektifan dalam sejarah itu tidak wujud, malah ia hanya pada suatu masa dahulu sahaja iaitu pada abad 19, namun pada masa kini soal keobjektifan dalam penulisan sejarah telah ditentang hebat oleh ahli-ahli sejarah yang melibatkan Carl Becker , Charles Becker dan Beneto Croce. Soal keobjektifan dalam penulisan sejarah ini disangkal kerana faktor naluri atau kecenderungan senulajadi manusia sendiri yang suka memilih sesuatu yang dianggap penting dan berguna, serta mengetepikan sesuatu yang dianggapnya tidak penting dan tidak berguna. Selain itu, faktor agama dan ideologi yang membentuk pegangan dan tindakan seseorang. Semakin kuat komitmen manusia kepadanya, maka makin besarlah kemungkinanya bersikap subjektif dan penulisannya. Menurut Carl Becker misalnya, beliau menganggap bahawa Ranke sebenarnya tidaklah menulis sejarah objektif, bahkan menulis sejarah politik sahaja dan mengetepikan dan mengabaikan sejarah social dan ekonomi malah cuba mempertahankan kepentingan kelas-kelas konservatif yang berkuasa di Eropah sahaja. Hal ini memang jelas dapat dikatakan bahawa penulisan sejarah ahli sejarah sebenarnya mengandungi unsur tujuan dan berat sebelah bagi satusatu pihak yang dianggap penting sahaja. Ini dapat dilihat dengan penulisan sejarah politik Ranke hanya mementingkan Dalam hal ini, dalam sejarah politik yang dikaji oleh Ranke bukan sahaja menekankan golongan tertentu namun mengetepikan gologan yang tidak penting baginya dalam peristiwa tersebut dengan hanya menumpukan kelas-kelas tertentu sahaja. Ini dapat membuktikan bahawa Ranke sendiri telah melanggar syarat-syarat yang menunjukkan
5
keobjektifan dalam penulisan yang dihasilkannya. Sedangkan dalam menghasilkan sebuah penulisan sejarah yang objektif tidak berat sebelah. Selain itu, sikap sejarawan itu sendiri yang telah menanam sifat subjektif dalam dirinya. Sikap subjektif yang ada dalam diri penulis sebenarnya telah wujud sejak awal-awal lagi. Ini jelas bagi menjawab sesuatu persoalan pasti lebih daripada satu jawapan daripada ahli sejarawan. Menurut E.H. Carr, misalnya menyatakan sudah menjadi tugasahli sejarah untuk mencari semua sebab-musabab yang mencetuskan sesuatu peristiwadan mengaturnya dengan hierarki yang munasabah agar ia dapat menjelaskan apa-apayang sebenarnya yang berlaku beliau menyatakan bahawa semasa susunan itu dilakukan,yang dianggap sebab utama didahulukan dan dianggap sebagai sebab sampingan dikemudiankan. Semasa penghuraian pula, faktor utama itu dijelaskan dengan terperinci dengan faktor-faktor sampingan itu dikaitkan juga. Hal ini dapat dijelaskan dengan sifat sejarawan mengutamakan faktor utama menyebabkan faktor yang dianggap sampingan dalam sesuatu peristiwa itu tidak ditekankan dan tidak ditonjolkan semasa menyusun, ahli sejarawan yang menyusun fakta sebab musabab sesuatu peristiwa itu berlaku dengan menyusunnya mengikut kepentingan sudah pun menonjolkan sifat subjektif sejarawan tersebut yang menyokong isinya sendiri sejak awal lagi. Seseorang ahli sejarah yang mempunyai motif dan tujuan yang tertentu dalam penulisannya, menjadikan penulisan tersebut bersifat subjektif hal ini kerana dengan adanya tujuan tertentu dalam ahli sejarah menafsir sesuatu peristiwa menjadikan penulisan sejarah tersebut akan berat sebelah dan penulisan sejarah itu kemungkinan akan memihak kepada sesuatu pihak yang menjadi tujuan ahli sejarah untuk menafsir sejarah. Sebagai contohnya, Abdullah Munsyi, cendekiawan Melayu kurun ke-19 yang terbilang. Telah menulis sebuah rikwayat dirinya berjudul Hikayat Abdullah, kerana ingin memenuhi permintaan seorang sahabat 6
karibnya. Dalam karya sejarah tradisional kita yang paling tersohor, iaitu Sulalatus Salatin yang telah diperbaiki oleh Tun Seri Lanang pada T.H.1021 untuk mendapat unsur-unsur yang subjektif itu terpapar dengan jelasnya. Misalnya,terdapat beberapa kisah yang dengan jelas dipaparkan untuk menganggungkan raja yang memerintah itu. Salah satu daripada contohnya ialah kisah Raja Cina, yang terkena sakit gatal seluruh tubuh yang hanya boleh diubati dengan kaki Sultan Mansor Syah. Hakikatnya, hal ini jelas menunjukkan bahawa penulisan ini bertujuan untuk mengagungkan raja pemerintah pada ketika iti iaitu Sultan Mansor Shah. Penulis ini mengagungagungkan, kuasa raja Melaka. Penulis yang hanya menekankan keunggulan dan keagunan Sultan Mansor Shah kerana penulis tersebut mempunyai motif dan tujuan tertentu dalam penulisannya hingga menjadikan penulisannya subjektif kerana motif dan tujuan dalam penulisannya menjadikan ahli sejarah tersebut hanya menumpukkan sesuatu yang dianggap penting dengan mengagungkan Sultan Mansor Shah sahaja tanpa melihat keseluruhan mengenai cerita tersebut. Hal ini menyebabkan sukar untuk penulis sejarah menulis sejarah secara objektif kerana motif dan tujuan dalam beliau menulis sesebuah sejarah menjadikan ahli sejarah hanya menumpukan sebab musabab yang dianggap penting dan menepati tujuannya dalam penulisan sesebuah sejarah, berkemungkinan sesebuah penulisan yang ditulis ahli sejarah terpesong akan berlaku kerana hanya menumpukan perihal sebab musabab sesuatu sejarah itu berlaku mengikut kehendak dan tujuan dalam diri ahli sejarah tersebut. Ini menunjukkan bahawa sukar untuk ahli sejarah menulis sejarah secara objektif jika ahli sejarah tersebut mempunyai motif tertentu dalam menulis dan menafsir sesebuah sejarah kerana berkemungkinan berat sebelah akan berlaku hasil daripada motif dalam diri dan tujuan tertentu ahli sejarah menulis sejarah.
7
Dalam menghasilkan sesebuah sejarah yang objektif terdapat banyak halangan yang sukar untuk ahli sejarah menghasilkan penulisan sejarah yang objektif. Hal ini menunjukkan bahawa sesebuah sejarah yang objektif itu sukar untuk dicapai kerana dengan adanya halangan ini sesebuah penulisan ahli sejarah terpesong, lalu karya yang dihasilkan bersifat subjektif. Sikap berat sebelah penulis merupakan penghalang penulis menulis sejarah secara objektif. Kegagalan ahli sejarah untuk memisahkan antara objek dan subjek menyebabkan penulisan bersifat subjektif berlaku. Ahli sejarah haruslah mengabaikan perasaan dan fikiran mereka sendiri untuk menghasilkan karya yang tidak berat sebelah dan cenderung untuk memihak kepada sebelah pihak sahaja sedangkan untuk meghasilkan karya yang objektif penulis haruslah tidak berat sebelah. Sebagai contoh, penulisan Tuhfat An-Nafis yang bersifat berat sebelah. Ini diperkatakan berat sebelah kerana Raja Ali Haji dan Raja Haji Ahmad telah berpihak kepada orang Bugis. Selain itu, beliau juga memperkecilkan Raja Kecik dari Siak. Kecenderungan Raja Ali Haji terhadap semangat Bugis menyebabkan beliau lebih mengambarkan tentang kehandalan pahlawan-pahlawan Bugis yang sememangnya handal dalam peperangan sehingga mereka dapat memegang jawatan tinggi dalam pemerintahan Johor. Walaupun Raja Ali Haji menyatakan tentang penentangan orang Melayu yang dipimpin oleh Raja Kecik dari Siak terhadap orang Bugis, namun beliau bersikap berat sebelah dengan tidak menceritakan mengenai penentangan Raja Sulaiman terhadap Bugis. Dalam Tuhfat An-Nafis terdapat susunan tentag peperangan dengan opu-opu Raja Bugis. Hal ini jelas menunjukkan sikap untuk mengagung-agungkan orang yang mempunyai pangkat telah menyebabkan penulisan sejarah bersifat berat sebelah. Sifat berat sebelah dalam sesebuah karya yang dihasilkan oleh ahli sejarah menyebabkan sukar ahli sejarah
8
menghasilkan penulisan sejarah yang objektif kerana hanya menyebelahi satu-satu pihak sahaja hingga menjejaskan keobjektifan dalam penulisan kerana tidak mengambarkan sesuatu peristiwa secara menyeluruh. walaupun sukar untuk ahli sejarah menulis sesebuah penulisan sejarah dengan menunjukkan keseluruhan peristiwa, namun ia perlu dititikberatkan kerana dengan hanya ketinggalan satu fakta yang perlu dikaitkan dalam sesebuah peristiwa menyebabkan sesebuah karya itu terpesong. Sesebuah penulisan sejarah sukar untuk tidak berat sebelah kepada mana-mana pihak. Hal ini demikian ahli sejarah mempunyai motif dan tujuan dalam menulis sesebuah peristiwa sejarah dengan adanya motif dalam diri ahli sejarah, tidak dapat dinafikan bahawa memang sukar untuk ahli sejarah menulisa sejarah secara objektif. Ini menunjukkan halangan ini menyebabkan sukar untuk ahli sejarah menghasilkan penulisan sejarah yang objektif, walaupun fakta yang diperolehi boleh membuktikan kebenaran sesuatu peristiwa sejarah. Namun, dengan adanya penafsiran oleh ahli sejarah yang bercampur dengan perasaan peribadi dan lain-lain menjejaskan keobjektifan dalam penulisan ahli sejarah. 3.0 KESIMPULAN Penulisan sejarah yang objektif sangat diperlukan dalam menghasilkan sesuatu penulisan oleh ahli sejarah bagi memapar sesuatu peristiwa yang berlaku pada masa lampau dapat disampai dalam keadaan yang sebenar tanpa menyelewengkan fakta sehingga penafsiran yang dibuat terhadap fakta terpesong dari yang sebenarnya. Walaupun, keobjektifan dalan penulisan sejarah ini penting, namun untuk mencapai keobjektifan dalam penulisan sejarah itu sangat sukar dan mungkin hanya menjadi impian kosong ahli sejarah sahaja. Hal ini demikian kerana dalam setiap penulisan ahli sejarah pasti ada semangat terhadap parti atau memihak kepada sebelah pihak sahaja hingga mengetepikan pihak yang turut sama
9
memainkan peranan dalam sesuatu peristiwa. Selain itu, penulisan sejarah yang objektif sukar dicapai kerana penulis gagal memahami fakta yang diperoleh sehingga menafsir fakta tersebut menurut tafsirannya ini mendorong fakta yang diperoleh diselewengkan sehingga penulisan ahli sejarah terpesong dari yang sebetulnya mengikut fakta.
10