NOVEL PANTAI KASIH KARYA AZMAH NORDIN TEMA Ketabahan seorang wanita menempuh dugaan dalam kehidupannya. Contohnya, Dr, Raiha tabah menghadapi kematian anaknya, Rohayu dalam kemalangan kebakaran kereta. Selain itu, Dr Raiha tabah menghadapi sikap suaminya yang panas baran sepanjang mereka hidup bersama. PERSOALAN 1.
Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya
Contohnya, Dr, Raiha amat menyayangi anaknya, Rohayu walaupun anaknya mengalami Sindrom down. 2.
Persoalan keberanian dalam mengakui kesilapan yang lalu.
Contohnya, Feilicia berani mengakui bahawa dia tahu kejadian sebenar yang meragut nyawa anak perempuan Dr Raiha dan meminta maaf kerana merahsiakanya. 3.
Persoalan kegigihan dalam menjalankan tugas yang pekerjaan.
Contohnya , Dr Uwang berusaha dengan gigih untuk memajukan Pusat Rawatan Pantai Kasih selepas mengambil alih pusat tersebut daripada bapanya, Datu Ontong. 4.
Persoalan tanggungjawab seorang doktor terhadap pesakitnya.
Contohnya,Dr Raiha bertanggungjawab menjalankan pembedahan tulang pinggul ke atas Unong Siron buat kali keenam.
NOVEL PANTAI KASIH KARYA AZMAH NORDIN WATAK DAN PERWATAKAN Watak utama – Dr Raiha 1. Seorang yang penyayang. Contohnya, Dr, Raiha amat menyayangi anaknya, Rahayu walaupun anaknya mengalami Sindrom down. 2. Seorang yang tabah. Contohnya, Dr, Raiha tabah menghadapi kematian anaknya, Rohayu dalam kemalangan kebakaran kereta. 3. Seorang yang bertanggungjawab Contohnya, Dr Raiha bertanggungjawab menjalankan pembedahan tulang pinggul ke atas Unong Siron buat kali keenam. Watak Sampingan i)
Dr Uwang 1. Seorang yang suka berfoya -foya Contohnya, Dr Uwang gemar mengunjungi kelab malam eksklusif untuk menenangkan fikiran dan berhibur. 2. Seorang yang gigih berusaha. Contohnya, Dr Uwang gigih membangunkan Pusat Rawatan Pantai Kasih selepas diamanahkan bapanya, Datu Ontong . 3. Seorang yang materialistik Contohnya, Dr, Uwang sanggup membeli peralatan tiruan dan tidak berkualiti untuk pesakit yang mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Pantai Kasih semata –mata ingin mengaut keuntungan.
ii)
Felicia Landosi 1. Seorang yang bersikap pilih kasih. Contohnya, Felicia bersikap pilih kasih dengan hanya memberi layanan yang baik kepada pesakit dari golongan vvip. 2. Seorang yang angkuh Contohnya, Felicia berasa marah dan tidak dapat menerima teguran Dr Raiha berkenaan etika kejururawatan. 3. Seorang yang berani mengakui kesilapan. LatarFelicia berani mengakui kesilapannya dan memohon maaf Contohnya, kepada Dr Raiha kerana terlibat dalam kemalangan kebakaran kereta yang menyebabkan anak Dr Raiha meninggal dunia.
NOVEL PANTAI KASIH KARYA AZMAH NORDIN 1. Latar tempat a) Pusat Rawatan Pantai Kasih Contohnya, tempat Dr Raiha bertugas sebagai Doktor pakar bedah. b) Apartment Dr, Raiha Contohnya, Tempat tinggal Raiha selepas peristiwa hitam kematian anaknya dan dibiarkan hidupnya tergantunggantung oleh Doktor Sadiz. c) Wad Super VVIP Contohnya, tempat Datin sedang mendapatkan rawatan D& C di pusat rawatan itu.
2. Latar masa a) Waktu malam Contohnya, waktu berlakunya kemalangan kebakaran kereta yang meragut nyawa Anak Perempuan Raiha dan Doktor Sadiz. b) Waktu Senja Contohnya, waktu Dr Raiha menjalankan pembedahan sendi tulang pinggul ke atas Unong Siron buat kali keenam. c) Waktu siang Contohnya, waktu Datin menjalani rawatan D&C di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
3. Latar masyarakat. a) Masyarakat yang mementingkan keuntungan. Contohnya, Dr, Uwang sanggup membeli peralatan tiruan dan tidak berkualiti untuk pesakit yang mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Pantai Kasih semata –mata ingin mengaut keuntungan. b) Masyarakay yang penyayang. Contohnya, Dr, Raiha amat menyayangi anaknya, Rohayu walaupun anaknya mengalami Sindrom down. c) Masyarakat yang bertanggungjawab dalam menjalankan tugas. Contohnya, Dr Raiha bertanggungjawab menjalankan pembedahan sendi tulang pinggul ke atas Unong Siron buat kali keenam selepas diarahkan oleh Dr Uwang.
GAYA BAHASA 1. Similie Contohnya, berotot-otot sasa bak pahlawan dalam dongengan silam 2. Istilah sains Contohnya, X-Ray, CT-Scanning, mamografi, hemodialisis. 3. Personifikasi Contohnya, Raiha terpukul bisu, alangkah letih jiwaku 4. Metafora Contohnya, jauh dilubuk hatinya,kecut tali perutnya. 5. Peribahasa Contohnya, anak kandung, air muka
NOVEL PANTAI KASIH KARYA AZMAH NORDIN NILAI
1. Nilai kasih sayang Contohnya, Dr, Raiha amat menyayangi anaknya, Rohayu walaupun anaknya mengalami Sindrom down. 2. Nilai bertanggungjawab Contohnya, Dr Raiha bertanggungjawab menjalankan pembedahan sendi tulang pinggul ke atas Unong Siron buat kali keenam selepas diarahkan oleh Dr Uwang. 3. Nilai kegigihan. Contohnya, Dr Uwang gigih membangunkan Pusat Rawatan Pantai Kasih selepas diamanahkan bapanya, Datu Ontong .
PENGAJARAN 1. Kita hendaklah tekun belajar untuk menjamin masa depan yang lebih cerah. Contohnya, Dr Raiha tekun belajar untuk mencapai cita-citanya sebagai pakar bedah seperti ayahnya. 2. Kita hendaklah tabah menghadapi kesukaran hidup. Contohnya, Dr Raiha tabah menghadapi kematian anaknya, Rohayu dalam kemalangan kebakaran kereta. 3.
Kita hendaklah bertanggungjawab dalam sesuatu pekerjaan. Contohnya, Dr Raiha bertanggungjawab menjalankan pembedahan sendi tulang pinggul ke atas Unong Siron buat kali keenam selepas diarahkan oleh Dr Uwang.