Nota Kemahiran Hidup Tingkatan Satubab3

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Nota Kemahiran Hidup Tingkatan Satubab3 as PDF for free.

More details

  • Words: 2,018
  • Pages: 29
NOTA KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN SATU BAB 3: ELEKTRIK Keselamatan Elektrik •

Jangan gunakan plag atau soket yang pecah dan rosak



Jangan membuat sambungan yang banyak daripada satu punca



Jangan cuba menyentuh wayar hidup yang tidak bertebat 1



Jangan cuba menmengantikan dawai fius dengan sebarang dawai atau logam



Jangan menggunakan kabel yang pecah atau terlalu lama

2



Hendaklah utamakan KESELAMATAN DIRI, KESELAMATAN MAKMAL/BENGKEL dan KESELAMATAN PERALATAN. Pamirkan slogan UTAMAKAN KESELAMATAN agar selalu dapat mengingatkan guru-guru dan pelajar-pelajar sepanjang berada dan melakukan aktiviti di makmal/bengkel.

UTAMAKAN KESELAMATAN

MAKSUD ELEKTRIK Elektrik ialah tenaga 3

Elektrik ialah pergerakan elektron dalam pengalir Elektrik boleh didapati dalam dua bentuk arus iaitu arus terus dan arus ulang alik Elektrik yang dibekalkan kerumah-rumah adalah sebanyak 220-240V dalam bentuk arus ulang alik (AC/AU). Di Malaysia elektrik dibekalkan oleh TNB (Tenaga Nasional Berhad). SUMBER ELEKTRIK

i. Sel Kering ii. Sel Basah iii. Dinamo Basikal Kaedah menghasilkan elektrik: 1. Melalui proses tindak balas kimia - contoh sel kering dan sel basah 2. Melalui tindak balas aruhan kemagnetan - contoh dinamo basikal dan janakuasa 3. Lain-lain seperti: i. kuasa solar ii. tindakan haba Sel Kering 1. Sel kering menghasilkan voltan 1.5 volt 2. Dua sel kering yang disambungkan secara siri akan menghasilkan 3.0 volt

4

Dua sel kering disambung siri 3. Arus elektrik yang dihasilkan oleh sel kering ialah arus terus (AT/DC) 4. Tenaga elektrik yang dihasilkan oleh sel kering adalah daripada hasil tindak balas kimia 5. Sel kering digunakan pada alatan elektrik mudah alih berkuasa rendah - seperti lampu picit, jam loceng, alatan permainan Bahagian Sel kering

A = Punca positif , B = Bekas zink , C = elektrolit , D = Batang karbon , E = Punca negatif Sel Basah 1. Sel basah biasanya menghasilkan voltan 6.0 volt, 12 Volt dan 24 volt 2. Sel basah boleh dicas semula dengan alat pengecas bateri 3. Sel basah lebih dikenali sebagai bateri 4. Sel basah digunakan di dalam kenderaan seperti motor, kereta, lori dan bas Bahagian sel basah

5

A = Plat positif (plumbum peroksida) , B= Terminal positif , C = Penyelang , D = Plat negatif (plumbum) , E = Elektrolit (Asid Sulfurik Cair) Dinamo Basikal 1. Dinamo basikal menghasilkan voltan 6 volt - 12 volt 2. Arus elektrik yang dihasilkan oleh dinamo ialah arus ulang alik (AU/AC) 3. Tenaga elektrik yang dihasilkan oleh dinamo ialah hasil daripada aruhan kemagnetan Bahagian Dinamo Basikal

6

A = Pemutar , B = Magnet kekal , C = Teras besi, D = gegelung dawai , E = punca elektrik Jenis-jenis sel 1. Sel Alkali 2. Sel merkuri 3. Sel lithium 4. Sel nikel kadmium

KEGUNAAN ELEKTRIK

7

i. Pengisar ii. Lampu Pendafluor iii. TV iv. Sterika v. Radio 1. Untuk menghasilkan : i. cahaya  Contoh - lampu pendafluor, lampu pijar, LED ii. bunyi  Contoh - Radio, siren, buzzer, loceng iii. haba  Contoh - Pengering rambut, pembakar roti, seterika, cerek, ketuhar iv. gerakan  Contoh - Kipas angin, pengisar, motor elektrik v. isyarat elektronik  Contoh - kalkulator, pad permainan, komputer

8

WAYAR ELEKTRIK 1. Wayar kuprum beranemal i. Digunakan untuk membuat gegelung elektrik 2. Teras tunggal i. Digunakan dalam bidang elektronik ii. Mampu mengalirkan elektrik kuasa sangat rendah 3. Teras kembar i. Digunakan untuk alat elektrik kuasa rendah seperti lampu dan peti suara ii. Untuk membuat sambungan ke punca negatif dan positif atau wayar hidup dan wayar neutral sahaja 4. Kabel teras tiga i. Digunakan untuk menyambung alatan elektrik berkuasa tinggi ii. Untuk membuat sambungan ke punca hidup, neutral dan bumi

I = Wayar kuprum beranemal , II = Wayar teras tunggal , III = Wayar teras kembar , IV = Kabel teras tiga

9

JENIS PLAG 1. Plag 2 pin i. Digunakan untuk menyambung bekalan elektrik kepada alatan elektrik berkuasa rendah ii. Radio , TV, Pencukur 2. Plag 3 pin i. Terdapat 2 jenis, plag 3 pin 13 ampere dan plag 3 pin 15 ampere ii. Digunakan untuk menyambung bekalan elektrik kepada alatan elektrik berkuasa tinggi iii. Periuk nasi, ketuhar, peti sejuk, seterika mengunakan plag 3 pin 13 ampere iv. Pendingin hawa menggunakan plag 3 pin 15 ampere

I = plag 2 pin , II = plag 3 pin

10

i. Kedudukan tamatan L, N, dan E ii. Pemasangan kod warna yang betul iii. Kabel teras tiga biru, hijau dan coklat PENDAWAIAN PLAG 3 PIN 13 AMPERE 1. Alatan

I = Pena Ujian , II = Penjalur wayar , III = Pisau lipat 2. Bahan i. Kabel teras 3 11

3. Langkah-langkah

12

i. Buangkan penebat kabel kira-kira 4 cm ii. Jalurkan hujung ketiga-tiga wayar iii. Pintalkan ketiga-tiga hujung wayar iv. Buka penutup plag v. Pasangkan teras pada tamatan mengikut kod wayar yang betul iaitu  Wayar coklat/hitam ---> tamatan hidup(L)  Wayar biru/merah -----> tamatan neutral (N)  Wayar hijau/hijau-kuning ------>Tamatan bumi (E) vi. Tutup semula plag dan pasangkan skru

13

FIUS

i. Simbol fius ii. Fius katrij iii. Fius dawai 1. Digunakan untuk memutuskan litar sekiranya berlaku litar pintas atau lebihan tenaga elektrik 2. Memberi perlindungan kepada alatan elektrik daripada rosak dan terbakar 3. Unit ukuran fius ialah ampere 4. Terdapat dua jenis fius a. Fius katrij - digunakan dalam plag 3 pin dan fius perkhidmatan rumah 1. Fius 13A  Digunakan dalam plag 3 pin 13 ampere 2. Fius 30A  Digunakan dalam fius perkhidmatan dalam sistem bekalan elektrik domestik b. Fius Dawai - digunakan dalam kotak agihan berfius dalam rumah 5. Kadar fius yang biasa digunakan ialah 5A, 10A, 13A dan 30A 6. Fius dibuat daripada aloi timah atau plumbum

14

LAMPU PIJAR DAN LAMPU PENDAFLUOR

i. Lampu pijar

ii. Lampu Pendaflour

A. Kelalang

A. Pemegang

B. Filamen

B. Tiub

C. Pin

C. Perumah

D. Sumber elektrik

D. Suis penghidup

Lampu pijar 1. Ciri-ciri lampu pijar i. Menghasilkan cahaya kuning yang menyilaukan mata ii. Cahayanya panas iii. Meninggalkan bayang hitam iv. Menggunakan kuasa elektrik yang banyak 15

2. Bahagian lampu pijar i. Filamen = menyala dan mengeluarkan cahaya ii. Gas argon = mencegah filamen daripada terbakar dan putus iii. Sesuntuh = menyambung filamen ke punca elektrik iv. Mentol kaca = melindungi gas argon dan filamen Lampu pendarfluor 1. Kelebihan Lampu pendaflour i. Warnanya putih terang dan tidak menyilaukan mata ii. Cahayanya sejuk iii. Menjimatkan elektrik iv. Tidak meninggalkan bayang hitam 2. Bahagian Lampu pendarflour i. Tiub pendarfluor = berisi gas argon dan merkuri, menghasilkan cahaya ultra ungu ii. Pemegang tiub = memegang pin elektrod iii. Cok = membekalkan voltan tinggi iv. Suis Penghidup = menghidupkan lampu v. Perumah = tapak memegang bahagian-bahagian lampu yang lain

16

Elektif KT A. Litar Elektrik 1. Maksud Litar  Satu sambungan lengkap sumber elektrik (sel) dan beban elektrik (mentol) dengan menggunakan pengalir (wayar)

i. Sumber (sel kering) ii. Beban (mentol) iii. Pengawal (suis) iv. Punca positif (wayar mereh) v. Punca negatif (wayar hitam)

Lukisan skimatik litar mudah 17

2. Jenis-jenis Litar 1. Litar mudah  Litar yang mengandungi satu sumber satu beban dan satu pengalir 2. Litar pintas  Litar tanpa beban  Litar yang mengandungi wayar pintasan 3. Litar siri  Litar yang mengandungi beban elektrik yang disambung secara siri 4. Litar selari  Litar yang mengandungi beban elektrik yang disambung secara selari 5. Litar siri selari  Litar yang mengandungi beban elektrik yang disambung secara siri dan juga selari

18

Litar asas A = Beban , B = Pengalir , C = Sumber elektrik

Litar siri 19

Litar selari

Litar siri selari 2. Perbezaan litar siri dan litar selari Litar Siri Voltan

Litar Selari Voltan 20

Voltannya adalah semakin kurang apabila beban bertambah Vj=V1+V2+V3..... Arus Arusnya sama disemua tempat Rintangan Semakin ditambah beban semakin banyak jumlah rintangan Apabila satu mentol terbakar, mentol yang lain tidak akan menyala Jika ditambah satu mentol, mentol yang lain akan menjadi malap kerana bebanan bertambah

Voltannya sama disemua tempat Vj=V1=V2=V3..... Arus Arusnya semakin kurang apabila semakin banyak beban Rintangan Jumlah rintangan adalah lebih kecil daripada nilai perintang yang paling kecil Apabila satu mentol terbakar , mentol yang lain akan terus menyala Jika ditambah satu mentol, nyalaan mentol yang lain tidak akan berubah

B. Voltan, Arus dan Rintangan I. Definisi a. Voltan ialah daya yang menggerakkan elektron di dalam pengalir elektrik b. Unit sukatan bagi daya tersebut ialah Volt (V) c. Arus ialah sejunlah elektron yang bergerak di dalam pengalir elektrik d. Unit sukatan bagai arus ialah Ampere (A/I) 21

e. Rintangan ialah halangan terhadap pergerakan arus f. Unit sukatan bagi rintangan ialah Ohm

II. Hukum Ohm 1. Hukum ohm ialah hukum yang menyatakan hubungan di antara Voltan, Arus dan Rintangan 2. Hukum ohm diperjelaskan oleh lencana hukum Ohm II. Contoh pengiraan

III. Contoh pengiraan Diberi voltan=12 volt, rintangan = 4 ohm, cari arus = (?) dalam litar di bawah. B. Meter elektrik 22

I. Meter Volt  Meter yang digunakan untuk menyukat voltan atau daya gerak elektrik(DGE)  Terdapat dua jenis meter volt a. Meter volt arus terus b. Meter volt arus ulang alik  Meter disediakan dalam beberapa julat tertentu  Meter volt dipasang selari dengan sumber (sel) dan beban (mentol) didalam litar

i. Meter volt arus terus ii. Meter volt arus ulang-alik II. Meter Ampere  Meter yang digunakan untuk menyukat kadar pergerakan arus di dalam litar  Meter ampere dipasang secara siri dengan sumber (sel) dan beban (mentol) di dalam litar

23

B. Meter Pelbagai ○ Kegunaan  Untuk mengukur voltan, arus dan rintangan  Untuk menguji keterusan litar ○ Bahagian meter pelbagai

A = Skala B = Skru pelaras sifar C = Julat bacaan D = Tombol pemilih julat E = Punca positif F = Punca Negatif G = Pelaras sifar Ohm H = Jarum penunjuk 24

i. Skala  Mengandungi skala bagi bacaan rintangan, voltan arus terus, voltan arus ulang-alik ii. Jarum Penunjuk  berfungsi menunjukkan bacaan pada skala iii. Skru Pelaras Sifar  berfungsi melaraskan jarum penunjuk pada bacaan sifar (0) iv. Pelaras Sifar Ohm  berfungsi melaraskan jarum penunjuk semasa menguji rintangan v. Prob Negatif dan prob Positif  berfungsi menyentuh alatan elektrik dan komponen elektronik prob hitam untuk negatif dan prob merah untuk positif vi. Tombol Pemilih Julat  berfungsi untuk memilih julat bacaan yang dikehendaki vii. Julat  berfungsi menunjukkan kadar sukatan yang akan diukur ○ Membaca meter Ohm pada meter pelbagai  Langkah-langkah membaca meter Ohm 1. Laraskan tombol ke julat bacaan ohm 2. Temukan kedua-dua prob negatif dan positif 3. Laraskan pelaras sifar ohm hingga jarum menunjukkan bacaan sifar (0)

25

B. Unit Kawalan Utama Bekalan Elektrik Domestik

i. Suis Utama ii. Pemutus Litar Bocor ke Bumi iii. Peti Agihan Berfius iv. Soket dan suis a. Fius Perkhidmatan  Fungsi - untuk mengawal bekalan jika berlaku arus berlebihan dan untuk memutuskan bekalan kepada pelanggan yang gagal membayar bil penggunaan b. Penyambung Neutral  Fungsi - menyambung litar rumah dengan wayar bekalan neutral c. Meter KWJ  Fungsi - untuk menyukat dan merekodkan kadar penggunaan tenaga elektrik  jenis - terdapat dua jenis meter a. Meter analog 26

b. Meter digital

Meter kWJ jenis diigital b. Suis Utama  Funsi untuk menyambung dan memutuskan bekalan elektrik di dalam rumah  Suis ini adalah suis jenis dua kutub satu arah  Di dalamnya terpasang fius katrij c. Pemutus Litar bocor ke bumi  berfungsi memutuskan bekalan elektrik dalam litar dirumah jika berlaku kebocoran arus atau litar pintas d. Kotak agihan berfius  berfungsi mengagihkan bekalan elektrik di dalam litar e. Suis dan Soket  Suis berfungsi memutuskan dan menyambung litar kepada alatan elektrik  Soket berfungsi menghubungkan alatan elektrik kepada sumber bekalan elektrik rumah

27

i. Fius Perkhidmatan ii. Penyambung Neutral iii. Meter Kwj iv. Suis utama v. PLCB vi. Kotak Agihan Berfius

B. Kuasa Elektrik 1. Maksud Kuasa Elektrik  Kadar kerja yang dihasilkan oleh arus elektrik  Unit ukuran kuasa elektrik ialah watt (W) 28

2. Formula Mencari Kuasa Elektrik  Kuasa = voltan x arus ( P = V x I ) 3. Kuasa elektrik alatan elektrik  Kuasa elektrik yang digunakan oleh kebanyakan alat elektrik dinyatakan dalam plat perincian  Perkakasan yang mengeluarkan haba lebih menggunakan kuasa elektrik berbanding yang mengeluarkan cahaya  Contoh periuk nasi elektrik berkuasa 900W sementara lampu pendafluor berkuasa 40W

Contoh plat perincian sebuah kipas elektrik

29

Related Documents