Ibu bapa perlu membimbing, fahami perasaan anak ketika usia semakin meningkat supaya pemikiran tidak terganggu Kehadiran anak dalam sebuah perkahwinan memberikan makna besar kepada insan bergelar ibu dan bapa. Permata hati disambut riang gembira. Saban hari bertukar ganti, daripada telapak kaki sebesar dua jari hingga ke pandai ‘berdiri sendiri’, ibu bapa kadang kala terasa semakin jauh dengan anak yang dilahirkan. Senario seperti ini bukan perkara baru, malah segelintir ibu bapa sendiri mengakui, semakin anak itu membesar, semakin sukar dikawal pergerakan mereka. Seorang teman menyebut ‘kalau masih kecil, bolehlah dipukul, ditampar, tapi bila sudah besar, dia pula yang memukul aku nanti’. Realitinya bayi yang lahir ke dunia ini diciptakan memiliki emosi yang tidak sama. Ibu bapa tidak boleh menyangka sekiranya perangainya baik, maka anaknya akan mengikut perangai yang serupa. Sedikit sebanyak mungkin ada benarnya kerana pendidiknya adalah kita sebagai ibu bapa. Tetapi pengaruh luaran kadangkala memberikan impak lebih besar kepada anak itu nanti. Sebab itulah mendidik anak perlu dilakukan mengikut zaman mereka berada, dan tidak sesuai mengamalkan didikan ‘zaman dulu’ kepada anak zaman ini. Bagaimanapun, ramai pakar kanak-kanak bersetuju, andai emosi anak ditangani dengan baik sejak kecil, pergerakan mereka ‘lebih mudah dikawal’, umpama menekan alat kawalan jauh. Emosi yang stabil membantu melahirkan anak lebih cemerlang, emosi yang terganggu pula melahirkan anak sebaliknya. Emosi dikaitkan perasaan iaitu suatu aspek penting dalam kehidupan seseorang. Ia menunjukkan pelbagai aspek termasuk negatif atau positif, kerana ia membantu kanak-kanak membina idea baru, matlamat dan perancangan. Pensyarah Psikologi Perkembangan Dan Pendidikan Awal Kanak-kanak Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Mastura Badriz, berkata ilustrasi emosi yang terlihat dalam kehidupan harian kanak-kanak berfungsi sebagai satu cara bagi komunikasi untuk memberitahu dan menyatakan keperluan mereka. “Segelintir anak yang menangis, besar kemungkinan mereka berasa takut dan memerlukan perlindungan daripada ibu bapa mereka. Kanak-kanak selalunya belum mengenali konsep masa. Sama ada sekejap atau lambat, asal saja ibu bapa tiada depan mata mereka akan mula menangis. “Kadangkala ibu bapa selalu merungut ‘budak ni, aku tak ada depan mata seminit pun menangis’. Mereka hanya tahu, bila tiada ibu bapa depan mata, maka sudah tidak selamat,” katanya pada Seminar Celik Emosi anjuran Hal Ehwal Wanita (Helwa), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) baru-baru ini. Beliau berkata, kanak-kanak menyuarakan ‘isi hati’ menerusi emosi yang ditonjolkan dan ibu bapa selalunya adalah idola kepada mereka. Segelintir ibu bapa yang marah terhadap anak andai menjerit, tetapi pada masa sama si ibu atau ayah tetap mengherdik seperti ‘mak kata jangan menjerit’. Penggunaan intonasi yang tinggi, sedangkan ibu inginkan anak bersuara rendah, menjadi anak berkenaan keliru dengan apa yang diperkatakan. Memandu atau menangani emosi anak ke arah positif
adalah perlu dalam usaha melahirkan anak yang seimbang. “Setiap anak itu unik dan tersendiri. Along dan angah mungkin mempunyai emosi yang berlainan. Dalam usaha mengenali anak, ibu bapa perlu memahami emosi mereka kerana kita tidak mahu anak membesar dalam emosi yang terganggu. “Ada anak yang sensitif tetapi ada anak yang merajuk mahu dirinya dipujuk serta dirayu. Andai betul caranya, kita ‘melayan’ emosi mereka, si kecil akan membesar merasa dirinya dihargai dan diperlukan, bukan dibiarkan bersendirian dan dibenci,” katanya. Jenis Emosi atau Perasaan dan implikasi pada kanak-kanak: Gembira - Membantu kanak-kanak atau remaja berfikir bagaimana melahirkan rasa seronok dan menggalakkan mereka bercakap mengenai sesuatu yang mereka sukai. Marah - Membantu mencari jalan bagaimana menghadapi halangan untuk mendapat sesuatu yang dicitakan dan mengenal erti kesabaran, belajar melahirkan perasaan geram dalam bentuk yang bersesuaian dan mencari jalan penyelesaian. Takut - Rasa terancam, suatu motivasi ingin memastikan keselamatan diri dari aspek fizikal dan psikologi. Merangsang kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan takutnya, mencari jaminan mendapat ketenangan dan ketenteraman. Sedih - Kehilangan, tidak mendapat apa yang dikehendaki menjadikan kanak-kanak berusaha lebih mendapat apa yang dicita, mencurah perasaan dan berfikir bagaimana mengatasi rasa sedih. Geli - Selalunya dikaitkan dengan makanan, bau dan pandangan, suatu yang semula jadi menjadikan seseorang kanak-kanak berhati-hati agar tidak ‘terkena’ apa yang yang beliau geli. Perasaan ini perlu dihormati dan bantu mereka mencari sebab mengapa mereka berperasaan begitu. Cemas - Asalkan tidak keterlaluan, sebenarnya ia membantu kanak-kanak berusaha mengambil langkah mengelak diri dari menghadapi masalah, belajar menahan perasaan bimbang dan bertindak proaktif untuk menunjukkan sesuatu yang terbaik. Malu - Menjadikan kanak-kanak menyedari kepentingan perilaku yang baik dan mengelak daripada melakukan sesuatu yang dikatakan memalukan. Ini membantu mereka mengawal tingkah laku mereka sendiri. Rasa bersalah - Wujud bila kanak-kanak melakukan sesuatu yang dianggap ‘keluar’ dari ’standard’ tingkah laku yang baik. Si kecil akan berusaha untuk tidak dianggap bersalah dengan berakhlak sebaik mungkin dan sekiranya kesalahan tetap atau sudah dilakukan, perasaan ini merangsang kanak-kanak meluahkan perasaan dan menyedari agar berusaha untuk tidak mengulangi pada waktu yang lain. Rasa bangga - Tercetus bila seseorang kanak-kanak terasa dihormati/dihargai oleh orang lain atau bila ia mencapai apa yang diharapkan seperti merangsang mereka meluahkan apa yang membuatkan mereka merasa bangga dan memberi peluang berkongsi rasa bangga, puas dan gembira. Perkembangan Awal Emosi (bayi 0-15 bulan)
Emosi asas (positif dan negatif) berkembang secara ‘gradual’ terutama dalam tempoh enam bulan pertama dan selalunya ditonjolkan menerusi memek muka dan ‘eye contact’: - gembira/seronok - senyum, pipi terangkat, mata berbentuk bulan sabit. Contoh - bila diagah. - terkejut - angkat kening, mulut terbuka luas, bulatkan mata. Contoh - berhenti menangis bila dengar bunyi muzik atau suara jeritan - minat - merenung, mengerutkan kening dan bibir. Contoh - merenung wajah ibu, melihat persekitaran - marah - mengerut dan memasamkan muka, kening turun naik, mata tajam. Contoh ‘mengamuk’ bila mengantuk atau lapar, bila objek ‘dirampas’ daripada tangan. - Sedih - muka masam dan layu, dagu tertolak ke hadapan. Contoh - ditinggalkan ibu - Geli- berkerut kening, jelir lidah. Contoh - ‘menolak’ jenis makanan tertentu, menangis bila buang air. Bayi antara 3 - 8 minggu sudah boleh tersenyum- perkembangan awal emosi positif Bayi 12- 20 minggu - senyum pada wajah dan suara dikenali; senyum bila merasakan persekitaran ‘dikuasai’, mula ketawa. - Enam bulan pertama bayi masih belum mempunyai rasa sayang/ kasih pada sesuatu/seseorang. - Perasaan kasih mula terbentuk ketika usia antara 7 hingga 9 bulan - melalui hubungan ikatan kasih sayang, sentuhan, belaian dengan orang yang paling hampir seperti ibu dan ayah, menunjukkan rasa tidak senang/takut dengan kehadiran ‘orang asing’. Emosi anak tatih (16-36 bulan) Emosi turun naik seperti ‘roller coaster’ Usia 2 tahun : sudah tahu menunjukkan emosi dan emosi yang ditunjukkan memang disengajakan tidak ragu-ragu untuk melakukannya. Mahu ‘bebas’ tetapi tidak mahu ditinggalkan bersendirian - rasa diri ’sudah besar’ tetapi mahu dibelai. ‘reject syndrome’ - dalaman kanak-kanak bukan ‘menentang’ ibu bapa. ‘temper tantrum’ (tidak mampu meluahkan perasaan sepenuhnya dalam bentuk perkataan/verbal) Berbagai bentuk perasaan takut: bunyi bising, suara binatang, bilik gelap, ‘hilang’ ibu bapa, perubahan persekitaran dan sebagainya (takut pada apa saja yang ‘dianggap’ bahaya). Emosi anak prasekolah (36 bulan hingga ke usia enam tahun) Usia 3-4 tahun sudah boleh memahami perkaitan antara emosi dan persekitaran/ sebab yang mempengaruhi emosi.
Mula belajar mengawal emosi yang turun naik. Pemahaman terhadap emosi orang lain terbatas hanya kepada emosi yang ditunjukkan melalui memek muka. Perasaan takut yang terbentuk berkait dengan imaginasi dan khayalan berserta perkembangan daya kreativiti dan pemikiran abstrak. Contohnya takut hantu, takut jatuh. Lebih berdikari, kurang physical contact dengan ibu bapa. Lebih banyk bercakap untuk mencurah perasaan/menangani perasan. Perkembangan emosi kanak-kanak usia pertengahan (7-14 tahun) Sudah pandai menyembunyikan emosi yang negatif dengan berpura-pura menunjukkan keseronokan. Sudah mula memahami dan menghurai emosi yang kompleks : perasaan malu, rasa bersalah, rasa bangga dan cemburu. Perasaan takut mula berkembang kepada yang lebih realistik - takut sekolah, takut berkomunikasi, takut kejadian jenayah. Mahu disayangi tetapi bukan ditonjolkan depan ramai. Amat memerlukan bantuan mengenalpasti emosi marah agar tidak ‘out of control’; belajar mengawal perasan. Perlu perhatian dan dorongan mengatasi rasa takut. Mula memahami keperluan kumpulan.
Peranan muzik memupuk minda kanak-kanak MUZIK sentiasa menjadi sebahagian penting dalam sistem pembelajaran kanak-kanak. Misalnya, seorang ibu akan mendendangkan irama lagu semasa mendodoikan anaknya untuk tidur, menyanyikan nada irama kanak-kanak apabila menyampaikan cerita fiksyen atau sejarah, serta aktiviti nyanyibersama yang dipelajari kanak-kanak semasa di rumah atau di prasekolah. Semua rangsangan stimulasi ini memberikan perkembangan yang sihat kepada bayi dan kanak-kanak. Kajian terbaru membuktikan bahawa muzik boleh memantapkan perkembangan bahasa, hubungan bunyi-perkataan, keupayaan matematik kanak-kanak dan sesetengahnya meningkatkan keupayaan intelektual kanak-kanak. Pada trimester ketiga pembesaran janin, otak sedang membuat persediaan untuk operasi lengkap. Oleh itu, ia mudah menerima sebarang bentuk informasi. Ketika itu, telinga fetus telah terbentuk sepenuhnya dan perlahan-lahan mula mengenali suara ibu dan bunyi sekeliling. Pada peringkat ini, Stimulasi Prenatal adalah digalakkan kerana kaedah ini melibatkan pelbagai rangsangan seperti bunyi, gerakan, tekanan dan getaran unuk berkomunikasi dengan bayi anda sebelum bayi dilahirkan. Pada peringkat ini, bayi mula belajar mengenali dan bertindak-balas kepada rangsangan berbeza yang membantu dalam perkembangan fizikal, mental dan deria mereka. Latihan ini membantu mengukuhkan ikatan hubungan ibu dan bayi, serta membantu dalam perkembangan emosi dan potensi intelektual bayi. Dalam tempoh sebelum dan selepas bayi dilahirkan, muzik klasik telah diyakini dapat memberi pengaruh yang kuat terhadap kepintaran kanak-kanak. Tetapi kajian menunjukkan bahawa walaupun kebanyakan degupan jantung bayi bertindak balas terhadap muzik klasik, tiada kajian yang dapat membuktikan bahawa bayi hanya menggemari muzik klasik. Kepelbagaian muzik Kebanyakan pakar kanak-kanak akan bersetuju bahawa kesesuaian muzik untuk bayi dan kanak-kanak adalah tidak terhad, asalkan muzik tersebut tidak terlalu kuat atau menyakiti telinga bayi. “Kepelbagaian jenis muzik berguna untuk masa depan bayi anda kerana ia memupuk kemahiran menulis, membaca dan perbahasan,” kata Dr. Lihanna Borhan, pensyarah Perkembangan Kanak-kanak di Universiti Malaya. Baru-baru ini, ibu bapa di Malaysia telah dibanci tentang dua soalan berhubung muzik dalam perkembangan awal anak mereka melalui Tinjauan Pendapat Ibu Bapa Bijak yang dikendalikan oleh Mead Johnson Nutritionals. Salah satu soalan yang dikemukakan mengkehendaki ibu bapa memberikan pendapat mereka sama ada muzik membantu anak mereka belajar dengan lebih baik.
91 peratus ibu bapa yang dibanci bersetuju dengan persoalan tersebut dan memberikan kesimpulan bahawa lebih ramai ibu bapa kini yang terdedah kepada sumber-sumber yang membantu dalam perkembangan awal anak-anak mereka termasuk muzik. Satu lagi soalan yang dikemukakan adalah pilihan ibu bapa terhadap muzik klasikal atau muzik pop untuk anak mereka. Ia memberikan tindak balas bercampur kerana 57 peratus memilih muzik klasik manakala 43 peratus memilih muzik pop. Walaupun majoriti ibu bapa menjawab ya, terdapat golongan ibu bapa yang berpendapat bahawa muzik pop juga bersesuaian. Ini mungkin boleh dikaitkan dengan bagaimana cara ibubapa pada masa ini menggunakan muzik sebagai alat pembelajaran. Apabila bayi anda mula membesar, dia mula bergoyang, bergerak dan menari mengikut irama muzik. Semua bayi mempunyai naluri deria irama dan menggemari muzik. Ingat lagi irama kanak-kanak yang anda pelajari di zaman kanak-kanak? Jika anda suka menyanyi Twinkle Twinkle Little Star, begitu juga dengan bayi anda. Perasaan Ibu bapa juga boleh mengetahui perasaan bayi anda dengan mengaitkan muzik atau bunyi yang menghasilkan reaksi tertentu. Misalnya, apabila bayi atau anak anda tidak gembira, ibu biasanya akan mendakap anak mereka, mendendang atau mendodoikan anak dengan irama muzik. Tidak kisahlah jika anda boleh menyanyi dengan sedap atau tidak, nada yang tenang atau melodi yang mendamaikan di sebalik suara ibu membantu menenangkan emosi bayi. Ringkasnya, bunyi yang tenang mempunyai kesan menenangkan terhadap bayi. Lagu pop atau rancak boleh meningkatkan semangat kanak-kanak, menjadikan mereka gembira dan bertenaga, apabila mereka menari mengikut irama muzik. Sebaliknya, muzik klasikal membantu mengekalkan perhatian dan tumpuan kanak-kanak, menjadikan mereka tenang dan patuh. Dalam usia enam tahun pertama mereka, kanak-kanak boleh berlagu mengikut irama apabila mereka cuba membezakan deria dan bunyi dari irama muzik serta memperoleh penyampaian visual bunyi tersebut. Proses mendapatkan maksud dari bunyi merupakan kunci utama untuk permulaan kanak-kanak dalam perkembangan bahasa. Semasa usia bertatih, anak boleh menentukan penekanan terhadap bunyi seperti Tidak dan Berhenti, diikuti oleh bunyi geram, nada tinggi atau lain-lain konotasi agresif. Ini juga boleh digunakan untuk perkataan positif seperti, Baik, Bagus atau Hebat. Kanak-kanak berupaya untuk mentafsirkan maksud melalui nada perkataan; umumnya jika apa-apa perkataan yang diucapkan tidak mempunyai ritma yang betul, tidak ada seorangpun yang boleh memahaminya. Otak kiri Pada bahagian kiri otak, terdapat Kawasan Broca yang juga dikenali sebagai Memori Tugasan Verbal. Bahagian otak ini mengendalikan semua simpanan dan pemprosesan informasi verbal, serta peranan
penting pemprosesan bahasa. Semasa usia awal perkembangan kanak-kanak, mendengar adalah lebih baik dari membaca, sering dianggap sebagai bentuk pembelajaran yang efektif. Memandangkan bahasa ucapan biasanya sementara, apa-apa bunyi yang tertinggal di belakang disalurkan dengan cepat dan disimpan dalam otak untuk rujukan dan perkaitan di masa depan. Oleh itu, pemahaman mendengar mengesyorkan bahawa lebih banyak pemprosesan semantik dalam Kawasan Broca. Misalnya, dalam bahasa Mandarin, setiap suku kata dan nada adalah penting dalam membezakan di antara satu perkataan dengan perkataan yang lain; jika diucapkan mengikut tahap nada yang berbeza, perkataan mi mungkin bermaksud untuk mengecilkan mata, nasi atau kebingungan. Muzik juga memiliki keupayaan memulih ke atas kanak-kanak. Mengikut hasil kajian yang dijalankan oleh Stanford University telah mendedahkan bahawa muzik meningkatkan pembacaan untuk kanakkanak dileksia. Seperti yang dinyatakan dari awal, pengalaman muzikal boleh meningkatkan keupayaan otak untuk mengenalpasti dengan cepat perubahan bunyi dan nada. John Gabrielli, bekas Profesor Psikologi Stanford menekankannya dengan berkata: “Apa yang ditunjukkan oleh kajian ini, yang penting, terdapat aspek tertentu bahasa...Yang berubah dalam minda dan otak manusia dengan latihan muzikal.” Kajian dijalankan turut mencadangkan bahawa memainkan alat muzik mempunyai faedah kognitif, walaupun tahap ukurannya belum ditentukan. Di dalam artikel “Adakah muzik menjadikan kita lebih pintar? (“Does music make us smarter?”) oleh BabyClassroom.com mengaitkan muzik dengan perkembangan awal otak. Mereka memetik kajian oleh Dr. Frances Rauscher dan Dr. Gordon Shaw yang menunjukkan bahawa kanak-kanak prasekolah yang mengambil pelajaran muzik menampilkan keupayaan pemikiran spatial dan temporal (yang merupakan asas penting untuk matematik dan sains) dan prestasi yang lebih baik dalam menjalankan tugas dibandingkan rakan mereka yang tidak mengambil pelajaran muzik, termasuk mereka yang mengambil pelajaran komputer dalam tempoh yang sama. Selain daripada itu, muzik juga telah dikaitkan dengan peningkatan celik huruf. Malah, muzik sememangnya menjadi komponen penting dalam perkembangan bahasa kerana ia merupakan cara yang baik untuk melibatkan kanak-kanak dalam menerokai bunyi dan perkataan, manakala irama pula alat yang berguna untuk meningkatkan memori. Contoh terbaik adalah lagu huruf. Sesetengah orang dewasa masih menyanyikan ABCDE hingga Z untuk membaca huruf. Dengan pendedahan muzik dan latihan muzikal, anak anda berupaya untuk memahami maklumat baru dengan lebih baik dan cepat, kerana muzik meningkatkan keupayaan mental. Satu lagi faktor positif muzik adalah ia merangsang keyakinan dan harga diri anak anda. Ya, muzik boleh memberikan faktor penting untuk perkembangan dan pembesaran kanak-kanak. Bagaimanapun, ibu bapa dinasihatkan tidak menggunakan pelajaran muzik yang boleh memberi tekanan kepada anakanak sehingga melampaui keupayaan mereka kerana ini boleh memberikan akibat negatif.
Keseronokan adalah kunci kepada apa jua proses pembelajaran dan ibubapa perlu sentiasa bersama anak dan berinteraksi dengan mereka untuk memperoleh sepenuhnya kreativiti anak mereka, meningkatkan kemahiran motor atau mengatasi halangan kognitis anak mereka. Menyanyi, bermain dan menarilah bersama anak anda, kerana tiada pembelajaran yang lengkap tanpa ibu bapa. * RENCANA ini disumbangkan oleh Mead Johnson Nutritionals dan merupakan sebahagian daripada empat rencana merangkumi Smart Music (Bijak Muzik), Smart Language (Bijak Bahasa), Smart Play (Bijak Permainan) and Smart Nutrition (Bijak Nutrisi).
MUZIK sentiasa menjadi sebahagian penting dalam sistem pembelajaran kanak-kanak. Misalnya, seorang ibu akan mendendangkan irama lagu semasa mendodoikan anaknya untuk tidur, menyanyikan nada irama kanak-kanak apabila menyampaikan cerita fiksyen atau sejarah, serta aktiviti nyanyibersama yang dipelajari kanak-kanak semasa di rumah atau di prasekolah. Semua rangsangan stimulasi ini memberikan perkembangan yang sihat kepada bayi dan kanak-kanak. Kajian terbaru membuktikan bahawa muzik boleh memantapkan perkembangan bahasa, hubungan bunyi-perkataan, keupayaan matematik kanak-kanak dan sesetengahnya meningkatkan keupayaan intelektual kanak-kanak. Pada trimester ketiga pembesaran janin, otak sedang membuat persediaan untuk operasi lengkap. Oleh itu, ia mudah menerima sebarang bentuk informasi. Ketika itu, telinga fetus telah terbentuk sepenuhnya dan perlahan-lahan mula mengenali suara ibu dan bunyi sekeliling. Pada peringkat ini, Stimulasi Prenatal adalah digalakkan kerana kaedah ini melibatkan pelbagai rangsangan seperti bunyi, gerakan, tekanan dan getaran unuk berkomunikasi dengan bayi anda sebelum bayi dilahirkan. Pada peringkat ini, bayi mula belajar mengenali dan bertindak-balas kepada rangsangan berbeza yang membantu dalam perkembangan fizikal, mental dan deria mereka. Latihan ini membantu mengukuhkan ikatan hubungan ibu dan bayi, serta membantu dalam perkembangan emosi dan potensi intelektual bayi. Dalam tempoh sebelum dan selepas bayi dilahirkan, muzik klasik telah diyakini dapat memberi pengaruh yang kuat terhadap kepintaran kanak-kanak. Tetapi kajian menunjukkan bahawa walaupun kebanyakan degupan jantung bayi bertindak balas terhadap muzik klasik, tiada kajian yang dapat membuktikan bahawa bayi hanya menggemari muzik klasik.
Kepelbagaian muzik Kebanyakan pakar kanak-kanak akan bersetuju bahawa kesesuaian muzik untuk bayi dan kanak-kanak adalah tidak terhad, asalkan muzik tersebut tidak terlalu kuat atau menyakiti telinga bayi. “Kepelbagaian jenis muzik berguna untuk masa depan bayi anda kerana ia memupuk kemahiran menulis, membaca dan perbahasan,” kata Dr. Lihanna Borhan, pensyarah Perkembangan Kanak-kanak di Universiti Malaya. Baru-baru ini, ibu bapa di Malaysia telah dibanci tentang dua soalan berhubung muzik dalam perkembangan awal anak mereka melalui Tinjauan Pendapat Ibu Bapa Bijak yang dikendalikan oleh Mead Johnson Nutritionals. Salah satu soalan yang dikemukakan mengkehendaki ibu bapa memberikan pendapat mereka sama ada muzik membantu anak mereka belajar dengan lebih baik. 91 peratus ibu bapa yang dibanci bersetuju dengan persoalan tersebut dan memberikan kesimpulan bahawa lebih ramai ibu bapa kini yang terdedah kepada sumber-sumber yang membantu dalam perkembangan awal anak-anak mereka termasuk muzik. Satu lagi soalan yang dikemukakan adalah pilihan ibu bapa terhadap muzik klasikal atau muzik pop untuk anak mereka. Ia memberikan tindak balas bercampur kerana 57 peratus memilih muzik klasik manakala 43 peratus memilih muzik pop. Walaupun majoriti ibu bapa menjawab ya, terdapat golongan ibu bapa yang berpendapat bahawa muzik pop juga bersesuaian. Ini mungkin boleh dikaitkan dengan bagaimana cara ibubapa pada masa ini menggunakan muzik sebagai alat pembelajaran. Apabila bayi anda mula membesar, dia mula bergoyang, bergerak dan menari mengikut irama muzik. Semua bayi mempunyai naluri deria irama dan menggemari muzik. Ingat lagi irama kanak-kanak yang anda pelajari di zaman kanak-kanak? Jika anda suka menyanyi Twinkle Twinkle Little Star, begitu juga dengan bayi anda. Perasaan Ibu bapa juga boleh mengetahui perasaan bayi anda dengan mengaitkan muzik atau bunyi yang menghasilkan reaksi tertentu. Misalnya, apabila bayi atau anak anda tidak gembira, ibu biasanya akan mendakap anak mereka, mendendang atau mendodoikan anak dengan irama muzik. Tidak kisahlah jika anda boleh menyanyi dengan sedap atau tidak, nada yang tenang atau melodi yang mendamaikan di sebalik suara ibu membantu menenangkan emosi bayi. Ringkasnya, bunyi yang tenang mempunyai kesan menenangkan terhadap bayi. Lagu pop atau rancak boleh meningkatkan semangat kanak-kanak, menjadikan mereka gembira dan bertenaga, apabila mereka menari mengikut irama muzik. Sebaliknya, muzik klasikal membantu mengekalkan perhatian dan tumpuan kanak-kanak, menjadikan mereka tenang dan patuh. Dalam usia enam tahun pertama mereka, kanak-kanak boleh berlagu mengikut irama apabila mereka
cuba membezakan deria dan bunyi dari irama muzik serta memperoleh penyampaian visual bunyi tersebut. Proses mendapatkan maksud dari bunyi merupakan kunci utama untuk permulaan kanak-kanak dalam perkembangan bahasa. Semasa usia bertatih, anak boleh menentukan penekanan terhadap bunyi seperti Tidak dan Berhenti, diikuti oleh bunyi geram, nada tinggi atau lain-lain konotasi agresif. Ini juga boleh digunakan untuk perkataan positif seperti, Baik, Bagus atau Hebat. Kanak-kanak berupaya untuk mentafsirkan maksud melalui nada perkataan; umumnya jika apa-apa perkataan yang diucapkan tidak mempunyai ritma yang betul, tidak ada seorangpun yang boleh memahaminya. Otak kiri Pada bahagian kiri otak, terdapat Kawasan Broca yang juga dikenali sebagai Memori Tugasan Verbal. Bahagian otak ini mengendalikan semua simpanan dan pemprosesan informasi verbal, serta peranan penting pemprosesan bahasa. Semasa usia awal perkembangan kanak-kanak, mendengar adalah lebih baik dari membaca, sering dianggap sebagai bentuk pembelajaran yang efektif. Memandangkan bahasa ucapan biasanya sementara, apa-apa bunyi yang tertinggal di belakang disalurkan dengan cepat dan disimpan dalam otak untuk rujukan dan perkaitan di masa depan. Oleh itu, pemahaman mendengar mengesyorkan bahawa lebih banyak pemprosesan semantik dalam Kawasan Broca. Misalnya, dalam bahasa Mandarin, setiap suku kata dan nada adalah penting dalam membezakan di antara satu perkataan dengan perkataan yang lain; jika diucapkan mengikut tahap nada yang berbeza, perkataan mi mungkin bermaksud untuk mengecilkan mata, nasi atau kebingungan. Muzik juga memiliki keupayaan memulih ke atas kanak-kanak. Mengikut hasil kajian yang dijalankan oleh Stanford University telah mendedahkan bahawa muzik meningkatkan pembacaan untuk kanakkanak dileksia. Seperti yang dinyatakan dari awal, pengalaman muzikal boleh meningkatkan keupayaan otak untuk mengenalpasti dengan cepat perubahan bunyi dan nada. John Gabrielli, bekas Profesor Psikologi Stanford menekankannya dengan berkata: “Apa yang ditunjukkan oleh kajian ini, yang penting, terdapat aspek tertentu bahasa…Yang berubah dalam minda dan otak manusia dengan latihan muzikal.” Kajian dijalankan turut mencadangkan bahawa memainkan alat muzik mempunyai faedah kognitif, walaupun tahap ukurannya belum ditentukan. Di dalam artikel “Adakah muzik menjadikan kita lebih pintar? (“Does music make us smarter?”) oleh BabyClassroom.com mengaitkan muzik dengan perkembangan awal otak. Mereka memetik kajian oleh Dr. Frances Rauscher dan Dr. Gordon Shaw yang menunjukkan bahawa kanak-kanak prasekolah yang mengambil pelajaran muzik menampilkan keupayaan pemikiran spatial
dan temporal (yang merupakan asas penting untuk matematik dan sains) dan prestasi yang lebih baik dalam menjalankan tugas dibandingkan rakan mereka yang tidak mengambil pelajaran muzik, termasuk mereka yang mengambil pelajaran komputer dalam tempoh yang sama. Selain daripada itu, muzik juga telah dikaitkan dengan peningkatan celik huruf. Malah, muzik sememangnya menjadi komponen penting dalam perkembangan bahasa kerana ia merupakan cara yang baik untuk melibatkan kanak-kanak dalam menerokai bunyi dan perkataan, manakala irama pula alat yang berguna untuk meningkatkan memori. Contoh terbaik adalah lagu huruf. Sesetengah orang dewasa masih menyanyikan ABCDE hingga Z untuk membaca huruf. Dengan pendedahan muzik dan latihan muzikal, anak anda berupaya untuk memahami maklumat baru dengan lebih baik dan cepat, kerana muzik meningkatkan keupayaan mental. Satu lagi faktor positif muzik adalah ia merangsang keyakinan dan harga diri anak anda. Ya, muzik boleh memberikan faktor penting untuk perkembangan dan pembesaran kanak-kanak. Bagaimanapun, ibu bapa dinasihatkan tidak menggunakan pelajaran muzik yang boleh memberi tekanan kepada anakanak sehingga melampaui keupayaan mereka kerana ini boleh memberikan akibat negatif. Keseronokan adalah kunci kepada apa jua proses pembelajaran dan ibubapa perlu sentiasa bersama anak dan berinteraksi dengan mereka untuk memperoleh sepenuhnya kreativiti anak mereka, meningkatkan kemahiran motor atau mengatasi halangan kognitis anak mereka. Menyanyi, bermain dan menarilah bersama anak anda, kerana tiada pembelajaran yang lengkap tanpa ibu bapa. * RENCANA ini disumbangkan oleh Mead Johnson Nutritionals dan merupakan sebahagian daripada empat rencana merangkumi Smart Music (Bijak Muzik), Smart Language (Bijak Bahasa), Smart Play (Bijak Permainan) and Smart Nutrition (Bijak Nutrisi).
Terapi bunyi-bunyian beri kesan positif kepada kanak-kanak PENYELIDIKAN yang dilakukan di Universiti Munster, Jerman pada 1997 menemukan rumusan mengenai pembelajaran muzik pada usia kanak-kanak sebenarnya akan membesarkan saiz otak kanak-kanak itu. Kajian berkaitan juga menunjukkan kanak-kanak yang terdedah dengan persekitaran muzik akan memperuntukkan sebanyak 25 peratus bahagian otaknya menganalisis nada tinggi rendah nota muzik berbanding mereka yang tidak pernah mengenali instrumen berkenaan. Kenyataannya, semakin awal kanak-kanak didedahkan dengan muzik, saiz otak yang diperuntukkan untuk memproses semua informasi mengenai muzik akan menjadi semakin besar seterusnya mendorong mereka berfikir dengan lebih kritikal dan terperinci di mana fenomena ini dianggap satu kelebihan kepada mereka. Malah, ada seribu satu kesimpulan yang dibuat cerdik pandai mengenai kepentingan muzik dalam kehidupan manusia. Pakar saraf yang juga penggubah lagu, Mark Tramo, berpendapat jika anda ingin meningkatkan tahap intelektual kanakkanak, ajarkan mereka dengan pelajaran muzik. Pengarah Pusat Pendidikan Muzik, Fakulti Muzik, Universiti Teknologi Mara, (UiTM), Shah Alam, Dr. Ramona Mohd Tahir, berkata kepentingan muzik dalam kehidupan manusia tidak dapat disangkal lagi kerana muzik sudah bertamadun dalam kehidupan manusia selaras dengan kewujudan manusia itu sendiri. "Muzik diketahui sudah lama berakar umbi dalam kehidupan manusia, tetapi Islam tidak menyebutnya sebagai muzik. Cendekiawan Islam terdahulu menamakannya sebagai seni bunyi-bunyian. Jadi, berdasarkan kajian yang pernah dilakukan di Barat, kanak-kanak yang didedahkan dengan muzik sejak mereka masih dalam kandungan mempunyai daya fokus yang tinggi terhadap apa yang mereka lakukan," katanya ketika ditemui di UiTM, Shah Alam. Dr. Ramona berkata, kanak-kanak berkenaan juga berkecenderungan tinggi dalam menyelesaikan sebarang permasalahan yang mereka hadapi dengan tenang berbanding mereka yang sebaya usia, tetapi tidak didedahkan dengan muzik. Katanya, tiada sebarang had masa untuk ibu hamil memperdengarkan ‘bayi’ mereka dengan muzik yang bersifat menenangkan kerana ada yang memulakan kaedah berkenaan seawal kehamilan dan ada juga yang memilih untuk memperdengarkan ketika anak mereka berusia dua hingga lima tahun. Bagaimanapun, katanya, wajar diberi perhatian mengenai jenis muzik apakah yang akan didedahkan oleh ibu bapa kepada anak mereka kerana kanak-kanak lazim akan menerima apa saja yang mereka dengar. "Apa yang kita hadapi kini ialah kebangkitan muzik pop yang diketahui oleh semua orang malah berleluasa dalam masyarakat. Sebetulnya ada banyak muzik yang berpotensi boleh didedahkan kepada anak supaya muzik itu boleh membentuk minda dan jiwa mereka menjadi lebih baik." Katanya, sebaik-baik muzik yang akan diperdengarkan ialah jenis muzik yang boleh menampilkan jati diri manusia kerana kuasa muzik juga menjadikan mereka yang mendengarnya mempunyai keberanian untuk meluahkan apa yang bersarang di minda mereka. "Justeru kanak-kanak yang memiliki pendedahan awal terhadap muzik mempunyai kelebihan daripada segi berfikir kerana kedua-dua bahagian otak mereka berfungsi dengan baik akibat pengaruh muzik yang didengar," katanya. Selain itu, katanya, terapi muzik terhadap kanak-kanak juga boleh menjadikan si kecil membesar dengan sempurna kerana konsep asas dalam muzik ialah menekankan kesempurnaan, kerjasama, perpaduan dan menuntut pengecaman yang sangat
Apa bentuk tanggungjawab muzik sekali pun, kerjasama harus ada. Lihat saja ensembel gamelan atau orkestra, mereka cukup berhati-hati kerana jika ada seorang yang tersilap, ia akan merosakkan keseluruhan ensembel. Pendengar umum mungkin tidak perasan mengenai kesilapan yang berlaku, tetapi bagi individu yang mengetahui mengenai muzik, perkara sebegini mesti dielakkan. "Jadi, dalam kes terapi muzik untuk kanak-kanak, banyak penemuan dan kajian memunculkan kesan positif ke atas mereka." katanya. INFO: Pelajaran muzik • Kajian dilakukan pada 1993 oleh Frances Rauscher dan Gordon Shaw mengenai pengendalian menunjukkan kanak-kanak prasekolah yang diberi latihan muzik memperlihatkan peningkatan yang signifikan dalam keupayaan berkaitan ruang angkasa. • Kanak-kanak yang mempelajari piano dan terbabit dengan program lapangan animasi interaktif menunjukkan penguasaan yang baik dalam ilmu matematik. • Kajian dilakukan Xiaodan Leng dan Gordon Shaw mencadangkan muzik adalah bahasa awal dan penguasaan terhadapnya amat berguna untuk melatih tubi otak berfungsi kepada tahap kognitif tertentu. • Percubaan terhadap pelajar kolej menunjukkan selepas mereka mendengar sonata Mozart, mereka mengalami sesuatu yang memberangsangkan terhadap spatial reasoning skill walaupun tidak mempunyai pengalaman sebelum ini. Manfaat kuasa muzik di taska PENGUSAHA pusat penjagaan kanak-kanak Taska Wawasan Pelangi di Jinjang, Umei Bahn Mohamad, berkata beliau menggunakan pendekatan muzik dalam usaha menangani kanak-kanak yang dikendalikan di pusat jagaan harian kanakkanak miliknya. "Saya menyediakan instrumen seperti dram, kerincing, loceng, barang kitar semula seperti pen marker dan batu kecil yang dimasukkan ke dalam botol plastik untuk dijadikan instrumen tambahan. Setiap kali sesi ini berlangsung, kebanyakan kanak-kanak seronok melaluinya." "Daripada sesi ini juga saya boleh mengesan sama ada mereka berada dalam keadaan sihat dan stabil atau mengalami gangguan emosi kerana kanak-kanak yang tidak sihat tidak akan menunjukkan tindak balas positif walau pun mereka berada dalam lingkungan rakan sebaya yang cergas," katanya. Katanya, kaedah penggunaan instrumen muzik di taska banyak membantu membina keyakinan diri kanak-kanak kerana melalui muzik, si kecil secara tidak langsung berani meluahkan emosi mereka terutama apabila berada dalam dalam keadaan selesa dan ceria "Sekiranya mereka membuat bunyi-bunyian dengan kuat, saya berasa gembira kerana tahu mereka dalam keadaan menggembirakan dan selesa dengan apa yang saya sediakan untuk mereka, tetapi jika ada antara si kecil yang tidak memberikan tindak balas, saya boleh memantau dengan segera apakah yang membuatkan di kecil pasif," katanya. Bagi menambahkan ilmu pengetahuan mengenai kanak-kanak, Umei menduduki pengajian peringkat diploma dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak si kolej di ibu kota dan mata pelajaran muzik adalah salah satu daripada subjek yang diambil.