Murid Pembelajaran.docx

  • Uploaded by: genji cokodok
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Murid Pembelajaran.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,361
  • Pages: 5
1.0 PENGENALAN

Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi satu elemen penting dalam perkembangan pendidikan. Perkembangan kemajuan dalam zaman ICT telah membawa jauh alam pendidikan dengan perisian-perisian yang sangat tercanggih. Kaedah – kaedah lama semakin jauh ketinggalan di telan zaman. Walaubagaimanapun kita masih terikat dengan modelmodel pengajaran dan teori-teori yang ada hubungkaitnya dalam psikologi pendidikan. Menurut Griffith W. Williams psikologi adalah satu cabang penyiasatan tingkah laku manusia dalam suasana pembelajaran . Kajian saintifik terhadap tingkahlaku individu adalah berkait rapat terhadap prinsip dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunapakai untuk menyelesaikan masalah (Smith 1978). Dapatan-dapatan ini akhirnya menghasilkan satu teori atau kaedah dalam perolehan ilmu pengetahuan. Pengajaran adalah satu proses penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran supaya dapat dipelajari dengan berkesan. Daripada tidak tahu kepada lebih tahu pelajar akan berubah dan menukar tingkah laku kepada sesuatu yang baru. Drisoll(1994) menghuraikan bahawa pembelajaran pula adalah satu proses pembaharuan prestasi secara berterusan dalam diri manusia hasil interaksi pembelajaran dengan alam sekitar. Pembelajaran adalah satu proses perolehan ilmu pengetahuan melalui pengalaman, membuat penerokaan, mendapat latihan sehingga berlaku perubahan tingkah laku dalam diri pelajar. Oleh itu pembelajaran itu adalah satu proses yang mengubah keadaan, sikap, pengetahuan manusia melalui pengalaman Pada asasnya konsep pengajaran dan pembelajaran adalah berlandaskan kepada teoriteori pembelajaran masa kini. Teori-teori pembelajaran

terdiri daripada kognitif,

konstruktivitisme, behaviorisme dan humanistic. Pengalaman ilmu pengetahuan yang diperolhi dalam proses pembelajaran berlaku secara berperingkat-peringkat yang menghasilkan satu perubahan tingkahlaku manusia.

2.0 PENERANGAN BERKAITAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

i.

Rancangan pengajaran harian ini mata pelajaran Pengurusan Tingkah Laku ini adalah untuk kelas Pendidikan Khas. Bilangan murid adalah seramai empat orang dan mempunyai tahap penerimaan yang sama. Kategori masalah pembelajaran adalah autisme, slow learner, hiperaktif dan sindrom down. Rancangan Pengajaran Harian (RPH) ini bertujuan mengajarkan sub topik mengenal, menggunakan alatan berbahaya dan menentukan situasi

atau tempat yang memudaratkan diri di dalam dan di luar rumah di bawah bab keselamatan diri. Murid-murid juga akan diajar untuk mengenal, menggunakan, membersih dan menyimpan alatan dapur yang berbahaya dengan betul. Selain dapat mengenali symbolsimbol jalan raya. Kemahiran yang difokuskan pula adalah menggunakan alat-alat berbahaya seperti pisau dengan cara yang betul dan melakonkan situasi menggunakan symbol-simbol jalan raya. Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kritikal (KBKK) yang ditekankan adalah membanding, membezakan dan mencirikan. Seterusnya Kemahiran Masa Depan (KMD) yang diselitkan dalam rancangan pengajian harian ini adalah murid dapat menjaga keselamatan di dalam dan di luar rumah. Elemen kecerdasan pelbagai seperti kinestatik, intrapersonal dan muzik turut dimasukkan. Antara pengetahuan sedia ada yang terdapat pada murid yang telah dikenalpasti adalah murid sudah dapat mengenal peralatan dapur dan murid pernah melihat beberapa simbol jalan raya. Perentasan Kurikulum seperti pengurusan tingkah laku, kemahiran manipulatif, bahasa melayu dan pengurusan diri. Antara penyerapan nilai yang ditekankan adalah kerjasama, fokus, mendengar arahan, berusaha dan berhati-hati. Teori pembelajaran kognitif dan konstruktif digunakan pada sesi ini bagi membuatkan pengajaran lebih efektif. Antara hasil pembelajaran yang diharapkan di akhir pembelajaran ini adalah murid dapat mengguna dan membersih peralatan berbahaya di dapur mengikut kaedah yang betul. Selain itu, murid dapat menyimpan peralatan dapur dengan selamat dan dapat menyebut makna simbol-simbol yang dilihat di jalan raya. Bagi murid berkeperluan khas ini, unsur terapi pertuturan, muzik dan terapi cara kerja motor halus dan motor kasar untuk membantu keupayaan murid. Rancangan pengajaran harian (RPH) ini menggunakan alatan dapur seperti pisau, papan pemotong, span, bekas piisau dan gunting. Bahan pemotong pula adalah timun dan ubi kentang. Tidak lupa juga laptop akan digunakan sebagai alatan paparan. 2.1 SET INDUKSI

Masa yang diperuntukkan bagi set induksi ini adalah 5 minit. Set induksi ini adalah sebagai pengenalan kepada murid tentang topik yang akan diajarkan. Guru memulakan kelas dengan bacaan doa. Seterusnya, guru terus menayangkan video “sepuluh budak hitam”. Guru bertanya murid tentang video tersebut. Antara soalan yang akan diajukan adalah pertamanya, apa yang dapat dilihat daripada video tersebut? Keduanya, bagaimana cara menjaga keselamatan diri di dalam dan luar rumah? Video tersebut berkenaan sepuluh orang kanakkanak yang ditimpa kecelakaan sehingga tiada seorang pun yang tinggal. Jadi rangsangan

daripada video yang ditunjukkan akan menarik minat murid terhadap topik keselamatan yang akan diajarkan. Kaedah ini menarik minat murid yang mempunyai kecerdasan pelbagai muzikal yang mana rata-rata mereka menggemari unsur muzikal ini. Strategi yang digunakan adalah berpusatkan guru dan bahan. Di samping menggunakan terapi muzik bagi meningkatkan keupayaan fokus kepada pendengaran.

2.2 LANGKAH 1

Isi bagi pelajaran sesi ini adalah mengenalpasti situasi dan tempat- tempat yang memudaratkan di dalam rumah serta memperkenalkan alatan dan bahan alatan. Terdapat alatan tajam dan alatan eletrik seperti pisau, cerek dan periuk nasi. Guru memperkenalan kepada murid alatan tajam. Kemudian guru menyebut perkataan diikuti oleh murid seorang demi seorang dan diulang-ulang seperti pi-sau. Murid akan diminta mengenalpasti kegunaan peralatan tersebut dan guru akan memberi penerangan yang lebih lanjut dengan bahasa yang mudah difahami oleh murid-murid. Sesi ini menggunakan strategi pemusatan guru, pemusatan murid dan pemusatan bahan. Kaedah demonstrasi yang digunakan sangat berkesan kerana membuatkan murid menggunakan deria sepenuhnya iaitu dapat melihat objek sebenar. Murid juga dapat mendengar penjelasan yang diberikan oleh murid serta diberi peluang untuk menyentuh objek tersebut. Jadi murid akan lebih mengingati tentang alatan yang harus digunakan secara behati-hati. Setelah itu diteruskan dengan sesi soal jawab yang merangsang pemikiran murid. Ini bertepatan dengan pendekatan Teori Kognitif yang menekankan kepada proses pengamatan, ingatan, pemikiran dan penyelesaian masalah. Kaedah ini bakal merangsang kecerdasan pelbagai visual spatial. Elemen nilai kepatuhan dan menumpukan perhatian juga diselitkan dalam pengajaran ini.

2.3 LANGKAH 2

25 minit diperuntukkan bagi sesi ini. Antara aktiviti dalam sesi ini adalah memotong sayur. Guru menunjukkan cara-cara memotong sayur dengan betul. Seterusnya, guru membekalkan setiap murid dengan peralatan untuk memotong sayur. Guru akan membimbing setiap orang murid memotong sayur. Langkah diulangi dengan memotong sayur lain. Guru menunjukkan cara membersih pisau yang telah digunakan

dan cara penyimpanan yang betul. Murid membersih dan menyimpan pisau dengan bimbingan guru. Sesi ini menggunakan strategi pemusatan murid. Kemahiran yang difokuskan pula adalah motor kasar dan koordinasi motor, mata dan tangan. Sesi ini juga memupuk kecerdasan pelbagai naturalis iaitu dengan berpeluang menyentuh serta meneroka timun dan ubi kentang. Selain itu, kecerdasan pelbagai intrapersonal dipupuk melalui murid diberi peluang meneroka dan melakukan aktiviti sendiri dengan bimbingan guru. Ini sangat bertepatan dengan Teori Pembelajaran Konstruktif yang menetapkan guru harus bertindak sebagai pemudah cara dan sentiasa membantu murid dalam aktiviti pembelajaran. Proses pembelajaran di bawah teori ini sangat menggalakkan murid berinteraksi dengan bahan untuk mendapatkan jawapan. Nilai ingin tahu, berusaha, ketelitian, tumpuan dan berhati-hati diselitkan dalam pengajaran sesi ini. 2.4 LANGKAH 3

Masa yang diperuntukkan bagi sesi ini adalah 15 minit. Aktiviti yang terkandung dalam sesi ini adalah mengenali situasi dan tempat-tempat yang memudaratkan di luar rumah seperti mengenali simbol-simbol jalan raya. Guru menunjukkan simbol-simbol jalan raya dan menerangkan makna simbol-simbol tersebut. Seterusnya, suasana keriangan diwujudkan dengan memperkenalkan permainan lampu isyarat. Kaedahnya adalah dengan murid dikehendaki membentuk barisan memanjang ke belakang seperti keretapi. Murid dikehendaki melakonkan situasi seperti berada di ajalan raya berpandukan warna lampu isyarat yang diangkat oleh guru. Teknik pembelajaran koperatif melalui Teori Pembelajaran Konstruktif Vygotsky digunakan agar murid dapat berinteraksi antara satu sama lain. Strategi yang digunakan adalah pemusatan guru ketika menerangkan makna simbol-simbol jalan raya dan pemusatan murid ketika menjalannkan aktiviti permainan jalan raya. Bahan Bantu Mengajar (BBM) laptop digunakan untuk menunjukkan simbol dan warna lampu isyarat ketika aktiviti permainan jalan raya. Kemahiran motor kasar dilatih iaitu pergerakan ketika muridmurid bermain permainan jalan raya. Kecerdasan pelbagai visual spatial dipupuk dengan murid perlu fokus pada visual yang ditayangkan. Elemen nilai tumpuan, berhati-hati dan patuh pada arahan disemai dalam sesi ini.

2.5 PENUTUP

Sesi penutup diperuntukkan 5 minit. Ia berkenaan rumusan pelajaran dan perbandingan hasil kerja murid. Guru akan bertanya tentang perkara yang dipelajari pada hari tersebut. Antara soalan yang akan diajukan adalah seperti apa yang dipelajari hari ini? Bagaimana cara memotong dan menyimpan pisau yang betul? Simbol jalan raya apakah yang dipelajari? Melalui cara ini murid akan mengimbas kembali pelajaran yang telah dipelajari dan membuat kesimpulan. Berdasarkan umur murid-murid ini berada pada tahap operasi konkrit iaitu menggunakan pengetahuan dan akal fikiran untuk mempelajari sesuatu yang konkrit. Mereka memerlukan objek dan peristiwa sebelum untuk menyelesaikan masalah. Jadi dengan murid menunjukkan objek-objek yang dipelajari sebelum ini murid akan lebih mudah mengimbas kembali akan apa yang telah dipelajari dan memasukkan informasi tersebut dalam ingatan jangka masa panjang. Akhir sekali murid diminta menyanyikan lagu sepuluh budak hitam.

Related Documents

Murid
May 2020 39
Brosur Murid
May 2020 26
Murid Pembelajaran.docx
November 2019 33
Kemenjadian Murid
June 2020 19
Brosur Murid
April 2020 30
Murid Penan.pdf
November 2019 23

More Documents from ""