BAB V
KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1
Umum
Secara umumnya dapatlah dibuat kesimpulan bahawa kajian dapat membantu di dalam pemilihan pengunaan jenis turapan di dalam kes-kes tertentu. Walaupun data yang dicerap adalah kecil dan ketepatan hasilnya tidaklah begitu baik namun sedikit sebanyak ia dapat membantu di dalam kajian untuk membaiki prestasi turapan pada masa akan datang. Masalah ketepatan data ini timbul apabila segalanya bergantung kepada masa, kos dan seterusnya kesesuaian kajian itu sendiri sesuai untuk peringkat ijazah.
Aliran pada permukaan turapan adalah disebabkan oleh hujan atau dari sumber aliran permukaan lain. Kesimpulan yang dapat dibuat daripada kajian ini adalah peningkatan atau pengurangan kecerunan suatu turapan bitumen menyebabkan perubahan nilai pada parameter aliran. Hubungan antara halaju air larian dengan kecerunan turapan adalah berkadar terus. Untuk suatu keamatan hujan I mm/jam contohnya, apabila kecerunan meningkat, halaju aliran di atas permukaan turapan akan turut meningkat dengan kadar tertentu dan ini dibuktikan dengan analisis yang dibuat. Daripada analisis, diperolehi bahawa apabila halaju aliran (v) untuk suatu keamatan hujan tertentu (I) meningkat, kedalaman aliran (d) ini akan mengalami
74 penurunan. Hubungan halaju-kedalaman aliran ini boleh diertikan sebagai berkadar songsang di antara satu sama lain.
Ringkasnya, untuk suatu hujan tertentu dengan keamatan tertentu, apabila kecerunan turapan ditingkatkan, menyebabkan halaju air larian permukaan di atasnya turut meningkat dan ini memungkinkan kedalaman aliran akan berkurangan. Kedalaman air larian yang tinggi di atas permukaan turapan akan menyebabkan gelinciran (aquaplaning) kepada kenderaan di mana sentuhan antara tayar kenderaan dengan permukaan turapan menjadi tidak berkesan. Selain itu, kelebihan meningkatkan kecerunan (crossfall) turapan juga dapat mengurangkan isipadu dan kawasan air yang boleh bertakung di atas turapan khususnya turapan yang mengalami kerosakan seperti perpeluhan dan lengkukan.
Di dalam amalan rekabentuk jalanraya di Malaysia khasnya, JKR ada menetapkan kecerunan kamber biasanya 2 % - 3% mengikut kesesuaian. Kecerunan ini adalah sudah cukup tinggi walaupun di lain-lain negara seperti yang menetapkan piawai kecerunan yang lebih tinggi dari 3 % untuk rekabentuk jalanraya di dalam kebanyakan amalan.
5.2
Perbandingan turapan ACW 20 dan Dandanan Permukaan
Daripada perbandingan turapan yang telah dijalankan dapatlah dibuat beberapa kesimpulan, iaitu : i.
Halaju aliran permukaan dengan keamatan dan kecerunan yang sama pada turapan jenis ACW 20 berbanding turapan dandanan permukaan adalah lebih tinggi. Hal ini merupakan satu kelebihan kepada turapan
75 jenis ACW 20 kerana halaju aliran yang tinggi akan dapat mengelakan berlaku takungan pada permukaan jalan yang akan memberi pelbagai kesan buruk, ii.
Kedalaman aliran permukaan pada turapan ACW 20 adalah lebih rendah berbanding turapan jenis dandanan permukaan. Ini juga adalah kebaikan dari turapan ACW 20, dan
iii.
Isipadu air yang keluar ke sisi jalan adalah lebih tinggi pada permukaan turapan dandanan berbanding ACW 20. Kebolehaliran yang tinggi adalah lebih baik kerana ia dapat mengurangkan kerosakan pada struktur jalan.
5.3
Masalah Dan Cadangan
i.
Saiz model turapan yang agak kecil. Dengan saiz 0.54x0.54x 1 meter tidak cukup untuk mendapatkan keputusan yang lebih hampir dengan nilai sebenar, Cadangan : Saiz model di tambah dengan kerja secara berkumpulan. Model boleh dibina dengan saiz jalan sebenar bagi mendapat keputusan yang baik,
ii.
Tiada keperluan yang baik untuk membina model, Cadangan: Penambahan bahan dan alatan bagi tujuan permodelan yang sesuai,
iii.
Pembinaan model terlalu memakan masa,
76
Cadangan: Makmal dapat menyediakan bahan-bahan yang diperlukan atau dengan usaha sama pihak makmal bagi mendapatkan bahan dengan lebih cepat, iv.
Penganggaran halaju air larian permukaan turapan berdasarkan wujud aliran sekata pada permukaan turapan, dan Cadangan: Aliran pada permukaan turapan praktikalnya tidak sekata kerana wujud kesan `raindrop' selepas hujan menyebabkan halaju aliran lebih kecil. Dicadangkan penggunaan model hujan untuk kajian seterusnya.
5.4
Cadangan Kajian Seterusnya
Jika diperhatikan daripada rumus hidraulik sudah jelas hubungan di antara halaju, kedalaman dengan kecerunan turapan. Air larian permukaan ini perlu dialirkan secepat mungkin di atas permukaan turapan untuk mengelakkan takungan air. Kajian tentang pengunaan rekabentuk saliran menggunakan kaedah baru MASMA boleh diperhatikan. Aspek-aspek lain yang berkaitan dan yang perlu diberi perhatian adalah rekabentuk dan kapasiti aliran di dalam saluran masuk pada bebendul jalan (side-entry inlets) untuk alirkan keluar dari permukaan turapan. Kemampuan aliran mengalir dengan yang baik pada permukaan mempunyai kelemahan apabila aliran permukaan tidak dapat dialirkan dengan baik dan mempunyai sistem perparitan yang tidak sesuai.
77
SENARAI RUJUKAN
Ayob Katimon (1998). “Siri Nota Kuliah Hidrologi”. Fakulti Kejuruteraan Awam, UTM. Adha Hadi Abdullah (2003). “Kajian Air Larian Terhadap Dandanan Permukaan” Projek Sarjana Kejuruteraan Awam, UTM. AASTHO (1986). “Guide for Design of Pavement Structure.” American Association of State Highway and Transportation Officials, Washinton D.C. Asphalt Institute (1983). “Principles of Construction of Hot-Mix Asphalt Pavement.” Kentucky, USA. Garber J. N. dan Hoel, A. L. (1957). “Traffic and Highway Engineering, (2d edition)”. Department of Civil Engineering University of Virginia : PWS Publishing Company. Geoteknik & Pengangkutan (2000). “Sini Nota Kuliah Kejuruteraan Jalanraya dan Lalulintas”. Fakulti Kejuruteraan Awam, UTM. Gartner, W. (1989). “The Role of Asphalts in Rational Mix Design and Pavement Performance.” ASTM Techical Special Technical Publication, Philadelphia. Mohamed Suffian bin Sabaruddin (1998). “ Perbandingan Ciri-ciri Marshall bagi Rekabentuk Campuran ACW 14 dan ACW 20”. Projek Sarjana Kejuruteraan Awam, UTM.
78 Vol.10 “Manual Saliran Mesra Alam Malaysia (2001)” MASMA. Jabatan Kerja Raya (1988). “Standard Specification for Road Works”. Kuala Lumpur, Malaysia. Jabatan Kerja Raya (1998). “Standard Specification for Road Works” Kuala Lumpur Malaysia. Meor Othman Hamzah (1989). “Rekabentuk Geometri Jalanraya dan Lebuhraya”. Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan, USM Pulau Pinang. The Asphalt Institute Manual Series No. 15, MS-15 (1984). “Drainage of Asphalt Pavement Structures”. College Park, Maryland, USA.
79
BIBLIOGRAFI
Thegesen, B. (1996). “Highway and traffic Engineering in Developing Countries”. Technical University of Denmark. Sayuti Bakar (1991). "Perparitan Permukaan Jalanraya : Keperluan dan Kepentingan Bagi Sistem Jalanraya Di Malaysia". Projek Sarjana Muda Kejuruteraan Awam. Hughes, H. (1974). “Road Surface Drainage-A review”. Australia: Road Research Board, report bil. 33. Hamzah, M. O., Hasan, A., Karim, M.R, “Rekabentuk Jalanraya Untuk Jurutera”, DBP, 1993.