No. 7, Block C, Ground Floor, Taman Kendara 1, 88300 Penampang, K.K, Sabah. No.Tel: 0146732957
Encik Wan Khairul Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Mukah,KM 7.5, Jalan Oya, 96400 Mukah, Sarawak.
26 Jun 2014
Encik, Permohonan Untuk Mengambil Kursus Lebih 18 Jam Kredit Merujuk kepada perkara di atas, saya, Surinjay A/L Selvadurai, 20DKM12F1093 dari kelas DKM5C ingin memohon untuk mengambil kursus lebih 18 jam kredit iaitu 19 jam kredit. 2. Saya ingin mengambil kursus lebih dari 18 jam kredit adalah disebabkan saya mempunyai kursus yang telah saya gugurkan pada semester 3 and ingin mengambilnya semula pada semester ini. Selain itu juga, jika saya tidak mengambil kursus tersebut pada semester ini, saya terpaksa meneruskan pelajaran sehingga semester 7 untuk menghabiskan kursus saya. Dengan ini, saya berharap agar encik dapat mempertimbangkan permohonan saya ini dan membenarkan saya mengambil lebih dari 18 jam kredit iaitu 19 jam kredit. Segala pertolongan encik amatlah dihargai. Sekian Terima Kasih. Yang Benar, __________________________ (SURINJAY A/L SELVADURAI)