Modul3

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Modul3 as PDF for free.

More details

  • Words: 627
  • Pages: 5
Modul 3 MENGGUNAKAN FUNGSI-FUNGSI DALAM MS EXCEL

Masa : 1 jam Objektif

:

Selepas mengikuti modul ini, peserta dapat

1. Membuat pengiraan pada markah seperti mencari jumlah, purata, peratus dan lain-lain 2. Memformat sel

Peralatan : 1. Satu set komputer 2. Satu keping disket

KEMAHIRAN / PENGETAHUAN

AKTIVITI

1. Memindahkan data ke Sheet lain.

1. Salin Sheet Edit ke Sheet3 dan namakan sheet3 tersebut sebagai Fungsi. Jika anda belum mengusai kemahiran ini sila rujuk kepada modul 1 aktiviti 5

2. Menyediakan lajur untuk medan.

2. Sediakan lajur dan taipkan medan JUMLAH, PURATA dan PERATUS selepas lajur mata pelajaran SN.

3. Mencari jumlah markah

3. Untuk mencari jumlah, Fungsi yang digunakan ialah Autosum.

Langkah-langkah untuk mendapatkan jumlah ialah: a. Tempatkan kursor pada sel yang hendak dijumlahkan. b. Klik pada ikon Autosum c. Highlight pada markah mata pelajaran yang hendak dijumlahkan

d. Tekan Enter. e. Jumlah markah akan dipaparkan pada sel. f. Untuk mendapatkan jumlah markah bagi pelajar-pelajar yang lain anda bolehlah menggunakan arahan Copy dan Paste. g. Anda juga boleh menyalin dengan meletakkan pointer pada tanda +. h. Heret tetikus sehingga kepada data yang terakhir.

4. Mencari purata markah

4. Langkah-langkah untuk mencari purata markah pelajar ialah: a. Letakkan kursor pada sel yang hendak di masukkan purata. b. Klik pada ikon Fungsi

c. Kemudian pilih arahan AVERAGE d. Kotak dialog seperti dibawah akan ditunjukkan

e. f. g. h. i. 5. Mencari peratus markah

Highligt pada markah yang hendak di puratakan. Klik ok Markah purata akan terpapar pada sel tersebut. Untuk menyalin purata bagi markah pelajar seterusnya anda bolehlah menggunakan arahan Copy dan paste. Anda juga boleh menyeret menggunakan tetikus. Sila rujuk aktiviti 3 langkah f hingga h.

5. Langkah-langkah untuk mencari peratus ialah: a. Letakkan kursor pada sel yang hendak di masukkan peratus. b. Untuk menulis formula dalam Excel mestilah dimulakan dengan simbol = c. Formula ditulis =(K8/4)/100 d. Tekan enter

6. Memformat sel

6. Oleh kerana sel yang digunakan belum diformat maka anda perlu formatkan sel tersebut kepada percentage. Langkahnya ialah a. Letakkan kursor pada sel yang berkenaan. b. Pilih menu Format c. Kemudian pilih Cell d. Pilih Percentage dan letakkan 2 untuk decimal places. e. Klik Ok Salin formula tersebut untuk semua pelajar. Ikuti arahan sebelumnya jika anda masih lagi belum mahir untuk menyalinnya.

7. Membuat jadual Analisis Markah

7. Bina satu jadual ANALISIS MARKAH seperti gambarajah dibawah. Anda boleh membinanya dibawah data yang sedia ada.

8. Mencari markah tertinggi

8. Untuk mencari markah tertinggi mata pelajaran BM, langkah-langkahnya ialah: a. Letakkan kursor pada sel yang berkenaan b. Klik ikon Fungsi (fx) c. Klik Statistical d. Pada kotak dialog sebelah kanan pilih Max e. Kotak dialog dibawah akan terpapar

f. Klik dan padamkan data dalam kotak Number 1. Kemudian Highlight semua markah mata pelajaran BM g. Klik Ok

h. Markah tetinggi akan terpapar dalam sel. i. Ulangi proses yang sama untuk mendapatkan markahmarkah mata pelajaran yang lain. NOTA: Untuk setiap mata pelajaran yang berlainan anda mestilah memilih markah untuk mata pelajaran tersebut.

9. Mencari markah terendah

9. Untuk mendapatkan markah yang terendah langkahnya adalah sama seperti markah tertinggi. Cuma perbezaannya ialah anda mestilah memilih arahan MINA untuk mendapatkan markah terendah.

10. Mencari min / Average keselurukan markah mata pelajaran

10. Ikut aktiviti 4 a hingga f. Tetapi untuk mendapatkan purata markah BM anda hendaklah highlight keseluruhan markah BM dan kemudian klik Ok. Ulangi proses ini untuk mendapatkan markah purata bagi mata pelajaran BI, MT dan SN.

11. Mencari sisihan piawai

11. Untuk mencari sisihan piawai : a. Letakkan kursor pada sel yang berkenaan b. Klik ikon Fungsi c. Pilih Statistical d. Pilih STDEV e. Pada kotak dialog Number 1 anda hendaklah highlight keseluruhan markah BM f. Klik Ok Ulangi proses diatas untuk mata pelajaran yang seterusnya Nota : Anda hendaklah menyimpan worksheet anda dari semasa kesemasa.

Related Documents

Modul3
June 2020 8
Modul3
June 2020 4
Algo-modul3
May 2020 30
Modul3 Jpnt
November 2019 10
Vt-modul3
May 2020 31
Modul3 - Event Handling
November 2019 21