MODUL SEJARAH EROPAH SEHINGGA AWAL ABAD KE-20
(SJHK 3113)
DIHASILKAN OLEH: PISMP SEJARAH JUN 2016 IPG KAMPUS TAWAU
1.0 PERADABAN AWAL EROPAH (Rayeend Salanjik) Kedudukan Eropah dalam peta dunia Eropah ialah sebuah benua yang berada antara Lautan Atlantik di barat, Laut Artik di utara, Pergunungan Ural dan Sungai Ural di timur, Laut Kaspia, Pergunungan Caucasus dan Laut Hitam di Tenggara, dan Laut Mediterranean di selatan. Terdapat lebih kurang 50 buah negara di Eropah. Sejarah Yunani dan Rom Yunani berkembang di semenanjung Greece. Ianya bermula dengan petempatan manusia (negara kota/ polis) sekita 100-800 S.M. Setiap negara kota dikelilingi dengan kawasan pertanian. Negara kota yang paling menonjol adalah Athens/ Sparta/ Corinth. Setiap negara kota memiliki undang-undang tersendiri dan beberapa tuhan. Masyarakat di setiap negara kota setiap bersatu walaupun peperangan sering berlaku antara negara kota. Rom lahir di kawasan bukit Palatine. Rom mewujudakan majlis perbandaran untuk mengurus bandar masing tanpa gangguan kerajaan pusat. Hasilnya mereka mampu mewujudkan bandar terancang yang memiliki banyak kemudahan. Bandar pompei merupakan bandar contoh kerana memiliki pelbagai kemudahan. Perluasaan kuasa dan dan pembinaan empayar Yunani meluaskan kuasa melalui Alexander the Great dengan menyebarkan budaya hellenistik manakala di Rom Augustus Caeser meluaskan kuasa dengan memperkenalkan sistem pewarisan pemerintahan. Kesusasteraan, keseniaan, dan senibina Yunani memiliki ahli sastera iaitu Homer dan Hesoid. Dua buku puisi dan epik telah dihasilkan. Di Rom, Cicero dan Virgil menghasilkan karya untuk meningkatkan semangat patriotism rakyat. Seni bina yang dihasilkan di dalam tamadun ini adalah seperti Aqueduct, Acropolis, dan Colloseum. Susun lapis masyarakat dan ekonomi Susun lapis masyarakat di Yunani dapat dilihat melalui dua kota iaitu Sparta dan Athens. Di Athens terdapat warganegara, bukan warganegara, dan golongan hamba manakala di Sparta terdapat sparta tulen, pekerja, dan golongan helot. Di Rom, susun lapis masyarakat
adalah warganegara dan bukan warganegara. Berdasarkan kedua-dua tamadun ini, bercucuk tanam dan menternak binatang merupakan aktiviti awal untuk menyara diri. Apabila hasil melebihi keperluan, hasil tersebut akan dipasarkan dan ditukarkan dengan barangan logam dan perhiasan. Namun, terdapat perbezaan di Sparta. Sparta memberi tumpuan kepada aktiviti pertanian kerana muka bumi yang sesuai untuk pertanian.
2.0 ZAMAN GELAP Eric Fedores
Pertanian bermaksud perusahaan bercucuk tanam untuk mendapatkan hasil yang akan menjadi makanan keperluan harian. Selepas kejatuhan tamadun Rom, Eropah telah mengalami zaman kemunduran dan zaman kebangkitan semula yang dikenali sebagai zaman pertengahan. Zaman Pertengahan merupakan satu sempadan antara zaman kegelapan, zaman renaissance dan zaman pencerahan di Eropah. Zaman Gelap merujuk kepada kemerosotan perdagangan, ilmu dan pengetahuan dan kesusasteraan manakala Zaman Renaissance dikatakan zaman kelahiran semula di mana berlakunya penghargaan ilmu yang dilakukan oleh ahli cendekiawan. Eropah mengalami zaman kemunduran, iaitu zaman gelap selepas kejatuhan Rom Barat. Zaman Gelap merupakan peringkat awal Zaman Pertengahan di Eropah. Pada masa tersebut, tidak wujudnya pusat pentadbiran yang berkesan dan politik yang stabil. Zaman tersebut dikongkong oleh kuasa Gereja Katolik. Zaman Renaissance pula merupakan zaman akhir bagi zaman pertengahan dan zaman ini merupakan zaman kebangkitan semula Eropah. Dalam proses berlakunya zaman pertengahan ini, terdapat beberapa peringkatnya sendiri yang dikenali sebagai zaman gelap dan ini merupakan peringkat awal bagi zaman pertengahan dan pada zaman ini, ia telah dibahagikan kepada 3 peringkat di mana zaman pertengahan ini bermula dari 475 M sehingga 1450 M. Pada peringkat awalnya, ia bermula dari 476 M sehingga 1050 M, dan di ikuti 1050 M sehingga 1300 M pada peringkat kemuncak lalu di akhiri dengan peringkat akhir bagi zaman pertengahan ialah 1300 M sehingga 1450 M yang dikenali sebagai zaman Renaissance. Selepas berakhirnya tahun 1500M, maka Eropah dikenali pula sebagai zaman moden. Pada zaman pertengahan, susun lapis masyarakat Eropah masih terikat dengan sistem feudal yang berbentuk piramid. Sistem ini telah terbentuk di Eropah Barat selepas kejatuhan Empayar Charlemagne. Dalam sistem ini, ia terbahagi kepada 3 peringkat pemerintahan yang terdiri daripada raja, golongan bangsawan dan golongan bawahan iaitu hamba. Golongan bawahan ataupun hamba ini dikenali sebagai golongan petani. Mereka menjalankan kegiatan bertani bagi memenuhi kehendak ekonomi Eropah pada masa tersebut. Golongan petani ini juga terbahagi kepada dua, iaitu golonga n petani yang bebas dan golongan petani yang terikat dengan kontrak di mana mereka tidak dibayar gaji dan hanya diberikan tempat tinggal.
2.0
Zaman Gelap atau zaman pertengahan awal.
Pada zaman gelap, para petani telah mendapat perlindungan daripada tuan tanah akibat daripada ketidakstabilan politik yang berlaku pada masa tersebut. Akibat daripada kekacauan yang berlaku maka, para petani telah dikenakan membayar cukai yang tinggi untuk dijadikan tukaran kepada perlindungan yang telah diberikan oleh tuan tanah kepada mereka. Bagi petani yang tidak mampu untuk membayar cukai, maka mereka terpaksa menyerahkan tanah mereka dan ini akan menjadikan mereka sebagai hamba. Hal ini demikian kerana, hasil yang sedikit dibayar dengan cukai yang tinggi menyebabkan para petani kurang berkemampuan untuk membayar cukai. In the Middle Ages, there was a definite structure in society. You were born into a class of people and generally stayed in that class for your entire life. Working hard did not change your status. Your clothing, food, marriage, homes, etc., were determined for you. After the rank of king, the hierarchy was the nobles, the knights, the clergy (religious people), the tradesmen and the peasants. Oleh itu, mereka lebih rela menjadi hamba walaupun hamba merupakan hierarki yang paling rendah sekali. Pada masa ini, aktiviti pertanian yang dijalankan adalah secara sara diri akibat biasan daripada ketidakstabilan politik. Kewujudan golongan para petani ini hasil daripada tuan-tuan tanah yang mana para petani yang mempunyai hutang dengan tuan tanah dan perlu melunaskan hutang mereka. Oleh itu, pada masa ini, golongan petani terbahagi kepada empat jenis golongan di mana golongan pertama adalah golongan petani yang bebas daripada kongkongan orang atasan manakala golongan kedua ialah golongan petani yang terikat dengan kontrak sebelumnya. Golongan ketiga ialah serf dan yang terakhir ialah golongan hamba yang merupakan golongan yang paling rendah sekali. Petani yang terikat dengan kontrak ini biasanya para petani yang mempunyai hutang yang belum dilangsaikan kepada tuanya. Oleh itu, petani kontrak ini tidak dibayar gaji dan hanya disediakan tempat tinggal, mereka bekerja keras untuk tuan mereka bagi melangsaikan hutang mengikut kontrak yang telah dikenakan tanpa ada hitam putih. Petani ini biasanya tidak mempunyai tanah sendiri untuk diusahakan dan perlu mengusahakan tanah daripada tuan tanah yang mengikat mereka. Mereka tidak mempunyai kebebasan seperti mana para petani yang tidak mempunyai kontrak. Apabila kontak telah habis, maka mereka akan menjadi golongan petani yang bebas dan tidak mendapat kongkongan daripada mana-mana pihak namun perkara seperti ini jarang berlaku. Bagi petani yang bebas, mereka memiliki tanah sendiri dan mengusahakan tanah mereka sendiri. Golongan petani bebas ini akan bebas menjalankan kegiatan pertanian yang mereka suka bagi menyara hidup diri dan keluarga pada masa tersebut. They also provided much of the income of the rich through the rents and taxes they paid.
Golongan serf pula, bergiat dalam bercucuk tanam dan menternak binatang di atas tanah yang telah diperuntukkan khas untuk mereka bagi memenuhi keperluan harian mereka. Mereka mempunyai hak yang sangat sedikit tetapi tugas yang dilakukan melebihi hak yang mereka miliki. Golongan serf ini akan memberikan khidmat mereka dengan cara mengerjakan tanah dan keperluan tugasan lain untuk tuan tanah yang di usahakan oleh mereka. Kerap kali golongan ini tidak diberi layanan yang memuaskan oleh tuan-tuan mereka. Hampir kesemua petani terdiri daripada golongan serf yang bertaraf antara orang bebas dengan hamba. Peluang untuk menjadi kaya dan masyhur dengan usaha sendiri sangat tipis. Seseorang hamba akan menjadi hamba seumur hidup dan anak-anak mereka juga akan menjadi hamba kerana kontrak yang dilakukan oleh tuan mereka tidak ada hitam putih. Namun, golongan ini tidak hanya berpandukan aktiviti pertanian semata-mata untuk mencari rezeki. There were not many tools used for farming, and the tools available were rather useless. Terdapat juga golongan ini yang mahir dalam bidang lain seperti membuat alatan perang dan perabot dan hasilnya akan ditukarkan dengan barangan keperluan yang lain. Hal ini demikian kerana, mereka tidak boleh hanya mengharapkan hasil pertanian untuk menyara hidup tetapi perlu melakukan usaha yang lebih. Bagi golongan serf ini, hidup mereka ditentukan oleh tuan tanah di mana mereka tidak mempunyai hak untuk berkahwin, boleh dihantar ke manor yang lain serta boleh ditukar dengan serf yang lain oleh tuan tanah. Pada masa ini, tuan tanah akan mendapat perlindungan daripada raja. Oleh itu, adalah penting bagi mereka untuk bekerja dan mendapatkan hasil untuk raja agar perlindungan yang diberikan adalah berterusan. Tuan tanah dikehendaki untuk memberikan khidmat atau membayar cukai kepada raja bagi memenuhi perjanjian antara kedua-dua belah pihak. Raja memerlukan hasil daripada perusahaan tersebut bagi memenuhi keperluan ekonominya yang agak merudum pada zaman gelap. Hal ini menyebabkan hubungan antara petani, tuan tanah dan raja dikenali sebagai sistem feudal. Sistem feudal ini bermaksud setiap orang mempunyai peranan masing-masing dan saling memerlukan. Contohnya, golongan raja memerlukan tuan tanah untuk mendapatkan hasil ekonomi mereka manakala golongan tuan tanah memerlukan para petani untuk bekerja di ladang tanah mereka bagi mendapatkan hasil. Ini boleh dikatakan berlakunya sistem timbal balik di antara golongan tersebut di bawah sistem feudal. Golongan Gereja Katolik pada masa ini amat berkuasa, mereka memiliki hartanah yang banyak dan fokus utama golongan Gereja pada masa tersebut lebih kepada ilmu akhirat sehingga mengongkong hidup masyarakat pada masa tersebut. Oleh itu, golongan petani percaya bahawa lebih kuat mereka bekerja maka lebih banyak wang yang akan disalurkan
kepada pihak gereja dan ini akan dapat menjamin mereka ditempatkan di tempat yang baik pada dunia akhirat kelak. Pihak gereja pada zaman pertengahan atau lebih dikenali sebagai golongan agama, amat dihormati dan mereka terdiri daripada golongan bangsawan. Di samping itu, golongan gereja seolah-olah sama taraf dengan raja apabila mereka membuat keputusan dalam sistem pentadbiran. Masalah ekonomi yang teruk pada zaman pertengahan awal ini telah menyebabkan mereka lebih menumpukan kepada kegiatan pertanian bagi menyara kehidupan seharian. Pada masa tersebut, mereka menjalankan aktiviti tukar barang kerana mata wang dalam pasaran agak terhad dan kurang bernilai akibat kejatuhan Empayar Rom pada masa tersebut. Aktiviti pertanian dijalankan berdasarkan sistem tanah lapang bagi menjamin kesuburan tanah untuk aktiviti pertanian. Tanah dibahagikan kepada 3 bahagian untuk penanaman mengikut pusingan di mana pusingan pertama iaitu pada musim bunga akan ditanam oat dan bali mengikut kesesuaian suhu yang ada. Pada musim luruh atau musim gugur, maka tanaman gandum akan ditanam kerana tanaman gandum sesuai dengan keadaan suhu pada musim luruh. A second group contains spelt, rye, oats and buckwheat, the cultivation of which only developed fully or even was only begun during the middle ages.
Pada peringkat pusingan ketiga, tanah akan
dibiarkan kosong agar tanah dapat mengembalikan kesuburannya semula. Ketiga-tiga peringkat ini akan dilakukan setiap tahun. Pada zaman gelap ini, kehidupan para petani agak tertutup kerana keperluan hidup mereka telah disediakan oleh institusi manor di mana tidak ada hubungan dagang dengan dunia luar. Sistem barter atau sistem pertukaran barang pada masa ini amat diperlukan dan menjadi keutamaan bagi memenuhi keperluan hidup. Pada zaman pertengahan, para petani ditindas dengan teruk oleh golongan atasan. Mereka dikawal dengan ketat oleh tuan tanah melalui pelbagai jenis cara. Golongan atasan melakukan pengutipan cukai yang tinggi walaupun mengetahui bahawa keadaan ekonomi pada zaman ini agak merudum dan turut menggunakan khidmat buruh daripada para petani pada masa tersebut. Hal ini demikian kerana, golongan petani tidak berhak untuk bersuara dan perlu mengikut arahan dari pihak atasan. Tanah di sesebuah manor adalah sebahagian daripada kepunyaan tuan tanah yang digelar demesne yang bermaksud pemilikan tanah seperti milik mereka sendiri. Pada masa ini, tanah demesne adalah tanah yang dikerjakan oleh para petani bagi mendapatkan hasil tani dan berkongsi tuaian mereka dengan tuan tanah di tambah dengan pengutipan cukai daripada hasil tersebut. Oleh itu, para petani pada masa ini sangat sukar untuk menjalankan kegiatan pertanian mereka akibat pelbagai bayaran yang harus dilangsaikan. Mereka juga
terpaksa bekerja bukan hanya sebagai petani malah sebagai buruh oleh tuan tanah yang diusahakan oleh mereka. Apabila tuan tanah ingin membina sesuatu, maka petani yang mengerjakan tanah mereka akan menjadi buruh untuk membina sesebuah tempat yang dikehendaki oleh tuan tanah tersebut. Pada zaman pertengahan ini, kebanyakan para petani di Eropah Timur terikat dengan sekatan yang dikenakan oleh tuan tanah yang bersifat agak keras dan bersifat penindasan ke atas para petani. Pemilik atau tuan tanah malah lebih sewenang-wenangnya meminta dan menghendaki khidmat petani secara turun temurun. Contohnya di Austria yang mana tuan-tuan tanah mendesak isteri-isteri petani melahirkan anak untuk meneruskan tradisi pengerahan tenaga dan perhambaan kepada tanah. Berlainan dengan keadaan sosial para petani di Eropah Barat yang agak baik dan bebas untuk bekerja sendiri berbanding petani di bahagian Eropah Timur. Namun begitu, mereka masih menjalani kehidupan seharian yang sukar seperti mana para petani di bahagian lain di Eropah. Akibat ekonomi yang tidak dapat dipastikan dan keadaan cuaca yang agak kurang sesuai dengan aktiviti pertanian dan aktiviti pertanian yang teruk maka para petani pada masa tersebut juga turut tertindas. Hak ini demikian kerana, hasil yang diperoleh agak sedikit berbanding dengan keperluan harian mereka. Petani terpaksa membayar pelbagai jenis sewa dalam bentuk makanan kepada pemilik tanah. Ini akan menyebabkan mereka kekurangan makanan untuk keluarga. Di samping itu, tuan tanah juga turut meminta denda terhadap para petani walaupun tahu bahawa para petani mengalami kesukaran untuk hidup. Tuan tanah pada masa ini, sering kali mengambil kesempatan terhadap petani. Institusi keagamaan juga turut menindas para petani selain daripada tuan tanah. Pada masa itu, semua masyarakat Eropah merupakan penganut Roman Katolik Rom. Oleh itu, pihak gereja turut sama dalam hal pentadbiran. Pada masa ini, Bishops sangat kaya kerana para petani bekerja keras untuk mereka bagi memenuhi syarat untuk dunia akhirat. Mereka membantu raja mengawal negara dan mengetuai paderi-paderi yang berada di luar bandar untuk menyebarkan agama. Para paderi pada yang berada di luar bandar pada masa ini sangat miskin di tambah dengan mereka yang hampir kesemuanya buta huruf. Hanya sebahagian daripada mereka sahaja yang mempunyai sedikit pengetahuan dalam bahasa Latin yang merupakan bahasa rasmi bagi gereja Roman Katolik pada masa tersebut. Bishops yang kaya akan membantu menyalurkan kewangan kepada para paderi yang miskin agar mereka dapat membantu menyebarkan agama Roman Katolik ini. Petani mendapat impak yang sangat teruk apabila golongan agama dan tuan tanah samasama mengongkong dan menindas mereka. Ini telah menyebabkan para petani semakin miskin dan menjalani hidup dengan sukar kerana terpaksa berkhidmat untuk gereja dan tuan
tanah. Hasil yang dituai telah dibahagi kepada tiga bahagian. Pihak gereja enggan melihat para petani menjalani kehidupan yang agak baik kerana ini akan menyebabkan mereka tidak lagi bergantung pada gereja. Oleh itu, pihak gereja mengambil kesempatan untuk menindas petani. Hal ini demikian kerana, jika keadaan para petani berterusan miskin dan tidak dapat menjalani kehidupan dengan baik, maka mereka akan terus bergantung dan mengharap kepada bantuan pihak gereja. Dengan itu, gereja akan memberikan harapan kepada para petani yang sentiasa kena tindas ini.
PENGERTIAN ZAMAN PERTENGAHAN Norhaliza binti Datu Ali Bangsa Merujuk kepada zaman peralihan dari Zaman Gelap ke Zaman Renaissance. Zaman pertengahan di Eropah boleh dibahagikan kepada tiga tahap iaitu Zaman Pertengahan Awal yang dikatakan bermula pada (500-1050 Masihi),kedua iaitu Zaman Kemuncak Pertengahan yang bemula dari (1050-1270 Masihi) dan ketiga pula ialah Zaman Pertengahan Akhir bermula (1270-1520 Masihi). Zaman Gelap bermula dengan keruntuhan tamadun Rom dan merupakan permulaan kepada suatu zaman yang dikenali sebagai Zaman Pertengahan. Istilah Middle Ages digunakan bagi merujuk kepada Zaman yang berlaku diantara Kejatuhan Empayar Rom dengan Kemunculan Zaman Renaissance. Zaman Pertengahan merupakan asas kepada satu anjakan paradigma kepada bangsa Eropah sehingga ke hari ini. Hal ini demikian, banyak perubahan besar yang berlaku dalam masyarakat, budaya, politik dan ekonomi Eropah. Sains, teknologi, pertanian dan identiti sosial juga berubah secara mendadak pada masa ini. Zaman ini bertarikh dari kejatuhan Empayar Rom Barat pada abad ke-5 hinggalah kejatuhan Empayar Rom Timur pada abad ke-15. Pada akhir Zaman Pertengahan ini munculnya Zaman Renaissance pada tahun 1350-1600M. Zaman Pertengahan secara amnya dianggap sebagai zaman yang dikuasai oleh agama Kristian melalui institusinya iaitu gereja. Boleh dikatakan seluruh nilai kehidupan dan kandungan keilmuan serta asas-asasnya telah dikuasai oleh agama tersebut dan juga gerejanya Perubahan Ekonomi Populasi yang meningkat secara mendadak telah membantu perubahan ekonomi di Eropah. Dalam tempoh masa Kemuncak Zaman Pertengahan, banyak kerajaan Eropah menjalankan dasar kolonisasi keatas wilayah yang baru. Contohnya German menjalankan dasar Germanization keatas wilayah Elbe dan Saale River, The Crusaders meluaskan lagi wilayah Crusader States. Malah Hutan - hutan mula dibersihkan untuk dijadikan kawasan pertanian malah kawasan berlumpur dan paya ditambak bagi meluaskan lagi kawasan pertanian. Peristiwa ini dikenali sebagai “Great Clearances”. Perkara ini telah membuatkan sumber makanan meningkat dan telah menyumbang kepada pertambahan penduduk. Kestabilan politik dan waktu aman (Tamatnya serangan Orang Gasar, Magyars dan orang Arab) telah memberikan impak positif kepada populasi di Eropah. Kestabilan
politik ini merujuk kepada ‘reformation of Church’ yang berlaku Sicily. Feudalisme turut menyumbang kepada pertambahan penduduk serta memberikan para petani mobiliti sosial. Buktinya, populasi di England sekitar tahun 1086M ialah 1 Juta orang, dan dalam Medieval Period/Middle Ages meningkat kepada sekitar 7 Juta orang. Hal yang sama, berlaku di bandar Tuscany Italy, dimana kepadatan penduduknya mencapai 2 Juta orang. Pada peringkat ini, Gereja merupakan institusi yang universal di Eropah apabila menjadi ejen untuk menyatukan masyarakat di Eropah. Zaman ini memberikan sumbangan yang sangat besar dalam pertumbuhan ekonomi negara. Hal ini disebabkan berlaku pertambahan penduduk untuk menjadi tenaga buruh dalam sektor ekonomi utama di Eropah ketika itu iaitu pertanian. Impak dari pertambahan penduduk turut membuka peluang perdagangan yang lebih luas dari peringkat awal di Zaman Gelap.
Kemunculan Bandar-bandar Bandar merupakan sesuatu yang baru pada zaman ini kerana mereka hidup berdasarkan sistem manor dan dikongkong oleh feudalisme. Selain itu, bandar-bandar ini merupkan ekspresi terawal menegenai kehidupan moden. Pada awalnya bandar - bandar merupakan sebuah kampung yang besar dan berperanan sebagai pengembang ekonomi desa. Dari segi ekonomi, kewujudan bandar - bandar baharu merupakan perubahan yang paling ketara semasa zaman ini, daripada sebuah petempatan kecil ianya berevolusi menjadi sebuah pusat perdagangan dan menjadi tumpuan penduduk dari pendalaman untuk berhijrah ke sana (Sivachandralingam Sundara Raja, 2002). Manakala dalam aspek sosial, pertambahan penduduk merupakan perkara yang paling kelihatan jelas. Di samping itu zaman ini juga mengecapi kemajuan dalam bidang - bidang pertanian dan sebagainya. Oleh kerana hasil - hasil yang mempunyai nilai dagangan mula dikumpulkan di satu kampung tersebut, maka lama kelamaan kampung ini berevolusi menjadi sebuah Bandar (Mundy, H. J. A, t.t). Pembentukan sebuah bandar bukanlah satu pergerakan nasional, ia adalah sebuah fenomena baharu yang disebabkan oleh perubahan sosial dan ekonomi. Menurut Thompson J.W., (1966) “The greatest influence,however, which conditioned the life of a medieval town was the geographical factor. Location and surrounding natural resource, above all, gave a town economic identity and importance.” Bandar - bandar ini wujud setelah tamatnya serangan orang gasar di Utara Eropah, keadaan menjadi tenang dan ia menjadi masa yang paling selesa untuk membangun. Flanders yang kini dikenali sebagai Belgium menerima impak yang amat positif dimana
pelabuhan Antwerp menjadi salah satu pelabuhan yang amat sibuk dengan aktiviti perdagangan. Hal ini berlaku kerana Flanders mampu menghasilkan kain bulu yang berkualiti tinggi dan permintaannya turut sama tinggi daripada beberapa buah negara, contohnya Norway, Denmark dan Itali. Antwerp juga mempunyai barangan dari Timur, hasil perdagangan dengan Itali yang mendapatkannya daripada Syria dan Palestin. Sepanjang laluan perdangan di Eropah, Lords yang bijaksana gemar mengadakan pasar ‘Fairs’. Contohnya di Champagne France, ramai pedagang akan berkumpul dan membina gerai, maka tempat ini menjadi tumpuan ramai orang, malah raja – raja Eropah turut menghantar wakil untuk membeli belah disini (Sivachandralingam Sundara Raja, 2002). Kota - kota Rom yang runtuh kini kembali pulih (tamat serangan orang gasar) akibat daripada Perang Salib, hal ini kerana para Crusaders melalui jalan – jalan lama tamadun Rom dan berjaya mewujudkan jalan perhubungan kepada bandar ini yang sebelum ini terputus hubungan dengan negara luar. Crusader states seperti Zara, Acre, Tyre, Jaffa dan Constantinople turut membangun hasil daripada aktiviti perdagangan. Perang Salib turut membawa kepada pembukaan laut Mediterranean kepada pedagang asing. Seterusnya pembukaan laut ini telah memberikan impak positif kepada Genoa dan bandar – bandar yang memfokuskan keapda perdagangan; bebas daripada kongkongan pembesar feudal mula wujud Bandar baharu iaitu Venice, Bologna dan Florence di Itali (Sivachandralingam Sundara Raja, 2002). Kemunculan kelas pertengahan Perkembangan bandar telah membawa kepada lahirnya kelas pertengahan yang terdiri daripada artisan dan pedagang. Pengkhususan Kerja yang lebih jelas dan kemunculan Guild System. Ketika bandar baru membangun dengan pesat, sebuah sistem yang sistematik perlu dilaksanakan bagi memastikan perdagangan berjalan dengan lancar dan teratur. Oleh itu, wujudlah Guild. Golongan tukang dan artisan dalam suatu bandar itu bersatu dan membentuk kumpulan tukang professional yang dikenali sebagai Guild. Pekerja - pekerja tukang yang bersendirian diserap ke dalam guild. Terdapat dua jenis guild iaitu Merchant Guild dan Craftsmen Guild, namun begitu terdapat guild yang bermotifkan politik. Menurut Thompson, J. W. (1966), Merchant Guild dan Craftmen Guild mempunyai matlamat yang sama iaitu mewujudkan satu monopoli dalam perdagangan Kebiasaannya Merchant Guild menjadi supervisor atau pemerhati kepada pedangan asing. Mereka akan memastikan pedangan ini membayar cukai dan guild ini juga menyelesaikan perbalahan yang berlaku. Cratfmens Guild, melatih pelajar baru tentang pembuatan pattern suatu barangan itu, contohnya pembuatan kasut kulit. Perkara ini penting bagi memastikan ‘masterpiece’ mereka dijaga dan diwarisi. (Sivachandralingam
Sundara Raja, 2002). Guild ini juga mempunyai mekanisme tersendiri dalam menentukan harga barangan yang mereka hasilkan. Wujudnya Negara Bangsa Negara adalah satu badan atau autoriti dalam sesuatu wilayah yang menguruskan serta mengendalikan peraturan-peraturan dalam sesuatu masyarakat. Kerajaan yang menggubal dan menguruskan undang-undang itu telah diberi kuasa oleh masyarakat. Manakala, konsep Bangsa pula adalah sekumpulan manusia yang menetap di sesuatu kawasan dan mempunyai latar belakang, asal-usul, adat resam, kebudayaan, agama dan sistem politik. Konsep Negara bangsa bermakna sekumpulan manusia yang tinggal di sesuatu wilayah yang mempunyai persamaan ideologi dan sistem yang tinggal di sesuatu wilayah yang mempunyai persamaan ideologi dan sistem pemerintahan yang berdaulat dan merdeka. Kebiasaannya, sifat etnik merupakan sifat terpenting yang digunakan untuk menyatupadukan satu bangsa. Kuasa untuk mentadbir dan memerintah dipegang oleh raja dan bukan di tangan golongan bangsawan lagi. Perubahan dan perkembangan politik di Eropah pada Zaman Pertengahan telah membawa kepada pembentukan negara bangsa. Pembentukan negara bangsa ini dapat dilihat di beberapa buah negara-negara Eropah seperti Perancis, Sepanyol, Jerman dan England. Selain itu, ia juga merupakan sebuah Negara yang bebas daripada konsep empayar. Berada di bawah kedaulatan seorang raja yang berkuasa mutlak. Perubahan yang banyak berlaku pada Zaman Pertengahan telah membawa kepada kemunculan Negara bangsa di Eropah. Idea pembentukan Negara Bangsa berlaku pada abad ke-15 seiring dengan perkembangan zaman Renaissance di Eropah. Penduduk terikat kepada keturunan, bangsa, sejarah, budaya & semangat kebangsaan yang sama. Penduduknya mempunyai kesedaran bahawa mereka adalah milik bersama berasaskan bahasa, adat dan tradisi yang sama, mempunyai pemerintah tersendiri, sempadan wilayah dan hak untuk meggubal undang-undang sendiri. Status sosial seseorang tidak lagi berasaskan pemilikan tanah tetapi kekayaan. Perubahan politik pula berlaku apabila rakyat mula terlibat dalam kegiatan atau urusan politik dalam negara. Penglibatan ini berlaku menerusi institut seperti parlimen yang diwujudkan untuk memenuhi tuntutan rakyat. Hal ini telah memberikan hak politik kepada rakyat dan menjalinkan hubungan antara rakyat dengan pemerintah. Rakyat dapat menuntut hak menerusi institutusi parlimen yang diwujudkan. Perubahan ini memberikan hak politik kepada rakyat sekali gus menjalinkan hubungan antara rakyat dengan pemerintah.
Antara perubahan-perubahan yang membawa kepada kemunculan Negara Bangsa; a) Kemerosotan sistem Feudal
Susun lapis masyarakat Eropah telah wujud sejak Zaman Pertengahan. Menurut sistem ini, terdapat raja, vassal/bangsawan, petani dan hamba. Raja memiliki tanah dan berperanan melindungi golongan bawahan. Raja menyerahkan tanah kepada golongan bangsawan yang juga dipanggil sebagai lord untuk diuruskan oleh mereka. Setelah beberapa lama, kedudukan lord semakin berkuasa sehingga menyebabkan kedudukan Raja yang sebelum ini terancam. Untuk mengemabalikan kekuasaan Raja, wang hasil jualan tanam-tanaman digunakan oleh Raja untuk menyerang lord. Raja berjaya menyerang lord yang berkuasa dan akhirnya menyatukan kawasan sekitar yang didiami oleh satu bangsa yang sama menyebabkan Negara bangsa telah terbentuk. Raja tidak lagi bergantung harap kepada bangsawan atau lord untuk mengurusakan tanah. Selain itu, golongan bangsawan pada masa ini amat berpengaruh dari segi politik pada zaman ini. Namun, pengaruh golongan ini merosot kerana timbul kesedaran politik, idea kedaulatan bangsa dan penyatuan negara bangsa serta keinginan supaya wujud kuasa autoriti tunggal dalam sesebuah negara. Kesannya, system feudal tidak lagi diterima oleh masyarakat Eropah. Contohnya, di England Raja Henry VII telah berjaya menggubal undang-undang baharu yang melarang golongan feudal memakai pakaian khas, melarang menubuhkan tentera sendiri, melarang mempunyai lambing kuasa khas dan lain-lain.
b) Kemajuan ekonomi Pertanian, perdagangan dan perindustrian berkembang pesat pada Zaman Pertengahan. Pedagang dan pengusaha memerlukan perlindungan daripada kerajaan yang kuat (Jordan, W.C., t.t). Mereka sanggup bayar cukai dan menyokong pihak yang dapat beri perlindungan kepada mereka. Muncul beberapa orang raja seperti Louis XI dari Perancis dan Raja Henry VII yang berjaya kumpul banyak wang melalui cukai. Raja itu dapat menggajikan tentera dan pegawai kerjaan untuk mengukuhkan kedudukan mereka. c) Penggunaan Bahasa Kebangsaan Raja juga perlu sokongan golongan menengah. Mereka diberi kebebasan berbahasa. Tetapi di peringkat pusat bahasa kebangsaan digunakan. Buku-buku di tulis dalam satu bahasa yang sama. Contoh di Perancis – dialek orang Norman & Burundi cuba digantikan secara beransur-ansur oleh bahasa Perancis dalam buku yang dihasilkan. d) Perang Salib Perang Salib menyebabkan kemerosotan sistem feudal di Eropah apabila kedudukan gereja makin kuat. Peluang digunakan oleh raja untuk kukuhkan kedudukan mereka & laksanakan ekspedisi ketenteraan dalam usaha membentuk Negara bangsa. Perang ini telah berlangsung selama 200 tahun antara orang Kristian dengan orang Islam di Timur Tengah dan Asia Kecil. Semasa perang ini, orang Kristian meminta bantuan (Paus) Pope dan pemerintah Eropah dalam bentuan bantuan ketenteraan. Pemerintah meminta bantuan daripada Vassal dan Serf menjadi tentera. Disebabkan perang ini, pengaruh Vassal berkurangan apabila Serf tidak pulang kepada Vassal selepas peperangan selesai. Perang Salib menyebabkan Orang Kristian sedar akan kelemahan diri dan ingin mewujudkan negara bangsa serta beri peluang kepada bangsa Eropah datang ke Timur Tengah untuk melihat sendiri keunggulan tamadun Islam. Hasilnya mereka bertekad untuk hidupkan kembali zaman kegemilangan Yunani dan Rom. Pertembungan budaya Arab dan Eropah melahirkan juga perubahan intelektual. Tercetus juga hasrat untuk mewujudkan Negara berasaskan identiti bangsa Eropah. Kesimpulannya, Jelaslah banyak perubahan yang telah berlaku di Eropah pada akhir zaman
Pertengahan.
Pembaharuan
ini
telah
mempengaruhi
pembentukan
perkembangan konsep Negara bangsa di Eropah menjelang abad ke 15.
dan
Masyarakat boleh ditakrifkan sebagai kumpulan manusia yang hidup bersama-sama dari sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu atau pergaulan hidup. Masyarakat juga dapat menggambarkan rakyat dalam sesebuah negara. Menurut Marc Bloch dalam buku beliau yang bertajuk Feudal Society, masyarakat feudal merupakan masyarakat berhierarki yang mempunyai struktur susun lapis tersendiri (Sivachandran Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, 2013). Selain itu, feudalisme juga bermaksud sistem kemasyarakatan yang dikuasai oleh kaum bangsawan. Selain itu, ia merujuk kepada sistem politik di Eropah pada Zaman Pertengahan yang mengandungi satu set tanggungjawab undang-undang dan ketenteraan yang saling memerlukan di antara tuan tanah (lord), orang biasa atau petani dan tanah. Walaupun diambil daripada perkataan Latin (feodum), istilah feudalisme dan sistemnya bukan satu sistem politik yang formal pada ketika itu. Makna konsep masyarkat feudal secara kesuluruannya adalah masyarakat yang terikat dengan aturan yang ditetapkan oleh kerajaan ke atas orang bawahan. Sistem masyarakat feudal terbahagi kepada dua iaitu golongan pemerintah yang terdiri daripada raja dan bangsawan manakala golongan diperintah pula terdiri daripada golongan knight dan rakyat biasa.
kedudukan seseorang individu dalam sistem feudal
adalah mengikut sistem kelas bersusun lapis mengikut hierarki yang terikat dengan aturan yang ditetapkan oleh kerajaan atau golongan pemerintah ke atas golongan bawahan. Kedua-dua golongan ini hidup mengikut susun lapis masyarakat yang ditetapkan berdasarkan keturunan. Hubungan antaranya berasaskan kepada saling memerlukan antara golongan pemerintah dengan golongan bawahan. Ketika zaman pertengahan,selepas kejatuhan empayar Rom Barat, Eropah terbahagi kepada beberapa buah kerajaan kecil. Dan setiap kerajaan kecil diperintah oleh raja. Namun oleh kerana keluasan tanah taklukan dan pemerintahan raja-raja ini, maka mereka tidak
mampu untuk mentadbir keseluruhan kawasan ini. Oleh itu, muncullah peranan bangsawan. Hak menguruskan tanah yang diserahkan oleh raja kepada para Baron manakala dalam perjanjian yang sama, para bangsawan haruslah menguruskan tanah ini dan memberikan sokongan kepada para raja. Para bangsawan ini juga harus menyediakan askar kepada untuk raja sekiranya kerajaan sang raja diserang oleh musuh.
Menurut Abdullah Zakaria Ghazali & Adnan Haji Nawang. (2003). Pada asasnya, sistem ini memperlihatkan hubungan peribadi yang erat antara tuan tanah atau lord dengan Vassal atau pemegang tanah (petani) yang disyaratkan untuk memberi taat setia kepada lord. Satu pihak akan memberi perlindungan sementara satu pihak yang lain memberi perkhidmatan ketenteraan demi keselamatan raja. Mereka juga di beri gelaran tertentu sebagai mengakui sumbangan tersebut. Selain aspek ketenteraan dan keselamatan, pihak yang dikenali sebagai
feudotari
juga
dikehendaki
menyediakan
keperluan
tertentu
termasuklah
membekalkan buruh untuk sistem kerah. Hubungan ini menentukan kedua-dua pihak memperoleh faedah dan keuntungan bersama. Golongan Bangsawan Para bangsawan memainkan peranan dalam pentadbiran dan ekonomi. Raja mengurniakan gelaran Duke, Count dan Baron. Dalam hierarki para bangsawan, yang paling tinggi ialah Count dan Duke. Golongan kedua pula Baron. Mereka-mereka inilah yang diamanahkan oleh sang raja untuk menguruskan tanah yang maha luas yang berada di bawah pentadbiran Raja. Bangsawan yang menerima tanah daripada raja akan memerintah tanahnya yang diusahakan oleh Vassal/petani ‘serf’.
Selain itu, golongan ini juga dikenakan cukai tanah, perlu taat setia kepada raja dan menyediakan knight sebagai tentera kepada raja. Keseleruhannya, Baron menggunakan tanah mengikut kehendak mereka dan mengagihkan kepada Knight. Bagi mempertahankan kekayaan golongan bangsawan, mereka menggunakan sistem pewarisan yang dikenali sebagai sistem Primogeniture. Dalam sistem primogeniture, hanya anak lelaki tertua sahaja yang boleh mewarisi harta. Tujuannya adalah untuk mengelakkan harta atau tanah yang luas dibahagi-bahagi hak miliknya. Dengan cara ini, ekonomi golongan bangsawan akan dikekalkan. Golongan agamawan juga diletakkan setaraf dan sebahagian daripada kaum bangsawan. Segala hal-hal yang berkaitan dengan agama diletakkan di tangan para agamawan. Sebagai contoh, jika ada kematian para raja dan bangsawan, maka golongan agama akan dipanggil untuk mengetuai ritual pengebumian. Selalunya golongan agamawan
ini merupakan ketua-ketua gereja. Golongan gereja inilah yang bertindak sebagai penenang dan penunduk kepada sebarang revolusi dan pemberontakan.
Biasanya golongan gereja akan bertindak seperti memberi pengampunan dan menjanjikan hari akhirat yang baik (syurga) kepada para petani yang gigih bekerja membangunkan tanah untuk tuan mereka yang terdiri daripada para bangsawan. 90 peratus masyarakat Eropah ketika itu merupakan petani yang ditindas oleh para bangsawan dan pihak gereja. Golongan Knight Knight berada dalam golongan ketiga selepas golongan bangsawan. Golongan ini diberi tanah sebagai balasan terhadap perkhidmatan dalam bidang ketenteraan seperti yang diminta oleh raja. Mereka Berkhidmat dengan raja, lord atau baron dan mendapat ganjaran seperti tanah, harta, dan barang rampasan. Mereka juga diberi tanggungjawab untuk melindungi baron dan keluarga baron daripada diserang. Mereka terikat dengan sumpah yang menghendaki mereka berkhidmat untuk baron dan raja. Golongan ini juga boleh dipanggil untuk berperang pada bila-bila masa.
Knight juga mempunyai tanah yang luas dan diagihkan kepada serf (petani) untuk mengerjakan tanah tersebut semasa ketiadaan knight. Sebagai balasan, serf akan memberikan khidmat kepada knight dan knight akan melindungi serf dan keluarganya. Knight akan tinggal di tanah miliknya, memiliki rumah sendiri seperti bangsawan lain, serta mempunyai pasukan tenteranya sendiri. Malahan, knight juga berhak memungut hasil yang diperolehi daripada kawasannya.
Setiap Knight dicatatkan mempunyai kod-kod ketenteraan mereka sendiri yang di mana ia melibatkan amalan seperti perjanjian untuk melindungi golongan yang lemah, bersopan dengan kaum wanita, setia kepada raja dan menjadi seorang yang sangat taat kepada agama. Kod ketenteraan yang dipegang oleh Knight memerlukan mereka untuk terus rendah diri, tidak sombong, dan belajar untuk memaafkan musuh bagi mengalah dan menundukkan mereka. Pada waktu pagi, biasanya Knight akan bersembahyang manakala dalam waktu petang pula Knight akan ditugaskan untuk berlatih kemahiran peperangan mereka, selain mengiringi para raja dan bangsawan dalam aktiviti memburu, penaklukan, dan memeriksa tanah-tanah dan ladang. Waktu malam pula akan dihiasi dengan aktiviti seperti berhibur di Hall Castle dan Manor House. Aktiviti hiburan biasanya akan melibatkan seperti makan-makan, tarian, persembahan badut-badut, dan sebagainya. Rutin ini berulang dalam kehidupan seorang Knight sampailah mati.
Golongan Rakyat Biasa Golongan ini yang dikenali sebagai petani atau serf berada di bawah sekali dalam lapisan masyarakat Feudal. Kehidupan mereka tidak bebas sepenuhnya dan tidak boleh berpindah dan berada di bawah pengawasan raja dan baron. Pekerjaan mereka adalah bercucuk tanam dan menternak binatang di atas tanah yang diperuntukkan oleh tuan tanah untuk keperluan harian dan sebagai balasan, golongan ini akan memberi khidmat dengan mengerjakan tanah dan keperluan lain.
Golongan petani inilah yang akan mengusahakan tanah yang diberikan oleh raja kepada golongan bangsawan. Mereka mengusahakan tanah secara bebas yang disediakan oleh tuan mereka, disamping menjalankan kerja-kerja seperti pertukangan dan membuat roti. Para petani yang mempunyai kontrak tidak akan dibayar gaji, hanya diberikan tempat tinggal sahaja. Biasanya kerja pengurusan tanah oleh petani ini akan diwariskan kepada anak-anak mereka.
Rakyat biasa ini dikenali sebagai serf iaitu golongan bukan hamba tetapi tidak bebas sepenuhnya. Mereka terikat kepada pemimpin atau tuan mereka dan tidak bebas bergerak atau berpindah dari satu tempat ke tempat lain. Mereka bergantung kepada golongan bangsawan untuk mendapatkan mata pencarian. Terdapat juga petani bebas yang menyewa tanah daripada golongan bangsawan. (Ranjit Sing Malhi, 1993)
Setiap serf memberi sumpah kesetiaan kepada golongan yang lebih tinggi daripada mereka. Golongan yang lebih tinggi ini ialah knight (pahlawan), bangsawan (baron, duke, lord) dan akhir sekali ialah raja. Setiap bangsawan berjanji untuk melindungi mereka yang telah bersumpah untuk bersatu dengannya (Sivachandralingam, 2002). Dalam sistem feudal di England, kebergantungan sangat kuat antara seorang raja dengan golongan bangsawan (lord) yang dilantik sendiri oleh raja.
Kehidupan para petani selalu dalam keadaan tertindas. Sebagai contoh, ada sebahagian daripada mereka tidak dibenarkan untuk berkahwin. Kalaupun dibenarkan berkahwin, pasti dengan tujuan dan muslihat tertentu. Misalnya, tuan rumah yang mahu tanah mereka diteruskan oleh anak-anak petani. Sistem ini menjadikan ia suatu sistem secara turun temurun. Bentuk penindasan yang lain ialah cukai yang harus dibayar kepada tuan tanah. Walaupun petani sudah menguruskan tanah yang bukan milik mereka, tetapi para petani ini harus membayar cukai dalam bentuk seperti ayam dan sayur-sayuran hasil daripada titik peluk petani yang diberi gaji oleh tuan tanah. Bahkan jika terdapat kerja
membangunkan infrastruktur tertentu, maka tenaga buruh petani akan dikerah secara paksa oleh tuan tanah.
Bahkan terdapat sejenis bayaran dan denda yang dipanggil sebagai heriot. Heriot ialah sejenis bayaran yang dikenakan oleh tuan tanah kepada para petani serf atau hamba sekiranya mereka mati. Apabila seorang petani telah meninggal dunia, maka segala hartaharta yang dimiliki oleh petani seperti pakaian, kuda, makanan akan secara automatik menjadi milik para tuan tanah. Selain itu, dikatakan juga bahawa terdapat undang-undang yang diwujudkan demi keamanan seperti menghalang sebarang kes kecurian bahan-bahan tani seperti biji - bijian. Mahkamah ini akan dikendalikan oleh Steward yang merupakan wakil raja. Kalau terdapat setiap perbicaraan, maka setiap kampung diminta untuk menghantar wakil-wakil mereka ke mahkamah.
Pengenalan Perang Salib merupakan satu peristiwa yang telah mencatatkan gerakan umat Kristian Eropah yang memerangi Muslim pada abad ke-11 sampai abad ke-13 dengan tujuan awal iaitu menawan kembali Tanah Suci Baitul Maqdis dari kekuasaan kaum Muslim dan kemudian mendirikan kembali gereja serta kerajaan Kristian Latin di Timur. Ia menjadi menjadi lambang kejatuhan umat Islam bermula tahun 1099. Perang Salib merupakan siri peperangan di antara pihak Islam dengan pihak Kristian. Ia juga merupakan kemuncak ketegangan perhubungan di antara Islam dan Kristian semenjak pihak Islam berjaya meluaskan kekuasaannya di Barat, Afrika dan setelah berjaya menumbangkan kerajaan Byzantine. Motif peperangan yang utama adalah agama. Tetapi, selain faktor agama terdapat juga beberapa faktor lain yang mempengaruhi punca peperangan ini. Peperangan berpunca dari keinginan pihak Kristian untuk menguasai Baitul Maqdis. Ia bermula apabila Paus (pope – pemimpin gereja Katolik seluruh dunia) menyeru supaya penganut-penganut Kristian bersatu bagi menundukkan Islam serta menguasai semula wilayah-wilayah yang telah dikuasai Islam terutamanya Baitul Maqdis, kota suci bagi Islam, Kristian dan Yahudi. Peperangan berlarutan selama hampir dua abad iaitu dari 10951291M dan berlaku dalam lapan peringkat. Peperangan ini juga digelar dengan peperangan THE CRUSADE di dalam bahasa Inggeris. Crusade ialah nama yang diberi kepada pasukan tentera kristian yang telah mengambil bahagian di dalam peperangan ini bagi merampas kembali Baitul Maqdis yang telah dibuka oleh tentera Islam di bawah pimpinan Amru bin Al-Ass di zaman pemerintahan Saidina Umar bin Al-Khattab. Tentera-tentera Kristian Eropah tersebut telah memakai simbol
Cross ataupun Palang. Maka dengan ini peperangan tersebut telah digelar ‘THE CRUSADE’. Peperangan ini bermula dengan satu mesyuarat umum yang diadakan di Clermont pada 26 November 1095. Melalui mesyuarat ini, Pope Urban II telah merayu agar seluruh umat kristian Eropah bangkit menggunakan senjata bagi merampas semula Baitul Maqdis. Beliau adalah orang pertama yang menyebarkan idea Perang Salib untuk menawan Tanah Suci kepada khalayak umum. Tanah Suci Baitul Maqdis adalah sebuah daerah yang sangat berpengaruh terhadap tiga agama besar di dunia pada waktu itu. Bagi umat Kristian, disinilah tempat dimana Yesus (Isa AS) berasal, menyebarkan agama, penyaliban dan kebangkitannya kelak. Baitul Maqdis adalah tempat penting dalam Empayar Rom, setelah Konstantin (Raja Rom) memeluk agama Kristian pada akhir abad ke 4, dan ditambah dengan Byzantine yang merupakan salah satu kerajaan Rom Timur atau yang lebih dikenal dengan nama Kerajaan Kristian Ortodoks Timur. Selain itu, Baitul Maqdis juga merupakan daerah penting bagi umat Islam. Di dalam Kota ini, terdapat Masjid Al-Aqsa yang telah di bina oleh Nabi Sulaiman AS yang menjadi kiblat pertama sebelum dipindahkan ke kaabah. Selain itu, di sini tempat Rasulullah SAW menjalani peristiwa Isra’ Mikraj. Manakala, kota ini adalah rumah nenek moyang dan tanah yang dijanjikan Allah SWT bagi kaum Yahudi. Terdapat tempat suci “Tembok Ratapan” yang telah dibangunkan pada era keemasan di zaman pemerintahan Nabi Sulaiman AS. KESAN-KESAN PERANG SALIB TERHADAP UMAT ISLAM DAN BARAT; Kesan Perang Salib Terhadap Umat Islam; 1) Proses Asimilasi Dengan Masyarakat Tempatan : Orang-orang Eropah yang menetap di koloni-koloni itu tidak begitu menyumbang kepada cara kehidupan masyarakat Islam. Kesan-kesan sosial adalah tidak mendalam. Dari segi kebudayaan dan tahap pencapaian intelektual, mereka masih wujud dalam keadaan mundur berbanding dengan orang-orang tempatan. Sebaliknya, orang-orang Latin lebih tertarik kepada cara kehidupan masyarakat Islam seperti aspek-aspek pakaian, makanan dan perumahan. Proses asimilasi tidak berlaku secara meluas kecuali segolongan kecil yang berkahwin dengan orang-orang Muslim dan melahirkan segolongan yang dikenali “poulains” atau orang kacukan. 2) Ekonomi : Dari segi ekonomi, peperangan Salib mempergiatkan lagi perdagangan di Syria di mana pelabuhan-pelabuhan seperti Tyre, Acre, Askalon dan Gaza menjadi pusat kegiatan
komersial di mana golongan saudagar Muslim berdagang dengan pedagang-pedagang Venice, Genoa, Pisa. Padahal, ia diketahui bahawa penglibatan Venice dalam Perang Salib di dorong oleh motif hendak monopolikan perdagangan Syria, Mesir, Constantinople dan Laut Hitam 3) Perpaduan dan Penyatuan Umat Islam (Politik) : Perang Salib juga telah membawa kesan yang positif sama ada secara langsung atau tidak langsung terhadap negara-negara Islam, terutama dalam bidang politik. Di peringkat permulaan Perang Salib, negara-negara Islam di Syria dan Asia Kecil tidak bersatu, pada waktu itu terdapat kerajaan-kerajaan kecil yang diperintah oleh Atabeg. Keadaan ini berlaku sewaktu pemerintahan Abbasiyah di Baghdad mengalami zaman keruntuhannya. Pada akhir abad ke-11M kerajaan Fatimiyyah (Syiah) di Mesir juga sedang mengalami keruntuhan. Pada waktu itulah tentera Salib datang menyerang dan berjaya menawan Baitul Maqdis. Mereka seterusnya mendirikan wilayah-wilayah kecil di sekitar Syria dan utara Iraq bagi menggantikan pemerintahan Islam. Kejayaan mereka disebabkan perpecahan yang berlaku antara negara-negara Islam iaitu Mesir, Iraq dan Syria. Pada abad berikutnya masyarakat Islam benar-benar lemah akibat perpecahan dan memerlukan seorang pemimpin yang dapat menyatukan semula umat Islam bagi menghadapi serangan tentera Salib. Maruah umat Islam dapat dikembalikan dengan kemunculan tokoh-tokoh seperti Imad al-Din Zanki, Nur al-Din Mahmud dan setelah itu Salahuddin al-Ayyubi. Salahuddin bukan sahaja dapat mendirikan sebuah kerajaan baru Islam yang kuat di Mesir, iaitu kerajaan Ayyubiyah, tetapi juga berjaya merampas semula Baitul Maqdis daripada tangan tentera Kristian berikutan kemenangan tenteranya di Hittin. Akan tetapi selepas kematian beliau,keadaan umat Islam menjadi lemah semula disebabkan perbalahan yang berlaku di kalangan kaum keluarga Salahuddin. Di samping itu, muncul pula tentera Mongol yang telah memusnahkan kota-kota Islam. Akan tetapi dengan kemunculan kerajaan Mamluk (Mamalik) di Mesir telah menyelamatkan umat Islam daripada diancam tentera Mongol selepas memenangi perang di Ain Jalut. Pada masa yang sama kerajaan Mamluk berjaya menyingkir tentera Salib dari bumi orang Islam. Pada tahun 1204 M tentera Salib telah menyerang Constantinople (Istanbul) yang merupakan pusat kerajaan dan sekaligus melenyapkan empayar Byzantine dan telah digantikan dengan sebuah kerajaan feudal selama setengah abad. Walaupun kerajaan Byzantine telah dapat dihidupkan semula pada tahun 1261 M tetapi keadaannya terlalu lemah untuk menandingi kekuatan baru Islam di bawah pimpinan kerajaan Turki Uthmaniyah. Kerajaan Byzantine berakhir pada abad ke-15 M.
.
4) Lahirnya Tokoh-tokoh Islam Antara pemimpin yang berjaya membendung dan menghapuskan musuh-musuh mereka ialah Zanki, Nur al-Din, Salahuddin, dan Baybars. Pada 1143 Zanji merampas balik kawasan Edessa. Nural-Din, anaknya, menakluki Damancus dan menduduki seluruh Syria kecuali Antioch, Salahuddin menakluki Baitul Maqdis pada 1187 M dan berjaya menyatukan dunia Islam dari Sungai Nilhingga ke Sungai Tigris. Baybars pemerintah kerajaan Mamluk (Mesir) menghapuskan kuasa dan pengaruh tentera Salib di Syria pada tahun 1250 M.
KESAN PERANG SALIB TERHADAP BARAT; Perang Salib telah berlangsung selama kira-kira 200 tahun. Tumpuannya bukan sahaja ke atas Baitul Maqdis atau Syria, tetapi di seluruh negara Islam di timur dan di barat termasuk Iraq,Mesir, Asia Kecil, Tunisia, Maghribi, Andalusia dan Sicily. Malah serangan tentera Salib telah sampai di pantai Hijaz (Arab Saudi), tujuannya untuk mengancam keselamatan tanah suci Makkah dan Madinah. Dengan berlakunya peperangan ini dan berlakunya pertembungan antara orang Islam dengan orang Kristian dalam tempoh yang begitu lama telah meninggalkan kesan yang besar dalam hubungan antara kedua-dua belah pihak. 1) Mendapat Maklumat Tentang Negara Islam Sebelum berlaku Perang Salib lagi hubungan antara orang Islam dengan orang Kristian di Eropah sudah terjalin, tetapi hubungan mereka pada ketika itu hanya terbatas di kalangan pihak pemerintah. Mereka telah bertukar-tukar hadiah dan pemberian bagi menjalin hubungan diplomatik menerusi perwakilan masing-masing. Atau menerusi kunjungan orangorang beragama Kristian ke Baitul Maqdis bagi mengerjakan ibadah. Mereka ini tidak dibenarkan bergerak secara bebas di negara-negara Islam. Walaupun terdapat sedikit sebanyak hubungan perdagangan antara Mesir dan Syria dengan negara-negara Eropah Barat sebelum berlaku Perang Salib, tetapi hubungan perdagangan ini amatlah terbatas. Akan tetapi apabila Perang Salib meletus, beribu-ribu orang Eropah tinggal di Syria dan dalam masa yang sama, mereka berhubungan dengan negara asal walaupun tinggal jauh dari negara asal.
Aktiviti pelayaran dan perdagangan dilakukan secara meluas di kawasan Laut Mediterranean. Mereka bergerak bebas di kawasan perairan di sebelah timur. Pada masa ini, mereka berpeluang menyaksikan kedudukan masyarakat dan rumah-rumah orang Islam dengan lebih dekat. Setelah itu ilmu dan pengalaman yang diperoleh itu diceritakan kepada
rakan-rakan mereka yang kembali ke Eropah. Dengan cara Ini pengetahuan mereka tentang orang Islam menjadi semakin nyata dan jelas. Pengetahuan ini telah membuka jalan kepada mereka untuk menjajah negara-negara Islam, bermula dari Sepanyol, setelah itu Asia Barat, dan akhirnya ke sebelah timur hingga ke Nusantara. 2) Perdagangan Dari segi perdagangan, ia juga menjadi faktor pendorong, selain faktor agama untuk melancarkan Perang Salib. Peperangan ini telah memberikan keuntungan yang besar kepada mereka. Para pedagang Eropah telah mengadakan aktiviti perdagangan antara negara-negara Islam di timur dengan negara Eropah di barat. Mereka telah mendirikan pusat-pusat perdagangan tetap di beberapa kawasan seperti Acre (Akka), Saida (Sidon), Ladhikiyah, dan lain-lain. Dari pusat-pusat perdagangan ini mereka mengeksport barangan dari timur dan dibawa ke Eropah. Barangan tersebut seperti kain tenunan daripada kapas, kain sutera, pinggan mangkuk, batu-batu permata dan biji-bijian yang diimport dari India dan Sri Lanka. Barangan seperti gading, permaidani, ubat-ubatan, rempah, bau-bauan diimport dari Asia Barat. Kesemua barangan ini adalah diperlukan oleh masyarakat Eropah pada ketika itu dan barangan tersebut hanya diperolehi dari negara-negara di timur. Apabila aktiviti perdagangan di kawasan pantai Syria pada abad ke-12M dikuasai oleh orang Eropah, maka barangan dari Asia Barat dapat dibawa dengan banyaknya ke Eropah. Barang-barang tersebut dibawa melalui pelabuhan Damsyik setelah itu dibawa ke pelabuhan-pelabuhan di selatan Syria dan dari sana terus dibawa ke Eropah. Pada mulanya aktiviti perdagangan banyak tertumpu di kawasan Syria oleh sebab penguasaan tentera Salib disitu. Tetapi menjelang abad ke 13M, oleh sebab serangan tentera Mongol ke atas wilayah itu menyebabkan aktiviti perdagangan beralih ke kawasan Laut Merah, iaitu di Dimyat dan Iskandariah di Mesir. Pemerintahan Mamluk Mesir sangat mengalu-alukan penyertaan para pedagang luar kerana ia boleh memberikan keuntungan yang besar kepada kerajaan Mesir. Dengan terjalinnya hubungan perdagangan dengan negara-negara Eropah ini menyebabkan kerajaan Mamluk menjadi makmur dan kaya raya. Di sepanjang pemerintahannya antara abad ke13-15 Masihi banyak pembangunan telah berlaku di kotakota besar seperti Kaherah dan Iskandariah dengan menggunakan perbelanjaan yang besar hasil yang diperoleh daripada aktiviti perdagangan.
3) Perkembangan Ilmu Pengetahuan Dalam tempoh Perang Salib selama lebih 200 tahun itu orang Eropah telah berpeluang menimba ilmu pengetahuan daripada orang Islam. Seperti mana biasa perkembangan ilmu
pengetahuan memerlukan keadaan dan suasana tenang dan aman. Oleh sebab keadaan di Syria dan Mesir dalam tempoh Perang Salib dari abad ke-11 M hingga ke-13 M sentiasa dalam keadaan peperangan maka tidaklah berlaku perkembangan ilmu pengetahuan secara meluas di situ. Akan tetapi keadaannya berbeza di Sepanyol dan Sicily. Ketika Syria dan Mesir diserang oleh tentera Salib, di Sepanyol (Andalusia) dan Sicily berlaku kegiatan ilmiah seperti penulisan dan terjemahan. Namun begitu, masih terdapat juga hubungan intelektual antara orang Kristian dengan Islam di negeri Syria khususnya yang bersangkutan hal-ehwal peperangan seperti seni peperangan, pembinaan kubu pertahanan orang Islam dan sebagainya telah ditiru oleh orang-orang Eropah. Mereka telah belajar cara bertahan, cara menggunakan senjata manjanik, menggunakan perisai dan cara berkomunikasi menerusi burung merpati. Mereka juga belajar cara membina kubu pertahanan. Sebagai contoh, kubu pertahanan Chateau Gaittard dan kubu pertahanan Norwich yang dibina di Eropah Barat pada abad ke-12 M menyamai kubu pertahanan orang Islam di Syria. Di samping itu, mereka turut terpengaruh dengan cara hidup orang Islam seperti jenis makanan. Beberapa jenis tumbuhan dan tanaman yang terdapat di kawasan Laut Mediterranean seperti padi, limau, tembikai, bawang putih dan tebu telah dibawa dan ditanam di Eropah. Begitu juga barang-barang perubatan seperti akar kayu, rempah, gam yang diimport dari negeri-negeri timur dibawa ke Barat. Mereka tertarik juga dengan kolamkolam air yang dibina di Syria. Akhirnya mereka membawa pulang idea pembinaan kolam renang dan cara-cara menggunakannya. 4) Bidang Agama Golongan Paus (Pope) merupakan penaja Perang Salib dan mereka telah terlibat dalam peperangan itu dari awal sehingga akhir. Kemunculan Paus bukan sahaja untuk membela agama Kristian tetapi juga bertujuan memperluaskan kuasa gereja dan kepentingan mereka sendiri. Hal ini tidak disenangi oleh pihak istana yang diwakili oleh Maharaja Byzantine. Justeru, perkara ini telah menimbulkan perebutan kuasa dan pengaruh antara golongan Paus yang mewakili golongan agama dengan keluarga istana yang mewakili golongan politik dan pemerintah. Atau dengan kata lain, persaingan kuasa antara golongan agama dengan golongan sekular.
Pihak gereja telah menggunakan segala pengaruhnya untuk mendapatkan sokongan orang ramai. Bagi menjayakan perang suci ini sudah tentu memerlukan pengorbanan harta benda dan tenaga. Antara cara yang digunakan oleh gereja untuk mendapatkan wang yang
banyak adalah dengan mengeluarkan arahan supaya setiap orang memberikan sumbangan. Pada akhir abad ke-12 M, pihak gereja telah mencipta suatu undang-undang baru, iaitu sesiapa yang tidak mampu pergi berperang mereka boleh. membayar wang dengan kadar yang telah ditentukan. Sesiapa yang berbuat demikian akan diampunkan dosanya dan taranya samalah seperti orang yang pergi berperang. Bagi tujuan ini pihak gereja telah menyediakan sejenis borang yang dinamakan 'Borang Pengampunan' (Indulgences). Borang-borang ini dijual pada orang ramai. Justeru itu, pihak gereja berjaya mengumpulkan wang yang banyak. Keadaan ini sudah tentu menggugat pengaruh istana. Oleh sebab itulah, maka zaman Perang Salib dikenali sebagai 'Zaman persaingan antara Paus dengan Maharaja'. Walaupun pihak gereja menjadi kaya-raya sejak adanya amalan pengampunan dosa di atas, tetapi dari segi yang lain pula mereka terpaksa membayar cukai sabanyak satu persepuluh yang dikenakan oleh pihak pemerintah, khususnya pemerintah Inggeris dan Perancis seperti mana yang dinyatakan di atas. Sebelum ini mereka dikecualikan daripada sebarang cukai. Pihak gereja telah membantah tindakan kerajaan itu dan mengatakan keengganan mereka untuk menjadikan harta benda gereja sebagai sumber ekonomi negara. Kesan lain daripada peperangan ini adalah pada permulaan abad ke-13 M, pihak gereja telah mengubah sikap dan cara menyebarkan agama Kristian daripada cara berperang kepada cara lemah lembut (diplomasi) dengan menghantar golongan mubaligh Kristian ke negara-negara Islam. Perubahan ini berlaku disebabkan mereka menyedari bahawa langkah awal yang menggunakan kekerasan dan kekuatan tentera tidak mendatangkan hasil yang diharapkan, malah kerugian nyawa dan harta benda yang banyak yang terpaksa ditanggung oleh mereka disepanjang Perang Salib. Bagi tujuan ini pada tahun 1219 M pihak gereja Eropah Barat telah menghantar Pope St. Francis of Assisi ke Mesir untuk menghadap Sultan al-Malik al-Kamil bagi tujuan menjelaskan kedudukan ajaran agama Kristian. Setelah itu diikuti oleh beberapa orang lagi paderi ke Mesir dengan harapan supaya rakyat Mesir menerima ajaran Kristian. Louis IX dari Perancis turut menyebarkan agama Kristian di kalangan tentera Mongol dengan menghantar paderinya bernama William of Rudruquis. Pada tahun 1253M, Louis IX telah mengarahkan penubuhan sebuah persatuan mubaligh Kristian. Antara tokoh yang terkenal dalam persatuan ini ialah Raymond Lull dari Sepanyol!. Antara aktiviti persatuan ini ialah mengajar bahasa Arab kepada para mubaligh Kristian supaya mereka boleh menerangkan agama Kristian kepada orang-orang Arab dan seterusnya dapat membaca kitab-kitab Arab bagi memahami budaya dan pemikiran orang Islam khususnya yang berbangsa Arab.
Kegiatan mubaligh Kristian bukanhanya terbatas di negeri Arab tetapi juga di kawasan Afrika dan Asia. Bagi mengendalikan gerakan mubaligh Kristian yang lebih berkesan memerlukan pemahaman tentang banyak bahasa yang digunakan oleh golongan sasaran. Oleh itu pada tahun 1311 M, mereka telah mendirikan enam buah institut bahasa untuk mengajar bahasa-bahasa timur di Eropah. Boleh dikatakan kegiatan mubaligh Kristian ini bermula berikutan kegagalan mereka dalam Perang Salib. Walaupun gerakan ini gagal mempengaruhi orang Islam dan orang Mongol yang kemudiannya memeluk agama Islam, tetapi mereka berjaya menarik ramai penganut agama Buddha dan yang tidak beragama kepada agama Kristian. 5) Pengetahuan Geografi Walaupun tentera Salib dari Eropah Barat gagal dalam peperangan dan gagal dalam gerakan mubalighnya, tetapi dari segi maklumat geografi negara-negara Islam yang diperoleh oleh mereka telah membuahkan hasil yang besar. Sebelum berlakunya Perang Salib mereka tidak begitu mengenali keadaan kedudukan geografi negeri-negeri Asia Kecil termasuklah Syria dan Mesir. Akan tetapi dalam tempoh Perang Salib banyak buku tentang geografi telah ditulis dan mendedahkan kedudukan geografi negeri Syria, Mesir dan Iraq yang menjadi sasaran utama mereka, serta menunjukkan jalan-jalan yang boleh dilalui antara Baitul Maqdis dengan negara-negara Eropah Barat. Apabila sasaran tentera Salib menjadi semakin luas maka lebih banyak pula negeri yang diketahui mereka bukan sahaja dari segi lokasi tetapi juga bentuk muka bumi,gunung-ganang, sungai, cuaca, pemakanan dan sebagainya. Apabila kegiatan ekonomi dan perdagangan berubah dan bertambah luas di kawasan Laut Mediterranean dalam tempoh Perang Salib maka kajian tentang keadaan Laut Mediterranean itu pula dibuat serta peta tentangnya dilukis dengan terperinci bagi memudahkan urusan pelayaran. Hal ini dilaksanakan pada akhir abad ke-13 M. Daripada kegiatan mubaligh Kristian yang bermula pada abad ke-13 M telah membuka mata orang Eropah untuk datang ke negara-negara sebelah timur. Misalnya, paderi-paderi dihantar oleh Raja Louis IX kepada kaum dan Raja Mongol telah menyaksikan negeri-negeri yang dikuasai oleh tentera Mongol di Asia Tengah. Berdasarkan maklumat yang diperoleh pada tahun 1271 M, Marco Polo telah memulakan pelayarannya ke benua Asia melalui Mawsil, Baghdad dan Khurasan hinggalah ke istana Raja Mongol. Dari sana beliau meneruskan pelayarannya ke negeri-negeri sebelah timur sehingga ke India, Burma dan China. Dalam perjalanan pulang beliau melalui Sumatera, India, Parsi dan sampai di negerinya Venice pada tahun 1295 M. Dalam tempoh pelayarannya beliau telah mencatatkan segala yang disaksikannya dan kemudiannya
dibukukan. Walaupun Marco Polo dan rakan-rakannya terdiri daripada ahli perniagaan dan bukan ahli agama, tetapi aktiviti perniagaan dan rancangan memperluaskan aktiviti tersebut merupakan salah satu sasaran penting gerakan tentera Salib. Dalam pada itu mereka dapat meneruskan gerakan mubaligh Kristian.
RUJUKAN Sivachandranlingam Sundara Raja. (2002). Sejarah Eropah. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Mundy, H.J.A. (1973). General History of Europe:Europe in The High Middle Ages 1150/1309. London:Longman.
Thompson, J.W. (1966). Economic and Social History of the Middle Ages: (300 - 1300). New York: Ungar.
Abdullah Zakaria Ghazali & Adnan Haji Nawang. (2003). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1863. Shah Alam, Selangor : Penerbit Fajar Bakti. Marc Bloch. (2009). The Historian’s Craft. New York: Vintage Books.
Jayaudin Jamaudin. (2002). Tamadun Dunia Hingga Tahun 1800. Kuala Lumpur: Longman Malaysia.
Mahdi Shuid dan Saliza Saad. (2002). STPM Tamadun Dunia. Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia.
Jackson, P. (2002). Review: The History of the Seljuq Turks: The History of the Seljuq Turks.Journal of Islamic Studies. Oxford Centre for Islamic Studies.
Maher Y. Abu Munshar. (2007). Islamic Jurusalem and its Christians: A history of Tolerance and Tensions. UK: IB Tauris.
Sami bin Abdullah. (2009). Atlas Perang Salib: Mengungkap Peristiwa Berdarah Abad Pertengahan. Jakarta: Penerbit Almahira.
Muhammad al-‘Arusiy al-Matwiy (t.t), Perang Salib di Alam Islami. Kuala Lumpur: Pustaka Syuhada.
Mohd Roslan Mohd Nor (2008). Islamicjerusalem Under Muslim Rule: A Study of the Implementation of Inclusive Vision on the Region. Jurnal Al-Tamaddun, 3, 162Haron Din. (2007). Islam: Jihad sebagai Survival Insan. Kuala Lumpur: PTS Millennia Sdn Bhd.
Mundy, H.J.A (1973). General History of Europe: Europe in The High Middle Ages 1150/1309. London: Longman.
Jordan, W.C. (t.t). Europe in the High Middle Ages. Penguin Publishing Group
Ferguson, K.W. (1962). Europe in Transition. Boston: Houghton Mifflin Company.
4.0 ZAMAN RENAISSANCE Dee Harrydas Kudong
4.1 Konsep Renissance Renaissance bermaksud "kelahiran semula" dalam bahasa Itali iaitu renisciment. Renaissance yang dimaksudkan ini merujuk kepada perhargaaan yang diberikan kepada ilmu yang telah disumbangkan oleh tokoh-tokoh pada tamadun Rom dan Yunani. Perkataan Renaissance juga merujuk kepada kebangkitan semula pembelajaran sastera Romawi dan Yunani di Eropah. Menurut The New Columbia Encyclopedia 1975: "Di Italy Renaissance bermula pada abad ke 14 M dan memuncak dalam abad ke-15 dan 16 M. Di tempat yang lain di Eropah, kebangkitan boleh dikatakan bermula dari abad 15M hingga pertengahan abad 17 M" (Sulaiman Noordin,1999). Perkataan Renaissance yang berasal daripada bahasa Perancis bernaksud pemulihan atau menghidupkan semula aspek kebudayaan dengan memberi penekanan terhadap pemulihan budaya meliputi aspek ilmu pengetahuan seperti sains, sastera dan seni klasik yang pernah menjulang Eropah sebagai pusat peradaban dunia pada ketika itu. Zaman Renaissance berlangsung selama dua abad dari pertengahan abad ke-14 sehingga pertengahan abad ke-16. Ianya bermula di Itali kemudian telah merebak ke seluruh Eropah melalui perkembangan intelektual dan pemikiran manusia. Zaman kebangkitan atau kelahiran semula dan pemulihan budaya masyarakat Eropah. Hasil daripada Renaissance telah membuka jalan kepada kelahiran pelbagai aliran baru Eropah hingga abad ke 18 seperti Humanisme, rsionalisme, nasionalisme dan absolutisme.
4.2 Faktor-Faktor Kemunculan Zaman Renaissance
Kemunculan tokoh aliran humanisme
Contohnya Francisco Petrarch, Niccolo Machiavelli dan Giovanni Bocaccio.Tokoh-tokoh tersebut menggalakkan manusia menggunakan akal untuk berfikir bagi menyelesaikan masalah. Mereka juga membantu menyebarkan idea Renaissance.
Kemunculan bandar pelabuhan di Itali
Contohnya bandar Venice, Genoa, Florence, Rom dan Milan. Selain menjadi pusat perdagangan antarabangsa, bandar ini juga menjadi pusat pertembungan budaya, bahasa dan agama. Bandar tersebut juga berlumba-lumba mendapatkan tokoh cendekiawan untuk mengindahkan bandar mereka.
Kemunculan pedagang kaya
Contohnya
keluarga
Medici
di
Florence.
Golongan
pedagang
kaya
ini
menjadi patron(penaung atau penaja) kepada pelukis, ahli muzik, saintis dan penulis. Mereka menggunakan kekayaan mereka untuk membantu cendekiawan melakukan penyelidikan dan mengindahkan bandar.
Peranan pihak Gereja
Paus di Rom berhasrat menjadikan Rom cantik seperti bandar Florence. Mereka turut menjadi penaung kepada seniman dan cendekiawan. Mereka mengupah pelukis dan pengukir untuk mencantikkan gereja Rom.
Perubahan dalam konsep pendidikan
Pendidikan Zaman Renaissance menggalakkan kemahiran dalam semua aspek. Contohnya, Leonardo da Vinci dan Michelangelo selain dikenali sebagai pelukis dan pengukir, mereka juga dikenali dalam bidang lain
Faktor lain
Terdapat beberapa sebab yang mempercepatkan lagi proses Rennaissance. Satu daripadanya ialah kemajuan Islam sebagai sebuah kuasa yang besar. Kehadiran Islam yang dibawa ole Nabi Muhammad s.a.w yang berbekalkan wahyu dan kitab Al-quran daripada Allah telah mewujudkan satu keadaa yang aman dan maju. Kesedaran untuk menuntut ilmu seperti yang telah ditegaskan oleh Nabi Muhammad telah mengakibatkan ramai orang Islam berusaha menuntut ilmu dan menyebarkannya kepada orang ramai. Kemunculan Sepanyol sebagai sebuah negara Islam telah menyebabkan ramai orang Eropah terutamanya jirannya, Itali, datang menuntut ilmu di sana. Umpamanya, Christopher Colombus dari bandar pelabuhan kapal Genoe, Italy, tahu kewujudan benua di barat Eropah melalui rujukan kepada tulisan-tulisan kitab geografi yang dikarang oleh tokoh Islam yang terkenal, Ibn Rusyd. Jelaslah disini bahawa umat Islam merupakan guru kepada masyarakat Eropah. Menurut Dr. Gustane Len Bon di dalam bukunya, "Islamic and Arab Civilization":
"Orang Muslim mengkaji sains dengan bertujuan untuk penggunaannya. Oleh itu adalah tepat untuk memberi gelaran kepada tamadun orang Muslim sebagai guru kepada Eropah (Europe's Professor) kerana melalui mereka sains Romawi dan Yunani ditemui semula
dan
dikembalikan
kepada
Eropah
semasa
ia
keluar
dari
Zaman
penting
dalam
Kegelapannya". (Sulaiman Noordin,1999). Selain
itu,
pihak
gereja
juga
memainkan
peranan
yang
mempercepatkan lagi proses rennaissance. Pihak gereja amat berkuasa pada masa itu sehingga melampaui batas dan menindas kebebasan aliran agama. Ia juga menindas kebebasan individu, ekonomi dan pelajaran. Oleh itu, rakyat telah bosan dengan konkongan itu dan inginkan perubahan. Pada tahun 1500 Masihi, orang Eropah sudah mula dahagakan ilmu pengetahuan. Oleh itu, ramai rakyat telah berhijrah ke Sepanyol untuk menuntut ilmu. Menurut Briffault, seorang sarjana inggeris dalam bukunya Making of Humanity : Roger Bacon (1241-1294) pada mula-mula lagi telah mempelajari bahasa Arab dan Sains Arab. Roger Bacon dan Francis Bacon (1561-1629), kedua-duanya boleh dikatakan telah memperkenalkan kaedah percubaan atau ujikaji. Roger Bacon adalah tidak lain dari seseorang yang memperjuangkan sains dan metologi sains yang dibina oleh Tamadun Islam ke Eropah. Walaupun beragama Kristian, beliau tidak penat mengisytiharkan kepada rakan-rakannya bahawa untuk menuntut ilmu yang sebenar, jalannya hanya melalui bahasa Arab dan sains yang dibina oleh Arab (Gibb & Christopher, 1986). 4.3 Kepentingan Inkuiri
Pelbagai teknologi baru dicipta Lebih banyak penyelidikan dilakukan Semangat meningkatkan diri dengan ilmu pengetahuan bertambah Bidang pendidikan menjadi bidang keutamaan negara Meneroka lebih banyak bidang baru Rakyat akan menanam semangat tidak takut gagal (berani menghadapi risiko) Semangat persaingan yang kuat memberikan hasil positif Berlaku lebih banyak pemindahan teknologi antara negara Teknologi maklumat menjadi keperluan asas dalam kehidupan Rakyat akan berfikiran terbuka untuk melakukan perubahan Masyarakat lebih kreatif 4.4 Kesan-Kesan Zaman Renaissance
Zaman Renaissance telah banyak merubah manusia pada abadnya. Kesan ini didorong oleh semangat inkuiri yang tinggi. Banyak bidang yang telah berkembang dengan
pesatnya. Antaranya ialah bidang seni lukis, seni ukir, politik, persuratan, ekonomi dan sosial. Perubahan yang berlaku dalam bidang politik ialah munculnya satu monarki baru. Monarki Baru yang di maksudkan berasaskan kewujudan kerajaan pusat dan kesatuan kebangsaan. Sistem ini bertambah kuat dengan amalan pembayaran cukai kepada pusat pentadbiran. Apabila pentadbiran berjalan lancar dan kuasa raja dipulihkan, dengan automatik kuasa gereja dan kuasa golongan bangsawan dapat dikurangkan. Monarki Baru ini dapat dilihat di negara-negara seperti Portugal, Castile dan Sepanyol (Aragon), England, Belanda dan Perancis. Selain itu, kegiatan ekonomi juga berubah pada zaman ini. Kegiatan sara diri yang diusahakan selama ini kian pupus. Peristiwa ini berlaku kerana perdagangan tempatan dan antarabangsa berkembang dengan maju. Mereka juga telah menjajah suatu kawasan untuk dijadikan tempat mendapatkan bekalan makanan terutamanya rempah ratus. Kemajuan perdagangan ini telah mencetuskan penjelajahan dan penerokaan oleh orang-orang Eropah. Kemajuan dalam bidang matematik, geografi, kartografi dan astronomi turut berkembang seiring
dengannya.
Penekanan
dalam
keobjektifan
dan
eksperimen
pula
telah
mengakibatkan perkembangan dalam bidang biologi, fizik, kimia dan perubatan. Dari sudut sosial pula, kesan yang dapat dilihat di zaman ini adalah perubahan dalam pemikiran dan gaya hidup manusia. Manusia pada zaman ini dapat menzahirkan emosi mereka dengan baik dan ia diluahkan melalui muzik, lukisan dan ukiran. Selain itu, masyarakat juga lebih menekankan pendidikan yang dalam aspek pemikiran, logik, saintifik, falsafah dan metafizik. Perkembangan ilmu pengetahuan tanpa kongkongan pihak gereja juga merupakan kesan yang jelas kelihatan sehingga ke hari ini. Mereka telah menghasilkan penemuanpenemuan yang bermanfaat dalam bidang sains dan teknologi, sastera, dan pemikiran yang bernas. Namun perkembangan dalam bidang sains dan teknologi telah menafikan adanya Pencipta atau menggalakkan manusia melupakan PenciptaNya; (Sulaiman Noordin, 1999).
Perkembangan Teknik Pencetakan
Mesin cetak pertama yang ditemukan oleh Jiharn Gutenberg pada mulanya dibuat untuk tujuan yang sepenuhnya mencetak injil, iaitu untuk memudahkan penyebaran Injil kepada seluruh masyarakat di eropah. Sebelum penemuan mesin ini yang mampu mencetak
banyak, semua buku dicetak dengan teknik “litograf” (mencetak diatas batu berukir), atau ditulis tangan. Penemuan mesin cetak ini merupakan perkembangan awal terhadap masalah utama yang menghalangi berkembangnya pengetahuan dan idea-idea baru selama ini. Percetakan di Itali bermula di Rome pada pertengahan tahun 1460an di mana tempat terawal percetakan telah sepenuhnya dikendalikan oleh Utara Eropah dibawah naungan pihak gereja. Fakta yang menyebabkan kejayaan yang terhad dalam percetakan di Rom. Perkara ini tidak terjadi di Venice yang akhirnya menjadi pusat percetakan utama di Itali dikuti oleh beberapa tempat lain iaitu Milan, Florance dan Bologna. untuk percetakan penulisan secara sah manakala Florence percetakannya dikhususkan untuk edisi Greek dan penulisan vernakular . Percetakan berunsur “humanisme” pada akhir abad ke-19 telah mencatatkan jumlah cetakan sebanyak lebih 900 dalam edisi bahasa klasik Latin di Itali. Perkembangan percetakan agama ketika itu tidak begitu meluas percetakannya seperti di Jerman atau di Perancis. Dalam penulisan sejarah, kemunculan percetakan sejarah ini telah membuka satu dimensi baharu dalam memastikan penulisan tersebut. Hal ini dapat dilakukan melalui penyebaran maklumat secara meluas kepada masyarakat. Melalui penyebaran maklumat tersebut, masyarakat setempat dapat mengetahui situasi yang pernah berlaku di dalam negara dan di luar negara. Hal ini boleh berlaku kerana masyarakat mendapat informasi dengan cara yang lebih mudah iaitu melalui akhbar berbanding jika pada zaman sebelumnya iaitu pada zaman The middle Of Age penyebaran-penyebaran maklumat tersebut agak sukar kerana tiada kemudahan seperti akhbar dan kawalan gereja terhadap penyebaran maklumat. Hal ini secara tidak langsung membolehkan dikongsi kepada masyarakat yang akhirnya menggerakkan kepada pembukaan minda masyarakat tentang realiti sebenar yang pernah dialami oleh masyarakat setempat. Hal ini secara tidak langsung membolehkan maklumat tersebut menjadi teladan dan pengajaran untuk generasi akan datang. Kemunculan pencetakan akhbar ini juga telah menyebabkan penyebaran ilmu merentas sempadan. Hal ini terjadi kerana penerbitan akhbar ini membolehkan masyarakat luar memperolehi idea-idea
Pemikiran Humanisme
Zaman renaissance ini sering juga di sebut sebagai zaman humanisme. Maksud ungkapan ini adalah manusia diangkat dari abad pertengahan. Pada abad pertengahan itu manusia
dianggap kurang dihargai sebagai manusia. Kebenaran diukur berdasarkan peraturan atau pandangan dari gereja (kristian), bukan menurut pandangan yang dibuat oleh manusia. Humanisme mementingkan pandangan haruslah dari manusia. Karena manusia mempunyai kemampuan berfikir, maka humanisme menganggap manusia mampu mengatur dirinya dan dunia (Graham, 2004). Gerakan ini dipelopori oleh francesco Petrarca dan Giovanni Baccacio. Boccacio telah menghasilkan novel bertajuk Fiammetta. Dianggap sebagai novel psikologi pertama di Eropah yang menggunakan pemikiran humansime. Persoalan dalam novel tidak lagi merujuk kepada soal keimanan dan moral krisitian. Fahaman ini menyatakan Tuhan tidak berperanan di alam ini yang berkembang di ZAMAN Renaissance. Ia tela berkembangn di Barat sehingga dikenali sebagai agama baru yang dikatakan sebagai ‘order’ dunia baru. Wan Fuad (1996) sekali lagi menyatakan “Gerakan inilah yang kemudiannya menimbulkan kebangkitan insanisme (Humanisme). iaitu meletakkan kebolehan manusia berakal pada suatu tempat yang paling tinggi, setimpal dengan akalnya.” Fahaman ini juga mengagungkan manusia dalam menentukan hukumanhukuman. Humanisme merupakan ideologi yang berperanan penting kepada kemunculan zaman Renaissance. Gerakan ini adalah gerakan yang cuba membawa manusia untuk keluar dari kotak pemikiran lama yang dikuasai golongan gereja atau dengan erti kata lain gerakan “memanusiakan manusia”. Umat manusia pada asalnya dipengaruhi dan dikusai sepenuhnya oleh golongan gereja dan juga bangsawan. Manusia hanya bertindak dan berfikir di dalam ruang pemikiran kongkongan agama sahaja. Hal ini telah memberi kesan buruk terhadap perkembangan tahap pemikiran manusia pad aketika itu. Oleh itu, tokohtokoh terkenal seperti Thomas More, Plato dan Voltaire bertindak untuk membawa manusia menentang pengaruh dari golongan gereja. Golongan ini menafikan kebergantungan manusia terhadap agama dan menganggap agama sebagai suatu yang menyusahkan kehidupan manusia. Menurut Karl Marx, humanisme diperkenalkan bertujuan untuk menafikan kewujudan dan kekuasaan Tuhan seterusnya memisahkan manusia daripada agama. Malah, Marx dengan berani telah menegaskan bahawa manusia adalah pencipta agama dan bukan agama yang menciptakan manusia. Fahaman humanisme telah muncul di Itali seawal abad ke-14 lagi dan seterusnya telah meluas ke seluruh dunia Eropah. Namun, sehingga abad ke-18, pengertian dan konsepnya adalah tidak jelas dan difahami bukan sebagaimana pemahaman pada hari ini. Ia berkisar aspek pendidikan dan keintelektualan. Golongan humanis pada ketika itu adalah
merujuk kepada cerdik pandai yang mendalami dan menguasai ilmu-ilmu seperti ilmu sejarah, tatabahasa, kesusasteraan klasik, falsafah moral dan sebagainya. Penguasaan terhadap ilmu-ilmu tersebut bukanlah sekadar mengisi masa lapang sahaja malah mempunyai sebab musabab tertentu. Pada zaman Renaissance, pelbagai karya telah dihasilkan yang berunsurkan diplomasi, ekonomi, peperangan, kemanusiaan dan pentadbiran negara. Kesemua karya yang dihasilkan adalah bersifat propaganda yang menentang gerakan gereja. Di samping itu, ia juga dihasilkan untuk menghiburkan raja-raja dan memberi pengajara serta teladan kepada masyarakat pada masa tersebut. Hasil penulisan kesusasteraan berunsur sejarah mempunyai tujuan tertentu. Antara tujuannya adalah untuk menceritakan sesuatu peristiwa sebagai penghibur kepada raja-raja. Ideologi ini memberi kesan langsung terhadap penciptaan idea baru dalam penulisan sejarah. Berdasarkan karya yang dihasilkan menerusi ideologi humanisme, sejarawan mampu menghasilkan sesuatu karya yang tidak terikat dengan pengaruh gereja dan bangsawan. Penulisan yang dihasilkan akan lebih tertumpu kepada unsur luar seperti politik, sejarah, kemanusiaan dan pentadbiran sesebuah kerajaan. Hal ini secara tidak langsung mengasingkan unsur-unsur penerapan ilmu agama yang sukar ditakrifkan secara saintifik. Pemikiran manusia pula akan lebih terbuka dan luas untuk memikirkan hal-hal lain selain hal berkaitan agama. Penerapan unsur agama juga dikatakan mampu menyebabkan sesuatu karya tersebut sukar untuk dipercayai apabila wujudnya fakta yang menyeleweng dan tidak sahih. Karya sejarah secara tidak langsung menjadi dongeng dan tidak dapat diterima umum. Oleh itu, dengan adanya ideologi humanisme ini, penulisan sejarah akan lebih berkualiti dan memudahkan sesuatu perkara tersebut difahami umum tanpa penglibatan unsur agama semata-mata. Ideologi ini juga melahirkan penulisan sejarah yang bersifat menghargai jasa- jasa pemerintah zaman dahulu I.
Perkembangan Ilmu Sastera, Sains, Seni Dan Undang-Undang Ilmu Sastera dan kesenian
Pada zaman Renaissance, telah muncul kesenian dan kesusteraan baharu juga banyak melahirkan penulis yang bermutu contohnya Swan Book dengan karyanya syair percintaan. Penyair Itali yang terkenal iaitu Dante Aligheri dengan karyanya The Divine Comedy. Dalam Bidang muzik telah mengalami perkembangan ketara seperti Istana Burgundy yang memainkan peranan penting dalam sejarah muzik. Mereka telah menggabungkan semua irama muzik dan menjadikan ianya bertambah rumit. Mereka juga sudah menggunakan biola dan piano dalam menjalankan pementasan drama. II.
Ilmu Sains
Kesan penting gerakan Renaissance ialah kemunculan revolusi sains. Minat terhadap sains membawa kepada tertubuhnya akademi sains di kota Rom. Pada tahun 1603, satu kumpulan ahli sains telah menubuhkan Akademi Lynxes.. Pada tahun 1662, Persatuan Diraja Inggeris telah diberi piagam oleh Raja Charles II untuk menyelidik dan mengkaji sains. Manakala pada tahun 1666, Akademi Sains Perancis telah diperbaharui oleh Raja Louis XIV. Pada pada abad ke-17, akademi-akademi yang serupa telah didirikan di kotakota lain, terutamanya di Itali dan Jerman Pemerintah-pemerintah Barat telah memberi dorongan kepada kemajuan pengetahuan sains dan menjadikan diri mereka sebagai penaung ilmu pengetahuan. Ilmu astronomi menjadi ilmu yang penting pada zaman revolusi sains. Pada mulanya, masyarakat Barat berpegang kepada teori kaji bintang yang dibuat oleh Claudius Ptolemy yang hidup dalam permulaan abad kedua Masihi. Masyarakat pada Zaman Pertengahan menerima teori Ptolemy yang berpendapat bahawa bumi merupakan pusat alam dengan menyatakan matahari dan bintang-bintang mengelilinginya. Tiada seorang ilmuan pun yang berani menyoalnya kerana teori tersebut turut disokong oleh institusi gereja Kristian. Selain itu, Nicholaus Copernicus (1473-1543) seorang ilmuan dan paderi yang berasal dari Poland. Beliau ialah seorang pengajar yang mengajar ilmu matematik di Rom. Beliau telah mengkaji sistem matahari dan mendapati bumi mengelilingi matahari dan bukan sebaliknya. Ini menyebabkan beliau diumumkan sebagai pengingkar kerana melahirkan pendapat yang bertentangan dengan pihak gereja. Keberaniannya telah mendorong ilmuan-ilmuan yang lain mengikut jejak langkahnya, antaranya ialah Galilei Galileo (1564-1642), Johannes Kepler (1571-1630), dan Sir Isaac Newton (1642-1727). Penemuan-penemuan baru oleh Sir Isaac Newton telah mengubah persepsi masyarakat terhadap ilmu pengetahuan terutamanya dalam bidang sains, matematik, fizik dan lain-lain. Sebagai contoh, Wililiam Stukeley kawan kepada Sir Isaac Newton, menulis bahawa ketika mereka sedang duduk minum teh di bawah pohoh epal, Newton melihat sebiji epal jatuh dari pohonnya. Dikatakan bahawa Newton mendapat ilham dari jatuhnya buah epal tersebut. Menurutnya, jika graviti berfungsi di puncak pohon epal, ianya juga berfungsi di puncak gunung, malahan ianya juga mungkin berfungsi sampai ke bulan. Dengan menyatakan bahawa graviti bumi yang menahan bulan pada orbitnya, Newton mengembangkan teori gravitinya. Pada abad ke-17, Newton menjumpai bahawa ada interaksi yang sama yang menjadi penyebab jatuhnya buah epal dari pohon dan planet tetap berada pada orbitnya ketika mengelilingi matahari. Demikian juga bulan, satu-satunya satelit bumi tetap berada pada orbitnya. Interaksi ini dikenal dengan gaya graviti.
Dalam bidang Fizik, Newton berhasil mencipta sebuah teleskop reflek yang pertama dan mengembangkan teori warna berdasarkan pengamatan bahawa sebuah kaca prisma akan membahagi cahaya putih menjadi warna-warna lainnya. Pada tahun 1704, Sir Issac Newton mengumumkan konsep baru dalam penciptaan teleskop. Newton menyatakan bahawa lensa dapat memecah cahaya putih menjadi spektrum cahaya yang membentuknya sehingga menyebabkan menjadi lenturan kromatik . Newton menyelesaikan masalah tadi dalam teleskop dengan memakai cermin lengkung yang digunakan untuk mengumpulkan cahaya dan memancarkan kembali ke titik fokusnya. Cermin pemantul ini bertindak sebagai pengumpul cahaya iaitu semakin besar bukaan, semakin banyak cahaya yang dapat dikumpulkan. Teleskop Newton ini disebut teleskop cermin. Perkembangan teleskop bermula pada perkembangan pergerakan objek-objek di langit serta hubungan antara satu dengan yang lainnya dan seterusnya ianya boleh mengetahui kemungkinan pencarian dan kiraan objek-objek yang lain di langit. Dalam bidang matematik, Newton mengembangkan pengiraan perbezaan dan pengiraan integra. Ia juga berhasil mengembangkan “kaedah Newton” untuk melakukan pendekatan terhadap nilai suatu fungsi, dan berkontribusi terhadap kajian dari pangkat. Manakala dalam bidang Astronomi, Sir Isaac Newton menerbitkan buku karyanya yang masyhur iaitu Prinsip-prinsip matematik mengenai falsafah alam semester pada tahun 1678. Dalam buku itu Newton mengemukakan teorinya tentang hukum gaya berat dan tentang hukum gerak. Dia menunjukkan bagaimana hukum-hukum itu dapat digunakan untuk mengira secara tepat pergerakan planet berputar mengelilingi matahari. Persoalan utama bidang astronomi adalah bagaimana untuk mengira kedudukan yang tepat dan pergerakan bintang ke bintang serta planet-planet. Ia membuktikannya dengan menunjukkan konsistensi antara hukum gerak planet Kepler dengan teori gravitinya. Revolusi sains telah merintis jalan kepada perkembangan sains moden. Pembinaan cara penyelidikan sains adalah berdasarkan kepada logik dan matematik. Ia menyebabkan masyarakat Eropah hilang kepercayaan terhadap agama. Mereka menjadikan teori sains sebagai asas pegangan hidup dan menolak kepercayaan agama.
III.
Seni
Seni pada zaman Renaissance adalah salah satu tindak balas terhadap seni Zaman Pertengahan (Medieval Art Era). Hasli karya melibatkan tema keagamaan yang terdapat dalam Bible(keagamaan), mitologi, sejarah, potret dan tubuh badan manusia. Karya zaman ini dipengaruhi dan didalangi oleh institusi gereja. Tokoh-tokoh terkenal zaman ini seperti Leornardo Da Vinci, Michaelangelo Buonarroti, Giotto di Bondone, Jacope Tintoretto,
Donatello dan Jan Ven Eyck. Pelukis dibiayai oleh gereja, golongan bangsawan dan pembesar. Golongan bangsawan dan pemerintah mengupah pengkarya melukiskan gambar potret ahli keluarga dan pamerkannya di rumah mereka bagi menunjukkan status. Pihak gereja pula menghasilkan karya berdasarkan Bible. Ianya bertujuan untuk menggambarkan dan menyebarkan ajaran agama secara visual kepada golongan masyarakat bawahan. Zaman ini juga telah menyaksikan pengenalan dan perkembangan teknik seni realistik. Teknik ini berkembang dan menjadi permulaan kepada seni baru yang menggambarkan alam semula jadi secara realistik. Sebagai Contoh, Leornardo da Vinci melukis anatomi manusia dan alam semual jadi. Selain seni bina, turut berlaku beberapa perkembangan seni lukis pada zaman Renaissance. Leonardo da Vinci (1452-1519) juga terkenal dengan lukisannya gambar seorang wanita bernama “ Mona Lisa”. Zaman kegemilangan dalam bidang seni (catan, arca dan seni bina) berpusat di Florance Itali. Seni zaman Renaissance bersifat sempuran dan ideal. Abad ke-15, masyarakat Itali sedar akan kebangkitan semula Kota Rom. Perkara ini menjadi sebab utama Itali menjadi pusat yang menjadi pencetus ketamadunan dunia dan pusat pencetus kebudayaan. Giotto di Bondone misalnya menjadi perintis dan pembawa laluan kepada kebangkitan tersebut. Beliau menghasilkan karya berdasarkan perasaan dan sifat semula jadi serta tingkah laku manusia dengan menggunakan unsur cahaya, ruang dan mood suasana semula jadi yang realistik. Pelukis lain pada era ini seperti Allessandro di Mariano di Vanni Filipepi atau dikenali sebagai Sandro Botticelli. Beliau dikenali sebagai master of Mythology kerana gemar menggunakan tema mitologi dalam hasil karyanya. Salah satu karya berliau adalah menggambarkan proses kelairan Venus. Terdapat beberapa malaikat memerhatikan proses kelahiran ini. Gambar kelahiran ini untik kerana beliau menimbulkan tiupkan angin sejuk semasa kelahirannya dan kelahiran itu disambut oleh seorang perempuan muda yang disimbolkan sebagai angin panas. Pengaruh Zaman Byzantine pula banyak menggunakan gambaran latar belakang yang rata dan diikuti hiasan dekoratif pada pakaian perempuan muda yang menyambut kelahiran Venus. Menggabungkan gaya figura daripada zaman Greek Klasik dan zaman Renaissance. Zaman kegemilangan Renaissance (1340-1840) juga menjadi zaman kemuncak seni di Itali. Cara dan corak persembahan hasil karya sama dengan zaman kebangkitannya. Memberatkan nilai-nilai estetika yang keterlaluan dan mementingkan kesempurnaan. Pelukis termasyur pada era ini adalah Leonardo Da Vinci (1452-1519). Beliau dikenali sebagai uomo universal (kepintaran) dan juga sebagai Master of All Sciences. Beliau iala simbol keunggulan zaman Renaissance. Salah satu hasil karya agung beliau adalah lukisan
Mona Lisa. Potret tersebut merupakan isteri seorang golongan bangsawan yang bernama Frencesco del Giocondo. Beliau mengupah Leornardo melukis potret isterinya secara langsung di dalam studio sebagai tanda kasih sayang pada isterinya. Ringkasnya, hasil karya pada zaman ini lebih bertemakan potret diri dan juga holongan atasan serta bangsawan. Bahan dan media yang digunakan terdiri daripada cat minyak di atas kanvas linen dan tempera di atas permukaan papan. Pada zaman akhir Renaissance (Mannerism) (1480-1500) catan, arca dan seni bina menjadi fokus utama pada zaman ini. Subjek dan tema karya masih berdasarkan kepada keagamaan, mitologi dan potret. Penggunaan bahan dan bahantaranya masih sama seperti cat minyak, kanvas linen, fresco, dan marbel bagi penghasilan arca. Pelukis dan pengarca terkenal pada zaman ini adalah Michaelangelo Buonarroti. The Creation of Adam adalah salah satu hasil karya beliau. Beliau telah menghasilkan catan mural tersebut selama empat tahun dari tahun 1508-1512. Beliau juga banyak menghasilkan arca yang dibuat daripada batu marbel dengan menggunakan teknik pahatan. David, marbel stone merupakan arca yang dihasilkan oleh beliau pada tahun 1501-1504. Arca David ini juga dianggap sebagai lambang kebebasan, kemerdekaan dan sebagai wakil politik di bandar Florence di Itali serta dilambangkan sebagai wakil kepada masyarakat yang penyayang dan prihatin. Selain seni catan, seni bina merupakan salah satu bidang yang sama penting pada zaman Renaissance. Banyak dipengaruhi oleh gaya zaman Gothik. Arkitek zaman ini menghasilkan reka bentul berdasarkan kepada logik dan terikat dengan peraturan matematik (ketepatan dan keseimbangan reka bentuk diberi perhatian). Dipercayai boleh mewujudkan suasana teran dan tenang apabila berada dalam bangunan tersebut. Filippo Burnelleschi (1377-1446) bertanggungjawab memperkenalkan sistem dan peraturan matematik ini dalam bentuk seni bina Renaissance. Seni bina seperti pembinaan gereja, istana, hospital dan bangunan lain yang dibiayai sepenuhnya oleh piak gereja, golongan bangsawan dan golongan berada. Salah satu rekaan seni bina adalah Villa Rotondo (15671570) di Vicenza, Itali yang dibina oleh Andrea Palladio. Merupakan seni bini yang unik dengan menggabungkan gaya Roman dan Greek serta direka mengikut gaya reka bentuk kontemprori pada zaman tersebut. Villla ini direka khas untuk kediaman pendeta Kristian yang telah bersara dari perkhidmatan. IV.
Undang-undang
Ketika bandar baru membangun dengan pesat, sebuat sistem perlu dilaksanakan bagi memastikan perdagangan berjalan dengan lancar, oleh itu wujudlah Guild. Golongan tukang dan artisan dalam suatu bandar itu bersatu dan membentuk kumpulan tukang professional yang dikenali sebagai Guild. Pekerja – pekerja tukang yang bersendirian diserap ke dalam
guild. Terdapat dua jenis guild iaitu Merchant guild dan Craftsmen Guild, namun begitu terdapat guild yang bermotifkan politik. Merchant Guild dan Craftmen Guild mempunyai matlamat yang sama iaitu mewujudkan satu monopoli dalam perdagangan. Kebiasaannya Merchant Guild menjadi supervisor atau pemerhati kepada pedangan asing. Mereka akan memastikan pedangan ini membayar cukai dan guild ini juga menyelesaikan perbalahan yang berlaku. Cratfmens Guild, melatih pelajar baru tentang pembuatan pattern suatu barangan itu, contohnya pembuatan kasut kulit. Perkara ini penting bagi memastikan ‘masterpiece’ mereka dijaga dan diwarisi. Guild ini juga mempunyai mekanisme tersendiri dalam menentukan harga barangan yang mereka hasilkan. Setelah guilds dan golongan borjuis menguasai perdagangan, satu undang – undang telah diwujudkan bagi melindungi hak pedangang asing. Hal ini kerana monopoli golongan borjuis telah menyusahkan para pedagangan dengan cukai yang tinggi. Undang – undang mengenai keselamatan pedagang asing turut diwujudkan bagi melindungi pedagang asing ini daripada penganiayaan dan ketidakadilan. Hal ini kerana pedagang asing memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi.
5.0 PEMBAHARUAN AGAMA (REFORMATION) za Oleh : Nurul Hafijah Qhairiah Binti Razale
REFORMATION (Pembaharuan agama)
Pengenalan (Konsep dan Galuran Perkembangan)
Reformation berasal daripada perkataan "reform" yang bermaksud melaksanakan perubahan atau pembaharuan terhadap sesuatu untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik atau membentuk sesuatu yang baru. Gerakan reformation ini berlaku di Eropah barat pada kurun ke-16. Gerakan ini membawa perubahan yang besar dalam agama kristian.
Gerakan ini bermula dengan penentangan penganut agama Kristian terhadap Gereja Katolik sejak ke-10 Masihi lagi. Namun, penentangan ini tidak menimbulkan pengaruh yang mendalam terhadap Gereja Katolik. Kritikan bertambah kencang apabila pihak Gereja telah meningkatkan pusat kekuasaan yang terkuat di bahagian tengah Itali. Usaha ini membawa kepada kekayaan pihak Gereja dengan menyelitkan unsur rasuah, penyelewengan dan kepincangan berlaku. Ramai rakyat yang telah mempersoalkan kedudukan dan amalan Gereja Katolik yang bertentangan dengan ajaran kitab Bible. Penguasa Gereja lebih cenderung mengamalkan gaya hidup para pemerintah dan bangsawan dan lansung tidak mencerminkan
keagamaan.
Selain
itu,
pihak
Gereja
turut
melakukan
banyak
penyelewengan terutamanya dalam penjualan sijil Indulgences. Amalan ini telah merebak ke seluruh Eropah.
Bagi galuran perkembangan pula, Reformation bermula di Jerman. Kejayaan gerakan reformation ini telah dibantu oleh mesin cetak yang telah dicipta oleh John Gutenberg. Kewujudan mesin ini telah menyebabkan penjualan kitab Bible dengan harga yang murah. Ini menyebabkan rakyat dapat memahami kitab Bible dengan lengkap. Martin Luther, seorang profesor teknologi daripada Universiti Wittenburg di Jerman mula menentang amalan Indulgence (Sulaiman Noordin,1999). Beliau percaya bahawa manusia seharusnya bergantung kepada kekuatan rohaninya. Beliau juga telah mengemukakan 95 hujah menentang amalan indulgences iaitu penjualan surat pengampunan dosa yang dilakukan oleh pihak Gereja oleh penganut Kristian yang ingin bertaubat daripada melakukan perkara yang mungkar. Pendirian Luther ini telah mengancam kedudukan Gereja dan Institusi Paderi. Pendirian dan ajaran Luther ini di kenali sebagai mazhab Protestan. Protestan berasal daripada perkataan "protesting" iaitu membantah. Tindakan Luther
menandakan bermulanya Zaman Reformation yang didapati berterusan sehingga pertengahan abad ke-16. Mazhab baru ini telah berkembang ke Sweden, Denmark, Norway dan England.
Di Switzerland, pemimpin ajaran ialah Huldreich Zwingli. Selepas beliau meninggal dunia, ia diteruskan oleh John Calvin, merupakan pelajar undang-undang di Switzerland. Beliau berpendapat bahawa seseorang Kristian hendaklah mengenal TuhanNya. Untuk mengetahui TuhanNya, mereka hendaklah merujuk kepada kitab Bible sebagai rujukan. Manusia juga dikehendaki untuk mengamalkan cara hidup berdisiplin dan menolak sebarang kegiatan
yang
memberikan
keseronokan
semata-mata.
John
Calvin
juga
tidak
mengharamkan riba tetapi biarlah berpatutan. Ajarannya telah mendapat sambutan yang hangat daripada rakyat ketika itu. (Mahdi Shuid dan Muhamad Fauzi Yunus, 2001).
Di dalam perkembangan ajaran Protestan, masih ada penganut yang masih mahu mempertahankan Gereja Katolik. Oleh itu, satu Counter Reformation telah dibuka. Counter Reformation ini bermaksud menahan atau bertindak menentang sesuatu yang baru.
KRITIKAN TERHADAP GEREJA KATOLIK
Mazhab Protestant/Anglican
Terdapat beberapa gerakan di Eropah yang mempersoalkan gereja secara langsung. Di Perancis satu gerakan Albegensian telah muncul. Gerakan ini menjelaskan kepada masyarakat Perancis bahawa untuk mendapatkan perasaan takwa kepada tuhan dengan lebih bermakna , manusia harus berhubung dengan tuhan dan bukan melalui perantaraan gereja. Bagi pihak gereja, gerakan ini dianggap salah dan palsu.
Seterusnya, gerakan di Itali iaitu Waldenses, Di England, terdapat satu gerakan yang diketuai oleh John Wyliffe. Beliau menegaskan bahawa institusi Paus bertentangan dengan ajaran Scripture dan tidak wujud dalam Scripture Bible. Pada tahap awal, kebangkitan ini tidak dapat membangkitkan semangat seluruh eropah untuk membawa kepada reformation dalam agama itu. Namun, perubahan-perubahan yang terdapat pada abad ke 15 telah membawa kepada kejayaan gerakan reformation ini. Antara contoh perubahan termasuklah semakin banyak orang yang dapat membaca dan berfikir sejak Renaissance di Eropah. Pengaruh Renaissance telah mencipta suasana bahawa individuindividu boleh menyoal pandangan sendiri. Hasil daripada soalan-soalan ini timbul fahaman
agak berbeza. Pengaruh humanisme dan sekularisme juga menggalakan orang eropah mengutamakan individu daripada masyarakat.
Masyarakat eropah tidak berpuas hati terhadap agama kristian katolik kerana dianggap kolot dan ketinggalan zaman dalam ajarannya. Tidak puas hati dengan paus yang dikatakan terlalu ghairah mengumpulkan kekayaan. Untuk mengumpulkan kekayaan, pihak gereja dikatakan telah menjual surat pengampunan (indulgence). Contohnya, Pope Leo X telah menjual surat pengampunan. Beliau membuat perjanjian dengan Albert, biskop besar di Mayence dan sebuah syarikat Fuggers of Aurbergh. Paus juga dikatakan ada yang terdiri daripada anak luar nikah. Institusi gereja juga telah mengabaikan tugas-tugasnya pada penghujung zaman pertengahan dan mula mengamalkan rasuah. Jawatan-jawatan dalam gereja mula dijual beli secara terbuka. Gerkan reformation ini turut mendapat galakan dan dorongan daripada putera-putera raja di Jerman. Martin Luther telah mendapat sokongan daripada putera-putera Jerman yang inginkan kebebasan bagi membolehkan mereka melakukan apa sahaja yang disukai.
TOKOH - TOKOH REFORMATION
Martin Luther
Martin Luther (1483-1546) merupakan seorang paderi Jerman yang mempelopori gerakan Reformation di Eropah. Beliau menjadi rahib (monk) pada tahun
1505. Martin Luther
terpengaruh dengan ajaran yang dibawa oleh St. Augutine yang hidup dalam abad ke-4. Martin Luther percaya bahawa asas kepada semua kepercayaan ialah kitab injil dan semua orang mengetahuinya serta tidak hanya terhad kepada mereka yang memahami bahasa Latin. Bagi beliau, kepercayaan kepada tuhan akan membawa keselamatan. Keselamatan
ini dapat ditemukan dengan mengamalkan amalan-amalan kristian. Martin Luther telah menghasilkan beberapa penulisan iaitu Sermon on the mass, On the papacy at Rome dan lain-lain. Inti sari perjuangan Martin Luther antaranya termasuklah menghapuskan amalan atau kepercayaan yang tidak mengikut kehendak ajaran kitab injil, mengurangkan bilangan sakramen (doa tuhan) kepada hanya dua iaitu Eucharist dan Baptism, mengurangkan bahasa ibunda untuk upacara gereja dan menterjemahkan kitab injil ke bahasa Jerman dan mengutuk doktrin massa (upacara untuk agama katolik) Gereja katolik sebagai suatu lakonan semula pengorbanan nabi Isa dan menolak doktrin transubstantiation iaitu roti dan arak ditukar kepada tubuh dan darah nabi Isa oleh paderi. Kemuncak kepada tidak rasa puas hati, Martin Luther telah membuat tesis iaitu 95 cabaran terhadap paus dan gereja. Hasil daripada penulisan dan tentangan tersebut, gerakan reformation ini telah merebak ke tempat lain.
John Calvin
John Clavin dilahirkan pada tahun 1509 di Perancis dan meninggal dunia pada tahun 1564. Beliau dikatakan menjadi pengasas gereja Calvinism atau Presbyterianism. Idea perjuangan John Calvin diterjemahkan dalam beberapa penulisan beliau. Dalam bukunya yang bertajuk De Clementa John Calvin menjelaskan cara seseorang individu dan masyarakat kristian dapat mencapai pengampunan daripada dosa mereka supaya mereka dapat mencapai salvation keluhuran agar dapat masuk syurga. Pada John Calvin, organisasi gereja dan andaian berkenaan dengan keimanan yang terdapat dalam agama katolik sejak zaman pertengahan telah dinodai oleh penyelewengan paus, bishop dan paderi. Hal ini disebabkan mereka tidak mematuhi ajaran scripture. Calvin mengutarakan idea bahawa oleh sebab keimanan itu bergantung kepada individu dengan tuhannya, maka tidak perlu ada sistem kepausan, gereja, bishop dan paderi kerana itu hanyalah ciptaan manusia yang tiada asas dalam scripture. Iman pada takrif Clavin mestilah bergantung kepada daya dan kemahuan tuhan. Manusia tidak dapat menentukan kedudukan dan ganjaran sama ada di dunia atau di akhirat melainkan perkara yang harus dilakukan untuk meninggikan peluang dalam mendapatkan salvation. John Calvin menyarankan autoriti yang membawa kuasa gereja itu hanya dalam bidang agama. Paus, bishop, dan lain-lain tidak berhak untuk mencemarkan agama dengan mengambil bahagian dalam politik yang dianggap sekular. Hal ini disarankan dalam buku beliau iaitu Ecclesistical ordinances of Geneva. John Calvin menggambarkan sebuah kerajaan yang diilhamkan daripada kitab injil yang berasaskan empat kumpulan manusia iaitu rahib, golongan tua, doktor dan ahli gereja. Buku beliau, institutes of the christian religion telah menyeru kepada pengasingan holistik daripada organisasi gereja katolik dan amalan katolik.
Zwingli
Beliau merupakan rakyat Jerman yang memulakan Reformation di Switzerland. Zwingli telah menulis beberapa artikel termasuklah “67 Articles”. Artikel ini telah dijadikan doktrin rasmi pengikut Zwingli dan diterima sebagai doktrin bagi mazhab Protestan. Antaranya termasuklah khutbah dan pembacaan kitab injil dipergiatkan, Imej dan bahan pemujaan dihapuskan, dagingj dimakan pada tempoh masa 40 hari sebelum Easter, kecuali hari ahad penganut kristian berpuasa dan bertaubat, perkahwinan dalam kalangan ahli gereja dibenarkan, rahib lelaki dan rahib perempuan keluar ke dunia nyata dan monastri dibubarkan dan kekayaannya disumbangkan untuk tujuan-tujuan pendidikan dan kebajikan golongan miskin.
KESAN-KESAN REFORMATION
Sosial dan kemasyarakatan
Zaman Reformation menyebabkan munculnya sikap toleransi antara penganut pelbagai mazhab agama Kristian, iaitu bersama-sama mempergiatkan pendidikan sambil menyebarkan ajaran mereka. Zaman ini juga telah memperlihatkan keruntuhan kuasa gereja. Pada zaman ini, kuasa Gereja telah dicabar secara terbuka. Kuasa Gereja terhadap kerajaan juga telah berkurang dan kuasa Raja pula telah meningkat. Raja-raja telah merampas kembali tanah-tanah dan segala kekayaan yang dipunyai oleh Pope. (Nik Hassan Sulaiman, 2002).
Selain itu, kesan yang paling nyata ialah perkembangan sekularisme atau penduniaan iaitu pemindahan kawalan kegiatan kehidupan yang dahulunya dikawal di bawah hukuman kegerejaan. Penduniaan telah diamalkan pada abad ke-16 terutamanya di negara-negara yang mengamalkan fahaman Protestan. Penduniaan ini bukan sahaja
dikenakan terhadap tanah dan cukai kegerejaan tetapi juga dalam hal ehwal pendidikan dan pelajaran. (Wan Abdul Rahman Latif,1996).
Meskipun perbincangan proses sekularisasi di eropah tidak dilakukan secara mendalam, namun secara umumnya dapat disimpulkan, proses ini bertujuan untuk memecah dan membahagikan kehidupan masyarakat eropah kepada dua "wilayah" yang mesti ditadbir secara berasingan iaitu kehidupan dunia dan kehidupan beragama.
Lanjutan daripada perkembangan yang pesat berlaku di eropah, masyarakat di luar eropah juga tidak ketinggalan menerima dan merasakan kesannya. Sesungguhnya, penerimaan ini berlaku serentak dengan gerakan Reformasi Gereja dan zaman kebangkitan Eropah pada kira-kira abad ke-15 Masihi yang menyaksikan kebanyakan
kuasa-kuasa
Eropah seperti Portugis, Sepanyol, Belanda, Perancis dan British melancarkan "an age of discovery” yang mendorong kepada berlakunya gerakan penjajahan ke benua-benua selain eropah. Meskipun proses penjajahan ini dilakukan oleh kuasa-kuasa eropah bertolak daripada keinginan mereka untuk mendapatkan bahan-bahan mentah bagi mempergiatkan aktiviti-aktiviti perindustrian yang semakin rancak di eropah, tidak dapat dinafikan bahawa fahaman sekularisme dan proses sekularisasi ini turut berlaku di tanah-tanah jajahan. Antara yang tidak ketinggalan menerima kesan daripada proses penjajahan ini ialah masyarakat Islam di Gugusan Kepulauan Melayu yang pada ketika telah menerima proses Islamisasi setelah berada di bawah pengaruh kebudayaan Hindu-Buddha serta kepercayaan animisme.
Selain itu, gerakan reformasi ini telah mencetuskan corak pemikiran yang spektif dan kritis di kalangan bangsa Eropah dalam mengkaji setiap fahaman dan amalan kehidupan mereka dan tidak lagi bersikap "membuta tuli" dalam menumpahkan ketaatan dan kesetiaan mereka. Ternyata corak pemikiran yang bersifat skeptik dan kritis ini berkemungkinan besar didorong oleh perubahan sistem ekonomi kapitalis yang rata-rata banyak memberikan kebebasan dan mendedahkan masyarakat eropah terhadap persaingan hidup yang sengit. Ini berbeza dengan corak kehidupan yang diamalkan oleh bangsa eropah ketika mengamalkan sistem ekonomi feudal, yang mempertahan dan memperakukan kemutlakan golongan dan institusi tertentu. Sesungguhnya, elemen kebebasan dan keterbukaan yang terkandung dalam sistem kapitalis ini banyak dimanfaatkan oleh masyarakat eropah untuk menilai kembali segala fahaman dan amalan yang menjadi pegangan hidup mereka, khususnya institusi keagamaan. Justeru, tidak hairanlah jika abad ke-15 Masihi ini dianggap oleh masyarakat eropah sebagai "an age of enlightenment" kerana pada zaman ini berlaku banyak peristiwa yang dianggap sebagai titiik permulaan kebangkitan benua eropah.
Keagamaan
Kesan utama yang dapat dilihat dalam zaman reformation ini adalah negara-negara eropah telah berpecah mengikut mazhab masing-masing. Berlaku beberapa perbalahan antara mereka, contohnya perang keagamaan di Perancis pada tahun 1562 yang berakhir pada tahun 1598 dan perang 30 tahun yang telah melibatkan beberapa buah negara iaitu Sepanyol, Jerman, Bohemia, Denmark dan Sweden.
Kesan Reformasi juga telah menimbulkan kesedaran kebangsaan kerana telah dikaitkan dengan agama Kristian. Fahaman Luther telah menjadi agama Kristian bagi negara Jerman dan Scandavia manakala ajaran Calvin telah menjadi agama kebangsaan negara Belanda dan Scotland dan fahaman Anglican pula telah menjadi agama orang Inggeris. Agama Kristian Katholik telah menjadi agama rasmi bagi negara Sepanyol, Portugal, Poland, Perancis dan Ireland. (Wan Abdul Rahman Latif, 1996). Dalam katolik sendiri, counter reformation telah muncul hasil gerakan reformation. Ia merupakan gerakan pembersihan. Gerakan ini melaksanakan inquisition, pencarian orangorang yang dianggap murtad, membicarakannya dan membakarnya. Inquisition diperakui dan bermula di Sepanyol pada tahun 1542. Tujuan inquisition adalah untuk membersihkan agama itu dari pengaruh Luther, Zwingli dan Calvin yang dianggap menyeleweng daripada katolik. Pembakaran pula diwujudkan bukan sahaja untuk yang murtad malah buku-buku turut dibakar. Gerakan ini juga menyuarakan
pandangan dan pendirian mereka dalam
Council of Trent iaitu majlis perhimpunan.
Politik
Reformation telah berjaya memperkukuh negara kebangsaan. Raja-raja telah mula mengukuhkan kedudukan masing-masing dengan menjadi ketua kerajaan dan juga ketua agama. Umpamanya di England, Hendry VII telah menjadi ketua agama dan ketua kerajaan melalui akta keunggulan (Act of Supremacy). Situasi sama juga turut berlaku di Perancis, Prussia, Austria, Rusia dan Sepanyol.
Seterusnya, pada tahun 1564, Pope mengarahkan rumusan yang diperoleh daripada majlis perhimpunan dijadikan fakwa kepada agama katolik secara rasmi. Gereja-gereja yang terdapat di eropah lebih-lebih lagi negeri Protestan seprti England, Poland, Jerman dan
Switzerland serta organisasi ajaran agama sedikit demi sedikit terpisah daripada kongkongan Rom, iaitu pusat bagi agama katolik. Organisasi agama telah dimiliknegarakan. Pengaruh ini bukan sahaja dalam negara yang memegang ajaran protestan tapi negara yang memegang ajaran katolik. Hasil di miliknegarakan sedikit sebanyak memberi kesan di mana negara yang menganuti fahaman katolik seperti Perancis mendakwa bahawa pentadbiran gereja di Perancis dan organisasi agamanya mengutip cukai sendiri dan tidak perlu menghantarnya ke Rom.
Gerakan reformasi gereja yang berupaya merungkaikan kemutlakan dan kuasa institusi kegerejaan roman katholik ini telah menyuntik semangat dan keyakinan penganut agama kristian untuk berani mempersoal dan mempertikaikan segala fahaman dan amalan yang sebelum ini dianggap oleh mereka sebagai mutlak. Seterusnya, semangat dan keyakinan seumpama ini terus subur dan diperkembangkan oleh penganut kristian sehinggalah timbulnya desakan dan tekanan supaya interprestasi dan doktrin pihak gereja, tidak kira sama ada institusi kegerejaan roman katholik mahupun gereja protestan, dibataskan kepada hal-hal yang berkaitan dengan keagamaan sahaja. Malahan tekanan juga timbul bukan sahaja di kalangan ahli birokrat, bahkan segelintir ahli teologi kristian sendiri yang merasakan bahawa perlunya dilakukan proses sekularisasi, yang secara am nya bertujuan untuk melepaskan segala urusan kehidupan dunia masyarakat eropah daripada doktrin dan interpretasi gereja yang berbaur kerohanian dan keakhiratan.
Ekonomi
Kemunculan bandar-bandar baru dan kemajuan dalam bidang perdagangan dan ekonomi. Pada awalnya bandar-bandar merupakan sebuah kampung yang besar dan berperanan sebagai pengembang ekonomi desa. Oleh kerana hasil-hasil yang mempunyai nilai dagangan mula dikumpulkan di satu kampung tersebut, maka lama kelamaan kampung ini berevolusi menjadi sebuah bandar. Pembentukan sebuah bandar bukanlah satu pergerakan nasional, ia adalah sebuah fenomena baharu yang disebabkan oleh perubahan sosial dan ekonomi. Bandar-bandar ini wujud setelah tamatnya serangan orang gasar di Utara Eropah, keadaan menjadi tenang dan ia menjadi masa yang paling selesa untuk membangun. Contohnya, kota-kota Rom yang runtuh kini kembali pulih akibat daripada perang salib, hal ini kerana para Crusaders melalui jalan-jalan lama tamadun Rom dan berjaya mewujudkan jalan perhubungan kepada bandar ini yang sebelum ini terputus hubungan dengan negara luar. Crusader states seperti Zara, Acre, Tyre, Jaffa dan Constantinople turut membangun hasil daripada aktiviti perdagangan. Perang Salib turut membawa kepada pembukaan laut Mediterranean kepada pedagang asing. Seterusnya
pembukaan laut ini telah memberikan impak positif kepada Genoa dan bandar-bandar yang memfokuskan keapda perdagangan; bebas daripada kongkongan pembesar feudal mula wujud iaitu Venice, Bologna dan Florence.
Seterusnya, pengkhususan kerja yang lebih jelas dan kemunculan Guild system. Ketika bandar baru membangun dengan pesat, sebuat sistem perlu dilaksanakan bagi memastikan perdagangan berjalan dengan lancar, oleh itu wujudlah Guild. Golongan tukang dan artisan dalam suatu bandar itu bersatu dan membentuk kumpulan tukang professional yang dikenali sebagai Guild. Pekerja – pekerja tukang yang bersendirian diserap ke dalam guild. Terdapat 2 jenis guild iaitu Merchant guild dan Craftsmen Guild, namun begitu terdapat guild yang bermotifkan politik. Merchant Guild dan Craftmen Guild mempunyai matlamat yang sama iaitu mewujudkan satu monopoli dalam perdagangan. Kebiasaannya Merchant Guild menjadi supervisor atau pemerhati kepada pedangan asing. Mereka akan memastikan pedangan ini membayar cukai dan guild ini juga menyelesaikan perbahalan yang berlaku. Cratfmens Guild, melatih pelajar baru tentang pembuatan pattern suatu barangan itu, contohnya pembuatan kasut kulit. Perkara ini penting bagi memastikan ‘masterpiece’ mereka dijaga dan diwarisi. Guild ini juga mempunyai mekanisme tersendiri dalam menentukan harga barangan yang mereka hasilkan.
Akhir sekali, kemajuan dalam sistem pertanian. Pada zaman ini, sistem pertanian ‘Tiga Padang’ digunakan secara meluas dan berjaya meningkatkan produktiviti petani. Malah pengenalan kepada Heavy Plough telah merancakkan lagi aktiviti pertanian. Pertambahan penduduk bandar secara tidak lansung telah mempengaruhi industri pembuatan makanan di luar bandar kerana permintaan keju, mentega dan roti meingkat secara mendadak. Milan (1288M). Contohnya, mempunyai 300 kilang roti dan 440 orang penjual
daging.
Impak
daripada
perkembangan
ini,
sesetengah
pekan
mulai
mengkhususkan pengeluaran mereka. Contohnya Rhineland dan Burgundy yang terkenal dengan industri pembuatan wine. Perkembangan pertanian ini seterusnya membawa kepada peningkatan populasi orang eropah.
ZAMAN PENCERAHAN (Enlightenment)
Zaman pencerahan atau The age of reason atau The Enlightenment bermula pada awal kurun ke-18. Sekitar tahun 1650 M sehingga 1800 M. Ia berpusat di Perancis, kemudian merebak ke negara lain di Eropah sehingga menyebabkan segelintir raja di negara-negara eropah terpaksa mengikut rentak ahli fikir pergerakan zaman itu untuk memperkukuh kedudukan masing-masing. Zaman itu merupakan satu gerakan intelektual yang berlaku di Eropah selepas zaman renaissance dan revolusi. Enlightenment bermaksud zaman kesedaran atau pencerahan, iaitu semangat kepercayaan dan pegangan manusia adalah kritikal dan mementingkan sebab-musabab serta kaedah saintifik. Zaman ini juga merupakan pemangkin kepada kebangkitan atau kemuculan renaissance di eropah.
Menurut Imamanuel Kant (1784), Enlightenment is the liberatio of man from his selfcaused state of minority. Minority is the incapasity of using one understanding without the direction of another. This state of minority is self-caused when its sources lies not in a lack of understanding but in a lack of determination and courage and to use it without the assistance of another. Sapere aude! Dare to use your own understanding! Is thus the motto of Enlightenment.
Zaman pencerahan dikatakan bukan zaman untuk tokoh-tokohnya cuba untuk memberanikan diri mempersoalkan penyelewengan yang dilakukan oleh gereja katolik. Sebaliknya, zaman untuk mereka menyelar agama katolik itu sendiri itu yang bertanggungjawab dalam mewujudkan keadaan masyarakat yang daif dan suka bertaklik buta. Masyarakat tidak mempunyai sikap yang kritis dan tidak lagi mahu sesuatu perkara itu diterangkan dengan berdasarkan keterangan dogmatis dan di luar taakul serta rasional manusia biasa. Dalam erti kata lain, zaman ini mewakili satu gerakan menuju masyarakat yang lebih terbuka, mengarah untuk kebahagiaan individu, perlembagaan, toleransi, fikiran yang tidak dikongkong dan satu masyarakat yang berdasarkan undang-undang.
Faktor-faktor Perkembangan Zaman Pencerahan
1.
Pengaruh Renaisanse
Melahirkan semangat ingin tahu dan kritikal yang radikal. Kemunculan negara bangsa, ciptaan baharu, kemajuan seni bina, seni lukis dan lain-lain. Melahirkan masyarakat yang berfikiran terbuka.
2.
Pengaruh Reformasi
Menamatkan konsep dunia kristian dan melahirkan aliran pemikiran baharu seperti Protestan, Anglican, dan Presbyterianism. Kemunculan Negara Mutlak, mempunyai kuasa Autonomi dan bebas dari ancaman gereja. Idea baharu seperti rasionalisme dan reasoning berkembang luas.
3.
Pengaruh Ahli Falsafah
Kemunculan ahli falsafah seperti Voltaire, Rousseau, dan Montesquieu mempengaruhi Zaman Pencerahan. Semangat Zaman pencerahan di peroleh daripada revolusi saintifik dan intektual pada abad ke-17.
Idea tentang kemajuan merupakan ciri-ciri dominan dalam
tamadun Eropah pada abad ke-17 hingga abad ke-20.
4. Kemunculan Kelas Pertengahan Golongan budiman mula meninggalkan tabiat lama sesuai dengan Zaman baharu. kemunculan golongan Borjuis(kelas Pertengahan), merupakan golongan yang lebih berpendidikan. Columbus Maggelan dan Francis Drake, merupakan tokoh yang terlibat dalam penjelajahan. Prasangka terhadap budaya asing terhakis akibat cara pemikiran baharu iaitu secara Empiris dan sebab munasabah
RUJUKAN
Mahdi Shuid dan Muhamad Fauzi Yunus. (2001). Sejarah Tingkatan 1
Petaling
Jaya: Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd
Mohamad Munir, Mohd Fadzil Mohd Salleh & Ismail Said. (2015). Sejarah Eropah. Selangor: Percetakan Rina Sdn. Bhd.
Nik Hassan Sulaiman. (2002). Arkeologi Sejarah dan Budaya. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sivachandralingam Sundara Raja. (2002). Sejarah Eropah. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Sulaiman Noordin. (1990). Sejarah Pemikiran Sumber Ilmu, Perbandingan Ideologi dan Orde Baru Dunia. Bangi: Pusat Pengajian Umum Universiti Kebangsaan Malaysia.
Wan Abdul Rahman Latif. (1966). Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
TAJUK 7 : REVOLUSI PERTANIAN DAN INDUSTRI Hafizah Puspa Binti Mohd Jubaidi
REVOLUSI PERTANIAN Revolusi pertanian bermula pada akhir abad ke-17 dan awal abad ke-18. Revolusi bermaksud perubahan besar yang berlaku secara mendadak dan menyeluruh yang berlaku dalam bidang politik, sosial ataupun ekonomi. Sesuatu revolusi yang berlaku itu boleh memakan masa yang agak Panjang dan akan meninggalkan kesan kepada bidang lain serta kehidupan manusia; (Nik Hassan Sulaiman bin Nik Abdul Rahman,2002). Revolusi pertanian merupakan zaman dimana pertanian telah menjadi satu kegiatan ekonomi yang paling utama di Eropah. Kemajuan dalam bidang pertanian dan penternakan dibantu oleh undangundang yang berkesan dan juga bantuan alat yang canggih. Hasilnya, satu industri makanan yang besar telah lahir di Eropah. Kebanyakkan hasilnya telah dieksport untuk pasaran antarabangsa. Bagi peladang pula amat bangga dengan ternakan mereka yang bersaiz besar dan sering mengabdikannya di dalam potret. Kehidupan masyarakat Eropah ketika itu juga berada dalam keadaan yang senang dan lumayan. Revolusi pertanian ini telah menjadi asas kepada berlakunya Revolusi Perindustrian. FAKTOR-FAKTOR REVOLUSI PERTANIAN Pada awalnya, pengeluaran makanan dilakukan secara kecil-kecilan sahaja. Kemudian, revolusi pertanian telah berlaku dan sekaligus pengeluaran makanan telah dijalankan secara komersil kerana wujudnya beberapa faktor, iaitu : 1. Pemilikan Tanah Terdapat dua sistem pemilikan tanah. Sistem yang pertama dikenali sebagai sistem pemilikan tanah secara persendirian. Tanah milik persendirian ini dimiliki oleh golongan kaya. Sistem pemilikan yang kedua pula ialah sistem pemilikan tanah awam. Tanah tersebut digunakan oleh orang awam untuk bercucuk tanam secara kecil-kecilan. Amalan penggunaan tanah secara awam ini mempunyai fungsi sosial kerana ia akan memberi peluang kepada rakyat untuk menampung kehidupan seharian mereka. Sistem pertanian yang dijalankan ketika itu ialah sistem padang terbuka. Sistem ini juga telah dikenali sebagai sistem fallow (Mahdi Shuid dan Muhammad Fauzi Yunus,2001). Sistem ini telah membahagikan tanah kepada tiga bahagian, dua bidang diusahakan manakala satu lagi dibiarkan kosong dan dikelai sebagai tanah rang. Ini bertujuan untuk
menyuburkan kembali kesuburan tanah itu sebelum diusahakan semula pada musim yang berikutnya. Proses untuk mengembalikan kesuburan tanah pada masa itu menggunakan najis binatang namun najis binatang tidak mencukupi disebabkan binatang ternakan tidak dapat dibiakkan dengan baik. Kelemahan sistem ini terletak kepada penggunaan tanah yang tidak ekonomik dan kaedah pertanian yang tidak sistematik. Selain itu, petani juga telah bertani secara kecilkecilan, hanya untuk keperluan sendiri. Mereka menghadapi kesukaran akibat tanah yang mereka usahakan boleh berada di pelbagai tempat di satu tanah am. Oleh itu, usaha tersebut tidak mendatangkan keuntungan kepada mereka. Petani juga tidak dapat melakukan sebarang pembaharuan kerana terpaksa mengikut kelaziman yang dilakukan disesuatu tempat. Tuan-tuan tanah yang dahulunya membiarkan sahaja tanah mereka digunakan oleh rakyat, kini, mahu menggunakan tanah awam itu semula bagi tujuan pengeluaran pertanian dan perladangan komersil. Tindakan ini diambil untuk menampung permintaan rakyat terhadap makanan dan juga pengeluaran kain bulu (Wan Abdul Latif, 1996). Permintaan terhadap makanan yang tinggi oleh rakyat gagal dipenuhi akibat perusahaan pertanian sara diri. Oleh itu, harga gandum telah meningkat pada abad tersebut iaitu ke-18. Oleh yang demikian, parlimen telah meluluskan satu akta yang dikenali sebagai Akta Pemagaran Tanah. Hampir 500 000 ekar tanah telah dipagari antara tahun 1761 hingga 1792 melalui akta ini. Hal ini menyebabkan penanaman secara komersil dapat dilakukan di kawasan yang lebih luas iaitu ladang. Di samping itu, perubahan dari segi sosial telah berlaku iaitu rakyat biasa telah kehilangan punca rezeki akibat ketiadaan tanah awam bagi menampung kehidupan mereka. Tetapi, masalah ini lenyap apabila golongan petani kecilkecilan menjadi sebahagian daripada buruh ladang. Seterusnya, mereka akan berhijrah ke bandar semasa revolusi perindustrian dan bekerja sebagai buruh ladang. 2. Kaedah Dan Ciptaan Baharu Dalam Pertanian Kaedah dan ciptaan peralatan yang moden telah membolehkan penanaman dilakukan secara lebih efisyen dan penghasilan produk yang lebih lumayan. Antara kaedah yang digunakan ialah penanaman secara bergilir. Penanaman pelbagai jenis tanaman yang berbeza mengikut musim dilakukan cara ini dan di atas sesuatu bidang tanah. Hasil tanamannya sangat subur kerana terdapat kepelbagaian nutrien tanah digunakan pada setiap tanaman tersebut. Tanaman baru juga turut diperkenalkan seperti turnip dan ubi kentang. Selalunya petani akan menanam gandum pada kali pertama, turnip pada musim kedua, barli pada musim yang ketiga dan clover ada musim keempat. Giliran tanaman ini
akan berubah setahun demi setahun untuk mengekalkan kesuburannya (Anita Ganeri, 2000). Selain daripada teknik pengggiliran tanaman, beberapa orang toloh telah mencipta bahan dan cara-cara untuk memudahkan dan memajukan pertanian. Mereka ialah Jethro Tull (1674-1740), Viscount (Turnip) Townshend (1674-1738), Robert Blakewell (1725-1795), Arthur Young (1721-1820), dan coke of Holkham (1752-1847). Jethro Tull merupakan orang yang bertanggungjawab mengembangkan pertanian secara pasifik melalui bukunya, “The New Horse-Houghing Husbandary” dan “An Essay on The Principles of Tillange and Vegetation” beliau juga telah mencipta sebuah alat menggali tanah dan alat menabur benih secara sistematik. Kaedah ini menyebabkan tanaman tumbuh teratur mengikut baris yang sama jaraknya. Ini memudahkan kerja menggembur dan membersihkan tanah. Tanah juga disuburkan dengan mencampurkan tanah niat (Wan Abdul Rahman Latif, 1996). Vcount Townshed pula telah memperbaiki kaedah penggunaan tanah secara lebih intensif. Beliau telah mengemukakan sistem pengiliran tanah yang dipanggil sistem Norflolk. Beberapa jentera pertanian juga dicipta. Muncul juga satu kumpulan bergelar ‘propagandis’ yang menulis tentang teknik pertanian yang tersebar luas kepada masyarakat umum. Antaranya ialah alat bajak Rotterham, alat mengetam, alat menukul dan alat menumbuk bijirin dan sebagainya. Kaedah pembiakan dan penternakan yang baik juga telah diperkenalkan oleh Roberk Bakewell (Mahdi Shuid dan Muhamad Fauzi Yunus, 2001). 3. Pertanian Komersil Selain daripada penggunaan alat yang moden, baja asli juga telah mula diperkanalkan secara meluas dan ini telah menyebabkan tanaman lebih subur dan hasil pertanian akan bertambah lagi. Baja asli ini telah dicipta oleh Justus Von Liebig pada tahun 1840 dan uji kaji ahli British bernama Humpry Davy pada tahun 1802. Pengenalan sistem saliran yang berkesan juga telah mengangkut air daripada tasik yang dijanakan oleh kincir angina yang telah dicipta pada tahun 1745. Penyelidikan pula telah dilakukan secara giat oleh para penyelidik seperti Anthur Young. Beberapa pusat penyelidikan pertanian juga telah ditubuhkan seperti Royal Agriculture Society of England (1938), Rothamstead Experimental Station (1842) dan Royal College of Agriculture (1846). Berbekalkan semua ini, hasil pertanian menjadi berkualiti dan berkuantiti (Mahdi Shuid dan Muahmad Fauzi Yunus, 2001). Hasil pertanian ini dieksport untuk pasaran sama ada pasaran tempatan mahupun pasaran antarabangsa. Buktinya, England telah mengeksport kira-kira 13 peratus daripada hasil keluaran pertaniannya. Keupayaan mengeksport hasil pertanian ini menandakan kemajuan yang begitu besar telah dapat dicapai oleh England pada kurun tersebut.
Pertambahan kadar produktiviti memberi sumbangan yang besar kepada proses pertumbuhan ekonomi Britain. Hal ini juga telah mengatasi masalah kebuluran yang sering menjadi faktor penghalang kepada pertumbuhan demografi dan ekonomi (Wan Abdul Rahman Latif,1996).
KESAN-KESAN REVOLUSI PERTANIAN Revolusi pertanian telah memberikan kesan yang baik. Satu daripadanya ialah bilangan ladang bersaiz besar telah meningkat menyebabkan pengeluaran berskala besar telah dapat dilakukan. Contohnya, dapat dilihat pada perubahan saiz ladang pertanian di sebuah kawasan pertanian di England. Sewa tanah juga telah didapati meningkat akibat permintaan terhadap tanah untuk pertanian. Selain itu, lebih banyak kawasan pertanian telah dibuka untuk mengatasi kepesatan revolusi pertanian ini. Pertanian tradisional pula semakin pupus akibat sistem pemagaran yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Britain. Wujudnya sistem pertanian tripartite iaitu hubungan antara tuan tanah, pengusaha ladang dan buruh upahan. Penyelidikan yang telah dijalankan oleh orang persendirian mahupun oleh institusi penyelidikan telah meningkatkan kualiti dan kuantiti bahan makanan. Ini telah menyebabkan England telah mengeksport kira-kira 13 peratus daripada hasil keluaran pertaniannya. Keupayaan mengeksport hasil pertanian ini menandakan kemajuan yang begitu besar telah dapat dicapai oleh England pada kurun tersebut. Pertambahan kadar produktiviti memberi sumbangan yang besar kepada proses pertumbuhan ekonomi Britain. Hal ini juga telah mengatasi masalah kebuluran yang sering menjadi faktor penghalang kepada peetumbuhan demografi dan ekonomi (Mahdi Shuid dan Muhamad Fauzi Yunus, 2001). REVOLUSI PERINDUSTRIAN Pada pertengahan kedua abad ke-18, revolusi perindustrian (1760-1850) bermula di England. Revolusi perindustrian mempunyai banyak erti. Antaranya, ia adalah perubahan pesat dalam kaedah pengeluaran barangan selain daripada pertanian. Perubahan ini melibatkan penghasilan barangan daripada menggunakan tangan kepada menggunakan mesin dan proses kimia (Garraty dan Gay, 1981). Satu pengertian lagi ialah ia bukan hanya proses perubahan dalam industri tetapi juga dalam bidang sosial. Revolusi perindustrian juga bermaksud proses perubahan sebuah ekonomi yang mudah kepada satu ekonomi yang kompleks. Perubahan ini melibatkan proses transformasi satu sistem ekonomi yang masih bergantung kepada kegiatan tradisi khususnya pada sektor pertanian. Ekonomi seperti ini biasanya dicirikan sebagai kadaar produktiviti dan tahap pertumbuhan ekonomi yang rendah dan lembap. Setelah ekonomi tersebut mengalami transformasi, proses pertumbuhannya menjadi lebih cergas dan tahap pruduktivitinya menjadi lebih tinggi daripada sebelumnya (Wan Abdul Rahman Latif, 1996).
FAKTOR-FAKTOR REVOLUSI PERINDUSTRIAN Revolusi perindustrian bermula di England dan kemudian di serara dunia. Terdapat beberapa faktor revolusi perindustrian bermula di England. Faktor utamanya adalah kerana England memiliki modal yang besar yang berpusat di Bank England dan pertambahan penduduk di koloni yang menjadi pasaran untuk barangannya. Faktor lain pula ialah kerana England mempunyai deposit bahan mentah yang banyak khususnya arang batu dan bijih besi. Selain itu, revolusi pertanian juga menyediakan bahan mentah yang mencukupi untuk menampung permintaan dan keperluan para pekerja kilang yang kian meningkat. Dengan terdapatnya bekalan makanan ini Britain tidak perlu bergantung pada pengimportan bahan tersebut dari luar. Dana yang diselamatkan itu dapat dilaburkan bagi membantu pertumbuhan dan perkembangan industry dalam negara (Nik Hasaan Suhaimi bin Nik Abdul Rahman, 2000). Tambahan lagi, salah satu faktor yang memungkinkan England muncul sebagai negara industri adalah kerana terdapatnya satu golongan masyarakat yang bergelar “Puritan” melabur sejumlah wang yang besar di dalam bidang industry setelah hak mereka dalam politik dilucutkan. Pada masa yang sama, kecenderungan untuk menyerapkan kemajuan sains dan teknologi ke dalam industry sangat diperlukan. Oleh itu, beberapa ciptaan yang canggih telah ditemui. Dalam pada itu, suasana politik England juga amat sesuai kerana tidak berlaku sebarang peperangan besar di kawasan tersebut (Wan Abdul Rahman Latif, 1996). KESAN-KESAN REVOLUSI PERINDUSTRIAN 1. Kemajuan Dalam Perindustrian Dan Pengangkutan Perubahan juga melibatkan dalam bidang perindustrian seperti industry tekstil, arang dan besi. Permintaan yang tinggi untuk barangan tekstil membawa kepada ciptaan mesin pemintal yang pertama oleh James Hargreaves pada tahun 1784. Mesin ini dikenali sebagai “Spinning Jenny”. Pada tahun 1769, Richard Arkwright telah mencipta mesin tenun pertama yang menggunakan kuasa wap pada tahun 1796. Kemajuan dalam pelaburan besi menggunakan arang menghasilkan besi tempa untuk membuat peralatan mesin. Menjelang akhir abad ke-18, wap dignakan dalam industry untuk mengendalikan jentera. Kaedah baru ditemui untuk membuat besi belum tempa. Siemens menemui kaedah baru untuk menghasilkan keluli yang murah dan cepat daripada besi belum tempa. Bassemer pula menemui kaedah mengurangkan masa yang diperlukan untuk menghasilkan keluli dari besi belum tempa. Semua kemajuan ini memesatkan lagi kemajuan industry England. Kemajuan dalam pengangkutan pula meliputi perkapalan, jalan raya, kereta api dan terusan. Dalam bidang perkapalan, kapal mula dibina daripada besi menggantikan balak
dari Baltik. Dalam pembinaan jalan pula, John Macadam telah memperkenalkan pembinaan daripada batu dan minyak tar. Kemajuan dalam pembinaan jalan raya memudahkan perhubungan antara kawasan yang jauh. Pada tahun 1761 pula, James Bridley telah membina terusan pertama iaitu Terusan Worsley yang digunakan untuk membawa arang bat uke bandar perusahaan Manchester. Pada tahun 1801, Richard Trevuthick mencipta lokomotif untuk menarik gerabak, lokomotif ini kemudannya dikenali sebagai kepala kereta api dan dipermajukan oleh George Stephenson pada tahun 1825 (Mahdi Shuid dan Muhammad Fauzi Yunus, 2001). 2. Penghijrahan Penduduk Kemajuan infrastruktur juga memudahkan migrasi penduduk dari kawasan luar bandar ke bandar dan ke kawasan maju untuk mencari peluang pekerjaan dan menikmati taraf hidup yang lebih baik. Perkembangan ini secara tidak langsung telah membantu dalam menambahkan penduduk. Kawasan yang mengalami pertambahan penduduk yang pesat berbeza-beza antara satu kawasan yang lain. Pertambahan penduduk di koloni dan negara lain di dunia secara tidak langsung menguntungkan kepesatan perdagangan England (Porter, 1984). 3. Perubahan Dalam Pemikiran Politik Idea sosialisme pada peringkat awal dimajukan pada tahun-tahun 1930-an. Seorang rakyat Perancis, Claude Henri de Saint Simon adalah pemikir sosialis awal yang penting. Beliau menyeru kerajaan untuk memiliknegarakan semua kilang, merancang perkembangan ekonomi dan memajukan kebajikan masyarakat. Robert Owen (1771-1858) pula adalah pemikir terkenal British yang percaya bahawa sistem kapitalis harus bersifat kemanusiaan dan mencari keuntungan. Beliau membayar upah yang tinggi untuk para pekerja, menyediakan sistem perubahan yang baik untuk pekerja, pendidikan untuk kanak-kanak dan masa kerja yang singkat. 4. Kelas Baru Revolusi perindustrian juga menyaksikan kemunculan golongan baru. Masyarakat petani tradisional terdiri daripada satu kumpulan kecil golongan bangsawan dan pemilik tanah, sekumpulan kecil pedagang dan tukang dan sekumpulan besar petani. Selepas revolusi perindustrian, golongan kelas pekerja pertengahan dan individu tumbuh dengan pesat dari segi saiz dan kepentingan. Golongan kelas pertengahan baru termasuk pemilik kilang, peniaga, ahli-ahli bank, peguam dan jurutera. Golongan kaya memperolehi pendapatan sebanyak yang dicipta oleh golongan bangsawan yang kaya. Dengan bertambahnya kekayaan negara, pendapatan dan kedudukan sosial kelas pertengahan meningkat dan
mereka lebih yakin. Mereka berkeinginan mencuba idea baru dan bersedia menerima risiko dalam urusan perniagaan baru yang diceburi.
RUJUKAN Ganeri, A. (2000). What Would You Ask?. Marco Polo,London: Belitha Press.
Mahdi Shuid dan Muhammad Fauzi Yunus. (2001). Jaring Ilmu Teknik Sejarah Dunia. Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia.
Porter. (1984). The Lions Share : A Short History Of British Imperialism. London: Longman Inc. Wan Abdul Rahman Latif. (1996). Sejarah Perkembangan Tamdun Dunia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
8.0 IDEA DAN INSTITUSI POLITIK Mohd Edzral bin Zubakir
8.1 KEDAULATAN PARLIMEN Penubuhan monarki kebangsaan di Eropah pada abad ke-15 telah merintis jalan kepada kemunculan pemerintah mutlak pada abad ke-16 dan ke-17. Kemunculan negara bangsa pada abad ke-15, meletakkan asas bagi kemunculan sistem pemerintahan beraja mutlak di Perancis pada abad ke-16 dan 17. Sistem pemerintahan beraja mutlak bermaksud sistem kerajaan di mana cara pemerintahan raja tidak dikawal oleh parlimen dan segala perintah raja akan menjadi undang-undang. Menurut sistem pemerintahan beraja mutlak, raja dilantik atas kehendak Tuhan untuk memerintah rakyat. Oleh itu, menjadi tanggungjawab rakyat untuk membantu raja dalam menjalankan pentadbiran. Sekiranya raja bertindak kejam dan berlaku tidak adil, rakyat harus menerimanya dengan tenang sebagai hukuman atas dosa yang dilakukan mereka. Pandangan ini diterima oleh pihak gereja dan mendapat sokongan daripada raja-raja negara bangsa. 8.1.1 FAKTOR MEMPENGARUHI KEMUNCULAN PEMERINTAHAN BERAJA MUTLAK JEAN BODIN (1530-1596) Bodin dilahirkan pada tahun 1530 di Angers dan meninggal dunia pada tahun 1596. Beliau mengesyorkan supaya Perancis diperintah oleh kerajaan pusat kerana kerajaan pusat yang kuat akan dapat mengawal wilayah dengan lebih baik dan berkesan. Idea oleh Bodin ini muncul ekoran tindakan golongan Huguenot (Calvinis) mencabar dan mengancam undangundang dan kekuasaan kerajaan pusat Perancis. Pemerintahan mutlak dimaksudkan oleh Bodin dalam bukunya berjudul The Six Books of Republic. Bodin juga percaya bahawa kuasa berdaulat dalam negara wujud dalam bentuk kekuatan ketenteraan. Kuasa mutlak yang dianjurkan oleh Bodin juga mengambil kira hak rakyat. Raja dikehendaki memerintah menurut hukum Tuhan dan jika memerintah sebaliknya dianggap raja yang zalim. Kerajaan juga dikehendaki memenuhi segala kehendak rakyat. Dalam pada itu, rakyat pula diminta supaya tidak mengumpul banyak kekayaan hingga menggugat kestabilan dan ketenteraman negara. Menurut Bodin, ia akan mengelakkan revolusi, pemberontakan atau sebarang tindakan politik lain yang bakal menggugat kestabilan negara. HUGO GROTIUS (1583-1645)
Grotius ialah tokoh dari Belanda dan karya beliau yang terkenal ialah De hire Belli ac Pacis. Menurut Grotius, kemunculan negara bangsa menyebabkan tidak wujud negara dunia Kristian seperti yang dilihat pada Zaman Pertengahan Awal. Kini tiada negara yang lebih kuat, lebih bebas atau lebih mampu daripada negara lain, dan muncul sistem politik berbilang negara atau sistem antarabangsa. Oleh itu, negara-negara tersebut harus menjalinkan hubungan sesama mereka menurut garis-garis kelakuan yang disetujui. Bagi Grotius, negara berhak melakukan peperangan dalam mempertahankan diri serta membela hukum antarabangsa. Grotius menambah, sesiapa yang mencabuli hukum alam atau antarabangsa dianggap sebagai penceroboh terhadap masyarakat antarabangsa kerana ia akan memusnahkan segala dasar yang diadakan untuk mewujudkan kebahagiaan dan keamanan dunia. Grotius juga menegaskan peperangan yang dilakukan terhadap sesebuah negara yang mencabuli hukum antara negara adalah salah dan boleh dihukum. Idea yang dimajukan oleh Grotius adalah baik, tetapi ia disalah guna oleh negara mutlak. Idea Grotius telah dilaksanakan oleh Richelieu dalam sistem pentadbiran Perancis. CARDINAL DUC DE RICHELIEU (1585-1642) Richelieu ialah paderi besar gereja Katolik dan seorang bangsawan. Beliau telah memimpin Perancis ketika negara menghadapi pelbagai masalah pada abad ke-17. Richelieu memberatkan peranan kuasa sebagai unsur penting dalam amalan tatanegara. Segala perhatian ditumpukan bagi mewujudkan sebuah kerajaan pusat yang kuat di Perancis. Richelieu mengambil langkah menghapuskan sentimen kewilayahan dan pergelutan dalam negara yang mengancam kestabilan politik di Perancis pada abad ke-17. Richelieu juga percaya negara Perancis yang kuat akan menjadi lebih berkesan dan berpengaruh di dalam dan luar negeri. Oleh itu, beliau telah mewujudkan tentera laut yang lengkap dengan kapalkapal perang dan peralatan baharu dan moden. Richelieu juga telah menghapuskan kekacauan yang berlaku dalam gereja Katolik. Beliau menolak peranan gereja dalam politik dan kenegaraan. Pandangan Richelieu terkandung dalam bukunya berjudul Wasiat Politik. Dalam buku ini, beliau mengemukakan pandangan tentang keperluan mengekalkan kekuasaan dan kemutlakan negara. Richelieu berpendapat kerajaan pusat yang kuat perlu untuk menghadapi ancaman sekiranya pentadbiran dijalankan oleh ramai pihak. Ketika Richelieu menjadi Ketua Menteri, Perancis mempunyai sistem pemerintahan pusat yang kuat. Harus ditegaskan negara mutlak Richelieu ialah negara yang wujud menurut perintah Tuhan dan baginya kuasa mutlak adalah satu seni pemerintahan. Richelieu juga menolak pendidikan diberikan kepada rakat jelata. Beliau bimbang golongan berpendidikan akan melahirkan masyarakat yang kritis dan akan menyoal dasar kerajaan. Perkembangan ini akan
menyebabkan rakyat tidak setia kepada negara. Kepentingan negara mutlak memerlukan kerajaan tidak menggalakkan pendidikan dalam kalangan rakyat jelata. Richelieu juga percaya bahawa pelajaran kesenian dan kesusasteraan harus dikawal oleh kerajaan untuk memajukan negara dalam sosial demi kepentingan dalam berkuasa mutlak.
Di negara Barat terdapat dua jenis bentuk kerajaan yang diamalkan iaitu negara kesatuan dan negara persekutuan. Pelaksanaan mana-mana bentuk kerajaan ini akan mempengaruhi keharmonian kerajaan pusat dan tempatan di negara masing-masing. Kerajaan kesatuan merupakan sebuah kerajaan yang memberi kuasa yang luas kepada kerajaan pusat dan mengehadkan kuasa kepada kerajaan tempatan (local government). Kerajaan kesatuan sesuai dilaksanakan bagi sebuah negara seperti Perancis kerana mempunyai keluasan geografinya tidak luas atau besar dan mempunyai jumlah penduduk tidak terlalu ramai. Pengaruh geografi yang tidak begitu luas lebih memudahkan komunikasi dua hala dan sebarang keputusan boleh dilaksanakan secepat mungkin tanpa berlakunya masalah dalam pentadbiran. Sistem Negara kesatuan di Perancis dibentuk berdasarkan ciriciri tertentu.
CIRI-CIRI KERAJAAN KESATUAN PERANCIS
1. Kuasa penuh kepada kerajaan pusat Di negara Perancis, kerajaan pusat mempunyai kuasa dalam semua aspek pemerintahan, boleh mengubah sempadan dan kuasa, dan juga boleh membatalkan perundangan yang telah diluluskan oleh peringkat negeri/wilayah. Di dalam negara kesatuan Perancis juga kerajaan pusat berkuasa penuh untuk menguruskan seluruh pemerintahan di negara Perancis. 2. Pentadbiran wilayah Untuk memudahkan pentadbiran maka kerajaan kesatuan telah membahagikan negara kepada beberapa wilayah atau cawangan dan diberi kuasa untuk mentadbir. Pentadbiran wilayah ini merupakan wakil kerajaan pusat. Walau bagaimanapun kuasa ini boleh ditarik
balik oleh kerajaan pusat. Bentuk seperti ini adalah merupakan sistem sentralisasi iaitu pemerintah pusat memiliki kedaulatan penuh untuk menyelenggarakan urusan dari pusat ke wilayah. Pemerintah wilayah hanya melaksana ketetapan yang diputuskan oleh kerajaan pusat. Setelah sistem pemerintahan beraja dan sistem feudal dihapuskan di Perancis, pada tahun 1790 pentadbiran baru telah dibentuk iaitu negara Perancis telah dibahagikan kepada 83 department (wilayah) dan setiap wilayah dibahagi pula kepada cantons (daerah) dan daerah pula dipecahkan kepada commune.
3. Pentadbiran Department Pentadbiran department akan diketuai oleh Prefet yang dilantik oleh kerajaan pusat. Prefet bertanggungjawab secara langsung kepada Menteri Dalam Negeri dan berperanan untuk menguruskan perkhidmatan di kawasan tempatan. Di setiap department telah ditubuhkan sebuah majlis iaitu General Council. Ahli-ahlinya dilantik oleh pemerintah peringkat pusat. Majlis ini merupakan institusi tempatan yang menghubungkan penduduk tempatan dengan kerajaan pusat. 5. Pentadbiran Commune Commune pula berperanan untuk mentadbir kawasan bandar yang diketuai oleh Datuk Bandar (Mayor) sebagai ketua eksekutif. Datuk Bandar pula akan dibantu oleh Majlis Bandaran (Municipal Council). Institusi commune berperanan mengendalikan perkaraperkara yang berkaitan dengan pentadbiran bandar seperti meluluskan permit bangunan, menjaga keselamatan penduduk, dan menguruskan pendaftaran perkahwinan. Commune merupakan institusi yang dibentuk bagi memberikan perkhidmatan kepada penduduk tempatan seperti pejabat pendaftaran, mahkamah rendah, jabatan kerja raya, polis tempatan dan sebagainya. Datuk Bandar akan menjadi wakil kerajaan pusat di kawasan bandar. Datuk Bandar berperanan untuk menguatkuasakan undang-undang tempatan, mendaftar jurutera awam, menguruskan pekerja di kawasannya dan sebagainya. Walau bagaimanapun segala keputusan yang dibuat oleh Datuk Bandar boleh dipinda atau dibatalkan oleh kerajaan pusat.
8.2 PERJUANGAN HAK ASASI MANUSIA Dasar Dalam Negara
Louis XIV menyusun semula pentadbiran pusat negara kepada empat majlis utama seperti Majlis Negara (mengurus hal ehwal luar Negara), Majlis Despatches (mengurus hal ehwal tempatan), Majlis Kewangan (menguruskan masalah percukaian, tarif, perbelanjaan dan pendapatan) dan Majlis Privy (menguruskan pentadbiran keadilan). Louis XIV juga telah melantik menteri-menteri yang berkebolehan untuk membantunya mentadbir, antaranya ialah Jean-Baptiste Colbert (Menteri Kewangan), Le Teller Menteri Hal Ehwal Luar), Louvois (Menteri Peperangan), dan Vauban (Menteri Ketenteraan). Louis XIV juga menggunakan intendent, iaitu pegawai yang bertanggungjawab bagi melaksanakan dasar-dasar diraja di pelbagai provinsi Perancis. Intendent ditugaskan untuk menyelia pentadbiran, keadilan, pengutipan cukai, dan pentadbiran ketenteraan di peringkat daerah. Louis XIV percaya sebagai pemerintah mutlak bagi seluruh Eropah, beliau harus hidup bergaya. Beliau mendirikan istana besar yang mempunyai reka bentuk menarik dan indah di Versailles dan di beberapa buah tempat lain. Raja menetap di Versailles yang dikelilingi oleh istana yang besar. Golongan bangsawan Perancis bergantung hidup kepada pencen daripada raja atau kepada kerja-kerja yang memberikan gaji yang tinggi. Oleh itu, golongan bangsawan Perancis menghabiskan hidup mereka di istana Versailles untuk mendapat sokongan dan wang pencen. Perkhidmatan awam terdiri daripada pegawai-pegawai yang berkebolehan. Kejayaan Louis juga dibantu oleh Menteri Kewangannya yang berkebolehan, iaitu Jean Baptiste Colbert (1619-1683). Melalui dasar-dasar Colbert, Perancis menjadi negara industri dan kuasa militer. Zaman Louis XIV juga zaman keemasan bagi kesusasteraan Perancis. Antara tokoh seni yang terkenal ialah Racine dan Moliere. Dasar Ekonomi Merkantilisme Louis juga melaksanakan dasar ekonomi merkantilisme untuk memastikan negaranya muncul sebagai negara yang kuat dan agung. Menteri Kewangan, Colbert melaksanakan dasar merkantilisme dengan bersungguh-sungguh. Colbert juga mempunyai rancanganrancangan yang meluas untuk mengukuhkan Perancis melalui perdagangan dan perniagaan.
Usaha
yang
bersungguh-sungguh
dalam
membangunkan
ekonomi
merkantilisme ini sehingga beliau dipanggil Colbertisme di Perancis. Colbert memulakan industri baharu, menggalakkan pengilang-pengilang dan pereka-pereka, memansuhkan tarif tempatan; tol, mengurangkan kadar bunga ke atas hutang kerajaan, mengawal upah, dan harga kebanyakan barangan. Colbert juga membuat penambahbaikan kepada tentera laut, perkapalan perdagangan, lebuh raya dan laluan air. Walaupun dasar Colbert telah meningkatkan pendapatan kerajaan, namun perbelanjaan untuk perang bertambah dengan pesat. Ketenteraan
Louis mendapatkan bantuan Louvois, Menteri Perang untuk melakukan reformasi ketenteraan. Raja sekarang mempunyai kawalan penuh ke atas angkatan tentera. Louis menghapuskan dominasi golongan bangsawan ke atas bidang ketenteraan dan memulakan kawalan langsung ke atas ketenteraan. Pelantikan pegawai-pegawai tentera dilakukan berasaskan merit. Kerajaan bertanggungjawab dalam merekrut tentera, menyediakan perumahan, dan bekalan makanan untuk mereka. Louis XIV menyediakan sepasukan bala tentera yang terdiri daripada 4000 tentera. Tentera Perancis muncul sebagai tentera yang terkuat di Eropah ketika itu.
Dasar Agama Louis bertindak untuk memaksa golongan bukan Katolik untuk menerima agama Katolik, iaitu golongan Huguenot (gelaran yang diberikan kepada sebilangan rakyat Perancis yang memeluk agama Proteston). Pada akhir abad ke-18, mereka dipanggil Proteston Perancis atau Calvinis. Edict of Nantes yang ditandatangani pada tahun 1598 oleh Raja Henry VI yang memberi kebebasan kepada Huguenot untuk menganut agama pilihan mereka dan mempunyai peluang yang sama untuk memegang jawatan dalam kerajaan. Ia menandakan berakhirnya peperangan agama yang menimpa Perancis pada separuh kedua abad ke-16. Di zaman Raja Louis XIV, Edict of Nantes ditafsirkan secara sempit untuk menafikan kebebasan kepada Huguenot. Oleh itu pada Oktober 1685, Louis XIV membatalkan Edict of Nantes. Tindakan Louis mendapat sokongan daripada rakyat tempatan. Walaupun perang agama sudah tidak ada, penganiayaan terhadap Proteston telah berlaku. Semua menteri Protestan telah diberikan dua minggu untuk meninggalkan negara ini kecuali mereka memeluk agama Katolik dan semua Protestan lain dilarang meninggalkan negara. Tindakan Louis menyebabkan seramai 400 000 Huguenot meninggalkan Perancis dan berpindah ke England, Prusia, Holand, Switzerland, Afrika Selatan dan Benua Amerika Utara. Pembatalan Edict of Nantes ini telah menjatuh reputasi Louis XIV di luar negeri dan menjadikan negaranegara yang mengamalkan Protestan bersempadan dengan Perancis telah memusuhi Louis XIV. Dasar Luar Negara
Dasar luar negara Louis XIV adalah untuk meluaskan wilayah. Semasa pemerintahan Louis XIV, wilayah kekuasaan meluas ke Sungai Rhine dengan Perancis menguasai wilayahwilayah yang diperintah oleh putera-putera Jerman, negara Spanish Netherlands (Belgium Moden) dan United Province (kerajaan Belanda hari ini).
8.3 MEMUTIHKAN KUASA RAJA Selepas Zaman Pertengahan, telah berlaku kemerosotan sistem feudalisme di Eropah. Keadaan ini telah membolehkan raja-raja mengumpul kekayaan dan mengukuhkan kedudukannya. Ini telah membawa kepada penubuhan negara bangsa iaitu sebuah negara yang bebas daripada konsep dunia empayar dan di bawah kedaulatan raja berkuasa mutlak. Negara bangsa di Eropah terbentuk melalui dinasti, keluarga baharu, perkahwinan diraja dan konsep empayar. Perkembangan ini berlaku di negara England pada abad ke-15 dan England berada di bawah pemerintahan beraja mutlak hampir 2 abad iaitu bermula pada 1485 setelah berakhirnya Perang Bunga Ros. Sistem pemerintahan ini diasaskan oleh Raja Henry VII dari Dinasti Tudor yang memerintah England dan berakhir pada tahun 1603 semasa pemerintahan Ratu Elizabeth I. Mengikut sistem raja berkuasa mutlak, seseorang pemerintah (raja) berkuasa sepenuhnya untuk menggubal dan melaksanakan segala dasar dan kedudukannya adalah mengatasi undang-undang negara. Sepanjang pemerintahan Dinasti Tudor, England mempunyai kerajaan yang stabil dan mendapat sokongan daripada rakyat. Kerajaan ini menghormati prinsip perbatasan kuasa pemerintah seperti mana yang terdapat dalam Magna Carta dan tidak membelakangkan parlimen. Dasar-dasar pemerintahan raja berkuasa mutlak di England seperti keagamaan, luar negeri dan perdagangan yang dijalankan oleh Raja Henry VII, Raja Henry VIII dan Ratu Elizabeth I diterima oleh rakyat. Namun demikian semasa pemerintahan Dinasti Stuart (1603-1688), sistem pemerintahan beraja mutlak semakin diperkasakan oleh Raja James I dan Raja Charles I sebelum bertukar kepada raja berpelembagaan.
8.3.1 Perkembangan Sistem Pemerintahan Raja Berkuasa Mutlak Selepas tamatnya Perang Bunga Ros, sistem pemerintahan beraja mutlak telah diterima oleh rakyat kerana ingin menamatkan keadaan huru-hara yang berlaku.
Sistem beraja
mutlak yang diasaskan oleh Dinasti Tudor memperlihatkan sebuah kerajaan yang stabil dan mendapat sokongan rakyat. Pemerintahan Dinasti Tudor adalah berdasarkan kepada Magna Carta iaitu satu piagam yang digubal untuk mengawal kuasa raja. Raja-raja Tudor tidak mementingkan prinsip kesucian raja dalam melaksanakan pemerintahan mereka. Rajaraja Tudor dapat bekerjasama baik dan dapat mengawal 2 buah dewan parlimen England yang terdiri daripada House of Lords (tuan tanah, bishop dan kerabat diraja) dan House of Common (knight, orang kaya dan peguam). Pada abad ke-17, muncul golongan gentry di luar bandar yang memiliki tanah dan menjadi kaya daripada golongan bangsawan. Di bandar pula muncul golongan bourjois yang semakin kaya dan menguasai ekonomi melalui kegiatan perdagangan. Kedua-dua kumpulan mula berani mempertikaikan pengaruh politik golongan aristokrat dalam House of Lords. Pada abad ke-17 juga, wujud perbalahan antara mazhab Kristian di England iaitu antara penganut Protestan (golongan puritan) yang tidak berpuas hati dengan gereja Anglican (gereja kebangsaan di England) di atas pengamalan tradisional gereja Kristian (Katolik). Golongan puritan ini ingin membersihkan amalan agama di England daripada pengaruh gereja Katolik Rom dan mahu gereja di England bebas daripada kawalan politik. Golongan puritan menjadi semakin berpengaruh dan menarik minat pelbagai golongan masyarakat kerana dalam ajaran mereka mengutamakan kehidupan berdisiplin dan menolak upacara atau istiadat agama yang tradisional. Pemerintah Dinasti Tudor berjaya menangani dengan baik tentangan golongan puritan yang tidak berpuas hati dengan golongan anglican dan ingin mewujudkan gereja yang bebas daripada kawalan politik. Selepas berakhir Dinasti Tudor pada tahun 1603, maka bermula pula era pemerintahan Dinasti Stuart (1603-1702) di England yang diasaskan oleh Raja James I dari Scotland. Namun dasar pemerintahan Dinasti Stuart berbeza dengan Dinasti Tudor, dan ini telah membawa penentangan parlimen dan berlaku kebangkitan golongan puritan sehingga membawa tercetusnya perang saudara yang dikenali sebagai Revolusi Puritan (1642-1648). Raja James I merupakan raja yang berpegang kuat kepada doktrin kuasa suci raja. Baginda menegaskan bahawa kedudukan raja mengatasi kedudukan undang-undang. Oleh itu semua pihak seperti parlimen, mahkamah, gereja,
dan sebagainya mesti berkhidmat
kepada raja dan bukannya berkongsi kuasa. Pemerintahan Raja James 1 mendapat tentangan daripada golongan puritan dan ahli-ahli parlimen kerana baginda mengamalkan dasar agama yang lebih memihak kepada mazhab Katolik.
Golongan puritan juga telah menolak bishop yang dilantik oleh Raja James I dan kemarahan golongan ini memuncak apabila baginda mengahwinkan puteranya dengan puteri dari Perancis yang bermazhab Katolik. Tindakan baginda yang membelakangkan parlimen dalam urusan pengenaan cukai telah memburukkan lagi hubungan Raja James I dengan golongan puritan. Ketegangan hubungan ini telah mendorong Raja James I membubarkan parlimen pada tahun 1611. Tindakan baginda telah menyebabkan keadaan politik England kucar kacir dan lebih memburukkan keadaan apabila Raja Charles I yang memerintah England pada tahun 1625 juga tidak menyukai golongan puritan. Baginda juga bertindak membelakangi parlimen dalam urusan pengutipan cukai. Mana-mana ahli parlimen yang menentang baginda telah ditahan dan tentera akan mengawal mereka. Akibat tidak berpuas hati dengan pemerintahan kuku besi raja, maka rakyat telah bersatu untuk menafikan kuasa mutlak raja. Akibatnya pada tahun 1628 parlimen telah mengemukakan Petition of Right yang mengutuk tindakan autokratik raja. Akibat kecaman ini baginda telah menangkap 9 orang ahli parlimen yang menentang baginda secara terbuka di parlimen. Sehubungan itu, baginda membubarkan parlimen dan memerintah secara mutlak tanpa parlimen selama 11 tahun. Raja Charles I telah mengenakan pelbagai jenis cukai dengan bebas dan menaikkan cukai dengan sewenang-wenangnya telah mengancam ahli-ahli parlimen. Dalam aspek agama pula, Raja Charles I memulihkan semula amalan roman khatolik sebagai amalan dalam gereja Anglican yang menyebabkan kebangkitan golongan puritan. Pada tahun 1639, Raja Charles I telah menubuhkan semula parlimen untuk tujuan mendapatkan peruntukkan yang diperlukan oleh baginda tetapi ahli parlimen enggan bekerjasama dengan baginda. Ini telah mendorong baginda membubar semula parlimen yang baru ditubuhkan dalam masa 3 minggu dan menangkap beberapa ahli parlimen. Pada tahun 1642, rusuhan telah berlaku di Ireland yang telah menyebabkan beberapa orang British bermazhab Protestan dibunuh oleh penganut Katolik. Sekali lagi berlaku pertikaian tentang penubuhan tentera sama ada dikendalikan oleh raja atau parlimen. Akhirnya peperangan telah berlaku dan tentera gereja di bawah pimpinan Oliver Cromwell telah berjaya mengalahkan tentera raja pada tahun 1645 dan tahun 1648. Raja Charles I telah dihukum bunuh dan parlimen telah mengisytiharkan England sebuah negara republik dengan Oliver sebagai ketua negara yang baharu. Pemerintahan Oliver berhadapan dengan kebangkitan 2 golongan iaitu levellers dan diggers yang dianggap mengancam pemerintahannya. Pada tahun 1658, Oliver meninggal dunia dan diganti dengan anaknya iaitu Richard Cromwell. Walau bagaimanapun dalam masa setahun memerintah beliau telah meletakkan jawatannya kerana tidak mendapat sokongan parlimen dan tentera.
8.4 MACHIAVELLI – MATLAMAT MENGHALALKAN CARA Karya Machiavelli ‘The Prince' diterbitkan pada tahun 1532. Beliau berkhidmat sebagai diplomat dengan Republik Florence dan pernah menyaksikan konflik antara Florence dengan
Venice,
Pisa,
Milan
dan
Naples.
Pengalaman
sebagai
diplomat
telah
menjadikannya bersikap sinis terhadap motif-motif ahli politik. Beliau adalah seorang patriot yang mempunyai keinginan yang kuat untuk menyatukan politik Itali. Pada ketika itu, perpecahan politik bukan saja mencetuskan perang saudara di Itali tetapi juga menyebabkan campur tangan dan serangan Jerman, Switzerland, Perancis dan Sepanyol. Dalam keadaan politik itu, Machiavelli berpendapat bahawa Itali hanya boleh diselamatkan dengan kemunculan seorang pemimpin yang berkaliber dan berkemampuan menyatukan politik Itali dan mempertahankan negaranya daripada serangan luar. Maka, The Prince, merupakan sebuah panduan untuk memupuk seorang pemimpin yang ideal untuk menjamin kebebasan rakyat, penguasaan tampuk kerajaan dan kebebasan daripada pemberontakan dan serangan luar. Prinsip utama karya The Prince adalah matlamat menghalalkan cara. Perkara-perkara yang dikemukakan : 1.
Perihal Pemerintah dan Tujuan Kuasanya :
Kestabilan dan keselamatan sesuatu kerajaan bergantung kepada kuasa pemerintah. Walhal pun begitu, tujuan kuasanya bukan untuk kepentingan pemerintah saja tetapi juga untuk kepentingan rakyat. 2.
Perihal Pemerintahan sesuatu jajahan takluk dan kestabilannya :
Dalam sistem kerajaan sesuatu negara yang ditakluki (a) pemimpin haruslah mengekalkan kuasanya dengan tinggal sendiri di negara itu atau (b) mendirikan koloni-koloni di situ atau (c) menubuhkan hubungan diplomatik dengan negara-negara yang berjiran atau (d) melemahkan negara-negara berjiran yang kuat. 3.
Perihal pemerintahan sesuatu kerajaan kecil (princedom) :
Machiavelli mengingatkan bahawa dalam sesuatu kerajaan kecil yang diperintah oleh seorang putera, fikiran rakyat mudah berubah-ubah. Pada hal itu, paksaan haruslah digunakan untuk menentukan fikiran mereka.
Pembunuhan, hukuman dan penipuan
dicadangkan untuk memupuk kehormatan dan menegakkan sesuatu orde politik baru 4.
Perihal Hubungan Kerajaan dengan Angkatan Tentera :
Mengikut Machiavelli, sebuah kerajaan yang luat haruslah mempunyai tentera nasional yang terdiri daripada rakyat negara. Kebanyakan kerajaan Itali adalah dibiasakan dengan menggunakan askar upahan asing untuk hal pertahanan. Askar upahan dianggap bahaya dan tidak berguna. Tambahan pula, seorang putera haruslah sentiasa memerhatikan halhal ketenteraan untuk menjamin kewujudan negara. (national survival) 5.
Perihal Pemerintah dan Kefleksibelan Nilai Etikanya :
Beberapa bab dalam The Prince adalah berkaitan dengan nilai moral tingkah laku seorang pemerintah. Mengikut Machiavelli, nilai etika, sama ada baik atau buruk, adalah relatif dan demi kepentingan kuasa kerajaan haruslah diubahsuaikan mengikut perubahan politik. 6.
Perihal kekejaman dan kuasa pemerintahan :
Kekejaman haruslah dianggap sebagai suatu senjata untuk menjadikan rakyat bersatu padu dan mengekalkan kepatuhan rakyat kepada negara dan pemerintah. Mengikut Machiavelli, antara kasih sayang dan ketakutan, adalah lebih baik seorang pemimpin memilih ketakutan untuk menjamin sokongan rakyat oleh kerana fikiran rakyat mudah berubah-rubah dan kesetiaan mereka kepada negara adalah palsu. 7.
Perihal Bagaimana Menggalakkan Keyakinan Rakyat :
Menurut Machiavelli, undang-undang biasanya untuk mengekalkan keyakinan manusia dan paksaan digunakan untuk mengawal binatang. Pada hal pemerintahan, sekiranya undangundang tidak berkesan, maka paksaan yang melibatkan penipuan, kepura-puraan dan kekejaman haruslah digunakan. Jadi, seorang pemerintah memahami sifat semula jadi manusia dan juga binatang.
8.
Perihal personaliti luaran dan personaliti dalaman seorang pemerintah dan
hubungannya dengan rakyat : Machiavelli membezakan antara personaliti dalaman dan personaliti luaran. Walaupun personaliti dalaman haruslah bersifat kejam dan keras terhadap rakyat tetapi personaliti luaran yang boleh disaksikan oleh rakyat haruslah menunjukkan sifat murah hati untuk mendapatkan sokongan daripada rakyat. Pada hal itu, misalnya, seorang pemerintah haruslah menggalakkan rakyat mengembangkan kegiatan perdagangan, pertanian, kesenian, kesenian dan sebagainya. Beliau merujuk kepada contoh Empayar Rom di mana para pemerintah menghibur rakyat dengan mengadakan pesta dan pertunjukan untuk mendapatkan sokongan dan kesetiaan.
9. Perihal sesuatu kerajaan yang wujud di bawah kawalan gereja : Dalam sesuatu kerajaan yang wujud di bawah naungan gereja, kewibawaan pemerintah biasanya tertakluk kepada hukum-hukum agama yang ditetapkan oleh gereja. Dalam keadaan itu, pemerintah perlu bertindak tanpa mempedulikan pengaruh gereja.
8.5 KONTRAK SOSIAL Sebelum tertubuhnya kerajaan persekutuan Amerika, orang Eropah berlumba-lumba untuk meneroka dan membuat penempatan di benua Amerika seperti orang Sepanyol, Portugis, Perancis, Belanda dan British. John Cobat merupakan orang pertama meneroka di Amerika pada tahun 1497, diikuti oleh Sir Humphrey Gilbert (1583) dan Sir Walter Raleigh (1584). Kesemua usaha mereka menemui kegagalan kerana mendapat tentangan kaum peribumi Red Indian dan kawasan tersebut tidak sesuai untuk pertanian. Pada tahun 1607, Kapt. John Smith membuka koloni di Virginia dan berjaya memajukannya kerana memiliki kubukubu pertahanan di Jamestown dan wujudnya hubungan baik dengan puak Red Indian. Ini telah mendorong lebih ramai orang British berhijrah ke Amerika untuk memulakan kehidupan baru ekoran kerajaan Britian mengenakan cukai yang tinggi kepada mereka dan masalah agama terutama daripada golongan puritan. Pada tahun 1620, golongan puritan
telah mendarat di New Plymounth dan telah mendapat bantuan orang Red Indian untuk menanam jagung. Pada tahun 1621, mereka telah menganjurkan ‟Kenduri Kesyukuran” kerana mendapat hasil jagung yang banyak sebagai tanda berterima kasih kepada tuhan. Kedatangan orang British semakin bertambah di Amerika dengan membentuk 13 koloni iaitu telah membuka penempatan koloni di Virginia (1607), Massachusetts dan New Hampshire (1630), Maryland (1634), Connecticut dan Rhode Island (1636), Delaware (1638), Carolina Utara (1653), Carolina selatan (1663), New Jersey (1664), New York (1664), Pennsylvania (1681) dan Georgia (1732). Pada abad ke-18, Britian dan Perancis mempunyai koloni di Amerika Utara. Pada tahun 1756, telah tercetus Perang Tujuh Tahun (1756-1763) antara Britian dengan Perancis di Eropah. Dalam perang ini Perancis telah kalah dan perang ini ditamatkan melalui Perjanjian Paris. Oleh kerana perang ini melibatkan belanja yang besar, Britian mendesak koloni di Amerika membiayai sebahagian perbelanjaan perang tetapi mendapat bantahan penduduk koloni. Raja George III tidak menghiraukan bantahan ini, sebaliknya memperkenalkan 4 akta bagi mengutip cukai di koloni seperti akta pelayaran, gula, setem dan teh. Penduduk tetap membantah dengan melaungkan slogan ‟tiada cukai tanpa perwakilan” dan ini telah membimbangkan Britian. Britian telah menarik balik kesemua akta kecuali akta teh. Melalui Akta Teh, hanya SHTI sahaja boleh menjual teh kepada penduduk di koloni-koloni tanpa membayar cukai dan penduduk koloni tidak boleh mengimport teh. Hal ini menimbulkan kemarahan penduduk di koloni. Pada tahun 1773, beberapa orang penduduk koloni menaiki kapal SHTI dan membuang kotak-kotak teh ke laut. Peristiwa ini dikenali sebagai Peristiwa Pembuangan Teh Boston dan ekoran daripada peristiwa ini pelabuhan Boston telah ditutup pada tahun 1774. Tindakan Britian ini telah menyebabkan penduduk di koloni bangkit memperjuangkan kemerdekaan mereka daripada Britian. Pada Sept. 1774, pemimpin 13 koloni telah bertemu di Philadelphia dan bersetuju menubuhkan sebuah Kongres (Parlimen Bersatu). George Washington telah dilantik sebagai pemimpin tentera koloni-koloni Amerika dan mengisytiharkan perang terhadap Britian pada tahun 1775. Pertempuran telah berlaku di Lexington pada April 1776. Pada Julai 1776, kongres yang bersidang di Philadelphia telah meluluskan Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika yang ditulis oleh Thomas Jefferson. Melalui pengisytiharan ini, 13 koloni telah digabungkan menjadi Amerika Syarikat yang merdeka. Kekalahan demi kekalahan yang dialami oleh tentera Britian seperti di Saratoge (1777) dan Yorktown (1781). Pada tahun 1783, perang telah ditamatkan melalui Perjanjian
Versailles iaitu Britian mengakui kemerdekaan Amerika Syarikat dan menyerahkan kesemua 13 tanah jajahannya. Pada tahun 1787, perwakilan daripada semua negeri telah bertemu di Philadelphia untuk merangka perlembagaan seperti Benjamin Franklin, George Washington, John Adams, Alexander Hamilton, James Madison dan George Mason. Pilihanraya pertama Amerika Syarikat telah diadakan pada 4 Nov. 1789 dan George Washington telah dilantik menjadi Presiden Amerika Syarikat yang pertama. George Washington bertindak untuk mewujudkan perpaduan antara negeri-negeri persekutuan dengan dibantu oleh Thomas Jefferson, Henry Knox, Alexander Hamilton dan John Kay. Antara yang dilakukan oleh Washington ialah memperkenalkan sistem cukai yang adil dan seragam antara negeri, menyeragamkan penggunaan mata wang, menubuhkan Bank Nasional pada tahun 1791, dan memindahkan pusat pentadbiran dari Philadelphia ke Washington. Bangunan Capitol dan White House telah dibina di Washington sebagai lambang perpaduan dan demokrasi rakyat Amerika Syarikat.
Kongres pertama telah diadakan di Capitol pada tahun 1800. Pada tahun 1812, Perang Inggeris-Amerika telah meletus disebabkan tindakan Britian memeriksa semua kapal Amerika yang menuju ke Eropah untuk menggelakkan bekalan sampai ke tangan musuh. Amerika mengumumkan dasar berkecuali dalam Perang Napoleon. Ini telah menyebabkan Britian menahan dan memeriksa kapal-kapal dagang Amerika dan ini telah menjejaskan kegiatan perdagangan Amerika. Selepas perang tamat muncul kebimbangan Amerika terhadap aktiviti peluasan kuasa Eropah dalam hal ehwal Amerika sehingga munculnya ‟doktrin Monroe” yang menekankan konsep ‟Amerika untuk orang Amerika” pada tahun 1823. Doktrin ini diwujudkan bertujuan untuk menjaga kepentingan negara daripada pencerobohan kuasa luar terutama Eropah. Amerika juga menegaskan bahawa peperangan akan dilancarkan terhadap mana-mana pihak yang melanggar doktrin ini. Pada abad ke-19, Amerika telah berkembang daripada 13 buah koloni kepada 50 buah negeri melalui 3 cara iaitu pembelian, perjanjian dan peperangan. Menjelang tahun 1850-an, Amerika telah mempunyai sempadan negeri seperti hari ini. Walau bagaimanapun, Amerika mula menampakkan pepecahan antara negeri-negeri utara dan selatan. Perpecahan ini semakin serius sehingga meletusnya Perang Saudara pada tahun 1861-
1865 antara Kesatuan Amerika Syarikat (Negeri-negeri Utara) dengan Gabungan NegeriNegeri Amerika (Negeri-Negeri Selatan). Perang ini meletus disebabkan oleh masalah hamba abdi, tindakan negeri-negeri selatan menarik diri dari kesatuan Amerika, perbezaan antara negeri-negeri Utara dengan Selatan dan wujudnya perasaan tidak puas hati terhadap undang-undang kerajaan pusat. Perang ini bermula apabila Fort Sumter telah diserang oleh tentera selatan pada 12 April 1861. Pada Sept. 1862 pula tentera selatan telah mengalami kekalahan di Maryland dan di Gettysburg pada Julai 1863. Selepas perang tamat, Abraham Lincoln telah memberi ucapan termasyhur yang dikenali ‟Ucapan Gettysburg” dan berakhir dengan kata-kata ‟...kerajaan daripada rakyat, oleh rakyat, bagi rakyat tidak akan lenyap dari muka bumi...”. Perang saudara ini telah banyak memberi kesan seperti lebih ½ juta orang Amerika terkorban, amalan perhambaan dihapuskan di Amerika dan negeri-negeri Utara dan Selatan bersatu semula. Selepas tamatnya perang, Amerika Syarikat telah membangun sebagai sebuah negara yang bersatu yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Amerika juga mengalami perubahan ekonomi yang pesat dalam bidang perindustrian, pertanian dan pengangkutan.
8.6 PENGASINGAN KUASA Sistem pemerintahan raja berkuasa mutlak telah digantikan dengan raja berperlembagaan selepas berakhirnya Revolusi Cemerlang yang berlaku secara aman dan memberi impak yang besar terhadap perubahan landskap politik England selepas 1688. Raja Charles II telah ditabal sebagai raja England selepas Richard Cromwell meletak jawatannya dan mesti mengamalkan sistem beraja berperlembagaan. Sistem pemerintahan raja berperlembagaan juga membawa kepada perkembangan politik kepartian apabila wujud dua buah parti iaitu Parti Whig dan Parti Torries yang sebahagian besarnya dikuasai oleh golongan aristokrat, gentry dan bourjuis. Golongan rakyat atau kelas bawahan masih tidak diberikan ruang untuk terlibat secara langsung dalam politik di England ketika itu. Selepas Raja Charles II meninggal dunia pada tahun 1685, diganti pula oleh Raja James II yang lebih cenderung untuk memulihkan kembali doktrin kuasa suci raja. Oleh itu, Raja James II telah disingkirkan dan kemudiannya Marry II dan Raja William of Orange telah ditabal sebagai raja England yang baharu selepas berlakunya Revolusi
Cemerlang (1698) tanpa berlaku pertumpahan darah. Parlimen meluluskan Toleration Act dan Bill of Right pada 1699. Raja berperlembagaan adalah sejenis kerajaan yang ditubuhkan di bawah sistem berperlembagaan yang mengiktiraf raja sebagai ketua negara. Toleration Act bertujuan mewujudkan kebebasan beragama bagi penganut Kristian yang bermazhab Protestan di England. Manakala Bill of Right pula mengemukakan beberapa peruntukan berhubung dengan bidang kuasa raja dalam soal undang-undang dan pencukaian serta keadilan dan hak untuk mengecapi kebebasan. Raja berperlembagaan di England memerintah berdasarkan peruntukan yang diluluskan oleh parlimen dan tidak lagi mempunyai kuasa autokratik. Raja tidak boleh memansuhkan undang-undang yang telah diluluskan oleh parlimen. Raja tidak dibenarkan untuk campur tangan dalam urusan mahkamah dalam aspek penguatkuasaan undang-undang. Kedudukan parlimen menjadi semakin kuat apabila Act of Settlement diluluskan pada 1701 yang menetapkan hanya raja yang bermazhab protestan sahaja yang layak menjadi raja. Raja juga bertanggungjawab kepada parlimen sebagai institusi yang mewakili rakyat dan mempunyai keutuhan dalam soal legislatif dan eksekutif. Sistem pemerintahan beraja mutlak di England juga telah menghapuskan pergeseran antara raja dengan parlimen dalam soal-soal dasar pemerintahan dan keadaan ini secara langsung telah memperkukuhkan perpaduan dalam politik negara tersebut. Raja boleh menghadapi Petition of Right yang dikemukakan oleh rakyat dan mempertahankan kedudukannya berdasarkan undang-undang. Oleh yang demikian pada 1689 bermula sistem pemerintahan raja berpelembagaan di England dan kekal sehingga hari. 8.7 REVOLUSI PERANCIS Kemunculan negara bangsa pada abad ke-15M, telah menjadi asas bagi kemunculan pemerintahan mutlak di Eropah pada abad ke-16M dan ke-17M seperti Perancis. Maksud raja mutlak ialah pemerintahan raja tidak dikawal oleh parlimen dan segala arahan raja merupakan undang-undang. Raja yang dilantik adalah atas kehendak Tuhan untuk menjadi ketua kepada rakyat. Oleh itu, menjadi tanggungjawab rakyat untuk membantu raja dalam menjalankan pentadbiran. Rakyat tidak boleh membantah perintah raja walaupun raja memerintah dengan zalim. Pemerintahan raja mutlak di Perancis muncul di dorong dengan lahirnya idea-idea oleh pemikir-pemikir politik seperti Jean Bodin, Hugo Crotius dan Cardinal Duc de Richelien. Jean Bodin mengesyorkan supaya Perancis diperintah oleh kerajaan pusat yang kuat supaya boleh mengawal wilayah dengan lebih baik dan berkesan. Hugo Crotius pula mengatakan sesebuah negara berhak mempertahankan negara dengan membela hukum antarabangsa dan sesiapa yang mencabuli hukum antarabangsa akan dianggap
penceroboh. Manakala Cardinal pula, berpendapat kerajaan pusat yang kuat perlu untuk menghadapi ancaman sekiranya pentadbiran dijalankan oleh ramai pihak. Untuk menggelakkan daripada berlakunya ancaman atau penentangan maka rakyat tidak perlu diberi pendidikan. Menjelang abad ke-17, Perancis muncul sebagai antara negara yang terkuat di Eropah menggantikan Sepanyol. Pemerintahan raja mutlak di Perancis dijalankan oleh Raja Louis XIV (1643-1715) yang dikenali sebagai ‘Grand Monarch’ yang memerintah selama 72 tahun. Semasa pemerintahannya berjaya mewujudkan keamanan dan kemakmuran di Perancis. Baginda mengukuhkan kedudukannya melalui pentadbiran pusat yang kukuh dan teratur. Bagi memastikan dasar pemerintahannya dapat dilaksanakan dengan baik, baginda terlibat dalam urusan pelantikan pegawai-pegawai kerajaan dan berjaya mengawal mereka dengan dibantu oleh menteri-menteri yang berwibawa. Raja Louis XIV mendapat sokongan padu daripada golongan bangsawan, Huguenot dan institusi-institusi kerajaan. Perkembangan ini mengukuhkan kedudukan Raja Louis XIV sebagai pemerintah monarki mutlak di Perancis.
Dasar Dalam Negara Louis XIV menyusun semula pentadbiran pusat negara kepada empat majlis utama dan juga telah melantik menteri-menteri yang berkebolehan untuk membantunya mentadbir seperti Colbert (Menteri Kewangan), Le Tellier (Menteri Hal Ehwal Luar), Louvois (Menteri Peperangan) dan Vauban (Menteri Ketenteraan). Louis juga menggunakan menteri yang bertanggungjawab bagi malaksanakan dasar-dasar diraja di pelbagai provinsi Perancis. Penyelia ditugaskan untuk menyelia pentadbiran, keadilan, pentadbiran dan pentadbiran ketenteraan di peringkat daerah. Louis XIV percaya sebagai pemerintah mutlak bagi seluruh Eropah, beliau harus hidup bergaya dengan itu beliau mendirikan istana besar di Versailles dan di beberapa buah tempat lain.
Arkitek-arkitek
terkemuka digaji untuk mereka bangunan dan pelukis-pelukis
terkemuka mengindahkannya. Raja menetap di Versailles yang dikelilingi oleh istana yang besar. Golongan bangsawan bergantung hidup kepada pencen daripada raja dan dikehendaki tinggal dalam tempoh yang lama untuk mendapatkan sokongan raja. Perkhidmatan awam terdiri daripada menteri-menteri yang berkebolehan antaranya Jeans Baptiste Colbert sebagai menteri kewangan. Zaman Louis XIV juga zaman keemasan bagi kesusasteraan Perancis. Antara tokoh seni yang terkenal ialah Racine dan Moliere. Dasar Ekonomi Baginda melaksanakan dasar ekonomi merkantilisme untuk memastikan negaranya muncul sebagai negara yang makmur . Melalui dasar Colbert, wujud perkembangan industri baru, memansuhkan tarif tempatan, mengurangkan kadar bunga ke atas hutang kerajaan, mengawal upah dan harga kebanyakan barangan. Dasar ekonomi Colbert telah meningkatkan pendapatan kerajaan namun perbelanjaan untuk peperangan tempatan semakin bertambah. Dasar Ketenteraan Melalui Louvis (Menteri Perang), Perancis telah mengadakan reformasi dalam ketenteraan apabila raja mempunyai kawalan penuh ke atas ketenteraan. Baginda juga menghapuskan dominasi golongan bangsawan ke atas bidang ketenteraan dan memulakan kawalan langsung ke atas ketenteraan. Kerajaan juga bertanggungjawab merekrut tentera, menyediakan perumahan dan bekalan makanan kepada golongan tersebut. Pelantikan pegawai-pegawai tentera dilakukan berasaskan merit. Kesannya tentera Perancis muncul sebagai tentera yang terkuat di Eropah ketika itu.
Dasar Agama Dalam aspek agama raja bertindak untuk memaksa golongan bukan Katolik iaitu Huguenot (Calvinis) untuk menerima agama Katolik. Edict of Nantes yang ditandatangani pada tahun 1598 yang memberi kebebasan kepada rakyat untuk menganut agama pilihan mereka telah dibatalkan oleh raja pada 1685. Tindakan Louis menyebabkan seramai 200 ribu penganut bukan Katolik meninggalkan Perancis dan berhijrah ke England dan Amerika. Dasar perluasan wilayah Semasa pemerintahan Raja Louis, wilayah kekuasaan Perancis merangkumi Sungai Rhine dengan Perancis menguasai wilayah-wilayah seperti Spanish Netherlands dan United
Province. Pada tahun 1787, Raja Louis XIV telah memutuskan untuk mengadakan Perhimpunan Orang-Orang Kenamaan untuk mengatasi masalah kewangan Perancis dengan mengenakan cukai ke atas golongan bangsawan, gereja dan hakim. Raja Louis XIV telah mengadakan persidangan parlimen buat kali pertama pada 5 Mei 1789 dengan mengikut cara lama yang memberi kelebihan kepada Estet (Parlimen) Pertama dan Kedua, manakala Estet Ketiga diminta tunggu diluar dewan. Segala usul yang dibincangkan akan diundi yang akan menyebelahi Estet Pertama dan Kedua. Estet Ketiga menuntut supaya ketiga-tiga Estet disatukan dan pengiraan undi berdasarkan undi individu, tetapi tidak mendapat persetujuan oleh Raja Louis XIV. Pada 12 Jun 1789, Perhimpunan Kebangsaan (Parlimen Negara) telah diisytiharkan oleh Estet Ketiga dan ini menandakan bermulanya Revolusi Perancis. Apabila pintu dewan ditutup untuk anggota Perhimpunan Kebangsaan, mereka telah berkumpul di gelanggang tenis dan mengangkat sumpah bahawa mereka tidak akan bersurai sehingga mereka mengubal perlembagaan Perancis. Peristiwa ini dikenali sebagai “Sumpah Padang Tenis”. Perhimpunan Kebangsaan (Estet Ketiga) menuntut konsep persamaan dan keadilan dilaksanakan dan bukannya keistimewaan diberikan kepada rakyat berdasarkan hak atau warisan turun temurun. Perjuangan mereka turut mendapat sokongan golongan miskin dan sebahagian tentera yang dipimpin oleh Marshall de Broglie yang dihantar oleh Raja Louis XIV. Pada 14 Julai 1789, bangunan Bastille telah jatuh ke tangan golongan Perhimpunan Kebangsaan (pemberontak) yang memberi semangat kepada golongan revolusi di kawasan bandar dan desa.
Peristiwa ini diperingati oleh rakyat Perancis sehingga kini dan tarikh ini disambut setiap tahun sebagai Hari Kebangsaan Perancis. Perhimpunan Kebangsaan juga telah berjaya menghapuskan sistem feudal, perhambaan, golongan istimewa, monopoli golongan bangsawan dihapuskan, cukai yang sama untuk semua, menghapuskan buruh paksa, menghapuskan cukai dan semua jenis hak istimewa gereja ditarik balik. Penghapusan masyarakat feudal dan sistem feudal di Perancis dikenali sebagai “Hari Ogos”. Pada 26 Ogos 1789, parlimen telah meluluskan Perisytiharan Hak-Hak Manusia dan Warganegara. Pengisytiharan ini telah mengiktiraf semua manusia dilahirkan dan kekal bebas serta mempunyai hak yang sama. Ini rakyat bebas untuk bertukar-tukar fikiran selagi tidak melanggar batas undang-undang. Menjelang tahun 1791, Majlis Perhimpunan Kebangsaan
telah menyiapkan satu perlembagaan ini kerajaan dibahagikan kepada 3 iaitu badan legislatif, badan eksekutif dan badan judisiari. Wujudnya perlembagaan ini maka bermulanya pemerintahan raja berperlembagaan selama setahun kemudian sistem pemerintahan Perancis bertukar menjadi republik. Selepas itu, negara Perancis mengalami huru hara dan berlaku perpecahan dalam kalangan pendukung revolusi iaitu golongan jacobin dan girondin. Akhirnya Perancis telah diperintah oleh diktator Maximilien Robespierre dari golongan jacobin dan zaman ini dikenali sebagai Zaman Pemerintahan Ganas. Mereka telah mewujudkan Mahkamah Revolusi dan UndangUndang Syak. Sesiapa disyaki musuh mereka dan menyokong raja akan dihukum tembak atau pancung. Raja Louis XIV dan isterinya Marie Antoinnette telah dihukum pancung dengan alat gilotin. Robespierre sendiri dihukum pancung dengan menggunakan gilotin oleh penyokong parlimen. Dengan ini berakhirlah zaman pemerintahan ganas di Perancis pada tahun 1794. Perancis menjadi aman selepas pemerintahannya diambil alih oleh Napoleon Bonaparte pada penghujung tahun 1799.
RUJUKAN Mohamad Kamal bin Kamaruddin. (2012). Selatan Sepanyol Abad ke 8 sehingga 11 M: Sumbangannya Terhadap Kebangkitan Reinaissance di Eropah. Jurnal Sejarah Kaji Selidik. 100(1). Qasim Ahmad. (2008). Sejarah Eropah Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. R. Suntharalingam. (2012). Pensejarahan Barat. Selangor: Penerbit Fajar Bakti. Sachandralingam Sundra Raja. (2015). Sejarah Eropah. Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distributors.
Weech, W.N. (2010) Sejarah Dunia Jilid 6. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
9.0 IDEOLOGI POLITIK Belinda Muneh
Secara asasnya, ideologi boleh disimpulkan sebagai suatu himpunan idea dan pendapat yang menjadi pegangan kepada manusia. Terry Eagleton (1991) mendefinisikan ideologi sebagai bentuk pemikiran yang muncul akibat kepentingan sosial. Ideologi Politik merupakan suatu set pegangan atau idea politik yang dipegang oleh individu atau sekumpulan manusia, sesuatu kumpulan parti politik mahupun sesebuah kerajaan yang menjadi pemerintah negara. Ia juga adalah konsep asas dalam kajian Sains Sosial, termasuklah etika, prinisip, simbol, doktrin, dogma, dan gerakan sosial.
9.1 Liberalisme 9.1.1 Konsep Ideologi ini wujud pada akhir abad ke-18 iaitu pada era Revolusi Perancis 1789. Amerika Syarikat merupakan negara pertama yang merangka perlembagaan berdasarkan konsep Liberalisme. Ahli ekonomi seperti Adam Smith dalam The Wealth Of Nation (1776) menggambarkan prinsip liberal dalam perdagangan bebas. Keyakinan akan pentingnya kemerdekaan untuk mencapai setiap tujuan yang diharapkan. Secara umumnya, liberalisme menghasratkan sesebuah kumpulan masyarakat yang bebas khususnya kebebasan berfikir bagi setiap individu.
9.1.2 Pemikiran Ideologi ini meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik tertinggi. Seseorang penerima fahaman ini digelar sebagai Liberal yang berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud bebas dan bukan hamba. Aliran ini juga menekankan hak-hak peribadi serta kesamarataan peluang.
9.1.3 Amalan Antara prinsip yang digariskan dalam fahaman ini adalah :
Kebebasan berfikir
Kebebasan bersuara
Batasan kepada hak kerajaan
Kedaulatan undang-undang
Hak individu ke atas harta persendirian
Ketelusan pemerintahan
9.2 Sosialisme 9.2.1 Konsep Secara epistemologinya, Sosialisme (Sosialism) berasal daripada perkataan Perancis yang bermaksud kemasyarakatan. Istilah ini pertama kali muncul dan digunakan pada sekitar tahun 1830. Ideologi ini lebih mengutamakan golongan masyarakat disusun secara kolektif untuk mencapai kebahagiaan. Maka, dapat disimpulkan bahawa konsep ideologi ini lebih kepada masyarakat, bukannya golongan individu. Sosialisme merupakan teori atau sistem organisasi sosial dan ekonomi di mana salah satu ciri utamanya adalah sumber kekayaan negara dinikmati bersama oleh seluruh rakyat secara sama rata.
9.2.2 Pemikiran Sosialisme merupakan suatu fahaman politik yang muncul akibat daripada usaha-usaha untuk menghalang ketidakadilan dalam sistem kapitalis. Pengguna fahaman ini memperjuangkan hak milik bersama terhadap hak-hak pengeluaran agar tidak lagi dikuasai oleh pihak perseorangan atau swasta yang hanya memperoleh keuntungan sendiri tanpa mengutamakan kebajikan masyarakat. Terdapat empat aliran sosialisme yang menjadi amalan semasa Zaman
Eropah
sehingga
awal
abad
ke-20,
iaitu
Sosial Demokrat,
Komunisme, Sinkalisme dan Anakrisme. Pada tahun 1848, muncul seorang tokoh pemikir sosialisme iaitu Karl Marx (1818-1883) sebagai Robin Hood. Aliran pemikiran ini muncul setelah beliau mengkaji dan mengkritik sistem kapitallis. Antaranya, beliau tidak setuju dengan usaha kaum buruh yang hanya dimanfaatkan untuk kepentingan diri mereka sendiri. Walaupun demikian, setiap idea yang
diketengahkan oleh beliau belum lagi dianggap sebagai sosialisme. Namun, golongan yang menerima idea beliau telah menganggapnya sebagai ideologi sosialisme.
9.2.3 Amalan
Antara ideologi yang dipelopori oleh Karl Marx adalah : Ajaran berasaskan 'Historis Materialisme' iaitu sejarah ditentukan oleh material. Pembahagian konsep ekonomi sama rata kepada rakyat (tiada jurang antara golongan elit dan bawahan). Kemunculan ideologi Komunisme.
Manakala, antara ciri pengamalan ideologi ini adalah pengurusan pentadbiran yang mengutamakan aspek ekonomi. Hal demikian termasuklah aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembahagian barang-barang dan perkhidmatan dalam masyarakat. Selain itu, pengapusan sistem ekonomi yang menindas golongan bawahan dan mengutamakan golongan atasan. Tambahan alagi, penghapusan sebahagian besar hak-hak milik peribadi dan negara. Antara negara yang mengamalkan ideologi ini ialah Kuba, Venezuela dan Korea Utara.
Ideologi ini juga membawa kepada beberapa masalah yang akan dialami
oleh
negara
yang
mengamalkannya.
Antaranya,
hak
milik
perseorangan yang tidak diakui disebabkan konsep pemikiran politik yang memperjuangkan hak milik bersama semata-mata. Selain itu, potensi, inisiatif dan daya kreativiti yang sukar berkembang. Kegiatan ekonomi juga didominasi oleh negara. Pengawalan dan pengawasan ekonomi juga dilakukan sepenuhnya oleh negara dan seterusnya menyebabkan bebanan kerja kepada pihak pemerintah. Akhir sekali, ketidakseimbangan ekonomi akan menyebabkan kemiskinan, kepincangan sosial dan pentadbiran kerajaan yang rapuh.
9.3 Nasionalisme 9.3.1 Konsep Perkataan nasionalisme berasal daripada bahasa Latin iaitu 'Natio' yang bermaksud kelahiran bangsa dan 'Isme' iaitu fahaman. Ideologi ini merupakan suatu fahaman yang mencipta dan mempertahankan kedaulatan sesuatu bangsa atau negara dengan mewujudkan satu konsep identiti bersama untuk sekumpulan manusia. Para nasionalis menganggap negara berdasarkan beberapa kesasihan politik (Political Legitemacy). Hal ini demikian adalah disebabkan kemunculan teori romantisme iaitu identiti budaya. Pada zaman moden ini, nasionalisme merujuk kepada amalan politik dan ketenteraan yang berlandaskan nasionalisme secara etnik serta keagamaan. Para saintis politik biasanya menumpukan penyelidikan mereka kepada nasionalisme yang ekstrim seperti nasional sosialisme, pengasingan
dan
sebagainya.
Antara
faktor
yang
menyebabkan
kewujudan pemikiran ini adalah disebabkan penindasan, penjajahan dan usaha rakyat untuk membentuk negara.
9.3.2 Pemikiran Menurut R.S Chavan nasionalisme adalah suatu sentimen atau perasaan. Ia merupakan pemikiran dan tindakan yang menunjukkan
perasaan cinta dan bangga terhadap negara. Nasionalisme adalah kesedaran manifestasi nasional yang mempunyai beberapa kepentingan : Perjuangan
untuk
mewujudkan
persatuan
nasional
yang
merangkumi politik, ekonomi, sosial, keagamaan dan kebudayaan. Kebebasan daripada campur tangan kuasa asing. Mewujudkan perbezaan antara bangsa-bangsa yang meliputi kehormatan, kewibawaan, dan pengaruh antara mereka. Menyatukan rakyat disebabkan wujudnya keinginan yang kuat dalam kebebasan berpolitik dan mengekalkan identiti serta nilainilai negara.
9.3.3 Amalan Terdapat beberapa ciri nasionalisme negara barat. Antaranya : Imperalisme : Berasal daripada perkataan Latin iaitu 'Impere' yang
bermaksud
memerintah
dan
menjajah.
Antara
tujuan
Imperialisme adalah sebagai :
Missionary : Meluaskan hasil kebudayaan sama ada daripada segi agama, politik dan sosial (tidak sama dengan missionary Kristian).
Ekonomi : Mengeksploitasi ekonomi negara-negara lemah.
9.4 Marxisme 9.4.1 Konsep Fahaman politik yang diwariskan oleh Karl Marx ini berkait rapat dengan manifestasinya iaitu Komunisme. Marxisme boleh disimpukan sebagai suatu bentuk protes terhadap fahaman kapitalisme. Marx menganggap kaum kapitalis mengumpulkan wang dengan mengorbankan kaum Proletereat (golongan bawahan). Keadaan golongan tersebut dianggap amat menyedihkan kerana dipaksa bekerja berjam-jam sementara hasil keringat mereka dinikmati oleh golongan kapitalis. Marx berpendapat bahawa situasi sedemikian timbul disebabkan adanya 'pemilikan peribadi' dan penguasaan kekayaan oleh golongan kaya.
9.4.2 Pemikiran Fahaman Marxisme membahagikan kelompok manusia kepada dua kelas sosial : 1. Proletereat - Golongan rakyat bawahan yang sering ditindas 2. Borjuasi - Golongan atasan, tuan tanah yang menindas golongan bawahan Atas diskriminasi dan ketidakadilah yang berlaku, Marx menegaskan bahawa perlunya wujud perjuangan kelas (class struggle). Bagi mewujudkan kesejahteraan kaum Proletereat, Marx berpendapat bahawa fahaman Kapitalis harus digantikan dengan fahaman Komunisme. Maka, dapat disimpulkan bahawa dasar aliran pemikiran Marxisme adalah apabila kaum Proletereat memberontak bagi menuntut keadilan.
9.4.3 Amalan Amalan ideologi Marxisme berteraskan kepada beberapa perkara utama iaitu : Teori
Dialektika-Materialisme
yang
menekankan
kewujudan
pertentangan antara kelas tertindas dengan kelas penindas (terutama masyarakat kelas feudal dan kapitalis). Kapitalis
yang
dibangunkan
oleh
golongan
pemodal
yang
menambahkan kekayaan dengan memeras kelas pekerja akan runtuh disebabkan pertentangan kelas yang dilancarkan oleh pekerja dengan sokongan kesatuan buruh. Kelas pekerja berjaya melancarkan Revolusi Sosial dan meruntuhkan Rejim Kapitalis jika dipimpin oleh Parti Komunis. Parti Komunis berupaya memimpin kelas pekerja dan para petani untuk melahirkan masyarakat sosialis yang wujud di atas landasan falsafah kesamartaan ekonomi dan sosial.
Kesimpulannya, kemunculan teori Marxisme merupakan suatu bentuk protes
terhadap
kelemahan
ideologi
Kapitalisme
yang
jelas
mengeksploitasi golongan rakyat bawahan. Dengan kewujudan gagasan Marxisme, secara amnya telah berjaya mengimbangi kelemahan dalam
teori sistem dunia. Jika dibuat perbandingan antara Kapitalisme dengan Marxisme, iaitu dua teori besar yang digunakan dalam pemerintahan negara-negara di dunia, ideologi Marxisme sebenarnya lebih dekat kepada rakyat dan jelas memperjuangkan hak rakyat. Hal ini demikian adalah kerana tidak berlaku monopoli disebabkan agihan sama rata serta dimiliki oleh negara.
9.5 Komunisme 9.5.1 Konsep Komunisme merupakan suatu ideologi politik dan struktur sosio ekonomi yang menggalakkan penubuhan masyarakat Egalitarian (memegang prinsip hak sama bagi semua), tanpa kelas dan tanpa negara berdasarkan pemilikan dan kawalan sama ke atas faktor pengeluaran dan harta secara umumnya. 'Komunisme tulen' menurut Karl Marx merujuk kepada masyarakat tanpa kelas, tanpa negara dan bebas penindasan di mana keputusan tentang pengeluaran dan dasar yang dibuat secara demokratik bermakna membenarkan setiap ahli masyarakat mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan daripada aspek politik, ekonomi dan sosial.
9.5.2 Pemikiran Menurut manifesto Komunisme, terdapat sepuluh tunjang utama : Penghapusan hak milik persendirian. Cukai pendapatan progresif yang berat. Penghapusan hak harta pusaka. Perampasan hak pemilikan tanah. Kewujudan bank pusat. Sistem komunikasi dan pengangkutan milik penuh. Kilang dan kawasan pertanian milik kerajaan. Golongan pekerja dikawal kerajaan. Perancangan serantau dan perladangan yang dikorbankan. Pendidikan di bawah kawalan kerajaan.
9.5.3 Amalan Ideologi komunisme mula diterapkan ketika meletusnya Revolusi Bolshevik di Rusia pada 7 November 1917.
Sejak itu, komunisme
disebarkan sebagai sebuah fahaman politik ke negara-negara lain. Golongan Komunisme tidak percaya kepada kewujudan Tuhan. Hal demikian menyebabkan ramai penduduk beragama tidak menyokong kepada fahaman ini. Tambahan lagi, kerajaan komunis sering melakukan penindasan terhadap mereka yang berpegang pada agama. Secara rasminya, terdapat sembilan buah negara yang pernah ditubuhkan berpegang dengan fahaman komunis : 1. Kesatuan Soviet (Kesatuan Republik Sosialis Soviet) 2. China (Republik Rakyat China) 3. Cuba (Republik Cuba) 4. Laos (Republik Demokratik Rakyat Laos) 5. Vietnam (Republik Sosialis Vietnam) 6. Korea Utara (Republik Demokratik Rakyat Korea) 7. Yaman Selatan (Republik Demokratik Yaman Selatan) 8. Myanmar / Burma (Republik Sosialis Kesatuan Burma) 9. Kemboja / Kampuchea (Demokratik Kampuchea) Namun demikian, hanya lima buah negara yang masih kekal sebagai negara beraliran Komunisme, iaitu China, Laos, Vietnam, Cuba dan Korea Utara. Walaupun demikian, fahaman komunis yang diperjuangkan dahulu sudah mula luntur dimamah usia. Hal ini demikian dapat dilihat di negara China sendiri, polisi pemerintah China terhadap pelabur (kapitalis) yang dianggap musuh rakyat telah berubah semenjak 90-an lagi. Buktinya, kebanjiran kilangkilang di dalam negara China sendiri. Walaupun ramai yang menganggap ideologi Komunisme sudah lemah berikutan jatuhnya kesatuan Republik Soviet pada tahun 1991, namun ideologi itu tetap wujud dalam bentuk
sosialisme. Masih terdapat parti-parti komunis di negara lain seperti di Barat yang memperjuangkan hak pekerja, pelajar dan bersikap anti penjajah.
9.6 Demokrasi 9.6.1 Konsep Perkataan Demokrasi berasal daripada bahasa Yunani iaitu demos (rakyat) dan kratos (kekuasaan). Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan dengan kuasa rakyat dalam menggubal undang-undang dan struktur kerajaan. Sesebuah kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi akan digelar negara atau kerajaan demokratik.
9.6.2 Pemikiran Perlembagaan merupakan undang-undang bertulis yang menghadkan kuasa dan perjalanan rasmi kerajaan. Lazimnya, perlembagaan akan digubal agar mengandungi doktrin pembahagian kuasa untuk seseorang individu tidak memiliki kuasa yang lebih. Selain itu, pilihan raya akan diadakan untuk memilih pegawaipegawai kerajaan akan dikelolakan secara bebas dan adil. Dalam pemilihan ini, rakyat diberi hak untuk mengundi. Setiap calon pula diberi kebebasan dalam memberi ucapan, berhimpun dan sebagainya. Semua lapisan masyarakat menikmati hak yang sama daripada aspek undang-undang. Salah satu syarat demokrasi adalah wujudnya Aturan
Undang-Undang.
Rakyat
negara
ini
perlu
berpendidikan,
berpengetahuan tentang hak asasi manusia dan bertanggungjawab sivik.
RUJUKAN
Terry Eagleton. (1991).Ideology: An Introduction. United Kingdom : Lancaster University. Hans Kohn. (1968). International encylopedia of social science. London : Mcmillan Company & Free Press, hal 64.
Hans Kohn. (1955). Nationalism : Its meaning and history. Van Nostrand & Princeton, hal 25.
10.0 IMPLIKASI IMPERIALISME KE ATAS TANAH MELAYU Nurul Shirah Sahirah bt Kassim KONSEP IMPERIALISME Pada tahun 1830, istilah imperialisme telah diperkenalkan di imperium Napoleon Bonaparte, Perancis. Istilah tersebut telah diperkenalkan oleh penulis inggeris untuk menerangkan dasar-dasar perluasan kekuasaan yang dilakukan oleh kerajaan Inggeris. Orang Inggeris menganggap merekalah Greater Britain kerana mereka telah banyak menguasai dan menjajah di wilayah Asia dan Afrika. Menurut Kamus Dewan(2005), imperialisma adalah dasar atau tindakan sesebuah negara menjajah atau mengenakan kuasa pemerintahannya ke atas negara-negara lain. Imperialisme menonjolkan sifat-sifat hegemony (keunggulan) oleh satu bangsa atas bangsa lain. (Sivachandralingam Sundra Raja, 2002) Tujuan utamanya adalah untuk menambah hasil ekonomi.Imperialisme merupakan dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu. Imperialisme membawa maksud penguasaan sesebuah negara yang lebih kuat terhadap negara lain yang lemah. Penguasaan ini bertujuan untuk mengaut keuntungan dari segi politik dan ekonomi. Imperialisme barat telah mengubah system politik tanah jajahannya di Asia Tenggara untuk memudahkan pengeksploitasian ekonomi dilakukan. Selain faktor ekonomi, terdapat satu kepercayaan bahawa sebuah bangsa yang mulia atau lebih baik dari bangsa lain yang dikenal sebagai ethnosentrim seperti bangsa Jerman dan Italia. Dasar imperialism pada awalnya adalah bertujuan untuk menyebarkan ideaidea dan kebudayaan Barat ke seluruh dunia. Oleh kerana itu, imperialism bukan saja dilihat sebagai penindasan terhadap tanah jajahan tetapi sebaliknya dapat menjadi faktor pendorong pembaharuan-pembaharuan yang dapat menyumbang kearah pembinaan sebuah bangsa seperti pendidikan, kesihatan, perundangan dan sistem pemerintahan. Peringkat awal imperialisme barat adalah secara tidak langsung bertujuan untuk
menguasai
Perindustrian
perdagangan
rempah
namun
di Eropah menjadikan persaingan
perkembangan
Revolusi
kuasa Eropah bertambah
sengit.(Qasim Ahmad,2004). Portugal mendahului kuasa besar yang lain apabila berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. Imperialisne barat di Asia Tenggara bermula sejak abad ke-16 kerana didorong oleh hasrat penjajah untuk menguasai ekonomi sehingga mengubah system politik tanah jajahannya. Menjelang tahun 1914, seluruh Asia Tenggara kecuali Thailand telah dikuasai sepenuhnya oleh imperialis Barat. SEJARAH RINGKAS IMPERIALISME BARAT DI TANAH MELAYU IMPERIALISME PORTUGIS DI TANAH MELAYU Penjajah pertama ialah Portugis yang menduduki Melaka selama 130 tahun, iaitu daripada tahun 1511 hingga tahun 1641. Walaupun begitu lama menjajah Melaka, namun Portugis tidak berjaya meluaskan pengaruhnya. Usaha-usaha untuk menawan Naning dan Rembau telah mengalami kegagalan. Pengaruh Portugis pada ketika itu hanyalah di sekitar bandar Melaka dan matlamat asal kuasa ini untuk mengembangkan agama Kristian juga tidak berkesan. Kejatuhan Melaka ke tangan orang Portugis berlaku pada 1511. Portugis berhasrat menggunakan pelabuhan Melaka sebagai pengkalan untuk mengawal kuasa perdagangan mereka di Pulau Hindia Timur. Di samping itu, tujuannya adalah untuk menghancurkan agama Islam dan mengembangkan agama Kristian serta memecahkan monopoli perdagangan yang selama ini dikuasai oleh orang Islam. Orang yang bertanggungjawab merencanakan strategi menawan Melaka ialah Alfonso d’ Albuquerque. Bagi mencapai matlamatnya, Albuquerque telah menawan Goa di India pada 1510 untuk dijadikan markas kekuasaan dan gerakan Portugis di Timur. Pada 1509, Lopez de Sequeira telah dihantar untuk memulakan hubungan dagang dengan Melaka. Setibanya mereka di Melaka, rombongan de Sequiera telah ditahan.Walau bagaimanapun, de Sequiera berjaya melarikan diri dan melaporkan peristiwa tersebut kepada Alfonso.Dengan alasan penahanan rombongan tersebut, Alfonso telah menghantar angkatan tenteranya untuk menyerang Melaka. Serangan ke atas Melaka telah dimulakan pada 1 Julai 1511 dan akhirnya Melaka telah berjaya ditakluki oleh Portugis pada bulan Ogos 1511. IMPERIALISME BELANDA DI TANAH MELAYU
Era penjajahan Portugis berakhir setelah 130 tahun menjajah Melaka dan bermula pula era penjajahan Belanda. Ekspedisi yang terawal tiba di Kepulauan Melayu pada tahun 1559. Pedagang Belanda amat berminat untuk berdagang di Kepulauan Melayu ini kerana hendak mendapatkan bahan-bahan rempah, buah pala dan cengkih. Ini telah mendorong pedagang-pedagang Belanda ini bergabung membentuk “Syarikat Bersatu Hindia Timur” pada 20 Mac 1602 yang digelar V.O.C.Tujuan utama penubuhan VOC adalah menguasai perdagangan rempah dan memonopoli perdagangan bijih timah.Mereka juga ingin menyingkir Portugis yang sedang bergiat dalam perdagangan di rantau Melayu. Pada tahun 1619, Belanda telah berjaya menguasai Betawi di Pulau Jawa. Betawi telah dijadikan pelabuhan perdagangan alternatif kepada pedagang-pedagang dunia selain Melaka.Untuk memastikan penguasaan Portugis di Asia Tenggara lenyap sama sekali, Belanda telah beberapa kali melancarkan serangan ke atas Melaka. Akhirnya mereka berjaya menewaskan Portugis dengan bantuan Kerajaan Johor iaitu kerajaan warisan dari Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1641. Kerajaan Johor pada ketika tu di bawah pemerintahan Sultan Abdul Jalil, pengganti Sultan Hammat Shah. Belanda cuba meluaskan pengaruhnya dalam perdagangan di negara ini dengan melampaui sempadan Melaka. Pada tahun 1650, Belanda cuba memonopoli perdagangan timah dengan Perak dengan mengadakan satu perjanjian. Walaubagaimanapun, penduduk tempatan mula menyedari sikap mereka itu.Persaingan perdagangan antara Johor dan Belanda sejak persahabatan mereka terjalin selepas kejatuhan Portugis di Melaka nampaknya menjadi seolaholah “retak menanti belah”. .Keadaan ini akhirnya mencetuskan pertikaian yang melibatkan tindakan ketenteraan oleh pihak Belanda ke atas Johor pada akhir abad ke 18. Belanda di Melaka berusaha menguasai perdagangan di selat Melaka khususnya bijih timah. Oleh itu Belanda cuba mendapatkan kuasa memonopoli membeli dan menjual bijih timah di Perak. Belanda cuba mempengaruhi Sultan Perak (Sultan Muzaffar Syah) membenarkan Belanda memonopoli bijih timah di Perak tetapi hasratnya ditolak. Dengan ini Belanda menemui Sultan Acheh iaitu Sultanah Tajul Alam Safiatuddin bagi membenarkan Belanda berdagang di Perak. Keadaan ini menyebabkan Sultan Perak terpaksa menandatangani perjanjian dengan membenarkan Belanda mendirikan lojinya di Kuala Perak pada 15 Ogos
1650. Perhubungan ini tidak disenangi oleh segolongan bangsawan Perak terutama Syahbandar
dan
Temenggung.
Mereka
menganggap
perjanjian
tersebut
menghalang kebebasan mereka kerana sebelum ini mereka menjual bijih timah kepada saudagar Cina dan India denga harga yang tinggi berbanding Belanda yang menawarkan tawaran yang rendah dan tidak menarik Belanda mula memberi perhatian kepada Kepulauan Melayu pada hujung kurun ke 17 bagi memperolehi rempah secara langsung dari timur dan bukan melalui orang Portugis. Oleh itu, untuk menguasai gugusan ini mereka perlu menguasai Melaka yang merupakan tempat strategik. Beberapa percubaan Belanda untuk mendapatkan Melaka daripada penguasan Portugis pada tahun 1606, 1608, 1623 hingga 1627 telah gagal.
Namun orang Belanda dapat menewaskan Portugis
selepas enam bulan dikepung dan diserang oleh askar Belanda yang dibantu askar Johor terdiri daripada 40 buah perahu perang membawa 1500 orang askar Melayu pimpinan Laksaman Tun Abdul Jamil. Pada 14 Januari 1641 Belanda berkuasa di Melaka setelah 130 tahun Portugis menduduki Melaka(1511-1641). Belanda meluaskan perdagangan di Tanah Melayu dengan membuat perjanjian perdagangan yang biasanya menguntungkan Belanda sahaja . Ini menimbulkan penentangan orang Melayu khususnya pembesar-pembesar terutama di Naning, Perak, Johor, dan Selangor. IMPERIALISME BRITISH DI TANAH MELAYU Imperialisme British bermula apabila British berjaya menduduki Pulau Pinang pada tahun 1786 setelah berjanji dengan Sultan Muhammad Jiwa, Sultan Kedah ketika itu untuk memberikan bantuan ketenteraan sekiranya negeri itu diserang. Namun janjinya tidak ditepati lalu peperangan antara Sultan Kedah dengan pihak British telah berlaku dan akhirnya kemenangan berpihak kepada British. Mereka telah menandatangi perjanjian untuk mengesahkan penempatan British di Pulau Pinang dengan janji pihak British akan membayar $600 setahun kepada Pulau Pinang; (Zainal Abidin Abdul Wahid,2000). Seterusnya, Inggeris telah dapat menduduki Singapura setelah mencampuri urusan perebutan takhta dikalangan Raja Johor. British sememangnya ingin menguasai Singapura kerana mempunyai kepentingan, iaitu sebagai pelabuhan singgahan utama bagi pedagang ke China dan sebagai pengkalan British untuk
menguasai kawasan perdagangan di Kepulauan Indonesia. Pada tahun 1824 pula, Melaka
telah
diambil
alih
oleh
Bitish
daripada
pihak
Belanda
setelah
menandatangani Perjanjian Inggeris-Belanda. Perjanjian Inggeris-Belanda ini telah menukarkan Melaka kepada pemerintahan British manakala kepentingan British di Indonesia telah dipindah milikkan kepada Belanda. Ketiga-tiga negara ini telah bergabung dan dikenali sebagai Negeri-negeri Selat. Kuasa British telah berkembang ke seluruh Tanah Melayu dengan pelbagai tipu muslihat. Maka pada akhir abad ke-18 dengan awal abad ke-19, British mempunyai tiga buah jajahan dan pelabuhan di sepanjang Selat Melaka, iaitu Pulau Pinang dan Seberang perai di utara, Melaka di tengah, dan Singapura di selatan. Pulau Pinang dan Seberang perai pada mulanya telah ditadbir oleh Francis Light sebagai Penguasa dan diletakkan di bawah pemerintahan Gabenor British di Culcutta. Pada tahun 1800, pentadbir Pulau Pinang bergelar Leftenan Gabenor Jeneral dan pentadbirannya disama tarafkan dengan pentadbiran di Benggala, Madras, dan Bombay di India. Pentadbiran di Singapura pula pada mulanya diketuai oleh Residen yang bertanggungjawab kepada Leftenan Gabenor di Bangkahulu. Dua tahun selepas Perjanjian London, Singapura telah diletakkan di bawah pemerintahan Gabenor Jeneral, sama seperti di Pulau Pinang (Fuziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin,2000).
KESAN IMPERIALISME KE ATAS TANAH MELAYU POLITIK Aspek pemerintahan dan pentadbiran yang dahulunya diterajui oleh orang tempatan telah diambil oleh penasihat dan pentadbir British. Perubahan dalam
bidang pemerintahan oleh pentadbir Barat selari dengan pengenalan sistem perundangan Barat sesuai dengan anggapan mereka bahawa sistem pentadbiran masyarakat peribumi adalah ketinggalan zaman dan tidak sesuai dipraktikkan lagi. Ini dapat dilihat apabila banyak negara Asia Tenggara diperintah melalui secara lansung oleh pihak penjajah melalui sistem birokrasi yang dimonopoli oleh orang Barat. Bagi meningkatkan soal-soal agama dan adat istiadat, pemimpin tempatan dilantik semata-mata bertujuan bahawa, penjajah Barat masih lagi memerlukan dan menghargai kepimpinan mereka. Wujud persaingan antara kuasa-kuasa Barat dalam usaha mereka mendapatkan kawasan tanah jajahan baru lantas persaingan ini dapat diselesaikan dengan menetapkan kawasan pengaruh masing-masing supaya tidak tercetus peperangan di Asia Tenggara. Demokrasi telah dibawa oleh barat suatu ketika dahulu dan sekaligus telah membawa kesan yang besar dalam sistem pentadbiran di Tanah Melayu yang sebelum ini mengamalkan sistem feudal iaitu Pemerintahan Beraja yang menganggap raja sebagai
pemimpin yang mutlak. Sistem demokrasi ini sangat
berbezaa dengan sistem pemerintahan Beraja yang diamalkan oleh masyarakat Melayu masa dahulu. Dalam sistem demokrasi ini, kedaulatan dan keputusan negara mesti dibuat oleh rakyat dengan menggunakan suara majoriti yang memilih untuk melakukan sesuatu keputusan. Pemilihan pemimpin para demokrasi juga dilakukan berdasarkan pandangan-pandangan, sokongan dan aspirasi rakyat terhadap calon yang difikirkan layak. Pemilihan pemimpin dilakukan dalam pilihan raya yang diadakan. Demokrasi ini sebenarnya telah mengehadkan kuasa sultan atau raja yang mana sebelum ini. Mereka adalah pemerintah mutlak dalam pentadbiran negeri masing-masing.
EKONOMI Kedatangan kuasa Barat di Tanah Melayu telah merubah keadaan ekonomi negara yang dijajah. Kesan imperialism Portugis, pembinaan Kota A Famosa atau Porta de Santiago bermaksud "Yang Termashur" sebaik sahaja berjaya menawan
Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih ada di Asia. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih ada di Asia. (Mohamad Kamal bin Kamaruddin, 2009) Selain itu, British telah memperkenalkan ekonomi dagangan seperti pertanian dan perlombongan yang melibatkan lebihan pengeluaran untuk pemasaran. Pengeluaran dalam skala yang besar, buruh yang ramai, modal besar dan pemasaran lebih luas.Bijih timah dipasarkan ke China, Jepun dan India Kawasan lombong di sungai dan diusahakan oleh buruh tempatan Kedatangan British meminggirkan ekonomi orang Melayu. Seterusnya, wujud ekonomi tradisional dan ekonomi dagangan. Selain itu Pantai barat dan timur juga tidak seimbang ekonominya. Akhirnya British mengambil alih ekonomi dagangan dan membawa masuk buruh China. Kegiatan perlombongan dan perladangan getah telah dijalankan secara besar-besaran bagi memenuhi keperluan perkilangan di Britain. Bentuk ekonomi masyarakat Asia Tenggara bersifat sara diri telah berubah kepada sektor berorientasikan perdagangan dan eksport dengan pengenalan tanaman baru seperti teh, tebu, kopi, getah dan nenas. Sektor perladangan, perlombongan dan perindustrian juga telah diperkenalkan oleh pemodal Eropah yang mempunyai modal yang banyak. Banyak kawasan perladangan yang besar telah diterokai. Tenaga buruh telah dibawa dari China dan India bagi memenuhi permintaan tenaga buruh yang tidak mencukupi. Masyarakat tempatan tinggal hanya di luar kota. British pula menumpukan pembangunan tanah jajahan mereka hanya di Melaka, Pulau Pinang dan Singapura. Manakala Sabah dan Sarawak, British hanya menumpukan perhatian di Bandarbandar
seperti
Jesselton,
Sandakan,
Miri,
Sibu
dan
Kuching.
Selain
memperkenalkan sistem ekonomi bebas, mereka juga menggalakkan kemasukan orang Cina dan India untuk memajukan negeri-negeri tersebut. Orang-orang Cina umpamanya menggunakan kemahiran teknologi yang diwarisi daripada negeri asalnya seperti pembangunan bangunan (Bandar), melombong dan pertanian.
Kemahiran dalam bidang perdagangan memberi sumbangan yang besar kepada pembangunan ekonomi di Bandar-bandar dan kawasan-kawasan sekitar. (Samri Sainuddin,2003) Sektor perlombongan bijih timah semakin berkembang pesat dengan pengenalan kaedah baru dalam perlombongan iaitu kapal korek yang mengeluarkan bijih timah dalam kuantiti yang banyak. Ekonomi tradisional penduduk peribumi yang bergantung kepada kawasan sungai sebagai alat pengangkutan telah terpinggir dengan pembinaan jalan raya dan kereta api. Pelabuhan tradisi negara-negara Asia Tenggara yang berpusat di muara sungai juga turut terpinggir akibat pertumbuhan bandar baru yang kemudiannya menjadi nadi penggerak kepada pembangunan ekonomi penjajah. Wujud dua jenis ekonomi, ekonomi moden yang berorientasikan eksport dan ekonomi tradisional yang dijalankan untuk tujuan sara diri. Ekonomi moden dikuasai oleh imperialisme Barat manakala penduduk tempatan menjalankan ekonomi sara diri. Perkembangan ekonomi berdasarkan sistem matawang telah menyebabkan wujud jurang perbezaan antara sistem ekonomi tersebut. Pemerasan ekonomi yang dilakukan oleh imperialisme Barat ke atas masyarakat Asia Tenggara menyebabkan timbul keinginan masyarakat peribumi untuk membebaskan diri daripada belenggu penjajah.
Penentangan
dan
kebangkitan
masyarakat
peribumi
menentang
penindasan politik, ekonomi, dan sosial yang dilakukan oleh imperialisme Barat dinamakan sebagai nasionalisme. Kesan-kesan penjajahan barat terhadap msyarakat ialah munculnya semangat nasionalisme, dan berkembangnya sektor kesihatan bandar dan luar Bandar seperti memperkenalkan sistem perubatan moden dengan adanya doktor, jururawat, klinik, palang merah dan pusat-pusat kesihatan. Seterunya, imperialis barat telah membina Hospital kerajaan terawal dibina di Taiping dan Kuala Lumpur, dan
Pusat
perubatan pula dibina di Batu Gajah, Kuala Kangsar dan Kuala Lumpur, untuk membantu mengubati pekerja-pekerja ladang dan juga penduduk tempatan yang menghidap penyakit Malaria, beri-beri, taun dan sebagainya.Orang barat juga telah mewujudkan Sanitary Board iaitu lembaga yang menjaga kebersihan dan kesihatan awam di bandar Kuala Lumpur.
Seterusnya, orang barat juga melaksanakan Sistem pengangkutan dan perhubungan iaitu Jalan kereta api dibina untuk mempercepatkan pengangkutan bijih timah ke pelabuhan untuk dieksport, contohnya Taiping ke Port Weld, Seremban ke Port Dickson, Kuala Lumpur ke Port Swettenham. Pengangkutan kereta api juga menggalakkan pembukaan tanah baru di pedalaman dengan tanaman getah. Di samping itu, jalan denai dan kereta lembu yang digunakan untuk mengangkut bijih timah dan getah ke pangkalan sungai telah digantikan dengan jalan raya, Jalan raya terus berkembang khasnya apabila kenderaan bermotor diperkenalkan Beberapa rangkaian jalan raya disiapkan. Orang barat juga telah menperkenalkan sistem perhubungan seperti telegraf, telefon dan pos untuk Kemudahan pengangkutan dan perhubungan. Oleh sebab itu, jalan raya dan jalan kereta api terlah berkemban ,dan masih digunakan di Malaysia hinga masa kini.Selain itu, orang british telah memperkenalkan penggunaan mata wang di tanah malayu iaitu penggunaan wang kertas yang di keluarkan oleh kerajaan british bagi Negeri – Negeri Selat dibawah Lembaga Pesuruhjaya Wang. Seterusnya, Berkembangnya sektor kesihatan bandar dan luar Bandar terhadap masyarakat Melayu sebelum kedatangan penjajah British kebanyakannya mengamalkan perubatan secara tradisional dan bergantung kepada pawang atau bomoh untuk mengubati penyakit. Penjajahan British di Tanah Melayu telah memperkenalkan sistem perubatan moden dengan adanya doktor, jururawat, klinik, palang merah dan pusat-pusat kesihatan. Lama kelamaan pusat-pusat kesihatan ini telah berkembang daripada bandar ke kawasan luar bandar.Pihak British telah membina infrastruktur seperti kemudahan jalan raya, jalan keretapi serta pelabuhan. Kawasan ini juga dijadikan pusat pentadbiran British dengan kelengkapan telegraf, bangunan pentadbiran, sekolah dan sebagainya. Bermula dari sinilah wujudnya dua kawasan pembangunan yang berbeza di Tanah Melayu iaitu kawasan pentadbiran British menjadi bandar dan kawasan penduduk tempatan di kampung-kampung. British telah mebawa masuk buruh-buruh daripada China dan India ke Tanah Melayu untuk bekerja di lombong bijih timah dan ladang getah kepunyaan British. Disebabkan, pada masa itu Suasana politik di negara asal mereka yang tidak menentu menyebabkan buruh Cina dan India merasa terpanggil untuk mencari
rezeki di Tanah Melayu. pada awal tahun 1920-an hingga 1930-an telah menyaksikan kemasukan buruh-buruh dari China dan India yang ramai ke Tanah Melayu. Bermula dari sinilah bermulanya masyarakat majmuk di Tanah Melayu dengan kehadiran orang Cina dan India yang akhirnya menjadi penduduk tetap Tanah Melayu.Disebabkan itu, Malaysia telah menjadi negara yang bebilang kaum. Seterusnya,
masyarakat
Tanah
Melayu
Sebelum
penjajahan
British
kebanyakannya tinggal di kawasan pedalaman, kampung-kampung dan juga di sepanjang sungai. Mereka menjalankan kegiatan ekonomi secukup hidup dengan bertani, menangkap ikan dan memungut hasil-hasil hutan. Kedatangan British telah mengubah lanskap atau demografi Tanah Melayu apabila wujudnya kawasan bandar akibat perkembangan pesat perlombongan bijih timah dan getah
SOSIAL Antara kesan peninggalan penjajah Portugis hingga ke hari ini ialah kewujudan masyarakat,akibat perkahwinan orang Portugis dengan penduduk tempatan , pengenalan tulisan rasmi kepada
masyarakat melayu , kewujudan
perkataan yang berasal dari bahasa Portugis seperti palsu , almari , jendela , garpu dan tuala.Kesan yang penting ialah kejatuhan kesultanan melayu melaka dan membawa kepada kemunculan kerajaan melayu-Riau , namun pengaruhnya tidak berkesan. Wujudnya kaum Eursia disebabkan kahwin campur orang portugis dengan orang melayu. Orang portugis mula makan dengan mengunakan tangan. Lahirnya masyarakat Serani beragama Kristian di Melaka hasil perkahwinan orang Portugis dengan penduduk tempatan.Berkembangnya agama Kristen atau Katholik di Maluku yang disebarkan oleh Fransiscus Xaverius. Berkembangnya musik Keroncong berasal dari Portugis, dan peninggalan bangunan yang berupa benteng-benteng Portugis
PENDIDIKAN Pendidikan Barat telah diperkenalkan oleh kuasa Imperialisme ke atas negara yang dijajah tetapi terhad kepada kawasan di bandar sahaja. Pendidikan Barat ini bertujuan menyediakan golongan pentadbir bawahan bagi mengisi jawatan rendah seperti kerani, juru kira, juru ukur dan juru teknik dalam sistem birokrasi moden yang diperkenalkan oleh kuasa Barat. Pengajarannya menggunakan bahasa penjajah sebagai bahasa pengantaraan. Sekolah-sekolah mubaligh Kristian telah ditubuhkan bagi menyebarkan agama Kristian dikalangan penduduk peribumi di samping membenarkan sekolah jenis vernakular berkembang. Mereka yang mendapat pendidikan peluang masa hadapan yang lebih cerah dalam bidang kerjaya, tetapi bagi mereka yang mendapat pendidikan di sekolahsekolah vernikular sukar mendapat pekerjaan. Sesetengah golongan rakyat tempatan pula terpengaruh dengan fikiran, budaya dan sikap orang putih sehingga mendewa-dewakan "orang putih" dan tamadun Barat. Kepincangan dalam sistem pendidikan ini telah memaksa kerajaan peribumi memperbaikinya selepas mencapai kemerdekaan.
Pekembangan
pesat
ekonomi
berorientasikan
eksport
telah
menyebabkan buruh-buruh asing telah dibawa dari pelbagai negara bagi memenuhi keperluan tenaga buruh. Kedudukan buruh asing pula telah mengubah komposisi kaum di Asia Tenggara sehingga mewujudkan jurang yang ketara dengan penduduk peribumi akibat perbezaan agama, bahasa, budaya, dan adat. Dasar ini diburukkan lagi oleh kuasa Barat yang menjalankan dasar pecah dan perintah yang menghalang wujudnya perpaduan kaum Pantai barat dan timur juga tidak seimbang ekonominya. Akhirnya British mengambil alih ekonomi dagangan dan membawa masuk buruh China. Sebelum kedatangan British ke Tanah Melayu, penduduk Tanah Melayu telahpun mempunyai sistem pendidikan mereka sendiri iaitu pendidikan agama dan sekolah pondok. British juga telah memperkenalkan tulisan rumi kepada penduduk Tanah Melayu selain tulisan Jawi yang digunakan oleh orang Melayu pada waktu itu. Oleh sebab itu,tulisan rumi dan bahasa ingerris masih di gunakan di Malaysia hingga ke hari ini. British telah memperkenalkan sekolah-sekolah vernakular Melayu dan Inggeris seperti di tanah melayu seperti, Penang Free School yang merupakan
sekolah Inggeris pertama dibina di Tanah Melayu.Selain itu, ada juga Sekolah Melayu, Sekolah Cina dan Sekolah Tamil. Penubuhan Sekolah Inggeris di Tanah Melayu pada waktu itu telah memberi peluang kepada penduduk Tanah Melayu mempelajari bahasa Inggeris dan menyambung pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
RUJUKAN Fuziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin. (2000). Sejarah Malaysia. Shah Alam : Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
Mohamad Kamal bin Kamaruddin. (2009). Sejarah Eropah. Kuala Lumpur : Pearson Malaysia.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
Samri Sainuddin.(2003). Tamadun Melayu. Perak : Quantum Books.
Sivachandralingam Sundra Raja. (2002). Sejarah Eropah. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Qasim Ahmad. (2000). Eropah Moden. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zainal Abidin Abdul Wahid. (2000). Sejarah Malaysia. Bangi : Penerbit Univertisi Kebangsaan Malaysia.