Bagaimana Menghubungkan Silaturrahim? Menghubungkan silaturrahim merupakan antara perkara atau amalan yang boleh meningkatkan rezeki. Sabda Rasulullah s.a.w. “Siapa yang ingin rezekinya dilapangkan dan usianya dipanjangkan, maka peliharalah hubungan silaturrahim.” (H.R. Imam Bukhari dari Abu Hurairah.) Dalam hadis lain, Nabi s.a.w. bersabda: “Barangsiapa bertakwa kepada Tuhannya dan menyambung silaturrahim, nescaya dipanjangkan umurnya dan dibanyakkan rezekinya dan dicintai oleh keluarganya.” (H.R. Imam Al-Bukhari dari Abdullah bin Umar.) Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abu Bakar r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya ketaatan yang paling disegerakan pahalanya adalah silaturrahim. Bahkan hingga suatu keluarga yang ahli maksiat pun, harta mereka boleh berkembang dan jumlah mereka bertambah banyak jika mereka saling bersilaturrahim. Dan tidaklah ada suatu keluarga yang saling bersilaturrahim itu ditimpa kemiskinan.” Orang yang selalu menolong saudaranya akan ditolong oleh Allah. Rasulullah telah bersabda bahawa: “Allah selalu menolong seorang hamba selagi hamba tersebut di dalam menolong saudaranya.” Untuk mengetahui selok-belok bersilaturrahim, bacalah ebook “Rahsia Rezeki: Rahsia Memperolehi Rezeki Melimpah Ruah dan Diberkati.” Di http://rahsiarezeki.com