Mengenal Kabel Rangkaian Komputer : Bhg 1 Salam sejahtera pembaca budiman, Jika anda pengguna internet sudah semestinya anda akan menggunakan kabel untuk sambungan rangkaian internet.Ataupun anda akan menggunakan wireless iaitu kemudahan untuk internet tanpa wayar.Post kali ini saya nak berbincanag mengenai kabel rangkaian (network cable) yang selalu digunakan. Ada dua jenis kabel iaitu: 1. Kabel jenis kuprum (copper cable) - digunakan dalam rangkaian komputer LAN
(Local Area Network) - Coaxial Cable - Shielded Twisted-Pair (STP) - Unshielded Twisted-Pair Cable (UTP) 2. Kabel jenis fiber (fiber optic) Spesifikasi pemilihan kabel: 1. Kelajuan dalam pemindahan bit (bps).Iaitu kadar kelajuan data yang dihantar dan
diterima dalam masa satu saat. 2. Jenis penghantaran.Sama ada baseband atau broadband. 3. Jarak maksimum yang boleh dicapai.
Antara contoh kabel yang selalu digunakan adalah 10BASE-T iaitu 10 untuk kelajuan LAN 10 Mbps,BASE untuk Baseband dan -T untuk jarak maksimum.
UTP Cable
Penyambung RJ-45 Kebanyakkan kabel yang dipasang di komputer untuk LAN adalah kabel UTP jenis 10BASE-T yang mempunyai RJ-45 Connector.Jangan bimbang jika anda tidak tahu kerana untuk post akan datang saya akan hurai lebih terperinci mengenai Copper Cable dan Fiber Optic.Selamat membaca. starline