MENGAPA PERLU BUAT SIMPANAN DI TEMPAT YANG KALIS INFLASI? Assalamualaikum & Salam Sejahtera Sekadar hendak berkongsi tentang mengapa kita perlu gandakan simpanan di tempat yang kalis Inflasi?
Contoh Anda seorang pekerja swasta berumur 25 tahun dan merancang untuk bersara pada umur 55 tahun. Andaikan gaji anda adalah RM 2,000 sebulan. Anda hanya mengambil 1/10 sahaja daripada gaji anda sebagai langkah simpanan untuk persaraan. Gaji = RM 2,000 (Sebulan) RM 2,000 x 1/10 = RM 200 1 Bulan = RM 200 1 Tahun = RM 2,400 30 Tahun = RM 72,000 (RM 2,400 x 30 Tahun) Jika anda hanya menyimpan di dalam akaun simpanan di Bank, anggaran nilai simpanan anda selepas 30 tahun hanya bernilai RM 83,949.14 Bayangkan jika anda simpan di tempat yang beri purata kadar pulangan antara 10% hingga 15%? Berapakah
nilai simpanan anda selepas 30 tahun? Contoh Kadar pulangan = 10% Berdasarkan formula Future Value Of Annuities Langkah 1: Future Value Of An Ordinary Annuity FVoa = PMT |(1+i)^n-1)/i| FVoa: Future Value Of An Ordinary Annuity PMT: Amount Of Each Payment i: Interest Rate Per Period n: Number Of Periods FVoa = ? PMT = RM 200 i = 0.00833 (10%/12 Bulan) n = 360 Bulan (30 Tahun x 12) FVoa = RM 200 x |(1+0.00833)^360-1)/0.00833| = RM 200 x |(1.00833)^360-1)/0.00833| = RM 200 x |(19.8138-1)/0.00833| = RM 200 x |18.8138/0.00833| = RM 200 x 2258.5594 = RM 451,711.88 Langkah 2: Future Value Of An Annuity Due FVad = FVoa (1+i) Fvad: Future Value Of An Annuity Due FVoa: Future Value Of An Ordinary Annuity i: Interest Rate Per Period FVad = ? FVoa = RM 448,257.84 i = 0.00833 (10%/12 Bulan) FVad = RM 451,711.88 x (1+0.00833) = RM 451,711.88 x 1.00833 = RM 455,474.64 Nilai jangkaan simpanan anda selepas 30 tahun di tempat yang beri kadar pulangan 10% adalah RM 455,474.64 Dimanakah tempat anda buat simpanan? Berdasarkan kepada formula Inflasi Undang Undang 72 (Rule of 72)
Sekiranya anda buat simpanan di tempat yang beri kadar pulangan sebanyak 4%, maka selepas 18 tahun baru simpanan anda akan berganda. Kadar Pulangan = 4% 72/Kadar Pulangan 72/4 = 18 Tahun 2013: RM 100 2031: RM 200 2049: RM 400 2067: RM 800 Sekiranya anda buat simpanan di tempat yang beri kadar pulangan sebanyak 6%, maka selepas 12 tahun baru simpanan anda akan berganda. Kadar Pulangan = 6% 72/Kadar Pulangan 72/6 = 12 Tahun 2013: RM 100 2025: RM 200 2037: RM 400 2049: RM 800 Sekiranya anda buat simpanan di tempat yang beri kadar pulangan sebanyak 8%, maka selepas 9 tahun baru simpanan anda akan berganda. Kadar Pulangan = 8% 72/Kadar Pulangan 72/8 = 9 Tahun 2013: RM 100 2022: RM 200 2031: RM 400 2040: RM 800 Bayangkan jika anda simpan di tempat yang beri purata kadar pulangan antara 10% hingga 15%? Kadar Pulangan = 10% 72/Kadar Pulangan 72/10 = 7.2 Tahun 2013: RM 100 2020: RM 200 2027: RM 400 2034: RM 800
Kadar Pulangan = 12% 72/kadar Pulangan 72/12 = 6 Tahun 2013: RM 100 2019: RM 200 2025: RM 400 2031: RM 800 Kadar Pulangan = 15% 72/Kadar Pulangan 72/15 = 4.8 Tahun 2013: RM 100 2018: RM 200 2023: RM 400 2028: RM 800 Dimanakah tempat anda buat simpanan? 1. Akaun Simpanan (0-1%) 2. Deposit Tetap (2-3%) 3. Tabung Haj* (4-5%) 4. KWS* (5-6%) 5. AS* (7-9%) 6. Unit Amanah (10-15%) P/S: Segala maklumat yang saya kongsikan ini adalah pulangan secara purata, bukan lah muktamad seperti yang tercatat. Contoh Andaikan kadar Inflasi adalah 4%. Sekiranya anda buat simpanan di tempat yang memberi kadar pulangan sebanyak 6% maka kadar pulangan yang bakal anda perolehi hanya 1.9231% sahaja bukannya 6%. Hal ini kerana kadar pulangan sebanyak 6% perlu di tolak dengan kadar Inflasi 4% dan bakinya adalah 1.9231% merupakan kadar pulangan yang bakal anda perolehi. Kadar Inflasi = 4% Kadar Pulangan = 6% Baki Kadar Pulangan = ? (Kadar Pulangan – Kadar Inflasi)/(1 + Kadar Inflasi) = Baki Kadar Pulangan (6% - 4%) / (1 + 4%) = 1.9231% (Baki Kadar Pulangan) Mengapa perlu buat simpanan di tempat yang kalis Inflasi? Apakah itu Inflasi? Inflasi bermaksud suatu kenaikan dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi dari semasa ke semasa. Inflasi = Nilai Wang Jatuh = Nilai Barang & Perkhidmatan Naik
Anggaran kadar Inflasi yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) adalah 2.5% hingga 4 %. Anggaran kadar Inflasi yang ditetapkan oleh Institusi Kewangan adalah 7% hingga 12%. Berdasarkan formula Inflasi Undang Undang 72 (Rule of 72) andaikan kadar Inflasi adalah 4% maka nilai wang pada hari ini akan susut kepada separuh selepas 18 tahun. Kadar Inflasi = 4% Berdasarkan formula Inflasi Undang Undang 72 (Rule of 72) 72/Kadar Inflasi 72/4 = 18 Tahun Contoh 2013: RM 100 2031: RM 50 = RM 100 (2013) P/S: Adakah simpanan anda mencukupi? Dimanakah tempat anda buat simpanan? Jom gandakan simpanan di tempat yang kalis Inflasi! Berminat?