E
B
A H A N
T
B
A C A A N
A Z K I R A H
Mencetak Generasi Soleh Solehah Anak adalah idaman setiap insan yang telah berkeluarga. Anak merupakan anugerah yang akan memberikan suasana ceria, menambah semangat dan ghairah dalam hidup berkeluarga, walaupun kadangkala kehadirannya dirasakan membelenggu. Anak juga merupakan amanah Allah S.W.T yang diamanahkan kepada ibu bapa. Kualiti generasi akan datang sangat bergantung kepada bagaimana ibu bapa menangani dan mengelolakan potensi anak-anak. Satu daripada aspek yang patut mendapat perhatian ibu bapa adalah intelektual anak. Faktor-faktor Pembentukan Intelektual Anak Pembentukan intelektual anak sangat berkait rapat dengan proses pertumbuhan dan perkembangan (growth and development) yang sudah menjadi sunnatullah. Dalam ilmu perubatan yang dimaksudkan dengan ‘pertumbuhan’ ialah suatu proses pertambahan bilangan sel-sel organ dan saiz ukuran sel-sel organ tubuh. Sedangkan ‘perkembangan’ pula ialah suatu proses perubahan bentuk, kematangan atau fungsi organ yang bertambah. Terdapat dua faktor yang mempengaruhi proses pertumbuhan dan perkembangan tersebut, iaitu ‘genetik’ dan ‘lingkungan’. Genetik adalah faktor yang dibawa oleh keturunan dan ia akan membentuk ciri khas kepada anak. Sedangkan lingkungan pula dibahagi kepada dua faktor lagi iaitu fisiologi (berhubungan dengan organ) dan psikososial (berkaitan dengan persekitaran atau bi’ah). Dua faktor terakhir ini menjadi asas utama menusia
Mencetak Generasi Soleh Solehah_________________________________
dalam meng’optima’kan kemampuan genetik yang telah ada, agar wujudnya kualiti sumber potensi anak. Faktor Fisiologi Faktor Fisiologi yang berkaitan dengan kualiti intelektual ialah kognitif atau kecerdasan di mana organnya adalah otak. Sebagaimana organ-organ tubuh kita yang lain, organ ini juga mengalami proses ‘growth and development’ sepanjang kitaran hidup yang berupa “hiperplasia” (penambahan jumlah sel otak) dan “hipertrofi” (pembesaran ukuran sel otak). Proses hiperplasia dan hipertrofi akan berkorelasi positif terhadap tahap kecerdasan anak (semakin besar ukuran dan jumlah sel otak, semakin cerdaslah anak itu). Proses ini akan berlangsung sejak janin dalam kandungan sehingga anak mencapai umr 2 tahun atau 3 tahun. Proses growth and development seseorang anak akan berjalan dengan baik jika nutrien atau zat-zat nutrien yang diperlukan dipenuhi dan sesuai dengan tahap keperluan ‘pertumbuhan dan perkembangan’. Oleh kerana itulah, ibu yang hamil dan menyusukan anak harus memakan makanan berkhasiat yang cukup nutriennya. Jika ibu hamil, tidak mendapat khasiat yang sepatutnya ini akan menyebabkan gangguan-gangguan fisiologi. Di antara gangguan-gangguannya adalah terbantutnya proses pertumbuhan dan perkembangan otak janin; mengakibatkan keguguran; kelahiran ‘premature’ dan melahirkan anak yang cacat serta mengalami gangguan mental. Di samping itu, ibu juga akan mengalami kesulitan semasa melahirkan. Manakala bagi ibu yang menyusukan anak pula boleh berlaku air susu ibu tidak berkualiti dan tidak mencukupi keperluan anak. Hal ini akan mengakibatkan proses perkembangan anak terjejas malah mengancam kesihatan ibu dan anak pula. Oleh kerana itu, Islam telah awal-awal lagi menganjurkan untuk memberi perhatian kepada menu makanan sehari-hari yang halal dan ‘toyyib’ (sihat dan berkhasiat) sepertimana firman Allah S.W.T: “Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya kepadaNya kamu menyembah.” (QS al-Baqarah: 172) “Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang telah direzekikan kepadamu dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu beriman kepadaNya.” (QS al-Maidah: 88)
Mencetak Generasi Soleh Solehah_________________________________
Berikut adalah hal-hal yang perlu diberi perhatian oleh ibu yang hamil dan menyusui anak dalam menyediakan menu makanan harian adalah: Ø Menggunakan prinsip menu seimbang (sesuai dengan piramid makanan). Baik dari segi kuantiti mahupun kualiti; mestilah lebih banyak dan bermutu dibandingkan bila tidak hamil atau menysusui anak. Ø Makan makanan berprotein tinggi dari sumber haiwan seperti telur, ikan, daging dll. Ø Uasahakan minum susu selalu, namun jika kesulitan mendapatkannya kerana suatu alasan tertentu makan boleh digantikan dengan menambah jumlah makanan sumber protein haiwan. Ø Cipta menu makanan berkualiti yang pelbagai iaitu jenis bahan makanan yang dibekalkan harus berubah-ubah, bukan jenis masakan berbeza tapi bahannya sama. Sekiranya menghadapi masalah dalam menentukan nutrien yang sesuai dengan ibu mahupun dengan tumbesaran anak, boleh juga diatasi melalui berjumpa dengan dietician untuk mendapatkan khidmat nasihat.
Faktor Psikososial Proses tumbesaran yang dialami manusia tidak hanya terjadi pada aspek fisiologi saja tetapi juga aspek lainnya seperti perkembangan dalam pemikiran, perasaan, tingkah laku, komunikasi, ketrampilan dan sebagainya. Cepat atau lambatnya dan terarah atau tidaknya pertumbuhan dan perkembangan tersebut sangat dipengaruhi oleh lingkungan, terutamanya lingkungan keluarga ‘suami-isteri’. Seorang ahli psikologi, Eric Erikson dalam teorinya tentang perkembangan jiwa anak mengemukakan bahawa ada interaksi yang erat antara perkembangan anak dengan faktor lingkungan. Pendapat yang sama juga dikemukakan oleh Jean Piaget, di mana ia menekankan pada perkembangan positif (kecerdasan) bahawa aspek kognitif sesuai dengan pengaruh lingkungan. Sementara itu dinn al-Islam telah lebih dulu menyatakan hal ini sepertimana hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari Abu Hurayrah r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Setiap anak dilahirkan itu adalah dalam keadaan fitrah (bersedia untuk menerima Islam). Maka kedua orang Mencetak Generasi Soleh Solehah_________________________________
tuanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (HR Bukhari dan Muslim) Jadi, di sini dapat dilihat bahawa jenis dan bentuk pematangan perkembangan anak adalah bergantung kepada pengaruh atau stimulasi yang diterimanya. Stimulasi itu juga bersifat umum. Ertinya, jika stimulasi yang diberikan selaras dengan potensi fitrah insaniyah, maka pematangan perkembangan jiwa anak akan sesuai dan tetap pada fitrahnya, tetapi jika stimulasinya tidak selaras dengan potensi fitrah tersebut, maka perkembangan pun akan sesuai dengan stimulasi yang diberikan dan sudah pasti akan mengalami kerosakan.
Kecerdasan dan Ketekunan Bagi melatih anak dalam aspek fizikal, orang tua setidak-tidaknya harus melakukan tindakan-tindakan tersebut: gerakan menjalar, memegang benda, merangkak, berjalan, berjinjit dan ketrampilan-ketrampilan lain. Latihan sebegini sangat memerlukan ketekunan orang tua khususnya ibu dalam melatih agar cepat tangkas dan trampil. Apalagi keluarga yang berniat untuk meneruskan risalah Rasulullah s.a.w., latihan yang perlu diberikan lebih dari sekadar melatih ketrampilan fizikal atau psikomotor sahaja. Ini adalah kerana, ia mesti juga menerapkan nilainilai keIslaman dalam jiwa anak-anak. Penerapan ini pula mestilah berjalan secara berterusan seterusnya bersebati di dalam jiwa sehingga menjadi malakah (tabiat). Proses “mencetak generasi” ini bukan sahaja menuntut ibu bapa yang berilmu malah berkemahiran dalam mempraktikkan ilmu itu dengan tekun dan sabar. Berjaya atau tidaknya kita ‘mecetak’ generasi ini terletak kepada kesungguhan dan komitmen yang gigih dari kita, terutamanya ibu-ibu. Sesungguhnya kerja yang begini berat adalah ‘full-time job’ yang mesti diutamakan di samping keseimbangan dengan tugas-tugas lain yang banyak.
Tarbiyyah (pendidikan) Tarbiyyah terhadap anak adalah menjaga, memelihara, mengarahkan anak agar berkembang sesuai dengan fitrahnya (mengurus sumber potensi anak). Dr. Abdullah Nasih Ulwan menyarankan lima kaedah dalam mentarbiyyah anak iaitu: Mencetak Generasi Soleh Solehah_________________________________
i. Al-Qudwah (keteladanan) Keteladanan yang dimaksudkan adalah ibubapa mesti boleh menjadi contoh atau ikutan bagi anak. Hal ini sangat penting sebab sifat anak adalah akan mencontohi sesuatu yang biasa dilihat, didengar, dirasakan serta mempunyai sifat yang jelas. Disebabkan ibubapa adalah orang yang setiap hari bersama dengan anak, maka wajib mereka memberikan keteladanan yang baik. ii. Al-‘Adah (pemibiasaan) Pembiasaan di sini adalah memberikan suatu perbuatan baik (baik berupa penguasaan atau sikap ibubapa terhadapa anak), agar menjadi tingkah laku yang dicorakkan. Hal ini penting sebab akan menbentuk sifat peribadi atau karakter anak, menjadikannya berdisiplin dan taat menjalankan tugas. iii. Al-Mau’izah (pemberi nasihat) Tindakan memberi nasihat adalah sebuah kewajipan, kerana anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan ‘buta’ maka ibubapanyalah yang harus membantu anak untuk membezakan antara haq dan batil, antara halal dan haram. Itu semua boleh dilakukan melalui nasihat.
iv. Al-Mulaahazoh (pengawasan) Pengawasan yang dilakukan ini berkait erat dengan tindakan orang tua untuk meng’evaluasi’ komitmen anak terhadap nasihat yang telah diberikan dan pembiasaan yang telah diterapkan. Seberapa jauh tahap komitmen anak boleh diperhatikan oleh ibubapa melalui pengawasan. v. Uqubah (pemberian hukuman) Pemberian hukuman ini dilakukan jika terjadi perlanggaran anak terhadap kewajipan-kewajipan yang telah dibebankan kepadanya dan mempunyai maksud agar anak bersikap dan bertindak sesuai dengan fitrahnya. Dengan melakukan kedua-dua pendekatan ini, diharapkan anak yang lahir dari ‘ummi’ yang muslimah ini akan muncul generasi yang menundukkan ‘syuur’ (perasaan), intelektual dan amalinya kepada kehendak dan keredhaan Allah S.W.T.
Mencetak Generasi Soleh Solehah_________________________________
Inilah generasi yang berkualiti yang bersedia untuk berjuang. Namun, jika pengrobanan maksima telah dicurahkan tetapi apa yang terjadi tidak sepadan di antara cita-cita dan usaha ibubapa dengan hasilnya (keperibadian anak), maka kita mestilah menyerahkannya kepada Allah S.W.T, sebab semuanya tidak terlepas dari faktor hidayah, inayah dan taqdirNya. Yang penting kita sebagai ibubapa muslim telah berusaha memberikan yang terbaik yang kita miliki.