Prolog People say, being in love is hard. It can trick you; love is. Ia boleh membutakan mata, memekakkan telinga and boleh membuat seseorang itu menjadi biol. Kalau cinta itu macam makan maggi; cepat dan sedap, sudah tentu ramai manusia dalam dunia nih dah buta, pekak dan biol. If being in love is so hard to digest, tentu ramai manusia takkan memekakkan telinga atau membutakan mata. Cinta hakiki ialah pada Tuhan yang Maha Esa. Daniel faham akan ini. Dari dulu lagi dia senantiasa mengelakkan diri daripada falling in love. Dia tahu, tiada agung yang cinta selain cinta pada yang Esa. Dia tak mahu terlibat; secara langsung atau tidak langsung, di dalam belenggu maksiat manusia bumi. Secara tidak langsung, dia tidak percaya akan cinta antara satu makhluk Tuhan pada satu makhluk yang lain. Pesimis. Bukan dia tidak mahu. Bukan dia terpaksa. Memori lalu tidak memainkan apa peranan pun. Dia tidak pernah bercinta. Dia tidak pernah merasa tidur tak lena, makan tak kenyang atau mandi tak basah. Dia tidak pernah sekali-kali terjebak ke dalam dunia SMS. Padanya, cukup dengan sekadar menghantar atau menerima SMS dari kawan atau ibu bapa. Tak pernah tidak tidur semalaman menunggu SMS dari seseorang yang istemewa. Bukan. Dia bukan homoseksual. Nau'zubillah. Cukuplah perbuatan terkutuk umat Nabi Luth dipaparkan di kotak bodoh setiap hari. Dia tidak mahu dikutuk oleh Tuhan. Walaupun jahil macam mana pun, batasan dan iman tetap menjadi pegangan. Apa yang dia tahu, cinta itu boleh datang dalam apa bentuk, samaada dia sedia menerimanya atau tidak. Cinta kepada seseorang tidak datang dalam sekelip mata. Bak kata orang, merasa cinta itu adalah peringkat seterusnya. Tanpa suka tiadalah cinta. Love is only a feeling, bak nyanyian kumpluan The Darkness. Satu perasaan yang dianugerahkan oleh Tuhan kepada makhluknya agar kita, sebagai khalifah di muka bumi ini dapat merasakan apa itu cinta tanpa melupakan cinta hakiki kepadaNya. Tetapi, tanpa suka tiadalah cinta. Episod 1 - Rimas
"Sorang je ker?" "Ha ah. Biasala..aku kan solo." Soalan yang palik muak untuk dia jawab. Kalau dia ada seribu kawan, tentu seribu jenis cara soalan itu ditanya pasti menyelinap masuk ke telinga. Kalau telinga nih answering machine, tentu dah bertimbun-timbun kaset recording soalan mereka. Nak je pekakkan telinga, tapi pekak macam mana pun, tetap dia mendengar mereka bertanya. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Tapi kalu dah hari-hari ditanya sebegitu, pernapisan akan berlaku. Masuk 100%, keluar 80%. Jangan kata kawan. Keluarga sendiri pun turut contribute. Ibu selalu bertanya. Jarang sekali seorang ibu mengambil berat tentang kisah cinta anak puteranya. Bukan salah ibu bertanya. 24 tahun ibu mengenalinya, menjaganya, berkongsi air mata. Tak salah. Cuma rimas. Rimas dengan pertanyaan.
Bukan dia tak mahu. Tapi belum sampai masanya lagi. Umurnya masih muda. Kakak aku pun kahwin umur 27 tahun, hatinya memberontak. Masih awal. Dia ingin menikmati kebebasan dunia. Dia tidak mahu terperangkap di dalam keadaan di mana dia di kawal segala pergerakan. Nak keluar, kena berdua. Nak makan, kena berdua. Dia mahu bebas. Ni bahananya menjadi anak bongsu. Dia tersenyum. "Ala..ada jodoh nanti, berdua lah aku. No rushing..." Hisham tersengih. "Kau nak aku jadi matchmaker ker? Kawan si Aleen ada jugak yang single. recommend kau," Hisham berkata bersungguh-sungguh.
Boleh je aku
Daniel menghirup air Root Beer A&W sehingga habis. Tak reti bahasa ke budak nih? Aku cakap bukan sekarang, bukan sekaranglah, hatinya memberontak. "Thanks man, tapi aku rasa tak yah la kau buang masa. Lagi pun kan aku dah cakap tadi, not the right time yet. Don't worry, aku biasa je macam ni. Heck, I'm enjoying it." Bersungguh-sungguh dia trying to prove a point. "Ye la, aku tau. Tapi sampai bila?" Sampai bila. Satu lagi soalan cepu emas Hisham. Kalau tiap-tiap soalan yang ditanya itu menguntungkan aku, dah tentu aku dah kaya sekarang, fikir Daniel. "Apa plan kau lepas nih?" Peralihan topik berlaku. "Tengoklah. Ingat nak tengok movie dengan Aleen. Tengoklah macam mane, kalau ada cerita yang best. Nak follow?" Hisham bertanya sambil menghabiskan air Root Beernya pula. "Tak pe la. Aku pon nak cari kasut sukan jap. Call aku kalau kau tak jadi tengok." Hisham dan Aleen. Siapa tak kenal Hisham dan Aleen? Satu University kenal. Malahan, pihak HEP pun kenal. Mereka dicap sebagai couple paling interesting dekat university. Dua-dua satu fakulti dan satu majoring. Dua-dua aktif dengan kelab dan persatuan. Dua-dua ahli Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar. Dan dua-dua mempunyai cita-cita yang tinggi setinggi Everest. Tidak dapat dinafikan yang mereka akan berkahwin tidak lama lagi. Kedua-dua belah pihak sudah setuju, cuma menunggu masa mereka habis belajar dan mendapat kerja. Daniel gembira tengok mereka berdua. Dialah yang memadankan mereka berdua. Daniel teringat pada hari itu, hari yang bersejarah dalam calendar Hisham dan Aleen. “Weh, sape tuh?” Berkerut dahi Hisham bertanya. “Sape?” “Tuh.. yang pakai tudung merah ngan spek tuh? Kau kenal?” Mata Danial mencari-cari si tudung merah berspek.
Dia? ..bersambung Episod 1 - Rimas Part 2
Dia? Kenapa dia? Apa yang istimewa pada makhluk itu sehingga ada sepasang mata memandangnya begitu asyik dan tertanya-tanya? Cemburu? Aku cemburu? Jauh sama sekali. Cemburu tak bertempat. "Oh, tu hah, Aleen." "Kau rapat ke dengan dia?" "Kenal-kenal macam tu jer. Ni pehal lak nih?" "Tade..just curious," jawab Hisham secepat yang boleh. "Kau pegi lunch pukul bapa kang?" "Aku habis kelas kang pukul 2. Aku nak jumpa supervisor aku pasal project aku. Tengoklah, maybe kat foodcourt bawah tuh. Nape? Kau nak follow sekali ke?" "Boleh gak. Call aku kang." Kelas programming itu memang diminati Daniel. Apa tak nya, benda yang diajar tak pun menyukarkan, tak macam benda yang Hisham belajar. Pada dia, accounting adalah satu subject yang membosankan. Pening dibuatnya bila melihat Hisham terkial-kial tekun mempelajari subjek itu dan ketekunan itu membuahkan hasil. Tapi janganlah sekali-kali diberinya subject bosan itu kepada Daniel. Boleh muntah aku, kata dia kepada Hisham tidak lama dulu. Hisham tergelak. Tapi memang, boleh muntah dibuatnya. Tak macam komputer. Daniel sanggup duduk dihadapan monitor berjam-jam lamanya, hanya berhenti untuk makan, minum dan solat. Hisham menobatkan Daniel sebagai Putera Katak bawah tempurung. Takde life, Hisham menengahkan pendapatnya pada suatu hari apabile menyedari yang Daniel tidak tidur malam. Bukannya membuang masa dengan berchatting, dia membalas. "Aku belajar," itulah alasan yang diberinya. Macam Hisham, berjam-jam lamanya dihadapan benda yang disukai boleh membuahkan hasil. Dia sentiasa menjadi rujukan rakan-rakan ITnya yang lain. Perpustakaan bergerak. Bukan Daniel tak keluar ke mana. Sekali-sekala, dia ke TGV, jalan-jalan, makan luar bersama membermember yang lain. Bukannya tiada life, tapi dia berpendapat hidup dia sudah pun sempurna. Asalkan buku ditelaah, kawan dilayan and Tuhan disembah. "I want you all to solve this problem. I want you to create a script to extract information from a particular website and display them in a neat order," Mr Ramachandran dengan loghat Indianya memberi arahan di kelas. "This will be 10% towards your grading mark. Refer to my homepage
for further instructions." Daniel tersenyum. Baru minggu lepas dia berbincang dengan kawan rapatnya mengenai topic yang sama. Perbincangan di tengah malam itu tidaklah sia-sia; sedikit sebanyak membantu dia untuk memulakan assignment ni. Dia lagi? Mana aku toleh, kau berada di situ. Ish, apa nak jadi ni? Sesudahnya habis si Rama memberi arahan terakhir dan mengakhiri kelas, Daniel segera bangun dan segera menuju ke pintu dewan. "Dan! Tunggu jap!" Perempuan ni lagi! “Ha pesal?” “Uish, garang abang kita sorang nih..,” terkekek-kekek dia ketawa. Kawan di sebelahnya hanya tersengih. “Aku nak cepat nih. Ade appointment ngan supervisor, pastu ngan Hisham. Nape?” “Ni, ko free tak petang nih? Nak ajak kau keluar ke Mines. Saje jer, dah lama tak keluar ngan kau.” “Erk..aku tak leh janji pe per. Sape laie? Ape program?” “Ala sapa lagi, aku, kau, Tifa tuh, “ dia memuncungkan bibir ke seorang gadis yang sedang rancak berbual di tepi pintu dewan. “Aik, aku sorang je? Cakap je lar kau nak aku drivekan?” Daniel tersengih. “Tengoklah camne. Nanti aku SMS kau.” “Kau ajaklah sesape lagi, temankan kau. Double date pon boleh,” Aleen mengenyitkan mata. Sudahku agak, Daniel tersengih. Episod 1 - Rimas Part 3 "Saya harap awak faham dengan keputusan saya ni. Saya rasa, lebih baik kita stay as friends from now on.." Kata-kata itu bagaikan halilintar membelah bumi. Berdengung telinga dibuatnya, luluh hati mendengarnya. "Kenapa?? Sanggup awak buat begitu kat saya?? Masalah apa yang kita..." "Decision ni saya dah buat atas kehendak sendiri, dan Andy tak mahu melihat awak menderita nanti..." "Andy, cakaplah..ape yang saya buat salah?" Lelaki itu menundukkan mukanya, samaada malu atau sebaliknya, hanya Tuhan yang tahu. "Kenapa setelah 5 tahun kita berkawan, ini penghujung jalannya?"
Air mata yang sangat berharga, jarang sekali jatuh berderai kerana seorang lelaki. Air matanya itu yang hanya untuk Tuhannya, meminta ampun atas kesalahannya yang lalu. Namun hari ini, ia turun jua..kerana seorang lelaki. -------------------------------------------Beep, beep... Jd x ptg ni? -------------------------------------------"Sham, kau free tak ptg ni? Around 4 petang ke? Jom temankan aku gi Mines." Lauk masak lemak cili api ikan keli itu memang kegemarannya. Kalau dia balik rumah ibu bapanya, lauk itu yang akan menjadi target utamanya. Tak kisahlah, makan tengahari atau malam. Dia tak jemu dengan lauk kegemarannya. Tambahan pula kalau makan bersama-sama dengan adik beradiknya yang lain. Riuh rendah meja makan dibuatnya. "Aik? Ape mimpi?" "Saje. Lagipun dah lama tak keluar. Duduk terperap dekat bilik hari-hari boleh biol dibuatnya," dier tersengih. "And, somebody ajak aku. Heheh..." "Somebody? Ntah-ntah some woman kut?" Hisham mengenyitkan mata. "Nak follow tak?" Dia cuba menukar topik. --------------------------------------------"Tifa, jom le. Buat penat aku pujuk dia," Aleen memuncungkan bibir tanda merajuk. "Kau jugak yang nak gi Mines sangatkan? Aku dah dapatkan org yang sudi jadi driver, kau pulak tak nak pegi!" "Aish...bile masa aku nak sangat pegi Mines? Kerja aku banyak tak habis lagi. Assignments, project... Kang aku ikut kang, tergendala lak kerja aku lagi..." "Oi..semalam bukan main lagi nak ajak aku....sekarang tak la plak... Kau memang ar Tifa! Lain kali jangan le mengada-ngada ajak aku laie!" "Aik? Merajuk plak?" "Ye la...abis tuh? Huh!" Rimas Aleen dengan Tifa. Bukan sekali, dah banyak kali dia buat begini. ...akan diedit & disambung lagi Posted at 11:10 am by mencaricinta Comments (2) Permalink
Monday, November 08, 2004