Menambah Baik Sistem Pemilihan Calon Guru Dapat Lah Juga Dikatakan Memperketat Syarat Dan Criteria Pengambilan Calon Guru

  • Uploaded by: niesa
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Menambah Baik Sistem Pemilihan Calon Guru Dapat Lah Juga Dikatakan Memperketat Syarat Dan Criteria Pengambilan Calon Guru as PDF for free.

More details

  • Words: 507
  • Pages: 3
Assalammualaikum. Encik, selamat berpuasa. Disini saya lampirkan hasil kerja saya berdasarkan tajuk memartabatkan profesion keguruan. Harap encik dapat beri ulasan. Kumpulan 2, soalan 1 Nama ahli kumpulan a) Akmal Adibah Bt Dzayaolakmal b) Khairunnisa Bt Jassni c) Nazri Fahmy Bin Baharin d) Norhayati Bt Mansor e) Siti Aminah Bt Wahab

Menambah baik sistem pemilihan calon guru dapat lah juga dikatakan memperketat syarat dan criteria pengambilan calon guru. Program-program pengambilan calon guru akan diperketat syarat kelayakkannya. Hal ini bagi menjamin hanya calon guru yang benar-benar layak akan memdapat tempat di Institut Pendidikan Guru (IPG). Sebagai contoh, calon yang ingin menduduki tempat dalam Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) perlu menduduki Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (MteSt) dan perlu melepasi temuduga secara individu dan berkumpulan. Semua ini bagi memastikan bakal guru yang dilahirkan Institut Pendidikan Guru adalah guru yang berkualiti dan mempunyai tahap profesionalisme yang tinggi. Langkah kedua bagi memartabatkan profesion keguruan adalah memantapkan latihan keguruan. Antara strategi yag dilakukan adalah menaik taraf maktab perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG). Selain itu, mereka bentuk dan menggubal kurikulum IPG secara berpusat dan mendapat kelulusan Majlis Kurikulum

Pendidikan

Guru

juga

dapat

memantapkan

latihan

keguruan.

Peningkatan, pemantapan dan peluasan kursus dan latihan serta peluasan dan peningkatan bidang penyelidikan dan pembanggunan juga antara alternatif yang diambil oleh pihak kerajaan bagi merealisasikan teras kelima Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) ini. Hasilnya, Institut Pendidikan Guru (IPG) telah mengeluarkan ijazah sendiri yang sebelum ini berkolaborasi dengan pelbagai pihak antaranya Open Universiti Malaysia (OUM) Fokus seterusnya dalam memartabatkan profesion keguruan adalah menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru. Hal ini dapat direalisasikan melalui penyediaan persekitaran kerja yang kondusif dan penempatan guru mengikut opsyen dan keperluan. Kemudahan kediaman di kawasan luar Bandar, pedalaman dan bandar besar turut disediakan pihak kerajaan. Bilik-bilik darjah juga dibaik pulih bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) lebih berkesan. Penempatan guru mengikut opsyen merupakan antara langkah terbaik bagi merealisasikan teras kelima PIPP. Hal ini kerana, guru-guru akan lebih mudah berkomunikasi antara satu sama lain dengan lebih berkesan tentang pelbagai perkara antaranya masalah-masalah P&P dan sebagainya. Hal ini sekaligus dapat meningkatkan tahap pencapaian murid seterusnya memartabat profesion keguruan.

Sebagai tambahan, memantapkan kerjaya guru juga dapat memartabat profesion keguruan. Antara langkah yang diambil di bawah fokus ini adalah penambahbaikan perjawatan guru dan penambahan perjawatan serta peluasan naik pangkat. Melalui strategi ini, pihak kerajaan meningkatkan kadar kenaikan pangkat mengikut kuota baharu. Pihak kerajaan juga akan menambah baik norma perjawatan guru. Selain itu, elaun untuk tugas-tugas khas juga akan diberikan. Cuti rehat dan waktu bekerja juga akan disemak kembali. Melalu strategi ini, diharapkan hasrat kerajaan untuk meningkatkan tahap profesionalisme dalam kalangan guru akan berjaya. Faktor yang terakhir dalam teras kelima PIPP ialah memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia. Hal ini bermaksud, sumber-sumber manusia seperti guru-guru baharu dan guru-guru pelatih akan disediakan dengan perancangan dan pengurusan yang mantap. Untuk itu, pihak IPG akan mewujudkan kerjasama dengan Institut Pengajian Tinggi (IPT) sama ada IPTA ataupun IPTS tentang latihan guru. Selain itu, sistem maklumat guru akan ditambah baik dan dikemas kini secra total dari semasa ke semasa secara menyeluruh dan komprehensif

Related Documents


More Documents from ""