Men2 Kata Hubung

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Men2 Kata Hubung as PDF for free.

More details

  • Words: 692
  • Pages: 12
Kata Hubung Kata hubung gabungan Kata hubung pancangan

-Kata hubung adalah salah satu sub-jenis Kata Tugas. -Ia bertujuan menghubungkan atau mencantumkan 2 atau lebih ayat tunggal (ayat yang mempunyai satu maklumat). -Melalui kata hubung, tidak perlu lagi ada perulangan ayat atau maklumat yang sama. -Maklumat dapat disampaikan dengan tepat dan padat melalui penggunaan kata hubung. -Ayat yang memiliki kata hubung dan dua atau lebih maklumat, dipanggil ayat majmuk. -Ada dua jenis kata hubung iaitu kata hubung gabungan (KHG) dan kata hubung pancangan (KHP).

-KHG berfungsi sebagai penghubung atau pencantum ayat-ayat yang setara sifatnya (sama taraf) kerana ia boleh disusun secara berurutan atau berturut-turut. Contoh ayat-ayat setara: Jamilah suka membaca majalah Riang Ria. Rafi suka membaca majalah Riang Ria. Contoh ayat-ayat yang berurutan: Para pelajar bertepuk tangan. Para pelajar bersorak dengan gembira.

-Perkataan yang merupakan KHG ialah: 1. Dan/Serta – menghubungkan dua ayat yang setara seperti dua orang, dua perbuatan atau dia sifat. cth: Jamilah dan/serta Rafi suka membaca majalah Riang Ria. 2. Atau- menghubungkan dua maklumat yang bersifat sama ada atau pilihan. cth: Adakah anda memesan mi goreng mamak atau mi goreng hailam? 3. Tetapi/Manakala- menghubungkan dua maklumat yang berbeza atau berlawan. cth: Abang saya berjaya dalam bidang akademik tetapi/manakala saya lemah.

4. Sambil- menghubungkan dua perbuatan yang dilakukan pada waktu yang sama. cth: Ayah membaca suratkhabar sambil menghirup secangkir air kopi. 5. Kecuali/ Melainkan- menghubungkan dua maklumat yang menekankan penyimpangan (exception). cth: Semua pelajar tetap akan menghadiri sekolah seperti biasa kecuali/melainkan mereka yang telah melawat ke negara-negara yang mempunyai kes-kes virus H1N1. 6. Padahal/ Sedangkan- menghubungkan kewujudan sesuatu yang berbeza atau lebih baik pada waktu yang sama. cth: Kain yang dibelinya terlalu mahal, padahal/sedangkan ada yang lebih murah.

7. Lalu- menghubungkan dua perbuatan yang dilakukan secara berurutan. cth: Chong Yuan bingkas lalu ke hadapan kelas. 8. Sebelum- menghubungkan perlakuan kedua dan perlakuan pertama. cth: Sebelum Raju bersarapan pagi, dia membantu ibunya menyediakan sarapan. 9. Kemudian- menghubungkan perbuatan pertama dengan perbuatan kedua. cth: Isnin menunaikan solat maghrib, kemudian dia menonton rancangan Pak Pak Bing Bing di saluran Suria.

-KHP berfungsi sebagai penghubung atau pencantum ayat induk (ayat yang mempunyai makna utama) dengan ayat-ayat kecil. -Ayat-ayat kecil ini selalunya terdiri daripada ayat keterangan. -Melalui pemancangan ayat-ayat kecil kepada ayat induk, maka maklumat ayat majmuk itu akan menjadi lebih jelas dan terang. Contoh ayat induk: Ali berasa kesal sekali. Contoh ayat keterangan yang menjelaskan situasi Ali: Ali tidak dapat membalas jasa ibunya yang sudah meninggal dunia.

-Perkataan yang merupakan KHP ialah: 1. Kerana/Lantaran- kata hubung yang menghubungkan sebab berlakunya sesuatu. cth: Bayi itu menangis kerana/lantaran dia lapar. 2. Sehingga- kata hubung yang menghubungkan hasil atau kesan sesuatu perbuatan. cth: Siti berteriak dan bersorak sehingga suaranya hilang keesokan hari. 3. Andai/ Jikalau/Sekiranya- kata hubung yang menghubungkan tuntutan yang mesti dipenuhi. cth: Angeline akan ikut serta andai/jikalau/sekiranya ibu bapanya memberi keizinan.

4. Semenjak- kata hubung yang menghubungkan apa yang terjadi dengan waktu yang lampau. cth: Semenjak Encik Asran dinaikkan pangkat, dia bagai kaduk naik junjung. 5. Apabila/ Ketika/Tatkala- kata hubung yang menghubungkan sesuatu perlakua atau kejadian dengan masa ia berlaku. cth: Bulu roma Ilham tercacak apabila/ketika/tatkala menonton kisah seram itu. 6. Walaupun/Meskipun/Kendatipun- kata hubung yang menghubungkan penerangan perbuatan yang berlawan. cth: Walaupun/Meskipun/Kendatipun perajurit itu cedera, dia tetap terus melawan musuh.

7. Supaya/Agar- kata hubung yang menghubungkan sesuatu hajat cth: Lilian belajar bersungguh-sungguh supaya/agar dia dapat keputusan peperiksaan yang cemerlang. 8. Dengan- kata hubung yang menghubungkan penerangan gaya atau kaedah. cth: Dengan berbekalkan sijil dan pengalaman, Amit berhijrah ke Singapura untuk mengubah nasibnya. 9. Demi/ Untuk/Bagi- kata hubung yang menghubungkan maksud serta tujuan perbuatan atau kejadian. cth: Suami isteri harus berbincang baik-baik demi/untuk/bagi keamanan rumahtangga. 10. Seperti/ Macam/ Bak- kata hubung yang mengabungkan perumpamaan atau situasi yang mempunyai persamaan. cth: Semua impiannya hancur seperti/macam/bak kaca terhempas ke batu.

Kata hubung

Kata hubung gabungan (KHG) • • • • • • • • •

Dan/Serta Atau Tetapi/Manakala Sambil Kecuali/Melainkan Padahal/Sedangkan Lalu Sebelum Kemudian

Kata hubung pancangan (KHP) 1. 2. 3. 4. 5. 6. • • • •

Kerana/Lantaran Sehingga Andai/Jikalau/ Sekiranya Semenjak Apabila/Tatkala/Ketika Walaupun/Meskipun/ Kendatipun Supaya/Agar Dengan Demi/Untuk/Bagi Seperti/Macam/Bak

Gambar-gambar diambil dari lelaman: www.baqabaiq2u.blogspot.com www.public-domain-photos.com www.flickr.com/photos/ibnuyusuf Bahan rujukan: Tatabahasa Dewan Edisi Baharu Powerpoint dihasilkan oleh : Cikgu Noorlizasabariah

Related Documents

Men2 Kata Hubung
May 2020 8
Kata Hubung (wordmaze)
April 2020 21
Kata Hubung 'dan'
April 2020 14
Kata.
June 2020 64
Menghadapi Kata-kata Sukar
December 2019 65