Memilih Web Hosting Terbaik Laporan Untuk Memudahkan Anda Memilih Web Hosting Yang Terbaik
Oleh
Hafiz Ahmad
www.rahsiaberniaga.com
1
Makna Webhosting Webhosting diibaratkan seperti tanah atau tapak rumah. Anda beli tanah barulah rumah boleh didirikan. Kita bayar wang kepada penyedia webhosting,baru laman web (rumah) diwujudkan . Bagaimana Hendak Mencari ? Dengan begitu banyak penyedia perkhidmatan web host di internet semua mengakui bahawa syarikat mereka adalah yang terbaik. Ini menyebabkan anda sukar untuk memilih penyedia mana yang bersesuaian.. Kerana itulah anda memerlukan panduan seperti yang anda baca sekarang. Ada beberapa panduan untuk anda memilhi webhosting iaitu: Kunjungi Laman Web Ulasan Terdapat beberapa laman web diwujudkan semata-mata untuk memberikan ulasan terhadap web hosting.Saya sarankan anda kunjungi laman web ini kerana terdapat komen – komen positif dan negatif yang asli dari pembaca blog tersebut.Mereka adalah pengguna yang sudah menggunakan web hosting tersebut. Samada tujuan anda mencari webhosting untuk berblogging,perrniagaan online,atau pun blog peribadi, anda mesti dapatkan maklumat ini dahulu.
Murah Tak Selalunya Bermakna Baik Kita cenderung kepada yang murah.Jadi kita selalu dapatkan maklumat dari website review yang murah harganya (budget hosting sites).Tak salah tetapi pastikan dahulu adakah nanti ianya menyusahkan anda.Terdapat budget web host yang menyembunyikan yuran nya. Ruang disk dan bandwith adalah elemen yang penting.Kalau anda guna dengan banyak sudah semestinya anda perlu tambah bayarannya.Jadi berhati-hati memilih pelan yang ditawarkan.Sekiranya anda pasti mahukan ruang yang banyak carilah pelan yang tanpa batas. Cuba dapatkan pandangan dari pelanggan yang sudah biasa menggunakan web host yang murah ini melalui laman web ulasan web host.
2
Cari Ulasan Yang Ikhlas Ketika anda mendapatkan maklumat tentang webhost mana yang terbaik buat anda akhirnya anda sudah mengumpul 10 syarikat.Hati-hati kerana ada juga laman web ulasan yang menaja syarikat peyedia web host ini akan menggembar gemburkan nya. Apa yang anda harus buat adalah bertanya di ruang forum seperti Forum Wang Cyber.Mereka sudah tentu sudi memberikan jawapan yang anda cari selama ini. Senaraikan Top 20 Kumpul sebanyak 20 syarikat penyedia web hosting jikalau boleh.Kemudian cari maklumat dari pengguna yang sudah biasa dengan nya..Dari situ kecilkan sehingga menjadi Top 5. Memilih web hosting adalah tugas yang sukar tetapi jika anda membuat kajian,anda berada pada landasan yang betul.Beri perhatian pada ciri-ciri seperti bonusnya, harganya dan khidmat bantuannya. Customer Support Anda pasti akan temui masalah apabila anda menggunakan khidmat webhost Di sinilah anda perlu bantuan teknikal.Sebaiknya anda emel kepada mereka dan mereka akan selesaikan masalah anda dalam masa yang singkat Amat malang bagi anda yang menjadi pelanggan mereka sekiranya anda tidak dilayan.Terdapat syarikat yang tidak mengutamakan bantuan teknikal seperti ini. Syarikat penyedia yang baik akan membantu anda secepat mungkin,24/7. Untuk menarik pelawat kembali ke blog anda selalu,kecekapan server mesti bagus. Jika laman web anda ada banyak uptime ia bermakna anda jarang terkena offline.Pelawat blog akan bosan jika web anda sering ‘down’.Jika web anda adalah jenis perniagaan,bermakna imej anda sudah buruk dimata mereka.Kebanyakan penyedia web host menjanjikan 99% hingga 99.9% uptime. Tawaran Asas Biasanya syarikat penyedia akan menawarkan domain name, disk space, dan transfer. Sesetengah pula menawarkan free domain name bersama-sama dengan unlimited disk space dan transfer .Manakala yang lain pula mengenakan caj (yuran) untuk domain name dan khidmat lain yang terhad. Tugas anda adalah senarai pendekkan maklumat penyedia perkhidmatamn web host ini berdasarkan bayaran bulanan dan tawaran yang disediakan tadi. Bonus Kerana persaingan mendapatkan pelanggan, syarikat ini kadang-kdang ada menyediakan, kupon dan bonus. Bergantung kepda pelan mana yang anda beli, sesetengah syarikat ada menawarkan servis percuma (biasanya enam bulan) Terdapat juga bonus seperti boleh mendirikan seberapa banyak website yang anda mahu .
3
Apakah Kemahuan Anda ? Terdapat jenis web hosting seperti E-Commerce . Dedicated webhosting hingga kepada Budget webhosting.Jika anda mahu website yang simple pilihan anda semestinya Budget webhosting. Kalau hendak berniaga barangan yang banyak, anda perlukan E-Commerce webhosting. Mengenali kemahuan anda dan jenis web hosting yang bersesuaian dengan anda adalah langkah yang bijak. Perhatikan Ciri-Ciri Asas Ini Ruang Web (disc space) -ianya berkaitan dengan unit MB (megabyte).Apa yang anda masukkan data ke dalam website,akan dikira mengikut unit ini.Lagi banyak anda guna lagi banyak MB di gunakan.Data termasuklah perkataan,gambar atau video.Sekiranya produk perniagaan anda banyak biasanya ruang web yang besar diperlukan .Oleh itu memilih web hosting yang mampu menggalas tugas anda adalah penting.Perhatikan ruang web ini apabila memilih webhosting . Bandwith -keluasan saluran internet atau boleh dianggap jalanraya.Jika jalanraya ke rumah anda jenis superhighway, ramai lah yang datang melawat anda tanpa mengalami sebarang kesesakkan dan kesukaran.1GB boleh dikira mencukupi untuk laman web biasa. PHP,ASP,CGI -ini adalah aturcara laman web.Rasanya banyak webhosting menyediakan aturcara ini. MySQL,Access -ini adalah pusat maklumat di dalam laman web.Ada juga penyedia webhosting menawarkan satu sahaja database dan ada yang ‘unlimited’.Anda perlu bayar untuk mendapatkan tambahan database. Control Panel -ini adalah pentadbiran laman web anda.Terdapat emel,pengurusan domain,data pelawat,perisian lamanweb,dan sebagainya.Beri perhatian yang lebih kepada ciri ini.Ia sangat berguna untuk anda. Pilihan Saya ? Dari tarikh saya menulis laporan ini rasanya sudah 2 tahun saya menggunakan webhosting dari NetKL. Ada bebrapa blog yang sudah tamat domain nya kerana saya tidak renew tempoh pelan satu tahun yang saya beli.Bukan kerana servis mereka leceh tetapi strategi mencari wang saya di internet tidak betul.Saya masih mengekalkan satu blog yang berkaitan dengan pemasaran internet. Pengalaman saya dengan NetKL tidak banyak kerana servis mereka menepati ciri-ciri yang saya sebutkan di atas.Saya jarang menghantar emel kepada
4
mereka kerana mereka dahulu yang menghantar emel kepada saya sekiranya terdapat ‘down’.Seingat saya pada tahun 2008 terdapat sekali down (4 jam) kerana langkah menaiktaraf server mereka. Pada tahun itu juga saya ada menghantar satu emel bertanyakan tentang ‘database’.dan mereka menjawab dalam masa lebih kurang 30 minit kalau tak silap saya. Kesimpulan Kerja memilih webhosting memang sukar kerana banyak pilihan yang ada didepan mata.Hingga tidak tahu mana yang patut dipilh. Anda kadang-kadang terpaksa merasainya dahulu dan melalui pengalaman lah yang akan mematangkan anda dalam memilih webhosting yang bersesuaian dengan kehendak anda. Sekian, Terima Kasih
Hafiz Ahmad www.rahsiaberniaga.com
______________________________________________________________________
_______________________________________________________________
5