Membaca Warkah

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Membaca Warkah as PDF for free.

More details

  • Words: 1,133
  • Pages: 6
Segulung Anugerah Untuk Ibu Melangkah masuk ke dalam dewan ini seakan gemanya meremang keseluruh tubuh seakan satu rasa menyerap keseluruh deria harum wangi ini, suasana ini, mengimbau memori lalu ketika ibu memakaikan aku persalinan pertama dengan bedak dirata kemuka kolar baju dilipatkan butang baju dikenakan rambut kemas disikatkan kasut baru ditalikan bekal makanan disediakan itulah pengorbanan ibuku mencipta harapan dan melakar impian untuk anaknya mencapai kejayaan detik itu aku buntu menjejak sekolah darjah satu tanpa tahu tuju untuk mengenal dunia baru seawal pagi ibu bangkit entah bila masanya ibu tidur kerana acap kali aku terlena.. ibu yang dodoikan kerana tiap kali aku membuai kenikmatan tidur.. ibu lah yang lenakan kerana setiap kali aku tersedar.. ibu pasti berada disisi tidak pernah terfikir akan waktu tidurnya tidak pernah terlintas akan waktu bangkitnya tidak pernah terdetik mengetahui makan minumnya cuma

Perjalanan kehidupan seorang anak Pengorbanan seorang wanita yang bergelar ibu sukar dinilai dengan wang ringgit ataupun harta benda. Kesulitan semasa hamil, kesakitan yang dialami tatkala melahirkan dan pelbagai cabaran membesarkan, mengasuh serta mendidik anak dihadapi dengan penuh tanggungjawab dan pasrah pada Ilahi. Segala penderitaan dan kesengsaraan hidup yang ditempuhi membuatnya lebih tabah dan sabar tanpa berkeluh kesah dan merungut. Demi kelangsungan hidup si anak, ibu sanggup menggadai nyawa memberikan yang terbaik bagi kesejahteraan permata hatinya. Maka, apakah memadai jasa dan pengorbanan seorang ibu itu

sekadar dihayati dan dikenang tatkala menyambut Hari Ibu saja? tentu tidak kerana sikap seumpamanya akan hanya menjadi budaya sekali setahun dan bukannya menjadi budaya sepanjang hayat. Kita mungkin boleh berbangga dengan adanya pelbagai anugerah dan hadiah kepada para ibu, tetapi kita perlu sedar dan menginsafi hakikat bahawa jasa dan pengorbanan para ibu melahirkan, membesarkan dan mendidik anakanak tidak dapat disamakan dengan wang ringgit atau material. Walau bagaimanapun, Hari Ibu yang hadir pada bulan Mei setiap tahun tidak harus dibiarkan berlalu tanpa pengisian yang bermakna. Sebagai anak, kita sememangnya dituntut untuk mengenang jasa dan pengorbanan ibu yang mengandungkan, melahirkan, menyusukan, memelihara dan mengasuh kita dengan penuh kasih sayang selaras dengan firman Allah: Maksudnya: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan bersusah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikannya susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal salih yang Engkau redhai; dan jadikanlah sifatsifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu, dan sesungguhnya aku dari orang Islam (yang tunduk patuh kepada-Mu)”. (S. Al-Ahqaaf: 15). Justeru, Hari Ibu sewajarnyalah dimanfaatkan sebaik mungkin untuk menilai sejauh mana kita mensyukuri serta menghargai

pengorbanan ibu kita dalam melaksanakan peranan dan kewajipannya sebagai ibu, pengasuh, isteri, di samping tugas dan tanggungjawab lainnya di luar rumah seperti komitmenya di tempat kerja dan juga persatuan-persatuan yang dianggotainya. Perbuatan serta usaha serupa ini akan membolehkan kita mengambil langkah-langkah perlu bagi mengeratkan lagi hubungan dan persefahaman sekali gus melahirkan rasa hormat serta terima kasih kepada ibu masingmasing dengan menterjemahkannya melalui komitmen yang tulus ikhlas menjaga dan memelihara mereka dengan baik dan sempurna hingga ke akhir hayat dengan belaian kasih sayang yang tak pernah luntur dan padam. SIDANG JAMAAH YANG SAYA MULIAKAN, Hormatkan ibu bererti sentiasa menjaga hati dan perasaan mereka supaya tidak tersinggung ataupun disakiti. Dengan kata lain, segala suruhan dan larangan ibu mestilah dipatuhi dan sama sekali tidak boleh dikhianati. Sesiapa yang tidak menghormati ibunya ataupun mengingkari segala tunjuk ajarnya yang baik, maka dia (anak) bolehlah dianggap telah menderhakai ibunya. Dan mereka yang derhaka kepada ibunya akan menghadapi pelbagai kesulitan di dunia dan di akhirat. Menurut sebuah riwayat, pada zaman Rasulullah, ada seorang hamba Allah yang bernama Wail bin Khattab yang terlalu mencintai isterinya sehingga sanggup berlaku derhaka terhadap ibu bapanya. Tatkala dia menghadapi saat kematiannya, dia menderita sakit yang mengerikan di mana tubuh badannya menggelepar di atas tempat tidurnya sehingga peluh membasahi seluruh badannya. Keadaannya bertambah parah dari hari ke hari dengan mata bernanah, mulut ternganga lebar, bibir bengkak, tekak tersumbat, malah tangan dan kaki terbujur kaku. Sahabat Rasulullah silih berganti mengajarnya kalimah syahadah,

tetapi semuanya sia-sia belaka. Oleh kerana keadaannya bertambah teruk, Rasulullah memerintahkan Ali bin Abu Talib supaya membimbingnya dengan ucapan kalimah syahadah. Bagaimanapun, usaha itu tetap gagal. Rasulullah bertanya kepada sahabat: “Adakah Wail mempunyai orang tua?” Jawab sahabat: “Tinggal ibunya saja, wahai Rasulullah.” Kemudian, sabda Baginda: “Suruh dia datang ke mari.” Selepas ibu Wail menghadap, Rasulullah bertanya: “Bagaimanakah keadaan Wail sehari-hari sebelum dia sakit? Apakah dia pernah melakukan dosa besar yang ibu pernah lihat?” Ibu Wail menjawab: “Dia derhaka terhadap saya, wahai Rasulullah! Dia sering mencaci saya setiap kali dia mendengar aduan isterinya. Dia sangat cintakan isterinya sehingga tergamak untuk tidak menghargai saya. Dia selalu percaya kata-kata isterinya daripada saya. Demikianlah, wahai Rasulullah!” Sabda Rasulullah lagi: “Bukankah Wail itu anakmu, buah hatimu! Maka ampunilah kesalahannya terhadapmu.” Jawab ibu Wail: “Tidak! Tidak! Wahai Rasulullah, air mataku belum kering kerana dia.” Sabda Rasulullah lagi: “Tetapi Wail adalah anakmu, kasihanilah dia.” Jawab ibu Wail: “Tidak, Rasulullah! Dia sering menyakiti hati saya.” Lalu rasulullah termenung sejenak. Kemudian, Baginda memerintahkan sahabat mengumpulkan kayu dan dinyalakan untuk membakar Wail hidup-hidup. Melihat tindakan itu, ibu Wail segera berkejar langsung menjerit dan mengampuni kesalahan anaknya. Sebaik ibu itu mengampuni kesalahan anaknya, wajah Wail berubah beransur baik. Akhirnya, dia dapat mengucapkan dua kalimah syahadah dan menghembuskan nafasnya yang terakhir. SIDANG JAMAAH YANG SAYA MULIAKAN,

Peristiwa yang diungkapkan itu memperlihatkan azab dunia yang ditunjukkan Allah terhadap sesiapa yang derhaka kepada ibunya. Kerana itu, kita hendaklah sentiasa berbakti kepada ibu bapa kita dan jangan sesekali menyakiti hati mereka dengan apa cara sekalipun. Ini selaras dengan perintah Allah melalui firman-Nya di dalam AlQuran: Maksudnya: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya sematamata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan pelharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan (ha), dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan-santun).” (S. Al-Israa’: 23). Sehubungan itu, selagi ibu kita masih hidup, luangkanlah masa untuk bersama dan berbakti kepadanya, sentiasa meminta ampun daripadanya; berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kerana sesungguhnya kasih ibu tiada tandingannya; syurga di bawah telapak kaki ibu. Ingatlah bahawa penyesalan di kemudian hari tidak berguna. Maka, selagi hayatnya ada, curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya, kerana seorang ibu perlu diberikan keutamaan serta layanan yang sebaik mungkin sebagaimana hadis Rasulullah yang bermaksud: Seorang sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, siapa yang paling berhak memperolehi layanan dan persahabatanku?” Nabi s.a.w menjawab: “Ibumu, kemudian ibumu, kemudian ibumu, kemudian bapamu, kemudian yang lebih dekat kepadamu dan yang lebih dekat kepadamu”. (H.r. Muttafaq Alaih).

Related Documents

Membaca Warkah
June 2020 14
Warkah Melayu
December 2019 24
Membaca
June 2020 27
Warkah Dari Ummu Taqi
December 2019 11
Warkah Buat Ibu...
November 2019 31