Meiji

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Meiji as PDF for free.

More details

  • Words: 1,522
  • Pages: 5
SANDARKAN PADA KENANGAN SEJARAH SEBAGAI PERINTIS KEMAJUAN DAN PEMBINA JATI DIRI Artikel ini ditulis oleh: Asmizar bin Abu Ghazaly bin Abdul Wahab Syed Md Ad’ha Aljunied Globalisasi merupakan salah satu cabaran utama yang mampu memberi kesan mendalam akan identiti seseorang individu, sebuah bangsa atau negara. Ini disebabkan globalisasi merupakan alat yang terluas dimiliki oleh tamadun manusia kini kerana ianya berpaksi atas tujuan merangkumi dunia melalui jaringannya. Kita dapat menyaksikan keluasan pengaruh tersebut dengan terlaksanannya pertukaran maklumat dan penyerapan idea dengan sekelip mata. Di dalam wacana falsafah, masa (time) merupakan faktor asal terhadap keadaan (space). Dengan terkawalnya masa, maka keadaan akan disesuaikan mengikut perlaksanaan waktu. Manusia tidak semestinya terhad oleh keadaan seperti sebelumnya. ( If Man control time, he control space.) Kebolehan mengawal masa dan keadaan memberi petunjuk yang amat jelas bahawasanya manusia itu lebih tinggi dari segala ciptaan. Keupayaan akal fikiran, niat dan tindakan manusia akan menempatkan segala sesuatu kewujudan yang langsung memberi identiti kepada benda atau manusia tersebut. Di sini kita dapat mengamati bagaimana penjajahan telah menyebabkan sesuatu kaum atau negara itu tertakluk di bawah sistem pihak kolonialis. Maka sesiapa yang lebih cekap dan kehadapan mengawal masa dan keadaan, dia yang akan menjadi orang yang terutama di dalam hal-hal penentuan hal-tuju dunia sekelilingnya. Yang menjadi persoalan di benak fikiran kami ialah sesebuah bangsa atau negara akan terbelenggu langsung di dalam ukur-tara atau definisi kewujudan yang ditempatkan oleh mereka yang terdahulu. Ini akan menjadi satu persepsi diri (self-perception) dan pada masa jangka yang panjang sebuah jati-diri (self-identity) semulajadi kepada setiap individu di dalam bangsa atau negara tersebut. Sifat-sifat seperti malas, kurang cekap dan berfikiran mudah dikaitkan kepada sesebuah masyarakat padahal ianya merupakan sifat yang boleh dimiliki oleh setiap manusia yang berjalan diatas muka bumi. Jika yang demikian merupakan perbicaraan yang biasa bagi

1

masyarakat itu, maka usaha penjajahan itu telah mencapai kejayaan yang mendalam. Pengecapan yang terjadi dari luar ini akan menjadi sebati, lalu mematahkan jiwa individu untuk keluar dari persepsi tersebut. Anggota masyarakat tersebut akan menguatkan lagi pengecapan yang diberi dengan senantiasa bersikap sinis dan kurang menyokong usaha-usaha yang remeh, padahal dari situ bermulanya segala bentuk kejayaan yang memberangsangkan. Walaupun penjajahan dari luar mampu secara sistematik memberi identiti sesebuah kaum, ianya tidak akan dapat menyerap ke setiap pelusuk masyarakat tersebut jika mereka tidak membenarkan ia berlaku. Kekuatan jiwa untuk membentengi kedatangan arus penjajahan akal dan fikiran boleh diteguhkan lagi melalui terwujudnya kepimpinan dan sistem pentadbiran yang autentik, berwawasan dan tulus. Ianya akan mendapat sokongan yang lebih meluas jika persepsi diri dan identiti sesebuah masyarakat atau negara telah dipersetujui bersama sebelumnya. Bangsa atau negara tersebut akan menuju wawasan itu dengan penuh semangat dan yakin. Setiap pelusuk masyarakat akan menjadi pemilik agenda utama itu. Para pemimpin masyarakat itu akan berusaha mencari bukti-bukti sejarah dan fakta-fakta asal untuk mengembalikan semangat yang kian pupus di dalam masyarakat itu. Gerakan-gerakan nasionalisma, pembinaan budaya-bahasa bangsa dan proses pengislaman adalah di antara usaha yang indigenis, bertujuan merealisasikan pengembalian jati-diri yang kehadapan, lengkap dan autentik. Ini dilaksanakan dengan penuh kepercayaan akan kejayaannya walaupun terdapat banyak kekurangan dari segi kelengkapan idea dan tindakan yang dibutirkan. Sejarah sesebuah negara atau masyarakat sering digunakan sebagai asas atau rujukan dalam membina jati diri untuk negara, bangsa atau masyarakat tersebut. Pendekatan ini berkesan jikalau sejarah tersebut merupakan satu titik permulaan atau perubahan sebuah politi. Sejarah yang dimaksudkan ini boleh berbentuk sejarah yang terbilang lagi gemilang mahupun sejarah yang berbentuk tragis, asalkan ia dapat dijadikan sebagai pembangkit mangkin atau perintis kepada kedatangan arus perubahan dan kemajuan. Untuk melihat contoh bagaimana sejarah digunakan sebagai pembina jati diri ataupun perintis arus kemajuan, sebuah model akan diteliti iaitu sejarah Jepun di zaman era pemerintahan Meiji di kurun ke-19. Di Jepun, kebanyakan rakyat mereka pasti akan mengenang dua peristiwa yang merubah arah kehidupan di Jepun iaitu pemulihan kuasa Maharaja Meiji (Meiji Ishin di dalam bahasa Jepun) dan juga tragedi pengeboman Hiroshima dan Nagasaki. Banyak telah

2

dikatakan mengenai kebangkitan Jepun yang menakjubkan pasca Perang Dunia Kedua. Namun keupayaan ini sebenarnya berasas daripada proses pembaharuan dan pemodenan yang diperkenalkan oleh pentadbiran era Meiji. Peristiwa Meiji Ishin (1866-1869) yang membawa kepada zaman pemerintahan Meiji ataupun Era Meiji (1868-1912), diperingati bukan kerana tamatnya pemerintahan de facto rejim shogun Tokugawa tetapi kerana bermulanya era pembaharuan dan pemodenan di Jepun yang sebelum ini telah dikongkong oleh rejim Tokugawa selama lebih dua abad. Para pemimpin baru di zaman pemerintahan era Meiji berazam untuk membangunkan tanahair mereka supaya ia dapat elak daripada dijajah kuasa-kuasa Eropah. Proses pembaharuan tahap pertama dimulakan dengan mengundang lebih tiga ribu pakar dari negaranegara Barat untuk mendidik rakyat dan pemerintah Jepun dalam proses modernisasi. Tahap selanjutnya pula menyaksikan pempimpin-pemimpin utama Jepun masa itu seperti Toshimichi Okubo, Kogoro Katsura dan Tomomi Iwakura menjelajahi negara-negara Barat selama dua tahun bermula pada tahun 1871 demi mempelajari cara-cara selanjutnya dalam usaha pemodenan negeri Jepun. Menerusi Rombongan Iwakura ini, pempimpinpemimpin Jepun menunjukkan kesedaran bahawa pendidikan dan kemajuan dari segi sains dan teknologi adalah asas yang penting dalam proses pemodenan. Untuk memaparkan kesungguhan mereka dalam memodenkan Jepun, para pelopor Rombongan Iwakura ini telah membawa sekumpulan enam puluh orang pelajar termasuk lima orang pelajar wanita untuk mengikuti rombongan mereka di mana ada di antara mereka yang kemudiannya menyambung pendidikan mereka di kolej-kolej dan universiti-universiti Barat di Amerika Syarikat dan Perancis, misalnya. Kepulangan pelajar-pelajar ini amat dialu-alukan oleh pemerintahan Meiji dan kepakaran mereka bukan sahaja digunakan dari segi pentadbiran, malahan juga dari segi bidang pendidikan, sains dan pembangunan teknologi. Disebabkan pengalaman yang berputik daripada peristiwa Meiji Ishin ini, Jepun berupaya mengangkatkan dirinya sebagai sebuah kuasa besar di Asia dan walaupun Perang Dunia Kedua menyebabkan kemusnahan di Hiroshima dan Nagasaki, pengalaman yang telah sedia ada membolehkan Jepun bangkit sebagai sebuah kuasa ekonomi dunia. Sistem yang melahirkan tenaga-tenaga kepakaran tertentu, wujud semenjak era Meiji, tidak luntur dek peperangan dan dapat digembleng untuk membangunkan semula Jepun. Pembaharuan yang dibawa Meiji Ishin juga telah bertanggungjawab membangunkan beberapa buah syarikat yang terbilang di Jepun seperti Sumitomo, Mitsui dan Mitsubishi yang masih unggul hingga kini.

3

Kenangan mengenai peritiswa Meiji Ishin juga dipaparkan dalam persada seni Jepun menerusi manga (komik) dan anime (rancangan kartun) seperti Rurouni Kenshin (Samurai X) dan Peacemaker Kurogane, dan juga rancangan drama televisyen seperti Shinsengumi, yang memaparkan corak kehidupan di Jepun era lewat Tokugawa dan awal Meiji. Rancangan Rurouni Kenshin (Samurai X) misalnya bukan sahaja memaparkan kisah seorang pendekar perantau yang berlatarkan era Meiji tetapi ia juga memberikan gambaran sosial mengenai cabaran arus pemodenan, di samping menekankan nilai-nilai kemanusiaan dan kedamaian. Pemaparan era Meiji menerusi media massa popular juga telah dapat memastikan bahawa rakyat Jepun dewasa kini, terutama golongan muda, sedikit sebanyak mengetahui dan memperingati peristiwa sejarah yang telah merubah corak kehidupan negeri mereka, sekaligus menguatkan lagi jati diri Jepun. (Harus diingat juga, alat-alat media massa seperti manga dan anime adalah budaya popular yang unik kepada negeri Jepun dan sekaligus menyumbang kepada pembinaan jati diri Jepun.) Kita sudahpun melihat contoh yang diberikan Jepun, iaitu bagaimana peritiswa Meiji Ishin digunakan sebagai titik permulaan proses pemodenan Jepun yang mencorak gaya hidup mereka kini. Banyak pengajaran yang boleh ditimba daripada pengalaman Jepun semasa zaman Meiji sebagai iktibar kepada masyarakat kita dalam menempuhi cabaran proses pemodenan. Persoalannya sekarang ialah sama ada masyarakat Melayu Singapura kini dapat mengenal pasti satu detik di dalam sejarah mereka di mana ia boleh digunakan sebagai pemberi semangat untuk memajukan diri di samping menguatkan lagi jati diri masyarakat Melayu tempatan yang seiring dan sejalan dengan aspirasi negara Singapura. Mengingatkan kembali sejarah yang hilang adalah satu usaha yang mulia dan mempunyai nilai yang tersirat. Bagaimanapun, pengukuran sesuatu usaha yang mulia harus berpaut pada penggunaan usaha tersebut secara lahiriah. Persoalan yang perlu diajukan ialah apakah nilai sejarah tersebut dan adakah usaha itu mendatangkan penghasilan yang diingini. Pengukuran penghasilan yang memadai itu harus berpaksi atas nilai praktikal atau terserlah. Di sini usaha mengembalikan peringatan sejarah itu haruslah memberi semacam daya-tenaga yang mampu mengeluarkan semangat untuk masyarakat Melayu menuju kehidupan yang mencabar di dalam era globalisasi ini. Kita harus menjiwai peringatan kata-kata sejarah bahawasanya peringatan tentang sejarah itu

4

sebenarnya membantu manusia agar kita tidak mengulangi kesilapan lama kerana barangsiapa yang gagal memahami peringatan sejarah, mereka akan menghadapi pengakhiran yang mengecewakan. Salah satu usaha memperingati sejarah yang bersemangat ialah memahami peripentingnya mencabar wacana yang berpaksi di atas niat untuk menempatkan masyarakat dibawah stereotaip yang keji. Di sini wacana orientalisma menjadi perhatian utama. Usaha mencabar pemikiran yang tertawan dek wacana orientalisma, akan membantu segala usaha mengingati sejarah yang lampau. Ini dilakukan untuk mencari jati-diri yang tulen lalu menempatkan sesebuah masyarakat itu ditempat yang mulia di dalam sesebuah negara. Usaha ini memerlukan daya usaha intelek yang tinggi dan bersemangat waja kerana untuk mengasingkan apa yang dianggap sebagai mitos dan faktor sejarah amat memayahkan. Juga tidak kurang pentingnya di dalam usaha sedemikian ialah sikap objektif terhadap pencarian ilmu yang autentik dan tidak tercemar oleh keadaan yang tersedia-ada. Cabaran globalisasi juga memberi semangat waja kepada peringatan sejarah yang autentik ini. Ini disebabkan pencarian identiti yang tulen harus didasari nilai-nilai seperti keadilaan dan kesaksamaan. Kekurangan di dalam pembentukan perspektif yang sedemikian mungkin akan mengagalkan usaha peringatan sejarah ini di dalam memberinya nilai-nilai yang terkini dan bersifat menghakis gejala budaya yang merosakkan. Kejahiliahan yang tersusun rapi hanya boleh diatasi oleh kebenaran yang terserlah dan mengeluarkan sinaran cahaya yang menerangi alam semesta.

5

Related Documents

Meiji
May 2020 9
Meiji Proposal
June 2020 8
Revolutia Meiji
July 2020 12
Shanghai Alice Of Meiji 17
November 2019 3
Logo Animation Meiji
June 2020 6