Sejauhmanakah Pendekatan dalam Pendidikan Moral dapat mengatasi kelemahan moral yang dialami oleh murid? Pendidikan Moral memainkan peranan penting dalam merealisasikan matlamat pendidikan dan sebagai wardah untuk mencapai hasrat negara. Mata pelajaran ini merupakan satu subjek yang penting di sekolah dalam melahirkan generasi yang berilmu, berdisiplin dan berwawasan. Tambahan pula, dalam usaha melahirkan insan yang bermoral, peranan Guru Pendidikan Moral memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan pelajarannya dengan berkesan dan menjadi
contoh (role
model) kepada
para
pelajarnya.
Dalam
penghidupan
(sosialisasi), seseorang individu perlu melalui berbagai proses perkembangan sehingga mencapai kematangan. Salah satu proses yang dialami ialah proses perkembangan moral. Antara lain, proses sosialisasi pelajar akan mempengaruhi pemikiran, emosi dan tingkah laku di mana akan memberi perubahan besar dalam kehidupan mereka.
Sosialisasi berlaku secara sedar atau tidak sedar. Walaupun pelajar diajar secara langsung (delibrate) cara-cara tingkah laku, sikap-sikap dan nilai-nilai yang baik di rumah dan di sekolah, tingkah laku, sikap dan nilai kumpulan dalam masyarakat yang lain secara tidak langsung juga akan dipelajari oleh pelajar hasil daripada tingkah laku atau perbuatan-perbuatan orang-orang dewasa di sekitarnya. Ramai ahli sosiologi berpendapat bahawa kita tidak dilahirkan sebagai manusia, tetapi kita menjadi manusia melalui proses interaksi atau sosialisasi. Sosialisasi mengubah organisme bilogikal kepada insan sosial. Melalui sosialisasilah seseorang belajar isi kandung kebudayaannya. Melalui sosialisasilah kebudayaan manusia dapat dipindahkan daripada satu generasi kepada generasi yang lain.
Menurut Kamus Dewan (1970) ‘guru’ bererti pendidik, pengajar dan pengasuh. Daripada pengertian di atas, jelas menunjukkan guru merupakan insan yang berkecimpung dalam arena perguruan yang dikaitkan sebagai suatu bidang mengajar atau melaksanakan dalam konteks institusi pendidikan dalam usaha menyampaikan ilmu kepada anak murid atau masyarakat. Dalam kerengka tugas sebagai Guru Pendidikan Moral yang berwibawa, khususnya dalam meningkatkan perkembangan moral kognitif remaja (pelajar) ke arah melahirkan generasi yang
bertanggungjawab dan berwawasan, seseorang Guru Pendidikan Moral harus sedar bahawa pelajar yang datang ke sekolah telah mempelajari serba sedikit persoalan moral di rumah daripada keluarga dan masyarakat.
Keadaan ini bermakna, para pelajar harus diberi harapan dan kepercayaan agar tabiat tentang moral yang dipelajari bakal melahirkan pengetahuan moral mereka sekaligus perkembangan moral kognitif terus subur. Dengan cara ini kita dapat memupuk nilai-nilai dan prinsip hidup golongan remaja agar menjadi remaja yang berilmu serta berdisiplin. Kenyataan ini dapat disokong oleh pendapat Yahya Buntat at.el, (2003) di mana Guru Pendidikan Moral bukan sahaja berkemahiran mengajar dan mengembangkan ilmu, malah sikap, tingkah laku dan disiplin diri harus di bentuk ke arah profesionalisme.
Dalam
mengajar
mata
pelajaran
Pendidikan
Moral,
Pendekatan
Perkembangan Moral Kognitif adalah berasaskan kepada teori perkembangan moral Kohlberg (1962) yang memberi fokus kepada merangsang perkembangan moral para remaja (pelajar). Pedekatan ini banyak membantu membina kebolehan menaakul golongan remaja di peringkat yang lebih tinggi. Bailey (1979) dalam (Chang Lee Hoon, 2005) turut menyatakan bahawa perkembangan moral pada peringkat ini lebih tertumpu kepada perkembangan karaktor moral, sikap terhadap peraturan moral dan membuat pertimbangan moral. Di samping itu juga, istilah ‘perkembangan’ memberi satu gambaran yang menunjukkan satu perubahan yang progresif ke tahap yang lebih kompleks yang tidak boleh diterbalikkan, maka perkembangan moral membayangkan andaian mengenai apakah yang dianggap matang dari segi moral (Downey & Kelly (1978) dalam Chang Lee Hoon (2005).
Terdapat beberapa perspektif atau teori perkembangan moral yang membawa implikasi terhadap pendidikan moral, khususnya dalam kebanyakan gejala sosial yang berlaku kini. Penaakulan moral yang matang adalah penting kerana pemikiran yang rasional memudahkan pembelajaran dan penerapan nilainilai murni dalam kalangan remaja (Loganathan, 1995). Stoll & Beller dalam Loganathan (1995) turut melaporkan bahawa sekolah-sekolah kini sedar bahawa sesuatu harus dilakukan untuk mengajar nilai-nilai murni dan yang lebih penting lagi adalah mengajar pelajar cara menaakul tentang sesuatu nilai. Namun, Wilson (1973)
memang telah menjelaskan bahawa penaakulan moral merupakan suatu kemahiran yang boleh diajar dan dipelajari.
Guru Pendidikan Moral juga harus sedar bahawa di sekolah sendiri merupakan sumber pembelajaran moral secara tidak langsung. Suasana sosial di sekolah, cara sekolah itu ditadbir dan bagaimana guru-guru bertingkah laku akan memberikan pengaruh secara tidak langsung kepada pembelajaran moral para pelajar di sekolah. T. Mariuthu (1980) dalam Rosiadi (2008) menjelaskan bahawa remaja menghabiskan hampir seluruh masanya di sekolah. Pengaruh sekolah adalah kedua pentingnya berbanding dengan keluarga. Organisasi dan struktur belajar di sekoah seperti pengagihan pelajar mengikut pencapaian, pihak berkuasa yang menekankan peperiksan, bentuk, struktur ganjaran dan hukuman, sikap dan harapan guru, kesemuanya menggalakkan masalah disiplin dalam kalangan pelajar yang lemah dari segi akademik.
Keadaan ini sudah tentu berbeza jika pelajar yang belajar di sekolah yang ternama dan tinggi penghayatan moralnya sudah tentu lebih beruntung dan mudah proses pemupukan nilai dilakukan berbanding dengan sekolah yang sebaliknya. Dengan cara ini, Guru Pendidikan Moral di sekolah terbabit berperanan mengembangkan moral kognitif pelajar yang bermasalah. Menyentuh peranan guru dalam menangani masalah vandalisme di sekolah, ia perlu dilihat dari sudut sikap guru itu di mana beliau hampir dengan pelajar selepas ibu bapa (Abdullah, 2005). Sudah tentu usaha ini akan memberi kesan kepada masalah pelajar kerana tanggungjawab mendisiplinkan pelajar terlelak di bahu guru di sekolah.
Selaras dengan kepentingan Perkembangan Moral mengikut skema Kohlberg (1975) mengatakan bahawa penaakulan moral bukan sahaja merupakan salah satu faktor yang menggerakkan tingkah laku moral tetapi penaakulan moral juga adalah faktor paling penting yang pernah dikaji dan terbukti dapat menggerakkan tingkah laku moral. Kohlberg membicarakan bahawa bagaimana individu boleh bertingkah laku moral jika dia tidak faham dan tidak berfikir tenang sebab kenapa dia patut bertingkah laku sebegini. Justeru, Guru Pendidikan Moral harus bersedia mengajar nilai-nilai moral sekaligus memperkembangkan pengetahuan moral pelajar agar mencapai matlamat untuk melahirkan individu yang bermoral tinggi. Tambahan
Loganathan (1995) penaakulan moral yang matang adalah penting kerana pemikiran yang rasional memudahkan pembelajaran dan penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan remaja di sekolah.
Selain itu, Guru Pendidikan Moral haruslah bertanggungjawab menyalurkan objektif-objektif seiring dengan penerapan nilai-nilai murni Pendidikan Moral dalam kalangan pelajar. Di bawah rancangan KSSR dan KSSM, nilai-nilai murni diterapkan bukan sahaja dalam mata pelajaran Pendidikan Moral tetapi juga dalam semua mata pelajaran yang lain. Selaras dengan Falsafah Pedidikan Kebangsaan, KSSR dan KSSM digubal berdasarkan kepada prinsip kesepaduan unsur-unsur yang membolehkan potensi individu berkembang secara menyeluru dan seimbang. Justeru itu, bagi mencapai matlamat Pendidikan Kebangsaan, pelajar-pelajar sekolah akan diberi peluang menghayati nilai-nilai murni serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian mereka. Keadaan ini sejajar dengan perkembang moral kognitif pelajar berkenaan dengan ‘pertimbangan moral’ (moral judgement) Kohlberg (1987) dalam Chang Lee Hoon (2005) yang mengklasifikasikan terdapatnya tiga ciri pertimbangan moral bagi golongan pelajar iaitu (i) pertimbangan tentang nilai bukan fakta (ii) pertimbangan sosial yang melibatkan pertimbangan tentang manusia dan (iii) pertimbangan normatif atau preskriptif, pertimbangan tentang patut, hak dan tanggungjawab dan bukan pertimbangan nilai tentang kecenderungan sendiri.
Sejajar dengan tanggungjawab besar para guru seperti yang terkandung dalam Etika Profesion Perguruan (EPP), Guru Pendidikan Moral juga tidak lepas daripada
tanggungjawab
betapa besarnya
ini.
Ikrar
dalam
tanggungjawab membimbing
EPP, anak
‘....
dengan
muda
untuk
menyedari mencapai
kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan’ (Yahya Buntat, et.al, 2003). Dengan menjalankan tugas penuh dedikasi sebagai seorang pendidik, adalah diharapkan bahawa matlamat pendidikan kebangsaan
dapat
dicapai
bagi
menghasilkan
pelajar-pelajar
yang
bertanggungjawab dan mempunyai akhlak yang bermoral tinggi serta mulia. Adalah diharapkan juga para pelajar menolak sikap devian mereka agar tidak terlibat dalaam gejala vandalisme di tempat awam ataupun sekolah.
Antara lain, kekuatan moral bakal melahirkan masyarakat “berminda kelas pertama” adalah masyarakat yang berpengetahuan, mampu berdaya saing, berbudaya kerja cemerlang, berintegriti dan memiliki kekuatan moral. Masyarakat tersebut juga tahu menghayati dan menghargai budaya, kesenian dan warisan serta sejarah negara, bangsa dan agamanya. Identiti nasionalnya kekal terserlah melalui pembinaan jati diri yang kukuh dan tidak mudah dihanyutkan oleh arus globalisasi. Prinsip-prinsip kepercayaan kepada Tuhan dan kesetiaan kepada Raja dan negara senantiasa dijunjung. Semangat Islam Hadhari yang menekankan kepada pegangan prinsip-prinsip berasaskan nilai-nilai universal yang luhur, akan diterapkan.
Di atas kepentingan tugas Guru Pendidikan Moral adalah bertepatan dengan visi dan misi Kementerian Pelajaran Malaysia bagi melahiran insan pelajar yang seimbang dalam semua aspek kehidupan mereka. Justeru, dalam melahirkan insan pelajar yang kreatif dan inovatif dalam pembelajaran mereka sudah tentu memerlukan tanggungjawab, kaedah, teknik, strategi dan pendekatan proses pengajaran serta pembelajaran yang baik dan berkesan.