Masalah Keciciran Pelajaran Kaum Orang Asli

  • Uploaded by: ABANG ISAIFUDDIN BIN ABANG NORAN
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Masalah Keciciran Pelajaran Kaum Orang Asli as PDF for free.

More details

  • Words: 2,045
  • Pages: 10
TUGASAN 2 Analisis Isu Nasional Berkaitan Pendidikan

PENDIDIKAN ORANG ASLI OLEH: BASIR ZAHROM [BERITA HARIAN/22 DISEMBER 2008] 1.0

Sinopsis Wawasan 2020 adalah merupakan fokus utama Malaysia dalam mencapai impiannya

menjadi sebuah negara yang berdaya saing dan maju di mata dunia. Hasrat tersebut diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada usaha yang berterusan agar segala yang diimpikan menjadi realiti dan bukan sekadar impian. Bagi merealisasikan matlamat tersebut, aspek pendidikan menjadi fokus utama kerajaan agar tidak ada golongan yang ketinggalan dalam perkembangan arus perdana yang pantas. Namun demikian, masih terdapat golongan Orang Asli yang tercicir di dalam mengejar pendidikan. Persoalannya ialah apakah punca yang menyebabkan berlakunya keciciran di dalam kelompok orang Asli tersebut? Bagaimanakah kerajaan, masyarakat serta guru berusaha untuk menampung lompang yang terhasil? Adakah perkara ini akan menjejaskan matlamat utama pendidikan sepertimana yang telah disebutkan di dalam Akta Pendidikan 1996 iaitu kepentingan pendidikan untuk negara dan bangsa? Penulisan ini akan melihat permasalahan ini dari kaca mata sosiologi (sekolah dan masyarakat) merangkumi tajuk-tajuk seperti pendidik sebagai aktivis sosial, pendidikan dan masyarakat, interaksi dan masyarakat serta sejarah sosial pendidikan Malaysia.

Sebagai

tambahan, penulis akan memberikan komen serta cadangan untuk menangani permasalahan ini. Selain itu, penulis akan merungkaikan faktor dominan yang mempengaruhi pendidikan di kalangan Orang Asli. Adakah permasalahan tersebut berpunca daripada kurangnya keprihatinan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak mereka ataupun terdapat faktor lain yang mempengaruhi pembelajaran mereka.

1

1.1

Pengenalan kepada Orang Asli “Orang Asli (Malay: Original people) is the accepted term for 17 to 25 indigenous ethnic minorities of Peninsular Malaysia” Orang Asli adalah masyarakat peribumi yang paling awal mendiami Tanah Melayu.

Hasil penyelidikan arkeologi yang dijalankan di beberapa buah gunung di timur dan utara Semenanjung menunjukkan nenek moyang Orang Asli telah mendiami semenanjung sejak abad ke-8 SM, iaitu kira-kira 10,000 tahun yang lalu1.

1.2

Keciciran pelajar Menurut Lapuran Jawatankuasa di atas kajian Pendapat Mengenai Pelajaran dan

Masyarakat (Lapuran Keciciran) pada tahun 1973, kajian ini mendapati bahawa ramai muridmurid miskin di luar bandar yang tercicir berbanding dengan rakan-rakan mereka di bandar. Kadar keciciran yang paling tinggi ialah di peringkat peralihan persekolahan iaitu dari sekolah rendah ke menengah rendah (Tingkatan 1 hingga 3). Seterusnya Laporan Kes Mengenai Keciciran di Sekolah Menengah oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan mendapati bahawa semua pelajar yang tercicir datang daripada keluarga keluarga berpendapatan rendah atau sederhana dan tinggal di kawasan yang persekitarannya tidak menggalakkan untuk pembelajaran. Walaupun agak sukar untuk menentukan punca sebenar yang menyebabkan berlakunya keciciran, kajian mengenalpasti empat faktor yang saling berkait iaitu peajar sendiri, keluarga, persekitaran dan sekolah.

2.0

Analisis mengikut konsep-konsep yang telah dipelajari (8 markah)

1

Mohd Fauzi Yaacob, Malaysia Menangani Perubahan Dan Pembangunan, 2006, Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur, muka surat 188

2

2.1

Pendidik sebagai aktivis sosial Tugas guru bukan sahaja menyampaikan ilmu pengetahuan semata-mata, bahkan

menanamkan sikap, nilai serta sahsiah yang sempurna dalam diri pelajar-pelajarnya. Bagaimanapun, perkembangan yang pesat dalam pembangunan serta teknologi yang semakin maju menyebabkan perubahan terutamanya dari segi sosial. Oleh sebab itu, guru berperanan sebagai agen sosialisasi dengan membawa kualiti sosial pelajar seiring dengan arus perkembangan. Sub topik ini menekankan bahawa guru berperanan untuk membentuk pelajar-pelajar agar dapat meningkatkan prestasi mereka tidak kira di dalam pelajaran mahupun membaiki nilainilai dalam kehidupan seharian mereka. Sebagai contoh, masalah jurang pendidikan Orang Asli dengan bangsa yang lain seharusnya dapat dikurangkan memandangkan ramai guru-guru siswazah telah ditempatkan di kawasan pedalaman bagi membantu golongan ini. Guru sebagai model seharusnya dapat menyalurkan cita-cita dan mengembangkan bakat para pelajar terutamanya Orang Asli. Ini kerana guru mempunyai ketokohan yang meyakinkan serta mempunyai pandangan yang tinggi di dalam masyarakat. Melalui usaha yang berterusan ini, guru diharapkan dapat merubah Orang Asli dari segi mentalitinya agar mereka mampu meningkatkan taraf hidup mereka kepada tahap yang lebih baik berbanding dengan keadaan mereka sekarang. Peranan guru sebagai fasilitator atau pemudah cara ialah membentuk anak didiknya yang mentah sehingga mereka menjadi manusia yang berjaya di dalam akademik mahupun di dalam kehidupan mereka. Segala permasalahan yang dihadapi ketika berhadapan dengan karenah anak murid haruslah ditangani dengan cara yang positif.

2.2

Pendidikan dan masyarakat 3

Pendidikan dan masyarakat tidak dapat dipisahkan kerana keduanya mempunyai hubungan yang saling berkaitan. Sebagai contoh, dalam pengisian kemerdekaan telah berlaku pelbagai usaha dalam modenisasi pendidikan negara.

Tujuannya tidak terhad kepada ilmu

pengetahuan sahaja, malahan segala pengalaman serta idea yang baru dapat dikembangkan serta diadaptasikan ke dalam negara bagi memajukan negara. Orang Asli hendaklah mengeluarkan diri mereka dari kepompong yang menyebabkan mereka terasing dan tertinggal jauh terutamanya dalam pendidikan. Kehidupan yang lebih menumpukan kepada sara diri haruslah diubah melalui pendidikan yang formal. Ini kerana hanya dengan pendidikan sahajalah mereka mampu menjadi suatu bangsa yang berdaya saing setanding dengan bangsa-bangsa yang lain. 2.21

Pendidikan dalam konteks masyarakat Pendidikan adalah suatu proses transmisi secara formal dan tidak formal. Persekolahan

misalnya adalah aktiviti di mana proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Melalui institusi pendidikan inilah berlakunya transmisi kerana sekolah adalah struktur sosial. Sekolah adalah tempat berlakunya proses pengajarandan pembelajaran. Fungsinya bukan sekadar untuk akademik, malahan sebagai tempat untuk belajar bersosial serta kepimpinan. Sebagai contoh, pelajar yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang serta anutan dipupuk untuk bersosial sebagai rakyat Malaysia yang harmoni. Perkara yang sama juga harus dialami oleh Orang Asli kerana terdapat di kalangan pelajar-pelajar Orang Asli yang tidak dapat menyesuaikan diri mereka dengan situasi yang baru ini. Oleh itu, peranan sekolah ialah untuk memberi peluang kepada manusia khasnya generasi muda untuk menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang difikirkan sesuai untuk menyesuaikan diri dalam perkembangan masyarakat dan kehidupan seharian.

2.22

Berapa kuat hubungan antara status pekerjaan dengan pendidikan? 4

Menurut pandangan fungsionalisme, pendidikan mempunyai peranan penting sebagai alat mobiliti sosial2. pada hari ini kedudukan kelas dan pekerjaan selalu menjadi pengukur mobiliti sosial. Perbezaan dalam Status pekerjaan jika diukur dari segi kolar biru dan kolar putih akan meningkat seiring dengan tingginya tahap pendidikan3. Di Amerika Syarikat, peratusan untuk semua bangsa bekerja dalam sektor kolar putih meningkat dengan mendadaknya akibat daripada pendidikan, manakala peratusan yang bekerja dalam sektor kolar biru turun dengan banyaknya. (Sumber : U.S Department of Labor 2001) 2.3

Interaksi dan masyarakat

2.31

Konflik-konflik dalam pendidikan Pendidikan adalah untuk mengindoktrinasikan kanak-kanak nilai ekonomi kapitalisme.

Perkara ini terjadi kerana mereka diajar tentang kepentingan untuk mengekalkan status sosial masing-masing. Menurut Randal Collins (1974), pendidikan digunakan oleh kumpulan masingmasing untuk memperoleh faedah ekonomi, status dan kuasa. 2.32

Penganiayaan simbolik Penindasan budaya kemungkinan berlaku kepada pelajar-pelajar Orang Asli. Ini kerena

terdapat perbezaan antara pelajar kaya dan pelajar yang miskin. Selain itu, terdapat banyak dari kalangan pelajar Orang Asli yang keciciran dalam pelajaran mereka. Ada antara mereka yang tidak tahu membaca dan lebih malangnya lagi gagal dalam peperiksaan yang diduduki. Selain itu, keadaan guru yang mengandaikan semua muridnya tahu apa yang diajarkan semasa di kelas adalah merupakan suatu bentuk penganiayaan simbolik. Tambahannya lagi pendidikan yang berlaku terlalu berorientasikan akademik dan tidak mengambilkira keinginan murid. 2.33

Habitus

2

Amir Hasan Dawi, Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan, Edisi Ketiga, 2006, Quantum Books, Tanjung Malim, muka surat 180 3 John M. Shepard, Sociology, 9th Edition, 2007, Thompson Higher Wadsworth Education, Belmont, muka surat 383

5

Perasaan malu dan rasa rendah diri dalam kalangan pelajar Orang Asli seharusnya dapat dikikis agar tidak melarat sehingga boleh menjejaskan masa depan mereka.

Faktor-faktor

sekeliling seperti keluarga dan persekitaran seharusnya diubah agar tidak terus membelenggu diri pelajar terbabit. 2.4

Reformasi pendidikan

2.41

Pendemokrasian pendidikan Pendemokrasian pendidikan memberi peluang yang sama kepada pelajar untuk

mendapatkan pelajaran. Ini adalah bertepatan dengan prinsip-prinsip kesamarataan hak-hak sosial. Akses kepada peluang-peluang dan ganjaran-ganjaran adalah sama bagi setiap warga negara Malaysia. Orang Asli juga tidak terkecuali di dalam mengejar maklumat serta pendidikan yang sama seperti bangsa lain.

3.0

Cadangan dan rumusan (4 markah) 6

Menurut sebab yang utama, seharusnya dana awam dilaburkan pada sekolah-sekolah dan program-program pendidikan bagi pelaburan modal insan.

Secara tidak langsung ini akan

mempromosikan serta memesatkan ekonomi, sosial, kebudayaan dan politik bagi sesebuah negara. Penduduk yang tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan persekolahan yang sempurna akan menyebabkannya tidak dapat mempunyai peluang untuk mengembangkan maklumat serta meningkatkan taraf kehidupan ssms seperti yang lain. Pendidikan bukanlah hanya suatu hak manusia, bahkan pendidikan juga adalah suatu keperluan sosial4. Pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan kawasan luar bandar. Pendidikan yang asas di luar bandar boleh dikumpulkan kepada beberapa perkara iaitu pendidikan asas, pendidikan untuk meningkatkan kualiti hidup keluarga, pendidikan untuk mengukuhkan komuniti serta pendidikan untuk membina pekerjaan5. Selain itu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia perlu meganjurkan siri ceramah yang berunsurkan pendidikan wajib sama ada melalui media massa atau ceramah di kawasan tertentu yang dikenalpasti bermasalah6.

Perkara ini akan dapat memberikan kefahaman kepada

masyarakat perihal pentingnya pendidikan kepada anak-anak mereka.

Menurut Konvensyen Nasional PIPP Kedua (2008) mengenai merapatkan jurang pendidikan telah menyarankan beberapa program serta projek infrastruktur dan ICT luar bandar. Ini adalah bertujuan supaya dapat membina kesediaan pembelajaran awal di kalangan kanakkanak yang berumur lima tahun khususnya murid-murid luar bandar dan Orang Asli serta Penan.

4

Food & Agriculture Organization of The United Nation, Educational for rural people (Aid Agencies workshop), Rome, Italy (12-13 December 2002), 2003, Working Document FAO and UNESCO-IIEP (International Institute for Educational Planning), muka surat 25 5 Paiboon Suthasupa, Tertiary Education and Rural Development in Thailand, 1982, Maruzen Asia, Singapura, muka surat 15 6 Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Kajian Keciciran Di Kalangan Murid Sekolah Rendah : Cabaran Menghadapi Sistem Pendidikan Wajib. Kuala Lumpur: BPPDP , 2003

7

Selain itu, pelancaran Kelas Dewasa bagi Ibu Bapa Murid Orang Asli dan Pribumi (KEDAP)7 yang telahpun dilancarkan pada tahun 2008 mempunyai objektifnya yang tertentu seperti mengurangkan kadar buta huruf khususnya Orang Asli serta beberapa golongan lagi. Malahan kelas tersebut adalah sebagai wahana untuk membasmi kemiskinan tegar melalui agenda pendidikan disamping membantu anak-anak golongan ini di dalam pembelajaran mereka agar tidak berlaku insiden keciciran. Mata Pelajaran Vokasional dilihat sebagai suatu alternatif dalam menyediakan pilihan pelajaran di sekolah menengah harian kepada pelajar yang yang kurang minat dalam akademik dan lebih cenderung kepada program vokasional yang berbentuk hands-on. perkara seperti ini akan membantu mengurangkan masalah pelajar yang tidak menghabiskan pelajaran mereka sehingga tamat tingkatan lima. Oleh kerana tahap penguasaan 3M dikalangan orang Asli masih di tahap rendah serta kadar keciciran mereka adalah tinggi, kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan peruntukan bagi ibu bapa murid Orang Asli dan pribumi lain mulai dari tahun 2008. Mereka yang menghadiri kelas akan diberikan elaun sebagai usaha untuk meningkatkan tahap pendidikan mereka yang masih jauh ketinggalan berbanding dengan bangsa-bangsa yang lain. Hanya melalui pendidikan Orang Asli dapat membuat perubahan di dalam kehidupan mereka. Konsep pembelajaran sepanjang hayat (long life learning) seharusnya dapat ditanam ke dalam setiap isi masyarakat Orang Asli. Tidak menyalahi sekiranya ibu bapa mempelajari kemahiran 2M kerana melaluinya mereka dapat mengetahui akan kepentingan pendidikan terutamanya kepada anak-anak mereka. Selain itu, mentaliti Orang Asli haruslah berubah agar tidak berada di takuk yang lama. Kehidupan yang dijalani sekarang mungkin tidak mengalami perubahan yang positif sekiranya tiada inisiatif daripada mereka sendiri. Sewajarnya mereka sama-sama memajukan diri seiring dengan perkembangan semasa. 7

Teras 4: Merapatkan Jurang Pendidikan. Konvensyen Nasional PIPP Kedua 2008, IAB, 24-27 November 2008

8

Secara tuntasnya, penulis berpendapat bahawa pendidikan Orang Asli mampu ditingkatkan ke tahap yang lebih baik kerana dasar pendidikan negara yang sentiasa menyokong golongan ini untuk maju ke depan. Semua pihak seharusnya berganding bahu untuk sama-sama memajukan pendidikan dalam negara terutama guru-guru.

Tidak kira di mana mereka

ditempatkan sama ada di bandar mahupun di kawasan pedalaman.

4.0

Bibliografi

Buku Amir Hasan Dawi, Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan, Edisi Ketiga, 2006, Quantum Books, Tanjung Malim Food & Agriculture Organization of The United Nation, Educational For Rural People (Aid Agencies workshop), Rome, Italy (12-13 December 2002), 2003, Working Document FAO and UNESCO-IIEP (International Institute for Educational Planning) John M. Shepard, Sociology, 9th Edition, 2007, Thompson Higher Wadsworth Education, Belmont Mohd Fauzi Yaacob, Malaysia Menangani Perubahan Dan Pembangunan, 2006, Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur Paiboon Suthasupa, Tertiary Education and Rural Development in Thailand, 1982, Maruzen Asia, Singapura

9

Laporan Lapuran Jawatankuasa di atas kajian Pendapat Mengenai Pelajaran dan Masyarakat (Lapuran Keciciran) oleh Bahagian Perancang dan Penyelidikan Pelajaran. Kuala Lumpur: BPPP dan Jabatan Perangkaan,1973. v, 147 muka surat Laporan Kes Mengenai Keciciran di Sekolah Menengah oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Kuala Lumpur: BPPDP, Mei 1996. 221 muka surat Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Kajian Keciciran Di Kalangan Murid Sekolah Rendah : Cabaran Menghadapi Sistem Pendidikan Wajib. Kuala Lumpur: BPPDP , 2003 Teras 4: Merapatkan Jurang Pendidikan. Konvensyen Nasional PIPP Kedua 2008, IAB, 24-27 November 2008

10

Related Documents


More Documents from "Mc Den Al Bakry"