Mariah

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Mariah as PDF for free.

More details

  • Words: 558
  • Pages: 3
MARIAH TEMA: Kegigihan seorang anak yang berhadapan dengan ayah yang berperangai buruk. PERSOALAN: (a)Kegigihan remaja menjaga ayah yang mengalami sakit atau tekanan perasaan. (b)Sikap prihatin guru untuk membantu pelajarnya yang ditimpa malang. (c)Persahabatan yang sejati akan berkekalan baik pada masa senang mahupun pada masa susah. PLOT: (a)Dialog- contoh: “Ada orang cari Mariah,”kata Bidah. “Ada lelaki berkumis di sana.” (b)Pemerian- contoh:Mariah berdiri agak lama di luar bilik bimbimgan itu. Dia menolak sedikit daun pintu untuk menonjolkan wajah bujur sirihnya. Ketika matanya menyambar isi dalam bilik itu, dia tersambar mata Cikgu Tini. (c)Monolog dalaman- contoh:Mariah berkata-kata dalam hati sama ada dia hendak bercakap benar atau berbohong kepada Cikgu Tini. (d)Saspens- contoh:Pembaca tertanya-tanya apakah nasib Pak Bakar setelah dia dilanggar kenderaan dan dirawat di wad kecemasan. WATAK DAN PERWATAKAN MARIAH 1. Mariah pelajar Tingkatan Enam. 2. Dia mengalami nasib malang dalam hidupnya. Adiknya,Hilmi,terbunuh kerana dilanggar teksi. Ibunya meninggal dunia secara mengejut. Ayahnya pula mengalami tekanan jiwa. 3. Mariah bermuka bujur sirih dan berbudi bahasa. 4. Dia tabah menghadapi penderitaan hidup. 5. Mariah rajin. Dia mencari nafkah dengan berkerja di warung Mak Usu Lijah kerana ayahnya sudah tidak bekerja. 1

6. Penyayang. Buktinya, Mariah sangat sayang akan ayahnya sehingga dia sanggup menyerahkan wang yang sepatutnya digunakan untuk membeli buku kepada ayahnya.

PAK CIK BAKAR 1. Ayah Mariah yang mengalami tekanan jiwa semenjak kematian anak dan isterinya. 2. Dia mudah mengikut perasaan atau emosional. Dia menganggap bahawa dirinya menjadi punca anak lelakinya, Hilmi mati dilanggar teksi. Oleh sebab itu, dia sentiasa dihantui rasa bersalah. 3. Dia juga degil atau sukar dinasihati. Buktinya, Lebai Kudin sudah berkali-kali menasihatnya supaya meninggalkan amalan minuman keras. Namun begitu, Pak Cik Bakar tidak mempedulikan nasihat itu. 4. Dia sanggup mencari wang dengan cara meminta sedekah. CIKGU TINI 1. Beliau guru kaunseling di sekolah Mariah. 2. Beliau bersikap prihatin. Contohnya, beliau mengambil berat tentang prestasi pelajaran Mariah. 3. Cikgu Tini baik hati. Buktinya, beliau menawarkan beberapa buah buku rujukan tambahan untuk dipinjam oleh Mariah. LATAR LATAR TEMPAT 1.di perpustakaan 2.kantin sekolah 3.bilik bimbingan 4.rumah Mariah 5.di luar wad kecemasan LATAR MASA Latar masa pula meliputi waktu pagi, tengah hari, dan malam. LATAR MASYARAKAT 2

1. Masyarakat sekolah yang terdiri daripada pelajar dan guru. 2. Masyarakat yang mementingkan pelajaran. Cth: Cikgu Tini

segera bertindak untuk membantu Mariah apabila pencapaian pelajarannya merosot. 3. Masyarakat peniaga, iaitu Mak Usu Lijah yang membuka warung. Di warung itulah Mariah bekerja bagi mendapatkan wang. 4. Masyarakat pelajar yang gigih berusaha untuk mencapai kejayaan. Mariah berusaha mencapai kecemerlangan dalam akademik walaupun menghadapi pelbagai masalah. NILAI 1. Kasih sayang. Cth:Mariah sayang akan ayahnya yang hidupnya

2.

3. 4. 5.

tidak menentu dengan mengawasi pergerakan ayahnya. Dia memarahi ayahnya yang meminta sedekah daripada orang ramai. Simpati. Cth:Edah, sahabat baik Mariah yang sentiasa menunjukkan rasa simpati kepada Mariah dan akan memberikan sebarang bantuan kepada kawannya itu. Rajin.Cth: Mariah rajin belajar di samping bekerja di warung Mak Usu Lijah. Sabar.Cth: Mariah sentiasa bersabar menghadai kerenah ayahnya yang selalu bertindak mengikut emosi. Ikhlas.Cth : Borhan ikhlas menghulurkan bantuan kepada Mariah demi kejayaan Mriah dalam pelajaran.

PENGAJARAN 1. Kita hendaklah bersimpati dan memberikan bantuan kepada orang yang bernasib malang. Cth: Cikgu Tini membantu Mariah dengan meminjamkan beberapa buah buku rujukan. 2. Kita hendaklah tabah menghadapi pelbagai dugaan hidup. Cth: Mariah tabah menghadapi masalah kewangan. 3. Seseorang anak hendaklah berusaha menjaga ayahnya setiap masa. Cth: Mariah sentiasa mengambil berat akan masalah ayahnya.

3

Related Documents

Mariah
June 2020 15
Mariah Cozumel
July 2020 12
Hero Mariah
May 2020 10
Mariah Critique
May 2020 12
Mariah Bouvier Resumef
October 2019 8