TEKS PENGACARA MAJLIS PERPISAHAN TARIKH : 29/8/2018 TEMPAT : TH HOTEL
BIL.
CUE
ANN
1.
Persediaan Majlis
Diminta hadirin para hadirin mengambil tempat masing-masing kerana majlis akan dimulakan sebentar lagi.
2.
Kata-kata Aluan
Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Tuan Haji Zamri bin Abdul Majid diiringi Puan Guru Besar masuk ke dalam dewan. Bismillahirrahmanirrahim ,assalamualaikum wArahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Dibawakan secara lansung dari Hotel Tabung Haji ”_________________________________________” Selamat Datang saya ucapkan kepada semua hadirin ke”______________________________________________” SK SIPUTEH 2018. Yang Berusaha, PUAN SALMA BINTI ISMAIL, GURU BESAR SK SIPUTEH Yang dihormati, PN RUSITA BT AHMAD, Guru Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid, Yang diraikan, Tn Hj Zamri bin Abdul Majid barisan guru dan rakan staff sokongan yang dirahmati ALLAH sekalian serta guru – guru praktikum.
3.
Kata-kata aluan pengacara majlis
Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya, maka kita diberikan luangan waktu untuk sama-sama berkumpul di dewan yang permai ini untuk ”Majlis Keraian Simfoni Kasih” SK Siputeh bagi sesi 2018. Anak monyet anak kera Anak singa bernama tahim Sambil berkumpul beramah mesra Mempereratkan lagi silaturrahim Tujuan majlis ini diadakan,bukan sahaja untuk majlis makanmakan ,ia juga menjadi medan bagi kita untuk beramah mesra sesama kita, demi mempereratkan silaturrahim antara satu sama lain dan juga bagi meraikan sahabat-sahabat kita yang telah berpindah ke sekolah lain. semoga ikatan ini akan terus terjalin BUAT SELAMANYA.
CATATAN
4.
Bacaan Doa
Bunga mawar cantik tersemat Dipetik gadis di tepi titi Doa dibaca memohon Rahmat Moga Majlis sentiasa diberkati
Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada petang berbahagia ini, marilah sama-sama kita mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh USTAZ AMMAR BIN RADI Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Amin Amin Ya Rabbal `Alamin Terima kasih diucapkan kepada USTAZ AMMAR atas bacaan doa itu tadi. __________________________________________________
7.
Ucapan Pengerusi BKS
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian Tiap pertemuan pasti ada perpisahan Itu adat, itu lumrah kehidupan Begitulah rentetan perjalanan ___________________________________________________ Meneruskan Bingkisan, Majlis dengan segala hormatnya inigin menjemput PENGERUSI BADAN KEBAJIKAN STAF, ENCIK CHE HAKIMI BIN ABDULLAH untuk menyampaikan ucapan, Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada ENCIK CHE HAKIMI atas ucapan itu tadi.
. 8. UCAPAN TN HJ ZAMRI
Besar langit ditepi busut, Besar tak muat di dalam peti, Besar hajat kami menjemput, Besar niat di dalam hati. Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada insan Yang Diraikan Tuan Haji Zamri bin Abdul Majid Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan.
Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada insan Yang Diraikan Tn Hji Zamri bin Abdul Majid atas ucapan itu tadi. ________________________________________________ 9.Ucapan Guru Besar
Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha PUAN GURU BESAR, PUAN SALMA BINTI ISMAIL untuk menyampaikan ucapan, Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada yang PUAN GURU BESAR atas ucapan itu tadi.
9.
Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.
Kuning emas masaknya padi Mawar merah dalam jambangan Terima kasih daun keladi Budi tuan jadi kenangan
Tuai padi antara nampak Esok jangan layu-layuan Intai kami antara nampak Esok jangan rindu-rinduan
Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Terima kasih diucapkan kepada Yang diraikan Tuan Haji Zamri bin Abdul Majid kerana sudi bersama kita pada petang ini dan kami semua mendoakan agar Tuan Haji Zamri bin Abdul Majid ceria di tempat baru. Terima Kasih juga diucapkan kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis ini. Pergi ke dusun memetik kelapa Kelapa muda si kelapa barli Jari disusun maaf dipinta Panjang usia bersua kembali Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh 10.
Makan makan
Seterusnya majlis mejemput semua hadirin untuk menjamu selera. Dipersilakan.