HBU117: BULAN SABIT MERAH MALAYSIA Title: MAHASISWA DAN PATRIOTISME
NAME
:
BRENDA ANAK ANTALAI
UITM ID
:
2017699938
GROUP
:
HBU137A
PREPARED FOR
:
Mahasiswa dan Patriotisme
1
MALAYSIA TANAH AIRKU Patriotisme berasal dari perkataan patriot yang bermaksud pencinta dan pembela tanah air. Patriotisme juga bermaksud kekaguman dan kebanggan seseorang itu terhadap sejarah dan kebudayaannya. Patriotism merupakan sesuatu yang abstrak dan tidak dapat digambarkan dengan perkataan melainkan melalui tindakan,tingkah laku, atau perlakuan seseorang itu. Jika seseorang itu mempunyai sikap patriotisme, seseorang itu akan mempunyai rasa cinta terhadap tanah air sehingga sanggup berkorban jika diperlukan oleh negara. Makna patriotisme sering berubah-ubah mengikut peredaran zaman serta keperluan negara. Sebelum kemerdekaan, sikap patriotisme lahir dari perasaan senasib, setia kawan dan perasaan yang membara dalam memperolehi kemerdekaan negara. Setelah Malaysia merdeka, sikap patriotisme diertikan sebagai sikap cinta akan negara dan harus dimiliki oleh setiap mahasiswa di negara ini sebagai landasan untuk bertindak dalam melaksanakan pembangunan. Mahasiswa adalah sebutan bagi orang yang sedang menempuh pendidikan tinggi di sebuah perguruan tinggi yang terdiri atas sekolah tinggi, akademi, dan yang paling umum adalah universiti. Majoriti mahasiswa terdiri daripada golongan remaja dan seperti kita sedia maklum, remaja merupakan tunggak dalam menentukan masa depan negara. Oleh itu, penting bagi mereka menyemai sifat atau sikap patriotik dan kewarganegaraan dalam diri mereka. Nilai patriotisme yang menjadi sebahagian daripada nilai murni, sekiranya dapat dijiwai dan diamalkan sebaik mungkin, akan dapat menyumbang ke arah pembentukan generasi yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Oleh itu, adalah sangat wajar bagi generasi muda khususnya menjadikan nilai patriotisme sebagai amalan atau pegangan serta disemai dalam jiwa segenap lapisan masyarakat Malaysia demi kelangsungan negara dalam menghadapi era pasca modenisme dan dikenali sebagai masyarakat majmuk. Dalam cerita Kapsul yang telah dipertontonkan kepada kami memaparkan perjuangan bangsa Melayu sejak zaman dulu untuk mengecapi Kemerdekaan seperti yang dinikmati oleh kita pada masa sekarang. 4 latar masa yang berbeza dipaparkan dan 4 latar masa itu adalah sewaktu Jepun menyerang Tanah Melayu, Era 1955 iaitu ketika zaman pemerintahan Tunku Abdul Rahman, Zaman pemerintahan Tun Abdul Razak dan ketika era pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Pada zaman Jepun menyerang Tanah Melayu, askar-askar melayu sanggup meninggalkan rumah dan orang-orang tersayang untuk berkhidmat pada negara. Sebagai seorang mahasiswa, sikap sedia berjuang untuk negara ini harus diterapkan dalam diri. Walapun negara telah mencapai kemerdekaan dan aman damai, namun kita harus bersedia dari pelbagai aspek yang tidak dijangka. Sikap sedia berjuang untuk negara ini bukan sahaja untuk mencapai kemerdekaan seperti yang dilakukan oleh anggota tentera terdahulu. Pada masa kini, kita juga harus mempunyai sikap rela berkorban untuk mempertahankan negara dengan sedia berjuang untuk mengatasi ancaman bangsa lain yang ingin menjajah negara, ancaman dari dalam negeri, kegiatan-kegiatan yang boleh merugikan negara tidak kira dari aspek apapun dan bencana alam yang dapat mengakibatkan kerosakan dan kehancuran negara. Kita mesti sedia berkorban tidak kira tenaga ataupun wang ringgit untuk mempertahankan negara kita. Seterusnya, kita dibawa oleh Zuhri kepada zaman dimana Tunku Abdul Rahman menuntut kemerdekaan. Semangat masyarakat pada masa itu yang Mahasiswa dan Patriotisme
2
dahagakan kemerdekaan berjaya digambarkan. Mereka tidak lagi sanggup hidup dalam ketakutan dan mengemis di tanah sendiri. Babak dimana mereka sanggup menggadaikan barang kemas semata-mata untuk melihat Tunku ke London menunjukan sikap sedia berkorban untuk negara. Babak dimana Ibu Zuhri yang sanggup berkorban untuk memastikan Zuhri dapat mengiring Tunku Abdul Rahman ke pelabuhan untuk ke London menunjukan bahawa rakyat jelata turut menyumbang kepada kermedekaan yang kita kecapi sekarang. Dalam filem ini juga, memaparkan babak Zuhri di zaman tun Abdul Razak dan Tun Dr Mahathir. Pada zaman Tun Abdul Razak kita dibawa ke zaman dimana masyarakat pada ketika itu berusaha untuk membangunkan negara melalui Felda. Kesusahan peneroka felda yang membuka tanah rancangan baru yang asalnya hutan tebal ditunjukkan. Babak ini menerbitkan rasa kesyukuran para mahasiswa kerana dengan usaha para penerko terdahulu menyebabkan mereka dapat menikmati kesenangan yang ada pada masa kini. Pada zaman Tun Dr Mahathir, Kita disajikan dengan babak dimana Tun Dr Mahathir ingin meletak jawatan sebagai Perdana Mentari. Walaubagaimanapun, Tun masih prihatin dengan masyarakat. Ini ditonjolkan dalam babak dimana Tun menyatakan beliau berasa takut rakyat akan dijajah lagi oleh kuasa-kuasa besar yang ada kerana beliau berpendapat bahawa Melayu mudah lupa. Disini beliau menyatakan bahawa rakyat lupa akan kesusahan pejuang-pejuang masa dahulu untuk mendapatkan kemerdekaan. Patriotisme juga banyak bergantung kepada tindakan simbolik, seperti mempamerkan bendera, menyanyi lagu kebangsaan, menyertai perhimpunan berunsurkan kenegaraan secara beramai-ramai, meletakkan pelekat patriotik pada kenderaan, atau apa-apa cara sekalipun untuk menyatakan kesetiaan kepada negara pada peringkat umum. Bagaimanapun, masyarakat sekarang seakan-akan lupa akan pentingnya memupuk semangat patriotisme dalam diri masing-masing. Hal ini kerana kita sering kali melihat anak bangsa kita yang tidak mengambil endah akan isu-isu yang menonjolkan semangat patriotisme seperti bangga akan pencapaian negara dan budaya bangsa, kehendak memelihara ciri-ciri bangsa dan dasar budayanya dan identifikasi dengan ahli-ahli lain dalam bangsa. Bukan itu sahaja, perpaduan kaum sangat penting dalam negara ini. Hal ini kerana negara Malaysia mempunyai banyak kaum yang tinggal bersama-sama di dalam Malaysia. Malaysia mempunyai tiga bangsa utama iaitu Melayu, Cina dan India. semua kaum tidak kira Melayu, Cina dan India memerlukan antara satu sama lain. Orang Melayu terkenal dengan sifat sopan-santun dan budi bahasanya, orang Cina dengan kerajinan manakala orang India dengan keistimewaannya tersendiri. Jika ketiga-tiga kekuatan ini digabungkan bersama, negara kita akan menjadi sebuah negara yang cukup utuh dan digeruni. Alangkah eloknya jika kita mencari titik persamaan daripada titik perbezaan yang boleh menyatukan kita semua. Hubungan yang bagus harus diwujudkan dalam kalangan rakyat Malaysia bertujuanan untuk mengukuhkan perpaduan kaum yang sudah wujud sejak dahulu lagi. Perpaduan kaum yang ada dalam diri masyarakat sejak dahulu lagi merupakan salah satu faktor Malaysia mampu memperolehi kemerdekaan yang dirasai oleh kita sekarang. Seperti yang kita sedia maklum, anggota tentera negara kita dahulu melalui pelbagai ranjau berduri untuk menuntut kemerdekaan sehingga ada yang gugur dalam pertempuran dan segelintir anggota tentera juga mengalami kecacatan yang kekal disaat bertarung nyawa dengan musuh untuk memperolehi
Mahasiswa dan Patriotisme
3
kemerdekaan. Berbekalkan perpaduan yang kuat antara kaum pada masa dahulu membuka lagi ruang untuk kita menperolehi kemerdekaan. Implikasinya, masyarakat kini hidup harmoni tanpa gangguan dan kongkongan penjajah. Perpaduan yang telah wujud kini merupakan warisan nenek moyang kita dahulu yang harus dikekalkan agar negara kita tetap berada dalam keadaan yang harmoni dan aman. Kita seharusnya bersyukur dengan keadaan yang kita rasai sekarang. Semangat patriotisme juga dapat ditunjukkan melalui tindakan kita iaitu dengan menghormati pemimpin-pemimpin, tokoh-tokoh dan pejuang-pejuang kemerdekaan negara kita. Kita hendaklah menghormati pemimpin-pemimpin Negara kita kerana tanpa mereka memimpin negara kita, sudah pastinya negara kita tidak akan aman dan kita mungkin juga tidak akan dapat merasai sebuah negara yang merdeka. Mahasiswa-mahasiswa seharusnya mencontohi pemimpin-pemimpin yang ada tidak kira yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Pemimpinpemimpin negara kita mempunyai semangat patriotisme yang tinggi dalam diri mereka. Dengan mencontohi pemimpin yang miliki semangat patriotisme yang tinggi membolehkan sikap tersebut sentiasa tertanam dalam diri. Para pemimpin juga seharusnya sentiasa mengingatkan dan menekankan bahawa pentingnya menghargai kemerdekaan yang telah dicapai hasil daripada perjuangan dan titik peluh pejuang-pejuang negara yang terdahulu dan menghayatinya dengan sepenuh hati. Rasa kesyukuran yang dirasai oleh segenap lapisan masyarakat terhadap kebebasan daripada ancaman dan kongkongan dari negara luar harus dikekalkan sampai bila-bila. Sekiranya tiada rasa kesyukuran terhadap kemerdekaan yang telah diperolehi akan menyebabkan kemerdekaan yang telah dituntut oleh pejuang negara kita yang sanggup berkorban akan menjadikan kemerdekaan negara sukar dipertahankan dan mungkin tidak akan memberi makna kepada generasi yang akan datang. Para pemimpin seharusnya menunjukan perpaduan antara mereka agar rakyat dapat mengikuti segala teladan yang ditunjukan kerana seorang rakyat seharusnya menghormati pemimpin negara. Pejuang-pejuang kemerdekaan juga harus sentiasa dihormati kerana tanpa mereka kita tidak mungkin dapat merasai hidup di dalam sebuah negara yang merdeka. Terakhir sekali, kita sebagai mahasiswa dan rakyat Malaysia harus menghormati bendera Negara kita iaitu jalur gemilang. Jika ditanya tentang maksud jalur-jalur dan warna-warna yang ada pada bendera kita, mungkin ada segelintir yang tidak mengetahui maksud-maksud disebalik jalur dan warna-warna tersebut. Oleh itu, amatlah penting untuk kita menanamkan sikap patriotisme dalam diri kita. Bendera merupakan lambang kepimpinan, simbol penghormatan, martabat dan kedaulatan bagi sesebuah negara. Setiap negara mempunyai bendera yang tersendiri untuk mewujudkan rasa bangga terhadap tanah air. Maksud lambang jalur yang terdapat di bendera kita ialah menggambarkan satu laluan yang lurus, hala tuju yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini. Terdapat 14 jalur dalam bendera Malaysia iaitu jalur putih dan merah. Jalur-jalur ini menandakan adanya 13 buah negeri dan 1 wilayah persekutuaan yang berada di Malaysia. Warna merah menandakan gagah berani dan warna putih pula bermaksud suci murni. Warna kuning yang digunakan pada lambang bulan dan bintang membawa maksud warna diraja yang melambangkan Raja-Raja Melayu di Malaysia. Manakala, gabungan tiga warna iaitu merah,putih dan biru melambangkan sikap setia kawan Persekutuan Tanah Melayu dan United Kingdom dan penyatuan Tanah Melayu
Mahasiswa dan Patriotisme
4
dengan negara-negara komanwel. Kesimpulannya, patriotisme diperlukan untuk ketahanan nasional dan menjamin kestabilan, keutuhan dan kelangsungan negara-bangsa. Kini, oleh sebab pelbagai faktor membantut percambahan dan perkembangan patriotisme khususnya di kalangan generasi muda, maka patriotisme semakin mendapat perhatian luas masyarakat. Ia malahan suatu tuntutan nasional yang mendesak. Pelbagai idea dan rancangan diwujudkan untuk memupuk patriotisme. Patriotisme bukan persoalan kecil, lebih-lebih lagi bagi sebuah negara-bangsa yang baru cuba bertapak dan tegak berdiri di atas dekad dan keyakinan sendiri. Di samping berusaha memupuknya dengan berbagai-bagai cara, langkah-langkah berterusan perlu dibuat bagi mencapai tujuan patriotisme, yakni memastikan kestabilan, keutuhan dan kelangsungan negara-bangsa.
(1500 Patah Perkataan)
Mahasiswa dan Patriotisme
5