Mahasiswa Bebal

  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Mahasiswa Bebal as PDF for free.

More details

  • Words: 32,543
  • Pages: 89
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

MAHASISWA BEBAL?: KOPI PAHIT UNTUK GERAKAN MAHASISWA

HIMPUNAN RISALAH MAMAT COM

1

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

Cinta dan Kekasih: Fenomena di Kampus Sebenarnya, saya kurang selesa membicarakan tentang persoalan diatas kerana saya lebih suka ‘bercinta’ dengan ilmu berkaitan pemikiran, agama, sastera dan politik. Penulisan ini adalah respon kepada akhbar Api Mahasiswa yang telah membicarakan persoalan ini. Akhbar ini mengambarkan kebangkitan wanita dan permasalahan serta impak yang timbul ekoran kemaraan kuasa feminis ini. Penulis akan cuba melayani jiwa muda ini dengan mengambarkan ada apa pada cinta? Perlu atau tak pada cinta adalah pilihan masing-masing. Perkara cinta, berkasih dan bergewel ini bukanlah perkara kecil. Ia pernah dibicarakan oleh ulama terkenal Yusof Qardhawi dan Hamka. Cinta adalah fitrah seseorang insani sama ada lelaki atau perempuan. Jika kita mengatakan tidak kepada cinta, sesungguhnya kita membohongi kepada diri sendiri. Sebagai insan yang lemah, kita hendak diri kita dibelai, dimanja dan disayangi oleh seseorang. Cuma persoalan yang timbul dari segi kaedah dan teori cinta yang digemari atau disenangi. Di kampus, dua aliran cinta yang terjelma iaitu aliran Islamis dan aliran cinta ala Barat. Kita selalu diherotkan bahawa cinta itu seperti dalam filem Barat dan yang telah diamalkan oleh muda-mudi sekarang(seperti membonceng motor dan makan2). Tanpa kefahaman, kita akan terbabas mengikut kebuasan hawa nafsu. Kita perlu faham cinta di universiti bukan lagi bercinta untuk kepuasan nafsu atau cinta monyet tetapi cinta yang akan membawa ke jinjang pelamin. Insan yang tiada kekasih juga memerlukan teman. Jika kerinduan atau kesunyian, sahabat berlainan jantina menjadi teman bergurau atau usikusikan. Di sinilah, pentingnya sahabat berlainan jantina semasa usia 20an bagi mengubati kesakitan jiwa sepi tanpa cinta dan mehnah peribadi yang dihadapi. Insani tanpa cinta ini biasanya menyibukkan diri dengan aktiviti berpersatuan, kerja separuh masa dan menzahirkan diri sebagai ulat buku. Alasan diberi tiada jodoh, segan dan tiada bersedia untuk bercinta. Benar sekali alasan mereka tetapi kadangkala hati insani juga keruan dan merontaronta ingin mengerti dan merasai kenikmatan dan keindahan cinta. Mujurlah mereka ini boleh merasionalkan diri atau untuk terus bersama penderitaan hati ini. Halangan bercinta di kampus adalah personaliti kendiri insani. Ada yang segan, malu atau merendah diri. Contoh, seseorang lelaki yang tidak terbiasa dengan bercinta akan berasa segan untuk memulakan kata permulaan(kata keramat) untuk meluahkan perasaan. Satu lagi halangan sifat rendah diri, pelajar sastera yang meminati pelajar sains atau perubatan akan berasa kekurangan diri jika ingin berkenalan dengan pelajar tersebut. Jurang kekayaan juga mempengaruhi hubungan seseorang insani. Kita insan yang mahu kesempurnaan, kita mahu teman kita yang sempurna. Cantik, bijak, masih teruna atau dara, beragama dan kaya. Itulah mitos yang perlu kita buang dari imiginasi kita. Kita insan yang tidak sempurna mahukan insan sempurna adalah sesuatu yang tidak adil dan egois. Kesempurnaan perlu

2

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

dididik, diasuh dan dicanang dalam suasana kebersamaan dan berteraskan agama Islam. Lelaki yang baik1 untuk gadis yang baik.2 Itu janji Allah. Carilah pasangan yang mempunyai pegangan agama walaupun hodoh, miskin dan tidak menjejak kaki di universiti. Bercintalah dalam suasana restu Ilahi dengan menjaga adat pengaulan, doa kebahagiaan dan bermatlamat ke jinjang pelamin. Bagi yang tidak berteman, sabar dan berdoalah kerana jodoh di tangan Allah dan lakukan pencarian dan luahkan perasaan cinta anda melalui orang ketiga jika malu atau segan. Segala perlakuan semasa bercinta atau mencari jodoh perlukan doa dan penjagaan dari segi batas-batas yang dibenarkan oleh Islam. Semoga Allah merestui Cinta warga Islamis bukan cinta ala Barat berasaskan nafsu semata-mata. CINTA SEBENAR DALAM PERKAHWINAN Bertunang belum selamat Kawin menyelamat keadaan Hati-hati memilih calon

DILEMA MAHASISWI ISLAM DALAM MENELUSURI PERJUANGAN. Gerakan feminisme mula diperkasa kembali di Barat pada tahun 1966 dimana tertubuhnya National Organization of Women di bawah pimpinan Betty Frieden. Perjuangan NOW ini adalah memperolehi hak persamaan dan menentang kondisi yang menghalangi wanita untuk mencapai persamaan dengan pemuda dalam kehidupan sosial. Perjuangan feminisme Islam perlu berbeda dengan feminisme Barat yang berlandas nafsu humanisme sedangkan Islam mempunyai khittah yang tersendiri. Kini, tiada dinafikan mahasiswi di sebalik keayuannya merupakan tonggak tenaga-idea utama gerakan pelajar Islam dalam menelusuri perjuangan menegakkan gaya hidup Islam di universiti. Walau bagaimanapun, pemikiran mahasiswi Islam masih disaluti kekeliruan dengan membawa Islam itu sebagai aparatus tanpa isi. Dikatakan gerakan mahasiswi Islam ini hanya memilih bulu dalam metodelogi dakwah yakni memilih kroni berhijab labuh sehingga meminggir si tudung 3 segi dan menyindir mereka. Selain itu, mahasiswi Islam juga selalu mengkritik pengaulan lelaki dengan perempuan walaupun pengaulan itu penuh hikmah. Malang sungguh apabila metode dakwah dikelirukan. Kenyataan ini bukanlah tohmahan, tetapi satu hakikat yang jelas. Mahasiswi Islam perlu mereformasi sikap agar membubar ‘captive mind’ yang tersebati itu. Mahasiswi Islam perlu 1

Pada pendapat penulis, lelaki yang baik ialah seorang lelaki yang istiqamah bersolat terutamanya bersolat subuh secara istiqamah atau solat subuh pada awal waktu, tidak merokok dan sayang agama melebihi anak dan isteri dan mentaati ibubapa daripada kehendak isteri. 2 Perempuan yang baik ialah seorang yang selalu mengingati dirinya dan orang lain berkaitan solat, tidak materialistik mentaati suami dan diam mulutnya daripada umpat dan jauhi dengki.

3

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

melakukan proses pewarnaan kembali dalam metode dakwah agar dakwah Islam diterima oleh mahasiswi berfahaman sekular. Dalam usaha kita mencapai taghyir Islam, kita harus meleraikan sikap jumud dan fanatik yang tersemai dalam pendirian kita. Kita perlu tasamuh dengan orang yang tiada mengerti khittah kita, barangkali manusia yang didakwahi itu tiada hidayah dan ia mungkin hanya mengapai taraf penyokong Islam sahaja. Ragam manusia yang berbeza haruslah kita sesuaikan dengan tata cara dakwah penuh hikmah dan bijaksana. Mahasiswi Islam perlu mendekati golongan pencinta hiburan dengan penonjolan hiburan alternatif Islam. Kita seharusnya mengembleng tenaga mewujudkan seni teater, muzik dan sastera Islam agar sesuai dengan jiwa anak muda kita yang dahagakan hiburan. Kita harus menyediakan alternatif bukannya menghalang dengan memboikot dan demonstrasi kerana kita tiada memiliki kuasa perundangan untuk menghalang program kemaksiatan dan ia akan memburukkan lagi imej Islam yang semakin tercemar. Cinta dikalangan anak muda sangat indah dan romantis. Anak muda mana tiada keinginan untuk disayangi atau dicintai. Mahasiswi Islam juga tiada harus memandang negatif terhadap cinta kerana ia fitrah dan satu kurniaan besar dalam kehidupan. Persepsi negatif cinta perlu dimurnikan oleh Mahasiswi Islam dalam menelusuri kehidupan sebagai anak muda. Cinta dalam Islam perlu dilakukan dalam penuh harmonis, sopan dan terkawal dengan makna tiada unsur-unsur yang mendekati penzinaan. Luah rasa cinta dengan lunas-lunas Islam perlu dikaji etikanya. Kita harus ingat unsur romantis yang diasimilasi dengan Islam pernah diperjuangkan oleh Bapak Hamka. Konklusinya, tiga unsur penting diatas iaitu dilema berdakwah, tasamuh dan alternatif Islam dan dilema cinta merupakan perkara yang selalu diberikan fahaman yang keliru oleh Mahasiswi Islam. Mahasiswi Islam perlu satu anjakan paradigma dalam melihat perkara diatas satu unsur yang positif. Penyesuaian dalam perkara cabang ini sangat penting agar Islam sesuai sepanjang zaman sehasrat melahirkan ‘Baldatun thaiyyibah wa rabbun ghafur’- masyarakat sejahtera dan diredhai Tuhan. FAHAMAN ILMU DI KALANGAN MAHASISWA Oleh Mohamad Ridhwan Bin Alias Semasa di universiti dulu, saya sering kali menghadiri upacara keilmuan (baca: seminar) yang disajikan secara percuma di universiti. Walaupun upacara ilmu dibuat di menara gading yang penuh mitos keilmuan, sambutan terhadap upacara ilmu ini amat mengecewakan berbanding konsert atau upacara kebudayaan yang dianjurkan. Daripada sekecil-kecil status gelaran makhluk mahasiswa kepada pimpinan besar mahasiswa(termasuk MPP) gagal menjelma diri dalam upacara ilmu. Keghairahan terhadap ilmu semakin menurun kerana pelajar sekarang terlalu sibuk dengan aktiviti-aktiviti 4

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

berpentingan seperti politik kepartaian, peniagaan jualan langsung ataupun tidur. Ilmu adalah istilah adipenting bagi makhluk bergelar pelajar. Ilmu bukan sahaja terhad kepada bidang pembelajaran yang kita pelajari tetapi merangkumi unsur luaran yang berbeda dengan bidang pengajian kita. Contoh pelajar aliran sains perlu mengetahui ilmu berteater atau kritikan sastera agar potensi kejiwaan manusia kita terdidik dengan kepekaan terhadap persekitaran dan manusia yang tersempit dengan permasalahan seperti kemiskinan dan ketuaan(kebajikan warga tua). Ilmu seharusnya bersifat abstrak dan integrasi bukannya bersifat desentralisasi atau dikelaskan mengikut aliran sastera atau sains. Pengelasan ilmu menyebabkan pencari ilmu selalu memandang rendah terhadap bidang ilmu yang lain. Itulah yang dialami oleh pencari ilmu dalam aliran sastera dan ilmu kemanusiaan(sains sosial). Ilmu boleh dikategori kepada dua iaitu ilmu tulen dan ilmu gunaan. Ilmu gunaan seperti kejuruteraan dan sains komputer manakala ilmu tulen adalah sains(kimia, biologi, fizik) dan sains kemanusiaan. Sains kemanusiaan adalah ilmu berasaskan pemikiran yang mempunyai teras iaitu bahasa, sejarah, geografi dan antropologi dan sosologi. Keempat-empat teras ilmu kemanusiaan ini menerbitkan cabang-cabang ilmu sains kemanusiaan yang lain. Pandangan negatif terhadap sesuatu bidang ilmu menandakan kita terbelenggu dengan fahaman material kerana ilmu telah dinilai dengan nilai ekonomi dan peluang pekerjaan. Perkara inilah yang dingini oleh penjajah kita seperti Frank Swettenham dan Arthur Kenion. Mereka mahu pendidikan yang diterima oleh anak Melayu setakat mereka memuliakan pekerjaan buruh sahaja. Kita tidak menafikan kepentingan nilai ekonomi dan peluang pekerjaan tetapi kedua-dua aspek ini adalah rezeki yang bergantung kepada qada-qadar seseorang, potensi diri dan kepandaian seseorang. Budaya ilmu haruslah dipupuk dan dicanang bagi melahirkan insani yang sihat jiwa, fizikal dan mental agar ilmu yang dihadami dapat menerbitkan sifat kreatif dan inovatif. Selama ini kita dibaptiskan dengan budaya peperiksaan yang memerlukan kita menghafal dan bekerja kuat untuk skor A dalam peperiksaan. Budaya peperiksaan membelenggu fikiran kita dengan menghilangkan potensi, bakat diri dan menumpulkan daya fikiran seseorang. Budaya peperiksaan ini melahirkan manusia robot pintar tetapi cetek ilmu pengetahuan dan pengalaman. Selepas peperiksaan, ilmu yang dipelajari hilang kerana ia dipelajari untuk skor A dalam peperiksaan. Kita wajar memahami ilmu yang dipelajari adalah ilmu yang perlu digunakan dalam kehidupan. Pelajar sejarah sebagai contoh haruslah mengunakan ilmu mereka dalam penulisan dan ilmu sejarah itu sendiri perlu menjadi tauladan dalam pekerjaan yang diceburi. Peperiksaan adalah alat untuk mengambarkan kita mengetahui dan faham apa yang kita pelajari. Walaupun skor A amat penting bagi seseorang pelajar tetapi hakikatnya mendapat A tidak mengambarkan kita faham dan mengamalkan apa yang kita pelajari. Skor A itu boleh digapai melalui hafalan dan praktik secara latih tubi

5

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

dan nasib soalan tersebut keluar sedangkan pembudayaan ilmu dengan menghadiri seminar atau ke perpustakaan tidak diamalkan. Justeru, kita seharusnya meningkatkan tahap fahaman kita terhadap sesuatu bidang ilmu agar ilmu yang dipelajari itu memberikan impak maksima dalam kehidupan kita. Keberkesanan ilmu terjelma apabila kita mengauli bidang ilmu kita dengan bidang ilmu yang lain. Sebagai contoh, ilmu sastera digauli dengan ilmu sains. Gabungan pengetahuan ilmu sains dan sastera dan disuntik pula dengan fikrah Islamiyyah akan melahirkan insan kamil atau ‘all rounder’. Selama ini, kita hanya fikirkan bidang ilmu untuk melahirkan manusia ekadimensi yang berkonsep homo economicus yang menekankan persoalan ekonomi semata-mata tetapi sekarang kita perlukan anjakan paradigma untuk melahirkan homo Islamicus yang seimbang antara perkara rohani dan kebendaan. Fahaman ilmu ini diharapkan dapat memenuhi citacita Islam seperti menegakkan keadilan, mengejar kemakmuran ekonomi dan memajukan seni budaya. Semua ini tidak mampu dicapai jika kita tidak mengejar ilmu dan memahami ilmu tersebut. Kecapaian usaha ini memerlukan ketekunan dan kesabaran yang tinggi.

FALSAFAH PERJUANGAN MAHASISWA: SATU RE-INTERPRESTASI.

OLEH MOHAMAD RIDHWAN BIN ALIAS∗ (mamat_com) [email protected] “Kau harus tahu saudara! Dunia ini bukan penjara, lapang luang tempat berjuang. Kau pun harus mengerti saudari! Kau pun sakti jika berbakti”. -Or Mandank Perjuangan mahasiswa adalah perjuangan anak muda yang ingin mengubah sistem yang telah didukungi oleh persekitaran masyarakat mereka. Mereka mahu perubahan mengikut cita-rasa mereka yang dipelajari daripada idealisme yang teori dan khayali. Ketiadaan ruang untuk menjayakan hasrat mereka menyebabkan mereka mengambil langkah yang radikal dan ekstrem sesuai dengan jiwa mereka yang bersemangat membara. Tetapi yang menjadi persoalan kini adalah sejauh-mana faktor material dan mehnah yang menyelimuti ruang pemikiran masyarakat telah membawa impak besar kepada pemikiran dan tindakan peserta gerakan mahasiswa?. KONTEKS PERJUANGAN MAHASISWA



Penulis adalah mantan EXCO PBMUM. Mendapat didikan di Universiti Malaya dalam bidang Sejarah dan Sosiologi/Antropologi. Sekarang sedang melanjut pelajaran peringkat diploma lanjutan di sebuah institusi pendidikan di Pahang. Artikel adalah ringkasan daripada esei panjang mengenai tajuk FALSAFAH PERJUANGAN MAHASISWA: SATU RE-INTERPRESTASI.

6

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

Politik kampus adalah satu lapangan yang luwes perlu dibedakan dengan politik mahasiswa tetapi dibaca bersama dengan bacaan politik mahasiswa. Apabila menyebut politik kampus ia juga melibatkan pensyarah, persatuan kakitangan dan juak politik luar yang ingin menyebarkan pengaruh. Bayangkan terdapat pensyarah tekan-menekan di antara satu sama lain untuk mendapat jawatan pentadbiran bukan akademik. Politik mahasiswa pula melibatkan pertentangan antara mahasiswa dengan mahasiswa dan mahasiswa dengan penguasa universiti. Universiti merupakan tempat menyediakan prasarana dan persekitaran untuk pengembaraan minda dan melontar tesis baru untuk pertimbangan masyarakat berilmu. Menurut Muhammad Abu Bakar, kampus universiti adalah immediate surrounding atau alam sekeliling yang paling hampir kepada mahasiswa dan sehubungan dengan itu mahasiswa boleh dikatakan saban hari berinteraksi dengan lingkungannya. Interaksi ini menimbulkan suasana perkongsian dan konflik di antara warga kampus. Universiti sendiri merupakan sebuah badan politik di mana persoalan kuasa dan membuat keputusan menjadi satu aspek penting dan menerima pelbagai karenah para mahasiswa dan warganya. Menurut Mohamad Abu Bakar aktiviti mahasiswa boleh menjadi aktivitisme apabila mahasiswa bertindak menyalurkan ketidakpuasan dan penentangan mereka menerusi jalan di luar batasan yang ditetapkan oleh institusi tempat mereka belajar dan bergerak. Peristiwa demonstrasi papan tanda sebagai contoh penentangan mahasiswa terhadap persoalan kedaulatan Bahasa Melayu di Universiti Malaya. Natijahnya, mahasiswa keluar dari bilik kuliah dan dihangatkan di sudut pidato mara ke serata kampus untuk membantai papan-papan tanda berbahasa Inggeris. Kejadian ini adalah transformasi daripada sesuatu aktiviti kebajikan kepada kegiatan aktivisme yang radikal. Status diri mahasiswa haruslah dibedakan dengan status diri pelajar sekolah. Mahasiswa adalah anak muda yang dipenuh idealisme, semangat membara, romantis dan tergesa-gesa dalam usaha menegakkan apa yang diyakininya. Sebagai mahasiswa, mereka ingin bebas daripada kongkongan ibubapa dan guru-guru. Mereka mahu menjadi orang dewasa yang ingin membuang imej pelajar sekolah. Perbedaan ini cuba ditonjolkan dalam persoalan pemupukan intelektualisme dan personaliti. Proses pembelajaran dan pengajaran yang dialami telah menjadi pencetus kepada kebangkitan kesedaran mahasiswa. Mereka mahu berjuang bersama masyarakat kerana sifat peka dan teransang dengan pengolakan masyarakat sehingga mencetus cita-cita sosial untuk mengatasi masalah dengan keupayaan tenaga-idea mereka. Isu nasional dan internasional telah meningkat ghairah mereka untuk turun padang dan memperkatakan persoalan tersebut melalui wadah debat dan penulisan. Ketiadaan ruang demokrasi menyebabkan mereka turun ke jalan raya untuk mempamerkan pendapat mereka. Mahasiswa akan terasa seronok dan puas jika dapat membantu masyarakat(Anthony Arblaster, Academic Freedom, 1974).

7

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

KESATUAN TEORI DAN AKSI Dalam gerakan mahasiswa, proses penyatuan teori dan aksi perlu dinamik, kadang kala teori berada di depan aksi, adakala aksi perlu didepan teori. Kini, terdapat satu aliran memisahkan teori dengan aksi. Mereka yang elitis hanya membina teori dalam suasana duduk, belajar dan menulis buku manakala masyarakat mahasiswa massa hanya perlu beraksi. Aksi tanpa teori tidak efisen atau tidak akan berhasil melakukan perubahan mendasar kerana tidak dapat membebaskan manusia tanpa sedar[Ernest Mandels]. Pembebasan manusia tanpa sedar terjadi apabila manusia yang beraksi tidak memahami kenapa mereka perlu beraksi. Pengalaman gerakan reformasi 1998 di Malaysia adalah contoh popular kegagalan intelektualisme akibat tiada teori yang dapat mengukuhkan akar intelektualisme ke dalam minda masyarakat. Natijahnya, semangat perjuangan peserta gerakan reformasi hanya hangat-hangat tahi ayam. Manakala teori tanpa aksi tidak akan dapat watak ilmiah yang sejati kerana tidak ada jalan lain untuk menguji teori kecuali melalui aksi. Para pimpinan mahasiswa seharusnya mengambil peluang membangun dan memupuk sebuah aliran pemikiran atau School of Thought yang tersendiri semasa di universiti. Menurut Mohamad Abu Bakar, para pemimpin mahasiswa boleh menjalankan aktiviti keilmuan yang membabitkan sebahagian mahasiswa dalam rancangan berfikir, berdiskusi, berdialog dan berseminar secara berkumpulan, kemudian mereka membentang dan menyebarkan fahaman mereka. Setiap teori atau school of thought terhasil tidak akan teruji jika tidak diterjemahkan ke dalam masyarakat melalui penulisan yang akan membina kekuatan idealisme untuk mengerakkan kekuatan aksi mahasiswa sama ada melalui demonstrasi atau khidmat masyarakat. Ia menjadi satu manifesto yang dijadikan asas dalam perjuangan mahasiswa. Kewujudan kesatuan teori dan aksi yang telah diujikan akan membawa legasi perjuangan para mahasiswa secara terus menerus semasa berada di alam pasca mahasiswa. Ia mempunyai satu kesinambungan perjuangan kecuali di kalangan manusia yang rakus kuasa dan pangkat[idealisme telah dimamah oleh kekuatan materialisme]. RADIKALISME SEBAGAI ANUTAN MAHASISWA REVOLUSIONER. Radikalisme secara popular menunjuk kepada ekstremisme politik dalam pelbagai bentuk atau usaha mengubah susunan atau orde sosial-politik secara drastik dan ekstrem (Alwi Shihab, 1997). Secara estimologi, radikalisme berasal daripada radix yang bermaksud akar. Seseorang yang radikalisme ialah seseorang yang menginginkan perubahan terhadap situasi yang ada sampai ke akar umbinya. Perubahan yang citakan adalah drastik dan mendasar sehingga memusnahkan idealisme yang berstatus quo. Radikalisme dianuti oleh mahasiswa berjiwa revolusioner yang mahukan perubahan yang mendadak. Radikalisme yang dianuti oleh mahasiswa berjiwa revolusioner perlu dipandang secara positif. Kefahaman 8

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

terhadap revolusioner mahasiswa ini perlu difahami sebagai bersuara keras dan bertindak keras meruntuh dan menghancurkan sesuatu itu disertakan pula dengan daya cipta untuk membina yang baru sebagai ganti yang lapuk yang diruntuh dan dirubah (Shahnon Ahmad, 1995). Manakala pemaknaan surealis berbeda dengan revolusioner iaitu bersuara kuat untuk meruntuh dan menghancur tanpa penciptaan dan pembinaan semula. Radikalisme yang dimiliki oleh mahasiswa berjiwa revolusioner yang maksudkan adalah mahasiswa yang dipandu oleh school of thought dalam setiap aksi radikalismenya. Kawalan aksi adalah kefahaman intelektualisme ke atas isu yang berkaitan dengan nilai demokrasi, keadilan sosial, reformasi ekonomi, politik dan sosial masyarakat dan kebajikan mahasiswa sendiri. MAHASISWA DAN RUANG DEMOKRASI Solidariti Mahasiswa Malaysia[SMM], satu front mahasiswa selalu mendakwa pihak kerajaan telah menyekat ruang demokrasi di universiti terutamanya hak kebebasan media dan berpolitik. Antara dakwaan SMM adalah sekatan HEP ke atas calon-calon ‘pro-mahasiswa’. Or Mandank telah menasihatkan kepada para anak muda berbunyi begini “Kau harus tahu saudara! Dunia ini bukan penjara, lapang luang tempat berjuang. Kau pun harus mengerti saudari! Kau pun sakti jika berbakti”. Sebenarnya tiada alasan bagi para mahasiswa untuk tidak meneruskan perjuangan mereka. Ruang demokrasi ekoran beberapa fasal dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti diakui menjejaskan persekitaran demokrasi politik mahasiswa. Kesempitan ruang demokrasi perlu diambil kesempatan oleh para pimpinan mahasiswa untuk mengamal politik penyatuan yang berasaskan perkongsian kuasa diantara pihak bertentangan dan peluang ini juga boleh digunakan untuk pentarbiyahan dan dakwah untuk sebilangan mahasiswa yang hanyut akhlaknya. Apaguna gerakan mahasiswa terlalu bersifat politikal tetapi tiangtiang intelektualisme dan tarbiyah pendokongnya sangat rapuh dimakan anaianai materialisme dan hedonisme. KARAKTER MAHASISWA ‘belajar sambil mencabar, pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang, bangsamu tidak maju tanpa pemimpin pengalaman(mencabar) dan terpelajar’. - Ungku Aziz Menurut Mohamad Abu Bakar, falsafah perjuangan mahasiswa adalah manifestasi dari status mereka sebagai pelajar universiti, sebagai rakyat yang dewasa dan situasi mereka sebagai individu yang terdedah dengan pengolakan dunia semasa. Benarlah ucapan Ungku Aziz, ‘belajar sambil mencabar, pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang, bangsamu tidak maju tanpa pemimpin pengalaman(mencabar) dan terpelajar’. Pemimpin bukan sahaja perlu dipenuhi dengan ilmu tetapi mestilah menimba pengalaman dalam perjuangan. Pemimpin seperti Anwar Ibrahim, Aziz Deraman, Mahathir Mohamad dan Abdullah Ahmad Badawi adalah leluhur yang dihasilkan oleh 9

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

pengalaman aktivisme gerakan mahasiswa-belia di universiti atau institusi pendidikan yang mereka menimba ilmu. Ilmu dan pengalaman menjadi satu pautan saling lengkap-melengkapi antara teori dan praktikal. Ketiga-tiga elemen yang dinyatakan oleh Mohamad Abu Bakar melibatkan karakter mahasiswa sendiri. Karakter mahasiswa yang ditonjolkan melalui keberkesanan kepimpinan dan intelektualisme pimpinan mahasiswa adalah kekuasaan yang sebenar. Ganning menyebut “Jalan saya menuju kepada kekuasaan melalui karakter”. Jika kita menyelinap dalam sejarah gerakan mahasiswa, sudah pasti kita menemui karakter yang menghidupkan suasana api perjuangan mahasiswa sama ada di kampus atau di tengah masyarakat. Anwar Ibrahim, Ibrahim Ali, Noordin Razak dan Ahmad Shabery Cheek daripada kelompok Islamis-Nasionalis manakala Sanusi Osman, Abu Zer, Hishamuddin Rais dan Kamarazaman Yaakob daripada kelompok sosialis. Karakter inilah yang boleh menggerakkan mahasiswa untuk melakukan demonstrasi walhal kebanyakan mahasiswa yang berdemonstrasi adalah buta isu dan mengikuti untuk berseronok-seronok. Mengikut Stiwell, karakter mempengaruhi 80 peratus daripada kekuatan kepimpinan diikuti dengan ketegasan 10 peratus, pengetahuan dan teknik 5 peratus dan pengaruh lain-lain sebanyak 5 peratus. Kualiti karakter dapat dilihat dalam kemampuan memutus keputusan, moral tinggi, berani, tepat dalam bacaan politik, tenang dalam tekanan dan cintakan kebenaran. Karakter yang berkeperibadian tinggi sanggup merebut dan menundukkan dunia agar kedaulatan idealisme dapat ditegakkan. Pemimpin mahasiswa haruslah dipilih daripada orang berwatak dan karakter terpuji. Teras karakter adalah akhlak Islamiyyah yang murni dan syumul. Apaguna kehebatan karakter pimpinan mahasiswa jika gagal menjalinkan akhlak untuk akhirat dalam urusan dunia. Setiap urusan ada pahala dan dosa boleh menjadi landasan agar gerakan mahasiswa tidak dinodai oleh perbuatan dan pemikiran sesat. Hasan al Banna menyatakan “demi hidupmu, negeri tidak sempit kerana penduduknya tetapi yang menjadikannya sempit ialah akhlak pemimpin-pemimpinnya”. Akhlak itu bukanlah semata-mata sikap lemah lembut dan baik dalam pengaulan. Akhlak bukan sahaja terbatas pada memelihara diri daripada pengaulan bebas antara lelaki dengan perempuan dan larangan meminum arak. Akhlak mencakupi hal ini dan lebih luwes lagi dalam aspek kehidupan manusia; termasuk pengendalian diri, benar dalam perkataan, amanah, adil dalam memutuskan, tegas dengan kebenaran, menghormati peraturan, bulat nekad untuk kebaikan, menyuruh amal makruf nahi mungkar dan tolongmenolong atas kebaikan dan taqwa. Akhlak adalah penghayatan secara berterusan dalam karakter mahasiswa sendiri. CABARAN GERAKAN MAHASISWA Cabaran paling getir gerakan mahasiswa adalah membangkitkan kesedaran massa mahasiswa agar bangun mendepani permasalahan ummat. Tradisi masyarakat yang selesa dan mudah memperolehi sesuatu tanpa 10

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

perjuangan telah menjangkiti perjuangan mahasiswa. Mahasiswa sangat bimbang mengambil risiko dalam menegakkan suara kebenaran. Kesedaran adalah regalia sebelum sesuatu aksi dan forum mahasiswa diadakan. Tanpa kesedaran mahasiswa tidak berjaya mengerahkan keseluruhan kekuatan gerakan mahasiswa sekaligus menyukarkan rakyat dan NGO menyokong sesuatu isu. Tradisi kebangkitan rakyat di negara ini yang tersangat bergantung kepada karisma tokoh menyebabkan tidak berupaya menghadapi pemerintah jika tiada pemimpin. Penyakit ini juga menimpa gerakan mahasiswa. Kebangkitan mahasiswa terlalu bergantung kepada tokoh seperti Syed Hamid Ali, Anwar Ibrahim, Nordin Razak, Sanusi Osman, Ibrahim Ali, Idris Jauzi dan Ahmad Shabery Chek. Jika tiada tokoh berkaliber, gerakan mahasiswa akan lesu tanpa aksi. Lihat kebangkitan reformasi pada tahun 1998, momentum kekuatan mahasiswa tidak digunakan secara maksima padahal peluang ini iaitu ketika ramai rakyat bangkit berdemonstrasi sepatutnya diambil untuk mengembalikan kuasa mahasiswa sebagai pendesak semasa zaman kegemilangan gerakan 1970an. KEMAHIRAN DALAM GERAKAN MAHASISWA Kemahiran pengurusan Organisasi Tugas utama golongan mahasiswa/belia di Malaysia adalah menyubur kembali tradisi kecemerlangan gerakan mahasiswa/belia yang semakin lesu dan tidak bermaya. Penularan unsur material ke dalam pemikiran masyarakat telah menumpulkan budaya berpersatuan dan kesukarelawan di kalangan ahli masyarakat terutamanya para mahasiswa/belia. Dalam menghadapi dunia yang semakin mencabar ini kita perlu membina generasi mahasiswa/belia yang berjiwa besar dengan competitive frame-work of mind dalam mengemudi pengurusan organisasi mahasiswa/belia yang semakin lesu itu. Justeru, bagi menghidupkan kembali organisasi mahasiswa/belia, para mahasiswa/belia perlu dilengkapi dengan kemahiran pengurusan organisasi. Menurut Louis A. Allen, “....organisasi merupakan satu mekanisma atau struktur yang membolehkan ahli-ahli dalam sesebuah organisasi dan bekerja secara cekap-bersama.” Bagi E. Weight Bakke pula “...organisasi adalah merupakan satu masyarakat yang kecil iaitu terdiri daripada kumpulan-kumpulan individu yang sama-sama bersatu sebagai satu kumpulan untuk mencapai tujuan yang telah ditetapkan oleh sesebuah organisasi itu”. Pemaknaan organisasi ini memberi peluang kepada para mahasiswa/belia mempelajari dan menguji kemahiran dalam pengurusan sesebuah organisasi. Penglibatan /mahasiswabelia dalam organisasi mahasiswa/belia amat penting dalam mempersiapkan diri untuk masa hadapan. Disinilah kita melihat organisasi mahasiswa/belia memainkan peranan yang cukup penting sebagai medan latihan dan menjadi wahana untuk memenuhi misi negara. Organisasi mahasiswa/belia adalah satu masyarakat kecil terdiri daripada kumpulan 11

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

individu-individu yang sama-sama bersatu dalam satu kumpulan dan bekerja secara cekap bagi mencapai satu tujuan yang telah ditetapkan oleh sesebuah organisasi mahasiswa/belia. Dalam organisasi inilah para mahasiswa/belia diuji, diolah dan diasuh agar kita berkemampuan membuat perancangan program untuk memperbaiki keadaan. Mahasiswa/belia adalah waris kepimpinan negara perlu mengetahui kemahiran pengurusan organisasi. Dari segi takrifnya perancangan setiap organisasi adalah satu proses yang melibatkan keputusan-keputusan tentang; apa yang dilakukan, bila akan dilakukan, siapa yang akan melakukannya, dan bagaimana melakukannya sebelum sesuatu tindakan itu dilaksanakan. Perancangan perlu bagi menyediakan rangka matlamat akhir sesuatu tindakan, membantu menyediakan framework penyertaan dalam organisasi, membantu menbongkar peluang dan ancaman-ancaman masa depan, merangka piawaian prestasi (performance standard) serta merangka usahausaha pembaikan. Sebelum program mahasiswa harus melihat prioriti program, kemampuan organisasi dan kewangan. Berdasarkan perkara tersebut kertas projek blue print dirangka. Dengan perancangan yang dirangka akan menyenaraikan utama serta pula menyusunnya mengikut keutamaannya agar ada penyelarasan. Keutamaan program juga banyak bergantung kepada suasana dan bentuk kumpulan sasar serta masalah yang ada.

Kemahiran berfikir Penyelesaian masalah adalah satu aktiviti harian manusia. Masalah yang dihadapi mungkin mudah atau remeh, ada yang memerlukan pertimbangan yang mendalam dan mungkin ada masalah yang mempunyai jalan penyelesaian yang kabur. Bagi menyelesaikan masalah, manusia memerlukan pemikiran kreatif dan inovatif yang dianggap kunci kepada perubahan dan kemajuan. Kemahiran berfikir adalah antara wahana dalam menjana idea-idea kreatif. Secara umumnya, kemahiran berfikir adalah satu kemahiran memproses minda untuk mencapai tujuan tertentu. Menurut Ainon dan abdullah Hasan, kemahiran berfikir ialah kemahiran menggunakan maklumat untuk pelbagai kegiatan aktif. John Dewey pula menganggap kemahiran berfikir sebagai satu aktiviti mengawal, menguasai dan menyesuaikan diri kepada persekitaran sukar. Costa pula mengaitkan kemahiran berfikir dengan proses penerimaan rangsangan luar oleh minda melalui deria. Mayer menyifatkan kemahiran berfikir sebagai kemahiran pengolahan mental yang merangkumi pengetahuan, pengamatan dan penghasilan sesuatu. Apapun definisinya, kemahiran berfikir adalah satu kemahiran menyelesaikan masalah. Ia melibatkan individu mencari dan mengenal pasti

12

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

makna dan pemahaman terhadap sesuatu perkara, menerbit idea, merekacipta, menerokai pelbagai kemungkinan, merenung nilai, membuat pertimbangan, mentafsir maklumat dan membuat keputusan. Proses berfikir terbahagi dua tahap iaitu tahap persepsi dan tahap pemprosesan. Tahap persepsi, seseorang individu cuba mengenali sesuatu melalui pengecaman dan menterjemahkan sesuatu aktiviti kompleks ke dalam bentuk mudah dan bermakna. Pada tahap pemprosesan pula, kekuatan logik digunakan untuk memproses maklumat yang diterima bagi membuat keputusan, mengambil tindakan dan menyelesaikan masalah. Penulis melihat kemahiran berfikir menjadi satu elemen teras kecemerlangan belia. Dengan adanya kemahiran berfikir, para belia akan menjadi seorang pemikir. Pemikir yang baik tidak akan terburu-buru mencari jalan penyelesaian masalah. Mereka akan mengambil masa untuk berfikir, merancang strategi dan bertindak balas sebelum keputusan dibuat. Bagi menyelesaikan masalah, seorang pemikir gemar mengkaji punca-punca masalah dan melakukan penilaian kembali pada setiap keputusan yang dibuat. Pemikir juga melakukan kaji kendiri (introspection) ke atas kelebihan atau kelemahan sebelum melakukan tindak balas terhadap masalah. Kaji kendiri ialah proses ‘melihat ke dalam diri sendiri’ untuk memerhatikan perkara-perkara yang berlaku dalam fikiran dan perasaan. Kaji sendiri membolehkan kita melakukan penilaian terhadap keupayaan diri dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Jika tidak berupayaan, mungkin bantuan daripada orang dapat diminta. Belia/mahasiswa sebagai pemikir mestilah bersifat fleksibel dengan menerokai kemungkinan-kemungkinan, alternatif dan pilihan. Setiap masalah diselesaikan dengan pelbagai cara. Seorang pemikir berfikiran terbuka, prihatin tentang adab al-ikhtilaf, reseptif dan dapat menerima cadangan orang lain. Idea yang berbeda dikaji diselidik, dikaji dan dipertimbangkan sebelum membuat keputusan. Kemahiran sosial Jangan bersikap elitis. Pimpinan gerakan mahasiswa/belia harus merakyatkan diri mereka dengan para pengikut dan rakyat sekitar kampus. Begitu juga hubungan dengan pentadbiran universiti, pimpinan mahasiswa harus boleh berinteraksi dalam suasana kondusif dan mesra.

13

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

PILIHAN RAYA KAMPUS UNIVERSITI MALAYA : NOKTAH TERAKHIR UNTUK GMUM? Oleh Mohamad Ridhwan Bin Alias tokawang_sufi@yahoo [mantan ahli PMIUM pasif, EXCO PBMUM & PSUM] ‘kematangan atau robotnya pelajar bukanlah tertakluk kepada akta. Di zaman penjajah dahulu, pelajar tiada kebebasan tetapi pelajar tetap tidak menjadi robot malah lebih gigih dan matang bahkan lagi kuat mereka berjuang. Justeru, pelajar perlu bergerak aktif dalam akta’ Tun Dr. Mahathir Mohammad Begitulah ujar Tun Dr. Mahathir Mohammad pada tahun 1970an di ITM Shah Alam ketika ditanya berkaitan dengan AUKU. Mahasiswa sendiri yang menentukan hala tuju mereka sendiri tanpa mengira di dalam akta atau di luar akta. Yang paling penting ditanya adalah mahu berjuang atau tidak?. Pilihan raya kampus pada tahun ini di Universiti Malaya(UM) dijangka paling sengit kerana bakal menentukan keupayaan ASPIRASI MAHASISWA mengekalkan tampuk kekuasaannya dalam MPPUM semasa suasana politik Islam diselubungi kabus kekalahan. Aspirasi mahasiswa diwakili oleh Gagasan Mahasiswa Universiti Malaya(GMUM) yang merupakan satu badan ‘underground’ yang menyatukan pelbagai aliran pro mahasiswa di UM. GMUM akan bertembung dengan musuh tradisinya yang dikenali sebagai Majlis Gerakan Mahasiswa Universiti Malaya(MGMUM) yang dianggap boneka HEP. Pada sesi 2003/2004, GMUM masih utuh mengekalkan kuasa dalam MPP walaupun diserang dan disekat dengan pelbagai strategi daripada HEP. Melalui sekretariat TNC HEP, satu grand design telah dirancang untuk menjatuhkan gerakan pelajar Islam di kampus-kampus utama negara. Akibatnya, gerakan pelajar Islam tumbang di UKM, UTM dan UPM, dan hampir tewas di USM [walau bagaimanapun HEP menjadikan pelajar Aspirasi Universiti melalui kelab WAWASAN menjadi DYP MPPUSM]. Di UM, GMUM mengalami kemerosotan teruk {pada tahun 2004, GMUM boikot pilihanraya kampus) walaupun kerusi umum masih dikuasai GMUM. Gerakan pelajar pro mahasiswa dan pro Islam yang paling berjaya mengekalkan kuasa adalah WUFI di UIA. GMUM adalah satu pakatan integrasi antara kaum di UM. Ia dipelopori oleh NADI dan kelab PENA (PMIUM melalui Presidennya, Mohd Huzairi Husain), UMANY (Cina melalui Lawrence Teen Tor Nik), persatuan anak 14

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

negeri dan Persatuan Bahasa Tamil Universiti Malaya(PBTUM melalui Presidennya, Thiruchelvan A/L Koundyannan) melalui satu perjanjian persefahaman(MoU) atau tahaluf siyasi pada 10 November 1998 (atau 1999, mungkin penulis tertukar). Objektif utama ialah menunjukkan kepada masyarakat bahawa mahasiswa mampu bersatu dalam memperjuangkan kebenaran, keadilan serta menentang sebarang kezaliman tanpa mengira agama dan kaum. Saya kurang pasti sejarah penubuhan MGMUM tetapi penubuhannya bertujuan mengekang kemaraan GMUM. MGMUM adalah serpihan BMB[setelah pelajar pro Anwar melalui PKPIM-UM menyokong GMUM dan kebelakangan ini PBTUM beralih kepada menyokong MGMUM) yang menjadi regalia untuk kepuasan HEP. BERAKHIRNYA DOMINASI PMIUM DI UM? PMIUM yang dianggap ketua pakatan GMUM seberapa daya upaya mahu meneruskan tradisi mencabar mereka walaupun HEP melakukan pelbagai asakan berganda tanpa henti untuk mengekang PMIUM sejak HEP berada di bawah kepimpinan Dato Razali Agus [Dato Hashim Yaakob secara relatifnya gagal mengekang PMIUM]. Semasa zaman Dato Firdaus, sikap antikerajaan dan antiHEP disambut mesra oleh Dato Firdaus kerana mahasiswa perlu mempamerkan sifat kritikal terhadap isu-isu masyarakat. Oleh sebab itu, Dato Firdaus masih membenarkan aktiviti diskusi yang jelas mengkritik HEP atau AUKU. Perkara ini terserlah lagi di dalam majalah Varsity dimana pelajar berterusan menyiarkan sejarah kekuatan gerakan pelajar masa silam dan kritikan pedas yang bersifat menentang arus perdana. Jika TNC HEP berjiwa gabra menghadapi cabaran mahasiswa dan terlalu melayani kerenah jiwa muda seorang mahasiswa, TNC HEP sebegini akan seberapa upaya ingin menjatuhkan gerakan pelajar. Pihak atasan ini ingin menyukakan pihak pimpinan kerajaan dan memuaskan nafsu mereka dengan menewaskan gerakan pelajar untuk menunjukkan HEP lebih berkuasa. Ada apa pada suara mahasiswa kini?. Persoalan ini boleh dijawab oleh sesiapa jua dan jawabannya pastinya pelbagai. Di bawah adalah beberapa dugaan faktor kejatuhan GMUM di UM. a. Peranan HEP. Kini, kebanyakan aktiviti persatuan dibelenggu oleh belitan besi panas oleh HEP sehingga kelihatan aktiviti berpersatuan di UM begitu lesu. Banyak sekatan dan syarat baru dikenakan boleh memandulkan budaya berpersatuan yang selama ini memang semakin menurun minatnya di kalangan pelajar. Pelajar tidak diberikan kebebasan untuk merencanakan program mereka menyebabkan kekreatifan dan budaya berfikir mahasiswa boleh terbantut. Bahkan HEP mengadakan program tertentu secara terang ingin menjatuhkan GMUM. Pelajar tahun satu mula dibasuh minda mereka, diugut, ditawar habuan bagi menyokong MGMUM. Sekali imbas, HEP telah melakukan ketidakadilan dan mengalakkan politik wang dalam pilihanraya kampus. Informasi tentang GMUM terutamanya UMANY dan PMIUM dinegatifkan. UMANY dianggap pertubuhan tidak berdaftar dan pelajar akan dihukum jika menyertainya tetapi pada masa yang sama baju-baju yang berlabel MGMUM sudah tersedia diagihkan kepada pelajar. PMIUM pula dikatakan pro PAS, puak taksub dan antihiburan, telah banyak mengotori imej 15

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

PMIUM. Peranan HEP yang berterusan merancang menjatuhkan GMUM dan pro kepada MGMUM, akhirnya akan menumbangkan PMIUM [selaku ketua GMUM] daripada tampuk MPP. b. Ketumpulan Idealis GMUM Selepas keluputan NADI dan Kelab PENA di UM, PMIUM menggunakan GMUM sebagai platform. Walau bagaimanapun, pendokong PMIUM sekarang dan penggerak UMANY gagal menghayati idealis GMUM yang asal. Sewajarnya daripada haluan siswa lagi, idealis GMUM yang mencintai keadilan dan kebenaran serta berasaskan kesepaduan dalam kepelbagaian kaum itu disebar-luas di kalangan pelajar. Semangat integrasi boleh digembleng kembali untuk merapatkan pakatan antara kaum di UM. c. GMUM Pro Pembangkang? Tohmahan terbesar yang dihadapi oleh GMUM adalah pro pembangkang. Imej pembangkang yang tercalit kepada GMUM tidak boleh dinafikan sama sekali oleh PMIUM dan UMANY. Kebanyakan pendokong GMUM adalah pro pembangkang tetapi sebetulnya mereka pro keadilan, kemanusiaan, kebenaran dan Islam. Apabila PMIUM dan UMANY memperjuangkan isu seperti ISA, hudud, AUKU dan kebebasan pilihan raya dan media, secara automatiknya kerajaan, HEP dan masyarakat melabelkan GMUM pro pembangkang. Tahukah kita, GMUM boleh hidup di UM kerana sifat kebersamaan GMUM dengan sebahagian besar pelajar yang aktif dan berpengaruh daripada pelbagai bangsa. Kita perlu tahu, kebanyakan pelajar kini adalah pasif, tidak peka dengan masalah semasa, berbudaya seronokseronok dan tidak menghiraukan politik atau aktiviti berpersatuan. Semasa pilihanraya, pelajar aktif dan berpengaruh [biasanya, pelajar ini aktif dalam berpersatuan] yang mendokong GMUM akan memujuk rakan-rakan mereka untuk turun mengundi dan memangkah GMUM. Pelajar ini hanyalah segelintir daripada keseluruhan pelajar UM [sekitar 2000 orang-hardcore]. Sebenarnya, bukan semua pendokong GMUM pro pembangkang, bahkan ada di antara mereka penyokong totok UMNO, ABIM, GAPENA dan GPMS tetapi masih bersama GMUM semasa zaman mahasiswa. Mereka menyokong GMUM kerana HEP selalu sahaja menyekat aktiviti berpersatuan[mereka juga terasa bahang sekatan], mereka mahu melihat kembalinya nostalgia gerakan pelajar 1970an di UM, HEP tidak pro Islam [terlampau tertumpu kepada aktiviti kebudayaan] dan kemampuan GMUM terutamanya PMIUM menyediakan pemimpin berkualiti dari segi akhlak [contohnya, taat pada agama dan tidak merokok] dan bijak dalam akademik. Semacam satu tradisi di UM, pelajar akan mengkagumi kehebatan gerakan pelajar era 1970an dan 1980an (bagi pendokong Islamis). Tradisi ini juga terdapat di UTM, UKM, UPM, USM dan UITM [semakin luntur]. Bagi meneruskan tradisi ini, mahasiswa UM mempamerkan tradisi mencabar dan sifat menongkah arus berbanding sifat kebudaksekolahan gerakan pelajar di kampus baru. Sekarang, pihak GMUM khususnya PMIUM kelihatan gagal menangkis serangan-serangan terhadap mereka. Informasi negatif yang selalu didoktrinkan ke dalam fikiran pelajar menyebabkan majoriti pelajar mempercayainya. Contoh, isu penahanan bas semasa pilihan raya umum 16

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

2004, kegagalan PMIUM menjawab dengan baik dan maklumat tidak tersebar secara meluas menyebabkan imej ini menyelimuti PMIUM. PMIUM yang menganuti fahaman ala Ikhwanul Muslimin sentiasa mempunyai persamaan dengan PAS, ABIM dan JIM, cuma suasana perjuangan sahaja yang berbeda. Inilah risiko yang perlu dihadapi pendokong Islam ala Ikhwanul Muslimin. d. Peranan Kerajaan Dasar kerajaan juga mempengaruhi potensi GMUM untuk meneruskan keteguhan kuasa mereka di UM. Dasar meritokrasi sebagai contoh telah membawa kemasukan secara beramai-ramai pelajar Cina ke UM. Kita perlu ingat, UM merupakan tumpuan tradisi pelajar Cina selain UTM, USM dan UPM kerana mitosnya yang terkenal dengan kemasyhuran nama UM itu sendiri, kualiti pembelajaran, kekananan Universiti Malaya di Malaysia, nostalgia ibu-bapa mereka, lagenda gerakan pelajar dan berhampiran kota raya. Jumlah pelajar yang hampir sama di antara Melayu dengan Cina akan membawa ketidakstabilan politik dan ia sendiri bakal menghancurkan pakatan GMUM yang berteraskan pelbagai kaum. Kehancuran ini boleh berlaku apabila pelajar Cina meminta jawatan pentadbir MPP dan jumlah calon lebih ramai daripada Melayu-Islam. Pihak berkuasa juga terlalu meracuni pemikiran pelajar dengan kepentingan material terutamanya berkaitan kerja. Sifat material ini secara halusnya berjaya menjadi ugutan ghaib yang membimbangi pelajar untuk aktif dalam GMUM khususnya PMIUM. Kita tidak boleh menafikan kepentingan kerja tetapi berikanlah mahasiswa untuk berjuang dalam isu-isu masyarakat. Zaman mahasiswa bukanlah penentu hala tuju seseorang kerana mereka masih bereksperimen dalam menentukan jalur perjuangan, mereka masih berjalur bebas [kerana tiada komitmen dengan kerja, rumah tangga tetapi mereka pro kepada dunia khayali mereka seperti berhibur dan menganggap diri mereka macam Ikhwan Muslimin, contoh] dan bersifat anak muda yang membara semangatnya. Berilah mahasiswa untuk memarakkan perjuangan mereka dalam tempoh 3 atau 4 tahun semasa dalam pengajian. Selepas tempoh pantang tamat, mereka akan menentukan jalur mereka sama ada bersama kerajaan atau pro pembangkang. Lihatlah betapa baiknya pengurusan DBP yang ditadbir oleh Aziz Deraman, seorang tokoh pelajar yang ditahan polis dalam demonstrasi awal 1970an, lihat juga Ahmad Shabery Cheek yang mengetuai demontrasi anti-Amerika telah menjadi Ahli Palimen Kemaman daripada UMNO. Lihatlah ramai tokoh pelajar yang ekstrem dan menongkah arus semasa zaman mahasiswa berduyung-duyung memasuki kerajaan dan UMNO yang diludahinya dahulu. Demi sesuap nasi, inilah keberkesanan racun pentingnya ‘kerja’ yang disuntik ke dalam pemikiran mahasiswa. e. Peranan Media Massa Bagi sebahagian masyarakat Malaysia terutamanya di pendalaman media massa terutamanya TV dianggap ‘tuhan’ secara tidak sedar disamping Allah S.W.T yang diakui oleh mulut, hati dan perbuatan. Manakala akhbar dianggap ‘wahyu suci’ yang benar, dan ia dipercayai dan dibaca melebihi daripada al Quran. Begitulah hebatnya pengaruh media massa dalam masyarakat kita. 17

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

Jika gerakan Islam seperti PAS, ABIM, JIM dan PUM berjaya diburukkan dengan mudah apalagi GMUM yang kurang berupaya dari segi jentera dan kewangan. Media massa akan memulakan kempen dengan melabel yang mana pro pembangkang dan aspirasi universiti. Seterusnya melakukan serangan bertubi-tubi memburuk juak yang pro pembangkang kononnya. Kita perlu mendengar nasihat Tun Dr. Mahathir supaya rakyat Malaysia tidak melupai ilmu sains sosial dan ilmu kemanusiaan terutamanya sejarah dikala semua orang mengejar material yang diikonkan melalui ilmu sains gunaan. Jika kita celik dan mengambil cakna tentang sejarah, kita dapat menyelinap di sebalik lembaran akhbar betapa besar akhbar menpengaruhi fikiran rakyat. Contoh, akhbar al Iman berjaya menyebarkan idea kaum muda. Kejatuhan kerajaan pelajar Islam yang pertama di UM juga dicanang dengan kerjasama antara HEP, juak nasionalis dan akhbar. Ketika kejatuhan PMIUM [golongan Islamis pertama menguasai PMUM, dikenali Barisan Mahasiswa) dari MPP pada tahun 1980, satu grand design dijalankan oleh HEP dengan Utusan Malaysia untuk menjatuhkan gerakan pelajar Islam [pada masa ini golongan pelajar Islamis di bawah pengaruh ABIM-PKPIM] di Malaysia. Utusan Malaysia secara terang berkempen untuk juak nasionalis dengan menuduhkan gerakan pelajar Islam adalah pelampau. Tajuk akhbar: ‘GERAKAN REJIM KAMI DI KAMPUS’ Begitulah lembaran depan akhbar Utusan Malaysia yang bertarikh 8.7.1980 telah menuduh satu gerakan bawah tanah pelajar Islam yang berbahaya dengan sikap taksub, antitoleransi dan pelampau telah bertapak di kampuskampus utama. Modus operandi kewujudan nama Regim KAMI adalah sama dengan kewujudan nama al Qaeda, Jemaah Islamiyyah dan Kumpulan Militan Malaysia(KMM) yang diselimuti dengan kekaburan. Pada masa itu, UKM dituduh sebagai pusat Rejim KAMI tetapi dinafikan oleh PMUKM. Akibatnya golongan Islam tumbang dalam pilihanraya kampus di UPM dan UKM [lihat Utusan Malaysia, 12.7.1980]. Kini tiba giliran pilihanraya kampus di UM, golongan Islamis di UM mula terasa bahang apabila akhbar Utusan Malaysia bertarikh 15.7.1980 mula menyerang PMUM [yang dikuasai oleh PMIUM] dengan menyiarkan dua surat pembaca iaitu ‘POLITIK PONDOK DI UM’ oleh bekas siswa dan ‘MAHASISWA MENOLAK GOLONGAN PELAMPAU’ oleh Nasrul Elias Mohd Ali. Kospirasi akhbar Utusan Malaysia dengan juak nasionalis dan HEP telah sampai kemuncak apabila Utusan Malaysia menyiarkan tajuk depan ‘SEDERHANA YAKIN BERKUASA’. Perkara ini menunjukkan golongan nasionalis yang sederhana itu mendapat publisiti percuma dan Utusan Malaysia jelas berkempen untuk juak nasionalis dan HEP. Akibatnya, asakan informasi negatif ini telah berjaya menjatuhkan imej PMIUM dan berjaya menpengaruhi psikologi pelajar untuk menyokong golongan nasionalis ‘sederhana’ yang mendokong aspirasi universiti dan kerajaan. Sambutan kekalahan PMIUM disambut besar-besaran bagaikan menyambut kemenangan tentera Kristian Portugis yang menewaskan Kerajaan Islam Melaka di Vatican City dengan penyiaran akhbar Utusan Malaysia bertarikh 19.7.1980 di muka depan dengan tajuk ‘SEDERHANA MENANG BESAR DI 18

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

UM’. Begitulah tragisnya kejatuhan kerajaan pelajar Islam pertama di UM yang dikospirasikan oleh HEP, nasionalis dan media massa. GMUM: MENANG DALAM KEKALAHAN Kemenangan atau kekalahan dalam pilihanraya kampus adalah bikinan Ilahi, walau bagaimanapun dengan mehnah yang begitu menebal di kampuskampus terutamanya di UM, tidak mustahil GMUM akan menerima kekalahan. Begitulah adat ‘lawan tetap lawan’, pastilah ada pihak yang akan kalah. PMIUM sebagai teras GMUM yang berjiwa Islam tidak harus bermatlamat menang dalam pilihanraya kampus semata-mata, perjuangan di masa kalah yang perit dan getir itu perlu diterima dengan sabar dan redha. Gerak kerja dakwah perlu dikemaskini untuk memperkuatkan roh, mental dan jentera organisasi yang kelihatan longgar agar lebih segar. Ada apa pada suara mahasiswa kini? Sama ada PMUM dikuasai MGMUM atau GMUM, suara mahasiswa tetap tidak bermaya. Keadaan kelesuan gerakan pelajar akan tetap sama. Cuma kemenangan yang dituntut oleh GMUM adalah untuk memperteguhkan maruah mahasiswa yang bertunjangkan kemahuan keadilan, kemanusiaan dan Islam. Jika GMUM berharap kemenangan untuk memiliki kuasa pentadbiran, jawapannya adalah tidak kerana tidak mudah HEP memberinya bahkan HEP akan menentangnya. Begitulah juga jika MGMUM berkuasa, cuma MGMUM akan memudahkan kuasa pentadbiran HEP sahaja. KESIMPULAN Begitulah kupasan saya tentang kebarangkalian kejatuhan GMUM. Adakah noktah GMUM dalam kepimpinan kampus akan terjelma? Jawabannya, Mahasiswa UM sendiri yang akan menentukan halatuju mereka. Yang pasti GMUM akan tetap bertempur MGMUM dengan suasana meriah dengan strategi masing-masing. Pahit dan manis dalam perjuangan semasa zaman mahasiswa sama ada MGMUM atau GMUM akan mematang mahasiswa dengan dunia politik. Kita tunggu keputusannya, PILIHANRAYA KAMPUS UNIVERSITI MALAYA. Selamat berjuang untuk GMUM dan MGMUM. 29.6.04

19

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

PBMUM: SATU PERJUANGAN Oleh Mohamad Ridhwan Bin Alias∗ [email protected]

Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBM) dan Universiti Malaya adalah dua nama yang tidak dapat dirungkai dalam sejarah gerakan pelajar. PBM telah membuktikan keunggulan mereka dalam gerakan pelajar terutamanya mendaulatkan Bahasa Melayu. Kini, PBM semakin sunyi, sepi dan lesu sehingga maqam yang dimilikinya ketika dahulu semakin luntur. Artikel ini bertujuan mengimbau kembali kenangan PBM sebagai gerakan pelajar yang terunggul di negara ini. PBM ditubuhkan pada 29 Januari 1955 di Singapura dengan ahli seramai 47 orang. Kelahiran utama PBM disebabkan mahasiswa Melayu terasa tercabar dengan cadangan segelintir pemimpin mahasiswa Melayu dalam forum radio yang menggesa sekolah Melayu dihapus dan diperluaskan penggunaan bahasa Inggeris. Pemimpin guru Melayu telah memcabar mahasiswa Melayu lain agar membuat respon terhadap isu ini pada tahun 1953. Pada peringkat awal iaitu tahun 1955-1965, aktiviti PBM lebih kepada aktiviti bahasa dan kebudayaan. Mereka lebih banyak mengadakan forum dan aktiviti kebudayaan. Aktiviti PBM untuk menghidupkan kembali kebudayaan Melayu dengan aktiviti bahasa, seni dan sastera. Kegiatan pada tahap ini tertumpu di dalam kampus sahaja. Pada tahun 1965-1971, zaman perjuangan PBM telah bermula. Pada tahap ini perjuangan PBM berimej nasionalis-sosialis yang bebas daripada pengaruh luar. ‘...perjuangan PBMUM sekarang ialah merangkumi setiap aspek perjuangan termasuk politik, ekonomi, pelajaran, sosial dan sebagainya.’3 Antara isu yang diperjuangkan oleh PBM adalah isu Bahasa Melayu, Dasar Pelajaran Kebangsaan, isu rakyat luar bandar (penerokaan tanah diTeluk Gong) dan penubuhan UKM. Pada waktu inilah munculnya Sanusi Osman, seorang mahasiswa sosialis yang bersama-sama berjuang dengan wira tanah rakyat negara, Pak Hamid Tuah. Episod ini menandakan zaman radikal gerakan pelajar. Pada tahun 1971-1974 kita dipaparkan dengan dua tahap pengaruh dalam PBM. Pada tahap pertama PBM telah dikawal oleh PKPIM dan ABIM melalui pengaruh Anwar Ibrahim dan Noordin Razak. Pada tahap ini, PBM berimejkan Nasionalis-Islamis lebih banyak bersama PKPIM dan ABIM. Mereka bersama-sama telah memperjuangkan Isu Penindasan Orang Pathani oleh kerajaan Thai. Pada tahap kedua, team Anwar Ibrahim telah tumpas kepada Mahadzir Khir4 yang bersifat nasionalis yang cuba merapati kerajaan dan universiti. Team PBM nasionalis pro universiti ini telah menunjuk 

Penulis pernah menjadi EXCO PBMUM. Bekas mahasiswa Jabatan Sejarah Universiti Malaya.. Suara PBMUM, 1966. 4 Setiausaha Parlimen Kemen. Pendidikan (2003) 3

20

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

taring apabila mengagalkan rampasan kuasa universiti oleh PMUM setelah peristiwa Tasek Utara.5 PBM di bawah pimpinan Aziz Shamsuddin6 mewujudkan Majlis Tindakan Negara(MTN) mengagalkan usaha Majlis Tindakan Sementara(MTS) yang didokongi oleh PMUM.7 MTN bersama kerajaan dan penguasa varsity telah membantai MTS (PMUM) di bawah pimpinan Kamarazaman Yaacob dan Hishamuddin Rais. Perbalahan ini cukup hebat kerana ia melibatkan peperangan ideologi Nasionalis-Melayu vs Sosialis. Kolej yang dikuasai oleh juak sosialis seperti kolej kelima telah menghalang lawatan juak MTN dan hampir mencetus pengaduhan. Kekuatan PBM ketika ini cukup hebat kerana berjaya menghindari pengaruh Anwariyyun dan menentang golongan popular universiti, Kelab Sosialis Universiti Malaya yang menguasai PMUM. Pada tahun 1974-1980, PBM tampak lesu seperti persatuan lain ekoran dimandulkan oleh Akta Universiti dan Kolej (AUKU) 1975. Imej nasionalis berkurangan dan aktiviti PBM lebih kepada kemasyarakatan dan diskusi ilmiah. Idealis gerakan pelajar yang murni hampir tiada. Suasana lesu berterusan sepanjang tahap ini. Pada tahap 1980-1990, PBMUM mula melakukan respon terhadap isu semasa. Unsur Islamis kembali kelihatan dalam PBMUM, contoh Husam Musa8 selaku Setiausaha Agung PBMUM telah membidas kenyataan bertulis seorang ahli parlimen UMNO yang meremeh ajaran Islam. Selepas kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO, pengaruh PKPIM dan ABIM berjaya ditumbang dalam saf pimpinan PMIUM oleh team PMIUM revolusi Iran yang Pro PAS.9 Sebagai alternatif anasir-anasir PKPIM dan ABIM cuba menyusupi PBM setelah lama mendominasi PMIUM dan berjaya mengawal keseluruhan PBM pada tahun 1990-2000. Tahap ini muncullah Saifuddin Abdullah, Fuad Zakarshi (tokoh UMNO Johor) dan Fakrulrazi. Pada tahun 1990-2000, pada awal dan pertengahan 1990an, PBM telah menjadi sarang PKPIM-UM di Universiti Malaya. Imej PBM lebih Islamis ala ABIM-PKPIM. Sokongan PBM hampir seimbang dengan PMIUM dan pada satu masa wakil PMIUM (Nadi) dan PBM (melalui BMB) saling tumbangmenumbang dalam pilihan raya kampus. PBM pro universiti ekoran hero mereka iaitu Anwar Ibrahim bersama kerajaan. Perjuangan PBM [proksi PKPIM-UM] kembali bersifat oposisi apabila Anwar Ibrahim dipecat daripada kerajaan. PBM bersama Gagasan Mahasiswa Universiti Malaya (GMUM) telah mengalahkan calon-calon pro Hal Ehwal Pelajar (HEP) – Majlis Gerakan Mahasiswa Universiti Malaya (MGMUM). Walau bagaimanapun, taring PBM semakin tumpul pada akhir 1990an. Ketiadaan pelapis dalam barisan kepimpinan menghilang suara PBM 5

Pada masa ini, kekuatan PMUM dihalakan ke Tasek Utara. Timbalan Menteri Pendidikan (2003) 7 Tindakan PMUM disokong oleh semua persatuan anak negeri dan persatuan di UM kecuali Persatuan silat Gayung dan PBMUM. MTN telah menculik Presiden PMUM. Lihat Kamaruzaman Yaakob, Bersama Anwar Ke Penjara. 8 Aktif dalam PAS. 9 PAS didokongi oleh ahli ABIM yang thiqah terhadap perjuangan asal ABIM seperti Fadzil Noor, Haji Abdul Hadi Awang, Haji Nakhaie Ahmad. 6

21

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

dalam perjuangan isu kampus dan nasional. Anasir PKPIM juga semakin pudar warnanya dalam mempengaruhi PBM dan PKPIM-UM sendiri gagal membekal benih-benih pimpinan yang berkualiti secara berterusan untuk PBM. Kini, arah idealis PBM perlu diberikan nafas baru oleh pimpinan PBM agar terus relevan di UM.

Isu Bahasa Melayu. PBM dan BM bagai isi dengan kuku. Nama PBM pasti tersemat dalam perjuangan mendaulatkan BM di bumi Malaysia ini. PBM telah mencela kenyataan Tunku Abdul Rahman dan Khir Johari kerana mengatakan BI akan dijadikan bahasa rasmi disamping BM. PBM memberi amaran ‘jika hendak mengelak pertumpahan darah, soal BM sebagai bahasa kedua tidak harus ditimbulkan.’ Isu Penduduk Luar Bandar. Pada tahun 1967, PBM mengadakan Simposium Penduduk Luar bandar bagi mengkaji masalah masyarakat luar bandar. PBM pada masa ini dibawah pimpinan Sanusi Osman10 yang berfahaman sosialis (ahli Kelab sosialis Universiti Malaya). Hasil daripada simposium ini telah menyedarkan mahasiswa tentang keadaan masyarakat luar bandar. Respon utama adalah peristiwa Teluk Gong. Jelas, PBM dulunya sebuah gerakan pelajar radikal telah berevolusi menjadi gerakan pelajar ‘biasa’. Zaman telah meluruskan perubahan agar PBM bersama-sama arus perdana. Perkataan lawan dan kritik gerakan pelajar dianggap propembangkang dan menentang universiti. Inilah kedangkalan pemikiran orang kita walaupun berderet-deret kepingan ijazah. Kini, keunggulan PBM menjadi sejarah, sejarah bisu yang menjadi lagenda telah melahirkan ramai lagenda.. PENGAULAN BEBAS: DEGENERASI AKHLAK REMAJA ISLAM. Remaja adalah generasi masa depan merupakan tonggak kepada kepimpinan negara dan simbol keutuhan budaya bangsa dan agama. Bila penulis membaca pendedahan oleh majalah Mastika tentang kemaksiatan para remaja terutamanya di Lubuk Tapah dan Teluk Cempedak, terharu mengenang generasi remaja harapan negara. Semasa arus perdana bercakap persoalan politik kepartaian, perlawanan bola liga inggeris dan akademik fantasia, sekelompok remaja kita longlai tersesat dalam dunianya dalam merentasi pencarian sebuah jati diri. Menurut Han Sebald zaman remaja ialah satu zaman yang berkembang ke peringkat matang. Proses perkembangan ini meliputi fisiologi, 10

Aktif dalam Parti Rakyat Malaysia(PRM).

22

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

organisme badan dan sebagainya. Kenneth keniston pula menyatakan peringkat umur remaja adalah lingkungan 18 hingga 25 tahun. Peringkat remaja perlu dibentuk agar perkembangan usia mereka mengarah kepada kehidupan bermoral dan menjalani proses kelakuan yang sihat. Jika tiada kawalan, golongan remaja terus hanyut dengan alam fantasia mereka. Dalam proses pencarian jati diri, remaja biasanya memerlukan sifat kemandirian. Menurut Iman Barnadib “tingkah laku perlu berkemampuan, mampu mengatasi masalah, mempunyai perasaan rasa percaya diri dan dapat melakukan sesuatu sendiri tanpa bantuan orang lain” Para remaja cuba membebaskan ikatan pengantungan daripada ibubapa. Mereka mahu dihargai, berfikir secara bebas, mengambil keputusan sendiri dan belajar bertanggungjawab terhadap setiap perbuatannya. Menurut Robert Havighurt, sifat kemandirian ini boleh dijuzukkan kepada beberapa aspek, pertama emosi dimana remaja berkeinginan mengawal emosinya dan tidak bergantung dengan suntikan motivasi orang tua yang dianggap leteran. Kedua, aspek ekonomi dimana mereka tidak mahu bergantung kepada sumber kewangan ibubapa sahaja. Ketiga intelektual kemampuan diri mereka menyelesai masalah tanpa bantuan ibubapa dan keempat aspek sosial kebebasan bergaul dan berinteraksi dengan orang lain. Modenisasi menuntut satu perubahan besar dalam ketamadunan dan kebudayaan manusia. Kemodenan turut memberi impak besar dalam proses pembentukan pemikiran dan kebudayaan golongan remaja. Remaja cuba menyesuaikan diri dengan nilai-nilai moden yang dipelopori oleh tamadun Barat. Nilai-nilai moden tamadun Barat cuba menghakis nilai tradisi kebudayaan Melayu-Islam yang telah lama tersemat dalam sanubari remaja Melayu-Islam. Nilai moden ini begitu terserlah dalam segala aspek gaya hidup remaja terutamanya aspek pemakaian, sukan dan makanan. Paling berbahaya jika nilai-nilai negatif Barat meresap masuk ke dalam pemikiran golongan remaja. Modenisasi membawa kepada revolusi pendidikan dan media massa. Modenisasi juga membawa impak maksima ke dalam transformasi budaya remaja melayu-Islam. Penularan gaya hidup Barat melalui kemudahan teknologi maklumat dan telekomunikasi. Arus budaya Barat yang memanipulasikan gaya hidup remaja ini telah menelurkan budaya ciplakan Barat yang mengancam kebudayaan Melayu-Islam. Pertama, free thinker (kebebasan berfikir). Remaja merasakan mereka mempunyai hak untuk berfikir tanpa dibatasi oleh norma-norma agama dan bangsa terutamanya dalam penyelesaian masalah mereka. Jika mereka melakukan hubungan seks dan mengandung, mereka membuang bayi di

23

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

tempat awam. Mereka tidak mengunakan agama sebagai batasan pemikiran sehingga sanggup melakukan perbuatan kejam. Kedua, kebebasan melakukan sesuatu. Remaja bebas melakukan sesuatu mengikut naluri mereka. Mereka meniru pemakaian gadis Barat tanpa melihat pakaian itu sesuai dengan norma agama dan bangsa. Pakaian seksi yang menampak betis dan pusat perut ditontonkan tanpa segan. Fenomena baju ‘bayi yang tak cukup kain’ mula menjadi barah di dalam masyarakat Melayu Islam. Jika dahulu, remaja negeri Kelantan dan Terengganu kurang terpengaruh dengan budaya sebegini kerana tradisi Melayu-Islamnya tetapi kini kudis degenerasi akhlak semakin bernanah. Ketiga, Free sex (bebas bebas). Pada saat ini, pengaulan bebas telah diakhiri dengan hubungan seks tanpa ikatan yang sah. Para remaja mudah tersasul antara cinta dan remaja. Kasih sayang melampaui tahap klimak telah memudahkan pembuktian cinta melalui seks. Pengaruh filem dan drama Barat seperti friends banyak mempengaruhi para remaja. Seks bebas diterima sebagai budaya dan simbolik kepada pemodenan. Bahkan paling menakutkan ada sesetengah remaja boleh menerima amalan seks luar tabii sebagai satu amalan hidup yang sah. Remaja memerlukan interaksi dengan rakan-rakan. Sebagai remaja, pengaruh rakan dan persekitaran cukup dominan. Perangkaan menunjukkan pengaulan bebas boleh melahirkan pelbagai kes lain seperti gadis menjadi pelacur, lari daripada rumah, perzinaan dan jenayah. Bagi kes lari daripada rumah, kes ini telah meningkat daripada 549 pada tahun 2003 kepada 629 pada tahun 2004 manakala ikut kekasih lari 698 pada tahun 2003 kepada 868 pada tahun 2004. asas kepada kes ini adalah pengaulan bebas secara tidak terkawal. Berdasarkan kajian Kementerian Kesihatan, universiti Malaya dan sebuah syarikat swasta pada tahun 2003 mendapati 13 peratus remaja berusia 15 hingga 21 tahun pernah melakukan hubungan seks sebelum berkahwin. Manakala kajian lain menunjukkan 1.8 peratus daripada remaja berusia 13 hingga 18 tahun pernah melakukan hubungan seks. Pengalaman bergaul dengan mahasiswa di kampus juga memberi gambaran awal golongan berpendidikan tidak ketinggalan mengamalkan seks bebas. Mahasiswa di kampus yang dikatakan bijaksana sanngu

24

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

HALA TUJU PEMIMPIN PELAJAR ISLAM.. Oleh MOHAMAD RIDHWAN BIN ALIAS (mamat_com) tokawang_sufi@yahoo Pemimpin pelajar merupakan icon penting dalam sesebuah organisasi mahasiswa. Mereka adalah suri tauladan dan sumber utama ideologi yang mengarah pemikiran dan tindakan setiap ahli dalam organisasi. Begitulah juga pemimpin pelajar Islam [PPI] yang memegang tampuk pimpinan organisasi mahasiswa Islam. Seperti yang kita maklumi organisasi mahasiswa Islam yang aktif di Malaysia terdiri daripada Persatuan Mahasiswa Islam [PMI], Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia [PKPIM] dan Kelab Rakan Islah Mahasiswa [KARISMA]. Pemimpin pelajar Islam di kampus bukanlah pemimpin yang sebarangan kerana mereka dibaiah oleh pendukung perjuangan Islam di kampus. Orang selalu memburuk-burukkan konsep baiah sebagai perbuatan taksub dan ekstrem. Sebenarnya, kita selalu tertipu oleh propaganda musuh Islam, baiah adalah warisan Islam yang diajar oleh Rasulullah SAW dalam perjanjian Aqabah dan Baitul Ridhwan. Baiah tidak boleh dilakukan kepada sebarangan orang. Baiah hanya boleh diberi kepada pemimpin yang alim, beramal dengan ilmunya dan berakhlak mulia. Cuma terdapat golongan ekstrem yang menyalah-gunakan baiah untuk kepentingan peribadi mereka. Oleh sebab itu, as Syahid Iman Hasan al Banna membentuk rukun baiah al Ikhwan bagi dihayati oleh para pengikut al Ikhwan yang mahu baiah kepadanya. Baiah jenis ini dapat mengurangkan ketaksuban tanpa ilmu pengikut kepada pemimpin sesebuah organisasi Islam. Masyarakat luar, media massa dan mahasiswa selalu keliru tentang konsep baiah. Sebenarnya, kebanyakkan pemimpin pelajar Islam yang dibaiah adalah seorang yang alim, mempunyai pencapaian akademik yang baik dan berupaya berhujah dan mengurus organisasi dengan baik tetapi fitrah dunia membuktikan setiap kebaikan akan ditentang. Kalau Muhammad SAW yang diakui al-amin dan berbudi bahasa ditentang, apatah lagi insan kerdil yang dinamakan pemimpin pelajar Islam. Begitu juga Iman Hasan al Banna, keperibadian dan kealiman beliau telah berjaya menyinari roh perjuangan pengikutnya. Maka lahir insan kental dalam perjuangan Islam seperti Hajjah Zainab al Ghazali, Aminah Qutb, Musthafa al Masyhur dan Makmon al Hudaybi yang begitu hebat dizalimi. Jika kita meneliti kebanyakkan pemimpin pelajar Islam, kita terpaksa mengakui kelebihan mereka. Jangan kita membenci mereka sehingga kita melupai kebaikan yang dimiliki oleh mereka. Permasalahan taksub terjadi apabila golongan ‘thaliban’[gelaran bagi golongan ekstrem dalam gerakan mahasiswa Islam] dalam gerakan pelajar Islam telah menyalah-gunakan semangat baiah ini untuk mencapai matlamat secara tergesa-gesa. Mereka ini selalu tersilap langkah dalam perencanaan dakwah sehingga perjuangan mereka tercalit dengan persepsi negatif daripada kerajaan, penguasa kampus 25

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

dan masyarakat. Fenomena ekstrem ini berlaku dalam setiap organisasi dan ia adalah wahana semula jadi bagi memperseimbangkan kuasa dalam sesebuah organisasi. Dalam parti pemerintah pun terdapat golongan ekstrem, masih ingat lagi siapa yang memanjat tembok Dewan Perniagaan Cina Selangor atau siapa yang mendesak Tunku Abdul Rahman meletakkan jawatannya melalui surat layang dan golongan yang membangkitkan peristiwa 13 Mei dalam setiap perhimpunan agung partinya. Dalam penelitian penulis, para pemimpin pelajar Islam tidak seradikal seperti yang diwar-warkan dalam media massa pro-pemerintah bahkan kita dapat merasai nilai persaudaraan begitu kuat ketika bersama mereka. Penulis mengakui ada di kalangan mereka yang tegas dan tergesa-gesa sehingga kadang-kala mereka tersilap langkah kerana terlalu sayangkan Islam. Pemimpin agung kita, Tun Dr. Mahathir sendiri seorang tegas seperti menolak pakej ekonomi Tabung Kewangan Antarabangsa [IMF]. Impaknya sehingga kini ekonomi kita dapat bertahan. Pemimpin pelajar Islam haruslah menyalurkan semangat baiah ahli kepada mereka melalui wadah perjuangan yang positif. Adalah sedih jika pemimpin pelajar Islam mempergunakan pengikut dan persatuan untuk kepentingan survival politik mereka. Mereka cuba menonjolkan diri mereka dalam pimpinan organisasi, memimpin demonstrasi dan mengkritik kerajaan dan HEP tetapi di dalam hati mereka terselit niat untuk mempromosi diri agar ‘dibeli’ oleh pihak tertentu. Oleh sebab itu, tidak hairanlah jika kita melihat ramai pemimpin pelajar Islam yang menjilat ludahan mereka kembali, siapa yang tidak mengenali Anwar Ibrahim, Ibrahim Ali, Fuad Zakarshi, Che Johan Che Pa dan Ahmad Shaberry Cheek yang cukup lantang semasa di kampus. Pemimpin pelajar Islam adalah manusia biasa yang mempunyai kepentingan semasa, mereka juga boleh jadi seorang mahasiswa yang tidak mahu menganggur. Kelantangan mereka di kampus untuk menonjolkan bakat politik mereka kepada pihak tertentu. Sejak di kampus lagi mereka melakukan ‘ziarah politik’ terhadap pimpinan parti pemerintah untuk menyalurkan kalimah indah untuk bersama parti pemerintah. Maka ada pemimpin pelajar Islam menjadi ‘orang-orang’ bagi tokoh tertentu dalam parti pemerintah. Mereka mula mengabaikan pengharapan tinggi pendukung gerakan pelajar Islam di kampus kepada mereka. Penulis teringat bicara seorang pensyarah ekonomi di Universiti Malaya yang menyatakan ‘sokong PAS dapat apa?’. Anekdot ini cukup mengejutkan penulis apabila orang yang memiliki kelas ilmu yang tinggi bercakap persis orang kampung di Terengganu yang mendapat wang ehsan. Gejala material ini turut terkena kepada para pemimpin pelajar Islam. Akibatnya mereka menjauhkan diri daripada gerakan Islam setelah tamat belajar. Mereka mengatakan mereka sokong perjuangan Islam dari dalam dan senyap-senyap. Inilah janji pemimpin pelajar Islam yang palsu. Selepas mendapat kuasa, gerakan Islamlah yang mereka caci dan cemuh.

26

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

Platform perjuangan Islam bukan disempitkan dengan menyertai PAS sahaja, pemimpin pelajar Islam boleh menyertai gerakan Islam atau organisasi yang mengislahkan masyarakat Islam yang lain seperti ABIM, JIM, PUM, PERKIM atau Persatuan Pengguna Islam. Perjuangan Islam melalui pendekatan politik bukanlah segala-galanya. Pemimpin pelajar Islam juga boleh menyertai elemen-elemen pentarbiyahan Islam dengan menjadi guru, pensyarah universiti atau menyertai organisasi kerajaan yang dapat membantu proses dakwah Islam. Pantang bagi pendukung gerakan Islam mengherotkan idealis Islami mereka kepada idealis sekular-nasionalisme. Pengkhianatan dalam gerakan Islam bukanlah sesuatu yang baru. Hasan al Baquri, seorang ulama al Azhar yang disebut-sebut menjadi calon bakal Mursyidul Aam al-Ikhwan kedua, apabila diberikan jawatan menteri dalam kabinet Mohamad Naquib sanggup mengabaikan arahan Majlis Syura al Ikhwan dan Mursyidul Aam al-Ikhwan kedua, Iman Hasan al-Hudaybi supaya meletakkan jawatan. Dan siapa yang tidak mengenali Ustaz Nakhaie Ahmad, pakar pembuat kertas kerja yang mempertahankan organisasi yang disertainya telah menyertai parti pemerintah sewaktu memegang jawatan Naib Presiden PAS. Jika dulu beliau mempertahankan wira-wira Mamali dalam penulisannya, kini beliau mempertahankan parti pemerintah dalam isu Islam Hadhari. Tempias ini turut terkena kepada pemimpin pelajar Islam dimana ketika di kampus, mereka begitu kuat mempertahankan perjuangan Islam tetapi di dalam kerajaan mereka membisu seribu bahasa terhadap kemungkaran yang dilakukan oleh kerajaan bahkan mereka pula yang mencaci nasihat dan idealis pendukung Islam. Tradisi melompat platform menjadi trend kepada pemimpin pelajar Islam yang ingin menikmati habuan dan kemudahan tertentu. Amatlah malang jika seseorang yang dulunya alim, faham agama itu syumul dan dicemuh kerana menggerakkan dakwah di kampus telah beralih ke lubuk sekularnasionalisme. Mereka bukan sahaja bertukar platform tetapi bertukar idealis. Sesunggunhya memang benarlah bahawa iman kita boleh berubah-ubah dan hidayah hanya boleh dikurniakan oleh Allah SWT sahaja. Persoalannya sekarang, adakah anekdot pengkhianatan dan main politik pemimpin pelajar Islam akan terus berlangsung?. Kita menunggu langkah politik saudara Hishamuddin Abu Bakar, Muhamad Ramadan Fitri, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, Mukthar Suhaili dan Mohd Fuad Mohd Ikhwan.

HARAMKAN PMI: RELEVAN ATAU TAK?... OLEH MOHAMAD RIDHWAN BIN ALIAS MAMAT_COM [email protected] Haramkan Persatuan Mahasiswa Islam [PMI] mungkin membawa persepsi yang berbeza di kalangan ahli masyarakat kampus. Persoalan utama yang timbul adakah wajar PMI diharamkan. Bagi pendokong PMI akan menyatakan 27

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

ketidakwajarannya dan begitulah sebaliknya bagi pelajar pro HEP, pro-UMNO dan lain-lain pendokongnya. PMI wajar diharamkan disebabkan mereka memecahbelah masyarakat kampus, anti kerajaan dan tidak mahu bekerjasama dengan HEP kononnya. Di UKM, ISIUKM dikatakan akan dibubarkan manakala di UM, PMIUM sedang dibelasah oleh pihak HEP dengan pelbagai cara dengan harapan ia membawa kepada satu proses penentangan PMIUM secara besar-besaran bagi mewujudkan kewajaran pengharaman PMIUM. Di universiti lain, persatuan bercorak entiti perkauman, negeri dan agama cuba dibubar, ia ke arah membawa kepada pepecahan kata ‘mereka’, diadakan pula kelab penyayang, kelab perpaduan dan kelab wawasan sebagai alternatif kepada penyatuan. Terbaru kelab Islam Hadhari. Pengharaman ini diharapkan menjadi satu realiti bagi sesetengah pihak. Sebenarnya, pengharaman PMI berpunca daripada persoalan politik bukannya perpaduan. Perpaduan hanyalah alat untuk orang politik. Kebetulan PMI mendasari prinsip Islam sebagai teras perjuangan bersamaan pula dengan dasar perjuangan PAS. Secara langsung dan tak langsung hubungan ‘satu ideologi’ [istilah ini tidak tepat] ini membawa satu kemarahan kepada parti pemerintah sehingga HEP cuba mengambil hati parti pemerintah dengan menghancur-lumatkan pengaruh anak seluang PAS di kampus. Oleh sebab itu, pertempuran di kampus dilihat satu perjuangan politik di antara PAS vs UMNO. Perkara ini tidak boleh dinafikan. Lihatlah penajaan parti-parti ini kepada anak seluang mereka di kampus. Ramai orang terutamanya HEP dan anak seluang pro UMNO bersetuju agar PMI diharamkan. Haramkan PMI, penggugat kuasa kerajaan dan HEP. PMI sepatutnya diharamkan kerana mereka antiperpaduan, golongan pelampau agama, jumud, basi dengan fiqh tradisional dan berpandangan sempit. Ini antara tuduhan mereka. Tapi wajarkah PMI diharamkan sebagaimana ramai di antara politikus dan penyokong UMNO mengharapkan PAS diharamkan melalui proses menyifarkan pengaruh PAS di Selangor sebagai contoh. Bagi penulis pengharaman PAS atau PMI adalah tidak wajar. Kita telah mematikan demokrasi dan hak kebebasan bersuara. Kewujudan pembangkang sangat perlu bagi sesebuah negara demokrasi. Oleh sebab itu, Astora Jabat mahukan PAS menjadi pembangkang yang kuat bukannya lemah. Tanpa pembangkang, parti pemerintah akan menjadi diktaktor, paling kurang mengalami perpecahan sesama sendiri. Tanya diri, tanpa musuh dengan siapa kita nak bermusuh jika musuh dihapuskan? Hidup kita ini umpama Yin dan Yan dalam kosmologi Korea. Hitam-putih, jantan-betina, lubang hidung kanan-lubang hidung kiri. Kan bertentangan. Bermusuh, bertentangan dan berbeza itu adalah fitrah alam bahkan ia satu rahmat. Seronokkah hidup seorang lelaki tanpa seorang perempuan? Musuh Islam adalah orang kafir. Lebih sempit musuh Islam adalah yahudi. Secara tasawuf pula adalah nafsu dan secara hakiki adalah syaitan. Bermusuh adalah keperluan dan kebiasaan dunia. Dalam bermusuh kita perlukan adab dalam bermusuh. Contoh, walaupun orang Islam sangat membenci Abu Jahal tetapi Nabi SAW melarang sahabat membangkit kejahatan abu Jahal di hadapan Ikrimah ibnu Abu Jahal yang telah Islam. Moralnya, jika bermusuh dengan ayahnya, jangan bersabit dengan ahli keluarga yang lain. PMI dianggap bermusuhan dengan pendokong HEP. 28

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

Inilah adat perjuangan yang ada sifat bermusuhan. Bermusuhan tidak semestinya kita menghapuskan musuh kita terutamanya kebaikan musuhnya. Politik kampus membawa satu pertarungan politik diantara dua pihak pelajar. Pertarungan ini akan berlangsung secara pesta demokrasi yang subur jika tiada campurtangan HEP. Peranan HEP pada asalnya bertujuan membimbing persatuan pelajar tetapi kini HEP cuba mengawal dan menguasai persatuan pelajar. Ingat!! persatuan mahasiswa bukan boneka atau barua HEP. Mereka bukan pelajar sekolah. Kebebasan perlu diberi kepada persatuan pelajar dalam beraktiviti dan HEP perlu menasihati persatuan pelajar atas perkara prosedur sahaja. Mahasiswa bukan robot berdagingkan manusia. Pertarungan politik ini bertujuan merebut kuasa. Kuasa, perempuan dan harta adalah legasi purba yang membawa kepada perebutan di antara manusia sehingga tertumpahnya darah pertama di muka bumi. Lihat peristiwa habil dan qabil berebut kerana seorang perempuan. Perebutan kuasa dalam politik kampus di antara pihak yang ingin menegakkan prinsip dan menjaga maruah ‘kaum mereka’ dengan pihak yang mahu sesuatu yang disokong oleh golongan pembodek yang ingin menunjuk ‘aku lebih berkuasa’. Pertarungan ini akan berlaku dan terus berlaku. Ia merupakan satu fitrah. Pengharaman PMI tidak akan menyelesaikan masalah. Lihat Ikhwanul Muslimin di Mesir dan Syria, mereka terus hidup dan hidup walaupun mereka diharamkan. PMI bukanlah tokoh individu tetapi PMI adalah sebuah institusi yang berprinsip dan mempunyai ‘ideologi’. Ketiadaan atau kematian pemimpin dan pengharaman fizikal pertubuhan tidak menjadi masalah bagi gerakan Islam termasuk PMI. Mungkin secara realiti kita dapat melihat PMI hilang tanpa jejak melalui perdaftaran atau aset persatuan tetapi roh perjuangan mereka akan terus membara dalam sanubari pendokong PMI. Lihat pendokong PMIUTM muncul kembali walaupun direhatkan oleh HEP ekoran kes nor hayati. Percayalah api perjuangan PMI tidak akan padam. Oleh sebab itu, biarlah PMI berjuang dengan caranya. Pihak HEP boleh bertempur dengan PMI dengan pelbagai cara yang unik dan bombastic. Saya percaya mereka dengan hati terbuka sanggup menerima cabaran HEP kerana mereka insan perjuangan, adat bejuang disakiti orang. PMI bukan hanya wadah perjuangan pemimpin dan aktivis pelajar Islam yang ikhlas dan istiqamah dengan prinsip amal Islami yang dikatakan pro pembangkang tetapi PMI merupakan tiket untuk pemimpin mahasiswa tertentu mencari populariti sebelum menjejaki politik sama ada di pihak pemerintah atau oposisi. Agenda melahirkan lagenda. Pihak HEP perlu mengingati PMI bukan sahaja menghasilkan kader parti oposisi tetapi ramai pimpinan PMI terutamanya berjawatan dalam MPP telah berhijrah ke dalam parti pemerintah. Kebanyakan mereka semasa zaman mahasiswa dianggap radikal dan ekstrem. Lihatlah Che Johan Che Pa [aktif dalam UMNO Pasir Mas], tokoh PMUM yang ingin menyeret kerajaan ke mahkamah semasa membela Ahmad Lufti dalam kes purdah di UTM, lihat juga Ahmad Shabery Cheek[MP Kemaman] memimpin demonstrasi anti-AS, Mohd. Khir Toyo [MB Selangor] aktivis PMIUM. Pemimpin radikal yang menggugat kerajaan dan banyak mengecam kerajaan seperti Noordin Razak [Pengarah DBKL], Presiden PBMUM, Kamarazaman Yaakob [UMNO Temerloh], pemimpin 29

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

PMUM yang rampas kuasa pentadbiran UM bahkan Anwar Ibrahim [nyaris menjadi PM Malaysia] adalah pimpinan PMIUM, PKPIM dan PBMUM. Kini, beberapa pimpinan mahasiswa PMI pasca peristiwa 1998 cuba berjinak-jinak dengan UMNO. Dalam PMI mereka ingin menonjol diri mereka agar dikenali oleh parti pemerintah sehingga mereka didatangi oleh anasir yang menawar pangkat, kuasa dan harta.Oleh sebab itu tidak relevan bagi HEP atau kerajaan menghukum PMI sebagai lubuk pembangkang. Dari segi politik kampus, satu saranan agar pihak IPTA dan IPTS seperti KUKTEM, KUSTEM dan UiTM membenarkan penubuhan PMI di kampus masing-masing bagi menyegar kembali suasana politik kampus. PMI dapat memberi cabaran kepada pihak lawan agar bertindak lebih baik. Kemenangan tanpa bertanding menghilangkan kehangatan pesta demokrasi dalam pilhanraya kampus dan ia menyempitkan pemikiran mahasiswa yang menganggap kewujudan pembangkang membawa kehancuran kepada varsiti. Sebenarnya, PMI bukanlah pembangkang secara mutlak, mereka ada alasan tersendiri kadangkala bertentangan dengan HEP dan banyak juga yang bersamaan. Cuma politik punya pasal, PMI dikembirikan [dikambing-hitamkan]. Macam persoalan teroris di peringkat global, setiap keganasan akan dikaitkan kepada al Qaeda dan Osama Ben Ladin. Semua pihak kecuali mereka ini baik belaka. Tidak adil, bersikap prejudis. Jangan wujudkan suasana PMIfobia di kampus. Penulis bukanlah pendokong kaedah politik kepartaian kerana ia banyak membawa dampak negatif dalam masyarakat kita tetapi penulis terpaksa menerima kaedah ini kerana inilah kaedah yang terbaik yang ada pada masa ini dalam berpolitik. Politik kepartaian menyempitkan pemikiran masyarakat dengan menyokong parti tertentu tanpa mengambil atau melihat kebaikan pihak yang dimusuhinya. Politik kita bertuhankan kaedah Barat menghancurkan nilai-nilai Islam. Inilah kebijaksanaan dan perancangan teliti oleh pejajah agar umat ini berbalah sesama sendiri. Penulis percaya politik dalam Islam mencakupi definisi yang lebih luas. Dan akhirnya penulis menegaskan pengharaman PMI bukanlah perbuatan yang relevan bahkan ia akan memburuk suasana. Ia akan mematikan kesuburan demokrasi politik kampus yang semakin lesu. Dan adalah baik, jika HEP membiarkan PMI bertarung dengan anak buah HEP tanpa campurtangan si ibu ‘HEP’. Barulah menarik. Kita nak bertarung tinju, biarlah bertarung dalam pemain tinju bukannya pemain gusti. Bertempur dengan cara yang elok, ambil tatatertib bermusuhan yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW.... 6.09.04

30

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

KEPIMPINAN INTELEKTUAL MAHASISWA: SATU GAGASAN Oleh MOHAMAD RIDHWAN BIN ALIAS [email protected] Kepimpinan dan komuniti mahasiswa merupakan satu ikatan yang tidak dapat dirungkai. Dalam sejarah mahasiswa sendiri, kemunculan pemimpin mahasiswa tertentu begitu kuat mencorak perjuangan para mahasiswa di kampus. Menurut Mohamad Abu Bakar dalam artikelnya Kepimpinan dan Komuniti Mahasiswa, pemimpin adalah individu yang berprinsip, berinisiatif dan berfikiran tentang keperluan hidup berorganisasi sama ada dalam keadaan mencabar atau tidak mencabar. Sebenarnya, kekuatan gerakan mahasiswa bergantung kepada kekuatan pimpinan yang berkarisma dalam mengembleng tenaga-idea mahasiswa untuk memperjuangkan sesuatu isu. Perjuangan seseorang pemimpin dilatari dengan pengalaman dan pendidikan yang diperolehi oleh pemimpin tersebut. Universiti sendiri adalah gudang untuk melahirkan pemimpin-pemimpin pada masa depan. Di universiti, bakat dan potensi diri diasuh agar diri mahasiswa tersebut lebih berprestatif dalam kepimpinan organisasi. Kepimpinan mahasiswa dikatakan lesu sejak kewujudan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) pada tahun 1971. Sebenarnya, kita tidak boleh menafikan AUKU telah memberikan impak negatif ke atas gerakan mahasiswa termasuk ke atas proses kepimpinan mahasiswa. AUKU telah menumpulkan sifat keberanian pimpinan mahasiswa dan menelurkan kesan psikologi yang negatif seperti pengantungan kepada pihak atasan dan bermentaliti subsidi. Keadaan bertambah teruk apabila pemimpin mahasiswa yang aktif selalu dilabelkan sebagai anti establishment. Oleh sebab itu, kebanyakan mahasiswa lebih selesa menjadi ulat buku atau menceburi aktiviti berfoya-foya di luar kampus. Kepimpinan mahasiswa sewajarnya tidak melihat AUKU sebagai alasan kelesuan gerakan mahasiswa pada masa kini. AUKU sendiri memberi ruang untuk mahasiswa aktif dalam aktiviti berpersatuan dan bermasyarakat. Mahasiswa perlu rasional bahawa suasana pada hari berbeda dengan suasana pada tahun 1970an dimana pada masa itu isu kemiskinan, kedaulatan Bahasa Melayu dan isu antarabangsa berada pada suhu yang hangat. Kini, interprestasi gerakan mahasiswa memerlukan satu anjakan paradigma. Mohamad Abu Bakar dalam artikelnya Kepimpinan dan Komuniti Mahasiswa memberi contoh yang amat menarik dimana para pemimpin mahasiswa Universiti Oxford melakukan satu demonstrasi bersifat intelektual dan rekreasi dengan mengadakan debat dan perlumbaan perahu secara tradisi dengan pemimpin mahasiswa Universiti Cambridge. Disinilah para

31

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

pemimpin mahasiswa diuji dengan kemahiran berhujah, ketahanan mental, fizikal dan ketinggian ilmu pengetahuan. Dalam konteks Malaysia, penganjuran seminar atau program lawatan sambil belajar boleh dikatakan menguji potensi diri pimpinan mahasiswa. Para pimpinan mahasiswa perlu mengetahui kos kewangan, pemilihan tempat, publisiti dan sebagainya. Tanpa persediaan yang cukup dari segi mental, emosi dan fizikal, perjalanan program mungkin akan gagal. Dalam program seumpama ini, pembahagian tugas, kemahiran berkomunikasi dan kerjasama berkumpulan merupakan nadi kejayaan program. Untuk menguruskannya, para pemimpin mahasiswa perlu mempunyai ilmu-ilmu bantu yang bukan subjek pelajarannya di universiti dan pemimpin mahasiswa perlu merancang dengan teliti untuk menambahkan keberkesanan program. Dalam konteks masyarakat kampus pada hari, isu politik menjadi dominan padahal isu politik ada pasang surutnya bergantung pada sesuatu isu. Kita harus sedar, budaya intelektual lebih kekal dan serasi dengan suasana di kampus yang dianggap lembah keilmuan bahkan budaya intelektual boleh mempengaruhi suasana politik kampus dan nasional. Para pimpinan mahasiswa seharusnya mengambil peluang membangun dan memupuk sebuah aliran pemikiran atau School of Thought yang tersendiri. Menurut Mohamad Abu Bakar, para pemimpin mahasiswa boleh menjalankan aktiviti keilmuan yang membabitkan sebahagian mahasiswa dalam rancangan berfikir, berdiskusi, berdialog dan berseminar secara berkumpulan, kemudian mereka membentang dan menyebarkan fahaman mereka. Aliran pemikiran mahasiswa ini membolehkan mahasiswa berinteraksi dalam kerangka tersendiri walaupun membahaskan isu-isu luar kampus. Kekuatan aliran pemikiran yang tersendiri begitu terserlah semasa kewujudan Kelab Sosialis Universiti Malaya [KSUM]. KSUM mempunyai ideologi yang tersendiri begitu aktif memdiskusikan persoalan masyarakat, kampus, nasional dan internasional dalam ruang pemikiran sosialisme. Keberkesanan aliran pemikiran KSUM cukup mengkagumkan apabila kader-kadernya berjaya menguasai Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya dengan penerapan idea sosialisme bahkan KSUM merupakan pembekal utama pimpinan untuk Parti Rakyat Sosialis Malaya (PRSM) dengan kehadiran Syed Hamid Ali dan Dr. Sanusi Osman. Sebenarnya, secara sedar atau tidak golongan mahasiswa Islamis juga mempunyai kumpulan pemikir tertentu semasa awal tahun 1980an. Kumpulan Islamis tersebut dikenali Kumpulan Republik Islam [RI] yang berpengaruh di Universiti Malaya. Pada peringkat awal, kumpulan ini dikenali kumpulan Enam Kerinchi yang terdiri daripada Mohamad Hussein, Mohd Taib Ahmad, Syed Putra Syed Ahmad, Mohd Fuad Zakarshi, Takiyuddin Hasan dan Azmi Ali telah mengagaskan idea kepimpinan ulama. Kumpulan RI berjaya menumpaskan proksi ABIM-PKPIM untuk memenangi kerusi kepimpinan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya [PMIUM] pada tahun 1983. Kumpulan RI atau Kumpulan Universiti Malaya merupakan pembekal pemimpin-pemikir kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS) dengan menguasai kepimpinan PAS dengan kehadiran Husam Musa, Mohamad Hussein, Takiyuddin Hasan dan Mohd Taib Ahmad. 32

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

Kekuatan pemikiran kumpulan Republik Islam begitu mantap dilakarkan dalam artikel Aliran Modenisme Dalam Islam oleh Azmi Ali, mahasiswa Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya. Kumpulan Republik Islam mengagaskan aliran pemikiran Islam yang syumul dan murni yang mengkritik keras pemikiran modernisme yang begitu berbahaya dan mengancam akidah Islam. Azmi Ali mengarahkan aliran pemikiran Islam Kumpulan RI iaitu ‘kembali kepada prinsip-prinsip asali Islam’ yang murni. Kini, trend pemikiran Islam menjadi dominan di kampus-kampus nasional selaras proses kebangkitan semula Islam pada awal tahun 1970an. Jika dulu, trend pemikiran di kampus dihayati oleh organisasi luar tetapi sekarang idealis organisasi luar menjadi ikutan para pemimpin mahasiswa. Oleh sebab itu, masyarakat, media massa dan kerajaan seringkali melabel pemimpin mahasiswa sebagai agen parti oposisi. Dari trend pemikiran berubah kepada ikutan penghayatan ideal politik parti oposisi menyebabkan para pemimpin mahasiswa diikat dan dibelenggu dengan isu-isu perjuangan parti oposisi. Kondisi ini menyebabkan gerakan mahasiswa sukar menjalankan aktiviti-aktiviti keilmuan di kampus. Para pemimpin mahasiswa kini seharusnya menghayati gagasan kepimpinan intelektual dan mempraktikkan dalam kehidupan amali di kampus dan luar kampus. Gagasan kepimpinan intelektual adalah gagasan berterusan dalam kehidupan kampus bukannya protes politik. Walau bagaimanapun, tuntutan-tuntutan sosial dan politik yang lain perlu juga diambil perhatian dan diterjemahkan gagasan kepimpinan intelektual dalam persoalan tersebut. Contoh, dalam isu kemiskinan, para pemimpin mahasiswa bergayakan gagasan kepimpinan intelektual menyediakan penyelesaian melalui kertas cadangan, debat, khidmat masyarakat dan memorandum kepada pihak berkenaan. Penyelesaian perlu dicari dengan suasana kondusif dimana kaedah demonstrasi jalanan dilihat kurang berkesan kerana mahasiswa dan masyarakat Malaysia sekarang berada dalam keadaan selesa sehingga sukar untuk kebanyakan mahasiswa dan rakyat turun ke jalanan untuk memprotes pihak berkenaan. Kepimpinan intelektual mahasiswa perlu mengarap fahaman dan ideologi, mengolahnya dan kemudiannya berusaha melaksanakan objektif yang terkandung dalam ideologi tersebut. Peringkat pencambahan minda ini boleh dimulakan dengan pendiskusian buku Risalah Untuk Kaum Muslimin, karangan Syed Naquib al Attas yang cukup bernas membicarakan persoalan aliran pemikiran moden pada hari ini. Sebagai cadangan, buku ini perlu dijadikan bahan bacaan wajib bagi pemimpin mahasiswa. Asahan minda cukup bermaya jika disuntik dengan perdebatan ilmiah yang mencetuskan idea baru atau menyelesaikan polemik yang sedia ada. Gagasan kepimpinan intelektual mahasiswa yang dihangatkan oleh Mohamad Abu Bakar ini perlu diambil cakna oleh para pemimpin mahasiswa pada hari ini. Mandat besar yang diperolehi oleh parti pemerintah membuktikan rakyat Malaysia belum berkeyakinan melakukan perubahan dan masih berkeinginan berada dalam zon selesa. Oleh sebab itu, kaedah demonstrasi bukanlah jalan terbaik untuk menyelesaikan isu-isu kampus, 33

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

nasional atau internasional. Para pemimpin mahasiswa perlu menterjemahkan suara intelektual dalam seminar, forum atau penulisan dalam akhbar dan majalah. Penulisan dalam media massa sendiri merupakan kaedah alternatif yang paling murah dan berkesan untuk mengerakkan pemikiran mahasiswa dan masyarakat massa. Keberkesanan ini terbukti apabila kaum muda yang dipelopori oleh Syed Sheikh al Hadi berjaya menyebar-luaskan idea Islah kaum muda melalui akhbar al Iman. Sebagai konklusi, penulis memetik pendapat Mohamad Abu Bakar dalam artikelnya Falsafah Perjuangan Mahasiswa menyatakan pergerakan mahasiswa seumpama air dari gunung yang mengalir, kadangkala mengalir deras kadangkala perlahan. Air yang mengalir diserap masuk ke dalam tanah dan pada satu masa nanti ia akan keluar dari tanah. Perumpamaan ini mengambarkan perjuangan gerakan mahasiswa terutamanya dalam isu politik ada pasang-surutnya. Suasana dan isu semasa banyak mempengaruhi hala tuju gerakan mahasiswa tetapi pembudayaan intelektual merupakan hala tuju hakiki dan berterusan bagi gerakan mahasiswa di kampus selaras dengan peranan universiti sebagai taman keilmuan. Disiapkan pada 16 Ogos 2004, 10.36 P.M.

KE ARAH KECEMERLANGAN KEPIMPINAN MAHASISWA ISLAM MOHAMAD RIDHWAN BIN ALIAS [email protected] Kecemerlangan merupakan regalia untuk mengukur pencapaian dan kualiti mengikuti piawaian yang dikehendaki sama ada mengikuti kehendak piagam pelanggan, pengikut atau badan piawaian tertentu. Kecemerlangan dikaitkan dengan pencapaian terbaik diantara terbaik dalam sesuatu perkara yang ingin dicapai dan memuaskan kehendak penilai kecemerlangan. Bagi mencapai kecemerlangan, nilai-nilai unggul seseorang atau kumpulan perlu diolah, diasuh dan digembleng secara progresif agar hasil yang dicita-citakan berjaya dipenuhi. Secara fitrahnya, manusia sangat mengidamkan kecemerlangan iaitu sesuatu yang boleh dibanggakan. Mereka mahu mencapai self actualization (membukti kewujudan diri) dimana pengiktirafan dan penerimaan manusia terhadap diri dirasakan satu macam kepuasan batin. Oleh sebab itu, manusia mencari kekayaan, pangkat, glamour dan kuasa untuk mencapai kesempurnaan diri. Mereka mahu diri mereka disebut dan disanjung oleh manusia yang lain. Kecemerlangan kepimpinan mahasiswa Islam boleh diindekkan kepada kecemerlangan figure pemimpin mahasiswa dan kualiti kepimpinan dalam pengurusan organisasi dimana kecemerlangan ini akan dinilai oleh para pengikut, pentadbiran universiti, masyarakat dan kerajaan. Para penilai mempunyai piawai yang tersendiri dalam menilai kecemerlangan kepimpinan mahasiswa Islam bergantung kepada pengalaman, pendidikan dan

34

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

kepentingan semasa mereka. Justeru, kita akan melihat keputusan penilaian bersifat pelbagai berdasarkan perspektif masing-masing. Ada beberapa faktor pemboleh-ubah bagi merealisasikan cita-cita melahirkan kecemerlangan kepimpinan mahasiswa Islam di negara ini. Faktor faktor itu ialah Dasar Perjuangan yang diredai oleh Allah. Dasar perjuangan mahasiswa Islam perlu bertunjangkan ajaran al Quran dan hadis secara syumul dan murni. Menurut Abdul Hadi Awang, dasar perjuangan golongan Islam ialah mentauhidkan Allah dan menyeru manusia ke arah beriman kepadaNya. Dasar ini telah dinyatakan dalam al Quran, "Hai orang-orang yang beriman; janganlah kamu mengkhianati ALlah, Rasul dan apa yang telah diamanahkan kepada kamu; padahal kamu mengetahuinya" (Surah al anfal: ayat 27) Para pimpinan mahasiswa Islam wajib membersihkan kampus dari sebarang bentuk syirik agar kalimah Allah benar-benar tertegak dalam segala bidang. Islam perlu ditonjol sebagai satu cara hidup yang bersifat alternatif bukannya destruktif. Pemaknaan ini menjelaskan Islam sebagai jalan penyelesaian masalah. Contoh, pihak tertentu di kampus sangat membimbangi golongan mahasiswa Islam bertindak menentang aktiviti kesenian dan sukan. Bagi menjernihkan pandangan ini kepimpinan mahasiswa Islam perlu menyediakan aktiviti kesenian dan kesukanan beretika Islam sebagai alternatif. Strategi Dalam Pengurusan Organisasi. Gerak kerja dalam berharakah memerlukan kita kepada ilmu. Dengan ketinggian ilmu, para pemimpin mahasiswa Islam boleh mencorak hala tuju gerakan mahasiswa Islam. Ilmu boleh diperolehi melalui pembacaan, perbincangan dan perdebatan. Pemimpin mahasiswa Islam yang berilmu dapat mengatur strategi dalam gerakan dengan baik. Pemimpin mahasiswa Islam yang baik juga haruslah memahami konsep fiqh al-muwazanah, fiqh waqi’i, fiqh aulawiyat, fiqh al-maqasid al-syari’ah dan fiqh tagyir agar strategi yang dibina dapat mengurus perubahan yang dialami oleh gerakan. Kombinasi fiqh al-muwazanah dan fiqh aulawiyat sebagai contoh perlu dihadam oleh para pemimpin mahasiswa Islam secara lumat. Fiqh almuwazanah ialah keupayaan menilai mana yang lebih penting di antara masalah dan kepentingan; dari segi kadarnya, lingkungannya, pengaruhnya. Manakala Fiqh aulawiyat pula ialah meletakkan sesuatu pada martabatnya: mendahulukan apa yang perlu didahulukan. Keupayaan pimpinan mahasiswa Islam menterjemahkan kedua-dua konsep ini dalam kerangka pemikiran dan gerak kerja membolehkan mereka bertindak secara sederhana, berhati-hati dalam setiap masalah yang dihadapi. Pemimpin mahasiswa Islam perlu memahami suasana lingkungan supaya memudahkan proses perubahan dilakukan kepada masyarakat dan generasi mahasiswa. Oleh sebab itu, para pimpinan mahasiswa Islam 35

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

haruslah menyiapkan diri mereka dengan skill, keterampilan dan bersifat dinamika untuk berhadapan dengan segala saingan yang bakal dialami oleh zamannya. Hanya para pemimpin mahasiswa Islam yang belajar untuk menjangka malah mencipta masa depan itu sendiri akan dapat manfaat dari dikejutkan oleh perubahan. Pengukuhan Organisasi Pemimpin mahasiswa Islam juga harus mengembleng tenaga-idea mereka bagi menghasilkan perlembagaan persatuan yang tersusun. Perlembagaan persatuan mengambarkan penstrukturan organisasi persatuan dimana proses pembahagian tugas perlu dilakukan setepat-tepatnya. Pembahagian tugas penting bagi sesebuah organisasi agar perjalanan persatuan berjalan lancar tanpa membebankan pimpinan yang melakukan tugas yang sama. Pengukuhan organisasi dapat direalisasikan jika pemimpin mahasiswa Islam menyediakan program pembangunan sumber manusia yang berkualiti. Kader-kader pelapis perlu dikenalpasti, dibina, dibentuk dan gilap secara sistematik, berterusan dan terancang. Suatu mekanisma perlu dibentuk agar kesinambungan dasar perjuangan aspirasi mahasiswa Islam dapat diteruskan oleh generasi mahasiswa seterusnya. Legasi gagasan perjuangan akan terus konsisten walaupun pertukaran pimpinan dan pendekatan. Keterampilan Pimpinan Mahasiswa Pemimpin mahasiswa Islam harus mempunyai wawasan politik yang jelas. Pimpinan mahasiswa Islam juga seharusnya memiliki kefahaman yang sahih tentang perbedaan antara politik dengan politik kepartaian. Sokongan pemimpin mahasiswa Islam terhadap politik Islam tidak bermakna mereka wajib menyokong politik kepartaian. Pemimpin mahasiswa Islam seharusnya menyokong nilai keadilan, kemanusiaan dan bersikap Islami dalam setiap isu politik. Mereka haruslah faham, kampus adalah wahana pentarbiyahan bukannya pusat kegiatan politik kepartian dari luar kampus. Kerangka pemikiran pemimpin mahasiswa Islam haruslah dibiasakan dengan menganalisis dan mengkaji buah pemikiran yang datang daripada pelbagai sumber. Kepelbagaian sumber yang positif diperolehi setelah dinilai melalui piawai al Quran dan hadis. Selepas itu ia akan digabungkan bagi menghasilkan aliran yang tersendiri untuk dihayati oleh organisasi yang dipimpin. Perkara ini penting bagi melihat sejauh mana keberkesanan pendekatan yang digunakan untuk mencapai matlamat perjuangan organisasi. Kepimpinan mahasiswa Islam juga perlu menyiapkan diri mereka dengan akhlak yang berlandaskan ajaran Islam. Pemimpin mahasiswa Islam juga perlu menjadi seorang mujahid yang berjuang, berdakwah dan berjihad. Menurut Mustapha Masyhur, seorang mujahid harus memiliki tingkat kefahaman yang menyeluruh, lengkap dan asli terhadap al Quran dan sunnah nabi. Ia harus memiliki keikhlasan yang besar untuk menjadi tentera dakwah, akidah dan ideologi bukan tentera yang mengejar kepentingan diri sendiri.

36

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

Pemimpin mahasiswa Islam yang baik juga perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi. Kemahiran berkomunikasi ini bukan sahaja penguasaan pelbagai bahasa seperti Bahasa Inggeris dan Mandarin tetapi perlu juga mengetahui kaedah berkomunikasi dengan pelbagai lapisan masyarakat kampus yang plural budaya dan latar-belakangnya. Dengan penguasaan bahasa dan komunikasi, mereka lebih berupaya menyampai mesej dengan lebih berkesan dan convincing. Pemimpin mahasiswa Islam yang baik harus mempunyai kemahiran moniver iaitu kemahiran merentasi halangan cita-cita organisasi. Mustahak bagi pimpinan mahasiswa Islam mengemudi konflik untuk mencapai keberkesanan dalam dugaan yang dihadapi. Mereka menggunakan masalah sebagai alat untuk mencapai kejayaan. Bagi menekuni kemahiran ini, pemimpin mahasiswa Islam perlu berupaya menganalisis pemikiran tokohtokoh seperti Tun Dr. Mahathir, Tun Razak, Iman Hasan al Banna dan Lee Kuan Yew. Tokoh-tokoh ini mempunyai pemikiran yang merentasi zamannya dan mereka berupaya menyelesaikan masalah dengan kaedah tidak dijangka oleh orang lain. Pengalaman pimpinan mahasiswa Islam dalam gerakan seharusnya berupaya melahirkan buah pemikiran yang kritikal dan kreatif. Kritikal bermaksud kita mengkaji dan meneliti pencapaian generasi sebelum kita, menyanjungi kebaikan dan kekuatan mereka, memaafkan dan memperbaiki keburukan dan kelemahan mereka. Kreatif bermaksud kita mencari dan membina formula, kaedah dan pendekatan terbaru bagi menyelesaikan permasalahan yang sedang kita hadapi. Kritikal dan kreatif bermakna kita benar-benar memahami dan menghormati tradisi pada waktu yang sama kita bersungguh-sungguh mempelopori dan menghasilkan inovasi. Pemimpin mahasiswa Islam harus bersikap kontemporari agar sesuai dengan zamannya. Penguasaan ilmu IT sebagai contoh amat penting bagi menjalankan misi dakwah pada waktu ini. Oleh sebab itu, mereka perlu belajar dan mempratikkan ilmu IT bagi mendepani serangan-serangan musuh di alam siber. Selain itu, pemimpin mahasiswa Islam harus juga mengetahui ilmu sains dan ilmu perbandingan agama. Perkara ini penting kerana kita sedang menghadapi manusia yang pendidikan tinggi yang memerlukan hujah logik dan saintifik. Keupayaan ini akan memberi nilai tambah kepada mereka. Perkara yang paling besar dan tidak dapat dimiliki oleh semua pemimpin mahasiswa Islam adalah hidayah Allah SWT. Tanpa hidayah perjuangan Islam yang berkokok dimulut tapi gersang dihati. Natijahnya, perjuangan mahasiswa Islam hanya manis di kampus sahaja, selepas alam kampus ada pimpinan mahasiswa Islam terjerumus dalam perangkap materialistik para pendukung sekular-nasionalis. Para pimpinan mahasiswa Islam perlu ingat, pengabungan ini adalah pengabungan untuk masa depan. Menurut Fathi Yakan, pengabungan ini tidak harus terhenti dalam suasana tertentu sahaja. Jangan jadikan keluarga, umur tua dan kerja sebagai alasan untuk menarik diri daripada pengabungan yang disuluhi hidayah Ilahi ini.

37

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

Nilai-nilai unggul ini perlu digauli oleh kepimpinan mahasiswa Islam agar pengurusan organisasi dapat dicanang dengan lebih rapi dan berkesan. Setiap perlakuan dalam berorganisasi perlu berasaskan nilai akhlak yang bertunjangkan akidah Islam. Barulah kecemerlangan mahasiswa Islam dapat direalisasikan.

MAHASISWA SEBAGAI KARYAWAN ILMIAH MUDA: SATU CABARAN MOHAMAD RIDHWAN BIN ALIAS [email protected]

Karyawan merupakan insan istimewa yang mempunyai pengaruh agak luas di dalam masyarakat. Sesetengah karyawan yang mendominasi media massa dapat mengawal pengarahan fikiran rakyat. Karyawan lahir daripada gabungan idea insan pemikir dan penterjemah. Buah pemikiran karyawan dalam bentuk dan medium yang pelbagai mampu membentuk pemikiran, kepercayaan dan akhlak manusia. Sebagai kelompok yang terdedah dengan kegiatan ilmiah, para mahasiswa seharusnya mengambil semangat keilmuan di universiti untuk berkarya. Perpustakaan universiti sendiri merupakan sumber keilmuan yang cukup perkasa dengan bahan-bahan rujukan. Selain itu, pendrafan awal hasil karya juga boleh dibincangkan dengan para sahabat dan pensyarah yang akan memberikan kepelbagaian maklumat dan kritikan. Kedua-dua kelebihan ini membolehkan hasil karya mahasiswa lebih berkualiti dan bersifat ilmiah. Oleh sebab itu, wajarlah mahasiswa ini digelarkan karyawan ilmiah muda yang membezakan dengan karyawan biasa yang hanya tertumpu kepada faham sastera sahaja. Menurut Datuk Dr. Nik Safiah Karim, karyawan ilmiah adalah pekerja berilmu, berfikir, melakukan keputusan berteraskan ilmu pengetahuan dan menyerlahkan ciri-ciri kepimpinan. Mahasiswa sebagai karyawan ilmiah muda perlu berani tampil mendepani permasalahan sosial, politik dan ekonomi. Penghujahan karyawan ilmiah muda perlu berdasarkan kemapanan antara analisa, fakta dan cadangan membina. Kemapanan ini perlu bagi melahirkan hasil karya yang tidak dicemari unsur-unsur prasangka, dendam dan tuduhan melulu. Karyawan ilmiah muda perlu mempunyai dimensi penulisan yang agak luas. Hasil karya mereka bukan terhad kepada bidang kesusasteraan sahaja tetapi mencakupi keseluruhan fakulti keilmuan seperti ilmu astronomi, teknologi, agama, kesihatan atau sains sosial. Kebolehan karyawan ilmiah muda yang multidimensi membolehkan mereka bersifat dinamika semasa memdiskusikan sesuatu isu. Dalam satu wawacara, Fatimah Busu seorang pensyarah ilmu kemanusiaan USM telah membicarakan tentang penerapan teori 3 Darma ke dalam gerak kerja mahasiswa sosialis di USM pada tahun 1970an. Teori 3 38

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

Darma meliputi dasar mengkritik, mengintegrasi dan mengkaji. Penulis berpendapat teori ini boleh digarap dalam penulisan para karyawan ilmiah muda. Mahasiswa perlu bersikap kritikal terhadap isu-isu massa dengan melakukan kritikan di samping memberi cadangan membina untuk mengatasi isu tersebut. Antara isu yang boleh mahasiswa tangani adalah isu pengangguran, isu masyarakat pinggir bandar dan isu peningkatan kualiti rakyat di desa. Penulisan mahasiswa juga perlu bersifat integrasi dimana isu-isu yang diperjuangkan seharusnya merentasi sempadan kaum, ras, agama dan geografi. Dengan ini perjuangan mahasiswa akan diterima oleh masyarakat Malaysia yang bersifat majmuk. Sesuai dengan status mahasiswa sebagai karyawan ilmiah muda, elemen mengkaji menjadi tunjang kepada penghasilan karya mahasiswa. Satu kajian terperinci dan berterusan perlu dilakukan terhadap fakta-fakta dengan analisis yang jitu. Hasil kajian ini akan diterjemahkan ke dalam karya untuk santapan masyarakat. Perterjemahan idea mahasiswa boleh dilakukan dalam pelbagai genre termasuk puisi, novel, cerpen atau rencana. Presiden Persatuan Bahasa Melayu USM, Fatimah Sham Hamid Tuah pernah mengkritik dasar-dasar universiti melalui cerpennya yang bertajuk Surat Dari Minden dalam Dewan Sastera pada tahun 1970an. Kritikan ini secara halus dan tersirat agak sukar ditangani oleh pihak penguasa kerana hasil sastera merupakan cerita kreatif. Kritikan yang menarik dalam hasil karya sastera dapat dilihat dalam tulisan karyawan profesional seperti Azizi Abdullah, Shahnon Ahmad dan Affandi Hasan. Hasil karya merupakan satu wasilah kepada permindahan ilmu, maklumat dan amanat pimpinan kepada audien pembaca dan para pengikut sesuatu aliran atau jemaah. Mata pena merupakan senjata yang amat tajam dan paling lama dapat bertahan. Syed Naquib al Attas menyatakan hasil karya merupakan sumbangan yang bersifat kekal abadi daripada kerajaan, negara, dan tindakan manusia yang akan lupus. Di Mesir, pemerintah Mesir berjaya menghukum as Syahid Iman Hasan al Banna dan as syahid Syed Qutb secara fizikal, dan menumbangkan institusi seperti Ikhwanul Muslimin seranap mungkin tetapi pemerintah Mesir gagal mematikan gagasan pemikiran Ikhwanul Muslimin yang terus hidup dalam hasil karya seperti Petunjuk Sepanjang Zaman dan Risalah Ta’alim. Walaupun karyawan bukan seorang pemimpin institusi, tetapi karyawan dalam setiap institusi merupakan tonggak yang begitu berpengaruh tanpa kuasa pimpinan. Lihatlah hasil karya Syed Qutb, Said Hawwa, Malek Bennabi, Syed Naquib al Attas, Ismail al Faruqi, dan Yusuf al Qaradawi yang banyak mempengaruhi pemikiran gerakan Islam di seluruh dunia. Kebanyakan karyawan ilmiah ini dianggap tokoh ideolog yang merancang halatuju perjuangan gerakan tanpa kuasa arahan yang dimiliki oleh pimpinan institusi. Keterlibatan mahasiswa sebagai karyawan ilmiah muda pernah memeriahkan dunia penulisan semasa zaman kegemilangan gerakan mahasiswa pada tahun 1970an. Mahasiswa mempunyai medium yang 39

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

tersendiri seperti akhbar Mahasiswa Negara, Berita Pelajar, Suara PBMUM dan Berita Kampus. Akhbar ini merupakan suara perjuangan mahasiswa dengan hasil karya mahasiswa dalam bentuk sastera dan rencana yang bersifat responsif terhadap isu-isu antarabangsa, nasional dan kampus. Dalam dimensi inilah lahirnya karyawan ilmiah muda berbakat yang kini telah mencipta nama dalam persada akademik, politik, kebudayaan dan pentadbiran. Antaranya ialah Muhamad Abu Bakar, Ahmad Sebi, Johan Jaafar dan Mansor Ahmad Saman. Kini kegemilangan akhbar mahasiswa dilihat layu, selayu dengan perkembangan mahasiswa generasi baru. Ketiadaan medium di dalam kampus menyebabkan mahasiswa bertindak mencari medium di luar kampus yang bersifat simpatis kepada nasib gerakan mahasiswa seperti akhbar Watan, Eksklusif, Tamadun, Tunas Cipta dan MINDA. Maka muncullah segelintir mahasiswa sebagai karyawan ilmiah generasi baru yang berbakat dan berstatus pemimpin mahasiswa seperti Mukthar Suhaili [UIA] dan Hilmi Ramli. Selain itu, terdapat juga mahasiswa sebagai karyawan muda yang non-pimpinan dan menumpukan kepada penulisan sastera kreatif dan rencana sastera seperti saudara Dahri Zakaria, Anjan Ahzana dan Jimadie Shah atau penulis dari Kelab Intelektual Muda UIA, Sekretariat Muda GAPENA, dan Kelab Seni Jalan Telawi. Sebenarnya, ketiadaan akhbar atau majalah di peringkat kampus telah memandulkan bakat mahasiswa dalam penulisan, membantut keintelektualan para mahasiswa untuk berdialog dengan pelbagai sumber keilmuan dan menghilangkan kebersamaan mahasiswa dalam menyelesaikan isu-isu masyarakat. Akibatnya, tenaga-idea mahasiswa diarahkan kepada perkara yang bersifat remeh ala ‘pelajar TABIKA KEMAS’ seperti festival nyanyian dan perbarisan hari kemerdekaan di dalam kampus yang dilakukan pada waktu malam. Bukan tidak boleh melakukan perkara tersebut tetapi biarlah mahasiswa melakukan perkara yang lebih gah sesuai dengan tahap keintelektualan mereka. Karyawan ilmiah muda harus kenal diri, memahami tanggungjawab dan peranan bakal mereka pikul. Peranan dan tanggungjawab mereka perlu dibina di atas status mereka sebagai muslim atau berpaksi nilai-nilai ketimuran. Karyawan ilmiah muda yang baik adalah karyawan yang mempunyai ketinggian mutu dalam budaya, akhlak dan pemikiran serta berupaya membentuk watak manusia melalui penanya. Mahasiswa sebagai karyawan ilmiah muda tidak seharusnya tahu bermuluk-muluk dengan pena sahaja tetapi perlu menunjangkan penulisan mereka kepada kesedaran dan penghayatan nilai-nilai moral dan agama yang semakin tercabar ke dalam kelakuan amali. Cabaran karyawan ilmiah muda ialah membebaskan diri daripada kejahilan yang dipelopori karyawan komersial. Karyawan jenis ini menyalurkan maklumat picisan dan hiburan ke dalam penulisannya. Kisah gosip, sensasi dan cacian menjadi teras hasil karya karyawan komersial yang hanya mencari populariti dan habuan material. Karyawan ilmiah muda perlu menghasilkan karya yang sarat dengan ilmu yang murni dan bermanfaat. Ilmu yang bertunjang fakta dan kajian serta tunduk kepada arahan al Quran dan 40

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

hadis. Mahasiswa sebagai karyawan ilmiah muda tidak seharusnya bersifat fakir ilmu yang digambarkan sebagai ‘rubbish in, rubbish out’. Tanpa kekuatan ilmu, hasil karya mereka akan dianggap sampah pemikiran yang mengelirukan akal budi pembaca. Hasil karya karyawan ilmiah muda haruslah dibersihkan daripada sifat mencari kenikmatan dunia melalui habuan material. Seorang karyawan agung adalah karyawan yang membebaskan dirinya daripada penggadaian ilmu, akhlak, bersifat profesionalisme dan menjaga maruahnya bukan untuk keuntungan dunia yang sementara. Sifat tamak dunia ini disifatkan oleh Iman Ibnu Athaillah al Iskandari dalam kitab Matan al-Hikam, sebagai memanjang dahan kehinaan manusia dimana biji tamak akan bercabang-cabanglah dahannya dan ranting-rantingnya. Mahasiswa sebagai karyawan ilmiah muda mesti memerdekakan diri dan minda agar tidak terpengaruh dengan pujukan yang bersifat material. Kejujuran dalam hasil karya akan melahirkan karyawan yang berautoriti dan berwibawa. Karyawan ilmiah muda perlulah bertunjangkan kepada tradisi MelayuIslam iaitu melahirkan hasil karya yang disuluhi oleh ajaran al Quran, hadis dan tradisi ketimuran. Penularan fahaman humanisme yang ekstrem di kalangan karyawan muda sangat membimbangkan terutamanya karyawan muda yang bernaung di bawah Kumpulan Universiti Bangsar Utama [KUBU]. Kekaguman ini terserlah dalam hasil karya mereka yang bersifat erotik, mempersoalkan agama dan memuja idea-idea humanisme secara taksub. Tanpa suluhan agama, karyawan muda akan mengutip hasil keringat mereka hanya di dunia yang bersifat sementara dan habuan di negeri akhirat ditinggalkan demi fantasia faham humanisme mereka yang mengelirukan akal pembaca. Karyawan ilmiah muda juga perlu mempunyai jalur perjuangan yang tersendiri dimana mahasiswa sebagai karyawan ilmiah muda perlu tegas dengan idealis dan pendirian yang tersendiri tanpa dibelenggu idealis kelompok-kelompok berkepentingan. Mereka perlu menyedari tentang seni perbezaan pendapat dan berfikiran rasional dengan pendapat yang menentang pendapat mereka. Ingatlah setiap hujah yang bertentangan adalah rahmat kerana karyawan ilmiah muda boleh berdialog dengan sumber yang lain dan sekaligus mempertahankan hujah karyawan ilmiah muda dengan fakta ilmiah. Jika hujah karyawan ilmiah muda tersilap, akuilah kesilapan dengan sifat keterbukaan. Inilah sifat karyawan yang unggul hati nuraninya. Akta Universiti dan Kolej Universiti[AUKU] dilihat satu regalia yang menghalang pengarapan idealis mahasiswa di dalam media massa. Bahagian III Perkara 15 dan 16 dalam AUKU telah memandulkan pemikiran dan aktiviti mahasiswa di universiti termasuklah menyekat hak mahasiswa membuat kenyataan akhbar dan menulis dalam media massa. Sebenarnya, setiap penulisan perlu mendapat kebenaran daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar akan mengancam kebebasan akademik mahasiswa. Mahasiswa perlu berani menongkah arus AUKU selagi tiada unsur propaganda atau hasutan yang mengancam keselamatan negara dalam penulisan mereka. Justeru, keberanian beberapa pimpinan mahasiswa telah membuktikan mereka boleh 41

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

menangani isu politik dengan baik perlulah dipuji dan dikagumi. Kita harus membezakan antara isu politik dengan politik kepartaian. Perbedaan ini diharap menjadi indeks bagi karyawan ilmiah muda dalam menyelusuri isu-isu politik semasa. Keseluruhannya, mahasiswa sebagai karyawan ilmiah muda adalah satu cita-cita yang belum mantap dalam pelaksanaannya. Mahasiswa perlu pantas mengambil peluang di universiti bagi menggarap potensi diri supaya kelahiran karyawan ilmiah muda yang berkualiti, berakhlak, berilmu dan bertakwa dapat direalisasikan. Pengayuh sampan ditangan mahasiswa, atas budibicara mahasiswalah untuk mendayung sampan kehidupan ini ke arah positif atau negatif. MAHASISWI ISLAM MENGGUGAT? Oleh Mohamad Ridhwan Bin Alias.11 (mamat_com) [email protected] Manusia Hawa dicipta dari tulang rusuk Adam Bukan dari kepalanya untuk dijunjung, Bukan pula dari kakinya untuk dijadikan alasnya, Tetapi daripada sisinya untuk dijadikan teman hidupnya, Dekat dengan lengannya untuk dilindungi, Dekat dihatinya untuk dicinta Begitulah keindahan bicara ditujukan kepada golongan wanita yang cuba dilupakan peranannya dalam sejarah sesebuah masyarakat. Perkara ini pernah diluahkan oleh Anna Davin pada tahun 1972 dalam artikelnya, Women and History menyatakan ‘sebaik-baik sahaja kita bertanya bagaimana kehidupan pada masa lalu, kita akan menyedari bahawa perkara ini begitu jarang disentuh’. Secara tradisi, sejarah perjuangan wanita selalu dikesampingkan bagaikan tidak bernilai. Sebenarnya kita silap, wanita adalah watak sebalik tabir mempunyai jasa yang amat besar dalam setiap perjalanan ketamadunan manusia. Jika kita menyelinap dalam buku Sejarah Melayu versi Winstedt, digambarkan ketika Sultan Mahmud Syah ingin melantik Bendahara, baginda sultan telah mendengar suara bondanya dari balik pintu yang menyuruh baginda melantik Tun Mutahir sebagai Bendahara. Suasana ini menunjukkan kuasa wanita Melayu cukup berpengaruh dalam pelantikan jawatan politik sejak Kesultanan Melayu Melaka lagi. Masyarakat Melayu mempunyai weltanschuung berasaskan tradisi lelaki yang cukup berpengaruh sehingga wanita Melayu-Islam selalu sahaja dibelenggu kerisauan tentang hak-hak sosial mereka dipermainkan. Perkara ini disuarakan secara sinis oleh Syed Syeikh al Hadi dalam karya saduran yang terkenal Hikayat Faridah Hanum dimana Faridah Hanum menyatakan ketidakpuasan hatinya berdasarkan dialognya ‘sekalian perempuan bahawa 11

Penulis adalah mantan ahli pasif PMIUM, EXCO PBMUM dan AJK PSUM. Kini sedang menyiapkan buku tentang Gerakan Mahasiswa Islam.

42

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

kita sekalian ini tidak berguna di dalam kehidupan perhimpunan kaum dan bangsa dan watan lain daripada kegunaan kuda tunggang atau tukang masaknya dan tukang basuh kain bajunya’. Syed Syeikh al Hadi mengambarkan bahawa selama ini wanita hanya alat yang tidak menyedari tentang hak-haknya sebagai wanita. Dalam gerakan pelajar terutamanya di Malaysia, peranan mahasiswi juga turut dilupakan sedangkan mahasiswi banyak berjasa dalam gerak kerja gerakan pelajar. Dalam akhbar Mahasiswa dan laman web Idealis Mahasiswa, bagaikan satu pakatan membelasah mahasiswi Islam dengan pelbagai tohmahan. Isu yang paling menonjol adalah kisah mahasiswi Islam yang gagal membahagi masa antara berpersatuan dengan belajar iaitu Wan Norhayati Wan Alias [PMIUTM] dan Nuraimah Suratin [PMIUSM] yang mendakwa mereka telah dipergunakan oleh parti oposisi. Dan terbaru kisah perarakan bermotor mahasiswi Islam dalam pilihanraya kampus 2004 di Universiti Malaya. Walaupun kedua-dua media massa memberikan pandangan yang negatif, para mahasiswi Islam perlulah mencari formulasi yang berkesan untuk menjernihkan objektif dan metode perjuangan mereka di kampus. Masalah utama mahasiswa dan mahasiswi sekarang adalah tidak mengenali pemaknaan falsafah perjuangan mereka sendiri. Mereka boleh mengenali elemen-elemen pembangunan fizikal tetapi buta daripada mengenali pembangunan insani diri mereka. Menurut Muhammad Abu Bakar dalam artikel Falsafah Perjuangan Mahasiswa, falsafah perjuangan mahasiswa adalah manifestasi dari status mereka sebagai pelajar universiti, fungsi mereka sebagai rakyat yang sudah dewasa dan situasi mereka sebagai kumpulan individu yang seringkali terdedah kepada pengolakan dunia semasa. Ketiga-tiga elemen ini perlu memberi impak kepada pemaknaan diri mahasiswa yang merangkumi watak dan aspirasi mahasiswa. Persoalan yang timbul, berapa kerat mahasiswa yang memahami ketiga-tiga elemen berbanding longlai bersama aktiviti berseronok di universiti? Golongan terpelajar terutamanya mahasiswi Islam seharusnya faham kedatangan mereka ke kampus bukan sahaja untuk belajar tetapi mengembangkan potensi diri ke arah menjadi manusia yang baik. Menurut Syed Naquib al Attas, manusia baik (good man) bukan sahaja bijak dalam pelajaran tetapi bijak juga dalam berakhlak dan tindakan. Kita juga harus memahami tugas kita sebagai rakyat, bukannya mabuk dengan sifat remaja yang gilakan hedonisme. Sewajar status sebagai pelajar universiti berjaya membedakan diri pelajar dengan remaja di luar kampus. Jika mahasiswi Islam memahami falsafah perjuangan mahasiswa ini, polemik mahasiswa dan politik akan sendirinya terhapus. Sifat sesetengah pihak atasan yang mengambil sikap berkonflik menyebabkan pelajar tertekan sehingga menelurkan benih politik ekstrem di kalangan mereka. Kita tidak menafikan setiap organisasi mempunyai golongan radikal dan ekstrem yang dianggap pressure group kepada sesebuah organisasi. Tambahan pula, universiti sendiri merupakan sebuah badan politik, dimana persoalan kuasa dan decision-making [membuat keputusan] menjadi satu aspek penting, dan ini merancakkan lagi suasana 43

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

konflik dan kerjasama yang terdapat di dalam kampus. Golongan ekstrem mahasiswi Islam yang selalu didiskriminatif ini akan mengambilkan tindakan yang radikal jika penguasa kampus melakukan provokasi terhadap mereka. Budaya esktrem ini akan melahirkan mahasiswi Islam seperti Wan Norhayati sehingga gagal dalam pelajaran. Mereka mengikuti aktiviti persatuan tanpa kefahaman asas sehingga mereka berfikiran jumud dan taksub membuta-tuli. Kebiasaannya, golongan ekstrem ini secara automatiknya akan terkeluar daripada gerakan pelajar sesudah sampai waktunya. Paling malang, mereka sendiri menjilat segala tuduhan yang dilontar oleh mereka sendiri sewaktu bersama gerakan pelajar. Selain kebiadapan penguasa universiti, sifat ekstrim mahasiswi Islam terjadi ekoran kejahilan mereka sendiri yang begitu cintakan aspirasi perjuangan Islam sehingga tidak dapat mengawal perasaan marah. Mereka bersemangat berkobar-kobar sehingga lupa batasan kelembutan adab seorang mahasiswi Islam. Keikhlasan dan cinta mereka kepada Islam menyebabkan mereka cuba mempertahankan aspirasi perjuangan Islam sehingga kadangkala melampaui adab dakwah, kaedah dan ilmunya. Justeru, pemimpin gerakan pelajar dan para mahasiswi Islam perlu memikir impak terakhir yang akan menimpa imej perjuangan mereka dalam setiap tindakan mereka. Jangan sampai tindakan yang drastik merosakkan kebaikan yang dilakukan selama ini. Mahasiswi Islam boleh menggunakan pendekatan sebalik tabir melalui kerja-kerja pengurusan organisasi dan pentarbiyahan kader-kader yang taat kepada ajaran Islam. Sesuai dengan sifat perempuan yang lembut, lebih tekun dan beradab, mahasiswi Islam haruslah bertindak sebagai pembantu yang tidak menonjolkan diri agar mahasiswi Islam tidak menghadapi mehnah yang boleh menjatuhkan maruah mereka. Asiah Ali dalam bukunya Muslimat Pencorak Masyarakat menyarankan mahasiswi Islam berjihad melalui pendidikan dengan peranan menyebarkan ilmu agar kalimah Allah tertegak didalam kampus. Penyebaran ilmu boleh dilakukan dengan menceburi bidang penulisan. Jarang sekali kita melihat pimpinan mahasiswi Islam menulis dalam media massa. Sepanjang pemerhatian penulis hanya Ketua HEWI PMIUM sesi 2002/03 yang giat menulis dalam media massa termasuk dalam majalah Massa dan akhbar tempatan. Menurut Iman Hasan al Banna, kerja yang dilakukan oleh wanita mestilah mengikut keperluan semasa jemaah. Mahasiswi Islam boleh menonjolkan beberapa figure tertentu sebagai jurucakap mereka yang dapat memaparkan imej dan kualiti kepimpinan mahasiswi Islam. Dalam gerakan Ikhwanul al Muslimin, figure muslimat yang dilihat jurucakap muslimat ialah Zainab al Ghazali yang begitu kejam diseksa oleh Rejim Nasser. Walau bagaimanapun, Hajjah Zainab cukup kental menahan seksa walaupun didesak bertalu-talu agar mengaku perbuatan mereka merancang pembunuhan Presiden Nasser. Gerakan pelajar Malaysia pula tidak gersang daripada melahirkan wirawati-wirawati seperti Fatimah Sham yang memimpin Persatuan Mahasiswa Universiti Sains Malaysia dalam demonstrasi pada pertengahan tahun 1970an. Fatimah Sham merupakan anak kepada pejuang tanah Teluk Gong iaitu Hamid Tuah juga adalah presiden pertama di kalangan 44

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

wanita dalam persatuan mahasiswa universiti di negara ini. Keterlibatan mahasiswi Islam secara terbuka haruslah bergantung kepada keperluan semasa. Pada alaf baru ini, suka atau tidak akan menuntut mahasiswi Islam agar lebih bermakna dalam kepimpinan gerakan pelajar. Oleh sebab itu pentafsiran syariat secara klasikal mengenai peranan dan kedudukan tentang wanita yang tidak setepatnya dengan kehendak wahyu perlu diberikan pemaknaan kembali yang lebih realistik dengan aspirasi Islam. Mahasiswi Islam juga perlu memahami fiqh wanita yang berubah dan prinsip syariat yang kekal. Dengan pemahaman ini, diharapkan pemikiran mahasiswi Islam dapat dijernihkan daripada taboo tradisi yang menghalangi kecergasan mereka di dalam gerak kerja gerakan pelajar dengan tafsir amali yang baru dan tepat dengan kehendak wahyu Ilahi. Perjuangan mahasiswi Islam dalam gerakan pelajar bergantung kepada quwwat al ruh wa al-‘aql [kekuatan jiwa dan minda] dan kefahaman yang sahih individu pada fikrah perjuangan mereka. Setiap langkah mahasiswi Islam dalam gerakan pelajar mestilah diatur dengan kebijaksanaan agar tidak tertewas dengan cabaran yang diterima. Pertama, mahasiswi Islam perlu menyalurkan semangat jihad melalui saluran yang betul dengan mengunakan perjuangan bertahap-tahap dan tidak tergesa-gesa untuk mencapai kejayaan. Pihak yang bertentangan jangan dimusuhi tetapi berusaha dengan mesra dan berbaik sangka semasa mendekati mereka. Jadilah diri anda sebagai model yang berakhlak mulia untuk dicontohi mahasiswi lain yang tidak sealiran. Kedua, mahasiswi Islam perlulah ingat bahawa kampus hanya tapak untuk pentarbiyahan diri bukan melakukan kerja-kerja politik kepartaian. Jika berlaku perkara yang bertentangan, fiqh keutamaan yang bertunjangkan tugas asasi kita sebagai pelajar dan berkhidmat untuk masyarakat serta agama perlu diutamakan. Pilihan mahasiswi Islam perlu tepat dengan keperluan semasa supaya kita tidak menyalahkan orang lain ke atas kegagalan kita. Kes Norhayati sebagai contoh menunjukkan satu kegagalan para mahasiswi Islam menyuburkan kekuatan jiwa dan minda sehingga gagal menguruskan masa untuk berjemaah dan belajar. Akibatnya menyalahkan orang lain setelah gagal dalam pelajaran. Ketiga, mahasiswi Islam memerlukan keterbukaan pemikiran dan menghormati pertentangan pendapat walaupun sekeras mana pun tekanan diterima. Iman Hasan al Banna menyatakan ‘jangan sekali-sekali ada unsur negatif [dendam] di hatimu terhadap seseorang tetapi jangan berhenti daripada mengharapkan petunjuk buatnya!’. Perkara ini penting agar budaya dendam dan ekstrim tidak membiak dalam diri mahasiswi Islam. Selain itu, mahasiswi Islam wajar memiliki keupayaan menerima idea dari luar lingkaran pemikiran mereka sendiri. Kepelbagaian idea daripada pelbagai sumber yang bersifat kontemporari perlulah dikaji, diteliti dan diamat-amati. Oleh sebab itu, kajian pemikiran jangan hanya terhad kepada pemikiran Iman al-Maududi, Iman Hasan al Banna dan Iman Syed Qutb sahaja tetapi meliputi pemikiran

45

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

tokoh seperti Dr. Hasan Turabi, Rachid al Ghannouchi, Malek Bennabi dan Abul Hasan Ali an Nadwi. Mahasiswi Islam menggugat?. Jawaban ini hanya mampu dijawab oleh mahasiswi Islam sendiri. Merekalah yang akan mencorakkan arah perjuangan dengan program pengisian mereka sendiri. Mahasiswi Islam menggugat tidak semestinya bersifat destruktif tetapi memerlukan satu pengarapan sifat alternatif dengan menunjukkan jalan penyelesaian masalah dan melakukan proses pengislahan diri dan masyarakat.

MITOS MAHASISWA BEBAS? Oleh MOHAMAD RIDHWAN BIN ALIAS tokawang_sufi@yahoo.

Universiti adalah pentas bagi mahasiswa mengembleng bakat dan potensi yang terdapat dalam diri mereka. Bagi menjayakan proses ini, pihak universiti sewajarnya menyediakan suasana yang kondusif agar rintangan yang dihadapi oleh mahasiswa dapat dikendurkan. Tidak salah jika pihak universiti merencanakan pelbagai cabaran kepada mahasiswa tetapi biarlah berpadapada. Jangan pihak universiti asyik memilih konflik untuk mengatasi suara mahasiswa yang sememangnya tidak bermaya itu. Malayakah mahasiswa adalah satu persoalan yang terdinding dalam pemikiran mahasiswa. Malaya dalam bahasa Tagalog adalah bebas. Faham malaya yang paling unggul adalah memalayakan diri kita daripada pengabdian sesama manusia. AUKU sebagai contoh telah menjadikan Menteri Pendidikan dan TNC HEP sebagai ‘firaun

moden’

yang

malaya

membuat

segala-segalanya

terhadap

mahasiswa.12 Bukan kebebasan mutlak yang dicita-citakan tetapi kebebasan yang sesuai dengan kebolehan dan kemampuan seseorang atau sekelompok mahasiswa. Tanpa kebebasan kita akan menghalang potensi dan bakat mahasiswa yang sememangnya dah tidak bermaya [pada masa sekarang]. Jangan kita menjadikan mahasiswa sebagai robot berdagingkan manusia, 12

Contoh, mahasiswa ‘diganyang’ habis-habisan apabila mengadakan demonstrasi anti konsert dan anti Israel, sedangkan menghalalkan konsert yang berunsur maksiat dan mengadakan hubungan dengan negara haram, Israel adalah perkara mungkar. Disinilah berlaku pencanggahan antara hak dengan bathil. Begitu juga kes Mufi vs Konsert Sure Heboh. Derita jika mengamal Islam yang syumul dan murni.

46

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

hanya taat tanpa mempersoalkan arahan seseorang manusia dan institusi. Mahasiswa!! Malayakah kamu? Satu persoalan yang terus berlegar di ruang pemikiran kita. SEJARAH HAK KEBEBASAN BERAKTIVITI MAHASISWA. Secara mudahnya, Universiti Malaya bermakna universiti bebas tetapi agak malang bagi kita kerana disinilah ketidak-malayaan mula berlaku. Akibat keterlibatan mahasiswa sosialis dalam pilihanraya umum tahun 1969 dan 1974, kerajaan menghadiahkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 dan 1975 sebagai tanda ikhlas terhadap sumbangan radikal mahasiswa dalam pilihanraya tersebut. Suasana tegang 13 Mei 1969 telah berlanjutan ke dalam kampus, Anwar Ibrahim bersama Dr. Mahathir Mohammad mula mengancam kerajaan dengan propaganda untuk menjatuhkan kerajaan Rejim Tunku Abdul Rahman. Pada masa yang sama, juak mahasiswa sosialis pimpinan Syed Hamid Ali [adik Syed Husin Ali, Timbalan Presiden Keadilan Rakyat] mencabar kerajaan berdebat tentang isu 13 Mei. Kekecewaan Tunku tergambar dalam memoirnya Sebelum dan Selepas 13 Mei 1969. Mahasiswa tidak menghairani AUKU 1971, mahasiswa Islamis melalui PMIUM mula bangkit dalam demonstrasi rakyat Pathani sehingga pimpinan seperti Anwar Ibrahim dan Aziz Deraman [mantan Ketua Pengarah DBP] terpaksa menginap di penjara. Mahasiswa sosialis pimpinan Kamarazaman Yaakob [aktif dalam UMNO] dan Hishamuddin Rais [mentor gerakan mahasiswa sosialis, UBU] telah mengaum dan membaham penguasa universiti dengan merampas kuasa universiti daripada penguasa universiti, tindakan pertama dan terakhir dalam sejarah gerakan mahasiswa di negara ini. Tradisi mencabar mahasiswa diteruskan pada akhir tahun 1974 dengan penyatuan mahasiswa sosialis dan mahasiswa Islamis di bawah pimpinan Anwar Ibrahim [Presiden ABIM dan MBM]. Natijahnya, kerajaan telah mempertegaskan AUKU yang meragut segala autonomi yang dimiliki oleh persatuan mahasiswa. AUKU 1975 telah memandulkan mahasiswa dalam aspek pengurusan, pencambahan ilmu dan

47

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

responsif terhadap isu masyarakat. AUKU 1975 mengehendaki aspek kewangan, pemilikan aset persatuan mahasiswa dalam perniagaan dan bas PMUM [sebelum tahun 1975, PMUM merupakan persatuan mahasiswa terkaya di Asia Tenggara], segala hak persatuan mahasiswa diletak di bawah kuasa Bahagian Hal Ehwal Pelajar [HEP]. PERSOALAN

KEBEBASAN

BERAKTIVITI

DALAM

GERAKAN

MAHASISWA KINI: SATU ULASAN RINGKAS Terang lagi bersuluh bahawa mahasiswa kini sudah hilang malayanya(baca: bebasnya). AUKU, HEP dan faktor dalaman insani mahasiswa sendiri antara punca fenomena tidak malaya ini berlaku.13 Semua aktiviti mahasiswa terpaksa mengikuti telunjuk penguasa universiti yang berkepentingan sendiri sehingga mahasiswa hampir mencapai status pelajar sekolah menengah, mungkin pelajar sekolah rendah jika mahasiswa memakai uniform sekolah. Malang sungguh nasib mahasiswa Malaysia, lihatlah saudara mahasiswa di Indonesia dan Korea. Di Korea, semasa bergelar mahasiswa, mereka turun ke medan demonstrasi untuk menuntut hak mereka mahupun hak masyarakat. Belantan dan

pancutan

gas

pemedih

mata

dianggap

mainan

biasa.

Walau

bagaimanapun, setelah keluar kampus mereka menjadi pekerja dan pemimpin

yang

berkualiti

manakala

peranan

mahasiswa

menggugat

diwariskan kepada generasi mahasiswa seterusnya. Kini, Korea merupakan negara yang unggul dalam industri dan sukan. Di Malaysia, peranan mahasiswa menggugat dinegatifkan oleh masyarakat, kerajaan, media massa dan HEP. Ditohmah bahawa mahasiswa menggugat

tidak

berterima

kasih

kepada

kerajaan,

anti

kerajaan,

menyusahkan ibubapa, pro-pembangkang dan pelbagai tuduhan. Sewajarnya kita perlu memandang positif terhadap mahasiswa menggugat, mereka adalah pressure group atau kumpulan pendesak yang berperanan menyedar dan mengingat kerajaan akan tanggungjawab sebenar.

13

Mahasiswa sendiri tidak menghiraukan hak mereka sebagai mahasiswa. Mereka lalai dengan budaya ‘waham’ cinta dunia dan takut mati dengan hidup berfoya-foya tanpa menghiraukan agama dan nilai kemanusiaan. Ilmu dijadikan alat untuk mencari kekayaan bukannya peyuluh nilai kemanusiaan yg benar.

48

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

Zaman mahasiswa adalah zaman perjuangan, biarkan mahasiswa terus berjuang dan menggugat kerajaan. Mereka ini sememangnya berani dan semestinya sanggup menghadapi risiko. Bicara Anwar Ibrahim, jangan bicara tentang perjuangan jika takut mengambil risiko ada benarnya. Mahasiswa menggugat telah sedia dipukul, dipenjara, digantung pengajian dan diISAkan. Rempah ratus pengalaman mahasiswa menggugat dan digauli dengan program yang disertai di dalam kampus menghasilkan pemimpinpekerja yang berani dan berpengalaman. Apa yang ingin dibimbangkan, mahasiswa menggugat ini hanya berperanan mengaum di zaman mahasiswa dan berkemungkinan besar mereka akan menjadi pendokong pihak yang dicemuhnya dahulu selepas alam mahasiswa. Lihatlah Ibrahim Ali,14 Anwar Ibrahim, Kamarazaman Yaakob, Ahmad Shabery Cheek, Che Johan Che Pa [bekas timbalan Presiden PMUM disyaki aktif dalam UMNO Pasir Mas]15 dan ramai lagi pimpinan pelajar yang bersuara lantang dan bersifat radikal menyertai kerajaan. Oleh sebab itulah, pihak pemerintah dan pentadbiran universiti seharusnya membiarkan mahasiswa menggugat dengan sifat malaya untuk mengkritik dan mengadakan demonstrasi terhadap pemerintah. ‘Pukul’ mereka jika mengancam tetapi jangan belenggu mereka dengan undang-undang yang memandulkan mereka, seharus pemerintah lebih terbuka dalam soal ini. Di kampus, HEP selalu mencari kes untuk berkonflik dengan mahasiswa. Isu pesta konvokesyen sebagai contoh tidak haruslah di‘sure heboh’kan . Berilah kuasa kepada mahasiswa untuk menguruskannya. Sifat konflik dan ‘aku lebih berkuasa’ HEP menyebabkan MPP yang ada bagaikan pohon tak berbuah, kering tanpa aktiviti. Penulis berasa hairan kenapa HEP ingin bermusuh dengan MPP. Mungkin MPP anti hiburan, pro pembangkang atau berpendirian kendiri yang bertentangan dengan HEP. Kalau inilah faktornya, HEP memang tidak menghormati keputusan majoriti masyarakat mahasiswa yang prihatin dan peka terhadap persekitaran semasa.16 Atau 14

Beliau adalah Presiden KSITM dan pimpinan PKPIM. Beliau bercadang menyediakan dana untuk proses guaman Kes Purdah dimana Ahmad Lufti, Setiausaha Agung PMUTM telah ditahan polis dan dibicarakan di mahkamah. 16 Majoriti mahasiswa mengimani amalan sukakan hiburan dan bosan dengan politik tetapi selagi habuan dunia dan basuhan minda tidak dipertegaskan, HEP akan gagal menguasai politik kampus. Kesempatan ini digunakan sepenuhnya oleh Gerakan mahasiswa Islam menyatukan mahasiswa menentang fenomena jahiliah moden dan mendokong nilai murni kemanusiaan pelbagai kaum. 15

49

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

mungkin HEP kuda tunggangan pemerintah. Ingatlah!! Golongan yang melawan Allah SWT dan kebenaran berpunca daripada sikap sombong dan mengejar habuan dunia. Golongan ini mengadakan pembohongan terhadap Allah dengan mencampur-adukkan antara kebenaran dan kebathilan,17 dan membohongi kebenaran selepas datangnya kebenaran dengan menolak terus syariat Allah.18 Nikmatilah apa yang dikehendaki dan akhirnya, tahulah akibatnya. PERLUKAH MAHASISWA BEBAS? Mahasiswa sememangnya dahaga akan malaya(baca:bebas). Mereka berkeinginan untuk mewarisi legasi kemalayaan generasi mahasiswa terdahulu. Impian ini ada rasionalnya. Mungkin mahasiswa kini lebih cemerlang dalam akademik tetapi mereka tohor pengalaman dan tiada kekuatan jiwa untuk menghadapi cabaran. Mahasiswa kini juga terlalu asyik dengan budaya popular yang berwahyu amalan Barat yang disaluti pemikiran orientalis atau cerdik-pandai pro-yahudi. Di bawah kita akan cuba mengupas mengapa perlunya mahasiswa memperolehi malaya. a) Sumber Manusia Bagi Negara Mahasiswa pada zaman malaya merupakan sumber manusia yang berkualiti bagi pentadibiran negara ini. Siapa yang tidak mengenali Anwar Ibrahim, Aziz Deraman dan Noordin Razak [Presiden PBMUM menjadi Ketua Pengarah DBKL] yang berpotensi dalam pengurusan institusi. Kemalayaan mahasiswa tanpa AUKU menyebabkan pimpinan mahasiswa berjaya memotori persatuan mahasiswa dengan

jayanya.

Mereka

merencanakan

projek,

mencari

pembiaya dan melaksanakan program. Mereka adalah pemikir-pelaksana yang berbudaya kendiri. Pengalaman dalam projek di zaman mahasiswa malaya dengan zaman ‘mahasiswa HEP’[baca: mahasiswa kini] cukup dispariti. Mahasiswa HEP berotak subsidi, tanpa bantuan HEP program hanya tertulis pada KKD tanpa pelaksanaan. Mahasiswa HEP ini dibelenggu dengan 17

Contoh dalam kes Konsert Sure Heboh mencampur-aduk aktiviti amal seperti mengutip derma dengan konsert. Penulisan Astora Jabat yang beridealis Islam Liberal itu juga mencampuraduk antara yang hak dan bathil menyebabkan masyarakat keliru. 18 Contoh, Kes Hudud dan Qisas.

50

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

pelbagai kerenah birokrasi HEP sehingga panjang kain banner

menjadi

masalah besar untuk kelulusan sesuatu program. Banyak program persatuan mahasiswa yang disifat sebagai oposisi dilambat-lambatkan atau dibuang terus. Semua aktiviti di bawah telunjuk HEP ingin memaparkan diri ‘aku lebih berkuasa’ daripada mahasiswa. Fenomena ini akan memandulkan kekreatifan mahasiswa. Mahasiswa bukanlah

pelajar sekolah yang perlu ditunjuk-ajar bagaimana hendak

melintasi jalan raya. Mahasiswa mencapai tahap dewasa yang perlu malaya daripada

kongkongan

penguasa.

Impak

daripada

ketidakmalayaan,

mahasiswa HEP amat lemah dalam komunikatif, pengurusan, berprestatif lemah dan berotak subsidi sehingga boleh disifatkan sebagai mengharapkan hujan emas dari langit. Cabaran dan kegagalan dianggap sesuatu yang negatif sedangkan mahasiswa seharusnya bersifat berani gagal. Untuk maju sewajibnya, kemalayaan mahasiswa dikembali kepada yang hak agar pemberdayaan insani mahasiswa lebih sukses dan terbilang. b) Kesuburan Budaya Ilmu Zaman Mahasiswa di bawah HEP telah menelurkan ketumpulan budaya ilmu dan ketertutupan minda di kalangan mahasiswa. Mahasiswa disogok dengan habuan material dengan keperluan kerja dan suntikan hiburan yang melampau. Kita tidak menafikan kepentingan kerja tetapi jangan dicandu dan disogok mahasiswa dengan pengangguran dan keperluan kerja secara terlampau. Percayalah, jurusan anda di kampus tidak mengambarkan peluang kerja anda di luar kampus. Ada yang mengambil aliran sains sosial menjadi ahli perniagaan dan ada yang beraliran kejuteraan hanya mahu menjadi guru. Rezeki di bawah kekuasaan Allah SWT, hanya nasib, usaha dan peluang tertentu yang akan membuka ruang pekerjaan kepada seseorang mahasiswa. Ini fobia mahasiswa zaman kini. Pembudayaan ilmu di kampus semakin malap, jika ada pun bersifat selektif yang bersifat ‘pro’ pemerintah dan terkongkong dengan AUKU 1975 yang digunapakai tanpa kompromi oleh HEP. Perdebatan hangat yang

51

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

mencabar minda semakin luput dan pasti dirindui oleh pensyarah yang hidup semasa zaman mahasiswa malaya. Pada zaman mahasiswa malaya, perdebatan hangat dibicarakan oleh pihak bertentangan seperti wakil kerajaan, oposisi, mahasiswa dan NGO. Suasana tegang digunakan dijernihkan sikap saling hormati-menghormati dan penuh keterbukaan. Semua boleh memberi hujah secara malaya tanpa dihitam-putihkan oleh HEP. Mahasiswa kini diasyikkan dengan hiburan dan aktiviti kebudayaan. Pelik tapi benar. Aktiviti wacana ilmu dan usrah dihalang, dilambat-lambatkan tetapi aktiviti bercorak maksiat dihidup-suburkan. Mahasiswa digalakkan dan dilalikan dengan maksiat dengan menghakis akhlak Islamiyyah. Maka lahirlah mahasiswa yang bijak tetapi berakhlak kotor dan jijik. Lihat fenomena Norita dan Wan Nor Azlin yang menjadi wirid istimewa bagi golongan kelas menengah dan berfikiran metropolitan. Mereka cukup seronok menghayati gaya hidup seumpama rancangan friends dan sex ins the city bukannya gaya hidup Nabi Muhammad SAW, para sahabat dan alim ulama. Menurut Syed Naquib al Attas dalam Risalah Untuk Kaum Muslimin, keruntuhan adab disebabkan daripada keruntuhan proses keilmuan. Ilmu yang ada, hanya sekadar maklumat tanpa amal dan penghayatan. Inilah fenomena

yang

terjadi apabila elmu19 jahat dan jahil agama menguasai dunia. Budaya ilmu yang murni dan keterbukaan mungkin mencapai tahap menopause di universiti tempatan. Budaya ilmu berasaskan perdebatan ini cukup terasa kehilangan selepas tahun 2000 lanjutan zaman pasca 1998. Mungkin kerajaan terasa terancam dengan demonstrasi dan perhimpunan mahasiswa, dan jenuh melihat ratusan memorandum mahasiswa terhadap kerajaan. HEP diarahkan merencanakan program mengkasikan suara mahasiswa

dengan

pelbagai

cara.

Tahukah

kita,

kemalayaan telah

menyuburkan budaya ilmu di kampus melalui seminar dan perdebatan. Lihatlah kelahiran mahasiswa seperti Johan Jaafar,20 Siddiq Fadil [Presiden PMIUM], Khong Kim Hoong [Presiden Kelab Sosialis UM, pensyarah UKM], Cheng Boon Kheng [ahli aktif Kelab Sosialis UM, Pensyarah USM] 19

Sebenarnya perkataan ilmu tidak sesuai dinisbah dengan ilmu jahat. Oleh sebab itu, penulis menggunakan perkataan elmu[istilah sosio-Melayu] bagi menisbahkan perkataan ilmu 20 Beliau aktif dalam teater. Pemikiran beliau di akhbar Berita Minggu mengambarkan bibit-bibit idea yang sosialis

52

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

Mohammad Abu Bakar [Presiden Kelab Hubungan Antarabangsa UM] dan Sanusi Osman [Presiden PBMUM]. Mereka adalah mahasiswa aktif dan terbilang dalam akademik. Oleh sebab itu, HEP seharusnya mempergiatkan dan membenarkan aktiviti keilmuan seperti usrah, seminar dan debat walaupun HEP sendiri digeletek dan dikritik. c) Responsif Terhadap Isu Semasa Demonstrasi Baling dan Tasek Utara sudah cukup membuktikan betapa responsifnya mahasiswa malaya berbanding rakan mereka pada zaman kini. Walaupun demonstrasi dikatakan terjadi berdasarkan isu-isu semasa, tetapi AUKU secara automatik menghalang keberanian mahasiswa kini. Kita haruslah ingat, sifat tidak responsif mahasiswa ‘malaya’ disebabkan 2 faktor lain selain AUKU iaitu ketiadaan Sudut Pidato dan media massa mahasiswa seperti Mahasiswa Negara, Berita Pelajar dan Suara PBMUM yang malaya daripada belenggu kerajaan dan pentadbiran universiti. Kedua-dua organ ini dianggap nadi kepada proses kesedaran politik mahasiswa. Sudut pidato telah dihancur-leburkan selepas gagal menjadikan tangga keramat ini sebagai tempat meletakkan pasu bunga ekoran penguatkuasaan AUKU oleh Ungku Aziz. Mungkin wajar bagi Ungku Aziz menghancurkan sudut pidato terutamanya ketika beliau terpaksa menghadapi cabaran gerakan mahasiswa sepanjang tahun 1974 yang cukup hebat dan menggugat. Sudut pidato merupakan markaz asas bermulanya kebanyakan demonstrasi. Disini mahasiswa berdebat dengan pelbagai hujah, pro dan kontra. Walaupun berbeda pendapat, mahasiswa saling hormat-menghormati di antara satu sama lain sesuai dengan imej insan terpelajar. Di negara ini, konflik dan masalah dianggap satu pandangan negatif sedangkan dugaan ini adalah proses penginsafan dan pembersihan terhadap segala noda manusia dalam bernegara dan muamalat. Selain sudut pidato, media massa mahasiswa yang malaya telah dihapuskan oleh AUKU dan dihalang proses rekayasa-semula oleh HEP. Melalui media massa, ideologi dapat disemai, permasalahan rakyat dilontar

53

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

dan suara mahasiswa lantang mengoncang kerajaan, penguasa universiti bahkan kepimpinan mahasiswa sendiri. Mahasiswa Negara [dimiliki oleh PMUM] sendiri mengkritik pimpinan PMUM dan mencetuskan krisis dengan PBMUM. Artikel dalam media massa mahasiswa mencerminkan pandangan mahasiswa sendiri yang malaya. Ketiadaan media massa menyebabkan suara mahasiswa terkulai layu mengharapkan ehsan akhbar dan majalah luar kampus seperti Minda, Harakah dan Majalah I yang dimiliki oleh simpatis gerakan mahasiswa. Impak responsif mahasiswa terhadap isu-isu semasa cukup terkesan dengan kelahiran tokoh dalam politik dan aktivis masyarakat. Aktivis politik boleh dilihat seperti Sharizat Jalil [mahasiswa Sosialis], Aziz Shamsuddin [Presiden PBMUM], Mahadzir Khir [Presiden PBMUM] Hasan Karim [mahasiswa UPM], dalam PKR. Dalam aktiviti kemasyarakatan, kita lihat Hishamuddin Rais, Ahmad Sebi [penyair kampus] dan Zainal Abidin Borhan [GAPENA dan pensyarah UM]. Itulah sekerat nama yang mampu tertulis di lembaran ini.

KESIMPULAN. Bukanlah niat untuk menafikan peranan dan kebolehan mahasiswa masa kini tetapi nuqilan ini cuba membandingkan suasana malayakah mahasiswa di zaman sebelum AUKU dan zaman pasca 2000 yang cukup layu ini. Satu usaha secara bersama untuk memacukan kembali sinergi mahasiswa agar kemelaratan tenaga-idea mahasiswa dapat dibendung. Satu langkah perlu diusahakan untuk melangkaui saujana ke arah ketamadunan Quranik menjadi nombor satu di antara nombor satu dan terbaik di antara terbaik dengan adanya mahasiswa malaya yang reformis, demokratis dan Islami. Mahasiswa... Carilah arah... Arah kebenaran yang menyinari alam

54

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

Jadi seperti matahari Mengikut arahan Ilahi Terbit siang bukan malam tanpa soalan, tanpa degil, Menyinari manusia tanpa balasan Terus berjasa untuk makhluk Ilahi Artikel ini disiapkan pada 11.8.2004, Asar. Kuala Terengganu. Cuaca mendung tanpa pancaran mentari. Mendungkah gerakan Islam?

PERJUANGAN MAHASISWA PROGRESIF: DULU, KINI DAN MASA DEPAN. Oleh Mohamad Ridhwan Bin Alias (mamat_com) [email protected] [mantan ahli PMIUM pasif, EXCO PBMUM & AJK PSUM] “sila bertindak dan berbuat seperti yang pernah saya buat ketika menjadi mahasiswa. Tapi bersedialah seperti saya dulu untuk masuk penjara” Anwar Ibrahim Dunia mahasiswa adalah dunia yang penuh disaluti dengan sifat romantis dan konflik. Disebalik tugas mahasiswa menelaah pelajaran, aktiviti luar kampus mahasiswa akan membuktikan tahap kematangan dan kedewasaan mahasiswa dalam wacana intelektual, nasib dan isu kemasyarakatan, politik, kesenian, kebudayaan, keagamaan, bermuamalat dan berekonomi. Atau pun mahasiswa lebih selesa dengan dunia remaja yang khayali pro negatif sementara menunggu dunia kiamat. Mahasiswa progresif(MP) adalah mahasiswa yang aktif, penggerak dan peneraju panji-panji tenaga-idea aktiviti kampus, dan prihatin terhadap persekitaran masyarakat dalam aspek politik, ekonomi dan sosial sama ada peringkat nasional atau internasional. Ujaran daripada Dato Seri[dulunya saudara] Anwar Ibrahim yang dianggap idola gerakan pelajar di atas memberi satu gambaran betapa besar risikonya menjadi mahasiswa progresif yang ‘radikal’ dalam politik. Risiko inilah yang diambil oleh MP dan sukar untuk diterima oleh mahasiswa pasif. MP adalah golongan minoriti di kalangan ribuan mahasiswa yang terlena sebagai ulat buku sepenuh masa yang bertapa di labrary dan rumah sewa serta kolej, pemabuk hedonisme, pejiwang terlampau, perayau malam dan ‘anjing-anjing’ kemalasan yang lepak, tidur, bervideo games, makan, berak, bersikap pasif dan berbudaya ‘bersenangan’ di rumah sewa atau kolej. Itulah kelainan MP dengan mahasiswa lain yang selesa dengan hidup mencari ilmu tanpa roh dan praktikal, ingin cari kerja atau impiana khayali yang negatif dan ianya jelas berbeda dengan MP yang berteras gerak kerja yang amali, berketrampilan, motivasi kendiri, dan keluasan jaringan pengaruh.

55

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

CABARAN MAHASISWA PROGRESIF Aktiviti Mahasiswa Progresif (MP) lebih terserlah dalam bidang politik nasional atau kampus berbanding aktiviti perekonomian atau sosial mereka. Pembicaraan mahasiswa dan politik sengaja diperbesarkan sehingga menenggelami isu lain kerana isu politik ini melibatkan pemilik kuasa yang bimbang dicabar atau digugat oleh anak seluang yang baru belajar berenang di kancah politik. Pemilik kuasa iaitu kerajaan dan penguasa varsiti sangat membimbangi pengaruh anak seluang ini mempengaruhi atau membangkitkan kesedaran rakyat dan mahasiswa atas pengalaman pemilik kuasa pada tahun 1970an dan rakan-rakan pemilik kuasa di luar negara yang tumbang dek kelantangan suara mahasiswa progresif seperti yang berlaku di Indonesia. Tradisi mencabar ini dibimbangi akan menjejaskan periuk nasi politik dan ditakuti juga mengempiskan kebuncitan ekonomi kaum pemodal. Kewujudan MP disebabkan tekanan dalaman dan luaran kampus, kesedaran dan peka terhadap nasib bangsa, keinginan mengunakan keupayaan, potensi diri dan peluang di varsiti untuk berpolitik, berekonomi dan bersosial dengan masyarakat atau sesama pelajar (inter-kampus). Maka muncul mahasiswa progresif dalam politik dan ekonomi melalui kewujudan usahawan kampus, solidariti mahasiswa memperjuangkan hak asasi dan sasterawan kampus, contoh. MP juga adalah manifestasi sikap anak muda yang memberontak, terburu-buru, emosi dan romantis. Ruang istimewa di varsiti dan desakan persekitaran masyarakat membolehkan peneluran sifat kreatif, inovatif dan berdaya saing dalam sesuatu lapangan. MP sanggup merubah zaman, MP bersemangat ‘lawan tetap lawan’, MP sanggup menongkah arus dan berani gagal. Begitulah azam dan semangat golongan MP. Perjuangan MP adalah perjuangan anak muda yang ingin mengubah dan mencabar sesuatu sistem. Sistem yang teguh ingin ditelusi oleh MP yang hingusan agak khayali untuk dicapai di alam realiti. Reformasi yang diingini sungguh ‘mustahil tetapi tidak mustahil’ ini perlukan kerjasama rakyat untuk menjayakannya. Hayatilah serangkap sajak Rendra bagi sesiapa yang ingin mencabar sistem yang berkuasa membuat segalanya kecuali menjadi tuhan ini. apa disangka kentut bisa mengganti rasa keadilan ? di negeri ini hak asasi dikurangi justru untuk membela yang mapan dan kaya buruh, tani, nelayan, wartawan dan mahasiswa dibikin tidak berdaya Rendra.... Justeru, bagi merealisasikan impiana yang khayali ini, MP perlukan satu proses pengkaderan yang mantap dan berterusan. Kader-kader ini perlu 56

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

bertebaran segenap ceruk masyarakat dan organisasi termasuk kerajaan, seterusnya menyerap dan mengubah dari dalaman dengan penjernihan akhlak dan tauhid secara evolusi dan ketika itu juga rakan-rakan diluar secara berterusan melawan sistem yang korup itu. Sabar dalam perjuangan, itulah ungkapan bagi sesiapa yang ingin mengubah sistem. Mahasiswa Progresif: Satu Perjuangan Dalam konteks Malaysia, perjuangan Mahasiswa Progresif(MP) dibahagikan beberapa pendekatan dan aliran. Dimulai dengan isu kebajikan dan kebudayaan pada era 1960an, aliran sosialis, nasionalis dan nasionalis Islamis pada era 1970an, Islamis tulen pada tahun 1980an dan 1990an dan kini ‘Islam bersama hadhari’ pada tahun 2000an. Walapun perjuangan MP adalah perjuangan sekelompok mahasiswa tetapi perjuangan ini boleh merebak pengaruhnya di kalangan mahasiswa lain kerana mereka adalah golongan berpengaruh dan aktif di varsiti. Perjuangan yang dilihat sebagai plural ini mempunyai persamaan yang paling ketara kerana digerakkan oleh golongan yang sama tetapi berbeda aliran dan pendekatan iaitu Mahasiswa Progresif. Peralihan ke arah mahasiswa bersama masyarakat mula memutik pada akhir 1960. Pada ketika inilah golongan sosialis melalui Kelab Sosialis Universiti Malaya telah berperanan sebagai jurubicara masyarakat. Watak utama perjuangan rakyat ini adalah Syed Hamid Ali dan Sanusi Osman. Merekalah yang mengoncangkan negara dengan berdemonstrasi di Teluk Gong setelah penangkapan wira pejuang tanah untuk rakyat, Hamid Tuah. Syed Hamid Ali sekali lagi mengetarkan lutut pemilik kuasa apabila terlibat dalam demonstrasi rapat umum pilihan raya 1969. Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya(PMUM) telah memberi bantuan berbentuk tenaga kerja dan peralatan seperti bas PMUM untuk gerak kerja parti pembangkang. Apabila Tunku Abdul Rahman menuduh mahasiswa terlibat membantu pembangkang dan tuduhan disambut dengan ajakan berdebat oleh Syed Hamid Ali mewakili pelajar dengan Tunku. Ajakan ini menyebabkan Tunku mengubah kenyataannya di dada akhbar. Begitulah perkasanya suara mahasiswa pada masa silam. Butir permata gerakan pelajar terus bergemerlapan apabila munculnya tokoh idola paling berpengaruh dalam gerakan pelajar dan politik negara ini iaitu Saudara Anwar Ibrahim, seorang jurubicara ummat melalui suara hati nurani rakyat. Tokoh nasionalis-Islamis ini telah bekerjasama dengan ultranasionalis Melayu, Dr. Mahathir Mohammad yang berideakan ‘dilema Melayu’ telah mengoncang kestabilan kerajaan Tunku. Desakan kedua-dua ‘kekasih’ ini menyebabkan Tunku ‘mati pucuk’ untuk mentadbir dan menyerahkan kuasa kepada rejim Tun Razak. Anwar Ibrahim melalui Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) berterusan menyerang kerajaan dan penguasa universiti di bawah pimpinan Ungku Aziz terutamanya isu bahasa dan isu nasib pelajar Melayu. Kebangkitan pelajar Islam mulai berputik pada awal tahun 1970an semasa PKPIM memimpin demonstrasi rakyat Pathani sempena lawatan Perdana Menteri Thai, pada ketika inilah Aziz Deraman, 57

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sekarang telah ditahan polis. Sementara itu, Kelab Sosialis Universiti Malaya dan PMUM juga aktif memperjuangkan isu rakyat marhaen dan antarabangsa. Tokoh sosialis yang bersuara lantang dan tidak peka agama adalah Hishamuddin Rais dan Kamarazaman Yaacob. Hishamuddin Rais yang berjiwa romantis dan tergesa-gesa ini telah berjuang bersama rakyat di Tasik Utara. Kesepaduan pelajar nasionalis-Islamis dengan pelajar Sosialis terjelma apabila mahasiswa bersatu dalam isu kemiskinan rakyat Baling. Demontrasi raksasa ini dipimpin oleh Anwar Ibrahim selaku Presiden Majlis Belia Malaysia menyebabkan AUKU telah dipertegaskan oleh ‘kekasih’ Anwar, Dr. Mahathir di Dewan Rakyat. AUKU 1975 yang dipertegaskan ini dikatakan punca kemandulan gerakan pelajar pada masa kini. Pada masa ini juga munculnya Ibrahim Ali (wakil PKPIM dan YDP Kesatuan Siswa ITM [KSITM]) yang turut membantu Anwar memanaskan suasana demonstrasi. Selepas peristiwa Baling, dunia mahasiswa bagaikan tidak beraliran. Sebenarnya, gerakan pelajar mula dikuasai oleh pelajar nasionalis yang pro HEP dan pembodek kerajaan. Aktiviti lebih kepada kebudayaan, hiburan, kebajikan dan kemasyarakatan sehingga muncul istilah Bakti Siswa dan OPKIM yang begitu popular. Dalam masa inilah PMIUM dibawah pengaruh ABIM-PKPIM mula dianaktirikan menyebabkan mereka ini bercita-cita menguasai PMUM [golongan Islamis cuba menguasai kampus kerana hak autonomi persatuan seperti kebebasan melaksanakan program dan hak pemilikan harta benda termasuk dana kewangan telah diletak di bawah HEP dan HEP hanya mengiktiraf PMUM sebagai satu-satunya kuasa yang boleh mentadbir aktiviti pelajar secara umum]. Syed Dawilah al Edrus yang memimpin PMIUM memulakan langkah tetapi hanya menang dua kerusi. PMIUM hanya boleh berkuasa pada tahun 1979 dengan mendapat kerusi sama jumlahnya dengan pelajar nasionalis. Kebertuahan pelajar nasionalisIslamis, apabila seorang pelajar neutral telah menarik balik sokongan terhadap pelajar nasionalis. PMUM buat pertama kali dipimpin boleh cahaya Islamis dengan pengaruh ABIM-PKPIM di bawah pimpinan Anual Bakri Haron (kini S.U Menteri Besar Kelantan). Cahaya Islam terus gemilang di kampus-kampus di tanah air apabila proksi ABIM-PKPIM mula berkuasa di UKM dan UPM. Cahaya ini juga menyinari UTM, ITM (dibawah tokoh kecerahan IKD dan ketua Penerangan Parti Keadilan) dan USM. Walaupun pelajar nasionalis-Islamis berjaya ditumbang pada tahun 1980, pelajar Islam ala ABIM-PKPIM ini bangkit kembali menguasai kampus. Husam Musa selaku Setiausaha Agung PBMUM turut berperanan mendesak dan mengutuk kerajaan dalam isu penghinaan terhadap Islam [dikemuka oleh Tunku dalam kolum mingguannya dan Ketua Pemuda UMNO] manakala Ahmad Shabery Cheek (Ahli Parlimen UMNO Kemaman) telah memimpin pelajar dalam demonstrasi anti Amerika. Di ITM, ‘Ustaz cerah’ Khalid Jaafar, tokoh pencerah yang elitis pula memimpin demonstrasi di Shah Alam. Pada era 1980an, UKM telah muncul sebagai kem ABIM-PKPIM dibawah kelolaan Mustapha Kamil Ayub. Saudara Mus yang berintelek ini berjaya memimpin beberapa demonstrasi yang mewakili proksi

58

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

ABIM-PKPIM. Begitulah cerita ringkas gerakan pelajar 1980an yang dianggap zaman kebangkitan semula gerakan pelajar tetapi berteras Islam. Cahaya Islamis terus mantap apabila pelajar Islam tulen di bawah pengaruh PAS mula mendapat tempat di kampus-kampus terutamanya di Universiti Malaya, UPM dan UKM. Idealis PAS mula digerakkan sejak Anwar Ibrahim memasuki UMNO dibawah kelolaan Tuan Guru Abdul Hadi Awang [beliau merupakan pemidato hebat sama macam Anwar tetapi Anwar lebih popular kerana memdampingi pelajar dan masyarakat sejak akhir 1960an lagi dan Anwar menpunyai jaringan pengaruh yang luwes di arena nasional dan internasional]. Ustaz Zulkifli Yusof buat pertama kali membentuk sebuah forum yang dinamakan Barisan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN) pada tahun 1986 untuk mengumpul wakil MPP setiap kampus yang terasnya Islamik. Tokoh BBMN yang utama adalah Zulkifli Yusof daripada PMUM (kini pensyarah di APIUM). Saifuddin Nasution daripada PMUPM (naib presiden Parti Keadilan Nasional) dan Idris Ahmad (Timbalan Ketua Pemuda PAS). Perjuangan pelajar Islam tulen sampai kepada klimak apabila ramai pemimpin PMIUM ditahan termasuk dikenakan tahanan ISA pada demontrasi antikonsert Sheila Majid pada tahun 1989. Era 1990an, bagaikan tiada penentuan kuasa yang tetap dalam politik kampus. Golongan Islamis dan nasionalis bersaing hebat dan saling jatuh menjatuhkan. Sejak kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO, sebahagian besar pelajar nasionalis Islamis turut terjun ke dalam dunia nasionalisme yang dirasionalisasi oleh Anwar Ibrahim dan kroni inteklektualnya seperti Ustaz Siddiq Fadil. Walaupun perjuangan pelajar Islam kelihatan sepi, terdapat juga isu panas yang diperjuangkan oleh mereka seperti pengambilan tanah di Pulau Kundor, Melaka. Sejak Anwar Ibrahim disingkirkan daripada jawatan kerajaan, gerakan pelajar kembali bertaut. PKPIM mula bertaut kembali dengan bekerjasama dengan wakil Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) yang pro PAS. Maka gagahlah pertubuhan pelajar bawah tanah di kampus masing seperti MAMPU di UKM dan GMUM di UM. Peringkat nasional pula, BBMN dan Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS) mula melakukan kemunculan semula setelah sepi di pertengahan 1990an. Suara GAMIS kelihatan lantang dibawah pimpinan Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman. Isu Kerinci Link telah membuatkan mahasiswa menghidupkan kembali demonstrasi secara terbuka. Natijahnya, cukup positif apabila Masjid al Rahman masih kelihatan megah pada hari ini [terima kasih Pak Amjal dan rakan-rakannya]. Selain itu, juak yang dianggap luput dan terkubur iaitu juak sosialis mula muncul kembali dengan nama Universiti Bangsar Utama (UBU) pimpinan Jonah . Bebudak ini diasuh dengan amalan diskusi ideologi dan aksi jalanan oleh mahaguru mereka yang romantis, saudara Hishamuddin Rais. Walau bagaimanapun, aliran ini tidak mendapat tempat di kalangan mahasiswa massa kecuali kaki seni picisan di kampus-kampus . Episod terakhir keperkasaan mahasiswa adalah penangkapan Fuad Ikhwan, isu majalah Varsity palsu dan pembakaran DTC di UM. Selepas episod ini, satu episod baru yang dinamakan pelajar ‘Islam bersama hadhari’. Suara Mahasiswa Progresif aliran Islamis telah dikasi secara halus menyebabkan 59

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

pelajar lebih selesa dengan kegiatan Islam bersama hadhari iaitu berdiskusi dengan tajuk yang menyejukkan HEP, aktiviti bertamadun yang sama dengan aktiviti persatuan pelajar yang lain [karnival, riadah dan kauseling pelajar, main masak-masak di ESKUM, contoh]. Manakala pelajar nasionalis pula sudah luntur nasionalisnya. Mereka juga ingin memeriahkan Islam bersama hadhari dengan aktiviti kebudayaan dan kesenian. Mereka bukan lagi pelajar nasionalis tulen tetapi pelajar geli (baca; lemah) gemalai dengan seni dan kebudayaan.

Hala Tuju Mahasiswa Progresif: Kini dan Masa Depan. Pada masa kini, mahasiswa didakwa lembik, ‘mati pucuk’, lesu, pasif dan pelbagai lagi tohmahan yang dilontarkan terhadap mahasiswa. Kita tidak menafikan gejala ini turut membiak dan merebak di kalangan mahasiswa tetapi kita perlulah lebih adil dalam menilai perjuangan pelajar generasi kini dan masa depan berasaskan konteks semasa. Isu kemiskinan orang Melayu, Bahasa Melayu dan pendidikan sebagai contoh telah dicakna [tapi tidak sepenuhnya] oleh kerajaan menyebabkan mahasiswa progresif kekurangan isu untuk ditangani (secara relatifnya, banyak lagi isu yang boleh dihangat selain isu politik. Contoh, isu kemiskinan masyarakat pinggir bandar). Keterlibatan secara aktif dan berlebihan mahasiswa progresif di dalam ranjang politik menyebabkan pihak kerajaan, universiti dan media massa melabel mereka sebagai pro pembangkang. Justeru, satu proses pencambahan minda perlu diadakan untuk menilai dan berdiskusi tentang hala tuju mahasiswa progresif pada masa depan. Mahasiswa Progresif haruslah menyediakan satu pelan induk alternatif agar perjuangan mahasiswa progresif masih lagi relevan dan konsisten dalam menghadapi kedinamikan zaman. Oleh itu beberapa aspek perlu dibahaskan adalah; a. Mahasiswa Progresif Dan Ideologi Aliran Islamis dijangka meneruskan keteguhan pengaruhnya di kalangan mahasiswa massa walaupun pelajar Islamis mungkin tidak lagi berkuasa dalam MPP. Gerak kerja golongan pelajar Islamis lebih kepada kerja kendiri dan berkesedaran tinggi serta nekad dan setia terhadap perjuangan Islam berbanding aliran lain yang berhabuan material dan nafsu, dan menyalahi akidah Islam. Walaupun pertempuran ideologi di kalangan mahasiswa kelihatan semakin luntur, ideologi [Islam bukan ideologi tetapi satu ad din, lihat buku karangan Syed Naquib al Attas, Risalah Untuk Kaum Muslimin] masih lagi menjadi elemen penting dalam dasar mahasiswa progresif terutamanya Islam. Kelantangan mahasiswa progresif aliran Islamis lebih berfokus kepada menghidupkan kebenaran, keadilan dan kemurnian Islam. Isu-isu rakyat terutamanya kemiskinan bukan lagi menjadi agenda penting kerana dianggap tugas kerajaan, cuma mahasiswa progresif boleh menjadi pendesak untuk memurnikan dasar-dasar kerajaan agar komitmen kerajaan terus berlangsung. Manakala mahasiswa progresif aliran sosialis dan nasionalis dijangka akan luput kerana mereka kelihatan kebutaan dan tidak ketahuan terhadap ideologi mereka sendiri. Mereka kini semacam melakukan satu proses tranformasi ideologi iaitu ke arah kepentingan material, pangkat 60

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

dan nama. Perjuangan mereka lebih kepada memenuhi ketiga-tiga unsur tersebut dan menjadi regalia [ini bermakna mereka menjadi alat pihak berkepentingan yang ingin mengekal kuasa bukan pihak memperjuangkan nilai-nilai murni seperti Islam dan kemanusiaan] untuk HEP mendapat keuntungan daripada pemerintah. Mereka kelihatan pro hiburan dan kesenian.

b. Mahasiswa Progresif Dan Ilmu Mahasiswa dengan ilmu tidak boleh dipisahkan kerana ilmulah tujuan asasi mahasiswa berada di universiti. Iman Ghazali dalam Bidayatul Hidayah menyifatkan tujuan mencari ilmu adalah mencari keredhaan Allah dan mencari hidayah. Ilmu yang dicari adalah ilmu yang bermanfaat dengan suluhan Al Quran dan Hadis yang akan mencetuskan ketakutan dan pengabdian diri kepada Allah. Orang yang berilmu juga adalah orang yang faham, taat kepada Allah dan beramal dengan ilmu yang di pelajari [Tuan Guru Abdul Hadi Awang]. Oleh sebab itu, sistem ilmu perlu diterbitkan daripada kegiatan akliah yang memerlukan imaginasi untuk menyusun maklumat dalam satu kerangka yang bermakna dan difahami [Anwar Ibrahim]. Sebagai mahasiswa yang berada di lembah keilmuan, peluang mencungkil ilmu di kampus tidak harus dilepaskan. Ilmu bukan sahaja untuk digunakan dalam pekerjaan tetapi dipraktikal dalam kehidupan sehari-harian. Ilmu yang didapati harus menjernihkan minda dengan suluhan dan bimbingan wahyu. Selaku mahasiswa yang berilmu, janganlah mahasiswa mencontohi perangai profesor kangkung yang begitu ramai di kampus dengan sifat mereka yang giat membodek untuk mendapat jawatan pentadbiran [akhirnya mereka berjaya mendapat jawatan TNC dan NC]. Profesor kangkung ini diakui bijak ini sanggup menjual kejujuran intelektual demi kebuncitan perut mereka [walapun mereka sudah boroi]. Mereka sombong dan riak dengan ilmu yang mereka ada, mereka inilah seperti yang dilukiskan oleh Allah sebagai orang berilmu tetapi tidak beramal dengan suluhan wahyu kerana tiada hidayah dan bongkak demi secangkir habuan dunia. Mahasiswa progresif seharusnya berani dengan hujahan ilmu bagi menentang kebathilan dan korupsi. Pembelajaran setiap ilmu hendaklah disuntik dengan roh Islam walaupun ilmu itu adalah fizik, kejuteraan, ekonomi atau sejarah. Serapkan ilmu-ilmu ini dengan suluhan roh Islam dan praktikalkan dalam kehidupan. Barulah mahasiswa progresif dalam merealisasikan apa yang diingini oleh Malek Bennabi, quwwat al ruh wa al-‘aql [kekuatan jiwa dan minda] terjelma kembali di dalam masyarakat kini. Mahasiswa progresif seperti ini akan mempunyai minda qur’ani-rabbani, mereka adalah generasi rabbaniyyin yang terbina tradisi pengajaran dan pemelajaran al kitab [Siddiq Fadil]. c. Mahasiswa Progresif Dan Masyarakat Mahasiswa progresif perlu mengekalkan mereka sebagai jurubicara masyarakat di kalangan rakyat Malaysia. MP terutamanya beraliran Islamis perlu lebih aktif berperanan dalam isu kemasyarakatan. Di Malaysia, satu kekurangan yang terdapat dalam program Islamisasi ialah langkah-langkah 61

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

lebih sistematis dan berkesan bagi mengatasi masalah dan penyakit sosial [Mohamad Abu Bakar]. Masalah-masalah seperti pengangguran, keciciran, penyalahgunaan dadah, pelacuran dan seumpamanya lebih didominasi oleh golongan non muslim. Alangkah indah jika mahasiswa progresif terutamanya yang berjiwa Islamis mengambil cakna tentang problem masyarakat ini. Mahasiswa Progresif perlu terjun ke dalam masyarakat tanpa memilih isu-isu popular sahaja. Mahasiswa progresif lebih selesa bermanjaan dengan isu seperti keadilan pilihan raya, isu Anwar Ibrahim, kebebasan media dan AUKU daripada isu-isu terpinggir seperti tekanan jiwa orang tua dan anak yatim, nasib orang Asli yang masih membuang air besar di sebalik pohon lalang dan kemiskinan rakyat di Sik. Ya, memang benar isu nasional mesti diutamakan tetapi isu-isu rakyat marhaen janganlah dikesampingkan. Mungkin agak sukar untuk kita mengatasi permasalahan rakyat marhaen kerana ketiadaan jentera organisai yang benar-benar mantap dan kekurangan dana kewangan tetapi mereka akan berasa puas hati setelah melihat kedatangan anak-anak muda yang bergelar mahasiswa cuba memahami suara hati nurani mereka dan mengambil berat tentang nasib mereka.

d. Mahasiswa Progresif Dalam Aktiviti Kebudayaan. Mahasiswa perlu menjadi insan atau manusia yang memahami sifat dan kehendak fitrah manusia itu sendiri. Walaupun dunia sekarang mengejar kepentingan material melalui peluang pekerjaan, pembangunan, duit, sains dan bidang teknologi, jiwa insani mereka pada suatu masa nanti akan merasai begitu gersang sehingga berlakunya tekanan psikologi. Akibatnya mereka, pemuja material akan kembali kepada fitrah manusia itu sendiri iaitu agama dan elemen humanisme seperti seni dan budaya. Oleh sebab itu amalan spiritual mula mendapat tempat kembali di kalangan masyarakat Barat yang telah tepu dan mencapai tahap klimak dalam pembangunan material. Mahasiswa progresif seharusnya menjadi manusia nahdah dengan akal bukannya dengan jasad. Manusia nahdah mempunyai kefahaman terhadap seni berhujah dan falsafah, sastera dan muzik. Mereka juga bersifat mutafannin atau renaissane man [manusia pelbagai bidang] yang menjiwai ilmu kemanusiaan dan studi humanitatis [Anwar Ibrahim]. Bagi pelajar aliran Islam, bidang kebudayaan perlu didampingi dan perlu memahami asas pemikiran atau falsafah dan amalan harian setiap aktiviti kebudayaan berasaskan kemanusiaan serta mampu pula mengemukakan perspektif Islam dengan cara yang sebaik-baiknya [M. Salleh Yaapar]. Oleh sebab itu, dalam permasalahan cabang [selagi tidak menyalahi prinsip Islam], mahasiswa progresif terutamanya pelajar Islamis perlu menyediakan alternatif bukan menentang secara semberono aktiviti kebudayaan. Bacaan puisi dan teater boleh dijadikan medium utama untuk berdakwah. Dan bolehlah kita melihat mahasiswa progresif aliran Islamis akan bertempur dengan golongan nasionalis atau sosialis bukannya dalam pilihan raya kampus tetapi di atas ranjang aktiviti kebudayaan. Rumusan.

62

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

1. Mahasiswa Progresif akan terus wujud bagi memperjuangkan isu-isu semasa dengan pendekatan berbeda. 2. Mahasiswa progresif beraliran Islamis akan terus berpengaruh di dalam kampus walaupun golongan Islamis tidak lagi menguasai tampuk MPP. 3. Hala tuju Mahasiswa Progresif memerlukan pengarahan semula agar suara mahasiswa progresif terus relevan disebalik dinamika zaman. 2.7.04 POLITIK PELAJAR DAKWAH SELEPAS ALAM KAMPUS OLEH MOHAMAD RIDHWAN BIN ALIAS (mamat_com) [email protected] Di Alam Kampus, pelajar dakwah dipelopori oleh PMI, KARISMA dan PKPIM yang berjuang menegakkan Islam melalui pendekatan yang berbeda. Pelajar dakwah cukup lantang bersuara semasa di kampus bagi menghapuskan maksiat dan mewujudkan suasana agama di kampus. Perjuangan mereka perlu dihargai dan dicontohi oleh para mahasiswa lain tanpa prejudis. Kewujudan pelajar dakwah di kampus sangat perlu bagi menangkis penularan fenomena ‘waham’ di kampus. Selepas alam kampus, hanya segelintir daripada pelajar dakwah meneruskan aspirasi mahasiswa Islam di dalam masyarakat. Ada di kalangan mereka lebih seronok berada dalam kelompok forum mahasiswa seperti MPMI dan SMM. Pelajar dakwah ini cuba membantu waris-waris mereka di kampus terutamanya persoalan keadilan dan suasana demokrasi di kampus yang semakin dinodai oleh HEP. Ada baiknya, campurtangan ini tetapi terdapat impak negatif dimana mantan pemimpin cuba mengawal badan pelajar Islam tanpa menerima pendapat pimpinan semasa, sedangkan peranan mantan pemimpin adalah pembimbing bukannya pengawal. Pelajar dakwah selalu dikaitkan dengan PAS. Betul tetapi bukan semua pendokong PMI pro-PAS. Ramai pimpinan PMI berasal dari Johor yang terkenal totok UMNO. Selepas berakhir pengajian, ada sesetengah pimpinan pelajar dakwah memasuki PAS dan ada juga yang memasuki UMNO. Sebenarnya, pelajar dakwah tidak harus menjadikan politik kepartaian sebagai matlamat utama sedangkan banyak lagi badan-badan lain yang boleh disertai. Politik kepartaian bukan segala-galanya. Kita ada ABIM, JIM, PUM, PERKIM, ASASI, GAPIM, Darul Fitrah atau al Hidayah yang lebih tertumpu kepada kegiatan kemasyarakatan, pendidikan dan keilmuan. Kita boleh berdakwah, menegak Islam tanpa segala-galanya berpolitik tetapi boleh dengan Islamisasi dalam setiap komponen kehidupan masyarakat. Penulis bukan menolak politik Islam tetapi kita tidak harus menyempitkan pada skop politik sahaja. Penulis secara tegas adalah penyokong penghapusan budaya politik suku, agama suku. Islam agama yang syumul.

63

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

Ada sesetengah pemimpin pelajar dakwah mengunakan badan pelajar dakwah untuk mempromosi diri mereka sahaja. Mereka ini jenis politik sepolitik-politiknya. Mereka tiada istiqamah dengan Islam dan hanya pandai berhujah. Badan pelajar Islam hanya digunakan untuk memperlihatkan diri mereka sebagai lantang bersuara. Maka ada tangan-tangan halus yang cuba memujukkan mereka untuk bersama pihak yang disaluti bau tahi sekularisme. Selepas belajar, baru tembelang mereka pecah. Lihatlah berapa ramai pemimpin badan pelajar dakwah sama ada PMI, PKPIM dan Karisma telah menyertai UMNO yang dianggap sekular dan penaja maksiat. Akhirnya lahirlah pemimpin seperti Ruslan Kassim, shabery cheek, Che Johan Che Pa dan Mohd Khir Toyo. Inilah perangai manusia... duit di depan, al Quran di belakang. Ada juga pelajar dakwah yang lebih suka menyepikan diri daripada masalah masyarakat. Berpuas hati dengan pangkat dan keluarga bahagia. Makan dan berak!!... Hampeh!! Semangat perjuangan yang hilang, mana dia kata-kata lantang di zaman mahasiswa. Sepatutnya legasi pelajar dakwah perlu menghidupkan suasana agama dimana sahaja mereka berada melalui pelbagai medium dan komponen kehidupan masyarakat. Jangan jadikan perjuangan di kampus hanya untuk mencari glamour, pengikut atau kekasih sahaja. Buktikan kepada masyarakat, bahawa pelajar dakwah adalah waris perjuangan Islam, dulu, kini dan selamanya sama ada di kampus atau luar kampus. Masa akan datang, kita boleh melihat komitmen dan betapa istiqamahnya pelajar dakwah dengan pegangan dan tarbiyah yang mereka terima semasa di kampus.... dunia akan melihat sejauh mana para ustaz pelajar dakwah kekal bersama idealisme Islam. Kita cuba melihat sejauh manakah ketahanan para Ustaz badan pelajar amal Islami seperti Khairul Anuar Mat Zuki (dalam gerakan Islam), Tuan Kamarul Arif(speaker PMUM), Hishomuddin, Ramadan Fitri, Abdullah Karim (dalam gerakan Islam), Mukhtar Suhaili, Mohd Fuad Mohd Ikhwan, Amin Idris, Ahmad Fadly dan lain-lain untuk kekal bersama pendokong amal Islami selepas alam kampus. Adakah mereka meneruskan tradisi ‘katak’ lompat-melompat sehingga memungkiri idealis seperti Ruslan Kassim (pimpinan PMIUM), Ibrahim Ali (pimpinan PKPIM) atau lagenda gerakan pelajar, Anwar Ibrahim ataupun berkeputusan untuk terus bersama idealisme Islam seperti Redzuan Othman [dalam ABIM], Ustaz Idris Ahmad dan Misbahul Munir. Oopps!! Pelajar dakwah.... pilihlah jalan sama ada hendak berenang dalam tong tahi yang kohong busuknya atau meneruskan tradisi kesyumulan Islam bersama badan Islami seperti PUM, PAS, ABIM, JIM dan lain-lain. Kalau tokoh sosialis yang tegar pun layu dengan penangan UMNO. Lihat Adi Satria kaku bersama Utusan, Kamarazaman Yaakob bersama UMNO Pahang dan ramai lagi setia dan bersatu bersama UMNO. Yang kekal setia bersama idealis Sosialisme adalah Hishamuddin Rais [jalur bebas], Hasan Karim, Siti Nor Hamid Tuah dan lain-lain bersama PRM. Perkara ini membuktikan fenomena lompat bukanlah disebabkan idealisme tetapi nilai material dan keadaan selesa yang diingini.

64

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

Wahai pelajar dakwah, jangan bersemangat pepsi cola sahaja [pinjam ayat TG Haji Hadi]. Hanya berbuih sekejap di kampus dan hilang selepas alam kampus. Terus perjuangan anda buat selamanya. Anak seluang di pinggiran sungai memerhati gelagat haruan di sungai yang dalam. DULU, KINI DAN SELAMANYA, PELAJAR DAKWAH. JANGAN BERSEMANGAT PEPSI COLA SAHAJA tokawang_sufi@yahoo 26 Sept. 04 CADANGAN UNTUK MAHASISWA ISLAM Assalamulaikum Ada beberapa cadangan yang ingin hamba yang hina ini ingin kemukakan. Daripada hamba yang faqir ilmu dan semoga pimpinan PMIUM [secara khususnya dan untuk semua gerakan pelajar Islam di Malaysia] mengambil berat tentang cadangan ini. Dan alangkah baik jika ia dibincang dalam MT atau dijadikan usul dalam muktamar sanawi. Inilah cadangan yang dangkal yang hamba ingin kemukakan: 1. usaha dakwah dan penerangan sebelum saya menamatkan pergajian, saya ada cadangan untuk pimpinan tetapi tidak sempat dikemukakan. Cadangan ini untuk meningkat kesedaran tentang Islam di kalangan pelajar non muslim dan muslim sendiri. Semasa dialog agama di kolej 5 yang saya hadiri, saya terkejut betapa kurangnya maklumat non muslim tentang Islam sampai dikatakan umat Islam menyembah kaabah, dianggap macam berhala. Cadangan saya begini; a. beli sambil menderma. PMIUM akan menjual buku bertajuk ‘20 soalan paling lazim tentang Islam’(20 SPLTI) oleh zakir abdul karim naik terbitan saba islamic media dalam versi melayu, inggeris dan cina. Buku ini berharga RM 4. dengan penerangan untuk berdakwah, PMIUM boleh mengutip derma RM 10 daripada pelajar Islam dan menghadiahkan sebuah buku 20 SPLTI kepada pelajar Islam. Baki RM 6 adalah untuk membeli buku 20 SPLTI untuk diberikan kepada pelajar non muslim. Jika pelajar non muslim sanggup membayar, jumlah bayaran yang dibuat modal pusingan untuk membeli buku 20 SPLTI yang lain. Sebagai selingan, kata-kata semangat daripada presiden PMIUM boleh diletakkan di kulit belakang. Perkara ini boleh menjadikan PMIUM sebagai badan pelajar yang hidup di hati pelajar muslim dan non muslim. b. Bersedia untuk berdialog

65

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

PMIUM perlu bersedia menghadapi dialog. Paling penting semasa malam rapat umum calon pilihanraya kampus. Isu penahanan bas dan pembahagian risalah perlu diperjelaskan sebaik mungkin dan setiap gerak kerja perlu berhati-hati terutamanya pelaksanaan ESKUM. 2. hidupkan alumni kita ada GAMIS, sebagai forum nasional bagi PMI. Sebenarnya, saya berharap GAMIS ini dijadikan badan berdaftar untuk menyatukan fikrah dan meneruskan secara istiqamah gagasan pelajar Islam secara non politik di dalam masyarakat. Namakan Gabungan Alumni Mahasiswa Islam SeMalaysia [GAMIS] yang bersifat kemasyarakatan dan agama di peringkat nasional. Dan GAMIS boleh bergabung dengan PMRAM di Mesir, Persatuan Pelajar syariah, Persatuan pelajar Bekas Penuntut Timur Tengah dan lain2. GAMIS perlu mempunyai sayap pemuda, muslimat, mahasiswa yang masih pelajar dan majlis syura ulama, majlis eksekutif yang seimbang antara profesional dengan agamawan. Di Indonesia, KAMMI (gerakan pelajar Islam) telah meneruskan perjuangan mereka di dalam Parti Keadilan Sejahtera, disini biarlah kita wujud pertubuhan non politik sebagai alternatif kepada ahli PMI yang bekerja dalam kerajaan (terutamanya) untuk aktif dalam gerakan Islam. Kita ada ABIM-PKPIM, JIM tetapi tidak sesuai dengan jiwa dan pendekatan kita, kita ada PUM tetapi ada ahli PMI bukan beraliran agama. Saya tahu, pimpinan PMI mempunyai hubungan erat dengan pimpinan lepas terutamanya sejak zaman Zaharuddin Abdul Rahman. Adalah elok jika hubungan ini diterjemah ke alam pertubuhan. Mungkin cadangan in terlalu khayali tetapi ia boleh berjaya dengan pengumpulan usaha ahli PMI (termasuk kampus lain) yang bertebaran di seluruh negara. •

bagi memudahkan pengesanan ahli alumni PMI, diadakan borang khas untuk keahlian GAMIS atau ahli PMI setiap kampus secara automatik menjadi ahli GAMIS dengan alamat asal ahli semasa minggu pengenalan persatuan di setiap kampus seluruh negara. Selain itu diadakan juga itjimak tahunan untuk mengumpul alumni yang lepas.

3. Kelab Usahawan PMIUM ahli PMIUM tidak boleh mengharapkan kerja dengan kerajaan. Jika kelab usahawan dapat digerakkan maka wujudlah benih benih usahawan kampus. Antara aktiviti kelab usahawan adalah a. mengadakan lawatan lawatan boleh diadakan di kilang dan syarikat besar. Selain kelab usahawan boleh mengadakan kunjungan ke kementerian usahawan atau Unit Perancangan Ekonomi Negeri atau negara (UPEN) di jabatan Perdana menteri dan pejabat menteri besar. Lawatan ini mendapat ilmu tentang peluang niaga dan ilmu pengurusan perniagaan. b. bina jaringan

66

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

dengan berkenalan dengan tokoh ekonomi dan pengurusan syarikat, satu jaringan ekonomi boleh dilaksanakan. Melalui GAMIS yang saya cadangkan satu usaha ekonomi mungkin bersifat koperasi boleh diusahakan. Kerjasama alumni PMIUM yang berada di setiap lapangan kerja di seluruh negara menyebabkan jaringan niaga kita lebih besar. c. kursus dan seminar boleh bekerjasama dengan fakulti di UM, kementerian usahawan dan pusat pembangunan usahawan bumiputera di UITM. Seminar dan lawatan biarlah berkala iaitu 2 kali sebulan untuk mengajari kita tentang asas perniagaan d. bergerak sekarang kelab usahawan boleh berniaga secara kecil-kecilan di ESKUM, pesta konvokesyen varsiti lain, muktamar PAS atau ABIM atau di pasar malam Kerinchi [bleh ke?]. 4. Kelab Pembangunan Masyarakat Madani [atau Quranik] (KPMQ) PMIUM mempunyai sumber tenaga yang ramai terutamanya warga APIUM yang mempunyai tahap penguasaan al Quran dengan baik dan berkeupayaan mengajar kitab agama. Oleh itu, saya merasakan KPMQ dijadikan asas untuk PMIUM memasyarakatkan pelajar dengan masyarakat dengan menyumbang ilmu. KPMQ boleh menyebar ilmu dengan percuma atau bayaran minimun dan sedia menerima sumbangan derma daripada masyarakat dan duit zakat daripada Majlis Agama. Antara aktiviti KPMQ ialah mengadakan kelas akademik ala Yayasan Akademik Anda yang diasaskan oleh Anwar Ibrahim di taman perumahan atau flat pangsa seperti kondo rakyat, Pantai Dalam. KPMQ boleh mengadakan kerjasama dengan persatuan penduduk, JKKK atau UMNO setempat tanpa menghilangkan idealis Islam. Selain itu, KPMQ juga boleh mengajar kitab atau mengadakan kelas al Quran untuk orang dewasa dan kelas IQRA untuk kanak2 di surau atau masjid seperti surau Flat Kerinchi atau Masjid Bukit Damansara. Selain beramal dan penyebaran ilmu, banyak kebaikan akan diperolehi dengan penubuhan KPMQ seperti ada penderma dan menjernihkan imej PMIUM di kalangan masyarakat Memberi cadangan memang mudah tetapi melaksanakannya memang susah, justeru cadangan ini diharapkan menelurkan idea-idea untuk PMIUM menerjah alam perjuangan yang semakin ekstrem. ‘agar gagasan PMIUM diteruskan di luar kampus’ * cadangan diatas untuk semua gerakan pelajar Islam seluruh negara Mamat.com [email protected] 05.07.04

67

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

REGENERASI PMI: AGENDA UNTUK GENERASI KEEMPAT PMIUM(TUMPUAN KES) oleh Mohamad Ridhwan Bin Alias (mamat_com) [email protected]∗ PENDAHULUAN Universiti Malaya merupakan universiti yang tertua semestinya terkenal dengan tradisi keilmuan dan lagenda gerakan pelajar. Kedudukan Universiti Malaya yang berhampiran dengan ibu kota membolehkan pengaruh semasa yang berlaku di sana merebak ke kampus. Ibukota merupakan kota ideologi, syurga trendy, penuh kepluralan dan jenuh dengan konflik. Fenomena syurga dan neraka, dan pahala dan dosa ini telah memperkayakan pengalaman pelajar dalam melayari lubuk konflik dengan adiperkasa. Begitulah kelebihan universiti yang berhampiran dengan ibukota. Pengaruh semasa telah menelurkan benih-benih prihatin di kalangan pelajar untuk bersama-sama berada dalam ruang perjuangan isu-isu semasa. Oleh sebab itulah, para pelajar mula terjun ke dalam lubuk perjuangan melalui wadah demonstrasi dan penulisan. Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) merupakan kuasa dominan dalam gerakan pelajar Universiti Malaya sejak 1980an. Benih perjuangan telah berputik sejak awal 1970an tetapi mula terserlah pada awal 1980an. Pada tahun 2003, hanya PMIUM dan WUFI (UIA) masih mengekalkan dominasi kuasa gerakan pelajar Islam setelah rakan-rakan Islamis mereka di kampus-kampus lain berjaya ditumbangkan oleh usaha yang bersifat grand design daripada pihak Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan pihak pemerintah. Bagi menghadapi perancangan ‘musuh’ ini, seharusnya usaha dakwah diaktif secara efesien untuk memenangkan Islam walaupun gerakan pelajar Islam berada dalam suasana kekalahan atau ditimpa mehnah yang luar biasa. Dalam artikel ini penulis ingin menuqilkan regenerasi gerakan pelajar Islam terutamanya generasi keempat PMIUM yang kini meneruskan api perjuangan di kampus Universiti Malaya. Regenerasi(penjanaan) ini sangat perlu bagi menghadapi situasi perjuangan yang ditribulasi oleh pemerintah varsiti dan PMIUM sendiri perlukan satu reformasi dalaman bagi meneruskan gerak kerja dakwah di varsiti. FALSAFAH PERJUANGAN MAHASISWA



Gerakan pelajar merupakan salah satu gerakan yang penting dalam suasana demokrasi. Peranan gerakan pelajar sama dengan gerakan yang lain seperti Mohamad Ridhwan Bin Alias adalah mantan EXCO PBMUM, AJK PSUM dan ahli pasif PMIUM.

68

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

gerakan pekerja, gerakan kepenggunaan dan gerakan hak asasi kemanusiaan. Gerakan pelajar adalah jurubicara rakyat, jurubicara keadilan dan kemanusiaan, dan jurubicara anak muda. Suara pelajar tidak seharusnya dikesampingkan dalam membuat keputusan negara kerana suara ini bisa menjadi gelombang besar, ledakan ganas untuk menjatuhkan kerajaan. Lihatlah kejatuhan Suharto, mahasiswa Indonesia telah bersatu21 berarak untuk menyatakan protes sehingga kerajaan Suharto goyang dan tumbang. Menurut Muhammad Abu Bakar, falsafah perjuangan mahasiswa adalah manifestasi mereka dari status mereka sebagai pelajar universiti, fungsi mereka sebagai rakyat yang sudah dewasa dan situasi mereka sebagai kumpulan individu yang sentiasa terdedah dengan pengolakkan dunia semasa. Ketiga-tiga elemen ini akan memberi impak kepada pemikiran dan tindakan para pelajar semasa menjalani kehidupan mereka dan akan mencorakkan aspirasi mahasiswa dalam perjuangan mereka. Bagi mengetahui falsafah perjuangan mahasiswa, kita perlu mengambil cakna tentang interaksi elemen-elemen diatas dengan persekitaran para pelajar. Universiti adalah ruang istimewa bagi anak muda yang bergelar mahasiswa. Universiti merupakan tempat menyediakan prasarana dan persekitaran untuk pengembaraan minda dan melontar tesis baru untuk pertimbangan masyarakat berilmu. Universiti juga merupakan institusi birokrasi yang diselimuti kuasa politik dan membuat keputusan. Pentadbir universiti yang mempunyai kuasa terutamanya bahagian hal ehwal pelajar (HEP) selalu mengekang kegiatan persatuan pelajar yang bertentangan dengan aspirasi universiti dan kerajaan. Maka berlakulah konflik di antara gerakan pelajar dengan pihak HEP yang menaja pelajar pro HEP dalam pilihan raya kampus. Mahasiswa merupakan golongan muda yang semestinya mempunyai semangat yang membara, jiwa memberontak dan tidak mementingkan impak buruk kerana tertakluk oleh ketidak-kawalan emosi. Sikap tergesa-gesa dalam membuat keputusan menyebabkan mereka tidak menghiraukan risiko yang mendatang. Mahasiswa mahu cadangan mereka yang bersifat khayali dan terlalu ideal itu tercapai setelah ‘bertempur’ dengan sistem yang sudah lama establish. Oleh sebab itu, mereka mengambil tindakan tergesa-gesa setelah menganggap diri merekalah yang berada di pihak yang benar. Dan kebanyakan perjuangan mereka berakhir dengan kegagalan tetapi bersifat lawan tetap lawan. Isu yang berkumandang dalam masyarakat sangat mempengaruhi perjuangan seseorang mahasiswa. Isu-isu ini termasuklah isu antarabangsa. Kehangatan isu menimbulkan keghairahan dalam diri pelajar untuk menekuni isu dan terus bertindak tanpa panjang akal. Dengan berkhayal diri mereka sebagai jurubicara masyarakat, mahasiswa akan mempamerkan gelodak emosi mereka melalui tindakan kerana hanya merekalah yang memperjuangkan kebenaran dan keadilan. Tanpa menafikan keikhlasan mereka, hanya sekelompok kecil golongan pelajar progresif yang 21

Contoh, Kesatuan Mahasiswa Muslimin Indonesia (KAMMI) yang kini mendokongi Partai Keadilan Sejahtera pimpinan Hidayat Nur Wahid.

69

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

bersemangat ditengah-tengah ribuan rakan mereka yang berperangai ‘bijak sentiasa’, ‘berjiwa cinta’, ‘penghidup malam’ dan ‘si pasif’. Itulah beberapa perkara yang dirasakan unsur yang mempengaruhi orbit perjuangan gerakan mahasiswa terutamanya di Malaysia. Unsur-unsur ini akan diasimilasi dengan ‘faham’ tertentu yang menguasai pemikiran golongan pelajar progresif sehingga berlakunya proses ‘penjenamaan’ terhadap gerakan pelajar. MENGIMBAU SEJARAH KEBANGKITAN PMIUM SEBAGAI GERAKAN PELAJAR. Imej PMIUM sebagai gerakan pelajar yang dominan dalam politik kampus terserlah pada awal tahun 1980an setelah PMIUM disisih oleh PMUM yang didominasi oleh golongan nasionalis. Fenomena ini menyebabkan PMIUM membulatkan nekad untuk merampas kekuasaan politik kampus dengan menyertai pilihan raya kampus. Di bawah pengaruh ABIM-PKPIM, PMIUM telah meletakkan calonnya bagi menghadapi golongan nasionalis pada tahun 1977. Walau bagaimanapun, PMIUM gagal dalam tampuk pemerintahan kampus kerana hanya dua calonnya yang menang iaitu Naharuddin Abdullah dan Sidek Baba.22 Pada pilihan raya sesi 1979/1980, PMIUM yang mengelarkan diri mereka sebagai Barisan Mahasiswa telah memenangi 10 kerusi tetapi gagal mendapat majoriti 2/3. Walau bagaimanapun, seorang calon neutral telah menarik sokongan terhadap Gabungan Mahasiswa yang dipimpin oleh golongan nasionalis, telah membolehkan PMIUM memegang tampuk PMUM buat kali pertamanya. Anual Bakri Haron23 telah menjadi Presiden PMUM. Dalam tempoh pemerintahan pertama pelajar Islam, pelbagai mehnah telah dialami ekoran kerjasama ‘jahat’ daripada HEP. Dalam pilihanraya kampus 1980/1981, PMIUM telah ditumbangkan ekoran kospirasi tahap tertinggi pihak HEP, media massa dan pelajar nasionalis. Walau bagaimanapun, PMIUM melalui wasilah baru iaitu Kepimpinan Dinamis Mahasiswa Progresif berjaya bangkit menguasai PMUM dalam pilihanraya 1981/1982 di bawah pimpinan Ahmad Shabery Cheek.24 Pada tahun 1982, PMIUM berada dalam gerhana setelah Anwar Ibrahim memasuki UMNO.25 Natijahnya, proksi ABIM-PKPIM berjaya ditumbangkan dalam muktamar ke 25 yang berlangsung di Fakulti Ekonomi. Kegagalan berpunca apabila proksi ABIM-PKPIM yang diketuai oleh Pemangku Presiden PMIUM Azami Zaharim gagal meletakkan Takiyuddin 22

Dua calon lain ialah Syed Dawilah al Idrus dan Nasaruddin Abdul Jalil. Sekarang ditugaskan sebagai Setiausaha Menteri Besar Kelantan, Anual terpaksa meletakkan jawatan sebagai Presiden PMUM setelah Barisan Mahasiswa terpaksa membentuk kerajaan campuran dengan Gabungan Mahasiswa ekoran desakan HEP. PMUM dipimpin pula oleh Yazid Othman. 24 Ahmad Shabery Cheek adalah ahli parlimen Barisan Nasional Kemaman setelah menang dalam pilihan raya 2004. Ketika bergelar pemimpin pelajar, beliau merupakan tokoh yang selalu memimpin demonstrasi memprotes kerajaan. 25 Kita perlu ingat bahawa PMIUM berada di bawah pengaruh Anwar Ibrahim melalui ABIM-PKPIM. Anwar Ibrahim adalah figure gerakan pelajar yang lantang mengecam kezaliman dan kesekularan UMNO tetapi beliau telah memilih UMNO padahal parti inilah yang dijijikkan oleh beliau kepada pengikutnya. 23

70

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

Hasan sebagai Timbalan Presiden PMIUM.26 Kegagalan ini telah memunculkan zaman PMIUM di bawah kepimpinan ulama dimana tampuk kekuasaan pimpinan dimonopoli oleh dinasti Akademik Pengajian Islam. Kepimpinan ulama berlanjutan sehingga kini. Kemuncak perjuangan PMIUM di bawah kepimpinan Ulama pada 10 September 1989 apabila pelajar mengadakan demonstrasi membantah konsert Sheila Majid di Dewan Tunku Canselor. Dalam kejadian ini, Jamali Adnan (Setiausaha Agung PMIUM) dan Jamaluddin Ramli (bendahari PMIUM) ditahan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan seramai 20 lagi telah dibicara di mahkamah universiti.27 Pada dekad 1990an, PMIUM telah menubuh NADI sebagai platform dalam pilihan raya kampus.28 NADI telah bertembung dengan Barisan Mahasiswa Bersatu (BMB) yang didokongi pelajar pro ABIM-PKPIM (Anwar Ibrahim berada dalam kerajaan), IRC, dan pelajar nasionalis (alat HEP). Secara umumnya, NADI berjaya menguasai kancah politik kampus walaupun beberapa sesi NADI tumbang kerana politik kampus Universiti Malaya sangat bergantung kepada undi non muslim. Pada tahun 1998, gerakan pelajar Islam telah bertaut kembali setelah Anwar Ibrahim diganyang daripada UMNO. PMIUM bersama PKPIM, KARISMA dan UMANY(cina) dan PBTUM(pada masa itu orang India bersama PMIUM) telah membentuk Gagasan Mahasiswa Universiti Malaya(GMUM) telah bertempur dengan mahasiswa pro HEP iaitu Majlis Gerakan Mahasiswa Universiti Malaya(MGMUM) hasil serpihan BMB. Sehingga kini, GMUM berjaya menguasai tampuk kekuasaan politik kampus Universiti Malaya. GENERASI KEEMPAT PMIUM: DEGENERASI PMIUM? Generasi Keempat PMIUM (GKP) adalah penerusan warisan kepimpinan ulama dalam gerakan pelajar Islam di Universiti Malaya. Penulis membahagikan generasi PMIUM kepada empat iaitu 1970-1980, 1980-1990, 1990-2000, dan 2000-2010. Pemilihan 1970an (termasuk akhir 1960an) ialah satu jangka tempoh permulaan peralihan PMIUM daripada isu-isu kebajikan kepada isu-isu politik. Pada era 1970-1980, PMIUM mula mengorak langkah untuk menguasai tampuk kekuasaan dalam PMUM melalui kepimpinan pelajar pro ABIM-PKPIM. Pada era 1980-1990, pelajar ABIM-PKPIM ditumbangkan dalam pemilihan tampuk pimpinan PMIUM oleh pelajar ProRevolusi Islam (Pro-PAS) dan mengarahkan PMIUM kepada zaman kepimpinan ulama. PMIUM telah memantapkan kekuasaan dalam politik kampus apabila mula mendominasi sebahagian besar pilihan raya kampus sejak era 1990-2003. Kini, PMIUM meneruskan tradisi kepimpinan ulama bagi meneruskan cita-cita Islam di bumi Universiti Malaya. 26

Takiyuddin sendiri memihak kepada golongan Revolusi Islam yang beridealiskan kepimpinan ulama. Golongan pro Abim-PKPIM hanya mendapat 35 undi. Kospirasi menjatuhkan golongan pro ABIMPKPIM dipimpin oleh Mohamad Husein, Takiyuddin Hasan, Syed Putra Syed Ahmad, Azmi Ali, Fuad Zarkhasi (kini orang kuat UMNO Johor) dan Mohd Taib Ahmad. Mereka bersetuju menamakan Mohd Taib Ahmad (Pimpinan PMAIUM) sebagai Timbalan Presiden PMIUM. 27 Selain itu, pada tahun 1989 juga PMIUM telah mengadakan hubungan sulit dengan Gerakan Acheh Merdeka (GAM)-sumber mantan siswi PMIUM, sekarang bertugas sebagai guru di Pahang. 28 NADI bukan singkatan daripada Nadwah Islamiah tetapi denyutan ‘nadi’ gerakan pelajar Islam. Nama ini dicadangkan oleh seorang muslimat.

71

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

Sejak penangkapan Fuad Ikhwan pada sesi 2001,29 GKP semakin kelesuan walaupun terdapat beberapa pimpinan yang berkarismatik dan aktif bekerja. Kekangan HEP dikatakan punca degenerasi (kemerosotan) PMIUM. Saya cukup bersetuju akan pendapat ini tetapi kita juga harus menelusuri elemen dalaman PMIUM yang menyebabkan PMIUM kehilangan sinergi untuk menjadi gerakan dakwah bersifat menyeluruh dan kekal berpengaruh dalam masyarakat kampus. Kegagalan utama PMIUM adalah ketidak-upayaan PMIUM mengembleng penyertaan ahli dalam setiap aktiviti gerakan. Kita mengakui PMIUM mempunyai sokongan ramai pelajar di kampus tetapi keterlibatan secara aktif pelajar dalam kerja (amal) gerakan sangat kurang. Ahli pasif ini tanpa ditarbiyah oleh PMIUM mudah dipengaruhi dengan elemen material dan hiburan. Tanpa keterlibatan ahli pasif secara kolektif dalam gerakan menyebabkan kerja organisasi akan terbeban kepada orang yang sama kerana tiada pembahagian kerja. Perkara ini akan melambatkan gerak kerja dan berlaku pertindihan kerja diantara tugas dalam pelaksanaan program dengan tugas pentadbiran persatuan. Justeru, penyertaan warga PMIUM secara kolektif harus digembleng agar terdapat pembahagian kerja dan kualiti program akan meningkat ekoran keteraturan kerja. Kedua, pimpinan dan warga PMIUM terlalu menumpukan terhadap kerja aktivis dan mengabaikan idealis perjuangan. Idealis perjuangan seumpama roh dalam perjuangan, tanpanya aktiviti yang dilakukan adalah sama nilai dengan aktiviti persatuan lain. Penghayatan terhadap idealis perjuangan perlu dititik beratkan. Penumpuan berlebihan terhadap kerja aktivis menyebabkan PMIUM kehilangan matlamat perjuangan dari segi idealis dan tasawwurnya. Pimpinan PMIUM haruslah memahamkan warga PMIUM dengan idealisme, tasawwur dan risalah yang dibawa oleh PMIUM. Pemahaman terhadap idealis dapat menyatukan fikrah warga PMIUM. Ketiga, sistem tarbiyah PMIUM agak tempang dan longgar. Aktivti tarbiyah seperti usrah dan tamrin perlu dimantapkan. Ketiadaan naqib atau naqibah yang terlatih menyebabkan aktiviti usrah kelihatan hambar. Hubungan dengan sesama ahli usrah dan naqib sekadar sahabat tanpa tautan rohaniah. Persahabatan dalam PMIUM bersifat kulitan menyebabkan jalinan jiwa agak longgar. Perkara ini merbahaya gerakan semasa menghadapi mehnah kerana kebarangkalian para munafik mengingkari bai’ah agak tinggi. Di atas hanya cebisan kecil kelemahan PMIUM yang penulis komentarkan secara ringkas. Kelemahan itu memerlukan proses pembaikan. Bukan niat dihati memburukkan pimpinan PMIUM tetapi kita perlu memperkukuhkan ketahanan dalaman terlebih dahulu sebelum memasuki gelanggang perjuangan. Sebagai gerakan Islam, kemenangan bukanlah matlamat utama tetapi keberkesanan dalam usaha dakwah sangat penting bagi menegakkan Islam di bumi Universiti Malaya dan menelurkan kaderkader untuk survival perjuangan gerakan Islam pada hari muka. 29

Fuad ditangkap ekoran isu Majalah Varsiti palsu dan pembakaran Dewan Tunku Canselor di bawah tahanan ISA.

72

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

PELAKSANAAN REGENERASI GENERASI KEEMPAT PMIUM. ‘to be is to act’ Kewujudan manusia ditakrifkan oleh tindakannya. Kerna itulah satu proses transformasi dalam tindakan manusia perlu direalitikan dalam melahirkan manusia yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Ia dikenali insan kamil atau mutafannin(manusia pelbagai bidang). Kelahiran insan ini perlu dijana dengan perancangan dan ketelitian yang jitu kerana ia melibatkan pembinaan insan yang utuh dalam meleburkan pemikiran dan kebudayaan ‘statik’. Justeru, penulis menjuzukkan beberapa elemen seperti di bawah untuk melihat kelahiran insan ‘perjuangan’, insan dakwah yang boleh meregenerasikan PMIUM. Juzuk-juzuk tersebut; 1. Pembudayaan Ilmu Warga PMIUM perlu mengerakkan minda madani dalam menelesuri pengembaraan dunia keintelektualan. Persoalan pembudayaan ilmu sangat penting bagi melahirkan insan yang cergas mindanya, tajam pemikiran dan ghairah mencari kelazatan ilmu. Ilmu penting dalam mengarapkan insan yang berfikir kerana dengan berfikirlah kita dapat meneruskan daya saing, daya kreatif dan daya inovatif kita dalam menghadapi arus kehidupan. Maka benarlah ungkapan cogito ergo sum (saya berfikir, oleh sebab itu saya berada disini) dan dengan ilmulah manusia mendapat naqayat al ra’y (kejernihan fikiran) dalam melayari ledakan maklumat yang tidak terbatas. Menurut Iman Ghazali, ilmu yang paling penting ialah ilmu yang membawa ketakutan diri (meliputi qalbu, jasad dan mental) kepada Allah S.W.T. Ketakutan ini akan menetaskan ketakwaan dalam mengenal diri sendiri, makna kehidupan dan seterusnya menjalin hubungan dan memahami sesama manusia. Pencernaan ilmu boleh terjelma jika pimpinan PMIUM merancang beberapa program pencambahan ilmu di kalangan anggota. Program diskusi buku atau penubuhan kelab pemikir antara alternatif peningkatan ilmu di kalangan anggota PMIUM. Di Dewan Bahasa dan Pustaka, Jaafar Abdul Rahim[antara ketua jabatan di agensi itu dan pakar pemikiran lateral] amat mengalu-alukan penubuhan kelab pemikir di varsiti (program ini dilaporkan berkesan di UIA). Bagi menghangatkan perdebatan ilmiah dengan idea yang pelbagai, jemputlah ahli pertubuhan lain seperti Universiti Bangsar Utama (UBU), Kumpulan Pemikir Jalan Telawi, Sekretariat Penulis Muda GAPENA dan PKPIM. Mungkin masalah kehadiran anggota PMIUM menjadi masalah tetapi jika dilakukan di kolej-kolej atau berkerjasama dengan pentadbiran masjid al Rahman secara berkala, ianya boleh berjaya. Dengan kemantapan pembudayaan ilmu, kita boleh melahirkan kepimpinan yang menghayati konsep al qa’id al murabbi (pemimpin-pendidik) dan al-qa’ib al- mufakkir (pemimpin pemikir) bagi meneruskan api perjuangan Islam di kampus. Kemujaraban budaya ilmu terserlah seandainya muncul intellectual demonstration (demonstrasi intelektual) bagi mengantikan demonstrasi jalanan. Demonstrasi intelektual ini dapat dinilai dengan meriahnya aktiviti ilmuan dengan muzakarah ilmu secara aktif dan budaya ilmu dijadikan orientasi utama dalam amal Islami PMIUM. 73

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

2. Dimensi Pentarbiyahan Insan dan Sumber Manusia Tarbiyah dan latihan adalah suatu kaedah yang dilaksanakan bagi membina hati-nurani, akal-budi dan keunggulan akhlak Islamiyyah yang komited dan tabyin(memberi kefahaman jelas) dalam menghayati kebenaran ajaran Islam. Antara aktiviti tarbiyah yang penting adalah usrah. Usrah perlulah dijana semula bagi menguatkan usaha tarbiyah PMIUM. Usrah boleh dipecahkan dibahagi 3 iaitu usrah umum (Raudhah), usrah kolej (quranic group) dan usrah pimpinan. Usrah umum boleh dilakukan di Masjid Ar Rahman atau jalinkan kerjasama dengan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya setelah usrah umum kerap kali dicabul oleh pihak HEP. Begitulah juga usrah di kolej, lakukan perubahan daripada pendekatan, silibus dan tempat. Silibus wajar difokuskan kepada Rukun Bai’ah Ikhwanul Muslimin30. Naqib atau Naqibah perlu meningkatkan usaha dakwah bilik ke bilik. Selain itu, naqib dan naqibah perlu dilatih atau ditamrinkan semasa cuti semester. Kumpul mereka di masjid tertentu atau berkerjasama dengan sekolah pondok. Disinilah peningkatan rohani dibentuk[solat tahajud, Solat dhuha, puasa sunat], usul dakwah dibincang dan dipraktikalkan dan penyatuan fikrah dicernakan. Tamrin ini dilakukan selama 30 atau 40 hari kerana generasi PMIUM semasa silam[1970an] mengambil masa yang lama untuk dilatih dibawah Rancangan Latihan Kepimpinan PMIUM.31 PMIUM seharusnya mewujudkan suasana pautan kerohaniahan dengan para pelajar. Biar perasaan para pelajar terasa pedih jika ketiadaan PMIUM. Biar jiwa mereka terasa diinjak-injak dek kerinduan jika PMIUM tidak bersama mereka. Persoalannya bagaimana cara mencanang hubungan kerohanihan ini? Manusia sebenarnya adalah makhluk yang berpenyakit dan ia dijelma melalui jasad atau dipendam di dalam qalbu. Jika tiada ubat yang mujarab, manusia akan hanyut dibuai keindahan maksiat dan sekaligus memecahkan ‘piala kaca’ keimanan. Oleh sebab itulah, satu pautan kerohanihan perlu semerta dilaksanakan. Pautan rohaniah ini dapat digemblengkan dengan kelazatan beribadah, keindahan persahabatan dan sikap tawaduk pimpinan PMIUM. Kelazatan beribadah boleh direalisasikan dengan kebersamaan dalam beribadah dalam tempoh tertentu. Pimpinan PMIUM dan para pelajar boleh meruangkan masa selama 3 atau 5 hari untuk melakukan ‘uzlah’ di masjid atau perkhemahan. Pengamalan mathurat (dalam jemaah tabligh terdapat amalan manzil, juga sesuai diamalkan) secara istiqamah pula dapat melahirkan jiwa yang segar dan bersih. Doa terakhir dalam mathurat yang bersifat ala tareqat itu adalah pengikat hati sesama sahabat. Disinilah ibadah diasuh dan persaudaraan dipupuk, insya Allah sesudah masa tersebut, jiwa manusia akan terjentik untuk bersama menurut Islam. PMIUM mempunyai tenaga berpotensi yang ramai tetapi gagal digembleng dengan sempurna. Mungkin benar kata orang, ramai warga PMIUM yang pasif dan bersikap negatif seperti hilang kepekaan, bosan menyertai program dan tiada keyakinan serta kurang berketrampilan untuk 30

Terkandung dalam Risalah Ta’lim. RLKP ini merangkumi semua aspek melibatkan pembinaan jiwa, mental dan jasad serta kemahiran pengurusan organisasi. 31

74

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

menggerakkan program. Sebenarnya ahli PMIUM yang pasif boleh digerakkan dengan usaha pimpinan PMIUM melalui tasykil32 dan targhib33. Mereka hanya mahu dicakna oleh pimpinan PMIUM dan jikalau pimpinan sudi bersalaman dan turun ke bilik mereka atau rumah sewa atau fakulti mereka untuk menyeru mereka aktif dalam program nescaya mereka akan mengikuti program tersebut. Jiwa mereka akan diinjak-injak dengan sifat tawaduk pimpinan PMIUM yang ikhlas terhadap mereka, insya Allah. Pemtarbiyahan ahli PMIUM akan melahirkan sumber manusia yang berkualiti dengan roh, jasad dan minda yang sihat. Bagi mendepani permasalahan ummat, tarbiyah dalam PMIUM harus dipertingkatkan agar asas-asas penjanaan fikrah Islami mampu terbina di dalam diri penggerak dan pelanjut risalah dakwah. Dengan tarbiyah inilah, PMIUM dianggap jentera penting dalam menghasilkan kader-kader muda Islam yang berkualiti. 3. Pendirian Politik PMIUM PMIUM seharusnya menjelaskan pendirian politik agar tidak mengelirukan warga PMIUM dan masyarakat kampus. Mungkin sukar pimpinan PMIUM menentukan pendirian politik sama ada non-partisan, pro pembangkang atau anti establishment. Bagi penulis, PMIUM boleh mengunakan Ikhwanul Muslimin sebagai model. Pendekatan Ikhwanul Muslimin yang sederhana sangat bersesuaian dengan PMIUM dan mantan ahli PMIUM pada era yang lepas pasti bersetuju, seterusnya akan menyokong pendirian pimpinan PMIUM pada masa kini. Dalam hubungan siasah, PMIUM seharusnya menjalinkan hubungan baik dengan pertubuhan pelajar Islam peringkat nasional atau internasional seperti PKPIM, Himpunan Mahasiswa Islam (HMI), Ikatan Pemuda Muhammadiyah, PEMIAT (badan pelajar Islam Asia Tenggara), PMRAM (Mesir) dan kelab Hizbi (UK). Ketika dahulu, PMIUM pernah menjalinkan hubungan sulit dengan pimpinan Gerakan Aceh Merdeka (GAM). Dengan adanya hubungan ini, pimpinan PMIUM boleh membentuk sistem sokongan antarabangsa yang membolehkan gerak kerja Islam lebih mantap dari segi intelektual, kewangan dan tarbiyah. Hubungan antarabangsa inilah dapat meneruskan keberkesanan PMIUM dalam mendepani isu-isu semasa seperti mana yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim dan Hishamuddin Rais. Forum mahasiswa peringkat nasional seharusnya lebih cergas dalam menangani permasalahan semasa dalam politik, sosial dan ekonomi masyarakat. Kita mempunyai forum nasional seperti GAMIS, BBMN, MPSI dan terkini sebuah solidariti tetapi isu-isu yang dikemukakan terlalu bersifat politikal(baca: terlalu terikut rentak parti politik pembangkang) sedangkan isuisu rakyat marhaen dilupakan. Forum mahasiswa nasional seharusnya memainkan peranan membongkar permasalahan rakyat yang terpinggir. Isu kemiskinan rakyat di Kedah dan Kelantan sebagai contoh boleh dibuat laporan dengan data, gambar dan hujah ilmiah kepada kerajaan dan NGO. 32

Usaha memujuk dan merayu dengan memberikan galakan untuk melapangkan masa untuk keluar ke jalan Allah. 33 Memberi kata-kata dorongan untuk mengemarkan orang lain.

75

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

Terlalu pilu dan sedih melihat rakyat marhaen yang berstatus ‘anak-seluang’ ini dipermainkan oleh ‘jerung’ yang berkuasa. PMIUM seharusnya mempunyai pengarahan pendirian politik yang jelas, agar PMIUM tidak dilabel sebagai pro atau kontra kerajaan. Pengarahan pendirian politik PMIUM boleh didokumenkan melalui risalah khas atau ucapan dasar presiden dalam muktamar sanawi PMIUM. Kepunyaan pendirian politik yang mantap membolehkan unsur-unsur pelabelan terhadap PMIUM tergugur. 4. PMIUM sebagai Jurubicara Masyarakat Sejak beberapa dekad yang lalu, gerakan pelajar dikenali jurubicara masyarakat. Kini, usaha untuk mendekati masyarakat sangat berbeda dengan masa silam. Kebanyakan aspirasi mahasiswa pada masa lalu hampir diselesaikan oleh kerajaan, maka isu-isu kemasyarakatan bersifat kebajikan perlukan suntikan inovasi. PMIUM sewajarnya mengambil peluang yang dikemuka oleh HEP dalam memasyarakatkan pelajar dengan warga tua, anak yatim dan masyarakat miskin di pinggir bandar. Selain direstui oleh HEP, program seumpama ini mudah mendapat penajaan kompeni gergasi. Keperihatinan terhadap manusia yang tidak bernasib berupaya melembut hati yang keras, sekaligus mendidik pelajar betapa pentingnya nilai kemanusiaan yang sering dipinggir. Usaha ini bukan sahaja bersifat kebajikan tetapi boleh digunakan sebagai medium dakwah melalui kerjasama sesama ahli, perjumpaan dengan pimpinan dan penyampaian amanat daripada pimpinan. Isu-isu pinggiran seperti isu kemiskinan rakyat marhaen di pendalaman dan pinggir bandar perlu dihangatkan. Tenaga muda warga PMIUM perlu dikerahkan untuk bersama masyarakat dengan ‘berkarnival’ di penempatan warga marhaen ini. Lujnah perubatan dan lujnah kebajikan berkerjasama dengan NGO seperti MERCY Malaysia dan agensi kesihatan perlu turun padang secara berkala dalam mempertingkatkan taraf kesihatan rakyat marhaen. Aktiviti yang bersifat bersama masyarakat seperti gotong royong perlu dipergiatkan. Begitu juga dengan tuisyen percuma atau berbayar ala Yayasan Akademik Anda yang dimajukan oleh Anwar Ibrahim satu ketika dahulu. Semua aktiviti dibuat secara terancang dengan mengambil sesuatu kawasan sebagai kawalan dimana satu kawasan dijadikan ‘kawasan angkat’ secara berkala agar kita boleh menilai sejauh mana keberkesanan program yang dilaksanakan. Inilah tugas pelajar sebagai jurubicara masyarakat pada zaman material ini. Pelajar adalah hati nurani dan jiwa masyarakat. Pelajar juga adalah pencetus, pengilham dan pencorak perubahan dalam masyarakat. Sepadan dengan watak ini, pelajar bersama masyarakat dengan orientasi gerak kerja(action oriented) dan bersifat operatif bukan lagi berdemonstrasi jalanan atau pembelaan lisan, ‘lipsservice’ semata-mata. 5. PMIUM dan Alumni Alumni PMIUM merupakan ikon yang yang menandakan istiqamahnya warga PMIUM terutamanya pimpinan utama dalam perjuangan Islam. Ramai 76

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

pimpinan PMIUM yang boleh disifat radikal dan ekstrem telah menjilat ludahan tentangan mereka terhadap nasionalisme dan sekular. Mereka telah tewas dan ternoda dengan belaian nafsu. Begitulah kuatnya kepentingan kebendaan, kuasa dan nama. Ada di kalangan mereka tidak mahu terlibat dalam politik tetapi gagal mencari badan bukan kerajaan yang mempunyai aspirasi yang sama. Akibatnya, tenaga-idea dan potensi mantan ahli PMIUM untuk perjuangan Islam telah dipersiakan. Oleh itu satu pengharapan tinggi jika tautan mantan ahli PMIUM disatukan dalam satu jemaah yang dianggap lanjutan PMIUM dan bersifat non-partisan, orientasi kemasyarakatan dan agama. Mereka ini dianggap pembantu utama PMIUM dan gerakan pelajar dari segi kewangan, nasihat dan beraktiviti. Bagi menggerakkan ekonomi sebagai contoh, alumni PMIUM boleh bergerak secara koperasi atau sistem ekonomi ala syarikat jualan langsung. Alumni PMIUM ini sewajarnya disatukan dengan alumni PMI di kampus-kampus lain (PMIUPM, PMIUTM, WUFI, Ikhwan Utara(UUM), PMIUSM dan PMIUPM, ISIUKM serta PMI di kampus lain sama ada IPTA atau IPTS) menjadi satu komuniti agar ia lebih perkasa. Antara nama yang disyorkan adalah Nadwah Dakwah Islamiyyah (NADI), Angkatan Pendakwah Pelajar Islam Malaysia atau Kesatuan Alumni Pelajar Islam. Sebarkan cawangan pertubuhan diseluruh ceruk rantau ahli gerakan pelajar Islam berada. Hubungan PMIUM (termasuk PMI di kampus lain) dan alumni perlu diperkemaskan dan dipereratkan. Jaringan antara PMIUM dan alumni akan membuah hasil dalam hubungan politik, ekonomi dan sosial. Alumni bukan sahaja berperanan sebagai sumber ideologi tetapi dapat menjanakan jentera pentadbiran agar utuh dan kukuh dalam mendepani ancaman dan kekangan HEP yang begitu berkuasa menidakkan idea dan aktiviti pelajar. Dengan bantuan alumni, PMIUM akan berupaya menggerakkan aktiviti tanpa belas ehsan HEP.

6. Peranan Muslimat. Peranan Muslimat dalam gerak kerja gerakan Islam tidak boleh dinafikan. Muslimat kini mestilah berperanan dengan lebih instrumental dalam horizon dan spectrum yang lebih menyeluruh. Merekalah golongan banyak melakukan gerak kerja bagi menghasilkan sebuah kejayaan. Dalam usia remaja dan belia, muslimat PMIUM tidak terikat dengan hubungan rumahtangga atau telah mendapat kebenaran ibubapa amat digalakkan menyertai gerak kerja Islami. Setelah berkeluarga, muslimat boleh bergerak aktif dengan syarat berdasarkan keperluan semasa dan keizinan suami atau keluarga. Dalam gerakan pelajar Islam, peranan muslimat adalah pembantu amal Islami dan bergerak tanpa menonjol diri kecuali figure tertentu yang dianggap jurubicara muslimat PMIUM. Perkara ini penting bagi memelihara maruah muslimat dan mengelakkan muslimat dikenakan mehnah melampau seperti dibuang kolej dan digantung pengajian kerana ia akan menelurkan masalah yang lebih besar risikonya kepada muslimat. 77

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

Walau bagaimanapun, batasan ini bukanlah suatu yang bersifat mutlak selagi batasan ini di bawah kawalan syariat. Pendapat dan pentafsiran shariah secara klasikal mengenai peranan muslimat perlu difikirkan kembali dan diberi makna yang lebih progresif serta realistik agar ia menjadi harmonis dengan aspirasi Islam sepenuhnya. Dalam konteks ini, muslimat PMIUM perlu mampu membedakan di antara fiqh yang boleh berubah-ubah dan dinamik, dan syariat yang tetap. Oleh sebab itulah, kemampuan muslimat PMIUM mengaduni fiqh secara dinamik sangat penting tetapi biarlah ia secara harmonis dengan prinsip syariat yang berupaya mengerakkan usaha dan semangat perjuangan muslimat dalam haraki Islamiyyah. Sebagai usulan, muslimat PMIUM sewajarnya mengunakan sebaik mungkin medium penulisan dalam mengurusi isu-isu berkaitan feminis atau semasa. Lontarkan idea di dalam akhbar, majalah atau internet. Ketua HELWI PMIUM sesi 2002/2003 sebagai contoh, amat berbakat dalam penulisan telah berjaya mengoncangkan jiwa pembaca dengan hasil nukilannya. Muslimat seharusnya menyebarkan idea, pendapat dan luahan rasa tentang isu-isu tertentu bagi menonjolkan keperihatinan dan kepekaan muslimat PMIUM dalam isu kampus, nasional atau internasional. Diharapkan pemikiran muslimat PMIUM lebih terbuka dan pelaksanaan peranan oleh muslimat menjadi lebih kreatif, inovatif lantas akamodatif tetapi tetap harmonis dengan aspirasi Allah. Pengharapan ini lebih terjamin dengan semangat kerjasama, toleran dan sedia menerima pendapat yang terjalin dengan ‘kaum adam’ PMIUM dalam menelusri perjuangan haraki. KESIMPULAN Perjuangan GKP seharusnya disuntik dengan tenaga-idea yang baru dari segi pendekatan agar lebih sesuai dalam realiti masa kini tetapi reformasi dalaman ini tidak semestinya mengorbankan prinsip amal Islami yang dimiliki oleh PMIUM. Pimpinan tertinggi PMIUM dengan segera perlu ‘turun padang’ bagi mendekati pelajar agar suntikan iman, amal dan Islam terus bersemarak dalam jiwa dan kelakuan pelajar. Dalam suasana cengkaman AUKU yang cukup pedih ini, adalah wajar kemenangan dalam pilihan raya kampus tidak harus diutamakan. Kerja dakwah berteras tarbiyah lebih perlu dan penting diterapkan kepada pelajar oleh warga PMIUM kerana kemenangan PMIUM dalam pilihan raya kampus tidak membawa impak Islamik yang besar di dalam kampus ekoran kedajalan HEP yang mengongkong PMUM. Anggaplah pilihan raya sebagai usaha dakwah berteraskan politik untuk meninggikan maruah Islam di kampus. Diharapkan satu proses regenerasi dilakukan bagi menguatkan dan mengekalkan keutuhan PMIUM sebagai wadah Islam di bumi Universiti Malaya. ......... 15.6.04 REGENERASI PMI: AGENDA UNTUK GENERASI KEEMPAT PMIUM(TUMPUAN KES) 78

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

oleh Mohamad Ridhwan Bin Alias (mamat_com) [email protected]∗ PENDAHULUAN Universiti Malaya merupakan universiti yang tertua semestinya terkenal dengan tradisi keilmuan dan lagenda gerakan pelajar. Kedudukan Universiti Malaya yang berhampiran dengan ibu kota membolehkan pengaruh semasa yang berlaku di sana merebak ke kampus. Ibukota merupakan kota ideologi, syurga trendy, penuh kepluralan dan jenuh dengan konflik. Fenomena syurga dan neraka, dan pahala dan dosa ini telah memperkayakan pengalaman pelajar dalam melayari lubuk konflik dengan adiperkasa. Begitulah kelebihan universiti yang berhampiran dengan ibukota. Pengaruh semasa telah menelurkan benih-benih prihatin di kalangan pelajar untuk bersama-sama berada dalam ruang perjuangan isu-isu semasa. Oleh sebab itulah, para pelajar mula terjun ke dalam lubuk perjuangan melalui wadah demonstrasi dan penulisan. Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) merupakan kuasa dominan dalam gerakan pelajar Universiti Malaya sejak 1980an. Benih perjuangan telah berputik sejak awal 1970an tetapi mula terserlah pada awal 1980an. Pada tahun 2003, hanya PMIUM dan WUFI (UIA) masih mengekalkan dominasi kuasa gerakan pelajar Islam setelah rakan-rakan Islamis mereka di kampus-kampus lain berjaya ditumbangkan oleh usaha yang bersifat grand design daripada pihak Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan pihak pemerintah. Bagi menghadapi perancangan ‘musuh’ ini, seharusnya usaha dakwah diaktif secara efesien untuk memenangkan Islam walaupun gerakan pelajar Islam berada dalam suasana kekalahan atau ditimpa mehnah yang luar biasa. Dalam artikel ini penulis ingin menuqilkan regenerasi gerakan pelajar Islam terutamanya generasi keempat PMIUM yang kini meneruskan api perjuangan di kampus Universiti Malaya. Regenerasi(penjanaan) ini sangat perlu bagi menghadapi situasi perjuangan yang ditribulasi oleh pemerintah varsiti dan PMIUM sendiri perlukan satu reformasi dalaman bagi meneruskan gerak kerja dakwah di varsiti. FALSAFAH PERJUANGAN MAHASISWA



Gerakan pelajar merupakan salah satu gerakan yang penting dalam suasana demokrasi. Peranan gerakan pelajar sama dengan gerakan yang lain seperti gerakan pekerja, gerakan kepenggunaan dan gerakan hak asasi kemanusiaan. Gerakan pelajar adalah jurubicara rakyat, jurubicara keadilan dan kemanusiaan, dan jurubicara anak muda. Suara pelajar tidak seharusnya dikesampingkan dalam membuat keputusan negara kerana suara ini bisa menjadi gelombang besar, ledakan ganas untuk menjatuhkan kerajaan. Mohamad Ridhwan Bin Alias adalah mantan EXCO PBMUM, AJK PSUM dan ahli pasif PMIUM.

79

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

Lihatlah kejatuhan Suharto, mahasiswa Indonesia telah bersatu34 berarak untuk menyatakan protes sehingga kerajaan Suharto goyang dan tumbang. Menurut Muhammad Abu Bakar, falsafah perjuangan mahasiswa adalah manifestasi mereka dari status mereka sebagai pelajar universiti, fungsi mereka sebagai rakyat yang sudah dewasa dan situasi mereka sebagai kumpulan individu yang sentiasa terdedah dengan pengolakkan dunia semasa. Ketiga-tiga elemen ini akan memberi impak kepada pemikiran dan tindakan para pelajar semasa menjalani kehidupan mereka dan akan mencorakkan aspirasi mahasiswa dalam perjuangan mereka. Bagi mengetahui falsafah perjuangan mahasiswa, kita perlu mengambil cakna tentang interaksi elemen-elemen diatas dengan persekitaran para pelajar. Universiti adalah ruang istimewa bagi anak muda yang bergelar mahasiswa. Universiti merupakan tempat menyediakan prasarana dan persekitaran untuk pengembaraan minda dan melontar tesis baru untuk pertimbangan masyarakat berilmu. Universiti juga merupakan institusi birokrasi yang diselimuti kuasa politik dan membuat keputusan. Pentadbir universiti yang mempunyai kuasa terutamanya bahagian hal ehwal pelajar (HEP) selalu mengekang kegiatan persatuan pelajar yang bertentangan dengan aspirasi universiti dan kerajaan. Maka berlakulah konflik di antara gerakan pelajar dengan pihak HEP yang menaja pelajar pro HEP dalam pilihan raya kampus. Mahasiswa merupakan golongan muda yang semestinya mempunyai semangat yang membara, jiwa memberontak dan tidak mementingkan impak buruk kerana tertakluk oleh ketidak-kawalan emosi. Sikap tergesa-gesa dalam membuat keputusan menyebabkan mereka tidak menghiraukan risiko yang mendatang. Mahasiswa mahu cadangan mereka yang bersifat khayali dan terlalu ideal itu tercapai setelah ‘bertempur’ dengan sistem yang sudah lama establish. Oleh sebab itu, mereka mengambil tindakan tergesa-gesa setelah menganggap diri merekalah yang berada di pihak yang benar. Dan kebanyakan perjuangan mereka berakhir dengan kegagalan tetapi bersifat lawan tetap lawan. Isu yang berkumandang dalam masyarakat sangat mempengaruhi perjuangan seseorang mahasiswa. Isu-isu ini termasuklah isu antarabangsa. Kehangatan isu menimbulkan keghairahan dalam diri pelajar untuk menekuni isu dan terus bertindak tanpa panjang akal. Dengan berkhayal diri mereka sebagai jurubicara masyarakat, mahasiswa akan mempamerkan gelodak emosi mereka melalui tindakan kerana hanya merekalah yang memperjuangkan kebenaran dan keadilan. Tanpa menafikan keikhlasan mereka, hanya sekelompok kecil golongan pelajar progresif yang bersemangat ditengah-tengah ribuan rakan mereka yang berperangai ‘bijak sentiasa’, ‘berjiwa cinta’, ‘penghidup malam’ dan ‘si pasif’. Itulah beberapa perkara yang dirasakan unsur yang mempengaruhi orbit perjuangan gerakan mahasiswa terutamanya di Malaysia. Unsur-unsur ini akan diasimilasi dengan ‘faham’ tertentu yang menguasai pemikiran 34

Contoh, Kesatuan Mahasiswa Muslimin Indonesia (KAMMI) yang kini mendokongi Partai Keadilan Sejahtera pimpinan Hidayat Nur Wahid.

80

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

golongan pelajar progresif sehingga berlakunya proses ‘penjenamaan’ terhadap gerakan pelajar. MENGIMBAU SEJARAH KEBANGKITAN PMIUM SEBAGAI GERAKAN PELAJAR. Imej PMIUM sebagai gerakan pelajar yang dominan dalam politik kampus terserlah pada awal tahun 1980an setelah PMIUM disisih oleh PMUM yang didominasi oleh golongan nasionalis. Fenomena ini menyebabkan PMIUM membulatkan nekad untuk merampas kekuasaan politik kampus dengan menyertai pilihan raya kampus. Di bawah pengaruh ABIM-PKPIM, PMIUM telah meletakkan calonnya bagi menghadapi golongan nasionalis pada tahun 1977. Walau bagaimanapun, PMIUM gagal dalam tampuk pemerintahan kampus kerana hanya dua calonnya yang menang iaitu Naharuddin Abdullah dan Sidek Baba.35 Pada pilihan raya sesi 1979/1980, PMIUM yang mengelarkan diri mereka sebagai Barisan Mahasiswa telah memenangi 10 kerusi tetapi gagal mendapat majoriti 2/3. Walau bagaimanapun, seorang calon neutral telah menarik sokongan terhadap Gabungan Mahasiswa yang dipimpin oleh golongan nasionalis, telah membolehkan PMIUM memegang tampuk PMUM buat kali pertamanya. Anual Bakri Haron36 telah menjadi Presiden PMUM. Dalam tempoh pemerintahan pertama pelajar Islam, pelbagai mehnah telah dialami ekoran kerjasama ‘jahat’ daripada HEP. Dalam pilihanraya kampus 1980/1981, PMIUM telah ditumbangkan ekoran kospirasi tahap tertinggi pihak HEP, media massa dan pelajar nasionalis. Walau bagaimanapun, PMIUM melalui wasilah baru iaitu Kepimpinan Dinamis Mahasiswa Progresif berjaya bangkit menguasai PMUM dalam pilihanraya 1981/1982 di bawah pimpinan Ahmad Shabery Cheek.37 Pada tahun 1982, PMIUM berada dalam gerhana setelah Anwar Ibrahim memasuki UMNO.38 Natijahnya, proksi ABIM-PKPIM berjaya ditumbangkan dalam muktamar ke 25 yang berlangsung di Fakulti Ekonomi. Kegagalan berpunca apabila proksi ABIM-PKPIM yang diketuai oleh Pemangku Presiden PMIUM Azami Zaharim gagal meletakkan Takiyuddin Hasan sebagai Timbalan Presiden PMIUM.39 Kegagalan ini telah memunculkan zaman PMIUM di bawah kepimpinan ulama dimana tampuk 35

Dua calon lain ialah Syed Dawilah al Idrus dan Nasaruddin Abdul Jalil. Sekarang ditugaskan sebagai Setiausaha Menteri Besar Kelantan, Anual terpaksa meletakkan jawatan sebagai Presiden PMUM setelah Barisan Mahasiswa terpaksa membentuk kerajaan campuran dengan Gabungan Mahasiswa ekoran desakan HEP. PMUM dipimpin pula oleh Yazid Othman. 37 Ahmad Shabery Cheek adalah ahli parlimen Barisan Nasional Kemaman setelah menang dalam pilihan raya 2004. Ketika bergelar pemimpin pelajar, beliau merupakan tokoh yang selalu memimpin demonstrasi memprotes kerajaan. 38 Kita perlu ingat bahawa PMIUM berada di bawah pengaruh Anwar Ibrahim melalui ABIM-PKPIM. Anwar Ibrahim adalah figure gerakan pelajar yang lantang mengecam kezaliman dan kesekularan UMNO tetapi beliau telah memilih UMNO padahal parti inilah yang dijijikkan oleh beliau kepada pengikutnya. 39 Takiyuddin sendiri memihak kepada golongan Revolusi Islam yang beridealiskan kepimpinan ulama. Golongan pro Abim-PKPIM hanya mendapat 35 undi. Kospirasi menjatuhkan golongan pro ABIMPKPIM dipimpin oleh Mohamad Husein, Takiyuddin Hasan, Syed Putra Syed Ahmad, Azmi Ali, Fuad Zarkhasi (kini orang kuat UMNO Johor) dan Mohd Taib Ahmad. Mereka bersetuju menamakan Mohd Taib Ahmad (Pimpinan PMAIUM) sebagai Timbalan Presiden PMIUM. 36

81

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

kekuasaan pimpinan dimonopoli oleh dinasti Akademik Pengajian Islam. Kepimpinan ulama berlanjutan sehingga kini. Kemuncak perjuangan PMIUM di bawah kepimpinan Ulama pada 10 September 1989 apabila pelajar mengadakan demonstrasi membantah konsert Sheila Majid di Dewan Tunku Canselor. Dalam kejadian ini, Jamali Adnan (Setiausaha Agung PMIUM) dan Jamaluddin Ramli (bendahari PMIUM) ditahan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan seramai 20 lagi telah dibicara di mahkamah universiti.40 Pada dekad 1990an, PMIUM telah menubuh NADI sebagai platform dalam pilihan raya kampus.41 NADI telah bertembung dengan Barisan Mahasiswa Bersatu (BMB) yang didokongi pelajar pro ABIM-PKPIM (Anwar Ibrahim berada dalam kerajaan), IRC, dan pelajar nasionalis (alat HEP). Secara umumnya, NADI berjaya menguasai kancah politik kampus walaupun beberapa sesi NADI tumbang kerana politik kampus Universiti Malaya sangat bergantung kepada undi non muslim. Pada tahun 1998, gerakan pelajar Islam telah bertaut kembali setelah Anwar Ibrahim diganyang daripada UMNO. PMIUM bersama PKPIM, KARISMA dan UMANY(cina) dan PBTUM(pada masa itu orang India bersama PMIUM) telah membentuk Gagasan Mahasiswa Universiti Malaya(GMUM) telah bertempur dengan mahasiswa pro HEP iaitu Majlis Gerakan Mahasiswa Universiti Malaya(MGMUM) hasil serpihan BMB. Sehingga kini, GMUM berjaya menguasai tampuk kekuasaan politik kampus Universiti Malaya. GENERASI KEEMPAT PMIUM: DEGENERASI PMIUM? Generasi Keempat PMIUM (GKP) adalah penerusan warisan kepimpinan ulama dalam gerakan pelajar Islam di Universiti Malaya. Penulis membahagikan generasi PMIUM kepada empat iaitu 1970-1980, 1980-1990, 1990-2000, dan 2000-2010. Pemilihan 1970an (termasuk akhir 1960an) ialah satu jangka tempoh permulaan peralihan PMIUM daripada isu-isu kebajikan kepada isu-isu politik. Pada era 1970-1980, PMIUM mula mengorak langkah untuk menguasai tampuk kekuasaan dalam PMUM melalui kepimpinan pelajar pro ABIM-PKPIM. Pada era 1980-1990, pelajar ABIM-PKPIM ditumbangkan dalam pemilihan tampuk pimpinan PMIUM oleh pelajar ProRevolusi Islam (Pro-PAS) dan mengarahkan PMIUM kepada zaman kepimpinan ulama. PMIUM telah memantapkan kekuasaan dalam politik kampus apabila mula mendominasi sebahagian besar pilihan raya kampus sejak era 1990-2003. Kini, PMIUM meneruskan tradisi kepimpinan ulama bagi meneruskan cita-cita Islam di bumi Universiti Malaya. Sejak penangkapan Fuad Ikhwan pada sesi 2001,42 GKP semakin kelesuan walaupun terdapat beberapa pimpinan yang berkarismatik dan aktif bekerja. Kekangan HEP dikatakan punca degenerasi (kemerosotan) PMIUM. Saya cukup bersetuju akan pendapat ini tetapi kita juga harus menelusuri 40

Selain itu, pada tahun 1989 juga PMIUM telah mengadakan hubungan sulit dengan Gerakan Acheh Merdeka (GAM)-sumber mantan siswi PMIUM, sekarang bertugas sebagai guru di Pahang. 41 NADI bukan singkatan daripada Nadwah Islamiah tetapi denyutan ‘nadi’ gerakan pelajar Islam. Nama ini dicadangkan oleh seorang muslimat. 42 Fuad ditangkap ekoran isu Majalah Varsiti palsu dan pembakaran Dewan Tunku Canselor di bawah tahanan ISA.

82

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

elemen dalaman PMIUM yang menyebabkan PMIUM kehilangan sinergi untuk menjadi gerakan dakwah bersifat menyeluruh dan kekal berpengaruh dalam masyarakat kampus. Kegagalan utama PMIUM adalah ketidak-upayaan PMIUM mengembleng penyertaan ahli dalam setiap aktiviti gerakan. Kita mengakui PMIUM mempunyai sokongan ramai pelajar di kampus tetapi keterlibatan secara aktif pelajar dalam kerja (amal) gerakan sangat kurang. Ahli pasif ini tanpa ditarbiyah oleh PMIUM mudah dipengaruhi dengan elemen material dan hiburan. Tanpa keterlibatan ahli pasif secara kolektif dalam gerakan menyebabkan kerja organisasi akan terbeban kepada orang yang sama kerana tiada pembahagian kerja. Perkara ini akan melambatkan gerak kerja dan berlaku pertindihan kerja diantara tugas dalam pelaksanaan program dengan tugas pentadbiran persatuan. Justeru, penyertaan warga PMIUM secara kolektif harus digembleng agar terdapat pembahagian kerja dan kualiti program akan meningkat ekoran keteraturan kerja. Kedua, pimpinan dan warga PMIUM terlalu menumpukan terhadap kerja aktivis dan mengabaikan idealis perjuangan. Idealis perjuangan seumpama roh dalam perjuangan, tanpanya aktiviti yang dilakukan adalah sama nilai dengan aktiviti persatuan lain. Penghayatan terhadap idealis perjuangan perlu dititik beratkan. Penumpuan berlebihan terhadap kerja aktivis menyebabkan PMIUM kehilangan matlamat perjuangan dari segi idealis dan tasawwurnya. Pimpinan PMIUM haruslah memahamkan warga PMIUM dengan idealisme, tasawwur dan risalah yang dibawa oleh PMIUM. Pemahaman terhadap idealis dapat menyatukan fikrah warga PMIUM. Ketiga, sistem tarbiyah PMIUM agak tempang dan longgar. Aktivti tarbiyah seperti usrah dan tamrin perlu dimantapkan. Ketiadaan naqib atau naqibah yang terlatih menyebabkan aktiviti usrah kelihatan hambar. Hubungan dengan sesama ahli usrah dan naqib sekadar sahabat tanpa tautan rohaniah. Persahabatan dalam PMIUM bersifat kulitan menyebabkan jalinan jiwa agak longgar. Perkara ini merbahaya gerakan semasa menghadapi mehnah kerana kebarangkalian para munafik mengingkari bai’ah agak tinggi. Di atas hanya cebisan kecil kelemahan PMIUM yang penulis komentarkan secara ringkas. Kelemahan itu memerlukan proses pembaikan. Bukan niat dihati memburukkan pimpinan PMIUM tetapi kita perlu memperkukuhkan ketahanan dalaman terlebih dahulu sebelum memasuki gelanggang perjuangan. Sebagai gerakan Islam, kemenangan bukanlah matlamat utama tetapi keberkesanan dalam usaha dakwah sangat penting bagi menegakkan Islam di bumi Universiti Malaya dan menelurkan kaderkader untuk survival perjuangan gerakan Islam pada hari muka. PELAKSANAAN REGENERASI GENERASI KEEMPAT PMIUM. ‘to be is to act’ Kewujudan manusia ditakrifkan oleh tindakannya. Kerna itulah satu proses transformasi dalam tindakan manusia perlu direalitikan dalam melahirkan 83

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

manusia yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Ia dikenali insan kamil atau mutafannin(manusia pelbagai bidang). Kelahiran insan ini perlu dijana dengan perancangan dan ketelitian yang jitu kerana ia melibatkan pembinaan insan yang utuh dalam meleburkan pemikiran dan kebudayaan ‘statik’. Justeru, penulis menjuzukkan beberapa elemen seperti di bawah untuk melihat kelahiran insan ‘perjuangan’, insan dakwah yang boleh meregenerasikan PMIUM. Juzuk-juzuk tersebut; 1. Pembudayaan Ilmu Warga PMIUM perlu mengerakkan minda madani dalam menelesuri pengembaraan dunia keintelektualan. Persoalan pembudayaan ilmu sangat penting bagi melahirkan insan yang cergas mindanya, tajam pemikiran dan ghairah mencari kelazatan ilmu. Ilmu penting dalam mengarapkan insan yang berfikir kerana dengan berfikirlah kita dapat meneruskan daya saing, daya kreatif dan daya inovatif kita dalam menghadapi arus kehidupan. Maka benarlah ungkapan cogito ergo sum (saya berfikir, oleh sebab itu saya berada disini) dan dengan ilmulah manusia mendapat naqayat al ra’y (kejernihan fikiran) dalam melayari ledakan maklumat yang tidak terbatas. Menurut Iman Ghazali, ilmu yang paling penting ialah ilmu yang membawa ketakutan diri (meliputi qalbu, jasad dan mental) kepada Allah S.W.T. Ketakutan ini akan menetaskan ketakwaan dalam mengenal diri sendiri, makna kehidupan dan seterusnya menjalin hubungan dan memahami sesama manusia. Pencernaan ilmu boleh terjelma jika pimpinan PMIUM merancang beberapa program pencambahan ilmu di kalangan anggota. Program diskusi buku atau penubuhan kelab pemikir antara alternatif peningkatan ilmu di kalangan anggota PMIUM. Di Dewan Bahasa dan Pustaka, Jaafar Abdul Rahim[antara ketua jabatan di agensi itu dan pakar pemikiran lateral] amat mengalu-alukan penubuhan kelab pemikir di varsiti (program ini dilaporkan berkesan di UIA). Bagi menghangatkan perdebatan ilmiah dengan idea yang pelbagai, jemputlah ahli pertubuhan lain seperti Universiti Bangsar Utama (UBU), Kumpulan Pemikir Jalan Telawi, Sekretariat Penulis Muda GAPENA dan PKPIM. Mungkin masalah kehadiran anggota PMIUM menjadi masalah tetapi jika dilakukan di kolej-kolej atau berkerjasama dengan pentadbiran masjid al Rahman secara berkala, ianya boleh berjaya. Dengan kemantapan pembudayaan ilmu, kita boleh melahirkan kepimpinan yang menghayati konsep al qa’id al murabbi (pemimpin-pendidik) dan al-qa’ib al- mufakkir (pemimpin pemikir) bagi meneruskan api perjuangan Islam di kampus. Kemujaraban budaya ilmu terserlah seandainya muncul intellectual demonstration (demonstrasi intelektual) bagi mengantikan demonstrasi jalanan. Demonstrasi intelektual ini dapat dinilai dengan meriahnya aktiviti ilmuan dengan muzakarah ilmu secara aktif dan budaya ilmu dijadikan orientasi utama dalam amal Islami PMIUM. 2. Dimensi Pentarbiyahan Insan dan Sumber Manusia Tarbiyah dan latihan adalah suatu kaedah yang dilaksanakan bagi membina hati-nurani, akal-budi dan keunggulan akhlak Islamiyyah yang komited dan tabyin(memberi kefahaman jelas) dalam menghayati kebenaran ajaran Islam. 84

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

Antara aktiviti tarbiyah yang penting adalah usrah. Usrah perlulah dijana semula bagi menguatkan usaha tarbiyah PMIUM. Usrah boleh dipecahkan dibahagi 3 iaitu usrah umum (Raudhah), usrah kolej (quranic group) dan usrah pimpinan. Usrah umum boleh dilakukan di Masjid Ar Rahman atau jalinkan kerjasama dengan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya setelah usrah umum kerap kali dicabul oleh pihak HEP. Begitulah juga usrah di kolej, lakukan perubahan daripada pendekatan, silibus dan tempat. Silibus wajar difokuskan kepada Rukun Bai’ah Ikhwanul Muslimin43. Naqib atau Naqibah perlu meningkatkan usaha dakwah bilik ke bilik. Selain itu, naqib dan naqibah perlu dilatih atau ditamrinkan semasa cuti semester. Kumpul mereka di masjid tertentu atau berkerjasama dengan sekolah pondok. Disinilah peningkatan rohani dibentuk[solat tahajud, Solat dhuha, puasa sunat], usul dakwah dibincang dan dipraktikalkan dan penyatuan fikrah dicernakan. Tamrin ini dilakukan selama 30 atau 40 hari kerana generasi PMIUM semasa silam[1970an] mengambil masa yang lama untuk dilatih dibawah Rancangan Latihan Kepimpinan PMIUM.44 PMIUM seharusnya mewujudkan suasana pautan kerohaniahan dengan para pelajar. Biar perasaan para pelajar terasa pedih jika ketiadaan PMIUM. Biar jiwa mereka terasa diinjak-injak dek kerinduan jika PMIUM tidak bersama mereka. Persoalannya bagaimana cara mencanang hubungan kerohanihan ini? Manusia sebenarnya adalah makhluk yang berpenyakit dan ia dijelma melalui jasad atau dipendam di dalam qalbu. Jika tiada ubat yang mujarab, manusia akan hanyut dibuai keindahan maksiat dan sekaligus memecahkan ‘piala kaca’ keimanan. Oleh sebab itulah, satu pautan kerohanihan perlu semerta dilaksanakan. Pautan rohaniah ini dapat digemblengkan dengan kelazatan beribadah, keindahan persahabatan dan sikap tawaduk pimpinan PMIUM. Kelazatan beribadah boleh direalisasikan dengan kebersamaan dalam beribadah dalam tempoh tertentu. Pimpinan PMIUM dan para pelajar boleh meruangkan masa selama 3 atau 5 hari untuk melakukan ‘uzlah’ di masjid atau perkhemahan. Pengamalan mathurat (dalam jemaah tabligh terdapat amalan manzil, juga sesuai diamalkan) secara istiqamah pula dapat melahirkan jiwa yang segar dan bersih. Doa terakhir dalam mathurat yang bersifat ala tareqat itu adalah pengikat hati sesama sahabat. Disinilah ibadah diasuh dan persaudaraan dipupuk, insya Allah sesudah masa tersebut, jiwa manusia akan terjentik untuk bersama menurut Islam. PMIUM mempunyai tenaga berpotensi yang ramai tetapi gagal digembleng dengan sempurna. Mungkin benar kata orang, ramai warga PMIUM yang pasif dan bersikap negatif seperti hilang kepekaan, bosan menyertai program dan tiada keyakinan serta kurang berketrampilan untuk menggerakkan program. Sebenarnya ahli PMIUM yang pasif boleh digerakkan dengan usaha pimpinan PMIUM melalui tasykil45 dan targhib46. Mereka hanya mahu dicakna oleh pimpinan PMIUM dan jikalau pimpinan sudi 43

Terkandung dalam Risalah Ta’lim. RLKP ini merangkumi semua aspek melibatkan pembinaan jiwa, mental dan jasad serta kemahiran pengurusan organisasi. 45 Usaha memujuk dan merayu dengan memberikan galakan untuk melapangkan masa untuk keluar ke jalan Allah. 46 Memberi kata-kata dorongan untuk mengemarkan orang lain. 44

85

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

bersalaman dan turun ke bilik mereka atau rumah sewa atau fakulti mereka untuk menyeru mereka aktif dalam program nescaya mereka akan mengikuti program tersebut. Jiwa mereka akan diinjak-injak dengan sifat tawaduk pimpinan PMIUM yang ikhlas terhadap mereka, insya Allah. Pemtarbiyahan ahli PMIUM akan melahirkan sumber manusia yang berkualiti dengan roh, jasad dan minda yang sihat. Bagi mendepani permasalahan ummat, tarbiyah dalam PMIUM harus dipertingkatkan agar asas-asas penjanaan fikrah Islami mampu terbina di dalam diri penggerak dan pelanjut risalah dakwah. Dengan tarbiyah inilah, PMIUM dianggap jentera penting dalam menghasilkan kader-kader muda Islam yang berkualiti. 3. Pendirian Politik PMIUM PMIUM seharusnya menjelaskan pendirian politik agar tidak mengelirukan warga PMIUM dan masyarakat kampus. Mungkin sukar pimpinan PMIUM menentukan pendirian politik sama ada non-partisan, pro pembangkang atau anti establishment. Bagi penulis, PMIUM boleh mengunakan Ikhwanul Muslimin sebagai model. Pendekatan Ikhwanul Muslimin yang sederhana sangat bersesuaian dengan PMIUM dan mantan ahli PMIUM pada era yang lepas pasti bersetuju, seterusnya akan menyokong pendirian pimpinan PMIUM pada masa kini. Dalam hubungan siasah, PMIUM seharusnya menjalinkan hubungan baik dengan pertubuhan pelajar Islam peringkat nasional atau internasional seperti PKPIM, Himpunan Mahasiswa Islam (HMI), Ikatan Pemuda Muhammadiyah, PEMIAT (badan pelajar Islam Asia Tenggara), PMRAM (Mesir) dan kelab Hizbi (UK). Ketika dahulu, PMIUM pernah menjalinkan hubungan sulit dengan pimpinan Gerakan Aceh Merdeka (GAM). Dengan adanya hubungan ini, pimpinan PMIUM boleh membentuk sistem sokongan antarabangsa yang membolehkan gerak kerja Islam lebih mantap dari segi intelektual, kewangan dan tarbiyah. Hubungan antarabangsa inilah dapat meneruskan keberkesanan PMIUM dalam mendepani isu-isu semasa seperti mana yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim dan Hishamuddin Rais. Forum mahasiswa peringkat nasional seharusnya lebih cergas dalam menangani permasalahan semasa dalam politik, sosial dan ekonomi masyarakat. Kita mempunyai forum nasional seperti GAMIS, BBMN, MPSI dan terkini sebuah solidariti tetapi isu-isu yang dikemukakan terlalu bersifat politikal(baca: terlalu terikut rentak parti politik pembangkang) sedangkan isuisu rakyat marhaen dilupakan. Forum mahasiswa nasional seharusnya memainkan peranan membongkar permasalahan rakyat yang terpinggir. Isu kemiskinan rakyat di Kedah dan Kelantan sebagai contoh boleh dibuat laporan dengan data, gambar dan hujah ilmiah kepada kerajaan dan NGO. Terlalu pilu dan sedih melihat rakyat marhaen yang berstatus ‘anak-seluang’ ini dipermainkan oleh ‘jerung’ yang berkuasa. PMIUM seharusnya mempunyai pengarahan pendirian politik yang jelas, agar PMIUM tidak dilabel sebagai pro atau kontra kerajaan. Pengarahan pendirian politik PMIUM boleh didokumenkan melalui risalah khas atau ucapan dasar presiden dalam muktamar sanawi PMIUM. 86

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

Kepunyaan pendirian politik yang mantap membolehkan unsur-unsur pelabelan terhadap PMIUM tergugur. 4. PMIUM sebagai Jurubicara Masyarakat Sejak beberapa dekad yang lalu, gerakan pelajar dikenali jurubicara masyarakat. Kini, usaha untuk mendekati masyarakat sangat berbeda dengan masa silam. Kebanyakan aspirasi mahasiswa pada masa lalu hampir diselesaikan oleh kerajaan, maka isu-isu kemasyarakatan bersifat kebajikan perlukan suntikan inovasi. PMIUM sewajarnya mengambil peluang yang dikemuka oleh HEP dalam memasyarakatkan pelajar dengan warga tua, anak yatim dan masyarakat miskin di pinggir bandar. Selain direstui oleh HEP, program seumpama ini mudah mendapat penajaan kompeni gergasi. Keperihatinan terhadap manusia yang tidak bernasib berupaya melembut hati yang keras, sekaligus mendidik pelajar betapa pentingnya nilai kemanusiaan yang sering dipinggir. Usaha ini bukan sahaja bersifat kebajikan tetapi boleh digunakan sebagai medium dakwah melalui kerjasama sesama ahli, perjumpaan dengan pimpinan dan penyampaian amanat daripada pimpinan. Isu-isu pinggiran seperti isu kemiskinan rakyat marhaen di pendalaman dan pinggir bandar perlu dihangatkan. Tenaga muda warga PMIUM perlu dikerahkan untuk bersama masyarakat dengan ‘berkarnival’ di penempatan warga marhaen ini. Lujnah perubatan dan lujnah kebajikan berkerjasama dengan NGO seperti MERCY Malaysia dan agensi kesihatan perlu turun padang secara berkala dalam mempertingkatkan taraf kesihatan rakyat marhaen. Aktiviti yang bersifat bersama masyarakat seperti gotong royong perlu dipergiatkan. Begitu juga dengan tuisyen percuma atau berbayar ala Yayasan Akademik Anda yang dimajukan oleh Anwar Ibrahim satu ketika dahulu. Semua aktiviti dibuat secara terancang dengan mengambil sesuatu kawasan sebagai kawalan dimana satu kawasan dijadikan ‘kawasan angkat’ secara berkala agar kita boleh menilai sejauh mana keberkesanan program yang dilaksanakan. Inilah tugas pelajar sebagai jurubicara masyarakat pada zaman material ini. Pelajar adalah hati nurani dan jiwa masyarakat. Pelajar juga adalah pencetus, pengilham dan pencorak perubahan dalam masyarakat. Sepadan dengan watak ini, pelajar bersama masyarakat dengan orientasi gerak kerja(action oriented) dan bersifat operatif bukan lagi berdemonstrasi jalanan atau pembelaan lisan, ‘lipsservice’ semata-mata. 5. PMIUM dan Alumni Alumni PMIUM merupakan ikon yang yang menandakan istiqamahnya warga PMIUM terutamanya pimpinan utama dalam perjuangan Islam. Ramai pimpinan PMIUM yang boleh disifat radikal dan ekstrem telah menjilat ludahan tentangan mereka terhadap nasionalisme dan sekular. Mereka telah tewas dan ternoda dengan belaian nafsu. Begitulah kuatnya kepentingan kebendaan, kuasa dan nama. Ada di kalangan mereka tidak mahu terlibat dalam politik tetapi gagal mencari badan bukan kerajaan yang mempunyai aspirasi yang sama. Akibatnya, tenaga-idea dan potensi mantan ahli PMIUM untuk perjuangan Islam telah dipersiakan. 87

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

Oleh itu satu pengharapan tinggi jika tautan mantan ahli PMIUM disatukan dalam satu jemaah yang dianggap lanjutan PMIUM dan bersifat non-partisan, orientasi kemasyarakatan dan agama. Mereka ini dianggap pembantu utama PMIUM dan gerakan pelajar dari segi kewangan, nasihat dan beraktiviti. Bagi menggerakkan ekonomi sebagai contoh, alumni PMIUM boleh bergerak secara koperasi atau sistem ekonomi ala syarikat jualan langsung. Alumni PMIUM ini sewajarnya disatukan dengan alumni PMI di kampus-kampus lain (PMIUPM, PMIUTM, WUFI, Ikhwan Utara(UUM), PMIUSM dan PMIUPM, ISIUKM serta PMI di kampus lain sama ada IPTA atau IPTS) menjadi satu komuniti agar ia lebih perkasa. Antara nama yang disyorkan adalah Nadwah Dakwah Islamiyyah (NADI), Angkatan Pendakwah Pelajar Islam Malaysia atau Kesatuan Alumni Pelajar Islam. Sebarkan cawangan pertubuhan diseluruh ceruk rantau ahli gerakan pelajar Islam berada. Hubungan PMIUM (termasuk PMI di kampus lain) dan alumni perlu diperkemaskan dan dipereratkan. Jaringan antara PMIUM dan alumni akan membuah hasil dalam hubungan politik, ekonomi dan sosial. Alumni bukan sahaja berperanan sebagai sumber ideologi tetapi dapat menjanakan jentera pentadbiran agar utuh dan kukuh dalam mendepani ancaman dan kekangan HEP yang begitu berkuasa menidakkan idea dan aktiviti pelajar. Dengan bantuan alumni, PMIUM akan berupaya menggerakkan aktiviti tanpa belas ehsan HEP.

6. Peranan Muslimat. Peranan Muslimat dalam gerak kerja gerakan Islam tidak boleh dinafikan. Muslimat kini mestilah berperanan dengan lebih instrumental dalam horizon dan spectrum yang lebih menyeluruh. Merekalah golongan banyak melakukan gerak kerja bagi menghasilkan sebuah kejayaan. Dalam usia remaja dan belia, muslimat PMIUM tidak terikat dengan hubungan rumahtangga atau telah mendapat kebenaran ibubapa amat digalakkan menyertai gerak kerja Islami. Setelah berkeluarga, muslimat boleh bergerak aktif dengan syarat berdasarkan keperluan semasa dan keizinan suami atau keluarga. Dalam gerakan pelajar Islam, peranan muslimat adalah pembantu amal Islami dan bergerak tanpa menonjol diri kecuali figure tertentu yang dianggap jurubicara muslimat PMIUM. Perkara ini penting bagi memelihara maruah muslimat dan mengelakkan muslimat dikenakan mehnah melampau seperti dibuang kolej dan digantung pengajian kerana ia akan menelurkan masalah yang lebih besar risikonya kepada muslimat. Walau bagaimanapun, batasan ini bukanlah suatu yang bersifat mutlak selagi batasan ini di bawah kawalan syariat. Pendapat dan pentafsiran shariah secara klasikal mengenai peranan muslimat perlu difikirkan kembali dan diberi makna yang lebih progresif serta realistik agar ia menjadi harmonis dengan aspirasi Islam sepenuhnya. Dalam konteks ini, muslimat PMIUM perlu mampu membedakan di antara fiqh yang boleh berubah-ubah dan dinamik, 88

MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA

dan syariat yang tetap. Oleh sebab itulah, kemampuan muslimat PMIUM mengaduni fiqh secara dinamik sangat penting tetapi biarlah ia secara harmonis dengan prinsip syariat yang berupaya mengerakkan usaha dan semangat perjuangan muslimat dalam haraki Islamiyyah. Sebagai usulan, muslimat PMIUM sewajarnya mengunakan sebaik mungkin medium penulisan dalam mengurusi isu-isu berkaitan feminis atau semasa. Lontarkan idea di dalam akhbar, majalah atau internet. Ketua HELWI PMIUM sesi 2002/2003 sebagai contoh, amat berbakat dalam penulisan telah berjaya mengoncangkan jiwa pembaca dengan hasil nukilannya. Muslimat seharusnya menyebarkan idea, pendapat dan luahan rasa tentang isu-isu tertentu bagi menonjolkan keperihatinan dan kepekaan muslimat PMIUM dalam isu kampus, nasional atau internasional. Diharapkan pemikiran muslimat PMIUM lebih terbuka dan pelaksanaan peranan oleh muslimat menjadi lebih kreatif, inovatif lantas akamodatif tetapi tetap harmonis dengan aspirasi Allah. Pengharapan ini lebih terjamin dengan semangat kerjasama, toleran dan sedia menerima pendapat yang terjalin dengan ‘kaum adam’ PMIUM dalam menelusri perjuangan haraki. KESIMPULAN Perjuangan GKP seharusnya disuntik dengan tenaga-idea yang baru dari segi pendekatan agar lebih sesuai dalam realiti masa kini tetapi reformasi dalaman ini tidak semestinya mengorbankan prinsip amal Islami yang dimiliki oleh PMIUM. Pimpinan tertinggi PMIUM dengan segera perlu ‘turun padang’ bagi mendekati pelajar agar suntikan iman, amal dan Islam terus bersemarak dalam jiwa dan kelakuan pelajar. Dalam suasana cengkaman AUKU yang cukup pedih ini, adalah wajar kemenangan dalam pilihan raya kampus tidak harus diutamakan. Kerja dakwah berteras tarbiyah lebih perlu dan penting diterapkan kepada pelajar oleh warga PMIUM kerana kemenangan PMIUM dalam pilihan raya kampus tidak membawa impak Islamik yang besar di dalam kampus ekoran kedajalan HEP yang mengongkong PMUM. Anggaplah pilihan raya sebagai usaha dakwah berteraskan politik untuk meninggikan maruah Islam di kampus. Diharapkan satu proses regenerasi dilakukan bagi menguatkan dan mengekalkan keutuhan PMIUM sebagai wadah Islam di bumi Universiti Malaya. ......... 15.6.04

89

Related Documents

Mahasiswa Bebal
December 2019 36
Mahasiswa
May 2020 34
Momentum Mahasiswa
November 2019 35
Daftar Mahasiswa
August 2019 66
Mahasiswa Kehanifan
November 2019 30
Biodata Mahasiswa
June 2020 29