STU 242 PSIKOLOGI SOSIAL TAJUK 5 INDIVIDU DALAM SITUASI; KONSEP KENDIRI GENDER DAN DISPOSISI DR INTAN HASHIMAH MOHD HASHIM PP SAINS KEMASYARAKATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
Individu dalam situasi
Ahli Psikologi Sosial memandang penting perbezaan antara individu Disposisi - bagaimana individu berbeza dgn orang lain dr segi perasaan, fikiran dan tingkahlaku; Keunikan selalunya kekal pada pelbagai masa dan keadaan Contoh disposisi- harga diri yg merupakan evaluasi seseorang terhadap dirinya
Konsep kendiri dan Identiti
Konsep kendiri - maklumat tentang diri di ingatan Konsep kendiri mengandungi maklumat tentang tingkahlaku masa lepas, ekspetasi masa hadapan & pelbagai maklumat berkaitan diri Identiti- karekteristik yg dirasakan oleh individu mendefinisikan dirinya Juga deskripsi diri- saya seorang baik, pandai, bijak, kadangkala nakal dll
Identiti diri
Merujuk kpd karekteristiks yg mengambarkan kualiti mereka yg paling penting Mungkin diterangkan dlm bentuk agama, etnik, gender, sikap Dibentuk melalui perbandingan sosial (saya wanita sama spt ibu) Dibentuk melalui persepsi diri (saya suka coklat sebab selalu beli)
Konsep kendiri spontan
Bukan semua konsep kendiri menjadi penting pada satu masa Konsep kendiri spontan- aspek identiti yg relevan pd satu masa Berubah mengikut faktor personal @ situasi Priming menyebabkan konsep terus menjadi penting – baru dimarahi guru, konsep “lemah” terus menjadi penting Lebih mudah menyedari konsep yg membezakan mereka dgn orang sekeliling Kajian kanak-kanak sekolah Konsep kendiri spontan mudah berubah
Identiti Sosial
Identiti diri juga meliputi keahlian kumpulan tertentu Saya seorang wanita, malaysia, islam, pesyarah u Teori identiti sosial mencadangkan kita mahu melihat kumpulan kita sebagai positif (Tajfel, 1970;1978) Kajian pembahagian sumber Paradigma kumpulan minimal Teori sifat tersendiri optimal- manusia mengubah persamaan dan perbezaan mereka utk mencapai keseimbangan Eskperimen persamaan kumpulan
Teori Perbezaan Optimal
Mencadangkan bahawa manusia ingin mengekalkan keseimbangan antara persamaan dan perbezaan mereka dgn orang lain Dalam keadaan yg menekankan persamaan, individu cuba menjadi berlainan Dalam keadaan yg memfokus kpd kelainanan, individu cuba mengekalkan persamaan dgn kumpulan Eksperimen Markus dan Kunda
Perbezaan identiti antara budaya
Ada cadangan identiti sosial lebih penting utk masyarakat kolektivis berbanding masyarakat individualistik Kajian “I am…” China 52 % berbanding USA 19% dan Greece 15 % Budaya kolektivis menekankan keunikan peranan sosial (ahli UMNO) dan bukan tret dan pendapat (I am smart)
Harga diri
Merujuk kpd evaluasi seseorang tentang dirinya Secara umumnya harga diri adalah tinggi dan ada dorongan utk ada harga diri yg tinggi Diukur melalui laporan-sendiri
Sumber harga diri
Pengalaman personal yg positif spt kejayaan dan pujian Awal kanak-kanak, kasih tidak bersyarat ibubapa Kejayaan dlm hubungan sosial Perbandingan sosial yg menunjukkan diri lebih baik dr orang lain Penilaian membantu diri
Harga diri tinggi mempunyai:
Pandangan diri yg lebih jelas & pasti Jangkaan utk berjaya yg tinggi Cubaan menunjukkan kebolehan Membuat atribusi dalaman utk kejayaan & atribusi luaran utk kegagalan Kecendurangan mengingati maklumat kejayaan Tahap kemurungan dan anziati yg rendah Kepuasan kehidupan yg lebih tinggi Hubungan romantis yg lebih stabil Perkahwinan yg lebih bahagia Kecenderungan melihat pasangan lebih baik Kecenderungan mengunakan hubungan sosial utk membantu berhadapan dgn ancaman
Aspek negatif harga diri
Harga diri jika digabungkan dgn narsistik (pandangan diri yg terlalu positif) – sikap agresif Ancaman egotisma – reaksi agresif terhadap kritikan Harga diri tinggi tetapi defensif merujuk kpd padangan positif tentang diri yg rapuh Mereka bergantung pada pujian orang lain dan juga akan bertindakbalas negatif kpd kritikan
Gender
Gender mempengaruhi identiti, persepsi dunia dan hubungan dgn orang lain Kajian menunjukan lelaki dan wanita hampir sama dr kebanyakkan aspek & perbezaan kecil Paling besar perbezaan ialah keganasan fizikal terutamanya pembunuhan Hubungan romantik- Wanita dan lelaki sama inginkan pasangan yg jujur, baik dan pandai Wanita lebih menekankan status dan harta pasangan manakala lelaki lebih menekankan kecantikan Perbezaan mungkin kesan biologi (hormon), evolusi (penjagaan anak) dan sosial (patriakal)
Pengawasan Diri
Merujuk kpd disposisi di mana individu bergantung kpd isyarat luaran @ dalaman dlm memandu tingkahlaku (Synder, 1987) Pengawasan diri tinggi- memberi perhatian kpd isyarat luaran spt norma sosial, mengubah tingkahlaku mengikut norma ini dan mengelakkan dari tidak bersetuju Contoh Ahli politik Pengawasan diri rendah – tidak sensitif kpd norma sosial, bertingkahlaku mengikut sikap dan nilai diri Contoh Individu yg dikatakan mulut lepas
Lain-lain disposisi
Keperluan kpd kognisi- individu yg sukakan tugasan kognitif yg mencabar dan sentiasa berfikir dan menganalisa dunia Motivasi pencapaian- individu yg tertarik dgn keadaan di mana mereka perlu menunjukkan prestasi diri Orentasi tidak pasti- individu cenderung mempelajari sesuatu yg baru dan di luar jangkaan
Soalan tutorial 5
Apakah harga diri dan bagaimana ianya dibentuk?
Bayangkan anda guru darjah satu di sekolah rendah. Apakah yang boleh lakukan untuk meningkatkan harga diri pelajar anda?