Latihan Ict Dalam Sektor Awam

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Latihan Ict Dalam Sektor Awam as PDF for free.

More details

  • Words: 1,829
  • Pages: 8
Seminar ICT Wilayah 2008 Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri

LATIHAN ICT DALAM SEKTOR AWAM Oleh Disney E. Lai Bahagian Latihan dan Penyelidikan Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri

Pengenalan Tujuan utama sesuatu aktiviti latihan dalam sesebuah organisasi adalah untuk melengkapkan seseorang dengan kecekapan yang sesuai untuk melakukan kerjanya. Disamping itu, latihan juga membantu dalam meletakkan seseorang itu pada suatu pembudayaan yang dikehendaki oleh organisasi tersebut. Sebagai contoh, untuk melahirkan kakitangan yang berbudaya kerja berintegriti, program latihan yang mempunyai unsur integriti dilaksanakan. Dalam konteks pembudayaan ICT dalam budaya kerja, para penjawat awam juga perlu melengkapkan diri dengan keupayaan untuk menggunakan ICT. Satu cara yang berkesan adalah melalui latihan ICT. Latihan ICT bukan sahaja menggalak budaya ICT di kalangan penjawat awam tetapi juga ia menggalak peningkatan dalam literasi ICT setiap individu yang berkenaan di dalam atau di luar pejabat. Peningkatan literasi ICT memperkasakan seseorang untuk berdaya saing dalam dunia yang semakin pesat membangun dalam era globalisasi.

Jurang Digital dan Jurang Literasi ICT Sebelum kita boleh memahami secara mendalam tentang jurang literasi ICT yang wujud, kita dahulu perlu memahami isu-isu yang diutarakan dalam permasalahan jurang digital. Ini adalah kerana akar kepada permasalahan jurang literasi ICT adalah berpunca daripada jurang digital yang wujud di semua peringkat masyarakat. Dalam Persidangan ICT Sedunia (WCIT) 2008 yang telah diadakan pada julung kalinya di Malaysia pada bulan Mei yang lalui, salah satu daripada tema utama adalah memperkasakan masyarakat (empowering society). Tema ini menggambarkan betapa pentingnya semua lapisan masyarakat mendapat capaian dan penggunaan yang saksama dalam konteks dunia yang semakin bergantung kepada teknologi ICT. Ini adalah disebabkan ICT dilihat sebagai sesuatu yang dapat melangkau batasan seperti persempadanan, keadaan geografi fizikal, jantina, keupayaan, kaum dan agama.

1/8

Seminar ICT Wilayah 2008 Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri

Istilah jurang digital telah mula digunapakai sejak tahun 2001 yang secara ringkasnya menerangkan jurang yang wujud di kalangan masyarakat yang berinformasi dan tidak berinformasi (the information-haves and have-nots). Namun pada masa kini, penggunaan istilah tersebut perlu dikaji semula untuk menentukan isu-isu sebenar yang dikaitkan dengan jurang digital. Kajian telah dilakukan oleh beberapa pihak yang masing-masing mengemukakan tafsiran yang berlainan mengenai isu jurang digital. Ada pihak yang mengemukakan isu jurang teknologi yang wujud di antara negara. Laporan International Telecommunications Union (ITU) pada 2002 telah mentakrifkan jurang digital sebagai kekurangan akses kepada perkhidmatan komunikasi seperti telefon. Takrif tersebut juga merangkumi kekurangan akses kepada ICT. Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) pada 2001 telah menakrif jurang digital sebagai jurang yang wujud di antara individu, isi rumah, perniagaan dan kawasan geografi pada tahap sosio-ekonomi yang berbeza untuk mendapat peluang mengakses ICT dan mengunakan Internet untuk tujuan pelbagai aktiviti. Dalam konteks ini jurang digital yang wujud adalah berbeza di antara negara. Terdapat 4 kategori halangan yang wujud berkenaan dengan akses kepada perkhidmatan digital/ICT:1. Akses Mental: Akses ini menerangkan kekurangan pengalaman asas digital yang wujud disebabkan kurangnya minat dan teknologi baru yang tidak menarik. 2. Akses Material: Akses ini menerangkan kekurangan akses yang disebabkan oleh kekurangan kelengkapan peralatan dan perkhidmatan seperti perkakasan komputer dan rangkaian. 3. Akses Kemahiran: Kekurangan kemahiran digital disebabkan oleh teknologi yang tidak mesra pengguna dan kekurangan pendidikan/latihan atau sokongan sosial. 4. Akses Penggunaan: Kekurangan halangan dalam akses ini.

peluang

pengunaan

memberi

Takrif tersebut memberi gambaran bahawa jurang digital bukan sahaja wujud dari segi teknologi dan kos yang tinggi tetapi juga mempunyai kaitan sosio-ekonomi. (Van Dijk,2003; ITU,2002) Rumusan dalam bahagian ini, jurang digital mengaitkan isu kepenggunaan, keupayaan dan ketersediaan teknologi digital seperti ICT. Ketiga-tiga isu yang diutarakan mempunyai implikasi langsung kepada tahap literasi ICT seseorang. Dalam konteks 2/8

Seminar ICT Wilayah 2008 Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri

perkhidmatan awam di Sabah dan masyarakat Sabah, isu-isu ini masih wujud dan perlu ditangani.

ICT Sebagai Alat Transformasi ICT dianggap sebagai pemangkin utama dalam proses transformasi. Ini berpunca daripada anggapan bahawa ICT adalah penggalak kepada peningkatan dalam kecekapan, ketelusan, integriti dan kebolehpercayaan sesebuah organisasi. Namun, ramai yang tidak menyangka bahawa ICT tidak boleh berfungsi secara kendiri. Satu komponen utama yang perlu ada ialah campur tangan manusia. Kaitan secara total manusia dengan komponen ICT yang lain dapat digambarkan melalui rajah berikut: PROSES/INFOSTRUKTUR

ICT PRASARANA ICT

MANUSIA

Dalam konteks pelaksanaan Kerajaan Elektronik di perkhidmatan awam Sabah, faktor kejayaan utama adalah penjawat awam yang membangun dan menyampaikan perkhidmatan dan pengguna atau pelanggan yang mengguna dan mendapat faedah daripada perkhidmatan yang diterima. Isu latihan dan pembudayaan ICT perlu ditekankan disini untuk memastikan jurang digital dan jurang literasi ICT yang wujud dapat dihapuskan atau dirapatkan. Literasi ICT yang mantap boleh meningkatkan dan memudahkan aktiviti transformasi perkhidmatan awam. Oleh itu, usaha untuk meningkatkan literasi ICT melalui kaedah latihan harus dipertingkatkan lagi supaya objektif untuk meningkatkan keberkesanan (efficiency), ketelusan (transparency), integriti (Integrity), dan kebolehpercayaan (Reliability) dalam perkhidmatan awam.

3/8

Seminar ICT Wilayah 2008 Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri

Kerangka (framework) Literasi ICT International ICT Literacy Panel (ETS,2007) telah mentakrifkan literasi ICT sebagai: ICT Literacy is using digital technology, communication tools, and/or networks to access, manage, integrate, evaluate, and create information in order to function in a knowledge society. Panel tersebut juga menekankan peranan kemahiran asas seperti kemahiran kognitif dan kemahiran teknikal dalam konteks literasi ICT. Takrif literasi ICT oleh panel tersebut menyenaraikan lima aktiviti sebagai komponen: 1. Access: Pengetahuan dan kemahiran untuk mengumpul dan mendapatkan maklumat. 2. Manage: Kebolehan untuk menyusun atau mengklasifikasikan maklumat. 3. Integrate: Mentafsir dan mewakilkan maklumat. Melibatkan aktiviti merumuskan, membandingkan dan membezakan maklumat. 4. Evaluate: Melakukan penilaian terhadap maklumat dari segi kualiti, perkaitan, kegunaan atau keberkesanan maklumat. 5. Create: Menjana maklumat melalui proses adaptasi, aplikasi, reka bentuk, ciptaan atau karangan maklumat.

ICT LITERACY ACCESS

MANAGE

INTEGRATE

EVALUATE

CREATE

Peringkat kerumitan untuk pengetahuan dan kemahiran Kerangka ringkas ini hanya mengambarkan literasi ICT dalam satu dimensi. Kerangka tersebut tidak menggambarkan kepentingan kemahiran kognitif dan kemahiran teknikal. Oleh yang demikian, kerangka literasi perlu digambarkan seperti berikut:

ICT LITERACY ICT PROFICIENCY ACCESS

MANAGE

INTEGRATE

COGNITIVE PROFICIENCY

EVALUATE

CREATE

TECHNICAL PROFICIENCY 4/8

Seminar ICT Wilayah 2008 Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri

Kemahiran Kognitif (Cognitive Proficiency) : Menerangkan kemahiran mental asas yang membolehkan seseorang itu dapat melaksanakan kehidupan seharian; keupayaan untuk memahami sesuatu atau persekitaran; keupayaan untuk menyelesaikan masalah; dan keupayaan untuk melakukan pemerhatian dan memahami persekitaran. Kemahiran Teknikal (Technical Proficiency): Merupakan kemahiran asas dalam daya kecelikan digital. Ia merangkumi pengetahuan asas mengenai perkakasan, perisian aplikasi, rangkaian komunikasi dan elemen teknologi digital Kemahiran ICT (ICT Proficiency): Gabungan dan aplikasi kemahiran teknikal dan kemahiran kognitif. Kemahiran ICT dianggap sebagai pemangkin kepada individu untuk memaksimakan keupayaan teknologi digital. Pada peringkat tertinggi, kemahiran ICT dapat menggalak dan melahirkan inovasi, transformasi individu dan perubahan masyarakat. Peningkatan Kemahiran ICT dalam Konteks Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Dalam konteks JPKN, kemahiran ICT dilihat sebagai satu keperluan kritikal. Ini adalah disebabkan perkhidmatan JPKN itu sendiri merangkumi semua bidang perkhidmatan ICT. Cabaran yang dihadapi oleh Bahagian Latihan dan Penyelidikan JPKN adalah untuk menentukan suatu strategi untuk memastikan kemahiran ICT tersedia dan sentiasa mutakhir di kalangan warga JPKN. Pendekatan yang diambil adalah melalui Kerangka Pembangunan Kecekapan JPKN (JPKN Competency Development Framework - JPKNCDF). Kerangka tersebut adalah selari dengan halatuju pembangunan modal insan JPKN yang tertumpu kepada transformasi SIKAP (Skill, Interest, Knowledge, Attitude, Procedure). Transformasi SIKAP adalah penting dalam langkah JPKN mencapai matlamatnya. JPKNCDF mempunyai lima komponen utama yang perlu disemai atau diwujudkan. Lima komponen tersebut adalah: 1. 2. 3. 4. 5.

Spesifikasi Tugas (Job Specification) Kecekapan Teras (Core Competency) Kemahiran Soft-Skills (Soft-Skills) Peningkatan Kendiri ( Self-Help) Kemahiran Khas (Special Skills)

5/8

Seminar ICT Wilayah 2008 Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri

Terdapat 2 aktiviti yang terlibat untuk memastikan lima komponen ini sentiasa mutakhir – Semak (Review) dan Kemaskini (Update). Untuk menilai keberkesanan program latihan yang diberikan kepada kakitangan, aktiviti penilaian dilaksanakan dalam dua peringkat iaitu – Penilaian Dalaman (Internal Assessment) dan Penilaian Luaran (External Assessment). Penilaian Luaran melibatkan impak peningkatan SIKAP kepada pelanggan JPKN.

Pendekatan dalaman JPKN mempunyai potensi untuk digunapakai dalam konteks perkhidmatan awam. Ini adalah kerana JPKN adalah sebuah agensi kerajaan negeri yang mempunyai ciri-ciri yang serupa dengan agensi kerajaan yang lain melainkan fungsi utamanya. Di Sektor Awam, agensi yang menerajui latihan adalah Institut Latihan Sektor Awam Negeri (INSAN). INSAN mempunyai kerjasama rapat dengan JPKN dalam hal program latihan ICT. Isu dan aktiviti peningkatan literasi ICT di kalangan penjawat awam di perkhidmatan awam Sabah adalah dikongsi bersama. Keperluan untuk meningkatkan tahap literasi ICT perlu disedari oleh setiap penjawat awam. Ini adalah suatu keperluan wajib kerana, kerajaan kini berada dalam proses transformasi untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan dengan menggunakan teknologi ICT. Secara tidak langsung, tahap literasi ICT yang tinggi dapat meningkatkan daya saing penjawat awam dan juga melahirkan kakitangan berinformasi – Knowledge Worker. 6/8

Seminar ICT Wilayah 2008 Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri

Sumber Latihan ICT Sumber latihan perlu dilihat dari aspek peningkatan literasi ICT secara keseluruhan. Literasi ICT perlu dilihat sebagai satu kontinum. Ia adalah hasil daripada latarbelakang dan pengalaman yang diperolehi sejak kita mula berfikiran secara kognitif. Sistem pendidikan dari rendah kepada tahap tertinggi kini diterapkan dengan pembelajaran ICT. Ini adalah untuk memastikan tahap literasi ICT yang secukupnya dapat dicapai apabila individu mula bekerja. Namun, ianya tidak seharusnya berhenti disitu. Literasi ICT adalah satu kontinum, maka dengan itu latihan dan pembudayaan ICT perlu diteruskan sewaktu dalam perkhidmatan. Apabila seseorang penjawat awam telah bersara atau tidak lagi berkhidmat, segala kemahiran ICT yang diperolehi juga akan berguna pada ketika beliau ingin mendapat khidmat daripada kerajaan melalui pelaksanaan Kerajaan Elektronik. Sumber latihan ICT dalam perkhidmatan awam boleh dikategorikan dalam 4 kaedah seperti berikut: 1. Institusi Latihan Sektor Awam – INSAN dan INTAN yang biasanya menawarkan kursus-kursus seperti perisian produktiviti pejabat, penggunaan emel dan internet dan sebagainya. 2. Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri – kursus khusus untuk sistem aplikasi yang dibangunkan untuk kerajaan negeri. 3. Institusi Swasta – menawarkan pelbagai jenis latihan ICT dalam pelbagai bidang. Kursus yang ditawarkan juga mempunyai tahap yang berlainan dan disesuaikan untuk keupayaan dan kemampuan peserta. Peserta yang memerlukan kemahiran profesional yang khusus, boleh memperolehinya daripada institusi latihan swasta. 4. Latihan Kendiri – daripada inisiatif sendiri. Sumber yang dapat diperolehi adalah melalui rujukan ICT seperti buku dan Internet. Individu perlu mempunyai kemahiran asas dalam pengendalian komputer dan juga Internet.

7/8

Seminar ICT Wilayah 2008 Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri

Rumusan Latihan ICT perlu dilihat dalam konteks keseluruhan iaitu melalui tahap literasi ICT. Latihan ICT adalah suatu keperluan untuk menangani isu jurang literasi ICT yang wujud. Jurang literasi ICT adalah disebabkan daripada isu-isu yang berkaitan dengan jurang digital. Dalam konteks perkhidmatan awam, jurang digital dan jurang literasi ICT juga wujud dan perlu ditangani untuk memastikan pelaksanaan transformasi pentadbiran dan matlamat Kerajaan Elektronik tercapai. Kerangka literasi ICT menerangkan komponen yang diperlukan untuk mencapai literasi ICT. Pendekatan yang perlu diambil adalah untuk memastikan komponen-komponen literasi ICT diliputi dalam apa jua program latihan ICT. Hakikatnya, penjawat awam juga perlu sedar akan keperluan untuk meningkatkan tahap literasi ICT masing-masing demi keperluan perkhidmatan dan juga kebaikan secara peribadi.

Rujukan Educational Testing Service.2007. A Digital Transformation A Framework For ICT Literacy (White Paper). International ICT Literacy Panel. Centre for Science, Development and Media Studies (CSDMS).2007. digitalLearning (Monthly Magazine) – Volume III,Issue 12 December 2007. Lai, Disney.2008. JPKN Competency Development Framework (draft). Bahagian Latihan dan Penyelidikan, JPKN. Lai, Disney.2008. Halatuju Pembangunan Modal Insan Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri . Bahagian Latihan dan Penyelidikan,JPKN.

8/8

Related Documents