Latest Secrets Of Gifted Individuals

  • Uploaded by: Kinsley Ng Sen Fa
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Latest Secrets Of Gifted Individuals as PDF for free.

More details

  • Words: 72,652
  • Pages: 282
RAHSIA INDIVIDU PINTAR CERDAS DAN MASALAH MEREKA

NG SEN FA

[email protected]

[Your logo about here]

SCHOLAR PRESS

Diterbitkan Scholar Press [Your address / contacts about here.] © Scholar Press Terbitan Pertama 2006 © Ng Sen Fa, 2006 Hak cipta terpelihara. Setiap bahagian daripada terbitan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada dengan cara elektronik, mekanik, gambar, rakaman dan sebagainya tanpa izin pemilik hak cipta terlebih dahulu.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Rahsia individu pintar cerdas dan masalah mereka / Ng Sen Fa ISBN xxx-xxx-xxxx-x 1. Gifted children-Education-Malaysia. 1. Ng Sen Fa

____________________________________ ^PRAKATA PENULIS

____________________________________ Banyak pertimbangan yang diambil-kira semasa menulis buku ini. Elemen-elemen seperti idea-idea sosiologi, feminisme, motivasi, biografi tokoh-tokoh, konsep-konsep pendidikan, konsep-konsep kecerdasan juga disintesiskan dalam topik utama ini, untuk memberi gambaran yang lebih menyeluruh dalam isu pintar cerdas ini. Gologan minoriti yang selalu menarik minat saya juga diketengahkan. Bab yang membincangkan miskonsepsi berkenaan golongan ini adalah sebagai usaha mengikiskan gambaran yang stereotaip. Dan sterotaip, sebagaimana yang kita ketahui, adalah punca kepada diskriminasi dan prejudis, satu masalah yang tidak asing lagi bagi golongan minoriti. Keibubapaan dan pendidikan pintar cerdas, sebaliknya tidak disentuh secara terperinci, sebab topik-topik ini terlalu luas. Apa yang kita faham tentang keibubapaan anak pintar cerdas dan pendidikan yang sesuai untuk mereka, mesti berlandaskan apa yang kita fahami mengenai golongan pintar cerdas ini. Buku ini adalah untuk mereka yang ingin menyelami dunia dalaman golongan pintar cerdas. Cara penulisan adalah yang berbentuk naratif (bercerita) dan berbentuk penerangan. Adalah senang menyenaraikan semua ciri-ciri golongan ini, tetapi susah lagi mentafsir atau memberi makna kepada ciri-ciri ini. Saya juga merumuskan ciri-ciri pintar cerdas ini dalam Bab 1, di bawah tajuk “Sensitiviti, Intensiti, Kompleksiti dan Ketidakkonsistenan”. Disebabkan keperluan untuk perincian dalam perihalan ini, saya tidak mencuba membentuk kenyataan umum untuk semua individu pintar cerdas. Sebaliknya, proses dalaman yang berlaku dalam diri mereka (sesuatu yang agak personal), dibincangkan untuk mendekatkan pembaca dengan jiwa dan dunia kepintarcerdasan ini. Walaupun dari segi penggunaan bahasa, saya menggunakan “mereka” iii

untuk kelancaran bahasa, tetapi ini tidak bermakna ia merujuk kepada SEMUA dan SETIAP individu dalam kategori ini. Ia tidak bermakna, semua kes atau penggambaran watak yang dibincangkan sesuai diaplikasikan pada semua individu pintar cerdas. Kalau mereka dapat dicirikan dengan mudah, mereka adalah golongan yang “mudah,” tetapi sebagaimana yang dibentangkan dalam buku ini, sifat yang sebaliknya adalah benar: mereka adalah kompleks. Buku ini hanya bertujuan menerapkan konsep kepintarcerdasan, bukannya sebagai buku teks ataupun rujukan konsep kepintarcerdasan. Ia menjadi panduan semasa memerhati dan memahami golongana ini. Ia bukan buku jawapan kepada kepintarcerdasan individu A atau individu B. Disebabkan gaya penulisan ini, subjetiviti tidak dielakkan, sebaliknya dimanfaatkan secara produktif (untuk mencapai pemahaman yang lebih mendalam dalam diri pembaca). Personaliti manusia adalah subjektif, maka ia perlu difahami dalam konteks subjektiviti. Penulisan ini bukan berbentuk deskriptif. Pada pandangan penulis ini, penulisan yang deskriptif mungkin membawa kepada salahfaham. Sebab ia menggambarkan kepintarcerdasan sebagai stereotaip. Sesuatu yang cuba dielakkan seboleh-bolehnya oleh saya! Dengan itu, pembaca akan memerhatikan ciri-ciri yang bertentangan dibincangkan dalam buku ini. Percanggahan sifat ini tidak bermakna ketidakkonsistenan penulisan. Golongan pintar cerdas adalah tidak konsisten (secara individu). Ketidakkonsistenan ini perlu difahami dalam konteks kepintarcerdasan. Golongan pintar cerdas adalah golongan yang kompleks, begitu juga masalah mereka. Banyak ibubapa yang beranak pintar cerdas tidak pernah menyedari anak mereka adalah pintar cerdas. Banyak lagi ibubapa yang menyangka anak mereka adalah pintar cerdas (di mana sebenarnya tidak). Kenapa keadaan ini boleh berlaku? Kepintarcerdasan adalah bersifat kompleks pada sendirinya, ini bermakna ia cenderung membawa kepada kesalahfahaman dan kekeliruan. Individu yang sangat cerdik adalah individu yang sangat mengelirukan.

iv

Kepintarcerdasan berkait rapat pemahaman abstrak. Ia adalah sesuatu yang abstrak pada sendirinya, dengan itu ia susah difahami. Kepintarcerdasan adalah sesuatu kualiti. Sebagaimana yang kita fahami, kualiti adalah bersifat abstrak, susah dinilai dan susah difahami. Kuantiti, sebaliknya adalah bersifat konkrit dan senang difahami oleh orang ramai. Contoh kuantiti adalah seperti markat IQ, pangkat, tahun (pengalaman) dan umur. Adalah susah menilai kualiti dengan kualiti. Keadaan ini boleh digambarkan dengan ayat-ayat berikut: Kalau pelajar anda cerdik. Anda berasa bangga dan mengharapkannya mendapat A. Kalau dia sangat cerdik. Anda ingin memupuk bakatnya (supaya menjadi seperti anda satu hari nanti). Kalau dia secerdik anda. Anda berasa tercabar dan berpura-pura tidak menyedari hakikat ini. Kalau dia lebih cerdik daripada anda. Anda berasa takut dan ingin melarikan diri! Kalau dia terlalu cerdik berbanding anda. Anda tidak mengaitkannya dengan kepintarcerdasan. Sebaliknya, anda berasa keliru dan menganggapnya sangat pelik! Sebab anda tidak mampu memahami dan menilainya, “Adakah dia ini cerdik?”

Siapa yang sesuai membaca buku ini? Golongan remaja dan dewasa yang pintar cerdas, ibubapa yang beranak pintar cerdas, mereka yang pintar cerdas tetapi tidak menyedari hakikat ini dan guru kepada pelajar pintar cerdas adalah mereka yang sesuai membaca buku ini. Tidak ketinggalan juga, mereka yang berminat dalam bidang ini dan ingin memahami isu ini dari perspektif yang berbeza. Buku ini adalah: buku perbincangan konseptual, yang melatih pembaca berfikir / menyelami jiwa dan emosi golongan pintar cerdas ini. Ia adalah usaha saya cuba mentafsir tingkah laku golongan pintar cerdas. Sebagai mana yang boleh dijangka: tafsiran, sebagai tafsiran, v

maka ia tidak mungkin dikatakan betul salah. Tafsiran ini harus dinilai dari segi “kuasa penerangan”nya: mampukah tafsiran ini menerangkan dan memberi makna kepada tingkah laku mereka? Makna / pemahaman yang diperoleh ini seterusnya membantu dan dimanfaatkan kita dalam hidup seharian. Buku ini BUKAN bertujuan / tidak sesuai sebagai: buku maklumat, buku teks atau buku akademik. Menjadi hasrat penulis membantu pembaca berfikir dari perspektifperspektif ini, bukannya memberi maklumat semata-mata. Buku ini adalah untuk melatih pembaca berfikir dalam domain kepintarcerdasan ini. Bahasa yang berbentuk lisan dan tidak formal juga digunakan untuk menarik minat dan mendekatkan lagi diri penulis dengan pembaca. Ini adalah antara langkah saya memudahkan dan memahamkan konsepkonsep yang mungkin agak susah bagi pihak tertentu: dengan berdialog dengan pembaca saya secara terus, dengan bahasa yang paling mudah. Sejak permulaan lagi, saya berasa “takut” bahawa konsep yang dibincangkan mungkin sangat mengelirukan. Buku ini ditulis supaya mencabar dari segi konsep, bukan mencabar dari segi bahasa, tetapi mudah difahami pada masa yang sama. Mudah-mudahan buku ini telah tercapai objektif-objektif penulisan ini.

vi

PENGHARGAAN Penghasilan buku ini telah melibatkan banyak orang, secara langsung atau tidak. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Dr Lihanna Borhan dan Firuz Hussin yang meluangkan masa untuk membaca dan memberikan komen yang membina, dan secara membina. Bagi sikap mereka yang sabar, ikhlas, murah hati, rendah diri, sensitif, memahami, menerima dan positif. Mereka adalah pendidik yang hebat dan amat saya hormati. Saya selalu berasa bersalah dan tidak cukup baik sebagai pelajar mereka. Walaupun saya faham mereka tidak pernah smengharapkan pencapaian untuk membuktikan diri saya. Buku ini tidak mungkin diterbitkan terutamanya tanpa galakan dan pemahaman dari Firuz Hussin. Tidak mungkin saya membalaskan budi baik mereka, harap-harap Tuhan membalaskan kebaikan mereka untuk pelajar dan keluarga mereka. Walau bagaimanapun, buku ini tidak menggambarkan pandangan sesiapapun kecuali penulis sendiri. Penghargaan saya juga disampaikan kepada pensyarahpensyarah lain yang pernah mengajar saya, tetapi tidak terlibat secara langsung dalam penerbitan ini. Terutamanya En Zahari Ishak, En Lim Loong Fatt, Dr Loh Sau Cheong, En Sandiyao Sebestian, Dr Chiam Heng Keng dan Dr Mariani Md Nor. Kepada Prof Datin Quek Ai Hwa yang menjadi ilham saya semasa penulisan bahagian sosiologi dalam buku ini. Kepada pihak penerbit, terutamanya Mr Gary Gan kerana kepercayaannya. Kepada kawan saya Amber Tey, yang memberi cadangan dalam penyusunan bab buku. Kepada Prof Sufean, yang mencadangkan penambahan bilangan bab buku. Kepada saudara Boni Soineh dan Linus Joseph, yang membantu semasa kerosakan komputer. Tidak lupa juga guru saya Mrs Lim Seok Mooi, seorang pendidik yang amat memahami saya. Beliau seorang yang penting bagi saya. Dan juga guru-guru yang pernah mengajar dan mengubah diri saya.

vii

Kepada keluarga saya, yang selalu bersikap menyokong. Juga kepada Dr Goh Chee Leong yang bersikap ramah mesra dan menggalakkan. Tidak lupa juga penghargaan saya kepada ahli jawatankuasa NAGCM, terutamanya Prof Shyamala Nagaraj, dan Dr Inderbir Kaur Sandhu. Dari segi usaha, komen dan meluangkan masa mereka. Mereka merupakan pelopor dalam bidang kanak-kanak pintar cerdas ini. Penulisan penghargaan ini merupakan saat yang sentimental bagi diri saya. Segala pengalaman sepanjang ini bermain dalam otak saya, kesedihan dan kebahagiaan. Biasanya saya tidak boleh menulis tanpa memainkan muzik. Muzik ini menjadi ilham dan teman setia semasa penulisan. Pengalaman buku ini menjadi asas kepada penulisan saya pada masa akan datang. Segala kebaikan dan nilai penulisan ini datang daripada kebaikan mereka. Segala kejayaan saya datang daripada mereka. Segala kesalahan dan kesilapan datangnya dari saya sendiri.

Kebahagiaan yang sebenar datang daripada mengenal sifat dan erti benar masalah. Harap-harap penulisan saya membahagiakan mereka yang memerlukan, terutamanya pelajar yang pintar cerdas. Mereka akan menyedari kekuatan mereka bukan pada ilmu pengetahuan tetapi sikap mereka yang mulia.

viii

^KANDUNGAN ____________________________________ PRAKATA PENULIS.….…………..……………………………………………………………..iii PENGHARGAAN…………………………………………………………………………………vii BAB 1: CIRI-CIRI INDIVIDU PINTAR CERDAS………………………………………….…....1 Pengenalan 1 Ringkasan ciri-ciri individu pintar cerdas 6 Sensitiviti, intensiti, kompleksiti dan ketidakkonsistenan Zaman kanak-kanak 38 Mengenalpasti individu pintar cerdas 43 Kajian Terman dan ciri-ciri individu pintar cerdas 47

23

BAB 2: MEMAHAMI KECERDASAN………………………………………………..………...55 Apakah kecerdasan dan adakah ia boleh diukur? Kecerdasan yang pelbagai 63 Genetik atau persekitaran? 70

55

BAB 3: SIAPAKAH INDIVIDU PINTAR CERDAS……………………………………..…….76 Memahami ujian kecerdasan 76 Individu pintar cerdas dari status sosio-ekonomi rendah Pelajar pintar cerdas pencapai rendah 90 Minoriti pelajar pintar cerdas 96 Kepintarcerdasan dari perspektif feminisme 105

83

BAB 4: MEMAHAMI INDIVIDU PINTAR CERDAS: KEUNIKAN DAN MASALAH MEREKA………………………………………...…110 Memahami ciri-ciri individu pintar cerdas

114

A. Domain personaliti 114 1. Motivasi dalaman 114 2. Jangkaan yang tinggi dan sikap perfeksionis 116 3. Pemikiran yang terbuka 118 4. Senang menyesuaikan diri dalam situasi baru 120 B. Domain intelek 122 1. Kebolehan intelek am 122 2. Minat yang luas 123 3. Pemikiran logikal dan kritikal

125 1

4. Pemikiran yang abstrak dan kompleks 126 5. Kefasihan bahasa dan aliran idea yang lancar 6. Kemahiran membaca 128

127

C. Domain emosi 131 1. Penyesuaian sosial yang baik atau kelemahan sosial? 2. Konsep kendiri yang positif 134

131

D. Domain kreativiti 136 1. Berdikari 137 2. Keaslian 138 3. Mengambil risiko 140 4. Kepelbagaian 141 5. keterbukaan 142 E. Domain moral 144 1. Tingkah laku yang betul 144 2. Idealistik, altruistik dan empati

145

BAB 5: CABARAN KEPADA INDIVIDU PINTAR CERDAS………………………………148 Pengenalan

148

Masalah sosio-emosi sebagai konflik Cabaran dan masalah

152

160

A. Interpersonal 162 1. Masalah komunikasi 162 2. Hasad dengki 167 3. Masalah perasaan rendah diri kawan 169 4. Masalah kanak-kanak pintar cerdas dengan guru 170 5. Masalah dengan keluarga mereka 173 6. Jangkaan yang tidak realistik pada pelajar pintar cerdas B. Fizikal 179 1. Masalah tidur dan rehat 179 2. Memerlukan rangsangan deria yang berlebihan

179

C. Personaliti 181 1. Kebosanan 181 2. Tumpuan yang sempit 185 3. Sikap egosentrik 186 4. Sikap sinis 188 5. Mencapai taraf hidup yang selesa dengan senang D. Pembelajaran 194 1. Masalah akademik 194 2. Akibat pemulauan sosial 195 3. Perkembangan / kematangan yang tidak seimbang E. Konsep kendiri

201 2

190

197

176

1. 2. 3. 4.

Masalah keyakinan kanak-kanak pintar cerdas sendiri Kekosongan jiwa 202 Sikap menghadapi kejayaan dan kegagalan 204 Menafikan kebolehan sendirinya 206

201

F. Tabiat 212 1. Susah bertindak 213 2. Suka menyalahkan diri atau mengadu 214 3. Cara / sikap penyelesaian masalah 215 4. Tidak produktif 216 BAB 6: BEBERAPA MISKONSEPSI BERKENAAN MEREKA…………………………..219 A. Individu pintar cerdas belajar dengan terlalu cepat. 219 B. Seseorang dengan IQ 140 boleh berjaya dalam mana-mana bidang atau usaha. 221 C. Pelajar biasa menerima jawapan, pelajar pintar cerdas menyelesaikan masalah. 222 D. Guru perlu memberi lebih banyak latihan kepada pelajar pintar cerdas. 223 E. Pelajar pintar cerdas akan menjadi rapat sesama sendiri. 225 F. Pelajar yang pintar cerdas akan menjadi biasa apabila dewasa nanti. 227 G. Pelajar yang kreatif adalah pelajar pintar cerdas. 231 H. Individu pintar cerdas menghabiskan sesuatu tugas dengan cepat. 232 I. Kanak-kanak pintar cerdas dalam kelas saya tidak menunjukkan ciri-ciri yang disebut dalam buku ini. 233 J. Individu pintar cerdas adalah sangat kurang bilangannya. 234 K. Individu pintar cerdas tidak bermasalah / banyak masalah. 237 L. Saya diuji sebagai pintar cerdas, tetapi saya tidak menghadapi masalah ini! 239 M. Guru kepada pelajar pintar cerdas perlu serba boleh. 241 N. Guru suka / tidak suka kepada pelajar pintar cerdas. 243 O. Semua kanak-kanak / individu adalah pintar cerdas. 246 P. Program pintar cerdas menggalakkan elitisme. 249 BAB 7: KESIMPULAN………………………………………………………………………….256 RUJUKAN…………………………………………………………………………………..…...268

3

____________________________________ [BAB 1 CIRI-CIRI INDIVIDU PINTAR CERDAS ____________________________________ PENGENALAN Apabila disebutkan genius, banyak yang akan menggambarkan sifatsifat seperti susah difahami, misteri, banyak kerenah yang pelik dan luar biasa. Gambaran yang lain termasuklah mereka adalah golongan istimewa yang lebih baik daripada manusia biasa, sangat jarang dijumpai (satu dalam seribu) dan amat jauhnya dengan kehidupan kita seharian. Konsep yang stereotaip dan kaku ini tidak memberi gambaran yang tepat kepada golongan ini. Sebenarnya, kebanyakan orang menganggap genius adalah tidak mungkin difahami dan diterangkan, genius adalah genius, mereka adalah magik, seperti yang digambarkan dalam petikan ini, “Against this unpromising background, it seems hardly surprising that Einstein’s sudden bursting into prominence as a scientist of unique brilliance and originality has been regarded as magical. Here is genius at its most mysterious. He must, it appears, have been born to be a genius. No alternative explanation appears possible (Howe, ms 138).” Banyak individu yang pintar cerdas tidak lain dengan orang biasa seperti kita. Walau bagaimanapun ini tidak bermakna mereka adalah sama dengan semua orang kecuali kecerdasan yang tinggi. Mungkin apa yang membezakan orang biasa dengan mereka yang pintar cerdas bukan kecerdasan semata-mata tetapi kelebihan mereka yang lain. Individu yang pintar cerdas berkongsi keistimewaan tertentu yang membezakan

1

mereka dengan orang lain. Melalui pemahaman keistimewan ini, kita memahami individu pintar cerdas. Tingkah laku mereka ini sebenarnya boleh dijelaskan dan difahami. Walau apapun sikap dan hasil kerja mereka, apa yang berlaku kepada mereka adalah akibat faktor-faktor seperti sikap, peluang, minat dan kelebihan mereka yang unik. Memahami dinamik sosial, motivasi dan apa yang membezakan 1) golongan pintar cerdas yang produktif dan, 2) golongan pintar cerdas yang tidak menggunakan potensi mereka, menjadi isu pendidikan yang kritikal. Negara yang membangun seperti Malaysia tidak mampu membazirkan bakat yang bakal memberi sumbangan dalam bidang sains, kesusasteraan, keusahawanan, kebajikan, dan semua bidang pengetahuan atau usaha yang meningkatkan kesejahteraan sejagat. Walau bagaimanapun memahami konsep kepintarcerdasan bukannya sesuatu yang mudah. Banyak individu yang pintar cerdas sukar memahami diri mereka dan tidak memiliki konsep kepintarcerdasan tersebut (kenapa keadaan ini berlaku? Akan diterangkan kemudian). Konsep kepintarcerdasan ini sangat penting kepada pendidik pada pelbagai peringkat, ibubapa, jurulatih dan sesiapapun. Merujuk kepada senario di bawah ini dan cuba menjawab berdasarkan apa yang anda faham dengan senario ini. Surat khabar memaparkan liputan berkenaan seorang kanak-kanak pintar cerdas. Pada usia 9 tahun, dia mampu menyelesaikan soalan Fizik pada peringkat SPM. Konsensus akhbar menjadi hangat dengan pelbagai pendapat berkenaan kanak-kanak tersebut, pegawai tinggi masing-masing memberi pendapat tentang apa yang sesuai untuk kanak-kanak tersebut. Pegawai tinggi dalam Kementerian Pelajaran mengatakan sistem pendidikan kita perlu fleksibel dan mampu memenuhi keperluan pelajar yang pelbagai. Selepas beberapa hari, terdapat golongan yang mengandaikan kanak-kanak ini mungkin dipaksa dan dimanipulasikan oleh pihak tertentu. Kanak-kanak itu dikatakan melatih soalan matematik dan fizik sehingga larut malam setiap hari sehingga pukul empat pagi.

2

Mengikut apa yang difahami anda: Adakah kanak-kanak ini pintar cerdas? Apakah maksud pendidikan yang boleh memenuhi keperluan semua pelajar? Adakah kanak-kanak ini akan mencapai kejayaan yang luar biasa pada masa depan? Jelasnya, kita perlu lebih memahami maksud pelajar pintar cerdas terlebih dahulu. Apakah maksud tingkah laku pintar cerdas? Sebenarnya, Pengkaji-pengkaji dalam bidang psikologi pintar cerdas menganggap konsep pintar cerdas ini boleh difahami dalam konteks perbincangan sifat-sifat dan ciri-ciri golongan ini. Perbincangan tingkah laku pintar cerdas ini adalah teras buku ini, apa yang dikatakan tingkah laku pintar cerdas merentasi setiap bahagian dalam buku ini. Golongan pintar cerdas ini boleh difahami dalam konteks kecerdasan dan tingkah laku mereka, oleh itu satu bahagian juga dikhaskan untuk membincangkan apakah kecerdasan. Apa yang dia boleh belajar oleh kanak-kanak ini semasa dia pergi ke sekolah rendah? Kalau dia hanya maju dalam bidang matematik tetapi biasa dalam bidang lain, apakah jenis pendidikan yang paling sesuai untuknya? Mungkinkah seseorang kanak-kanak yang luar biasa dalam subjek tertentu, hanya biasa dalam subjek-subjek yang lain? Cuba bayangkan satu sistem pendidikan yang dapat memenuhi keperluan pelajar yang pelbagai. Sistem pendidikan kita adalah berdasarkan pengelasan umur (age-grouping), aktivis dalam akvokasi pendidikan pintar cerdas mencadangkan pengelasan kebolehan (abilitygrouping), adakah ia jawapan kepada masalah ini? Mungkinkah ini dapat dilaksanakan dalam realiti? Terdapat pendapat yang mengatakan kanak-kanak ini perlu belajar di bawah tunjuk ajar profesor Fizik, ada yang membantah keras aturan begini dan mengatakan tindakan ini bermakna menafikan masa zaman kanak-kanak yang normal bagi kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak ini perlu hidup seperti kanak-kanak yang lain. Ada yang mengatakan kanak-kanak ini bukan pelajar pintar cerdas tetapi hasil paksaan ibubapanya untuk belajar matematik.

3

Bayangkanlah: A) Anda adalah seorang pakar pendidikan dan diajukan kes ini, anda dirujuk berkenaan apakah aturan yang terbaik untuk kanak-kanak ini? Apakah alasan anda untuk membuat keputusan ini? B) Anda ibu kepada anak ini, adakah anda bersetuju dengan tindakan bapanya menegaskan anak mempelajari Matematik dan Fizik? Adakah anda berasa bimbang terhadap anak anda? Kenapa? Adakah ini menyeksa anak atau mengembangkan potensinya? C) Anda adalah anak tersebut, apakah perasaan anda? D) Anda adalah guru / guru besar / pegawai pendidikan yang berkuasa membuat keputusan di daerah tersebut, apakah tindak balas anda? Jelasnya tidak ada jawapan yang pasti untuk semua persoalan ini, sebabnya kita tidak banyak memahami apakah yang berlaku dalam otak kanak-kanak tersebut; kita hanya ketahui serba sedikit berkenaan kanak-kanak tersebut daripada liputan akhbar yang tidak begitu lengkap. Apakah yang kita faham tentang individu pintar cerdas adalah berdasarkan cerita dan impresi kita terhadap golongan ini. Adakah dia berasa tertekan? Ataupun berasa bangga dengan perhatian orang ramai dan berpuas hati dengan hidupnya? Kita memerlukan maklumat yang lebih, contohnya kalau kanak-kanak ini telah mencapai kematangan sosial yang lebih tinggi, maka dia perlu dibawakan kepada pelajar yang lebih tua. Sebaliknya dia akan berasa bosan dan menjauhi atau dipulaukan oleh rakan sebaya. Mungkin juga kanak-kanak ini hanya luar biasa dalam bidang matetatik dan biasa pada aspek yang lain? Buku ini tidak bertujuan memberi jawapan quick fix untuk menyelesaikan semua persoalan dan kemusykilan tersebut. Tetapi dengan lebih memahami apa yang berlaku kepada golongan ini, kita dapat membuat keputusan dan pertimbangan yang lebih tepat untuk menilai, meneliti keputusan pendidikan dan menjaga kebajikan mereka. Perasaan takut, benci, kagum, mengagung-agungkan atau romanticization individu pintar cerdas tidak membantu kepada memahami golongan ini. Kalau kita telah memahami golongan ini, kita tidak berasa kagum ataupun mereka ini istimewa. Mereka hanyalah manusia seperti kita. Perasaan kagum dan melihat mereka dengan pandangan impersonal, adalah sejenis diskriminasi. Catatkan idea dan

4

jawapan anda, merujuk balik jawapan ini selepas menghabiskan buku ini. Alasan dan rasional anda seharusnya merangkumi pertimbangan yang lebih luas berkenaan keperluan golongan ini.

5

____________________________________ RINGKASAN CIRI-CIRI INDIVIDU PINTAR CERDAS

____________________________________ Sekarang kita melupakan senario tersebut, pernahkan anda memikirkan kemungkinan diri anda jugalah seorang yang pintar cerdas? Adakah mereka yang pintar cerdas dapat diperhatikan dari segi tingkah laku dan sikap mereka? Adakah anak anda memenuhi ciri-ciri seperti yang berikut? Ringkasan ciri-ciri ini adalah untuk orang dewasa mahupun kanak-kanak.

PERKEMBANGAN AWAL PADA ZAMAN KANAK-KANAK Lebih responsif pada peringkat bayi, sensitif kepada stimuli persekitaran. Contohnya, Samsudin (6 bulan) memerhati kepada Pakcik Jama untuk masa yang lama, dia menjadi senyum apabila menjumpai Pakcik Jama selepas itu. Ini merupakan satu petanda pengenalpastian dan pembelajaran telah berlaku pada Samsudin. Belajar dengan awal dan cepat. Masalahnya, ibubapa yang pertama kali mungkin berasa keliru, sebab mereka tidak dapat membandingkan anak mereka dengan kanak-kanak kebanyakan. Boleh berjalan / bercakap lebih awal. Walaupun begitu, kebolehan merangkak / berjalan sebenarnya lebih berkaitan dengan kematangan biologi. Mereka mungkin menggunakan strategi berjalan yang lebih berkesan, contohnya berpegang kepada kekisi. Dapat mengimbangkan badan semasa pergerakan tertentu, contohnya membaling dengan meletakkan kepala secara perlahan, untuk mengelakkan diri terus terhentak pada lantai. Suka belajar. Digambarkan dengan tingkah laku seperti kuat bermain dan tumpuan tinggi semasa main. Suka bertanya. Bagi kanak-kanak, bermain adalah bentuk pembelajaran yang berkesan. Walau bagaimana pun, perlu ditegaskan kanak-kanak pintar cerdas yang perkembangannya berbeza dengan kanak-kanak lain mungkin kurang berminat dengan mainan rakan yang lain. 6

Selalu senyum. Kurang menangis, lebih stabil emosi sebagai bayi. Jenis tangisan yang bersifat emosi, yang sob atau whine (suara yang panjang dan rendah, untuk menarik perhatian ibu, boleh ditenteramkan kalau didampingi orang dewasa), bukan cry (suara yang lebih tajam dan “menyakitkan telinga,” petanda ketidakselesaan fizikal dan emosi). Ia menggambarkan keperluan untuk disayangi dan perhatian. Berminat dengan mainan yang mencabar intelek, seperti blok dan puzzle. Menunjukkan tumpuan yang panjang semasa bermain. Perkembangan bahasa yang maju pada peringkat awal kanak-kanak. Lebih lancar dan kosa kata yang lebih banyak. Struktur ayat yang lebih pelbagai. Berminat dengan bahan bercetak dan menguasai kemahiran membaca dengan awal. Perkembangan pemahaman matematik yang awal. Kemahiran melukis yang maju berbanding rakan sebaya. Melepasi tahap menconteng dengan cepat dan boleh melukis objek dengan awal. Contohnya melukis manusia yang lebih realistik, atau yang menggambarkan pergerakan (kelajuan). Guru prasekolah dan penjaga menganggapnya sangat cerdik (mereka banyak pergaulan dengan kanak-kanak, dengan itu dapat membandingkan kanak-kanak lain, dan cepat mengesan kanakkanak pintar cerdas). Suka berkawan dengan orang dewasa, bercakap dengan nada yang matang dan yakin dengan orang dewasa (seolah-olah cuba mendapat pengiktirafan orang dewasa). PERSONALITI Minat yang luas dan mendalam dalam pelbagai topik dan bidang. Konsep kendiri yang positif, yakin dan optimistik (selalu berfikir yang positif). Ini berlaku apabila mereka “berfungsi” secara sihat. Yang sebaliknya akan berlaku apabila mereka menghadapi cabaran tertentu, contohnya mereka tidak difahami oleh orang biasa. Karismatik, popular dan ada gaya sendiri yang unik (menjadi bintang dalam kelas).

7

Sikap degil dan tidak fleksibel: tidak ingin menyentuh kerja yang tidak diminati (yang dianggap di luar bidangnya). Ekstrim yang satu lagi juga mungkin berlaku: ingin belajar segala-galanya. Melakukan kerja dengan teliti, suka projek besar yang mengambil masa panjang dan usaha berterusan, suka kepada perincian (sikap perfeksionis). Berasa tertekan untuk mengatasi orang lain. Sikap takut kalah. Mungkin membawa kepada sikap cemburu dan masalah sosio-emosi yang lain. Permintaan dan jangkaan yang tinggi pada hasil kerja sendiri. Selalu tidak puas hati dengan pencapaian sendiri (dan orang lain). Bersungguh-sungguh semasa bekerja, tetapi tidak puas hati apabila kerja disiapkan. Banyak tenaga, seolah-olah tidak perlu tidur apabila melakukan kerja yang diminati. Motivasi yang tinggi, contohnya main lego sampai larut malam. KEBOLEHAN KOGNITIF YANG TINGGI Mampu memahami konsep yang canggih, abstrak dan kompleks. Ahli falsafah, contohnya adalah golongan yang tinggi kecerdasan. Kecerdasan berkait rapat dengan pemahaman abstrak. Pengetahuan atau skemata yang luas. Memahami banyak konsep yang tidak difahami kanak-kanak yang sebaya. Meminati permainan yang rumit dan mencabar seperti mainan ingatan, scrabble, silang kata, catur dan permainan komputer yang tertentu. Tumpuan tinggi, membaca secara senyap untuk masa yang panjang. Tidak suka diganggu, menjadi geram apabila diganggu semasa melakukan sesuatu yang diminatinya. Dapat memahami manakah isu yang penting, idea yang teras, prinsip asas yang penting. Palajar yang biasa hanya memberi perhatian kepada perincian yang kurang penting. Contohnya semasa melakukan hasil seni, mereka mementingkan menghasilkan kerja yang tercantik, walaupun tidak mengikut cara yang dicadangkan oleh guru (mungkin menggunakan cara yang tidak terfikir oleh orang lain).

8

Menyedari nilai hasil seni terletak pada kecantikannya, bukan kaedahnya. Menggunakan dan memahami kosa kata yang lebih maju, menggambarkan dia memahami lebih banyak konsep dan objek berbanding rakan sebaya. Ini boleh dilihat dari tingkah laku kanakkanak lain menanyakan maksud perkataan yang digunakan olehnya. Kebolehan membuat rumusan, menganalisa, menaakul. Contohnya mengandaikan makanan yang dihadam akan menjadi hasil perkumuhan. Mengaitkan konsep yang difahami dalam situasi baru. Contohnya burung boleh terbang sebab terdapat sayap. Kapal terbang juga boleh terbang sebab ada sayap seperti burung. Memindahkan apa yang dipelajari ke bidang lain. Semasa penyelesaian masalah, dia dapat menyelesaikan masalah pada situasi yang berbeza. Contohnya pelajar yang menggunakan teknik untuk mengingati fakta dalam subjek dan situasi yang berbeza. Menyedari hubungan antara konsep yang nampaknya tidak berkaitan. Contohnya Newton mengaitkan kejatuhan epal dengan daya tarikan yang tidak boleh nampak. Dapat memahami persamaan dua konsep yang tidak diperhatikan oleh individu yang lain. Contohnya antara persamaan telur dan biji benih adalah kedua-duanya dilindungi cengkerang, mengandungi nutrien untuk tumbesaran bayi, bentuk bujur dan sebagainya. Dapat memahami perbezaan dua konsep yang seolah-olah sama. Dapatkah anda membezakan konsep berat dan ketumpatan? Cahaya dan terang? Cahaya adalah kata nama dan terang adalah adjektif kepada cahaya. Bolehkan anda menakrifkan perbezaan makan dan minum? Seorang kanak-kanak yang pintar cerdas mungkin menakrifkan makan sebagai kunyah dan minum itu sedut. Tertarik kepada pemikiran abstrak. Antara bidang yang berkaitan dengan idea abstrak adalah seperti agama, falsafah, fizik, matematik, psikologi dan sains sosial yang lain. Pada peringkat kanak-kanak, mereka cepat memahami konsep seperti balasan, perasaan, keinsafan, harapan, cita-cita dan sebagainya. Memahami kebolehan intelek sendiri (metakognisi), membantu mereka memahami gaya pembelajaran sendiri dan cara yang paling

9

efektif untuk mencapai keputusan akademik yang baik. Dengan kata lain, mereka menggunakan kecerdasan yang ada pada mereka dengan cara yang lebih berkesan. Antara strategi pembelajaran adalah seperti: kalau saya tidak mengaplikasi apa yang dipelajari, saya akan lupa. Imkplikasinya: mengaplikasi konsep yang baru dipelajari dengan sebanyak mungkin dalam situasi baru. Metakognisi yang matang ini juga bermakna mereka “melatih” diri. Mereka mencari peluang dan persekitaran untuk perkembangan diri. Mereka mengoptimalkan perkembangan intelek sendiri dengan intelek yang sedia ada! Ingatan yang kuat. Terdapat pelbagai faktor yang menjadikan ingatan mereka lebih tinggi daripada orang lain. ƒ Akibat pemahaman yang tinggi, mereka tidak perlu menghafal secara buta. Pemahaman tinggi memberi dua kelebihan yang nyata: 1) membaca dengan cepat, 2) cepat mengingati apa yang telah difahami. ƒ Cara mengorganisasikan maklumat yang cekap, antaranya mengelaskan item mengikut kumpulan. Berkait rapat dengan kebolehan analitikal. ƒ Menggunakan cara yang menyeronokkan untuk mengingat (teknik untuk membantu kita mengingat dinamakan mnemonik). ƒ Ingatan semulajadi (ingatan “cair”) yang memangpun tinggi, dibuktikan dengan kadar mereka mengumpul maklumat seperti membina kosa kata yang banyak (walaupun di persekitaran yang sama dengan adik-beradik yang lain). ƒ Akibat pengetahuan sedia ada yang banyak, mereka cepat membina dan menyerap konsep baru (dengan mengaitkan konsep baru di atas apa yang telah sedia difahami oleh mereka sebelum ini). SIFAT INGIN TAHU Suka menanya soalan yang mencabar dan inovatif, menunjukkan pemahaman yang matang dan canggih. Contohnya kenapa bintang suka berkelip-kelip? Kenapa planet Zuhal (Saturn) ada gegelang di kelilingnya? Adakah tumbuhan beremosi / jiwa?

10

Suka membaca buku yang berdasarkan fakta seperti ensiklopedia, menonton dokumentari dan melawat muzium. Berminat dengan topik seperti dinasour, makhluk asing, ekologi, apa yang berlaku selepas kematian, cerita dongeng, biografi dan ajaran agama yang lain. Tidak mudah menerima jawapan yang ringkas dan mudah, ingin memahami sesuatu secara mendalam (“Kenapa saya tidak berasa terbalik apabila berdiri di hemisfera selatan bumi?”). Menjadi kecewa kalau persoalannya tidak terjawab oleh orang dewasa. Suka memahami sebab dan akibat sesuatu, seperti bagaimana mesin boleh bergerak. Ingin membuka jam untuk memahaminya, dan memikirkan cara menggunakan “prinsip jam” untuk tujuan yang lain. Memberi alasan / andaian (hipotesis) terhadap kejadian tertentu. “Bunga matahari menyerap cahaya matahari!” “Durian ada duri untuk mengelakkannya dimakan binatang lain.” “Fungsi rambut adalah menyerap cahaya matahari sebab warna hitam boleh menyerap haba.” “Saya kencing sebab poket dalam badan saya telah penuh!” (Tidak penting kalau penemuan, alasan atau hipotesis itu tidak tepat atau salah, yang penting adalah kebolehan memberi alasan dan pemikiran logikal). Kebolehan ini selalu dapat diperhatikan pada ahli teori. Suka mencipta dan menjalankan eksperimen. Mungkin hanya eksperimen yang ringkas. Contohnya meniup udara ke dalam air gelas untuk memerhatikan buih udara, atau mencampurkan susu dengan Rebena untuk mendapatkan minuman baru yang berlainan rasa. PERKEMBANGAN AKADEMIK YANG MAJU Menonjol dalam pemahaman pembacaan, boleh memahami maksud tersirat. Pemahaman yang tinggi ini boleh dilihat dari dua segi, iaitu kecerdasan bahasa yang baik dan juga mereka cepat membina maksud daripada apa yang telah dibaca. Menonjol dalam matematik, terutamanya pemahaman matematik dan menyelesaikan masalah dengan cara yang kreatif (seperti menggunakan grafik / melukis untuk menggambarkan soalan). Contohnya dapat mengaitkan algebra dengan geometri. 11

Suka kepada buku, membaca untuk keseronokan / sebagai minat. Ini boleh dilihat dengan tingkah laku seperti suka mengunjungi perpustakaan, membaca surat khabar dengan teliti, membeli buku sendiri. Perlu diingatkan, kecerdasan bahasa adalah kecerdasan yang diiktiraf tinggi dalam budaya kita, tetapi bukan semua individu pintar cerdas adalah canggih dari segi bahasa. Biasanya mereka yang tinggi kecerdasan bahasa, akan mendapat pengiktirafan awal. Fasih bercakap. Idea yang lancar dan menggunakan bahasa yang lebih rumit, seperti ayat yang lebih panjang dan kompleks. Membaca buku yang lebih susah. Apa yang membezakan mereka dengan pelajar biasa bukan setakat tabiat membaca tetapi yang lebih penting mereka membaca buku yang lebih berkualiti. Ini bermaksud buku yang memerlukan pemahaman yang lebih tinggi. Rakan yang sebaya tidak membaca buku yang disukainya. Adik-beradik tidak menyentuh koleksi bukunya. Menonjol dalam bahasa bertulis. Boleh membina ayat sendiri pada umur yang muda. Berminat dengan membentuk garisan pada pelbagai permukaan dan memegang pena semasa kecil. Ada gaya yang tersendiri dalam bahasa. Penyampaian yang lebih berkesan, contohnya menggunakan analogi atau gambaran visual untuk menyampaikan maksud secara tepat. PERKEMBANGAN FIZIKAL Secara keseluruhannya perkembangan fizikal mereka lebih baik daripada rakan sebaya. Berat badan yang lebih tinggi semasa lahir. Jangkaan hidup yang lebih panjang (akibat sikap mementingkan kesihatan, keadaan status sosio-emosi yang lebih bagus dan mungkin faktor genetik). Kadar penyakit kemerosotan mental seperti Alzheimer yang lebih rendah. Kadar membunuh diri yang lebih rendah (mungkin lebih tinggi bagi mereka yang terlampau pintar cerdas dan berbeza dengan orang lain).

12

BAKAT YANG ISTIMEWA Kebolehan artistik yang luar biasa dalam satu atau lebih bidang, seperti muzik, seni dan menari. Suka berkhayal dan imaginatif. Contohnya Jean Paul Sartre semasa kecil telah menulis sebuah novel yang mengisahkan pengembaraan seorang saintis yang memburu rama-rama. Penulisan mereka berbeza daripada orang lain dengan gaya (bahasa) yang tersendiri, dan konsep / tema yang kreatif (yang memberangsangkan secara intelek atau khayalan). Kreatif dan suka atau menghargai sesuatu yang berbeza, asli dan unik. Contohnya menarik perhatian ibubapa kepada sesuatu karya yang menarik perhatiannya. Meniru karya yang berkualiti tersebut. Pandai berjenaka, pandai memujuk dan berdebat. Mungkin pandai menghiburkan orang dewasa. Dia ada gaya sendiri. Menggunakan dan memanipulasikan bahasa secara kreatif. Kebolehan bersukan yang luar biasa, seperti ketahanan dan ketangkasan yang lebih tinggi. Kemahiran membina dan rekacipta yang luar biasa. Contohnya semasa bermain blok, membina kota yang besar dan rumit, dengan perincian yang rumit. Menunjukkan kebolehan / kapasiti membayangkan struktur dan ruang yang luar biasa. Contohnya mencipta dunia khayalan dengan sistem dan budaya yang rumit. Kemahiran kepimpinan yang luar biasa, dianggap sebagai autoriti oleh rakan lain, popular dan dikagumi Boleh berfikir secara lateral dan inovatif. Banyak idea yang pelbagai. GAYA PEMBELAJARAN Menghabiskan masa yang panjang untuk aktiviti yang diminati. Seolah-olah mengasah bakat yang ada pada sendiri. Pengetahuan metakognisi, digambarkan menggunakan strategi sendiri untuk mempelajari sesuatu. Selalu bertukar cara untuk mendapat cara yang paling berkesan. Minat kepada teknik ingatan (mnemonik). Perkembangan metakognisi ini berkait rapat perkembangan intrapersonal (pemahaman diri). Menolak tugasan yang ringkas dan mudah, atau tidak mencuba langsung kerja yang “biasa”. Menghabiskan kerja dengan tidak puas 13

hati dan membuta tuli kalau dipaksa melakukan kerja yang tidak diminatinya. Motivasi intrinsik dan kawalan dalaman yang kuat. Melakukan sesuatu demi kepuasan diri. Mengabaikan halangan seperti sindiran orang lain. Mungkin dianggap sebagai angkuh atau mencabar autoriti dengan caranya yang tersendiri. Motivasi yang tinggi untuk melakukan sesuatu yang diminati. Minat yang mendalam dalam topik yang tertentu. Contohnya siput kerang atau fosil. Mencari maklumat yang banyak dalam topik tersebut. Membuat nota dan menyusun maklumat sendiri secara sistematik tanpa disuruh. Bertindak sebagai seorang pengkaji. Memahami dan menangani masalah baru dengan cepat. Senang menyesuaikan diri dalam budaya dan persekitaran yang baru. Dapat mengatasi halangan dan mencapai apa yang diingininya. Tidak suka kerja yang berulangan seperti latih tubi (cepat bosan walaupun belum menguasainya). Ini mungkin menjadikan tulisan mereka tidak kemas, sebab terdesak untuk menghabiskan kerja dengan cepat sejak kecil lagi. Tertarik kepada ransangan atau cabaran baru. Bagi seorang pelajar, lebih bermotivasi mempelajari bab atau subjek yang baru atau bidang pengetahuan yang tidak pernah / kurang diterokai. Mendaftar kertas yang mencabar dan baru semasa di universiti (juga satu petanda keyakinan yang tinggi). Cenderung menyempurnakan tugasan mudah yang diberi dengan cara yang kompleks (di mana tidak dijangka oleh orang lain atau dianggap berlebih-lebih). Bagi orang lain, dia selalu “mentafsir lain”. Contohnya memahami sesuatu (tugasan atau perbualan) yang biasa sebagai sangat abstrak. “Malas“dari segi suka menangani masalah dengan cara yang paling ringkas dan kreatif (menggunakan jalan pintas). Contohnya pelajar yang mencadangkan menjawab secara lisan supaya tidak perlu menulis jawapan penuh. Malas menyiapkan kerja rumah, terutamanya kerja yang salin-menyalin. Mencari peluang menggunakan cara yang cekap untuk “orang malas” demi menjimatkan masa. Suka menjawab soalan matematik tanpa

14

menjalankan operasi matematik, terus memberi jawapan sebab tidak sabar dengan operasi yang panjang lebar (suka mengira dalam hati). PERKEMBANGAN MORAL Berusaha menjadi “budak baik”, membetulkan kanak-kanak lain yang dianggap nakal. Menjadi geram apabila orang lain “tidak betul”. Idealistik dan berharap dapat menyumbang kepada kebajikan orang lain dan memperbaiki dunia ini. Contohnya meminta ibubapa mengitar semula sampah. Kalau sifat ini menjadi ekstrim, mungkin berasa bersalah dan tertekan sebab merasakan hidupnya tidak bernilai. Altruistik, dedikasi dan suka menolong orang lain. Simpati dan memahami penderitaan orang lain. Berkaitan dengan rasa bersalah dan bertanggungjawab yang menghantui mereka. Kecenderungan menghukum dirinya, mungkin menganggap dirinya tidak layak mendapat layanan yang baik (bertindak seperti hero yang tragik). Revolusioner. Suka membawa perubahan dan mencabar status quo. Selalu tidak berpuas hati dengan apa yang sedia ada. Reaksi yang melampau terhadap kejadian kejam, pembunuhan dan ketidakadilan. Berpegang kepada prinsip keadilan. Tertarik kepada isu-isu seperti peperangan, pemcemaran, Holocaust, kebuluran dan lain-lain. Contohnya, Siti tidak ingin makan selepas menyaksikan kebuluran yang berlaku di tempat A, Siti berasa bersalah untuk memakan. Bersimpati dengan penderitaan orang dan binatang lain. Akibat perkembangan moral yang tinggi dan sifat sensitif. Menggambarkan kecerdasan interpersonal yang tinggi. Contohnya seorang budak Hinduisme yang mendesak ibubapanya menjadi vegetarian. Mendukung sistem nilai sendiri, antaranya memilih perkerjaan yang dianggap tidak berprestij oleh orang lain tetapi bermakna bagi dirinya. Berkait rapat dengan perkembangan kecerdasan intrapersonal yang tinggi. Contohnya menjadi penulis cerita kanak-kanak, kartunis, pengkaji serangga dan sebagainya. Jujur dan ikhlas. Sukar berbohong. Mereka perlu “merancang” dengan rapi untuk berbohong (susah berbohong secara spontan), dengan itu susah dikesan apabila mereka betul-betul berbohong! 15

Akan bercakap benar apabila dipersoalkan oleh ibubapa. Ibubapa tidak boleh menyalahgunakan sifat mereka ini. Sifat ini adalah ketara terutamanya semasa kecil dan remaja. Contohnya, apabila guru menanya, “Siapa yang mengadu?” dia akan mengaku. Biasanya kurang terlibat dalam masalah delinkuen atau disiplin. Kalau mereka terlibat dalam masalah jenayah, besar kemungkinan mereka adalah pintar cerdas pencapai rendah di sekolah. MASALAH SALAHSUAI DENGAN RAKAN SEBAYA Mendapati rakan sebaya mengecewakan, lebih suka bergaul dengan kawan yang lebih tua. Ataupun menyorokkan diri semasa waktu rehat. Lebih suka bersendirian, seperti membaca buku di perpustakaan semasa waktu rehat. Tidak suka kerja berkumpulan, lebih suka bekerja bersendirian. Banyak alasan untuk mengelakkan kerja berkumpulan. Tidak aktif atau vokal, suka berfikir seorang. Bercakap dan bertindak sebagai pemerhati yang pasif dalam kelompok. Contohnya menggunakan kata ganti diri ketiga semasa menyatakan kumpulan sendiri. Tidak mengeluarkan idea semasa perbincangan. Berlagak bodoh atau sikap dingin semasa ahli lain memberi idea. Tidak membantah idea orang lain yang jelas tidak tepat (walaupun bagi pelajar biasa). Sukar difahami oleh kanak-kanak yang lain. Kanak-kanak bertanya maksud perkataan baru yang digunakan olehnya. Berasa kecewa dengan masalah komunikasi. Contohnya apa yang dicakapkannya selalu ditafsir lain oleh orang lain. Menjadikan mereka lebih suka membisu dan elak menjelaskan maksud dirinya. MASALAH DALAM AKADEMIK Masalah dalam kebolehan akademik yang spesifik seperti mengira, menyebut ataupun mengeja (masalah pembelajaran). Bermasalah dalam operasi matematik. Suka kepada subjek yang tertentu sahaja. Tidak aktif dalam aktiviti ko-kurikulum, perkembangan yang tidak seimbang. Mungkin takut kepada aktiviti beramai-ramai. 16

Takut menyampaikan dirinya, menyembunyikan perbezaannya dengan berpura-pura, seperti berlagak bodoh. Jangkaan yang terlampau tinggi, keberatan untuk melakukan kesalahan. Mungkin menjadikannya tidak mencuba langsung (tidak mencuba bermakna tidak mungkin gagal). Kuat mempertahankan diri dan sensitif kepada kritikan orang lain (maruah diri yang tinggi). Keberatan melakukan tugasan pada peringkat umurnya, rasa serba salah sebab tidak dapat menyesuaikan diri dalam sistem yang sedia ada. Mengikuti norma yang diamalkan majoriti, hanya menonjolkan kebolehannya apabila ianya dijangka. Tidak konsisten dalam kepintarcerdasannya. Pencapaian yang tidak konsisten (pencapaian yang tinggi di bawah guru yang tertentu dan menjadi biasa apabila mengikuti guru yang lain). MASALAH EMOSI DAN TINGKAH LAKU Memahami isu peringkat orang dewasa dan berasa bimbang, seperti keamanan dunia, kebuluran dan pencemaran. Menjadi tidak sabar dengan rakan yang lebih lambat, jangkaan tinggi pada orang lain. Menjadi marah apabila kawan tidak memahami maksudnya. Berdebat dengan orang dewasa, selalu ada jawapannya yang sendiri. Menguji dan mencabar pengetahuan orang dewasa (keyakinan diri dan suka mencabar autoriti). Suka menyindir dan memperkecilkan kebolehan / pencapaian / hasil kerja orang lain. Suka mengkritik dan menganalisa. Menyampaikan maksudnya dengan cara sindiran dan jenaka, cekap memainkan bahasa untuk menyampaikan maksudnya dengan cara tidak langsung. Sikap sinis. Senang menjadi bosan dan tidak melibatkan diri ataupun sebaliknya mengganggu orang lain. Berasa geram ataupun sedih dengan sesuatu yang dianggap tidak adil, walaupun mungkin tidak mengena dengannya (perkembangan etika yang maju).

17

KREATIVITI Berdikari, reflektif dan suka bekerja sendirian. Mungkin dianggap degil. Contohnya tidak menerima baik cadangan orang lain. Jangkaan yang tinggi terhadap dirinya, menilai hasil kerja berdasarkan kualiti. Kritikal terhadap dirinya. Suka kepada bahan permainan yang bersifat bercapah seperti lego, plastisin dan seni lukis (yang membolehkan pelbagai kombinasi berbeza), berbanding dengan permainan jenis bertumpu seperti puzzle. Menggabungkan unsur-unsur yang berlainan. Contohnya bermain pasir, mainan blok dan model binatang untuk bercerita. Menghargai keaslian, suka kepada idea yang baru dan luar biasa. Mengelakkan hasil yang sama dengan orang lain. Meniru idea orang lain yang kreatif pada peringkat awal. Bakat dan minat dalam seni, drama, kesusasteraan / penulisan, rekaan / mekanik, suka kepada teori dan sains (kreativiti adalah satu sifat yang merentasi semua bidang, bukan terhad kepada bidang kesenian, contohnya kreativiti konseptual). Suka main peranan semasa kecil. Terutamanya digambarkan oleh permainan yang lebih “kaya”, pelbagai dan dramatik. Humor, pandai berjenaka, karismatik dan popular sesama rakan. Menarik orang lain dengan gaya sendiri (contohnya orang lain menirunya). Sanggup mengambil risiko. Melakukan sesuatu walaupun tidak disokong. Berani dan selalu berfikiran yang optimistik dan yakin. Kepelbagaian dan kompleksiti dalam hasil kerja. Menggabungkan Contohnya unsur-unsur dengan cara yang luar biasa. menggabungkan unsur lukisan cat air Cina dalam batik. Keterbukaan, tidak menghadkan diri dengan cara yang sedia ada. Sikap yang terbuka dalam konsep perkauman, jantina dan lain-lain. SENSITIF Senang dirangsangkan, (sensitif kepada input sensori) digambarkan oleh reaksi yang lebih kuat. Senang dikejutkan. Mimpi seram pada peringkat kanak-kanak, akibat sifat sensitif dan daya imaginasi yang tinggi. 18

Fobia kepada bencana, kegelapan, kematian, mimpi seram dan lainlain pada zaman kanak-kanak (juga bukan luar biasa bagi kanakkanak lain). Selalu bertanyakan soalan seperti apa yang berlaku selepas mati, bolehkah manusia tidak mati (kecerdasan kewujudan yang tinggi dan sifat sensitif). Selalu mentafsir dan mengandaikan maksud orang lain. “Adakah dia suka kepada saya?”, “Adakah saya diterima baik oleh orang lain?” Selalu adanya kesimpulan atau andaian sendiri mengenai segala apa yang berlaku di sekeliling. Cenderung mentafsir yang berlebih-lebihan dalam sesuatu perkara yang sebenarnya biasa. Sebagai kanak-kanak, mereka awal memahami konsep yang berkaitan dengan tahap perkembangan umur, seperti seks, perkahwinan, persaraan dan kematian, contohnya menanya ibunya, “Adakah mama memopause?” Reaksi yang melampau terhadap kejadian kejam, pembunuhan dan ketidakadilan. Contohnya menjadi beremosi apabila kucing di rumah mati ataupun berasa geram (indignant) dengan kes penipuan (walaupun mangsa tidak kena mengena dengannya). Menjadi “gementar dan lemah” membaca penulisan Holocaust atau peperangan. Seolah-olah menderita seperti mangsa (sifat empati dan imaginasi yang tinggi). Bekerja kuat untuk merealisasikan idea yang menarik minat mereka. Mungkin tidak tidur untuk menyiapkan kerja tertentu (Ini mungkin membawa kepada masalah tidur). Menjadi high atau terangsang dengan idea yang canggih. Sejenis bentuk sensitiviti intelektual. Minat yang kuat dan mendalam. Keghairahan emosi semasa diperkenalkan kepada magnet, prisma kaca, kompas dan lain-lain. Bercakap dengan emosi yang tinggi, bercakap cepat dan ekspresi fizikal yang banyak. Bertenaga dan aktif. Reaksi emosi yang lebih kuat. Ini mungkin menjadikan mereka lebih beremosi. Contohnya senang menjadi murung, menangis pada satu aspek tetapi juga senang berasa terangsang, terlampau gembira pada satu aspek yang lain. Perasan, contohnya menangis melihat kepada bunga yang layu semasa musim luruh. Sifat ini berkaitan dengan penghayatan dan ekspresi seni, sifat yang biasa pada penulis

19

dan pelukis. Terlibat secara emosi semasa menonton wayang gambar. Emosi yang stabil secara keseluruhan. Bersimpati dengan penderitaan orang lain. Contohnya menangis apabila menonton berita pada TV. Empati. Dapat memahami dan menerangkan perasaan orang lain. Contohnya dengan mengaitkan pengalaman sendiri. Boleh menganalisa perasaan orang lain. Sensitif kepada pemerhatian orang dewasa (bagi kanak-kanak). Memerlukan rangsangan fizikal yang berlebihan (makan terlalu banyak, keperluan sex yang tinggi, menggigit kuku). Reflektif (kecerdasan intrapersonal yang tinggi), mungkin membawa kepada sifat malu (terlalu menyedari perbezaan dan kewujudan dirinya, seolah-olah diperhatikan). Sangat memahami perasaan dan isi hati orang lain (kecerdasan intrapersonal dan interpersonal yang tinggi), seolah-olah boleh membaca maksud dan isi hati orang lain. Ini mungkin menjadikan orang lain menjadi tidak selesa semasa bercakap dengan mereka Mereka boleh menyebut perkataan pihak lain sebelum mereka sempat menyebutnya, dengan kata lain mereka boleh berfikir lebih cepat daripada orang itu sendiri. Ataupun sebaliknya, mereka seolah-olah menjadi “kaunselor” yang boleh dipercayai, sebab kebolehan mereka memahami dan menenangkan jiwa orang lain. Senang dilukai oleh komen orang lain. Benci kepada komen orang lain. Kuat berdebat untuk mempertahankan hasil dirinya ataupun melarikan diri apabila dikomen. Emosi senang terganggu oleh kejadian kecil tanpa disedarinya. Mencurigai nilai dirinya “Apakah bezanya dunia ini tanpa saya?” (berkaitan kecerdasan kewujudan / eksistensial dan moral). Mungkin membawa kepada masalah kemurungan, terutamnya kalau mereka tidak dapat mencapai standard yang ditetapkan untuk dirinya (di mana biasanya terlalu tinggi).

20

Bukan semua individu pintar cerdas menunjukkan semua spektrum ciriciri ini, tetapi banyak ciri-ciri yang ditunjukkan menunjukkan kemungkinan besar seseorang itu adalah pintar cerdas. Seperti yang digambarkan oleh ringkasan ciri-ciri ini, secara keseluruhannya mereka menunjukkan kelebihan dalam semua aspek. Kalau ibubapa dan guru tidak pasti samada kanak-kanak tersebut adalah pintar cerdas atau tidak, selalu diandaikan jawapannya adalah “ya” untuk mengelakkan terlepas pandang. Contohnya Martin Luther King bukan sahaja berkarisma, altruistik, juga memiliki kecerdasan bahasa yang tinggi (ucapannya “I have a dream”). Penyanyi John Lennon juga menunjukkan kecerdasan moral yang tinggi selain kehebatan muziknya. “His main interests were intelectual ones, although he could be a mischievous practical joker at school. He was also acquiring a love of music (Howe, ms 140).” Ini menunjukkan Einstein juga memiliki ciri-ciri seperti humor dan minat yang pelbagai. Dia membaca buku falsafah “Critique of Pure Reason” semasa di sekolah menengah lagi (klasik ini ditulis oleh Immanuel Kant dan dikenali sebagai sangat susah difahami walaupun oleh pelajar dalam bidang falsafah). Ciri-ciri mereka menunjukkan superioriti dalam segala aspek secara keseluruhan. Tetapi kita masih perlu memahami golongan pintar cerdas sebagai satu golongan yang sangat berbeza dan besar. Seperti seorang individu pintar cerdas kurang bermoral yang digambarkan dalam cerita ini, “Sir Benjamin Thompson, Count Rumford (1753-1840) was no recluse, but he certainly cared very little for his fellow men. A New England farm boy with no regular education, he raised himself by intrigue and treachery – marriage to wealthy widows, spying, political blackmail and other unscrupulous devices – to wealth and the title of Count of the Holy Roman Empire…..He is remembered now mainly for his experiment that demonstrated that heat cannot be a sort of fluid, but can be produced almost endlessly by frictional motion (Ziman, ms 74).”

21

Memerhatikan dan mengenalpasti individu pintar cerdas bukanlah susah, ringkasnya: golongan ini adalah golongan yang memperlihatkan bakat / kebolehan tinggi dan dengan itu mampu dan mungkin mencapai pencapaian yang tinggi. Ibubapa dan pengasuh perlu mengenalpasti bakat dan potensi ini.

22

___________________________________ SENSITIVITI, INTENSITI, KOMPLEKSITI DAN KETIADAKKONSISTENAN

___________________________________ Antara ciri-ciri ini, terdapat beberapa sifat yang merentasi semua cirriciri ini, seperti: 1. Sifat sensitif (perasan, senang terangsang). 2. Intensiti (kesan yang kuat, sifat yang ekstrim dan melampau). 3. Kompleksiti (rumit, pelbagai, darjah yang lebih tinggi, bergabungjalin). 4. Percanggahan sifat (tidak serasi, tidak konsisten, mengelirukan, ke dua arah yang bertentangan, seolah-olah didorong oleh dua daya yang bertentangan). Sifat kompleksiti dan ketidakkonsistenan ini adalah saling berkaitan, ia menjadikan golongan ini seolah-olah misteri dan susah difahami. Contohnya kecerdasan intrapersonal yang tinggi tapi senang terjejas konsep kendiri, ataupun konsep kendiri yang tinggi tetapi banyak beremosi, keyakinan yang tinggi tetapi selalu menganggap hasil kerjanya tidak memuaskan. Pelbagai percanggahan ini berlaku pada masa yang sama (walaupun mereka sendiri mungkin tidak menyedari percanggahan pada diri mereka). Tingkah-laku / sifat yang bercanggahan ini selalu menjadikan mereka ini seolah-olah orang yang “pelik” dan mengelirukan. Begitu juga hasil kerja mereka. Biasanya sebuah hasil kerja yang klasik selalunya disalahtafsir dan menimbulkan pelbagai kontroversi. Ini adalah satu petanda sifat kompleksiti. Penulisan mereka juga susah difahami, sebab aliran idea yang terlalu cepat “membanjiri” pembaca yang sukar berfikir secepat mereka. Aliran idea ini boleh dilihat pada ayat mereka, di mana mereka seolah-olah berfikir secara “mendesak” dan banyak idea yang berlaku serentak. Antara contoh sifat kompleksiti dan tidak konsisten ini adalah minat dan kebolehan yang pelbagai. Kadang-kadang minat ini

23

nampak bercanggahan. Thomas Jefferson selain presiden Amerika yang ketiga, juga seorang “naturalist, lawyer, educator, musician, architect, geographer, inventor, scientist, agriculturist, philologist and more (Morrow, ms 160).” Leornado Da Vinci selain menjadi pelukis, jugalah seorang ahli anatomi, pereka, arkitek, biologis, pengukir, penyajak, jurutera, geologis, ahli muzik, ahli astronomi dan ahli falsafah. Aristotle jugalah pakar logik, falsafah, biologi, astronomi, fizik dan lain-lain. Kalau kita mengkaji biografi saintis-saintis yang menonjol kita akan mendapati minat mereka adalah sangat luas termasuklah muzik, kesusasteraan, sejarah, falsafah dan lain-lain selain bidang kajian mereka masing-masing. Gerty Radnitz Cori (Nobel Prize Perubatan 1947, berkongsi dengan suaminya) membaca lima buku tebal dalam pelbagai bidang setiap minggu sehingga kesihatannya merosot dan meninggal dunia pada umur 61. Mereka bukan setakat banyak minat, malah mereka mampu berfikir merentasi bidang, contohnya mendapat ilham dan aplikasikannya dalam bidang yang lain. Idea mereka adalah bergabung-jalin dan bukan “berketul-ketul berasingan.” Ini juga digambarkan dengan sifat fleksibiliti dalam keupayaan mereka. Sifat sensitiviti dan intensiti lebih biasa diperlihatkan pada golongan yang sangat pintar cerdas, antara contoh nyata yang menunjukkan dua sifat ini adalah penulis Jean-Jacques Rousseau. Sifat mabuk kerja dan keazaman yang tekad (ada yang menganggap sifat ini sebagai kedegilan) adalah contoh-contoh sifat intensiti. Seperti yang digambarkan oleh Newton yang bekerja tanpa tidur dan Edison yang mencuba kesesuaian beribu-ribu jenis bahan untuk filamen lampu. Bagi Marie Curie, “Sleep was always one of the least necessities in the life of Maria Skldovska Curie (Burlingame, ms 88).” Anak perempuan Curie dan menantunya juga mati pada umur 50an, sebab pencemaran bahan radioaktif. Walaupun mereka telah mengenal kesan buruk radioaktif semasa itu, mereka masih kerja bermati-matian untuk kajian saintifik. Inilah harganya untuk mendapat Nobel Prize. Michael Faraday juga menghadapi masalah yang sama, “The 1820s and 1830s were a period of extreme productivity, so much so, in fact, that Faraday suffered from exhaustion, and on doctor’s

24

orders in 1840 and 1841 he cut back on his scientific endeavors (Press & Tanur, ms 122).” Antara contoh-contoh lain yang berkaitan dengan sifat intensiti ini adalah seperti: • Reaksi emosi yang kuat. Mereka juga selalu menimbulkan perasaan yang sama pada orang lain (samada suka atau benci). • Melakukan sesuatu secara berlebih-lebihan atau tidak melakukannya sekali. • Menjadi sangat pakar dan tidak faham langsung dalam bidang lain. • Memuatkan terlalu banyak isi (maklumat / konsep) semasa berkomuinikasi dengan orang lain (penulisan / percakapan). • Maruah diri yang tinggi, senang dilukai atau merendahkan orang lain dengan melukai hati mereka. Sifat degil. • Perfeksionisme. Sifat tertarik dan berasa terangsang kepada idea yang kreatif dan novel adalah sejenis bentuk sensitiviti: sensitiviti intelektual. Contoh-contoh yang lain adalah: memahami perbezaan maksud yang halus, berfikir dalam bentuk yang sangat abstrak dan, belajar dengan cepat. Mereka berespon kepada input yang tidak dikesan oleh orang biasa. Buktinya, mereka memiliki pengetahuan yang luas. Antara petanda kecerdasan tinggi adalah kosa kata dan pengetahuan yang luas. Ini berlaku sebab mereka bertindak kepada stimuli intelek dengan lebih kerap, satu proses automasi (satu proses di mana skemata dibina tanpa disedari). Ini adalah petanda sensitiviti intelektual. Mungkin apa yang paling menggambarkan sifat intensiti ini adalah ketajaman intelek mereka. Kalau mereka berminat tentang sesuatu fenomena, mereka akan berfikirkan dan seolah-olah tenggelam dalam idea itu, tidur atau makan. Ia boleh diibaratkan dengan keadaan mereka yang ketagih mainan komputer. McClintock (Nobel Prize Biologi 1983) menjawab dengan sangat tepat apabila ditanyakan kenapa dia mampu melihat sesuatu yang tidak mampu diperhatikan oleh orang lain melalui mikroskop:

25

“You are not conscious of anything else.... You are so absorbed that even small things get big… Nothing else matters. You are noticing more and more things that most people couldn’t see because they didn’t go intently over each part, slowly but with great intensity….It’s the intensity of your absorption. When you are doing something like this, the depth of your thinking is very penetrating…. Anyone who must think intensely and integrate vast amount of information to solve a problem must feel it too. The thrill comes from being intensely absorbed in the material.” (McGrayne, ms 156) Apa yang dikatakan McClintock adalah sangat penting, dia menganggap keadaan ini akan berlaku apabila seseorang 1) perlu memproses maklumat yang pelbagai, untuk 2) menyelesaikan satu masalah. Proses ini boleh dinamakan sebagai pemikiran berfokus, satu proses mendapatkan input yang pelbagai untuk menangani satu topik secara berfokus untuk masa yang lama, siang dan malam. Newton menganggap rahsianya memahami hukum alam semesta adalah dengan memikirkannya secara berterusan; Charles Darwin memikirkan Teori Evolusinya untuk banyak tahun dan menerbitkan “Origin of Species” 23 tahun selepas pelayarannya mengutip bukti. Sifat intensiti ini ditunjukkan dalam cara kerja mereka: mereka perlu menumpukan semua usaha dan masa untuk melakukan sesuatu dalam satu tempoh. Dengan kata lain mereka memerlukan pengkhususan masa dalam melakukan sesuatu. Mereka tidak suka melakukan banyak kerja yang tidak berkaitan pada satu masa. Fokus adalah sangat penting sebagai corak pembelajaran dan kerja mereka. Fokus kepada satu topik tetapi mendapat banyak input dari pelbagai sumber. Gerty Cori contohnya membaca sangat luas dan mendapat idea dan ilham dari banyak bidang yang bukan biokimia. Minat yang mendalam ini akan ditunjukkan dalam ingatan yang menakjubkan dalam bidang yang diminati oleh mereka, mereka menguasai maklumat yang susah dibayangkan oleh orang lain. keadaan ini sebenarnya bukan satu misteri. Seorang yang sangat berminat dengan bermain piano contohnya dan melatih piano saing

26

malam akan senang mengingati mainan piano lagu baru selepas mendengarinya beberapa kali. Mereka menjadi semakin sensitif kepada input muzik ini. Bagi orang yang tidak berminat atau tidak mahir piano, ingatan ini adalah satu misteri. Sebabnya adalah mudah, kalau seseorang telah banyak pengetahuan / kemahiran dalam bidang tertentu, maka dia akan menjadi semakin senang mengenal dan mengingati bahan baru dalam bidang yang sama. Ini juga berlaku kepada mereka yang meminati bola sepak, lumba kereta dan sebagainya. Ringkasnya, yang kuat akan terus menjadi semakin kuat (sifat intensiti). Kalau kecerdasan adalah sebahagian besar ditentukan secara genetik, kemahiran bukan sesuatu yang dilahirkan. Pintar cerdas atau tidak, minat dan latihan yang berterusan adalah kunci menjadi seorang pakar, dalam bidang sains ataupun seni. Genius seperti Mozart juga melatih dirinya secara berterusan dan berpanjangan sejak kecil (mungkin dipaksa oleh bapanya). “Issac Newton was described by a contemporary as having concentrated so hard that had it not been for the fact that the practical aspects of undertaking experiments forced him to get some relief from thinking he would kill himself through studying.” (Howe, ms 15) Walaupun ini memang sifat mereka, tabiat mabuk kerja dan mabuk pengetahuan yang melampau ini adalah tidak baik untuk kesihatan mereka. Tetapi mereka seolah-olah terdorong oleh daya yang tidak nampak untuk terus bekerja dan belajar sebab kepuasan intelek daripada kerja dan pembelajaran. Sifat intensiti ini juga ditunjukkan dalam kehendak membentuk persahabatan yang sangat rapat dan mendalam, atau menyimpan dendam untuk masa yang lama. Yalow (Nobel Prize Perubatan 1977) mengkritik teruk editor Jurnal “Science” sebab menolak artikelnya yang bercanggah dengan penemuan sedia ada, selepas 22 tahun kejadian ini berlaku (McGrayne, ms 345). Penggabungjalinan sifat-sifat ini digambarkan dalam cerita berikut.

27

“When Freud was about a year and a half old his mother gave birth to a second son, Julius, an event that was to have a significant impact on Freud’s psychic development. Sigmund was filled with hostility towards his younger brother and harbored an unconscious wish for his death. When Julius died at 6 months of age, Freud was left with feelings of guilt at having caused his brother’s death. Only during later years was Freud able to understand that his wish did not actually cause his brother’s death. The discovery during middle age purged Freud of the guilt he had carried into adulthood, and by his own analysis, contributed to his later psychic development.” (Feist & Feist, ms 18) Dari cerita Freud ini, kita dapat memerhatikan beberapa ciri-ciri yang disenaraikan tersebut. Freud memiliki ingatan yang tajam dan boleh mengimbas balik apakah perasaannya semasa kecil. Ingatan yang baik adalah ciri-ciri mereka yang pintar cerdas (mengingat balik apa yang berlaku semasa mereka kecil). Kadang-kadang, ingatan visual menjadikan mereka boleh “mengimbas” kembali situasi yang telah berlaku, dan berfikirkan / mendengar balik dialog yang telah berlaku dengan lanjut. Kecerdasan moral dan sifat sensitifnya yang tinggi menjadikan Freud berasa bersalah. Dia sensitif kepada perasaan sendirinya (pertama, perasaan bersalah semasa kecil dan keduanya, menyedari impak insiden ini kepada perkembangan dirinya). Ini adalah satu petanda kecerdasan intrapersonal yang tinggi. Kecerdasan yang tinggi memungkinkan dia mengaitkan kematian adiknya dengan niat (sesuatu yang abstrak), walaupun pengaitan ini tidak betul. Sifat intensiti menjadikannya berasa bersalah sehingga pertengahan umur! Pemahaman yang tinggi digambarkan penggabungjalinan konsep dalam teorinya, satu lagi sifat yang biasa kepada golongan pintar cerdas, iaitu sifat kompleksiti. Sifat intensiti dan kompleksiti ini jelas dilihat pada ahli falsafah J. P. Sartre, menurut isterinya Simone de Beouvoir, Sartre selalu inginkan memahami segala-galanya yang berlaku, tidak pernah berhenti berfikir dan banyak kali menyatakan

28

tujuan hidupnya hanyalah satu: menulis dan berfikir. Beouvoir (juga seorang ahli falsafah dan aktivis feminisme) menggambarkan Sartre sebagai mesin berfikir. Disebabkan perkembangan mereka yang luar biasa, keluk perkembangan mereka juga mungkin agak berbeza dengan orang biasa, pembelajaran terpendam adalah biasa (tetapi bukan luar biasa bagi kanak-kanak biasa juga). Rujuk kepada kisah benar berikut, adakah cerita ini mengingatkan anda kepada cerita seorang tokoh saintis? “Other (gifted) children develop psychological problems in environments hostile to their gift. Carlos didn’t speak until he was three and a half years old, but when he did, he spoke in the complete sentences of a much older child. His mother, Debbi, who had been told her son might be autistic or retarded, couldn’t believe a tester’s diagnosis that he was actually gifted, so she brought home twohundred-piece puzzles to see what he could do. Carlos put the puzzles together, starting from the center and working out. With incredible speed, he soon learned to read and write. His older brothers liked to tease him with math problems such as simple algebra or finding squares, Carlos teased back by figuring out the answers.” (Davidson & Davidson, ms 82) Cerita ini merangkumi dua konsep yang penting, salah diagnostik dan pembelajaran terpendam. Percaya atau tidak, bukan luar biasa kanakkanak pintar cerdas didiagnostik secara silap sebagai terencat akal. Ini terutamanya berlaku bagi individu yang melampau pintar cerdas (mereka adalah mengelirukan sebab mereka terlalu berbeza dengan orang lain, pengeliruan ini adalah berkait rapat dengan sifat kompleksiti). Biasanya pelajar yang pintar cerdas sedikit adalah yang paling cepat dikesan oleh guru; sebaliknya yang terlampau pintar cerdas dianggap biasa tapi “berlainan”. Menurut kenalan Dorothy Hodgkin (Nobel Prize Kimia 1964), “You weren’t made to feel she was special, although you knew she was – very (McGrayne, ms 245).”

29

Keadaan kekeliruan ini juga digambarkan dengan hakikat banyak ibubapa yang salah anggap anak mereka sebagai pintar cerdas. Cerita Carlos ini sebenarnya mirip kepada cerita Albert Einstein. Beliau bukan sahaja lambat bercakap, juga lambat berjalan semasa peringkat kanak-kanak, sehingga ibubapa berasa bimbang adakah anak mereka kerencatan akal. Tetapi apabila beliau bercakap dia boleh bercakap dalam ayat yang kompleks. Pembelajaran terpendam ini menjadikan mereka seolah-olah mengatasi kelemahan atau masalah pembelajaran yang mengganggu mereka sebelum ini secara mendadak dan mengatasi orang lain dengan cepat. Keluk pembelajaran yang curam ini akan menjadi landai selepas seketika, satu manifestasi sifat intensiti dan kompleksiti. Pada umur 13 tahun, keadaan ini berlaku lagi, “His mother, a capable pianist, had arranged for him to have lessons from the age of six. For years the child made very little progress, but at thirteen he suddenly acquired a passion for Mozart’s sonatas, and leaped forward…… His much-admired expertise at playing violin gave him enjoyment throughout his life.” (Howe, ms 140) Fenomena pembelajaran terpendam ini berlaku bukan setakat akibat perubahan pada minat semata-mata, walaupun tidak dapat dinafikan motivasi memainkan peranan yang sangat penting dalam perkembangan individu pintar cerdas. Mereka mungkin benci kepada sesuatu bidang subjek yang mereka sebenarnya sangat berbakat atas sebab yang tertentu. Fenomena ini juga berlaku kepada genius yang lain seperti Kant dan Thomas Edison. Apabila Einstein ditanya kenapa dia lambat bercakap semasa kecil, dia menjawab, “saya tidak mencuba!” Pembelajaran terpendam ini juga digambarkan dalam domain emosi mereka. Ini bermakna mereka tidak memahami / menyedari perasaan seperti suka, benci ataupun kecewa pada biasa, perasaan ini akan tiba-tiba muncul dengan intensiti yang teramat tinggi seperti perasaan rindu dan kekecewaan yang teramat sangat secara mendadak. Selepas seberapa lama, perasaan ini akan terpendam

30

lagi. Fenomena ini dan emosi yang bergelora adalah berkaitan sifat sensitiviti dan kompleksiti. Sebagai ibubapa atau guru kepada anak pintar cerdas yang sensitif, kita perlu berhati-hati semasa berinteraksi dengan mereka. Kecerdasan yang tinggi dan sifat yang sensitif menjadikan mereka senang dilukai dan perasan. Psikologis Abraham Maslow menjadi seorang yang tidak percaya kepada Tuhan dan agama sebab ibunya mengancamnya dengan hukuman dari Tuhan. Ini menjadikan asas kepada teorinya yang menegaskan manusia sendiri akan mencapai penyempurnaan diri. “Maslow’s personal life was filled with pain, both physical and psychological. As an adolescent, he was terribly shy, unhappy, isolated, and self rejecting. His love for Bertha made him miserable because he did not know how to act or what Bertha felt toward him. Those problems were solved by his marriage, but he continued to be painfully shy. He was terrified of public speaking and was past age 50 before he was able to overcome some of his stage fright.” (Feist & Feist, 493) Sifat sensitif ini adalah biasa dijumpai pada psikologis. Sifat sensitif ini mungkin menunjukkan diri dalam bentuk sikap segan dan malu. Sifat malu ini juga berlaku kepada Rene Descartes, yang mendapat nama daripada penulisannya tetapi takut kepada “limelight” dan perhatian orang lain mengenai peribadinya. Dia selalu menjauhkan diri daripada orang lain. Descartes mengelakkan sebarang perdebatan dan tidak membalas kepada sebarang kritikan terhadap hasil kerjanya. Ini menjadikan dia seolah-olah misteri bagi mereka yang sezaman dengannya. Sesetengah ciri seperti reaksi emosi yang kuat menggambarkan beberapa sifat ini. Semua ciri-ciri ini sebenarnya berkait rapat, contohnya perkembangan intelek yang tinggi menjadi asas atau penyokong kepada perkembangan (penaakulan) moral. Penggabungjalinan sifat-sifat ini juga dapat dilihat pada penulis dan ahli seni yang menunjukkan sifat sensitif dan kreativiti pada masa

31

yang sama. Mereka mungkin melihat dunia ini secara berbeza dengan orang lain. “Einstein is emerging from these documents as a man whose unsettled private life contrast sharply with his serene contemplation of the universe. He could be alternately warm-hearted and cold; a doting father, yet aloof; an understanding, a difficult mate, but also an egregious flirt. Deeply and passionately concerned with the fate of every stranger. Wrote his friend and biographer Philipp Frank, he ‘immediately withdrew into his shell’ when relation became intimate. Einstein himself resisted all efforts to explore his psyche, rejecting, for example, a Freudian analyst’s offer to put him on the couch.” (Golden, ms 92) “But even ardent Jeffersonians admit that the man was an insoluble puzzle. The contradictions in his character and his ideas could be breathtaking. The author of the Declaration of Independence (“All men are created equal”) not only owned and worked slaves at Monticello but also may have kept one of them, Sally Hemings, as a mistress - allegedly fathering children with her but never freeing her or them…… Jefferson was an elitist who dislike elites; a humorless man whose favorite book were Don Quixote and Tristram Shandy, a soft-spoken intellectual given to violent, inflammatory language…… Both liberals and conservatives claim him as their own.” (Morrow, ms 158) Dalam contoh Einstein, dia dikatakan ramah dan juga bersikap dingin. Keadaan ini adalah boleh diterangkan: dia adalah seorang yang ramah pada biasanya, tetapi menjadi dingin dan menjauhkan orang lain apabila berfikirkan sesuatu secara serius (Sifat intensiti dan kompleksiti). Louis Pasteur (1822-1895), telah meminta keluarganya supaya nota eksperimennya tidak didedahkan kepada orang ramai

32

selepas kematiannya. Selepas dikaji notanya, didapati terdapat banyak percanggahan antara data eksperimen dan hasil yang diterbitkannya. Pasteur telah mencapai kesimpulannya berdasarkan kepercayaan subjektif dan intuisinya (Press & Tanur, ms 147). Walaupun dituduh terlibat dalam penipuan akademik. Kini telah dibuktikan idea-idea Pasteur adalah betul walaupun dia sendiri mungkin tidak membuktikannya secara eksperimen. Andaian Pasteur bukan diambil dari imaginasi atau khayalan tidak berasas, tetapi dari pengalaman eksperimen berpanjangan, pemerhatian dan pemahamannya yang luar biasa sebagai seorang saintis. “Dunia saya adalah dalam bentuk abstrak. Saya merasakan diri saya seorang yang lemah dan terasing dari dunia yang nyata dan praktikal ini. Orang lain memandang saya sebagai sangat berjaya, mungkin mereka adalah benar. Tetapi saya merasakan diri saya hidup di dunia yang lain. Kontrast yang nyata antara dua ekstrim ini melemahkan jiwa saya.” Senario bayangan ini menggambarkan dunia dalaman seorang individu pintar cerdas yang agak sunyi. Keadaan ini jelas menggambarkan sifat kompleksiti atau percanggahan yang ada pada mereka. Ayat yang terakhir juga menggambarkan sifat sensitiviti. Banyak yang menganggap golongan ini menunjukkan banyak ciri yang tidak konsisten dan seolah-olah bercanggahan sesama sendiri. Ini menjadikan mereka nampak sukar difahami dan tingkah laku mereka tidak boleh dijangka. Ini adalah apa yang difahami oleh orang lain. Dunia dalaman mereka sendiri tidak kurangnya sifat percanggahan ini! Mereka mungkin sangat reflektif, suka berfikir panjang dan imaginatif tapi sukar bertindak; pada masa yang sama mereka nampaknya sukar mengawal impuls dan berasa terdesak untuk melaksanakan idea yang tertentu pada masa yang lain, seolaholah idea itu sangat memberangsangkan. Seorang pintar cerdas yang menunjukkan pemikiran matang dan bernas mungkin bertingkah-laku kebudak-budakan (sifat humor). Sifat

33

yang bercanggahan ini menjadikan mereka dikatakan “bertindak akibat daya yang bercanggahan”. Sifat yang bercanggahan ini menjadikan mereka nampak seolaholah misteri dan susah difahami, sebahagian misteri ini adalah pertimbangan dan dorongan mereka yang berbeza dengan orang biasa dalam tingkah laku dan pembuatan keputusan mereka sendiri. Kawan dan rakan Einstein selalu menggunakan perkataan “magik” untuk menerangkan personalitinya (Hammond, ms 216). Bagi Christiane Volhard (Nobel Prize Perubatan 1995), “One of her scientific strenghts is her artist’s eye. Colleagues call her a blend of ambition and self-criticism, of brusqueness and generosity (McGrayne, ms 384).” “I’m moody. Sometimes I have depressed mood, and then I’m very enthusiastic again…It’s sometimes difficult for people who worked with me…I would exaggerate in both directions. I’d get very excited about things, and then very negative about things, and neither would be totally justified (Ibid, ms 401).” Bagi Mahandas Ghandhi pula, “Saints are hard to live with, and this one’s personal habits were decidedly odd. Mondays were ‘days of silence,’ when he refused to speak. A devoted vegetarian, he indulged in faddish dietetic experiments that sometimes came near to killing him. He eschewed all spices as a discipline of the senses. He napped everyday with a mud poultice on his abdomen and brow. He was so insistent on absolute regularities in his daily regimen that he safety-pinned a watch to his homespun dhoti, synchronized with the clock at his ashram.” (McGeary, ms 118) Jelasnya Ghandhi ada pertimbangannya sendiri yang unik dan tidak berkongsi dengan orang lain. Sifat bercanggahan ini memang jelas

34

dilihat pada perkembangan mental mereka yang tidak selari dengan perkembangan fizikal, sehingga pengkaji menamakannya “unsynchronized development”. Percanggahan ini juga jelas dilihat pada domain intelek sesetengah golongan pintar cerdas ini. Mereka mungkin sangat maju pada pemikiran abstrak tetapi tidak boleh menyelesaikan masalah praktikal harian yang biasa, seperti menguruskan dirinya. Contohnya Albert Einstein benci ke sekolah dan dianggap “lambat” oleh gurunya sebab dia susah menghafal dan tidak boleh memberi jawapan yang jelas apabila disoal. Satu petanda sifat kompleksiti dalam perkembangan intelek (mengelirukan=kompleksiti). Mereka biasanya tidak berminat menerangkan tingkah laku mereka sendiri, mungkin sebab berasa kecewa dengan masalah komunikasi yang dihadapi: orang lain tidak akan memahami. Mereka sendiri sukar memahami apa yang difikirkan dan perasaan orang biasa, “It is not easy for Einstein to emerge from his inner isolation and to realize the way in which the ordinary man speaks and thinks (Hammond, ms 217).” Mereka seolah-olah pemerhati seperti seorang anthropologis sunyi yang cuba memahami dan memberi rasional kepada dorongan, perasaan dan sebab tingkah laku orang biasa. Kalau mereka terlalu berlainan dengan orang lain, mereka terpaksa memahami orang lain dengan membentuk rangka skema untuk menerangkan tingkah laku orang lain. Bagi mereka yang tinggi kecerdasan inter / intrapersonal, mereka menjadi psikologis yang luar biasa dalam proses ini. Seorang pengkaji susah mengkaji dirinya, sebab mereka telah biasa dengan dirinya. Kita tidak boleh nampak sesuatu corak kalau kita berdiri di depan atau mata kita berada terlalu dekat dengan corak itu. Kita perlu berundur dan mengekalkan satu jarak untuk membolehkan kita mengenalpasti corak itu, dan menerangkan kepada orang lain. Manusia memahami orang lain dengan memahami diri kita terlebih dahulu. Contohnya kita memahami perasaan kecewa seorang yang kehilangan dompet sebab kita pernah mengalami kehilangan sebelum ini. Konflik dan kekeliruan berlaku apabila mereka tidak boleh memahami perasaan orang lain dengan memahami diri. Mereka susah memahami orang biasa sebagaimana orang biasa susah memahami mereka. Mereka hidup dalam kalangan orang ramai tetapi

35

mereka adalah sunyi dan keseorangan dalam jiwa, sebagaimana seorang yang autistik. “Asked if she was bitter at having to wait so long for recognition, she took pains to explain, ‘No, no, no. You’re having a good time. You don’t need public recognition, and I mean this quite seriously…. It’s a good thing that it happened so late in life. Otherwise, it would have interfered with my work.” (McGrayne, ms 173) Ini adalah perasaan McClintock selepas mendapat Nobel Prize Perubatan pada 1983. Genius adalah satu golongan yang sangat berbeza sesama mereka sendiri. Banyak yang tidak mencapai apaapa yang luar biasa dalam hidup mereka, tanpa menyedari kelebihan dan potensi sendiri sebagai seorang yang pintar cerdas; banyak juga yang bercita-cita tinggi semasa remaja lagi dan yakin mereka adalah seseorang yang luar biasa. Banyak yang sangat produktif sepanjang hayat; banyak juga yang hanya menghasilkan satu magnum opus dalam hidup mereka sebab sikap perfeksionisme dan gaya kerja mereka yang teliti dan lambat (produktiviti sepatutnya merujuk kepada kualiti bukan kuantiti). Ada yang dianggap prodigi semasa kecil lagi; tidak kurang juga apa yang kita namakan “late-bloomer”. Ada yang kuat cemburu, mengejar penghargaan dan pengiktirafan orang lain; ada juga yang langsung tidak berminat dengan anugerah seperti McClintock, melakukan kajian demi kepuasan intelek semata-mata. Walaupun kepelbagaian ini, tingkah laku dan sifat mereka boleh diterangkan dalam konteks psikologi pintar cerdas. Katakanlah kita membandingkan dua orang yang pintar cerdas ini: Newton dan Leibniz, mereka adalah pesaing sebagai pengasas calculus (pada masa yang lebih kurang sama, dengan cara yang berbeza). Mereka adalah sangat berbeza, tetapi perbezaan ini adalah boleh difahamkan dalam konteks psikologi pintar cerdas. Newton menjadi menonjol semasa di Cambridge pada umur lebih kurang 19 tahun (perkembangan tidak sekata, sifat kompleksiti); Leibniz sebaliknya adalah seorang prodigi dan menjadi terkenal semasa kecil lagi. Kedua-duanya memiliki minat yang luas (kompleksiti, potensi

36

yang pelbagai). Newton terkenal sebagai ahli matematik dan fizik. Leibniz walaupun seorang pereka (mesin mengira) dan ahli matematik juga, tetapi dia lebih dikenali sebagai ahli falsafah. Newton juga sangat meminati karya Aristotle, tetapi dia tidak pernah mencapai sesuatu dalam bidang falsafah ini. Newton terkenal sebagai seorang yang dingin, tidak suka bersosial, panas baran dan hipersensitif kepada kritikan orang lain (sifat sensitiviti dan intensiti). Dia akan membalas kritikan dengan reaksi yang ekstrim. Sebaliknya Leibniz adalah toleran, lemah-lembut dan bersopan (perkembangan moral dan afektif yang tinggi). Perbincangan setakat ini tidak menegaskan semua individu adalah sama dalam personaliti. Tetapi walaupun perbezaan ini, sifat mereka adalah boleh difahami dengan apa yang kita faham tentang psikologi mereka. Mereka secara keseluruhannya berkongsi beberapa sifat yang umum (tetapi tidak semestinya). Akhirnya, perlu diterangkan yang berikut: sifat sensitiviti adalah sejenis bentuk intensiti juga, iaitu intensiti dalam emosi dan perasaan. Pada masa yang sama, kompleksiti adalah satu bentuk intensiti juga, iaitu intensiti dalam organisasi, corak, darjah, struktur dan bentuk.

37

____________________________________ ZAMAN KANAK-KANAK

____________________________________ Anak anda nampak selalunya serius, tidak suka bergaul dan main dengan kanak-kanak yang lain. Apabila ditanya, dia menjawab “Saya tidak suka kepada kanak-kanak.” Apakah reaksi anda? Ini adalah apa yang berlaku kepada George Elliot (seorang penulis yang nama sebenarnya Mary Ann) semasa kecil. Kanak-kanak sebegini suka membincangkan isu yang “berat” seperti diskriminasi dan ketaksamaan sosial. Mereka terlalu matang berbanding rakan sebaya (tetapi bersifat keanak-anakan pada masa yang lain, pada aspek yang lain; satu manifestasi sifat kompleksiti). Zaman kanak-kanak merupakan tahap yang penting kepada perkembangan seseorang. Kanak-kanak yang pintar cerdas memperlihatkan keunikan mereka pada tahap ini lagi, bergantung kepada perbezaan individu yang pintar cerdas tersebut. Ibu ahli ekonomi Maynard Keynes berasa sangat bimbang bahawa anaknya terlalu kuat menggunakan otak sebelum Keynes mencecah umur dua tahun lagi (menghalang Keynes menggunakan otak yang akan memberi masalah emosi kepada Keynes sebenarnya!). Tahap tenaga dan tumpuan yang tinggi, sifat ingin tahu dan minat kepada mainan yang mencabar intelek (mainan kad, blok, plastisin) adalah biasa. Berikut adalah kenangan zaman kanak-kanak ahli fizik Rosalind Franklin: “As a child, Rosalind felt discriminated against because she was a girl. She thought her family did not understand her and remembered her childhood as a tense struggle for recognition. Because she did not like ‘lets play pretend’ games and detested dolls, her parents found her ‘practical and unsentimental…. Literal-minded and not imaginative.’ She preferred making things - sewing, carpentry, and Meccano building sets. While her mother praised Rosalind’s ‘exquisitely neat embroidery’ and a ‘beautifully-planed’ coin

38

cabinet, her analytical mind was harder to be recognized.” (McGrayne, ms 307) Cerita ini tidak bererti semua individu pintar cerdas tidak suka kepada main sosial semasa kecil. Cerita ini memperlihatkan konflik pertama yang mereka perlu hadapi. Sebagai anak yang pintar cerdas bermakna mereka adalah tidak tipikal, dan berbeza dari segi perkembangan. Perbezaan mereka dengan jangkaan budaya sendiri menjadi sejenis konflik. Walaupun perlu ditegaskan pengalaman Rosalind bukan pengalaman yang dikongsi bersama antara semua individu pintar cerdas. Cerita Rosalind diketengahkan untuk menunjukkan kepelbagaian kepintarcerdasan. Kepintarcerdasan adalah sesuatu yang menentang stereotaiping, ia memanifestasikan diri dengan sangat berbeza dari individu ke individu yang lain. Ini sebenarnya adalah teras buku ini: memahami kepelbagaian kepintarcerdasan dan menghargai / menerima kepelbagaian ini. Semasa peringkat kanak-kanak, mereka biasanya suka bermain dan stabil dari segi emosi. Permainan menggalakkan perkembangan intelek, pada masa yang sama kanak-kanak yang cerdik juga lebih berminat bermain dan mencarikan peluang untuk bermain. Dengan kata lain, persekitaran yang kaya menggalakkan perkembangan intelek, sebaliknya mereka yang tinggi perkembangan juga lebih mencarikan persekitaran yang kaya dan kompleks. Kanak-kanak melalui tiga peringkat perkembangan semasa bermaian: 1) penerokaan, 2) penguasaan dan 3) penghayatan. Contohnya pada peringkat penerokaan, seorang kanak-kanak mencampak blok untuk memahami apa yang akan berlaku kalau blok itu dicampak. Pada peringkat penguasaan, dia akan menyusun blok-blok menjadi satu baris. Pada peringkat ketiga, peringkat penghayatan, dia dapat menggunakan kemahiran yang diperoleh di peringkat penguasaan untuk merekacipta secara bebas. Kanak-kanak yang pintar cerdas mencapai peringkat penghayatan dengan cepat berbanding kanakkanak lain. Dalam mainan blok, peringkat penghayatan ini digambarkan dengan pembinaan dan reka cipta untuk menyampaikan kreativitinya. Contohnya Petronas Twin-Towers.

39

Bagi mereka yang imaginatif dan sensitif, mereka mengembangkan rakan bayangan (imaginative playmate). Rakan ini juga boleh dalam bentuk patung yang diberikan personaliti dan cita rasa (rekaan kanak-kanak sendiri). Rakan bayangan ini akan hilang apabila melepasi tahap tertentu, dan ia mungkin berkembang menjadi percakapan dalaman (“inner talk” atau “self talk”) pada peringkat dewasa. Bagi kebanyakan orang, percakapan dalaman ini adalah biasa pada setiap hari, contohnya “Saya agak popular pada hari ini”, “Adakah baju ini sesuai dengan saya?” Tetapi, bagi segelintir golongan pintar cerdas, percakapan ini adalah berpanjangan, seolah-olah benar dan dalam bentuk dialog sesama sendiri (atau dengan seorang yang dibayangkan atau kenal). Mereka seolah-olah meluahkan isi hati kepada diri sendiri. Keadaan ini mungkin disebabkan masalah sosial yang dihadapi (mereka tidak ada kawan yang boleh memahami mereka sendiri), kecerdasan intrapersonal dan daya imaginasi yang tinggi. Ia mungkin satu bentuk mekanisme untuk mengurangkan tekanan. Bentuk dialog mungkin dalam kaedah didaktik Socrates: persoalan. Masalah berlaku apabila kadang-kadang, mereka susah menentukan samada percakapan ini pernah berlaku dalam realiti ataupun hanya berlaku dalam minda (rujuk bahagian Masalah Komunikasi bab 5). Mainan selain menjadi pembelajaran kanak-kanak, jugalah cara untuk kita memerhatikan tingkah-laku pintar cerdas seperti yang digariskan. Berbeza dengan mainan konvergen / bertumpu seperti puzzle, mainan divergen / bercapah seperti plastisin dan blok membantu perkembangan kreativiti. Mainan konvergen bermakna mainan dengan hanya satu penyelesaian yang telah ditetapkan, contohnya aparatus Montessori dan puzzle. Mainan divergen pula bermaksud pemain boleh melakukan pelbagai kemungkinan, tanpa adanya salah dan betul. Kalau kita mengkaji biografi individu pintar cerdas yang memberi banyak sumbangan, kita akan mendapati pengalaman semasa kecil samada positif ataupun negatif memberi kesan yang mendalam terhadap perkembangan mereka. Walaupun mereka mengasah intelek mereka pada zaman remaja, minat mereka mungkin terbentuk semasa zaman kanak-kanak. Kualiti keibubapaan menjadi isu di sini. Bagi

40

Frederick Banting yang mengeluarkan insulin untuk mengubati diabetes (Nobel Prize 1923 dlm perubatan / fisiologi), “The Banting family lived on a farm in Allison, Ontario, where the boys helped take care of the farm animals and with other chores. Whenever an animal on the farm died, part of the boys’ duties was to learn the specifics of what killed the animal so that it could be prevented from happening again.” (Stone, ms 9) Eugenie Clark, pengkaji ikan yang dikenali sebagai Shark Lady, berminat terhadap ikan semasa kecil sebab ibunya perlu bekerja pada pagi Sabtu dan menempatkan Clark di New York Aquarium yang berdekatan dengan tempat kerjanya. Selepas itu, rumahnya penuh dengan akuarium dan pelbagai jenis ikan. Einstein mula berminat tentang sains apabila diberikan sebuah kompas oleh bapanya semasa zaman kanak-kanak, Einstein menyedari hakikat jarum kompas selalu bergerak menuju ke utara ada sebabnya. Ini seolah-olah satu rahsia alam semesta yang mencabarnya mencarikan sebab di sebalik misteri kompas tersebut. Dorothy Crowfoot Hodgkin menerima hadiah harijadi yang mengubah hidupnya, “Molly Crowfoot bought her a children’s book by the Nobel Prize-winning physicist William Henry Bragg. In it, he described how he could shine X ray through a crystal to discover the arrangement of its atom.” (McGrayne, ms 230) Selepas Dorothy sendiri menjadi seoarang ahli kimia, dia menyempurnakan teknik ini dan memenangi Nobel Prize Kimia pada 1964. Sebagai ibubapa, adakah anda memberi pengalaman yang sebegini kepada anak anda? Pengalaman begini tidak terhad kepada sains semata-mata, boleh jadi dalam bidang lain seperti keusahawanan dan kewangan, seperti apa yang berlaku kepada penulis “Rich Dad, Poor Dad”. Banyak tokoh yang memberi sumbangan besar kepada bidang ilmu memiliki pengalaman yang menjadikan mereka dedikasi

41

kepada penemuan luar biasa semasa dewasa. Pengalaman sebegini sebenarnya boleh diberikan oleh ibubapa yang sensitif dan memahami. Masalah berlaku apabila ibubapa terlalu mendesak anak yang pintar cerdas dan mengabaikan perkembangan keseluruhan, seperti yang berlaku kepada pengasas cybernetics, Nobert Weiner dan seorang lagi yang sezaman dengannya William Sidis (kedua-duanya prodigi). Walaupun ini mungkin memberi nama kepada anak semasa kecil lagi sebagai prodigi, ini akan memberi kesan tragik kepada anak: masalah penyesuaian semasa peringkat dewasa. Perhatian orang ramai dan liputan media sendiri memberi kesan yang negatif kepada perkembangan anak pintar cerdas. Mungkin ibubapa ini berasa kecewa dengan dirinya yang dinafikan peluang sebagai pelajar dan tidak mencapai apa-apa yang luar biasa pada peringkat dewasa. Ini menjadikan mereka terlalu menaruh harapan pada anak untuk menebus kekecewaan mereka sendiri. Mereka mendukung ideologi pendidikan sendiri dan tidak sabar untuk membuktikan idea mereka dengan anak sendiri. Tetapi pada masa depan, anak mereka yang perlu menderita akibat tindakan bapa mereka.

42

____________________________________ MENGENALPASTI INDIVIDU PINTAR CERDAS

____________________________________ Kita telah memahami ciri-ciri kanak-kanak pintar cerdas, tetapi kita masih belum memahami apakah maksud pintar cerdas dalam konteks kajian tentang kecerdasan. Ini akan dibincangkan dalam bab 2. Mungkin anda menyakini anak anda adalah sangat cerdik, tetapi secerdik mana adalah dianggap pintar-cerdas? Adalah susah menentukan secerdik mana yang boleh dianggap pintar cerdas. Ia bergantung kepada kriteria yang digunakan, biasanya IQ 140 ke atas dikatakan sebagai pintar cerdas. Ini bukan semestinya, persentil atau kedudukan seseorang berbanding orang lain lebih penting daripada markah itu. Walau bagaimanapun, janganlah kita mengenalpasti kanak-kanak pintar cerdas dengan hanya bergantung kepada markah IQ semata-mata. Seorang guru yang baik perlu prihatin dan cekap memerhatikan anak muridnya. Asas untuk mengenalpasti kanak-kanak pintar-cerdas adalah dengan mengenalpasti ciri-ciri kanakkanak pintar-cerdas yang ada pada anak murid. Mengenalpasti ciri-ciri kanak-kanak pintar-cerdas adalah langkah pertama yang paling penting untuk kita memahami dan mengenalpasti kanak-kanak pintar-cerdas. Biografi-biografi yang ditulis banyak yang suka membentuk imej pahlawan atau seseorang yang istimewa dan luar biasa. Bahasa yang mengagung-agungkan tokoh tertentu seperti “She was, after all, a living legend in her own lifetime (Rensberger dlm Hammond, ms 37),” bahasa dan kenyataan sebegini sebenarnya menjadikan kita terpengaruh dan susah memahami personaliti mereka secara tepat. Bacakan petikanpetikan biografi yang berikut dan mengenalpasti ciri-ciri pintar cerdas serta sifat-sifat tingkah laku pintar cerdas seperti yang diterangkan sebelum ini. Pseudonim A, B, C dan sebagainya digunakan, cuba teka siapakah tokoh yang dimaksudkan? A. “Her emotions were deep, her devotions passionate, and her will strong enough to the point of stubbornness. She adored her family, was willing to make any sacrifice for a brother or sister, and suffered 43

agonies of homesickness when she was away from the family hearth. Yet she was not morbid or perverse, rarely angry, seldom introspective, and never self-centered. In spite of the considerable importance that her quick intelligence and high scholarship gained for her, she was without a trace of egotism or conceit… Anything to do with physics and chemistry wholly engrossed her… In the course of the mysterious passage called adolescence, while her body was transformed and her face grew finer, A suddenly became lazy. Abandoning the school-books, she tasted, for the first and the last time in her life, the intoxication of idleness.” (Burlingame, ms 85-87) B. B adalah permalu dan sensitif, tetapi dia menjadi tabah dan menegaskan pendiriannya semasa dewasa……Mereka semua menasihatkannya mematikan niat ini sebab tentangan dari orang ramai dan tidak mungkin terdapat sekolah perubatan yang akan menerima pelajar perempuan. Semua halangan ini hanya menjadikannya lebih tekad dengan azamnya (Stone, ms 36-37). C. “In his boyhood, his intellectual power seemed dominated by his emotions. In school he was far from the top of his class; his marks were little better than average. Perhaps one reason for this was his teacher’s annoyance at the boy’s constant interruptions……his homesickness was so acute that he had to abandon his project and go back to Arbois. This was an early foreshadowing of the conflict that endured in C as long as he lived, between his affections - his urgent emotional sensibilities - and the hard inexorable work that deep scientific research demanded of him……it is so that we see him on one of the great days of his life running down the corridor from the laboratory, embracing the first person he met, shouting, “I have it, I have it,” and pulling this startled acquaintance out into the garden to tell him the extraordinary story of his first great discovery… He would not vivisect a dog, for example, without anesthesia - a technique rarely practiced by contemporary experimenters. When one of his treatments to prevent hydrophobia in a child who had been bitten failed because she had no taken it in time, he burst into tears. When he visited hospitals, the conditions he saw recurred to him in nightmares and visions that kept sleeps away.” (Burlingame, ms 5768)

44

D. “But D was more than a scientist. He was also a dedicated humanitarian, who wrote as much about ethical and social issues as about science… D was, for instance, absent-minded. His wife, Elsa, used to bundle him up in his overcoat and leave him in the foyer, only to find him standing there a half hour later, lost in thoughts. Attending a reception, D busied himself scribbling equations, then stood when the speeches ended and joined in the general applause, not realizing that the guest were applauding him… His colleague Leopold Infeld wrote that D was the only scientist he worked with who cared solely for the content of scientific discoveries and not at all for whether he had made them……. Yet for all his detachment and steely will, he was, by all accounts, extraordinarily warm…. The ashes were scattered at an undisclosed location so that none could make a pilgrimage to his grave.” (Hammond, ms 212-218) E. E telah mencipta alatan untuk mengukur denyutan impuls dan mendapat pujian profesornya yang sebelum ini kecewa dengan kehadirannya yang lemah dan sikap suka berdebat apabila dia hadir ke kelas. Tetapi semasa 1585, profesor yang tidak suka kepada sikapnya memberhentikan biasiswanya, maka E terpaksa berhenti sebelum mendapat ijazah pertamanya... E tidak memandang tinggi kepada ahli fakulti lain yang berpegang kepada Aristotelian, yang menganggap ajaran Aristotle adalah tidak boleh dinafikan… Dia telah menjalankan eksperimen di Tower of Pisa – untuk membuktikan idea Aristotle adalah silap… E didapati bersalah sebab berpegang dan mengajar idea Corpernicus, dia dipaksa mengakui kesalahannya di khalayak ramai dan dipenjarakan (Press & Tanur, ms 61 - 64). F. “Utterly uninterested in appearances, she ignored all the feminine conventions of the day. She was messy, unfashionable, and comfortable. She was also loving, utterly unselfish and friendly. A famous contemporary thought she was ‘warm like a loaf of bread’… Thirteen years after getting her doctorate, at age thirty-nine, she could lecture legally under her own name, although still unpaid… She didn’t have much money, but also she didn’t care….. Her cheerfulness and simplicity. Her ability to ignore everything that was unimportant in life…… She saw the connections between things that people hadn’t realized were connected before. She was able to

45

describe in a unified manner many ideas that people had thought were different. She saw the underlying similarities……Table manners were never her strong points; she sometimes drooled……she was a person who did not mind criticism…she was kind but often naïve and thoughtlessly frank. Her bragging also irritated people.” (McGrayne ms 64-81) G. “In private he could be kind and friendly, and spoken of with love and devotion by many pupils and colleagues. His causes were often silly, his outrageous remarks often childish attempts to shock, and his quarrels with authority were mere quixotic sallies without deep significance; but one could not help enjoying and admiring the wit, the learning, the hard sense and perverse logic with which he would pulverize his opponents. Behind the enfant terrible lay a shy and sensitive personality, for whom aggression was the only sure defense.” (Ziman, ms 88) Tokoh-tokoh: A. Marie Curie. B. Elizabeth Blackwell: doktor perubatan Amerika wanita yang pertama, mengasaskan Women’s Medical College of the New York Infirmary. C. Louis Pasteur. D. Albert Einstein. E. Galileo Galilei. F. Emmy Noether, ahli matematik wanita German yang membantu Einstein menyelesaikan bahagian matematik dalam Teori Relativiti Umum. G. J. B. S. Haldane, saintis.

46

___________________________________________ KAJIAN TERMAN DAN CIRI-CIRI INDIVIDU PINTAR CERDAS

____________________________________ Apa yang kita faham tentang golongan pintar cerdas adalah sebahagian besarnya datang dari kajian Lewis Terman dari Universiti Stanford. Kajian longitudinal ini dijalankan pada 1920-an terhadap 1528 subjek (pintar cerdas) dari peringkat kanak-kanak sehingga peringkat dewasa mereka. Jurang IQ peserta adalah 130-190, purata adalah 140. Pada hari ini, Terman telah meninggal dunia dan peserta kajian ini juga pada umur yang tua. Laporan kajian masih dikeluarkan oleh rakan Terman selepas kematiannya. Bercanggah dengan kepercayaan orang ramai pada masa itu yang menggambarkan golongan ini sebagai lemah dari segi fizikal mahupun sosial; dapatan Terman menunjukkan golongan pintar cerdas ini secara keseluruhan menunjukkan kelebihan mereka dalam semua domain perkembangan seperti intelek, sosial, emosi, fizikal, kreativiti, moral / nilai dan personaliti semasa kecil, mencapai tahap pendidikan yang lebih tinggi dan memperoleh kejayaan yang signifikan dalam kerjaya mereka semasa peringkat dewasa. Kelebihan mereka ini agak stabil sepanjang perkembangan hayat mereka. Antara satu lagi miskonsepsi yang didukung oleh masyarakat adalah kebanyakan kanak-kanak yang pintar cerdas akan menjadi biasa atau kehilangan keistimewaannya apabila mereka menjadi dewasa, mitos ini bercanggah dengan prinsip perkembangan. Keadaan ini mungkin berlaku sebab kesalahan mengenalpasti kanak-kanak biasa sebagai pintar cerdas (diterangkan selepas ini), ataupun potensi mereka disekat akibat persekitaran yang tidak sesuai di mana ia akan menyebabkan penderitaan dan gangguan emosi kepada individu tersebut. Kanak-kanak pintar cerdas akan menjadi orang dewasa yang pintar cerdas. Tetapi ini tidak bermakna mereka mesti mencapai kejayaan besar pada peringkat dewasa, ini akan dibincangkan dalam bab 5. Tegasnya faktor yang menjadikan seseorang menonjol di 47

akademik pada usia muda tidak semestinya menjamin masa depan yang cerah. Antara dapatan lain yang penting dalam kajian Terman adalah golongan ini semakin meningkatkan kelebihan mereka (berbanding golongan majoriti) apabila mereka semakin dewasa (dengan kata lain semakin berpengalaman). Mereka semakin menjangkau rakan sebaya dari segi pencapaian dengan berlalunya masa. Dengan kata lain, mereka akan semakin meluaskan jurang intelek mereka. Dapatan ini menunjukkan: Kelebihan mereka berbanding pelajar biasa (mengikut keutamaan) adalah 1) kecerdasan dan ciri-ciri motivasi, diikuti 2) perkembangan emosi dan kualiti moral, akhirnya 3) perkembangan fizikal dan sosial (walaupun jurang perbezaan dengan pelajar biasa adalah lebih kecil, mereka masih memperlihatkan kelebihan dalam aspek ini). Mereka seolah-olah semakin mengatasi kekangan kepada perkembangan dan menemui bakat yang ada pada mereka. Menyedari dan mengatasi kelemahan yang ada akan menyerlahkan potensi mereka. Antara kelemahan ini termasuklah tidak memahami dirinya, tabiat belajar / bekerja yang tidak betul, masalah pengurusan masa, sikap takut kepada menarik perhatian orang lain dan konsep kendiri yang rendah. Perbezaan pencapaian pada kumpulan ini tidak begitu ditentukan oleh perbezaan intelek (intelek satu kumpulan ini memang tinggi), tetapi lebih kepada setakat mana mereka memanfaatkan kecerdasan mereka, penyesuaian sosio-emosi, latar belakang keluarga, dan faktor-faktor bukan intelek yang lain, seperti orientasi terhadap tugas, ketabahan dan lain-lain. Golongan ini tidak semestinya menonjol semasa kecil, guru perlu berhati-hati serta selalu berfikiran positif terhadap bakat dan pencapaian kanak-kanak yang tidak terbatas pada masa depan, supaya tiada kanak-kanak pintar cerdas yang terabai. Guru dan ibubapa perlu memberi perhatian kepada pelajar yang selalu meningkat dari pencapaian dari satu tahap ke satu tahap lagi (prasekolah, sekolah rendah, menengah dan tertieri). Seorang kawan saya yang pintar cerdas memberitahu saya dia hanya pelajar biasa

48

semasa kecil sebab “subjek di sekolah rendah tidak sesuai dengan saya”. Dapatan Terman adalah sangat penting dan menjadi asas kepada perkembangan psikologi pintar cerdas hari ini, walau bagaimanapun ia selalu disalah tafsir sebagai bukti golongan pintar cerdas adalah bebas dari masalah dan mencapai kejayaan / kesejahteraan dengan senang. Dengan kata lain, hanya mereka yang seiring dengan deskripsi Terman dianggap sebagai pintar cerdas. Pada hari ini, penyelidik psikologi pintar cerdas menganggap sampel Terman terlalu sempit dan mengecualikan banyak kanak-kanak pintar cerdas mengikut kriteria sekarang. Masalah berlaku apabila Terman memilih peserta / subjek kajian berdasarkan cadangan guru dan markat ujian IQ. Seperti apa yang kita faham, mengenalpasti pelajar pintar cerdas tidak selalunya senang. Kebanyakan buku yang membincangkan ciri-ciri kanak-kanak pintar cerdas seolah-olah menggambarkan mereka ini adalah golongan yang sempurna dan memiliki pelbagai kelebihan dan keistimewaan. Konsep ini tidak begitu tepat. Apa yang boleh kita katakan adalah kebanyakan individu pintar cerdas menunjukkan kebanyakan ciri-ciri ini secara keseluruhan. Perlu diingatkan: Bukan semestinya semakin tinggi “kecerdasan”, semakin banyak tingkah laku pintar cerdas yang ditunjukkan. Selalunya terdapat kekecualian dan perbezaan individu, keadaan ini lebih jelas kelihatan dalam pergaulan seharian kita dengan golongan ini. Banyak individu yang sangat tinggi kecerdasan tidak menunjukkan banyak ciri-ciri yang disenaraikan. Contohnya dia mengaji matematik tambahan semasa tingkatan satu dan menunjukkan aptitut akademik yang sangat tinggi dalam semua subjek. Pada masa yang sama, dia juga tidak memiliki mana-mana hobi, bukan seorang yang kreatif, dan bukan tinggi dalam perkembangan moral dan etika. Kematangan pemikirannya juga di bawah perkembangan akademiknya, dia tidak ada wawasan jangka panjang atau melakukan sesuatu demi menunjuk-nunjuk semata-mata. Perkembangan tidak sekata bukan luar biasa bagi golongan ini.

49

Kalau pelajar anda menunjukkan tanda-tanda berikut tetapi tidak menunjukkan pencapaian akademik yang setimpal, dia adalah pelajar pintar cerdas pencapai rendah. Keadaan ini menunjukkan masalah telah berlaku dan guru perlu memahami apakah punca keadaan ini. Dia mungkin tidak berminat dengan akademik di sekolah atau menghadapi masalah sosioemosi yang lain. Menggolongkan semua individu pintar cerdas bersama tidak semestinya mewujudkan persahabatan yang berkekalan. Disebabkan perkembangan mereka yang melampau dan cenderung tidak seimbang, perbezaan antara satu sama lain mungkin membawa kepada konflik. Prinsipnya adalah menggolongkan mereka mengikut kecenderungan atau “jenis” mereka. Disebabkan perbezaan dan keunikan mereka, membantu mereka mendapat rakan yang mirip kepada mereka adalah satu cabaran yang sukar. Bagi mereka yang terlampau pintar cerdas, mereka adalah satu-satu bagi jenisnya. Golongan pintar cerdas bukan kelompok manusia yang sempurna. Ada mungkin berasa tertekan sebagai guru pendidikan pintar cerdas bukan sebab cabaran dari segi akademik semata-mata, tetapi sikap dan tingkah laku mereka yang buruk. Kajian Terman mungkin menggalakkan romantisisme terhadap golongan ini.

SELAIN UJIAN… Ringkasnya, sebagaimana kita tidak boleh menilai seseorang berdasarkan secebis hasil kerja, ataupun sepatah komen yang dikutip daripada kenalannya, kita tidak boleh memahami / mengenalpasti kanak-kanak pintar cerdas tanpa melihat kepada perkembangan keseluruhannya. Cara ini lebih sesuai daripada mengenalpasti secara ujian terpiawai (ujian IQ), atas beberapa sebab: Tujuan pengenalpastian ini adalah untuk membantu pendidik, ibubapa dan pentadbir dalam membuat keputusan harian. Tujuan kita adalah memahami mereka bukannya membeza-bezakan mereka yang pandai daripada kanak-kanak biasa. Satu skor IQ yang tinggi tidak memberi gambaran tetap terhadap pelajar itu, dan tidak dapat menjawab soalan: apa yang diperlukan pelajar ini?

50

Ia lebih praktikal dari segi kos, kemahiran yang ada, keperluan guru dan sumber yang sedia ada (terutamanya untuk tujuan pengenalpastian pada skala yang besar, ujian IQ mengambil masa dan kos). Setiap kanak-kanak pintar cerdas adalah sangat berbeza dan unik, skor yang tinggi tidak memberi maklumat yang penting terhadap individu itu. Ia tidak memberi gambaran keseluruhan individu tersebut. Ia berbentuk naratif, senang difahami, bermakna kepada guru dan memenuhi keperluan guru. Masalahnya, guru tidak dapat mengelakkan bias dan diskriminasi semasa menilai pelajar. Tujuan mengenalpasti adalah membantu mereka, di mana kita perlu melihat kepada perbezaan mereka, dan masalah spesifik yang berlaku kepada mereka. Definisi yang ada adalah penting untuk mentakrifkan kanak-kanak pintar cerdas untuk perbincangan akademik tetapi ia tidak banyak membantu dalam kehidupan seharian kita sebagai pengamal pendidikan atau ibubapa. Ringkasnya, kita tidak boleh mengenal siapakah kanak-kanak pintar cerdas dengan merenung pada definisi pintar cerdas dan maksud kecerdasan. Sedangkan pengenalpastian kanak-kanak pintar cerdas adalah begitu penting bagi program pintar cerdas dan penyelidikan dalam bidang ini. Perbezaan pelajar memerlukan pendidikan yang berbeza juga. Contohnya katakanlah kanak-kanak pintar-cerdas A dikatakan ulat buku, terdapat juga kanak-kanak pintar-cerdas B yang asyik bermain dan kurang memberi perhatian kepada akademik. Walaupun perbezaan ini, A dan B masih memiliki beberapa persamaan, contohnya dari segi memiliki pengetahuan yang luas berbanding kanak-kanak sebaya, kesungguhan dalam kerja yang menarik minat mereka, keyakinan (akademik) diri, suka menyoal dan lain-lain. Keperluan dua kanak-kanak ini adalah berbeza walaupun mereka mendapat skor IQ yang sama. Walaupun terdapat persamaan ini, guru juga perlu menyedari perbezaan dan keunikan individu. Contohnya bukan semua kanakkanak pintar-cerdas suka mengangkat tangan dan menjawab soalan guru. Kanak-kanak itu mungkin pasif dan tidak suka menjawab.

51

Keadaan ini memungkinkan guru terlepas pandang kanak-kanak pintarcerdas yang tidak “menonjol” dalam kelas. Untuk memahami kanakkanak ini, guru perlu berusaha untuk memahami keadaannya, mungkin kanak-kanak itu berasal dari keluarga yang sangat sederhana, ibubapanya bersikap pasif, pesimistik, pemalu dan budaya di rumahnya tidak memberikan keyakinan dan keceriaan kepadanya. Di sinilah terletaknya kepentingan sifat sensitif dan pemahaman guru. Satu contoh lagi yang menggambarkan keadaan pentingnya guru sebagai pengkaji adalah kanak-kanak pintar cerdas yang mencapai konsep kendiri akademik yang sangat tinggi mungkin menghadapi masalah inferior pada masa yang sama. Konsep kendiri keseluruhannya mungkin rendah dan tidak setimpal dengan konsep kendiri akademiknya. Ada banyak sebab mengapa golongan ini tidak menerima baik diri mereka sendiri. Maklumat tentang ciri-ciri kanak-kanak pintar-cerdas ini merupakan sumber yang penting untuk kita mengenalpasti siapakah kanak-kanak pintar-cerdas melalui pemerhatian seharian. Ia juga menjadi kunci kepada memahami rahsia golongan ini yang bakal diterokai oleh psikologis. Maklumat ini juga menjadi asas untuk kita memahami keperluan dan masalah mereka. Pengetahuan ini amat penting untuk guru membuat pertimbangan pendidikan yang sesuai dalam bilik darjah. Guru perlu selalu menyedari bukan semua atau mana-mana individu kanak-kanak pintar-cerdas memperlihatkan kesemua ciri-ciri yang dibincangkan. Ciri-ciri yang di senaraikan hanyalah sebagai panduan dan untuk tujuan memahami golongan kanak-kanak pintar-cerdas. Pengetahuan ini juga berguna untuk kita memerhatikan orang di sekeliling kita, seperti kawan, subordinat, penyelia atau pasangan hidup anda. Guru perlu mempercayai pemerhatian dan penilaian sendiri walaupun kanak-kanak itu mungkin tidak mendapat skor yang tinggi dalam ujian terpiawai, ataupun ujian terpiawai mungkin tidak praktikal pada situasi tertentu. Penilainan holistik adalah penting. Tren sekarang ialah mengenalpasti kanak-kanak pintar cerdas melalui nominasi atau pencalonan guru, ibubapa dan rakan sebaya. Ia adalah mungkin kalau anda memahami tentang diri mereka. Contoh soal selidik yang boleh diberikan kepada kanak-kanak untuk mencalonkan (mengenalpasti) kanak-kanak pintar-cerdas menanyakan soalan seperti “Siapakah yang

52

kreatif dalam kelas?”, jawapan kanak-kanak mungkin di luar jangkaan guru. Cara sebegini dapat mengelakkan masalah “terlepas pandang” kanak-kanak pintar-cerdas yang tidak cemerlang dalam akademik atau yang bukan “teacher pleaser”. Walau bagaimanapun, masalah berlaku di kelas yang terlalu bergantung kepada kaedah pengajaran “lecturing”, di mana guru kurang berpeluang memerhatikan tingkah laku pelajar-pelajar. Guru boleh memberi perhatian kepada kanak-kanak yang yakin dan memerlukan perhatian guru. Aktiviti yang pelbagai seperti projek kelas memberi peluang kepada guru memerhati dan memahami anak murid mereka. Salah satu cara yang boleh digunakan adalah bercakap dengan kanak-kanak tersebut dan mendapat maklumat dan maklum balas tentang pengetahuan yang sedia ada, cara pelajar itu belajar dan apakah yang dilakukan pada masa lapang. Dengan berbincang atau menyoal, guru dapat mendapat banyak maklumat seperti, proses pemikirannya, pengetahuan sedia ada dan juga boleh menerapkan konsep penting kepada mereka pada masa yang sama. Proses pemikiran mereka adalah berbeza dalam mencari penyelesaian tertentu. Sekadar lihat kepada jawapan tidak membolehkan kita memahami proses minda yang berlaku ini. Seorang guru kanak-kanak perlu memahami muridnya dari segi ciri-ciri kanak-kanak secara umum dan juga keistimewaan dan keunikan individu kanak-kanak. Persamaan kanak-kanak secara am ini adalah disebabkan oleh faktor genetik yang ada pada manusia yang merentasi budaya; perbezaan ini pula disebabkan kecenderungan, personaliti, gaya pembelajaran, minat dan bakat yang berbeza. Begitu juga bagi seorang pengasuh kanak-kanak pintar-cerdas, dia perlu memahami kanak-kanak itu berpandukan ciri-ciri kanak-kanak pintar-cerdas secara umum dan keunikan individu kanak-kanak itu secara spesifik. Pemahaman terhadap keistimewaan individu ini hanya akan dicapai melalui pergaulan seharian dan sikap menerima. Sikap prihatin dan penyayang anda adalah kunci kepada memahami kanak-kanak tersebut. Kesimpulannya, secara umumnya kanak-kanak pintar-cerdas menunjukkan perkembangan yang lebih tinggi dalam semua aspek perkembangan. Ini membezakan mereka dengan kanak-kanak biasa

53

yang hanya menonjol dalam satu atau dua bidang seperti muzik atau sukan sahaja. Walau bagaimanapun, mereka mungkin juga menghadapi masalah sosial, akademik dan tingkah laku akibat sebab-sebab tertentu. Masalah-masalah ini akan dibincangkan dalam bab yang seterusnya. Ciri-ciri kanak-kanak pintar cerdas ini akan memberi kesan langsung kepada jenis pendidikan pintar cerdas yang sesuai diberikan kepada mereka. Perlu ditekankan bukan semua individu pintar cerdas memiliki semua ciri-ciri ini, tetapi secara keseluruhan ianya adalah benar. Setakat mana individu tersebut menunjukkan ciri-ciri ini juga bukan berhubungan langsung dengan kecerdasannya, bukan semakin cerdik semakin banyak ciri-ciri ini yang dimiliki. Disebabkan keperluan setiap kanak-kanak pintar cerdas yang berbeza, tiada cara atau program yang terbaik untuk melaksanakan pendidikan pintar cerdas bagi semua kanak-kanak pintar cerdas. Guru boleh menanya kanakkanak apa yang ingin dia lakukan untuk mendapat idea. Contohnya, program anda mungkin menekankan penyelesaian masalah, perdebatan, kajian ataupun penulisan.

54

____________________________________ [BAB 2 MEMAHAMI KECERDASAN ____________________________________ APAKAH KECERDASAN DAN ADAKAH IA BOLEH DIUKUR? Helen Keller menjadi buta dan pekak selepas satu penyakit misteri. Seorang kanak-kanak pada peringkat umur ini yang kehilangan dua deria bagai ditutupkan pintu kepada dunia luar. Helen Keller terpaksa mengenal dan meneroka dunia ini dengan deria sentuhan dan bau. Dia menjadi kecewa dan berasa geram sebab masalah komunikasi ini. Semasa umur 6 tahun, ibubapanya mengupah seorang guru bernama Anne Sullivan untuk mengajarnya. Anne adalah terlatih dalam pendidikan untuk mereka yang buta, dia cuba menulis kata nama pada tangan Helen. Helen tidak memahami maksud gurunya dan menjadi kecewa, dia selalu melepaskan geram dengan mencampak barang dan menghentak kaki. Sullivan terus bersabar. Pada satu hari, semasa mereka berada di taman, Sullivan meletakkan tangan Helen di bawah aliran air paip dan menulis ‘w-a-t-e-r’ pada tangan yang satu lagi secara berulangan. Pada mulanya Helen tidak memahami tapi dia menumpu kepada pergerakan jari gurunya. Tiba-tiba Helen tersentak: pergerakan jari ini adalah merujuk kepada aliran sejuk pada tangan yang sebelah lagi. Helen sudah memahami dunia bahasa: pergerakan adalah simbol kepada maksud yang ingin disampaikan, maksud boleh disampaikan dengan simbol. Dari cerita Helen Keller ini, apa yang anda faham tentang kecerdasan? Helen telah “faham”, dia telah menyedari dan mengaitkan dua objek yang berkaitan dengan kecerdasannya. Helen bukan setakat

55

memahami perkaitan antara pergerakan jari dan air yang sejuk itu, dia juga menemui maksud pembelajaran (pengaitan ini akan berlaku berulang kali lagi pada masa depan). Dengan itu dia dapat memahami maksud dunia luar ini dengan mengulangi proses pembelajaran ini. Dalam pembelajaran, “faham” adalah penting. Kecerdasan adalah mengenai pemerolehan pengetahuan. Seseorang yang cerdik biasanya berpengetahuan. Pengetahuan ini bukan merujuk kepada maklumat sahaja, tetapi yang lebih penting adalah kefahamannya. Kecerdasan Helen membebaskannya dari dunia kegelapan. Kecerdasan adalah berkaitan memahami dunia fizikal dan sosial dan mengatasi masalah sendiri. Katakanlah kakak Helen bernama Saron, juga kecacatan deria penglihatan dan pendengaran. Saron dapat menyedari perkaitan ini pada umur 12 tahun. Ini bermakna Helen lebih cerdik. Umur juga diambil kira semasa kita menilai kecerdasan. Bayangkan Saron adalah budak normal dan mengenal huruf pada umur yang sama dengan Helen. Helen lebih cerdik, sebab dia menghadapi lebih banyak kekangan. Katakanlah Helen memelihara seekor anjing bernama Ellen yang juga buta dan pekak. Setiap kali sebelum Helen memberi makanan dia akan membelai anjing itu. Ellen dapat mengaitkan belaian ini dengan makanan, tetapi dia tidak akan mengaitkan simbol atau perkataan “f-o-od” dengan makanan di mulutnya. Ini bermakna Helen lebih cerdik daripada anjingnya. Kecerdasan berkait rapat dengan pemikiran abstrak dan penggunaan simbol. Apakah kecerdasan? Bolehkah anda memberi definisi mengikut apa yang anda faham? Soalan ini mungkin terlalu sukar. Cuba kita tukarkan soalan ini: cuba senaraikan ciri-ciri seorang yang cerdas? Apa yang menjadikan anda menganggap seseorang itu sangat cerdik dan mengkaguminya? Anda mungkin mengatakan yang berikut: Seorang yang dapat memahami keadaannya, keupayaan menganalisa, dapat memahami apa yang penting dan bertindak mengikut kepentingan, seseorang yang dapat melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik, seseorang yang dapat memanipulasikan persekitaran untuk mencapai tujuannya, kritikal dan berfikir secara logik, seseorang yang dapat mencapai kesejahteraan hidup, keupayaan pemikiran abstrak, menyesuaikan diri

56

dalam persekitaran baru, keupayaan memperoleh pengetahuan, kreatif dan menghasilkan sesuatu yang bernilai, keupayaan mempelajari sesuatu daripada pengalaman (tidak mengulangi kesilapan yang sama), pandai meyampaikan maksud dirinya…… Nampaknya apa yang kita anggap sebagai cerdik pandai di sekolah seperti mendapat keputusan yang cemerlang seolah-olah tidak begitu berkaitan. Kenapa wujudnya perbezaan antara apa yang kita anggap cerdik di sekolah dan cerdik dalam hidup realiti? Sebab itu banyak yang menganggap mereka tidak percaya kepada ujian kecerdasan. Bagi mereka kecerdasan perlu diuji secara langsung melalui tingkah-laku seharian bukan ujian di kertas. Kalau inilah yang dianggap kecerdasan, kenapa kita tidak mengajar kecerdasan praktikal ini di sekolah, sebaliknya kita mengajar kecerdasan sebagaimana yang boleh diuji pada ujian bertulis? Bolehkah anda memberi alasan? Untuk menjawab kemusykilan ini, kita perlu memahami apakah kecerdasan secara lebih terperinci lagi. Dari pengalaman kita, seorang yang pintar cerdas tidak semestinya menyesuaikan diri dengan baik dalam semua jenis persekitaran. Seorang genius akan berasa kecewa dan menjauhkan diri kalau rakan di sekelilingnya terlalu berbeza dengannya. Adakah ini bermakna definisi “kecerdasan adalah keupayaan menyesuaikan diri” ini salah? Kalau anda mengangggap kecerdasan tidak mungkin diuji, anda mungkin tidak mengkaji individu pintar cerdas dengan mengkaji pelajar yang mendapat markah tinggi dalam ujian IQ. Sebaliknya anda mungkin mengkaji mereka yang dianggap berjaya dan cerdik dalam hidup. Tetapi kita juga selalu menganggap seseorang yang cerdik tidak semestinya berjaya dan mencapai sesuatu yang luar biasa dalam hidup. Jelasnya kecerdasan bukan sinonim kepada pencapaian. Setakat ini, apa yang kita bincangkan mengenai kecerdasan hanyalah maksud kecerdasan mengikut orang kebanyakan, pakar yang mengkaji kecerdasan nampaknya ada idea sendiri. Dalam bidang akademik, mungkin terdapat dua jenis definisi, satu adalah definisi yang benar dan satu lagi adalah definisi operasional. Definisi yang benar biasanya dalam bentuk yang abstrak dan teoretikal, tetapi definisi ini tidak memungkinkan kecerdasan dikaji secara objektif. Sebab itu kita

57

ada definisi operasi, yang mendefinisikan kecerdasan dalam bentuk yang boleh diukur (ujian kecerdasan). Ironiknya memberi definisi kepada kecerdasan tidak sama dengan menguji kecerdasan. Mungkinkah anda mengkaji kecerdasan tanpa mengukurnya? Bolehkah anda menguji dan memberi markah kepada keupayaan berfikir secara abstrak atau keupayaan menyesuaikan diri? Jadi, apakah kecerdasan? A. Sejenis kuasa mental yang merangkumi kebolehan intelek kita secara keseluruhan. B. Kebolehan mental yang terdiri daripada pelbagai komponen yang berasingan, seperti komponen bahasa dan komponen matematik. C. Kedua-duanya betul. Soalan ini menggambarkan antara kekeliruan yang berlaku dalam bidang pengajian tentang kecerdasan. Katakanlah, anda memilih jawapan B, adakah anda percaya kepada ujian IQ yang menghasilkan satu skor IQ global. Adakah skor itu menggambarkan kebolehan mental anda? Anda mungkin tidak setuju. Di sini letaknya kepentingan penakrifan apakah kecerdasan: takrif ini akan menentukan bagaimana kecerdasan boleh diukur dan dikaji. Katakanlah anda seorang psikologis yang mendukung prinsip A, anda akan menggunakan ujian IQ yang menghasilkan satu skor untuk menggambarkan kecerdasan. Sebaliknya kalau anda memilih B, anda menentang ujian IQ, anda mungkin menganggap kecerdasan yang pelbagai perlu diuji secara pelbagai. Anda mengandaikan otak kita bagaikan bumi yang dibahagikan kepada negara-negara yang tertentu. Setiap negara ini boleh dibagaikan kebolehan mental yang berlainan dan berasingan. Ini adalah satu pandangan kecerdasan yang geografikal. Kalau anda pengikut mahzab C, anda percaya perkembangan setiap domain adalah berasingan, tetapi terdapat satu faktor kecerdasan yang lebih umum, atau faktor pelindung yang menjadi dasar kepada perkembangan pelbagai jenis kebolehan. Anda percaya mereka yang cerdik senang mempelajari pelbagai kemahiran. Dengan itu, kita seolaholah menganggap terdapatnya kecerdasan umum dan kecerdasan khas.

58

Setakat ini kita hanya membincangkan kecerdasan ini dari segi struktur kecerdasan. Terdapat banyak teori-teori yang cuba menerangkan kecerdasan ini dari segi strukturnya. Psikologis yang mengkaji kecerdasan dengan cara ini cuba menggambarkan kecerdasan dengan pelbagai model sendiri. Anda mungkin menganggap kecerdasan yang dibincangkan setakat ini hanya penting pada peringkat awal (kanak-kanak). Pembelajaran dan pengalaman adalah lebih penting. Cuba fikirkan pelbagai kemahiran dan pengalaman yang anda kumpulkan sepanjang hidup anda, apakah perkaitan semua kebolehan ini dengan kecerdasan? Anda boleh menangani kerja dengan profesional dan mendapat kepuasan dari pekerjaan tersebut, skor IQ tidak bermakna apa-apa untuk anda. Kenapa perlunya memahami maksud kecerdasan ini? Seorang pengkaji kecerdasan yang mengkaji kecerdasan dari segi struktur menganggap terdapat dua jenis kecerdasan iaitu kecerdasan cecair (fluid intelligence) dan kecerdasan pejal (crystallized intelligence). Kecerdasan cecair merujuk kepada kecerdasan semulajadi yang lebih asas, seperti ingatan dan pemprosesan maklumat, kecerdasan ini akan memuncak pada zaman remaja dan semakin merosot apabila umur meningkat; kecerdasan pejal merujuk kepada pelbagai kemahiran praktikal yang kita mempelajari dari pengalaman dan latihan. Kecerdasan ini akan meningkat mengikut umur. Kemahiran seperti menganalisa pasaran saham dan membaca akan dikekalkan kalau selalu digunakan. Adakah kecerdasan cecair dan pepejal ini berkaitan? Apa yang kita ukur sebagai IQ merujuk kepada kecerdasan yang mana satu? Sekarang mari kita membandingkan kecerdasan umum dan kecerdasan spesifik yang diterangkan sebelum ini. Adakah kecerdasan cecair ini merujuk kepada kecerdasan umum dan kecerdasan pejal merujuk kepada kecerdasan spesifik? Mengikut kajian, kecerdasan cecair ini berkait rapat dengan kecerdasan umum. Adakah ini bermakna kecerdasan pejal ini bersamaan dengan kecerdasan spesifik? Jawapannya tidak semestinya. Pada peringkat awal, pengkaji kecerdasan menganggap kecerdasan adalah secepat mana otak kita mendaftar dan seterusnya

59

bertindak balas kepada rangsangan. Mengikut konsep ini, kecerdasan boleh diukur melalui mengukur tahap kesensitifan pancaindera, kelajuan dan kecekapan kita memberi tindak balas. Contohnya bolehkan anda membezakan dua pemberat yang berlainan berat dengan perbezaan yang minimal? Mengesan dua atau satu pencungkil gigi yang dicucuk pada tapak tangan? Ini adalah sejenis pandangan kecerdasan dari sudut fisiologi / biologi. Mereka yang terpengaruh dengan idea ini menganggap latihan kepada deria sangat penting untuk meningkatkan kecedasan anak, seperti yang dianggap oleh Maria Montessori. Adakah anda bersetuju dengan takrif kecerdasan yang berdasarkan biologi semata-mata ini? Ketangkasan tindakbalas mungkin sangat penting kepada mereka yang bekerja sebagai ahli sukan, tetapi ia tidak banyak berkaitan dengan aktiviti mental yang lain. Walaupun kecerdasan berdasarkan pandangan fisiologi ini tidak lagi dipercayai, kesannya masih berkekalan. Dalam ujian biasa dan ujian kecerdasan, faktor masa juga diambil kira, terutamanya dalam bidang yang memerlukan pengiraan. Dalam budaya kita, kita menganggap cepat itu cerdik, contohnya mereka yang cerdik bercakap cepat dan menghabiskan kerja dengan cepat. Adakah ini menjadi tidak adil kepada sesetengah pihak? Ada golongan yang cerdik tetapi mereka perlu berfikir secara lambat, hasil mereka adalah kritikal dan teliti. Nampaknya golongan yang lambat berfikir ini telah didiskriminasikan dalam ujian. Mungkin anda beranggapan begini: kecerdasan perlu ditakrif dari segi proses bukan domain. Kecerdasan adalah kapasiti mengumpul, mengekalkan maklumat, memproses maklumat dan menjadikannya dalam bentuk yang produktif. Kecerdasan dikaji dari segi pemprosesan maklumat. Adakah anda bersetuju dengan takrif kecerdasan ini? Dalam definisi ini anda mengandaikan otak kita sebagai sebuah kilang, kecerdasan sebagai kapasiti kilang tersebut, kapasiti ini dibuktikan melalui kualiti dan kualiti produk dari otak kita. Ataupun otak ini boleh dibagaikan komputer yang memproses maklumat, kecerdasan ini boleh dibagaikan kelajuan komputer dan ingatan komputer. Ini merupakan kecerdasan dari pandangan pemprosesan.

60

Sternberg menganggap kecerdasan boleh dibahagi kepada tiga: A. Kecerdasan analitikal, boleh dikatakan kecerdasan akademik. B. Kecerdasan sintetik, boleh dikatakan kreativiti atau kecerdasan kesenian. C. Kecerdasan praktikal, mengaplikasikan kecerdasan dalam hidup sebenar, atau selalu dianggap sebagai “kecerdasan kejayaan”. Cuba fikirkan adakah 3 jenis konsep ini berkaitan dengan konsep “street smart” dan “book smart”? ketiga-tiga jenis kecerdasan ini boleh digambarkan oleh 3 watak: iaitu saintis (analitikal), pereka (sintetik) dan usahawan (praktikal). Sudah tentu tiga jenis kecerdasan ini bukan saling berkecuali. Anda boleh memiliki tiga jenis kecerdasan ini pada masa yang sama! Seorang usahawan perlu membuat perancangan yang teliti dan memasarkan produknya yang / secara kreatif. Ketiga-tiga jenis kecerdasan ini adalah sama penting. Seorang pengkaji yang hanya tinggi dalam kecerdasan analitikal hanya pandai melakukan kajian, mentafsir data dan melaporkan hasilnya dengan kemas, dia hanyalah seorang saintis yang biasa. Kalau dia juga tinggi dalam kecerdasan sintetik, dia mampu memikirkan idea baru yang tidak pernah terfikir oleh orang lain dan membuat laporan yang menarik. Kalau ditambahkan lagi kecerdasan praktikal, dia mampu menjalankan ideanya di makmal yang paling canggih dan menarik perhatian orang lain terhadap hasil kajiannya, dia pandai memasarkan dirinya dan mendapat nama di kalangan komuniti saintis. Charles Darwin dan Alfred Wegener adalah dua orang saintis yang menggambarkan kecerdasan analitikal dan sintetik yang tinggi. Idea mereka adalah asli dan unik, sesuatu yang tidak pernah terfikir oleh orang lain (kecerdasan sintetik yang tinggi). Darwin mengumpulkan banyak bukti untuk menunjukkan binatang dari benua yang berlainan berevolusi dengan itu mereka menunjukkan variasi, variasi ini akan membawa kepada terbentuknya spesies yang baru selepas satu jangka masa yang lama. Variasi adalah sesuatu konsep yang baru pada masa itu sebab mereka tidak ada lagi konsep mutasi kromosom. Wegener memberikan banyak bukti untuk menunjukkan semua benua yang ada sekarang adalah bergabung pada satu masa dahulu, dia juga menyokong ideanya dengan bukti geografi, geologi dan variasi binatang.

61

Mereka perlu kecerdasan analitikal dan bukti yang kukuh untuk menyokong idea yang baru seperti ini (kedua-dua teori ini masih menjadi kontroversi sehingga hari ini). Cuba fikirkan psikologis seperti Sternberg, adakah beliau percaya kepada satu skor ujian IQ? Jawapannya tidak. Sternberg sendiri pernah dimasukkan kelas pemulihan untuk pelajar yang lambat selama 3 tahun semasa kecil, sekarang beliau menjadi profesor di Yale dan dianggap sebagai pengkaji kecerdasan yang paling kreatif dan produktif dalam bidang ini. Selain itu, terdapat juga pengkaji yang cuba memahami kecerdasan sebagai penyesuaian individu atau masyarakat terhadap budaya yang berbeza. Ini agak berbeza dengan mereka yang mengkaji kecerdasan dari segi struktur kecerdasan, yang cenderung mengandaikan minda kita beroperasi dengan sama di mana-mana budaya. Mahzab ini berkait rapat dengan kajian merentas budaya. Mereka jelas terpengaruh dengan kajian anthropologi. Mengikut pandangan ini apa yang dianggap cerdas adalah selaras dengan jangkaan budaya. Satu-satu tingkah laku yang dianggap cerdik mungkin tidak dianggap demkian dalam budaya yang lain. Ujian kecerdasan juga tidak mungkin adil kepada semua individu. Walaupun terdapat ujian kecerdasan yang dikatakan bebas budaya (tidak menggunakan bahasa, hanya gambar dan corak), tetapi mengambil ujian sendiri bukan budaya bagi semua etnik. Contohnya bagi seorang kanak-kanak orang asli yang tidak hadir ke sekolah, mengambil ujian adalah sesuatu pengalaman yang baru. Satu lagi golongan pengkaji cuba memahami apakah yang berlaku semasa kita mempelajari sesuatu. Walaupun kita sedar pembelajaran dan kecerdasan berhubung rapat, pengkaji teori pembelajaran tidak begitu berminat memahami dan menakrifkan kecerdasan. Mereka lebih berminat memahami proses pembelajaran, seperti ahli psikologis behaviorisme, konstruktivisme dll. Contohnya Piaget menganggap proses pembelajaran sebagai proses mengadaptasi dan mengasimilasikan maklumat baru. Piaget adalah seorang biologis sebelum mengkaji kanak-kanak, dia memandang proses pembelajaran sebagai proses penyesuaian kepada persekitaran. Macam Teori Evolusi

62

oleh Darwinlah! Cuma evolusi ini berlaku dalam minda kita dan ia berlaku setiap masa.

____________________________________ KECERDASAN YANG PELBAGAI

____________________________________ Memahami teori kecerdasan bukannya senang. Sekarang kita akan mengenal antara teori kecerdasan yang paling popular dan disukai oleh orang ramai: Teori Kepelbagaian Kecerdasan. Howard Garner juga tidak percaya kepada skor ujian IQ, dalam bukunya “Frames of Mind” pada tahun 1983 dia mencadangkan 7 jenis kecerdasan berdasarkan beberapa kriteria (dua lagi jenis kecerdasan ditambahkan kemudian berdasarkan kriteria yang sama). Selepas itu, seorang pendidik yang terkenal, Thomas Armstrong menulis sebuah buku yang popular bernama “7 Kinds of Smarts” dan mempopularkan lagi teori Gardner ini. Teori ini tidak begitu mendapat sambutan dalam bidang akademik tetapi sangat berpengaruh dan popular di kalangan orang ramai (juga antara teori yang sering disalahfahamkan). 9 jenis kecerdasan ini adalah: _________________________________________________________ A. BAHASA-LINGUISTIK menulis, membaca, penterjemahan, mengedit, mengajar, melapor, menghafal, petah bercakap, memahami maksud tersirat, kesusasteraan, kemahiran membaca, bercerita, main teka-teki dan silang kata, “pun” atau mainan bahasa, kosa kata yang luas, kelancaran ayat dan idea, membaca ensiklopedia, suka melawat ke perpustakaan, suka membaca kamus, main “scrabble”. Contoh: penulis, guru bahasa, pemidato, editor. Tokoh: Hans Christian Andersen, Shakespeare. B. LOGIKAL-MATEMATIK: Menyelesaikan algebra, merancang dan mengorganisasi, mengira, menilai dan menganggar, pemikiran kritikal (cepat mengesan kesilapan 63

logik idea orang lain), fakta sains, berdebat, penyelesaian masalah, eksperimen dan menguji hipotesis, mengaudit, memberi alasan, membaca buku falsafah, main catur dan mainan komputer yang perlu mengatur strategi, mempelajari program komputer baru. Contoh: akauntan, ahli falsafah, ahli fizik, penulis aturcara komputer, perancang kewangan, saintis dan pengkaji. Tokoh: Isaac Newton, Rene Descartes, A. Einstein, Robert T. Kiyosaki (penulis “Rich Dad, Poor Dad”). C. SPATIAL / RUANGAN: Menyelesaikan masalah geometri, membaiki atau mencipta mesin, memerhati, seni dan kraf, merekabentuk, melukis / fotografi, rekabentuk grafik, suka berimaginasi, main blok / puzzle / plastisin, mengukir, simbol, orientasi arah yang baik (kenal jalan), rekabentuk dalaman atau menghiasi rumah, memperbaiki alatan elektrik dan mesin. Contoh: jurutera, arkitek, pereka, pelukis, pemandu, kartunis. Tokoh: T. Edison, Pablo Picasso, Michelangelo, Leonardo da Vinci. D. MUZIKAL: Kemahiran menyanyi, meniru bunyi yang pelbagai dengan suara atau anggota badan, bermain alat muzik, rentak dan ritma, penghayatan muzik, menari. Contoh: penyanyi, penggubah lagu, pengkritik muzik. Tokoh: Beethoven, John Lennon, Siti Nurhaliza. E. FIZIKAL-KINESTETIK: Ketangkasan, ketahanan, kelembutan badan, suka kerja yang halus seperti menyulam, mengukir, suka bersukan dan permainan fizikal, aktiviti luar bilik, pandai meniru dan berlakon, suka bergerak dan aktif secara fizikal, belajar dengan pergerakan fizikal, permainan komputer yang memerlukan reaksi pantas, memasak, membaiki alatan elektrik, memasang wayar, berkhemah, berkebun, DIY, seni ukir atau seramik, masaj, permainan seperti bowling, memanah dll, drama.

64

Contoh: atlit, gimnast, tukang seni, penari, guru yoga / seni pertahanan diri, mereka yang kurang upaya penglihatan / pendengaran, model dan pelakon. Tokoh: Charlie Chaplin, Jackie Chan, Helen Keller, Michael Jackson. F. INTERPERSONAL: Bersosial, memahami orang lain (keperluan, perasaan), mengambil hati orang lain, kepimpinan, karismatik, simpati / empati, advokasi dan mempelopori idea yang baru, kemahiran berkomunikasi, memotivasikan orang lain, aktif di persatuan, mamanipulasikan orang lain, kaunseling (mendengar dan memberi idea), penyelesaian konflik, banyak kawan, fleksibel mengikut kenalan. Contoh: jurujual, artis, guru, pekerja sosial, ahli politik, penipu, psikologis, anthropologis, pentadbir, hakim, penghibur, psikoterapis. Tokoh: Mother Teresa, Niccolo Machiavelli (penulis The Prince yang mengatakan “success depending on cruelties badly used or well-used”), Carl Rogers, Abraham Lincoln, Tun Dr. Mahathir, Donald Trump, Maria Montessori, Dale Carnegie, Siti Nurhaliza, Adolf Hitler. G. INTRAPERSONAL: Reflektif, membaca autobiografi tokoh-tokoh, hobi yang tersendiri dan bersendirian, memahami diri-sendiri (cita-cita, kekuatan, bakat, idea yang terpendam), berdikari, gigih dan tabah, mengambil inisiatif, keyakinan diri, mengubati masalah sosio-emosi sendiri, memotivasikan sendiri, maruah diri yang tinggi, selalu memikirkan masa depan diri atau jelas dengan masa depan sendiri, suka bersendirian, ada idea dan keputusan sendiri yang unik, mempertahankan pendirian sendiri, kerjaya yang unik dan luar biasa, menulis diari, menyayangi diri sendiri, pengurusan diri atau disiplin. Contoh: psikologis psikoanalisa, usahawan, pereka. Tokoh: Thomas Edison, Sigmund Freud, C. G. Jung, Helen Keller, Columbus, M. Gandhi, Anne Frank (remaja yang tulis diarinya semasa Holocaust).

65

H. NATURALIST: Mengkategorikan item berdasarkan kriteria (seperti mengenal model kereta, komputer), suka dan cepat belajar yang berkenaan dengan alam semulajadi, seperti pengetahuan menggunakan herba, membezakan spesis burung yang berbeza, merekabentuk halaman rumah, jungletrekking, memulihara persekitaran, menonton dokumentari yang berkaitan alam sekitar (national-geographic / discovery), berkebun, seni bonsai, melawat zoo / taman negara / taman, memelihara binatang dan ikan, berkhemah, meminati dinasour, menyelam atau snorkel. Contoh: veterinarian, kanak-kanak yang memerhatikan semut yang berjalan, zoologis, pelukis cat air cina, saintis marin, biologis, pakar perladangan, vegetarian (konsep tidak membunuh seperti yang mengikut ajaran Buddha / Hindu), ahli GreenPeace / WWF. Tokoh: Jane Goodall (pengkaji binatang primate), Charles Darwin. I. KEWUJUDAN: Memikirkan nilai, tujuan dan maksud hidup / tamadun manusia, berfikirkan berkenaan isu hidup dan mati, bermeditasi, bersembahyang, membaca buku agama, agama, pengalaman hampir mati, mentafsir mimpi, yang berkaitan kejiwaan, memikirkan konsep ketuhanan, membantu mereka yang berpenyakit terminal. Contoh: ahli agama, ahli falsafah, penilik nasib, nabi-nabi, ahli Hospis Malaysia, teologis, bomoh, mubaligh. Tokoh: Buddha, Lao-Tze, Dalai Lama, Jean Paul Sartre (ahli falsafah eksistensialisme Perancis), Nietsche (Ahli falsafah German).

Pengelasan Gardner adalah berdasarkan 8 kriteria yang spesifik. Sesejenis kebolehan yang dianggap sebagai kecerdasan baru mesti memenuhi 8 syarat ini. Antaranya terdapat simbol untuk setiap sejenis kecerdasan (contohnya bahasa, notasi muzik, mimpi, bentuk, hasil seni), kemungkinan jurang yang besar antara kecerdasan yang berlainan (contohnya seorang yang mendapat skor tinggi kecerdasan bahasa tapi mendapat skor rendah dalam matematik; melatih kemahiran membaca tidak meningkatkan markah matematik), bahagian otak yang 66

berhubungan langsung dengan kecerdasan yang tertentu (contohnya mereka yang cedera bahagian Broca / Wernicke akan terjejas kebolehan berbahasa). Terdapat kriteria yang lain lagi. Kalau memenuhi kriteria ini, kecerdasan yang baru boleh dimasukkan. Gardner sendiri pernah mempertimbangkan banyak jenis kecerdasan, termasuklah humor, “street smart”, mekanikal, kreativiti dan pengetahuan am! Antara sumbangan Gardner adalah menawarkan definisi kecerdasan yang lebih terbuka. Bukan setakat kecerdasan akademik tetapi kecerdasan untuk kesejahteraan dalam pekerjaan dan rekreasi. Ia juga boleh menjadi panduan kita, contohnya memilih pekerjaan yang serasi dengan keunikan, kekuatan sendiri. Ini mengiktiraf kepelbagaian kebolehan sesama kita. Kalau kita lihat kepada ujian kecerdasan yang konvensional seperti Stanford-Binet dan Wechsler Adult / Child Intelligence Scale, kebanyakan item hanya berkaitan kecerdasan bahasa, logikal-matematik dan spatial. Dalam cerita berikut, anda dapat mengenalpasti berapa jenis kecerdasan? “Ali membancuh segelas susu, selepas beberapa hari, susu itu menjadi basi dan mengeras (keju). Ali memberitahu ibunya kejadian ini. Ibunya membawa Ali ke pasaraya dan merasai keju yang pelbagai rasa, tekstur dan warna”. Dalam cerita ini apakah kecerdasan yang ditunjukkan Ali? Ali menjalankan eksperimen (logikal-matematikal), berminat tentang tindakbalas mikroorganisma (naturalist), melaksanakan idea sendiri (intrapersonal) dan berkongsi ideanya (interpersonal). Ibu Ali telah membantu perkembangan Ali dengan melanjutkan dan mengembangkan ideanya. Apa lagi yang boleh ibunya lakukan untuk untuk membantu Ali mempelajari lebih banyak berkenaan topik-topik tersebut? Bayangkan anak anda mungkin tinggi dalam kecerdasan intrapersonal dan bahasa tetapi cepat hilang kesabaran dalam mempelajari sains, anda boleh membacakan biografi tokoh-tokoh sains untuk memotivasikannya mencapai penemuan yang luar biasa pada satu hari nanti. Kuncinya adalah kepelbagaian kecerdasan akan saling

67

bersandar. Pendedahan yang pelbagai dan luas adalah penting kepada pelajar, samada pintar cerdas atau tidak. Kalau pelajar anda bukan cemerlang tetapi berminat dalam sains, adakah dia pelajar pintar cerdas? Leland Hartwell (Nobel Prize 2001, perubatan) hanya pelajar biasa semasa di sekolah, tetapi guru fiziknya menjadikannya berminat dengan memberi soalan yang mencabar tapi menarik. Dalam kehidupan seharian, kesemua kecerdasan ini selalunya bergabungjalin dan saling bersandaran. Contohnya seorang pelukis selain memiliki kecerdasan spatial, juga kecerdasan intrapersonal yang tinggi. Sebab melukis biasanya adalah aktiviti bersendirian yang memerlukan seseorang sensitif kepada perasaan sendirinya dan mencari ilham, sesuatu yang agak personal. Kecerdasan yang terpendam mungkin akan memunculkan diri pada satu hari nanti. Vincent Von Gogh mula melukis pada umur 27 dan mencapai kemahiran yang tinggi. Biasanya dalam domain seni seperti lukisan dan penulisan, keadaan ini adalah biasa. Sebaliknya dalam bidang matematik dan fizik, kebanyakan sumbangan yang besar adalah dicapai sebelum umur 40. Einstein mula memikirkan teori relativiti pada umur 16 dan teorinya matang semasa umur 21. “Amazingly, the bulk of Newton’s formative thought was accomplished at 23 and 24, while he was rusticated to Lincolnshire by the great Plague (Morrow, ms 154).” Ini bermakna pendedahan yang awal kepada mereka yang berbakat dalam matematik adalah sangat penting. Kecerdasan yang pelbagai bukan hak eksklusif genius. Kecerdasan ini memang digambarkan dalam kecenderungan, kerjaya, hobi dan aktiviti seharian kita. Contohnya kalau kita tidak cekap menguruskan kewangan peribadi (kecerdasan logikal-matematik), maka kita akan bermasalah kewangan. Kita juga mungkin membuat keputusan yang tidak rasional dan mendatangkan kerugian. Susah berfikir secara rasional juga bermakna kita senang dimanipulasikan oleh iklan dan orang lain. Seorang yang lemah dalam kecerdasan intrapersonal akan mengalami kekosongan jiwa dan senang dihantui masalah emosi. Contohnya mereka yang membunuh diri sebab kegagalan dalam percintaan. Mungkin kita perlu memupuk kecerdasan ini supaya mengurangkan kadar membunuh diri yang semakin meningkat! Kecerdasan intrapersonal ini berkait rapat dengan resiliensi.

68

Ia mungkin menjadi asas dan pelindung kepada perkembangan kecerdasan yang lain. Kecerdasan yang pelbagai ini juga menerangkan bagaimana konflik sosial kadang-kadang boleh berlaku. Contohnya seorang yang tinggi kecerdasan logikal-matematik mungkin mengkehendaki orang lain mengikuti cara atau prosedurnya (yang dianggap paling cekap). Ini mungkin menjadi punca konflik. Seseorang yang tinggi kecerdasan intrapersonal mungkin dianggap anti-sosial. Kecerdasan yang berbeza juga digambarkan dalam perbezaan jantina. Masalah juga mungkin wujud apabila seseorang yang mementingkan keselesaan (intrapersonal, fizikal-kinestetik) dikritik tidak menjaga kekemasan bilik (spatial, logikal-matematikal) dan sebagainya. Memahami perbezaan ini menjadikan kita lebih bersikap menerima. Selain menyedarkan kita terhadap kepelbagaian kecerdasan, teori ini juga menyedarkan kita kecerdasan boleh ditunjukkan dalam bentuk yang berbeza dan pelbagai. Katakanlah A, B dan C adalah tiga orang yang sama tinggi kecerdasan bahasa, tetapi mereka langsung berbeza. A seorang peguam yang pandai berdebat; B adalah seorang yang buta huruf tapi pandai bercerita; sedangkan C adalah seorang penulis novel romantis yang produktif. A, B dan C tidak menjadi cemerlang dan cekap kalau mereka bertukar pekerjaan dengan yang lain, walaupun mereka memiliki kecerdasan bahasa yang sama tinggi. Begitu juga seorang yang tinggi kecerdasan fizikal-kinestetik mungkin lemah kalau diletakkan di padang balapan tetapi seorang tukang yang mahir menghasilkan pelbagai kraftangan. Ahli psikologis Harry Stack Sullivan mengasaskan teori Interpersonal, tetapi dia memang diakui lemah bersosial dan tidak banyak berkawan. Dalam bahagian kecerdasan interpersonal, saya meletakkan nama Mother Teresa dengan Niccolo Machiavelli dan Adolf Hitler. Ini menunjukkan samada cerdik atau tidak, ada aspek lain yang lebih penting daripada kecerdasan, iaitu moral dan semangat altruistik. Saya juga bertanyakan adakah kemungkinan kecerdasan moral wujud? Adakah mungkin satu hari nanti saintis menemui bahagian otak yang yang berkaitan dengan perkembangan tingkah laku moral?

69

____________________________________ GENETIK ATAU PERSEKITARAN?

____________________________________ “Friends’ school often emphasized science as well as social justice, and Quakers have made disproportionate contributions to science. Famous Quakers scientists include the chemist John Dalton, the geneticist Francis Galton, the anthropologist E. B. Taylor, the discoverer of antisepsis Joseph Lister, and the astronomer Arthur Eddington. It has been estimated that an English Quaker has almost fifty times as great a chance as the average English citizen to be elected to the prestigious Royal Society of Scientists. As Burnell admitted later, “Those who know me well say my Quaker heritage explains much.” (McGrayne, ms 363) Kecerdasan kita adalah ditentukan secara biologi, tetapi pendidikan boleh mengubah (samada meningkatkan atau merencatkan perkembangan kecerdasan). Inilah tangganpan yang mendasari sistem pendidikan kita, termasuk program intervensi awal. Adakah kecerdasan ini ditentukan oleh genetik atau akibat pengaruh persekitaran seperti latihan dan pendidikan? Soalan ini boleh dijawab dengan konsep lingkungan reaksi (“reaction range”). Menurut teori lingkungan reaksi ini, genetik menentukan lingkungan / batasan pencapaian kecerdasan; persekitaran yang menentukan pencapaian ini lebih dekat dengan batas / had atasan (lebih cerdik) atau had bawahan (kurang cerdik) dalam lingkungan ini. Teori ini mengatakan faktor genetik menentukan lingkungan kecerdasan kita; faktor persekitaran menentukan di mana letaknya kita dalam had batasan lingkungan tersebut. Cuba fikirkan, menurut teori ini kecerdasan seseorang kanak-kanak lebih dipengaruhi atau lebih tepat dijangka merujuk kepada kecerdasan ibubapa kandung atau ibubapa yang membesarkan anak itu?

70

Dijangkakan lingkungan reaksi ini adalah sebanyak 20 hingga 25 poin bergantung kepada kekayaan rangsangan intelek persekitaran (Richard Weinberg dlm Bee, ms 279). Keadaan ini boleh digambarkan oleh keadaan sepasang anak kembar seiras yang dibesarkan oleh keluarga yang berbeza mungkin menunjukkan perbezaan IQ, tetapi IQ mereka masih dalam lingkungan 90-110 poin (perbezaan 20 - 25 poin). Faktor seperti tahap sosio-ekonomi keluarga, tahap pendidikan mempengaruhi kecerdasan kita. Terdapat juga kajian yang menunjukkan anak sulung lebih cerdik sedikit daripada anak yang lain. Bagaimana pula dengan anak tunggal? Mereka juga dianggap sebagai anak sulung. Mengikut kajian, pendidikan awal yang berkualiti dapat meningkatkan kecerdasan sebanyak 1 SP (lebih kurang 15 poins), ini adalah sesuai dengan hipotesis lingkungan reaksi ini kalau kita mengambil kira faktor di luar sekolah seperti pengaruh keluarga. Genetik dan persekitaran bukan dikotomi yang langsung bercanggah. Kita juga perlu menimbangkan faktor interaksi antara faktor genetik dan persekitaran ini. Antaranya, ibubapa dari status sosioekonomi tinggi bukan setakat memberikan persekitaran yang lebih baik dan juga genetik yang lebih baik kepada anak mereka pada masa yang sama. Ibubapa yang bekerja sebagai ahli muzik bukan setakat memberi genetik berkaitan perkembangan muzik dan juga persekitaran yang setimpal dengan bakat anak mereka. Persekitaran yang konduksif bukan setakat meningkatkan kecerdasan semata-mata, tetapi juga aspek lain seperti konsep kendiri yang positif, kemahiran berkomunikasi, budaya dan lain-lain. Interaksi persekitaran dan perkembangan intelek selalu bertindak dengan cara yang tidak boleh difahami oleh kita, contohnya permainan muzik mungkin memberi kesan kepada perkembangan matematik. Mainan blok mungkin memberi kesan positif kepada perkembangaan matematik dan bahasa pada peringkat sekolah menengah. Hubungan antara sebab dan kesan ini tidak selalunya difahami. Apa yang pasti adalah persekitaran yang kaya adalah sangat penting. Persekitaran yang kaya terutamanya penting semasa zaman kanak-kanak. Menurut idea Maria Montessori yang mengetengahkan konsep waktu sensitif: terdapat waktu di mana kanak-kanak mempelajari sesuatu dengan optimal. Montessori mendapat ilham ini daripada kajian

71

seorang ahli biologi yang mengkaji waktu sensitif pada beluncas. Beluncas akan menjadi sensitif kepada cahaya pada peringkat awal, ini menjadikan mereka merangkak ke atas di mana terdapatnya pucuk daun. Beluncas ini akan makan tidak berhenti-henti sebelum bertukar menjadi pulpa. Selepas beluncas bertukar bentuk, ia menjadi tidak sensitif dan tidak bertindak balas terhadap rangsangan cahaya. Idea Montessori ini menjadikan orang ramai mempercayai kepentingan pendidikan awal kanak-kanak terhadap perkembangan seseorang kelak. Penglibatan ibubapa dan persekitaran yang kaya (contohnya mainan) adalah sangat penting untuk perkembangan semasa zaman kanak-kanak. Ini tidak termasuk lagi kesan sosial semasa main, ibubapa yang prihatin menghabiskan banyak masa untuk bermain dengan anak mereka. Faedah mainan ini boleh dilihat dari aspek fizikal dan juga aspek kesan sosialnya. Contohnya ibu yang membacakan buku cerita kepada anak, interaksi ibu adalah sama penting dengan kandungan buku tersebut. Nutrisi dan pencemaran seperti plumbum pada cat yang tidak berkualiti juga merencatkan kecerdasan kanak-kanak miskin di serata dunia. Dalam konteks Malaysia, faktor pelindung adalah seperti mainan sosial dengan kanak-kanak yang lain, yang memungkinkan pembelajaran sesama kanak-kanak dan memanfaatkan bahan semulajadi yang sedia ada di sekeliling (main masak-masak). Persekitaran bukan hanya merujuk kepada keluarga tetapi masyarakat secara keseluruhan di mana keluarga itu berada. Budaya masyarakat yang memupuk dan menilai tinggi kecerdasan adalah penting. Tegasnya kita belajar dari budaya di mana kita berada. Budaya yang baik akan menjadikan seseorang itu mulia dan sebaliknya. Budaya yang menyekat perkembangan bakat lantaran sikap cemburu dan agresif sudah tentu tidak membantu ke arah itu. Kehadiran genius sebenarnya menggambarkan budaya semasa. Ini boleh dilihat pada hakikat terdapat banyak artis semasa Zaman Renaissance, penulis-penulis semasa Elizabethan British dan ahli falsafah di Athens, Yunani. Keadaan ini berkait rapat dengan beberapa faktor seperti persekitaran yang menghargai perkembangan intelek, persiangan sesama mereka yang pintar cerdas, dan pengaruh mereka yang pintar cerdas menjadi inspirasi antara satu sama lain. Tanpa Socrates, Plato dan Aristotle mungkin hanyalah ahli cendekiawan yang

72

biasa. Tanpa ibu yang mengiktiraf kecerdasan naturalistnya, Jane Goodall tidak akan mencapai kejayaan. Tanpa Sullivan, Helen Keller tidak akan mencatat nama dalam sejarah. Hubungan saling mempengaruhi ini juga dapat dilihat pada pengaruh, persahabatan dan perselisihan antara Sigmund Freud / Alfred Adler / Carl Jung, Melanie Klein / Anna Freud / Karen Horney / Erich Fromm, Charles Babbage (bapa komputer) / Ada Byron (ahli matematik wanita yang menulis bahasa komputer pertama), anthropologis Franz Boas / Ruth Fulton Benedict / Edward Sapir / Margaret Mead dan banyak lagi. Menurut sebuah surat peribadi Abraham Maslow, “I think it’s fair to say that I have the best teachers, both formal and informal, of any person who ever lived, just because of being in New York City when the cream of European intellect was migrating away from Hitler. New York City in those days was simply fantastic. There have been nothing like it since [ancient] Athens……I cannot say that any one of them was any more important than any other. I was just learning from anybody who had anything to teach me.” (Feist & Feist, ms 495) Tegasnya persekitaran genius akan melahirkan banyak genius dan sebaliknya persekitaran yang “kering” akan membunuh genius. Kalau kita lihat kepada biografi pemenang Nobel Prize, kita akan mendapati mereka banyak yang belajar di bawah pemenang-pemenang Nobel Prize yang sebelum. Contohnya keluarga Curie, Pierre Curie, Marie Curie, Henry R. Laboussie, Frederic Jolliot dan Irene Curie mendapat 4 Nobel Prize dalam bidang fizik, kimia dan keamanan, Subrahmanyan Chandrasekhar dan pakciknya Chandrasekhar V. Raman dua-duanya pemenang Nobel Prize dalam Fizik. Makmal biokimia Gerty dan Carl Cori melahirkan lapan orang pemenang Nobel Prize termasuk mereka sendiri. Kalau kita mengkaji biografi mereka, kita akan mendapati banyak sangat contoh-contoh saintis ini yang pernah bekerjasama, saling mempengaruhi dan pernah menjadi inspirasi atau persaingan sesama satu sama lain. Yang pasti genius tidak akan lahir dari budaya yang pro-

73

akademik tetapi anti-intelektualisme. Remaja Marie Curie mamahami apakah yang terbaik untuk perkembangannya pada masa depannya. Polland pada masa itu dikuasai oleh Rusia, Marie Curie bersama kawannya yang cendekiawan mengasaskan apa yang dipanggil “The Floating University” dan mereka berkunjung ke rumah satu sama lain untuk mengajar sesama sendiri dan membuat kajian saintifik. Kecerdasan bukan diukur dari segi “ketepatan” atau tahap “kebenaran” pada idea mereka. Kalau kenyataan ini adalah benar, sudah tentu semua individu pintar cerdas akan saling bersetuju sesama sendiri. Keadaan yang sebaliknya adalah lebih biasa, mereka saling mengkritik. Sejarah telah membuktikan idea Carl Marx tidak berhasil, tetapi ini tidak bermakna dia kurang pintar cerdas. Bakat yang luar biasa tidak semestinya menghasilkan penemuan baru dan mendapat pengiktirafan, seperti yang digambarkan oleh cerita Srinavasa Ramanujan (1887-1920). Dia gagal dalam universiti dan menyara hidup dirinya dengan kerja sebagai kerani. Semasa umur 15, dia mendapat sebuah buku berjudul “Sypnosis of Pure Mathematics” yang terdiri daripada 6000 teorem-teorem matematik tanpa jalan kerja yang membuktikan teori ini. Dia membuktikan banyak teori matematik yang telahpun dibuktikan oleh orang lain sebelumnya, atas usaha seorang diri dalam masa sepuluh tahun. Sudah tentu dia akan menghasilkan sesuata yang luar biasa dan baru kalau diberi pendidikan yang terbaik di Eropah pada masa itu. Ramanujan mati pada usia muda akibat penyakit tibi. Kegiatan intelek pada masa itu bukanlah sesuatu yang diterima umum dan dipandang tinggi. Berbeza dengan zaman ini yang terdapat pelbagai jenis biasiswa, anugerah dan pekerjaan yang berkaitan akademik, mereka yang mencapai sesuatu pada masa lampau memerlukan kelebihan yang lain selain kecerdasan, seperti ketabahan, peluang, budaya semasa ataupun sokongan kewangan dari keluarga. Masalah kemiskinan adalah biasa pada masa silam, dan harga buku adalah sangat mahal walaupun bagi orang kaya. Michael Faraday bekerja sebagai “bookbinder”, membolehkannya ada peluang mengakses kepada buku-buku. Boleh diandaikan banyak individu yang pintar cerdas tidak diberikan peluang untuk mengasah bakat mereka. Keadaan ini boleh digambarkan dengan perenggan ini,

74

“There were very few full-time posts for professional research: Hooke and Flamsteed were ill paid, despite their great achievements. It was best to be born to wealth, like Bolye and Huygens, or to find a patron, like Ray. It was almost incidental that professors such as Newton and Malpighi made such splendid scientific discoveries; in those days, active research was no more expected of a university teacher than it is now of a schoolmaster. Natural philosophy was essentially an obsessive hobby, in which a physician, a professor, a priest, a monk, an aristocrat or even a shopkeeper could indulge himself, just as nowadays he might take to rock-climbing or chess.” (Ziman, ms 46) Masalah pendidikan pintar cerdas nampaknya lebih kepada masalah sosial daripada masalah pendidikan. Pendidikan sebagai satu komponen dalam sistem sosial hanyalah satu cermin kepada nilai dan budaya semasa kita. Kalau kita melihat isu pendidikan pintar cerdas dari perspektif sosiologi dan sejarah perkembangan sains, faktor sosial memainkan peranan yang sangat penting dalam pembentukan genius. Peristiwa seperti Renaissance, Revolusi Perindustrian adalah akibat perkembangan intelek, dan perubahan-perubahan ini sebaliknya memberi kesan kepada perkembangan ketamadunan dan intelektualisme. Konsep yang biasa kepada kita, seperti “knowledge is power”, Teori Evolusi (yang masih kontroversi sehingga kini) dan sebagainya adalah biasa bagi kita, tetapi kalau kita lihat kepada konteks sosiobudaya pada masa itu, konsep-konsep sebegini adalah revolusioner dan memberangsangkan bagi mereka pada zaman itu, dan terus menolak ketamadunan maju ke hadapan lagi. Peribahasa Inggeris menyatakan kejayaan melahirkan kejayaan (success breeds success), dalam konteks perbincangan genius ini, nampaknya genius yang melahirkan genius.

75

____________________________________ [BAB 3 SIAPAKAH INDIVIDU PINTAR CERDAS? ____________________________________ MEMAHAMI UJIAN KECERDASAN Kita telah memahami ciri-ciri mereka yang pintar cerdas. Pengetahuan ini sangat berguna untuk membantu kita memerhatikan dan memahami diri kita, rakan kita, keluarga kita ataupun mana-mana individu. Untuk memahami siapakah individu pintar cerdas, kita perlu memahami beberapa konsep yang lain lagi. Siapakah individu pintar cerdas? Individu dengan kecerdasan yang luar biasa dikatakan pintar cerdas dan kita telah memahami konsepkonsep kecerdasan. Untuk memahami siapakah pelajar pintar cerdas kita perlu memahami beberapa konsep yang asas ini: pintar cerdas, keluarbiasaan dan kecerdasan. Sternberg, seorang pengkaji kecerdasan menggariskan 5 ciri-ciri konsep pintar cerdas: 1. Kecemerlangan (“excellence”): bermaksud sangat menonjol dalam bidang / kebolehan tertentu. 2. Keluarbiasaan (“rarity”): bermaksud kecemerlangan ini sukar dicapai oleh orang kebanyakan. 3. Produktiviti: bermaksud ia membawa kepada hasil atau sumbangan yang bernilai kepada masyarakat. 4. Boleh diukur: contohnya dalam ujian IQ yang terpiawai. 5. Nilai: bermakna ciri-ciri ini dihargai / dianggap penting oleh masyarakat.

76

Dari 5 kriteria ini, kita boleh melanjutkannya: 1. Kecerdasan digambarkan melalui pencapaian yang menakjubkan. 2. Keunikannya adalah sebab ia tidak biasa dan berbeza, hanya dimiliki oleh sebilangan kecil populasi. 3. Ia diukur melalui hasil kerja bukannya potensi. Dari kerja, kita dinilai. Produktiviti ini tidak bermaksud kuantiti tetapi yang lebih penting kualiti. 4. Definisi ini mesti produktif dari segi akademik, ia boleh dikaji, boleh didefinisikan secara operasional. Ia bukan konsep abstrak yang dikaji pada tahap teoretikal / falsafah semata-mata. 5. Ia dicirikan faktor budaya, ia bukan bebas dari nilai setempat / semasa. Cuba fikirkan: merujuk kepada 5 piawaian tersebut, adakah seorang pelajar yang mendapat 16 A dalam SPM adalah pintar cerdas? Adakah remaja yang menjadi usahawan pada umur 16 tahun seorang yang pintar cerdas? Adakah mereka memenuhi 5 kriteria tersebut? Mengikut model Renzulli, seorang yang dikenalpasti sebagai pintar cerdas mesti memenuhi 3 syarat ini: 1) Kebolehan intelek yang tinggi, 2) kreativiti yang tinggi dan, 3) komitmen kerja yang tinggi. Perhatikan Renzulli menegaskan kepentingan faktor / syarat bukan intelek sebagai sebahagian yang teras dalam konsep kepintarcerdasannya. Berbeza dengan idea Sternberg, 3 syarat yang diketengahkan oleh Renzulli merupakan aspek yang boleh dipupuk dan dilatih melalui pendidikan. Mungkin sekolah perlu memupuk kepintarcerdasan, bukan memberi maklumat semata-mata. Apakah maksud keluarbiasaan? Dari segi psikologi, mereka yang paling cerdas, dengan kecerdasan yang lebih tinggi daripada 98th persentil populasi dikatakan pintar cerdas. Sebenarnya tiada skor yang tertentu sebagai kayu pengukur disebabkan cara mengukur yang berbeza-beza pada ujian IQ yang berbeza. Yang pentingnya adalah di mana letaknya skor anda dalam populasi. Contohnya had atasan (markah tertinggi) bagi ujian IQ bagi Raven Progressive Matrices adalah 180, bagi ujian yang lain seperti ujian IQ Stanford Binet, adalah mungkin anda mendapat markat lebih dua ratus. Prinsipnya adalah anda lebih cerdik daripada 98th persentil (atau kriteria lain) daripada

77

populasi yang diukur menurut ujian IQ tertentu. 98th persentil ini bukan tetap, bergantung kepada kriteria yang lebih ketat (contohnya 99.9th persentil) atau lebih longgar yang digunakan (contohnya 97th persentil). Dengan kata lain, kepintarcerdasan adalah bersifat relatif. Cerdas atau tidak hanyalah satu perbandingan dengan orang lain: setakat mana anda lebih baik berbanding dengan orang lain dalam populasi? Populasi yang dimaksudkan di sini merujuk kepada mereka yang sebaya dengan anda. Pada satu ekstrim kecerdasan manusia lagi, terdapat golongan terencat akal. Mereka yang kerencatan akal memiliki dua ciri ini: kecerdasan yang lebih rendah daripada normal, dengan itu bermasalah penyesuaian diri dengan cabaran hidup yang asas. Piawaian 98th persentil hanyalah satu kriteria yang digunakan, mengikut keperluan dan tujuan pendidik atau pengkaji, piawai yang lebih longgar atau lebih ketat seperti 95th persentil atau 99.9th persentil populasi mungkin digunakan. Tiada garis pemisah yang jelas bagi membezakan dua golongan ini: pintar cerdas dan bukan pintar cerdas. Di antara ini terdapat pula golongan yang hampir pintar cerdas (“near giftedness”). Kecerdasan manusia bukan bertahap-tahap tetapi memperlihatkan satu kesinambungan daripada yang paling rendah ke yang paling tinggi. Dalam satu ujian kecerdasan, soalannya akan menjadi semakin mencabar sehingga individu yang biasa tidak mampu menyelesaikan 50% soalan tersebut. Biasanya dalam ujian IQ yang konvensional ada sub-ujian, markah keseluruhan adalah jumlah markah sub-ujian. Setakat ini, konsep kecerdasan yang dibincangkan dirujuk kepada markat ujian IQ. Ini adalah berdasarkan dua andaian. Pertama, kecerdasan adalah sejenis kuantiti / amoun. Ia boleh diukur seperti suhu dan boleh digambarkan oleh satu nilai (nombor). Kedua, setiap sela dalam skala ukuran (unit) ini mempunyai sela yang sama supaya dibuat perbandingan antara markat ini. Apakah maksud ini? “Sekarang cuba kita lihat perbezaan IQ 60 dengan IQ 70, perbezaannya hanya 10 poin. Begitu juga IQ 120 dengan IQ 130, perbezaannya sama iaitu 10 poin juga. Seandainya kita percaya skor berkenaan adalah skala sela, kita mestilah mengandaikan makna yang sama pada lokasi yang berbeza

78

di atas skala tadi. Adakah kita pasti tentang hal ini? Sebenarnya, kita belum pasti lagi tentang hal ini (Fraenkel & Wallen, 1990). Begitu juga kita tidak boleh mengatakan mereka yang mempunyai IQ 120 adalah dua kali lebih baik daripada mereka yang mempunyai IQ 60. Ini kerana tidak terdapat titik sifar sebenar pada IQ (tidak terdapat 0 IQ).” (Bhasah Abu Bakar, ms 10) Dua andaian ini adalah susah dibuktikan, menyebabkan ujian IQ selalu dikritik kesahannya: adakah apa yang diukur oleh ujian IQ ini adalah kecerdasan? Atau ianya sesuatu yang lain? Ataupun apa yang dapat diukur hanyalah sebahagian kebolehan mental kita? Walaupun terdapat banyak kritikan ini, disebabkan keperluan mengkuantitikan apa yang kita kaji dalam kajian saintifik, mereka yang menentang skor IQ juga menggunakan skor IQ ini. Bayangkanlah tanpa skor IQ, bolehkah kita mengenalpasti siapakah golongan pintar cerdas dengan objektif, pasti dan yakin? Item yang biasa dalam ujian kecerdasan adalah seperti soalan analogi (contohnya, petani: menanam = nelayan: ?), perbendaharaan kata, mengingati nombor / ayat, memberi definisi kepada konsep atau objek, soalan logikal / matematik, memberi alasan / sebab, mengenalpasti persamaan dan perbezaan, mengisi gambar dalam petak kosong bagi satu siri gambar / corak. Markah sub-ujian ini dijumlahkan untuk mendapat jumlah markah. Ujian kemasukan universiti seperti SAT tidak dianggap sebagai ujian kecerdasan, tetapi ujian pencapaian sebab markah dapat dipertingkatkan dengan banyak melalui latihan. Biasanya kita membezakan ujian pencapaian (markah sekolah, SAT, GRE) daripada ujian kebolehan (ujian IQ). Tetapi sebenarnya, kalau kita banyak melatih untuk mana-mana ujian kebolehan, markah itu juga boleh dipertingkatkan. Oleh itu, kandungan ujian kebolehan adalah dianggap sulit, dan dilarang mengambil banyak kali ujian IQ dalam masa singkat. Pada pendapat anda, kenapa ujian kemasukan kolej di Amerika adalah ujian pencapaian, bukannya ujian kebolehan? Ini adalah sebab faktor bukan kecerdasan adalah penting kepada kemasukan kolej. Apa yang dipelajari dan usaha pelajar untuk mencapai skor tinggi juga

79

penting dalam kejayaan akademik di IPT. Sebenarnya ujian kecerdasan yang berbeza mengukur aspek yang berlainan dan susah untuk kita menyatakan mereka mengukur sesuatu yang sama (kecerdasan). Secara tradisi, markah IQ dikatakan perbandingan antara umur mental dan umur kronologikal, atau umur mental dibahagi dengan umur kronologikal. Katakanlah seorang remaja 12 tahun yang umur mentalnya 18 tahun, maka markat IQnya adalah 18 /12, iaitu 1.5. Dalam pengiraan markat IQ, kita cuba mendarabkan nilai itu dengan 100 untuk menghapuskan tempat perpuluhan, dengan itu kita mendapat markah 1.5x100= 150. Remaja itu adalah seorang yang agak pintar cerdas. Kita menganggap 100 adalah markah purata dan juga markah mod (majoriti) dalam tahap kecerdasan (umur mental sama dengan umur kronologikal). Pada masa sekarang konsep ini tidak lagi digunakan lagi. Realitinya kecerdasan purata manusia selalu meningkat. Kalau kita terus menggunakan konsep ini, kita akan mendapat satu masalah iaitu A yang mendapat skor 100 pada 2005 adalah jauh lebih pintar daripada B yang mendapat skor 100 pada 1970. Konsep ini juga tidak sesuai menggambarkan kecerdasan orang dewasa (umur mental pada umur 50, 55 dan 70 tahun?, adakah seorang yang berumur 70 lebih cerdik daripada seorang yang berumur 50?). Sekarang ini kita mengira kecerdasan berdasarkan skor kita berbanding dengan berjuta-juta orang lain yang juga mengambil ujian tersebut. Kedudukan kita dalam populasi ditentukan melalui persentil. Ujian IQ perlu diubahsuai dari semasa ke semasa untuk menggambarkan perubahan masa, sebab manusia selalu menjadi lebih cerdik dari satu generasi ke generasi yang lain. Dengan adanya pelbagai jenis ujian kecerdasan dengan skema permarkahan yang berbeza, kita tidak boleh membandingkan skor antara ujian kecerdasan. Biasanya kita membandingkan persentil, contohnya 98th persentil dalam ujian kecerdasan A dan sebagainya. Had atasan ujian yang berbeza juga berbeza. Persentil atau kedudukan dalam populasi lebih penting daripada markah. Situasi ini boleh digambarkan dengan senario begini: katakanlah kertas Sejarah anda mendapat markah 60, kertas Sains pula mendapat 50. Bolehkah kita mengatakan anda lebih pandai dalam Sejarah berbanding Sains? Sebenarnya tidak boleh, sebab kita perlu membandingkan markah kita

80

dengan markah murid yang lain dalam kelas. Kalau kebanyakan rakan anda mendapat markah yang rendah dalam Sains (dengan kata lain, ujian Sains ini adalah sangat mencabar), mungkin kamu antara pelajar yang canggih dalam Sains! Untuk membandingkan skor pada ujian yang berbeza, kita menggunakan konsep sisihan piawai. Katakanlah dalam kelas anda hanya terdapat 5 pelajar, markah untuk dua subjek ini adalah seperti yang berikut: Murid Anda B C D E Markah Purata

Sejarah 60 62 48 64 56 58

Sains 50 30 45 30 45 40

Kita mendapati markah anda adalah lebih tinggi daripada markah purata bagi kedua-dua kertas ini. Sisihan piawai adalah purata perbezaan setiap skor dengan markat purata (58 dan 40). Perbezaan skor dengan purata Anda B C D E Purata perbezaan (sisihan piawai)

Sejarah (purata = 58) Sains (purata = 40) /60-58 / = 2 /62-58 / = 4 /48-58 / = 10 /64-58 / = 6 /56-58 / = 2 = (2+4+10+6+2) / 5 = 24 / 5 = 4.8

/50-40 / = 10 /30-40 / = 10 /45-40 / = 5 /30-40 / = 10 /45-40 / = 5 = (10+10+5+10+5) / 5 = 40 / 5 =8

Sisihan piawai yang lebih besar bagi subjek Sains menunjukkan markah yang agak berbeza sesama murid kelas anda dalam subjek ini. Dengan kata lain, perbezaan yang agak ketara dalam pencapaian subjek ini.

81

Sebaliknya SP yang lebih kecil bagi Sejarah menunjukkan markah semua pelajar agak dekat. Untuk menjawab samada Sains anda lebih baik daripada Sejarah atau sebaliknya kita perlu mengira lebihan markah subjek berbanding markat purata dalam unit sisihan piawai (SP). Skor ini juga disebut sebagai skor-Z. Sejarah

: (markah Sejarah – markah purata Sejarah) / sisihan piawai (60-58) / 4.8 = 0.42 SP, Markah anda adalah 0.42 SP lebih tinggi daripada markah purata Sains

: (markah Sains – markah purata Sains) / sisihan piawai (50-40) / 8 = 1.25 SP Markah anda adalah 1.25 SP lebih tinggi daripada markah purata

Jelaslah Sains anda adalah lebih baik daripada Sejarah (sebagai perbandingan dengan pencapaian rakan kelas anda). Dalam ujian kecerdasan, SP biasanya adalah 15 atau 16 poins (tetapi tidak semestinya). Katakanlah IQ anda adalah 175, maka kecerdasan ini adalah (175-100) / 15 SP = 5 SP lebih tinggi daripada populasi, satu skor kecerdasan yang sangat tinggi. Kebaikan konsep ini adalah ia memungkinkan perbandingan antara subjek bagi seorang murid; dan juga perbandingan subjek yang berlainan bagi dua orang pelajar yang berbeza, contohnya Sains pelajar B dibandingkan dengan Sejarah pelajar E. Inilah konsep yang digunakan dalam ujian IQ, bagi ujian Stanford Binet, SP adalah 16, bagi ujian Weschler, SP ialah 15 dan dalam skala Cattel, SP ialah 24 (Salny, ms 5).

82

____________________________________ INDIVIDU PINTAR CERDAS DARI STATUS SOSIO-EKONOMI RENDAH

____________________________________ Dia gugur dari sekolah menengah dan menghadapi masalah kemurungan. Tillie Olsen menghabiskan kebanyakan masa hidupnya di San Francisco, di mana dia membesarkan empat orang anak dengan upah kerja yang sedikit. “Kolej saya adalah dunia kerja, tanggungjawab keibuan, cabaran hidup dan kesusasteraan.” Buat masa yang lama Olsen tidak dapat menulis sehingga pada pertengahan empat-puluhan apabila anak bongsunya hadir ke sekolah rendah. Bukunya mendapat banyak anugerah, beliau pernah mengajar di Amherst College, Stanford Universtiti, MIT, University of Massachuettes dan lain-lain. Beliau seorang aktivis dan feminis. [Dipetik dan diubahsuai dari: Working It Out: 23 women writers, artists, scientists, and scholars talk about their lives and work, ms 344]

Rohaya Abu Bakar memahami apakah maksud keperitan hidup. Dibesarkan di setinggan, Rohaya bekerja 17 jam satu hari dan hidup dengan RM1.50 satu hari dengan nasi lemak dan secawan MILO demi melangsaikan hutang suaminya. Hidupnya berubah apabila mendapat biasiswa Commonwealth dan mendapat PhD dalam pengurusan pembinaan. Rohaya sekarang pakar runding ukur bahan yang memberi perkhidmatan kepada pelbagai projek yang melebihi RM 1 billion. Dia tidak pernah menolak permintaan untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan seperti anak yatim piatu dan usahawan baru. Beliau dicalonkan untuk Anugerah Wanita Tahunan oleh Institut Pengurusan Tun Dr Siti Hasmah. [Dipetik dan diubahsuai dari: “Poverty not a setback for gutsy woman,” New Straits Times, 19 Nov ‘05 (Sabtu), ms 14]

83

Dalam cerita Tillie Olsen, beliau tidak dapat menulis sebab masalah persekolahannya menjejaskan peluang dan keyakinannya. Selepas itu dia terpaksa melakukan pekerjaan-pekerjaan yang tidak serasi dengan keperluan kecerdasannya (lantaran kelayakan akademik yang rendah) demi menyara hidup keluarganya. Walau bagaimanapun, dia dapat mengatasi cabaran hidup dan menjadi penulis, aktivis dan ahli akademik yang menonjol. Banyak yang menganggap kecerdasan yang tidak mendapat sokongan pada zaman kanak-kanak akan lenyap begitu. Zaman kanakkanak dianggap zaman optimal. Dalam sejarah mencatatkan banyak individu yang mengatasi kekangan persekitaran seperti penindasan, kemiskinan dan menyerlahkan bakat mereka pada peringkat lewat hidup mereka. Kecerdasan yang terpendam akan berkembang pada masanya. Ini tidak bermakna pendidikan tidak penting dan kecerdasan hanyalah akibat faktor biologi semata-mata. Keadaan ini terutamanya benar bagi domain seperti kesenian, bahasa, muzik tetapi bukan dalam bidang seperti matematik dan fizik di mana banyak ahli matematik mencapai zaman kemuncak mereka pada umur dua-puluhan dan tiga-puluhan. Bagi golongan yang tertindas secara sosial ini, masalah inferioriti yang menghantui mereka memberi kesan yang berpanjangan terhadap (perkembangan) diri mereka kelak. Ia bukan setakat menjejaskan motivasi untuk mencapai lebih tinggi, yang lebih teruk lagi ia menjejaskan motivasi untuk belajar dan berubah langsung. Bagi kes Tillie, pengalaman pahit ini menjadikannya sensitif kepada penindasan sosial yang dihadapi oleh minoriti dan menjadikannya sensitif kepada diskriminasi / penderitaan orang lain. Antaranya penindasan gender. Ini menjadikan karyanya dicorakkan oleh pengalaman hidup. Bagi kes Rohaya, pengalaman kemiskinan tidak memberi kesan positif langsung kecuali usaha gigih dan semangat kental. Pengalaman ini menjadikannya menghargai kejayaannya dan mencari makna hidupnya. Kewangan hanya bersifat sementara dan tidak menjadi objektif hidupnya. Dalam kedua-dua kes ini, kemiskinan memberi kesan yang penting kepada perkembangan dua orang wanita ini. Bahagian ini menarik perhatian kepada beberapa konsep seperti penindasan sosial dan minoriti (kedua-dua orang miskin dan wanita adalah minoriti).

84

Satu kategori kanak-kanak pintar cerdas yang menuntut perhatian para pendidik dan pekerja sosial adalah kanak-kanak pintar cerdas yang tertindas secara sosial. Mereka tidak mendapat galakan secukupnya dari keluarga untuk mengembangkan potensinya. Sebagai kanak-kanak pintar cerdas yang miskin, bermakna mereka menghadapi masalah tambahan selain masalah sebagai kanak-kanak yang miskin. Antara masalah ini termasuklah keperluan kepada cabaran intelek yang tidak dapat dipenuhi. Kalau dia terlalu berbeza dengan ibubapa dan keluarga, ia akan membawa kepada konflik keluarga sebab tingkah lakunya tidak boleh difahami oleh orang lain. Sebagai seorang pendidik, tugas guru bukan setakat mengajar. Antara kesedaran yang ada pada pendidik adalah membantu pelajar mencapai kejayaan dan kesejahteraan. Pencapaian akademik bukan ditentukan oleh kecerdasan, tetapi ia lebih kepada faktor persekitaran. Mereka yang berasal dari latar belakang status sosio-ekonomi yang tinggi, ibubapa yang berpelajaran tinggi dan prihatin senang mendapat apa yang terbaik untuk perkembangan mereka. Sebaliknya pada satu ekstrim lagi, terdapat apa yang dikatakan pelajar yang berisiko tinggi. Disebabkan potensi yang tidak dicungkil, pelajar pintar cerdas dari status sosio-ekonomi rendah ini sering mencapai di bawah potensinya (rujuk kepada bahagian seterusnya yang membincangkan pencapai rendah pelajar pintar cerdas). Mereka seolah-olah pelajar pintar cerdas yang tidak dinampak (“the invisible gifted”). Dengan memberi sokongan yang berpatutan, mereka akan lebih maju ke depan. Antara faktor risiko ini termasuklah jangkaan ibubapa (terhadap pencapaian anak) yang rendah, kemiskinan dan budaya keluarga yang buruk. Keadaan ini menjadikan jurang perbezaan antara generasi semakin membesar: mereka yang kaya semakin dan terus menjadi kaya, mereka yang miskin semakin miskin dan susah bersaing dengan golongan yang satu lagi. Di negara ini, masalah perkauman merumitkan masalah ini: seolah-olah semua orang Melayu adalah golongan miskin. Kaum India diabaikan. Kalau kita mengenal status sosio ekonomi berdasarkan kaum, bukannya mengikut individu, ia merupakan sejenis generalisasi yang tidak dijustifikasikan. Dengan kata lain, ia merupakan sejenis

85

diskriminasi sosial. Malangnya, diskriminasi ini yang menjadi teras dalam banyak dasar kerajaan. Padahal golongan miskin ini wujud pada mana-mana kaum. Diskriminasi ini seterusnya akan mewujudkan diskriminasi yang lain. Inilah masalah yang dihadapi negara ini. Kriteria pemilihan kanak-kanak pintar cerdas dari SES rendah ini perlu dibezakan dengan mereka dari SES yang lebih tinggi. Seperti apa yang diterangkan dalam bahagian sebelum ini, kecerdasan adalah (diandaikan) bersifat mutlak, tetapi kepintarcerdasan adalah bersifat relatif (perbandingan dengan mereka yang dari latar belakang yang sama). Kalau kita membandingkan pencapaian pelajar 1% persentil dari latar belakang berbeza, sudah tentu pencapaian mereka berbeza, tetapi mereka adalah sama pintar dan cerdas. Bukan semua kanak-kanak yang berisiko ini akan membesar menjadi golongan yang bermasalah, segelintir daripada mereka akan mencapai kejayaan dan kesejahteraan hidup, menjadi golongan yang berpelajaran tinggi dan status ekonomi yang kukuh. Mereka yang mengkaji mobiliti sosial ini menganggap rintangan kepada faktor risiko ini sebagai resiliensi. Faktor risiko ini termasuklah pengaruh rakan sebaya yang negatif, tahap pendidikan ibubapa yang rendah, gaya keibubapaan yang autokratik atau pasif (berlepas tangan), konflik keluarga, penyalahgunaan dadah dan budaya keluarga yang tidak sihat seperti inferioriti dan suka mengasingkan diri. Terdapat beberapa faktor pelindung / resiliensi yang menjadikan individu kental menentang pengaruh yang buruk dan mencapai kesejahteraan. Antara faktor yang terpenting adalah kecerdasan yang tinggi dan sikap / kesedaran ingin membela nasib diri. Antara faktor pelindung yang lain termasuklah personaliti yang senang didampingi (kebolehan sosial), kecerdasan praktikal yang tinggi, kemahiran berkomunikasi atau kecerdasan bahasa, pemikiran yang positif, konsep kendiri yang positif, lokus kawalan intrinsik dan keupayaan menimbangkan masalah mereka dari pelbagai perspektif. Di konteks negara kita yang berorientasikan peperiksaan / akademik, kita senang menganggap pelajar yang pintar cerdas telah mendapat apa yang cukup mencabar bagi mereka. Padahal sistem persekolahan kita mungkin hanya mengajar dan menguji sebahagian kecil kebolehan akademik dan juga kebolehan bukan akademik. Maka

86

tidak mustahil, pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang mungkin memperlihatkan kelemahan lain yang nyata pada masa yang sama: tidak membaca buku dengan luas, pemikiran yang cetek, tidak pandai menjaga diri, tidak berkemahiran hidup. Pembelajaran bukan penerapan ilmu semata-mata, tetapi yang lebih penting lagi satu proses pembudayaan. Pembelajaran budaya ini berlaku secara tidak formal dan melalui pengalaman seharian tanpa disedari. Kita mengandaikan pelajar akan mendapat pembelajaran (bukan sekolah) ini dari pergaulan dengan kawan dan asuhan dari ibubapa / keluarga mereka. Malangnya keadaan ini tidak selalunya berlaku, maka kita akan bertanya: setakat mana peranan sistem persekolahan kita? Bagi pelajar dari keluarga yang status sosial ekonomi tinggi, mereka mendapat banyak sokongan dan bantuan dari keluarga mereka, bagi pelajar yang canggih dari segi sosial mereka banyak belajar dari kawan. Bagi pelajar yang berasal dari SES rendah, mereka memerlukan sokongan yang lebih untuk memastikan mereka mendapat perkembangan yang optimum. Masalah mereka bukan setakat masalah ekonomi atau kewangan tetapi yang lebih penting sikap, personaliti ibubapa mereka dan kebudayaan di keluarga yang menjadi penghalang. Tegasnya perkhidmatan pendidikan yang mencabar secara menyeluruh menjadi jawapan kepada persoalan ini, kuncinya: kepelbagaian. Kepelbagaian dari segi kaedah penyampaian, suasana, cara pembelajaran, kandungan dan sebagainya. Bakat yang khas seperti muzik dan sukan terutamanya berkait rapat dengan sikap menyokong ibubapa, dan kos yang tinggi untuk memupuk bakat ini. Di konteks Malaysia, bahasa ibunda yang pelbagai menjadi satu lagi masalah. Seorang pelajar yang bertutur dalam bahasa yang bukan pengantar di sekolah akan menghadapi cabaran bahasa pada peringkat persekolahan yang berbeza. Maksud bahasa pengantar di sini adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil. Kalau pelajar pintar cerdas tersebut bukan cerdik dari segi bahasa, pencapaiannya sudah tentu kurang daripada yang dijangka. Kanakkanak dari latar belakang sosio-ekonomi yang rendah menerima (kuantiti dan kualiti) input bahasa yang berbeza berbanding mereka dari keluarga kaya.

87

Budaya Barat dan Timur adalah berbeza dari segi persepsi kepintarcerdasan ini. Bagi budaya Barat, mereka lebih cenderung menganggap kepintarcerdasan dan kecerdasan adalah sesuatu yang dilahirkan (dengan itu agak stabil). Dalam budaya Cina (dan Asia Timur yang berkongsi unsur budaya yang tertentu), kecerdasan adalah tidak penting, yang penting adalah pencapaian. Dengan kata lain, mereka lebih mementingkan usaha daripada kecerdasan. Ini bermakna, istilah kepintarcerdasan ini membawa maksud yang berbeza merentasi budaya. Ini menjadi penghalang kepada penerapan beberapa konsep kepintarcerdasan, disebabkan pemahaman dan persepsi yang berbeza antara individu. Dari pengalaman saya sendiri, banyak salah faham dan miskomunikasi berlaku sebab masing-masing mentafsir istilah kepintarcerdasan ini dengan maksud tersendiri. Terdapat golongan yang menganggap semua kanak-kanak adalah pintar cerdas. Di konteks sekolah Cina yang mementingkan kerja sekolah dan latih tubi, pelajar dipaksa melakukan banyak kerja rumah. Keadaan ini tidak semestinya membantu kepada perkembangan pelajar pintar cerdas, sebaliknya mungkin menjadikan mereka yang pintar cerdas menjadi biasa. Kerja rumah yang banyak menjadikan mereka tidak mampu melakukan kerja yang betul-betul mencabar kepada mereka, seperti melakukan eksperimen atau menulis novel sendiri di rumah. Latihan tubi hanya mengulangi sesuatu yang mereka telah ketahui dan memenuhi masa mereka. Keadaan ini menjadikan pelajar pintar cerdas di negara ini menjadi lenyap atau “invisible.” Sikap dan budaya Cina yang mengagung-agungkan akademik menggalakkan perkembangan yang tidak seimbang pada pelajar dan mengabaikan bidang pembelajaran yang tertentu. Saya menamakan keadaan ini sebagai proakademik tetapi anti-intelektualisme. Bagi ibubapa kebanyakan, akademik=markah peperiksaan. Takrif akademik yang sempit ini membawa kepada masalah tersebut. Satu masalah yang berlaku di semua negara termasuk juga negara kita adalah: membantu perkembangan pelajar pintar cerdas adalah satu usaha yang mahal dan melibatkan kos yang tinggi. Ibubapa yang kaya boleh menghantar anak mereka ke pusat pembelajaran, sekolah muzik dan kem cuti sekolah. Biasanya program begini tidak melihat kepada umur pelajar seperti di sekolah awam sebaliknya

88

mengikut perkembangan individu. Sekolah swasta yang lebih fleksibel dalam pengelasan mengikut kebolehan pelajar bukan murah yurannya dan hanya terdapat di sekitar lembah Klang. Semua ini melibatkan kos yang tinggi. Di negara lain yang lebih maju dalam pendidikan pintar cerdas, mereka boleh menghadiri kelas atau program pengayaan (“enrichment”) yang dianjurkan oleh universitiuniversiti kepada pelajar sekolah menengah. Ini juga melibatkan kos yang tinggi. Cabarannya terletak pada pendidikan perguruan dan mencapai perkhidmatan pendidikan yang berkualiti dengan kos yang paling rendah. Berbeza dengan budaya Barat. Budaya di Malaysia dan juga negara Timur yang lain mementingkan kepentingan keseluruhan dan keseragaman, bukannya yang individualistik. Ini menjadikan individu terpaksa tunduk kepada tekanan majoriti. Sikap mengekalkan kesamaan menjadikan kita mengabaikan pelajar yang luar biasa, seolah-olah mereka tidak wujud. Tenaga pengajar adalah penting, contohnya kurikulum kita tidak menegaskan kecerdasan keusahawanan. Kebanyakan yang menjadi guru tidak mendapat pendedahan atau minat tentang aspek ini. Maka pelajar yang berbakat dalam aspek ini tidak mendapat sokongan yang secukupnya bagi mengembangkan potensi yang ada pada mereka. Menghafal teori apakah maksud dan definisi keusahawanan tidak membantu ke arah tersebut.

89

____________________________________ PELAJAR PINTAR CERDAS PENCAPAI RENDAH

____________________________________ Pelajar pintar cerdas pencapai rendah (“gifted underachiever”) tidak bermaksud pelajar pintar cerdas yang lemah dalam sekolah. Sebaliknya ia bermaksud pelajar yang pencapaiannya jauh di bawah potensinya. Dengan kata lain, pencapaiannya tidak setimpal dengan kebolehan mentalnya. Pencapaiannya berbanding dengan pelajar biasa mungkin setanding, lebih rendah ataupun lebih tinggi. Yang penting pencapaian itu tidak menggambarkan kebolehannya yang sebenar. Keadaan ini mungkin menjadikannya tidak dikenalpasti sebagai pelajar pintar cerdas bagi guru yang tidak sensitif. Sebenarnya semakin tinggi kecerdasan seseorang semakin besar kemungkinan dianya seorang pencapai rendah. Ini dapat dilihat pada pelajar cemerlang yang tidak begitu berusaha gigih untuk mendapat keputusan yang agak baik. Berdasarkan penjelasan di atas, cubalah fikirkan yang disenaraikan di bawah ini siapakah pelajar pintar cerdas pencapai rendah? A. Pelajar pintar yang menghabiskan tugasan sekolah dengan cepat. B. Pelajar yang mendapat 13 A1 dalam SPM, mendapat skor 99 persentil dalam ujian terpiawai seperti SAT. C. Pelajar yang bermasalah membaca (disleksia). D. Pelajar pintar yang benci kepada sekolah. Jawapan yang pasti adalah A dan D. Keadaan ini menunjukkan mereka tidak dicabar yang secukupnya, atau tidak dicabar di mana yang perlu. Bagi pelajar B, kalau dia mencapai keputusan ini tanpa usaha gigih, maka dia adalah pintar cerdas pencapai rendah. Sebagaimana yang diterangkan, pencapai rendah (underachievement) tidak bermaksud pencapaiannya rendah tapi dia tidak dicabar yang secukupnya untuk menunjukkan potensi sebenarnya. Ia diukur dengan jurang di antara pencapaian sedia ada dan potensi sebenarnya. Bagi pelajar C, dia memang seorang pencapai rendah, memandangkan kepentingan kemahiran membaca kepada pencapaian akademik, keputusan 90

akademiknya mestilah tidak menggambarkan kecerdasannya. Walau bagaimanapun, kita tidak ada bukti menunjukkan dia ini adalah seorang yang pintar cerdas. Disebabkan kita susah mengukur “potensi”, kita merujuk kepada skor ujian IQ. Jurang antara ujian IQ dan pencapaiannya menjadi ukuran. Ini jugalah prinsip untuk mengukur masalah pembelajaran. Dengan kata lain, terdapat faktor lain bukan faktor kecerdasan yang menjejaskan pencapaiannya. Walaupun kita perlu berwas-was dengan penggunaan skor ujian kecerdasan, pada masa yang sama, ujian IQ memungkinkan kita menemui pelajar pintar cerdas pencapai rendah. Pemerhatian oleh guru yang prihatin adalah cara yang paling baik untuk mengenalpasti pelajar ini. Masalah pintar cerdas pencapai rendah menjadi satu masalah besar kepada pendidikan kita sebab ia mendatangkan kerugian besar kepada negara dan ia menjejaskan kesejahteraan individu pintar cerdas tersebut. Individu pintar cerdas yang sihat dan sejahtera akan mengembangkan potensi dengan lebih baik. Ia menjadi satu cabaran yang besar sebab golongan ini selalunya diabaikan: mereka tidak menonjol sangat dan menarik perhatian guru; pada masa yang sama dia juga tidak lemah sangat sehingga dianggap perlu diberi bantuan tambahan oleh guru. Antara salah faham terhadap siapakah pelajar pintar cerdas adalah mereka yang pintar cerdas mestilah menonjol, yakin, disukai guru dan pelajar cemerlang. Ini adalah satu kesilapan yang besar, banyak pelajar yang pintar cerdas tidak suka kepada sekolah, terutamanya kalau budaya sekolah itu tidak serasi dengan mereka. Contohnya, budaya sekolah mungkin tidak cukup akademik baginya. Menurut kajian-kajian sebelum ini, 10 hingga 20 % pelajar yang berhenti sekolah sebelum graduan (“dropouts”) adalah pelajar dalam lingkungan kebolehan pintar cerdas (Lajoie & Shore, 1981; Nyquist, 1973; Whitmore, 1980; dlm Davis & Rimm, ms 278). Kajian-kajian ini mengejutkan kita dari segi apa yang berlaku kepada golongan ini dan kenapa keadaan ini berlaku. Angka ini dijangka lebih tinggi kalau kita mengambil-kira kebolehan dan bakat yang lebih pelbagai seperti bakat dalam keusahawanan dan kreatif / seni reka. Angka ini menunjukkan nisbah yang terlalu tinggi

91

untuk pelajar pintar cerdas memandangkan pelajar pintar cerdas hanya 1 atau 2 % daripada jumlah populasi pelajar. Ini sekali lagi menunjukkan sejenis bentuk diskriminasi menentang golongan yang minoriti. Kalau kelebihan pelajar itu adalah dalam bidang bahasa dan matematik, kecerdasannya lebih diperhatikan / diiktiraf oleh orang lain, ini menjadi faktor pelindung kepada pelajar pintar cerdas tersebut; sebaliknya kalau bidang dan minatnya bukan dalam subjek yang konvensional seperti bidang psikologi, konputer dan penulisan kreatif maka besar kemungkinan bakatnya tidak diiktiraf. Seperti yang diterangkan sebelum ini, “kejayaan” dalam akademik mungkin melibatkan sebahagian sahaja kebolehan akademik pelajar. Pelajar yang berminat dan berbakat dalam bidang yang tidak dipentingkan dalam budaya / sistem persekolahan kita sudah tentu tidak dapat menonjolkan diri dalam sekolah. Keputusan yang baik memerlukan latih tubi dan strategi seperti mengkaji soalan tahun lepas. Budaya belajar untuk peperiksaan, bukannya peperiksaan untuk membantu pembelajaran telah menjadikan segelintir pelajar pintar cerdas yang bersifat kritis merasakan pengalaman persekolahan mereka tidak bermakna dan mengecewakan. Mereka tidak menerima baik alasan yang mudah seperti membaca buku ini adalah untuk kebaikan masa depan. Mereka tidak suka mengulangi sesuatu konsep yang telah mereka fahami (dengan itu mereka melakukan kesilapan akibat cuai semasa peperiksaan). Banyak pelajar yang pintar cerdas benci membuat latihan (walaupun mereka belum menguasai kemahiran tersebut). Sudah tentu ini bukan ciri-ciri seorang pelajar cemerlang yang disukai oleh guru. Keputusan peperiksaan semata-mata tidak boleh menjadi kriteria kebolehan akademik seorang pelajar. Motivasi intrinsik / kendiri adalah faktor penting dalam menentukan tingkah-laku pelajar pintar cerdas. Kalau pelajar pintar cerdas yang senang bosan tidak mendapat kepuasan dalam pembelajaran di sekolah, mereka tidak akan menaruh usaha dan komitmen dalam pembelajaran mereka. Ini seterusnya akan menjadi satu masalah sosioemosi kepada mereka, sebab hidup mereka seolah-olah tidak berhala tuju dalam kehidupan. Kita perlu memahami keadaan ini dalam konteks kepentingan pengalaman persekolahan semasa peringkat

92

remaja. Bagi seorang remaja, pengalaman persekolahan merupakan pengalaman yang paling penting, dari segi jumlah masa yang diperuntukkan di sekolah. Pelajar pintar cerdas yang kritikal mungkin mempersoalkan apakah maknanya pendidikan yang diterima olehnya, mereka cenderung menilai sesuatu pada aspek yang lebih asas / dasar dan menolak jawapan mudah yang diberikan. Mereka tidak bermotivasi sebab mereka tidak dicabar yang berkenaan. Sifat persaingan dalam sistem persekolahan kita menjadikan sebahagian pelajar pintar cerdas yang takut atau benci kepada persaingan menolak pendidikan yang diterimanya. Bagi pelajar pintar cerdas yang bermasalah inferioriti, mereka tidak berkeyakinan, tidak suka bergaul dengan orang ramai dan menganggap dirinya tidak bernilai. Tidak mencuba menjadi alasan atau penawar kepada mengelakkan persaingan dan kemungkinan kegagalan. Mereka juga cenderung berhenti berusaha apabila kekurangan sokongan daripada orang lain. Mereka berasa tidak selamat dan takut sebab tidak difahami oleh orang lain. Mereka sering mengadu tidak difahami dan menyalahkan nasib yang malang seperti kemiskinan. Budaya keluarga seperti pekerjaan ibubapa yang tidak bersifat intelek, atau sikap ibubapa yang negatif terhadap kerjaya juga menjadi rol model yang negatif kepada mereka untuk mengelakkan pencapaian. Keadaan ini sebaliknya akan menjadi halangan kepada perkembangan potensi mereka (rujuk kepada bahagian sikap menghadapi kegagalan dan kejayaan pada bab 5). Contohnya mereka menolak menyertai sebarang pertandingan yang berunsur persaingan, ini secara langsung menghadkan pendedahan dan pengalaman mereka. Ciri-ciri individu pintar cerdas seperti sensitif, intensiti dan menjangka tinggi pada diri mereka menjadikan mereka lebih cepat menyedari kelemahan sendiri dan menghadapi masalah inferioriti. Ciri-ciri ini adalah keunikan dan kelebihan mereka, tetapi kalau sifat-sifat ini berlebihan ia akan menjadi satu beban kepada mereka. Sifat intensiti contohnya menjadikan mereka mengkaji sesuatu topik secara terperinci dan menjadi pakar dalam bidang tertentu. Masalah yang berkenaan dengan sifat ini adalah mereka berasa kecewa dan tertekan dengan kurikulum sekolah yang menyentuh semua topik secara sedikit.

93

Sifat ini juga menjadikan mereka menolak melakukan latihan dalam bidang lain yang bukan minatnya, mereka memerlukan tumpuan yang tinggi dalam segala kerja mereka. Ini menjadi tanggungjawab guru menggalakkan mereka belajar sesuatu dengan mendalam dan menyeimbangkan kebolehan / pengetahuan dalam bidang lain pada masa yang sama. Sifat intensiti ini juga menjadikan mereka berasa bosan dengan perbincangan dalam kelas yang biasa. Tumpuan dan komitmen yang tinggi adalah satu lagi bukti kepada sifat intensiti. Sifat kreatif dan kritikal contohnya membawa intonasi yang positif, tetapi pada masa yang sama ia juga mungkin bermaksud implikasi negatif yang lain. Seorang yang kreatif tidak suka mengikut apa yang sedia ada, dia ingin melakukan sesuatu yang luar biasa secara bebas, dia juga tidak suka mengikut telunjuk orang lain dan bertindak mengikut gerak hati sendiri yang spontan. Kalau ciri-ciri begini bercanggah dengan budaya sekolah, maka mereka susah menjadi pelajar yang disukai guru di sekolah. Pelajar yang kritikal menolak aturan yang tidak logikal baginya, dia membuat keputusan mengikut pertimbangan dan nilai sendiri. Tingkah laku yang individualistik dan egosentrik begini juga kurang disenangi oleh orang lain. Contohnya dia mungkin selalu ponteng sekolah sebab dia berasa bosan dengan pengajaran guru dan boleh belajar sendiri di rumah, sudah tentu guru tidak suka kepada pelajar yang bermasalah disiplin begini. Tingkah laku begini mungkin dianggap angkuh dan tidak hormat kepada guru. Kecerdasan semata-mata tidak menjamin kejayaan di mana-mana pun. Pelajar yang pintar cerdas perlu diajar dengan cara atau tabiat yang produktif supaya mereka boleh menyumbang lebih kepada masyarakat. Ada idea yang baik semata-mata adalah tidak cukup, melaksanakan idea tersebut adalah lebih penting. Tanpa usaha, kegigihan, azam yang tekad dan memahami hala tuju sendiri, sesiapapun susah mendapat kejayaan. Contoh yang jelas adalah mereka berpengetahuan yang luas tetapi strategi menghadapi peperiksaan yang lemah, ini tidak menjamin keputusan cemerlang. Segelintir pelajar yang kritikal sendiri mungkin tidak minat / menentang kepada strategi mendapat markah baik, mereka lebih cenderung membaca demi minat sendiri terhadap pengetahuan semata-mata. Guru

94

boleh memotivasikan mereka dengan menarik minat mereka terhadap kerja sekolah.

95

____________________________________ MINORITI PELAJAR PINTAR CERDAS

____________________________________ Bayangkan situasi ini: Anda seorang remaja perempuan pintar cerdas yang juga menghadapi masalah disleksia, kekeliruan gender dan masalah kemiskinan keluarga pada masa yang sama. Minat anda dalam bidang mekanik. anda juga berasal dari agama yang menentang keras homoseksual. Budaya anda yang konservatif tidak mementingkan status wanita. Apakah perasaan anda? Yang jelas anda menghadapi kekeliruan identiti dan sukar mendapat rol model yang dapat menjadi inspirasi kepada anda. Anda seolah-olah hidup keseorangan, dan susah menggambarkan siapakah dirimu pada masa 20 tahun yang akan datang. Yang jelas anda menghadapi lebih kesukaran berbanding kanak-kanak pintar cerdas lain yang lebih tipikal. Anda memang seorang yang istimewa dan berbeza dari kebanyakan individu populasi. Anda tidak akan berjumpa dengan seseorang yang dekat dengan anda semasa zaman remaja dari minat, cita-cita, masalah dan perasaan. Apakah kesannya kepada perkembangan anda? Anda tidak boleh meluahkan perasaan kepada sesiapapun kecuali Tuhan, sebab anda faham tidak ada sesiapa yang akan memahami anda. Justeru itu anda kerap bercakap kepada dirimu sendiri, dan berdialog dengan sendiri untuk mengubati masalah sendiri, tetapi ianya hanya berjalan dalam minda anda dan tidak diperhatikan oleh orang lain. Anda memang seorang yang sensitif dan seorang yang perasan. Anda seorang yang berpegang kuat kepada agama dan berpengetahuan yang luas tentang agama anda. Pada masa yang sama anda juga seorang yang kekeliruan gender. Anda berasa serba salah dan berasa bersalah kepada Tuhan. Kekeliruan berlaku sebab anda seorang yang berfikiran terbuka dan kritikal. Anda tidak boleh menerima sesuatu tanpa mengkritiknya. Perasaan bersalah ini bertambah buruk, 96

sebab sebagai seorang remaja perempuan anda sukar mengubah nasib keluarga (yang miskin). Anda menghadapi masalah konsep kendiri yang kronik, sentiasa memikirkan apakah makna dan nilai hidup kamu. Kamu sukar menerima sesuatu tanpa sebabnya, termasuklah hidup ini dan apakah maknanya kewujudan ini. Apakah kurangnya dunia ini tanpa saya? Pada masa yang sama, anda jatuh cinta pada seorang rakan sekelas. Kesunyian menjadikan anda menumpukan perhatian kepada pembelajaran semata-mata. Tetapi ia tidak dapat mengubati hati yang terluka. Anda berasa benci sebab keadaan ekonomi di keluarga tidak memungkinkan anda mendapat pendidikan yang tinggi. Anda tidak mampu membeli buku yang berkualiti. Anda berasa sunyi dan keliru, hidup ini sunyi dan wujud dengan sendirinya tanpa makna dan tanpa tujuan. Ia wujud begitu……bagaikan bumi ini. Anda meragui hidup ini hanyalah satu penipuan. Anda berasa susah menjadi dirimu yang sebenar dan menjadi ceria semula. Idea membunuh diri menghantui diri anda.

Masih ingat kajian oleh Terman? Antara peserta kajian Terman adalah seorang gadis perempuan yang IQnya antara 4 kanak-kanak yang paling tinggi dalam kajian Terman. Dia ditemui Terman semasa umur dua, IQnya setinggi 192 mengikut Ujian Binet-Stanford. Dia boleh membaca buku semasa umur dua, telah membaca 1600 buku semasa umur sepuluh, tamat pengajian di Universiti Stanford pada umur 16. Selepas itu dia dihantar ke Perancis untuk melanjutkan pelajaran. Dia selalu bertukar-tukar bidang tapi tidak pernah menghabiskan pelajarannya. Pada tahun 1985 apabila dia meninggal, tidak ada sesiapa yang mengetahui apakah pekerjaannya. Hidupnya banyak masalah, dia menghidapi masalah kemurungan. Disebabkan dia tidak meninggalkan autobiografi, tidak ada sesiapa yang faham apa yang berlaku kepadanya dan apakah perasaan dalamannya. Seorang lagi prodigi adalah William Sidis (1898-1944). Dia mengajar dirinya Bahasa Latin pada umur 4, semasa enam tahun dia 97

boleh membaca dan bercakap 8 bahasa. Antara umur 6 dan 8, dia menulis 4 buku dan mencipta sejenis bahasa. Dia dapat masuk ke Harvard dan MIT pada umur 11 tahun dan dijangka menjadi ahli matematik yang teragung pada masa depan. Selepas tamat pengajian, dia menghadapi masalah mental dan tidak menggunakan kecerdasannya dengan produktif. Apabila meninggal pada usia yang muda (46 tahun), dia menghadapi masalah kemiskinan, pengangguran dan kemurungan. Masalah dalam dua kes ini kemungkinan besar adalah akibat perkembangan yang tidak menyeluruh pada mereka (rujuk Bab 5: Cabaran kepada individu pintar cerdas / Kekosongan jiwa). Sekarang kita lihat kepada perbincangan senario sebelum ini. Bahagian ini membincangkan golongan minoriti di kalangan pintar cerdas. Dunia ini dibentuk oleh individu kebanyakan dan untuk majoriti populasi, mereka yang berbeza daripada orang lain akan menghadapi tekanan sosial dari kumpulan yang sama. Kita berasa janggal dan malu kalau kita berlainan dan terpaksa tunduk kepada tren atau budaya semasa. Dunia ini bukan untuk golongan minoriti, justeru itu mereka seolah-olah salahsuai di dunia ini. Dalam contoh-contoh lanjutan senario tersebut, bayangkanlah kemungkinan-kemungkinan yang lain seperti berikut: 1. Anda seorang yang terencat intelek secara ringan, anda boleh mendapat kepuasan dengan menjalani hidup yang mudah dan menumpukan perhatian anda kepada mencari rezeki untuk menyara diri. Anda menolong keluarga anda dalam aktiviti pertanian dan kerja rumah. Ahli keluarga agak menjaga anda. 2. Anda seorang remaja lelaki, budaya anda memang menggalakkan anda menuntut ilmu yang sebanyak mungkin. Di budaya anda, pelajar yang baik bermakna pelajar yang maju dalam matematik dan sains, kamu memang diberi pengiktirafan ke atas bakat anda tersebut. Ini berbeza dengan keadaan anda sebagai seorang perempuan, matematik dianggap subjek yang maskulin atau bersifat kelelakian. Anda berasa serba salah dan terasa tekanan untuk menjadi menonjol dalam matematik (di mana seolah-olah kurang sifat keperempuanan).

98

3. Sebagai seorang anak sulung, anda perlu membantu menyara keluarga ini. Anda berasa kecewa dengan pekerjaan yang menggunakan daya fizikal sahaja, sebab keperluan untuk pemikiran abstrak tidak dipenuhi. Kamu menghadapi masalah kemurungan tanpa mengenal sebabnya. 4. Kamu diberi sebuah buku matematik oleh seorang guru dan belajar dengan tekun buku tersebut. Buku itu menjadikan hidup anda bermakna dan mengisi masa lapang yang ada. Walaupun anda masih tidak faham sepenuhnya kandungan dalam buku ini. 5. Anda dilahirkan di budaya yang mementingkan pencapaian individu dan daya saing, kecerdasan yang tinggi dipandang tinggi. Kebolehan anda menjadi tumpuan perhatian dan pengiktirafan semua pihak. Guru memberi tugasan yang lebih mencabar, kamu juga diberi lebih kebebasan dan autonomi. Ibu bapa selalu menyokong pilihan dan keputusan anda sebab mereka percaya kepada anda. 6. Anda dilahirkan di negara di mana budayanya terbuka, anda bebas menjalani kehidupan yang diimpikan. Anda mendapat sokongan persatuan NGO yang dianggotai individu homoseksual. 7. Anda menyertai persatuan amal dan menjadi pekerja sosial yang aktif. Anda mengalihkan perhatian anda daripada masalah peribadi kepada memberi kasih sayang bagi mereka yang memerlukan. Anda menjadi bersungguh-sungguh dan yakin semula. 8. Anda seorang yang heteroseksual dan menjalani hidup yang bahagia dengan seorang suami yang penyayang. Walaupun tidak dapat melanjutkan pelajaran, anda menggunakan pemahaman dan kreativiti anda untuk mendidik anak anda. Anak anda menjadi golongan cerdik pandai dalam masyarakat. 9. Anda terdapat seorang jiran yang juga pintar cerdas, dia menjadi kawan sejati. Walaupun terdapat perbezaan yang nyata antara anda berdua tetapi hubungan yang rapat terjalin. Apakah implikasi daripada pelbagai kemungkinan yang disebut ini? Terdapat pelbagai faktor yang saling menjalin dan memberi kesan kepada hidup kita, masalah yang pelbagai akan menjadikan kemusykilan itu semakin mencabar. Di sini letaknya kepentingan penilaian holistik, guru perlu percaya kepada penilaian yang tidak formal

99

seperti pemerhatian di samping penilaian formal untuk mengelakkan keadaan terlepas pandang kanak-kanak yang berpotensi. Kanak-kanak pintar cerdas minoriti menghadapi masalah lain selain yang telah disebut sebelum ini. Mereka juga menjadi satu cabaran dari segi pengenalpastian. Bayangkan seorang kanak-kanak yang berasal dari budaya lain, dia mungkin susah menjadi cemerlang dalam akademik sebab perbezaan budaya (termasuk bahasa utama), dia memerlukan sokongan untuk menjadi menonjol. Akibat kekurangan sokongan (permintaan yang lebih tinggi, pembetulan pada kelemahannya dll) mereka akan kehilangan kelebihan mereka. Dan ini membawa kepada masalah sosioemosi yang lain. Kalau kanak-kanak ini bermasalah pembelajaran yang lain, dia dikatakan pelajar dengan “dual exceptionalities”, contohnya kalau dia juga menghadapi disleksia, ADHD (hiperaktif), kecerdasannya mungkin tidak dikenalpasti sebab hasil kerja yang lemah dan tidak konsisten, tumpuan yang pendek dan sikapnya yang buruk dan tidak disukai orang lain. Kualiti kerja mereka tidak konsisten. Kalau pelajar pernah diperhatikan melakukan sesuatu yang luar biasa, dia perlu dipertimbangkan sebagai kemungkinan besar pintar cerdas walaupun hanya sekali. Bayangkan pelajar pintar cerdas ADHD mamahami semua konsep matematik yang diuji tapi menjawab dengan cuai dan enggan menyemak semula jawapannya sebelum menghantar kertas ujian. Maka dia akan kehilangan markah, walaupun padahal pemahaman matematiknya telah menjangkau pelajar lain yang mendapat markah yang lebih tinggi. Pelajar dengan keistimewaan berganda ini adalah contoh terbaik pintar cerdas pencapai rendah (pencapai di bawah potensi). Kalau masalah tumpuannya dapat diatasi, dia akan menjadi “bintang” dalam akademik. Apa yang boleh dibuat untuk meningkatkan tumpuannya? Ibubapa boleh memindahkan komputer dan televisyen dari rumah kalau perlu dan mengurangkan gula dalam pemakanannya. Dia akan menjadi bertumpu kalau berminat terhadap sesuatu subjek. Guru memang sukar menyangka kanak-kanak yang tidak minat belajar dan menjadi cabaran dalam pengurusan tingkah laku kemungkinan memiliki potensi yang tidak dibayangkan.

100

Pelajar begini menjadi cabaran dalam pendidikan. Keistimewaan yang berganda ini membawa kepada 4 implikasi, 1. Kecerdasannya tidak diiktiraf (persepsi orang lain bahawa “pelajar yang bermasalah pembelajaran tidak mungkin pintar cerdas”). 2. Masalah pembelajarannya tidak dikenalpasti (kecerdasan tinggi menjadikan masalahnya berselindung, contohnya pemahaman yang tinggi menutup masalah disleksia atau masalah ejaannya), guru tidak memberi perhatian kepadanya sebab dia mampu mengekalkan keputusan yang munasabah (tetapi di bawah potensinya). 3. Ini seterusnya menjadikan kepintarcerdasannya tidak dikenalpasti. Dia dianngap pelajar biasa. 4. Masalah yang tidak ditangani menjejaskan perkembangan seterusnyanya. Guru perlu memerhatikan petanda-petanda masalah pembelajaran seperti tidak berorganisasi (lupa bawa buku latihan), susah mengingati tarikh, tulisan yang tidak kemas (comot), nampak cerdik tetapi tidak digambarkan dalam markahnya, menjawab salah sebab kecuaian dalam perperiksaan, tidak memahami permintaan guru dan lain-lain (seolaholah masalah pendengaran), masalah mengeja / membaca / menyebut, faham prinsip aritmetik tetapi selalu silap dalam operasi. Keistimewaan berganda bukan luar biasa bagi pelajar pintar cerdas akibat sifat “asynchronous development” yang diterangkan dalam bab 1. Banyak pendidik mendapati pelajar ADHD dan pelajar pintar cerdas berkongsi ciri-ciri tertentu yang mungkin membawa kepada salah diagnosis. Untuk memahami masalah ini kita perlu terlebih dahulu memahami apakah maksud ADHD. Dua ciri-ciri utama ADHD adalah: 1. Tumpuan yang lemah (tidak boleh menyiapkan kerja, tidak mendengar kepada pengajaran). 2. Aktif secara fizikal (contohnya selalu bergerak dan mengacau pelajar lain). 3. Sikap buruk dan masalah disiplin (menyampuk semasa perbincangan, menjawab balik guru). Ciri yang kedua dan ketiga membezakan mereka dengan pelajar bermasalah tumpuan yang lain. Contohnya pelajar terencat akal juga

101

menghadapi masalah tumpuan, tetapi mereka tidak menunjukkan ciri-ciri 2 dan 3. Katakanlah seorang pelajar yang terencat akal hilang tumpuan, dia akan termenung jauh seorangan dan tidak mendengar / menjawab kepada guru. Kanak-kanak ADHD mungkin buat bising atau jalan ke depan dan bermain dengan guru. Sepintas lalu, walaupun mereka berkongsi ciri-ciri tertentu seperti cepat bosan, pelajar pintar cerdas jelasnya tidak sama dengan pelajar ADHD. Walaupun mereka aktif dan dikatakan “tidak perlu banyak tidur”, pelajar pintar cerdas adalah aktif secara positif (belajar atau bermain, aktif dengan tumpuan yang baik pada satu aktiviti). Mereka juga jenis yang lebih matang, stabil emosi dan bersopan. Walaupun mereka yang kreatif suka bertindak berdasarkan impuls, mereka menunjukkan tumpuan tinggi dan berpanjangan dalam melaksanakan idea. Tetapi masalah berlaku kalau pelajar pintar cerdas tidak dicabar dengan secukupnya secara intelek dan mengalami konsep kendiri yang negatif… Kalau mereka menjadi benci kepada rakan, guru dan sekolah…? Kalau mereka kritikal dan suka mencabar autoriti….??? Kalau emosi mereka menjadi tidak sihat, kecewa sebab tidak difahami? Seperti apa yang berlaku kepada Thomas Edison? Berapakah Thomas Edison yang terdapat di sekolah kita? Berikut adalah cerita seorang pintar cerdas yang juga autistik, “I think in pictures, like an animal,” she had said at breakfast that morning. “My nervous system is more like an animal’s. The sounds that bother me are the same sounds that bother an animal. My emotions are simple, and the main one is fear…” (Chang, ms 52) Bagi individu autistik yang pintar cerdas, mereka boleh menjalankan pekerjaan yang sesuai dengan kebolehan mereka. Dr. Temple Grandin seorang ahli akademik dalam sains binatang, adalah autistik. Dia menghadapi masalah komunikasi, “much of the time I feel like an anthropologist on Mars…sometimes wonder if they were all telepathic… All my life I have been an observer, and I have always felt like someone who watches from the outside (Davison & Neale, ms 450).” Dia masih mampu mencapai kejayaan dalam kerjayanya. Berdasarkan apa yang

102

dia faham tentang emosi lembu, dia mencipta sistem untuk menyembelih lembu dengan cara yang berperikemanusiaan. Dia juga mencipta sejenis mesin yang boleh menenangkan kanakkanak autistik (“hug machine”). Kalau orang dewasa memfokuskan masalah autisme dan mengabaikan kebolehan inteleknya, Grandin tidak akan mencapai tinggi dalam akademik / kerjaya, sebenarnya “hug machine” yang direka Grandin pada umur 18 adalah atas galakan guru sainsnya. Dengan daya intelek yang tajam, Grandin telah menulis dua buah autobiografi. Ia menjadikan orang biasa mampu memahami rahsia dan apakah yang berlaku dalam minda individu autistik, terutamanya autistik yang pintar cerdas. Keadaan yang sama juga berlaku kepada kategori kanak-kanak yang disleksia. Sebagaimana yang kita tahu, kemahiran bahasa, terutamanya kemahiran membaca adalah asas kepada semua pembelajaran bilik darjah. Rentetan dari masalah pembacaan akan memberi kesan yang mendalam kepada pencapaian akademik. Ini seterusnya akan mengukuhkan tanggapan guru yang negatif terhadap pelajar itu, dan juga konsep kendiri yang negatif oleh pelajar itu sendiri. Tanggapan ini sebaliknya memberi kesan negatif kepada pencapaian akademik. Contohnya guru mungkin terlalu memfokuskan usaha kepada aspek kelemahan mengeja pelajar sahaja dan mengabaikan perkembangan bahasa keseluruhannya. Pelajar yang lemah mengeja mungkin canggih dalam pemahaman. Memperbaiki masalah ejaan ini bukan satu tugas yang senang. Sejarah mencatatkan banyak tokoh yang dianggap “terencat akal” dan tidak sesuai untuk belajar di sekolah biasa tetapi sebenarnya adalah pintar cerdas yang bermasalah bahasa. Thomas Edison dapat mencapai kejayaan kerana terdapatnya seorang ibu yang memahami. Tetapi berapa lagi Thomas Edison yang menjadi orang biasa sebab ketiadaan sokongan yang sepatutnya. Guru yang tidak boleh membezakan kerencatan intelek dan masalah pembelajaran akan melakukan kesalahan begitu. Kedua–dua konsep ini perlu dibezakan. Kerencatan intelek bermaksud kekurangan kecerdasan am yang memberi kesan kepada setiap aspek kebolehan mental secara keseluruhan. Masalah pembelajaran (“learning disability”) pula bermaksud masalah dalam aspek intelek yang tertentu di mana

103

tidak setimpal dengan kecerdasan amnya. Keadaan masalah pembelajaran bukan luar biasa di kalangan pelajar pintar cerdas memandangkan perkembangan mereka yang tidak begitu seimbang.

104

____________________________________ KEPINTARCERDASAN DARI PERSPEKTIF FEMINISME

____________________________________ Bayangkan senario yang bukan luar biasa dalam bilik kuliah ini: seorang profesor tengah cuba memasangkan kabel untuk menayangkan persembahan powerpoint dengan LCD projektor. Selepas mencuba beberapa kali dan berasa kecewa, dia memanggil Mutu untuk membantunya. Mutu yang juga tidak pernah memasang kabel ini mencuba, dan akhirnya berjaya. Sebaliknya Thilaga, rakan sekelas Mutu tidak dipanggil bukan sebab dia tidak memiliki kecerdasan mekanikal yang setara tetapi sebab dia adalah perempuan. Dengan itu dia tidak diberi pendedahan atau peluang untuk memasang kabel tersebut. Lama-kelamaan, Mutu menjadi lebih terdedah dan berpengalaman dalam isu pemasangan kabel, bukan sebab dia lebih cerdik daripada Thilaga tetapi sebab sebagai lelaki dia mendapat lebih banyak pendedahan dan peluang untuk mencuba. Sekarang bayangkan eksperimen ini: seorang guru diberitahu oleh pengkaji terdapat seorang pelajar yang pintar cerdas dalam kelasnya. Guru itu dengan cepat mengenalpasti pelajar yang “pintar cerdas” tersebut. Guru itu memberikan tugasan yang lebih mencabar dan memerlukan pemikiran kritikal kepada pelajar tersebut. Selepas satu tempoh, didapati pelajar tersebut telah menjadi pelajar yang jauh lebih cemerlang daripada pelajar lain. Ketika ini, pengkaji memberitahu guru tersebut sebenarnya mereka tidak mengenal murid kelasnya dan tidak pernah menguji adakah terdapat pelajar yang pintar cerdas dalam kelas ini. Implikasi eksperimen ini adalah: guru perlu selalu menjangka tinggi kepada SEMUA pelajar; bukannya mengabaikan pelajar yang nampak cemerlang dalam kelas anda! Ini bukan ertinya kesaksamaan dalam pendidikan. Banyak pendidik yang menganggap pelajar yang lemah hanya sesuai dengan tugasan yang hafal-menghafal, dan pelajar yang pintar cerdas perlu melakukan sesuatu yang lebih kritikal dan mencabar

105

minda. Tanggapan ini tidak tepat, semua pelajar samada pintar cerdas atau biasa adalah perlu dilatih dari segi pemikiran kritikal dan menghafal apa yang perlu dihafal. Banyak pendidik sekarang menyedari perbezaan perkembangan individu adalah sebahagian besar akibat layanan yang berbeza terhadap anak murid. Perbezaan layanan ini adalah akibat perbezaan rupa fizikal, jantina, personaliti dan stereotaip pendidik. Akibat layanan yang berbeza ini, perkembangan yang berbeza seterusnya akan mengukuhkan stereotaip yang sedia ada. Fenomena ini berlaku di sekolah mahupun di tempat kerja. Contohnya pelajar yang lebih matang dari segi fizikal (lebih tinggi, contohnya), akan dipertanggungjawabkan lebih oleh guru, seperti dilantik menjadi ketua kelas. Lama-kelamaan, kebolehannya meningkat. “When she was 13, Horney decided to become a physician, but at that time no university in Germany admitted women. By the time she was 16, this situation had changed. So Horney, over the objections of her father, who wanted her to stay home and take care of the household, entered the Gymnasium, a school that would lead to a university and then to medical school.” (Feist & Feist, ms 156) Tanpa mempertahankan pendiriannya, Horney tidak akan menjadi seorang psikologis. Ahli Falsafah wanita Yunani, Hypatia dibakar mati oleh ulama-ulama kristian sebab pengetahuannya yang luas dalam bidang falsafah dan matematik. Inteleknya yang luar biasa dianggap sebagai ancaman atau pencerobohan terhadap dua bidang yang dianggap domain lelaki, ini menimbulkan perasaan tidak puas hati dan mereka menuduhnya sebagai ahli sihir (Hypatia ini mungkin hanya satu dongeng). Bukan setakat wanita, kanak-kanak yang teramat pintar cerdas (prodigi) juga dibakar mati semasa Zaman Kegelapan di Eropah, sebab kanak-kanak yang tidak normal dianggap sebagai petanda bencana. Cerita ahli fizik Lise Meitner adalah antara yang paling sedih bagi seorang saintis. Dia hanya dibenarkan melakukan kajian di bilik kecilnya, rakannya yang lelaki akan melaporkan apa yang mereka

106

jalankan di makmal kepada Lise sebab pada masa itu hanya wanita yang membersihkan makmal dibenarkan masuk ke makmal kimia. Lise terpaksa mentafisr data tanpa melihat dengan matanya sendiri eksperimen yang dijalankan oleh rakan eksperimen lelaki. Pendidikan untuk wanita German pada masa itu hanya terhad setakat umur 14. Selepas dia dibenarkan melakukan kajian di makmal, dia terpaksa meminta bapanya menyaranya dengan elaun yang sedikit sebab sebagai pembantu makmal dia tidak dibayar gaji. Walaupun dia yang merekabentuk eksperimen-eksperimen, dia hanya diupah sebagai pembantu makmal. Selepas dia membuktikan kebolehannya dan menjadi pengarah di Jabatan radiofizik di Institut Kaiser Wilhelm, Lise akhirnya mampu menyewa biliknya sendiri. Semasa Perang Dunia Ke-2, dia menghadapi pelbagai halangan termasuk dihalang menerbitkan kajiannya dan diancam. Dia terpaksa melarikan diri dari German. Lise adalah Yahudi. Banyak saintis wanita awal mengajar banyak tahun di universiti tanpa gaji dan gelaran. Rita Levi-Montalcini (Nobel Prize Fisiologi 1986) menyorokkan dirinya dalam pondok buruk dan melakukan eksperimen dengan alatan yang “primitif” semasa German membunuh orang Yahudi secara besar-besaran, Rita jugalah seorang Yahudi. Mereka terpaksa mengikat perut tetapi ini bukan halangan untuk mereka menjadi produktif. Pada zaman ini, keadaan ini telah banyak berubah, tapi mungkin bukan sepenuhnya. Perempuan dikatakan minoriti dalam sosiologi, ini tidak bermakna bilangan perempuan adalah kurang daripada lelaki, minoriti dalam akademik adalah merujuk kepada kuasa (yang rendah) dan diskriminasi, bukan bilangan. Dunia ini dibina oleh majoriti dan untuk majoriti, keperluan minoriti tidak semestinya difahami dan dijaga. Antara minoriti ini adalah pelajar yang pintar cerdas yang tidak banyak difahami. Adakah sistem pengetahuan yang ada sekarang dipengaruhi oleh perbezaan gender? Pemikir epistemologi feminis menganggap dunia pengetahuan yang ada pada kita hari ini, termasuklah pendidikan adalah berpusatkan lelaki dan tidak menggambarkan sumbangan oleh wanita. Ia mengandaikan akademik dan pengetahuan bukan bebas dari nilai dan budaya, tetapi hasil daripada interaksi dinamik sosial. Antara idea ahli akademik adalah pengetahuan yang sedia ada tidak

107

menggambarkan nilai golongan minoriti. Antara contoh yang selalu dirujuk adalah psikologis Carol Giligan menolak model Kohlberg berkenaan perkembangan moral, beliau mengatakan perempuan berorientasikan hubungan sementara lelaki berorientasikan keadilan apabila berhadapan dengan dilemma moral. Ini tidak bermaksud perempuan lebih rendah dalam perkembangan moral. Secara tradisi, lelaki dianggap insan yang rasional dan objektif, sesuai dengan prinsip saintifik yang mementingkan bukti dan rasional. Bidang yang dimonopoli lelaki adalah seperti sains dan falsafah. Perempuan dianggap lebih sesuai dengan bidang yang mementingkan intuisi dan dengan itu bersifat subjektif, contohnya dalam bidang pendidikan, psikoanalisa dan penulisan kreatif. Di dunia ini peranan dan kuasa tanggungjawab seseorang selalunya ditentukan oleh faktor selain kesesuaian kebolehannya, faktor-faktor ini termasuklah umur, jantina, fizikal, perkauman. Antaranya dalam keluarga yang pasangan suami isteri juga bekerja, isteri juga yang dijangka untuk melakukan kerja rumah. Ini secara tidak langsung bermakna sumbangan wanita dalam pekerjaannya kurang penting. Wanita juga dijangka melakukan kerja-kerja rumah yang dianggap remeh-temeh, meletihkan dan tidak bersifat mencabar dari segi intelek. Inilah antara bentuk-bentuk diskriminasi yang menyekat peluang dan perkembangan minoriti. Dalam bidang intelektual, ini bermakna sumbangan (dalam bentuk penulisan) oleh golongan minoriti tidak mendapat pengiktirafan yang sepatutnya. Dalam kerjaya, ia digambarkan oleh nisbah yang kecil jawatan tinggi disandang oleh golongan minoriti. Dalam kajian Terman, peserta kajian perempuan adalah kurang daripada 40%. Apakah implikasi angka ini? Bolehkah kita mengandaikan sebahagian besar pintar cerdas pencapai rendah adalah perempuan? Satu bentuk penindasan sosial yang halus adalah kekurangan rol model yang sering menimbulkan kekeliruan identiti dan motivasi. Sejak Kematian Alfred Nobel pada 1896 sehingga sekarang lebih 100 tahun, hanya 3% penerima anugerah Nobel Prize dalam sains adalah wanita. Saintis wanita ini semua berkongsi pengalaman yang lebih kurang sama. Hidup mereka adalah susah, pada peringkat awal mereka dinafikan ke sekolah atau universiti, selepas mereka tamat

108

pengajian, banyak yang mengajar banyak tahun tanpa gaji dan gelaran, ataupun dengan gelaran seperti pembantu makmal, profesor sukarelawan yang bekerja sepenuh masa dan lain-lain. Diskriminasi seks berlaku dalam pelbagai bentuk. Maria Goeppert Mayer hanya menerima gaji sepuluh tahun selepas dia mendapat Nobel Prize pada 1963. Ini tidak temasuk lagi masalah lain yang menghantui semua saintis pada masa itu samada lelaki atau perempuan seperti kemiskinan, pengangguran (depresi ekonomi selepas perang). Penyakit akibat kajian juga biasa. Keluarga Curie semua tidak melebihi umur 60, kecuali Marie Curie sendiri. Irene Joliot Curie (Nobel Prize Kimia 1935) banyak penyakit sepanjang hidupnya sebab terdedah kepada sinaran radiosktif sejak kecil. Gerty Cori (Nobel Prize Biokimia 1947) mendapat penyakit xerophthalmia akibat kekurangan zat dalam pemakanan (akibat kemerosotan ekonomi). Akhirnya dia mati akibat penyakit sum-sum tulang yang dipercayai akibat pendedehan kepada sinaran-X berlebihan semasa kajian di peringkat muda. Rosalind Franklin mati sebab terjangkit penyakit semasa mengkaji virus polio. Mereka terpaksa membina alatan dan menulenkan bahan kimia yang diperlukan untuk kajian sendiri, sebab pada masa itu tidak ada lagi pembekal yang membekalkan bahan yang diperlukan untuk kajian. Peluang dan “tiba pada masanya” adalah penting, peperangan membuka peluang kepada saintis wanita sebab kekurangan tenaga kerja, kalau mereka dilahirkan lebih awal lagi di mana perempuan langsung dilarang ke sekolah, hidup mereka akan berubah. Ciptaan komputer dan internet juga mengubah bidang akademik dan dunia ini dalam setiap aspek. Mereka yang mampu melarikan diri ke Amerika juga mendapat lebih peluang sedikit. Faktor pelindung yang lain adalah seperti latar belakang dari keluarga yang cendekiawan, budaya yang menggalakkan akademik (seperti budaya Yahudi dan Asia Timur), sokongan ahli keluarga iaitu suami dan bapa yang feminis, kecerdasan tinggi dan pengalaman awal yang menjadikan mereka berminat dalam sains, termasuk bacaan atau biografi saintis yang menjadi idol / inspirasi mereka (McGrayne).

109

____________________________________ [BAB 4 MEMAHAMI INDIVIDU PINTAR CERDAS: KEUNIKAN DAN MASALAH MEREKA ____________________________________ MEMAHAMI CIRI-CIRI INDIVIDU PINTAR CERDAS Pendidikan khas adalah pendidikan untuk mereka yang berbeza dan minoriti. Akibat perbezaan ini mereka tidak mendapat manfaat yang sepenuhnya dalam sistem pendidikan yang biasa. Berbeza dengan pelajar istimewa pada satu ekstrim lagi, keunikan dan keistimewaan individu pintar cerdas menjadi punca masalah dan juga faktor kejayaan mereka. Dinamik antara masalah dan pencapaian mereka perlu dikaji dengan lebih teliti lagi. Subotnik seorang pengkaji dalam bidang pendidikan pintar cerdas pernah mengandaikan, “some gifted individuals’ lives might be too comfortable to push them beyond their limits”. Kajian Subotnik terhadap lepasan sebuah sekolah terpilih yang sangat berdaya saing, menunjukkan kebanyakan pelajar mencapai taraf status sosial yang tinggi dan kehidupan yang selesa. Tetapi mereka tidak mencapai apaapa pencapaian yang luar biasa. Kebanyakan daripada mereka berasa puas hati dengan kehidupan sedia ada dan tidak berminat mendapat nama atau kebendaan yang berlebih-lebih, ataupun penemuan yang penting dalam bidang pengetahuan. Maka jelaslah hubungkaitan antara masalah dan keistimewaan mereka bukan setakat isu penyesuaian mereka lantaran perbezaan mereka semata-mata tetapi masalah itu sebaliknya mungkin menjadi pemangkin kepada usaha dan pencapaian mereka. Ekstrim yang satu 110

lagi juga mungkin berlaku: masalah ini menjadi punca kegagalan dan kesengsaraan hidup mereka, apabila mereka tidak boleh menangani masalah ini. Guru perlu memahami apa yang dikehendaki oleh pelajar tidak semestinya apa yang diperlukan oleh mereka. Pelajar tidak semestinya memahami apa yang terbaik untuk diri mereka. Sebab itu guru perlu memahami pelajar mereka. Masalah mungkin berlaku apabila guru mengeksploitasikan bakat pelajar demi kesenangan dirinya. Contohnya, melantik mereka mengajar pelajar yang lain yang lebih lemah bukan cara untuk guru melepaskan tanggungjawab terhadap pelajar pintar cerdas. Ini berlainan dengan guru membantu mereka memperbaiki teknik mengajar atau berkomunikasi. Perkembangan mereka secara tidak langsung telah terjejas. Guru perlu mempertimbangkan dua faktor dalam membuat keputusan: apa yang dikehendaki oleh pelajar dan apa yang diperlukan oleh pelajar. Dua-dua faktor ini sama penting. Sebagai pelajar yang perkembangannya berbeza dengan pelajar yang lain, mereka sendiri mungkin lebih memahami apakah kelebihan dan minat sendiri. Walaupun ini tidak bermakna mereka semestinya membuat keputusan yang terbaik untuk diri mereka. Ini boleh dilihat pada sikap segelintir pelajar pintar cerdas yang tidak suka membuat latihan, walaupun mereka belum menguasai kemahiran tersebut. Ataupun sikap mereka yang hanya belajar apa yang diminatinya. Guru perlu memahamkan mereka kepentingan berlatih dan menguasai bidang pengetahuan yang tertentu. Pada masa yang sama, bukan mustahil mereka tidak dapat mengenal minat, kekuatan dan kelemahan sendiri, contohnya berasa keliru semasa pemilihan jurusan bidang pengajian. Dalam pada itu, mereka memerlukan bimbingan orang yang lebih berpengalaman hidup. Satu lagi risiko yang biasa dihadapi adalah, orang lain cenderung memandang tinggi dan mengandaikan pelajar yang pintar cerdas cekap menguruskan dirinya, keadaan yang sebaliknya adalah biasa. Contohnya dia tidak mendapat maklumat yang secukupnya dalam membuat keputusan mengenai peluang melanjutkan pelajaran. Berikut disenaraikan dua senario, apakah yang anda faham tentang dua kes ini?

111

Senario 1: Seorang pelajar yang pintar cerdas selalu melakukan kesilapan dalam operasi matematik, dia menjadi tidak suka kepada matematik. Keputusannya menurun mendadak selepas bapanya meninggal dunia sejak satu tahun yang lepas. Sebagai cikgu, cuba fikirkan apa yang berlaku kepada pelajar ini?

Selepas cikgu menanyakan ibunya, guru mendapati sebelum ini bapa pelajar ini yang menemaninya menghabiskan kerja rumah matematik. Selepas kematian bapanya, pelajar ini menjadi benci kepada subjek matematik sebab sedih mengenangkan bapanya (sifat sensitiviti). Pada masa yang sama, pelajar yang pintar cerdas tersebut berasa bosan kepada latih tubi sesuatu konsep yang dia telah faham. Operasi matematik seperti operasi tambah dan tolak hanya melibatkan pemahaman yang terhad tetapi memerlukan ketelitian dan kerja yang rapi. Pelajar pintar cerdas tersebut berasa bosan, tidak sabar dan kerap melakukan kesilapan akibat kecuaiannya. Tulisannya mungkn tidak kemas dan dia seorang yang “comot.” Lama-kelamaan dia mungkin menjadi benci kepada matematik dan pemahaman matematiknya yang canggih menjadi terkubur begitu. Ringkasnya dia menghadapi masalah: masalah pembelajaran dalam operasi matematik tetapi tidak tercabar dari segi pemahaman sehingga dia menolak atau tidak berminat memberi perhatian kepada pengiraan operasi lagi. Guru boleh memperkenalkan buku matematik yang berkualiti dan mencabarnya mengira dengan teliti (dengan cara memahamkan kepentingan pengiraan tersebut dll). Satu lagi kemungkinan adalah pelajar tersebut bermasalah pembelajaran dalam matematik. Bukan mustahil seorang pintar cerdas juga menghadapi masalah pembelajaran pada masa yang sama. Senario 2: A selalu mendapat tempat pertama dalam kelas. Tetapi dia tidak suka kepada sekolah, dia berasakan jiwanya kosong dan tidak pernah dia memikirkan masa depannya. Apakah masalah A?

112

Banyak dibincangkan individu terdapat banyak ciri-ciri positif, seolaholah mereka adalah golongan yang sempurna dan istimewa. Deskripsi ini adalah sesuai untuk menerangkan kebanyakan individu pintar cerdas secara umumnya. Bagi skop yang lebih kecil, pada peringkat individu, pelajar pintar cerdas memperlihatkan banyak kelemahan. Seawal 1930an, Leta Hollingworth bekerja di Sekolah Speyer, satu sekolah untuk pelajar pintar cerdas yang mementingkan apa yang dikatakan pendidikan emosi untuk mereka. Menurutnya banyak golongan ini menjadi bersikap dingin dan apatetik sebab kecewa dengan pengalaman persekolahan. Hollingworth menganggap golongan ini sebagai golongan yang senang diserang masalah emosi (Davis & Rimm, ms 7), ini jelas memberi gambaran yang berlainan dengan kajian Terman.

113

____________________________________ MEMAHAMI CIRI-CIRI INDIVIDU PINTAR-CERDAS

____________________________________ A. DOMAIN PERSONALITI 1. MOTIVASI DALAMAN Goethe menghabiskan 60 tahun untuk menulis bukunya “Faust.” Charles Darwin menerbitkan bukunya “Origin of Species” selepas 23 tahun pelayarannya mengutip data. Michelangelo menghabiskan banyak tahun untuk menghabiskan lukisan di Sistine Chapel. Apakah yang mendorong mereka mendedikasikan masa dan usaha yang berpanjangan, seolah-olah tanpa mengharapkan penghargaan dari orang lain? Ahli falsafah German, Immauel Kant hanya menghabiskan karya klasiknya semasa umurnya lanjut, sebelum ini dia hanya seorang staf universiti yang biasa. Mereka tidak berminat mencapai kejayaan kecil yang biasa demi mendapat kenaikan pangkat semata-mata, sebaliknya mereka lebih berminat meninggalkan hasil yang bernilai untuk tamadun manusia. Ini melibatkan keyakinan diri, kecerdasan intrapersonal, ketabahan dan pemahaman mengenai keistimewaan sendiri. Kalau mereka tidak mampu bertahan perasaan sunyi dan berpuas hati dengan kejayaan duniawi yang biasa, maka Goethe hanya penulis yang biasa, Michelangelo hanya seorang tukang lukis yang laris, Kant hanya seorang profesor falsafah yang biasa di universiti. Maksud motivasi dalaman di sini adalah kanak-kanak pintar-cerdas melakukan sesuatu kerana dorongan dari dirinya sendiri. Mereka mungkin tidak suka didorong melakukan sesuatu dengan motivasi luaran. Terutamanya hukuman, memandangkan sifat sensitif mereka, berdendam untuk masa yang lama adalah mungkin. Kanak-kanak yang pintar cerdas mungkin menyedari strategi orang dewasa untuk memanipulasikannya, dan sengaja “menggagalkan” usaha tersebut. 114

Mereka melakukan sesuatu kerana tertarik kepada aktiviti itu tersebut, bukannya sebab disuruh atau memenuhi jangkaan orang dewasa semata-mata. Motivasi intrinsik ini diperlihatkan oleh tingkah laku mereka yang suka belajar dan mengambil inisiatif dalam memperlajari sesuatu. Mereka mungkin mencabar diri untuk mempelajari sesuatu yang baru dan mendapat kepuasan yang tinggi dalam proses tersebut dan juga hasilnya. Dengan kata lain, disebabkan kecerdasan mereka yang tinggi, belajar itu boleh disamakan dengan “main” untuk mereka. Tingkah laku ini dapat diperhatikan apabila mereka membaca buku dengan tumpuan yang tinggi dan untuk masa yang panjang atas inisiatif mereka sendiri. “Main” di situ tidak semestinya bermaksud permainan fizikal yang aktif, tetapi sesuatu yang mereka suka. Contohnya, kanak-kanak pintar-cerdas suka membaca buku di luar sukatan sekolah samada buku cerita atau yang bersifat fakta seperti ensiklopedia. Dengan erti kata lain, motivasi luaran atau ekstrinsik seperti pujian orang dewasa, ganjaran kebendaan, dan hukuman bukan pendorong utama kepada tingkah laku mereka. Berbanding dengan kanak-kanak yang lain, mereka suka belajar dan menikmati proses pembelajaran tersebut. Pembelajaran adalah menyeronokkan kepada mereka, sebagaimana bermain. Dari segi tahap motivasi, mereka memperlihatkan motivasi pada peringkat yang tinggi seperti penghargaan, penyempurnaan kendiri dan menguji batasan sendiri, walaupun mereka mungkin “terpaksa” hanya mencapai motivasi yang rendah pada aspek yang lain, seperti penerimaan sosial. Mengikut Maslow, manusia hanya akan terdorong oleh motivasi-motivasi peringkat tinggi apabila motivasi bawahan telah dipenuhi. Mengejar motivasi peringkat tinggi tanpa memenuhi motivasi peringkat rendah yang lebih asas adalah antara punca masalah kepada mereka juga (contohnya sebagai manusia, mereka tidak berkecuali daripada keperluan sosial). Kanak-kanak pintar-cerdas yang suka kepada sekolah selalu menjadi kegemaran guru sebab mereka memiliki disiplin yang baik dan rajin dalam menyempurnakan kerja sekolah. Tetapi bagi kanak-kanak pintar-cerdas yang terlalu tinggi perkembangannya berbanding rakan sebaya, dia akan berasa tidak mencabar dan tidak suka kepada

115

sekolah. Motivasi dalaman ini juga dapat dilihatkan dalam kesungguhan dan “keghairahan” mereka terlibat dalam hobi yang tertentu, seolah-olah tidak mengenal letih dan bosan.

2. JANGKAAN YANG TINGGI DAN SIKAP PERFEKSONIS “From as early as adolescence, Freud literally dreamed of making monumental discovery and achieving fame. On several occasions during the 1880s and 1890s he believed he was on the verge of such discovery. His first opportunity to gain recognition came in 1884-1885 and involved his experiments with cocaine. Freud believed he had achieved an important breakthrough with his work with cocaine and was led to proclaim the wonderful virtues of that drug. After taking cocaine himself with no apparent harmful effects, Freud praised it as a near panacea as well as an affective anesthetic.” (Feist & Feist, ms 18) Perfektionis, secara ringkasnya bermaksud permintaan yang tinggi terhadap hasil kerja dirinya dan juga orang lain. Seperti yang digambarkan oleh jangkaan diri yang tinggi oleh Freud semasa zaman remaja. Ini dapat diperlihatkan dengan tingkah-laku mereka yang selalu memperbetulkan hasil kerja yang sedia ada. Mereka juga menjangka tinggi pada orang lain dan berasa tidak puas hati apabila rakan sekumpulan mereka tidak mencapai tahap yang dijangka tersebut. Ini selalunya menjadi punca konflik, McClintock yang sangat cerdik dan menjangka tinggi pada pelajarnya, menjadikan calon di bawah penyeliaannya melarikan diri apabila melihatnya. Alasannya “McClintock was not about to waste her time on inept students, especially when jobs were scarce for even the best (McGrayne, ms 161).” Dia juga dikatakan tidak berminat berbual dengan orang yang tidak begitu cerdik sepanjang hayatnya. Bagi Rita Levi-Montalcini, “She places a great importance on intelligence, and she couldn’t tolerate stupidity very well,” (Ibid, ms219).

116

Disebabkan jangkaan hasil yang terlalu tinggi ini, mereka selalu tidak puas hati dengan hasil / pencapaian mereka sendiri, walaupun kerja mereka sudah dianggap cukup baik bagi orang lain. Mereka mungkin selalu bertangguh kerja sehingga saat terakhir, sebab belum mendapat idea yang canggih lagi (pada pandangan mereka sendiri). Mereka juga mungkin takut memulakan sesuatu kerja atas sebab yang sama. Pujian orang lain susah mengubah persepsi mereka sebab mereka mendukung penilaian dan sistem nilai sendiri. Ciri-ciri ini berkaitan dengan sifat motivasi dalaman tersebut. Mereka terdorong oleh motivasi yang kuat. Biasanya mereka menetapkan matlamat hidup yang ingin dicapai dan bekerja bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat tersebut. Berbanding dengan kanak-kanak lain yang pergi ke sekolah tanpa tujuan yang jelas, mereka memahami kenapa mereka pergi ke sekolah. Mereka ada citacita yang jelas dan ada gambaran yang jelas siapakah mereka apabila dewasa nanti. Faktor motivasi ini menjadikan mereka senang mengecapi kejayaan berbanding orang lain. Dengan kata lain, mereka mementingkan hasil kerja yang bermakna bagi mereka dan memberi kepuasan. Mereka belajar bersungguh-sungguh sehingga digelar ulat buku. Sikap takut kalah, ingin mengatasi orang lain adalah biasa. Biasanya mereka bercita-cita tinggi dan menghargai kejayaan. Mereka biasanya takut kalah dan ingin mencapai hasil yang terbaik. Sikap yang dianggap “over-ambitious” atau “over-competitive” ini menimbulkan perasaan tidak disenangi di kalangan kawan. Kecenderungan mabuk kerja juga biasa kepada mereka. Mereka akan bekerja bertungkus-lumus untuk mencapai hasil terbaik. Guru perlu memberi perhatian kepada sikap hasad dengki dan sifat agresif ini sebab ia mungkin menjadi satu pengalaman yang menderitakan bagi mereka. Masalah berlaku apabila mereka menganggap dirinya tidak bernilai sebab belum atau gagal menghasilkan pencapaian yang dikagumi. Pada peringkat dewasa, mereka mungkin terdesak mencapai tinggi untuk memenuhi kekosongan jiwa. Contohnya, apabila dia berasa tidak puas hati dengan hidupnya, dia akan melipatgandakan usaha untuk “membahagiakan” dirinya dengan pencapaian. Padahal pencapaian dan kesejahteraan dirinya tidak semesti berkaitan. Kadang-

117

kadang, pencapaian ini adalah datang dengan kos yang tinggi, seperti kesihatan yang terjejas, gagal membina hubungan dan persahabatan yang intim. Untuk mengelakkan ini berlaku. Kanak-kanak perlu merasakan dirinya diterima oleh orang lain. Contohnya semasa anak berkongsi hasilnya dengan anda, memuji hasil itu dengan menunjukkan kelebihan hasil itu, dan betapa anda sukakan hasil tersebut. Tidak banyak yang berkemahiran memberikan komen. Perlu dielakkan kenyataan seperti “Anda memang pintar cerdas!”, fokus kepada hidup dan hasilnya bukan identiti dia ini pintar cerdas. Sikap perfeksionis adalah biasa, di mana mereka menetapkan standard yang tinggi untuk dirinya. Mereka tidak mudah puas hati dengan kualiti kerja yang sederhana dan biasa. Sebaliknya mereka ingin mencabar status quo dan mencapai tahap yang lebih tinggi lagi berbanding orang lain. Sikap ini mungkin begitu ekstrim sehingga mereka membuat semula sesuatu hasil atau tugasan yang dianggap belum lagi “sempurna”. Contohnya, Karl Marx dikatakan kadang-kadang tidak tidur untuk tiga empat hari semasa menulis karyanya, hanya untuk menulis semula semua manuskrip sebelum ini.

3. PEMIKIRAN YANG TERBUKA Adakah anda percaya kepada makhluk asing atau “qigong”? Berminat terhadap dinasour? Tertarik dengan buku pengalaman hamper mati (“near-death experience”)? Simone de Beauvoir (1908-1986), menjadi pelopor kepada pergerakan memperjuangkan hak wanita. Dia menjadi teman hidup ahli falsafah Sartre tetapi mereka tidak berminat untuk berkahwin. Sepanjang hubungan ini mereka ada hubungan intim dengan pasangan yang lain. Keterbukaan tidak semestinya dikaitkan dengan sikap terhadap seks semata-mata. Ia juga dikaitkan dengan sifat-sifat seperti penerimaan, progresef, radikal dan revolusioner. Pemikiran yang terbuka bermaksud sikap yang sedia menerima dan memahami dari perspektif orang lain. Sebaliknya sikap konservatif bermaksud sentiasa menolak, kaku dan enggan mencabar konsep yang sedia ada. Kita perlu memahami menerima tidak semestinya bermaksud 118

bersetuju ataupun mengikut bulat-bulat, tetapi kebolehan memahami kenapa orang lain berpegang kepada pendirian yang tertentu. Pemikiran yang terbuka juga membawa maksud mereka fleksibel mengikut situasi atau keadaan semasa, dan membuat keputusan mengikut pertimbangan yang munasabah berdasarkan pengetahuan dan pemahaman mereka. Seorang yang terbuka memahami dan menghargai nilai-nilai dan budaya yang berbeza, dia juga senang menyerap apa-apa (nilai) yang baik, progresif, selalu pandang ke depan dan memiliki idea / pandangan / ideologi yang menjangkau zaman. Kadang-kadang idea mereka yang mendahului zaman menjadikan mereka ditentang hebat pada peringkat awal dan mereka perlu berdiri tegak dalam arus tentangan ini (masih ingat cerita Galileo Galilei?), sehingga mereka membawa ketamadunan manusia maju ke depan lagi. Mereka tidak membeza-bezakan seseorang mengikut kebolehan, umur, jantina, perkauman dan pekerjaan. Seorang yang berfikir dari perspektif kepentingan perkauman bukan seorang yang berfikiran terbuka. Mereka menyayangi hak manusia sejagat, “In response to Germany’s growing anti-Semitism, he (Einstein) became a passionate Zionist, yet he also expressed concern about the rights of Arabs in any jewish state (Golden, ms 93).” Kanak-kanak yang pintar-cerdas lebih senang mengambil perspektif orang lain (kurang egosentrik) dan boleh berfikir apakah masalah, idea, dorongan, keperluan orang lain. Sikap terbuka ini boleh diperlihatkan dalam penerimaan (dan menjiwai) perbezaan kebudayaan, kepercayaan, sistem nilai, dan peranan jantina yang fleksibel. Mereka tidak memilih kerjaya mengikut stereotaip jantina, contohnya seorang kanak-kanak perempuan yang pintar-cerdas mungkin berazam menjadi ahli bomba atau jurutera. Mereka suka dan menyenangi budaya kaum yang berbeza dan ingin memahami budaya orang lain, dan menunjukkan sifat ingin tahu seperti seorang anthropologis. Mereka bersikap terbuka dan tidak menghadapi masalah memahami dan menerima golongan yang minoriti seperti orang cacat, homoseksual, pelajar lain yang tidak popular dan lain-lain. Mereka juga sedia menerima idea baru, konsep baru yang berlainan dengan pegangan mereka dengan senang. Sikap keterbukaan ini tidak bermakna mereka terlibat dengan hubungan seks yang rambang. Mereka memahami dan tidak menolak golongan yang mengamalkan

119

cara hidup ini, tetapi mengamalkannya sendiri.

menerima

tidak

bermaksud

mereka

“At age 18, Erickson completed school at the Gymnasium the last academic graduation of his life. Feeling ‘alienated from everything my bourgeois family stood for,’ he set out in quest of a different style of life (Erikson, 1975, p.28). Gifted at sketching, he spent the next 7 years learning and practicing art while wandering through France, southern Germany, and northern Italy. His identity as an artist meant a kind of rebellious way of life rather than a specific occupation, and that way of life was anti-establishment. Erikson referred to this period of his life as a time of discontent, rebellion, confusion.” (Feist & Feist, ms 233) Mereka mendukung sistem nilai yang unik mengikut kriteria sendiri dalam pemilihan kerjaya, contohnya mereka tidak semestinya berebutrebut untuk menjadi ahli profesional yang dikagumi dan dipandang tinggi oleh masyarakat seperti doktor dan peguam. Pekerjaan yang menarik minat mereka mungkin tidak biasa atau kurang dinilai tinggi oleh budaya setempat, contohnya: veterinarian, journalis, penulis, pengurus konvensyen dan sebagainya. Apajua pekerjaan dan bidang yang diceburi oleh mereka, mereka berazam tinggi dan berusaha kuat untuk mencapai kecemerlangan.

4. SENANG MENYESUAIKAN DIRI DALAM SITUASI BARU Salah satu takrif untuk kecerdasan adalah kebolehan menyesuaikan diri dalam situasi baru atau semasa dan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan seharian. Kanak-kanak pintar-cerdas memperlihatkan adaptasi yang baik dalam keadaan baru, contohnya mereka tidak berasa takut atau menangis pada hari pertama ke sekolah, malah menjalin persahabatan baru dengan cepat dan memahami apakah tingkah laku yang sesuai dalam bilik darjah. Contoh yang lain adalah mereka senang menyesuaikan diri dalam budaya yang berbeza, termasuk menguasai bahasa asing dengan cepat. 120

Mereka fleksibel membawa diri dalam situasi yang berbeza, seperti di organisasi yang tidak biasa. Sifat senang menyesuaikan diri ini juga boleh dilihat mereka senang menyesuaikan diri semasa masa transisi dari sekolah rendah kepada sekolah menengah sehingga peringkat pengajian tinggi. Contohnya cara pembelajaran untuk peringkat yang berbeza ini adalah berlainan, mereka cepat menguasai “rahsia” tersebut dan senang menjadi cemerlang dalam akademik, contohnya mereka lebih memahami apa yang dikehendaki oleh guru dan menjawab berdasarkan itu. Keadaan ini tidak bermakna mereka dapat menghadapi cabaran hidup dengan senang, sebab mereka menghadapi masalah lain yang tidak dihadapi orang lain. Masalah kanak-kanak pintar-cerdas akan dibincangkan dalam bab yang satu lagi. Sifat senang menyesuaikan diri ini tidak begitu bertepatan bagi golongan yang terlampau pintar cerdas, di mana mereka menghadapi situasi agak berbeza dengan orang lain. Ini adalah sebab jurang perbezaan yang terlalu besar.

121

____________________________________ B. DOMAIN INTELEK

____________________________________ 1. KEBOLEHAN INTELEK AM Maksud kebolehan intelek am ini bermaksud, mereka bukan hanya menonjol dalam subjek atau kemahiran yang tertentu sahaja tetapi kelebihan dalam keupayaan mental secara am dan keseluruhan. Contohnya dari segi ingatan, bahasa, mengeluarkan idea, penaakulan, menganalisa dan pemahaman secara am. Mereka nampak lebih “faham-faham”. Dengan kebolehan mental yang lebih tinggi ini, mereka boleh menguasai kebanyakan subjek. Contoh yang biasa kepada kita adalah pelajar cemerlang dalam SPM. Mereka menunjukkan pengetahuan yang luas, dan mengetahui banyak maklumat yang tidak diketahui kanak-kanak lain, lebih-lebih lagi bagi topik yang menarik perhatiannya. Contohnya, apabila guru menanya apa warna isi buah tembikai, kanak-kanak menjawab warna merah, dan Ali mengatakan “Ada tembikai kuning!”, keadaan ini menunjukkan Ali lebih berpengetahuan berbanding kawannya. Kanakkanak yang biasa hanya memahami bapa yang membeli susu, tetapi kanak-kanak pintar-cerdas menyedari susu dari pasarya adalah datang dari lembu! Katakanlah bagi tajuk telur, kita boleh membandingkan pengetahuan dan konsep dua orang kanak-kanak: Pengetahuan kanak-kanak biasa 4 tahun: • Boleh makan. • Ayam melahirkan telur, telur akan menjadi anak ayam. Pengetahuan kanak-kanak pintar-cerdas 4 tahun: • Boleh dimakan, terutamanya telur ayam dan telur itik. • Terdapat binatang yang melahirkan anak dan ada yang lahirkan telur. • Telur yang dimasak tidak boleh mengeluarkan anak binatang, sebagaimana biji benih yang masak tidak akan bercambah.

122

• Telur perlu dieram pada suhu yang sesuai untuk mengeluarkan anak. • Adanya telur yang segar, kurang segar dan basi. • Hanya ibu ayam boleh mengeluarkan telur dan menjaga telur. • Anak ayam yang membesar akan menjadi ibu ayam dan bapa ayam dan melahirkan anak ayam yang lain. Kelebihan yang lain termasuklah daya ingatan, daya pemerhatian dan tumpuan yang baik. Ingatan dan daya pemerhatian yang baik adalah berkait rapat dengan tumpuan yang tinggi itu. Daya pemerhatian yang baik bermakna mereka boleh mengenalpsti perincian yang diabaikan oleh kebanyakan orang lain. Contohnya, kanak-kanak itu mungkin boleh membezakan daun sayur yang berbeza, jenis kereta dan lain-lain. Mereka mungkin menanya kenapa ikan emas tidak pernah tidur, bentuk bulan boleh berubah dan sebagainya. Daya tumpuan yang tinggi bermaksud menjalankan sesuatu aktiviti untuk satu jangka masa dan tidak senang dipengaruhi oleh gangguan di sekeliling. Disebabkan kelebihan ini, dengan memberi pendedahan dan latihan yang sewajarnya, mereka boleh menjadi “pakar” dalam bidang tersebut. Walau bagaimanapun, perkembangan kanak-kanak pintarcerdas sepatutnya mengikut minat dan kecenderungan kanak-kanak tersebut. Kebanyakan ibubapa keliru antara bakat dan minat, mereka mungkin memaksa kanak-kanak yang berbakat dalam muzik belajar muzik sedangkan kanak-kanak itu walaupun berbakat tetapi tidak berminat sebenarnya.

2. MINAT YANG LUAS Minat bukan terhad kepada subjek akademik di sekolah sahaja. Ia juga merangkumi aktiviti-aktiviti, hobi-hobi, topik-topik lain yang tidak dimasukkan dalam sukatan sekolah. Hobi adalah mainan bagi orang dewasa. Kebanyakan daripada kita memiliki hobi yang tertentu, seperti mengumpul, seni lukis, seni muzik, beristirahat dan senaman, memasak dan berkomputer. Golongan pintar-cerdas menunjukkan bakat, minat dan hobi yang luas. Mereka juga terlibat giat dalam aktiviti tersebut itu dengan motivasi yang tinggi, mereka melakukannya dengan 123

bersungguh-sungguh dan menunjukkan tumpuan yang tinggi. Contohnya melukis dan membaca seorang diri selama beberapa jam. Kebanyakan kanak-kanak pintar-cerdas suka membaca buku (tetapi bukan semuanya). Buku yang mereka baca luas dan mereka membaca buku yang “lebih baik”, atau buku yang lebih susah difahami, lebih banyak maklumat, lebih tinggi tahapnya dan lebih mencabar konsepnya, ini disebabkan pemahaman mereka yang lebih baik berbanding rakan yang sebaya. Topik yang mereka baca juga lebih luas. Mereka membaca sebab naluri ingin tahu yang tinggi bukan sekadar untuk menghadapi peperiksaan atau diminta oleh orang dewasa. Mereka juga memperlihatkan tingkah laku membaca yang lebih matang, seperti membaca secara senyap, menghabiskan satu buku sebelum membaca buku lain dan tumpuan tinggi (mengekalkan tumpuan selama beberapa jam) pada usia yang lebih muda berbanding orang lain. Dengan kata lain, mereka boleh membaca buku yang tebal pada usia muda. Katakanlah seorang kanak-kanak yang suka kepada matematik, dia bukan sahaja suka kepada buku matematik, dia juga tertarik kepada cerita matematik dan biografi ahli matematik. Seorang yang pintar-cerdas mungkin berminat dengan banyak subjek dan topik, seperti psikologi, biologi, agama, sejarah, sains dan pengurusan. Bagi kanak-kanak, mereka mungkin berminat dengan topik-topik seperti dinasour, makhluk asing, serangga, magnet, jam, telur, binatang, mengumpul spesimen daun, memasak, api dan bayang. Kalau anak murid anda memperlihatkan tingkah laku yang sangat berminat terhadap kebanyakan topik yang memberangsangkan, dia berkemungkinan seorang yang pintar-cerdas. Dia mungkin menyimpan sebuah buku nota atau diari untuk merekodkan apa yang diketahuinya dan “menemubual” orang dewasa. Dengan berlalunya masa, dia mencapai tahap kemahiran dan pengetahuan yang tinggi dalam dua atau lebih bidang seperti melukis, menyanyi, astrologi, memasak atau dalam bidang perubatan herba. Minat mereka luas dan mendalam, menunjukkan sikap tertarik kepada pengetahuan dan mengasah bakat yang ada pada mereka.

124

3. PEMIKIRAN LOGIKAL DAN KRITIKAL Guru Kanak-kanak Guru Kanak-kanak Guru Kanak-kanak

: Bolehkah kita makan susu? : Susu untuk minum bukan makan! : Apakah bezanya makan dan minum? : Kalau makan kita kunyah! Minum itu sedut. : Tapi kalau cikgu makan susu? : ……Boleh! Kalau dia gula susu!

Begitulah canggihnya pemikiran seorang kanak-kanak pintar-cerdas yang ditemuduga oleh penulis. Kanak-kanak itu adalah seorang budak Melayu lelaki yang berusia 6 tahun di sebuah tadika. Perbualannya tersebut jelas memperlihatkan pemikiran yang kritikal dan analitikal. Soalan yang ditanya bukan memerlukan kanak-kanak memberi maklumat tetapi mengkehendaki mereka memberi alasan dan menaakul. Kanak-kanak tersebut menjawab dengan baik, contohnya dia dapat memberi definisi “makan” dan “minum” untuk membezakan dua konsep ini. Pada pengalaman kita, kadang-kadang adalah susah untuk kita memperjelaskan sesuatu yang kita sudah biasa dan fahami. Memberi definisi kepada konsep-konsep merupakan item bagi sesetengah ujian IQ. Apabila ditanyakan kanak-kanak tersebut tadika lebih besar atau Malaysia lebih besar? Kanak-kanak tersebut terus melukis dua bulatan: satu bulatan yang lebih kecil dalam satu lagi bulatan yang lebih besar, dengan penjelasan tadika berada dalam Malaysia. Jawapannya menunjukkan pemikiran yang kritikal: tadika berada dalam Malaysia, maka dia mestilah lebih kecil daripada Malaysia; dengan kata lain, sebahagain mestilah lebih kecil daripada keseluruhan. Seorang yang logikal cekap mengesan kesilapan pada logik orang lain. Dia memahami keadaan yang tidak munasabah dan pandai menyampaikan konsep ini dengan jelas kepada orang lain. Dia suka menanya kenapa dan bagaimana. Ini mungkin menimbulkan perasaan kecewa bagi pihak ibubapa dan guru. Ibubapa jangan jawab sembarangan kalau tidak faham, sebab jawapan yang tidak betul akan mengelirukan kanak-kanak tersebut. Mereka berasa benci kalau mereka dapat mengesan kesilapan logik pada orang lain. Ahli pidato merupakan golongan yang pandai dalam aspek pemikiran logikal ini. 125

Aristotle telah mengkategorikan ikan duyung sebagai mamalia, bukan ikan, sebab dia memerhatikan ikan duyung melahirkan anak ikan serta menyusukannya. Aristotle bukan sahaja menunjukkan pemerhatian tajam dan pemikiran logikal, dia juga sanggup menghadapi tentangan orang lain terhadap ideanya yang radikal pada lebih 2000 tahun dahulu. Seorang yang kritikal menentang tekanan sosial (dari kawan, guru atau ibubapa), dia sanggup berpegang kepada pendapat yang berbeza dengan rakan sekelas atau gurunya. Pemikiran yang kritis ini bukan terhad kepada idea dan pandangan, ia juga diperlihatkan dalam tingkahlaku seseorang. Contohnya, apabila guru menanya siapa yang tidak faham tentang konsep A, Melissa mengangkat tangan walaupun tiada sesiapa yang mengangkat tangan. Apabila rakan kelas yang lain melihat Melissa yang cerdik juga mengangkat tangan, mereka juga masing-masing mengangkat tangan! Kelakuan Melissa menunjukkan dia seorang yang yakin dan berdikari fikirannya. Masih ingat kanak-kanak dalam cerita “The Emperor’s new dress”? Dia adalah seorang yang kritikal dan pintar cerdas! Sifat ini juga berkait rapat dengan sifat lain seperti sifat ingin tahu, berdikari, penguasaan banyak konsep dan subkonsep serta keyakinan diri.

4. PEMIKIRAN YANG ABSTRAK DAN KOMPLEKS Banyak golongan pintar-cerdas menunjukkan minat yang mendalam terhadap idea yang abstrak dan terperinci. Mereka tertarik kepada teori dan falsafah. Pada zaman remaja mereka menjadi kagum kepada ahli pemikir yang terkenal dan suka membaca buku terhadap falsafah, psikologi, pengajian sosial, sains dan matematik pada usia yang muda. Pemikiran abstrak boleh dikatakan satu-satunya ciri-ciri yang paling signifikan membezakan seorang yang pintar-cerdas dengan orang kebanyakan. Pada peringkat kanak-kanak, mereka lebih cepat memahami konsep yang abstrak seperti konsep sifar, nombor negatif, masa. Contohnya dia boleh menyatakan perbezaan antara jam tangan, jam, masa dan tempoh. Jam tangan adalah alat untuk menunjukkan masa, 126

jam jugalah unit masa untuk mengukur panjangnya masa, tempoh adalah berapa lamanya masa itu. Pemikiran yang abstrak bukan setakat melibatkan pemikiran semata-mata, tetapi juga penyampaian idea itu dalam bentuk bahasa. Mereka cekap mendefinisikan sesuatu konsep. Sebenarnya inilah konsep yang digunakan oleh banyak ujian kecerdasan, iaitu keupayaan mendefinisikan konsep. Perkembangan bahasa selalu berkembang selaras dengan perkembangan konsep. Buku menjadi teman baik yang penting dalam kehidupan mereka. Mereka biasanya suka kepada buku dan mana-mana bahan bercetak. Mereka suka kepada maklumat dan menghargai ilmu. Fakta dan maklumat menjadi kegemaran. Implikasi kepada guru dan ibubapa adalah, membantu anak anda lebih cepat memahami konsep yang abstrak, untuk peringkat kanak-kanak, perkataan selain objek dan pergerakan boleh dianggap abstrak. Contoh perkataan yang abstrak pada peringkat kanak-kanak adalah seperti Tuhan, cantik, sibuk, lama, senang, malu, sedih, penyakit, kuman, nilai wang, konsep masa, sebabakibat dan lain-lain. Kalau anak anda lebih cepat menggunakan atau memahami perkataan ini berbanding kanak-kanak lain. Ini menunjukkan kebolehan mental yang tinggi. Dalam konteks Malaysia ini, satu contoh sumber kepada idea yang abstrak adalah agama. Konsep-konsep keagamaan seperti balasan, moral (apakah yang betul dan apakah yang salah), mematuhi Tuhan dan lain-lain adalah abstrak. Bagi penganut Hindu dan Buddha, konsep seperti lahir semula, karma dan sebagainya jugalah idea yang abstrak. Kanak-kanak pintar-cerdas menunjukkan pemahaman tentang konsep keagamaan ini pada usia yang muda. Contohnya Farid yang berusia 6 tahun mengatakan Tuhan Muthu dan Tuhannya lain. Ini adalah petanda kanak-kanak pintar-cerdas.

5. KEFASIHAN BAHASA DAN ALIRAN IDEA YANG LANCAR Disebabkan perkembangan bahasa mereka yang lebih baik, mereka fasih bercakap dan banyak idea. Satu aspek yang senang diperhatikan adalah penggunaan perkataan yang tidak diketahui kanak-kanak sebaya, guru perlu prihatin kalau mendapati kanak-kanak lain menanya

127

apakah maksud perkataan “canggih” yang digunakan oleh seorang kanak-kanak. Contohnya dia bercakap tentang nama dinasour, atau “oksigen”. Mereka menunjukkan perbendaharaan kata yang luas. Ini juga satu petanda pengetahuan mereka yang banyak. Pada peringkat kanakkanak, perkembangan bahasa dan perkembangan pengetahuan adalah berkait rapat. Ayat yang dipertuturkan juga lebih kompleks dan pelbagai dari segi strukturnya, seperti menggunakan ayat pasif, menyoal serta ayat yang panjang dan lebih lengkap. Mereka menjawab dengan memberi alasan, bukan setakat “tidak” atau “suka!”, contohnya apabila ditanya apa yang suka dimakan, Ali yang pintar-cerdas menjawab “Ikan bilis! Sebab ada nasi!” (maksudnya ikan bilis sedap dimakan bersama nasi). Apabila ditanya adakah Ana yang berumur 4 tahun cantik? Dia menjawab, “Cantik kalau lepas mandi ada sikat rambut!” Bahasa mereka juga lebih teratur, memperlihatkan aliran idea yang jelas dan lancar. Adalah biasa kanak-kanak bercakap dengan menjangkau perkataan dan sukar mengekalkan satu topik perbualan, sebaliknya kanak-kanak pintar-cerdas boleh bercakap dengan orang dewasa berkaitan sesuatu peristiwa dengan jelas.

6. KEMAHIRAN MEMBACA Adakah semua kanak-kanak yang pandai membaca pada peringkat umur rendah adalah pintar cerdas? Pertimbangkan kes-kes berikut: Muhammad (5 tahun) boleh membaca apa-apa sahaja bahan bacaan yang diberikan kepadanya. Ah Seng (6 tahun) boleh membaca apa-apa sahaja bahan bacaan yang diberikan kepadanya. Siew Eng (5 tahun) tidak suka membaca lantang, tapi dia suka membaca buku sendiri secara senyap. John (4 tahun) boleh faham buku abangnya yang 8 tahun tetapi tidak boleh mengeja perkataan-perkataan.

128

Sekali lagi, penilaian terhadap kebolehan membaca perlu dinilai secara keseluruhan bukan aspek membaca yang tertentu sahaja. Dalam kes di atas, Muhammad mungkin membaca tanpa memahami maksud bahasa. Bagi bahasa yang fonetik seperti Bahasa Melayu, seseorang kanakkanak boleh menyebut semua perkataan atau suku kata dengan menguasai beberapa kemahiran yang asas. Kemahiran ini tidak semestinya setimpal dengan pemahaman yang tinggi. Maka dia mungkin bukan kanak-kanak pintar cerdas. Bagi Ah Seng, dia dikatakan kanak-kanak pintar cerdas, sebab setiap perkataan dalam Bahasa Mandarin tidak boleh dikenalpasti dengan melihat kepada bentuknya semata-mata, setiap perkataan baru perlu diingati sebutan, maksud dan bentuknya. Bahasa Mandarin adalah bahasa ideogram, berbeza dengan bahasa fonetik seperti bahasa Melayu yang senang disebut kalau kita menguasai beberapa fonem. Kalau Ah Seng boleh menyebut banyak perkataan, ini menunjukkan kosa kata dan skemata yang canggih bagi peringakt umurnya. Bagi kes Siew Eng, dia mungkin seorang yang pintar cerdas sebab dalam bahasa Mandarin, seseorang mungkin memahami maksud tanpa mengetahui sebutannya. Disebabkan kekurangan input pendengaran, Siew Eng mengembangkan pemahamannya tanpa mempelajari sebutan perkataan. John menghadapi masalah yang lebih kurang sama dengan Siew Eng di mana pemahamannya menjangkau kemahiran membaca yang lain seperti menyebut. Keadaan Siew Eng dan John berlaku sebab mereka membaca dengan cepat, aliran idea berlaku dengan cepat sehingga lamakelamaan mereka tidak memberi perhatian kepada sebutan atau ejaan perkataan. Ini juga satu masalah pembacaan yang dihadapi oleh sebahagian golongan pintar cerdas. Mereka perlu mengatasi masalah ini kalau mereka ingin menjadi penulis yang baik. Masalah berlaku apabila mereka menjadi pembaca yang terlampau cekap tetapi penulis yang lemah (satu lagi petanda sifat kompleksiti atau “asynchronous development”). Aliran idea yang berlaku dengan cepat dalam minda mereka ini juga dibuktikan dalam percakapan mereka yang cepat. Kadang-kadang mereka menjangkau baris atau perkataan dalam percakapan, atau mengangggap mereka telah menyebut sesautu di mana mereka

129

sebenarnya belum menyebut lagi. Keadaan ini berlaku sebab mulut mereka tidak sempat mengikuti apa yang berlaku di mindanya. Dan mereka menganggap mereka telah menyebut sesuatu yang telah berlaku di otak mereka (di mana sebenarnya belum). Sifat sensitiviti menjadikan mereka kadang-kadang susah membezakan realiti dan gambaran di otak. Keadaan ini menimbulkan kekeliruan pendengar, sebab mereka kelihatan tidak konsisten. Implikasi di situ adalah, kita perlu menilai kemahiran membaca secara menyeluruh termasuklah aspek perkembangan bahasa, jenis bahasa, pemahaman, minat terhadap aktiviti membaca. Mereka yang awal membaca tidak semestinya pintar cerdas, yang paling pintar cerdas tidak semestinya membaca dengan awal (Einstein mula bercakap pada umur 4 tahun). Tidak dapat dinafikan, kemahiran membaca yang awal merupakan petanda yang penting kemungkinan kepintarcerdasan, kalau dan hanya ia menunjukkan pemahaman yang tinggi.

130

____________________________________ C. DOMAIN EMOSI

____________________________________ 1. PENYESUAIAN SOSIAL?

SOSIAL

YANG

BAIK

ATAU

KELEMAHAN

“Henry Cavendish (1731-1810), was one of the greatest scientists of his time, and made many fundamental contributions to physics, chemistry and meteorology. He was the cousin of a Duke, and extremely wealthy, so was able to devote his whole life to scientific research. Cavendish was, indeed, an eccentric recluse, who never married and cut himself off from all female company…. Research was a private pastime, in which he engaged obsessively to satisfy his own peculiarly introverted personality.” (Ziman, ms 72) Cerita ini jelas memberi potret yang menggambarkan imej yang sesuai dengan stereotaip “mad scientist” pada kebanyakan orang. Adakah semua golongan pintar cerdas suka mengasingkan diri? Pengkaji orang utan mendapati, biasanya dalam sekelompok orang utan, pemimpinnya adalah lebih cerdik daripada orang utan yang lain. Tetapi kalau kecerdasannya terlalu tinggi dan menjadikannya berbeza dengan orang utan yang lain, dia akan mengasingkan diri, menjalankan aktivitinya bersendirian. Secara keseluruhannya, kanakkanak pintar cerdas adalah canggih dari segi perkembangan sosial. Mereka menjadi bintang dalam kelas dan selalu menarik perhatian guru murid. Pada masa yang sama, kita menganggap mereka yang pintar cerdas hanya mementingkan pembelajaran dan pekerjaan, tidak pandai bersosial, Newton bersikap dingin, Charles Darwin adalah seorang “recluse” atau seorang yang hidup sendirian, menjauhkan orang ramai. Keadaan ini terutamanya berlaku pada tempoh mereka paling produktif dan menumpukan segala perhatian dalam kerja. Keadaan ini mungkin 131

menimbulkan satu persoalan, adakah mereka lebih pandai atau lemah bersosial? Kenapa kanak-kanak pintar cerdas selalu dikatakan bermasalah sosial? Jawapannya adalah kedua-duanya ada benarnya. Adalah mustahil untuk membayangkan kedua-dua kenyataan ini adalah benar pada masa yang sama. Konsep kendiri ada pelbagi dimensi, konsep kendiri akademik yang tinggi tidak semestinya menjamin konsep kendiri seksual dan sosial yang tinggi. Orang dewasa perlu memahami masalah sosial tidak bererti kelemahan sosial dan membuat kesimpulan yang melulu bahawa kecerdasan tinggi sering diiringi dengan kelemahan sosial. Secara keseluruhannya, kebanyakan kanak-kanak pintar cerdas adalah kanak-kanak yang popular dan matang dari segi sosial. Walau bagaimanapun, ciri-ciri yang sesuai untuk majoriti bermakna terdapatnya kekecualian bagi individu-individu yang tertentu. Dapatan ini adalah penting sebab: Guru boleh mengenalpasti kanak-kanak pintar cerdas dari segi pergaulannya dan nominasi rakan sebaya. Kanak-kanak pintar cerdas menjadi pemimpin, kanak-kanak lain berasa kagum dan senang mengikut ideanya. Dengan kata lain, dia ada pengaruh sosial. Tetapi kalau kecerdasannya terlalu berbeza, keadaan yang sebaliknya berlaku. Masalah sosioemosi yang berlaku kepada golongan ini menunjukkan sesuatu yang tidak betul telah berlaku. Guru perlu menilai semula apakah keadaan yang membawa kepada keadaan tersebut. Masalahnya akan terubat kalau dia dia dapat berkawan dengan kanak-kanak lain yang mirip kepada dia dan diberi pendidikan yang serasi dengan keperluannya. Miskonsepsi yang biasa berlaku adalah kecerdasan yang tinggi semestinya membawa kepada ketidakmatangan sosial. Masalah sosial boleh berpunca daripada perbezaan individu, tidak semestinya ketidakmatangan sosial. Bagi golongan pintar cerdas yang betul-betul lemah dari segi sosial, mereka tidak disukai walaupun di kalangan golongan yang pintar cerdas. Mereka adalah golongan pintar cerdas yang tidak seimbang. Guru perlu berusaha membantunya mengatasi kelemahan ini.

132

Perbezaan individu wujud akibat perbezaan kebolehan, jantina, latar belakang dan persekitaran. Terdapat kajian yang menunjukkan lelaki pintar cerdas lebih yakin, tetapi keputusan ini tidak begitu konsisten. Setakat mana kebarangkalian berlakunya masalah sosioemosi ini adalah bergantung kepada beberapa faktor seperti keadaan di sekolah dan rumah, sejauh mana kanak-kanak tersebut berbeza dari kanakkanak kebanyakan (kecerdasan, minat dan kecenderungan), kematangan sosialnya dan sikap orang dewasa. Kalau dia berada di persekitaran yang persaingan tinggi, maka masalahnya terkurang; kalau dia berada di budaya, katakanlah budaya sekolah yang tidak sesuai dengannya, masalah ini semakin menonjol. Di sini saya ingin membezakan konsep masalah sosial dan kelemahan sosial. Masalah sosial bermakna cabaran sosial seperti tidak disukai, tidak popular, tidak difahami, tidak disenangi, tidak memiliki minat atau hobi yang sama, topik perbualan yang berbeza dan cara (budaya) bergaul yang berbeza. Kelemahan sosial pula membawa maksud kemahiran sosial yang tidak matang seperti tidak memahami perasaan orang lain, sikap mementingkan sendiri, sikap apati (dingin dan tidak ada belas kasihan), tidak pandai mengambil hati orang lain, senang melukai hati orang lain, tidak boleh bertolak-ansur dan susah mentafsir situasi sosial. Individu pintar cerdas yang menghadapi masalah sosial tidak semestinya lemah dalam sosial, dia mungkin hanya susah menyesuaikan diri dalam budaya dan pergaulan yang tidak serasi dengannya. Dalam budaya kita yang memandang tinggi kepada pencapaian sosial, seorang yang tidak popular selalu dianggap “bermasalah dan tidak betul.” Mereka perlu menyedari tidak popular tidak bermakna salah mereka. Kadang-kadang remaja yang bermasalah sosial, sengaja berselindung keperluan sosialnya dan menumpukan sepenuh perhatian dalam aktiviti intelektual. Ini mungkin menimbulkan salahfaham: menjadikan orang lain menganggapnya sombong dan susah didekati (walaupun dia sebenarnya rendah diri dan bersopan). Ini tidak bermakna mereka tidak memerlukan sosial dan kawan. Sosial adalah keperluan asas kepada semua manusia. Konflik dalaman berlaku

133

apabila mereka telah mencapai motivasi tahap tinggi seperti penghargaan dan penyempurnaan diri tetapi motivasi peringkat bawah (seperti keperluan sosial dan keperluan keselamatan) masih tidak dipenuhi. Komen seperti “kenapa awak tidak banyak kawan seperti kakak awak?” perlu dielakkan. Adalah senang memahami golongan ini menghadapi masalah sosial yang tidak dihadapi oleh orang lain. Selalunya kita menganggap golongan pintar cerdas berkelakuan ganjil. Ini menggambarkan kita sukar memahami motivasi, dorongan kepada tingkah laku mereka. Kalau kita boleh memahami sebab di sebalik tingkah laku mereka, maka kelakuan mereka tidak lagi menjadi pelik kepada kita. Naluri manusia suka berkelompok dengan yang sama jenis dengan kita. Keadaan ini boleh dibuktikan dengan eksperimen berikut: anda diberi dua keping gambar serta diberi deskripsi tentang sifat dua individu ini. Akan didapati, anda akan lebih suka kepada individu di mana sifatnya dekat dengan sifat anda sendiri (atau sifat yang dihargai oleh anda). Sudah tentu anda tidak akan jatuh hati dengan senang, seorang yang bertingkah laku ganjil dan tidak boleh difahami. Mungkin anda akan berkawan dengannya secara biasa tetapi susah menjadi kawan yang rapat. Mustahil anda akan meluahakn isi hati kepadanya.

2. KONSEP KENDIRI YANG POSITIF Ini digambarkan oleh kenyakinan mereka dalam mencapai kejayaan dan kecerdasan intrapersonal. Sebagai mana yang digambarkan oleh Freud semasa remaja bahawa dia akan mencapai sesuatu yang luar biasa pada masa depan. Keyakinan ini akan menjadikan mereka nampak agresif dan bercita-cita tinggi walaupun menghadapi halangan. Seperti apa yang berlaku kepada Freud selepas itu. “Because of his rebuff by the Imperial Society of Physicians and his desire to establish a reputation for himself, Freud urged Breuer to collaborate with him in publishing an account of Anna O’ and several other cases of hysteria. Breuer, however was not as eager as the younger and

134

more revolutionary Freud to publish a full treatise on hysteria built on only a few case studies.” (Feist & Feist, 20) Perkataan “relovolutionary” juga membawa intonasi satu lagi ciri yang diterangkan sebelum ini: sifat keterbukaan. Pengalaman kejayaan yang berterusan akan membentuk keyakinan diri dan menjadikannya percaya kepada superioriti kepada orang lain. Sikap ini akan diperlihatkan dalam tingakah lakunya, contohnya kalau dia berasa jawapan guru adalah salah, dia akan menyatakannya dengan terus terang. Ini menjadikan guru berasa tidak senang hati. Dia juga berasa “kegagalan” hanya bersifat sementara, sebab dia memang seorang yang berjaya dalam hidup. Sebab itu dia tidak berasa segan mengakui kelemahannya. Dia menganggap markah ujian yang rendah adalah akibat faktor luaran seperti dia tidak bersedia dengan baik, nasib yang malang atau ujian yang tidak adil bukannya akibat sebab faktor dalaman seperti kebolehannya. Konsep kendiri ini tidak bersifat kekal. Keyakinan mereka senang terjejas kalau mereka menghadapi persaingan hebat dengan pelajar pintar cerdas yang lain (masih ingat kepintarcerdasan ini adalah bersifat perbandingan dengan rakan yang lain?). Mereka akan berasa rendah diri dan seterunya meragui nilai (hasil kerja) dirinya. Konsep kendiri ini bagaikan pedang dua mata bagi mereka, terutamanya bagi mereka yang bersifat sensitif dam perasan. Konsep kendiri yang positif ini adalah salah satu faktor pelindung kepada masalah dan faktor penggalak kepada kejayaan mereka dalam kehidupan. Keyakinan diri yang tinggi akan memberi kesan kepada perkembangan mereka dari pelbagai segi: Berani mencuba perkara yang baru. Menyedari dan yakin merebut peluang yang sedia ada. Ini seterunya memberi lebih pendedahan / pengalaman kepada mereka. Tidak senang diganggu oleh kesan kegagalan.

135

____________________________________ D. DOMAIN KREATIVITI

____________________________________ Apa yang terbayang di otak anda apabila disebutkan perkataan kreativiti? Kartunis, penggubal lagu atau pelakon? Sebenarnya kreativiti merentasi semua domain intelek kita dan merangkumi segala aktiviti manusia. Bukan semua individu pintar cerdas adalah kreatif, yang paling kreatif tidak semestinya tinggi kecerdasan, tetapi dua ciri ini berkait rapat dan berhubungan positif. Adakah (anak) anda suka main peranan semasa kecil? Mainan sosial melibatkan imaginasi, pemikiran abstrak, ambil peranan, mengaitkan objek yang nampak tidak berkaitan dan unsur dramatic. Mainan sosial merupakan medium yang baik untuk ekspresi diri yang kreatif. Mainan seperti plastisin memerlukan kemahiran seperti pemikiran divergen dan penyelesaian masalah (membentuk plastisin dengan pelbagai alat / bahan yang terdapat di sekeliling). Kreativiti menjadi isu yang penting dalam pendidikan pintar cerdas. Ia merupaka satu-satu ciri yang paling unik bagi golongan ini, walau bagaimanapun ini tidak bermakna semua golongan pintar cerdas kreatif ataupun sebaliknya semua orang yang kreatif adalah pintar cerdas. Perhatikan ciri-ciri seperti berdikari, idea yang tersendiri, keunikan, keaslian adalah berkait rapat dengan ekspresi diri dan kecerdasan intrapersonal yang tinggi. Sifat kreatif ini selalunya membawa kepada sifat lain yang tidak begitu dikehendaki oleh masyarakat, seperti tidak memberi perhatian kepada perincian, cuai, tidak berorganisasi, suka bersendirian, sukar difahami. Mereka yang kreatif mesti menyampaikan kreativiti itu dalam domain yang tertentu seperti seni, sains atau falsafah. Ini bermakna, kreativiti ini mesti disertakan pengetahuan, kemahiran, bakat yang lain. Contohnya penyanyi yang kreatif perlu memiliki suara yang baik terlebih dahulu. Pemupukan kemahiran yang diperlukan menjadi asas kepada perkembangan kreativiti, contohnya teknik memainkan alat muzik dan melukis memerlukan latihan untuk menguasainya sebelum ekspresi diri. 136

Perlu ditekankan kreativiti tidak bermakna mencipta sesuatu yang baru dan tidak pernah wujud sebelum ini, tetapi ia bermakna menghasilkan sesuatu yang agak baru bagi individu tersebut secara relatif.

1. BERDIKARI Berdikari bermaksud sanggup bekerja keseorangan, memulakan sesuatu dan menghabiskannya atas usaha sendiri. Seorang yang kreatif perlu menanggung tekanan menjadi berbeza daripada majoriti yang lain di samping sikap tabah kepada pengalaman “gagal”. Dia menyenangi tidak diterima oleh orang lain ataupun dianggap “betul”. Kenyataan ini juga sesuai bagi menerangkan mereka yang kritis. Dalam aspek ini, kelebihan golongan pintar cerdas sebenarnya jugalah punca masalah sosioemosi mereka. Seorang yang berdikari suka menyelesaikan masalahnya sendiri, lebih-lebih lagi tugasan yang mencabar. Dia tidak suka “panduan” atau “arahan” oleh orang lain. Keadaan ini mungkin menjadi punca kepada satu lagi masalah mereka: sukar bekerja dengan orang lain. Seseorang yang kreatif itu unik, keunikan itu bermakna dia berbeza, perbezaan ini menjadikannya sukar berkongsi idea atau pandangan. Dia seoarang yang menentang tekanan sosial (dari kawan, guru atau ibubapa), dia sanggup menghasilkan sesuatu yang berbeza dengan rakan sekelas atau gurunya. Contohnya dia menggunakan halaman muka majalah untuk menghasilkan kolaj walaupun guru menyuruh pelajar menggunakan kertas warna. Kanak-kanak yang biasa sebaliknya akan mengikut apa cara yang sedia diberitahu, tanpa memikirkan alternatif yang lain. Guru yang baik akan memuji kanak-kanak itu dan memberi galakan kepada rakan sekelas yang lain supaya “think outside the box”. Sebaliknya guru yang tidak cekap akan mengabaikannya ataupun berasa tercabar sebab kanak-kanak itu tidak mengikut arahannya. Apakah tanggungjawab seorang guru? Memastikan kanak-kanak mematuhi arahannya atau membantu kanak-kanak berkembang? Guru perlu mengikiskan sikap sombong ini, lebih-lebih lagi bagi guru pendidikan pintar cerdas. Apakah reaksi anda kalau pelajar

137

menghasilkan tugasan bukan mengikut kehendak anda tetapi mengikut gayanya sendiri? Sifat berdikari ini juga boleh dilihat dalam usaha gigih dan berterusan dalam menghasilkan sesuatu yang mencabar tanpa ganjaran segera, tapi atas dorongan motivasi dari dirinya. Seseorang yang berdikari melakukan sesuatu untuk kepuasan dirinya. Oleh itu, dia seolah-olah tidak mengenal penat dan bertenaga melakukan sesuatu yang diminatinya. Implikasinya kepada guru adalah guru memberi peluang kepada mereka belajar sendiri, dengan kata lain menyeimbangkan pembelajaran berkumpulan dan pembelajaran individu. Mereka suka menentukan apa yang perlu dipelajari oleh dirinya. Mereka mungkin tidak sesuai cara perbincangan dengan rakan lain, sebab perbezaan yang ada pada mereka. Seseorang kanak-kanak yang kreatif selalu menghadapi konflik dan dilema: mengikut apa yang konvensyenal atau apa yang dirasakan sesuai baginya. Guru perlu memberi sokongan supaya sifat ini tidak dipatahkan oleh tekanan sosial yang dihadapinya. Sifat ini mungkin menjadi punca konfliknya dengan sekolah. Biasanya mereka yang kreatif tidak suka diikat oleh peraturan dan suka bertindak bebas apa yang dirasakannya sesuai. Dia mungkin dianggap sebagai tidak menghormati guru atau peraturan guru. Cabaran kepada pendidikan pintar cerdas adalah cabaran bagi kualiti guru. Di sinilah satu-satu masalahnya pendidikan pintar cerdas secara khas dan pendidikan secara am. Kita perlu mengakui hakikat ini: guru bukan mengajar dengan kurikulum atau bahan bantu mengajar, guru mengajar dengan / melalui kualiti mereka sendiri.

2. KEASLIAN Antara kriteria yang paling penting untuk menilai samada seseorang adalah pintar cerdas dalam bidang yang tertentu adalah menilai keaslian dalam hasil kerjanya. Semua orang boleh mencapai kualiti yang baik, tetapi hanya golongan pintar cerdas boleh mencapai kualiti keaslian ini. Seseorang yang pintar cerdas juga membuktikan keistimewaannya dalam aspek keaslian ini. Dengan kecerdasan yang sama tinggi, keaslian dan kreativiti yang menentukan samada seseorang biasa atau 138

luar biasa. Keaslian adalah antara ciri-ciri pintar cerdas yang paling dihargai. Seorang yang kreatif tidak suka mengikut-ikut jejak kaki orang terdahulu. Ini tidak bermaksud mereka tidak meniru semasa menghasilkan sesuatu kerja. Semasa kecil, mereka cenderung meniru hasil karya yang baik dan kreatif. Peniruan itu hanyalah satu bentuk pembelajaran, apabila mereka sudah cekap dalam ekspresi diri secara bebas, mereka akan berusaha mencipta gaya sendiri. Mereka agak menegaskan setiap hasil kerja itu membawa gaya unik yang tersendiri, dengan kata lain mereka ada “style”. Guru perlu memahami peniruan ini sebagai satu tahap pembelajaran yang penting. Tugas guru adalah memberi pendedahan tentang hasil karya yang berkualiti dan menunjuk jalan kepada pencapaian orang lain. Semasa J. P. Sartre berumur 7, 8 tahun, dia telah meniru cerita di buku dan menulis novelnya pertama, tindakannya walaupun ditegur oleh datuknya (menciplak hasil orang lain), tetapi ini menjadi asas kepada perkembangannya kelak. Ibubapa perlu mengiktiraf pada peringkat permulaan peniruan terhadap karya yang kreatif juga sejenis tingkah laku yang kreatif. Keaslian ini boleh dilihatkan dari segi format, idea, kandungan, bahasa, kaedah, penyampaian, cara dan lain-lain seperti ayat penulisannya. Mereka selalu mencabar status quo dan memikirkan alternatif kepada pilihan yang sedia ada. Ini mungkin disebabkan mereka selalu mementingkan nilai hasil kerja mereka sendiri. Mereka benci kepada plagiarisme. Plagiarisme dibenci bukan sahaja “hasil” itu tidak bernilai, ia juga memperlihatkan sikap yang buruk: mendapatkan pengiktirafan tanpa kualiti yang sebenar. Mereka juga tertarik kepada idea, aktiviti yang kreatif seperti seni drama, kesusasteraan, seni visual dan muzik. Mereka menghargai dan menilai tinggi hasil orang lain yang kreatif. Guru perlu memberi pendedahan kepada anak murid hasil kerja yang kreatif. Tegasnya seorang yang mementingkan keaslian akan selalu bertanyakan soalan ini: apa yang belum dilakukan oleh orang lain? dia akan selalu membuka jalannya sendiri daripada mengikut laluan yang telah dijalan oleh orang kebanyakan. Keaslian ini mungkin dicapai dengan menggabungkan unsur-unsur yang sedia ada, proses ini

139

dinamakan sintesis. Contoh tokoh yang menunjukkan keaslian yang tinggi adalah seperti Steven Spielberg, Charles Darwin, Thomas Edison dan Sigmund Freud.

3. MENGAMBIL RISIKO Thomas Edison pernah bercakap “Genius is about 2% inspiration and 98% perspiration.” Kejayaannya terletak pada ketabahannya melakukan uji-kaji dengan bahan yang berbeza. Sikap mengambil risiko bukan setakat digambarkan oleh eksperimennya tetapi juga dalam membuat keputusan hidupnya. “His formal education lasted some three months. He quit school after a teacher called him ‘addled.’ His mother, herself a former teacher, educated him for a while at home, but the boy’s growing fascination with chemistry led him into a rigorous course of independent study. To pay for research materials, Edison at age 12 got a job as a candy and newspaper vendor on a railroad. By the time he was 16, he had learned telegraph and began working as an operator at various points in the Middle West; in 1868 he joined the Boston office of Western Union. Here he read Michael Faraday’s Experimental Researches in Electricity and decided to become an inventor.” (Gray, ms 163) “George Jr. was not a very good student, but he loved to spend time in his father’s machine shop, often sneaking out of school in order to do so. One day, George Sr. asked his son to cut a large pile of metal pipes into pieces of equal length, a job that should have taken a few days. Instead of doing the job by hand, George Jr. surprised everyone by designing a cutting machine that helped him to measure and cut each piece. He was finished within a few hours.” (Stone, ms 197)

140

Apabila kita mengkaji biografi pereka yang cemerlang seperti George Westinghouse yang mendapat beratus-ratus hak paten, mereka tidak suka ke sekolah, sebab kecerdasan mekanikal mereka tidak mendapat sokongan yang secukupnya di sekolah. Bagi individu dengan kecerdasan dan minat yang tidak konvensional, biasanya keputusan sekolah mereka adalah biasa, contohnya Erikson, Maslow, Charles Darwin. Bagi pereka seperti Westinghouse, Thomas Edison dan George Stephenson, mereka tidak dapat menyesuaikan diri dalam sekolah. Mereka juga cenderung mengambil jalan yang bukan konvensional dalam kerjaya. George Stephenson tidak pernah ke sekolah, Edison hanya beberapa bulan. Stephenson adalah buta huruf semasa remaja dan belajar sendiri. Adakah cara ini akan berjaya? Kita hanya dapat menjawab soalan ini dengan mencuba cara ini. Menjadi kreatif perlu menanggung risiko tertentu, sebab tiada jaminan ianya akan membuahkan kejayaan. Sebab tiada sesiapa yang pernah mencubanya. Dengan pelbagai percubaan, hasil yang baru, cara yang baru mungkin akan ditemui. Semangat kental juga penting di samping sikap suka mengambil risiko ini. Bayangkan sifat ini sebagai sifat seorang saintis yang bersemangat saintifik dan eksperimental, selalu bersifat ingin tahu dan ingin membuktikan andaian sendiri. Dalam kehidupan yang penuh dengan pelbagai kemungkinan, mereka yang berani mengambil risiko selalu mendapat ganjarannya (walaupun bukan dengan senangnya, atau dengan segeranya). Contohnya dalam dunia keusahawanan, sifat ini dianggap sangat penting. Sifat ini jelas ditunjukkan oleh pereka dan saintis yang membuat pelbagai percubaan sebelum berjaya. Sifat suka mengambil risiko ini mungkin membahayakan diri mereka, ibubapa perlu memberi perhatian kepada isu keselamatan.

4. KEPELBAGAIAN Kepelbagaian ini boleh dikaitkan dengan sifat kompleksiti yang ada pada mereka. Dalam karya seni, kanak-kanak pintar cerdas menggunakan pelbagai jenis media (kolaj, cat air etc.), tema dan unsur untuk menyampaikan ideanya. Mereka tidak terkongkong kepada media 141

atau tema yang tertentu. Mereka juga suka mencuba melukis tema yang berlainan berbanding kanak-kanak lain dan mencuba sesuatu yang baru. Kepelbagaian ini jelas diperlihatkan dalam minat mereka yang pelbagai dan potensi yang pelbagai. Ia memungkinkan mereka mensintesiskan apa yang ada dan menghasilkan sesuatu yang baru dengan kombinasi yang tidak terbayang oleh orang lain. Ini memerlukan seseorang melihat sesuatu dari perspektif yang berlainan. Kepelbagaian ini juga dapat dilihat dalam idea mereka yang bergabungjalin dan serba mencakupi pelbagai konsep dari bidang yang berlainan, satu petanda sifat kompleksiti. Kepelbagaian ini juga dilihat dalam semangat mereka menangani sesuatu masalah dari pelbagai perspektif. Contohnya menyelesaikan soalan matematik dengan gambaran visual (melukis). Terutamanya cara penyelesaian yang tidak konvensional.

5. KETERBUKAAN “Even though he had a natural talent fot chemistry, Woodward had trouble following the rules. He was asked to leave MIT because he did not attend classes regularly and only showed up to take exams (Stone, ms 206).” Robert Woodward (pemenang Nobel Prize Kimia 1965), menganggap pembelajarannya boleh berlaku di mana-mana dan kehadiran adalah tidak penting. Ideanya yang radikal sudah tentu susah diterima oleh pihak pentadbiran sekolah. Sifat terbuka ini dapat dilihat dalam penerimaan baik kepada jenis genre seni yang luas. Contohnya, dia suka kepada banyak penyanyi, pelukis di mana gaya mereka langsung berbeza. Dia tidak melabelkan betul atau salah, ataupun mengkritik gaya orang lain (walaupun dia boleh menilai gaya dan kualiti yang berbeza ini). Sifat keterbukaan ini juga bermakna dia sanggup menerima (memahami dan berempati) idea, pandangan, ideologi orang lain. Ini 142

tidak bermakna dia berdiri di atas pagar, sebab menerima tidak bermakna menyokong atau bersetuju. Menerima hanya bermakna tidak menolak dan memahami kenapa orang lain menyokongnya. Dari segi perkauman, sikap ini sangat penting untuk menjamin keadaan yang harmonis. Sifat ini menunjukkan kualiti fleksibel, mudah lentur, memahami dan bertimbang rasa, sikap ini juga ditunjukkan dalam aspek peranan gender, sikap terhadap status, agama dan budaya. Mereka tidak mendiskriminasi berdasarkan perbezaan status. Ini dapat dilihat dari segi sikap mereka yang sama semasa berbual / berhadapan dengan golongan atasan atau di bawahnya. Sikap ini selalu dikaitkan dengan sifat progresif, dinamik, futuristik dan demokratik. Sikap ini mungkin tidak diterima baik, sebab idea mereka yang terlaku radikal mengejutkan orang lain dan sukar difahami, diterima. Contohnya mereka tidak melihat perbezaan dalam peranan jantina, kenegaraan, perkauman dan agama. Patriotisme mungkin dianggap sejenis diskriminasi yang bodoh bagi mereka. Sikap ini menjadikan mereka prihatin kepada perkembangan terkini sejagat, contohnya kebuluran yang berlaku di negara lain.

143

____________________________________ E. DOMAIN MORAL

____________________________________ 1. TINGKAH LAKU YANG BETUL Semasa kecil, kanak-kanak pintar cerdas agak prihatin terhadap apa yang betul dan apa yang salah, mereka memiliki konsep betul dan salah yang kuat, dan berusaha menjadi budak yang “baik” pada mata orang dewasa. Mereka akan menegur rakan atau orang dewasa yang melakukan sesuatu yang tidak betul pada tanggapan mereka. Mereka menjadi tertarik dengan idea agama seperti hukuman dan balasan, Hari Kiamat, karma dan lahir semula. Mereka menunjukkan pertimbangan sendiri yang unik dan memiliki sistem nilai yang tersendiri. Apa yang dianggap penting oleh mereka mungkin tidak dianggap penting kepada orang lain. Mengikut Rasalyn S. Yalow (Nobel Prize Perubatan, 1977), dia menyokong kuat kepada peluang yang sama untuk semua jantina, tetapi dia juga menentang kuat kepada anugerah kepada wanita semata-mata dan program affimatif (yang memperuntukkan kuota yang tertentu kepada golongan minoriti yang dianggap kekurangan peluang) untuk wanita. “She turned down the Federal Woman’s Award in 1961 and the Ladies Home Journal Woman of the Year prize in 1978. When she became president of the Endocrine Society, a professional organization of six thousand endocrinologists, she opened her 1978 presidential address with a blast at its woman’s caucus. Calling herself a ‘non-Establishment,’ she said she felt secure enough to be ‘one of the few chairpersons who dare to be a chairman.’ As Rosalyn explained later, ‘You go where the power is. You don’t isolate yourself. You don’t need to be protected. It’s part of my aggressive approach to things.” (McGrayne, ms 355)

144

Mereka suka mengeluarkan kenyataan yang menunjukkan penilaian tentang apa yang betul dan salah, baik atau jahat bagi sesuatu perkara / kejadian dan individu lain. Ini merupakan asas kepada penaakulan moral untuk peringkat yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna penilaian mereka adalah kaku, ia berubah mengikut tahap perkembangan mereka. “A democrat in practice as well as theory, he dealt in the same friendly, unpretentious way with janitor ands and chiefs of state, students and movie stars (Hammond, ms 215).” ”LeviMontalcini speaks her mind, wether she is talking to an eminent professor or a street cleaner, a friend said,” (McGrayne, ms219). Sebagai orang dewasa, mereka selalunya jujur dan boleh dipercayai. Mereka juga memegang kepada prinsip tertentu dan mendukung sistem nilai yang tertentu. Akibat sifat keterbukaan, mereka tidak ada konsep perbezaan status, dan ini digambarkan dalam tingkah laku mereka. Mereka juga mungkin bercakap dengan kenalan baru seolah-olah kawan yang lama.

2. IDEALISTIK, ALTRUISTIK DAN EMAPTI “Following World War ll, Einstein became even more outspoken. Besides campaigning for a ban on nuclear weaponry, he denounced McCarthyism and pleaded for an end to bigotry and racism. Coming as they did at the height of the cold war, the haloed professor’s words seemed well meaning but naïve." (Golden, ms 93) Ciri-ciri ini semua berkaitan dengan perkembangan kecerdasan intraperonal, interpersonal dan moral. Disebabkan sifat keadilan atau “righteousness”, mereka berasa marah dan kecewa dengan sesuatu yang dianggap tidak betul (tidak adil), mereka akan berusaha untuk membetulkan ketidakadilan tersebut. Sifat ini terutamanya semasa peringkat kecil di mana perkembangan moral berlaku. Katakanlah dia menunjukkan kesedaran sivik yang baik, dia berasa tidak suka kalau kawan mereka membuang plastik di taman bunga. Dia mendapat kepuasan dari nilai hasil kerjanya, bukan untuk tujuan kebendaan

145

semata-mata. Dia bukan seorang yang bekerja untuk status dan duit / untung maksimum sahaja. Motivasi yang lain seperti kesempurnaan diri, simpati, sifat ingin tahu dan hidup yang bermakna lebih menjadi dorongan untuknya. Dia berusaha menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik kepada semua dari segi meningkatkan kebajikan, memelihara dan memulihara persekitaran, memberi sumbangan kepada pengetahuan, ketamadunan, moral, nilai dan kesenian. Dia mendukung idea yang romantis terhadap dunia ini, dan percaya kepada dunia ini semakin menuju ke arah yang lebih baik dan sempurna. Kadang-kadang idea mereka yang yang idealistik menjadikan mereka nampak tidak praktikal dan tidak matang, Einstein yang mencadangkan “Mankind can be saved only by a supranational system” menyedari ideanya mungkin dianggap bodoh oleh orang lain dan mengatakan, “is it really unpardonable naiveté to suggest that those in power decide among themselves that future conflicts must be settled by constitutional means rather than by the senseless sacrifice of great numbers of lives (Hammond, 217).” Mereka mungkin menjadi seorang yang revolusener, contohnya menjadi “advocate” satu hari nanti. Contoh pekerjaan yang idealistik (tetapi bukan semestinya) adalah seperti pekerja sosial, jururawat, doktor, guru (khas), penulis atau pengkritik, seniwan, ahli akademik, saintis, aktivis. Seseorang yang altruistik mementingkan kebajikan orang lain, dia bersifat murah hati, bersimpati dan bersemangat, dia mungkin sanggup mengorbankan (kebajikan) sendiri untuk orang lain pada situasi yang tertentu. Sikap yang berlawanan dengan altruistik adalah sikap dingin, menjaga kepentingan masing-masing dan enggan bertolak ansur. Empati bermaksud kebolehan memahami atau “menyelami” emosi dan perasaan orang lain. Contohnya kita memahami perasaan cemas semasa dompet hilang sebab kita sendiri pernah mengalaminya, atau kita pernah kehilangan benda penting yang lain. Dengan itu kita dapat memahami perasaan orang lain yang mengalami situasi yang lebih kurang sama, untuk memberi respon yang sesuai. Kanak-kanak pintar cerdas menunjukkan kelebihan yang lebih tinggi memahami perasaan dan situasi orang lain. Perlu diperhatikan sebab kebolehan mereka untuk memahami orang lain, mereka mungkin cuba memanipulasikan

146

orang lain untuk membuktikan dia lebih superior dan mendapat kepuasan. Sebagaimana yang kita boleh lihat pada banyak kes penipuan dan jenayah kolar putih yang berlaku dalam masyarakat. Kesedaran akan berlaku apabila mereka menyedari kadangkadang susah bertindak mengikut apa yang “betul” dan “salah” dan mereka terpaksa menerima realiti hidup di mana garis pemisah betul salah selalunya tidak ketara. Tapi secara keseluruhan mereka jenis yang boleh dipercayai dan menjauhi perbuatan tidak bermoral seperti menipu. Pada peringkat kanak-kanak dan remaja, mereka menjadi sensitif kepada isu seperti ketaksamaan sosial, kemiskinan, peperangan, konflik perkauman. Tokoh yang jelas menunjukkan sifat ini adalah A. Einstein, B. Russel, J. P. Sartre.

147

____________________________________ [BAB 5 CABARAN KEPADA INDIVIDU PINTAR-CERDAS ____________________________________ PENGENALAN “Alangkah baiknya kalau saya adalah seorang yang pintar-cerdas.” “Kenapa saya bukan seorang genius?” Banyak pelajar yang berasa kecewa dengan kebolehan akademik sendiri selalu mengeluarkan keluhan sebegini, seolah-olah kebolehan yang tinggi adalah penawar kepada semua masalah dan cabaran hidup yang dihadapi. Perasaan ini adalah mudah difahami dalam konteks masyarakat kini yang serba maju, mencabar dan kompetitif. Bercanggah dengan kepercayaan orang ramai, golongan pintarcerdas bukannya golongan yang bebas dari masalah, selalu berjaya mengikut kehendak dan tidak menghadapi apa-apa cabaran dalam kehidupan. Hidup yang senang dan lancar bagi golongan pintar-cerdas adalah satu mitos semata-mata. Adalah benar kebolehannya yang tinggi menyenangkan mereka berjaya dalam banyak aspek jika berbanding dengan orang lain, contohnya pelajar pintar-cerdas cepat menghabiskan tugasan yang diberikan dan senang memahami bahan bacaan berbanding dengan pelajar lain. Mereka juga memiliki kemahiran penyelesaian masalah yang lebih tinggi. Kelebihan ini selalunya menjadikan mereka dikagumi dan dicemburui. Realitinya: mereka tidak menghadapi sebahagian masalah yang dihadapi oleh kebanyakan orang, tetapi mereka menghadapi masalah lain yang tidak dihadapi oleh orang kebanyakan. Masalah mereka menjadi bertambah rumit kerana masalah mereka tidak difahami dan ini

148

menjadikan mereka seolah-olah menghadapi masalah ini seorang diri. Keadaan ini sudah tentu memberikan tekanan yang berlebih-lebih lagi kepada mereka. Salah faham dan stereotaip selalu menghantui golongan ini. Mereka selalu merasakan hidup seorang diri di dunia ini. Memahami tentang diri mereka dapat mengatasi sebahagian besar perasaan ini. Ini dapat dicapai dengan membaca buku, menyertai persatuan dan berkenalan dengan mereka yang menghadapi masalah yang sama dengan mereka, menuliskan idea mereka sendiri juga amat berkesan. Mereka perlu memahami keunikan dan juga masalah yang biasa dihadapi oleh golongan pintar cerdas. Antara cara untuk mendapat maklumat ini adalah membaca buku biografi orang sebelum ini. Banyak orang yang mengharapkan dirinya pintar-cerdas sebab berasa kecewa dengan keupayaan sendiri, tetapi mereka tidak menyedari menjadi seorang yang pintar-cerdas menghadapi pelbagai cabaran dan masalah yang susah dibayangkan oleh orang lain. Keadaan mereka lebih superior ini langsung tidak membawa maksud mereka tidak menghadapi cabaran dan dugaan hidup. Sebaliknya sebahagian individu pintar-cerdas menghadapi banyak masalah bukan setakat dari segi sosial dan emosi, mereka juga menghadapi masalah dalam akademik! Salah satu miskonsepsi yang biasa adalah kanakkanak pintar-cerdas mestilah canggih dan menonjol dalam bidang akademik. Satu lagi tanggapan yang salah adalah kanak-kanak yang cemerlang dalam akademik mestilah pintar-cerdas. Realitinya: Terdapat banyak faktor bukan kecerdasan yang mempengaruhi pencapaian akademik, seperti motivasi dan konsep kendiri. Contohnya masalah emosinya menjadikannya menghadapi masalah kemurungan, seorang yang murung tidak bermaya, kehilangan motivasi dan sasaran. Sudah tentu seorang pelajar yang murung tidak akan berjaya dalam akademik. Perkembangan tidak boleh dirancang dan pembelajaran boleh jadi terpendam. Mungkin masanya belum tiba untuk mereka menjadi terserlah dalam bidang tertentu. Sejarah mencatatkan banyak individu yang tidak menonjol atau disalah anggap sebagai lembab

149

oleh guru semasa kecil. Ini adalah akibat kadar pembelajaran mereka yang tidak sekata dan juga sikap guru yang tidak sensitif. Kanak-kanak pintar cerdas menunjukkan kebolehan am yang lebih tinggi, tetapi ini tidak memadai tanpa menemui kekuatan sebenarnya yang tidak setanding oleh orang lain. Pengkhususan dan usaha berterusan adalah kunci kepada kejayaan dalam mana-mana juga lapangan. Mereka yang berjaya bukan canggih dalam segala apa kerja, mereka hanya berjaya dalam bidang kekuatan mereka sendiri. Pekerjaan dan bidang yang tidak sesuai menjadikan seseorang yang pintar cerdas menjadi biasa. Seperti yang berlaku kepada Tillie Olsen yang dibincangkan sebelum ini. Jenis ujian dan penilaian, cara pengajaran dan pembelajaran, kandungan pengajaran, jenis tugasan yang diberikan mungkin tidak serasi dengan keperluan pelajar pintar-cerdas tersebut. Sekolah mungkin tempat yang dibenci bukan disukai bagi mereka. Cara pembelajaran yang mementingkan salin-salin mencabar motor halus bukan pemahaman pelajar. Sudah tentu pelajar itu tidak berminat untuk berjaya dalam sistem akademik yang dianggap tidak bermakna ini. Keistimewaan, kehebatan dan jenis kecerdasan yang ada pada kanak-kanak pintar cerdas ini tidak semestinya diberi pengiktirafan dan penilaian yang tinggi tertakluk kepada nilai dan budaya semasa masyarakat. Di sistem pendidikan formal contohnya, kurang menekankan kreativiti dan keaslian dalam hasil kerja. Seorang kanak-kanak yang luar biasa dari segi kebolehan keusahawanan dan reka-cipta masih belum mendapat sokongan yang sepenuhnya. Ini disebabkan kebanyakan individu yang berbakat ini selalunya tidak menjadi guru. Guru mengajar dengan atau melalui sifat dan kualiti yang ada pada mereka. Guru yang kreatif mengembangkan kreativiti pelajar melalui tingkah lakunya bukan melalui pengajaran kurikulum. Memandangkan keadaan pendidikan ini, adakah mereka yang berbakat mendapat sokongan yang sepenuhnya? Faktor persekitaran, seperti budaya keluarga, sumber keluarga, taraf sosio-ekonomi, pendedahan dan peluang merupakan faktor yang penting untuk mempercepatkan perkembangan. Antara faktor yang penting termasuklah guru yang memahami dan persaingan / budaya

150

sekolah! Budaya sekolah yang tidak mementingkan persaingan secara tidak langsung menjejaskan perkembangan mereka. Budaya yang lain termasuklah disiplin, keterbukaan, hubungan guru-pelajar dan budaya aktiviti ko-kurikulum. Walaupun kanak-kanak pintar-cerdas yang popular dan memiliki konsep kendiri yang positif juga menghadapi masalah-masalah yang tertentu. Masalah-masalah ini adalah akibat keistimewaan yang ada pada mereka dan faktor persekitaran seperti kesedaran masyarakat yang rendah, guru yang tidak sensitif dan tidak prihatin. Konflik di keluarga jugalah satu lagi aspek yang perlu diberi perhatian oleh pengkaji akan datang.

151

____________________________________ MASALAH SOSIO-EMOSI SEBAGAI KONFLIK

____________________________________ Dia mengajar dirinya persamaan kuadratik di rumah dengan buku teks abangnya. Ibunya menyuruhnya berhenti membuka buku abangnya, supaya dia masih boleh mempelajari sesuatu di sekolah. Kanak-kanak yang lain di sekolah belajar menambah nombor satu digit dengan mengelaskan gula-gula. Pada hari yang pertama di sekolah, dia menangis dan mengadu kepada ibunya dia tidak suka kepada sekolah. Keadaan ini berterusan satu bulan, ibunya terpaksa memujuk dan mengancam setiap pagi. Semasa di sekolah, dia tidak suka masa rehat, sebab dia tidak ada kawan untuk makan di kantin. Dia cuba mengelakkan perbualan dengan kawan lain, tiada sesiapa yang berminat berkongsi minatnya dalam politik, kesusasteraan dan eksperimen. Dia masih ingat, apabila dia menyebut mengenai penulisan novel barunya, kawan yang lain menjadi tersinggung dan mengejeknya. Dia memang sensitif, dia menyedari semua pelajar menyebarkan khabar angin berkenaannya, setiap gerak gerinya menarik perhatian. Dia faham dia terlalu berbeza untuk ditoleransikan orang lain. Yang dia tidak faham, ini bukan salahnya dan kenapa ini berlaku. Sebab dia tidak boleh menyelami jiwa dan minda orang lain, dia tidak boleh mengawal mulut orang lain. Dia susah memahami orang kebanyakan. Dan ini memberikan masalah, bukan masalah yang sedikit! ”kegembiraan bukan bergantung kepada apa yang anda miliki, tetapi apa yang berlaku di minda anda.” Setiap hari, dia mengingatkan dirinya berfikiran positif…tanpa kesan yang dijangkakan. Apabila dia tidak memahami dunia ini, dan dunia tidak memahaminya, ia menjadi mengelirukan. Adakah tidak berkawan bermakna anti-sosial? Ini satu tuduhan! Jerit hatinya. Dia menjadi takut satu hari nanti dia menjadi seorang yang misanthrope. Dia terbaca

152

dalam buku, Dia harap dia menjadi normal atau…… mati. Dan dia tidak perlu menderita lagi……

Melabelkan pelajar sebagai pintar cerdas tidak membantu kita memahami apa yang dialami oleh mereka sendiri. Bagi orang kebanyakan perasaan dalaman golongan pintar cerdas masih dianggap misteri dan rahsia yang hanya dikongsi sesama mereka sendiri. Apakah pelajar pintar cerdas melihat kepada diri mereka sendiri? Senario ini menggambarkan dunia dalaman seorang pelajar yang pintar cerdas. Kebanyakan pelajar pintar cerdas adalah positif dari segi konsep kendiri kecuali mereka yang terlampau pintar cerdas (IQ 160+). Kadar membunuh diri adalah lebih tinggi sedikit bagi penulis dan pelukis yang kreatif, mungkin akibat sifat sensitiviti yang ada pada mereka. Seperti yang diterangkan sebelum ini, IQ purata adalah 100 markah, 120 dikatakan cerdik, 140 dikatakan pintar cerdas. Bayangkan anda seorang yang biasa (IQ 100), tetapi anda hidup di satu dunia di mana IQ perata adalah 60 (kerencatan akal). Setiap hari anda sukar berkomunikasi dengan orang yang lain di sekeliling anda, termasuk guru, ibubapa, jiran, rakan sekelas, rakan sekerja dan sesiapapun. Adalah sukar menemui “orang biasa” seperti anda. Inilah gambaran hidup mereka yang terlampau cerdik. Di sinilah letaknya konflik. Konflik bukan sesuatu yang asing bagi mereka yang pintar cerdas. Semakin mereka menjadi siapa diri mereka, semakin besar konflik mereka dengan orang lain. Banyak yang terpaksa berlagak biasa / bodoh. Konflik nilai adalah biasa, sesuatu yang dianggap penting bagi A mungkin tidak penting bagi individu B. Orang lain mungkin tidak memahami kenapa ia begitu bagi individu A, sebab keutamaannya berbeza dengan orang kebanyakan. Sesuatu yang biasa mungkin tidak betul baginya, seperti yang ditunjukkan dalam sifat suka mencabar tradisi dan norma. Di dunia ini, pegangan yang dianggap betul dan diikuti pada hari ini akan menjadi sesuatu yang disisihkan dan janggal pada masa depan. Mereka yang maju ke depan dan hidup di dunia masa depan selalunya menghadapi konflik dengan dunia semasa. Mereka ditentang dan dikritik. Mereka tidak dapat menyesuaikan diri dengan dunia, akibatnya mereka mengubahsuaikan dunia dengan 153

kehendaknya, dan mengubah dunia ini. Ataupun sebaliknya, mereka menjadi “korban.” Kenapa konflik berlaku? Soalan ini dapat dijawab berdasarkan apa yang kita faham dalam bidang sosiologi. Percanggahan nilai dan Persaingan terhadap sumber yang terhad, seperti peluang pendidikan, kerjaya, pengiktirafan dan pengaruh adalah antara puncanya. Akibatnya individu dan kumpulan melihat dari perspektif yang semakin negatif terhadap satu sama lain. Ia digambarkan oleh bias atau stereotaip yang kaku terhadap kumpulan yang tidak sama / biasa dengan kita (“outgroup”), dan mempertahankan kumpulan diri kita (“ingroup”). Ia digambarkan sikap menolak dan takut kepada sesuatu yang kita tidak biasa, yang berlainan dengan diri kita (contohnya orang Barat melihat semua orang Islam sebagai bahaya dan perlu dijauhi, dan orang Islam yang melihat semua budaya Barat sebagai jahat). Ia digambarkan dengan sikap membesarkan perbezaan dan mengabaikan persamaan yang dikongsi bersama. Etnosentrisme, diskriminasi jantina / umur / kaum adalah contoh-contoh diskriminasi dan konflik. Terrorisme dan peperangan adalah contoh konflik yang ekstrim. Budaya yang mementingkan persaingan dan individualistik jugalah punca konflik. Konflik antara majoriti dan minoriti juga bukannya luar biasa. Dunia ini adalah untuk orang kebanyakan. Sebagai minoriti bermakna orang lain tidak selalunya menyedari keperluan anda. Golongan kurang upaya, dan pesakit AIDS, adalah contoh minoriti. Adakah anda lebih biasa menggunakan tangan kiri? Anda mungkin mendapati gunting yang tertentu tidak sesuai dengan anda. Kalau anda tidak dapat menyesuaikan diri dalam pendidikan untuk majoriti, anda menjadi minoriti, contohnya mereka yang mengalami masalah pembelajaran. Bayangkan scenario ini: anda mengidapi sejenis penyakit baka yang sangat luar biasa. Hanya 0.0001% populasi dunia menghadapi penyakit ini. Bayangkan masalah yang bakal anda hadapi, termasuk salah diagnostik oleh doktor (doktor tidak pernah didedahkan wujudnya penyakit ini), kekurangan maklumat, tidak difahami oleh kawan dan rakan sekerja, kesukaran mendapat ubat atau rawatan dalam Malaysia. Kilang farmaseutikal tidak melabur untuk menjalankan penyelidikan dalam menghasilkan ubat baru sebab pasaran yang terlalu kecil. Anda berasa keseorangan. Bagi golongan yang terlampau pintar cerdas,

154

mereka perlu menghadapi penyakit ini setiap hari tanpa diberi pengiktirafan penyakit mereka adalah sejenis penyakit (masalah mereka bukan masalah). Dalam masa seharian, perkataan konflik memang membawa kepada intonasi yang negatif. Sebagaimana yang diterangkan sebelum ini, konflik merupakan sebahagian dari kehidupan kita. Sebagaimana ciptaan Tuhan yang lain, konflik memainkan fungsi dan dan ada maksud yang tersirat dalam konflik itu. Apa yang terlintas dalam pemikiran anda apabila disebutkan konflik? Pergaduhan, peperangan, percanggahan budaya, kegagalan, kekecewaan, perebutan, ketidakserasian dan kekeliruan. Pengalaman yang pahit memberi kesedaran kepada diri kita. Pengalaman kegagalan menjadikan kita lebih sedar, rendah diri dan memahami kelemahan diri. Pengalaman kegagalan menjadikan kita boleh menangani kejayaan. Pengalaman traumatik menjadikan kita lebih sensitif kepada masalah dan keperluan orang lain. Dari konflik kita belajar dan membina makna hidup. Konflik menyedarkan kita kepada realiti dan hakikat hidup: dunia ini penuh dengan kepelbagaian dan ketidaktentuan. Peraturan yang mengawal dunia ini adalah ketidaktentuan. Ia menjadikan kita berpijak di bumi dan bukan hidup layang-layang di kayangan. Bagi golongan tertentu, konflik menyedarkan perbezaan indovidu (yang tidak disedari sebelum ini). Konflik ada fungsinya yang tersendiri. Bagi mereka yang percaya kepada Tuhan, terdapatnya maksud tersirat bagi segala kejadian. Konflik sosial, misalnya menjauhkan golongan ini daripada orang lain. Ini menjamin mereka mengekalkan perbezaan mereka dan mengelakkan mereka menjadi biasa (sosialisasi adalah agen pembelajaran yang kuat). Keadaan ini jelas digambarkan oleh kenyataan Nietsche yang menjadi buta, mengatakan betapa bahagianya tidak perlu lagi membaca buku-buku lain dan boleh menumpukan segala daya inteleknya “membaca” dirinya sendiri. Konflik sosial menjadikan manusia mencari rakan yang sejenis. Ini memberi kesan yang langsung kepada hiudp dan kerja mereka. Konflik intelek menjadikan mereka mencari-cari pekerjaan yang serasi dengan keunikan mereka. Ini menjamin sumbangan yang lebih besar daripada mereka. Dan memastikan mereka menjalankan fungsi sosial yang sesuai.

155

Kekecawaan, konflik, permasalahan yang dihadapi dan sifat ego yang tinggi menjadi pendorong kepada sesetengah golongan pintar cerdas untuk mencapai lebih tinggi. Sifat intensiti dan motivasi tinggi juga memainkan fungsi yang tersendiri. Bukan luar biasa mereka yang pintar cerdas susah memahami orang lain sebab mereka agak berbeza dengan orang lain. Mereka mungkin susah memahami motif, keputusan dan tingkah-laku orang lain (sebab mereka sendiri tidak akan bertindak demikian). Bagi anak kecil, mereka mungkin keliru kenapa orang lain tidak berminat terhadap sesuatu sebagaimana mereka sendiri. Antara cabaran pertama yang perlu diharungi oleh semua individu pintar cerdas sebagai tugas perkembangan adalah: menyedari mereka ini lebih pintar daripada orang lain, termasuk mereka yang diiktiraf sebagai autoriti. Sebagai individu yang berbeza, bermakna mereka perlu melalui tugas perkembangan yang berbeza dengan orang lain. Antara tugas perkembangan ini adalah memahami diri mereka sendiri, dan memahami di mana letaknya diri dalam dunia ini. Konflik ini memungkinkan mereka melihat dunia dari perspektif yang agak berbeza dengan orang lain. Masalah mereka adalah kelebihan mereka. Mereka belajar daripada pengalaman hidup yang agak berbeza dengan orang lain. Mereka perlu mencari maksud latihan hidup ini. Orang yang lain juga susah menduga tingkah laku individu yang pintar cerdas atas sebab yang sama. Sebelum menyalahkan orang lain tidak memahami diri mereka, mungkin mereka juga perlu menanya adakah mereka memahami orang lain. Sebagai usaha memberi sebab dan andaian kepada tingkah-laku dan reaksi orang lain, banyak individu yang pintar cerdas menjadi berminat dalam psikologi dan menjadi pakar dalam bidang ini. Mereka menjadi kecewa dengan susah menjangka tingkah laku orang lain dan terpaksa membina kerangka konsep untuk menerangkan sesuatu fenomena. Perbezaan individu sebenarnya baik untuk perkembangan diri kita, kita berubah (berubah itu bermakna pembelajaran berlaku dalam diri kita) dengan interaksi harian kita dengan individu yang berbeza dengan kita. Konflik membawa kepada pembelajaran, konflik itu satu bahagian dalam proses pembelajaran. Kalau kita meninjau dari segi konstruktivisme, pembelajaran berlaku apabila wujud konflik antara

156

konsep sedia ada dan maklumat baru (maklumat baru tidak dapat diterangkan dengan pengetahuan sedia ada). Untuk mengatasi konflik ini, kita membina konsep baru dan mencapai keharmonian. Hidup ini memang digambarkan oleh konflik yang berterusan, ini juga menjelaskan kenapa kebolehan tinggi tidak menjamin seseorang bebas dari masalah, sebab konflik berlaku berdasarkan apa yang sedia ada. Konflik berlaku apabila seseorang salahsuai dengan persekitaran, apabila nilai seseorang tidak serasi dengan nilai masyarakat, jangkaan bercanggah dengan realiti, apabila kehendak tidak tercapai dan menimbulkan perasaan kekecewaan. Konflik juga berlaku akibat perebutan sumber yang terhad dan keperluan yang tidak dipenuhi. Konflik menjadikan kita melihat dan memikirkan sesuatu masalah dari pelbagai perspektif, contohnya miskomunikasi sebagai satu bentuk konflik yang biasa. Konflik menjadikan kita memahami perbezaan, memahami bahawa orang lain berbeza seterusnya membawa kita memahami tentang diri kita. Ia sebenarnya satu proses mengenal diri. Dalam psikologi, keadaan ini dinamakan resiliensi, yang boleh merujuk kepada bagaimana seseorang boleh mengatasi pengaruh keadaan yang negatif; pada masa yang sama ia juga membawa maksud kesan positif yang diperolehi daripada pengalaman yang negatif. Kadang-kadang apa yang dianggap kemalangan pada asalnya mungkin menjadi sesuatu yang baik pada akhirnya, contohnya Charles Dickens bersyukur semasa zaman kanak-kanaknya, dia banyak penyakit, dan membolehkannya banyak membaca buku. Tolstoy hanya mula menulis pada pertengahan umurnya sebab kalah dalam perjudian dan menghabiskan harta yang diwariskan dari keluarga. Semua manusia menghadapi masalah, perbezaannya hanyalah individu pintar cerdas menghadapi masalah yang berbeza. Masalahmasalah ini perlu difahami oleh pendidik untuk memastikan kesejahteraan pelajar pintar cerdas mereka. Secara rumusan: mereka kurang menghadapi masalah yang dihadapi oleh orang lain seperti dalam akademik, penyelesaian masalah dan lain-lain; walau bagaimanapun mereka menghadapi masalah lain yang tidak dihadapi oleh orang lain! Antara masalah mereka yang paling besar adalah orang ramai tidak memahami masalah mereka. Di sini terletaknya kepentingan

157

mengkaji psikologi kanak-kanak pintar-cerdas dan memberi kesedaran kepada orang ramai. Dalam buku ini banyak membincangkan isu-isu yang boleh dianggap sebagai konflik antaranya konflik individu pintar cerdas dengan persekitaran, jangkaan orang lain, salah faham dan masalah psikologi mereka sendiri. Konflik juga mungkin berlaku apabila golongan ini menyedari jangkaan mereka bercanggah dengan realiti, contohnya mereka menyedari mereka tidak akan mencapai sesuatu yang luar biasa dalam hidup dan terpaksa menerima kehidupan mereka sendiri. Kecerdasan yang tinggi, kadang-kadang tidak membantu mereka mencapai matlamat mereka. Faktor lain yang tidak boleh dikawal mungkin lebih penting. Seperti yang digambarkan oleh Davidson & Davidson dalam petikan ini: “Being gifted doesn’t stop anyone from getting bogged down in middle management, from having to leap through hoops to gain tenure, from missing the big breaks necessary for an artistic career. Gifted students can coast through school with many honors and much talk of their potential, and still not do a blessed thing with themselves afterward. Some of the grown-up gifted children we’ve talked to are facing these obstacles and wonder wether their IQs demonstrated anything beyond an ability to do well on tests.” (Davidson & Davidson, ms 158) Seperti yang diterangkan dalam Bab 5 (yang berkenaan dengan cabaran kepada individu pintar cerdas), mereka perlu menempuh dugaan yang tertentu sebelum menyerlahkan potensi yang ada pada diri mereka. Antara tugas perkembangan yang penting bagi mereka adalah mengelakkan konflik dengan persekitaran. Mereka perlu menanya diri mereka kenapa ini berlaku, dan apakah kelebihan dan kelemahan mereka. Apakah yang dijangka terhadap hidup mereka dan membahagiakan diri mereka. Setiap kurniaan Tuhan ada maksudnya. Konflik ini bukan berlaku tanpa sebabnya. Kelainan mereka memungkinkan mereka memainkan fungsi yang tertentu dalam masyarakat dan memberi sumbangan

158

dengan cara mereka yang unik. Setiap manusia ada tempatnya di dunia yang luas ini. Walaupun ini kadang-kadang mendatangkan kesan yang tragik pada diri mereka, seperti yang digambarkan dalam sejarah Tamadun manusia.

159

____________________________________ CABARAN DAN MASALAH

____________________________________ Dalam bab ini bebarapa masalah yang menghalang individu pintarcerdas mengembangkan potensi mereka sepenuhnya dibincangkan. Masalah-masalah ini juga sesuai untuk menerangkan mengapa mereka yang paling cerdik pandai tidak semestinya mencapai kejayaan dengan senang. Perlu ditegaskan bukan semua golongan pintar cerdas menghadapi semua masalah ini tetapi bahagian ini memang ditujukan khas untuk masalah yang biasa dihadapi oleh mereka. Antara masalah ini termasuklah: A. INTERPERSONAL 1. Masalah komunikasi 2. Hasad dengki 3. Masalah perasaan rendah diri kawan 4. Masalah kanak-kanak pintar-cerdas dengan guru 5. Masalah dengan ahli keluarga 6. Jangkaan yang tidak realistik pada pelajar pintar cerdas B. FIZIKAL 1. Masalah tidur dan rehat 2. Memerlukan rangsangan deria yang berlebihan C. PERSONALITI 1. kebosanan 2. Tumpuan yang sempit 3. Sikap egosentrik 4. Sikap sinis 5. Mencapai taraf hidup yang selesa dengan senang D. PEMBELAJARAN 1. Masalah akademik 2. Akibat pemulauan sosial 160

3. Perkembangan / kematangan yang tidak seimbang E. KONSEP KENDIRI 1. Masalah keyakinan kanak-kanak pintar-cerdas sendiri 2. Kekosongan jiwa 3. Sikap menghadapi kegagalan dan kejayaan 4. Menafikan kebolehan sendirinya F. TABIAT 1. Susah bertindak 2. Suka menyalahkan diri atau mengadu 3. Cara / sikap penyelesaian masalah 4. Tidak produktif

161

____________________________________ A. INTERPERSONAL

____________________________________ 1. MASALAH KOMUNIKASI “Transposable elements are example of how new ideas are accepted coldly by the scientific community……One reason that people don’t read her papers is because the documentation is so dense. So first they said she’s crazy; then they said it is peculiar to the maize; then they said it is everywhere but has no significance; and then finally they woke up to its significance.” (McGrayne, ms 170) Terdapat dua sebab kenapa kertas jurnal Barbara McClintock (Nobel Prize 1983) diabaikan pada mulanya, kemudian disalahtafsir, dan akhirnya dikagumi oleh saintis-saintis yang lain. 1) Data dan maklumatnya ditulis secara terlalu padat (gaya penulisan artikelnya), 2) ideanya juga terlalu menjangkau saintis lain yang kontemporari (kandungan artikelnya). Kalau bukan dua masalah komunikasi ini dia akan lebih awal mendapat pengiktirafan. Semasa berkomonikasi, kita membina maksud berdasarkan apa yang sedia kita fahami. Apa yang kita fahami tidak semestinya sama dengan apa yang cuba dimaksudkan orang lain. Halangan mungkin berlaku dalam proses memberi mesej dan mentafsir mesej antara dua pihak ini. Disebabkan perbezaan mereka dengan orang lain, salah faham adalah biasa, mereka lebih sukar difahami. Sifat kompleksiti dan tidak konsisten menjadikan mereka seolah-olah tidak boleh dijangka. Individu yang pintar cerdas menghadapi masalah berkomunikasi yang menghalang mereka berkomunikasi dengan berkesan. Ini adalah akibat beberapa keistimewaan yang ada pada mereka. Kadang-kadang apabila ditanyakan maklumat tertentu. Mereka susah menjawab dengan jelas dan tersusun. Ini berlaku sebab banyak sangat idea yang berlaku serentak di otaknya. Keadaan ini boleh 162

dibagaikan segulung bola benang yang tidak dapat dicarikan penghujung benang itu. Mereka seolah-olah susah mengorganisasikan idea / pengetahuan yang ada pada mereka dengan cara yang teratur, kemas dan dari senang ke susah. Akibatnya mereka bercakap sahaja segala apa yang terlintas di fikiran mereka. Ini mengelirukan mereka yang mendengar. Pada satu ekstrim lagi, mereka mungkin menjadi tercungap-cungap akibat masalah ini. Keadaan berlaku sebab idea / konsep itu telah sebati dengan individu tersebut. Disebabkan tidak ada jarak antara konsep tersebut dengan dirinya, dia susah menyampaikannya sebagaimana yang dilihat oleh orang lain. Corak pemikiran mereka yang diskursif dan serba merangkumi juga menjadikan orang lain susah mengikuti aliran idea mereka, sebab corak pemikiran yang berbeza. Mereka boleh lihat perkaitan antara isu yang nampak tidak berkaitan, ini menjadikan idea mereka beralih cepat antara topik yang seolah-olah tidak ada kesinambungan dan tidak kemas (pada mata orang lain). Masalah terlalu singkat dan padat seperti contohnya diberikan juga bukan luar biasa. Mereka seolah-olah memampatkan banyak idea dan konsep dalam bentuk yang paling “ekonomik” dan menjadikan orang lain meminta mereka menjelaskan lagi maksud mereka secara lebih terperinci. Akibat pengetahuan yang luas dan juga memahami banyak konsep, kadang-kadang mereka menjadi malas untuk mengulangi sesuatu yang mereka telah faham. Mereka selalu mencarikan idea yang baru tetapi malas menyampaikan idea yang mereka telah fahami sebab konsep itu tidak menarik minat mereka lagi. Mereka cepat bosan dan tidak meminati sesuatu yang tidak memberangsangkan dari segi intelek. Ini menjadi satu masalah komunikasi, sebab dalam kerja seharian kita perlu mengulangi sesuatu yang kita telah fahami dan menyampaikan maksud itu kepada orang lain. Antaranya tugas seorang guru perlu mengajar setiap hari. Individu pintar cerdas banyak yang tidak sesuai menjadi guru. Akibat tabiat suka berfikir dan banyak berfikir. Kadang-kadang mereka bercakap seolah-olah orang lain telah memahami konsep / idea yang telah difahaminya. Kalau pendengar tidak sensitif dan cerdik sepertinya, mereka akan berasa keliru dan salah faham. Kadang-

163

kadang, sebab mereka selalu berdialog secara sendiri, mereka tidak boleh membezakan samada mereka telah menyebut sesuatu, atau ianya hanya berlaku dalam khayalan. Keadaan ini dapat dibuktikan dengan situasi di mana mereka menganggap mereka telah bercakap sesuatu tetapi dalam realiti dia tidak pernah menyebut perkara tersebut. Keadaan ini sekali lagi akan menjadikan orang di sekelilingnya menjadi keliru. Masalah juga berlaku semasa perbincangan. Apa yang difahaminya berbeza dengan apa yang disampaikan oleh orang lain. Ini berlaku sebab individu itu sendiri mentafsir maksud orang lain dengan menokok-tambah maksud itu sendiri. Ini berlaku akibat skematanya yang luas dan cepat membina konsep lantaran kapasiti pemahamannya yang tinggi. Sudah tentu ini menimbulkan salah faham dan kekeliruan sesama mereka yang berbincang. Idea mereka yang tinggi dan terlalu abstrak menyebabkan tidak banyak yang boleh berkongsi dapatan mereka, atau orang lain mentafsir lain dan menyalahfaham maksud mereka. Semakin abstrak sesuatu idea bermaksud risiko ditafsir lain semakin tinggi sebab latar-belakang dan pemahaman masing-masing yang berbeza. Sesetengah individu pintar cerdas cenderung berfikir terlalu abstrak dan berputar-belit di mana yang tidak perlu, seperti yang digambarkan oleh idea-idea Melanie Klein dan sesetengah psikoanalis yang lain. Idea yang bergabungjalin dan serba merangkumi (sifat kompleksiti) menjadikan orang yang lambat memproses apa yang mereka katakan berasa keliru dan tidak boleh faham. Sifat kritikal dan sensitiviti menjadikan orang lain berasa tertekan bercakap dengan mereka dan melarikan diri! Contohnya, mereka mempertikaikan idea anda sebelum anda menyuarakannya. Ataupun seolah-olah membaca minda anda, seolah-olah anda langsung terdedah di depannya dan diperhatikan (mereka menganalisa kenapa anda bercakap / bertindak demikian, contohnya “Anda terdorong untuk menipu sebab menjangka tinggi tetapi tidak mampu lakukannya!”). Kadang-kadang, mereka bercakap tentang dirinya dengan ganti nama diri ketiga, dan beralih watak semasa bercakap. Masalah komunikasi dan tingkah laku mereka yang susah dijangka menjadi penghalang kepada mereka menjadi

164

popular dalam sosial (anda tidak suka kepada kawan yang tidak konsisten dan tidak boleh dijangka, kan?). Selain mentafsir maksud orang lain secara tidak tepat. Apa yang dikatakan oleh mereka juga selalu disalahtafsir sebagai maksud yang lain. Contohnya ayat yang panjang dan struktur ayat yang kompleks menjadikan pendengar “sesat” dalam hutan bahasa dan susah mengikuti apa yang dimaksudkan. Kadang-kadang dia menerangkan sesuatu maksud yang melibatkan konsep-konsep lain yang lebih abstrak, katakanlah maksud itu adalah konsep A. Untuk memahami konsep A tersebut, pendengar perlu mamahami banyak subkonsep-subkonsep lain yang lebih asas terlebih dahulu, katakanlah konsep a1, a2 dan a3. Kalau diterangkan subkonsep-subkonsep yang kecil ini terlebih dahulu, jalan idea utama (konsep A) yang disampaikan menjadi terganggu. Penyampai tidak dapat menyampaikan idea tunjangnya (konsep A) dengan tersusun, penerima / pendengar seolah-olah tertarik dengan subkonsep yang kecil ini dan hilang gambaran idea yang tunjang (konsep A) yang dibincangkan. Satu keadaan pendengar seolah-olah nampak daun (subkonsep) tetapi tidak nampak pokok (konsep utama yang dimaksudkan dan yang patut dibincangkan). Contohnya dalam kenyataan “individu yang pintar cerdas cekap membina maksud secara automatik.” Anda perlu memahami tiga subkonsep dalam kenyataan ini, iaitu 1. subkonsep pintar cerdas, 2. subkonsep membina (konstruk) dan 3. subkonsep proses automatik. Bagi seseorang yang terlatih dalam bidang psikologi dia memahami tiga konsep ini secara berlainan dengan orang biasa. Kalau pendengar / penerima tidak memahami sebagaimana yang dimaksudkan penyampai, dia masih mampu mamahami ayat ini, tetapi dengan tafsirannya sendiri (secara berlainan) mengikut pemahaman bahasa hariannya. Kalau penyampai menerangkan maksud subkonsep ini, katakanlah subkonsep pemprosesan automatik, maka pendengar akan tertarik dengan konsep yang baru ini dan melupakan konsep tunjang (iaitu kenyataan “Individu yang pintar cerdas cekap membina maksud secara automatik”) yang ingin disampaikan oleh penyampai pada asalnya. Disebabkan penyampai perlu menerangkan banyak subkonsep-subkonsep ini, aliran ideanya telah terganggu di mana dia sepatutnya terus kepada

165

kenyataan yang kedua, seperti “perkaitan proses automatik dan kecerdasan adalah……” Masalah lain termasuklah mereka bercakap dengan terlalu cepat dan terlalu singkat. Mereka suka kepada idea yang “padat” dan benci kepada idea yang biasa-biasa atau “cair.” Bercakap dengan singkat juga sejenis bentuk egosentrik di mana mereka seolah-olah mengandaikan orang lain memahami isi hati dan secara automatik akan menambahkan / menggantikan perkataan pada ayat mereka sendiri yang tidak lengkap maksud itu. Biasanya tanggapan ini tidak berlaku secara sedar. Kalau diminta menjelaskan lagi apakah maksud penulisan mereka? Mereka akan menjadi kecewa dan marah, akhirnya mereka akan lepas tangan langsung. Mereka cenderung mengeluarkan idea yang padat tetapi tanpa huraian. Otak yang “cair” dan idea “goreng-goreng common sense” adalah sesuatu yang dijauhi. Masalah ini mungkin berlaku dalam lisan ataupun penulisan. Dalam penulisan, keadaannya adalah baik sedikit, sebab penulis terdapat banyak masa memperbaiki bahasanya, ini menjadi sebab banyak individu pintar cerdas yang tidak suka menyampaikan idea secara lisan tapi bertulis. Contohnya ahli falsafah Rene Descartes dikatakan akan melarikan diri kalau dicabar orang lain untuk berdebat. Sekarang orang lain menganggap Descartes menyedari ideanya terlalu menjangkau zaman dan dia tidak berminat membuang masa berdebat. Sebaliknya penulisan akan memastikan orang yang kemudian menilainya secara tepat. Descartes menyedari dia mungkin tidak hidup panjang dan menumpukan perhatian sepenuhnya dalam penulisan. Mereka juga bercakap dengan cepat sebab banyak sangat idea yang berlaku pada mereka sehingga mereka seolah-olah ditenggelami idea atau ayat! Jadi mulut mereka perlu bercakap dengan cepat supaya selari dengan otak mereka. Kalau pendengar tidak sempat menangkap apa yang diucapkan, mereka tidak menerima apa-apa input, maka komunikasi tidak berlaku. Ini mungkin menjadikan mereka kecewa dan tidak ingin berucap di depan orang lain lagi. Penulisan menjadi satu-satu wadah untuk menyampaikan ideanya. Satu lagi sifat individu pintar cerdas yang tidak disenangi adalah cara berkomunikasi mereka yang seolah-olah suka berdebat dan

166

mencari kesalahan logik orang lain. Ini adalah akibat pemikiran mereka yang kritikal, senang mengesan kesilapan logik dalam idea orang lain. Kalau mereka tidak dapat mengawal sifat ini, mereka akan menjadi tidak popular. Ini mungkin menjadi satu masalah kepada kerjaya mereka, contohnya berdebat dengan penemuduga (di mana yang tidak dijangka begitu). Apakah implikasinya kepada penemuduga? Anda tidak seharusnya menanya sesuatu yang telah ditulis dalam dokumen atau esei objektif pemohonan yang telah dihantar. Kalau tidak, mereka mungkin akan tercungap-cungap dan tidak boleh menjawab! Sebab mereka telah memikirkan isu ini secara panjang lebar dan jauh pada peringkat awal lagi, katakanlah sebulan sebelum temuduga. Tanyalah sesuatu yang lanjutan daripada apa yang telah diserahkan oleh mereka, dan mereka akan menjawab dengan lancar.

2. HASAD DENGKI Dalam sejarah Melayu tercatat semasa Singapor dilandak ikan todak, seorang kanak-kanak telah memberi cadangan menangkis serangan ini dengan batang pokok pisang. Cuba kita bayangkan apakah reaksi raja Singapor pada masa itu: akan memberi ganjaran ataupun membunuh anak yang pintar cerdas tersebut? Selain Hypatia yang diterangkan sebelum ini, sejarah mencatatkan banyak individu pintar cerdas yang didera akibat hasad dengki. Idea ahli astronomi Galileo Galilei yang radikal dan falsafah Socrates yang dianggap ancaman kepada pihak berkuasa menjadikan mereka dituduh, difitnah dan dizalimi. Galileo dipenjarakan dan Socrates dihukum mati dengan minum racun, dengan alasan menyebarkan ajaran sesat. “(Carl) Roger was an excellent student, but he was also a dreamer who loved adventure books. Although he was from a large family, he was a loner and quite unsocial at school. A sensitive boy, he was easily hurt by the teasing he received from classmates and siblings.” (Feist & Feist, ms 461)

167

Pelajar pintar cerdas selalu berhadapan dengan masalah hasad dengki, bukan disebabkan mereka dapat mencapai kejayaan akademik dengan senang tetapi juga akibat sikap mereka sendiri yang kuat cemburu. Dengan kata lain, mereka senang dicemburui, pada masa yang sama akibat sifat suka bersaing mereka juga tidak menerima baik situasi diatasi oleh orang lain. Ini ditambahkan pula dengan masalah mereka sukar menjadi rapat dengan rakan sebaya. Hubungan yang renggang menjadi pemangkin kepada hasad dengki. Mereka yang sensitif terutamanya akan susah menerima masalah ini seperti apa yang dialami oleh psikologis Carl Roger. Antara sikap yang tidak disenangi dan menimbulkan perasaan hasad dengki adalah seperti bercakap besar, terlalu yakin, suka bersaing, suka memperkecilkan usaha orang lain. Ini ditambahkan pula dengan perbezaannya dengan majoriti dan menjadikannya tidak difahami, dijauhi. Contohnya pergerakannya yang tidak terkordinasi mungkin menimbulkan perasaan tidak suka pada pelajar lain. Perasan saling dengki adalah sesuatu yang biasa dalam masyarakat kini yang bersifat kompetitif dan mengagung-agungkan pencapaian atau kejayaan. Ia menjadi satu masalah bukan sahaja di kalangan pelajar tetapi juga mungkin berlaku antara guru-pelajar. Perasaan dengki ini dapat dilihatkan dalam tingkah laku seperti memfitnah, memburuk-burukkan nama dan memperkecilkan usaha ataupun pencapaian orang lain. Ia mungkin berlaku di mana-mana tempat, di sekolah, di tempat kerja, di rumah dan sebagainya. Kanak-kanak pintar-cerdas selalu dikagumi kerana kebolehan yang luar biasa, tetapi keadaan ini juga menjadikan mereka senang dicemburui oleh orang lain. Semua orang terpaksa berhadapan dengan masalah hasad dengki ini, lebih-lebih lagi bagi kanak-kanak pintarcerdas. Perasaan ini adalah kebencian akibat kekecewaan daripada persaingan dan saling tidak mengiktiraf. Bayangkanlah seorang kawan yang tidak seberapa menonjol dalam kelas berbanding kamu mendapat markah yang lebih tinggi daripada anda! Walau bagaimanapun, kalau kebolehan seseorang diiktiraf dan diakui, maka masalah saling dengki ini boleh dikurangkan. Kanak-kanak pintar-cerdas perlu diberi pendedahan tentang isu ini. Semua manusia

168

memerlukan pengiktirafan. Kalau kita tidak mengiktiraf orang lain, orang lain juga susah mengiktirafkan kita. Masalah hasad dengki dan konflik interpersonal bukan satu masalah yang dapat diselesaikan dengan mudah, walaupun di kalangan orang dewasa. Kanak-kanak pintar-cerdas belum lagi matang dari segi kemahiran menyelesaikan masalah ini, mereka mungkin memerlukan bantuan orang dewasa yang memahami masalah mereka. Berhadapan dengan fitnah, desas-desus dan pengalaman diburuk-burukkan adalah traumatik dan sangat menekankan bagi anak kecil mahupun orang dewasa. Ibubapa perlu membantu anak menghadapi ini semua. Contohnya, mereka mungkin berasa sedih kerana diburukburukkan atau diperendahkan oleh kawan di sekolah, mereka mungkin tidak boleh memahami atau tidak menyedari kawannya melukai hatinya sebab perasaan cemburu. Mereka perlu disedarkan bahawa terdapat sesetengah kawan yang lebih bersifat agresif (kuat cemburu, suka memburuk-burukkan orang lain dan sebagainya). Kanak-kanak pintarcerdas perlu memahami cara berinteraksi dengan kawan sebegini. Contohnya kalau konflik tidak dapat diselesaikan, mereka perlu menjauhi kawan tersebut. Masalah, berlakunya satu konflik tidak semestinya dikesan oleh kita sendiri. Pada masa yang sama, disebabkan kanak-kanak pintar cerdas selalu menjangka tinggi pada diri mereka sendiri, mereka juga senang mencenburui pelajar lain yang lebih cemerlang daripada mereka. Guru dan ibu bapa perlu menyedarkan mereka kepada hakikat tentang persaingan ini: semua individu adalah unik dan memiliki kekuatan yang berbeza.

3. MASALAH PERASAAN RENDAH DIRI KAWAN Menjadi naluri manusia untuk membandingkan diri kita dengan orang lain. “Adakah saya ini pandai?”, “Adakah saya seorang pelajar yang berpotensi?” Kita sebagai manusia biasa memerlukan pengiktirafan, penghargaan dan kejayaan untuk meyakinkan diri kita dan mencapai konsep kendiri yang positif, bahawa: “Saya seorang insan yang bernilai.” Tanpa mencapai konsep kendiri yang positif dan sihat, kita berasa tidak bermotivasi dan merasakan diri kita tidak penting, tidak bernilai. Kita 169

perlu merasakan diri kita pandai dan bernilai. Mengakui atau tidak, konsep kendiri ini dibentuk melalui perbandingan dengan orang lain. Pencapaian kanak-kanak pintar-cerdas yang begitu tinggi selalunya menimbulkan perasaan inferioriti pada rakan-rakan di sekelilingnya. Lebih-lebih lagi, biasanya kanak-kanak pintar-cerdas menunjukkan superioriti dalam kebanyakan aspek: dia memenangi banyak hadiah dalam pelbagai pertandingan, mendapat keputusan yang cemerlang, Perasaan rendah diri ini menjadikan kanak-kanak lain menjauhkan diri daripada kanak-kanak pintar-cerdas demi mempertahankan harga diri mereka sendiri. Keadaan ini akan menjadikan kanak-kanak pintar-cerdas seolah-olah diboikot, walaupun dia tidak berbuat salah. Kanak-kanak pintar-cerdas masih kecil, mereka tidak boleh memahami kenapa dianya dijauhi oleh kawan. Malah dia sendiri juga berasa bosan dengan rakan sebaya dan mengasingkan diri. Faktor-faktor ini menjadikan isu sosial satu cabaran besar yang perlu mereka hadapi. Jangkaan yang tinggi mungkin menjadikan mereka pemimpin yang lemah. Mereka cenderung menetapkan standard yang tidak realistik bagi ahli kumpulannya (mungkin realistik baginya). Dia selalu menjangka orang lain bersungguh-sungguh, dan bermotivasi sepertinya, dan melakukan yang terbaik. Ini menimbulkan perasaan rendah diri, diikuti perasaan tidak puas hati orang lain, dan mengecewakan dirinya pada akhir.

4. MASALAH KANAK-KANAK PINTAR-CERDAS DENGAN GURU “Acknowledging Rachel’s exceptional intelligence, the school drew up an individual education plan for her. As part of it, some teachers created a behavioral checklist for her in tenth grade. It was a prescription for how to fit in: don’t talk so much in class; keep it to a sound bite. Don’t be aggressive. Don’t answer all the questions. Don’t discuss things so much. Tone it down. Don’t challenge the classroom status quo.

170

There it was, written down for her to follow: how to take that precocious mind and learn to be like everyone else.” (Davidson & Davidson, ms 11) “When Rosalyn Sussman Yalow’s brother was a first grader, his teacher smacked his hand with a ruler. He promptly burst into tears and threw up. Five years later, when Rosalyn entered first grade, the same teacher hit Rosalyn with a ruler. Rosalyn struck back. Marched to the principal’s office for questioning, Rosalyn explained that she had been waiting for years to avenge her elder brother.” (McGrayne, ms 333) Biasanya menjadi kebiasaan guru suka kepada kanak-kanak yang cerdik dalam kelas, tetapi keadaannya agak berbeza kalau kanak-kanak tersebut terlalu pintar-cerdas. Rosalyn (Nobel Prize Perubatan 1977) menampakkan sifat seperti sensitif, suka memberontak (menentang autoriti), ingin menegakkan keadilan kepada abangnya (idealistik) dan berani. Dalam cerita Rachel pula, fokus rancangan pendidikan individu lebih berfokus kepada masalah tingkah lakunya daripada perkembangan akademik. Dalam senario ini, Rachel perlu menyedari tingkah lakunya telah menimbulkan perasaan tidak senang hati di kalangan guru. Suka atau tidak, Rachel perlu memahami kesan “tingkah laku pintar cerdas” ini dan menyesuaikan diri mengikut norma masyarakat. Tanpa perubahan ini Rachel akan menghadapi masalah penyesuaian diri pada peringkat dewasa nanti. Walaupun sikap gurunya yang menyekat tidak betul; Rachel juga perlu belajar supaya tidak terlalu berbeza dengan orang lain. Ini realiti hidup yang perlu dihadapi oleh Rachel. Sekarang bayangkan situasi ini: Anda seorang guru matematik di sekolah rendah yang berpengalaman. Anda memahami untuk menguasai matematik, pelajar perlu banyak melatih. Pada satu hari, seorang ibu datang kepada anda dan mengatakan anaknya telah mengikuti kursus matematik di sebuah institusi pendidikan swasta, selama satu tahun. Institusi ini 171

menggunakan sistem abjad di mana A adalah tahap paling rendah dan tahap Z adalah tahap paling tinggi. Sistem ini membenarkan pelajar yang telah menguasai pengetahuan tertentu berganjak ke tahap yang seterusnya. Anaknya yang baru darjah dua berada di tahap P iaitu tahap persamaan kuadratik. Ibunya menunjukkan kerja anaknya yang membuktikan anaknya boleh menyelesaikan persamaan kuadratik. Di sekolah anda, pelajar darjah dua kebanyakannya belum menguasai jadual darab sampai sepuluh. Ibunya meminta guru melakukan sesuatu sebab anaknya hanya membuang masa di sekolah, terutamanya semasa waktu matematik. Pelajar itu nampak biasa semasa di kelas dan bersikap pemalu. Sedikitpun anda tidak perasan anak ini adalah pintar cerdas. Anda memang tidak menjangka ini semua. Anda seorang yang prihatin kepada pelajar. Anda menyedari apa yang dikatakan oleh ibu tersebut ada benarnya. Anda juga menyedari apa yang telah dikuasai pelajar itu telah melebihi apa yang mampu anda ajar. Anda berasa tertekan, keliru dan berharap ini tidak berlaku. Bayangkan apakah perasaan dan tindakan anda? Perasaan malu dan bersalah menghantui anda, sebab gagal memerhatikan dan menilai pelajar ini dengan tepat. Bercanggah dengan kepercayaan orang ramai, kanak-kanak pintarcerdas tidak semestinya disukai oleh guru. Menjadi guru kepada pelajar yang terlalu pintar cerdas menjadi punca tekanan yang serius. Anak yang pintar-cerdas ini dibenci sebab otaknya yang kritikal kadangkadang menjadikannya tidak teragak-agak berdebat dan menunjukkan kesalahan guru. Pengalaman yang negatif ini sudah tentu meninggalkan kesan yang negatif pada hati anak itu. Dia tidak faham apakah kesalahannya sehingga dihukum. Pengetahuan yang luas oleh kanak-kanak pintar-cerdas selalu menjadikan guru yang tidak berkeyakinan akademik berasa takut, tertekan dan membenci kanak-kanak pintar-cerdas tersebut. Perkembangan yang luar biasa kadang-kadang mendatangkan kebencian. Guru juga mungkin bertindak “mengabaikan” kanak-kanak tersebut dan tidak mengiktiraf pencapaiannya, seolah-olah kanak-kanak 172

tersebut tidak wujud. Keadaan ini akan menyekat perkembangan kanakkanak tersebut, ia juga menimbulkan masalah sosioemosi kepada kanak-kanak tersebut. Mengajar kanak-kanak pintar-cerdas memerlukan beberapa kemahiran yang mencabar. Kanak-kanak yang berasa bosan tidak suka pergi ke sekolah, mereka juga tidak berminat menyiapkan kerja rumah dan mengambil ujian. Tugasan yang tidak mencabar ini langsung tidak menarik minat mereka. Kehadiran yang lemah dan sikap yang tidak bersungguhsungguh ini dianggap sebagai satu masalah disiplin oleh guru dan pihak pentadbiran. Mereka mungkin mengambil tindakan kepada anak tersebut tanpa menyedari pada hakikatnya anak tersebut adalah pintarcerdas. Konflik yang berlaku di antara guru dan pelajar pintar-cerdas akan menjadikan mereka lebih benci lagi kepada sekolah. Keadaan ini menjadikan mereka bersikap memberontak seperti mengabaikan guru, tidak mengikut arahan, bersikap dingin dan menjauhkan diri daripada orang lain dalam sekolah, menjawab balik kepada guru, mencemuh kesalahan guru ataupun mencabar guru sebagai autoriti dalam pakar subjek tersebut. Di sinilah, terletaknya kepentingan kesedaran masyarakat, ibubapa dan pihak pendidik tentang masalah dan ciri-ciri yang unik bagi kanakkanak pintar-cerdas supaya tidak ada pihak yang teraniaya dan disekat perkembangan. Sezalim-zalim pendidikan adalah pendidikan yang menyekat perkembangan pelajar. Guru boleh melakukan kesalahan kerana kekurangan dari segi pengetahuan.

5. MASALAH DENGAN KELUARGA MEREKA Anak yang pintar cerdas boleh berlaku kepada mana-mana keluarga, yang miskin mahupun kaya, mana-mana bangsa dan negara. Kehadiran seorang individu pintar cerdas dalam rumah memberi kesan yang mendalam dan berpanjangan terhadap seluruh keluarga. Bagi kebanyakan ibubapa, mereka besar kemungkinan tidak menjangka mendapat anak yang pintar cerdas (dan tidak bersedia). Di negara yang membangun seperti Malaysia, masalah mungkin berlaku apabila ibubapa tidak memahami anak yang pintar cerdas. Biasanya ibubapa adalah yang paling awal mengenal perbezaan anak 173

tersebut. Contohnya semasa kecil, anak ini sangat bertenaga, kurang tidur berbanding kanak-kanak lain dan dengan itu meletihkan ibubapa yang menjaganya. Selepas itu, ibubapa berasa bersalah sebab tidak mampu memberi apa yang terbaik untuk perkembangan potensi anak (terutama ibubapa dari taraf sosio-ekonomi rendah). Mereka mungkin menyembunyikan rahsia ini daripada saudara mara, untuk mengelakkan dipandang sebagai menunjuk-nunjuk. Atau tuduhan sebagai ibubapa yang menjangka terlalu tinggi dan mendera anak. Menjadi ibubapa kepada kanak-kanak pintar cerdas memerlukan kemahiran yang tertentu, James Webb (1982) memberikan cadangancadangan kepada ibubapa, contohnya kemahiran berkomunikasi dengan anak yang pintar cerdas. Katakanlah anak anda menghadapi masalah kemurungan dan asyik mengadu, dia boleh dibawakan kepada persatuan sukarela, atau menjalankan aktiviti amal. Dengan meluaskan kenalan baru dan membantu orang lain yang menghadapi kesukaran hidup, dapat membantunya melupakan masalah sendiri. Persatuan begini juga menawarkan peluang berinteraksi dengan individu pelbagai lingkungan umur. Ini dapat mengurangkan kesan negatif sekolah (di mana pelajar digolongkan dan dikelaskan mengikut umur semata-mata). Berleter dan mengarah merupakan cara berkomunikasi yang perlu dielakkan, mereka bermaruah tinggi. Ibubapa juga perlu sensitif dan mengelakkan keadaan pergelutan kuasa (“power struggle”) yang berlaku dengan anak. Keadaan ini boleh digambarkan situasi menangatau-kalah, dan saling berdegil demi menjaga ego masing-masing. Komunikasi yang tidak berkesan akan menjadikan anak tersebut tidak percaya dan menjauhkan dirinya daripada ibubapa. Adalah senang memberi “nasihat” kepada seseorang yang bermasalah, tetapi apa yang lebih diperlukan oleh mereka adalah penerimaan. Memberi nasihat dan komen memberi gambaran anda lebih faham masalahnya daripada anak itu sendiri, ini menunjukkan sikap tidak percaya dan sikap tidak hormat kepadanya. Berlagak sebagai pakar atau penasihat menunjukkan anda tidak menerimanya, ini menimbulkan perasaan tidak menerima dari anak itu sendiri. Mungkin ini disebabkan kecerdasan tinggi mereka selalu mencabar orang lain yang berlagak “cerdas” atau “saya lebih berpengalaman” terhadap mereka, dan terlalu cepat mengeluarkan

174

nasihat. Kadang-kadang nasihat yang diberikan menutup komunikasi yang terbuka sebab kanak-kanak itu berasa tidak selesa dengan mesej “saya lebih faham daripada awak” atau “awak bermasalah sebab awak tidak pandai” yang disampaikan. Anda perlu mendengar kepada orang yang bermasalah bukan mengkehendakinya dengar kepada “pakar” yang lebih faham-faham. Akibat jurang pencapaian yang jauh antara individu pintar cerdas dengan adik-beradik mereka. Mereka memberikan tekanan kepada adik beradik mereka, hasad dengki dan perasaan keyakinan yang terjejas adalah biasa. Ibubapa mungkin dianggap terlalu pilih kasih kepadanya. Keadaan ini mungkin memuncak semasa peringkat remaja. “No one took much notice of my interest in science. Intelligence didn’t matter in my family. What counted was artistic accomplishment, wittiness, beauty.” By the age of twelve she knew she wanted to be a biologist. “There was a certain feeling of loneliness in this.” (McGrayne, ms 385) Konflik budaya juga bukan luar biasa, terutamanya bagi anak yang “unik” dan berdikari. Masalah juga berlaku apabila ibubapa cuba mengawal tingkah-laku, keputusan atau masa depan anak mereka. Rosalind Franklin, ahli fizik German menbenci ayahnya sehingga peringkat dewasa sebab tidak menggalakkan anak perempuan ke universiti, sesuatu pengalaman yang bukan luar biasa bagi cendekiawan wanita masa itu. Disebabkan anak pintar cerdas mendukung sistem nilai sendiri dan ada sebab yang tersendiri dalam tindakan / keputusan mereka. Ini menjadi punca konflik, terutamanya dalam budaya Timur kita yang mementingkan hunungan intim sesama keluarga dan kuasa ibubapa dalam menentukan masa depan / kehidupan anak. Apa yang paling penting kepada mereka adalah penerimaan dan sokongan orang lain. Kebolehan yang tinggi menjadikan orang lain melupakan keperluan emosinya. Sebarang perbezaan antara ibubapa dan anak mungkin menjadi punca masalah pergaduhan, dan anak adalah pihak yang tidak berkuasa dalam keluarga. Contohnya seorang anak yang suka bertindak sendiri akan berkonflik dengan bapa yang autoritarian.

175

Perbezaan / percanggahan pesonaliti dan budaya kelaurga mungkin sangat halus dan susah dikenalpasti, ditambahkan pula sifat sensitif anak yang pintar cerdas. Masalah penderaan juga berlaku apabila anak yang pintar cerdas dieksplotasikan oleh ibubapa dengan memaksanya belajar supaya mendapat perhatian orang lain. Keadaan ini akan menjadikan perkembangan anak itu semakin tidak seimbang dan menjejaskan kesejahteraannya. Dia akan semakin menghadapi masalah salahsuai apabila membesar nanti, ini mungkin membawa kepada masalah lain yang lebih serius seperti masalah mental dan membunuh diri. Prinsip kepada pendidikan pintar cerdas adalah membantu mereka menyerlahkan kekuatannya, dan mengatasi kelemahannya supaya menyeimbangkan perkembangan keseluruhan anak. Cara secara paksaan akan memberi kesan negatif pada jangka panjang. Sifat kanak-kanak pintar cerdas yang memangpun sensitif senang dipengeruhi oleh suasana di keluarga. Kalau ibubapa selalu bergaduh, mereka yang perasan mungkin menganggap ini adalah akibat kesilapan mereka sendiri. Akibat sikap jangkaan yang tinggi dan perkembangan superego pada masa itu, mereka berasa bersalah seolah-olah ketidaksempurnaannya yang membawa kepada masalah keluarga ini. Bagi kanak-kanak pintar cerdas dari keluarga yang miskin, dia mungkin menganggap perbelanjaan dan makanan olehnya menjadi beban ekonomi keluarga dan punca pergaduhan ibubapa. Apa yang berlaku, rasa bersalah ini mungkin menjadikan mereka elak makan dengan secukupnya dan memupuk sikap jimat atau kedekut yang melampau. Kesan ini mungkin berpanjangan sehingga peringkat dewasa.

6. JANGKAAN YANG TIDAK REALISTIK PADA MEREKA Disebabkan perkembangan yang tinggi pada aspek tertentu, orang lain menganggap mereka adalah pandai dan matang dalam semua aspek. Seorang kanak-kanak yang pintar cerdas mungkin boleh memahami buku yang abstrak tetapi juga bertindak seperti keanak-anakan pada masa yang sama (sifat ketidakkonsistenan). Dalam pengalaman kita, bukan luar biasa seseorang yang sangat pintar melakukan tindakan atau keputusan yang tidak bijak setiap hari. 176

Antara jangkaan yang tidak realistik adalah “kamu adalah pintar cerdas dan kamu mestilah sempurna dan serba boleh” atau “kalau anda pintar cerdas, anda seharusnya boleh…” Kenyataan seperti ini perlu dielakkan sebab ia mendorong individu tersebut menafikan kepintarcerdasannya. Lebih-lebih lagi disebabkan sikap perfeksionis mereka, orang lain juga (terdorong) menjangka sangat tinggi kepada mereka. Sikap menjangka tinggi pada diri akan membawa kepada jangkaan orang lain yang sama, kadang-kadang jangkaan yang tidak munasabah. Masalah mungkin berlaku apabila mereka telah mencuba yang terbaik tetapi tidak diberi pengiktirafan sebab orang lain menganggap menghasilkan sesuatu yang luar biasa adalah sesuatu yang patut bagi mereka. Kebanyakan individu pintar cerdas membuatkan sesuatu akibat dorongan dalaman. Sifat intensiti menjadikan mereka mencuba yang terbaik. Mereka tidak memerlukan dorongan luaran seperti ganjaran dan hukuman. Sebagai ibubapa / pengasuh kita memberi inspirasi dan contoh-contoh untuk diikuti bagi mengembangkan potensi dalam mereka, “komen,” “nasihat”, sindiran, arahan, maki hamun dan cemuhan perlu dielakkan seboleh yang mungkin. Mereka tidak akan “dengar” kepada seseorang, kalau seseorang itu tidak diiktiraf olehnya. Akibat tingkah laku pelajar pintar cerdas yang menonjol, orang lain selalu mengandaikan mereka banyak sumber dan boleh menguruskan SEMUA masalah mereka sendiri. Keadaan ini secara langsung menjadikan mereka kurang mendapat bantuan dan sokongan orang lain. Sokongan yang dimaksudkan adalah maklumat yang penting seperti peluang-peluang yang boleh membantu kepada perkembangan mereka. Jangkaan yang tidak realistik juga kesilapan yang dilakukan oleh mereka sendiri. Mereka mungkin menjangka terlalu tinggi terhadap kebolehan diri, lantaran konsep kendiri yang terlalu tinggi. Contohnya merancang beban kerja yang terlalu banyak dan akhirnya tidak dapat dilaksanakan. Mereka perlu menyedari apakah yang mampu dilakukan oleh mereka dan susah dilakukan oleh orang biasa. Ada kelemahan tidak bermakna mereka ini kurang pintar cerdas. Mereka boleh menetapkan matlamat yang sangat tinggi, tetapi juga menerima baik apabila mereka tidak dapat mencapai matlamat sendiri. Keadaan ini

177

berlaku apabila mereka berasa yakin dan mencapai konsep kendiri yang sihat. Jangkaan yang tidak tepat bermaksud tidak memahami tentang minat, kecenderungan dan kekuatan dirinya. Ia digambarkan oleh keputusan memilih kerjaya atau program universiti yang tidak secocok dengan sifat dirinya. Mereka menganggap dirinya boleh berjaya di mana-mana bidang sahaja, tetapi akhirnya ini tidak semestinya berlaku. Keadaan susah membuat keputusan ini selalu berlaku, akibat kebolehan yang pelbagai pada mereka, keadaan ini dinamakan omnipotentiality yang bermaksud potensi yang pelbagai. Ia selalunya membawa kepada kekeliruan, contohnya dalam memilih kerjaya atau program universiti, lantaran minat dan bakat yang pelbagai. Seperti yang digambarkan oleh pelajar yang major dalam bidang falsafah dan fizik pada masa yang sama.

178

____________________________________ B. FIZIKAL

____________________________________ 1. MASALAH TIDUR DAN REHAT Individu pintar cerdas yang kreatif selalu bermotivasi tinggi, bertenaga dan bertindak mengikut gerak hati. Tumpuan yang tinggi menjadikan mereka senang tersinggung kalau mereka diganggu semasa kerja. Ini berlaku terutamanya kalau mereka mendapat ilham atau idea yang bagus, mereka akan menjadi sangat “terangsang” dan bertindak impulsif terus melaksanakan kerja tersebut (sifat sensitif dan intensiti). Mereka seolah-olah tidak perlu tidur semasa melakukan sesuatu yang diminati. Newton yang mabuk kerja boleh melakukan eksperimen beberapa hari sehingga lupa makan dan tidur. Keadaan ini sudah dapat dikesan semasa zaman kanak-kanak lagi, contohnya bermain lego sehingga larut malam pada umur 2 tahun. Keadaan ini menjadikan ibubapa yang menjaganya kekurangan tidur dan letih. Ini tidak bermakna mereka tidak perlu berehat seperti manusia biasa. Keadaan ini akan menjejaskan kesihatan mereka pada jangka panjang. Masalah tidur ini juga berlaku apabila mereka seolah-olah tidak dapat mengawal otak mereka. Mereka seolah-olah “dipaksa” oleh daya luaran untuk terus berfikir dan ini memberikan masalah tidur atau insomnia, dan mereka tidak boleh mengawal “daya” ini. Keadaan ini adalah akibat sifat intensiti yang menjadikan mereka mempertimbangkan sesuatu secara mendalam. Aktiviti lain yang menarik perhatian seperti bersukan atau menonton TV dapat menyeimbangkan keadaan ini. Kalau keadaan ini berlarutan, mereka perlu makan ubat yang bersifat semulajadi dan tidak bersifat ketagihan seperti melatonim.

2. MEMERLUKAN RANGSANGAN DERIA YANG BERLEBIHAN Pernahkah anda mendengari berita bahawa pelajar cemerlang menagih dadah untuk menghindarkan tidur, bagi mendapat keputusan yang 179

cemerlang? Tingkah laku ini boleh diterangkan. Akibat sifat sensitif dan sifat intensiti, mereka menunjukkan kecenderungan mencari rangsangan deria yang berlebihan. Ini ditunjukkan dalam tingkah laku seperti makan berlebihan (yang membawa kepada masalah kesihatan dan kegemukan), keperluan seks yang berlebihan (atau melancap berlebihan semasa zaman remaja), menggigit kuku jari, minum berlebihan (membawa kepada masalah perut dan muntah), tidak tidur pada malam demi menyiapkan kerja yang merangsang minatnya. Mereka mungkin menjadi tidak tidur sebab terdapat satu idea yang menarik. Semua tingkah-laku ini menjejaskan kesihatan dan juga kesejahteraan mereka secara jangka panjang. Contohnya akibat pemikiran yang terbuka dan keperluan seksual yang lebih tingi, mereka mungkin terlibat dalam tingkah laku seks yang merbahaya. Sikap mencari kebebasan, suka memberontak atau mengambil risiko dan mengeksperimen mungkin mendorong mereka mencari sensasi seks. Banyak individu pintar cerdas adalah jenis yang aktif dan banyak bertenaga, ini juga bermakna keperluan tenaga mereka juga lebih tinggi daripada orang lain. Bagi sesetengah orang, mereka tidak dapat berfikir kalau tidak makan dengan banyak. Tabiat pemakanan yang tidak sihat juga mendatangkan masalah kesihatan. Terdapat juga mereka yang “highly strung” atau senang terangsang dan menjadi gementar / kecewa. Contohnya tabiat suka menggigit kuku adalah satu petanda sifat ini.

180

____________________________________ C. PERSONALITI

____________________________________ 1. KEBOSANAN “Consequently, he continued to teach at Wisconsin for a short time and even enrolled in medical school there. However, medical school bored him, and he felt that, like law school, it reflected a dispassionate and negative view of people. Whenever Maslow became bored with something, he usually quit it, and medical school was no exception.” (Feist & Feist, ms 495) Bayangkan situasi ini, anda menjadi bosan dengan topik tesis anda selepas membaca mengenai topik tersebut, tetapi sebelum anda mula menulis. Kamu tidak pasti samada mampukah anda mencungkil dapatan yang bernilai. Kamu berasa murung dan hilang keyakinan. Bolehkah anda bertahan sehingga saat terakhir? Anda memutuskan meninggalkan penulisan. Selepas berehat dan melancong untuk dua minggu. Anda membuka komputer menulis dan mendapat idea yang canggih untuk kajian tersebut. Anda telah mampu melihat topik yang sama dengan perspektif yang berbeza dengan menarikkan diri buat seketika. Bayangkan kebosanan yang satu jenis lagi: anda termakan sejenis ubat dan menjadikan badan anda menjadi muda sebagai seorang kanak-kanak 12 tahun! Dengan fizikal seorang kanak-kanak, anda perlu menghadiri sekolah dan menghadapi UPSR! Anda merasakan pengalaman persekolahan ini sangat bosan dan tidak bermakna, anda tidak berminat dengan guru anda (walaupun anda memahami mereka hanya menjalankan tugas sebagai seorang guru). Sudah tentu anda tidak berminat menjadi pelajar “cemerlang” dalam kelas. Anda didiagnostik sebagai pencapai rendah yang pintar cerdas. Setiap hari anda memikirkan apakah penawar kepada ubat tersebut. Inilah keadaan yang dihadapi oleh segelintir pelajar kita: BOSANNNNNLAHHHH! 181

Bagi golongan pintar cerdas yang sangat tinggi kecerdasan, mereka berasa kecewa sebab merasakan hidupnya disia-siakan menunggu orang lain. Mereka menjangka keadaan akan berubah di universiti hanya untuk berasa kecewa selepas ini. Mereka kecewa dan menaruh dendam sebab rakan, guru dan keluarga tidak secerdik mereka, dan ini menghalang mereka mencapai potensi yang sepenuhnya. Perasaan “benci bodoh”, kebosanan dan kekecewaan sosial mungkin salah satu sebab kes-kes penembakan kampus yang berlaku di Amerika Syarikat. Sekarang bayangkan anda adalah seorang pengkaji. Eksperimen anda adalah mengenai persepsi kanak-kanak autism tentang masa. Anda sangat berminat dengan topik ini dan mendapatkan sumber maklumat yang pelbagai yang berkaitan dengan topik ini. Pada satu hari, anda telah mendapat satu keputusan yang memberangsangkan! Anda telah menemui sesuatu dapatan yang tidak pernah ditemui sebelum ini! Anda perlu menulis dapatan ini dalam bentuk laporan untuk pengetahuan komuniti sains dalam bidang ini. Walau bagaimanapun, selepas dua tahun anda mendapat maklumat dan berfikirkan masalah ini berpanjangan, anda telah menjadi terlalu biasa dengan topik ini. Anda tidak menulis laporan ini dengan bersungguh-sungguh sebab masalah bosan. Topik ini bukan lagi memberangsangkan secara intelek. Masalah ini adalah sebab anda tidak menulis pada awal secara konsisten. Anda memang benci mengulangi sesuatu konsep yang anda telah faham (walaupun anda faham sungguh ia memang sesuatu yang baru dan menarik bagi orang yang lain). Walaupun anda memahami anda dinilai berdasarkan laporan tersebut, tetapi secara naluri anda hanya suka menggunakan kreativiti dan usaha dalam eksperimen itu sendiri, bukannya melaporkannya. Anda tidak mementingkan pengiktirafan dan penilaian orang lain. Akibatnya eksperimen anda mendapat penilaian yang rendah sebab laporan yang lemah dan menjadikan penyelia anda menaruh dendam dengan anda! Masalah bosan ini adalah antara sebab kenapa banyak orang yang pintar cerdas tidak menurunkan idea mereka dalam bentuk bertulis. Sebab mereka tidak suka mengulangi dan menerangkan kepada orang lain sesuatu yang mereka telah berasa biasa. Banyak

182

individu pintar cerdas adalah guru yang lemah sebab mereka susah berfikir dari perspektif orang yang tidak mahir lagi. Ahli matematik Noether berasa kecewa dan mengadu apabila kekurangan peluang pekerjaan dan dia terpaksa mengajar matematik peringkat sarjana muda. Bosan selalu dikaitkan dengan keletihan dan sikap tidak berminat. Leta Hollingworth yang menjadi pelopor pendidikan pintar cerdas pernah mengatakan pelajar dengan IQ 140 membuangkan separuh masa di sekolah; pelajar dengan IQ 170 membuangkan semua masanya di sekolah. Masalah kebosanan akan mendatangkan masalah kemurungan, dan antara petanda kemurungan adalah pelajar tersebut langsung menjauhkan diri dari akademik. Dengan kata lain, mereka tidak mencuba, dan mendapat gred yang lemah. Sifat bosan kepada pengulangan boleh dilihat pada perbezaan minat / pencapaian bagi subjek yang berlainan di sekolah. Mengikut kajian Terman dan Oden, kanak-kanak pintar cerdas menunjukkan kelebihan yang ketara dalam bidang akademik berikut: pembacaan, penggunaan bahasa, penaakulan matematik, sains, kesusasteraan dan sains sosial. Sebaliknya, bidang di mana kelebihan mereka tidak begitu ketara adalah: komputasi aritmetik, ejaan, fakta sejarah dan sivik. (Davis & Rimm, ms 27) Akibat aliran idea yang cepat pada individu pintar cerdas, mereka cenderung menjadi tidak sabar dengan perincian di mana kerja yang terperinci dan kesabaran adalah penting dalam pembelajaran. Contohnya, ejaan dan operasi aritmetik. Mereka menunjukkan minat terhadap cabaran baru, atau kerja yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Malangnya, banyak kerja yang memerlukan ketabahan, ketelitian dan kesabaran. Guru dan ibubapa juga perlu memberi perhatian kepada masalah kebosanan ini. Kebosanan yang melampau selalu menjadi punca kemurungan atau depresi. Tanda-tanda yang lain adalah seperti nampak tidak bermaya, tidak berminat, bersikap dingin atau sebaliknya menjadi nakal, kecewa, cepat marah atau suka menyakiti orang lain dan sikap agresif terhadap sekolah. Kalau mereka selalu bersikap melepaskan tangan, dan memulakan kerja yang lain sebab senang bosan, mereka tidak akan

183

dapat mencapai apa-apa. Akibat jangkaan terhadap diri mereka yang terlalu tinggi, mereka senang menjadi kecewa dan berhenti berusaha lagi. Mungkin akibat perasaan menebus balik apa yang mereka tidak sempat belajar semasa kecil, banyak individu pintar cerdas selalu tukartukar bidang dan kerjaya. Ini mungkin menjadikan mereka tidak mencapai apa-apa yang luar biasa dalam mana-mana bidang. Keadaan ini berkaitan dengan sifat bakat yang pelbagai (“omni-potentiality”) pada mereka. “Skinner returned to Scranton, built a study in the attic, and every morning went to work at writing, but nothing happened. His efforts were unproductive because he had nothing to say and no firm position on any current issue. Skinner (1976a, p.265) later referred to this appointment as his “Dark Year,” and Allan Elms (1981) believed that the disappointment triggered Skinner’s first but not last major identity crisis.” (Feist & Feist, ms266) Skinner sebagai lepasan dalam major Inggeris bercita-cita menjadi seorang penulis kreatif. Selepas gagal menghasilkan sebarang penulisan dan cemukan keluarganya, dia terpaksa bertukar bidang ke sesuatu yang dia tidak begitu berminat: psikologi. Bercanggah dengan apa yang difahami orang ramai, kebanyakan kita tidak mencapai identiti diri yang kukuh selepas tamat sekolah, biar orang biasa mahupun individu pintar cerdas. E. Erikson, seorang lagi psikologis yang bergelut dengan masalah identiti diri dan selalu bertukar-tukar kerja ini mengkaji masalah seorang genius yang lain yang juga menghadapi pengalaman ini: “A week after a judge excluded him from courtroom; Gandhi was thrown off a train when he refused to give up his seat to a white man. These two experiences with racial prejudice changed Gandhi’s life. By the time he resolved this identity crisis, his appearance had changed dramatically. No longer attired in silk hat and black coat, he dressed in cotton

184

loincloth and shawl that were to become familiar to millions of people throughout the world.” (Feist & Feist, ms 254) Tanpa menghadapi dan mengatasi krisis identiti diri ini, Gandhi hanya seorang peguam di Afrika Selatan.

2. TUMPUAN YANG SEMPIT Antara sifat yang ada pada ciri-ciri individu pintar cerdas adalah sifat intensiti. Antara contoh yang menggambarkan sifat ini adalah perasaan emosi yang mendalam, minat yang mendalam, semangat yang kental dan lain-lain. Mereka suka belajar sesuatu dengan terperinci dan tertumpu. Mereka menjadi kecewa jika belajar sesuatu secara menyentuh sedikit. Sifat intensiti ini juga digambarkan dalam tingkah laku mereka melibatkan diri bersungguh-sungguh dalam satu kerja untuk tempoh yang tertentu (walaupun secara keseluruhan mereka memiliki minat yang luas). Sebagai mana yang diterangkan dalam bab sebelum ini, kalau kita melihat kepada cabaran-cabaran mereka dari perspektif fungsionalisme sosial: segala sifat dan masalah mereka adanya fungsi dan maknanya yang tersirat. Masalah dan kelebihan mereka adalah pedang dua mata, atau dua muka pada syiling yang sama. Sifat ini memungkinkan mereka mencapai tahap yang tinggi dalam bidang tertentu. Kebolehan manusia adalah terhad sedangkan apa yang boleh dikuasai oleh kebolehan mental ini adalah tidak terhad. Untuk mencapai tahap yang tinggi dalam bidang tertentu kita perlu selalu berlatih, berfikir secara berfokus dan menaburkan usaha yang berterusan dalam bidang ilmu itu. Pada masa yang sama, mereka juga enggan mengambil tahu perkara yang dianggap bukan “bidang” atau minat mereka. Sifat “degil” ini tidak membawa kemajuan kepada perkembangan holistik mereka. Mereka selalu menjadi pencapai rendah dalam bidang yang tidak diminati, dengan kata lain mereka tidak mengembangkan potensi mereka sepenuhnya. Ada banyak sebab kenapa banyak individu yang pintar cerdas menumpukan segala tumpuan mereka dalam kerja yang tertentu. Walaupun mereka sedar dan faham untuk mencapai yang

185

terbaik dalam kerja tertentu, mereka memerlukan ilham, idea dan sokongan dari sumber lain untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi.

3. SIKAP EGOSENTRIK Sikap egosentrik bererti berfikir dari perspektif sendiri, dan sukar memahami atau bertindak dari perspektif orang lain. Akibat masalah sosial yang dihadapi dan sukar berkomunikasi dengan orang lain. Sifat ini berkait rapat dengan perkembangan kecerdasan intrapersonal. Akibat kecewa dengan perhubungan rakan yang lain, mereka mungkin “turn inward”, ini bermakna mereka mendapat kepuasan dengan berdialog sesama sendiri atau berimaginasi dan membina dunia dalaman dalam hatinya. Ataupun mereka mungkin menyampaikan idea ini dalam bentuk lukisan dan penulisan kreatif. Keadaan ini boleh dibagaikan mereka yang berkecenderungan membunuh diri: 1) ada yang asyik mengadu hidup ini tidak bermakna, dan tidak ada sesiapa yang mengambil berat kalau mereka mati; 2) pada masa yang sama terdapat juga mereka yang menyimpan fikiran membunuh diri ini dalam hati mereka dan tidak menyuarakan apa-apa ketidakpuasan. Jenis yang kedua ini sebenarnya lebih bahaya sebab mereka telah menutup hati mereka dan menafikan dunia ini. Leta Hollingworth pernah mengatakan pelajar pintar cerdas yang kecewa dengan pengalaman persekolahan menjadi bersikap dingin dan apatetik. Ini merupakan tanda-tanda kemurungan dan kekecewaan, di mana mereka telah menutupkan hati mereka kepada dunia luar. Bolehkah anda bekerja sendirian? Disebabkan 1) sikap individu yang kurang yakin bergaul dengan orang lain dan 2) kesukaran mereka berkomunikasikan idea mereka, mereka cenderung suka bekerja sendiri. Kebolehan bekerja sendiri penting untuk perkembangan kreativiti. Seni dan rekaan adalah aktiviti yang bersifat individu atau personal. Sifat ini mungkin dianggap sebagai degil apabila mereka tidak menimbangkan nasihat orang lain dan berpegang kepada idea sendiri. Sikap degil ini sebenarnya ada kepentingannya, ia membantu mereka menentang kritikan dan cemuhan orang lain dan mencapai hasil yang tidak dijangka.

186

Tetapi semasa zaman kanak-kanak, sifat ini mungkin menjadikan hubungan mereka dengan ibubapa terjejas. Contohnya, ibu yang asyik berleter dan menegaskan anak melakukan sesuatu mengikut caranya. Keadaan pergelutan kuasa atau “power struggle’ berlaku apabila masing-masing menegaskan pendirian. Cara berleter perlu dielakkan seboleh yang mungkin terhadap kanak-kanak pintar cerdas, mendorong mereka dengan rasional dan logik, bukan pengulangan leteran (masih ingat sikap cepat bosan dan maruah mereka yang tinggi?). Berleter selalu dianggap sebagai petanda sikap tidak mempercayai dan memperkecilkan kebolehan mereka. Kita memahami orang lain dengan memahami diri kita terlebih dahulu. Contohnya kita dapat memahami apakah perasaan sedih atau kecewa kawan sebab kita pernah mengalami perasaan yang sama sebelum ini. Masalah sosial mereka bukan setakat mereka tidak senang difahami oleh orang lain, pada masa yang sama mereka juga susah memahami orang lain. ini menjadikan mereka kadang-kadang mentafsir tingkah laku orang lain dengan tidak tepat, contohnya mengandaikan orang lain berkongsi minat atau nilai yang sama dengan mereka. Ini menjadikan orang lain tidak selesa bersama mereka. Ini adalah antara punca masalah sosial mereka. Antara contohnya adalah sebab sikap yang terbuka, mereka tidak memiliki konsep hierarki atau perbezaan status yang ketara. Kebaikannya, mereka tidak memandang rendah pada orang yang status lebih rendah daripada mereka; keburukannya, mereka melayan orang yang lebih tinggi status seolah-olah kawan mereka yang setara! Sikap ini mungkin menyinggung perasaan orang lain. Sebab mereka mengandaikan semua orang berkongsi nilai yang “universal” dan sama dengan mereka. Keadaan ini jugalah sejenis bentuk egosentrik. Seperti yang dibincangkan sebelum ini, keunikan golongan ini menjadi pedang dua mata. Sikap ketahanan kepada perasaan kesunyian dan keseorangan ini memungkinkan mereka menentang tekanan untuk menjadi berbeza tetapi pada masa yang sama juga menjadikan mereka sukar bekerja secara berkumpulan. Menjadi berbeza dan tersendiri adalah ciri yang menggalak kepada kreativiti dan keaslian.

187

Keadaan ini boleh digambarkan dengan ahli psikoanalisa yang menumpukan intelek mereka untuk memahami apa yang berlaku kepada mereka. Seperti yang digambarkan oleh Karen Horney, “Horney’s views on personality are a reflection of her life experiences. Bernard Paris (1994) wrote that ‘Horney’s insights were derived from her life efforts to relieve her own pain, as well as that of her patients’. If her suffering had been less intense, her insights would have been less profound.” (Feist & Feist, 155) Maslow pula membaca banyak sejarah dan biografi individu yang mencapai apa yang dikehendaki mereka, semasa kesihatannya merosot. Pangalaman yang sama juga boleh dikatakan bagi A. Adler, C. Jung, E. Erikson. Mereka menjadi psikologis untuk memahami dan mengubati masalah psikologi sendiri. Pada masa yang sama ia menjadi halangan untuk mereka melakukan kerja melalui dan bekerja dengan orang lain. Dalam dunia ini, tiada sesiapa yang boleh bekerja sendiri tanpa kolaborasi dengan orang lain. Seseorang yang sepandai manapun ada kelemahannya sendiri dan memerlukan bantuan, sokongan orang lain. Semangat berkumpulan perlu dipupukkan dalam pendidikan pintar cerdas untuk menyeimbangkan perkembangan mereka. Semangat berkumpulan juga bererti penghargaan dan kesyukuran. Kalau kita tidak memberi kredit kepada orang yang membantu kita, tidak ada sesiapa yang suka bekerja dengan kita pada masa akan datang. Perbuatan tidak beretika seperti merampas hasil orang lain akan mendatangkan kesan negatif yang berpanjangan.

4. SIKAP SINIS “Freud, who was 14 years older than (Alfred) Adler, had outlived his longtime adversary. On hearing of Adler’s death, Freud (as quoted in E. Jones, 1957) sarcastically remarked, ‘For a Jew boy out of Viennese suburb a death in

188

Aberdeen is an unheard-of career in itself and a proof of how far he had got on. The world really rewarded him richly for his service in having contradicted psychoanalysis.’ (Feist & Feist, ms65) Orang yang pintar cerdas dikatakan pandai berhumor. Ini menunjukkan mereka dapat melihat sesuatu dari perspektif yang tidak digambarkan oleh orang lain. Kalau mereka menjadi kecewa dan menaruh dendam, dengan bersenjatakan kecerdasan bahasa yang tinggi dan otak yang tajam, mereka senang menjadi seorang yang sinis dan misantrope (orang yang membenci dan suka mengasingkan diri dari orang lain). Ini dapat dilihat pada sikap suka memperkecilkan pencapaian orang lain, mempersendakan kelemahan orang lain, suka menilai dan mengkritik tetapi enggan bekerjasama. Sikap ini senang melukai hati orang lain, sudah tentu ia menjadi penghalang untuk mencapai kesejahteraan hidup. Sikap sinis ini sebenarnya satu mekanisme baginya menyembunyikan kekecewaan sosial dan perasaan sunyinya. Untuk mengelakkan dirinya diserang oleh kritikan orang lain, dia melukai hati orang lain terlebih dahulu. Dia mungkin sengaja menyakiti hati orang lain untuk mendapatkan perhatian orang lain (keperluan sosial). Tetapi cara ini jelasnya bukan strategi yang berkesan sebagai kemahiran sosial. Dia mungkin susah menyisihkan tabiat buruk ini sebab mendapat ganjaran daripada perbuatannya (jawab balik dan reaksi berdendam orang lain adalah sejenis perhatian juga, dengan kata lain: pengukuhan positif). Mereka perlu menyedari pemikiran yang kritikal tidak bererti selalu berdebat pada setiap masa. Mereka boleh menang dalam segala perdebatan tetapi menimbulkan kebencian orang lain. Ini juga berlaku semasa temubual, apabila calon yang terlalu yakin menjadikan penemuduga tidak menyenanginya. Bagi mereka yang bersikap menjangka tinggi pada orang lain. Mereka perlu menyeimbangkan jangkaan ini dengan kebolehan orang lain. Cuba memanfaatkan kelebihan orang lain dan menyumbang kelebihan dirinya dalam kerja kumpulan. Ini lebih berkesan daripada mengajar orang lain apa yang mereka “perlu” lakukan.

189

5. MENCAPAI TARAF HIDUP YANG SELESA DENGAN SENANG “During the late 1890s, Freud suffered both professional isolation and personal crises. He had begun to analyze his own dreams, and after the death of his father in 1896, he initiated the practice of analyzing himself daily. Although his self analysis was a lifetime labor, it was especially difficult for him during the late 1890s. During this period, Freud regarded himself as his own best patient. In August of 1897, he wrote to Fliess, ‘the chief patient I am preoccupied with is myself…..the analysis is more difficult than any other. It is, in fact what paralyzes my psychic strength’ (Freud, 1985, p.261).” (Feist & Feist, ms 20) Apa yang diterangkan mengenai konflik sebelum ini menunjukkan konflik ada nilai dan fungsinya (masih ingat teori fungsionalisme yang diterangkan sebelum ini? Merujuk kepada: Masalah sosio-emosi sebagai konflik, ms 152). Hidup yang senang tidak semestinya baik untuk perkembangan seseorang. Ciri-ciri individu pintar cerdas yang bercanggahan sendiri adalah sejenis konflik dan mereka mungkin perlu menghadapi konflik sepanjang hayat. Keistimewaan mereka bagai pedang dua mata yang mungkin membawa kepada kajayaan luar biasa ataupun kegagalan. Konflik mendesak seseorang berubah dan mencapai sesuatu yang luar biasa. Disebabkan mereka dapat mengecapi hidup yang agak selesa (status, kuasa dan kewangan) dalam hidup. Mereka tidak perlu berusaha gigih untuk mengembangkan potensi yang ada pada mereka. Hidup ini tidak cukup mencabar untuk mereka menjadi kreatif dan melakukan sesuatu yang luar biasa. Mereka ini menjadi satu kontrast dengan golongan pintar cerdas yang sangat kritikal terhadap dirinya dan selalu tertanya-tanya apakah makna hidup dan kerjaya sendiri. Semasa di sekolah, mereka dengan senang mencapai keputusan yang baik, memenangi pelbagai anugerah dan menjadi pelajar yang digemari oleh guru. Keadaan ini sebenarnya menjadikan mereka berisiko tinggi menjadi pencapai rendah yang pintar cerdas (mencapai di bawah potensi). Guru dan ibubapa berpuas hati kalau anak ini

190

mendapat 10 A1 di sekolah, tetapi mereka tidak mencabarnya melakukan sesuatu demi kepuasan intelek, bukannya pengiktirafan orang lain semata-mata. Contohnya merekacipta dan mempelajari sesuatu di luar sukatan. Kejayan yang senang menjadikan mereka tidak menetapkan matlamat yang mencabar. Sikap ini akan terbawa-bawa sehingga ke peringkat dewasa. Di universiti, mereka memilih subjek yang paling senang mendapat A. Mereka menjadi seorang jurutera dengan gaji yang tinggi selepas keluar dari universiti; tanpa menyedari dengan pemupukan dan sikap yang tabah, mereka sebenarnya boleh memenangi Nobel Prize untuk negara kita. Mereka tidak menghayati menetapkan matlamat yang tinggi dan mencapainya dengan usaha yang berpanjangan. Sebaliknya mereka berpuas hati dengan kajayaan kecil di depan mata mereka. Apa yang boleh dilakukan oleh guru adalah menggalakkan pelajar yang cemerlang menyertai pertandingan seperti kuiz matematik, dalam pelbagai peringkat. Biasanya dalam pertandingan sebegini, mereka perlu mempelajari pengetahuan di luar sukatan biasa dan perlu bersedia awal. Untuk menguasai sejenis instrumen muzik, seseorang perlu berlatih lebih kurang 30,000 jam. Kemahiran matematik / fizik, kemahiran menulis, melukis, menjalankan kajian, kaligrafi cina, merekacipta, menyanyi, menggunakan bahasa baru, menguasai bidang pengetahuan baru dan sebagainya memerlukan masa yang panjang untuk dikuasai. Kemahiran yang asas seperti membaca juga perlukan latihan, walaupun latihan ini selalunya berlaku tanpa kita menyedarinya. Bayangkan berapa jam yang kita gunakan untuk membaca dari dulu lagi sehingga peringkat dewasa ini? Cerita Tillie Olsen tidak menunjukkan dia mendapat kemahiran menulis secara tiba-tiba. Kalau kita meneliti biografi penulis yang canggih seperti George Elliot, Charles Dickens, mereka telah banyak pengalaman bekerja dalam bidang bahasa / penulisan sebelum menulis sebagai novelis yang mahir. Latihan sebegini perlu bermula pada peringkat remaja atau kanak-kanak lagi. Inilah pentingnya guru atau ibubapa yang memahami keperluan kanak-kanak pintar cerdas. Menghafal esei model, mengkaji soalan tahun lepas dan menghabiskan lembaran kerja yang banyak bukan rahsia untuk melahirkan penulis

191

yang baik. Sebaliknya, menjadikan mereka biasa, dan mensia-siakan bakat yang ada pada mereka. Menghargai kejayaan juga bermakna menghargai kejayaan orang sebelum ini. Contohnya dalam bidang akademik, kita perlu mempelajari penemuan-penemuan oleh orang sebelum kita, dan menghargai ilmu pengetahuan ini tidak dicapai dengan senang. Contohnya, dalam bidang kajian, pengkaji perlu sentiasa mengikut perkembangan terkini berdasarkan hasil usaha orang sebelum ini, dan berasa bersyukur. Mengikut Howe, persepsi orang ramai bahawa James Watt mencipta engin wap dan Stephenson mencipta lokomotif adalah tidak tepat. Mereka hanya mengubahsuai berdasarkan ciptaan sebelum ini. Walaupun Teori Evolusi yang nampak radikal, sebenarnya juga terpengaruh dengan penulisan komtemporari yang menyatakan idea yang seakan-akan sama (Howe, ms 180). Kelebihan Charles Darwin adalah dia menerangkannya secara terperinci dan berorganisasi, berserta dengan banyak bukti sokongan. Bidang sains secara ringkas adalah mengenai memberi idea, dan membuktikan idea tersebut dengan cara yang paling tepat dan objektif yang mungkin. Pelajar perlu diberi konsep apakah sains, bukan setakat diberi nota untuk menghadapi peperiksaan semata-mata. Pelajar pintar cerdas yang kritikal perlukan makna dalam pembelajaran. Motivasi adalah penting. Hidup yang tanpa konflik menjadikan seseorang yang pintar cerdas menjadi leka dan biasa. Kalau kita mengkaji riwayat hidup mereka yang memberi sumbangan besar kepada tamadun manusia, tidak ada satu yang mencapai penemuan dan pengiktirafan dengan senang. Menukar konsep orang ramai adalah susah. Konsep yang kita telah anggap biasa pada hari ini dianggap terlalu radikal dan menghadapi tentangan hebat semasa diperkenalkan oleh mereka yang pintar cerdas. Kadang-kadang hasil kerja mereka diabaikan dan tidak diiktiraf semasa mereka hidup. Konsep-konsep ini termasuklah Bumi berputar dengan berpusatkan matahari (Copernicus), penyakit adalah disebabkan oleh kuman (Louis Pasterur), protein bernama prion yang bukan mikroorganisme juga boleh menyebabkan penyakit (Stanley Prusiner, Nobel Prize Perubatan 1997), wanita juga boleh menjadi doktor

192

(Elizabeth Blackwell), unsur tertentu mengeluarkan sinaran radioaktif (Piere & Marie Curie). Ada Byron yang menulis bahasa program komputer pertama hanya diberi pengiktirafan selepas 100 tahun selepas Ada meninggal dunia sebab hasil kerjanya tidak difahami pada masa itu. Akibat dapat mencapai kejayaan biasa dengan senang, mereka memilih untuk tidak mencapai kejayaan besar yang lebih mencabar dan mengambil masa lama. Contohnya menulis banyak artikel atau buku yang kecil, tetapi tidak menulis buku yang terperinci dan berkualiti, di mana mengambil masa yang panjang untuk dihabiskan. Mereka menjadi ghairah dengan kejayaan-kejayaan kecil yang cepat, dan membelakangkan usaha yang berterusan untuk mencapai kejayaan yang lebih besar. Masa terbuang begitu. Apakah minat anda? Apakah yang dianggap bernilai bagi anda? Kalau hidup ini tidak memotivasikan, carilah minat sendiri. Carilah keghairahan dalam pembelajaran, ataupun kerjaya.

193

____________________________________ D. PEMBELAJARAN

____________________________________ 1. MASALAH AKADEMIK “As a student at City College, Maslow did well in philosophy and other courses that sparkled his interest. However, in courses he did not like, he performed so poorly that he was placed on academic probation.” (Feist & Feist, ms 494) “A bright student, Sullivan graduated from high school as valedictorian at age 16… His academic performance in Cornell was a disaster, however, and he was suspended after 1 year. The suspension may not have been solely for academic deficiencies…… The next two years Sullivan mysteriously disappeared from the scene.” (Feist & Feist, ms 204) Banyak orang susah mengaitkan pelajar pintar cerdas dengan masalah akademik. Segelintir individu pintar cerdas hanya menumpukan perhatian dalam apa yang menarik minat mereka. Kadang-kadang ditunjukkan dalam sikap degil mereka mempelajari sesuatu yang mereka kurang berminat. Ini adalah satu pembaziran, sebab mereka mungkin memiliki bakat luar biasa dalam bidang yang mereka tidak berminat. Guru perlu memberi motivasi, contohnya kepentingan subjek tertentu. Disebabkan cara pembelajaran dan keperluan intelek mereka yang begitu unik, sebarang tugasan dan pendidikan yang tidak sesuai dengan ciri-ciri mereka akan menjadikan mereka salahsuai. Keadaan ini mungkin dilihat pada kejatuhan yang mendadak dalam keputusan. Apabila ditanya, mereka akan menjawab, “subjek yang diajar / sekolah ini / tugasan yang diberikan tidak sesuai dengan saya.” Mereka menunjukkan rintangan kepada kerja yang mereka tidak boleh buat. Banyak kanak-kanak pintar-cerdas yang tidak suka ke sekolah sebab terlalu bosan dengan pengajaran guru. Mereka juga berasa 194

bosan dengan (percakapan) kawan yang tidak “matang” bagi mereka. Masalah sosioemosi ini adalah akibat keperluan akademik yang tidak dipenuhi, dengan kata lain mereka tidak dicabar secukupnya dari segi akademik. Masalah ini seterusnya akan membawa kepada masalah tingkah laku atau “disiplin” seperti yang dijelaskan sebelum ini. Masalah ini boleh menjadikan mereka membenci kepada sekolah dan pembelajaran. Satu cabaran yang besar dalam pendidikan adalah memahami pencapaian pelajar. Kanak-kanak pintar-cerdas bukannya tidak dicabar dalam akademik tetapi tidak dicabar secara yang berkenaan. Contohnya, kerja salin-menyalin, menghafal secara bulat-bulat, latih tubi, jenis tugasan / soalan yang “closed-ended” tidak serasi dengan keperluan akademik pelajar pintar-cerdas. Mereka mungkin tidak suka menghafal pendapat orang lain sedangkan dirinya boleh mengeluarkan idea yang lebih baik! Walaupun pelajar pintar-cerdas menunjukkan kelebihan mereka dalam ingatan, tetapi kelebihan mereka yang nyata adalah dari segi pemahaman. Dari segi pemahamanlah, yang membezakan pelajar pintar-cerdas dengan pelajar biasa yang cemerlang dalam akademik. Bagi pelajar pintar-cerdas, apa yang menarik minat mereka adalah sesuatu yang mencabar mereka dari segi pemahaman. Lembaran kerja yang menekankan latih tubi tidak menarik kepada mereka sebab mereka tidak suka.

2. AKIBAT PEMULAUAN SOSIAL “As he explained his role in (solving the structure of) DNA, he said, ‘except for my writing, all my work has been getting other people to help me. If I have to use someone else to get the answer, I’ll do it….The most important thing in science is getting the answer, not showing that you have done it yourself…. It helps you doing science if you are very social.” (McGrayne, ms 320) Petikan ini menunjukkan betapa pentingnya sokongan sosial walaupun dalam bidang yang dianggap individualistik seperti kajian sains.

195

Diskriminasi, contohnya diskriminasi kaum atau diskriminasi seks menjadikan seseorang dirampaskan peluang. Selain susah mendapat pekerjaan, pengiktirafan dan sokongan ia mungkin dalam bentuk yang sukar dikenalpasti seperti sukar mendapat rakan kajian. Diskriminasi kaum menjadi satu isu yang sensitif di negara ini, samada berlaku di sektor awam atau swasta. Manusia adalah makhluk yang hidup berkelompok, dari sosial dan melalui sosial kita belajar. Pengkaji seperti Bandura menjalankan banyak penyelidikan untuk membuktikan pembelajaran sosial seperti pemerhatian dan peniruan adalah kaedah yang penting untuk pembelajaran. Masalah sosial boleh menjejaskan konsep kendiri sosial dan seterusnya menjejaskan konsep kendiri kita secara keseluruhan. Perkembangan sosial memberi kesan yang signifikan kepada perkembangan keseluruhan seseorang. Lihatlah pada diri kita, dari kawan kita mempelajari “tricks” menggunakan komputer, mengenal jalan yang baru, mengenal restoran baru, mendapat idea baru untuk tugasan dan maklumat penting seperti saluran melanjutkan pembelajaran atau peluang untuk mendapat pekerjaan sambilan! Melalui interaksi harian dengan kawan kita. Pembelajaran ini berlaku dengan spontan dan halus sehingga tanpa disedari. Rakan sebaya mengalami pengalaman dan cabaran yang lebih kurang serupa dengan apa yang dihadapi dengan diri kita seperti akil baligh, cabaran peperiksaan dan tugasan, masalah kerjaya dan masalah keluarga. Pada peringakat yang berbeza sepanjang hayat kita, kita menghadapi masalah yang berbeza dan cuba mengatasinya. Erikson menamakan cabaran ini sebagai tugas perkembangan, contohnya apabila tamat sekolah, kita perlu memberi komitmen kepada kerjaya pula, selepas kita mendirikan rumah tangga kita perlu menjaga anak kita dan memberi segala apa yang terbaik kepada mereka. Rakan sebaya adalah golongan yang menjadi rujukan dan sokongan. Latar belakang dan kebolehan kawan yang pelbagai menyumbang kepada perkembangan diri kita. Sebagaimana yang kita sedia maklum, golongan pintar cerdas sukar mendapat kawan yang rapat dari golongan rakan sebaya. Ini menjadikan mereka (yang bermasalah sosial) tidak mendapat peluang

196

untuk belajar (melalui interaksi) dengan rakan sebaya. Ini menjadikan mereka kekurangan maklumat yang penting dan kejahilan pengetahuan “biasa”. Contohnya dia mungkin terdapat banyak kawan yang lebih tua dan matang, tetapi disebabkan perbezaan tahap perkembangan, dia tidak mendapat maklumat segera yang paling releven kepadanya. Masalah sosial golongan ini boleh diatasi dengan menggalakkan mereka menyertai persatuan yang membuka keahlian kepada semua. Sebagai ahli dalam persatuan yang terbuka atau menyumbang sebagai sukarelawan, mereka boleh menemui individu yang pelbagai. Pelbagai dari segi umur, profesion, personaliti, minat, kelebihan dan kekurangan. Kepelbagaian ini memungkinkan mereka mendapat persahabatan yang berkekalan dan mempelajari dari orang lain (menyeimbangkan kebolehan mereka). Persekitaran sosial yang sempit seperti sekolah akan menjadikan masalah mereka semakin menjadi-jadi. Di sekolah, biasanya pelajar hanya didedahkan kepada pelajar sebaya dan guru. Kuncinya pendedahan dan kepelbagaian.

4. PERKEMBANGAN / KEMATANGAN YANG TIDAK SEIMBANG Dia bermasalah menulis, ejaannya teruk. Pengiraan matematik yang mudah pun menjadi cabaran kepadanya. Dia adalah Leornado Da Vinci, antara genius yang paling hebat dalam sejarah. Individu yang pintar cerdas adalah golongan yang “lihat kepada gambaran keseluruhan”, ini menjadikan mereka lebih faham-faham kepada apa yang penting. Inilah kelebihan dan kelemahan mereka. Mereka mementingkan konsep / idea (yang abstrak), tetapi tidak berminat memberi perhatian kepada format / bentuk (yang konkrit dan luaran). Banyak yang menulis dengan tulisan yang buruk (mereka tidak mementingkan kekemasan, dan menyalin dengan secepat mungkin sejak kecil lagi, maka mereka tidak pernah terlatih menulis dengan kemas). Mereka mungkin banyak idea yang luar biasa, tetapi tidak mementingkan “penmanship” atau cara untuk membentangkan idea mereka dengan cara yang berkesan (dalam penulisan). Mereka banyak pengetahuan dan bermoral, tetapi tidak berminat menguruskan fizikal luaran mereka. Mereka hidup di dunia abstrak dan ideal, tetapi terencat

197

di dunia yang nyata ini. Percanggahan dan konflik ini adalah satu lagi petanda sifat kompleksiti dan ketidakkonsistenan. Kita semua memiliki kekurangan yang berbeza. Contohnya, mengelakkan bahagian artikel kewangan dan perdagangan semasa membaca surat khabar, tidak reti melukis, susah memahami apa yang dibaca, sukar memahami maksud orang lain (cakap sesuatu yang tidak sesuai semasa berbual), pergerakan yang kekok semasa menari, sukar bertindak sendiri dan konsep kendiri yang rendah (kecerdasan intrapersonal). Ini semua adalah biasa. Kelemahan ini ada yang boleh diatasi, ada yang memang sukar diubah. Seperti apa yang dikatakan oleh Donald Trump, “People don’t really change.” Walau bagaimanapun disebabkan perkembangan mereka yang melampau, masalah ini terutamanya jelas dilihat pada golongan ini. Contoh yang ekstrim adalah mereka yang dinamakan Idiot Savant, mereka adalah lebih rendah daripada orang biasa dari kecerdasan tetapi memiliki satu atau dua jenis kebolehan mental yang jauh lebih tinggi daripada orang lain. Contohnya seperti dalam bidang muzik, aritmetik mental, melukis ataupun mengingati kalender. Mereka ini BUKAN tergolong dalam bidang pintar cerdas, kebanyakannya adalah autistik. Tetapi bukan semua yang autistik adalah savant. Dalam Bahasa Perancis, “savant” bermakna sarjana atau mereka yang terpelajar, “Idiot” bermakna orang yang bodoh. Untuk mencapai kejayaan di dunia yang serba mencabar ini, kita memerlukan banyak kemahiran yang pelbagai. Seseorang yang pintar cerdas mungkin seorang yang pakar dalam bidang tertentu tetapi menolak untuk mempelajari pengetahuan yang bukan “bidang” kekuatannya. Pengetahuannya dalam bidang tertentu akan mencapai tahap yang susah difahami oleh orang lain, akan semakin susah dia berkongsi pengetahuan yang ada padanya. Ini akan menimbulkan perasaan yang kecewa dan sunyi. Kecerdasan tinggi bermakna mereka berminat kepada pemikiran abstrak, bersama dengan sifat intensiti, ini kadangkadang menjadikan mereka seolah-olah tidak berpijak di bumi tapi hidup di dunia abstrak yang idealistik. Mereka seolah-olah mencapai terlalu tinggi pada satu aspek yang lain dan bagaikan tidak matang pada aspek yang “biasa” bagi orang

198

kebanyakan. Keadaan ini menggambarkan perkembangan yang bersifat pengkhususan, di mana ia penting untuk mereka memberi sumbangan yang penting kepada ketamadunan manusia tetapi ianya juga membawa kepada kesusahan pada kehidupan seharian. Perkembangan yang tidak seimbang ini bukan akibat sikap mereka semata-mata, tetapi juga akibat kekurangan semulajadi. Masalah yang biasa adalah seperti kebolehan muzik, orientasi arah (mengenal jalan), orientasi masa, melukis, kemahiran hidup. Dalam kehidupan seharian, kita juga menjumpai mereka yang “fobia” kepada teknologi, seperti takut menggunakan komputer. Apa yang biasa berlaku adalah ibubapa yang beranak pintar cerdas suka memaksa anak mereka memfokus kepada aspek yang tertentu seperti matematik, ini akan menjadikan mereka tidak mampu menghadapi cabaran hidup pada masa depan. Ini sebenarnya adalah sejenis bentuk penderaan anak yang berlaku kepada golongan ini. Ia juga sejenis pembaziran kepada bakat yang pelbagai (omnipotentiality) pada anak pintar cerdas tersebut. Pada zaman sekarang, sukar menjumpai seorang genius yang serba boleh seperti Leornado Da Vinci. Sebab kita tidak mementingkan perkembangan keseluruhan mengikut bakat anak, tetapi memaksa mereka menerima acuan yang sedia ada. Pada zaman teknologi ini, kebanyakan masalah ini boleh diatasi, contohnya penggunaan kalkulator menjadikan banyak orang tidak menyedari masalah dyscalculia (macam dyslexia mengira) mereka. Penggunaan komputer membolehkan mereka yang bermasalah menulis dan mengeja menjadi penulis yang cemerlang. Penulis buku ini menuliskan ideanya sebab dia tidak mahir menyusun ideanya secara lisan. Mungkin banyak penulis juga menghadapi masalah begini. Tegasnya, kita perlu memikirkan cara mengatasi kelemahan sendiri dengan kemahiran yang lain untuk meningkatkan produktiviti. Ini mungkin lebih pratikal daripada asyik memikirkan cara mengubah kelemahan yang sedia ada. Thomas Edison memahami apakah kelebihannya, “He was little concerned with the laws of physics. He admitted his ignorance of mathematics, saying: ‘I can always hire a mathematician’ (Burlingame, ms 10).” Kerja berkumpulan adalah penting, sebab semua ahli kumpulan dapat saling melengkapi dan menyeimbangkan kepelbagaian antara

199

satu sama lain. Dalam kerja berkumpulan, kelemahan atau keseimbangan keupayaan individu tidak begitu penting, apa yang mampu anda sumbangkan (di mana orang lain tidak mampu) adalah lebih penting.

200

____________________________________ E. KONSEP KENDIRI

____________________________________ 1. MASALAH KEYAKINAN PELAJAR PINTAR-CERDAS SENDIRI Segelintir Individu pintar cerdas selalu bergelut dengan isu masalah keyakinan. Ini dapat dilihat pada psikologis Alfred Adler yang juga bersifat sensitif. Konsep kendiri mereka tidak menentu. Mereka mungkin sangat yakin pada satu masa dan menjadi tidak yakin pada masa lain (sifat kompleksiti). Bercanggah dengan kepercayaan orang ramai, bukan luar biasa kanak-kanak pintar-cerdas sendiri menghadapi masalah inferioriti. Kenapa ini berlaku? Sedangkan mereka memiliki kelebihan yang nyata dalam persaingan? Untuk memahami Keadaan ini, kita perlu menyedari hakikat berikut: Sikap perfeksionis yang tidak sihat. Mereka menjangka terlalu tinggi terhadap pencapaian mereka sendiri, di mana mereka sendiri sangat sukar atau tidak mungkin mencapainya! Jangkaan yang tinggi ini adalah salah satu pendorong kuat kepada pencapaian tinggi. Tetapi ia juga membawa tekanan yang besar kepada mereka diri sendiri. Jurang yang besar antara 1) jangkaan dan 2) kebolehannya yang nyata menjadikannya merasakan dirinya “tidak cukup”. Untuk membantu mereka dalam masalah “tidak cukup” ini, guru dan ibubapa perlu mengingatkan mereka “good enough is good enough”. Perfektionis adalah biasa di kalangan pintar-cerdas, tetapi “neurotic perfectionist” menjadi satu masalah psikologi. Sebab ia menjejaskan konsep kendiri seseorang itu dan memberi kesan negatif kepada hubungan perseorangan, seperti cenderung menyalahkan orang lain apabila gagal, sukar bekerjasama, selalu menyalahkan sendiri dan sebagainya. Memang benar golongan pintar-cerdas memiliki kelebihan dalam persaingan. Tetapi ini tidak bermakna mereka akan berasa yakin diri, sebab dia mungkin langsung tidak membandingakan diri dengan orang lain. Seperti yang dikatakan sebelum ini, golongan ini mendukung sistem nilai yang tersendiri, mereka mungkin tidak berminat membandingkan dirinya dengan orang lain dari segi pencapaian

201

akademik, kerjaya dan sebagainya. Sebaliknya mereka seolah-olah membuat sesuatu akibat dorongan dalaman sendiri. Dengan erti kata lain, mereka membandingkan diri mereka sendiri, dan jangkaan yang tinggi selalunya memberi tekanan kepada mereka sendiri. Penyempurnaan diri merupakan satu motivasi yang kuat dalam mempengaruhi tingkah laku mereka. Semua individu adalah unik dari segi keupayaan, jarang kita menjumpai seseorang yang serba boleh. Keadaan ini berlaku kepada kanak-kanak pintar-cerdas juga. Seseorang yang mencapai tahap yang tinggi dari segi kecerdasan bahasa dan logiko-matematikal mungkin menghadapi masalah besar dalam kemahiran fizikal seperti mengimbangkan badan, kordinasi badan ataupun dia tidak boleh melukis atau menyanyi. Bayangkan apakah perasaannya semasa hari sukan, masa seni dan sesi nyanyian, sudah tentu mereka berasa malu dan janggal sebab maruah diri mereka yang tinggi dan sifat sensitif. Perkembangan yang tidak seimbang ini juga membawa banyak masalah kepada kehidupan mereka, contohnya kalau dia menghadapi masalah orientasi arah dia akan selalu menghadapi masalah sesat jalan juga. Pada masa yang sama, keyakinan yang terlalu tinggi juga menjejaskan perkembangan mereka. Memandangkan kebolehan akademik (dan kebolehan mental yang lain), sesetengah individu menjadi terlampau yakin dalam dunia yang berorientasikan akademik ini. Ini menjadikan mereka tidak nampak kelemahan sendiri dan hidup dalam dunia sendiri. Masalah keyakinan (terlampau yakin atau inferioriti) ini akan menjejaskan pandangan orang lain terhadap diri kita.

2. KEKOSONGAN JIWA Dia mampu membaca buku pada umur 3 tahun. Dia memang diiktiraf sebagai genius oleh semua orang: pengetahun yang luas, pemikiran yang tajam, pemahaman yang luar biasa… Dia sebenarnya menghadapi krisis mental dan krisis identiti, dia tidak ada minat yang khusus. Dia tidak faham bagaimana dan di manakah menyalurkan kecerdasannya. Keliru dengan apa pekerjaan yang sesuai dengannya pada masa depan. Terasa jiwanya kosong dan cetek, tidak ada emosi…… seolah202

olah dia tidak pernah merasa, wujud dan hidup…… Jiwa dan hidupnya bagai kapal tanpa kelasi, terbawa-bawa arus yang tidak menentu.

Setakat ini, semua perbincangan yang menuju kepada golongan pintar cerdas seolah-olah menggambarkan golongan ini adalah sempurna dan tinggi pencapaiannya secara keseluruhan: bercita-cita tinggi, bertanggungjawab dan dedikasi. Gambaran ini sebenarnya membahayakan. Perkembangan yang tidak seimbang adalah sesuatu yang biasa bagi mereka. Kekosongan jiwa ini bermaksud, mereka hilang hala tuju. Mereka merasakan hidup ini tidak bermakna dan nyawa mereka tidak bernilai. Walaupun keadaan ini berlaku kepada golongan pintar cerdas yang menghadapi masalah kemurungan (depression) secara sementara, ia adalah lebih kerap berlaku pada individu-individu yang tertentu, dan ia belaku secara kronik pada golongan ini. Keadaan ini mungkin akibat perkembangan kecerdasan intrapersonal yang tidak matang. Saya rasa inilah sebabnya banyak prodigi tidak menyukai hidup mereka dan menjalani hidup yang tidak produktif. John Stuart Mill, seorang prodigi, mengalami masalah ini, “John Stuart Mill’s reputation stands higher than that of his father, who in that sense could be said to have succeeded in his aims. It is clear, however, that it cost the son considerable effort, and almost a complete breakdown, to develop away from his father’s tutelage, and to produce original work of his own. At 20 it suddenly seemed to him that all he had done was pointless: ‘The whole foundation on which my life was constructed fell down…… I seem to have nothing left to live for.’ Isolated as he stil was Mill had no one to turn to…… eventually it seems his own natural resilience carried him through.” (Radford, ms 55) Seseorang yang tinggi pencapaian matematik atau bahasa mungkin cetek dari segi pemikirannya. Kecerdasan eksistensialisme (kewujudan), kecerdasan intrapersonal yang rendah menjadikan mereka susah 203

menangani masalah sosioemosi. Mereka tidak berfikir panjang dan mensia-siakan bakat yang ada pada mereka disebabkan mereka tidak mengenal apa yang dikejar-kejar dalam hidup mereka. Mereka berasa keliru dengan apakah makna hidup ini dan menimbus kekosongan jiwa ini dengan mengejar nama, kedudukan, prestij dan kebendaan. Masalah mereka tidak dapat diatasi dengan mencapai “kejayaan” ini, sebab ia tidak memberi kepuasan sebagaimana yang dijangka. Siapakah golongan yang menghadapi masalah ini? Dia bercita-cita tinggi tanpa memberi komitmen kepada apa yang ingin dicapainya. Dia mungkin senang-senang mengatakan dia ingin menjadi “Bill Gate” atau memasuki Universiti yang paling canggih tanpa menunjukkan usaha dan pengetahuan yang sewajarnya. Dia bercakap kosong dan tidak bermotivasi. Bersikap dingin dan mementingkan dirinya tanpa empati dan kasih sayang kepada orang lain. Dia menunjuk-nunjuk kebolehannya untuk mendapat perhatian orang lain bagi memenuhi kekosongan jiwa. Kadar membunuh diri mereka juga lebih tinggi, selain tanda-tanda masalah emosi yang lain seperti kemurungan, gaya pemakanan yang tidak betul, penyalahgunaan dadah / arak, hubungan seksual yang rambang dan lain-lain. Perkembangan yang menyeluruh adalah terutamanya penting bagi golongan ini sebagai faktor pelindung. Kepentingan kaunseling di sini bukannya untuk memahami masalah mereka, tetapi membantu mereka memahami tentang diri mereka. Biasanya mereka ini juga tidak popular di kalangan pelajar pintar cerdas yang lain.

3. SIKAP MENGHADAPI KEJAYAAN DAN KEGAGALAN Dalam dunia yang berorientasikan kejayaan dan pencapaian, adalah senang kita mengidentifikasikan diri kita dengan hasil kerja kita. Budaya masyarakat ini menjadi satu punca tekanan. Disebabkan kebolehan individu pintar cerdas yang berlainan dengan orang kebanyakan, ini menjadikan mereka lebih sensitif kepada hasil pencapaian diri mereka (masih ingat sifat sensitif yang menjiwai golongan ini?). Hidup manusia adalah penuh dengan cabaran dan persaingan, ini memang norma

204

budaya semasa ini. Kita tidak selalunya mencapai apa yang kita hendaki dalam hidup. Individu pintar cerdas yang selalu dengan senangnya mencapai keputusan baik biasanya memiliki konsep kendiri intelek yang positif, memandangkan sistem pendidikan kita yang begitu mementingkan akademik. Kelebihan mereka ini tidak berkekalan apabila mereka bersaing dengan orang lain dalam arena lain. Mereka mungkin tidak sanggup menerima hakikat terdapatnya individu lain yang lebih pintar cerdas dan menonjol daripada mereka. Ini menghalang mereka belajar sesuatu daripada kesilapan mereka. Apabila mereka memperoleh keyakinan dan menerima dirinya, mereka tidak menunjuk-nunjuk kecerdasan, sebaliknya berfokus kepada kerja yang menarik minat mereka. Apabila mereka dapat menumpukan perhatian melakukan tugas yang diminati, mereka dapat menonjolkan diri daripada orang lain. Mereka juga mungkin enggan mencuba sebab takut kepada kagagalan. Ini termasuklah melakukan kerja yang tidak mencabar, memilik kerjaya yang menjanjikan hidup yang selesa semata-mata di mana mereka boleh menangani dengan senang. Mereka takut kepada kegagalan demi menjaga maruah diri. Masih ingat Goethe, Michelangelo dan Kant yang diterangkan di bahagian motivasi dalaman? Seseorang yang pintar cerdas sepatutnya mengejar satu kejayaan besar yang lebih memberikan kepuasan, bukannya menghabiskan semua masa dan usaha untuk mencapai banyak kejayaan kecil yang mendatangkan kepuasan sementara. Ketabahan adalah susah bagi kebanyakan orang. Antara tanda-tanda mereka yang tidak sanggup menghadapi kegagalan dan kejayaan adalah seperti: memberi pelbagai alasan, menjadi berdendam dan sikap hasad dengki, takut mencuba, menganggap dirinya seorang yang gagal, mengecilkan kejayaan orang lain. Yang paling teruk adalah menganggap kegagalan itu sebagai kesilapan orang lain, ini menjadikan mereka tidak mempelajari sesuatu daripada pengalaman tersebut. Pada masa yang sama, mereka mungkin suka menunjuk-nunjuk dan memperbesarkan pencapaian dirinya; ataupun sebaliknya memperkecilkan / menafikan kejayaan sendiri. Bagi golongan pintar cerdas yang terdesak untuk mengatasi orang lain. Mereka perlu mengingati seseorang dinilai berdasarkan kualiti kerjanya, mereka perlu

205

menumpukan perhatian pada kerja pada tangan mereka dan ikhlas dalam melakukan kerja yang terbaik. “Compare with assessments of young children’s intelligence, indications of their capacity to delay gratification and avoid acting too impulsively are better predictors of future competence (Howe, ms15).” Apakah kelebihan dan keistimewaan anda? Jangan senang puas hati dengan kejayaan kecil yang datang dengan segera dan senang; sebaliknya tumpukan usaha dan tangguhkan kepuasan serta-merta untuk projek besar yang akan memberikan kepuasan yang lebih besar pada masa depan. “Kegagalan” sementara adalah baik untuk menghalang kita bertindak cepat dan terburu-buru, di mana adalah penting untuk pencapaian yang lebih penting pada masa depan di mana kita lebih bersedia. Sumbangkanlah kelebihan anda dan berubah dengan meniru mereka yang anda kagumi. Bersaing dengan diri sendiri.

4. MENAFIKAN KEBOLEHAN SENDIRI “Having discovered as a child that keeping his counsel was a good way to protect himself from the intrusive demands of adults and older sisters, he was reluctant to correct people when their perceptions of him were inaccurate. In particular, during the crucial years immediately preceding the voyage on HMS Beagle that was to establish his reputation as a mature scientist, Darwin encouraged his relatives to persist in an increasingly inaccurate view of him and regard him as being less determined, less mature, and less committed to science than he really was, and considerably more naïve and indecisive.” (Howe, ms 27) Pengalaman Darwin menggambarkan dilemma yang dihadapi oleh banyak individu pintar cerdas: mereka perlu berlagak bodoh untuk melindungi dirinya. Bapa Darwin memarahinya hanya berminat

206

menangkap tikus dan serangga, dan dia akan mensia-siakan hidupnya begini. Darwin sebagai seorang remaja dengan minat dan kebolehan yang tidak konvensional menyedari perbezaannya. Ini mungkin menunjukkan Darwin sendiri menyedari cita-citanya mungkin disindir oleh orang lain, terutama bapanya yang tidak percaya kepadanya. Darwin cuba menyembunyikan cita-citanya, dengan kata lain: dia berlagak bodoh. Pada umur 22, Darwin belayar dalam kapal HMS Beagle selama 5 tahun untuk mengutip data bagi Teori Evolusinya dan menghabiskan 23 tahun untuk menulis buku ini. Pelayaran ini dibantah keras bapanya. Ini menjadi bukti Darwin telah memahami apa yang dikehendakinya semasa remaja lagi dan berusaha ke arah tersebut sebagai persediaan, termasuk belajar kuat dalam bidang biologi. Apa yang berlaku kepada Darwin bukan luar biasa bagi golongan pintar cerdas: berlakon bodoh supaya diterima oleh orang lain. Kita perlu bersyukur Darwin tidak menafikan kepintarcerdsannya. Adalah senang bagi seorang yang pintar cerdas melupakan keistimewaannya dan menjadi biasa, sebab dia dikelilingi oleh orang biasa setiap hari. Mereka perlu berusaha melakukan sesuatu yang luar biasa, sebab mereka sendiri adalah luar biasa, bukannya melakukan kerja biasa dengan lebih baik, seperti apa yang diteladani Darwin. Keyakinan terhadap keistimewaan mereka sendiri ini yang menjadikan seorang yang pintar cerdas membebaskan kekangan pada dirinya dan menyerlahkan bakat sebenar. Antara perkara penting yang perlu dipelajari oleh individu pintar cerdas adalah menolak tekanan (sosial) untuk menjadi “biasa.” Tekanan ini berlaku setiap hari dan mengakiskan keyakinan seseorang tanpa disedari. Golongan yang pintar cerdas dan kreatif menghadapi dilemma ini: kalau mereka perlu mengekal dan mengembangkan keunikan sendiri, mereka perlu mengasingkan diri pada masa yang tertentu. Contohnya ahli falsafah German Friedrich Nietsche semasa menjadi buta, pernah bercakap dia berasa syukur menjadi buta sebab dia tidak perlu lagi membaca buku lain. Sebaliknya dia hanya perlu membaca minda sendiri. Dengan mengasingkan diri, Nietsche menganggap dia tidak lagi “tercemar” oleh idea orang biasa. Tanggapan Nietsche mungkin terlalu radikal, tetapi adalah benar sebagai golongan minoriti mereka menghadapi tekanan menjadi “biasa”

207

pada setiap hari. Hakikat bahawa terdapat banyak individu pintar cerdas adalah pencapai di bawah potensi adalah antara contoh dan bukti. Manusia hidup berkelompok sebagai makhluk bersosial. Sebagaimana yang diterangkan, menjadi pintar cerdas bermakna anda adalah minoriti dan berbeza. Perbezaan ini adalah sejenis bentuk konflik, ini menjadikan banyak individu pintar cerdas menafikan diri mereka pintar cerdas lantara tekanan sosial untuk menjadi ahli dalam kumpulan majoriti. Mereka akan berlagak bodoh supaya diterima oleh orang lain. Ini adalah salah, mereka perlu mengakui perbezaan mereka dan mencari persekitaran yang sesuai dengan keunikan mereka. Mungkin apa yang paling berkesan untuk membantu mereka adalah menemukan mereka dengan keluarga lain yang menghadapi masalah yang sama atau memberi buku dalam bidang psikologi pintar cerdas: mereka bukan bersendirian, terdapat banyak individu seperti mereka. Tiada sesiapa yang suka dipanggil sebagai ulat buku atau “nerd” yang membawa intonasi tidak popular, tidak berpijak di bumi, pelik, berlainan dan sebagainya. Antaranya ada yang menyembunyikan kebolehan sendiri dan berlagak berpura-pura. Ini tidak dapat menyelesaikan masalah mereka. Mereka perlu menghadapi siapa diri mereka ini, sebab tiada sesiapa yang dapat melarikan diri dari dirinya sendiri. Mengakui diri sebagai pintar cerdas seolah-olah meletakkan bebanan pada dirinya untuk mendapat tempat pertama, mencapai status tinggi, mencapai kejayaan luar biasa. Pandangan ini tidak betul, dan menjadi punca konflik atau masalah sosio-emosi golongan ini. Mengakui diri pintar cerdas tidak bermakna menjanjikan pencapaian tinggi. Mereka perlu belajar menerima kelebihan dan kelemahan diri mereka dan mengasingkan nilai dirinya dengan pencapaian kerjaya atau akademik. Yang penting mereka mencapai kesejahteraan dalam hidup. Tidak malu menjadi “nerd”, lebih baik lagi kalau boleh menjadi “nerd ++.” Samada mereka suka atau tidak, kebanyakan ciri-ciri pada mereka adalah agak stabil dan tidak banyak berubah sepanjang hayat. Carl Rogers dan Abraham Maslow bergelut dengan masalah pemalu dan kesensitifan, tetapi sifat ini yang memberi masalah kepada mereka jugalah punca kelebihan mereka: memahami orang lain.

208

Banyak individu yang pintar cerdas semasa sekolah tidak mencapai sesuatu yang luar biasa selepas zaman sekolah. Keadaan ini mungkin disebabkan mereka tidak memahami tentang (bakat) diri mereka dan tidak menumpukan usaha mengasah bakat yang ada pada mereka. Kajayaan akademik yang senang dicapai semasa di sekolah menjadikan mereka menjangka hidup yang senang pada masa depan dan mencapai kejayaan dalam masa yang singkat. Seseorang genius tidak sepatutnya dan tidak mungkin menafikan kelebihannya, sebab itulah yang menjadikan mereka ini berbeza dengan orang lain. Banyak individu yang pintar cerdas tidak pernah menemui apakah keistimewaan mereka dan susah menyalurkan usaha ke arah menyerlahkan diri di bidang tertentu. Ini digambarkan oleh Tillie Olsen pada peringkat awal yang sibuk mencari rezeki akibat masalah kemiskinan. Banyak individu yang luar biasa hanyalah biasa sebelum mereka menemui kekuatan mereka, bagi Harry Stack Sullivan “However, this period in his life was still confusing and unstable, and he showed little promise of the brilliant career that lay just ahead (Perry, 1982 dlm Feist & Feist, ms 205).” Sejak zaman kanak-kanak lagi, mereka berasa hairan mendapati orang lain tidak berkongsi minat, intensiti dan perspektif yang sama dengan mereka. Walaupun mereka menyedari perbezaan dirinya dengan orang lain sejak kecil lagi, banyak individu pintar cerdas sebenarnya tidak memiliki kesedaran konsep kepintarcerdasan ini. Mereka mungkin tidak menyedari mereka sebenarnya lebih cerdik daripada orang lain. Antara tugas perkembangan seorang remaja pintar cerdas yang paling penting adalah menyedari dirinya adalah pintar cerdas. Kalau tidak mencapai kesedaran ini, dia akan berasa dirinya bermasalah dan “tidak betul”. Kenyataan ini mungkin berbunyi tidak logik: mungkinkah seseorang pintar cerdas tidak menyedari keistimewaannya? Jawapannya bukan sahaja “ya” tetapi keadaan ini bukan luar biasa. Pada peringkat kanak-kanak dan remaja, mereka mendapati orang yang berautoriti selalu bertindak atau bercakap sesuatu yang “bodoh.” Orang yang berautoriti ini termasuklah guru, ibubapa, pemimpin, pakar-pakar, pensyarah atau buku. Pada asalnya mereka sangat keliru, sukar menerima hakikat ini dan bertanya-tanya, mereka cuba memberi alasan dan sebab untuk menerangkan jurang

209

antara status sosial dan kebolehan mental yang bercanggahan ini. Akhirnya mereka akan mencapai satu kesimpulan: sebab mereka lebih cerdik daripada orang lain. Kesedaran ini mungkin berlaku pada peringkat umur 20, 30 atau 40-an. Bukan sahaja susah menyedari mereka ini lebih cerdik daripada orang lain. Mereka juga mungkin menyalahfaham kepentingan faktor bukan kecerdasan sebagai elemen penting kepintarcerdasan. “Chance favors only the prepared mind,” Louis Pasteur pernah bercakap demikian. Latihan dan persediaan adalah penting bagi sesiapapun. Banyak yang menganggap golongan ini akan mencapai kemahiran tinggi tanpa latihan, tanggapan ini langsung salah. Menafikan kepintarcerdasan sendiri bermakna tidak bersedia. Pencapaian tinggi sebenarnya tidak bermakna kebahagian dan kesejahteraan. Tapi menafikan diri bermakna penderitaan dan kesengsaraan. Seseorang yang pintar cerdas sebenarnya tidak seharusnya berasa tertekan untuk “berjaya.” Mengakui dirinya pintar cerdas bermakna memahami apa yang tidak sesuai dengan diri dan mencari mana tempat yang sesuai “meletakkan” diri, seperti menjalankan pekerjaan yang sesuai dengan kebolehan sendiri. Kalau kita meneliti kisah hidup mereka yang memberi sumbangan besar kepada tamadun manusia, hidup mereka bukan senang dan tidak ada yang mencapai kejayaan dengan senang. Permasalahan ini mungkin bukan pilihan mereka sendiri, dan ini tidak bermaksud semua golongan pintar cerdas perlu menghadapi cabaran-cabaran ini untuk mencapai sesuatu yang luar biasa. Albert Einstein hanya bekerja sebagai seorang kerani di Swiss Patent Office semasa dia menulis mengenai Teori Relativiti. Erik Erikson hanya lepasan sekolah menengah. Selepas dia mendapat nama daripada penulisannya dia diterima masuk ke program PhD di Harvard. Tetapi dia tidak mampu menghabiskan pelajarannya yang terlalu mencabar dan terpaksa undur diri. Maslow dihantui banyak dan pelbagai jenis penyakit sepanjang hidupnya selain bergelut dengan masalah sosio-emosinya yang lain sebelum mahupun selepas dia menjadi nama yang terkemuka di kalangan orang ramai.

210

“Maslow’s health was never robust, and he suffered from a series of ailments, including chronic fatigue, hypoglycemia, an arthritic hip, and chronic heart problems…. A month before his death, he complained about people expecting him to be a courageous leader and spokesperson. He wrote: ’I am not temperamentally ‘courageous.’ My courage is really an overcoming of all sorts of inhibitions, politeness, gentleness, timidities and it always cost me a lot in fatigue, tension, apprehension, and bad sleeps.” (Feist & Feist, ms 497)

211

____________________________________ F. TABIAT

____________________________________ 1. SUSAH BERTINDAK Rita Levi-Montalcini (Nobel Prize Perubatan 1986) mengatakan, “In scientific research, neither the degree of one’s neither intelligence nor the ability to carry out one’s tasks with thoroughfulness and precision are factors essential to personal success and fulfillment. More important… are total dedication and a tendency to underestimate difficulties, which cause one to tackle problems that other, more critical and acute persons instead opt to avoid.” (McGrayne, ms 211) Pengetahuan semata-mata tidak membawa kepada tingkah-laku dan tindakan yang baik. Kalau ini benar, mereka yang paling berpengetahuan akan menjadi mereka yang paling sempurna, tetapi ini tidak pernah berlaku. Konflik juga tidak semestinya membawa kepada perubahan. Pembelajaran memerlukan masa dan usaha pada diri individu tersebut. Adakah seseorang yang kreatif akan semestinya menghasilkan karya yang kreatif? Jawapannya tidak. Untuk menerangkan soalan ini, perlu diperkenalkan konsep kreatif dan konsep inovatif. Seseorang yang kreatif boleh menjanakan banyak idea dari perspektif yang tidak diduga oleh orang lain. Inovatif pula merujuk kepada kebolehan melaksanakan idea tersebut, adakah ia praktikal? Bolehkah ia dilaksanakan dari segi teknologi dan sumber yang ada? Seseorang yang kreatif mungkin hanya merenung kosong dan tidak pernah terfikir melaksanakan idea tersebut. Inilah masalah yang biasa menghantui golongan pintar cerdas ini. Banyak individu yang pintar cerdas ada banyak idea dan kreatif sebab pembacaan yang intensif, pengetahuan yang luas dan minda yang tajam. Mereka sangat memahami dan berpengetahuan, tetapi

212

mereka tidak pernah melaksanakan idea-idea tersebut. Tanpa menghasilkan kerja yang konkrit, siapa boleh mengiktiraf “bakat” atau “potensi” itu? “Bakat” dan “potensi” bukan sumbangan, dan tidak boleh diberi kredit. Leonardo Da Vinci yang dianggap antara individu yang paling pintar cerdas mungkin menghadapi masalah ini, “Alas, as we all know, this marvelous intellectual effort went for nothing. His projected treatise on anatomy was never published; his scientific questions were not heard and could not be answered. … As with his few great works of art, nothing was finished; all was in his own mind, his own sketches, his own private notebooks.” (Ziman, ms 71) Terdapat banyak sebab kenapa keadaan ini berlaku, antaranya apa yang saya namakan keadaan “dilumpuhkan oleh idea”, sesuai dengan sifat yang suka merenung, menganalisa, reflektif, kritikal dan imaginatif yang memang sebati pada sesetengah golongan pintar cerdas. Mereka seolah-olah berfikir panjang lebar (sifat intensiti) sehingga susah bertindak dan gagal membuat keputusan. Saya cuba menerangkan keadaan ini dengan satu konsep fizik: inersia. Mengikut konsep inersia ini, terdapat satu daya yang cuba mengekalkan keadaan asal sesuatu objek, daya tambahan diperlukan untuk mengubah keadaan asal ini. Contohnya, sebuah bas yang sedang bergerak ditindakkan oleh daya inersia untuk terus bergerak (perlu daya lain untuk memberhentikannya); sebaliknya bas yang telah berhenti akan ditindakkan oleh inersia untuk terus dalam keadaan statik (memerlukan tenaga tambahan untuk menggerakkan bas tersebut). Mereka banyak berfikir, dan memang terus ditindakkan “daya inersia minda” ini untuk terus berfikir, diperlukan tenaga tambahan untuk memecahkan inersia merenung ini (satu sifat intensiti). Mereka takut membuat keputusan dan memikul tanggungjawab tersebut. Walaupun mereka sendiri faham inilah kelemahan mereka sendiri. Bagi James Mill, seorang prodigi yang dipaksa bapanya (bapanya ahli falsafah John Stuart Mill) membaca pada umur yang muda,

213

“Mill felt that there had been too much emphasis in his education on knowing at the expense of doing. He was never encouraged to gain practical skills. Also, because his father kept him away from other boys of his age, fearing ‘the contagion of vulgar modes of thought and feeling,’ he never learned any of the things that young people acquire from their contact with others.” (Howe, ms127) Pada masa yang sama, sesetengah individu pintar cerdas susah mengawal impuls mereka untuk bertindak. Akibat sikap impulsif dan motivasi yang tinggi. Ini menjadikan mereka bertindak terburu-buru sebelum menemui penyelesaian terbaik.

2. SUKA MENYALAHKAN DIRI ATAU MENGADU “H. G. Well recalled that his parents were poor and unhappily married, and not well-educated. He recollected spending his childhood years in a squalid house that was damp and bug-infested.... All that is entirely true but Well’s account does not less than full justice to a number of mitigating factors. His father who played cricket for Kent, was something of a local celebrity, and also a keen reader… Well’s mother too was not entirely an ordinary woman. She kept a daily diary, an unusual habit for a working class wife in the 1860s; she made a big effort to give her son a good start in life…” (Howe, ms 135) Akibat jangkaan yang tinggi dan perkembangan etika yang tinggi, banyak individu yang pintar cerdas menghadapi masalah yang boleh dinamakan “superego yang melampau berkembang” atau “overdeveloped superego”. Mereka yang bermasalah ini senang menyalahkan diri, tidak yakin, merasakan dirinya tidak cukup baik dan malu berhadapan dengan orang lain. Ini mungkin menjadikan mereka melepaskan tangan sebelum saat terakhir. Mereka selalu rasa bersalah

214

sebab mereka sepatutnya lebih baik lagi. Keadaan ini boleh dibagaikan rentetan simptom “saya budak baik” semasa kecil. Sikap suka menanggih simpati juga tidak membantu seseorang berjaya. Semua orang bermasalah sendiri, asyik berungut akan menjadikan orang lain berasa bosan. Mereka yang bersikap positif terutamanya, akan menjauhi golongan yang suka mengadu ini, sebab ia tidak memberi keyakinan kepada orang lain. Dia perlu selalu cuba mengatasi masalah sendiri dengan segala upaya. Merunggut tentang nasib diri yang malang, seperti latar belakang yang miskin tidak dapat mengatasi masalah kemiskinan. Masalah peribadi juga menjadi gangguan emosi yang mempengaruhi kerjanya. Apabila mereka merasakan dirinya tidak cukup baik, mereka mungkin menyalahkan orang lain untuk mempertahankan konsep kendirinya. Contohnya menganggap dirinya boleh mencapai lebih tinggi lagi kalau diberi pendidikan yang terbaik. Akibat sifat sensitif dan intensiti, mereka senang menjadi beremosi dan perasan, tetapi mereka perlu menyedari sendiri adalah masalah sendiri. Terutamanya bagi mereka yang berasal dari latar belakang sosio-ekonomi rendah, sifat sensitif menjadikan mereka lebih peka kepada ketaksamaan sosial sejak kecil lagi. Mereka mungkin menyalahkan ibubapanya yang tidak sama dengan ibubapa orang lain. Merungut seolah-olah suka memindahkan masalah sendiri, supaya menjadi masalah orang lain. Sudah tentu sikap begini menjadikan seseorang berhenti berubah.

3. CARA / SIKAP PENYELESAIAN MASALAH Dalam buku ini diterangkan banyak konflik, seperti konflik sosial, konflik minat / kecenderungan dan konflik komunikasi. Apakah cara anda berhadapan dengan konflik-konflik ini? Adakah anda cuba menghapuskan lawan atau cuba melarikan diri? Ataupun merujuk kepada autoriti? Adakah anda akan melarikan diri, kalau jangkaan orang lain berbeza dengan anda? Apakah reaksi anda kalau ditolak? Merayu atau mencari jalan lain? Akibat sifat egosentrik, kita mungkin menggunakan cara penyelesaian yang bersifat agresif terhadap pihak

215

lain. Sudah tentu cara ini akan mendatangkan kesan negatif yang berpanjangan. Buku ini banyak membincangkan masalah yang dihadapi oleh individu pintar cerdas, terutamanya yang berkaitan dengan sosio-emosi. Kita tidak boleh memilih keluarga kita, ia ditentukan oleh kelahiran kita. Kawan boleh dipilih sendiri, kalau anda tidak cukup kawan yang memahami diri anda, bolehkah anda mendapatkan kawan yang sesuai dengan anda? Adakah anda bekerja di tempat, di mana budayanya tidak sesuai dengan cara kerja anda? Adakah anda bekerja bagi profesion, di mana tidak dapat menonjolkan kelebihan anda? Kalau anda tidak dapat mengubah persekitaran, mungkin anda boleh mencari persekitaran yang lebih sesuai dengan diri. Ini termasuk mencari rakan seperjuangan yang serasi dengan cara anda, contohnya rakan yang dapat melengkapi kelemahan anda. Dalam dunia ini tiada cara penyesuaian yang paling sesuai untuk semua masalah. Dengan kesabaran, sesuatu masalah mungkin menjadi bukan masalah lagi. Cara yang tidak sesuai adalah cara yang membuta tuli dan menyakitkan orang lain. Ini selalu menggambarkan membuat keputusan sebelum pertimbangan terhadap kesannya.

4. TIDAK PRODUKTIF “He is said to have been a trouble-maker at his high school (which he left prematurely) and a pupil who gained low grades, failed examinations, and was particularly weak in languages. Unable to get the kind of job he sought on completing his education, Einstein was obliged, we are told, to take a menial post in a patents office.” (Howe, ms 138) Inilah gambaran hidup Einstein semasa di sekolah, dia hanya menjadi produktif apabila dia memahami kekuatannya dan melakukan apa yang memang sepatutnya dilakukannya: penulisan teori fizik. Bayangkanlah begini: setiap genius memiliki satu rahsia, apabila dia menemui rahsia kekuatannya dia menemui kunci untuk menyerlahkan dirinya.

216

Malangnya ini tidak selalu berlaku kepada semua individu pintar cerdas, banyak yang menyedari potensi diri yang pelbagai tidak pernah cuba menyalurkan / memanfaatkan potensi ini ke arah yang tertentu. Walaupun perlu ditegaskan: seseorang yang pintar cerdas tidak seharusnya berasa terdesak untuk mencapai tinggi, hanya sebab dia memiliki potensi tersebut. Tetapi pada kebanyakan masa, seseorang pintar cerdas yang tidak produktif adalah akibat daripada masalah lain. Ada banyak sebab yang menjadikan seseorang tidak produktif, antara sebab utama adalah faktor motivasi. Seseorang yang tidak berminat mencapai lebih tinggi memang tidak akan mencapai tinggi. Keadaan ini mungkin disebabkan mereka mendukung sistem nilai, di mana tidak semestinya serasi dengan nilai masyarakat, ataupun apa yang dianggap sebagai berjaya oleh orang kebanyakan. Mereka menganggap aspek yang lain lebih penting selain pelajaran atau kerjaya mereka. Banyak individu yang pintar cerdas tidak berminat menyampaikan hasil mereka dengan cara yang paling berkesan. Mereka melakukan sesuatu demi kepuasan diri tanpa mengambil kira penilaian orang lain terhadapnya. Akibatnya mereka cemerlang dalam proses tapi lemah dalam hasil akhir, mungkin disebabkan kehilangan minat selepas menghasilkannya (sifat egosentrik). “As we shall see, success often not goes to the individual who is most intelligent or capable in absolute terms, but to the man or woman who happens to possess just those skills or quantities that are needed in order to solve a particular problem at a particular moment in history.” (Howe, ms14) Pandangan ini mungkin tidak tepat menerangkan siapakah golongan pintar cerdas (berdasarkan kejayaan, pengiktirafan, nama atau pencapaian luar biasa), tetapi kenyataan ini jelas menggambarkan pandangan orang ramai terhadap makna istilah “genius”. Orang lain menilai kita melalui kerja yang dihasilkan bukan bakat yang ada pada diri kita. Begitu juga tanpa berkongsi ilmu, siapa yang akan mengiktiraf ilmu tersebut? Kadang-kadang mereka hilang keyakinan pada diri. Kalau mereka adalah tabah dan memahami kekuatan sendiri, mereka

217

boleh melakukan sesuatu tanpa galakan dan pengiktirafan orang lain. Samada mereka mendapat restu atau tidak. Keadaan ini juga mungkin akibat cara melakukan kerja yang tidak cekap menjadikannya senang letih dan menghabiskan banyak masa melakukan kerja remeh-temeh yang tidak penting. Kebanyakan penulis yang produktif, contohnya memperuntukkan masa yang tetap untuk menulis setiap hari secara konsisten. Mereka juga mengembangkan sistem sendiri untuk mengutip dan merekod idea / ilham, contohnya ditulis pada kertas yang kecil. McClintock akan menulis nota kecil di tepi buku semasa membaca, “imp” bermakna sesuatu yang penting, “exp” bermakna idea yang mungkin boleh diaplikasikan dalam eksperimennya. Tabiat ini berterusan sehingga dia meninggal dunia. Antara masalah yang dihadapi oleh kita semua adalah sikap suka menangguh, sehingga ia menjadi satu kebiasaan. Tabiat ini berlaku sebab kita takut berhadapan dengan tekanan melakukan sesuatu yang penting tapi mencabar, terutamanya yang memerlukan tumpuan yang tinggi. Masalah yang lain termasuklah, akibat mereka cepat bosan dengan konsep yang sedia difahami, mereka tidak berminat untuk merekodkan idea mereka sendiri secara teratur. Antara cara untuk mengatur idea mereka adalah menulis. Sebenarnya banyak penulis yang menganggap mereka hanya berfikir apabila mereka berhadapan dengan komputer dan menaip.

218

____________________________________ [BAB 6 BEBERAPA MISKONSEPSI BERKENAAN MEREKA ____________________________________ A. INDIVIDU PINTAR CERDAS BELAJAR DENGAN TERLALU CEPAT. Tiada sesiapapun yang belajar dengan terlalu “cepat”. Apa yang membezakan pelajar pintar cerdas dengan pelajar biasa lebih kepada tahap pembelajaran bukan kadar (kecepatan) pembelajaran sematamata. Ini bermakna, mereka akan mencapai tahap kepakaran yang tidak mungkin dicapai oleh manusia kebanyakan dalam bidang tertentu pada masa depan. “He displayed an impressive doggedness at persisting in the face of difficulties. Struggling to comprehend the mathematics in Descartes’s Geometry, Newton just kept on trying. He read it by himself when he was got over 2 or 3 pages he could understand no farther then he began again and got 3 or 4 pages farther till he came to another difficult place, then he began again and advanced further and continued doing so till he had made himself Master of the whole.” (Howe, ms 15) Dunia ini penuh dengan pelbagai kemusykilan dan masalah sejagat yang perlu diselesaikan. Pengetahuan yang ada pada kita adalah terlalu sedikit dalam konteks alam pengetahuan yang ada sekarang. Tidak sepatutnya terdapat pelajar yang belajar terlalu cepat, sebab dunia pengetahuan ini tidak ada batasnya, dan pelajar pintar cerdas menyedari hakikat ini lebih awal daripada orang lain. Sebab mereka 219

terlebih dahulu menyedari kekurangan pengetahuan sendiri. Pembelajaran adalah sangat susah kepada golongan pintar cerdas. Pendidik tidak seharusnya membataskan perkembangan pelajar setakat mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan. Sebaliknya menggalak mereka mengikuti perkembangan terkini dalam bidang pengetahuan. Ini adalah sangat mencabar kepada sesiapapun, pintar cerdas atau tidak. Apakah objektif pendidikan kita? Kadang-kadang kita memfokus kepada objektif kecil tetapi hilang fokus kepada gambaran besar yang lebih penting. Pembelajaran adalah sukar bagi semua orang, dan ia adalah “overwhelming” ataupun mendesak bagi individu pintar cerdas. Mereka terlebih-lebih lagi merasakan tekanan pembelajaran berbanding dengan orang biasa. Memandangkan konteks negara kita yang mementingkan pencapaian peperiksaan, golongan pintar cerdas juga terasa tekanan tersebut. Masyarakat menganggap pelajar pintar cerdas belajar dengan terlalu cepat sebab mereka menetapkan had kepada pembelajaran. Kurikulum, peperiksaan dan ijazah bukan had kepada pembelajaran, akademik ataupun bukan akademik. Bagi pelajar pintar cerdas yang bermasalah pembelajaran seperti membaca atau menulis (disleksia), kecerdasan mereka telah menjadikan masalah pembelajaran mereka berselindung (orang dewasa tidak perhatikan mereka menghadapi masalah pembelajaran ini). Sehinggakan kecerdasan mereka dinafikan. Biasanya orang dewasa akan menganggap pelajar ini sangat cerdik, tapi ini tidak digambarkan dalam keputusan akademiknya. Lama-kelamaan, akibat tidak disokong oleh kemahiran membaca, perkembangan mereka akan terjejas, sebab kemahiran membaca sangat penting kepada perkembangan intelek. Dengan itu kecerdasannya telah menjadikan masalahnya tidak disedari oleh orang dewasa. Sudah tentu mereka tidak mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Golongan ini dianggap pencapai rendah pelajar pintar cerdas. Walau bagaimanapun, mungkin mereka akan mengatasi kelemahan ini apabila melangkah ke masyarakat dan mencapai sesuatu yang luar biasa. Terdapat segelintir masyarakat yang menganggap memberi pendidikan yang intensif kepada kanak-kanak yang pintar cerdas adalah

220

menafikan zaman kanak-kanak yang normal kepada mereka. Walaupun saya membantah keras amalan memaksa anak pintar cerdas, demi memuaskan keperluan ibubapa mendapat nama, tetapi kita perlu menyedari mereka memang bukan “normal.” Menafikan mereka peluang belajar tidak akan menjadikan mereka normal seperti kanak-kanak lain. Sebaliknya ia akan membawa banyak masalah sosioemosi kepada mereka. Yang penting kita perlu berfikir dari perspektif mereka. Pengalaman yang mengecewakan semasa zaman persekolahan menjadikan ibubapa dan guru cenderung takut terlalu mendesak kepada anak. Tetapi kita perlu menyedari pengalaman peribadi kita tidak semestinya sesuai dengan apa yang berlaku kepada anak, sebab dia memang berbeza.

B. SESEORANG DENGAN IQ 140 BOLEH BERJAYA DALAM MANAMANA BIDANG ATAU USAHA. Sebenarnya, kecerdasan tidak sama makna dengan “kebolehan mental” atau kebolehan semata-mata. Banyak yang mengkritik apa yang diuji dalam ujian IQ hanyalah kecerdasan sekolah atau kecerdasan akademik. Secara purata, lepasan IPT mencapai IQ dalam lingkungan 120-125, walau bagaimanapun ini tidak bermakna seseorang dengan IQ yang tinggi sesuai dengan SEMUA pekerjaan. Sebaliknya kebolehannya yang unik mungkin menghadkan jenis pekerjaan yang sesuai dengan sifatnya. Mungkin penyesuaian tugas ini juga sama dengan penyesuaian sosial: mungkin mereka dalam lingkungan yang tinggi tetapi bukan terlampau tinggi (IQ 125-145) akan senang menyesuaikan diri dalam kebanyakan situasi. Kecerdasan seperti yang diukur dalam ujian IQ adalah kebolehan pemikiran abstrak. Golongan seperti saintis, ahli falsafah, pemikir (dalam pelbagai domain), ahli matematik dan penulis kreatif adalah antara golongan yang paling “cerdik” mengikut ukuran IQ yang konvensional. Jelasnya dari pengalaman kita, seorang ahli falsafah tidak semestinya berpotensi menjadi seorang usahawan yang berjaya. Terdapat banyak bidang yang mungkin tidak begitu berkait rapat dengan kebolehan pemikiran abstrak. Pertimbangan yang tepat, kebolehan yang seimbang, personaliti yang menarik, kecekapan dan 221

keberkesanan, memahami keutamaan, pandai merebut peluang dan sebagainya mungkin lebih penting dalam kejayaan dunia perniagaan, contohnya. Dari pengalaman hidup kita, seseorang setiausaha yang cekap tidak semestinya menjadi seorang pengurus yang baik. Perbezaan antara individu membolehkan kita memainkan peranan dan fungsi yang berbeza dalam masyarakat. Contohnya seorang pengarah syarikat perlu memiliki kemahiran konseptual yang tinggi, tetapi dia mungkin lemah dalam kemahiran teknikal dan memerlukan bantuan setiausaha, penganalisa dan eksekutif yang lain.

C. PELAJAR BIASA MENERIMA JAWAPAN, PELAJAR PINTAR CERDAS MENYELESAIKAN MASALAH. Kenyataan ini, dan juga kenyataan lain seperti ‘pelajar pintar cerdas adalah pemikir divergen, pelajar biasa adalah pemikir konvergen” adalah satu kenyataan “romanticized” yang mengagung-agungkan dan membeza-bezakan golongan pintar cerdas dengan pelajar yang biasa. Semua pelajar boleh berfikir secara konvergen dan divergen mengikut keperluan. Kenyataan seperti “pelajar pintar cerdas adalah pemikir kritikal dan pelajar biasa hanya penerima ilmu semata-mata” juga tidak tepat. Seolah-olah golongan ini adalah satu spesies yang langsung berbeza dengan manusia biasa. Stereotaiping begini yang akan menggagalkan usaha pendidikan pintar cerdas. Semua orang boleh belajar dengan / tentang menyelesaikan masalah atau pemikiran kritikal, bukannya hak eksklusif individu pintar cerdas. Perbezaannya adalah jenis masalah dan cara penyelesaian masalah mengikut minat individu. Tidak ada sesiapa yang boleh menyelesaikan masalah secara semulajadi, pengalaman dan pendedahan adalah sangat penting kepada sesiapapun, biasa atau pintar cerdas. Sikap pelajar pintar cerdas yang kritikal, menjadikan mereka tidak mudah menerima jawapan yang mudah, dan mencabar sesuatu yang lebih asas. Contohnya, mereka mungkin menanya: adakah sistem nombor yang kita gunakan pada kehidupan seharian sesuatu yang sah? Bolehkah ia dibuktikan? Apabila pelajar biasa sibuk menghafal fakta dari buku rujukan, mereka mungkin mempersoalkan kaedah empirikal, 222

positivisme logikal dan rasionalisme yang objektif sebagai asas epistemologi sistem pengetahuan kita. Seperti Rene Descartes yang tertanya-tanya adakah buku yang dibaca itu boleh dipercayai? Bagaimana manusia boleh mengenal dunia ini? Sikap curiga dan kritikal ini menjadikan mereka meneliti dan menilai setiap maklumat yang diterima. Kalau tidak mendapat jawapan tersebut, motivasi untuk belajar menjadi kurang. Individu pintar cerdas seperti orang biasa berfikir dengan corak yang sangat berbeza, mahupun bercanggah sesama sendiri. Sigmund Freud dan B. F. Skinner contohnya, adalah dua orang psikologis yang pintar cerdas, corak pemikiran mereka adalah bercanggah sebenarnya. Skinner tidak akan membaca buku yang ditulis oleh Freud. Ahli sosiologi dan ahli matematik, contohnya juga berfikir secara berbeza dan melihat sesuatu dari perspektif yang berbeza. Ini sebenarnya boleh menjadi punca konflik (rujuk bahagian Bab 2: Kecerdasan yang Pelbagai). Seseorang ahli sosiologi melihat “budaya” dalam segala aspek hidupnya, dia melihat budaya dan fenomena masyarakat sebagai proses yang selalu berkembang dan berubah. Seorang ahli statistik mungkin melihat “kebarangkalian” dalam segala aspek hidupnya. Kenyataan-kenyataan sebegini sebenarnya menggalakkan stereotaip dan “romanticize” golongan pintar cerdas ini. Stereotaip dan bias sebaliknya menjadi punca diskriminasi, seolah-olah golongan ini adalah satu kelompok yang homogenous.

D. GURU PERLU MEMBERI LEBIH BANYAK LATIHAN KEPADA PELAJAR PINTAR CERDAS. Guru perlu memberi latihan yang sesuai dengan minat dan kecenderungan pelajar pintar cerdas. Bukan melipatgandakan kuantiti latihan kepada pelajar biasa. Keadaan ini boleh dibagaikan: kalau anda tidak sesuai atau tidak suka makan ayam, anda sepatutnya diberi ikan atau makanan lain, bukannya ayam tambahan. Ayam yang berlebihan tidak akan menjadikan anda lebih suka makan ayam. Sebaliknya ia akan menjadikan anda lebih melarikan diri daripada ayam. Perbezaan kualiti, bukan kuantiti pelajar pintar cerdas boleh diperlihatkan dalam tahap pemikiran yang berbeza, cara penyelesaian / 223

kaedah yang kreatif, jenis buku yang dibaca, jenis pengetahuan yang dipelajari, sikap, tingkah laku dan keputusan mereka. Tahap yang boleh dicapai oleh mereka sangat susah dicapai oleh pelajar yang lain. Keadaan ini berlaku boleh dibagaikan perubahan pada bentuk air: apabila suhu air meningkat isipadunya akan meningkat (perubahan kuantiti). Tetapi apabila suhu ini mencecah takat didih, air akan bertukar menjadi wap air (perubahan kualiti), di mana sifat dan fizikalnya berbeza langsung dengan cecair air. Analogi ini boleh dibandingkan dengan perkembangan pelajar pintar cerdas. Apabila pelajar pintar cerdas membaca / belajar dengan banyak, mereka memahami banyak konsep (skema), dengan kata lain mereka banyak berpengetahuan. Kita mempelajari sesuatu dengan mengaitkan dengan apa yang telah kita sedia tahu. Semua konsep ini bergabung jalin dan membantu kita memahami konsep yang lain / baru (di mana ia lebih rumit dan sukar difahami tanpa skemata yang luas), kerangka minda atau pengetahuan sedia ada (skemata) mereka akan berkembang. Dengan kata lain: semakin berpengetahuan seseorang, semakin senang dia memperoleh pengetahuan baru. Sebab dia senang mengaitkan maklumat baru (skema) dengan pengetahuan-pengetahuan sedia ada (skemata). Kalau seseorang dapat memahami banyak konsep, ini adalah satu perbezaan kuantiti. Individu yang lain, kalau banyak belajar juga dapat memahami semua konsep yang difahami oleh orang itu. Tetapi kalau perkembangan skemata seseorang telah begitu maju berkembang, sehingga membolehkan dia memahami konsep lain yang lebih tinggi tahap, di mana orang lain susah memahami konsep itu, walaupun mereka cuba sedaya-upaya. Pada tahap ini, perubahan kuantiti telah berlaku. Dengan kata lain, perubahan kuantiti yang cepat dan berterusan akan membawa kepada perubahan kualiti. Keadaan perubahan kuantiti ini berlaku berterusan sehingga pada takat tertentu, skemata mereka mencapai takat kemajuan yang tertentu sehingga mereka boleh memahami konsep (skema) baru yang tidak mungkin difahami oleh rakan sebaya. Pada masa ini mereka berfikir pada landasan yang berbeza dengan orang lain dalam bidang tertentu (mengikut kelebihan dan minat individu tersebut). Jenis tugasan dan pengetahuan yang berbeza perlu diberikan kepada mereka pada tahap

224

ini supaya sesuai dengan keperluan mereka. Guru sebenarnya perlu membantunya mencapai perubahan kualiti ini. Sebaliknya, “ayam tambahan” tidak akan menarik minatnya lagi, walaupun dia belum menghabiskan semua “ayam.” Mereka yang pintar cerdas bukan berfikir banyak, atau berfikir lain, mereka berfikir secara berlainan sebenarnya. Implikasi kepada program pendidikan pintar cerdas adalah: penekanan perlu diletakkan dalam kualiti, seperti melatih tahap pemikiran yang lebih tinggi dan perkembangan konseptual. Bukannya menambahkan kuantiti, seperti pengulangan fakta yang lebih banyak atau latihan yang lebih. Kerja salin-menyalin, contohnya hanya mencabar otot jari (motor halus) bukannya minda dan perlu dielakkan. Kadang-kadang, kerja salin-menyalin ini bertujuan sebagai hukuman untuk mematahkan semangat dan “mendisiplinkan” pelajar yang pintar cerdas.

E. PELAJAR PINTAR CERDAS AKAN MENJADI RAPAT SESAMA SENDIRI. “His Irish brogue and his sharp mind made him unpopular with his classmates…… When Sullivan was 81 /2 years old, he formed a close friendship with a 13-year-old boy from a neighboring farm…… Although the two boys were not peers chronologically, they had much in common socially and intellectually. Both were retarded socially but advanced intellectually; both later became psychiatrists and neither ever married.” (Feist & Feist, ms 204) Persahabatan yang sangat rapat antara dua pelajar pintar cerdas adalah biasa, mereka tidak berminat atau tidak boleh menjadi “popular.” Ini mungkin sebab sifat intensiti yang ada pada mereka, dan sukarnya mencari yang sejenis dengan mereka. Secara biasanya, kanak-kanak pintar cerdas menyedari perbezaan mereka semasa kecil lagi. Mereka berasa tertarik kepada mereka yang sama jenis dengan mereka (walaupun mereka tidak menyedari kenapa mereka suka kepada orang tersebut). Mereka juga suka kepada orang dewasa yang sama jenis

225

dengan mereka. Orang biasa (seperti ibubapa dan guru) mungkin susah mengenalpasti siapakah yang pintar cerdas, tetapi kanak-kanak pintar cerdas sendiri akan cepat mengesan kanak-kanak lain yang pintar cerdas juga. Tetapi ini tidak semestinya berlaku, terutama kalau dia berasal dari latar belakang status sosio-ekonomi yang rendah, di mana dia susah mengenal kanak-kanak lain yang sama dengannya. Mereka susah berkawan dengan pelajar lain sebab mereka berbeza dengan orang lain. Keadaan ini juga mungkin berlaku walaupun sesama golongan pintar cerdas. Disebabkan perkembangan mereka yang lebih ekstrim (sifat intensiti), mereka membentuk golongan yang agak berbeza dan heterogenous antara satu sama lain, dari segi minat, (jenis) kecerdasan, cara belajar, personaliti dan sikap (sifat kompleksiti). Seperti pelajar yang biasa, persahabatan yang terbentuk antara pelajar pintar cerdas bergantung kepada banyak faktor lain selain intelek dan minat yang serasi. Katakanlah terdapat dua murid yang pintar-cerdas dalam kelas, seorangnya bernama Skinner dan seorang lagi bernama Fraud, keduaduanya pintar cerdas. Skinner suka kepada sains, kesusasteraan dan matematik, dia seorang yang serius, teratur, teliti dan rapi. Pada peringkat remaja lagi, dia telah menunjukkan ciri-ciri seorang ekperimenter yang cemerlang. Fraud sebaliknya, suka berimaginasi, kreatif dan tertarik kepada buku falsafah, dia seorang yang sensitif, reflektif dan pemalu. Adakah mereka dua ini akan menjadi rapat sesama sendiri? Mereka mungkin boleh berkongsi idea (mereka boleh memahani idea sesama sendiri), tetapi mereka susah menjadi rapat akibat perbezaan sifat yang ketara ini. Guru kalau boleh perlu mendapatkan individu yang seiras dengan mereka (samada orang dewasa ataupun pelajar yang lain). Orang dewasa yang mirip kepada mereka adalah sangat penting sebagai rol model dan juga sebagai kawan, sebab mereka sebagai minoriti perlu diyakinkan golongan seperti mereka boleh, dan akan mencapai kesejahteraan dan keseimbangan dalam hidup. Sumbangan guru yang paling penting mungkinlah menjadi kawan kepada pelajar yang pintar cerdas tersebut sendiri. Bagi mereka yang terlalu tinggi kecerdasan, mereka perlu difahamkan: bukan kesalahan mereka menjadi tidak popular. Kadang-kadang bukannya mereka tidak memiliki kemahiran

226

sosial, bersikap sombong atau tidak peramah. Mereka hanyalah terlalu cerdik untuk menjadi kawan rapat orang lain, dan ini bukannya kesalahan mereka. Ini tidak bermakna mereka tidak perlu berusaha memahami orang lain dan mencari kawan. Menjadi tanggapan biasa, seorang yang tidak pandai bersosial akan dihukum bagi kelemahannya ini. Ini tidak benar bagi golongan pintar cerdas yang terlampau tinggi kecerdasan. Disebabkan mereka ini terlalu berbeza, mereka akan merasakan diri mereka keseorangan. Pendedahan kepada kenalan yang pelbagai, samada pintar cerdas atau biasa akan membantunya menyedari kepelbagaian sesama manusia, dan ini dapat mengurangkan perasaan negatif tersebut. Masalah berlaku di keluarga yang budayanya tertutup dan suka mengasingkan diri, ini akan menjadikan masalahnya bertambah buruk dan hilang keyakinan. Terdapat pelajar yang tidak disukai di kalangan pelajar biasa dan juga pelajar pintar. Contohnya mereka yang kurang yakin, tidak pandai bersosial dan kuat cemburu (terlalu akademik). Sifat-sifat yang menjadikan mereka tidak popular ini adalah sama bagi pelajar pintar cerdas atau tidak. Salah faham ini adalah akibat stereotaip yang menganggap golongan ini adalah jenis yang sama, seperti yang digambarkan dalam gelaran “nerd” atau “geek”. Padahal golongan ini adalah satu golongan yang sangat pelbagai kalau kita memahami tentang mereka.

F. PELAJAR YANG PINTAR CERDAS AKAN MENJADI BIASA APABILA DEWASA NANTI. “Accounts of the lives of prodigies are a rich source of information about the antecedents and possible causes of genius. In particular, they can tell us much bout relationships between the events of someone’s childhood and the person’s personal achievements. But the links between being a child prodigy and being an adult genius are not always straightforward. There are no inevitable connections. Some prodigies became geniuses, but the

227

majority does not. Conversely, although a number of geniuses were prodigies in childhood, others, such as Darwin, were not at all precocious.” (Howe, ms 136) Idea dalam petikan ini jelas bercanggah dengan konsep buku ini yang menegaskan kepintarcerdasan sebagai satu set tingkah laku pintar cerdas. Percanggahan ini adalah boleh difahami: maksud genius dan pintar cerdas yang digunakan oleh Howe adalah berbeza dengan buku ini. Ia sebenarnya bukan percanggahan tetapi perbezaan dalam penakrifan istilah (penggunaan bahasa). Perbezaan penggunaan istilah ini boleh diselesaikan melalui apa yang kita fahamkan mengenai psikologi pintar cerdas. Pandangan Profesor Howe adalah boleh difahami dari cara Howe mengkaji genius. Howe mengkaji biografi prodigi yang berekod dan mendapati, sebahagian besar prodigi menjadi orang penting, tetapi jauh di bawah jangkaan orang ramai, berdasarkan pencapaian mereka yang begitu menonjol semasa kecil. Prodigi adalah kanak-kanak yang menunjukkan kebolehan luar biasa di mana tidak sepadan dengan umur mereka, contohnya membaca 3 bahasa pada umur 4. Prodigi ini terutamanya banyak terdapat dalam bidang muzik, nama seperti Beethoven, Mozart, Chopin dan Schumann adalah prodigi dan orang penting dalam bidang muzik. Sebahagian prodigi menghadapi masalah penyesuaian semasa peringkat dewasa tetapi masih mampu mendapat pencapaian tinggi atau luar biasa (contohnya Weiner), sebahagian kecil lagi tidak boleh menyesuaikan diri langsung semasa dewasa dan menghadapi masalah seperti kemurungan, sakit jiwa, pengangguran, jenayah, membunuh diri. Kalau kita menggabungkan kajian biografi ini dengan apa yang kita faham tentang psikologi pintar cerdas, maka kita akan mendapat gambaran yang jelas apa yang berlaku kepada hidup mereka. Seperti yang saya terangkan pada bab 1, perkembangan mereka cenderung tidak sekata sepanjang hayat (sifat kompleksiti), pembelajaran terpendam, perkembangan awal, “late bloomer” ini semua adalah biasa bagi mereka. Ini menerangkan kenapa perkembangan mereka selepas itu nampak terlalu biasa kalau berbanding dengan perkembangan semasa awal kanak-kanak. Bagi prodigi yang

228

direkodkan, kebanyakannya adalah hasil pemupukan ibubapa secara teratur, mereka diajar mengenal huruf dan nombor sejak dilahirkan lagi. Kebanyakan ibubapa (terutamanya bapa) ini mendapat ilham daripada sebuah buku klasik yang ditulis oleh Karl Witte. Buku ini menerangkan rahsia-rahsia Karl Witte dalam mendidik anaknya, (anaknya seorang prodigi yang menjadi pakar mengkaji Dante selepas itu). Anaknya adalah contoh prodigi yang mencapai tinggi, tetapi lebih rendah daripada jangkaan orang lain (berbanding dengan pencapaian luar biasa semasa kecil). Untuk menerangkan keadaan ini, biarlah saya terangkan dengan dengan satu analogi yang berpadanan dengan perkembangan intelek. Katakanlah mengikut genetik, anda boleh mencapai ketinggian optimal 1.8 meter, tetapi akibat malnutrisi semasa zaman kanak-kanak, perkembangan anda terencat sedikit. Pada zaman remaja anda mendapat nutrisi yang secukupnya, ini menjadikan anda cepat mengatasi rakan sebaya yang lain. Akhirnya anda mencapai ketinggian 1.75 meter. Satu ukuran yang masih dianggap tinggi walaupun bukan perkembangan yang optimal. Keadaan ini boleh dibagaikan apa yang berlaku kepada genius yang nampak biasa semasa kecil tetapi menjadi genius satu hari apabila mereka semakin mengatasi halangan dan sekatan, sehingga bakat mereka semakin terserlah. Contohnya Stephenson (tidak pernah ke sekolah akibat kemiskinan), Darwin (kecerdasan naturalisttnya tidak digalakkan bapanya, jenis kepintarcerdasan yang tidak diberi pengiktirafan oleh masyarakat masa itu), Maslow (minatnya bukan dalam subjek konvensional sekolah). Masih ingat dapatan kajian Terman? Yang juga menyokong idea ini secara langsung dan tidak langsung. Cuba kaitkan konsep ini dengan Teori Lingkungan Reaksi yang diterangkan dalam Bab 2? Bagi anak Karl Witte dan prodigi yang lain, mereka mencapai perkembangan yang lebih optimal. Ini bermakna mereka menyerlahkan semua potensi mereka lebih awal berbanding orang lain akibat didikan ibubapa mereka yang begitu hebat. Malangnya idea Karl Witte selalu disalahtafsir sehingga ada ibubapa yang hanya memfokuskan perkembangan subjek yang tertentu. Perkembangan tidak harmonis dan seimbang akan menjadi bencana, apabila anak ini besar nanti. Ini jelas bercanggah langsung dengan idea Witte. Witte sebenarnya adalah

229

antara pendidik yang paling hebat dalam sejarah. Mungkin kemahiran seperti bahasa dan matematik adalah penting semasa peringkat awal dan perlu pemupukan awal (zaman optimal / sensitif). Jangan kita terlalu mengongkongkan diri dengan konsep zaman sensitif ini. Seseorang yang belajar matematik pada umur 25 atau 30 masih boleh menguasainya dan menjadi pakar, kalau dia sangat berminat dalam bidang ini. Seseorang yang pintar cerdas akan membawa ciri-ciri pintar cerdas ini pada sepanjang hayatnya. (Tingkah laku) kecerdasan adalah atribut yang stabil sepanjang hayat kita. Kenyataan yang mengatakan ciri-ciri pintar-cerdas ini akan hilang adalah bercanggah dengan prinsip perkembangan. Tanggapan ini berlaku sebab banyak kanak-kanak pintar cerdas tidak mencapai kejayaan besar seperti yang dijangka. Bayangkanlah zaman kanak-kanak bagi Stephenson, Darwin dan Maslow, adakah mereka kanak-kanak biasa tanpa sebarang perbezaan? Kalau kita faham konsep kepintarcerdasan ini, maka jawapannya adalah tidak. Sudah pasti mereka menunjukkan keistimewaan yang tertentu semasa kecil seperti yang diterangkan dalam buku ini, cuma keistimewaan ini tidak diperhatikan dan diabaikan oleh ibubapa / guru yang tidak sensitif. Kalau ditanyakan ibubapa dan guru, mereka mungkin dianggap “nampak macam cerdik secara umum, tetapi tidak menonjol dalam mana-mana bidang atau akademik.” Bagi mereka yang menjadi biasa semasa peringkat dewasa, terdapat banyak sebab kenapa mereka tidak mencapai “kejayaan” pada peringkat dewasa. Seperti mereka tidak memahami tentang diri mereka, gangguan emosi, tidak mendapat sokongan dan pendidikan yang bersesuaian, ataupun pilihan mereka sendiri. Percanggahan dengan jangkaan ibubapa, guru dan masyarakat mungkin membawa tekanan yang berlebihan kepada mereka. Ini jugalah sebab banyak ibubapa kanak-kanak pintar cerdas menafikan kecerdasan anak mereka (untuk mengelakkan tekanan yang tidak perlu bagi anak mereka). Ibubapa takut anak mereka menjadi biasa pada masa depan dan ini memberi tekanan yang berlebihan kepada mereka, lantaran itu mereka langsung menafikan anak mereka ini adalah pintar cerdas. Tegasnya, Individu yang pintar cerdas juga susah memahami individu pintar cerdas yang lain, dan juga mereka sendiri. Keadaan ini

230

berlaku kalau dia tidak tinggi dari segi kecerdasan intrapersonal. Memahami diri kita adakalanya lebih susah daripada memahami orang lain. Banyak individu pintar cerdas yang tidak menyedari mereka ini adalah pintar cerdas, sebaliknya menganggap diri mereka ini tidak normal atau ada masalah mental. Keadaan ini biasa berlaku sebab mereka tidak menonjol dalam akademik (dan dengan itu tidak diberi pengiktirafan sebagai pintar-cerdas). Banyak individu dikenalpasti sebagai pintar cerdas bukan dari segi pencapaian mereka tetapi dari segi masalah yang mereka hadapi (masalah akibat daripada sifat pintar cerdas tersebut). Budaya kita yang mementingkan pencapaian akademik juga menjadikan kita mengaitkan akademik dengan kejayaan. Pengalaman yang berpanjangan dalam akademik semasa zaman kanak-kanak dan remaja menjadikan kita menganggap mereka yang berjaya dalam akademik bersamaan dengan kejayaan dalam hidup. Padahal kecerdasan yang kita ukur dan bincangkan bukan “success quotient”.

G. PELAJAR YANG KREATIF ADALAH PELAJAR PINTAR CERDAS. Secara umumnya kreativiti berhubungan positif dengan tahap kecerdasan, maknanya semakin meningkatnya kecerdasan kreativiti juga meningkat. Tetapi hubungan positif ini hanya sehingga takat kecerdasan yang tertentu. Ini bermakna mereka yang paling cerdas bukan semestinya mereka yang paling kreatif. Golongan yang kreatif lebih tinggi sedikit dalam kecerdasan berbanding orang biasa, tetapi hubungan langsung ini hanya wujud setakat tahap kecerdasan tertentu. Tegasnya bukan semakin cerdik semakin kreatif seseorang. Ini bermakna kita tidak boleh menganggap mereka yang bekerja dalam profesion yang memerlukan kreativiti tinggi seperti penulis skrip, pengiklanan dan rekabentuk semua adalah genius. Kreativiti, sebagaimana ciri-ciri kanak-kanak pintar cerdas yang lain wujud pada banyak individu yang lain. Contohnya, salah satu ciri-ciri individu pintar cerdas adalah idealistik, tetapi bukan semua individu idealistik adalah pintar cerdas. Bukan semua individu yang kreatif adalah pintar cerdas. Pintar cerdas sebagai satu ciri-ciri yang dominan 231

mesti memberi kesan kepada semua kebolehan mental, termasuk kreativiti. Walau bagaimanapun, kita menemui banyak individu pintar cerdas yang tidak kreatif pada kehidupan seharian, ataupun mereka kreatif di bidang yang tidak dianggap kreatif oleh orang lain, contohnya dalam bidang pemikiran dan akademik.

H. INDIVIDU PINTAR CERDAS MENGHABISKAN SESUATU TUGAS DENGAN CEPAT. Dengan kuantiti tugasan yang sama, mereka menghabiskan kerja tersebut dengan lebih cepat. Ini sebenarnya merupakan satu bukti mereka adalah pencapai rendah (underachiever), sebab mereka tidak dicabar dengan secukupnya. Mereka juga mungkin menghantar tugasan yang berlebih-lebih kepada guru, lebih tinggi dan susah daripada jangkaan guru. Pada masa yang sama, individu pintar cerdas biasanya menghabiskan tugas yang terbuka (bebas) dengan masa yang lama. Sebab sikapnya yang perfektionis, mereka selalu tidak berpuas hati dengan hasil kerja sendiri. Maka adalah biasa mereka suka berlengah sehingga saat terakhir. Mereka mungkin tidak boleh memulakan sesuatu tugas sebab “belum mendapat idea yang sesuai.” Mereka akan menafikan semua idea sendiri sebab idea mereka itu selalunya tidak cukup baik, dan idea yang baik selalunya belum dicapai lagi. Implikasi kepada anda sebagai orang dewasa dalam membantu anak murid anda? Menggalakkan mereka memulakan tugasan dengan awal. Memberi contoh-contoh hasil kerja yang baik, idea, inspirasi dan ilham, membantu mereka menyempurnakan lagi hasil kerja. (Jangan memberi “nasihat”, “cadangan” atau “komen.”) Memaafkan mereka kalau mereka lewat menghantar, memberi idea dari segi pengurusan masa. Memberi masa yang lebih kepada mereka. Mengurangkan bilangan tugasan supaya mereka boleh bertumpu menangani satu-satu masalah / tugasan yang lebih mencabar. Mengurangkan kuantiti tugasan, meningkatkan jangkaan “kualiti”. 232

Kesempurnaan dapat dicapai dengan memurnikan apa yang sedia ada. Menjangkakan penambahbaikan bukan kesempurnaan. “Something good enough is good enough!”

I. KANAK-KANAK PINTAR CERDAS DALAM KELAS SAYA TIDAK MENUNJUKKAN CIRI-CIRI YANG DISEBUT DALAM BUKU INI! Ciri-ciri yang dihuraikan dalam buku ini hanyalah ciri-ciri am yang ditunjukkan oleh kebanyakan individu yang sangat pintar cerdas. Katakanlah anda mengenal seribu kawan yang pintar cerdas, kamu akan mendapati mereka berkongsi ciri-ciri yang tertentu. Tetapi dalam realiti, keadaam ini tidak wujud. Ini adalah disebabkan kebarangkalian kita menemui atau mengenalpasti seseorang itu sebagai pintar cerdas dalam kehidupan seharian adalah rendah. Besar kemungkinan kita menemui individu pintar cerdas yang tidak memenuhi penerangan dalam buku ini. Ciri-ciri pintar cerdas ini tidak semestinya berhubungan langsung dengan ketinggian kecerdasan. Contohnya salah satu ciri yang diterangkan adalah idealistik, ini tidak bermakna semakin tinggi kecerdasan, semakin idealistik seseorang itu. Tidak semestinya semakin cerdik, semakin banyak ciri-ciri kecerdasan ini yang ditunjukkan. Seperti orang biasa, terdapat orang yang baik dan orang yang jahat dalam golongan pintar cerdas. Tetapi secara keseluruhan, kualiti adalah bersifat holistik. Kebanyakan daripada mereka adalah golongan yang boleh dipercayai dan jujur. Sebagaimana kumpulan manusia yang lain, terdapat individu pintar cerdas yang bersikap kejam, jahat, mementingkan diri, tidak matang pemikiran, agresif, penakut, berasa inferior dan lain-lain. Bukan luar biasa kalau individu pintar cerdas mengalami konsep kendiri yang rendah, sebab jangkaan dirinya yang sangat tinggi. Perbezaan individu wujud mengikut personaliti seseorang. Contohnya kalau Ali seorang yang revolusioner dan selalu terikat dengan motivasi melakukan sesuatu yang betul dari segi moral. Dia akan menghadapi masalah perfeksionis yang lebih serius. Ini akan menjadikannya lebih cenderung mengkritik dirinya dan orang lain. 233

Sebaliknya kalau dia seorang yang berfikir secara “outward”, dia akan kurang menghadapi masalah rasa bersalah dan bebas menyampaikan maksudnya, mengejar apa yang dikehendakinya seperti status dan kuasa. Ciri-ciri ini juga bergantung kepada tahap kesejahteraan seseorang. Kalau konsep kendiri seseorang telah terjejas, maka petanda-petanda yang negatif seperti hasad dengki, sikap dingin, membalas dendam dan sebagainya akan menimbulkan diri. Seseorang yang bersikap sinis akan lebih senang menerima perbezaan orang lain kalau dia mencapai konsep kendiri yang sihat. Apa yang boleh kita katakan tentang golongan ini adalah: secara keseluruhan, kebanyakan daripada mereka menunjukkan lebih banyak ciri-ciri yang positif daripada yang negatif.

J. INDIVIDU PINTAR BILANGANNYA.

CERDAS

ADALAH

SANGAT

KURANG

“So the accolade of genius is bestowed on a person for creating something that others admire, rather than for being outstandingly clever…… Richard Burton (1821-90) was one of the most dazzling of all Victorians. As well as translating the Arabian Nights into English, he led expeditions of discovery, translated other poetry and folklore, mastered around thirty languages, wrote poetry of his own, contributed to archaeology, ethnology, anthropology, and the study of swordsmanship, and also made discoveries in botany, zoology, and geology. Yet, largely because his achievements were so scattered, few have thought Burton to have been a genius, for all his brilliance.” (Howe, ms 12) Petikan ini menunjukkan pandangan orang ramai terhadap apakah maksud istilah “genius”. Penulis ini Howe menganggap genius adalah mereka yang telah melakukan sesuatu yang luar biasa dan diberi pengiktirafan oleh orang ramai. Ini jelas berbeza dengan maksud apa

234

yang dibincangkan dalam buku ini. Penulis ini juga mengatakan seseorang yang biasa mungkin menjadi genius selepas sekian lama dan diiktiraf oleh generasi yang baru, contohnya Botticelli dan Bach tidak dianggap sebagai genius oleh mereka yang kontemporari tetapi menjadi genius sekarang (Howe, ms14). Tanggapan ini juga berbeza dengan idea buku ini: pintar cerdas sebagai satu set tingkah laku dan ciri-ciri yang agak stabil sepanjang hayat dan bukan dinilai berdasarkan pencapaian. Perbezaan penggunaan istilah “gifted” dan “genius” ini digambarkan oleh penulis yang lain, seperti dalam petikan ini: “Children identified as gifted typically have mental abilities in the upper two and one half to three percent out of the population. This does not mean that two or three out of every 100 persons are geniuses. They are gifted. Only a fraction of gifted are geniuses.” (Webb, Meckstroth & Tolan, ms 3) Penulis yang lain menggunakan istilah seperti “extremely / highly gifted” untuk menyampaikan maksud “genius’ dalam petikan ini. Istilah “prodogy’ pula menunjukkan kanak-kanak yang sangat pintar cerdas. Penakrifan istilah ini adalah mengikut penulis masing-masing, contohnya penulis ini memberi definisi “2% daripada populasi yang paling tinggi kecerdasan boleh dianggap pintar cerdas (gifted), tetapi bukan semua yang pintar cerdas adalah genius.” Perbezaan konsep ini sebenarnya bukan percanggahan konsep. Keadaan ini berlaku sebab mentafsir istilah seperti pintar cerdas, “gifted’ dan “genius” secara berbeza mengikut penulis yang berbeza. Perbezaan ini bukan akibat daripada tafsiran yang berbeza terhadap konsep kepintarcerdasan, tetapi hanya perbezaan dalam penggunaan bahasa semata-mata. Dalam buku ini, fokus bukan terletak pada perbandingan pencapaian dan kecerdasan, tetapi emosi dan perasaan dalaman (apa yang berlaku kepada mereka dalam hati dan jiwa mereka?). Pencapaian golongan ini kadang-kadang tersentuh, tetapi hanyalah untuk menerangkan perkaitan hasil kerja dan sifat mereka, bukan penentu untuk menilai mereka. Maka, saya tidak membezabezakan istilah seperti genius dan pintar cerdas (dan dianggap boleh

235

saling diganti). Untuk menunjukkan kontrast / perbandingan yang jelas, saya banyak merujuk kepada contoh-contoh golongan yang sangatsangat pintar cerdas. Tetapi sebenarnya, penerangan ini juga boleh diperhatikan kepada golongan pintar cerdas yang “biasa”. Katakanlah kita menganggap golongan yang lebih cerdas daripada 99 persentil populasi dikelaskan sebagai pintar cerdas, maka 1% daripada pupulasi dunia ini adalah pintar cerdas. Dalam konteks Malaysia, 1% darab dengan populasi 25 juta, terdapat lebih kurang 250, 000 individu pintar cerdas di negara ini. Kalau kita mengikut kriteria yang lebih ketat seperti 0.01% atau 0.03%, maka bilangan ini akan berkurang; sebaliknya kalau kriteria yang lebih longgar digunakan sebagai piawaian seperti 3% atau 5%, maka bilangan ini akan bertambah. Bilangan ini menjadikan banyak yang tidak percaya di manakah individu pintar cerdas ini? Adakah maksud pintar cerdas dalam buku ini bermaksud genius? Maka akan timbul satu persoalan, mana perginya golongan ini? Kenapa tidak ada seseorang seperti Da Vinci atau Albert Einstein di sekeliling kita? Kita perlu memahami hakikat ini: wujudnya perbezaan kecerdasan yang besar dalam kecerdasan walaupun dalam golongan pintar cerdas ini. Mereka yang sangat tinggi kecerdasan ini biasanya dipanggil sebagai “prodigy”, “profoundly gifted” atau pintar cerdas yang melampau. Mereka ini adalah sangat jarang dan dikatakan “one in a million.” IQ 140 sehingga IQ 240 juga digolongkan dalam kategori pintar cerdas, bayangkan jurang perbezaan ini. Tiada satu garis pemisah jelas yang membezakan golongan pintar cerdas dan bukan pintar cerdas. Di antara dua ini, terdapat golongan hampir pintar cerdas (near-gifted). Ini disebabkan kecerdasan manusia memperlihatkan satu kesinambungan atau kontinuun dari yang sangat rendah (kerencatan akal) ke sangat tinggi (pintar cerdas), bukannya secara berperingkat-peringkat / bertahap-tahap. Walau bagaimanapun, kita perlu mengenal dan memilih siapakah yang dianggap pintar cerdas untuk tujuan pendidikan, program pintar cerdas atau penyelidikan. Tahap kecerdasan juga perlu disesuaikan dengan cabaran intelek yang dihadapinya. Contohnya seseorang yang hidup di bandar besar yang maju menghadapi cabaran hidup yang berbeza dengan seseorang yang hidup di tempat yang lebih mundur.

236

K. INDIVIDU PINTAR CERDAS TIDAK BERMASALAH / BANYAK MASALAH (“KENAPA AWAK FIKIRKAN AWAK INI ISTIMEWA SANGAT? SEMUA ORANG ADA MASALAH SENDIRI!”) Sepanjang perbincangan ini, terdapat banyak konsep yang bercanggah. Contoh: biasanya kita menganggap konsep kendiri positif = kesejahteraan; individu pintar cerdas dikatakan mencapai konsep kendiri yang positif, dan pada masa yang sama tidak kurang juga masalah sosio-emosi mereka? Adakah mereka ini banyak masalah ataupun kurang masalah sebenarnya? Jawapannya adalah mudah: kedua-duanya betul, sebab golongan pintar cerdas adalah satu golongan yang sangat berbeza dari segi kecerdasan pun. IQ orang biasa adalah 100, biasanya IQ 140 dianggap pintar cerdas (perbezaan sebanyak 40 markah), begitu juga mereka dengan IQ 180, 220 dan 260 juga dalam lingkungan pintar cerdas. Semakin seseorang yang pintar cerdas berbeza dari majoriti, semakin susah penyesuaiannya. Seperti yang ditekankan banyak kali dalam buku ini, kebanyakan masalah mereka adalah masalah “perbezaan”. Disebabkan kajian-kajian longitudinal (termasuk kajian Terman) yang dijalankan sebelum ini mengkaji kelompok individu pintar cerdas yang besar, maka sebahagian besar penyerta kajian adalah dalam lingkungan yang hanya lebih cerdik sedikit berbanding orang biasa. Maka tidak mustahil mereka mencapai kesimpulan secara keseluruhannya, golongan ini berasa yakin dan sejahtera. Ini adalah disebabkan individu yang terlampau pintar cerdas adalah sangat kurang walaupun dalam kelompok mereka yang pintar cerdas pun. Biasanya kalau IQnya mencecah 165-170 ke atas, masalah penyesuaian adalah biasa. Adalah susah menjalankan kajian besarbesaran ke atas mereka, sebab bilangan mereka yang sedikit dan bertaburan di mana-mana. Sebagaimana yang diterangkan dalam buku ini, masalah golongan ini adalah masalah perbezaan (mereka dengan orang di sekitar). Bumi mana yang tidak ditimpa hujan? Semua manusia di bumi ini tidak dikecualikan masalah. Individu pintar cerdas kurang berhadapan masalah tertentu, contohnya mereka memiliki ingatan yang baik, kebolehan membaca yang menakjubkan, idea atau penyelesaian yang 237

kreatif dan canggih. Mereka mungkin tidak perlu menelaah dengan tekun untuk mendapat keputusan yang baik. Walau bagaimanapun, mereka menghadapi masalah lain yang tidak dihadapi oleh orang kebanyakan, dan masalah ini perlu dibincangkan dan difahamkan dalam konteks kepintarcerdasan. Antara masalah yang paling besar kepada mereka adalah masalah mereka tidak difahami dan tidak dianggap sebagai masalah oleh orang lain! Terlebih-lebih lagi kalau mereka sendiri tidak menyedari apakah (punca) masalah mereka sendiri. Contohnya seseorang yang berjaya dalam bidang tertentu, mesti menumpukan segala perhatian dan usaha kepada menangani masalah bidang mereka. Dengan memberikan perhatian sepenuh kepada perkara yang tertentu, bermakna tidak / kurang memberi perhatian kepada perkara yang lain, yang termasuk hal ehwal seharian atau pengurusan kendiri. Seperti yang digambarkan oleh banyak anekdot mengenai Einstein. Einstein sendiri dikatakan melupakan nombor rumah sendiri dan perlu menelefon kawannya untuk menanyakan nombor rumah. Insiden begini selalu menjadi buah mulut dan jenaka kepada orang lain, tetapi sifat pelupa ini mendatangkan banyak masalah dan kekecewaan kepada golongan ini sendiri. Newton pula dikatakan selalu melupakan samada dia telah makan tengahari atau belum. “Adakah saya pernah bercakap tentang ini?” Disebabkan golongan pintar cerdas yang tinggi kecerdasan intrapersonal selalu berfikir dan berdialog dengan sendiri. Kadang-kadang mereka susah membezakan samada mereka telah bercakap sesuatu ataupun ia hanya berlaku dalam otak mereka. Satu lagi masalah yang berlaku adalah disebabkan aliran idea berlaku dengan cepat dalam otak mereka, sehingga mulut mereka tidak sempat mengejar apa yang difikirkan. Hasilnya, percakapan mereka menjangkau perkataan atau ayat dan tidak difahami oleh orang lain. Maksud mereka selalu disalahtafsir, dan maksud yang disalahtafsir ini dikritik pula. Masalah komunikasi mendatangkan banyak masalah kepada mereka.

238

L. SAYA DIUJI SEBAGAI PINTAR CERDAS, TETAPI SAYA TIDAK MENGHADAPI MASALAH INI! Setiap individu adalah berbeza. A seorang saintis, dia bersifat teliti, suka kepada kerja yang teratur dan rumit. Dia seorang yang mementingkan disiplin diri dan sukar menjadi rapat dengan meluahkan isi hatinya dengan orang lain, dia sangat tekad dalam mencapai cita-citanya. Banyak kawan yang menganggapnya berfikiran kolot. B pula seorang penulis, dia suka kepada idea yang berbeza dan seorang yang romantis. Dia bekerja mengikut gerak hatinya, kalau dia mendapat idea atau ilham dia akan bekerja sepanjang malam. Pada masa yang lain, dia akan membuang masa begitu sahaja. Perbezaan antara A dan B tidak bermakna sesiapa A atau B lebih cerdik daripada sesiapa. Golongan pintar cerdas adalah satu golongan yang sangat pelbagai dan unik. Kebanyakan masalah yang dihadapi oleh golongan pintar cerdas adalah masalah akibat perbezaan mereka dengan orang lain. Perbezaan ini menimbulkan konflik. Kalau individu yang pintar cerdas mendapat sokongan yang secukupnya dalam perkembangan intelek dan berada di kalangan yang kecerdasan tinggi, maka mereka tidak merasakan perbezaan dirinya. Setakat mana mereka menghadapi masalah salah suai ini bergantung kepada setakat mana mereka berbeza dengan orang lain, termasuklah perbezaan intelek, nilai, pegangan, cara berkomunikasi, sifat, cara bekerja dan budaya. Akibat perkembangan mereka yang berbeza dengan orang lain, jangkaan oleh orang lain juga penting. Kalau kelebihan mereka tidak dipandang tinggi atau tidak dianggap penting oleh budaya setempat atau budaya semasa, ini juga menimbulkan kekecewaan pada mereka. Contohnya seorang individu yang tinggi kecerdasan eksistensial mungkin tidak disenangi sebab dia berbeza dengan orang lain. Kecerdasan ini juga tidak dianggap penting untuk kejayaan seseorang dalam hidup. Dia lebih dianggap orang yang pelik daripada orang yang cerdik! Sebaliknya seseorang yang tinggi dalam kecerdasan bahasa atau matematik akan mendapat penghargaan daripada orang lain dengan senang, terutamanya dalam dunia yang berpusatkan akademik dan perdagangan ini.

239

Tidak semua individu pintar cerdas menunjukkan kadar pembelajaran yang sama. Einstein dikatakan lemah otak dan hanya boleh membaca pada umur 8 tahun. Ini tidak bermakna semua individu pintar cerdas bermasalah pembelajaran semasa kecil. Perbezaan individu memang wujud pada diri kita semua, lebih-lebih lagi pada golongan pintar-cerdas, sebab perkembangan mereka yang tidak setimpal dan berbeza dengan kebanyakan orang. Selain perbezaan individu, budaya dan persekitaran kita juga berbeza, contohnya seorang kanak-kanak Melayu mungkin dapat peluang mengembangkan inteleknya dengan membaca semasa umur dua atau tiga tahun. Sebab Bahasa Melayu adalah bahasa yang fonetik, membaca dengan sebutan suku kata. Pada masa yang sama, seorang kanak-kanak Cina yang bercakap dialek, seorang kanak-kanak Kadazan yang bercakap Bahasa Kadazan tidak mendapat peluang untuk membaca sehingga mereka hadir ke sekolah secara formal. Ini adalah disebabkan bahasa ibunda mereka tidak wujud dalam bentuk bertulis. Tanpa sokongan intelek yang mencabar mereka dengan secukupnya, mereka akan menghadapi masalah-masalah yang tertentu. Kalau individu diletakkan dengan golongan yang tinggi kecerdasan, maka mereka tidak ada kelebihan yang ketara berbanding orang lain. Golongan yang pintar cerdas bukan satu golongan dengan kecerdasan yang lebih kurang sama. Mereka juga sangat berbeza sesama sendiri. Contohnya kanak-kanak A dengan kecerdasan 135 di mana kecerdasannya tinggi sedikit daripada rakan sebayanya selalu ceria, menjadi pakar rujuk dan pemimpin kanak-kanak lain. Sebaliknya kanak-kanak B yang kecerdasannya 192 di mana terlampau berbeza dengan orang lain, tidak menjadikannya lebih popular dan lebih bertindak sebagai pemimpin. Dia akan mengasingkan diri sebab dia tidak dapat berkomunikasi dengan baik dengan rakan sebaya.

240

M. GURU KEPADA PELAJAR PINTAR CERDAS PERLU SERBA BOLEH. “It seems, for example, that positive experiences with one exceptionally supportive adult enable a child to withstand negative experiences from several other adults. One professional called it an ‘inoculation ratio’ of one to six, and poited out that in school one terrific teacher allows a child to survive at least four mediocre and two very poor teachers! This same sort of inoculation ratio appears to hold with regard to human relations outside the classroom. The positive self-regard acquired from one person allows him to mentally discount the stresses of destructive critictism, blame or even ridicule that he may encounter elsewhere.” (Webb, ms 37) Kita mungkin tertanya-tanya: dari manakah didapatkan nisbah 1-6 ini? Mungkin nisbah ini hanya andaian semata-mata. Tetapi maksud yang lebih penting dalam petikan ini adalah: kalau pelajar ini diberikan galakan dan diberikan keyakinan (bahawa dia tidak bersalah dan “normal”), maka dia dapat menerima dirinya dengan baik dan berfikiran positif. Kesan ini juga dapat dicapai kalau pelajar ini diberikan maklumat mengenai konsep kepintarcerdasan melalui pembacaan (inilah tujuan penulisan buku ini: membantu remaja pintar cerdas memahami siapakah diri mereka). Kesimpulannya kalau mereka telah membina kekuatan dalaman, mereka sanggup menghadapi cabaran yang bakal dihadapi pada setiap hari. Di sinilah letaknya peranan guru dan orang dewasa. Peranan guru yang penting adalah menjadi kawan kepada mereka dan selalu menerima mereka. Apabila berdepan dengan pelajar yang pintar cerdas, kita terdesak untuk mempertahankan diri kita dengan “berlagak pintar cerdas.” Contohnya terlalu cepat memberi “nasihat”, “komen”, penyelesaian atau menunjukkan kelemahannya sebagai seorang dewasa yang berpengalaman. “Pertandingan” ini adalah tidak perlu dan menutup komunikasi yang ikhlas. Ia menunjukkan orang dewasa berasa tidak yakin berhadapan dengan pelajar ini. Berkawan dengan mereka dan

241

anggap mereka adalah setara dengan anda. Hormati mereka secara biasa. Jangan berasa malu menunjukkan kelemahan diri anda. Keyakinan guru adalah penting. Keyakinan adalah asas kepada penerimaan pelajar-pelajar pintar cerdas ini. Tidak mungkin seorang pendidik bersikap menerima kepada pelajar itu, kalau guru itu sendiri tidak berasa yakin. Keyakinan ini bukannya datang dari kebolehan yang lebih tinggi daripada pelajar anda atau “mengalahkan” pelajar anda. Ia datang daripada penerimaan baik kepada siapa diri kita terlebih dahulu. Mungkin perkataan “keyakinan” ini tidak sesuai, perkataan yang lebih sesuai adalah “konsep kendiri yang positif secara biasa.” Bagi mereka yang percaya kepada Tuhan, perasaan rendah diri adalah penting sebab semua manusia adalah ciptaan dan hamba Tuhan yang setara. Adalah menjadi tanggapan biasa, pelajar yang pintar cerdas perlu dicabar dan didesak oleh ibubapa dan guru untuk mencapai potensi mereka. Adalah benar, orang dewasa perlu memberi rangsangan intelek sebanyak yang mungkin kepada mereka. Tetapi pada masa yang sama, kita perlu menyedari hakikat yang penting ini: pelajar pintar cerdas adalah belajar dengan dorongan inisiatif sendiri. Motivasi menyempurnakan diri akan mendesak mereka mencabar dirinya ke tahap yang seterusnya. Peranan pendidik adalah memberi inspirasi dan membuka minda mereka, bukannya mengkritik kelemahan dan memaksa mereka belajar, terutamanya bagi mereka yang memang bersikap perfeksionis. “Mencabar” mereka dengan mencari kelemahan mereka adalah cara untuk menghalau mereka dari diri anda. Sebab mereka akan menganggap kamu tidak sama jenis dengannya. Menjadi guru program pintar cerdas adalah mencabar, guru juga perlulah cerdik (tetapi tidak semestinya pintar cerdas). Guru perlu menguasai bebarapa kemahiran seperti menyoal dan mengenalpasti topik yang menarik perhatian mereka. Walau bagaimanapun, disebabkan minat yang pelbagai, kanak-kanak pintar cerdas mesti mempelajari sesuatu dengan berdikari. Bagilah buku yang berkualiti dan penting kepada mereka dan merujukkan mereka kepada pakar dari profesion yang berbeza. Memberi autonomi kepada mereka boleh menjamin mereka belajar dengan lebih baik dan menjamin keseronokan belajar. Guru perlu membuat demikian sebab cara yang “one-set-fit-all”

242

tidak sesuai untuk semua pelajar. Mempelbagaikan pengajaran dan pembelajaran akan lebih memenuhi keperluan kebanyakan pelajar. Guru juga perlu meluaskan minat dan skop mereka dengan menarik perhatian mereka kepada isu yang lain. Menyedarkan mereka terhadap kelemahan (bukan mengkritik) dan membantu mereka mengatasi masalah tersebut. Menjadi rol model, bukannya “pakar” atau “penasihat”. Membuka mata mereka kepada pelbagai kemungkinan dan juga ketidakmungkinan. Mencabar mereka menyempurnakan sesuatu hasil kerja kepada tahap yang lebih tinggi atau dengan kaedah lain. Memperkenalkan seseorang yang mirip kepadanya, orang dewasa, pelajar ataupun dalam bentuk biografi tokoh tertentu. Antara yang paling penting: menyediakan persekitaran, sumber dan masa yang mencukupi. Tidak seharusnya guru berasa tercabar atau bersaing dengan pelajar, hasad dengki, pilih kasih dan bias perlu dikikis. Guru perlu berminat tentang isu kecerdasan dan memupuk bakat pelajarnya. Antara guru yang sesuai untuk pendidikan pintar cerdas adalah: mereka adalah cerdik, berpengetahuan dan pengalaman, tidak bermasalah berinteraksi dengan pelajar yang cerdik, yakin, selalu mempelbagaikan cara pengajaranya, banyak idea, memahami prinsip perkembangan, menerima kepelbagaian individu dan suka mewujudkan persekitaran kelas yang kreatif dan demokratik.

N. GURU SUKA / TIDAK SUKA KEPADA PELAJAR PINTAR CERDAS. Sebagaimana kanak-kanak biasa yang lain, guru mungkin suka atau tidak suka kepada pelajar pintar cerdas. Pelajar pintar cerdas yang tidak menyenangkan adalah jenis yang terlalu yakin diri (ataupun “angkuh” dari perspektif orang lain), tidak menerima jawapan / fakta dengan senang, mempersoalkan setiap keputusan / peraturan dan suka berdebat dengan guru (terlalu kritikal), bermasalah dalam pelajaran, enggan menyiapkan tugasan (masalah motivasi, atau masalah kebosanan), lebih pengetahuan daripada guru, memandang kecil pada guru, melakukan sesuatu mengikut nilai dan kesukaan sendiri, tidak mengikut norma atau budaya yang sedia ada dan bermasalah

243

sosioemosi (konsep kendiri yang terjejas). Mereka mungkin mencapai keputusan yang baik atau tidak. Antara yang paling tidak disenangi oleh guru adalah mereka yang radikal dan tidak memandang kepada peraturan, tradisi dan norma sedia ada. Contohnya apabila ditanya kenapa tidak menyiapkan kerja rumah, dia akan menjawab “Saya telah tahu jawapannya, kenapa buang masa menyalin jawapan tersebut? Yang penting saya faham.” Apabila disoal kenapa mendapat markah yang rendah dalam ujian, menjawab “Main hafal-hafal dapat apa?” Ataupun selalu tidak hadir ke sekolah, apabila disoal, menjawab “Saya boleh belajar sendiri dengan lebih cepat tanpa diajar guru, datang ke sekolah hanya membuang masa.” “Saya tidak perlu belajar ini.” Mereka mungkin mencabar norma atau mempersoalkan kesalahan logik bagi ajaran agama sendiri. Pada tanggapan banyak ibubapa dan pendidik, golongan yang pintar cerdas ini perlu disiplin yang lebih-lebih untuk “dijinakkan.” Contohnya seseorang pelajar yang suka menanya soalan dalam kelas mungkin ditengking dan dilukai hatinya supaya tunduk kepada kuasa guru. Tindakan ini dianggap perlu dan demi kebaikan pelajar tersebut. Tujuan sebenarnya adalah untuk memenuhi keperluan “ingin menang” guru yang tidak berkeyakinan. Ia sebenarnya sejenis pergelutan kuasa (power struggle) yang berlaku antara pelajar dan guru tersebut. Keadaan ini menghalang kalau bukan menutup komunikasi yang berkesan antara dua pihak dan meninggalkan kesan negatif yang berpanjangan bagi kedua-dua pihak. Sebagai bandingan, pelajar pintar cerdas yang tidak popular (di kalangan pelajar) adalah jenis yang tidak sanggup menolong, dingin dan “jauh” daripada orang ramai (dikatakan bersikap angkuh atau berlagak “tinggi”), pasif, bermasalah emosi dan suka mengkritik. Mereka tidak suka menyertai dan mencuba sesuatu yang baru. Pemikiran yang egosentrik seperti tidak bertimbang rasa dan tidak memahami orang lain, seolah-olah dingin dan tidak berminat. Walaupun petanda ini mungkin adalah petunjuk keperluan sosio-emosi yang tidak dipenuhi, memang tidak dapat dinafikan sebahagian golongan pintar cerdas adalah sangat lemah dalam kemahiran sosial. Contohnya, katakanlah orang lain bersenyum pada anda dan memulakan perbualan, apakah reaksi anda? Adakah anda menjawab soalannya satu-satu, memberi

244

jawapan yang tertutup (“ya”, “tidak”), ataupun mengajukan persoalan yang membina dan mengembangkan perbualan / komunikasi dua arah? Adakah anda memandang ke matanya semasa bercakap? Kemahiran ini mungkin berbunyi terlalu asas, tetapi terdapat golongan yang kelihatan bersikap dingin dan tidak memiliki kemahiran yang begitu asas ini. Mereka dianggap tidak bersopan pada mata orang lain. Kadang-kadang mereka tidak disenangi sebab cara mereka berinteraksi dengan orang lain seolah-olah tidak ada perbezaan status, jantina dan sebagainya. Contohnya sikap suka berdebat dengan guru. Dari perspektif mereka ini: “Akademik adalah akademik, tidak berkaitan dengan status” “Berdebat adalah satu aktiviti intelek yang menarik.” Mereka hanya berminat kepada jawapan sebetulnya. Bagi mereka akademik tidak berkaitan dengan status atau autoriti, “Yang penting adalah betul dan tepat.” “Yang betul memang betul, yang salah memang salah.” “Pemahaman dapat dicapai dengan berdebat.” Sebaliknya, kalau kita meninjau isu yang sama ini dari perspektif guru: ini adalah satu ancaman kepada kekananan dan kepakarannya. Guru akan berasa kecewa, sebab memandangkan insiden macam ini sebagai kelemahan mengawal kelas (satu masalah pedagogi). Ciri-ciri ini berkait rapat dengan sikap keterbukaan mereka. Ini menjadikan mereka dianggap sebagai tidak sopan, terutamanya dalam budaya masyarakat Timur kita yang mementingkan perbezaan status dan hierarki sosial. Sikap ini mungkin menjadi halangan untuk kerjaya mereka. Apa yang boleh dibuat untuk membantu mereka? Mereka perlu memahami bukan apakah soalan yang diajukan, tetapi cara dan sikap soalan tersebut diajukan (dan persepsi orang lain terhadapnya: satu isu komunikasi berkesan). Bersifat kritikal tidak bermakna selalu mengkritik orang lain. Banyak pelajar yang pintar cerdas cukup pintar untuk mencabar pengetahuan guru, tetapi tidak cukup pintar untuk mengambil kira apakah kesan perbuatan tersebut. Kes buli mungkin berlaku. Mereka perlu dibawakan untuk mengkaji keadaan ini sebagai satu isu komunikasi: apakah kesan / impresi orang lain terhadap percakapan / perbuatannya?

245

O. SEMUA KANAK-KANAK / INDIVIDU ADALAH PINTAR CERDAS. “Jay’s parents met with his principal after realizing their son wasn’t being challenged. The principal insisted that other children who weren’t complaining were just as bright as Jay. He prove it by showing them other children’s test scores (with the name blacked-out), which indicated they too, had scored at the 99 percentile on grade-level tests. Jay’s parents tried to explain the ceiling effect of gradelevel test that out-of-level tests used in talent search show as much variance in the top percentiles as over the rest of the grade-level bell curve - but the principal would have none of it.” (Davidson & Davidson ms 63) Banyak yang menafikan terdapatnya pelajar yang pintar cerdas dengan mengatakan semua individu adalah pintar cerdas. Dalam cerita ini pengetuanya tidak memahami: pelajar dengan markah yang sama mencapai keputusan tersebut dengan usaha yang berbeza. Jay mungkin telah mempelajari sukatan A pada lima tahun yang lepas, dan lupa sedikit sebab dia sudah bosan; sebaliknya Mary yang baru mempelajari sukatan A sangat berminat dan berlatih setiap hari topik ini. Apabila keputusan yang sama dicapai oleh Jay dan Mary (katakanlah 99 persentil), ini tidak bermakna mereka dua ini sama pintar cerdas. Keadaan ini dinamakan kesan siling (“ceiling effect”) di mana apabila markah dua orang pelajar sangat tinggi dan hampir mencapai “bumbung” atau markah penuh, perbezaan antara calon tidak dapat dikenalpasti dengan tepat. Ini bermakna seorang yang mendapat 99 persentil mungkin sama pintar dengan seorang yang mendapat skor 98 persentil ataupun kecerdasan mereka mungkin jauh berbeza. Pengetua Jay perlu memahami fenomena ini untuk memahami konsep kepintarcerdasan. Apabila diuji dengan sukatan B dan sukatan C, Jay akan menunjukkan kelebihannya berbanding Mary. Kenyataan ini (“Semua kanak-kanak adalah pintar cerdas.”) adalah benar kalau ia bermaksud semua kanak-kanak memiliki bakat yang bakal dipupuk. Tetapi bakat dan potensi BUKAN kepintarcerdasan. Semua manusia, samada kanak-kanak atau dewasa, ada bakat dan

246

potensi. Ayat ini juga benar kalau ia bermaksud kita semua memiliki keunikan dan kelebihan yang tersendiri. Tetapi keunikan dan kelebihan BUKAN kepintarcerdasan. Ayat ini salah kalau ia bermaksud semua individu adalah pintar cerdas dalam semua domain atau dalam subjek yang sama. Ayat ini salah kalau merujukkan konsep pintar cerdas ini untuk maksud yang paling tepat seperti yang digariskan dalam buku ini. “Pintar cerdas” dalam ayat ini bermaksud potensi, bakat dan kebolehan yang tertentu. Maksud “pintar cerdas” dalam ayat ini hanyalah satu bahasa “figurative”, yang membawa implikasi “menghargai perkembangan kanak-kanak.” Tidak kurang juga yang mengeluarkan kenyataan “semua individu adalah pintar cerdas.” Ini adalah berdasarkan apa yang mereka faham tentang kecerdasan yang pelbagai mengikut teori Haward Gardner. Mengikut mereka: semua orang adalah pintar cerdas sebab kita semua boleh menari, mendengar muzik dan memahami orang lain, dengan itu kita adalah genius dalam aspek yang tertentu. Pintar cerdas bukan merujuk kepada potensi atau kebolehan yang spesifik seperti memasak atau menghasilkan kraftangan, ia lebih daripada itu. Walaupun ujian kecerdasan selalunya dikritik sebagai menguji kecerdasan persekolahan semata-mata. Kalau anda suka menonton rancangan National Geographic dan menanam bunga pada masa lapang tidak bermakna anda adalah pintar cerdas dalam kecerdasan naturalist. Memerhatikan National Geographic setiap Khamis tidak menjadikan anda sama dengan Jane Goodall. Kalau anda pandai memasak, anda tidak menghadapi masalah kemurungan, kecenderungan membunuh diri, tertekan dan bermasalah emosi hanya sebab sekolah anda tidak ada kelas memasak. Setiap individu memiliki perbezaan dalam keupayaan, minat dan kecenderungan tidak bermakna setiap individu adalah genius dalam bidang tertentu. Kalau mengikut logik mereka ini, kita semua bukan pintar cerdas hanya kalau kita adalah sama 100% dalam setiap aspek. Kanak-kanak dengan bakat tinggi dalam seni atau muzik perlu, wajib dan patut dipupuk bakat itu, tetapi mereka bukan pintar cerdas kalau tidak menunjukkan tingkah laku pintar cerdas yang lain. Kepintarcerdasan sebenarnya merujuk kepada satu spektrum tingkah laku pintar cerdas yang diperlihatkan oleh individu tersebut

247

sebagaimana yang cuba diterapkan dalam buku ini, bukannya minat atau hobi yang satu-satu. Kepintarcerdasan ini akan memberi kesan terhadap segala aspek tingkah-laku, keputusan hidup, sikap, personaliti dan setiap aspek hidup. Ia bukan merujuk kepada kelebihan atau minat yang satu-satu. Inilah yang cuba disampaikan oleh buku ini: memahami golongan ini melalui ciri-ciri dan cabaran mereka. Tegasnya kalau semua orang adalah pintar cerdas, maka tidak ada sesiapapun yang pintar cerdas. Sebagaimana yang kita ketahui, mereka yang terencat akal memangpun bukan pintar cerdas sebab dua kumpulan ini memangpun dua ekstrim pada perkembangan kecerdasan yang saling bercanggah. Mereka yang menganggap semua orang adalah pintar cerdas, sebenarnya menafikan konsep pintar cerdas ini. Mereka membuat kenyataan yang melulu, “menafikan” segala-galanya dengan “mengakui” segala-galanya. Keadaan ini boleh dibagaikan begini: katakanlah dunia ini hanya terdapat datu warna iaitu putih, maka kita tidak akan memiliki konsep putih ini. Dalam dunia yang serba putih, kita tidak ada warna lain sebagai bandingan kepada warna putih, maka kita tidak dapat mengenalpasti putih ini sebagai satu warna, sebaliknya ia dikenali sebagai “kewujudan”. Kepintarcerdasan, sebagaimana konsep “putih” ini, hanya wujud daripada perbandingan. Jelaslah mereka yang beranggapan demikian tidak ada konsep pintar cerdas seperti yang diterangkan dalam buku ini. Banyak ibubapa mencemburui anak orang lain yang pintar-cerdas, tetapi mereka sering susah menyedari bakat dan keistimewaan yang ada pada anak mereka. Bakat yang tidak dipupuk terkubur begitu sahaja. Tegasnya bukan semua anak adalah pintar cerdas, tetapi bukan susah mendapat kepuasan hidup dan kesejahteraan dengan daya intelek dan bakat yang ada pada kita sendiri. Terdapat sejenis golongan ibubapa yang terlalu bercita-cita tinggi dan menjangka tinggi pada anak mereka sendiri. Mereka perlu memahami hakikat ini: anak biasa tidak akan menjadi pintar cerdas dengan cara pendidikan yang luar biasa, kecuali anak itu adalah hampir pintar cerdas (adanya potensi tersebut). Hakikat ini dapat dibuktikan dengan kakak William Sidis yang dilatih oleh bapa mereka dengan cara yang sama, tetapi kakaknya hanya biasa, bukan seorang prodigi

248

ataupun pintar cerdas. William Sidis sebaliknya menjadi seorang prodigi, sebab potensi ini ada pada dirinya. (Untuk memahami had kesan pendidikan / persekitaran, rujuk kepada Teori Lingkungan Reaksi, ms 70, di bawah tajuk: Genetik atau persekitaran?). Sebaliknya, anak pintar cerdas tidak akan menjadi biasa kalau dipaksakan menjadi biasa. Sebaliknya ini akan membawa masalah sosioemosi yang lain kepadanya.

P. PROGRAM PINTAR CERDAS MENGGALAKKAN ELITISME (“MEREKA TELAHPUN PANDAI, KENAPA MEMBANTU MEREKA?”) “Judy kept him out of school for another year and tried to teach him herself. Marc raced through his work, exhausting the resources of the local library. Judy struggled to find lessons. Meanwhile, the family ate macaroni and cheese and hot dogs to save all the money they could. Aunts and uncles chipped in, and finally they scrounged up enough to pay the tuition at LISG (Long Island School for the Gifted) for Marc’s first year. The first day he came home beaming, “It’s like being in heaven,” Marc said. “The kids are like me.” (Davidson & Davidson, ms 120) Kisah benar ini menggambarkan keadaan di Amerika di mana agak berbeza dengan keadaan di sini (konsep kepintarcerdasan dan program pintar cerdas adalah sesuatu yang tidak pernah didengari di situ). Di Amerika, adalah dibenarkan ibubapa mengajar anak di rumah (homeschooling) dan tidak perlu menghadiri sekolah. Di Malaysia, ibubapa perlu mendapatkan permit daripada Kementerian Pelajaran Malaysia, dengan alasan yang kukuh untuk berbuat demikian. Sebenarnya inilah amalan yang diadvokasikan oleh ibubapa anak pintar cerdas di Amerika sebab susah mendapat program yang sesuai dengan anak mereka. Judy yang hanya lepasan sekolah menengah terpaksa mengajar anaknya sendiri dengan apa yang sedia ada. Bayangkan kalau Judy adalah ibu tunggal dan dia terpaksa bekerja untuk menyara keluarga? Mereka yang membantah pendidikan pintar cerdas perlu

249

melihat reaksi Marc dengan mata sendiri untuk memahami apakah makna program sebegini kepada pelajar yang istimewa. Banyak yang membantah program pendidikan pintar cerdas adalah berdasarkan andaian “golongan ini akan berjaya samada mereka mendapat bantuan atau tidak.” Keyataan ini langsung salah. Kalau kita melihat isu ini dari perspektif humanitarian, pencapaian atau “kejayaan” mereka langsung tidak penting. Kebajikan dan kesejahteraan mereka yang menjadi isu di sini. Program pendidikan pintar cerdas yang baik mesti menekankan kaunseling dan menerapkan konsep / kesedaran kepintarcerdasan dalam pelajar. Adalah penting untuk semua individu mengenal siapakah dirinya. Banyak yang menganggap pelajar yang pintar cerdas perlu bersyukur dengan kelebihan yang ada pada mereka dan mendiamkan diri; bukannya mengadu, atau meminta layanan yang berlebih-lebih. Banyak juga yang menganggap tidak sepatutnya membelanjakan wang untuk mereka yang memangpun memiliki kelebihan dan hidup “senanglenang”, berjaya tanpa perlu berusaha. Tidak ada sesiapa yang suka mendengar anak orang lain lebih cerdik daripada anak sendiri. Tidak ada cikgu yang suka mendengar pelajar mengadu sukatan yang sedia ada tidak cukup mencabar. Ini semua adalah naluri manusia. Bantahan terhadap program pintar cerdas sebahagian adalah akibat percanggahannya dengan apa yang kita sedia menerima dan terbiasa sejak kecil, berdasarkan pengalaman kita sendiri: “pembelajaran mesti mengikut umur.” Kita takut menjadi berbeza dan lebih senang mengikut arus majoriti, mengikut norma yang tersedia ada dan berakar umbi. Tetapi sesuatu tradisi dan norma yang kita telah terlazim dan berasa selesa, tidak semestinya amalan yang terbaik. Sikap ini jelas digambarkan dalam sikap kita terhadap pendidikan juga. Bagi mereka, bilakah masanya kita perlu mempelajari sesuatu adalah ditentukan dan dijadualkan mengikut tarikh hari jadi. Program pintar cerdas perlu diwujudkan akibat sebab kemanusiaan. Mereka susah membayangkan keperluan golongan yang berbeza dengan mereka sendiri: Kalau mereka sendiri bukan pintar cerdas, maka tidak mungkin ada yang pintar cerdas. Adalah senang untuk kita menolak sesuatu yang kita sendiri tidak memahami. Kalau mereka senang menyesuaikan diri di sekolah bermakna orang lain yang tidak

250

dapat menyesuaikan diri adalah kesalahan / kelemahan sendiri. Sikap ini jelas digambarkan oleh seorang yang memberitahu saya, “Dulu guru saya juga selalu tidur dalam kelas juga, saya tidak berasa apapun, seronok juga. Pelajar perlu tabah…bukan selalu mengadu.” Memang dia tidak berasa tertekan di sekolah yang tidak mementingkan akademik sebab keperluan intelek dia sendiri berbeza dengan mereka yang pintar cerdas. Program pendidikan pintar cerdas biasanya merujuk kepada 1) pencepatan (contohnya sukatan diajar dengan cepat ataupun pelajar dikecualikan satu atau beberapa darjah) dan, 2) pengayaan (contohnya diberi tugasan tambahan yang lebih mencabar). Tapi saya menganggap apa yang lebih sesuai untuk pendidikan pintar cerdas adalah “pendalaman” bukan pencepatan atau pengayaan, sesuai dengan keperluan “intensiti” pelajar ini. Mengikut psikologis David Eikind, “Acceleration is really the wrong word here. If it was correct we would say that a child who was retained was ‘decelerated.’ When an intellectually gifted child is promoted one or several grades, what has been accelerated? Surely not the child’s level of intellectual development - that, after all, is the reason for his or her promotion!” (Davidson & Davidson, ms 145) Apa pandangan anda terhadap kenyataan David Eikend? Pencepatan di sini sebenarnya hanya merujuk kepada kurikulum yang dipercepatkan; bukan pencepatan perkembangan pelajar. Eikend sengaja memutarbelitkan istilah “pencepatan” atau “acceleration” ini untuk mengelirukan orang lain. Sebenarnya dia hanya menunjukkan perasaan tidak puas hatinya (terhadap sikap orang ramai mengenai program pendidikan pintar cerdas). Balik kepada kenyataan tajuk ini: “elitisme” bermaksud membezabezakan, mengasingkan dan mengagung-agungkan golongan elit daripada orang biasa, dengan itu meluaskan jurang pencapaian mereka (yang pandai semakin pandai dan yang lemah semakin lemah). Egalitarian pula bermaksud menganggap semua orang adalah penting dan memberi peluang yang sama rata kepada semua orang.

251

Kebanyakan orang menganggap program ini hanya memberi faedah kepada golongan yang memangpun memiliki kelebihan berbanding orang biasa. Dengan itu kita perlu memfokuskan tumpuan kepada golongan yang pada satu ekstrim lagi (mereka yang lemah). Demi sebab egalitarian, program pintar cerdas perlu disisihkan. Walau bagaimanapun, ini adalah berdasarkan egalitarian yang terpesong / bukan egalitarian yang sebenar. Yang sebaliknya adalah benar: program pintar cerdas adalah selari dengan konsep egalitarian yang sebenar dan perlu diwujudkan. Biarlah saya terangkan seperti yang berikut: Egalitarian atau peluang pendidikan yang sama bermaksud semua pelajar mendapat sokongan yang optimum, untuk mengembangkan potensi yang ada pada mereka secara optimum mengikut bakat, kecenderungan dan minat masing-masing. Ia tidak bermaksud kandungan, tahap, kaedah dan cara penilaian yang sama. Ia tidak bermaksud mencapai hasil pembelajaran yang sama. Ia juga tidak bermakna “menyeimbangkan” pencapaian semua pelajar. Egalitarian yang terpesong ini sebenarnya hanya melihat kepada kumpulan majoriti (pertengahan dan bawahan) dan sengaja melepaskan tangan bagi mereka yang pintar cerdas. Adakah ini bermaksud peluang yang sama untuk berkembang secara optimal mengikut potensi individu? Adakah dengan melambatkan perkembangan mereka yang lebih berpotensi, kami mencapai “keseimbangan” dan “kesaksamaan” pendidikan? Egaritarian yang sebenar ini hanya boleh dicapai melalui rombakan semula sistem yang sedia ada. Adalah tidak munasabah kita meminta guru memberi perhatian khas kepada pelalar pintar cerdas, sedangkan guru terpaksa mengejar sukatan dan menjaga kebajikan semua pelajar dalam kelas. Tidak sepatutnya guru yang disalahkan, sebab ianya sebenarnya adalah sesuatu yang tidak mungkin dicapai. Banyak guru mengandaikan tugasnya adalah mengajar majoriti, dengan andaian: pelajar yang pintar cerdas akan mempelajari sendiri (“mereka akan tahu juga diajar atau tidak”). Perbezaan pelajar pintar cerdas dan pelajar biasa bukan setakat perbezaan kadar atau kelajuan pembelajaran (perbezaan kuantiti), mereka belajar dan berfikir secara berbeza, minat mereka berbeza, dan apa yang diperlukan mereka juga berbeza.

252

Mereka tidak semestinya belajar dengan lebih cepat. Kalau mereka jenis yang kritikal dan berfikir panjang, mereka mungkin menguasai satu topik lebih lambat (sebelum masuk ke topik seterusnya) daripada pelajar biasa (tetapi lebih mendalam), tidak suka menyiapkan kerja rumah adalah biasa. Bagi Christiane Volhard (Nobel Prize Perubatan 1995), “She rarely did homework, however and passed her final examinations with mediocre grades. She almost failed English. Teacher praised her talent for scientific investigation, but regretted her ‘strong idsplay of self-will (McGrayne, ms386).” Segelintir saintis cemerlang dan memenangi Nobel Prize takut dan gagal dalam subjek sains semasa di sekolah atau universiti. Kalau guru tidak sensitif kepada perbezaan ini (contohnya, menilai kepintarcerdasan berdasarkan markah subjek sains semata-mata bukan penilaian keseluruhan), mereka akan menjadi salahsuai dan menderita. Keperluan mereka boleh dipenuhi kalau ada program yang khas untuk mereka. Contohnya kalau guru sensitif dan memahami, dia boleh memotivasi dan membantu pelajarnya yang lemah dalam sains tetapi berbakat dalam bidang kajian (Masih ingat “pembelajaran terpendam” yang saya terangkan dalam bab 1? Ia sangat biasa berlaku pada pelajar pintar cerdas. Tetapi juga bukan luar biasa bagi kanak-kanak lain). Antara kemahiran guru pendidikan pintar cerdas yang paling penting adalah mencungkil bakat yang terpendam. Akibat bias dan “diskriminasi intelek” para pendidik, mereka mengabaikan pelajar yang cerdik untuk memberi perhatian kepada pelajar yang lemah. Malah “pelajar yang memerlukan lebih perhatian” juga biasanya dirujukkan kepada pelajar lemah. Padahal semua pelajar terutamanya yang paling lemah dan paling cerdik memerlukan perhatian guru. Mereka yang menentang pendidikan pintar cerdas menunjukkan bukti “pengelasan pelbagai keupayaan” atau “heterogenous grouping” (iaitu meletakkan pelajar yang pelbagai keupayaan dalam kelas) dapat memanfaatkan pelajar biasa. Pelajar biasa dapat mempelajari daripada

253

rakan yang pintar cerdas dan meningkat lebih tinggi daripada “pengelasan mengikut perkembangan”. Tetapi pengelasan begini bukan sahaja merencatkan perkembangan pelajar pintar cerdas, ia memberi pengalaman yang traumatik kepada mereka. Adakah ini tujuan pendidikan kita? Membantu segolongan pelajar, dengan mengorbankan satu lagi golongan pelajar yang lain? Perkembangan pelajar pintar cerdas akan terjejas, tetapi pendidik tidak beranggapan begitu. Sebab mereka membandingkan pencapaian pelajar dengan pencapaian pelajar yang lain (majoriti). Sebenarnya, mereka sepatutnya membandingkan pencapaian pelajar dengan potensi masing-masing. Tidak sepatutnya perkembangan mana-mana pelajar tergendala demi pelajar yang lain (majoriti atau minoriti). Guru tidak boleh membuat perbandingan normatif dalam membantu perkembangan pelajar. Sekolah mungkin menjadi pusat untuk “menyeimbangkan” dan “menyamakan” kebolehan semua pelajar. Pendidik perlu mengikiskan sikap cemburu dan persaingan dengan pelajar, banyak guru yang akan berasa tercabar kalau pelajar lebih berpengetahuan. Sebab itu komponen yang paling penting dalam pendidikan perguruan adalah pengayaan moral (dibezakan dengan pendidikan moral). Tetapi aspek ini sering diabaikan ataupun pendidikan moral diambil sebagai subjek minor di universiti. Menghafal definisi moral dan nilai tidak berkaitan langsung dengan pengayaan moral. Tiada major atau minor dalam kualiti guru. Program pintar cerdas tidak terdapat di negara kita lagi, tetapi ia adalah sesuatu yang biasa di negara maju terutamanya di Amerika yang menjadi pusat pendidikan pintar cerdas. Tujuan program ini bukannya mengasingkan pelajar pencapai tinggi daripada pelajar biasa. Tetapi memenuhi keperluan pendidikan pelajar yang pelbagai, dan membantu mereka mengatasi masalah pendidikan dan sosioemosi yang dihadapi. Ini dapat memgurangkan beban guru biasa dan mengatasi kepincangan pendidikan akibat perbezaan pelajar yang disebut sebelum ini. Komen “menggalakkan elitisme” ini adalah boleh difahami kalau kita melihat kepada keadaan program ini di Amerika. Kalau kebanyakan pelajar yang diambil untuk program ini memangpun berasal dari latar belakang SES yang tinggi, maka akan timbul perasaan tidak puas hati

254

seolah-olah membesar-besarkan jurang perbezaan antara yang miskin dan kaya. Adalah benar: secara keseluruhannya kecerdasan anak dari ibubapa SES tinggi juga cenderung tinggi, seperti yang diterangkan “mereka diberi genetik dan juga persekitaran yang lebih baik oleh ibubapa mereka”. Tetapi dalam kehidupan seharian, anak pintar cerdas boleh didapati dari keluarga yang pelbagai latar belakang, kaum dan SES. Kita perlu membantu anak-anak ini. Seperti yang diterangkan dalam konsep lingkungan reaksi, faktor genetik yang lebih menentukan di mana letaknya seseorang dalam pencapaian IQ. Mana-mana pelajar yang memerlukan program ini perlu mendapatkannya, samada dari keluarga miskin ataupun kaya. Kesaksamaan pendidikan tidak bermakna pencapaian yang sama. Kesaksamaan pendidikan bukan dicapai dengan menyekat pelajar yang cerdik dan membantu pelajar yang lemah. Sebaliknya ia bermakna membantu semua pelajar mencapai kemajuan optimal, samada pelajar itu cerdik atau lemah, samada dia datang dari SES yang tinggi atau rendah. Kalau kita membuat keputusan berdasarkan faktor selain faktor keperluan pelajar, ia adalah sejenis diskriminasi, sebab kita membuat keputusan atas faktor yang tidak relevan. Contohnya, dalam mengupah pekerja, faktor yang relevan adalah keupayaan; faktor yang tidak relevan adalah seperti umur, jantina dan kaum. Di negara ini, faktor perkauman selalu diambil kira, ini adalah sejenis diskriminasi, yang berleluasa di negara ini, dan diterima baik sebagai sebahagian daripada polisi kerajaan. Katakanlah anda ingin mengupah seorang tukang masak, adakah anda akan menilai kemahirannya dalam menjahit? Jawapannya tidak, sebab kemahiran menjahit bukan faktor yang releven, sebaliknya sikap dan kemahiran memasak yang menjadi faktor relevan dalam kes ini. Kalau kita menilai kebolehan seseorang berdasarkan faktor bukan kebolehan seperti jantina, maka ia dikatakan diskriminasi jantina. Kalau kita mengambil kira umur dalam pertimbangan pencapaian seseorang (di mana faktor ini tidak berkaitan dengan hasil pencapaian), ia dinamakan diskriminasi umur. Antara diskriminasi umur adalah menetapkan umur minimal untuk memasuki kolej dan universiti.

255

____________________________________ [BAB 7 KESIMPULAN: SATU RENUNGAN ____________________________________ “In 1854, Mendel returned to substitute teaching at the secondary level, and in 1855 he again failed the examination for regular teachers and so remained a substitute teacher of physics and natural history for 14 years. It was during this period that Mendel carried out his experiments in plant hybridization.” (Press & Tanur, ms 27) Dalam biografi tokoh-tokoh yang penting dalam sumbangan akademik, ktia akan mendapat gambaran hidup mereka adalah sangat susah. Banyak ahli akademik Yahudi dianiayai oleh Nazi semasa Perang Dunia Ke-2. Tetapi dalam keadaan dizalimi, kemiskinan, prejudis dan kesakitan, mereka masih menumpukan intelek mereka demi mendapat pengetahuan semata-mata. Banyak yang membuat kajian dalam keadaan masalah kewangan yang teruk, mereka melakukan kajian dengan kemudahan yang ringkas atas usaha sendiri, bukan sebagai pengkaji sepenuh masa yang mendapat gaji penuh. Terutamanya ahli akademik wanita yang terawal di mana mereka sangat sukar mendapat pekerjaan di universiti pada peringkat awal. Mereka juga terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan yang tidak serasi dengan kebolehan mental mereka demi menyara hidup. Kalau kita membaca biografi mereka yang paling cendekiawan, kita akan mendapati perasaan cemburu dan persaingan untuk penghargaan langsung tidak wujud. Mereka hanya hidup demi kepuasan intelek, satu budaya yang telah kian pupus pada hari ini. Berkenaan kawan-kawan saintis yang terulung di dunia pada masa itu termasuk Einstein, Lise Meintner mengatakan,

256

“They were also exceptionally nice people to know. Each was ready to help the other; each welcomed the other’s success. You can understand what it meant to me to be received in such a friendly menner into this circle (McGrayne, ms47).” Cerita Lise Meitner dan Emmy Noether bukan kes yang luar biasa. Banyak saintis yang tercanggih pada masa itu samada lelaki atau perempuan juga menghadapi masalah masing-masing lantaran kemerosotan ekonomi dan peperangan. Pada masa itu matematik dan fizik bukan bidang yang dipandang tinggi. Mengikut James Frank yang juga pemenang Nobel Prize dalam fizik, “Everyone who went into physics at that time went into physics because he had to… because he felt that he could not be happy in any other way (McGrayne, ms 38).” Dalam penulisan, saya cuba mengelakkan membincangkan apakah yang dikatakan pendidikan pintar cerdas. Rasionalnya adalah mudah: apa yang kita faham mengenai pendidikan pintar cerdas mestilah berasaskan apa yang kita faham mengenai individu pintar cerdas dalam konteks pendidikan. Ia tidak bermakna apa-apa sekadar membincangkan model-model pendidikan pintar cerdas yang diamalkan di luar negeri tanpa memahami apa yang lebih asas terlebih dahulu: konsep kepintarcerdasan. Kadang-kadang minat dan komitmen pelajar / anak mungkin lebih penting daripada kecerdasan semata-mata. Seorang pelajar biasa yang sangat berminat dalam sains lebih mungkin menjadi saintis pada masa depan daripada pelajar pintar cerdas yang tidak berminat dalam apa jua subjek. Pendidikan pintar cerdas tidak semestinya dalam bentuk program sekolah, ibubapa atau guru yang memahami boleh mengaturkan “pengalaman bermakna” kepada anak yang pintar cerdas. Samada di sekolah atau di rumah. Banyak tokoh saintis wanita peringkat awal terpaksa menempuhi pelbagai halangan sepanjang hayat mereka. Apakah yang menjadikan mereka mampu mengajar banyak tahun di universiti tanpa gaji dan

257

pengiktirafan, tetapi terus produktif? Kalau kita mengkaji latar belakang mereka, kita akan mendapati ibu, bapa atau suami mereka sendiri adalah cendekiawan feminis. Barbara McClintock (Nobel Prize perubatan 1983), berasal dari keluarga 8 generasi profesor berturutturut, termasuk dirinya dan anaknya, bapanya juga feminis. Galakan semasa peringkat kanak-kanak menjadi dorongan dan faktor pelindung kepada kekecewaan yang dihadapi semasa peringkat dewasa. Pengalaman positif yang tertentu membina kekuatan dalaman dalam diri mereka, dan membolehkan mereka menempuh cabaran yang berterusan. Banyak ibubapa yang menganggap anak mereka sangat cerdik tidak terfikirkan pencepatan atau pengayaan pendidikan anaknya, dengan alasan “Saya ingin anak saya menjadi normal.” Komen seperti “Saya tidak percaya kepada kanak-kanak pintar cerdas” jugalah biasa. Konsep pintar cerdas bukan satu “kepercayaan” dan dilahirkan sebagai pintar cerdas bukan pilihan individu, ia adalah kurniaan Tuhan. Seorang anak yang pintar cerdas tidak akan menjadi biasa kalau diabaikan, sebaliknya dia akan menghadapi masalah sosio-emosi yang serius kalau keperluan inteleknya tidak dipenuhi. Menjadikan seorang anak yang pintar cerdas kepada “normal” tidak lain daripada menjadikan seorang anak yang biasa kepada pintar cerdas. Dalam kedua-dua kes ini, anak yang menjadi mangsa dan menderita. Kalau anda dilahirkan sebagai lelaki, adakah mungkin anda dijadikan perempuan secara emosi dan perasaan dengan latihan? Adakah perubahan ini bermakna dan perlu? Adakah ia beretika? Kenapa perlunya kita mengubahkan seseorang mengikut pilihan dan kesukaan ibubapa, sedangkan ia bercanggah dengan sifat semulajadi anak itu sendiri? Di negara ini konsep pendidikan pintar cerdas belum mendapat pengiktirafan yang secukupnya. Walaupun terdapat perkembangan yang pesat dalam bidang pendidikan / psikologi pintar cerdas dalam abad ini, namun membincangkannya dalam konteks Malaysia masih sesuatu tugas yang bukan senang, sebab budaya dan amalan persekolahan yang berbeza di negara ini dengan negara Barat. Di budaya kita yang mementingkan keseragaman, kepentingan kelompok dan membantu yang lemah, program pintar cerdas sukar mendapat tempat. Yang lebih penting apa yang terdapat dalam sistem pendidikan

258

kita hanyalah mencerminkan budaya kita yang pro-akademik tetapi antiintelektualisme. Pelajar yang paling berbakat tidak akan mendedikasikan diri dalam bidang yang mencabar potensinya sepenuhnya, sebaliknya jaminan masa depan dan kewangan menjadi pertimbangan utama. Budaya ini adalah puncanya kita langsung tidak ada konsep pendidikan pintar cerdas di negara ini. Banyak yang tidak ada konsep kepintarcerdasan dan konsep pendidikan pintar cerdas langsung. Kejahilan ini menggambarkan betapa mundurnya masyarakat kita. Pendidikan pintar cerdas tidak akan berjaya dengan melengkapkan sekolah dengan komputer tercanggih semata-mata. Para pendidik yang paling cemerlang dalam bidang pendidikan pintar cerdas yakin “kunci kepada program pintar cerdas yang berjaya adalah pendidik yang prihatin”. Tidak ada jaminan semua kanak-kanak pintar cerdas akan mengembangkan potensinya dengan baik di sekolah yang dilengkapi kemudahan terkini, tanpa guru yang sensitif dan memahami kepada mereka. Keperluan pendidikan mereka berbeza. Memahami tidak bererti suka, tugas guru adalah melakukan apa yang rasional. Seorang kanak-kanak pintar cerdas boleh jadi sangat berpengetahuan dan tidak berpengetahuan pada masa yang sama. Dia mungkin benci dan sukar menguasai kemahiran komputer dan tidak mahir mencari maklumat sendiri. Domain kelebihannya mungkin dalam bidang akademik yang bukan konvensional seperti falsafah, agama, kreativiti, kesenian dan pergerakan sehingga bakat dan potensinya diabaikan. Justeru itu, kesedaran para pendidik amat penting. Pembelajaran boleh ditakrifkan dari aspek yang humanistik: pembelajaran sebagai satu proses memenuhi keperluan perkembangan (intelek), selain sebagai proses yang membawa kepada perubahan tingkah-laku semata-mata. Perbezaannya begitu: pembelajaran sebagai keperluan merujuk kepada “motivasi” (antesiden) yang mempengaruhi tingkah laku seseorang; pembelajaran sebagai perubahan hanya merujuk kepada “kesan” terhadap tingkah laku tersebut. Pembelajaran adalah satu motivasi yang perlu dipenuhi. Tetapi keadaan ini hanya berlaku kalau motivasi lain yang lebih asas dipenuhi terlebih dahulu seperti motivasi untuk keselamatan. Malangnya keadaan ini tidak selalu berlaku. Faktor-faktor lain yang menjadikan seseorang

259

menghadapi masalah mencapai motivasi penyempurnaan diri ini. Antara faktor-faktor ini adalah masalah sosio-emosi yang dihadapi oleh pelajar. Dari segi sosiologi pendidikan, keadaan ini dikatakan disfungsi pembelajaran. Tugas guru adalah membantu pelajar mengatasi halangan-halangan ini. Buku ini cuba menerapkan konsep mengenai psikologi dan pendidikan melalui perspektif humanistik. Adalah senang kita melihat golongan pintar cerdas sebagai pencapai tinggi semata-mata terutamanya pada konteks budaya masyarakat kita yang berorientasikan pencapaian dan persaingan. Mengaitkan pelajar pintar cerdas dengan 10A, atau 20A dalam SPM adalah sejenis stereotaip, dengan kata lain sejenis bias dan diskriminasi, budaya yang tidak sihat ini perlu disisih. Dunia ini memerlukan kepelbagaian. Konsep kepintarcerdasan kita juga perlu menggambarkan kepelbagaian ini. Dengan keperluan bidang kerja yang semakin pelbagai, terutamanya dalam bidang penyelidikan sains, kecerdasan yang unik boleh dipadankan dengan pekerjaan-pekerjaan bukan konvensional yang tidak wujud sebelum ini. Mereka perlu mencipta persekitaran yang sesuai, dan memahami seterusnya menemui kekuatan yang ada pada mereka sendiri. Proses penemuan diri ini bukannya senang, lebih-lebih lagi kalau individu pintar cerdas itu tidak memiliki pemahaman terhadap dirinya dan menerima keistimewaan yang ada pada dirinya. Individu pintar cerdas akan menjadi biasa dalam keadaan yang tidak padan dengan keistimewaannya. Seorang yang pintar cerdas bukan sahaja perlu mengembangkan kelebihan inteleknya, juga perlu bijak mencari persekitaran dan budaya yang sesuai dengannya. Sejarah mencatatkan banyak genius yang diabaikan, dimusuhi dan dianiayai sebab pemikiran mereka yang menjangkau zaman. Kajian McClintock semasa 1940an hanya diberi Nobel Prize pada 1983, sebab pada masa itu tidak ada sesiapa yang memahami apa yang dilaporkannya. Mungkin genius boleh ditakrifkan sebagai manusia yang hidup di masa dan tempat yang salah. Inilah punca masalah dan pencapaian mereka. Masih ingat gadis yang dikaji oleh Terman tersebut? Gadis dengan kecerdasan 192 tetapi menghadapi kemurungan dan tidak pernah mencapai apa-apa dalam hidupnya? Mereka seolah-olah berlawan

260

dengan musuh yang tidak dikenali tanpa menyedari apakah punca masalah sendiri. Faktor bukan kecerdasan yang lain telah menjadikannya tidak dapat melakukan sumbangan dengan bakat yang ada padanya. Yang pasti dengan kecerdasan yang begitu tinggi gadis ini akan mendapat pencapaian yang luar biasa kalau dia menemui pendidik yang memahami dan memotivasikannya. Tetapi dia tidak pernah menemui pendidik yang memahaminya dan mensia-siakan hidupnya. Sifat gigih dan kayakinan / pemahaman tentang bakat sendiri adalah kunci yang membezakan individu pintar cerdas yang produktif dan yang tidak produktif dalam intelek. Dalam buku ini, biografi-biografi yang dipetik seolah-olah memberi gambaran golongan pintar cerdas adalah mereka yang gigih dan tabah, ini tidak semestinya berlaku. Kecerdasan intrapersonal yang tinggi menjadi faktor pelindung dalam aspek ini. Bagi sesetengah individu, mengenal diri mereka sebagai pintarcerdas adalah asas kepada pembinaan konsep kendiri yang positif ini. Tetapi saya juga perlu menegaskan banyak individu yang pintar cerdas merasakan mereka tidak memerlukan identifikasi sebagai pintar cerdas atau tidak. Mereka yang pintar-cerdas perlu menyedari dan memahami tentang diri mereka. Ini akan membantu mereka menangani masalah yang dihadapi; mereka mengiktiraf perbezaan dan keistimewaan diri sendiri. Dan seterusnya “mengiktiraf” masalah dan konflik yang menyeksa mereka sendiri. Inilah sebabnya banyak biografi dipetik merentasi buku ini, hidup ini bukan senang untuk sesiapapun. Apabila kita merasakan kita yang menghadapi masalah ini seorang diri, banyak yang menghadapi masalah yang sama sebelum, semasa dan selepas ini. Setiap kejadian dan fenomena yang berlaku ada alasan dan rasional di sebaliknya, terdapat pendapat yang menganggap halangan dan cabaran yang dihadapi oleh golongan pintar cerdas adalah pemangkin yang akan mendesak mereka mengembangkan potensi mereka sepenuhnya untuk mencapai pencapaian yang luar biasa. Bagi golongan pintar cerdas yang tidak menghadapi masalah penyesuaian diri, mereka akan mencapai kejayaan biasa dengan senang dan berpuas hati dengan apa yang dikecapinya. Mereka mementingkan

261

kehidupan keluarga dan masa lapang. Subotnik menganggap mereka “too comfortable to be creative”. Ciri-ciri kanak-kanak pintar cerdas juga menyokong rasional tersebut, contohnya autonomi intelek menjadikan mereka menentang tekanan sosial (menjadi seperti orang lain yang biasa) dan giat berusaha untuk melaksanakan idea mereka sendiri. Sifat ini memungkinkan pencapaian besar dalam pengetahuan yang sedia ada. Banyak ibubapa menafikan anak mereka ini pintar cerdas, sebaliknya mengatakan anak mereka hanyalah sekadar “memiliki ingatan yang baik”, “dia cuma belajar cepat sikit.” Sikap ini adalah boleh difahami dalam konteks budaya kita yang mementingkan nilai rendah diri dan menjaga maruah diri (kalau anak ini tidak menjadi menonjol pada masa hadapan?). Tetapi penafian ini juga mungkin membawa kepada masalah sosioemosi kepada kanak-kanak itu. Sebenarnya kita boleh memahami perasaan dan rasional ibubapa untuk melindungi anak mereka, terutamanya dalam konteks budaya kita di mana istilah “pintar cerdas” diselubungi pelbagai salah faham dan stereotaip. Seseorang yang dilabelkan pintar cerdas selalunya menjadi tumpuan perhatian dan mendatangkan tekanan yang berlebihan. Keadaan ini juga menunjukkan masyarakat kita yang tidak begitu wujud kesedaran atau konsep pintar cerdas. Pintar cerdas harus dikaji dan diukur dari segi keperluan pendidikan bukannya pencapaian. Sokongan orang dewasa adalah penting: untuk membuka mata dan minda mereka terhadap semua kemungkinan pada masa depan mereka, dan di mana letaknya potensi mereka. Biasanya mereka sukar mendapat rol model yang sesuai pada kehidupan seharian sebab golongan pintar cerdas sendiri agak berbeza walaupun antara satu sama lain (dari segi personaliti, minat, kekuatan dan kebolehan yang pelbagai), sebaik-baiknya mereka diberi peluang bergaul dengan individu (orang dewasa) pintar cerdas lain yang mirip kepada mereka. Perlu adanya penjelasan kepada tingkah laku mereka, motivasi dan juga halangan. Pengalaman, perasaan, masalah dan usaha mereka sebenarnya lebih menarik daripada pencapaian. Pendidikan pintar cerdas, menjadi satu bidang yang susah berkembang di Malaysia setelah sekian lama bidang ini berkembang maju di serata dunia. Negara ini masih tidak setanding dengan negara

262

membangun yang lain seperti India dan China, di mana penyelidikan tentang psikologi pintar cerdas telah mantap dan berkembang maju sejak lebih daripada 40 tahun yang lepas. Program-program pendidikan pintar cerdas dan institusi penyelidikan pelajar pintar cerdas ditubuhkan di sekolah biasa mahupun di peringkat universiti. Di Malaysia, di manakah ibubapa boleh mendapatkan mana-mana program pendidikan pintar cerdas? Kajian yang dibuat juga atas usaha individu sahaja. Dalam konteks Malaysia, peranan ini dimainkan oleh sekolah asrama penuh, sekolah bestari dan sekolah lain yang bersifat selektif. Masyarakat sini masih berpegang kepada kepercayaan stereotaip yang karut tentang golongan ini. Contohnya banyak yang menganggap mereka akan berjaya juga samada mereka mendapat pendidikan yang berkualiti atau tidak. Tanggapan ini tidak betul. Di Amerika contohnya, latihan kepada guru pendidikan pintar cerdas adalah teratur dan mendapat sambutan baik, terutamanya di peringkat post-graduan. Banyak guru yang sebenarnya prihatin dan komited tidak menyedari bakat dan potensi pelajarnya, sebab tidak memahami ciri-ciri pelajar pintar cerdas ini. Katakanlah guru mengajar jadual mendarab 1 10, pembelajaran secara menghafal ini akan menjadikan pelajar menjadi bosan dan enggan belajar. Sikap menolak ini seterunya mengukuhkan salahtanggap terhadap pelajar ini (tidak cerdik) dan guru terus memaksanya belajar. Cara yang lebih baik adalah mengajar jadual darab 1 – 5 kemudian mengajar operasi bahagi dalam lingkungan jadual darab 1 - 5. Selepas ini mengajar jadual darab 6 -10 dan operasi bahagi 6 - 10. Ini adalah disebabkan sikap pelajar pintar cerdas yang benci kerja menghafal tanpa makna dan cepat bosan dengan kerja yang berulangan. Kalau guru boleh memberi makna kepada matematik yang dipelajarinya, seperti mengaitkannya dengan pengalaman hidup, pelajar pintar cerdas akan menjadi lebih bermotivasi. Contohnya, “Kalau 0 biji epal dibahagi kepada dua orang pelajar, berapa biji epal yang diperoleh oleh seorang pelajar?” Ini lebih baik daripada hanya memberi dan menghafal kenyataan “sifar dibahagikan oleh sebarang nombor akan mendapat sifar.” Manipulasi simbol dan nombor yang abstrak sematamata mungkin menjadikan segelintir pelajar pintar cerdas menjadi

263

bosan: Apakah maknanya mempelajari ini? Kenapa saya perlu mempelajari ini? Motivasi adalah sangat penting bagi pelajar pintar cerdas, seorang pelajar pintar cerdas yang benci kepada subjek tertentu boleh jadi pakar dalam subjek itu, kalau dia menjadi bermotivasi dan mendapat makna dalam mempelajari subjek itu. Motivasi menjadikan masalah bosan yang menghantui banyak pelajar pintar cerdas bukan masalah lagi sebab dia telah dedikasi kepada penguasaan disiplin tersebut. Kebanyakan orang tidak bersikap menentang terhadap memupuk bakat baru. Tetapi dalam kehidupan sebenar kebanyakannya akan berasa takut dan tidak selesa berhadapan dengan pelajar sedemikian. Perasaan ini digambarkan dalam sikap mengelak, sikap dingin dan pengabaian. Dari pengalaman saya sendiri: semasa saya bekerja di sebuah institusi pendidikan, saya lihat dengan mata sendiri kanak-kanak yang kecil telah mampu menyelesaikan masalah matematik peringkat tinggi seperti persamaan kuadratik. Apabila saya menanya apa lagi yang boleh kanak-kanak itu pelajari di sekolah, rakan sekerja saya dengan selamba menjawab: “Ini tidak penting, pelajar ini masih boleh membuat ulangkaji dan pengukuhan dalam operasi tambah di sekolah. Apa yang dipelajari di luar sekolah hanyalah tambahan supaya dia lebih senang pada masa depan.” Komen ini menggambarkan tiadanya konsep kepintarcerdasan langsung, di mana proses pembelajaran dipandang sebagai proses penambahan pengetahuan (kuantiti) sematamata. Yang pasti komen sebegini bukannya luar biasa. Seorang guru yang tidak memahami, mungkin menengking pelajarnya supaya jangan membaca buku yang tertentu, sebab “Saya belum mengajar.” Guru tidak suka pelajar yang banyak pengetahuan, “Apa lagi yang saya boleh ajar.” Ia mengecewakan, menjejaskan kenyakinan diri guru, menjadikan guru merasakan dirinya tidak cekap. Persoalannya, kalau dia mampu menguasai matematik tambahan kenapa kita membuangkan masa dan bakatnya melakukan operasi aritmetik yang asas? Ini akan memberi masalah sosio-emosi yang teruk kepada pelajar tersebut. Inipun ibubapanya mampu membayar yuran di institusi swasta, bayangkan anak ini hanya dari keluarga yang miskin? Pemupukan bakat bukan usaha yang mudah dan melibatkan kos yang tinggi juga. Saya tidak berasa kagum kalau seseorang dapat masuk ke

264

Ivy League sebab ibubapanya juga datang dari Ivy League dulu. Bukan luar biasa, dalam keluarga saintis dan ahli akademik, teknik kajian dan pengetahuan diturunkan dari generasi ke generasi. Ini menjadikan anak saintis tercanggih juga saintis yang paling canggih pada zaman mereka. Mereka mempelajari teknik yang dikuasai oleh ibubapa mereka dalam rumah, sejak kecil lagi, bukan dari sekolah. Pendidikan pintar cerdas adalah lebih kepada masalah ketidaksamaan sosial daripada masalah pendidikan. Kalau program pendidikan pintar cerdas hanya diberi berdasarkan markat IQ sematamata, kanak-kanak dari status sosioekonomi yang tinggi akan mendapat manfaat yang maksima. Akibatnya jurang antara kelas sosial akan diluaskan dari generasi ke generasi. Pertimbangan yang lebih fleksibel adalah perlu, supaya golongan minoriti dan tertindas tidak diabaikan. Fokus perlu diberikan kepada beberapa golongan ini: kanak-kanak pintar cerdas dari latar belakang sosioekonomi yang rendah, kanakkanak dari keluarga yang kaya tetapi ibubapa tidak memiliki konsep kepintarcerdasan ini, guru, pelatih guru, pentadbir sekolah dan mereka yang menentukan polisi pendidikan. Akibat egalitarian yang hypokritikal, pelajar pintar cerdas dari latar belakang yang miskin yang paling dirugikan sebab ibubapa yang kaya boleh mengurangkan kesan negatif di sekolah dengan memberi apa yang terbaik di luar sekolah, seperti guru tuisyen yang paling canggih. Mungkin bidang yang lebih menerapkan konsep pintar cerdas ini adalah dalam sukan dan muzik. Dalam muzik, tidak ada pengelasan mengikut umur. Dalam bidang sukan, mereka yang paling berbakat mendapat latihan dari jurulatih yang canggih. Tetapi dalam sistem pendidikan yang konvensional, sistem ini sukar dilaksanakan, ia melibatkan banyak pelajar dan menimbulkan perasaan curiga dan kritikan sebagai menggalakkan elitisme. Semasa Zaman Renaissance, orang kaya memainkan peranan sebagai patron atau penaja kepada artis, pereka dan seniwan, supaya mereka boleh menumpukan perhatian pada hasil kerja mereka. Sistem ini mirip kepada biasiswa yang biasa pada hari ini. Mungkin apa yang lebih penting daripada program pendidikan pintar cerdas adalah membentuk budaya yang pro-intelektualisme dalam komuniti. Budayalah yang melahirkan genius, budaya juga yang

265

membunuh genius. Kaum Yahudi contohnya melahirkan banyak ahli sains, ahli falsafah dan cendekiawan dalam pelbagai bidang bukan sebab perbezaan genetic, tetapi akibat budaya mereka yang menyanjung tinggi pada ilmu pengetahuan. Apakah budaya kita? Mungkin kita boleh mendapat jawapan dari jenis program TV, buku, majalah dan surat khabar yang dibaca harian oleh rakyat negara ini. Apakah jenis buku yang kita bacakan seharian? Di negara ini, buku yang paling laris adalah buku resepi memasak dan buku motivasi. Salah satu halangan besar kepada perkembangan pendidikan pintar cerdas adalah sikap “sama rata” yang ada pada para pendidik. Semasa saya membentangkan berkenaan topik konsep kendiri, saya diminta memberi cadangan apakah yang boleh dilakukan oleh guru untuk “menyamaratakan konsep kendiri di kalangan pelajar?” Saya begitu terkejut dan keliru kenapa perlunya “menyamaratakan” bukan “meningkatkan” konsep kendiri pelajar? Semasa saya merancang memohon biasiswa dengan tajuk kajian masalah golongan pintar cerdas, saya dinasihati menukar tajuk kepada pelajar yang lemah sebab peluang adalah tipis dengan tajuk yang tidak penting ini. Bukan luar biasa banyak yang menganggap dunia ini tidak wujud golongan yang pintar cerdas sebab “semua orang adalah pintar cerdas.” Tanggapan ini adalah didasari salahtanggap yang mengandaikan tujuan pendidikan adalah “menyamaratakan” golongan pelajar terutamanya pelajar yang lemah supaya “catch up” dan setanding dengan pelajar yang biasa (majoriti). Logik kepada tanggapan ini adalah “menghalang dan membodohkan pelajar cerdik akan menjadikan pelajar yang lemah lebih pandai.” Kenapa perlunya kita menyamaratakan pencapaian semua pelajar? Padahal peluang pendidikan yang sama tidak bererti kemudahan, kaedah dan kandungan yang sama. Perkembangan pelajar, bukannya kandungan kurikulum yang menjadi isu di sini. Peluang pendidikan yang sama sebenarnya bererti semua pelajar diberi pendedahan untuk perkembangan optimal berdasarkan potensi yang ada pada masing-masing. Perkembangan pelajar juga perlu mempertimbangakan keperluan masyarakat dan budaya. Individu yang berbeza memainkan peranan yang berbeza dalam masyarakat. Apakah objektif pendidikan anda? Kanak-kanak boleh mengingat dan menjawab 3 daripada 5 poin yang diajar semasa peperiksaan

266

penggal atau perkembangan keseluruhan pelajar? Maklumat bukan pembelajaran. Pendidik tidak seharusnya dikongkong obsesi “mengawal” kelas dan mengabaikan perkembangan individu, mereka perlu diberi peluang untuk berkembang mengikut keperluan masingmasing. Mengawal kelas adalah perspektif guru, adakah pelajar mendapat sesuatu dari situ? Tiada tingkatan atau darjah dalam perkembangan, tiada konsep atau poin yang “perlu” dihafal untuk peringkat perkembangan tertentu. Cara yang terbaik untuk memahami psikologi pintar cerdas dan golongan ini adalah membuat pemerhatian yang terus kepada mereka dan diri kita dengan berpandukan maklumat yang betul, dan kamu akan mendapati setiap individu pintar cerdas adalah unik dan menarik. Setiap individu pintar cerdas boleh dibagaikan satu puzzle yang mencabar dan menarik, terutamanya kepada pengkaji dalam bidang ini. Boleh dijangka penyelidikan kualitatif dan kajian kes akan menjadi satu tren dalam bidang ini, disebabkan sifat subjek kajian yang unik. Dengan memahami setiap pokok kita akan mendapat gambaran satu hutan. Memahami mereka juga menjadikan kita lebih memahami diri kita. Teras buku ini adalah memahami golongan pintar cerdas dengan memahami tingkah laku.

267

____________________________________

[RUJUKAN Allison, S. (2002). Debating with talented and gifted students. School Libraries in Canada 22 (no1) 13-14. Bee, H. (1999). The growing child: An applied approach (2nd Ed.). New York: Longman. Bhasah Abu Bakar (2003). Asas pengukuran bilik darjah. Tanjong Malim: Quantum Books. Burlingame, R. (1960). Scientists behind the inventors. New York: Avon Books. Burt, C. (1975). The gifted child. London: Hodder & Stoughton. Chan, D. W. (2003). Dimensions of emotional intelligence and their relationships with social coping among gifted adolescents in Hong Kong. Journal of Youth and Adolescence, Vol 32 (No 6), ms. 409. Chang, L. (2000). The New York Times: Scientists at work. New York: McGraw-Hill. Chua, T. T. & Koh, B. B. (1992). Pendidikan khas dan pendidikan pemulihan: Bacaan asas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Clark, B. (1983). Growing up gifted: Developing the potential of children at home and at school (2nd Ed.). Columbus: Charles E. Merrill. Clark, C. & Callow, R. (2002). Educating the gifted and talented: Resource issues and processes for teachers (2nd Ed.). London: David Fulton Publishers. Davidson, J. & Davidson, B. (2004). Genius denied. New York: Simon & Schuster Paperbacks. Davis, G. A. & Rimm, S. A. (1998). Education of the gifted and talented (4th Ed.). MA: Allyn and Bacon. Davison, G. C. & Neale, J. M. (2001). Abnormal psychology (8th Ed.). New York: John Wiley & Sons. Feist, J. & Feist, G. J. (2002). Theories of personality. New York: McGraw Hill Higher Education. Freeman, J. (1979). Gifted children. Lancaster: MTP Press Ltd.

268

French, J. L. (1966). Educating the gifted: A book of readings (RevisedEdition). Columbia: Holt, Rinehart and Winston. Gallagher, J. J. & Gallagher, S. A. (1994). Teaching the gifted child (4th Ed.). MA: Allyn and Bacon. Gallucci, N. T., Middleton, G. & Kline, A. (1999). Intellectually superior children and behavioral problems and competence. Roeper Review, 22 (no1), 18-21. Golden, F. (2000). Albert Einstein: Person of the century. Dlm. Knauer, K. (Ed.), Time 100: Heroes & inspirations, persons of the century (hlm. 90-93). New York: Times Publishing. Gray, P. (2000). Thomas Edison. Dlm. Knauer, K. (Ed.), Time 100: Heroes & inspirations, persons of the century (hlm. 162-165). New York: Times Publishing. Hammond, A. L. (1984). A passion to know: 20 profiles in science. NY: Charles Scribner’s Sons. Heller, K. A., Mönks, F. J., Sternberg, R. J. & Subotnik, R. F. (2000). International handbook of giftedness and talent (2nd Ed.). Oxford: Elsevier Science. Howe, M. J. A. (1990). The origins of exceptional abilities. Oxford: Basil Blackwell Ltd. Howe, M. J. A. (1999). Genius explained. Cambridge: Canbridge University Press. Kendall, D. (2001). Sociology in our times (3rd Ed.). Belmont: Wardsworth / Thomson Learning. Knauer, K. (Ed.). (2000). Time 100: Heroes & inspirations, persons of the century. New York: Times Publishing. Malone, J. (2001). Unsolved mysteries of science: A mind-expanding journey through a universe of big bangs, particle waves, and other perplexing concepts. New York: John Wiley & Sons. McGeary, J. (2000). Mohandas Ghandhi. Dlm. Knauer, K. (Ed.), Time 100: Heroes & inspirations, persons of the century (hlm 116-121). New York: Times Publishing. McGrayne, S. B. (1998). Nobel Prize women in science: Their lives, struggles, and momentous discoveries. Washington: Joseph Henry Press. Moon, S. M., Zentall, S. S., Grskovic, J. A., Hall, A. & Stormont, M. (2001). Emotional and social characteristics of boys with AD/HD and giftedness: A comparative case study. Journal for the Education of the Gifted, 24 (No.3), 207-47. 269

Morrow, L. (2000). Thomas Jefferson. Dlm. Knauer, K. (Ed.), Time 100: Heroes & inspirations, persons of the century (hlm. 158-161). New York: Times Publishing. New Straits Times. (19 November 2005). Poverty not a setback for gutsy woman. Hlm. 14. Nik Azis Nik Pa (1990). Program pendidikan pelajar pintar cerdas: Teori dan praktik. Petaling Jaya: Dewan Pustaka Islam. Papalia, D. E., Olds, S. W. & Feldman, R. D. (2002). A child’s world: Infancy through adolescence (9th Ed.). New York: McGraw-Hill. Pickard, P. M. (1976). If you think your child is gifted. London: George Allen & Unwin Ltd. Press, S. J. & Tanur, J. M. (2001). The subjectivity of scientists and the Bayesian approach. New York: John Wiley & Sons. Radford, J. (1990). Child Prodigies and exceptional early achievers. Herfordshire: Harvester Wheatsheaf. Rowlands, P. (1974). Gifted children and their problems. London: J. M. Dent & Sons Ltd. Rozakis, L. (2001). The big book of dates. New York: McGraw-Hill. Ruddick, S. & Daniels, P. (Ed.). (1977). Working it out: 23 women writers, artist, scientists, and scholars talk about their lives and work. New York: Pantheon Books. Simonton, D. K. (1997). Genius & creativity. Greenwich: Ablex Publishing. Stone, T. L. (2003). Scientists: Their lives and works (Volume 7). Farminton Hills: Thomson Gale. Stopper, M. J. (2000). Meeting the social and emotional needs of gifted and talented children. London: David Fulton Publishers. Subotnik, R. F. & Arnold, K. D. (1995). Beyond Terman: Contemporary longitudinal studies of giftedness and talent. New Jersey: Ablex Publishing. Reed, M. A. (2000). Composing dialogues to expres self-differentiatin and Burke's rhetoric: A way to comprehend multilevel Inner growth. Roeper Review. Vol. 23 (No. 1) Salny, A. (2005). The much misunderstood IQ and the facts. Dlm Mensa International Journal. Dec. 2005, (No. 490). Simonton, D. K. (1997). Genius & creativity: Selected papers. Greenwich: Ablex Publishing Corp. Taylor, P. L. (2001). Science at the extreme: Scientists on the cutting edge of dsicovery. New York: McGraw-Hill. 270

Webb, J. T., Meckstroth, E. A. & Tolan, S. S. (1982). Guiding the gifted child: A practical source for parents and teachers. Ohio: Ohio Psychology Publishing Company. Woitaszewski, S. A. (2003). The contribution of emotional intelligence to the social and academic success of gifted adolescents. Roeper Review, Fall 2003, Vol. 2 (No 1).

271

Related Documents

Latest
May 2020 39
Latest
October 2019 57
Gifted Children
June 2020 11

More Documents from "api-17426660"