Laporan Sukaneka.docx

  • Uploaded by: Aida Zabidin
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Laporan Sukaneka.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,547
  • Pages: 8
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR

: Zuraida Binti Zabidin

PROGRAM

: PISMP Ambilan Jun 2015

NAMA SEKOLAH : Sekolah Kebangsaan Seri Permaisuri

NAMA PROJEK/AKTIVITI: Sukaneka SK Seri Permaisuri 2019

TEMPOH PELAKSANAAN: 9 Mac 2019 (Sabtu)

OBJEKTIF: I.

Memupuk keyakinan dan sikap tidak berputus asa dalam diri murid.

II.

Mengeratkan silaturrahim dalam kalangan murid.

III.

Membentuk murid agar sentiasa bersikap positif.

IV.

Memberi peluang kepada murid untuk menunjukkan bakat masing masing.

V.

Memberi kebebasan kepada guru pelatih untuk mencorakkan idea melalui aktiviti-aktiviti sukaneka yang dijalankan.

VI.

Melahirkan nilai-nilai murni dalam diri seperti bekerjasama, rajin dan bertanggungjawab.

VII.

Memberi

peluang

kepada

kanak-kanak

mempelajari,

mengaplikasi,

memperoleh pengalaman dan memperkembang kemahiran, pengetahuan dan nilai yang terdapat dalam aktiviti sukaneka yang dijalankan.

STRATEGI PELAKSANAAN:

Pada mulanya saya dan rakan internship saya telah berbincang untuk membuat sukaneka bagi tahap 1 sebagai projek kedua kami semasa berinternship di sini. Setelah mendapatkan keputusan yang muktamad, kami menemui mentor kami iaitu Encik Syafiq bagi berbincang mengenai projek ini. Encik Syafiq bersetuju dengan cadangan kami oleh kerana kami telah membuat perancangan pelaksanaan projek

secara teliti dengan mengambil kira semua aspek dari segi kumpulan sasaran, tempat, tarikh serta masa yang sesuai dan penyediaan kertas cadangan projek. Beliau hanya menambah baik sedikit perancangan kami dengan meminta untuk mengubah sedikit aktiviti yang bakal dijalankan semasa hari sukaneka tersebut. Langkah seterusnya, kami menyediakan kertas kerja bagi projek ini. Kertas projek ini bertujuan untuk mendapatkan kebenaran serta kelulusan daripada pihak pentadbir sekaligus menjadi tunggak asas kepada projek kami semasa waktu Internship ini. Bagi mendapatkan satu kertas kerja yang baik, kami telah beberapa kali membuat pembetulan dan penambahbaikan berdasarkan nasihat dan saranan Encik Syafiq. Melalui proses ini saya sedar bahawa adalah amat penting sesebuah komunikasi antara guru dan rakan sekerja bagi memastikan sesuatu perkara itu berjalan lancar dan mengikut pelan yang telah dirancang.

Seterusnya, kami berjumpa dengan semua guru kelas murid tahap 1 bagi memberi taklimat dan meminta semua guru tersebut untuk memberitahu kepada semua murid untuk memakai baju sukan sepanjang minggu latihan.

Kami juga

memilih dan melantik beberapa orang murid tahun 6 lelaki untuk bertugas sebagai pembantu kami yang bertanggungjawab untuk membantu dalam menyusun dan mengemas semula alatan mengikut aktiviti yang ditetapkan bagi setiap tahun. Oleh kerana setiap tahun mempunyai aktiviti yang berbeza, kami memerlukan murid yang cekap dan pantas bagi memastikan alatan dapat disusun dengan baik dan pantas. Hal ini bertujuan untuk memastikan sukaneka ini dapat dilangsungkan dengan baik dan berjalan lancar. Kami juga telah berjumpa dengan guru Pendidikan Khas dan guru Prasekolah bagi mendapatkan senarai alatan yang akan digunakan oleh mereka agar alatan tersebut mencukupi bagi tujuan sukaneka ini. Bagi murid Pendidikan Khas dan Prasekolah, aktiviti mereka adalah dibawah guru mereka akan tetapi kami juga bertanggungjawab untuk memantu guru tersebut.

Latihan bagi sukaneka ini dijalankan setiap hari sepanjang minggu menjelang hari sebenar. Hal ini bertujuan untuk memastikan semua murid faham akan syarat permainan dan mampu untuk bertanding secara sihat semasa hari kejadian. Sebelum memulakan latihan sukaneka, kami akan mengetuai senamrobik untuk memastikan semua murid dalam keadaan sedia untuk bersukan dan juga bagi meningkatkan kadar nadi murid. Selesai dengan senamrobik, murid yang bertugas mula untuk menyusun

alatan yang digunakan mengikut tahun. Latihan Sukaneka diadakan bermula pada jam 7.40 pagi sehinggan jam 11 pagi. Pada 9 Mac, tepat jam 7.30 pagi ibu bapa telah datang ke sekolah bersama – sama anak mereka. Majlis Perasmian Hari Sukaneka dimulai sebaik sahaja para VIP datang. Majlis dimulai dengan bacaan doa yang dibaca oleh Ustaz Anuar dan majlis kemudian dirasmikan oleh jemputan VIP pada hari tersebut. Program diteruskan dengan persembahan aerobik daripada murid perempuan yang telah dikendalikan oleh guru yang telah ditugaskan.

Seterusnya program diteruskan dengan sesi

senamrobik yang diketuai oleh kami.

Sesi senamrobik ini bertujuan untuk

meningkatkan kadar denyutan nadi murid sebelum melakukan aktiviti sukaneka. Aktiviti sukaneka dimulakan dengan pertandingan bagi murid pra sekolah kemudian murid pendidikan khas.

Acara penyampaian hadiah diberikan sejurus tamat

pertandingan bagi memastikan murid tidak menunggu terlalu lama dan kelancaran aktiviti pada ketika itu tidak terganggu.

Semasa acara penyampaian hadiah

berlangsung, murid yang bertugas akan berusaha sebaik mungkin untuk menyusun alatan

bagi

pertandingan

sukaneka

bagi

tahun

seterusnya.

Kami

juga

bertanggungjawab untuk memastikan semua alatan dapat disusun mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan program tidak mengikut jadual yang telah dirancang. Tepat jam 12 tengah hari semua aktiviti telah selesai dijalankan dan semua peralatan telah siap di kemas.

REFLEKSI: 1)

KEKUATAN PROJEK/AKTIVITI:

Kekuatan yang pertama dalam projek ini ialah dari segi kerjasama dengan pihak sekolah. Pihak sekolah telah memberikan kerjasama bagi memastikan projek ini berjalan dengan lancar. Pihak pentadbiran seperti Guru Besar, Guru Penolong Kanan amat menyokong projek kami dan memberikan respon yang positif kepada kami. Melalui kerjasama yang baik ini kami dapat menguruskan projek ini dengan baik. Sebagai contoh, meminta kelulusan melakukan projek, pengurusan alatan, dan pengurusan murid.

Melalui kerjasama ini saya menyedari adalah penting untuk

mempunyai hubungan yang baik dengan pihak pentadbiran dan rakan sekerja. Hal

ini akan memudahkan segala pengurusan dalam segala perkara. Sebagai contoh, pengurusan program dan hal – hal di sekolah.

Kekuatan kedua program ini ialah, program ini juga dapat membina keyakinan diri murid agar tidak malu dalam melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti kecergasan dan seterusnya dapat memupuk semangat kerjasama antara ahli kumpulan. Selari dengan objektif program iaitu bagi menghasil kan murid yang seimbang daripada JERIS iaitu Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial, program ini mampu mendorong murid untuk memperbaiki kemahiran bersosial dengan orang lain iaitu mempunyai keyakinan untuk bergaul dan melakukan aktiviti sukan bersama orang lain.Program ini juga menggalakkan murid untuk mempraktikkan gaya hidup sihat, mengeratkan silaturrahim antara murid dan guru dan dapat melahirkan murid-murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.

Kekuatan keempat adalah dari segi pengalaman mengurus dan mengadakan sesuatu program. Saya dan rakan-rakan saya bersyukur dapat menimba pengalaman untuk mengendalikan sesuatu program sekolah seperti ini. Sejujurnya banyak perkara yang perlu diambil kira apabila mengendalikan sesuatu program di sesebuah sekolah. Setelah saya mengendalikan program ini, saya sedar bahawa perkara yang telah dirancang dan dibincang bersama tidak akan berjalan seperti yang diharap pada hari kejadian oleh kerana masalah yang timbul kadang kala berlaku di luar jangkaan kami. Melalui pengalaman mengendalikan program ini, saya telah menyedari bahawa pengurusan sesuatu program di sekolah jauh berbeza dengan di sekolah. Hal ini kerana, di sekolah murid sekolah berumur 12 tahun kebawah jauh berbeza tahap kematangannya dibandingkan dengan pelajar di Institut Pendidikan Guru. Bagi murid sekolah, kawalan murid adalah penting bagi memastikan kelancaran program tidak terganggu oleh kerana pada tahap umur begini mereka lebih suka bermain dan tahap focus mereka adalah kurang. Selain itu, faktor cuaca yang baik juga menjadi salah satu kekuatan. Saya bersyukur kerana cuaca pada pagi program tersebut adalah baik dan tidak hujan. Oleh itu, tapak perhimpunan tidak basah dan murid dapat melakukan aktiviti sukaneka dengan selesa.

2)

KELEMAHAN PROJEK/AKTIVITI:

Terdapat beberapa kelemahan yang berlaku selama menjalankan program ini. Kelemahan pertama ialah dari segi kawalan murid semasa sesi latihan sukaneka. Terdapat murid yang tidak mahu mendengar arahan guru yang bertugas terutamanya murid tahun tiga walaupun sudah beberapa kali ditegur.

Hal ini berlaku akibat

daripada kurangnya guru yang bertugas untuk mengawal murid. Kami telah meminta guru kelas untuk turut sama di tapak perhimpunan menjaga murid akan tetapi terdapat guru yang tidak ke tapak perhimpunan dan hanya berada di bilik guru menyiapkan tugas mereka.

Selain itu, terdapat kelemahan pada kawalan semasa berlangsungnya aktiviti sukenaka. Ibu bapa amat teruja sehingga berada di dalam tapak aktiviti dan ada yang sehingga mengganggu murid yang sedang bertanding. Walaupun sudah ditegur berulang kali, namun masih terdapat ibu bapa yang mengendahkan sahaja teguran tersebut.

Semangat dan keterujaan pihak ibu bapa sangat bagus untuk tujuan

memberi semangat kepada murid akan tetapi mereka seharusnya mematuhi arahan guru bertugas bagi memastikan mereka tidak mengganggu murid.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:

Cadangan penambahbaikan yang saya boleh berikan adalah kami haruslah memastikan dapat memberikan taklimat yang jelas kepada semua guru yang terlibat dengan program ini agar semua guru jelas dengan tugas mereka dan dapat memberikan kerjasama yang terbaik bagi memastikan kelancaran program ini. Hal ini kerana mungkin terdapatnya guru yang tidak begitu jelas dengan taklimat yang diberi sebelum ini dan menyebabkan mereka hanya duduk di bilik guru dan tidak membantu untuk mengawal murid di tapak perhimpunan. Hubungan dua hala yang baik dengan guru dapat menjamin setiap guru menggalas tanggungjawab diberi sebaiknya.

Selain itu, kami boleh menggunakan tali atau penghadang bagi menandakan kawasan larangan bagi ibu bapa. Inisiatif ini mampu sedikit sebanyak mengelakkan ibu bapa daripada masuk ke tapak aktiviti dan mengganggu murid yang sedang bertanding.

KESIMPULAN:

Secara keseluruhannya, program sukaneka tahap satu ini dapat dilaksanakan dengan jayanya di sekolah ini dan menjadi satu tapak bagi warga pendidik memulakan amalan budaya bersukan dengan cara yang mudah dan menyeronokkan. Ini memberi peluang kepada murid-murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti gaya hidup sihat. Mereka juga dapat merapatkan hubungan silaturahim dalam kalangan pelajar guru, guru-guru sekolah dan murid-murid.

Bagi pihak guru pelatih pula, melalui program ini saya dapat memberikan pengetahuan dan pengalaman yang bermakna sebagai bekalan ilmu ketika bergelar guru kelak. Di samping itu, pelaksanaan program ini juga dapat memberi impak kepada konsep kendiri guru pelatih terhadap kemahiran mengurus, mengelola dan memimpin.

Rajah 1. Siswa guru sedang mengetuai senaman pagi sebelum aktiviti sukaneka dimulakan.

Rajah 2. Murid prasekolah sedang melakukan aktiviti melompat gelung selepas berlari di dalam guni.

Rajah 3. Murid tahun 2 sedang menarik bola dengan gelung rotan.

Rajah 4. Murid tahun 3 sedang menolak bola dengan menggunakan kayu hoki.

Related Documents

Laporan
August 2019 120
Laporan !
June 2020 62
Laporan
June 2020 64
Laporan
April 2020 84
Laporan
December 2019 84
Laporan
October 2019 101

More Documents from "Maura Maurizka"