Laporan Semasa - Copy.docx

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Laporan Semasa - Copy.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 432
  • Pages: 3
LAPORAN SEMASA

Pada hari Jumaat bersamaan 12 Ogos 2016, kami memulakan sesi projek kami dengan kerja-kerja pembersihan dan pengosongan Bilik Kaunseling. Selepas perbincangan dengan pihak Kaunseling dan ahli projek, kami telah bersetuju untuk mengeluarkan dan melupuskan beberapa barang yang tidak lagi digunakan seperti Komputer yang tidak berfungsi, meja-meja, rak-rak buku dan sebagainya. Alhamdulillah, bantuan pekerja-pekerja pembersih sekolah, barang-barang tersebut dapat dikeluarkan dari Bilik Kaunseling dan dilupuskan serta ,merta di tempat yang sepatutnya dengan kaedah yang sesuai.

GAMBAR : Mengeluarkan Rak Buku-buku Murid

Keesokkan harinya, bersamaan hari Sabtu,13 Ogos 2016, kami memulakan sesi menceriakan bilik Kaunseling dengan membuat pembahagian tugas-tugas yang perlu dilakukan. Antaranya, menceriakan Bilik Kaunseling Individu dan Kelompok, menyusun rak-rak buku dan fail, membuat label, membuat sudut Kecemerlangan Sekolah, membuat sudut Kaunter Perkhidmatan, sudut Karya Murid ruang Taklimat dan ruang Santai. Disebabkan kami hanya mempunyai empat ahli, kami telah mendapat bantuan dari pekerja-pekerja pembersihan untuk memindahkan rak-rak buku dan fail ke tempat yang sesuai dan lebih kondusif. Kemudian, kami telah menyusun dan mengikat buku-buku murid mengikut tahun dan kelas agar lebih mudah diambil dan dikembalikan ke rak-rak tersebut. Malah, kami juga telah membuat label-label pada rak tersebut agar mudah dirujuk oleh pihak Kaunseling semasa hendak menggunakannya.

GAMBAR : Penyusunan Rak Buku-buku Murid

Bagi bilik Kaunseling Kelompok dan Individu, kami hanya perlu memasukkan barangbarang yang tidak tersusun ke dalam almari yang tersedia dan mengeluarkan beberapa meja yang tidak digunakan lagi. Hal ini kerana, hiasan dalaman tidak diperlukan dalam bilik ini sebagai memenuhi syarat penyediaan bilik Kaunseling Kelompok dan Individu. Namun, kami hanya perlu memperbaharui label di pintu bilik tersebut kerana label yang sedia ada tidak begitu ceria.

Seterusnya, agenda penting yang perlu kami lakukan adalah sudut Kecemerlangan Sekolah. Kami telah bersetuju untuk meletakkan sijil-sijil sekolah secara rawak agar tidak kelihatan terlalu formal dan lebih ceria. Malah, kami juga membuat bentuk hati di sekeliling sijil tersebut yang dihiasi dengan nota-nota kecil yang membina berkaitan kejayaan dan kecemerlangan. Oleh itu, sesiapa yang melihat sijil-sjil tersebut dapat membaca nota-nota kejayaan sebagai penguat semangat untuk mencapai lebih banyak kecemerlangan dan kejayaan di sekolah ini.

GAMBAR : Ruang Kejayaan Murid

Seterusnya, kami telah menyediakan Kaunter Perkhidmatan di bahagian hadapan Bilik Kaunseling yang dilengkapi dengan meja dan Komputer bagi memudahkan dan melancarkan urusan-urusan yang berkaitan kaunseling. Kemudian, ruang Santai di bahagian hadapan juga tidak banyak yang perlu diubah kecuali menukar kedudukan sofa dan meja agar kelihatan baru dan lebih luas. Akhir sekali, kami telah membersihkan kawasan bilik dan mencantikkan beberapa bahagian yang dirasakan perlu. Pemeriksaan terakhir juga dilakukan bagi memastikan tidak ada lagi bahagian atau sudut yang tercicir dan siap seperti yang telahpun dirancang pada awal projek ini.

Related Documents