TMP 6063: Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik - PENILAIAN 1 PENGENALAN
“A major and continuing problem of teacher education is the evaluation of its ‘product’ namely teacher. Teacher education is analogous to industry in that it needs to evaluate the ‘product’ and to feed that evaluative information back into the program of preparation in order to improve the quality of the teaching profession.”(sumber: American Association of Colleges for Teaching EducationAACTE)
Dalam menempuh kehidupan seharian, kita seringkali berhadapan dengan apa yang dikatakan sebagai pengujian, pengukuran dan penilaian dalam semua keadaan yang memerlukan kita membuat sesuatu pertimbangan atau keputusan. Kita sebagai guru perlu membuat pertimbangan dan keputusan berhubung dengan pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung untuk menentukan sama ada objektif pembelajaran sudah dicapai pelajar atau memerlukan ulangan semula dan sebagainya. Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting dalam dunia pendidikan. Sering kali istilah ini digunakan secara bertukar ganti. Misalnya, sesetengah guru apabila mengedarkan kertas ujian, mereka mengatakan mereka ingin mengukur atau menilai prestasi pelajar dalam sesebuah bilik darjah, tanpa menghirau maksud khusus yang mendukung istilah-istilah berkenaan. Secara khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan mempunyai makna yang spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai perbezaan. Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik, dengan mengambil kira semua faktor yang boleh mempengaruhi maklumat atau dapatan yang diperoleh, akan membantu guru dalam membuat sesuatu keputusan dengan tepat.
TMP 6063: Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik - PENILAIAN 2 Walaupun penilaian menjadi satu bidang yang sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran, masih ramai guru yang bersikap sambil lewa mahupun yang kurang mahir dalam teknik-teknik penilaian ini. Penilaian bagi mereka hanya berfungsi sebagai alat untuk memilih dan mengasing pelajar sahaja. Padahal terdapat pelbagai tujuan lain penilaian yang lebih penting daripada itu yang perlu mereka tahu dan titik beratkan.
Takrif Penilaian Apakah itu penilaian pendidikan? Menurut Stufflebeam (1971), penilaian adalah proses mengenalpasti,
memperoleh
dan
menyediakan
maklumat
berguna
bagi
keputusan
mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita. Penilaian menentukan jurang perbezaan antara “apa yang dihasilkan” dengan “apa yang dihasratkan” dari sesuatu program pendidikan. Penilaian merupakan pertimbangan profesional iaitu proses yang membolehkan seseorang membuat keputusan. Gay (1985) berpendapat bahawa “penilaian ialah satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai”. Ini seterusnya membolehkan guru membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran. Justeru, penilaian berbeza dengan pengukuran yang melibatkan hanya pemberian ukuran dalam bentuk nombor tertentu yang lebih bersifat kuantitatif. Sebelumnya, Popham (1975) menyatakan penilaian yang sistematik perlu mempunyai satu tafsiran yang formal tentang nilai fenomena pendidikan. Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek hasil pengajaran dan pembelajaran dan juga hasil progam pengajian berbanding matlamat asalnya. Dalam bilik darjah, apabila guru memberikan ujian,
TMP 6063: Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik - PENILAIAN 3 adakah guru berkenaan mengukur pencapaian pelajar atau menilai pencapaian pelajar? Dalam keadaan ini kita boleh mengatakan guru sebenarnya mengukur pencapaian pelajar melalui ujian yang dijalankan. Tindakan susulan guru ialah menilai ukuran pencapaian tersebut dengan menggunakan keputusan ujian itu bersama maklumat lain yang berkaitan.
Mengapakah perlu ada penilaian? Penilaian dalam pengajaran dan pembelajaran adalah sama pentingnya dengan proses pengajaran dan pembelajaran itu sendiri. Matlamat utama penilaian ialah untuk memperbaiki pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya ditinjau dari aspek yang lebih luas, penilaian yang dijalankan sepatutnya memberi manfaat besar kepada guru, pelajar dan ibu bapa, malah kepada pihak sekolah serta Kementerian Pelajaran sendiri. Antara tujuan utama penilaian ialah sebagai: •
Untuk mengetahui secara kasar keupayaan, kemahiran atau pengetahuan sedia ada pada murid pada awal tahun melalui diagnostic test. Tahap pengajaran selanjutnya bolehlah diperolehi berdasarkan hasil daripada ujian tersebut.
•
Untuk membantu guru-guru bagi mengetahui sejauh manakah murid-murid mereka telah dapat menguasai atau mempelajari apa yang akan disampaikan. Dengan kata lain, guruguru dapat melihat sejauh mana pengajaran itu berhasil.
•
Untuk menilai prestasi pelajar dengan membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan rakan-rakan sekelas atau peringkat kelas yang sama di sekolah.
ISU 1 : ADAKAH PENILAIAN ITU PEPERIKSAAN SEMATA-MATA?
TMP 6063: Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik - PENILAIAN 4 Menurut Black dan Wiliam (1998), guru-guru di sekolah lebih menumpukan kepada penilaian terhadap pembelajaran berbanding penilaian untuk pembelajaran iaitu guru lebih mengutamakan fungsi pemberian gred dan kurang memberatkan aspek-aspek pembaikpulihan pengajaran dan menggalakkan pembelajaran pelajar. Di Malaysia, kajian yang dijalankan oleh Azman Wan Chik (1989) memperolehi dapatan yang hampir sama. Selain itu kajian yang dijalankan oleh Bhasah Abu Bakar (2003) terhadap pelajar Tingkatan Tiga juga menunjukkan fungsi pemberian gred masih menjadi tumpuan utama. Dalam hal ini, menurut ARG (1999) dan Black dan Wiliam (1998), penilaian di sekolah hendaklah diamalkan untuk dua tujuan utama iaitu untuk memberi gred dan pelaporan iaitu menentukan status pembelajaran pelajar atau dikenali sebagai penilaian terhadap pembelajaran (assessment of learning) dan untuk menggalakkan pembelajaran atau dikenali sebagai penilaian untuk pembelajaran (assessment for learning). Kedua-dua jenis penilaian ini sama-sama memainkan peranan yang penting di sekolah. Secara umumnya, penilaian terhadap pembelajaran lazimnya dijalankan ketika peperiksaan penggal atau peperiksaan akhir iaitu setelah keseluruhan atau sebahagian besar topik pengajaran selesai disampaikan. Penilaian untuk pembelajaran pula berlaku ketika proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah sedang berlangsung.
ISU 2 : ADAKAH GURU MENGAJAR PEPERIKSAAN ATAU MENGAJAR UNTUK PEPERIKSAAN? Seterusnya, menurut Airasian (2000), penekanan terhadap amalan penilaian terhadap pembelajaran ini menyebabkan berkembangnya budaya mengajar peperiksaan (teaching the test) berbanding mengajar ke arah peperiksaan (teaching to the test). Penyelidikan di beberapa buah sekolah meliputi beberapa buah negeri di Malaysia memaparkan bahawa budaya ini
TMP 6063: Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik - PENILAIAN 5 sememangnya sudah menjadi amalan biasa iaitu sebagai salah satu aktiviti persediaan peperiksaan terutamanya apabila menjelang musim peperiksaan awam. Ditinjau dari satu segi, budaya ini mungkin boleh menghasilkan pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan, tetapi tanpa disedari pencapaian ini mungkin hanya pencapaian yang palsu atau tidak sah akibat daripada aktiviti persediaan peperiksaan yang tidak beretika (Gallagher, 1998). Selain itu budaya ini akan menyebabkan kesan yang dipanggil sebagai washback effect (Marlin Abd. Karim, 2003) yang bermaksud pembelajaran di dalam bilik darjah lebih menjurus kepada persediaan untuk menghadapi peperiksaan. Oleh itu pelajar lebih banyak menghafal segala fakta yang disampaikan, diberi latih tubi dan diberi contoh-contoh soalan yang berkaitan berbanding untuk memahami sepenuhnya isi kandungan pelajaran yang disampaikan. Perbincangan di atas menggambarkan bahawa pemberian gred begitu ditekankan dalam proses penilaian di sekolah dan ianya nya sekali bertentangan dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dengan lain perkataan, fenomena ini menyebabkan guru memfokuskan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah kepada kecemerlangan pelajar dalam peperiksaan berbanding untuk mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan dalam sukatan pelajaran. Guru juga mungkin tidak rnenyedari bahawa kecemerlangan pelajar boleh ditingkatkan melalui proses penilaian. ISU 3 : ADAKAH GURU ADA MEMBUAT PENILAIAN DI DALAM BILIK DARJAH? Sebagai melambangkan betapa tidak prihatinnya guru terhadap penilaian untuk pembelajaran, Isaacson (1999) menyatakan bahawa sebilangan besar guru tidak menggunakan sepenuhnya maklumat daripada pentaksiran semasa proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah untuk memantau pembelajaran pelajar, menilai keberkesanan pelbagai kaedah pengajaran guru dan sebagai panduan membuat keputusan-keputusan berkenaan pengajaran. Menurut Abu
TMP 6063: Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik - PENILAIAN 6 Bakar Nordin (1986), implikasi yang dahsyat daripada budaya ini ialah pelajar yang lemah akan terus tertinggal atau terus diketepikan, kelemahan pengajaran guru tidak diperbaiki dan guru lebih cenderung untuk meletakkan kesalahan pada bahu pelajar semata-mata apabila keputusan peperiksaan kurang memuaskan. Penilaian yang dijalankan oleh guru dalam bilik darjah akan dapat memberikan maklum balas kepada guru tentang tahap penguasaan pelajar terhadap pengetahuan dan kemahiran yang telah diajar. Selain itu, penilaian ini juga dapat memberi maklum balas tentang masalah yang dihadapi pelajar dalam pembelajaran. Dengan itu, guru dapat mengenal pasti kemajuan seseorang pelajar, sama ada pada tahap yang sangat memuaskan, memuaskan, sederhana, lemah atau tidak ada sebarang kemajuan langsung. Daripada penilaian yang dijalankan juga, guru dapat mengenal pasti pelajar yang cepat atau cerdas, yang memerlukan aktiviti pengayaan dan pelajar yang lemah yang memerlukan aktiviti pemulihan. Guru juga perlu membuat keputusan sama ada untuk mengubah strategi pengajaran, supaya ia lebih bersesuaian dengan keperluan pelajar atau mengulang pelajaran dengan menggunakan strategi yang sama dan sebagainya. Penilaian yang dijalankan sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran akan memperlihatkan kemajuan pelajar dalam jangka masa tertentu. Pengesanan kemajuan pelajar secara berterusan ini akan memberi maklum balas kepada guru tentang masalah yang dihadapi pelajar. Adakah pelajar mempunyai masalah dalam mempelajari dan menguasai pengetahuan dan kemahiran yang telah diajar? Sekiranya pelajar menghadapi masalah, guru akan menyelidik punca masalah tersebut. Maklumat berkenaan akan digunakan guru untuk mengubah pendekatan pengajaran atau menyediakan latihan yang khusus supaya masalah yang dihadapi pelajar dapat diatasi. Tanpa bantuan khas ini, pelajar-pelajar akan terus menghadapi masalah dan akibatnya mereka akan terus ketinggalan dalam pembelajaran.
TMP 6063: Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik - PENILAIAN 7
ISU 4 : ADAKAH PENILAIAN YANG DIBUAT MEMPUNYAI CIRI KESAHAN YANG BAIK? Sesuatu penilaian dikatakan sah apabila ia mengukur apa yang sepatutnya diukur. Kesahan bermaksud kebolehan sesuatu penilaian mengukur apa yang sepatutnya diukur. Kesahan merujuk kepada kesesuaian dan kekuatan interpretasi markah ujian dan lain-lain keputusan penilaian dengan merujuk kepada kegunaan tertentu alat ukur tersebut. Kesahan sesuatu ujian atau penilaian boleh ditingkatkan dengan menyediakan
blue
print, atau rancangan persediaan yang dinamakan Jadual Penentuan Ujian (JPU). JPU ini dapat memastikan kesahan isi ujian yang akan disediakan. JPU memerlukan guru menetapkan tajuktajuk yang hendak diuji, peringkat objektif mengikut Taksonomi Bloom, bilangan soalan bagi tiap-tiap satu objektif dan tajuk. Penentuan objektif pelajaran ataupun aras-aras kemahiran bergantung kepada matapelajaran, tajuk-tajuk yang diuji serta peringkat kebolehan murid-murid yang menduduki ujian itu. Ini bermakna guru perlu meneliti dan memahami isi kandungan tiaptiap tajuk dalam sukatan pelajaran. Walau bagaimanapun, apa yang sering dilakukan oleh guru-guru ialah mereka tidak begitu menitik beratkan kesahan sesuatu penilaian itu. Kadangkala, mereka hanya memilih satu bahagian pada sebuah buku latihan yang ada di pasaran dan dicetak untuk dijadikan item ujian peperiksaan tanpa peduli akan aras pelajar, sukatan pelajaran dan aras soalan mengikut Taksonomi Bloom.
TMP 6063: Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik - PENILAIAN 8 ISU 5 : ADAKAH CIRI KEBOLEHPERCAYAAN ADA PADA PENILAIAN YANG DIBUAT? Kebolehpercayaan (reliability) sesuatu ujian merujuk kepada ketekalan, ketepatan, dan kebolehbergantungan ujian berkenaan. Ini bermaksud sesuatu ujian yang boleh dipercayai akan menghasilkan maklumat yang tekal (merujuk kepada beberapa pentadbiran ujian yang telah dijalankan), tepat seperti yang sepatutnya serta boleh diterima pakai tanpa keraguan. Soalan yang dibina jika tidak mempunyai kebolehpercayaan atau mempunyai kebolehpercayaan rendah tidak akan dapat menggambarkan pencapaian pelajar dan seterusnya akan menjadikan sistem penilaian yang sia-sia. Oleh itu para pendidik perlu berhati-hati dalam membina alat penilaian. Apabila kita menilai ataupun menguji murid-murid, kita sepatutnya menyoal diri kita sendiri adakah jawapan yang diberikan itu tidak berubah-ubah dan dapat mencerminkan kemahiran, kebolehan dan nilai pada murid itu. Jika benar maka ujian yang kita berikan itu bolehlah kita anggapkan sebagai stabil. Kebolehpercayaan ujian sangat penting oleh kerana kita tidak mahu markah yang diperolehi itu dalah disebabkan oleh nasib. Kita mahukan markah itu datangnya daripada kemampuan murid itu sendiri. Umpamanya kita mahu menguji samada murid itu dapat menolak nombor-nombor tidak lebih daripada 20 dan dengan bertangan. Kita tidak hanya memberikan satu soalan sahaja..Kita akan mengemukakan beberapa soalan yang dapat menguji kemahiran yang sama. Jika murid itu dapat peluang menjawab sebilangan besar soalan-soalan itu, maka kita bolehlah berpuas hati dan menerima hasilnya sebagai mencerminkan keupayaan murid itu. Dengan kata lain, kebolehpercayaan pada ujian ini ialah untuk kita memastikan yang ujian atupun alat penilaian itu memberi peluang kepada murid mengemukakan jawapan yang mencerminkan keupayaannya dan bukanlah disebabkan oleh nasib.
TMP 6063: Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik - PENILAIAN 9 Faktor kebolehpercayaan juga timbul ketika pemeriksaan dan pemarkahan. Ujian objektif tidak menimbulkan masalah. Tetapi ujian ataupun penilaian yang berkaitan dengan sikap, nilai dan juga amali sukar diperiksa dan diberikan markah secara objektif. Masalah ini sering berlaku di dalam ujian-ujian terbuka yang guru lakukan. Di dalam pemerhatian juga, guru dapati yang pemarkahan sukar diberi dengan tepat. Bagi mengelakkan perkara-perkara ini, guru harus menyediakan satu skema pemeriksaan dan pemarkahan yang jelas dan kita patuhi pada skema ini apabila membuat pemeriksaan dan pemarkahan.
KESIMPULAN Guru memainkan peranan yang penting dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian para pelajar dalam bilik darjah. Guru menentukan hasil pembelajaran bagi pelajar-pelajarnya serta merancang dan melaksanakan penilaian dan juga merekod segala maklumat yang diperoleh, dan akhirnya melakukan tindakan susulan. Melalui aktiviti penilaian, guru dapat memastikan perkembangan potensi individu secara menyeluruh agar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jika ianya dirancang dan ditadbir dengan teliti, penilaian boleh memberikan maklumat berguna untuk meningkatkan P&P. RUJUKAN:
Abu Bakar Nordin. (1986). Asas penilaian pendidikan. Petaling Jaya: Longman. Airasian, P. W. (2000). Assessment in the classroom: A concise approach. Boston: Mc-GrawHill.
TMP 6063: Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik - PENILAIAN 10 Assessment Reform Group (ARG) (1999). Assessment for learning: Beyond the black box. Cambridge, UK: University of Cambridge School of Education. Azman Wan Chik. (1989). The system of educational evaluation (testing) in Malaysian schools: Mathematics, science subjects, languages and social studies. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Bhasah Abu Bakar & Misnan Jemali. (2003, Mei). Pendidikan berorientasikan peperiksaan (exam oriented) dari perspektif pelajar sekolah menengah (Tingkatan I hingga Tingkatan 3). Kertas kerja yang dibentangkan pada Seminar Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan, Kuala Lumpur. Black, P., & Wiliam, D. (1998). Assessment and classroom learning. Assessment in Education, 5(1), 7 -73. Gay, L.R. (1985). Educational and evaluation and measurement. Competencies for analysis and application. 2nd ed. Gallagher, J. D. (1998). Classroom assessment for teachers. Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.
Isaacson, S. (1999). Instructionally relevant writing assessment, Reading & Writing Quarterly, 14,29 -48. Marlin Abd Karim. (2003, Mei). High stakes examination: Washback in the language classroom. Kertas kerja yang dibentangkan pada Seminar Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan, Kuala Lumpur. Popham, W.J. (1975). Educational evaluation. New Jersey: Printice-Hall Inc. Stufflebeam, D.L. (1971). “Evaluation s enlightment for decision making” in Beatty, W.H (Ed.) Improving educational assessment and an inventory of measures of affective behaviour. Washington D.C: ASCD.
TMP 6063: Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik - PENILAIAN 11
LAMPIRAN
TMP 6063: Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik - PENILAIAN 12
TAHUN
NAMAPEPERIKSAAN
1957
• Lower Certificateof Education(LCE) diperkenalkan. • School Certificate(SC)/Federationof MalayaCertificate (FMC) diperkenalkan.
1960
• SijilRendahPelajaran(SRP) diperkenalkan.
1962
• SijilPelajaranPersekutuanTanahMelayu(SPPTM) diperkenalkan.
1964
• MalaysiaCertificate of Education(MCE) menggantikanFederation of Malaya Certificate(FMC). • SijilPelajaranMalaysia(SPM) menggantikanpeperiksaanSPPTM.
1967
• PenilaianDarjahLima(PPDL) diperkenalkan.
TAHUN
NAMAPEPERIKSAAN
1969
• SijilPelajaranVokasionalMalaysia(SPVM) diperkenalkan.
1973
• UjianDarjahTiga(UDT) diperkenalkan. • UjianLisanBahasaMalaysia bagi SPM/MCE diperkenalkan.
1976
• PeperiksaanBahasa Malaysia (Julai) diperkenalkan.
1980
• SPMmenggantikanMCE diseluruhMalaysia.
1982
• UjianDarjahTiga(UDT) dimansuhkan.
1985
• SRPmenggantikanLCE sepenuhnya.
1986
• PenilaianDarjahLima(PDL) dimansuhkan. • SPMmenggantikanpeperiksaanMCE sepenuhnya.
TMP 6063: Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik - PENILAIAN 13
NAMAPEPERIKSAAN
TAHUN 1988
• UjianPencapaianSekolahRendah(UPSR) diperkenalkan.
1993
• PenilaianMenengahRendah(PMR) menggantikanSRP .
1996
• PenilaianTahapSatu(PTS) diperkenalkan.
2000
• Sistempensijilanterbukadiperkenalkandiperingkat SPM
2001 • PTSdimansuhkan 2003
• UjianLisanBerasaskanSekolah(ULBS) bagi BahasaMelayudan BahasaInggerisSPMdiperkenalkan. Sumber : Sumber: Pelita Bahasa, Julai 2007