Laporan Pelaksanaan Internship

  • Uploaded by: Syed Badriz
  • 0
  • 0
  • August 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Laporan Pelaksanaan Internship as PDF for free.

More details

  • Words: 583
  • Pages: 4
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR

: Syed Badriz bin Syed Mazlan

PROGRAM

: Ambilan Jun 2015

NAMA SEKOLAH

: SK Bukit Changgang

NAMA PROJEK

: Smart Teng Teng

TEMPOH PELAKSANAAN : 18 Februari 2019 – 18 Mac 2019

OBJEKTIF

:

Pada akhir penggunaan produk inovasi ini dalam pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat: 1. Menarik minat murid-murid untuk belajar. 2. Memupuk dan meningkatkan tahap kerjasama antara murid-murid. 3. Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih seronok dan berkesan. 4. Meningkatkan daya imaginasi dan kreativiti murid-murid. 5. Memotivasi semangat murid-murid untuk mengatasi masalah yang dihadapi. 6. Memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan murid. 7. Memberikan

pendedahan

kepada

murid-murid

mengenai

permainan

tradisional.

STRATEGI PELAKSANAAN : Sebelum saya merancang projek saya telah berbincang dengan pihak sekolah mengenai projek inovasi saya. Saya telah bertanya Encik Zailan selaku Penolong Kanan Pentadbiran mengenai masalah yang terdapat di sekolah.

1

Salah satunya adalah masalah obesiti dalam kalangan murid. Justeru itu, saya telah merancang untuk membuat inovasi Smart Teng Teng.

Projek inovasi Smart Teng-Teng adalah satu projek yang multi fungsi. Projek ini mempunyai serampang dua mata kerana selain dapat memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan murid, projek ini juga dapat memudahkan guru-guru bagi menyampaikan proses pembelajaran dan pengajaran secara lebih berkesan melalui kaedah permainan. Permainan merupakan saluran yang boleh mengembangkan perkembangan murid-murid ke tahap yang optima. Oleh kerana permainan merupakan sesuatu kekuatan dan pengalaman yang penting menjadi asas dalam model pendidikan awal kanak-kanak.

Menurut Buku Panduan Guru (Pusat Perkembangan Kurikulum), belajar melalui bermain adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang bebas dan selamat, menggembirakan dan bermakna. Persediaan yang rapi sebelum memulakan kerja bagi sebarang tugas amat dititikberatkan bagi memastikan setiap produktiviti atau hasil yang diperolehi adalah berkualiti dan dapat menepati objektif dan sasaran yang telah ditetapkan. Ia juga dapat melicinkan perjalanan proses yang terlibat. Terdapat pelbagai kemungkinan yang akan berlaku sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, makmal dan lain-lain. Ianya boleh mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Namun, sebagai langkah bagi memastikan perjalanan proses yang dirancang berjalan lancar, guru harus bersedia dan mempersiapkan diri sebelum

memulakan

tugas

mengajar

dan

sebaganya.

Persediaan

perancangan mengajar mempunyai tiga komponen penting iaitu komponen persediaan, penyampaian, dan penutup (Mok, S. S., 2002).

2

REFLEKSI: Kekuatan projek: Antara kekuatan projek inovasi Smart Teng Teng yang telah saya kenalpasti ialah: •

Murid berasa seronok



Murid belajar tanpa menyedari mereka belajar



Murid tidak tertekan dalam proses PdP yang dijalankan



Murid berusaha untuk menang dan wujudnya persaingan yang positif



Murid menghafal secara tidak langsung



Produk inovasi yang multifungsi dan menjimatkan kos



Produk inovasi yang boleh digunakan untuk pelbagai subjek

Kelemahan: Smart Teng Teng adalah satu alat yang multifungsi, namun begitu,masih terdapat perkara yang membataskan projek ini. Projek ini adalah satu projek PdP diluar kelas, oleh yang demikian, penggunaan alat ini dibatasi oleh cuaca. Cuaca seperti hujan pasti membahayakan murid menggunakan alatan ini.

3

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN: Antara cadangan penambahbaikan ialah, saya perlu memikirkan soal keselamatan murid dalam pembikinan sesuatu inovasi. Hal ini berikutan tempat Laman Smart Teng Teng yang telah saya bina terlalu dekat dengan longkang. Ini boleh membahayakan keselamatan murid. Selain itu, Smart Teng Teng juga haruslah dibina di tempat yang berbumbung bagi mengekalkan kualiti cat agar tidak lekang dek panas tidak lapuk dek hujan.

KESIMPULAN: Projek Inovasi Smart Teng Teng adalah satu projek multifungsi yang mampu membantu guru-guru dalam PdP pelbagai subjek. Sesungguhnya dengan adanya inovasi ia mampu menjana kekreatifan seseorang guru agar PdP mampu berjalan dengan lebih aktif dan efektif.

4

Related Documents


More Documents from "afif"